Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, June 5, 2008

PESANAN ABDULLAH FAHIM

Aagh! Harga minyak naik lagi? Baru baca akhbar pagi tadi yang menyatakan struktur baru subsidi minyak akan dilaksanakan Ogos nanti. Tup-tup, muka Pak Lah muncul di kaca TV petang tadi dan dan dengan wajah yang tenang dia umumkan kenaikan harga minyak.

Sangkaku bahawa suatu struktur subsidi yang mesra rakyat akan dilaksanakan. Lebih-lebih lagi setelah keputusan PRU-12 yang lalu. Sangkaanku jauh meleset! Kenaikan harga petrol sampai RM 0.78 iaitu dari harga RM 1.92 ke RM 2.70 liter. Kenaikannya sampai 41%. Kenaikan harga diesel lagi tinggi sampai 63.3% dari harga RM 1.58 se liter menjadi RM2.58 se liter.

Terfikir dibenakku, dulu isi minyak RM 20.00 untuk kereta Proton Iswara 1.3 milikku dapatlah aku 10.4 liter.Bolehlah tahan sampai 2 hari setengah kalau tidak berjalan jauh. Sekarang isi RM 20.00 hanya dapat 7.4 liter sahaja. Rasanya tahan sehari setengah aje!

Pak Lah juga mengumumkan bahawa ada pemberian rebet kepada pemilik kenderaan macam aku ini. Bagi pemilik kenderaan persendirian, berkapasiti enjin sehingga 2000cc serta 'trak pick-up' dan jip berkapasiti enjin sehingga 2500cc, bayaran tunai sebanyak RM625 setahun bagi setiap kenderaan, akan diberikan. Bagi pemilik motosikal persendirian, berkapasiti enjin sehingga 250cc, bayaran tunai RM150 setahun.Bayaran tunai diberi apabila pemilik kenderaan dan motosikal membayar atau memperbaharui lesen kenderaan bermotor.Bayaran ini meliputi kenderaan dengan cukai jalan yang berkuatkuasa 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009. Bayaran ini ditunai dalam bentuk kiriman wang (money order) di pejabat Pos di seluruh negara mulai 1 Julai 2008.

Kata Pak Lah lagi melalui penstrukturan semula subsidi bagi semua bahan api tersebut, kerajaan dijangka menjimatkan RM13.7 bilion. Perdana menteri berharap orang ramai tidak akan mengadakan demonstrasi membantah kenaikan harga tersebut.

Terfikir juga aku harga barang-barang akan melonjak sebab si Ah Seng yang bekalkan barang-barang kepada kedai-kedai runcit disekitar kampong aku mesti tambahkan kos pengangkutan pada harga barang yang dihantar. Lagipun kalau bukan musim perayaan cuma beberapa item barangan sahaja yang dikawal harganya. Ah Seng mesti kata “Saya mana ada dapat Fleet Card, ma. Isi minyak lori, harga biasa jugak, ma”.

Walau apa pun aku nak sangat percaya bahawa Pak Lah telah pun membuat yang terbaik walaupun aku tahu keras kesannya kepada rakyat. Yalah harga pasaran minyak dunia meletup sampai 130 USD setong, mana nak dapat tahan dengan struktur subsidi dahulu.

Tapi……bila sahabat aku, seorang peguam korporat melayu, ketika sedang menjamah hidangan makan malam setelah majlis tahlil yang aku hadiri malam tadi, membangkitkan apa yang telah terjadi dengan RM 4 billion yang kononnya dijimatkan ketika kenaikan minyak tahun 2006 dulu dan kenapa bayaran tunai dibuat melalui Pos Malaysia dan tidak dengan cara yang lain, aku menjadi amat sedih dan kecewa……

Sahabat aku tu bentangkan satu persatu…..

Pada bulan Mac 2006, The Malay Mail melaporkan Keretapi Tanah Melayu telah memberi kontrak selama 5 tahun yang bernilai RM50juta kepada Kumpulan Scomi untuk menyelenggara dan membaikpulih sejumlah 1000 unit koc untuk KTM.

Juga dalam bulan Mac 2006, Business Times melaporkan kumpulan Scomi mengemukakan bidaan untuk kontrak bernilai RM120 juta untuk membuat 400 unit badan bas untuk Syarikat Prasarana Negara Berhad.

Kemudian,dalam bulan April 2006, The Edge melaporkan syarikat Scomi Engineering telah mengambilalih 51% saham dalam M Trans Transportation System Sdn Bhd (MTSSB) dengan nilai RM 30juta untuk menjadi syarikat utama dalam perniagaan pengangkutan di kawasan bandar. Dengan pengambilalihan itu Scomi Engineering juga menguasai M Trans Bus Sdn Bhd dan M Trans Technology Bhd yang mempunyai perniagaan dalam system dan teknologi monorail. Ini sememangnya memfokuskan kepada projek Monorail di Pulau Pinang.

Jelas, penjimatan RM 4 billion apabila subsidi minyak dikurangkan seperti sebelum ini yang bertujuan untuk digunakan bagi mempertingkatkan system pengangkutan negara sebenarnya hanya menguntungkan satu pihak sahaja.Kumpulan Scomi yang mana
Kamaluddin Badawi adalah antara pemiliknya.

Dulu, penjimatan RM 4 bilion Kumpulan Scomi yang untung. Tidak mustahil kini dengan anggaran penjimatan sebanyak RM 13.5 billion dari struktur subsidi baru, Kumpulan Scomi akan membuat keuntungan berlipat kali ganda!

Dan sahabatku bercerita lagi mengenai bayaran tunai melalui Kiriman Wang (Money Order) Pos Malaysia. Setiap kali ada bayaran Pos Malaysia dapat dalal (komisyen). Kalaulah komisyennya RM 1.00 setiap RM 620 (angka konvensional) bagi pembayaran kepada 16 juta pemilik kereta, Pos Malaysia dapat RM16 juta. Aku kata kepada sahabat aku, "Baguslah! Kan Pos Malaysia milik Kerajaan!”. Sahabatku bertanya semula, siapa yang miliki Pos Malaysia?

Menurut Laporan Tahunan Pos Malaysia 2004, Avenue Capital Resources memegang sebanyak 16.5 % saham Pos Malaysia Bhd iaitu antara pemegang saham terbesar selepas Khazanah dan baru-baru ini penggabungan antara ECM Libra dan Avenue telahpun diluluskan. Apa? ECM Libra? Mengapa mesti ada orang nama Kalimullah dan pengaruh Khairy Jamaluddin dalam hal perstrukturan subsidi minyak ini?

Di benakku tergambar, disebalik kesusahan rakyat dalam mengharungi cabaran kenaikan harga minyak dan harga barang untuk meneruskan hidup, rupa-rupanya ada pihak yang bakal mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit. Dalam kemurungan dan kesugulan rakyat serta dengan hati yang berat menerima pengumuman Pak Lah tersebut, rupa-rupanya ada yang bertepuk sorak gembira menggambarkan keuntungan yang bakal diterima.

Tatkala fikiranku menjadi celaru, seorang tua yang duduk dari tadi di sebelahku bersuara “Pak Cik ingat lagi cerita Tun Sardon Jubir bertemu Abdullah Fahim (Datuk kepada Pak Lah) bersama Hj Ahmad Badawi ( Ayah kepada Pak Lah) pada tahun 1955 untuk mendapat nasihat tentang tarikh kemerdekaan”.

“Kenapa Pak Cik?” Tanyaku, dengan rasa hairan dan menyangka Pak Cik tu “out of context”.

“Walaupun manifesto Perikatan merancang untuk mendapat merdeka pada tahun 1959 namun Abdullah Fahim menasihatkan agar dipercepatkan. Kalau kita merdeka tahun 1959 dan jadi peristiwa 13 Mei 1969 kita mungkin dijajah semula oleh Brittish”, katanya mengingatkan syarat persetujuan Pemberian Kemerdekaan oleh Brittish bahawa tiada pergaduhan antara kaum dalam tempoh 10 tahun selepas merdeka.

“Ada lagi yang dinasihatkannya”, kata orang tua tersebut.

“Apa dia,Pak Cik?” tanyaku lagi inginkan kepastian.

Abdullah Fahim berkata, "Ingat, setelah merdeka dan orang Melayu memerintah, janganlah ada pemimpin Melayu yang mengaut keuntungan dan kekayaan di belakang rakyat. Kalau orang Melayu yang beragama Islam ini mengkhianati bangsa, negara dan agama, Allah akan gantikan bangsa lain menjaga tanah air kita

"Kini, barulah Pak Cik faham. Nasihat itu bukan ditujukan kepada Tun Sardon Jubir tetapi sebenarnya adalah untuk anak dan keturunannya”, kata Pak Cik itu sambil merenung jauh.

Dalam kerungsingan itu aku menjadi sedih. Sedih kalau pesanan Abdullah Fahim itu menjadi kenyataan…..

24 comments:

  1. Bandingan Harga Petrol Seantero Dunia




    "Sila taip "Global Petrol Price" di capaian enjin internet anda. Telaahlah sebaiknya & fikirkan apakah memang afdal kita sebuah negara pengeluar minyak terpaksa dibebani dengan kenaikan harga minyak yang melampau. Atau pun isu kenaikan ini memang dipolitikkan.

    UAE 1.29 12.35 1.83 18.49 -- -- 1.73 15.00 -70%
    Malaysia 1.91 18.27 -- -- -- -- 2.75 24.16 -52%

    dikutip dari Situs@Laman web sila klik...

    http://www.kshitij.com/research/petrol.shtml

    Banyak maklumat di situs yang lain boleh kita bandingkan

    Baru pagi tadi TV3 cuba mencari penyelesaian atau langkah sebaiknya setelah seluruh rakyat marhaen bagaikan dikhabarkan serangan garuda atas kenaikan minyak melibihi 40% ini.

    Orang minyak diserang sepanjang senja & malam tadi. Jimatlah dua tiga hari; minggu depan siaplah. Yang kena penuhkan tangki minyak dalam RM70. Jika duit tak ada RM100 jangan gatal mulut sebut;

    "Isi penuh..."

    Tiada pemanggil yang dapat berfikir secara waras, malahan mengeluh & menemui jalan buntu. Antara langkah TV3 sarankan; berjimat, buat pengangkutan awam yang lebih efisen. Rancang perjalanan anda. Bla-bla-bla!... TV3@Lidahkerajaan yang rata-rata rakyat marhaen bagaikan ingin mengeratnya.

    Apakah langkah kita bila tersepit begini. Jika anjing tersepit memang dia akan menggigit. Jika ular pun sama. Dipatukknya kita. Rakyat marhaen bukannya binatang atau kerbau yang boleh ditarik hidung.

    Berdemo!... emmm! pasti macam kita ini menyalak bukit sahaja. Sebelum ini pun rakyat marhaen yang berdemo dilayan bagaikan binatang. Memang makin teruk demokrasi kita di Malaysia bila sebut bab inginkan suara rakyat.

    Banyak negara maju di dunia mengunakan biodiesel@biofuel sebagai bahan bakar pengganti petrol. Kita yang kaya dengan hasil kelapa sawit memang boleh ke arah itu. Sayangnya jika kita sering membuat bandingan harga barangan termasuk minyak masak. Minyak masak pun entah berapa kali naiknya dalam setahun.

    Bila kegunaan biodiesel kian meluas sudah pasti masalahnya akan sama. Naik terus naik harganya. Isu mengekang kenaikan harga memang tidak pernah selesai. Baik isu minyak, gula, beras selalunya memang rakyat atau pengguna juga yang menjadi mangsa.

    Rebet bakal diberikan namun apakah janji kerajaan untuk mengawal insuran kenderaan yang pastinya akan melambung naik. Rebet ini pun sebenarnya tidak menguntungkan bagi mereka yang terpaksa seharian berjalan jauh. Sila baca pendapat MdLutfi...

    http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=10768

    Memang bertimpa-timpa bebanan yang bakal rakyat marhaen ladeni.

    PR kena berkerja keras sekarang membetulkan banyak dasar negara. Salah satu yang nampak amat membazir adalah langkah kerajaan yang terlalu memanjakan orang bijak pandai kononnya, seperti VIP, Prof, Wakil Rakyat & lain-lain. Gaji sudahlah melampau mahal, siap diberikan elaun yang pelik-pelik, disediakan kereta mewah; Perdana umpamanya. Klim minyak lagi. PM pun tak henti-henti keluar negara nak cari pelabur asas@kononnya. Pembaziran ini terlalu sakit di mata & dihati.

    Peluit pernah berkerja dengan orang Jepun setengah tahun di Tokyo. Kereta rasmi milik syarikat tak pun dibawa balik ke rumah. Semua pekerja diberikan tiket perjalanan ke pejabat menaiki komuter atau pengakutan awam lain. Tak kiralah perkerja itu bapak bos kah apa. Sama berlari-lari kejar kad perakam waktu jika terlewat. Nak guna kereta rasmi hanya ketika urusan rasmi di pejabat sahaja. Kita orang Malaysia berlagak macam Mat Salleh dulu-dulu, penjajah dulu-dulu; pengurus estet duduk jauh-jauh atas bukit dengan segala prasarana yang anggun.

    Ini cuma contoh di sudut kecil kebajikan. Belum lagi contoh pembaziran dalam mengada acara mega, projek mega & lain-lain.

    Terkadang Peluit terfikir jika PM sendiri jadi Peluit dengan taraf hidup paling bawahan ini; naik kapcai seharian, duduk rumah teres kos rendah. Kerja dengan kerajaan sampai ke tua langsung tak dapat kumpul harta. Pangkat jauh sekali. Hari-hari redah panas & hujan demi nak besarkan anak-anak.

    PM duduklah barang seminggu dua dengan Peluit. Barulah PM & suku sakatnya nampak langit itu tinggi atau rendah. Betapa payah jadi rakyat marhaen ini. Sedar betapa rezeki buat manusia itu memang amat teruji. Barulah insaf & akur betapa... kenapalah ramai sangat rakyat marhaen naik loya & menyampah melihat orang besar-benar terlampau gah mengumpul harta. Wau-wau di TV meragan entah apa-apa.

    Bagaikan Peluit ceriterakan tadi; berapa ramai Budak Pejabat yang sampai beruban rambutnya telah menjadi Atok masih tidak dibela nasib mereka. Tukang Cuci yang cuci najis Prof tadi naik kapcai berhujan.. bos bergelar Prof sendirian dengan Perdana menyimbahkan bertakung yang di jalanan ketika pulang.

    "Maaf tak sengaja..!" Katanya.

    Ini bukan ceritera rekaan ini cerita kehidupan seMalaya.

    Agihan harta negara kita memang terlampau tidak seimbang di Malaysia. Sementelah minyak yang naik mendadak 40% ini. Apakah kita mahu terus lakonkan ceritera yang menyayat & mengikis kebahagiaan rakyat marhaen ini.

    Peluit: Usia pun makin senja, risau tinggalkan anak-anak dalam negara yang sebegini.


    Artikel Peluit sebelum ini.

    ReplyDelete
  2. Minyak oh minyak.
    Gempak satu malaya bila diumumkan kenaikan bahan api secara mendadak.nampaknya bajet bulan ni dan seterusnya terpaksa dijadualkan semula atau pun masih kekal macam dulu cuma kena lah berjimat cermat yang tak patut dibeli atau tidak penting boleh diketepikan.

    Minyak oh minyak.....kenapa naik mendadak...rakyat Malaysia tak sangka kenaikan sebanyal 41 % bahan api tersebut.Nampaknya rakyat Malaysia mesti menilai balik tahap perbelanjaan harian. Yang paling menyedihkan orang-orang kampung yang tidak mempunyai kenderaan tempiasnya lebih besar. harga makanan asas makin meningkat.Serba serbi meningkat.

    Kita harus lah menerima hakikat kenaikan terpaksa dilakukan kerana harga minyak dikawal oleh pasaran global.Kita tidak boleh menyalahkan kerajaan semata-mata. Aku percaya langkah ni terbaik untuk rakyat malaysia.Adakah kita sanggup melihat kerajaan yang sedia ada bankrap serta muflis.Memang benarlah fakta paneh berjimat berbillion ringgit akan jatuh ke dalam katung ahli koporat.

    Nampaknya alaf ni lebih mencabar lagi.Kita tidak boleh sentiasa dibuai mimpi indah seperti dulu.Masa untuk bermewah tiada lagi.Sejarah pun telah membuktikan tiada masa untuk sentiasa senang jalani kehidupan ni.Apabila kita senang kita sama-sama senang dan jika susah kita sama-sama ngan kerajaan susah.Hidup ni perlukan pengorbanan.Jika kita tak sanggup buat pengorbanan bukan sikap manusia yang semulajadi.

    Setiap keputusan memang tidak dapat memenuhi kehendak setiap rakyat malaysia.Oleh itu buat lah sesuatu untuk mengatasinya.Kalau pembangkang pun memerintah ke pusat perkara sama juga akan terjadi.harga minyak tetap naik.hanya yang sentiasa turun ialah HUJAN.

    ReplyDelete
  3. Wariehku semua ....

    Paklah tipu kito lagi ni boss ....cakap August ...


    Arcadia

    ReplyDelete
  4. wahai org2 umno.

    buatlah perubahan mulai julai ini. mula di peringkat cawangan, kita jatuhkan penyokong paklah satu persatu. lepas tu di peringkat bahagian bulan september pun kita buat benda yang sama. akhirnya kita calonkan org yang selayaknya menjadi presiden menggantikan paklah bln disember ni. biar paklah dan kroni2nya tersembam di bumi mekar ini. datuknya yg dikatakan mampu melihat masa depan telah meramalkan keturunannya yang akan mengaut keuntungan di belakang rakyat. akhir kata...paklah sucks!

    p/s: bak kata paneh, org umno jangan jadi 'palui'.

    ReplyDelete
  5. tahniah pengundi BN anda telah pun mendapatkan apa yang telah kerajaan BN janjikan dalam manifesto.

    ReplyDelete
  6. sudahla...kenapa zaman tun dulu tak sibuk cari jalan (teknologi) untuk tingkatkan capacity pemprosesan minyak kita supaya tak perlu beli minyak luar. Yg dok sibuk, projek2 mega yg takde apa2 kepentingan utk rakyat jelata (twin tower, F1 sepang hanya org kaya je mampu ke situ). Blog berat sebelah !

    ReplyDelete
  7. TAK PAYAH NAK CARIK SAPE SALAH DAN SAPE BETUL, KITE SEBAGAI RAKYAT KENE TANGGUNG LA

    LEPAS NI SAPE NAK KAYE MEH JADI PM, SATU FAMILI KAYE

    78 SEN APELA SANGAT, KITE KAN KAYE

    HIDUP PAKLAH!!!!
    HIDUP PAKLAH!!!!
    MAMPOS RAKYAT!!!

    SELAMAT AMAN MAKMUR (PAKLAH CAKAP SEBAB KELUARGA DIE MAKIN KENYANG BELASAH DUIT HARAMMMMM)

    ReplyDelete
  8. yang azrin hani ni ko tetiba nak salahkan tun kenapa? Bengong!!!

    takde link langsung ko nak salahkan tun....kenapa ko tak salahkan SI DOLAH tu??? at least zaman tun, projek mega jalan, minyak tak mahal untuk rakyat, pembahagian kekayaan berlaku di semua peringkat lapisan masyarakat...

    hari ni, yang kaya cuma orang politik yang tahu kipas bontot dolah dan lebih kaya kalau jilat tahi dia lagi...

    Ko nak marah bebaik la sikit, marah la pada orang yang sepatutnya!!!!

    ReplyDelete
  9. Seronok tul dengar komen2 ni.. Emosi tul... Bagi pandangan peribadi aku..
    Zaman Tun USD 30.00 = Rm 1.20
    Zaman Pak Lah USD 70.00 = Rm 1.92
    ZAman Pak Lah USD140.00 = Rm 2.70

    Itu adalah anggaran harga minyak seliter kat Malaysia ni.. Kalau bandingkan.. kenaikan RM 0.78 sen tu sket je.. patutnya naik lagi sampai harga maksimum tanpa subsidi RM 3.00 seliter..

    Filipina.. harga minyak naik.. kerajaan bagi subsidi 500 peso (RM42) sahaja.. dalam setahun lah.. Malaysia ada gak lah rebet tunai untuk kenderaan persendirian.. Kira ok gak lah..

    Aku setuju gak lah apa yang dibangkitkan dengan keuntungan kepada kroni2 kerajaan.. Tapi rasanya belum ada calon yang sesuai yang mana kalau kita katakan Berjuang Dalam Politik kerana Bangsa dan Agama.. Yang aku tgk sekarang ni sumenya ada kepentingan.. Kita hari ini dah didedahkan dengan menteliti sebegitu.. Wang adalah segala2galanya.. dan kalu iyepun, kenapa nak dapatkannya dengan jalan yang mudah.. tanpa usaha.. Untung atas angin.. Siapa yang ajar orang kita macam 2.. Orang politik gak kan..

    Aku suka dengan apa yang pelaut cakap tu.. betul gak penindasan yang macam kepada orang yang bekerja cuci najis ni.. Tapilah.. aku pun nak kongsi gak.. aku pun hidup susah.. zaman aku dibesarkan.. kalau nak makan KFC macam masuk syurga tu.. Tapi ALhamdulillah.. berkat doa mak bapak aku, usaha aku, dengan izinNya.. aku berjaya menjadi diri aku sekarang..

    Dah memang menteliti orang Melayu bila susah.. Takpelah.. Biarkanlah.. Oklah.. Takde Masalah... kalau tak silap dasar kerajaan ni banyak untuk membantu orang bumiputra.. Nak meniaga ada MARA, nak belajar ada Yayasan Negeri, Baitulmal.. Pinjaman PTPTN lagi... kalau bagus dan cemerlang dalam akademik dan kokurikulum dapat biasiswa MARA ada, Maybank ada, Petronas ada macam2 lagilah..

    Aku pernah dengar kata orang dulu yang rendah mindanya, tak yahlah belajar tinggi.. nanti siapa plak yang menoreh, mengait kelapa sawit, petani sawah... Wal hal jalan terbuka luas untuk menjadi tauke kepada sume tu.. Silapnya orang kita sendiri.. sentiasa menganga mengharapkan rezeki turun dari langit..

    Camnilah.. kalau rasa dah tak sesuai sangat di Malaysia ni.. berhijrah lah.. g lah dok mana2 negara yang rasanya boleh aman dan tenang dan tak perlu kuarkan kos yang tinggi.. Tukarlah kewarganegaraan kan senang..

    dan pada yang tak setuju dengan kepimpinan Pak Lah.. buatlah jalan yang terbaik.. gunakan saluran yang betul.. bukan dengan emosi, tak puas hati sana sini.. Cuba bayangkan kalu kita sendiri jadi Perdana Menteri Malaysia.. Orang nombor satu di Malaysia ni.. banyak pengaruh.. Tetiba ada projrk besar.. Adik kita mintak plak... nak bagi salah.. tak bagi pun serba salah.. jadi macamana.. Kalau korang kata.. aku akan bagi pada yang lebih layak.. Kepala Taik lah.. Kerat jari aku nak tengok.. hehehe...

    Projrk mega yang dibuat tu memang bukan untuk orang pemalas datang.. sebab orang malas lah susah.. Sebab kekadang tgk bersamamu TV3.. tak boleh kerja.. sakit pinggang, sakit itu ini.. tapi anak sekeliling.. Memanglah anak tu rezeki dari Allah.. tapi Allah juga janjikan rezeki yang murah jika kita berusaha.. Yang penting kita USAHA...Kalau kata camna nak usaha.. dah sakit.. Mmg lah tapi tak kan langsung takde jalan macamana nak cari rezeki.. Tak kan nak di ajar ye tak.. bab nak meramaikan anak pandai plak cari kaedah.. bab nak tambah pendapatan.. mengeluh manjang..

    Balik pasal projek mega.. Malaysia dikenali dan ramai orang negara asing datang pasal nak tengok sendiri.. F1 sepang.. siaran langsung satu dunia.. apa ingat free ke.. bayar lah.. KLCC.. pun macam tugak.. Taiwan ada 1 bangunan yang tertinggi di dunia.. tapi Malaysia lagi unik ada 2 bangunan yang antara tertinggi di dunia.. kembar plak tu.. ramai pelancong datang.. dan yang kaya orang kita gak.. yang jual air tebu, gorang pisang tepi jalan.. Kalau tak caya gi lah tgk kat sepang tu..

    Buat Azrin Hani.. bukan blog ni berat sebelah.. tapi apa yang diciterkan fakta.. biasalah dah tak boleh nak bagi alasan apa2.. tgk jelah kan..

    Pak lah g luar negara buang duit kerajaan.. Anwar Ibrahim g luar negara apa plak.. Duit mana yang dia pakai.. dia ada business ke.. pelik gak kan..

    harga minyak ditentukan oleh pasaran dunia.. itu kena ingat.. aku tunggu gak cadangan orang2 PAS dengan PKR kaedah nak turunkan harga minyak.. kalau betul lah nak perjuangkan rakyat Malaysia nilah.. Itukan kempen diorang dalam PRU 12... so tengokkan lah..
    Adios... Tq

    ReplyDelete
  10. wahai si buta,

    saya nak tanya, kenapa kerajaan sering membandingkan harga minyak dengan negara2 bukan pengeluar minyak? kenapa tak bandingkan dengan negara brunei dan arab saudi. sebagai negara pengeluar minyak, kita kena dibandingkan dengan negara pengeluar minyak yg lain.

    ReplyDelete
  11. salam semua..
    teknologi proses minyak ni patut pk dah lama dulu. Sebab hasilnya bukan boleh dapat secepuk dalam masa terdekat. untuk kebaikan rakyat jelata jangka masa panjang. Saya setuju dgn che yah. jangan salah sangka, saya tak pro mana2. Bagi saya paklah pon ada salah, tun pon ada salah, pembangkang pon tak lari drpd buat silap. Malah saya sendiri lagi banyak buat silap.

    ReplyDelete
  12. Alahai che yah...

    Takkan itu pun nak bagitau.. Cuba tgk berapa jumlah pengeluaran minyak kat Malaysia ni.. kualiti minyak di Malaysia.. bandingkan plak dengan Arab saudi dgn Brunei..

    Kalau negara kita pengeluar minyak yang besar, kenapa tak masuk dalam senarai OPEC.. tau tak OPEC tu apa... Cari ye.. dah dapat jawapan gtau..

    Kesan kenaikan minyak ni membebankan orang Melayu??? betul ke.. Ada tak pandangan yang positif...

    ReplyDelete
  13. sori semua mesej 1st saya tu mmg teremosi sket. Bukan blog ni yg berat sebelah, adalah blog lain tu..

    saya setuju dgn petikan sahabat saya ni,

    Depa dok kata minyak kita antara termurah di dunia and antara terendah di Asia. Thai, Singapore semuanya mahal dr Malaysia. Kita pun tau negara negara tu semua bukan pengeluar minyak. Aku ada wat sket research (sumber dr Nationmaster dan CIA website), kita keluar around 700 ribu barrel and negara yg keluar sket lebih kurang sama ngan Malaysia adalah Egypt (around 700ribu ++) .
    Harga minyak di Egypt adalah RM1.03 manakala Malaysia spt mana kita tahu RM2.70. Rakyat Egypt 85 million, rakyat Malaysia 25 million. Ok jer depa maintain harga RM1.03 tapi kenapa Malaysia tak leh. Pelik bin Ajaib tulla.

    Capasity pemprosesan tak mampu nak menampung keperluan minyak rakyat jelata yg mana perkara ni patut difikirkan dari dulu lagi bila harga minyak mula meningkat walaupun sedikit2 sblm ni. Projek mega ni yg patut diutamakan juga.

    Itulah kesimpulan saya. Terima kasih semua feed back utk saya nilai semula statement saya.

    ReplyDelete
  14. saya merasakan bahawa kenaikan harga minyak ni disebabkan bn kalah di 5 negeri. pendapatan bn dah kurang. jadi nak tampung balik, maka mereka naikkan harga minyak. semua skali dapat habuan termasuk negeri2 yg diperintah pembangkang. betul ke si buta?

    ReplyDelete
  15. ehmmmm???? tul gak tu Che Yah.. Che yah rasa camna plak..

    ReplyDelete
  16. che yah rasa...abdullah, kamaluddin, khairy, patrick, kalimullah, zaki tingkat 4 dan semua yg associates dgn mereka perlu disingkirkan. setuju?

    ReplyDelete
  17. Apa khabar si buta...?

    Den macam kona kau ni jang..tak gi ldk ke minggu ni?

    ReplyDelete
  18. Apa khabar si buta...?

    Den macam kona kau ni jang..tak gi ldk ke minggu ni?

    ReplyDelete
  19. bacolah artikel ni mungkin leh reda sikit

    http://anginperubahan.blogspot.com

    ReplyDelete
  20. abdullah fahim pesan jangan kasi nama badawi kan ujung nama cucu dia.

    tapi cucu dia malu nama abdullah ahmad takut disalahkan dgn dolah ahmad yg dipanggil orang dolah komunis.

    dah jadi dolah bodowi ... mcm tak ada cara lain nak hadapi masaalah ini.

    itulah kalau diri dah fail statistic dan tak boleh masuk fakulti ekonomi, jgnlah jadi finance minister.

    samalah si dolah dan si anwar.

    orang penang memang gitu ... bingai.

    pi selamatkan negri sendirilah sebelum nak cerita pasal negeri orang lain dan negara.

    ReplyDelete
  21. wahai haji jamil, blog angin perubahan tu dah jadi link blog paneh ni. tak check ke?

    ReplyDelete
  22. Salam

    Soalan untuk Anwar-Betulkah terima duit Yahudi?
    http://www.youtube.com/watch?v=Oj67qH2SA2w

    Video 7-Siapa godfather Anwar ?
    http://www.youtube.com/watch?v=AJfBY1DDKDY

    Video 6- Siapa taja Anwar PRU 12?
    http://www.youtube.com/watch?v=3Lx2zJwKqLA

    Video 5- Anwar Muslim Moderate ?
    http://www.youtube.com/watch?v=833myXwReuo

    Video 4- Anwar gugurkan Negara Islam PAS
    http://www.youtube.com/watch?v=JEYnh9Yvtew


    Sumber :
    http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com/

    ReplyDelete
  23. Orang tua-tua dalam UMNO dulu dah cakap, dah pesan ,jangan amalkan politik wang , jangan amalkan politik wang ,berulang-ulang kali diingatkannya. Sebab orang tua-tua banyak pengalaman dan firasatnya , nampak apa akan berlaku jika kita bertuhankan wang.

    Tapi yang muda-muda ni degil. Nampak UMNO nampak projek, nampak UMNO nampak WANG, masuk UMNO sebab nak projek, masuk UMNO sebab nak kaya.

    Nah!!!! inilah hasilnya, UMNO rosak dan hampir mati kerana WANG.

    Kan dah berkali-kali diingatkan, pemimpin boleh jatuh kerana dua perkara ni

    1. WANG
    2. PEREMPUAN

    Pesanlah berbakul-bakul, selagi tak ada kesedaran selagi itulah kita sentiasa dibutakan mata dan hati.

    Bab WANG dan PEREMPUAN ni aku tak nampak apa beza walau apa fahaman politiknya. Berserban ka, botak ka, bersongkok ka boleh kata sama aja.

    Jadi pesan dan doalah agar anak cucu kita tak termasuk olongan yang macam ni.

    ReplyDelete
  24. just nak hinggap bg pandangan aku yg selama ni ramai komen blog paneh miang blog umno la, fanatik umno la, anjing umno la. pada aku xperlu nak bukti bnyk menilai keikhlasan penulis blog ni. budak taska pun tahu kalo dia pandai baca, artikel2 dlm blog PM nih bukan saje yg berfaktakan sejarah (dimana kaki ampu pkr dan dap dok maki masih kate xbetul). tapi ade juga artikel2 yg kecewa dgn berfakta tentang kegagalan pemimpin memimpin, artikel2 yg pedas mengkritik pemimpin kjaan yg xbetul.(yg mana kaki ampu pkr dan dap pun tambah sorak maki dan ngejek) dari keadaan yg mcm ni pun budak tadika dah bleh nilai betapa blog ni adalah blog yg tidak berat sebelah, kira mcm Sinar Harian la, wartawannya terdiri dari pelbagai fahaman politik, seme artikel dia siarkan xsokong mana2 pihak, so pembaca yg nilai sendiri. jika nak dibanding dgn blog2 pembangkang, MalaysiaKini, insider, Harakah.xde sekelumit artikel menegur pemimpin dan pembongkaran salahlaku pemimpin parti mereka, malah yg salah dikata betul dan yg betul terus diterima bulat2 (budak kecik pun tau cara gitu cara org taksub). jgn bongkak dgn kate "sbb org parti aku xpernah buat salah mcm org umno" hakpetuih! kerat jari aku ni aku berani sumpah diorg bnyk buat salah sbb yg ulul azmi dan maksum hanya para nabi dan rasul.Heh! so moral of d story, keep up d good work saudara paneh miang. semoga anda terus mendedahkan fakta2 dan cerita sebenar baik dari pihak pembangkang dan kjaan supaya pembaca dapat menilai sendiri tanpa perlu membuat dosa memaki hamun sesama manusia yg cuba menegakkan benang yg mmg dh basah. Wallahualam

    ReplyDelete

Blog Archive