Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Saturday, February 28, 2009

PPSMI: KISAH UNTUK KITO PIKIR

Montori PPSMI kato tak payah nak polemik isu PPSMI yang maso kini dah masuk era asimilasi proses. Dulu maso dasar sibuk dibontang dan dibahas tak sibuk nak protes ko? Nak bincang macam mano nak gubal ko? Nak tolak ko?

Dah makan 6 tahun, baru ramai bising. Kosan daripada keputusan UPSR? PMR? SPM? Yang mano satu poporiksaan awam yang dirujuk? Apo orang jembel dan marhaen tahu ko, yang mano satu di sembang satu Malaysia?

Yang sibuk mengetok tin dan tong ni, di kalangan yang punya pangkat dan golar? Yang tak do apo-apo, duit jauh sekali, pangkat tak terpanjat, golar jauh panggang dari api. Apo yang nak dibisingkan? Ngikut yo lah….

Pak Sedaro nak sambut tulisan Ahmad Albab. Ado 4 kaedah kito baco drama PPSMI ini.

Daripada aspek komersilnya PPSMI yang mengurus projeknya ialah Time. Selamo ia dilaksanokan. Tak tau la berapo banyak RM masuk? Tapi baguish le, ramai anak Melayu boleh kojo dengan GLC…

Daripada aspek membudaya BAHASA, ini yang dimainkan oleh PEJUANG bahasa. Apo masalah Inggeris dan Melayu. Kalu dah tahu akan timbul konflik, kenapo tak dibelek dengan mendalam yang mano boleh, tahap mano boleh, apo benchmark atau titik kecapaian ukuran, apo panduan asas membolehkan? Bahaso Inggeris dalam jadual masa harian semaso, kenapo banyak yang Tuang? Cikgu maso “English Day tak nak cakap Bahasa Penjajah pun”? Cikgu mengajar PPSMI apo tahap penguasaan Bahasa Melayu dan Inggeris nya?

Daripada aspek KEILMUAN matematik dan sains…sesungguhnya, bangsa TERMAJU dunia masih agung dengan bahasanya. Masalah kito di Malaysia ialah industri penterjemahan tertinggal 15 tahun ke belakang. Sobab itu mudah kononnya PPSMI. Tapi sampai sudah sektor penterjemahan akan terus tertinggal. Rujuk negara Bangsa dunia Maju...industri terjemahan amat terkehadapan. Nak mudahkan, dah ado orang Malaysia naik ko angkaso, jojak di ISS…mano karya ilmiah Bahasa Melayu pasai misi ini, baik daripada mulonya hingga sekarang. Orang Jepun, Iran, Russia dan China dah siapkan dokumentasi dalam 2 bahasa. Satu bahasa lidah bangsanya, satu bahasa antarabangsa Inggeris.

Daripada aspek PATRIOTISME, NASIONALISME, JATIDIRI…Tak hilang Melayunya jika bercakap Inggeris, Tak luput Islamnya jika bertutur bahasa Nasrani ini. Dengan syarat elok dan molek Melayunya, sopan santunnya, adabnya, amalan budayanya, survivalnya, cintaNya kepada Tanahairnya. Sobonarnya kita KURANG kepakaran, lebih ramai pakar MESTI diBINA dan diCETAK. Pakar Bahasa dalam pelbagai bahasa. Pakar Ilmu dalam pelbagai ILMU. Pakar Berfikir dalam pelbagai FIQH. Bukan tak ramai yang keluar Universiti, tapi yang dikesalkan ialah ramai yang keluar daripada KILANG IJAZAH, bukan GEDUNG ILMUAN. Setiap tahun 35,000 orang dari dalam dan luar negeri. Apo kurangnya? Tapi sobab, yang punya KUASA dan DUDUK di kerusi empuk melihat 35,000 sebagai ROBOT, kesannya macam kisah PPSMI la. 5 tahun laie, kito akan nengok LIMPAHAN ROBOT cetakan KITO sendiri.

Pak Sedaro tongah "estimate" tidak kurang 150 ribu orang graduan keluar Universiti. Tapi hanyo 15 ribu ajo yang bonar-bonar borani nak JADI Pejuang…Nang lain, kaki TUANG.

Rakyat Malaysia, Pak Sedaro jangko akan ada sekitar 28 juta manusio. Tapi yang cordik hasil keluar Universiti sekitar 1.5 juta [jumlah terkumpul sojak sebelum Merdeka hingga tahun tu, jiko masih bernafas]. Cubo fikir, berapo ramai yang kona Melayu? Berapo ramai yang tahu PPSMI? Berapo ramai yang tahu Class Senior Cambridge?

Pak Sedaro fikir…Ado baiknya, Kita dalami PPSMI ini dari sudut bagaimana? Tahap mano? Nak jadi macam mano? Cakap Melayu ko Cakap Omputih? Nak cabar Dasar atau Nak Usul Proses Tambah Baik? Nak rugi RM 2 billion atau Nak Rugi RM 6 billion + Negara Bangsa + Nilai Perjuangan + Industri Terkesan?

Cabut Keris Minta Maaf kepada Rakyat Malaysia? Cabut Bahasa Jiwa Bangsa Tak Minta Maaf? Cabut Cogan Alam & Cogan Mahkota Tak Minta Maaf?

Wah! Suka-suka je Hamid Albar ni..

Kerajaan tetap syarat guna perkataan "Allah" dalam penerbitan Kristian

Church to study implications of permission to use "Allah"

Penggunaan "Allah" bukan satu larangan

Conditional use of "Allah" allowed

Perenggan 2.(1) warta itu menyebut: "Percetakan, penerbitan, penjualan, pengedaran dan pemilikan apa-apa dokumen dan penerbitan yang berhubung dengan agama Kristian yang mengandungi perkataan "Allah", "Kaabah", "Baitullah" dan "Solat" adalah dilarang melainkan jika di kulit muka depan dokumen dan penerbitan itu ditulis perkataan "UNTUK AGAMA KRISTIAN".

Perenggan 2.(2) Perkataan "UNTUK AGAMA KRISTIAN" yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah ditulis dengan fon jenis Arial bersaiz 16 dalam huruf tebal.

p/s: Lepas ni segala percetakan, penerbitan, penjualan, pengedaran dan pemilikan apa-apa dokumen dan penerbitan orang Islam pun perlu ditulis di muka depannya "UNTUK AGAMA ISLAM" bagi mengelakkan kekeliruan. Macam tu ka Hamid?

Itupun puak Herald ni masih nak membantah lagi. KDN dah tetapkan syarat pun, mereka tak puas hati. Kau tengok tu Hamid, tak guna kau bagi muka kat puak-puak ni. Mereka bukannya ikhlas kononnya kata guna nama Allah sebab nak memperjuangkan Bahasa Melayu. Niat tersirat mereka hanya untuk sebarkan Kristian dikalangan orang Melayu terutama generasi muda. Kau jangan jadi bodoh Hamid.

Kami nak tengok selama mana pemantauan dan penguatkuasaan dalam hal ni serta sampai bila KDN mampu untuk mempertahankan Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan. Jangan hanya hangat-hangat taik ayam tapi akhirnya ramai orang Melayu yang dok sembah palang.

Friday, February 27, 2009

Two lions

By the end of next month, we will know who would become the Deputy President of UMNO and eventually the Deputy Prime Minister of Malaysia. Three candidates are vying for the coveted post and the front runner is Tan Sri Muhyiddin Yassin. With the political scene in our country today we do need a very strong Deputy Prime Minister who would support the Prime Minister. Imagine, if Dato' Sri Najib is attending meeting overseas, a strong and firm Deputy is needed to helm the country. The opposition definitely would stir the hornet's nest by creating problems and hence, Tan Sri Muhyiddin is capable of handling them. With due respect to Datuk Seri Mohd Ali Rustam and Tan Sri Muhammad Mohd Taib, Tan Sri Muhyiddin Yassin is above them in all aspects, especially in handling problems. Thus, I would say that Muhyiddin could complement Najib as both are 'lions' and in the context of the present political scene in Malaysia, we need not only one 'lion' but two 'lions' to contain and preserve the stability of our country. With the likes of Karpal Singh, Gobind Singh Deo and Anwar Ibrahim, Najib and Muhyiddin could 'tame' them. No wonder there are motions by the opposition to have a vote of confidence for Pak Lah to stay on as the Prime Minister because they are afraid of the mentioned 'two lions'.

Karpal Singh "Singh is King-KONG"

Pak Sedaro nak senduk si MP Bangang Bukit Gelugor yang nyanyuk dan sekutu-sekutunya, termasuk juga sekutu HAPRAK yang setuju dengan cara gaya dia fikir dalam Parlimen, apalagi anaknya MP Puchong. Tengoklah telatah HAPRAK dan MINDA PARIA dalam Parlimen, mereka ini, Apo punya BANGANG la....

Pak Sedaro dah posan dulu, Insyaallah "Fisabilillah" akan turun. Itu baru putiknya, di muka pintu.

Apo gilo sorang MP, Singh is King? Pak Sedaro raso yang layak untuk orang macam nie, ialah King-KONG.

Wakil Rakyat Melayu Islam, PAS dan PKR mano hilang taring? Sanggup sekongkol dengan Si Kitul? Sanggup sekongkol dengan Fatwa Haprak DAP? Sanggup sekongkol dengan MANUSIA miskin dan jahil ilmu mantiq?

Mano ulamak PAS? Tak pertahan asas Negara ini? Mano ulamak PKR? Tak pertahan maruah Negara ini?

Pak Sedaro nak posan pado pembaco yang tak bersekutu dengan UMNO, Pak Sedaro nak ingatkan BAHAWA tertogaknya parti-parti pecahan Melayu ialah kerano lari daripada UMNO. Asyik main kojar-kojar. Ini bukan sistem Polis kojar Pencuri.

UMNO-PAS-PKR sebonarnya dari perut yang samo, zaman Dato' Onn maren, laie. Duduk bersatu, berteduh dan berteguh di bawah payung PEKEMBAR.

Sekarang macam-macam polik ado. Pak Sedaro dah posan, Anak Kecil Main Api, maso kecik kawan, bilo bosar LAWAN....jangan menyosal. Ibarat kato pikir Pak Pandir, nang berjanggut tu Ustaz, nang bermisai tu Guru Bosar, sudah eeh...di sapo si Kambing dan si Rimau.

Salam orang Tuo dari Gunung, nunggu time yo....

PPSMI

Assalamualaikum.....

Semoga sihat hendaknya semua peminat-peminat Paneh Miang.

Ingin saya menyentuh tentang PPSMI. Ramai betul pejuang bahasa Melayu lahir akibat dari perlaksanaan PPSMI. Alhamdulillah. Mungkin ini satu rahmat kepada negara Malaysia dari Allah kerana ramai betul penentang PPSMI termasuk kaum bukan Melayu. Mereka boleh bersatu dalam isu ini.

Saya ingin bertanya kepada semua orang yang menentang PPSMI ini dengan alasan cintakan bahasa Melayu..

1. Apakah ada di rumah kamu Kamus Dewan Bahasa yang dikeluarkan oleh DBP yang nilainya tidak sampai RM 100? Kalau adapun digunakan tidak?

2. Apakah kamu membaca novel-novel berbahasa Melayu setiap hari...paling kurang pun satu bulan satu novel?

3. Adakah kamu pergi ke perpustakaan paling kurang setahun sekali demi melihat kempen cintakan bahasa Melayu yang dijalankan?

Cukuplah tiga soalan ini.

Bagi saya sebagai anak yang membesar di zaman TDM, saya amat marah kepada TDM kenapa lambat dilaksanakan PPSMI ini. Akibatnya saya amat lemah dalam Bahasa Inggeris, di mana kebanyakan buku-buku rujukan semuanya dalam bahasa Inggeris. Baru sekarang berjinak jinak membaca blog TDM di mana ada sesetengah artikel bahasa Inggeris..itupun kamus disebelah saya.

Kepada pejuang-pejuang bahasa Melayu ni, saya menyokong anda semua..tapi biarlah benar-benar ikhlas. Jangan hanya bermotifkan politik. Mari kita ramai-ramai jayakan semua kempen yang dianjurkan DBP. Tahu tak apa kempen yang dijalankan DBP? He.he.he (pinjam gelak TDM).

Bagi saya PPSMI ini banyak mendatangkan kebaikan dari keburukan. Memang sesuatu perkara itu mempunyai kebaikan atau keburukan. Tapi fikirkan dengan tenang apa kebaikan dan keburukannya, baru tindakan diambil untuk menyokong atau membangkang. Jangan digelapkan hati kerana api kebencian. Nanti merana diri.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Thursday, February 26, 2009

Agen calon mula merayap ke Negeri Sembilan

Sekarang ni kalau nak tengok bagaimana agen2 calon melobi perwakilan, bolehlah pergi jenguk di coffee house, lodge, hotel, resort, restaurant, Secret Recipe, McDonalds, Pizza Hut etc. di Negeri Sembilan ni. Sambil-sambil lunch, dinner, kudapan dan merarau tu, akan kelihatanlah wakil calon ini bersama G7 dan G6. Kalau SPRM tu dah takde kerja sangat, boleh la pergi pantau.

Akhir-akhir ni jugak, banyak ceramah anjuran pembangkang di Negeri Sembilan yang menghentam BN. Jadual aktiviti ceramah boleh diperolehi di akhbar Sinar. Pelik pulak rasanya, sejak bila akhbar Sinar dah jadi media rasmi pembangkang serta mengiklankan aktiviti harian pembangkang? Kalau media arus perdana siarkan jadual dan aktiviti UMNO atau BN, dah confirm pembangkang mengamuk jadikan isu.

Bila pulak BN nak buat ceramah untuk bagi penerangan pada rakyat? Asik pembangkang saja yang rajin buat road show. Ke BN sibuk nak setel kan masalah ekonomi? Iyo la tu agak eh. Tak pun sibuk kempen pemilihan UMNO yang tinggal kurang 30 hari saja lagi. Walaupun ekonomi tak stabil, tapi politik tetap dijadikan wahid. Rasa rindu pulak kat pemimpin macam TDM time2 begini.

LEXUS DAN LOMBU KORBAN

Semalam Atok tengok Khalid Berahim, MB Selangor buek kenyataan kek press. Goli hati ado, kesian pun ado. Jawapan eh tu macam crito bobudak yo. Kes lexus ngan kes lombu korban. Dio cakap dio dah ngadap Sultan Selangor dan bagindo merestui penggunaan lexus dio sebagai keto rasmi dan bagi lombu kek rakyat Selangor. Atok bukanlah nak mempertikaikan restu dari istana tu. Tapi khalid ni ponah topikir tak, kenyataan eh dalam suratkoba duo tigo ari yang lalu tu telah menjorek kopala lutut eh. Dio cakap dio gunokan keto sendiri untuk kegunaan rasmi, jadi kerajaan Selangor lah yang bayar mentenen keto tu. Lombu tu disemboleh untuk rakyat Selangor, jadi tak salahlah gunokan duit kerajaan selangor.

Kalau logik orang biaso mungkin dapek diterimo dek akal tapi sebagai pentadbir negeri, mano deh profesionalisme kau, mat Khalid? Kerajaan Selangor ado tak keto rasmi eh? Ado kan? Jadi, perentah am mano yang kau ambik membolehkan keto pribadi diselenggaro dengan duit kerajaan?

Kepado pembaco yang budiman, cubo kita fikirkan dengan akal yang waras dan tobuko. Berapo hargo nak servis sebuah perdana, keto rasmi dan brapo plak hargo nak servis lexus mat Khalid tu? Tak ko ni dinamokan penyalah gunaan kuaso. Menggunokan duit rakyat untuk kepentingan pribadi. Peh tu cubo cari satu klausa yang mengatokan boleh digunokan duit kerajaan negeri untuk buek korban untuk memancing populeriti.

Jadi, apo yang atok dapek rumuskan di sini, khalid dah mengadap Sultan dan dio kato Sultan dah restu (dio cakap Sultan restu penggunaan keto peribadi sebagai keto rasmi, Sultan tak cakap bagindo restu mentenen ngan duit kerajaan). Lopeh ni kok ado mano-mano pehak, terutamo eh BN mempertikaikan tindakan dio dan SPRM meneruskan tindakan,

MAKO, DENGAN PONOH SEMANGAT KESETIAAN KONON EH, AKAN MENGATOKAN BN MENDERHAKO KEK RAJO.

Dah lah tu Khalid, kok dah buek salah tu, ngaku jolah. Jangan lah nak puta bolit. Dah torang-torangan si Eli tu buek maksiatpun kau nak potahankan. Cukup-cukuplah tu. Akal kau tu macam akal budak sekolah rondah jo.

Wednesday, February 25, 2009

AHLI PARLIMEN BANGANG

Pak Sedaro nak buat bising kali ini. Makin lamo, makin bangang Ahli-ahli Parlimen Malaysia khususnya pasukan Pembangkang dari Puchong, Shah Alam dan sekutu-sekutunya yang suko buat pemikiran “Uncle Sam”.

Apo kono mengono, nak samokan Kuaso-Kuaso Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dengan Pentadbiran Kerajaan Uncle Sam. Nak samokan semuo boleh macam Amerika ko?

Kalu orang-orang yang mengundi Ahli Dewan Rakyat ini, Orang yang Berakal dan Berilmu, Pak Sedaro harap lain kali buatlah fikiran dan keputusan pilihan yang TEPAT. Lagi baik jangan KELUAR MENGUNDI. Buat apa pilih Ahli Parlimen yang BANING dan BANGANG.

Tak habis-habis nak cuba membakar KELAMBU.
Tak habis-habis nak cuba memberi TUBA.
Tak habis-habis nak cuba menduga SINGA yang TIDUR.

Negara Malaysia ialah negara Melayu, hak Orang Melayu. Bangsa lain Cina, Keling, Sikh, sebagainya diterima sebagai rakyat kesan daripada ehsan anak Melayu, namanya YAM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Negara Malaysia ialah negara Berprinsip Demokrasi Berparlimen, Raja Berdaulat dan Berperlembagaan. Bukan macam Raja di India, atau Raja di Sweden atau Raja di Arab Saudi atau Raja di Negara Brunei Darussalam atau Raja di Thailand atau Raja di Jepun.

Negara Malaysia ialah negara berpaksi Kepercayaan Kepada Agama. Agama Islam ialah Agama kepada Persekutuan dan Agama Rasmi Negara Malaysia.

Kedudukan dan Hak Istimewa Orang Melayu dan Raja-raja Melayu juga amat jelas diperinci dan diwarta dalam Perlembagaan Persekutuan.

Hanya orang Bangang atau yang dah kena sumpah orang rakyat sahaja, fikir tunggang-langgang. Yang sibuk dengan lantikan Perdana Menteri, apa hal?

Pak Sedaro MINTA semua BNBBC dan Ahli Parlimen Melayu dan Ahli Parlimen Islam dan Ahli Dewan Negara Islam yang mahu akan Negara Malaysia ini berPrinsip dan kekal ratusan tahun lagi, Insyaallah. Mulakan lah langkah, menghalau Ahli-Ahli Parlimen yang Bangang daripada kerusi mereka. Ada banyak caro nak halau, Kutu Haprak ini.

Jangan JAHANAM kan Sidang Parlimen seperti negara-negara yang tiada Rukunegara pada paksi pertama KEPERCAYAAN kepada TUHAN.

Jangan JAHANAM kan Rakyat Malaysia dan Pengundi dengan hujahan BANGANG kerana budak tadika pun tahu KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

Pak Sedaro nak sampaikan AMARAN pado Ahli Parlimen BANGANG yang tak habis-habis ungkit soal-soal yang disamakan dengan AMERIKA, supaya kosongkan kerusi itu. Kalau memokak laie, Insyaallah “sampailah” Fisabillillah.

"Kami akan pastikan Najib TIDAK menjadi PM selepas Paklah"

1. Ayat di atas adalah kata-kata yang keluar dari mulut Mustafa Kamil Ayub iaitu Naib Presiden PKR semasa berceramah di Dataran Jemapoh, Kuala Pilah malam tadi.

2. Ape ke hay nye yop? Hang nak jadi Tuhan pulak ka boleh tentukan takdir orang lain?

3. Masih lagi dengan dendam yang tak berkesudahan?

4. Awat takut sangat Najib naik jadi Perdana Menteri ni?

5. Takut Anwar tak dak can lagi ka?

6. Musykil dah den ni. Pembangkang buat kalut tak sudah-sudah.

7. Dah la cara berceramah Mustafa Kamil ni saling tak tumpah macam Brader Anwar Bin Ibrahim.

8. Hebat sungguh Brader Anwar Bin Ibrahim. Ramai pengikutnya sudah terikut gaya dan intonasinya berhujah. Nampak sangat pelapis PKR ni tiada kualiti dan identiti tersendiri.

9. Namun yang jelas ialah kaedah pengkaderan Anwar dalam UMNO dahulu sudah dibawa pula ke dalam PKR.

10. Malang sungguh kalau dapat pemimpin pelapis macam dalam PKR ni. Seolah mereka semua mendewakan Anwar umpama tuhan. Macam Pas yang mendewakan Pok Nik.

11. Wajib tahu membezakan antara pewaris nabi dan pewaris politik.

12. Ezam pun sama juga terpengaruh dengan gaya berpidato Brader Anwar Bin Ibrahim. Jadi, apa uniknya Ezam?

13. Kenapa den rajin pergi ceramah pembangkang?

14. Sebab seronok tengok mereka mengapikan orang; dan yang paling best - boleh ketawa berdekah-dekah. Cuma malam tadi takde gerai sup. Kempunan den.

15. Lagipun den nak nengok dengan mato sendiri untuk pastikan - betui ka macam pembangkang selalu dok kata yang semua rakyat sokong depa atau depa cuma SS (syok sendiri).

16. Tapi yang den dok perati, kehadiran sama macam sebelum ni dalam lingkungan 300 ke 400 orang. Bila pengerusi majlis laungkan Allahuakhbar...hanya 2/3 kerat saja yang menyahut.

17. Bila penceramah tanya "Betul tak?"..masih dalam situasi yang sama iaitu hanya penyokong tegar pembangkang saja yang menyahut.

18. Sekarang den dah jadi 2 kali musykil.

19. Betui ka semua rakyat sokong depa?

20. Ada yang boleh jawab?

Tuesday, February 24, 2009

"Kalau nak projek, kau jolok la sikit"

1. "Awat kau tak ulas isu heli, submarine dan Sukhoi", kata salah seorang commentator blog ini.

2. Jujurnya kami tidak pasti berkenaan fakta atau setakat mana kebenaran tuduhan pemimpin dan penyokong pembangkang terhadap isu ini.

3. Lagipun kami tidak berniat untuk bersubahat menyebarkan perkara yang berada di luar pengetahuan kami.

4. Namun kami ingin berkongsi kisah dengan pembaca blog ini berkenaan perkara yang berlaku di TLDM Lumut, Silver.

5. Jika anda berkunjung ke Lumut, mungkin anda pernah menyaksikan banyaknya rumah agam serba mewah yang terdapat di situ. Setakat kereta Ferarri dan Porsche di atas jalanraya, sudah menjadi pemandangan biasa sebagaimana yang boleh kita lihat di Kuala Lumpur. Kami difahamkan kebanyakan rumah mewah ini dimiliki oleh perunding dan kontraktor Melayu.

6. Sejuk hati melihat kejayaan bangsa sendiri.

7. Para perunding serta kontraktor ini kebanyakannya terdiri daripada mereka yang berpengalaman berpuluh tahun bekerja dengan syarikat kapal dagang dan kini menjalankan perniagaan atau urusniaga yang melibatkan TLDM.

8. Ada dikalangan mereka yang menawarkan khidmat membaiki dan ada juga yang memberikan perkhidmatan supply spare part untuk kegunaan kapal-kapal TLDM.

9. Kami turut difahamkan bahawa TLDM juga sering menggunakan khidmat perunding dan kontraktor ini untuk menggantikan barang/spare part yang rosak terutamanya yang berkaitan dengan enjin kapal.

10. Kos asal barang/spare part kapal kebanyakannya tidaklah terlalu mahal.

11. Namun ada di kalangan kontraktor ini yang terpaksa merantau hingga ke Singapura untuk mencari spare part yang dikehendaki atau mendapatkan barangan melalui pesanan di internet daripada pembekal luar negara.

12. Apabila TLDM mengumumkan pembukaan sesuatu tender atau kontrak, maka bermulalah aktiviti melobi antara perunding atau kontraktor dengan pegawai-pegawai TLDM.

13. Di peringkat inilah sebenarnya harga spare part yang dibekal serta ditawarkan menjadi berlipat kali ganda.

14. Jika kos spare part itu asalnya bernilai RM2 ribu, harganya boleh meningkat sehingga 10 ke 20 kali ganda semasa aktiviti melobi dan tawar menawar.

15. Kami dimaklumkan kononnya aktiviti melobi dan tawar menawar ini terpaksa dilakukan kerana ramai orang yang perlu 'disuap' untuk mendapatkan sesebuah kontrak@tender tersebut.

16. Sungguhpun begitu, seseorang kontraktor itu masih mampu untuk memperolehi keuntungan sehingga 3-4 kali ganda daripada harga kos barangan.

17. Pegawai yang dipertanggung jawabkan untuk mengeluar dan meluluskan tender pula kebiasaannya diganti atau ditukarkan ke jabatan lain oleh Pegawai Pemerintah TLDM dalam tempoh setiap 2 tahun. Mungkin tindakan itu dilakukan untuk mengelakkan mereka daripada kantoi atau di"kantoi"kan.

18. Kami juga dimaklumkan bahawa hakikatnya kebanyakan engineer TLDM tidaklah begitu memahami bidang tugas mereka sendiri. Majoriti mereka terdiri daripada pegawai-pegawai muda lulusan kejuruteraan yang diserap masuk ke TLDM tanpa sebarang pengalaman. Jadi, bukan sekadar harga spare part sahaja yang mereka tidak tahu; malahan untuk proses pemasangan dan membaiki kerosakan enjin juga adakalanya TLDM terpaksa menggunakan khidmat perunding luar yang terdiri daripada para kontraktor.

19. Maka tidak hairanlah jika Bajet untuk keperluan pertahanan negara yang dibentangkan di Dewan Rakyat sentiasa meningkat setiap tahun.

20. Bagi kami, perkara sebegini tidak seharusnya berlaku.

21. Kos sebenar alat ganti kapal tidak seharusnya terlalu tinggi kerana ia melibatkan pengaliran wang yang banyak.

22. Tambahan pula wang lebihan tersebut sepatutnya BOLEH digunakan untuk menambah dan memperhebatkan lagi sistem pertahanan dan keselamatan negara. Mungkin kita akan lebih BERKEMAMPUAN untuk memiliki lebih banyak helikopter, submarin dan Sukhoi sekiranya para pegawai TLDM lebih bertangungjawab dan memahami secara mendalam bidang tugas masing-masing.

23. Kami sedia maklum bahawa perkara sebegini bukan sahaja berlaku di TLDM, malah turut terjadi di hampir ke semua agensi serta jabatan kerajaan, terutamanya yang berurusan secara langsung dengan orang awam.

24. Kelemahan dan 'kebengapan' pegawai kerajaan yang mempunyai etika kerja yang buruk secara tidak langsung turut akan menjejaskan nama baik parti yang memerintah.

25. Rakyat pula hanya akan menuding jari kepada parti pemerintah tanpa mengambil kira faktor atau punca berlakunya aktiviti sedemikian.

26. Maka di sini kami ingin mengambil kesempatan untuk menyeru kepada individu atau syarikat yang berurusniaga dengan agensi serta jabatan kerajaan di luar sana - "Berpada-padalah jikalau hendak makan duit rakyat".

27. Dan kepada pekerja-pekerja kerajaan terutamanya yang melibatkan kepentingan awam, ingatlah kembali slogan "Bersih, Cekap dan Amanah" dan bersamalah menghayati "Penerapan Nilai-Nilai Islam".

Monday, February 23, 2009

Watak Anwar = Sean Penn?

Sean Penn memenangi Oscar bagi aktor terbaik kerana wataknya sebagai seorang ahli politik homoseksual dalam filem Milk, pada majlis Anugerah Academy ke-81 yang berlangsung pagi tadi.

Brader Anwar Bin Ibrahim juga bakal memenangi Oscar di Belanda kerana wataknya sebagai ahli politik homoseksual dalam filem Pakatan Rakyat? Kenapa Belanda? Kerana negara itu menghalalkan homoseksual.

He he he! Saja nak menceriakan waktu petang.

Anwar dan Politik Wang ibarat Lagu dan Irama

1. Sahabat-sahabat den tanyo, "Kato nak sambung kisah Brader Anwar Bin Ibrahim. Bilo tu?".

2. Sorry la geng, den sibuk sikit. Lagipun kena memorized betul-betul kronologi peristiwa. Kok tak nanti marah pulak Wee Meng Tat kalau tersilap (Ha..ha..ha! Wee Meng Tat sekarang sudah jadi 'bahan'). La ni den nak sambung semulo kisah tersebut.

3. Jika anda terlepas mengikuti mukadimah artikel ini, anda boleh berbuat demikian di sini dan di sinun.

4. Selepas Brader Anwar Bin Ibrahim mengumumkan penyertaannya ke dalam UMNO, jawatankuasa ABIM telah mengadakan mesyuarat tergempar. Ada ahli yang menangis sehingga bengkak biji mata rentetan keputusan yang telah dibuat oleh Anwar.

5. Anwar pada masa itu sudah tidak peduli lagi dengan tangisan dan rayuan pengikutnya kerana telah bertekad akan tetap menyertai UMNO.

6. Maka pada 29 Mac 1982, Che Det selaku Presiden UMNO pada masa itu telah mengisytiharkan secara rasmi kemasukan Anwar ke dalam UMNO walaupun ramai yang menyangkakan Anwar akan menyertai Pas kerana wadah ABIM lebih mirip kepada Pas.

7. Dalam tempoh 6 bulan selepas menyertai UMNO, Brader Anwar Bin Ibrahim telah menjadi wakil rakyat dan menjawat jawatan Timbalan Menteri.

8. Dalam tempoh kurang setahun, Anwar telah dilantik pula oleh Che Det untuk memegang portfolio Kementerian Belia dan Sukan dan seterusnya diberi kepercayaan untuk menerajui Kementerian Pertanian.

9. Anwar turut diberikan amanah untuk menerajui Kementerian Pendidikan (tetapi masih tidak mengggunakan kesempatan itu untuk menghapuskan AUKU), sebelum akhirnya beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Kewangan selain jawatan Timbalan Perdana Menteri - hanya dalam tempoh kurang 11 tahun selepas menyertai UMNO.

10. Persoalannya, siapakah yang mengangkat Anwar begitu tinggi dan diberi peluang memegang pelbagai jawatan jikalau bukan Che Det? Adakah Anwar mendaki puncak karier dalam masa yang singkat adalah disebabkan kebolehan dan tahap intelektual beliau semata-mata? Fikirkan semula.

11. Sebelum kemasukan Brader Anwar Bin Ibrahim ke dalam UMNO, Che Det sudah pun melancarkan etika "Penerapan Nilai-Nilai Islam" di kalangan ahli BN khususnya dan rakyat Malaysia amnya.

12. Program penswastaan mula diperkenalkan Che Det di awal pentadbirannya dan ekonomi negara berkembang pada kadar 8 peratus setahun sehinggakan Malaysia pernah diiktiraf dunia dengan gelaran "The New Dragon".

13. Semasa ekonomi negara dalam keadaan yang sangat baik, maka ketika itulah golongan yang dahulunya menentang kemasukan Anwar ke dalam UMNO, sudah mula berjinak-jinak untuk menyertai UMNO.

14. Mana boleh tak join UMNO, bukan ke Kementerian Kewangan masa tu Brader Anwar Bin Ibrahim yang pegang. Inilah masanya untuk buat baik dengan Anwar. Kalau tidak macam mana nak dapat pink form iaitu borang saham terpijak.

15. Dapat dilihat ketika itu, seorang demi seorang pemimpin dan ahli-ahli kanan ABIM mula menyertai UMNO. Kemudiannya, ramai pula di antara orang ABIM ini yang memperolehi pelbagai saham dan projek sehingga ada yang menjadi kaya raya hanya dalam masa yang singkat.

16. Pada mulanya alasan penyokong Anwar ini menyertai UMNO kononnya hendak berjuang dari dalam. Namun bila dah diterima masuk UMNO, bukannya badan-badan dakwah, bukannya Yayasan Islam, bukannya Tabung Haji dan bukannya Perkim yang mereka terokai, TETAPI borang-borang saham pula yang menjadi rebutan.

17. Terlupakah anda dengan Kamarudin Jaafar yang asalnya cuma pensyarah yang hanya memiliki kereta Toyota. Siapakah Kamarudin Jaafar kini? Lupakah kita kepada Kamaruddin Mohd Nor dan sekian banyak lagi sahabat-sahabat Anwar yang menjadi kaya dalam sekelip mata? Sehinggakan Zahid Hamidi yang pada masa itu diketahui umum sebagai 'khadam Anwar' juga turut tersenarai sebagai pemegang tender untuk projek Yayasan Gerak Bakti.

18. Kalaulah saham-saham Petronas Dagang yang bernilai ratusan juta ringgit ketika itu mampu bercakap, alangkah baiknya!

Sunday, February 22, 2009

Tunku Ali Redhauddin dilantik Tunku Besar Seri Menanti

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan menyampaikan watikah pelantikan kepada putera sulung baginda Tunku Ali Redhauddin sebagai Tunku Besar Seri Menanti pada satu istiadat di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti dekat sini hari ini.

Pada istiadat itu, Tuanku Muhriz membuat pengisytiharan dan berkenan menyerahkan watikah pelantikan dan sebilah keris kepada Tunku Ali Redhauddin.

Setelah itu, Tunku Ali Redhauddin melafazkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz.

Turut berangkat Permaisuri Baginda Tengku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud.

Istiadat pengurniaan gelaran pusaka Tunku Besar Seri Menanti kepada Tunku Ali Redhauddin berlangsung dengan penuh adat istiadat dengan dihadiri kira-kira 700 orang tetamu termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin serta anggota Exco, wakil rakyat dan ketuaketua jabatan.

Istiadat penuh tradisi diraja ini diadakan dalam dua upacara di mana pada upacara yang pertama, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan membuat pengisytiharan dan berkenan menyerahkan watikah pelantikan dan sebilah keris yang diwarisi zaman berzaman.

Pasangan diraja kemudian berangkat meninggalkan dewan untuk istiadat kedua iaitu istiadat menghadap, di mana para pegawai istana memberi penghormatan kepada Tunku Besar Seri Menanti yang baru atas pelantikan baginda.

Tunku Ali Redhauddin, 32, memegang gelaran yang disandang oleh ayahandanya sebelum baginda dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada 29 Disember tahun lepas.

Tunku Besar Seri Menanti adalah gelaran yang paling kanan di antara Putera Yang Empat.

Tiga gelaran lain ialah Tunku Laxamana, Tunku Muda Serting dan Tunku Panglima Besar yang disandang masing-masingnya oleh Tunku Naquiyuddin ibni Almarhum Tuanku Ja'afar, Tunku Tan Sri Imran ibni Almarhum Tuanku Ja'afar dan Tunku Nadzaruddin ibni Almarhum Tuanku Ja'afar.

Tugas-tugas Putera Yang Empat termasuk menyelia hal ehwal istana dan pegawai-pegawai istana dan sebagai penasihat kepada Yang di-Pertuan Besar.

Di samping itu, Perlembagaan Negeri memperuntukkan bahawa Tunku Besar Seri Menanti adalah Anggota Dewan Keadilan dan Undang yang dianggotai Yang di-Pertuan Besar dan Undang Yang Empat serta Tunku Besar Tampin.

Tunku Ali Redhauddin diputerakan pada 1977 di Hospital Universiti Kuala Lumpur (kini Pusat Perubatan Universiti Malaya).

Baginda mendapat pendidikan awal di Kuala Lumpur sebelum melanjutkan persekolahan menengahnya di Kolej Marlborough di Wiltshire, United Kingdom.

Baginda berkelulusan BA (Hons) dalam jurusan Sejarah, Sains Sosial dan Politik daripada Universiti Cambridge pada 1998.

Baginda memulakan kerjayanya di McKinsey & Company London dan kemudian berpindah ke Kuala Lumpur untuk berkhidmat dengan McKinsey in Asia.

Pada 2004, Tunku Ali menyertai Khazanah Nasional Berhad dan kini menyandang jawatan Pengarah Pelaburan. - BERNAMA

The Malay Sketches

“The real Malay…disposition is generally kind, his manners are polite and easy. Never cringing, he is reserved with strangers and suspicious, though he does not show it. He is courageous and trustworthy in the discharge of an undertaking; but he is extravagant, fond of borrowing money and very slow in repaying it. He takes an interest in the affairs of his neighbours and is consequently a gossip…He is however lazy to a degree, is without method or order of any kind, knows no regularity even in the hours of his meals and considers time of no importance……….”

Frank Swettenham, the First Resident of the Federated Malay States in his book “ The Malay Sketches” (1895).

Who is at fault?

Once upon a time there was a blind farmer who lived in a farm with his 3 sons. They were poor and had to strive to live from day to day. One day the youngest son suggested to both his elder brothers that they should work the farm by growing wheat. From wheat they can make bread and can sell and eat them. The elder brothers told they liked the idea but they were too busy to earn small pay from working at other people’s farms. Determined by his ideas, the youngest brother worked the farm and plant wheat on the farm. His hard work paid off when the wheat grew, ripe and were ready to be harvested. One day the blind farmer found out wheat were grown on his land and asked his 3 sons whose effort was that in growing the wheat. The first son claimed it was his and so did the second son. The third son who was so surprised of his brothers’ action, just kept quiet. The farmer was so pleased that later on he bequeaths the land to the first and the second son only.

Saturday, February 21, 2009

Volvo bah tu..

Sabah government dumps Perdana for Volvos!

Sabah Chief Minister Datuk Seri Musa Haji Aman says his government has switched from the Proton Perdana V6 Executive to new “black Volvo 2.5″ cars as the state’s new official cars. Once again as with Perak (Camry) and Terengganu (Mercedes-Benz E200K), the reason given was the high maintenance cars for the Perdanas.

He says the arrangement for the purchase is through a company called Angkatan Hebat Sdn Bhd (a company which the state government holds 70% of through its Warisan Harta Sabah Sdn Bhd investment arm), which will then lease the cars to the state.

The Perdana V6 is still in use as official cars for some senior officers including permanent secretaries and heads of departments. The new imported Volvos are for the 12 Sabah Ministers only. A 2.5 liter Volvo sedan would most likely point to the Volvo S80, the 2.5T model in particular, which offers an effortless drive thanks to its torquey 2.5 liter inline-5 turbocharged engine. The Volvo S80 2.5T has also been spotted being used by the PDRM as part of its police car fleet. But if it is not a sedan (New Sabah Times sources only revealed it was a “car”, did not specify any bodyshape), an XC90 would make sense.

The only question right now is, how will the S80s be maintained well when according to the Volvo Cars Malaysia "Find A Dealer" page, there are no authorised dealers or service centers in Sabah? I hope Volvo Cars Malaysia will be able to provide training to Angkatan Hebat technicians or some other kind of arrangement, otherwise it might end up being “high maintenance” all over again. A quick check with Angkatan Hebat's company profile (page 14) shows it already maintains a fleet of 38 Volvos and 14 service centers around Sabah so hopefully it should be sufficiently equipped.

Sources Paul Tan

Ceramah BN Boring, Pembangkang jugak yang BEST

Malam semalam den dengan kengkawan gi dongar ceramah PKR di Ampangan, Seremban.

Wakil Rakyat Paroi, Sikamat, AP Balik Pulau, Ketua AMK adalah antara pemimpin pembangkang yang memberi ceramah.

Seperti biaso, agak ramai yang datang. Anggaran den malam tadi lebih kurang 400 ke 500 orang. Anggaran je tu.

Sejak zaman Che Det pun, iaitu semasa pembangkang belum banyak kerusi macam sekarang, ramai jugak orang yang datang dengar ceramah pembangkang.

Termasuk la den dengan kengkawan yang selalu jugak menjadi pendengar setia.

Bukan apo, sobab dengar ceramah pembangkang ni best.

Tak macam ceramah BN yang bosan dan mendatar kerana asyik cerita fakta semata.

Tapi kalau ceramah pembangkang, siap ado kutuk-kutuk, ado sindir-sindir, ado maki hamun, ado golak-golak. Tu yang buat hadirin teruja sesangat tu.

Tak kisah la fakta eh botul ko tidak.

Sehinggakan OKU pun boleh dijadikan bahan lawak. Masa bersama dulu, bukan main lagi ditatang OKU tu. Bilo dah beralih arah, habis dikutuk dan dicincang.

Apo sajo yang terhambur dari mulut maso ceramah tu dah tak peduli. Yang ponting hadirin raso terhibur dengan gelak ketawa.

Sensitiviti tak penting dan bolehlah dicampak ke dalam longkang.

Dan malam semalam den dapek tau fakta baru iaitu penduduk Negeri Sembilan dikatokan ado 50 juta orang.

Bukan den yang cakap..tapi pemimpin pembangkang yang cakap maso ceramah.

Ontah mano la dio dapek fakta tu.

Hantam la labu..

Tapi sebonar eh den tunggu penceramah bercakap soal bagaimana nak pulihkan ekonomi negara.

Den lotih la nak dongar cerito politik tak habih-habih ni.

Kito ni boleh hidup dengan politik saja ke?

Bilo lagi pembangkang nak bersama kerajaan untuk mencari penyelesaian kemelut ekonomi?

Masa ni la nak tunjuk kepada rakyat yang pembangkang pun punya kehebatan dalam menangani krisis.

Bukan hanya banyak idea mengutuk dan menghentam saja.

Sehinggakan pembangkang sangat sinonim dengan politik 24/7.

Bilo lagi nak tengok pembangkang buat kerja untuk rakyat?

Mengutip derma setiap kali ceramah hanya dapat menyelesaikan masalah ekonomi penganjur majlis saja.

Bukannya dapat selesaikan masalah ekonomi rakyat.

Setakat teriak "ekonomi rakyat" kuat-kuat, den pun boleh buat.

Tapi hairan jugak den.

Tiap kali ceramah pembangkang, penganjur mesti collect duit daripada orang ramai.

Konon-konon nak tunjuk zuhud, parti kekurangan duit dan perlukan sokongan rakyat.

Tapi bila waktu pilihanraya, banyak pulak duit.

Jumlah poster dan fliers pun mengalahkan BN. Itu tak termasuk dana untuk baju para jentera, kereta sewa, makanan etc.

Pelik bin Ajaib.

Sebelum den terlupo, nak bagitau yang kutipan semalam kok tak silap den dongar dapek la lebih kurang RM600 lobih. Harap-harap bulih la ringankan beban tuan rumah@penganjur majlis.

Tak pun duit tu boleh buat topup dalam kempen PRK nanti.

Memerintah negeri yang kaya raya..tapi masih nak kutip derma.

Dunia..dunia!

3 Hills

It seems that a lot of events unfold these past few weeks. The by-elections in Bukit Gantang and Bukit Selambau are confirmed on the 7th of April while it is definitely going to be another by-election in Bukit Lanjan. Ironically, the events that lead to the by-election in Bukit Selambau and the ADUN for Bukit Lanjan wanting to quit her post are because of moral issues. I found it strange that the Wanita Head of PKR, Ms Zuraida stated last year that any politicians in her party must uphold their integrity and not involve in any morality issues yet when the semi nude pictures of one of her party member were widely circulated in the internet, Zuraida came to her defense and said that Elizabeth Wong was the victim and she is innocent. Put it this way, is it morally right to have a male companion to be in the same room if both of them are not married? Well, two wrongs does not make one right, Ms Zuraida. As for Anwar Ibrahim, he insisted that Elizabeth stays as the exco and the ADUN for Bukit Lanjan. I do wonder whether he will stay on as the Ketua Umum of PKR if he is later found to be guilty of sodomising Saiful, his ex aide. Go figure.

Thursday, February 19, 2009

MUSYAWARAH - SYURA - DEMOKRASI

Pak Sedaro nak nolong kefahaman, ramai bonar anak Melayu baik zaman sekolah atap nipah, ke atap rumbia, atap zink ke atas super canggih, dulu sekolah berangin sepoi-sepoi, kini sekolah berhawa dingin, dulu pakai papan batu sekarang pakai laptop.

Pak Sedaro baco komentar yang namanya macam bunyi arablah, jargon Melayu purba dan memacam lagi. Yang bori pandangan kepada tulisan YM TZATM pasal Demokrasi Darah Daging Kita.

Pak Sedaro nak posan, sobonar apo yang nyusah caro orang Melayu fikir. Sobab, yang komen kepado kisah TZATM ado bentuk mata fikir berlandas Kayu dan Plastik, maksudnya buat pisahan fikrah sekularisme dan non-sekularisme. Pak Sedaro nak peringat semua anak Bangso Melayu dan orang Islam, bahawa YAHUDI yang berikan noktah fikiran sekular dan tidak sekular @ religious kononnya.

Bacalah dalam banyak penulisan kuno dan purba, yang dinukil oleh Pendakwah Ahli Kitab dan Bukan Ahli Kitab, Apalagi Ilmuan Islam Purba dan Masakini, bahawa terma musyawarah-syura ialah gantinama perkataan ARAB. Demo-Krasi ialah terma yang diperkenal dalam penulisan "The Republic" oleh Plato, kesan daripada proses penjajahan ilmu dan minda selama ribuan tahun.

Cubo lah umat yang baco, tulisan TZATM melihat dalam istilah ilmu kesufian soal demokrasi. Perjanjian Hudaibiyah, Perjanjian Madinah dan Perjanjian Pasca Perang Salib Ke-3 setelah Cardova dimiliki semula oleh Islam, hasil kerja tangan As-Syahid Salehuddin Al-Ayubi dan Panglima-panglima Islam lainnya. In-sight perihal demokrasi disunting secara tersirat.

Orang yang dalam ilmu sahaja, tak komen merepet macam komentar-komentar lain. Ingat, bahawa Ilmu Islam ini MAHA LUAS dan MAHA DALAM nak diteroka yang tercapai dek tangan, tak terjojak dek kaki, nak mengadah tak terdongak dek kopalo, nak potik tak tertungkek dek kaki.

Pak Sedaro, fikir orang yang baru konal Semenanjung Tanah Melayu ajo, yang suko bising tak nentu arah dalam soal, Musyarawah-Syura-Demokrasi-Institusi Raja/Sultan dan Hak-Peribumi/Bangsa Melayu. Nak konal bangso Melayu, kaji tontang Semenanjung Emas, kaji tontang usul Kerajaan Melayu Purba, kaji tontang usul Kerajaan Raja Firaun, kaji tontang usul Kerajaan Melayu Champa, Kerajaan Melayu Majapahit dan Kerajaan Melayu Acheh. Baru naik setakuk, kaji tontang Kerajaan Melayu Kesultanan Melaka, Empayar Islam Melayu Timur, Empayar Nusantara yang dijarah oleh Penjajahan Portugis dan Belanda serta Espanyol. Kaji bagaimana tanah Negara Magandang Umaga yang pada mulanya diperintah dan diurus oleh Kerajaan Islam hampir ratusan tahun, terus terkubur dan hari ini cuma 3%-5% sahaja Islam. Dulunya 100 bertutur dalam dialek Melayu, kini negara ketiga di dunia yang bertutur secara 100% dalam bahasa Inggeris.

Nilai semula kedudukan Melayu dalam gelanggang sebenar di peringkat Nasional, rantau Asia dan Antarabangsa.

Umat Melayu dan Islam di Tanah Melayu, hari ini jangan sibuk

1. Kera di Hutan disusukan, Anak di rumah Mati Kelaparan
2. Mengharap hujan di langit, air di tempayan dicurahkan
3. Dikejar tak dapat, di kendong berciciran
4. Mengejar kelibat di sebalik gunung, Mencari rebung di sebalik rabung
5. Menang Sorak, Kampung Tergadai

Pak Sedaro harap TZATM jiko mulo menulih dalam paneh ini atau dah mulo nengok paneh, teruskan korjo dakwah dan perjuangan ini.

Orang Melayu dah kurang nak berjuang untuk Agama, Bangsa dan Tanahair.

Orang Melayu zaman ini, lobih berjuang untuk PERUT, TOKAK DAN TALAK.

Pak Sedaro BERDOA, moga ALLAH cucuri rahmat kepado semuo Pejuang Bangsa Melayu dan Pejuang Islam yang bersatu membina Malaysia ini, moga ado PEWARIS dan PENERUS pejuang-pejuang mulio ini, zaman ini. Amin. Mohon ALLAH berkati Umat Islam semuanya.

Wednesday, February 18, 2009

Demokrasi merupakan darah daging kita

Negeri Sembilan merupakan antara simbol tertua tradisi demokratik di dunia. Rekod rasmi menyatakan bahawa Raja Melewar mula mentadbir pada tahun 1773, tapi ada yang mengatakan 1730. Sekiranya tahun 1773 sekalipun, itu masih lagi tiga tahun sebelum Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat. Tarikh yang tepat tidak penting dalam hal ini kerana kerajaan di Negeri Sembilan merupakan kesinambungan daripada kerajaan Minangkabau yang bermula pada abad ke-14 apabila Adityawarman memulakan dinasti tersebut.

Menjelang abad ke-17, satu sistem pentadbiran yang khusus berjaya dibangunkan. Melalui sistem ini, kuasa dikongsi oleh tiga pemerintah – Raja Alam yang menguruskan pentadbiran semasa, Raja Adat dan Raja Ibadat. “Rajo Tigo Selo” ini memiliki bidang kuasa masing-masing dan boleh bertindak sebagai kuasa memeriksa dan mengimbang antara satu sama lain. Pada waktu tokoh falsafah Perancis Montesquieu baru sahaja mula memperkenalkan Teori Pengasingan Kuasa, masyarakat Minangkabau telahpun mengamalkannya lebih daripada satu kurun. Bersama-sama itu ialah proses desentralisasi kuasa. Pagar Ruyong tidak mengamalkan pemusatan kuasa tetapi ia berfungsi sebagai sebuah persekutuan. Wilayah-wilayahnya menikmati autonomi yang tinggi, sambil mengekalkan amalan-amalan yang dikongsi, dan merujuk ke pentadbiran pusat dalam hal-hal yang besar sahaja.

Pemeliharaan sistem tradisi tersebut memerlukan lebih daripada satu struktur birokrasi perlaksanaan semata-mata. Ia juga menuntut kapasiti intelektual yang tinggi. Nilai-nilai ini telah dipindahkan ke Semenanjung Tanah Melayu ketika suku Minangkabau mula bermastautin di kawasan yang kini dikenali sebagai Negri Sembilan. Di sinilah sistem ini terus dibangunkan walaupun Pagar Ruyong dimusnahkan oleh Perang Padri. Menjelang abad ke-18, kedatangan suku Minangkabau ke selatan Semenanjung menjadi cukup besar sehingga Kesultanan Johor memutuskan untuk menyerahkan kawasan tersebut untuk ditadbir sendiri oleh mereka. Masyarakat Minangkabau sendiri telah meminta pemimpin mereka menjemput seorang Raja daripada Pagar Ruyong. Maka keunikan Negri Sembilan mula terserlah kerana rakyat sendiri yang memilih wakil-wakil yang diamanahkan untuk menjemput seorang Raja untuk mengepalai pentadbiran.

Adat perpatih mengandungi lebih daripada prinsip sosio-politik semata-mata. Salah satu daripada elemen yang paling diketahui ialah pemerkasaan golongan wanita. Tanah dan harta benda diwarisi melalui wanita, dan biasanya suami yang berpindah masuk ke rumah isteri, bukan sebaliknya. Pada 1869, bonda Yam Tuan Antah, Tunku Intan, telah dipilih sebagai Pemangku Raja sementara menunggu anakanda baginda menjadi cukup dewasa. Sistem ini juga melahirkan satu lagi tradisi besar masyarakat Minangkabau, iaitu amalan merantau di kalangan lelaki untuk meneroka peluang dan ilmu pengetahuan. Ada budaya yang menganggap meninggalkan kampung halaman sebagai pengkhianatan atau perbuatan tidak mengenang budi. Tetapi budaya Minangkabau menggalakkannya.

Tentunya bukan Negri Sembilan sahaja yang menyumbang kepada pembentukan falsafah politik Malaysia. Tiga kurun sebelum Raja Melewar, Kesultanan Melaka berada pada puncak kegemilangan, dengan dasar perdagangan bebas yang dijana oleh penerimaan Islam. Tetapi Kesultanan Kedah telah menerima Islam sebelum itu. Trengganu pula mungkin kerajaan pertama yang mewujudkan sistem kodifikasi melalui Batu Bersurat. Malahan, Batu Bersurat Trengganu merupakan bukti terawal konsep kedaulatan undang-undang dalam Bahasa Melayu, dalam mana pemerintah turut tertakluk kepada satu sistem perundangan yang lebih tinggi. Ini merupakan Magna Carta kita yang tersendiri.

Pada 1895, Sultan Abu Bakar dari Johor telah mengisytiharkan sistem perlembagaan moden yang kemudiannya diikuti oleh negeri-negeri lain. Tuanku Abdul Rahman, Yang di-Pertuan Besar Negri Sembilan ke-lapan dan Yang di-Pertuan Agong Malaya yang pertama, meneruskan kecenderungan Minangkabau untuk desentralisasi dan juga pemisahan kuasa. Baginda meminta bantuan daripada seorang wakil parti Conservative British dalam House of Lords untuk menghalang Malayan Union yang cuba dipaksa oleh pemerintahan parti Labour di Britain ke atas negara kita kerana Malayan Union terlalu banyak memberi kuasa kepada pemerintah pusat. Selepas Merdeka pula Baginda bersetuju bahawa Agong tidak mempunyai kuasa untuk menyingkirkan Perdana Menteri yang dipilih oleh rakyat.

Akhir-akhir ini, terdapat segelintir pihak yang cuba mendakwa bahawa golongan imperialis telah memaksa kita menerima nilai-nilai kemerdekaan dan demokrasi. Mereka menuduh bahawa kuasa luar telah campur tangan untuk mengawal kita, terutama semasa Perang Dingin. Mereka cuba menjustifikasi autoritarianisme yang berselindung disebalik agama atau konsep “nilai-nilai Asia”. Malangnya ada yang terpengaruh dengan idea-idea ini. Sebenarnya, rantau Nusantara telah lama menikmati kekayaan tradisi sosio-politik yang boleh menyaingi era Pencerahan Eropah.

Pengalaman Pagar Ruyong dan Kesultanan Melayu lain harus diwarwarkan kembali kepada rakyat Malaysia hari ini. Pengasingan kuasa, desentralisasi dan rekonsiliasi demokrasi, agama dan budaya boleh dicapai melalui inovasi dan pemerdekaan individu. Kita boleh menyediakan landasan yang baik untuk kebebasan dan kesejahteraan melalui piramid demokrasi, adat dan ibadat. Kesedaran ini perlu dikembalikan terutama di saat kita berhadapan dengan cabaran ekonomi yang meruncing,

--

Oleh Tunku ’Abidin Tuanku Muhriz, Ketua Project to Advance Democratic Institutions (PADI) di Malaysia Think Tank. Versi Bahasa Inggeris tulisan ini telah disiarkan oleh theSun pada 9 January 2009.

Tuesday, February 17, 2009

Bukan Semuanya Salah Eli...

1. Dalam satu temubual dengan Bernama TV, Nik Aziz mengatakan walaupun isu gambar bogel itu adalah masalah peribadi tuan punya badan, namun tidak boleh menyalahkan Elizabeth Wong 100 peratus terhadap perkara yang berlaku kepadanya.

2. Nik Aziz menggunakan analogi rakyat Kelantan yang dilaporkan ramai berpenyakit kencing manis, namun tidak boleh dipersalahkan tabiat pemakanan individu itu semata tetapi perlu juga dilihat kepada faktor persekitaran dan budaya masyarakat setempat.

3. Maknanya kalau ramai rakyat Kelantan menghidap kencing manis, maka kita perlu menyalahkan juga budaya memakan benda manis dan campuran gula yang banyak dalam menu masakan orang Kelantan.

4. Nik Aziz juga dilaporkan berkata, Elizabeth Wong tinggal di kawasan kota kosmopolitan Selangor yang maju dan moden, jadi tidak menghairankan dengan kehidupan bebasnya yang sedemikian.

5. Dan kata Nik Aziz lagi, "tapi dah keluar surat khabar..nasib dialah" (adakah maksud Pok Nik, selagi tak kantoi, maknanya tak salah bergambar bogel atau membuat maksiat?).

6. Ini sudah baik..

7. Lepas ni orang Islam boleh menggunakan 'fatwa' Nik Aziz itu untuk meng'halal'kan perbuatan mereka.

8. Kerana kita tidak lagi boleh meletakkan kesalahan kepada seseorang individu itu sepenuhnya, tetapi kena salahkan juga faktor persekitaran yang maju dan moden sebagai penyebab kepada individu itu membuat maksiat dan jenayah.

9. Kita harus salahkan jalanraya yang menyebabkan rakyat memandu laju.

10. Salahkan hotel jika rakyat berzina.

11. Salahkan negeri jika rakyat berbogel sesuka hati.

12. Bla..bla..bla..bla..

13. Dan akhirnya salahkan Yahudi jika anak sendiri tak ikut suruhan agama.

14. Lagu tu ka Pok Nik?

15. Kalau begitu, den nak ucap terima kasih bebanyak la kepada Nik Aziz.

16. Fahamlah den sekarang kenapa Nik Aziz kelihatan tidak kisah apabila Brader Anwar Bin Ibrahim dituduh meliwat.

17. Kerana PAS tidak boleh menyalahkan Brader Anwar Bin Ibrahim semata-mata, tetapi juga perlu menyalahkan faktor persekitaran dan budaya lelaki Malaysia yang kebanyakannya adalah 'gay'.

"Huk..huk..huk.! Terima kasih la kepada Nik Aziz kerana keluarkan 'fatwa' baru tu ya dik non..!" habaq Brader Anwar Bin Ibrahim dalam aksi syahdu.

Tuanku Mizan Ingatkan Rakyat Hormati Perlembagaan Persekutuan

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengingatkan rakyat jelata supaya menghormati Perlembagaan Persekutuan dan berharap tidak ada sebarang percubaan untuk mewujudkan undang-undang lain yang bertentangan dengan keluhuran Perlembagaan.

Baginda bertitah sejarah kemerdekaan dan Perlembagaan Persekutuan perlu dijelaskan kepada golongan muda supaya mereka lebih memahami asas pembentukan negara.

"Generasi muda merupakan pelapis dan harapan masa depan negara. Prinsip-prinsip Rukun Negara hendaklah difahami dan dihayati oleh segenap lapisan rakyat," titah baginda ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-12 di Dewan Rakyat di sini.

Seri Paduka turut melahirkan rasa dukacita kerana walaupun negara telah 51 tahun merdeka, isu perkauman yang sempit masih dibangkitkan oleh pihak tertentu dan menjadi perdebatan umum.

"Beta ingin menegaskan bahawa kerajaan Beta tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba memecahbelahkan rakyat demi memastikan keharmonian kaum dan keamanan negara dikekalkan," titah baginda sambil menerima tepukan meja yang gemuruh daripada anggota dewan.

Baginda bertitah bahawa hak setiap rakyat di negara ini yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan akan sentiasa dipelihara dan dihormati.

"Sehubungan ini, Beta menyeru semua rakyat bersama-sama meningkatkan perpaduan demi kestabilan dan kemakmuran negara. Kepelbagaian kaum dan budaya yang dimiliki hendaklah digembleng menjadi kekuatan negara kita," titah Seri Paduka.

Tuanku Mizan juga mengingatkan semua pihak supaya menghormati dan tidak mempersoalkan kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Mengenai berita palsu dan fitnah yang disebar pihak tertentu termasuk melalui laman blog sehingga menyebabkan berlaku kekeliruan di kalangan rakyat, baginda mahu rakyat berhati-hati dan bijak menilai maklumat yang tersebar.

"Sesungguhnya kita harus belajar daripada sejarah di mana kejatuhan sesebuah empayar dan tamadun adalah berpunca daripada fitnah, hasad dengki dan perpecahan di kalangan rakyat," titah baginda.

Baginda juga mahu pengamal media termasuk penulis blog supaya lebih beretika dan bertanggungjawab serta tidak menyalahgunakan kebebasan yang diberikan demi mengekalkan keharmonian dalam masyarakat.

Seri Paduka turut menyambut baik penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membuktikan keikhlasan dan iltizam kerajaan mengotakan janji untuk membanteras rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.

"Bagi memastikan usaha pembanterasan rasuah dilaksanakan dengan cekap dan berkesan, SPRM perlu dianggotai oleh pegawai-pegawai profesional, berkemahiran dan berkeupayaan tinggi serta terlatih dalam pelbagai bidang," titah baginda.

Tuanku Mizan bertitah bagi menarik golongan tersebut berkhidmat, SPRM akan menyediakan skim perkhidmatan dan saraan yang lebih baik bagi mengiktiraf para pegawai suruhanjaya itu di atas peranan dan sumbangan penting mereka dalam meningkatkan integriti dan membanteras jenayah rasuah di negara ini.

Baginda bertitah penubuhan SPRM dan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman adalah bukti bahawa kerajaan berpegang kepada janji dan yakin kedua-dua suruhanjaya itu akan meningkatkan lagi keyakinan masyarakat terhadap kredibiliti institusi berkenaan.

"Langkah kerajaan ini akan memantapkan lagi agenda negara dan seterusnya melonjakkan martabat negara di persada antarabangsa," titah baginda.

Tuanku Mizan turut menitikberatkan mengenai pendidikan awal dan menyeru agar semua pihak termasuk ibu bapa, masyarakat, badan bukan kerajaan dan badan korporat memainkan peranan membantu para pendidik untuk melahirkan modal insan yang cemerlang sehingga ke peringkat antarabangsa.

"Usaha-usaha memperluaskan pendidikan prasekolah akan terus dilaksanakan bagi memastikan peluang pendidikan diperoleh lebih awal. Di samping itu, transformasi kurikulum prasekolah dan sekolah rendah akan dilaksanakan agar lebih relevan dengan keperluan semasa dan akan datang," titah baginda.

Baginda turut memuji tindakan tepat kerajaan yang mengadakan sidang khas Parlimen pada 12 Jan lepas bagi mengutuk tindakan Israel menyerang rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.

"Kerajaan Beta sentiasa siap siaga berinteraksi supaya negara-negara kecil khususnya tidak ditindas atau ditekan atas alasan yang membelakangkan undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia.

"Beta berbangga di atas kejayaan Malaysia mengusulkan supaya diadakan sesi khas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi membincangkan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza," titah Seri Paduka.

Tuanku Mizan bertitah penghantaran bantuan perubatan serta sumbangan kewangan daripada rakyat Malaysia pelbagai kaum dan agama menyerlahkan lagi keprihatinan negara terhadap keamanan dan keselamatan sejagat amnya serta nasib rakyat Palestin khasnya.

Di akhir titah ucapan itu, Seri Paduka merakamkan penghargaan kepada anggota Dewan Negara dan Dewan Rakyat, anggota perkhidmatan awam, Angkatan Tentera Malaysia, polis serta seluruh rakyat jelata yang bersama-sama menyumbang kepada pembangunan, kemakmuran dan keselamatan negara yang dicintai.

"Semua pihak hendaklah terus meningkatkan usaha menyokong kerajaan bagi menangani cabaran terutamanya yang timbul akibat daripada kelembapan ekonomi global. Ini kerana tanpa sokongan padu semua pihak segala usaha tersebut tidak akan berjaya," titah baginda.

-- BERNAMA

Monday, February 16, 2009

Eli: Pembangkang percaya polis pulak dah..

1. Apabila Elizabeth Wong membuat laporan polis mengatakan dia adalah mangsa gambar bogel, secara tidak langsung telah membuktikan bahawa beliau percayakan pihak polis.

2. Biar betul Ahso ni percayakan polis?

3. Sebelum ni penyokong setia Al-Juburi mengatakan polis diperkudakan oleh UMNO.

4. Sama juga seperti sebelum ini apabila penyokong pembangkang menyokong ISA dalam kes menghina Islam, tapi dalam sisi yang lain mereka menentang pula ISA.

5. Bukankah Al-Juburi telah hilang keyakinan terhadap polis serta proses undang-undang Malaysia berdasarkan tindakannya merujuk kes liwat kepada Jawi setelah laporan pusrawi makan tuan?

6. Bukan ke Al-Juburi juga pernah berkata bahawa tuduhan liwatnya adalah cubaan untuk menghalangnya berkuasa semata-mata dan bukannya untuk menegakkan keadilan yang kononnya diperjuangkan?

7. Sebab itulah Al-Juburi sering membuat tuduhan terhadap Najib disebabkan sudah tidak yakin lagi dengan undang-undang di Malaysia.

8. Mari fikirkan..

9. Ketua Pembangkang kata tak percaya dengan polis.

10. Elizabeth Wong dari parti gabungan pembangkang pula membuat laporan polis.

11. Poning den.

12. Adakah pembangkang hanya percayakan polis apabila keadaan menyebelahi mereka, tetapi apabila sebaliknya berlaku maka pembangkang akan berkata bahawa polis tidak boleh dipercayai?

13. Putar belit sungguh la pemimpin pembangkang ni.

14. Sandiwara teragong abad ini.

Krisis Perak: Terimalah hakikat

SAYA akan kemukakan fakta berlandaskan undang-undang yang terdapat dalam Perlembagaan Negeri Perak dan Perlembagaan Persekutuan. Sesungguhnya tindakan menyaman sultan merupakan tindakan biadap dan tergopoh-gapah.

Menyedihkan apabila tajuk posting terbaru blog Anwar Ibrahim berbunyi: Constitutional crisis caused by the Sultan, yang jelas merujuk kepada DYMM Sultan Azlan Shah, Sultan Perak Darul Ridzuan.

1. Mengapa Nizar Harus Letak Jawatan:

Perlembagaan Persekutuan dalam Artikel 43(2)(a) jelas menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong berhak melantik ketua eksekutif yang telah mendapat sokongan majoriti Dewan Rakyat. Benar dakwaan Nizar mengatakan bahawa sultan bertindak atas nasihat beliau sebagai ketua kerajaan. Ini termaktub di dalam Artikel 40(1) dan 40(1A) yang terdapat di dalam perlembagaan. Namun Nizar harus membaca Artikel 40(2)(a), (b), dan (c) bersama. Ini kerana ia jelas menyatakan hak eksklusif sultan yang boleh bertindak sendirian tanpa mengikuti nasihat beliau di dalam perkara membabitkan pelantikan ketua kerajaan (selagi beliau mematuhi provisio dalam 43(2)(a), kedua baginda mempunyai kuasa untuk ''tidak membubarkan dewan perwakilan'' (Parlimen atau DUN Negeri), dan terakhir memanggil semua raja-raja untuk mesyuarat Majlis Raja-Raja.

Berikut merupakan provisio yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi berdasarkan Akta Interpretasi, ia diaplikasi kepada semua perlembagaan negeri kerana perlembagaan negeri mesti sama dengan Perlembagaan Persekutuan. Berbalik kepada perlembagaan di Perak, Artikel 16 Fasal 7 Perlembagaan Negeri Perak menyebut seseorang anggota majlis selain MB (Menteri Besar) memegang jawatan atas perkenan Sultan. Dengan lain perkataan, MB tidak boleh dipecat. Klausa ini telah disalah tafsir oleh pemimpin dan penyokong pakatan pembangkang. Benar seorang Menteri Besar tidak boleh dipecat oleh Sultan jika Menteri Besar itu masih mempunyai sokongan majoriti dewan perwakilan. Tetapi jika keadaan sebaliknya, sultan mempunyai hak untuk memecat MB.

2. Hung Parliament:

''Hung Parliament'' bermaksud tiada majoriti jelas dalam sesebuah Dewan Rakyat atau DUN.

Sebagai contoh, parti A mempunyai 89 kerusi dan parti B 88 kerusi, atau kedua-dua sama 89 kerusi, dalam situasi ini lebih elok diadakan pilihan raya semula kerana beza kerusi cukup tipis. Bagaimanapun tidak wujud situasi "hung parliament" di Perak ketika ini kerana BN memiliki majoriti 3 kerusi. Dan seperkara lagi yang harus diambil kira ialah jumlah kerusi yang terdapat di Perak ialah 59 kerusi. Perbezaan jelas dan tiada masalah kerana perbezaan ialah 3 kerusi daripada 59 kerusi merupakan suatu jumlah yang jelas.

3. ADUN Sudah Jumpa Sultan:

Anwar Ibrahim dan bekas speaker DUN Perak, Sivakumar mahu mengadakan sidang khas DUN bagi menjalankan vote of no confidence (undi tidak percaya) terhadap Dr. Zamby. Untuk pengetahuan kedua-dua di atas, perlembagaan tidak pernah menyebut bagaimanakah caranya untuk jelaskan vote of no confidence itu. Dalam kes Stephen Kalong Ninkan v Tun Abg Hj Openg & Tawi Sli (1966), sebuah surat ditandatangani oleh majoriti ADUN negeri Sarawak tidak diterima oleh mahkamah kerana ia dikatakan terdapat unsur penipuan dan tidak jelas. Tambahan pula tidak semua ADUN hadir ke persidangan khas terbabit. Ini menunjukkan bahawa surat ditandatangani boleh menjadi sah jika ia tidak terdapat unsur penipuan. Oleh itu, tidak disebut bagaimana cara vote of no confidence itu wajarnya diadakan. Cukupkah dengan berjumpa dengan DYMM Sultan? Atau mengangkat tangan sebagai undian seperti kita lakukan untuk pilih ketua darjah dahulu? Atau dengan surat berserta tandatangan yang sah?

Oleh kerana ia tidak disebut maka apa jua cara pun boleh diguna selagi ia boleh membawa perhatian DYMM ke atas isu terbabit. Saya difahamkan ketiga-tiga ADUN Bebas tersebut telah pun menghadap Sultan Perak untuk menyatakan pendirian mereka. Jangan dipersoalkan 28 ADUN BN yang lain kerana sudah tentu mereka menyatakan sokongan terhadap BN. Begitu juga 28 lagi ADUN Pakatan. Tumpuan kita seharusnya kepada 3 ADUN ini sahaja.

4. Perjanjian Yang Tidak Sah:

Saya juga difahamkan bahawa terdapat perjanjian tidak bertarikh ditandatangani oleh wakil-wakil Pakatan setelah menang dalam pilihan raya lalu. Perjanjian tersebut menyatakan mereka akan letak jawatan jika lompat parti. Persoalannya adalah ia tidak logik dan tidak sah dari segi undang-undang.

Artikel 10(1) (c) menyatakan hak warganegara untuk menyertai mana-mana persatuan, selagi ia berdaftar dan sah. Namun Artikel 10(2)(c) menyatakan "Parliament may by law impose on the right conferred by paragraph (c) of clause (1), such restriction as it deems necessary or expedient in the interest of the security of the Federation or any part thereof, public order or morality."

Persoalannya di sini adakah BN merupakan pertubuhan yang tidak bermoral dan mengancam keselamatan negara? Tidak bermoral kerana lompat parti? Dulu Nizar kata ia tidak salah dari segi undang-undang bukan?

Kesemua hujah di atas dibuat selepas saya merujuk kembali Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak. Tindakan Karpal Singh yang mahu menyaman Sultan amatlah dialu-alukan demi membuktikan hujah saya di atas. Karpal tahu undang-undang ini, cuma oleh kerana beliau bertindak berkapasitikan posisi beliau sebagai pemimpin pembangkang, sudah tentu beliau tidak mahu mengalah. Datuk Ambiga Sreenevasan, President Majlis Peguam dalam keterangannya kepada NSTP juga mengatakan sultan mempunyai kuasa untuk memecat Nizar. Pakar perlembagaan dan pensyarah Fakulti Undang-undang UiTM, Prof. Dr. Shad Saleem Faruqi dalam kenyataannya kepada Bernama juga bersetuju bahawa sultan mempunyai kuasa eksklusif terbabit.

Lebih menarik lagi, orang yang membuat keputusan ini ialah DYMM Sultan Azlan Shah sendiri yang juga merupakan mantan Ketua Hakim Negara. Sudah tentulah beliau telah mengkaji terlebih dahulu akan kesahihannya. Siapa Karpal Singh?

5. Detik Terkena Batang Hidung Sendiri:

Suatu ketika dahulu Anwar Ibrahim kerap kali menyatakan bahawa beliau mahu merampas kuasa dengan beberapa ahli Parlimen BN yang akan melompat ke Pakatan. Kini situasi telah berubah. Anwar telah ludah ke mukanya sendiri. Kepada penyokong Pakatan yang tidak berpuas hati, terimalah hakikat bahawa ini merupakan proses demokrasi yang kamu semua perjuangkan dahulu sebelum 16 September 2008.

Saya juga berharap kenyataan saya kali ini dapat menenangkan perasaan penyokong Pakatan yang marah dan kecewa. Terimalah hakikat bahawa kita masih bersultankan Melayu, bukan bertuankan Anwar Ibrahim. Kita masih berbudayakan Melayu dan Malaysia, bukan kurang ajar dan derhaka, dan ini semua berlaku di atas ''kebenaran'' undang-undang itu sendiri dan bukan dengan sesuka hati DYMM Sultan Azlan Shah. Daulat Tuanku!

SIDDIQ AZANI
Fakulti Undang-Undang, UiTM Malaysia

Sumber: Arkib Utusan

Saturday, February 14, 2009

Anwar vs Najib: Dendam tak berkesudahan

Dulu serupa adik abang ini dua orang masa dalam Pergerakan Pemuda UMNO. Sekarang sudah jadi musuh ketat. Maklumlah, seorang bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia dan seorang lagi tengah kempunan sebab tak dapat jadi Perdana Menteri. Patutlah Anwar dendam tak sudah-sudah sebab bekas naib dia dulu lebih handal daripada dia. Dah2 la tu Brader Anwar Bin Ibrahim oii. Terima je qada' dan qadar Allah. Mesti ada hikmah Allah s.w.t. tak bagi kau jadi Perdana Menteri tu.

Friday, February 13, 2009

Titah Di Raja

Pak Sedaro nak minta sumo yang baco Paneh atau yang cuma pit-stop aja. Fikirlah sebagai seorang insan yang diberi Allah ilmu berfikir dan berkhalawat dengan ILMU. Pak Sedaro dikhabarkan bahawa DYMM Sultan Selangor telah bertitah mengenai isu Perak.

Bacolah dengan pancaindera dan mata hati dan mata akal serta mata ILMU. Begitu tajam titah ini.

Cukup menyentuh bukan sahaja kepada Perak dan Biadapnya manusia-manusia yang namanya Karpal Singh, Anwar Ibrahim, dan siapa pun yang terlibat dalam drama topengan di Perak.

Inilah Bisanya" Apabila Ular Menyusur Akar, tak akan hilang Biso." Titah ini merupakan Titah Yang amat Jarang sekali diperturun oleh seorang yang diangkat Allah dalam kalangan manusia sebagai Sultan.

Pak Sedaro yakin minggu depan akan ada manusia yang akan poei check in di KLIA untuk cabut lari dan bersih dosa di luar Tanahair.

13 Mei 1969 mungkin tidak akan BERLAKU lagi. Tapi Daulat Institusi Raja dan Sultan akan mula bersinar. Cuma Pak Sedaro nak posan kepada anak bangsa Malaysia yang Melayu, Cina dan Keling yang masih tak sodar diri, Jangan Minta Fisabilillah Turun Dari Gunung. Air Tak Mencurah ke Bumi kalau Kaki Langit Tak Mendung.

Bacalah Hikayat Melayu karangan Tun Sri Lanang. Bacalah Kisah Pelayaran Abdullah Mushyi. Bacalah Hikayat Merong Mahawangsa. Jangan dok sibuk dengan Shakespears hingga lupa Asal-Usul Melayu dan Semenanjung Emas ini.

ATOK TOKILAN SIKIT

Ari ni lam suratkoba, ado duo orang artis di anugerahkan Datuk setolah sekian lamo menyumbangkan suaro eh untuk menjadi halwo tolingo kito semuo. Tahniah Atok ucapkan kepado Katijah Ibrahim dan David Arumugam. Memang tak dinafikan suaro dio orang tu mampu membori sedikit kenyamanan kopado tolingo orang yang minatlah. Kok tak minat tu, tak taulah.

Tapi Atok ado sikit raso tokilan. Bilo seorang polis pencen,dio hanyo dapek Datok bilo anak eh boranak. Seorang guru dari zaman mudo eh hinggolah pencen, diopun dapek Datok bilo cucu eh lahir ko dunio. Atok taklah bocakap tontang ketuo polis negaro, ataupun pengarah pelajaran. Atok bocakap pasal polis bopangkat biaso. Bojongge dalam paneh, kuyup kek hujan demi menjalankan tugas untuk negaro, nilai nyawo eh sekadar sebutir poluru. Itu bolum cakap pasal kono maki kek orang PKR lagi. Ari tu Wan Azizah ado cakap polis kek Malaysia ni tak buleh dipocayai (dio duduk kek Afrika gak eh). Dengan gaji yang tak seberapo, dio orang mencurahkan segalo tonago, untuk apo tu semuo?

Begitu jugak ngan guru, satu ungkapan yang biaso bonar Atok dongar “apo bangang bonar cikgu kau ngajar ni!”..tu bilo anak eh gagal. Dio oranglah yang memulo sekali menyodiokan asset nogaro. Apobilo sampai waktu pencen eh, mako pencenlah dio dengan gelaran yang sedio ado. Kok polis tu mako dipanggil lah dio “polis pencen”, kok guru tu mako kokallah dengan cikgu pencen tu.

Apo yang Atok dapek rumuskan, jaso orang-orang macam polis, cikgu, askar, nurse ko, tukang sapu topi jalan tu ko, jaso dio orang lobih bosa lagi. Cocubolah pandang sikit jaso dio orang tu. Kok setakat melalak, tokinja-kinja peh tu bagi gelaran datok, ontahlah. Agak eh kek mano silap eh mato hati orang kito sekarang ni.

Ketua Pembangkang ada prinsip ka tarak?

Brader Anwar Bin Ibrahim (dalam bulatan) semasa ditahan dan dibawa dalam trak polis selepas membuat demonstrasi.

Seperti yang dikisahkan semalam di sini jika terlepas mengikutinya.

Brader Anwar Bin Ibrahim pada zaman mudanya telah menjadi ikutan oleh kebanyakan golongan muda. Imej Anwar pada zaman itu ialah berbaju Melayu, berseluar panjang dan memakai sandal (sebelum berubah ke jenama Georgio Armani semasa masih di dalam UMNO). Kebanyakan golongan muda juga turut terikut berpakaian seperti Anwar dengan berbaju Melayu dan sandal semasa berada di kampus.

Pemimpin pelajar lain di universiti juga turut terikut-ikut dengan gaya Anwar ketika berucap dan berpidato. Antara pemimpin pelajar yang berucap seperti Anwar ketika itu ialah Roslan Kassim, Mustafa Kamel dan Fuad Hassan (sekarang yang sebijik berceramah seperti Anwar adalah Ezam).

Penyokong Pas yang marah dengan kemasukan Pas ke dalam BN pada 1974 telah beralih sokongan kepada ABIM dan secara tidak langsung telah menaikkan reputasi Anwar selaku ketua ABIM.

Oleh kerana suasana politik mahasiswa ketika itu sangat berpengaruh, maka pemimpin kerajaan dan UMNO mula memberi perhatian terhadap mahasiswa.

Ketika itu nama Anwar semakin meniti dibibir mahasiswa kerana terkenal dengan demonstrasi, ucapan mempertikaikan kerajaan serta perjuangan gerakan Islamisasi. Penyokong beliau melalui ABIM semakin bertambah setiap hari.

Bermula di saat itulah maka beberapa pemimpin UMNO mula mengadakan 'hubungan sulit' dengan Anwar (bukan liwat haa..) untuk menariknya menyertai kerajaan. Peristiwa ini berlaku antara hujung tahun 1981 dan awal tahun 1982 iaitu semasa Anwar masih lagi sebagai Presiden ABIM.

Selepas beberapa siri pertemuan dengan wakil kerajaan, ucapan-ucapan Anwar selepas itu mula menampakkan kelainan. Perkara ini telah menimbulkan tanda tanya kepada para penyokong yang setia dengannya selama ini. Ucapannya selepas itu sangat berbeza berbanding ucapan-ucapan beliau semasa aktif menghentam kerajaan sebelumnya.

Anwar yang asalnya sangat menyanjungi Ayatollah Khomeini dalam ucapan dan pidatonya, kini mula mengatakan bahawa ulama' yang mengambil alih pentadbiran di Iran merupakan satu kesilapan. Anwar menegaskan bahawa pemimpin sosialis seperti Mehdit Birzaghan, Dr Karim Zamjadi dan Dr Ibrahim Yazdi harus dikekalkan sebagai pemimpin di Iran. Anwar mula mengecam Islamic Republic Party di Iran dan mengutuk perjuangan mereka. Perihal ini telah menambahkan lagi pening para pengikut serta rakan-rakannya ketika itu.

Sahabat-sahabat karib Anwar pula kemudiannya mula terikut dengan rentak baru Anwar. Mereka mula menyampaikan kepada para penyokong mereka bahawa janganlah asyik mengkritik kerajaan semata tetapi perlu juga memberikan idea kepada kerajaan untuk mengatasi masalah.

Kemuncaknya pada bulan April 1982, Anwar selaku Presiden ABIM serta wakil World Assembly Muslim Youth telah mengejutkan banyak pihak terutamanya para penyokong ABIM dengan pengumuman untuk menyertai UMNO.

Inilah contoh terbaik bagi orang yang tidak berprinsip tetapi menjadi idola kepada ramai orang kini. Kepada mereka yang masih belum membaca berkenaan prinsip, anda boleh berbuat demikian di sini. Itulah dia Anwar yang kelakar dan tindakannya mudah dijangka kerana cerita disebalik tabir ini tidak ramai yang peduli. Kisah ni akan bersambung kemudian. Den outstation.

Thursday, February 12, 2009

Revolusi: Permainan Politik Anwar

Pada zaman dahulu; dahulu tu maknanya dalam tahun 50an, 60an sehingga membawa kepada tahun 70an, para mahasiswa universiti memang cukup aktif dalam politik. Pada masa itu golongan bijak pandai masih tidak ramai dalam masyarakat terutamanya masyarakat Melayu.

Che Det, Musa Hitam, Brader Anwar Bin Ibrahim dan beberapa pemimpin lain sudah bergiat aktif dalam politik sejak berada di kampus lagi. Kiranya belajar-belajar juga, politik pun politik juga. Pada masa itu keadaan dalam negara tidaklah sebaik seperti sekarang ini kerana British baru saja keluar dan suasana politik di Tanah Melayu masih belum stabil.

Setelah sekian lama fahaman sosialis menjadi ikutan di kampus, akhirnya fahaman Islam mula mengambil tempat. Akhir 1978 menyaksikan berlakunya revolusi di Iran apabila seorang ulama' telah pulang dari Paris dan menjatuhkan sebuah kerajaan yang disokong oleh Amerika. Shah Iran yang menggelarkan dirinya Shah of Shah (raja segala raja) dan institusi diraja Iran yang berusia ribuan tahun itu telah ditumbangkan oleh seorang yang bernama Ayatollah Khomeini.

Laungan Allahhuakhbar pada masa itu telah menjadi trend di seluruh pelusuk Iran. Malahan budak-budak muda yang memakai seluar jeans juga turut berarak di jalanraya bagi menyokong kepimpinan ulama'.

Gelombang kebangkitan Islam mula merebak. Orang-orang Islam pada masa itu mula merasakan bahawa inilah saat kebangkitan Islam. Golongan muda yang pada mulanya dok ghairah berkunjung ke disko dan kelab malam, kini telah mula mencari tok-tok guru dan orang alim.

Amerika pada masa itu terkujat-kujat melihat peristiwa kebangkitan gelombang umat Islam. Amerika mula sedar bahawa perjuangan orang Islam ini tidak boleh dihalang. Mereka sedar bahawa orang Islam bukanlah suatu bangsa yang takut mati terutamanya dalam perjuangan mempertahankan agama kerana dalam Islam terdapat amalan jihad dan syahid. Amerika mula memahami bahawa para pejuang Islam lebih suka mati syahid kerana itu adalah jalan mudah untuk mereka masuk syurga.

Amerika dan Yahudi membuat kajian di Mesir, Pakistan, Iran dan beberapa negara Islam lain dan tetap memperolehi jawapan yang sama iaitu gerakan Islam ini tidak boleh dilawan. Maka Amerika serta juak-juaknya mula berikrar untuk tidak mengulangi kesilapan lalu. Mereka mula membuat kajian dan merangka strategi untuk mengekang dan melawan gerakan Islam. Hasrat mereka ialah sekiranya gelombang gerakan Islam ini tidak dapat dihalang, maka ia perlu diperlahankan. Akhirnya mereka merumuskan bahawa hanya dengan menyokong gerakan Islam maka dapatlah mereka memperlahankan proses kebangkitan Islam.

Rentetan itu, Mesir yang pada mulanya di bawah pimpinan sosialis bernama Anwar Sadat, secara tiba-tiba telah mengumumkan beberapa program Islam untuk dilaksanakan. Pejuang-pejuang gerakan Islam yang telah berpuluh tahun dipenjarakan sebelumnya telah dibebaskan oleh Anwar Sadat.

Golongan pejuang Islam pada masa itu beranggapan bahawa Anwar Sadat benar-benar mahu melaksanakan program pembangunan Islam. Di atas kepercayaan itu, maka tokoh-tokoh Islam mula menyertai kerajaan pimpinan Anwar Sadat kerana yakin dengan agenda yang dilancarkannya.

Pada masa yang sama, Zia Ul Haq di Pakistan turut mengumumkan untuk melaksanakan program pembangunan Islam di negara tersebut. Pengumuman itu telah menyebabkan pemimpin parti Jamiat Islami yang sebelumnya berseteru dengan Zia Ul Haq telah bersetuju untuk menyertai kabinet serta menyatakan sokongan secara terbuka kepada kerajaan.

Situasi di Malaysia ketika itu, iaitu semasa Che Det menjawat jawatan Menteri Pelajaran, beliau turut melihat kebangkitan para mahasiswa di kampus. Fahaman golongan sosialis sudah ditolak. Hishamuddin Rais selaku pemimpin pelajar berfahaman sosialis pada masa itu pernah bertindak melarikan diri keluar negara. Kamaruzaman Yaakob juga hanya mendiamkan diri setelah keluar daripada Kem Kamunting.

Kebanyakan kampus telah diambil alih oleh para pemimpin yang berjuang atas landasan Islam. PKPIM dan ABIM pada masa itu mula memainkan peranan. Kemunculan 2 pertubuhan ini ketika itu adalah rentetan daripada keputusan Pas menyertai BN dan mahasiswa beranggapan bahawa parti pembangkang Melayu sudah tidak wujud lagi. Maka PKPIM dan ABIM ditubuhkan bertujuan untuk menjadi saluran pembangkang Melayu.

DAN KETIKA INILAH, MUNCULNYA BRADER ANWAR BIN IBRAHIM.

p/s: Cerita ni belum habis lagi. Tunggulah sambungannya nanti kalau ada masa.

'Katak' Mampu Membunuh..

Katak Formosan di Taitung Taiwan ini berpaut di belakang ikan kap sejak sebulan lalu yang dipercayai disebabkan oleh keadaan cuaca semasa yang panas. Walaupun telah cuba dipisahkan beberapa kali, namun katak tersebut kembali berpaut di belakang ikan berkenaan sehingga menyebabkan ikan tersebut akhirnya mati.

p/s: Apa pengajarannya daripada karenah katak ini?

Wednesday, February 11, 2009

Camryku, Camrymu jua.....

Aku rasa ada beberapa perkara yang perlu kita renungkan bersama:

1-Kebiadapan Karpal Singh dan rakan-rakannya yang lain adakah disebabkan keberaniannya ataupun sifat orang Melayu yang semakin penakut?

2-Sejauh mana sambutan kaum lain terhadap kebiadapan Singh yang tidak pakai toncet ni?

3-Patutkah Sultan/Raja/DYMM Yang DiPertuan Agong melucutkan gelaran Dato' Seri daripada Nizar Boneka & Brader Anwar Bin Ibrahim?

4-Perlukah Pak Lah mengambil tindakan terhadap Brader Anwar Bin Ibrahim dan juak-juaknya?

5-Bodoh sangat ke segelintir orang Melayu yang lebih mendahulukan pemimpin-pemimpin yang sangat gilakan kuasa melebihi ketaatan dan kesetiaan kepada Rajanya seperti yang termaktub dalam prinsip Rukunegara?

6-Samy Vellu yang tak sedar diri walaupun dah kalah masih meminta kerusi di Dun Selambau untuk diwakili oleh Keling-Keling Paria sedangkan:

a) Melayu 50.2% di kawasan tersebut manakala Cina 29.5% dan Keling Paria cuma 19.3%

b) Seandainya diletakkan calon berbangsa Melayu dikawasan majoriti Keling Paria dan Cina Maklap boleh menang ke calon Melayu tu?

c) Adakah Keling-Keling Paria/Cina-Cina Maklap yang dipilih menjadi calon akan benar-benar meletakkan dasar perkongsian kuasa atau hanya memperjuangkan hak kaum mereka semata-mata?

7) Lu fikirlaa sendiri......

Disebalik Tirai Mesyuarat Pemecatan Anwar 1998

Pada malam itu Che Det yang mempengerusikan mesyuarat kelihatan tenang. Bercakap pun dengan nada perlahan. Beliau menyatakan tujuan mesyuarat MT malam itu adalah untuk membincangkan mengenai Brader Anwar Bin Ibrahim. Che Det pun menceritakan serba ringkas mengenai kisah kemasukan Anwar ke dalam Umno. Che Det memberi alasan mengapa beliau sanggup memberi laluan dan menonjolkan Anwar dalam Umno dan kerajaan kerana berharap Anwar akan mengambil alih pemerintahan negara ini daripada dia.

Che Det memaklumkan bahawa semenjak kebelakangan ini dia sedar bahawa antara dia dengan Anwar sudah tidak ngam lagi. Banyak perkara yang beliau tidak sekata, baik dalam perihal ekonomi mahupun politik. Kemudian Che Det memaklumkan bahawa dia mendapat tahu berkenaan hasrat Anwar untuk mencabarnya bagi jawatan Presiden pada pemilihan akan datang. Namun Che Det menegaskan dia bersedia bertanding dengan Anwar pada bila-bila masa kerana yakin dapat mempertahankan dirinya.

Selesai Che Det bercerita tentang semua itu, dia beralih ke bab moral pula. Sedang Che Det bercakap berkenaan peribadi Anwar, tiba-tiba Anwar bangun dan meminta untuk membela diri. Suara Anwar pada masa itu cukup tinggi dan sesekali berdiri sambil menepuk meja. Seorang Ahli MT juga bangun menempelak sambil menepuk meja dan meminta Anwar menghormati Presiden dan keadaan mesyuarat yang sedang berlangsung. Ahli MT itu mempertikaikan, "Inikah akhlak seorang pemimpin yang hendak menjadi Perdana Menteri?"

Namun Che Det dengan tenang telah membiarkan Anwar bercakap untuk membela dirinya sambil bertanya, "Adakah Datuk Seri ada skandal seks luar tabii dan terlibat dengan pelacur?"

Brader Anwar Bin Ibrahim pada masa itu tidak menafikan sekeras-kerasnya tentang skandal seks luar tabii yang membabitkan dirinya tetapi sebaliknya berkata bahawa semua orang mempunyai hubungan seks. Pada malam itu Ahli MT beranggapan bahawa Anwar akan bersumpah untuk menafikan tuduhan terhadapnya, namun anggapan mereka meleset kerana sehingga selesai mesyuarat Brader Anwar Bin Ibrahim langsung tidak bersumpah untuk menafikan semua tuduhan itu.

Sebaliknya Brader Anwar Bin Ibrahim menegaskan bahawa dia mempunyai pita, dokumen dan sebagainya yang dapat membuktikan bahawa wujudnya konspirasi untuk menjatuhkan dirinya. Semasa menghadiri mesyuarat MT, sememangnya kelihatan Anwar membawa beberapa dokumen. Namun sehingga mesyuarat selesai, satu hapah pun bukti tidak ditunjukkan Anwar kepada Ahli MT untuk membela diri. Jadi bagaimanalah Ahli MT yang lain nak yakin dengan Anwar. Maka Ahli MT telah membuat keputusan bahawa mereka tidak memerlukan seorang pemimpin seperti Brader Anwar Bin Ibrahim.

Pada malam itu, hampir kesemua Ahli MT bersetuju memecat Anwar kecuali 2 orang yang mahukan keahlian Anwar digantung sehingga kes tersebut dibicarakan di mahkamah. Namun bantahan 2 orang Ahli MT itu ditolak oleh yang lain kerana mereka tidak mahu seorang yang rendah moralnya menjadi Presiden parti dan Perdana Menteri.

Apabila Brader Anwar Bin Ibrahim melihat bahawa Ahli MT tidak menyokongnya, maka dia bangun meninggalkan mesyuarat sebelum Che Det sempat menggulungnya.

Ramai yang tidak tahu bahawa perbuatan memecat Anwar ini bukanlah suatu perkara yang mudah kerana Che Det terpaksa mengambil risiko yang tinggi untuk memecatnya. Seorang bekas menteri pernah mengatakan, "Mahathir memang terlalu sayangkan Anwar. Jadi apabila Mahathir terpaksa mengambil tindakan sebegitu bermakna dia ada sebab yang cukup kukuh dan kuat".

Laa..kono notis bankrap laie ko Tok Sahak ni?

Suatu Notis Kebankrapan telah dikeluarkan terhadap Dato' Ishak Ismail, Ketua UMNO Bahagian Seremban. Notis ini disiarkan semalam di ruangan notis iklan akhbar-akhbar utama seperti Berita Harian, Utusan, The Star dan New Straits Times. Dengan keluarnya notis ini maka jelas membuktikan bahawa Dato' Ishak ini merupakan spesis pemimpin yang suka berhutang. Dulu rumahnya dah pernah kena lelong. Nasib baik masa tu ada rakan yang sanggup keluarkan duit belikan rumah tu dan benarkan dia tinggal lagi di rumah tersebut.

Kepada calon-calon yang nak bertanding jawatan Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada bulan Mac nanti, diharap berhati-hatilah dengan pemimpin seperti Dato' Ishak ini. Takut pula nanti janji yang diberikan oleh UMNO Bahagian Seremban hanya tampak indah semata, tapi hakikatnya hanya nak menyelamatkan tembolok Ketua Bahagian yang takut menjadi bankrap. Tak percaya tanya Tan Sri Mike Tyson. Dia faham apa yang dimaksudkan sebab dia dah terkena!

Kepada Dato' Ishak..sudah-sudah la tu. Toksah le bercita-cita laei nak bertanding kawasan DUN Lenggeng. Fokuslah macamana nak bayar hutang-hutang tu semua! Sok nyawa tercabut ketika naik basikal sok kan ke susah! Tak kan nak harapkan waris yang settlekan semua hutang Tok tu. Harimau mati meninggalkan belang dan patutnya manusia mati ninggalkan nama. Takut yor sok Tok mati ninggalkan bini meratapi hutang menimbun tinggi! Renung-renungkan la Tok yor!

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang mukmin mengambil orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barang siapa berbuat demikian, niscaya lepaslah ia dari pertolongan (daripada apa-apa hubungan dengan) Allah."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."
Blog Widget by LinkWithin

Blog Archive