Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Tuesday, January 6, 2009

MBNS: Desas-desus atau kebenaran?

Menurut Datuk Undang Luak Rembau, pelantikan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 diputuskan secara sebulat suara tanpa lobi-melobi mana-mana pihak. Datuk Muhamad Sharip Othman menafikan desas desus kononnya ada pihak tertentu termasuk MBNS cuba untuk mempengaruhi kesemua Datuk Undang Luak dalam membuat keputusan.

Dalam Enakmen Kerajaan Negeri Sembilan, kuasa mutlak untuk melantik Yang Dipertuan Besar terletak hanya kepada Undang Yang Empat saja, iaitu Datuk Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Undang Luak Jelebu, Datuk Undang Luak Rembau dan Datuk Undang Luak Johol, dengan dipengerusikan oleh Datuk Undang Luak Sungai Ujong.

Kenapa Datuk Undang Luak Rembau perlu mengeluarkan kenyataan di media untuk menafikan desas-desus tersebut sekiranya ia tidak berlaku? Desas-desus yang kedengaran di Negeri Sembilan sehingga menjadi buah mulut ramai bahawa sememangnya MBNS telah bersuara dalam mesyuarat Undang Yang Empat Tersebut. MBNS dilaporkan kurang faham adat mesyuarat apabila cuba berhujah untuk melobi Tunku Laksamana, Tunku Naquiyuddin sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan bagi menggantikan ayahandanya.

Namun MBNS telah ditegur oleh Undang Luak Sungai Ujong iaitu Datuk Mubarak apabila cuba campur tangan dalam kuasa Undang Luak memilih Raja. MBNS gagal untuk faham bahawa apabila Raja mangkat di Negeri Sembilan, yang berkuasa ialah Datuk Undang Luak, yakni sebelum perlantikan Yang Dipertuan Besar yang baru. Sepatutnya kehadiran MBNS dalam mesyuarat tersebut hanyalah sebagai pemerhati dan wakil bagi pihak kerajaan negeri untuk mengesahkan keputusan yang dibuat; bukannya turut serta terlibat dalam membuat keputusan.

Difahamkan, Datuk Undang Luak Jelebu dan Datuk Undang Luak Rembau sememangnya 'mahukan' Tunku Naquiyuddin sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Kerana itulah mesyuarat untuk menentukan pengganti Almarhum Tuanku Jaafar mengambil masa yang lama kerana kedua-dua Undang Luak tersebut tidak dapat membuat keputusan dengan segera. Mungkin kerana itulah MBNS cuba untuk bersuara kerana Datuk Undang Luak Jelebu dan Rembau kelihatan tidak cuba menjelaskan pendirian sebenar mereka dalam mesyuarat pada peringkat awal.

Namun akhirnya semua Datuk Undang Luak sebulat suara memilih DYMM Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11. Ibarat sireh pulang ke gagang, ibarat buku bertemu ruas. Segalanya telah selesai dan jangan sesiapa pertikaikan lagi. Daulat Tuanku.

5 comments:

  1. mano poei eh....
    penyokong mad nor and tapa salim...
    sonyap yo.....
    arie tu berio2 menyalak2 eh...

    ReplyDelete
  2. Doa untuk Iraq
    Saudara kita yang seagama di IRAQ diambang kemusnahan dalam semua aspek kehidupan. Kita tidak boleh menahan atau membendung rasukan perasaan yang telah hilang pedomannya sebagai manusia berfikir saperti biasa. Kita tidak mempunyai kekuatan fizikal atau sebarang kecanggihan untuk menghalangnya dari kemusnahan. Sebagai umat Islam, berpegang teguh kepada rukun Islam dan Iman, kita ada Allah Taala. Sebagai berpegang teguh kepada rukun Iman, khususnya pada ketika ini, percayalah akan Rukun Iman Yang Pertama;

    PERCAYAKAN ALLAH
    Jesteru itu, adalah diharapkan jangan dilupai untuk membaca Surah Al-Fil(Alam Tarokai Fafa Ala Robika bi-asha bil-Fil) sebanyak 3 kali setiap solat Fardhu serta diikuti doa "Ya Allah, KAU musnahkan tentera Amerika Syarikat dan sekutunya sepertimana KAU utuskan ABABIL memusnahkan ABRAHA dari muka bumiMU. "Ya Allah, selamatkanlah umat Islam yg sedang sengsara di Palestin, Afghanistan, Iraq, Chechnya dan serata pelusuk dunia akibat dari angkara mungkar dan kekejaman musuh musuh Mu. Peliharakanlah mereka, lindungilah mereka, kasihanilah mereka dan berikanlah rahmatMu ke atas mereka."

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum anakku Paneh,

    Sebaiknya Terima sahajalah keputusan yang telah dibuat. Ini semua rezeki masing masing, ketentuan Allah swt yang MAHU siapa yang berkuasa dan mengambil juga kuasa dari siapa yang DIA MAHU.

    Kita sebagai rakyat, akur sahaja dan doakan Agar Yam Tuan yang baru dilantik akan menjalankan Tanggungjawab yang diberi dengan sebaiknya, InsyaAllah.

    ReplyDelete
  4. Semoga Kebawah Duli Tuanku tidak mudah tertipu dengan permainan politik oleh seekor binatang yang bernama Ahmad Hassan.

    Rakyat mendoakan Tuanku

    ReplyDelete
  5. Although from different places, but this perception is consistent, which is relatively rare point!
    nike dunk

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive