Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Wednesday, April 22, 2009

Sayonara Azman, Mohamad Hasan

Azman Hasan iaitu abang kepada Mohamad Hasan (MBNS) dikhabarkan telah meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Perhubungan Umno Negeri Sembilan berkuatkuasa pada 16 April 2009 yang lalu. Perkara ini disahkan melalui khidmat pesanan ringkas (sms) daripada Azman Hasan sendiri kepada salah seorang Pemuda Bahagian Rembau. Bagaimanapun Azman Hasan dikhabarkan tetap meneruskan tugasnya sebagai Setiausaha Umno Bahagian Rembau selagi dikehendaki oleh adiknya sendiri selaku Ketua Umno Bahagian Rembau.

Jawatan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Sembilan yang kini disandang oleh Mohamad Hasan juga dikhabarkan bakal bertukar tangan. Menurut maklumat yang diperolehi, salah seorang MT Umno dikatakan bakal menjadi Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Sembilan yang baru bagi menggantikan Mohamad Hasan yang tewas dalam pemilihan MT Umno baru-baru ini. Desas-desus turut melaporkan bahawa Hasim Rusdi yang kini menjawat jawatan Ketua Umno Bahagian Rasah, Adun Labu serta Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan telah disebut-sebut akan menggantikan Azman Hasan selaku Setiausaha Perhubungan Umno Negeri Sembilan yang baru.

8 comments:

  1. hmmmm banyak lah pisang kek masjid hari jumaat ni di seluruh negeri sembilan,,,,

    ReplyDelete
  2. Pisang ajo kor?...den dah lamo mengidam makan strawberi...ado yang sudi sponsor ko!!!..

    Mangin laie dah kobarkan,adik beradik pogang kuaso...mmg banyak masalah...sekarang terimolah akibatnyer..

    ReplyDelete
  3. Spekulasi,spekulasi. lagi2 spekulasi!Nak tukar sekarang buat apa? Tunggule PRU 13!

    ReplyDelete
  4. Mohammad Hasan is the worst MB and Liaison chairman and has done a lot of misgivings to NS UMNO.
    He discarded his original friends and go for parasites to be his supporters.
    After this we want to see how Ismail Lasim will treat him.
    He doesn't believe that Ismail Lasim is a deadwood and can never prop him to any level in politics.
    Over and above all those, he is suffering of massive inferiority complex and has to depend on his brothers to assist him politically.
    If Mohammad goes, it is a real and truly a favor for for the people of N Sembilan.
    Thanks to anyone who can oust him. All of us has suffered enough under him.
    This man is worthless to UMNO. He only knows apple polishing to all leaders in power.
    Cant bear waiting for his departure.

    ReplyDelete
  5. If Mohammad really goes......we can only say....Cherio!!!!! and shukur!!!!

    ReplyDelete
  6. Salam semua,

    Inilah resam hidup dan dunia, tidak ada yang kekal dalam apa juga. Yang pergi silih berganti.

    Allah swt beri kuasa pada sesiapa yang DIA kehendaki dan dia juga mencabut kuasa daripada sesiapa yang dia sukai.

    Mak Cik teringat masa kecil kecil dulu selalu disuruh arwah nenek nenek hantar pisang ke Surau atau Masjid. Tidaklah kita faham apa ertinya tapi budak dulu turut saja perintah orang tua tua.

    ReplyDelete
  7. Pencen pencen depa, duit dah berguni - no hal !!!

    ReplyDelete
  8. salam 1malaysia,
    sebagai insan yang mempunyai hubungan darah dengan orang n9 serta mempunyai kaum keluarga yg rmai di n9, saya sentiasa mengikuti secara mendalam isu kepimpinan datuk mat di n9.Walaupun beliau seorang koprat yg hebat, hrpn paklah dulu meletaknya adalah utk beliau menaburkan idea utk membangun n9 secara komprehensif.Ini krn jika kita lihat, kaw2 yg ada di n9 ini bangun atas sbb faktor2 luaran.Contoh jika kita lihat bndar nilai.Siapa yg tahu nilai itu telah ada pembersihan tanah utk dibangunkan sbg bndar br sebelum wujudnya KLIA.begitu juga dgn seremban.Impak pmbangunan sektor perumahan diseremban hr ini adlh impak dr kepesatan KL.Tp syg apabila Mat Hassan 'salah berguru'.Mat hassan gagal mentafsirkan perjuangan serta muslihat.1 perkara mengapa mat hassan goyah di rembau adlh apabila beliau sanggup meletakkan YB muda yang TAK PERNAH berjasa kpd kaw Chembong. Rata-rata secara majoriti nya datuk rais adlh wakil rakyat yg diterima org baik tua atau muda.Sy nk tny mat hassan, sanggupkah mat hassan buat apa yg rais buat utk rakyatnya? sanggup tak mat hassan beli tnh di tgh2 pekan dan buat umah utk rakyat dtg mengadukan mslh kpd mat hassan stiap hjg mggu? KJ pun xbrani nk buat sbb tkt kne baling kasut nnt.adakah mat hassan tkt dgn rais? mengapa perlu tkt klau 'bomoh' mat hassan ajar utk mjadikn pesaing itu kwn.Isu pbangunan di srmban 2 yg gagal dipelopori oleh kontraktor melayu.Mengapa mat hassan gagal utk kawal perkara ini berlaku.Mengapa bndar2 spnjg senawang tampin tidak dibangunkn? ini adalah majoriti melayu. Harapkn chembong lh pun meriah dr kaw mat hassan sndri.Bagi memulihkan Umno N9, sy mcdgkn agr perlu dilantik seorg yg bkn adun utk menyesaikan konflik politik n9 scr detail sblm pru13.

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive