Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Thursday, July 31, 2008

Laporan Pusrawi Makan Tuan?

Fakta menarik tentang Dr Mohamed Osman Hamid iaitu doktor Myanmar yang bertugas di Hospital Pusrawi sejak setahun lalu itu, rupanya pernah bekerja selama 3 tahun di Regional Islamic Da'wah Council of South East Asia and the Pacific (RISEAP) antara tahun 1993 hingga 1995. Kebetulan pula, Brader Anwar Bin Ibrahim juga merupakan salah seorang ahli Supreme Council RISEAP yang secara kebetulan memegang jawatan pada tahun yang sama semasa Dr Mohamed Osman Hamid (individu yang mengeluarkan laporan Saiful tidak diliwat) bekerja di RISEAP. Bolehkah sesiapa menjelaskan hubungan Dr Mohamed Osman Hamid dengan Anwar Ibrahim, terutama semasa mereka berdua aktif di RISEAP pada awal tahun 1990an dan lewat tahun 1980an?

Amat sesuai Anwar dilebelkan sebagai Mr. Propaganda yang mempunyai ramai kawan berpengaruh termasuklah di IMF, Bank Dunia, Amerika Syarikat, World council of Mosques dan RISEAP.

Apa yang cuba diselindungi oleh Anwar? Adakah Wan Azizah melepaskan kerusi Parlimen Permatang Pauh hanya semata2 ingin memberi laluan kepada Anwar? Atau Wan Azizah sudah malas memikirkan mengenai penafian liwat Anwar? Benarkah Wan Azizah memberi 'restu' untuk Anwar membuat sidang akhbar bagi menyangkal dakwaan liwat berdasarkan laporan seorang doktor Hospital Pusrawi? Adakah Wan Azizah berasa malu apabila mengetahui bahawa doktor yang mengeluarkan laporan Saiful tidak diliwat itu adalah kenalan lama Anwar? Mungkinkah Anwar cuba memperdayakan rakyat Malaysia dengan menggunakan sahabatnya iaitu Dr. Mohamed Osman Hamid untuk mengeluarkan laporan perubatan palsu bahawa Saiful tidak diliwat?

Itulah Brader Anwar Bin Ibrahim yang seumpama seekor sesumpah yang suka mengambil kesempatan atas 'kesempitan'.

Wednesday, July 30, 2008

Gabra

MCA tidak membantah penggabungan UMNO dengan Pas selagi ia tidak melibatkan pindaan terhadap Perlembagaan Malaysia atau menggugat keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini. Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, MCA juga akan terus menyokong Barisan Nasional (BN) sekiranya penggabungan tersebut tidak mengetepikan perasaan dan pendirian parti-parti komponen yang lain.

Dalam kelantangan sebahagian kaum bukan Melayu yang banyak mempertikaikan Hak Istimewa Melayu (Perkara 153) dan Bumiputera (Perkara 161A) akhir2 ini; nampaknya masih ada bukan Melayu yang gerun dengan ura2 penggabungan UMNO dan PAS. Orang bukan Melayu di Malaysia patut merasa gundah kerana jika orang2 Melayu mula bergabung, maka orang bukan Melayu pasti menjadi ‘mangsa’.

Kawasan parlimen majoriti Melayu/Bumiputra Islam di Malaysia ialah 154. Bayangkan jika UMNO dan PAS bergabung dan mereka memenangi di semua 154 kawasan parlimen, sudah tentu mereka akan menjadi pemerintah utama kerana memiliki kerusi lebih 2/3 (148 kerusi) di dewan rakyat. Jika perkara ini menjadi kenyataan, maka kali pertama dalam sejarah hanya orang Melayu berkuasa menggubal perlembagaan persekutuan sepenuhnya.

Pada masa itu pastilah kaum bukan Melayu akan menjadi golongan yang ‘rugi’. Mungkin orang Cina yang memiliki 45 kawasan majoriti parlimen boleh ‘bernafas’ namun tidak bagi kaum India yang langsung tiada kawasan majoriti kaum India di parlimen. Harus diingat bahawa kerusi parlimen yang diberikan kepada kaum India sebelum ini adalah kawasan majoriti Melayu yang diberi semata2 atas ehsan orang2 Melayu. Jadi, nasihat aku kepada kaum bukan bumiputra, jangan cuba bermain dengan api jika anda sendiri tidak pasti bagaimana untuk memadamkannya. Jangan pertikaikan apa sahaja yang dipersetujui dalam Kontrak Sosial jika anda belum bersedia menghadapi realiti yang pahit.

Monday, July 28, 2008

Kebetulan atau Dirancang?

The economic crisis that seems to occur every 10 years is a coincidence and not planned, said RAM Holdings Bhd group chief economist, Dr Yeah Kim Leng. Although the crisis pattern seems to be repeated, he stressed that the problem faced now by the country, was very different.

“Currently, we are encountering a shock resulting from higher oil and food prices. It is not entirely clear that we have a repeated pattern,” he said on the sidelines of a MoU signing ceremony between RAM Holdings and Superior Global Investment Limited here today. He was responding to a question on Second Finance Minister Tan Sri Mohamed Nor Yakcop’s recent view that the country’s economy seemed to be “attacked" every 10 years and it was planned by certain quarters.

Analisis: Benar ke krisis ekonomi yang melanda dunia terutama Asia selang sepuluh tahun sejak 1988 adalah satu kebetulan? Tidakkah ia kelihatan seperti satu agenda negara maju dalam usaha menghalang perkembangan ekonomi negara lain seperti China dan India yang dilihat berpotensi menjadi kuasa ekonomi dunia yang baru? Adakah Amerika dan Yahudi yang merupakan perancang kepada krisis ekonomi dunia? Adakah spekulasi yang timbul berkenaan krisis matawang, kenaikan harga barang, inflasi, minyak dan sebagainya itu hanya semata2 putaran ekonomi yang berulang? Jika setiap sepuluh tahun sesebuah negara berhadapan krisis ekonomi, maka pertumbuhan ekonomi akan menjadi lambat dan proses untuk menjadi sebuah negara maju akan mengambil masa yang lama. Harus diingat bahawa Malaysia perlu mengekalkan pertumbuhan ekonominya melebihi 6 ke 7 peratus setahun untuk berjaya merealisasikan wawasan 2020.

Friday, July 25, 2008

Sudah Terang Lagi Bersuluh

US rejects claim that Anwar case is an internal affair

SINGAPORE: US Secretary of State Condoleezza Rice on Thursday urged Malaysia to be transparent and follow the rule of law in dealing with the sodomy accusation against Datuk Seri Anwar Ibrahim.
(Adakah perlakuan di atas menghormati hak asasi manusia?)

"The United States has long spoken and will continue to speak up about cases that we think need to be thought about in terms of the political circumstances,'' said Rice, who is here to attend a regional security conference.

"We want to see transparency and for rule of law to be completely followed there,'' she told reporters just before going into the 27-nation meeting. "We are always going to speak up on human rights cases, political cases, but we do so in a spirit of respect for Malaysia.''

Point to ponder: Dalam keadaan sekarang, siapa yang bersikap tidak telus dan tidak mahu mengikut rule of law? Siapa yang bersikap acuh tidak acuh terhadap prosedur perundangan dan cuba untuk melambat-lambatkan proses penyiasatan bagi menyelesaikan kes? Hak asasi manusia yang mana yang terjejas dalam penyiasatan ini sehingga memerlukan campurtangan Amerika? Bukankah Amerika durjana juga telah melanggar hak asasi manusia dan masih terus-terusan melanggar hak asasi penduduk dunia? Guantanamo Bay, pembunuhan rakyat Iraq yang tidak berdosa, pencerobohan di Afghanistan? Apa semua itu?

(Masihkah ini menjaga hak asasi manusia?)

Rice said "part of the comfort level or the confidence that states need to bring to the international system is that their judicial systems are indeed responsive to rule of law and (are) transparent and fair.''

Saya ingin mencabar mana-mana pihak untuk menunjukkan dengan jelas aspek perundangan dan kehakiman yang mana dalam kes Anwar peliwat ini yang tidak mengikut tatacara dan tidak bersifat telus dan adil.

She also rejected Malaysia's claim that the Anwar case is an internal affair.

Jelasnya, mereka menggunakan alasan dangkal i.e. hak asasi manusia untuk terus-terusan masuk campur dalam hal ehwal negara luar. Sungguh malang bagi Anwar yang konon sayangkan negara dan bangsa sanggup dijadikan alat oleh Amerika...murahnya harga diri dan maruah beliau...patutla tidak segan silu untuk melakukan perbuatan terkutuk yang merupakan amalan biasa buat orang-orang Amerika kini....

"The United States doesn't recognise this very firm barrier that it is simply internal affairs when a case of this kind comes up, but we are going to continue to work with Malaysia,'' she said.

Rice's comments were the first public remarks in response to a protest letter that Malaysian Foreign Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim said he sent to her earlier this month. Rais also attended Thursday's meeting.

In the letter, he expressed regret about the earlier US comments, which he said were "uncalled for'' and tantamount to interference in Malaysia's affairs.


Wednesday, July 23, 2008

Harta Intelek Malaysia Dicuri

KUALA LUMPUR 23 Julai - Dewan Negara hari ini diberitahu terdapat 236 orang pelajar bidang perubatan yang menerima tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak pulang untuk menunaikan tanggungjawab kepada negara apabila menamatkan pengajian.

Analisis: Sedih memikirkan masalah graduan2 Malaysia di luar negara yang tidak mahu pulang untuk berbakti di negara sendiri. Memang dasar tak sedar dek untung. Tahukah anda bahawa kerajaan terpaksa menghabiskan RM900ribu ke RM1.4juta untuk seorang pelajar perubatan yang menuntut di luar negara. Mereka tidak mahu pulang untuk bekerja di negara sendiri satu hal, turut dilaporkan juga bahawa setiap tahun 10 peratus graduan perubatan tidak berminat bekerja sebagai doktor. Ini sangat membuang masa dan wang rakyat dimana tajaan itu sepatutnya diberikan kepada mereka yang lebih berminat menjadi doktor.

Kita perlu sedar bahawa kerajaan di negara2 membangun telah menghabiskan wang yang banyak demi pendidikan rakyatnya. Lepas tu dengan mudah pula rakyat mereka berkhidmat dengan negara2 maju dan tidak mahu membantu negara sendiri. Sepatutnya kerajaan memperoleh pampasan jika rakyatnya ditawarkan bekerja di negara asing terutama negara maju berdasarkan pemilikan harta intelek. Contohnya seorang pemain bolasepak profesional di Eropah yang mendapat tawaran dari kelab lain, maka sudah tentu kelab tersebut perlu membayar yuran perpindahan atau pampasan kepada kelab asal pemain tersebut.

Kerajaan perlu bertegas dalam hal ini. Pendekatan kerajaan seperti memujuk mereka untuk pulang dengan pelbagai tawaran faedah atau mengenakan token RM150ribu tidak akan memberi kesan. Akta baru perlu digubal untuk mengenakan hukuman berat kepada siswazah yang tidak pulang untuk berbakti kepada negara. Jika tindakan tegas tidak dilakukan, maka negara maju akan berterusan memperolehi manfaat daripada tenaga pakar yang diperolehi dari negara membangun yang langsung tiada semangat patriotik terhadap negara sendiri. Maka sampai bila-bilalah negara membangun akan berterusan mundur. Menghabihkan boreh yor!

AirAsia Chided Over Plans


AirAsia has been advised not to jump the gun by informing the media about its application for new routes and an increase of flight frequency. Transport Minister Datuk Ong Tee Keat said the company should wait for the authorities to make a decision.

"I see no necessity for Air-Asia to tell the media every time they file for a new application," he said after the installation of new committee members at the state Federation of Chinese Associations and state Federation of Chinese Chamber of Commerce and Industry here yesterday. Ong, however, said that every application made by the airline would be given due consideration.

"All airlines have to follow procedures when applying for a new sector or if they want to increase the number of flights.

"The ministry will process the applications according to the guidelines and will take into consideration the air traffic rights and passenger load as the key factors". AirAsia, among others, plans to increase the number of flights to Singapore to six times a day, citing the route as its most profitable. For AirAsia to gain extra flights to the republic, Malaysia has to allow an increase in the frequency of flights by Singapore's budget airline Tiger Airways to Kuala Lumpur. At present, AirAsia flies to Singapore twice a day and Tiger Airways has the same number of flights to Kuala Lumpur.

Changi International Airport

Analisis: Nampaknya Tony Fernandes ni makin kurang ajar. Sejak dulu dia memang suka membelakangkan keputusan kerajaan dengan membuat pengumuman sesuka hati kepada media. Jika sebelum ni dia mempertikaikan MAS yang memperolehi banyak laluan antarabangsa. Kini mereka mula ‘merengek’ untuk menambah penerbangan ke Singapura. Adakah ini disebabkan mereka sedia maklum bahawa MAS memperolehi keuntungan RM40juta melalui laluan Singapura-KL? Kenapa Air Asia begitu beria2 nak menambah penerbangan ke Singapura sedangkan pada 2009 nanti ASEAN akan menjadi ruang udara terbuka untuk penerbangan komersial?

Air Asia seolah2 disubsidi oleh SIA untuk membawa penumpang dari Malaysia dengan tambang murah ke Changi Airport. Sebelum ini Air Asia pernah menawarkan tiket percuma sehingga 300,000 tempat dan meletakkan harga tambang serendah 5 sen untuk satu tiket ke Singapura. Kali ini SIA pasti memperoleh keuntungan lebih besar sekiranya kerajaan meluluskan penambahan 6x penerbangan Air Asia ke Singapura. Pasti KLIA akan ‘bungkus’ dengan cepat kerana orang ramai akan menjadikan Changi Airport sebagai transit sebelum terbang ke mana2 negara sebagai destinasi pilihan mereka. Permohonan Air Asia ini wajib ditolak kerajaan kerana ia bukan sahaja akan ‘membunuh’ KLIA, tetapi juga akan merugikan MAS dari segi perolehan.

Tuesday, July 22, 2008

Perkara 152

GEORGE TOWN: A group of Gerakan members has put up six road signs in Chinese here to tell the DAP that it has to come up with such road signs since the party is now helming the state. In what appears to be a tit-for-tat move, former Penang Municipal councillor Dr Thor Teong Ghee, who is a Penang Gerakan Youth committee member, said such road signs were now vital as George Town had been listed as a World Heritage Site by Unesco.

“But now that they are at the helm, I sincerely hope they will keep their word by putting up such road signs,” he said before putting up one of the road signs in Chinese at Beach Street yesterday. The other roads where the Gerakan members have put up roads signs in Chinese are Burmah Road, Macalister Road, Carnarvon Street, Chulia Street and Jalan C. Y. Choy. In June last year, Penang DAP Youth had put up road signs in Chinese at several roads to pressure the previous government to come up with Chinese road signs.

Nota: Inilah akibatnya apabila keluhuran perlembagaan tidak difahami dan kontrak sosial cuba dicabuli.

Kaitan Obama dan Malaysia

Not too long ago: Watching an Independence Day parade in the US four years ago were (from left) Michelle Obama, her daughter Sasha, Obama, Malia, Maya, Ng, and their daughter Suhalia.

PETALING JAYA: Dr Konrad Ng is amused that his Malaysian roots got noticed halfway round the world, thanks to his link to Democrat candidate Barack Obama. An assistant professor at the University of Hawaii in Manoa (UHM), Ng, whose family originally comes from Sabah, is married to Obama’s half-sister Maya Soetoro.

The family tree: Dr Konrad Ng, Maya, Howard and Joan posing for a picture. Maya, who is Obama’s half sister, is married to Ng whose parents originally came from Sabah.

Maya and Obama have the same mother. In an e-mail interview with The Star, Ng, 34, said that his father, Howard, was born in Sandakan and his mother, Joan, in Kudat. “I have many relatives who live throughout Malaysia, especially in Kuala Lumpur, Kota Kinabalu and the two towns where my parents came from,” he said. His parents subsequently settled in Canada and Ng was born there. Maya was born to Lolo Soetoro, an Indonesian businessman, and Ann Dunham, a white American cultural anthropologist, who is also Obama’s mother.

Ng said his parents return to Malaysia once every one to two years. “It remains an important place of origin to them. In addition to a large, extended family, they have many good friends in Malaysia. I try to visit Malaysia every few years; it is a special country and feels familiar to me,” said Ng. Maya, who was born in Jakarta, also cherishes her Indonesian roots. According to Ng, she is active in the local Indonesian community and continues to speak Indonesian when she can. She visits Indonesia every few years. Ng described Obama as exceptionally brilliant. “He has a thorough understanding of the challenges we face and sound judgment on how we should address these challenges. “Barack is a dedicated family man and cares deeply about transforming the world into a better place so that all families will have the same opportunities to do better. “South-East Asia is a place of connection for him and a region that he understands well. It gave him numerous examples of alternative modes of communication and perspective. “Maya, Barack and I have talked about the beauty of South-East Asia and our mutual desire to visit again,” he said.

p/s: Adakah jika Obama menjadi Presiden Amerika, kedudukan Malaysia akan lebih terjamin? Atau pada masa itu lebih mudah Amerika meletakkan bonekanya di Malaysia?

Najib: Only national cars acceptable

LUMUT: All ministry senior officials and state government excos must use national cars instead of foreign vehicles, said Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

This was a longstanding policy and the Cabinet would, therefore, meet to determine why Terengganu found it necessary to spend RM3.43mil to buy 14 Mercedes E200 Kompressor cars.

“I use national cars and the Prime Minister uses national cars too,” he told reporters after chairing a Malaysia Defence Industry Council meeting at the navy base here on Monday.

He was commenting on Terengganu Mentri Besar Datuk Ahmad Said defending the state’s decision to buy the Mercedes to replace its Proton Perdana V6 Executive fleet as a cost cutting measure.

Ahmad had said the Mercedes were cheaper to maintain, would save on fuel costs and fetch a high market price when sold as second-hand cars.

p/s: Nak dengar komen daripada Tuanku Mizan tentang keputusan MB Terengganu.

KETIAK

Bosan aku nak cerita pasal isu2 yang melanda negara dan perkara berkaitan dengannya. Kali ni lari topik skit. Enjoy reading.

Benarkah bau ketiak lelaki mampu menjadi penawar kepada gejala tekanan yang dialami oleh wanita? Kenyataan ini dikeluarkan oleh Bahagian Biologi Manusia di University Pensyvania beberapa tahun lalu. Kajian dilakukan di sana membuktikan bahawa peluh lelaki membantu kaum wanita menurunkan tekanan melancarkan perjalanan haid.

Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America. Sebelum ini, bau ketiak lelaki yang sengaja "diproses" daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh "digoda" dengan bau lawan sejenisnya.

Dalam uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian di sapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu ia adalah bau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji satu aroma wangian tersebut. Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang disapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur.

Hasilnya sungguh unik. Selain boleh mencerahkan mood, wangian ketiak lelaki ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang tegang.

Nota: Moral of the story, kalau girlfriend atau isteri dok tension tu, lepas balik kerja atau riadah bolehlah calit sikit bau ketiak anda yang masam tu. InsyaAllah mood dia akan ok!

Monday, July 21, 2008

Pembelian Mercedes Exco Terengganu

KUALA TERENGGANU 20 Julai - Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said hari ini mempertahankan tindakan kerajaan negeri membeli 14 kereta Mercedes E200 Kompressor sebagai kenderaan rasmi anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri dalam usaha menjimatkan kos perbelanjaan tahunan.

“Ia tidak melibatkan royalti minyak. Bagaimana nak guna wang royalti minyak, kita masih belum menerimanya daripada kerajaan pusat,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas laporan akhbar berhubung pembelian kenderaan bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri.

Ahmad berkata, keputusan pembelian kenderaan berjumlah RM3.43juta itu dibuat berikutan kos penyelenggaraan Proton Perdana V6 Executive yang digunakan oleh Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri sebelum ini terlalu tinggi.

“Bukannya kita nak kata kereta keluaran nasional tidak baik, tetapi hakikatnya kereta itu tidak sampai dua tahun terpaksa diselenggara kerana beberapa komponen kereta seperti kotak gear rosak.

“Contohnya kereta yang dinaiki Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar, Toh Chin Yaw sudah dua kali diselenggara yang melibatkan kos sehingga RM50,000. Tetapi kalau kereta Mercedes walaupun mahal tetapi ia jimat dari segi penyelenggaraan tempoh jangka panjang,” katanya.

Nota: Alasan Mad Said tak boleh diterima. Dimana semangat patriotik Mad Said? Kalau di Jepun orang seperti Mad Said patut dihukum secara harakiri kerana memalukan kerajaan dan negara. Bagaimana kerajaan sendiri tidak menyokong produk keluaran negara? Maka janganlah nanti rakyat pula dimarahi sekiranya mereka nanti menyokong barangan tempatan pada masa hadapan. Pada den kalau nak beli mercedes sekalipun, janganlah memberi alasan yang berupa penghinaan kepada kereta nasional. Kalau dah 'boghuk' bawak keto, keto kobal pun boleh punah!

Sunday, July 20, 2008

Not Z$100 bilion

HARARE 19 Julai - Zimbabwe yang berdepan dengan inflasi setinggi 2.2 juta peratus, hari ini memperkenalkan wang kertas baru not Z$100 bilion dalam usaha mengawal kekurangan wang tunai. Kenyataan bank pusat yang disiarkan oleh media negara menyebut, not baru itu akan mula diedarkan esok bersama dengan beberapa not-not besar yang diperkenalkan sebelum ini. Januari lalu, not Z$10 juta diperkenalkan dan pada April, not Z$50 juta diikuti Z$100 juta dan Z$250 juta pada Mei. Ia diteruskan dengan not Z$5 bilion, Z$25 bilion dan Z$50 bilion. Negara di selatan benua Afrika yang mengalami krisis selepas pilihan raya ini, kini berdepan pula dengan inflasi melampau yang melonjak kepada 165,000 peratus pada Februari dan terus melambung kepada 2.2 juta peratus pada bulan lalu. Pakar ekonomi bagaimanapun percaya kadar inflasi itu lebih besar daripada apa yang dinyatakan iaitu antara 10 juta peratus hingga 15 juta peratus. Kemelesetan ekonomi Zimbabwe menyebabkan 80 peratus penduduknya hidup di bawah paras kemiskinan dengan bekalan barang makanan yang amat sedikit.

Nota: Kok macam ni baik Zimbabwe lantik cino akam kek Kuala Pilah nun jadi menteri kewangan, kalo la payah na nak dapekkan nasihat nuar brahim yang pakar ekonomi kononnya tu. Apo2 pun, den bersyukur kerano dilahirkan kek Malaysia dan dapek pemimpin2 bijaksano yang amek menjago kebajikan rakyatnya. Thank you Allah!

Friday, July 18, 2008

APA LAGI ALASAN PKR???

BELUM JELAS LAGI KAH WAHAI RAKYAT MALAYSIA BAHAWA LELAKI YANG KONON MEMPERJUANGKAN ISLAM LIBERAL INI ADALAH EJEN AMERIKA i.e. YAHUDI???

Amerika beri perhatian serius

WASHINGTON 17 Julai - Amerika Syarikat (AS) melihat penahanan pemimpin pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tuduhan liwat sebagai sesuatu yang perlu diberi “perhatian serius”.

“Kami percaya penahanan ke atas tokoh pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim, menimbulkan tanda tanya dan kebimbangan.

“Kami mendesak pihak berkuasa Malaysia menyelesaikan perkara itu secara adil mengikut undang-undang Malaysia,” kata jurucakap Jabatan Negara, Sean McCormack dalam satu kenyataan hari ini.

Anwar menafikan tuduhan terbaru itu dan menyifatkannya sebagai konspirasi untuk menghalangnya daripada berkuasa dan menggagalkan kepulangan beliau dalam arena politik serta rancangan menggulingkan kerajaan dengan bantuan menteri yang berpihak kepadanya.

“Penahanan itu adalah ‘satu perkara yang diberi perhatian serius oleh kami dan masyarakat antarabangsa’.

“Kami harap siasatan ke atas tuduhan tersebut tidak digunakan sebagai alat politik untuk menutup mulut pengkritik kerajaan,” ujar Presiden Institut Republikan Antarabangsa, Lorne Craner dan Presiden Institut Demokratik Kebangsaan, Ken Wollack.

– AFP

p/s: Imej Islam yang dibawa pun Islam Liberal...Liberal yang bagaimana? Yang mengikut telunjuk Yahudi? Sewajarnya Islam tidak diberi sifat2 seumpama itu kerana Islam yang Rasulullah bawa sudahpun lengkap dan syumul sifatnya...Mengapa perlu ada Islam yang liberal dan Islam yang tidak Liberal? Ini semua hanya perangkap yang dibuat oleh Yahudi untuk mengelirukan umat Islam...Jangan kita terperangkap dengan helah musuh durjana ini...Malang sekali Anwar memjadikan dirinya sebagai alat Yahudi untuk menghancurkan negara bangsa ini...

Wednesday, July 16, 2008

ANWAR...Featuring Mawi

Menarik berita hari ini:-
KUALA LUMPUR 16 Julai – Penyanyi terkenal, Asmawi Ani atau Mawi hari ini gagal hadir ke Bukit Aman untuk menjelaskan tindakannya memakai pakaian uniform polis baru-baru ini. Mawi dan wakil KRU Film yang menerbitkan filem Jin Notti, dipanggil oleh Cawangan Perhubungan Awam Ibu Pejabat Polis Bukit Aman ekoran tindakan penyanyi itu menggayakan pakaian polis dalam sesi fotografi baru-baru ini. Beliau dijadualkan hadir di unit berkenaan pada pukul 1.30 petang tetapi sehingga pukul 5.50 petang ini, Mawi dan wakil KRU Film langsung tidak muncul. Difahamkan, Cawangan Perhubungan Awam Bukit Aman juga meminta Mawi dan pihak KRU Film hadir untuk diberi taklimat berhubung peraturan pemakaian uniform polis oleh orang awam. “Mawi dipanggil untuk diberi teguran, kami bukan mahu ambil tindakan (undang-undang) terhadapnya, ini perkara biasa,” kata seorang pegawai Cawangan Perhubungan Awam itu.

KUALA LUMPUR 16 Julai – Datuk Seri Anwar Ibrahim mula disoal siasat oleh polis berhubung dakwaan liwat melibatkannya di sebuah bilik di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini, pukul 2.50 petang ini. Anwar yang ditahan oleh sekumpulan anggota polis komando bertopeng pada pukul 1.05 petang dan dibawa menaiki kenderaan ke IPK 10 minit kemudian, hanya dibenarkan ditemani salah seorang peguamnya, R. Sivarasa. Seorang lagi peguam, Sankara N. Nair yang sempat menemui Anwar sebelum itu, ketika ditemui pemberita yang berkumpul di pekarangan IPK memberitahu, anak guamnya disiasat sebagai suspek di bawah Seksyen 377A Kanun Keseksaan iaitu kes meliwat tanpa kerelaan.

Nota: Persamaan Mawi dan Anwar apabila kedua2nya dipanggil polis dan kedua2nya tidak hadir dalam tempoh masa yang ditetapkan pihak berkuasa. Perbezaannya pula ialah, seorang dipanggil untuk memberi keterangan dan seorang lagi untuk diberi teguran. Kita tunggu apa kesudahannya kedua2 personaliti.

Tuesday, July 15, 2008

Kesimpulan Debat

Shabery Cheek kena letak jawatan. Orang soal lain, jawab lain. Kenapalah Paklah lantik orang macam ni jadi menteri. Dalam hal ini aku harus memberi kredit kepada persoalan yang dibangkitkan Brader Anwar Bin Ibrahim. Beliau menyentuh tentang bagaimana kaedah pengurusan dapat membantu mengurangkan harga runcit minyak, tetapi si Shabery ni mengambil pendekatan menyerang peribadi. Nampak sangat si Shabery ni tak matang. Point hujah tu ada, tapi tidak dihuraikan dengan baik. Macamana la boleh jadi Menteri Penerangan. Kalau macam ni la gayanya, memang kerajaan akan bertukar tangan la jawabnya. Kau letak jawatan jelah Shabery!

Bagaimanapun 'tahniah' buat Brader Anwar Bin Ibrahim kerana pandai membuai emosi rakyat dalam debatnya. Kononnya ambil berat pasal kesengsaraan rakyat. Janji sebelum pilihanraya turunkan harga minyak kurang daripada RM1.92 tapi lepas pilihanraya janji lain, hanya nak turunkan 50sen saja daripada RM2.78. Lepas tu masih lagi nak menegakkan benang basah menafikan yang beliau sebenarnya penyokong nombor satu IMF dan terlibat secara langsung dengan membuat keputusan pemberian kontrak kepada IPP semasa menjadi menteri kewangan dahulu. Masih tidak mahu mengakui kenaikan harga minyak merupakan masalah global. Satu putar belit fakta yang hebat.

p/s: Tan Sri Nordin Kardi ada pun tidak membantu.

Kuasa Akar Umbi

Dua berita yang agak menarik.

KUALA LUMPUR 15 Julai - Pergerakan Pemuda UMNO beranggapan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO perlu dipertandingkan pada Perhimpunan Agung UMNO Disember ini kerana hak berbuat demikian termaktub dalam Perlembagaan parti. Ketuanya, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata, walaupun peralihan kuasa antara Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak dimuktamadkan, namun ia isu yang berbeza dengan pertandingan dalam parti. "Sememangnya isu bertanding dan peralihan kuasa dua isu yang berasingan, hak bertanding bukan hak individu," katanya pada sidang akhbar selepas Mempengerusikan Mesyuarat Khas Exco Pemuda, di sini hari ini.

KUALA LUMPUR 15 Julai – Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai peluang yang lebih cerah untuk memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO sekiranya pemilihan bagi jawatan itu dibuat secara terbuka. Bekas Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, ini berikutan tanggapan umum yang melihat Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai seorang pemimpin yang lemah dan tidak pernah mempunyai pendirian sendiri. Beliau turut membayangkan Muhyiddin akan lebih diterima sebagai Perdana Menteri oleh ahli-ahli UMNO yang tidak dikongkong oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan orang-orang luar UMNO berbanding Najib. Bekas Perdana Menteri itu juga menyatakan keyakinannya Abdullah akan memanipulasi mesyuarat Agung UMNO Disember ini agar ahli-ahli UMNO mengundi calon pilihannya.

Nota: Sudah tiba masanya ahli2 UMNO menunjukkan siapakah yang lebih berkuasa - Paklah atau akar umbi. Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO bukanlah jawatan yang boleh diwariskan kepada sesiapa yang dikehendaki presidennya. Tetapi penyandang kedua2 jawatan tertinggi tersebut perlu mendapat restu dan mandat daripada semua ahli2 UMNO. Kepada ahli2 UMNO, keputusan yang anda buat sekarang akan memberi kesan kepada bangsa Melayu pada masa hadapan. Berfikirlah dengan rasional dan bijak demi survival ketuanan Melayu dan kedaulatan Islam.

From The Times

Paul Bompard in Rome

MV Agusta, Italy's legendary motorcycle maker that dominated international racing from the late Fifties to the mid-Seventies, has been bought by the Harley-Davidson group. The deal, announced yesterday, gives the Americans total ownership of the company for only €70 million (£56 million), including debts of about €45 million.

In 2007, MV produced only 5,819 motorcycles - flashy and expensive status symbols that cost much more than their competitors without, critics say, providing particularly exciting performance. Their added value, and what Harley-Davidson has paid for, is the prestige and mystique

Jim Ziemer, chief executive of Harley-Davidson, said: "Motorcycles are the heart and the soul of Harley- Davidson and MV Agusta. They make great products and have a close relationship with an incredibly faithful group of customers".

“MV is synonymous with very beautiful Italian motorcycles of superior quality. The acquisition of MV Agusta will enable us to strengthen the position of Harley-Davidson as a global leader that aims to turn its clients' dreams into reality by offering them an extraordinary experience.”

Sources at the Harley-Davidson headquarters in Milwaukee said the MV would remain in its current location near Milan. Harley-Davidson has bought the marque from the Italian Castiglioni family. The Castiglionis have been involved in ownership of several Italian motorcycle makers over the past 30 years.

MV was founded in 1907 by Count Giovanni Agusta as an aircraft manufacturer. Motorcycle production began after the Second World War, alongside that of helicopters. From the 1950s, his son, Count Domenico, determined to build the world's fastest racing motorcycles. Famously single-minded and authoritarian, he hired the best engineers and the best riders, including Mike Hailwood, Giacomo Agostini and Renzo Pasolini, and spared no expense thanks to his thriving helicopter business.

He succeeded, and in their classic red and silver livery the machines dominated GP racing for more than a decade. Riding MVs, Agostini won the 500cc and 350cc world championship every year from 1967 to 1973. But after Count Domenico's death in 1971 and with increasing competition from Japan both on and off the race track, MV slid into years of decline, financial difficulties and bankruptcy. The marque was resuscitated in the mid-90s after its purchase by Cagiva, another Italian motorcycle maker.


p/s: "Untungnya" Paklah jual MV Agusta hanya Satu Euro.

Monday, July 14, 2008

Sudah Diduga

Dua berita yang aku rasa saling berkait:-

KUALA LUMPUR 14 Julai - Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadualkan memberi keterangan berhubung kes liwat melibatkan dirinya, tidak hadir di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Polis Kuala Lumpur hari ini. Peguamnya SN Nair ketika dihubungi mengesahkan perkara itu sambil menegaskan Penasihat Parti Keadilan (PKR) itu kini menunggu surat perintah 111 Kanun Prosedur Jenayah untuk hadir ke IPK. Berpuluh wartawan dan jurugambar berkumpul di IPK berkenaan apabila dimaklumkan Anwar akan memberi keterangan pukul 2.30 petang ini berhubung laporan beliau meliwat pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Adnan pada 26 Jun lalu.

KUALA LUMPUR 14 Julai - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menolak usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Penolakan usul yang dibawa oleh Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail itu menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan anggota Parlimen Pembangkang yang kemudian bertindak keluar dewan. Wan Azizah yang bangkit sebanyak tiga kali memohon pertimbangan semula terhadap keputusan Pandikar Amin itu dengan menyatakan bahawa rakyat kini tidak lagi mempercayai kepimpinan Abdullah dan berharap usul itu dapat dibahaskan.

Nota: Nampaknya Anwar meletakkan pelbagai syarat sebelum beri keterangan kepada polis. Satu perbuatan yang mencurigakan bagi seseorang yang "berani kerana benar". Wan Azizah pula selaku ketua pembangkang telah membuat usul undi tidak percaya kepada Paklah pada 10 Julai lalu. Persoalannya kenapa baru sekarang nak buat usul undi tidak percaya kepada PM? Kenapa tidak semasa mula2 persidangan parlimen dahulu? Adakah kerana pakatan rakyat (entah bila rakyat berpakat pun tak tau) sudah mula tidak yakin bahawa Anwar akan jadi PM? Adakah meraka sudah mula mempercayai salah laku liwat Anwar? Sehingga kini tiada satu pun pemimpin DAP dan PAS yang kelihatan bersungguh mempertahankan Anwar. Hanya barisan pemimpin PKR sahaja yang ghairah mempertahankan Anwar yang belum pun mejadi ahli PKR itu. PAS pula kini sudah mula membuat beberapa siri rundingan dengan UMNO. Nampaknya bibit2 perpecahan pakatan rakyat sudah pun bermula.

p/s: Oh Azizah, berhentilah jadi manusia hipokrit. Aku percaya dikau sudah letih memikirkan perihal suamimu. Janganlah buat sesuatu atas keterpaksaan.

Saturday, July 12, 2008

GURINDAM WEE MEN CHEE

Gua mau bagi tau Mamak Rais sama itu Pak Lah
Takut gua cakap nanti ada sikit salah
Gua mau bagi tahu Mamak Rais sama itu Pak Lah
Malaysia dalam duduk gua ada juga sekolah
Gua mau bagi tahu Mamak Rais sama itu Pak Lah
Taktak pandai cakap Malayu itu kira takpa lah
Gua mau bagi tau Mamak Rais sama itu Pak Lah
lama juga itu macam taktak pun olang marah
Gua mau bagi tahu Mamak Rais sama itu Pak Lah
Kingdom of Purplaya sudah ada dua lah

Cecil Rajendra menulis tak pakai perut
Kau siapa? Melayu, Cina, India atau Melukut
Wee Men Chee menyanyi tak pakai mulut
Yang hairan Soi Lek jadi orang kelam kelibut
Cecil Rajendra menulis tak pakai perut
Terhina Melayu luka lama masih berparut
Wee Men Chee menyanyi tak pakai mulut
Berita di akhbar pendek itu pun dibahagian buntut
Cecil Rajendra menulis tak pakai perut
Menggeletar nak baca lagi takut nak sebut
Wee Men Chee menyanyi tak pakai mulut
Entahkan SUQIU untung timbul menjadi sabut

Daulat Tuanku, sembah patik yang hina ini,
Merdeka dah 50 tahun kenapa masih jadi begini
Daulat Tuanku, sembah patik harap diampun
naif sangat ke dia itu? Penunut U, 24 tahun
Daulat Tuanku, sembah patik bertanya khabar
Kenapa pemimpin terus membisu? Tidakkah dia kurang ajar?
Daulat Tuanku sembah patik harap diampun
Tentu mustahil buahnya begitu jika tidak punyai pohon
Daulat Tuanku, izinkan patik untuk berkata
Jikalau Men Chee dibiar begitu pasti ulat naik ke mata
Daulat Tuanku sambah patik harap diampun
Bukankah mudah jadinya kayu ditebang lalu diperun

Men Chee anak Ann Hee tentulah bapak
Soi Lek defender anak tentulah berlagak
Men Chee tauke ada yang sanggup jadi kuli
Sidang media dibuat bagi pihak tauke membela diri
Men Chee mohonlah warganegara Taiwan
Disana Cina sahaja tentu kau dapat perhatian
Men Chee punya keluarga boleh juga ke sana
Kalau duduk di Malaysia bukanya ada guna
Mohon maaf siapa? Men Chee ke Soi Lek
Beritanya benar tapi rasa macam pelik
Mohon maaf begitukah? Mengikut sunnah
Yang Lain bengkak yang lain pulak yang menanah

Mohon maaf tak tau, elok bawa bertanya
Tersentuh dihati, ke tulang hitam jadinya
Mohon maaf mudah, bolehkah diterima?
Menyentuh Melayu, berkaitan agama
Mohon maaf sekadar lepas batuk ditangga
Sedih dikenang tolong fikirkan keselamatan negara
MCA sepatutnya tak payah bercakap
Rakan komponen menjadi gagap
MCA sepatutnya menghadap Tuanku
Terjemahkan maksud Negarakuku
MCA sepatutnya dapatkan maklumat
Tangani isu supaya tak jadi tenat

MCA sepatutnya biarkan sahaja
Biarkan kerajaan membuat kerja
MCA sepatutnya tidak melatah
Takut nanti parti akan susah
MCA sepatutnya bawa berbincang
Wee Men Chee patut dibawa pulang

Ya Allah Tuhanku Maha Besar
Kenapa jadikan hati kami gusar
Ya Allah Tuhanku Maha Kaya
Kalau terlanjur ampunkan segala
Ya Allah Tuhanku Maha Pengasih
Umat yang begitu eloklah disisih, Amin

Arianakpie
(Jelebu)


Nota kaki:
Penulis kami kenali sebagai Pak Long. Antara Nasionalis Melayu yang berjiwa besar namun dilihat kerdil kerana gelangangnya mungkin tidak sebesar orang lain. Gurindam ini ditulis beliau selepas emosinya amat terganggu dengan video klip Wee Men Chee. 50 baris semuanya, menurut beliau mengambil sempena 50 tahun merdeka. Kami memaksanya mencari semula tulisan beliau itu dan akhirnya Alhamdulillah ditemui juga dalam himpunan CD terpakai. Banyak lagi gurindam yanag telah beliau nukilkan dan Insya Allah akan saya siarkan dari masa ke semasa. Kepada Pak Long Terima Kasih.

Friday, July 11, 2008

Oil Prices – We Have Dealt With It

According to the Dewan Ekonomi, Malaysia foreign reserves are now up to US120 billion dollars. Also reported that’s US3.5 trillion dollars foreign reserves now being held by China, Japan and West Asia countries. In the meantime, the depreciated U.S. dollar may be rejected as a trading currency in most country. Its depreciated value would earn exporters, including oil exporters, less than the real value of their exports.

My concern, maybe some country have not yet demanded to be paid in other currencies, but they could change U.S. dollar earnings quickly in order not to lose through further depreciation of the currency. By changing to euro or yen, the market will be flooded with U.S. dollars and push down the value. When eventually the oil producers demand to be paid in euro or yen, the U.S. dollar will be almost useless.

Many countries which keep their reserves in U.S. dollar would be switching away from it to avoid losses when it depreciates further. But Malaysia still continues to quote prices and keep their reserves in U.S dollar (thanks to Abdullah?). The increase in oil price in U.S. dollar is over then 100 per cent. But in pound, euro and yen it is much less. What we are seeing is a distorted picture of the world’s finances because of the fall in the value of the standard currency that we are using.

In my point of view, the U.S. dollar no longer reflects the true value or wealth of nations. And that’s why Che Det only kept US20 billion dollars foreign reserves back to year 1997 currency crisis. For example, in U.S. dollar terms Malaysia’s reserve has doubled over the last two years. Has it truly doubled? If designated in euro, yen or even pounds, what is the increase in the value of the reserves?

Those who went through the currency crisis of 1997-1999 would know what effect the devaluation of currencies has on economies. We should ask ourselves what is the impact of the devaluation of the U.S. dollar and its impending rejection as a trading currency.

To answer this we must recall the events which led to the first oil shock in 1973 – the year of the Yom Kippur War. The American dollar was initially tied to gold according to Bretton Woods Agreement. By 1971 the U.S. was finding the value of the dollar too high. Nixon decided to go off gold and let the market determine the value of the dollar. As expected the dollar devalued. It should be noted that the U.S. products were expensive not because the dollar was strong but because of the wages were increased through pressure from workers’ unions. The U.S. allowed the dollar to be devalued to compensate for high wages demanded by the workers. But the U.S. in the early 1970s was paying the same price for its imports of oil. The producers were therefore getting less for their oil because the dollar was devalued. In that time, the Arab countries believing that they were being shortchanged - getting paid less than half price they used to get before the U.S. dollar devalued. So to get back their money’s worth, they united and tried to demand for higher oil prices.

This time the increase in price is not initiated by the Arabs but it is due to U.S. profligacy. But the same solutions were making by the Arabs – increase the oil prices and the worlds suffer from it. But luckily we have Che Det, which gives the solution - dollar tagging, low interest rates, bail out, call back all the ringgit from outside the country and maintains lower living cost. But the most electrifying idea is promoting Dinar Emas (gold). Gold has proven to be a good investment. It is appreciating in most currency terms.

Yet the present government is too arrogant to admit the efficacy of Che Det brilliant idea in handling the 1998 currency crisis. However the government may want listen to my proposal as I am not Che Det nor that I am related to him. So, I would urge Malaysia government and businesses to buy gold or switch to euro, pound or yen, which would be safer to keep than U.S. dollar. It is likely the increases in national reserves quoted in dollar terms are not due to economic performance alone, but due to the appreciation of other reserve currencies. Then oil prices would not hurt us.

p/s: Aku layak tak buat PC Mr. Sontoloyo?

What An Israeli Thinks About Mahathir

By Israel Shamir:

Malaysia is an 'alternative' country where many Western ideas were found wanting and were rejected. We are used to frequent changes of prime ministers and presidents and see it as a success of democracy. But Dr M, this benevolent king-philosopher in Plato's mould, disagrees. It takes many years for policies to produce fruits, he says. First year in power, the ruler learns to be addressed and to address others properly. Next year, he forms his opinions. Then he makes decisions, and only in a few years can we judge his decisions properly. He succeeded because he had enough time, he says.

This idea is unusual for us, but as the matter of fact, three of the most charismatic and extraordinary statesmen of our days, Dr M, Dr Fidel Castro and the Pope, persist in power for tens of years with great success. Commercial companies, nowadays as powerful as any state, also do not change their helmsmen without urgent need.

Surely, if a statesman like Dr M were to lead Japan, (or China, or Russia, or, indeed, the EU) the world would be different
. Many things have changed since WWII, and Europeans, together with ordinary Americans, are now experiencing the brunt of the same policies Asia suffered in its colonial past. 'The Open Society' has become the tool for robbery brought home, as the New World Order is the colonisation of Europeans and Americans by their new financial elite.

Dr M is a strict opponent of the American War on Terror
. For him, "terrorism never dies until the causes for terrorism are eliminated". He speaks against the impending Anglo-American aggression in Iraq, he refuses to accept the rant of 'Islamic terror'. Dr M supports the much-suffering people of Palestine without the caveats usually produced by his meek-hearted colleagues in Europe. His voice is heard, for Malaysia has not surrendered its discourse to its enemies.

Malaysia reminded me of Cuba, the Island of Freedom in the Caribbean Sea. It is also an alternative society where highly educated men map a different future for mankind, for "today's world is in shambles. The abuses of the free trade system, the unlimited greed of speculators, have resulted in the world losing its way", in the words of Dr M. Similar ideas are expressed in Castro's speeches. The two politicians met a few times and expressed mutual admiration, despite their huge ideological differences: Castro the Communist and Dr M the Nationalist. In Cuba and in Malaysia, one can read a newspaper or watch TV without nausea. These two small countries have much for us to learn from.

About The Author:-
Israel Shamir is a critically acclaimed and respected Russian Israeli Writer and Journalist. He wrote for Haaretz, BBC, Pravda and translated Agnon, Joyce and Homer into Russian. He lives in Jaffa and has become a leading champion of the 'One Man, One Vote, One State' solution in all of Palestine/Israel. His writings are mostly in English but you can also read some of his articles translated into Arabic, French, Hungarian, Italian, Norwegian, Polish, Turkish, Russian and Spanish.

Sources: 13 Mei Dari kacamata melayu.

Wednesday, July 9, 2008

Anwar yang Terdesak

Tuduhan liwat ke atas pemimpin de facto PKR bukanlah sesuatu yang mengejutkan bagi kebanyakan rakyat yang sudah sedia maklum selera jijik beliau...Hanya pengikut2 fanatik yang telah ditipu daya oleh agen yahudi ini sahaja yang nampak sangat terkilan dengan sikap pemimpin mereka yang tidak mahu berubah yang secara tidak langsung mengenepikan pengorbanan penyokong2 setia beliau. Masa kan mereka tidak terkilan, pemimpin yang membawa imej islam liberal yang konon disegani oleh Barat terutama Amerika Syarikat, isteri pula bertudung, sanggup melakukan perbuatan terkutuk.

Yang bagusnya, PKR yang kita tahu perjuangan parti mereka ialah untuk mencapai KEADILAN untuk ANWAR IBRAHIM (bukan untuk rakyat), kini sudah boleh menerima idea perlaksanaan undang2 jenayah Islam. Namun adakah ianya ikhlas demi memartabatkan undang2 Islam dalam menegakkan keadilan atau ia hanya digunakan untuk menyelamatkan Anwar? Jika benar ingin memartabatkan undang2 Islam, maka orang2 PKR termasuk Anwar dan juga orang2 PAS perlu tertakluk kepada undang2 yang sama apabila mereka menuduh orang2 UMNO melakukan zina dan sebagainya...

Apa yang nyata, lelaki berselera jelek ini semakin terdesak. Terbaru dia menyalahkan PM Australia kerana tidak mahu berjumpa dengannya. Alasannya, Rudd tidak mahu menegakkan hak asasi di Malaysia...JELAS!!! Dia memang suka orang asing campurtangan dan masuk menyelesaikan masalah yang dia sendiri cipta...Persoalannya, hak asasi yang mana yang di cabul apabila si mangsa (saiful) melaporkan kepada polis bahawa beliau telah diliwat oleh anwar??? Kalaupun laporan itu tidak disertakan dengan bukti yang kukuh, apa hak asasi anwar yang telah dicabul??? Dia difitnah maka hak asasinya dicabul???Kalau begitu dia telah lama lebih dahulu mencabul hak asasi orang lain...Belum jelas lagikah anda tentang perjuangan Anwar Ibrahim??? Perjuanagn dia yang bersifat peribadi dan membantu agenda asing untuk semakin menyerap masuk ke dalam negara kita...Terlalu buta dan pekak kah bangsa ku ini untuk memahami hakikat yang sebenar???

***Sesungguhnya kebenaran itu semakin nyata...Bagi yang baru melayari blog ini, saya sarankan untuk anda baca artikel2 sebelum ini yang telah pun membuat pelbagai pendedahan tentang agenda asing yang diperjuangkan oleh Anwar dan konco-konconya demi kuasa peribadi dan menghancurkan tanahair ini...Sanggupkah anda menjadi mangsa perjudian Anwar? Yang untung bukan kita tapi hanya dia dan keluarganya sahaja...

Sebagai wanita, aku terpaksa kagum dengan kecekalan dan kesetiaan Wan Azizah mempertahankan suami yang tak berguna seperti itu...Malang sekali...Alangkah baiknya kalau kecekalan dan kesetiaan itu disalurkan untuk mempertahankan bangsa dan agama...

UMNO Selangor calonkan Abdullah; Najib

KUALA LUMPUR 8 Julai - Badan Perhubungan UMNO Selangor sebulat suara akan mencalonkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Presiden UMNO pada pemilihan parti itu Disember ini. Pengerusinya, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, UMNO Selangor juga memutuskan sebulat suara mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Timbalan Presiden UMNO. "Keputusan ini dibuat dalam mesyuarat Badan Perhubungan di Ibu Pejabat UMNO Selangor di Shah Alam malam tadi. "Ia dihadiri oleh Ketua-Ketua UMNO Bahagian dari seluruh Selangor," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini. Sebelum ini Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang turut memutuskan untuk mencalonkan Abdullah sebagai Presiden UMNO dan Najib sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Nota: Bukankah mesyuarat cawangan UMNO hanya akan bermula 17 Julai ni? Jadi bagaimana pulak dah ada pencalonan terhadap Paklah untuk jawatan Presiden UMNO? Atau Mike Tyson nih nak hantar mesej kepada akar umbi bahawa ketua2 bahagian UMNO sekarang menyokong Paklah dan akar umbi kena buat sesuatu mulai sekarang. Aku teringin nak tahu apa yang bermain difikiran akar umbi UMNO sekarang ini.

Anwar Kemuka Kes Liwat Kepada JAWI

KUALA LUMPUR 9 Julai - Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk menyiasat tuduhan liwat oleh pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan terhadapnya. Penasihat Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) itu membuat laporan di bahagian penguatkuasaan JAWI pagi ini. Menurutnya, beliau mengambil keputusan itu selepas dinasihati oleh ulama dan peguamnya. “Saya membuat aduan kepada bahagian penguatkuasa JAWI, bagi membersihkan nama saya dan keluarga dari fitnah jahat yang mengaibkan ini. “Saya telah dinasihatkan untuk membawa kes ini mengikut undang-undang dan peruntukan Qazaf,” katanya kepada pemberita di perkarangan pejabat JAWI selepas membuat laporan berkenaan di sini hari ini.

Nota: Bagi yang tidak tahu apa itu 'Qazaf" - kaedahnya ialah "Orang yang menuduh mestilah mengemukakan bukti dan saksi dalam mahkamah sebagaimana yang disyaratkan dalam kanun jenayah syariah. Jika dia gagal mengemukakan bukti dan saksi, dia boleh dikenakan hukuman hudud iaitu hukuman 80 sebatan".

Nampaknya sama je kaedah sivil dan syariah dalam kes Saiful. Kedua2nya memerlukan bukti dalam pendakwaan. Dalam blog2 penyokong keadilan pun beria2 mempertahankan Anwar agar tidak bersumpah mengikut pandangan Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria. Akhirnya Anwar memilih untuk dibicarakan di bawah JAWI. Mana2 pun tak kisahlah asalkan perbicaraan dapat dijalankan secara adil dan saksama.

Tapi yang menjadi kemusykilan aku ialah, kenapa tuduhan terhadap Najib, Rosmah, Pegawai Tentera, Ghani Patail dan Musa Hassan...ANWAR TIDAK IKUT HUKUM QAZAF? Adakah bila orang lain buat tuduhan terhadapnya kena ikut hukum Islam, tapi bila Anwar yang buat tuduhan maka tak perlu guna hukum Islam. Mana keadilannya di situ wahai Brader Anwar Bin Ibrahim?

Tuesday, July 8, 2008

Anwar Yang Kelakar

Berikut merupakan kenyataan2 Anwar dalam akhbar2 tempatan:-

Menurut Anwar, dakwaan liwat yang dibuat terhadapnya ketika beliau hampir pasti membuat perjalanan kembali ke arena politik selepas pembangkang memenangi 82 kerusi Parlimen pada pilihan raya 8 Mac lalu.

Katanya, sejak pilihan raya Mac lalu beliau mempunyai jumlah Ahli Parlimen mencukupi untuk membentuk kerajaan baru dan sedang berada pada landasan menuju kekuasaan.

"Momentumnya masih berterusan dan saya akan memantau perkembangan. Ia tidak pernah sebaik sekarang, mereka tahu mengenainya.

"Ahli UMNO dan Ahli-Ahli Parlimen berjanji untuk keluar dan membantu saya berkempen, jadi mereka datang dengan dakwaan seksual ini bagi menghalang saya berkuasa," dakwanya.

Menurut Anwar, berikutan pengalaman yang dialami sedekad yang lalu beliau tidak mempercayai proses undang-undang dan mendakwa terdapat elemen dalam kerajaan yang merancang dakwaan baru terhadapnya.

Nota: Nampaknya Anwar hanya mahukan KUASA dan bukannya keadilan, kemakmuran dan perpaduan. Marah betul dia apabila cita2 untuk berkuasa terbantut. Orang yang marah sudah tentu tidak waras fikirannya dan beliau sudah tentu sanggup buat apa sahaja untuk mencapai cita2nya. Anwar juga menyatakan bahawa beliau tidak percaya pada proses undang2. Apa agaknya komen hakim2 di Malaysia ni terutama Ian Chin dan hakim yang membebaskan Anwar atas alasan teknikal tu.

Pengendali Blog Turut Sebar Fitnah - Abdullah

KUALA LUMPUR 7 Julai - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pengendali blog turut bertanggungjawab menyebarkan cerita-cerita pembohongan sehingga menyebabkan suasana politik negara diselubungi fitnah. Sehubungan itu, Abdullah mengingatkan mereka agar berhenti berbuat demikian. ''Mereka (pengendali blog) juga bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku. Tindakan terbaik mereka adalah berhenti (daripada menyebarkan fitnah)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan ahli-ahli politik yang saling menuduh sekarang ekoran penyebaran fitnah yang berleluasa di negara ini. Bagaimanapun, Abdullah tidak menjelaskan bentuk tindakan yang akan diambil terhadap pengendali blog yang menyebarkan fitnah. ''Kebenaran akan terserlah. Apabila kebenaran muncul, semua fitnah tersebut akan berhenti,'' kata Perdana Menteri.

Nota: Apa kaedah yang akan Paklah gunakan untuk hentikan semua spekulasi internet ni? Adakah dengan memastikan beliau sendiri letak jawatan dengan kadar segera? Walaupun baru 57 bulan Paklah mentadbir, namun beliau sudah menerima kritikan paling banyak dalam sejarah Perdana Menteri Malaysia. Itulah padahnya jika tidak mahu mengakui hakikat bahawa kerajaan kini lemah kerana memerintah dengan majoriti mudah, tapi balik2 dok sebut, "Kita kerajaan yang kuat". Wahai Paklah, fikirlah sedalam2nya. Janganlah perjudikan nasib 26 juta rakyat Malaysia semata2 ingin terus di puncak kuasa. Kalau dah tak mampu nak kawal keadaan, just pass the baton to somebody who can!

Asal Usul Melayu Terus Dikaji

Oleh: Mohd Azis Ngah


Pulau Kalumpang dipercayai penempatan pertama manusia prasejarah

MENELUSURI asal usul keturunan Melayu di Nusantara amat menarik tetapi sehingga kini belum ada ketetapan muktamad kerana terlalu banyak teori dan hujah.

Merujuk kepada perlembagaan, orang Melayu adalah seorang Muslim, bertutur Bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Ini bermakna sesiapa saja tanpa kira asal usul bangsanya boleh bergelar Melayu jika memiliki ciri-ciri di atas. Namun, definisi Melayu di alam Melayu ditakrif sebagai mereka yang mendiami alam Melayu dan bertutur bahasa Austronesia/Melayu-Polinesia. Pengkaji sejarah, ahli arkeologi, pakar bahasa sentiasa mencari bukti kukuh melalui pelbagai kajian sekali gus menyemarakkan usaha mengesan asal usul Melayu.

Wartawan Berita Minggu berpeluang mengikuti satu kajian lapangan oleh pakar arkeologi, Prof Datuk Dr Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman yang kini mengkaji penemuan tapak arkeologi pra sejarah pertama di dunia yang dihuni manusia di kawasan bakau di Pulau Kalumpang, Perak. Memang banyak negara yang mempunyai kawasan bakau seperti India, Kemboja dan Afrika tetapi hanya di Malaysia dikesan mempunyai kesan peninggalan penempatan manusia prasejarah.

Kerja mencari gali dimulakan pada 1987 selama dua tahun dan dihentikan sebelum dimulakan semula sejak Mei lalu. Hasil kajian pertama, Prof Nik Hassan menemui 11 rangka manusia prasejarah dipercayai dikebumikan di tanah perkuburan di situ.

Manusia prasejarah itu dikatakan menanam mayat di bawah rumah mereka kerana pengkaji menemui tinggalan sisa makanan, tulang manusia, gigi yang dipercayai manusia yang hidup di abad kedua Sebelum Masihi hingga 10 Masihi.

"Kajian ini lebih menjurus kepada mengesan siapa yang sebenarnya tinggal di situ. Kami percaya penempatan ini didiami sekumpulan manusia keturunan Melayu yang hidup di pesisir pantai. Mungkin juga mereka keturunan India, Sumatera atau Orang Laut.

"Mereka lebih terbuka kepada hubungan luar berbanding Melayu yang tinggal di pedalaman. Bukti gigi dengan kesan makanan sirih dan pinang menguatkan hujah kemungkinan mereka orang Melayu dan penemuan serpihan tembikar, manik menunjukkan mereka berhubung dengan dunia luar," katanya.

Menariknya, Pulau Kalumpang yang jaraknya kira-kira 45 minit perjalanan menaiki bot dari jeti Kuala Gula, mempunyai tujuh kawasan penempatan yang mempunyai keluasan dua kilometer. Pulau itu juga mempunyai banyak pokok buluh yang sememangnya diakui tidak akan tumbuh di kawasan bakau.

Pokok buluh itu hidup subur dipercayai ditanam dengan tujuan pelbagai guna untuk membuat rumah, senjata dan alat menangkap ikan. Selain itu, penemuan kerang pelbagai jenis menunjukkan penduduk di situ sememangnya menjadikan hasil laut sebagai makanan utama.

Penduduk tempatan menggelar pulau itu sebagai Pulau Kota Kerang, ada yang memanggilnya Pulau Buluh.

"Berdasarkan penemuan di pelbagai peringkat lapisan tanah, jelas menunjukkan diet makanan mereka juga berubah mengikut zaman. Kami menemui tulang ikan, monyet, burung, kepala babi dan beruk, mereka makan apa saja tetapi pada masa itu, rasanya mereka tidak beragama.

"Persoalannya ialah bagaimana mereka hilang atau berpindah, kami tidak pasti dan sedang mengkaji," katanya.

Ketika ini, Prof Nik Hassan dan pasukannya sudah menemui 50 jenis kerang pelbagai saiz yang jelas membezakan perubahan makanan penduduk di situ. Cara hidup mereka boleh dinilai berdasarkan sisa makanan yang ditemui.

Apa yang pasti, pasukannya gigih menjalankan kajian sama ada penempatan di situ mempunyai kaitan langsung dengan orang Melayu yang tinggal berhampiran di Kuala Sepetang, Kuala Gula atau Kuala Kurau dan ia perlu dipastikan melalui ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA).

Info: Tapak Arkeologi Pulau Kalumpang

  • Mempunyai tujuh kawasan (Pulau Satu hingga Pulau Tujuh) seluas dua kilometer

  • Pulau Satu hingga Pulau Lima adalah kawasan utama kajian

  • Pulau Enam dan Pulau Tujuh terletak berdepan Pulau Selinsing

  • Tapak itu diwartakan sebagai Kawasan Hutan Bernilai Pemeliharaan Tinggi sebagai perkuburan prasejarah pada 15 Julai 2007

  • Pemetaan dan sukatan geografi mula dijalankan di situ pada tahun 1988
  • Monday, July 7, 2008

    Forum Kontrak Sosial: Laporan polis dibuat

    KUALA LUMPUR 3 Julai - Sebanyak 15 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk persatuan seni mempertahankan diri dan kariah masjid membuat laporan polis berhubung Forum Kontrak Sosial oleh Majlis Peguam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini hari ini.

    Presiden Pertubuhan Seni Gayung Fatani, Wan Shaharudin Wan Dahalan yang mengetuai kumpulan itu berkata, tindakan tersebut bakal disertai NGO negeri lain dalam masa terdekat ini, dimulakan Negeri Sembilan dan Melaka.

    p/s : Alhamdulillah. Masih ada orang Melayu yang prihatin tentang perilaku bukan Melayu yang kini semakin kurang ajar mencabar perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. Sekarang aku tengah tunggu laporan polis daripada peguam2 Melayu terutama Zaid Ibrahim yang dok senyap tanpa komen isu ni? Bacul ka? (Pinjam kata2 Puaka Desa)

    Fakta Menarik - Part I

    1. Heng Pek Koon dalam satu tulisan bertajuk The New Economic Policy and the Chinese Community in Peninsula Malaysia dalam journal The Developing Economies, (September 1999, m.s 262–92) memaparkan dengan jelas data-data yang mencetuskan konflik berdarah 13 Mei:

    Pada tahun 1970, perbezaan pendapatan di antara Melayu dan bukan Melayu begitu ketara sekali. Orang Melayu membentuk majoriti golongan miskin, iaitu sekitar 74 peratus di Semenjung Malaysia. Populasi Melayu dikawasan luar bandar 63.4 peratus berbanding kaum Cina 26.1 peratus, sementara kaum Cina membentuk majoriti populasi di kawasan bandar 58.7 peratus berbanding dengan Melayu 27.4 peratus. Pendapatan purata orang Melayu ialah RM178.7, berbanding dengan Cina RM387.4. Ekuiti korporat Melayu pula hanyalah 2.4 peratus, berbanding Cina 34.4 peratus. Menariknya, waktu itu ekuiti korporat negara ini dikuasai oleh orang luar, khususnya British, iaitu kira-kira 63.3 peratus.

    2. Protokol Zionis mengandungi 24 bab atau bahagian. Ia merupakan dokumen sulit yang menerangkan survival bangsa Yahudi pada masa 100 tahun. Dokumen ini mulanya didedahkan Sergius A Nilus. Tiada bukti jelas siapa penulis dan mastermind protokol ini, tetapi ada spekulasi menyatakan ia diilhamkan oleh seorang wartawan Yahudi, Theodor Herzl yang juga dikenali sebagai bapa zionis.

    3. Kafir HARBI ialah golongan bukan penganut Islam yang menetap disesebuah negara yang diterajui oleh pemimpin Islam, tapi kafir ini menentang Islam dan undang-undang yang ditetapkan. Contohnya di Malaysia ialah DAP.

    4. Hari al-Nakba bermaksud 'hari malapetaka' sebagai memperingati pengusiran penduduk Arab Palestin oleh pengganas Zionis dan peperangan yang membawa kekalahan kepada penduduk arab pada 1948. Tarikh 15 Mei dipilih sebagai sambutan hari al-Nakba kerana pada tarikh 15 Mei 1948, Mandat British di Palestin berakhir dan pembentukan Negara Israel yang merdeka diisyhtiharkan secara rasmi dengan Presiden Harry S. Truman pemimpin negara pertama membuat pengiktirafan.

    5. Petikan ucapan Lim Kit Siang di Parlimen tahun 1988:

    "DAP dan sejumlah rakyat Malaysia yang menyokong DAP, bersetuju dengan objektif Dasar Ekonomi Baru bagi mencapai perpaduan negara melalui proses serampang dua mata, yakni menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusunkan semula masyarakat Malaysia melalui penghapusan menurut pekerjaan dan tempat kediamannya. Kami juga menerima jaminan DEB bahawa dalam perlaksanaannya, tidak ada kumpulan yang akan mengalami kerugian atau berasa dilucutkan hak, keutamaan, pendapatan dan pekerjaan atau apa-apa peluangnya. Apabila Rancangan Malaysia Kedua dibahaskan di Parlimen lebih 10 tahun yang lepas, saya menyatakan bagi pihak DAP bahawa DAP menyokong perlaksanaan proses serampang dua mata itu." - Sumber buku "Dasar Ekonomi Baru Pertumbuhan Negara dan pencapaian Ekonomi Orang Melayu " (Cetakan Kedua 2002).

    Surah Al-Baqarah, Ayat 120

    "Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

    Surah Al-Baqarah, Ayat 216

    "Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

    Surah Al-Imran, Ayat 28

    "Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

    Surah Al-An'aam, Ayat 67

    "Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."
    Blog Widget by LinkWithin

    Blog Archive