Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Tuesday, March 31, 2009

A Traitor? Part 1

It was said that the night before the voting for UMNO Youth's election, KJ's boys gave to each delegates tokens that could be exchange for the sum of RM10,000 in cash. That is why he managed to beat the other two contenders and won the UMNO Youth Head by a total of 304 votes. Well, KJ has managed to pull a shock among the UMNO circles and many were disgusted and could not accept the result. A brawl between KJ's supporters and Mukhriz's supporters was stopped by the police the night the result was announced.

Well before the UMNO Youth election, and before Pak Lah became the Prime Minister; many wondered the accelerated path that KJ took to be in the circle of power in our country. There was one event in which it was said that the Menteri Besar of Negeri Sembilan kissed the hand of KJ when the latter came to an event in that particular state. KJ was also speculated being involved in the release of Brother Anwar Bin Ibrahim from prison and ironically KJ himself gave the passport to Brother Anwar Bin Ibrahim when the latter was supposedly fly to Germany for a back injury operation.

The infamous story in which KJ got to know his wife, Nori when he purportedly hit Nori's car in London to get to know her better and later they got married. It was said that when Brother Anwar Bin Ibrahim was in power, KJ tries his luck to win the heart of Nurul Izzah but changed his strategy when Brother Anwar Bin Ibrahim was sacked from the government and Pak Lah was appointed as the Deputy Premier. And the most intriguing rumours about KJ is that he is actually an agent of CIA and being planted for a bigger agenda in our country. To be continued.

Najib angkat sumpah Jumaat

Istiadat pengurniaan suratcara pelantikan dan istiadat mengangkat sumpah serta menyimpan rahsia sebagai Perdana Menteri yang baru oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, akan berlangsung di Istana Negara pagi Jumaat ini bersamaan 3 April 2009.

Para jemaah menteri telah menerima jemputan untuk menghadiri istiadat yang dihantar pada 10 pagi ini.

Jemputan tersebut turut dihantar melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS).

Menurut jemputan tersebut, istiadat tersebut akan berlangsung di Balairong Seri, Istana Negara mulai jam 9 pagi.

Sumber: malaysiakini

Undi Melayu Penentu Kemenangan PRK

Setelah tamatnya Perhimpunan Agong Umno, kini perhatian semua pihak mula tertumpu di PRK Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

PRK kali ini sudah tentulah menguji kewibawaan Umno yang memperoleh suntikan semangat dengan barisan kepimpinan baru. Bahkan, perhatian masyarakat sudah pastilah akan tertumpu kepada kredibiliti Shahrizat Jalil yang mengetuai Wanita dan KJ yang mengetuai Pemuda Umno dalam kempen di kawasan berlangsungnya PRK.

Parti komponen BN seperti MCA dan MIC juga bakal dinilai akan keberkesanan kesepakatan diantara Cina dan Koling dalam PRK kali ini atau mereka hanya akan melepaskan tanggungjawab kepada Umno dan pengorbanan orang Melayu semata.

Di Bukit Gantang terutamanya, pengundi Melayu terpecah kepada dua iaitu satu kumpulan menyokong Umno, manakala satu kumpulan lagi menyokong pembangkang. Sejauh manakah peranan yang akan dimainkan oleh MCA dan Gerakan untuk menarik undi kaum Cina yang dianggarkan seramai 6,000 orang pengundi berdaftar di Kuala Sepetang? Bagaimana pulak peranan MIC dalam menarik undi Koling nanti?

Begitu juga halnya di Bukit Selambau, apakah MIC, MCA dan Gerakan hanya mengharapkan undi orang Melayu untuk memastikan kemenangan mereka seperti masa lalu?

Orang Melayu terutamanya kenalah bijak dalam membuat keputusan. Bukannya tidak boleh mendengar janji-janji dan kempen daripada parti politik, tetapi kita harus tahu bahawa mereka juga terikat dengan perjanjian antara parti pakatan mereka. Apa yang penting, kita harus bertanya kepada diri sendiri apakah faedahnya kita mengundi calon-calon yang dinamakan? Apakah mereka benar-benar memperjuangkan hak orang Melayu sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan?

Buka mata dan lihatlah di sekeliling kita. Perhatikan apa yang telah berlaku di Perak dan Pulau Pinang. Gunakan kepala otak jangan gunakan kepala lutut. Jangan jadi seperti Pak Kadok, menang sorak kampung (kampung baru) tergadai. Jangan disalahkan sesiapa nanti seandainya diri sendiri yang tidak tahu menilai. Lu fikirlah sendiri.

Sunday, March 29, 2009

2 Strategi Kemenangan BN di 3 PRK

Dua strategi yang perlu dilakukan BN untuk memenangi PRK Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai :-

1. Promosikan sehebatnya gandingan baru Presiden dan Timbalan Presiden Umno untuk menonjolkan perubahan yang akan dan sedang dilakukan BN. Ia akan memberikan BN imej yang lebih segar dengan harapan yang lebih baik kepada rakyat.

2. Halang dan sekat KJ Magnum dan Geng 304 untuk turun berkempen di 3 kawasan PRK kerana mereka adalah punca konflik dan liabiliti kepada BN.

Itupun kalau BN rasa nak menang dalam PRK la. Kalau tak, suruh je KJ turun ke kawasan PRK tu bawak duit berbuntil-buntil. Copek skit lingkup.

Arahan KDN Diperlekeh

Walaupun permit Harakah dan Suara Keadilan telah digantung selama 3 bulan, namun mereka tetap berdegil untuk terus menjual newsletter parti pembangkang itu di tempat awam. Gambar Suara Keadilan di atas diambil pada 28 Mac 2009, jam 6.45 pm di sebuah stesen minyak Petronas di kawasan Salak. Jelas bahawa arahan KDN itu telah diperlekehkan oleh Biro Penerangan PKR serta pemilik stesen minyak tersebut. Apa pula tindakan KDN selepas ini?

Saturday, March 28, 2009

BIAR MATI ANAK JANGAN MATI ADAT

Kek sini Atok nak paparkan sikit petatah petitih Adat Pepatih yang menjadi panduan suku sakat Atok kek Nogori Sombilan sompona tamatnyo pohimpunan UMNO dan jugo nak momahamkan lagi persepsi BIAR MATI ANAK JANGAN MATI ADAT.

Kato samo seiyo
Lenggang samo seayun
Duduk samo rondah
Bodiri samo tinggi
Bukit samo didaki
Lurah samo dituruni
Terojun samo basah
Melompek samo patah
Boban borek samo dipikul
Boban ringan samo dijenjeng
Setitik jangan hilang
Sebaris jangan lupo
Mendapek samo lobo
Cicir samo hilang
Hati kuman samo dicicah
Hati gajah samo dilapah.

Bulat air dek gopong
Bulat manusio dek muafakat
Botuah manusio dek muafakat
Cilako manusio dek botolagah

Kono ko porut jangan dikompihkan
Kono ko mato jangan dipojamkan
Padang orang jangan bolari
Padang kito jangan bojenket kaki
Ular dipalu jangan mati
Kayu pomalu jangan patah
Tanah dipalu jangan lomba
BIAR MATI ANAK JANGAN MATI ADAT

Kalau dibalun sobalun kuku
Kalau dikombang solebar alam

Ketok paku kacang bolimbing
Tompurung dilenggang-lenggangkan
Singgah memorun di suaso
Anak dipangku, pusako dijunjung
Komanakan dibimbing
Orang kampong dipandang-pandangkan
Supayo nogori jangan rosak binaso.

Konalkan diri kamu nyato-nyato
Baru dapek kamu mengonal kamu punyo harto pesako
Kenalkan diri kamu rato-rato
Baru mengonal Tuhan yang sangat nyato.

Cerodek toman borunding
Bodoh disuruh arah
Yang pokak mencucuh meriam
Yang buto menghombus losung
Yang tepok menjago jomuran
Kunci anak buah kopado ibu bapak
Kunci ibu bapak kopada tuo
Kunci tuo kopado undang dan
Kunci undang kopado koadilan

Kok jalan bepohontian
Kok kato bekosudahan

Sokali air bah sokali pasir borubah
Sokali tuo boganti sokali adat bokisar
Patah tumbuh hilang boganti
Hilang satu boganti satu
Tak buleh dianjak dialih lagi
Dicabut layu dianjak mati
Gar ateh gelogar, rasuk juo yang monahan
Anak buah bosolimut pagi
Boselendang potang
Kato komudian nan tak bocari lagi.

Kepado yang tuo dan yang mudo yang dah monang baru-baru ni Atok nak boposan:-

Bolajarlah kopada alam yang tobontang.
Kok nak tau tinggi eh gunung, tanyolah si holang
Kok nak tau lebar eh laut, tanyolah si jerung
Dan kok nak tau dalamnyo lubuk tanyolah memorang.

Kopado PAK LAH:-

Janji dilabuhkan
Dalam janji digaduhkan
Sampai janji ditopatkan
Supayo anak buah tak bobilang-bilang.

Akhir kato,

HIDUP DIKANDUNG ADAT
MATI DIKANDUNG BUMI
ADAT NAN TEHUNJAM KO BUMI
ADAT NAN TOSERUNDAK KO LANGIT
ADAT BOSONDIKAN SYARAK
SYARAK BOSONDIKAN KITAB ALLAH
ADAT BIAR MATI ANAK
ADAT JANGAN MATI ADAT.

p/s: Kok patut kito singkirkan Bro Anwar Bin Ibrahim demi menjago kemurnian bangsa Melayu di Tanah Melayu, mako Datok Najib yang sebonar eh telah membuang anak Melayu yang derhako kepado tanah botuah ini demi meneruskan survival adat Melayu di Tanah Melayu yang botuah ini.

A New Dawn For UMNO

At the concluded UMNO's AGM, Pak Lah hands over the baton to Dato' Sri Najib. Surprisingly, Tun Dr. Mahathir was present to show his support to the transition of power from Pak Lah to Najib. Dato' Sri Najib gave a bold and straight to the face speech as the new President of the party. Many changes will be made in order to make UMNO a strong and respectful party not only for the Malays but to Malaysians as a whole. Brother Anwar Bin Ibrahim is not spared as he is the thorn in the flesh for the political turmoil in this country.

I do believe with the new line up of Majlis Tertinggi UMNO will be better and stronger to face the opposition. Dato' Seri Dr. Zahid Hamidi, Dato' Sri Hishamuddin and Dato' Seri Shafie Afdal are the new breed of leaders that can help Dato' Sri Najib in manning Malaysia to a greater height. The speeches by some of the delegates indicate that UMNO has learn its lesson and will definitely adhere to the changes that the people need.

Satelit Israel di Perhimpunan Agong Umno

Dikhabarkan bahawa satelit Ofeq5 iaitu sebuah satelit paling canggih buatan Israel milik kerajaan Singapura turut memantau perjalanan Perhimpunan Agong Umno. Kenapa agaknya negara jiran Malaysia itu begitu mengambil berat tentang perihal yang berlaku dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ini? Mengapa perhimpunan Pas dan PKR tidak pula dipantau? Adakah disebabkan Pas dan PKR sememangnya agen Israel, maka mereka tidak perlu dipantau?

Israel Aircraft Industries merupakan kontraktor utama yang membekalkan teknologi satelit kepada Singapura. Nama satelit Ofeq berasal daripada bahasa Israel yang bermaksud horizon. Satelit Ofeq5 juga memiliki kemampuan risikan secara elektronik dan berkeupayaan untuk merakam perbualan serta mencetak foto satelit hanya dalam masa beberapa minit sahaja.

Kerjasama satelit risikan antara Singapura dan Israel ini bukan sahaja akan menimbulkan konflik kepada hubungan Malaysia - Singapura, bahkan ia turut akan menimbulkan rasa curiga dikalangan negara Asean lain terhadap Singapura.

p/s: KJ adalah Ketua Pemuda 304 Magnum.

2 Bukit & 1 Batang: Penilaian Semula Selepas Perhimpunan Agong Umno 2009

1. Corak pemilihan pemimpin oleh perwakilan Umno dalam ketiga-tiga sayap parti baru-baru ini tidak menampakkan perubahan seperti yang diinginkan oleh rakyat keseluruhannya.

2. Perwakilan Umno terutamanya Pemuda secara dasarnya gagal dalam membawa mandat bahagian masing-masing dan didapati sangat tidak amanah apatah lagi jujur dalam melaksanakan tugas yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka.

3. Lantaran itu, tertanya-tanya juga saya kenapa perkara sebegini boleh berlaku? Adakah kerana politik wang 'masyuk' atau apakah juga kerana tidak dapat mempengaruhi perwakilan daripada Sabah atau...tiada siapa yang tahu. Hanya Allah s.w.t. sahaja yang tahu akan niat sebenar perwakilan yang tidak jujur dan tidak amanah itu sendiri.

4. Apa dah jadi pada Umno agaknya? Ada individu yang kononnya tidak bersalah atas tuduhan politik wang, tetapi ada pula manusia lain yang dikenakan hukuman atas kesalahan yang sama. Bagaimana pula individu yang secara jelas telah ditolak oleh rakyat semasa PRU-12 yang lalu masih dibenarkan memimpin Umno hingga hari ini?

5. Saya tertarik mendengar pertikaian antara tiga naib presiden Umno yang baru dalam sesi bicara pada malam 27 Mac 2009. Mereka menyatakan bahawa walaupun terdapat kawasan pilihanraya yang mempunyai bilangan ahli Umno yang ramai, dan kawasan itu pula ditandingi oleh calon dari parti Umno, namun BN masih tetap juga mengalami kekalahan.

6. Dengan mudah saja saya boleh menjawab persoalan itu. Macamana nak menang jika pemimpin Umno di peringkat cawangan atau bahagian bagi kawasan pilihanraya tersebut tidak jujur, tidak amanah serta hilang keikhlasan untuk berjuang. Pemilihan Umno kali ini telah membuktikan telahan tersebut apabila mandat bahagian yang memberi pencalonan sangat berbeza dengan mandat perwakilan untuk menentukan pemimpin.

7. Yang menghairankan apabila doktrin pemilihan daripada peringkat cawangan hinggalah ke peringkat bahagian mahupun ke peringkat MKT, tidak pernah hendak berubah. Dalam PAU apabila perwakilan berhujah tampak seperti berdegar-degar, tapi bila tiba di peringkat perlaksanaan-ZERO. Tambahan pula kebanyakan pemimpin yang ada di peringkat cawangan dan bahagian kebiasaannya adalah terdiri daripada kalangan mereka yang kurang intelek yang secara tidak langsung turut mengurangkan kewibawaan mereka. Hanya sekadar bergantung kepada pengalaman politik semata adalah tidak mencukupi pada zaman ini.

8. Walau bagaimanapun, syukur alhamdulillah kerana YB Tan Sri Muhyiddin menang jawatan Timbalan Presiden Umno. Kalau tidak..lagi hancur jadinya. Mengapa? Kerana hampir semua yang terpilih sebagai pemimpin bagaikan 'si bacul tidak bertelur'. Keris telah dihunus, tetapi dimasukkan semula ke dalam sarung. Siap minta maaf lagi..pada bangsa bukan Melayu pulak tu. Fikirkanlah..kita daripada golongan pemimpin yang bilangan rakyatnya terbesar, malah mewakili parti terbesar di negara ini yang kononnya hak Melayu, tetapi menjadi penakut dalam kelambu sendiri. Amat malanglah bagi agama, bangsa dan negara yang konon diwakilinya.

9. Sama ada Umno sedar atau tidak, sekiranya PAS bijak mengambil kesempatan atas situasi ini, maka tidak mustahil untuk mereka memperoleh kemenangan dalam pilihanraya nanti, termasuklah calon-calon bebas sekiranya mereka juga pandai mencuri kesempatan.

10. Mari kita renungkan dengan pemikiran yang terbuka bahawa - "rakyat telah tahu dan mampu menilai".

11. Diingatkan bahawa tidak lama lagi BN akan menghadapi pilihanraya 2 Bukit dan 1 Batang di Sarawak. Dengan pencalonan Nizar selaku wakil pembangkang di Bukit Gantang, nasib BN diramalkan hanya 50-50. Namun sekiranya ada calon bebas yang bertanding, rasanya BN dan pembangkang berkemungkinan akan kecundang. Puncanya kerana Melayu sekarang tidak lagi dilihat bersatu kerana telah diganggu-gugat oleh pengkhianat bangsa bernama Brader Anwar Bin Ibrahim serta konco-konconya. Kawasan Kuala Sepetang di Bukit Gantang mempunyai pengundi bukan Melayu dalam lingkungan 6,000 orang dan perkara ini perlu diberi perhatian.

12. Maka sama-samalah kita tunggu keputusan PRK Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai untuk menterjemahkan reaksi rakyat terhadap keputusan pemilihan Umno baru-baru ini. Tak perlulah kita nak dengar ulasan profesor cerdik pandai yang kebanyakannya melalut membuta tuli berdasarkan teori semata-mata sepertimana yang sering dilihat dikaca tv sekarang. Ini kerana kebanyakan ulasan mereka itu hanyalah atas kapasiti pengampu demi menjaga tembolok masing-masing. Kita pasti akan mengetahui pandangan sebenar rakyat mengenai keputusan pemilihan Umno 2009 apabila mereka menterjemahkannya dalam bentuk undi dalam PRK nanti.

P/S
Syabas Dato' Shahrir Samad. Dato' seorang yang bijaksana dan berhati besar. Bagaimana pula yang lain? Terutama bagi pemimpin dari negeri-negeri yang kalah ketika PRU ke 12. Tak segan ke? Ke hati dah mati?

Takziah untuk YB Montori Godang. Banyak laie kojo tak solosai kek Negori Sombilan ni tok. Toksah la sibuk2 an hal lain doh. Meh kito sosamo pikir an dan laksano an apo yang patut monjolong PRU-13 di N9. Itu tugas dan tanggungjawab kito yg bolom solosai.

Selamat berjuang pejuang-pejuang parti! Jika anda tidak bersetuju dengan artikel ini, terjemahkan dengan kemenangan BN di 2 Bukit dan 1 Batang tu nanti sebagai tanda bantahan.

Friday, March 27, 2009

Beri peluang Khairy bukti kebolehan

Kalau Pilihan Raya Kecil Bukit Selambau dan Bukit Gantang kalah. Khairy MESTI letak jawatan!

Berani tak?

Beri peluang Khairy bukti kebolehan

27/03/2009 12:31pm

KUALA LUMPUR 27 Mac — UMNO Kelantan mempertahan keputusan perwakilan memilih Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda yang baru menggantikan Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada pemilihan kali ini.

Perwakilan Bachok, Mohd Zain Yasim berkata Khairy, Anggota Parlimen Rembau, dipilih mengetuai Pemuda UMNO kerana mereka dapat melihat keupayaan yang ada pada Khairy.

Katanya, walaupun ramai anggota parti termasuk di peringkat akar umbi memprotes kemenangan Khairy pada pemilihan pucuk pimpinan Pemuda UMNO itu, beliau yakin tentangan dan bantahan itu akan berakhir apabila Khairy dapat membuktikan keupayaannya melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. - Bernama

Wang atau Nyawa?

1. Di atas adalah soalan yang biasa ditanya oleh perompak dalam drama atau filem Melayu dulu-dulu.

2. Kebanyakan mangsa rompakan pasti akan menjawab wang. Kalau tak percaya tanyalah 304 perwakilan yang mengundi KJ sebelum ni.

3. Ataupun boleh juga kita sebut 'setiakawan'?

4. Paklah dalam ucapan dasar Presiden juga ada menyebut perihal setiakawan.

5. Antaranya ialah "memainkan peranan aktif dalam usaha mewujudkan persefahaman dan kesetiakawanan dalam kalangan negara-negara Islam di seluruh dunia" dan "Ketaatsetiaan setiap warga Malaysia tanpa mengira kaum harus dihargai dalam semangat perkongsian kuasa dan setiakawan".

6. Warga Paneh Miang juga mementingkan semangat setiakawan. Kami ini bolehlah diibaratkan - ketuk kaki kawan, kaki sendiri pun terasa sakit.

7. Namun semangat setiakawan kami tidak menghalang kami untuk saling menegur sekiranya ada di antara kami berbuat silap.

8. Cara kami menegur antara satu sama lain pula boleh dikatakan 'brutal'. Kalau orang yang tak kenal kami, mungkin akan menganggap yang kami sedang bergaduh dan bagi mereka yang tidak biasa dengan cara kami pula pasti akan mudah berkecil hati.

9. Jika boleh dijadikan analogi - setakat komen provokasi daripada Edie, Wee Meng Tat, Anonymous mengaku tua, mahupun Anonymous muda ni semua...kami pakat-pakat gelak je. Setakat spesis provokasi picisan macam mereka ni dah beribu dan selalu sangat kami jumpa. Spesis macam ni hanya layak jadi bahan ketawa kami saja setiap kali berkumpul. Tapi kami tetap ingin berterima kasih kepada golongan ini kerana turut menceriakan kehidupan kami.

10. Namun antara kami, ada masanya kami akan gunakan cara lembut dan ada masanya kami menegur cara ganas. Ikut kesesuaian...tetapi kebiasaannya aplikasi 'brutal' yang menjadi pilihan.

11. Kerana kadangkala manusia ini tidak faham dengan sindiran atau kata-kata lembut. Adakalanya berterus-terang itu adalah kaedah terbaik penyelesaian masalah.

12. Namun itu semua tidak merenggangkan kami, malah menjadikan kami semakin akrab dan teguh.

13. Persahabatan itu sangat tinggi nilainya apabila kami saling menghormati dan saling memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan.

14. Cuma yang membezakan sifat setiakawan kami dengan sifat setiakawan 304 perwakilan Pemuda Umno itu ialah, tiada faktor wang yang wujud antara kami.

15. Kerana kami sangat percaya bahawa persahabatan yang berasaskan kepada elemen material pasti tidak akan kekal lama. Brader Anwar Bin Ibrahim adalah contoh terbaik spesis manusia yang menggunakan faktor wang untuk menjalinkan hubungan dan persahabatan.

16. Kami juga percaya, individu yang naik ke mercu kuasa dengan pantas, pasti juga akan menjunam dengan cepatnya. Kronologi sejarah Brader Anwar Bin Ibrahim boleh dijadikan rujukan.

17. Namun kami juga percaya kepada Qada' dan Qadar Allah s.w.t.

18. Dan saranan kami kepada salah seorang panel jemputan Astro Awani malam tadi, terima sajalah takdir Ilahi. Bukannya apa..sebab malam tadi kami tengok blogger popular ni macam tak puas hati je bila kawan baik dia si Azalina Othman tu tak terpilih menjadi Ahli Majlis Tertinggi. Bawak bersabar ya bro.

19. Bermacam perkara yang dijangka bakal berlaku selepas ini telah dimaklumkan kepada kami.

20. Ada yang menyebut individu itu tidak lama pegang jawatan la, dimaklumkan akan ada yang disabit dengan tuduhan la, kena dakwa la dan bermacam hal lagilah.

21. Kita tunggu dan lihat sajalah kerana firman Allah dalam surah Al-An'aam (ayat 67) menyebut; "Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya".

Thursday, March 26, 2009

KJ Ketua Pemuda?

Tahniah KJ di atas kemenangan sebagai Ketua Pemuda UMNO yang baru menggantikan Dato' Hishamuddin yang tidak mempertahankan jawatannya. Walaubagaimanapun, yang menang perlu menjalankan tugas seamanah yang boleh. Jangan leko kek jawatan yo....nanti nyusahkan orang.

Berikut adalah senario pada malam pengumuman keputusan pemilihan:-

1) Hampir 90% pemerhati di luar dewan menyokong Mukhriz. Hampir kesemua pemerhati seramai 300 orang bersorak apabila ternampak kelibat Mukhriz.

2) Apabila ternampak wajah KJ di layar besar hampir kesemua pemerhati menjerit sambil mengatakan RASUAH....RASUAH....!

3) Semasa pengumuman dibuat, ramai perwakilan keluar dari dewan, semacam tidak bersetuju dengan keputusan pemilihan.

4) Apabila nama KJ disebut sebagai pemenang bagi jawatan Ketua Pemuda, ramai pemerhati diluar kecoh..menjerit..malah ada yang menitiskan air mata dan tak kurang juga mereka yang menghamburkan kata-kata kesat.

5) Rusuhan dan pergaduhan terjadi di luar dewan sehingga memaksa polis mengawal keadaan.

Saya tertanya tanya kenapa ini semua tidak terjadi semasa pengumuman keputusan pemilihan Wanita UMNO? Adakah keputusan Wanita UMNO itu menggambarkan suara akar umbi?

Sama-sama kita lihat keputusan pilihanraya kecil Bukit Gantang, Silambau dan Batang Ai.

BEGUNO KE TAK KEMENANGAN SI KJ NI NANTI.....

KHAIRY JAMALUDDIN BAKAL DITAHAN UNTUK SIASATAN SPRM?

Sekalung takziah kepada Khairy Jamaluddin atas kemenangan beliau menjawat jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Kenapa takziah? Kerana beliau telah membuktikan betapa murahnya harga diri perwakilan. Kejayaan beliau mem'bela' perwakilan sebelum pemilihan adalah bukti betapa rendahnya maruah KJ sebagai ketua. Nilainya mungkin hanya pada kertas yang bercetak.

Beliau sendiri mengakui dalam ucapannya betapa harapan beliau begitu tipis. Pencalonan akar umbi begitu jelas berpihak kepada Mukhriz Mahathir. Beberapa hari sebelum pemilihan pula beliau didapati bersalah atas jenayah rasuah. Dalam ucapannya juga dia mengakui terpaksa turun berjumpa dengan hampir kesemua perwakilan. Untuk apa perjumpaan ini, kalau bukan untuk mengkhinzirkan diri. Kenapa khinzir? Kerana rasuah itu sejijik, sehina dan sedungu khinzir.

Tahniah kepada perwakilan yang menyokong KJ kerana anda kini orang kaya baru (OKB). Dengar kata habuan selepas kemenangan KJ ini pun besar. Maka jadilah anda semua khinzir2 yang berkeliaran, melata di bumi Malaysia, tunggu masa untuk disembelih Teresa Kok dan kroni2nya. Semasa DAP berjaya menguasai Selangor pada PRU 12 baru2 ini, mereka adakan majlis BBQ khinzir sebanyak 5 ekor, maka selepas ini pasti tak terkira banyaknya babi BBQ yang bakal mereka makan. Mungkin tak termakan kerana daging2 mereka ini sebenarnya tidaklah seenak babi ternakan di kandang.

Sewajarnya SPRM menyiasat babi2 perasuah dan makan rasuah ini. Kerana jika tidak, apa guna wujudnya SPRM kalau gagal melaksanakan tugas yang paling asas.

Untuk KJ, perkasakanlah diri anda, kerana jalan anda di hadapan pastinya bukan mudah!!! Jangan nanti anda mengikut jejak langkah bekas bakal bapa mertuamu yang pernah singgah di penjara Sungai Buloh untuk bermalam. Pastinya ianya tidak berbaloi!!!

Hapuskan petualang bangsa

Macam mana agaknya PEMUDA nak hapuskan petualang, sedangkan ianya ada didalam.

PKR sudah tentu gumbira dengan kemenangan BOSSnya sebagai Ketua Pemuda.

PRK Bukit Gantang dan Selambau sudah tentu berpihak kepada PR - inilah hadiah PEMUDA untuk Presiden UMNO.

Sent to you by patriot via Google Reader:

via Utusan Online on 3/25/09
KUALA LUMPUR 25 Mac - Pergerakan Pemuda UMNO bertekad menentang habis-habisan permainan politik kotor dan keji oleh petualang bangsa yang tergamak menyemai benih kebencian, menghina tanah air serta mempersendakan institusi raja demi memuaskan nafsu rakusnya.

Things you can do from here:

Wednesday, March 25, 2009

Pengasas Rasuah dalam Umno

1. Umno kini sering dikaitkan dengan budaya rasuah yang secara tidak langsung mampu menghancurkan parti serta memberi kesan kepada negara dan generasi masa depan.

2. Sama ada kebanyakan kita sedar atau tidak, gejala tersebut mula dikesan sekitar awal 1980an dan masalah itu berterusan menjadi polemik sehingga kini.

3. Kemasukan Brader Anwar Bin Ibrahim ke dalam UMNO sejak 29 Mac 1982 turut membawa sekali amalan rasuah dengan pelbagai janji imbuhan serta wujudnya penularan sampul berisi di kalangan ahli-ahli Umno.

4. Namun disebabkan kelicikan Brader Anwar Bin Ibrahim ketika itu, penggunaan politik wang tidak dibincangkan secara terbuka seperti hari ini tetapi dilakukan secara senyap agar tidak memalukan para pelakunya.

5. Brader Anwar Bin Ibrahim naik dengan pantasnya dalam hirarki kepimpinan Umno, malahan banyak perkara pelik yang berlaku selepas kemasukannya. Antaranya Brader Anwar Bin Ibrahim berjaya menjadi Ketua Pergerakan Pemuda hanya dalam tempoh 6 bulan selepas menyertai Umno. Bermula dengan jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk menjaga hal ehwal agama, menjawat jawatan Menteri Belia dan Sukan, Menteri Pertanian dan seterusnya sebagai Menteri Pelajaran; kesemuanya dilakukan dalam tempoh kurang dari 6 tahun selepas menyertai Umno.

6. Pada 1987, Brader Anwar Bin Ibrahim naik setakuk lagi dalam hirarki kepimpinan Umno dengan menjadi salah seorang Naib Presiden. Jawatan Timbalan Presiden Umno yang diidamkan Brader Anwar Bin Ibrahim akhirnya berjaya diperolehi pada 1993 melalui cara yang tidak pernah diamalkan dalam parti sebelumnya iaitu dengan memalukan Tun Ghafar Baba serta meminggirkannya secara senyap menggunakan kuasa politik wang.

7. Brader Anwar Bin Ibrahim ketika itu dilaporkan telah menubuhkan pasukannya sendiri di setiap negeri dan hampir kesemua Ketua Bahagian telah diminta bertemu anWAR secara sulit untuk menerima imbuhan yang amat besar. Kebanyakan Ketua Bahagian juga disogok dengan pelbagai janji termasuk akan dilantik menjadi Menteri Besar sekiranya mereka mencalonkan anWar sebagai Timbalan Presiden UMNO.

8. Terdapat juga Ketua Bahagian yang diugut, sekiranya menolak tawaran dan imbuhan daripada Brader Anwar Bin Ibrahim, maka individu tersebut tidak akan memperolehi sebarang jawatan seandainya anWAR berjaya menjadi Timbalan Presiden Umno.

9. Brader Anwar Bin Ibrahim ketika itu turut meluaskan pengaruhnya ke setiap negeri, sehingga dikhabarkan hampir keseluruhan Ketua Bahagian Umno Sabah pernah mendapat imbuhan bernilai jutaan ringgit serta janji untuk memperolehi jawatan Menteri dan Ketua Menteri.

10. Rentetan itu maka pada tahun 1993, sebanyak 137 (95%) daripada 145 jumlah keseluruhan Umno Bahagian telah mencalonkan Brader Anwar Bin Ibrahim untuk jawatan Timbalan Presiden, sedangkan Tun Ghafar ketika itu hanya menerima 7 pencalonan sahaja. Umno Bahagian yang asalnya menyokong Tun Ghafar telah menukar keputusan pada saat-saat akhir selepas pertemuan dengan agen Brader Anwar Bin Ibrahim.

11. Ramai ahli Umno maklum akan kenyataan media Brader Anwar Bin Ibrahim sebelum itu yang menyatakan kononnya dia tidak akan mencabar Tun Ghafar untuk jawatan Timbalan Presiden kerana mengibaratkan Tun Ghafar sebagai bapa.

12, Itulah natijah politik wang yang diasaskan Brader Anwar Bin Ibrahim dalam Umno dan ianya turut diaplikasikan olehnya dalam kepimpinan dan pentadbiran negara sehingga hampir menghancurkan Umno dan ekonomi negara yang semakin merudum selepas itu.

13. Namun, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh dilenyek juga kerana bangkai gajah sukar disembunyikan, apatah lagi pekung Brader Anwar Bin Ibrahim yang membusung busuknya.

14. Sepantas Brader Anwar Bin Ibrahim mendaki puncak kuasa, sepantas itu jugalah dia tersungkur jatuh. Maka sewajarnya ia menjadi pengajaran kepada ahli Umno dan masyarakat umumnya. Terbukti bahawa wang ringgit tidak mampu untuk mengekalkan pangkat dan kuasa apatah lagi jika agama, bangsa dan negara turut dijadikan taruhan.

15. Hingga hari ini walau ke mana Brader Anwar Bin Ibrahim pergi, isu rasuah tetap mengekorinya umpama bayang dan badi yang melekat seumur hidup di badannya.

16. Jika dulu Umno dipalitkan, kini PKR pula menjadi medan anWAR untuk membusukkan dan Pas juga turut berbau sama dengan pekung rasuah Brader Anwar Bin Ibrahim.

17. "Walaupun anjing tak makan tahi, namun tetap akan dihidunya" dan bidalan ini adalah sangat bertepatan dengan karektor Brader Anwar Bin Ibrahim serta juaknya.

Najib bagi hint

"Jika benar kita telah menyimpang dari roh dan semangat asal perjuangan suci Umno, maka haruslah kita berubah dan balik semula ke pangkal jalan. Kita bawa semula Umno menelusuri landasan sebenar. Untuk itu, kita perlukan barisan pemimpin yang berupaya lagi mengupayakan; pemimpin yang berani berubah dan sanggup menerima perubahan; yang berani menegur dan terbuka pula menerima teguran." - Najib Tun Razak semasa berucap dalam Majlis Perasmian Serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di Dewan Merdeka, PWTC pada 24 Mac 2009.

p/s: Perwakilan Pemuda faham ke tak ni?

Tuesday, March 24, 2009

Doa Pok Nik?


Amin..
Berdoalah untuk kebaikan sesama Islam dan bukannya berdoa untuk kehancuran saudara seagama. Pok Nik mampu mengubahnya.

KUDOS TO anWAR

Satu Malaya (malah seluruh alam buana) sudah tahu yang Bro Anwar Bin Ibrahim telah mencalonkan dirinya sendiri untuk jadi Perdana Menteri Malaysia. Visinya sebagai PM begitu hebat namun gagal dimurnikan sehinggalah ke hari ini (juga diketahui masyarakat dunia). Sebabnya mudah saja, Bro Anwar Bin Ibrahim ni berciri sebagaimana sifat khinzir iaitu GELOJOH. Sondol sahaja apa yang lalu...hatta najis sendiri. Najis orang lain pun dia belasah jugak masalahnya. Yang bukan najis, sah2 la disapu bersih.

Akhirnya penjara serba lengkap juga yang dia putuskan untuk singgah bermalam. Sempat la beberapa tahun. Itu pun percuma, duit cukai rakyat yang digunakan untuk tanggung kemewahan sel penjara dia tu. Sudah la sebelum tu dia dah berjaya cekup berjuta-juta hengget. Hebat! Memang hebat! Tapi keputusan dia untuk ke penjara akhirnya makan diri, jawatan PM terpaksa simpan dibawah bantal dulu.

Namun Bro Anwar Bin Ibrahim ni 'bergeliga' @ otak penipu bak kata P.Ramlee. Untuk jadi PM mesti punya ramai penyokong. Kalau setakat satu dua negeri macam Nik Aziz, itu Mat Jenin namanya. Maka satu misi dan strategi disusun. Segala sumber digunakan. Paling berharga ialah Azizah yang lembut hati...digunakan habis-habisan, termasuklah puteri sulong Nurul Izzah (hebatnya kuasa perempuan, bisa mengubah kedudukan dan nasib seorang lelaki). Ditambah pula dengan kehebatan Anwar beretorik yang pastinya majoriti rakyat Malaysia tidak menguasai bidang ini. Wow! Indah bahasanya; menghina; mencaci; mencerca; menyalahgunakan firman Allah...tapi yang paling best digunakan untuk memperbodoh diri sendiri...Untuk apa? Merasuah hati rakyat...Halus permainannya...

Pencapaian agong beliau apabila berjaya menanamkan idealisme 'Malaysian Malaysia'. Menggunakan salah satu senjata Yahudi A.S. yakni hak asasi manusia: hak samarata dan menghapuskan amalan berasaskan perkauman, telah berjaya merasuah hati2 muda, yang naif menilai isu negara bangsa dan jahil menghayati sejarah yang membentuk negara harmoni Malaysia. Ditambah lagi dengan kelembapan dan kelemahan Pak Lah dalam menangani isu (lebih teruk, dia tak tahu mana satu isu!!!), akhirnya 5 negeri berjaya ditawan melalui pakatan rakyat.

Idea Malaysian Malaysia dimurnikan dengan baik pada awalnya di Pulau Pinang. Ketua Menteri Cina (kerana Cina bangsa majoriti di PP), dan dibantu oleh 2 Timbalan Ketua Menteri; Melayu dan India. Adil pembahagian kuasa yang dibuat. Namun terbaru Fairus (TKM 1) meletak jawatan. Sumber dalaman PKR sendiri yang mengatakan beliau diarah meletak jawatan. Tiada konspirasi menjatuhkan beliau. Alasan? 'Dia lembap, tak boleh harap, typical Malay and it's not necessary to have 2 TKM. Another Malay ADUN pun hopeless. So one is enough'. Persoalannya, kenapa Fairus? Kenapa tidak yang lagi satu? Sedangkan sumber yang sama juga menyatakan TKM 2 pun sama bengap dengan Fairus.

Maka apakah asas idealisme 'Malaysian Malaysia' yang dibawa oleh Bro Anwar Bin Ibrahim? Mudah jer...

1. Hapuskan kuasa politik Melayu dan hak keistimewaan mereka.
2. Semua rakyat dilayan samarata tanpa perbezaan antara kelompok majoriti dan minoriti.
3. Namun pemimpin untuk rakyat yang samarata hak mereka ini mestilah diserahkan kepada Bro Anwar Bin Ibrahim kerana dia Melayu dan Melayu adalah kelompok majoriti. Inilah kejayaan beliau maha hebat: CONTRADICTION!!! Bukti betapa beliau adalah seorang pemimpin yang HIPOKRIT.

Maka 'tahniah'lah diatas kejayaan Bro A.B.I. Namun ucapan takziah diucapkan kepada penyokong2 PR kerana anda semua hanyalah alat Br0 A.B.I. Tanyakan diri anda sehingga ke hari ini, apakah harapan yang anda letakkan telah ditunai? Atau ia akan menjadi satu lagi hutang lapuk?

Pesan pemimpin agung terdahulu:
"Berkatalah benar walau kepada diri sendiri.Dan berkatalah benar walau ianya pahit"

Monday, March 23, 2009

Ketua Pemuda Umno: Khir Toyo bakal pemenang mutlak?

Esok, Pemuda Umno Malaysia bakal menerima nakhodanya yang baru. Di sinilah segala amanah yang terletak di bahu setiap perwakilan Pemuda akan diterjemahkan melalui undi yang bakal mereka berikan pada setiap calon yang bertanding. Apa yang pasti, majoriti bahagian Umno di seluruh Malaysia telah memberikan pencalonan yang tertinggi kepada Mukhriz Mahathir, namun semua itu sebenarnya terletak kepada para perwakilan Pemuda yang bakal menterjemahkan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.

Seandainya kemenangan bukan kepada Mukriz, maka sudah jelas bahawa para perwakilan Pemuda yang telah dipertanggungjawabkan untuk membawa amanah daripada bahagian masing-masing telah mengkianati amanah yang terpikul di bahu mereka. Maka impian dan harapan Najib Tun Razak bagi membersihkan Umno daripada gejala politik wang hanya tinggal sebagai omongan kosong. Sudah tentu pemimpin yang dipilih bukannya mengikut majoriti pencalonan bahagian adalah seseorang yang tidak amanah kerana perwakilan yang memilihnya terlebih dahulu telahpun mencerminkan imej tersebut. Begitupun, aku rasa para perwakilan Pemuda Umno secara keseluruhannya pasti tidak sanggup untuk dilabelkan sedemikian rupa.

Desas desus yang didengar baru-baru ini telah mengatakan bahawa Khir Toyo bakal memenangi pertandingan tiga penjuru untuk jawatan Ketua Pemuda Umno. Khir Toyo kini dikatakan mendahului senarai dari segi populariti dikalangan perwakilan berbanding 2 pencabarnya. Apapun aku rasa dari segi kewibawaan sudah jelas dan nyata bahawa Khir Toyo sememangnya tidak layak untuk memimpin sayap Pemuda kerana untuk mempertahankan sebuah negeri pun (Selangor) beliau gagal, inikan pula untuk mentadbir sayap Pemuda yang ahlinya adalah dari seluruh Malaysia. Dikatakan juga bahawa Pemuda tidak mahu orang yang pengecut dan mudah mengalah berdasarkan perletakan jawatan Khir Toyo sebagai Ketua Badan Perhubungan Umno Selangor apabila pakatan pembangkang mengambil alih tampuk pemerintahan negeri tersebut.

KJ pula seperti yang kita semua sudah maklum telahpun disabitkan kesalahan di dalam politik wang tetapi hukuman yang diterimanya tetap menjadi pertikaian. Ramai yang mengatakan bahawa KJ sememangnya dilindungi Pak Lah. Namun KJ tetap menafikannya dengan menyatakan bahawa beliau berdiri di atas kakinya sendiri dan mempunyai ciri pemimpin Pemuda yang berpengalaman membantu jentera-jentera pilihanraya kecil di beberapa kawasan Dun dan Parlimen. Kenyataannya itu secara tidak langsung mencerminkan kredibilitinya yang mampu membawa sayap Pemuda bagi membantu parti menghadapi pilihanraya pada masa hadapan.

Mukhriz pula dikatakan menjadi calon pilihan kerana rasa hormat orang ramai kepada bapanya, Tun Mahathir. Bak kata pepatah ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Walaubagaimanapun, isu yang ditimbulkan berkenaan Mukhriz ialah keupayaan dan gaya kepimpinannya belum lagi benar-benar teruji. Sungguhpun begitu, beliau tetap mendapat pencalonan yang tertinggi daripada bahagian-bahagian Umno seluruh Malaysia yang merupakan petunjuk jelas harapan dan impian yang tinggi dari peringkat akar umbi.

Kesimpulannya, sesiapa sahaja yang bakal menerajui Pemuda Umno bermula esok secara tidak langsung membawa imej kepada perubahan yang cuba dibawa oleh UMNO. Mungkin ramai yang berharap para perwakilan Pemuda dapat membuktikan keikhlasan dan kejujuran mereka di dalam melaksanakan amanah yang mereka bawa. Seperti biasa, lu fikirlah sendiri.

PEMENANG: Mat Taib, Isa dan Khir

Berikut adalah keputusan poll yang dimulakan oleh blog ini sejak bulan Disember 2008;

1. Siapakah calon Timbalan Presiden Umno pilihan anda?

-Seramai 364 orang pembaca blog ini telah mengambil bahagian dalam undian.
-Semua sedia maklum bahawa Ali Rustam telahpun terkeluar daripada senarai calon untuk merebut jawatan Timbalan Presiden Umno kerana telah disabitkan bersalah mengamalkan politik wang oleh Lembaga Disiplin Umno.
-Daripada 364 pengundi, 291 orang atau 79% daripadanya telah memilih Muhyiddin Yasin sebagai calon pilihan untuk jawatan Timbalan Presiden Umno pada sesi Perhimpunan Agong Umno 2009 dan sekaligus dijangka bakal mengenepikan seorang lagi calon iaitu Muhammad Muhd Taib yang hanya diundi oleh 29 orang atau 7% daripada keseluruhan undian.


2. Siapakah calon Ketua Pemuda Umno pilihan anda?

-Seramai 363 orang pembaca blog ini telah mengambil bahagian dalam undian.
-Mukhriz Mahathir telah mendahului senarai pilihan Ketua Pemuda Umno dengan 273 undi (75%) daripada keseluruhan undian dan sekaligus juga dijangka bakal mengenepikan 2 calon lain iaitu Khairy yang memperolehi 59 undian (16%) dan Khir Toyo memperolehi 36 undian (9%).


Walaupun keputusan undian maya ini berpihak kepada Muhyiddin, namun dikhabarkan bahawa Mat Taib yang sebenarnya akan memenangi pertandingan untuk jawatan Timbalan Presiden Umno kali ini. Ceritera mengisahkan bahawa penyokong Ali dikatakan sepakat untuk memberi undi kepada Mike Tyson atas arahan Ali. Penyokong Ali turut akan mengundi Isa Samad untuk dipilih sebagai salah seorang daripada Naib Presiden Umno.

Manakala khabar yang bertiup juga mengesahkan bahawa Khir Toyo bakal memenangi pertandingan tiga penjuru untuk jawatan Ketua Pemuda Umno. Khir Toyo kini dikatakan mendahului senarai dari segi populariti dikalangan perwakilan berbanding 2 pencabarnya. Sebagai seorang pemimpin yang berpengalaman, kelicikan Khir Toyo tidak boleh dipandang rendah. Beliau tentu sudah 'masak' dengan pelbagai pertandingan untuk merebut jawatan dalam Umno jika dibandingkan dengan Mukhriz dan Khairy.

Bagaimanapun, segalanya kini bergantung kepada 'selera' perwakilan dan takdir Allah s.w.t. Manusia mampu merancang, namun Allah yang akan menentukan. Esok akan bermulanya Perhimpunan Agong Umno 2009. Kami ingin mengingatkan perwakilan Umno bahawa segala keputusan dan tindakan anda hari ini pasti akan mempengaruhi takdir kami hari esok. Selamat bersidang.

Sunday, March 22, 2009

Anaconda: Sarawak vs Brazil

"Ular ini dikaitkan dengan Mitos masyarakat Iban mengenai anaconda dari alam halimunan yang dikenali sebagai 'Nabau' yang turut mengisi kisah banjir besar di Sarawak pada 12 Januari lalu. Seorang warga emas dari daerah Song, Kapit memberitahu, mengikut kepercayaan masyarakat Iban, Nabau dianggap sebagai anaconda misteri.

Berdasarkan cerita orang tua-tua, Nabau hadir dengan misteri yang tersendiri. Apabila munculnya Nabau, ia seolah-olah membawa petanda akan berlaku sesuatu kejadian besar. Masyarakat Iban dahulukala mempercayai sekiranya Nabau muncul secara merentangi sungai, maka banjir besar akan berlaku. Mungkin juga banjir besar yang berlaku di Sarawak baru-baru ini berpunca daripada kehadiran Nabau tersebut.

Secara ringkasnya, Nabau digambarkan sebagai anaconda berkepala seperti naga dengan tujuh lubang hidung. Nabau juga dipercayai mempunyai kesaktian tersendiri iaitu mampu menjelma dalam pelbagai bentuk untuk menyembunyikan identitinya yang dikatakan sebesar kayu balak dan panjangnya dipercayai melebihi 30 meter."

p/s: Baru den tau ado anaconda rupo eh kek Sarawak nun. Buek ponek yor kerajaan Negori 9 amik anaconda sampai kek Brazil semato-mato nak bolo kek Ulu Bendul. Baik upah yor orang tangkap anaconda kek Sarawak. Nilah yang dikatokan tak perasan hujan omeh di negori sendiri sobab dok leko skodeng negori orang.

Saturday, March 21, 2009

NIK AZIZ SINGKIRKAN HADI DARI KEPIMPINAN ULAMA'...MASYA-ALLAH!!!


Nampaknya kemelut politik tempatan tidak ada penghujungnya. Ini termasuklah kemelut politik dalam Parti Islam Semalaysia. Hmmm...sesama ulama' pun boleh gaduh ke? Ini mesti ulama' celup.

Apapun, yang ingin saya bicarakan di sini ialah tentang kenyataan terbaru To'Guru Nik Aziz. Dengan penuh keyakinan tok guru kita ni menegaskan bahawa beliau ialah satu-satunya nakhoda dalam PAS. Dan Hadi Awang telah bertindak diluar batasan kerana cuba menjatuhkan kedudukannya sebagai nakhoda. Hai tok, kata PAS guna kaedah musyawarah. Buat apa nak kecoh2 berebut kuasa pulak? Lagikan Kapten Jack Sparrow pun boleh kongsi kuasa nakhoda dengan Kapten Barbossa...Pemimpin yang mencontohi kepimpinan ulama' takkan nak berebut kuasa pulak? Kalau macam tu lebih teruk daripada lanun la...Mungkinkah nanti Hadi Awang terpaksa berundur kerana usaha murninya untuk menyatukan bangsa segama?

Sebenarnya Tok, dah lama pun orang PAS tak menganggap tok sebagai nakhoda. Di Kelantan tu atas kertas jer Tok jadi MB, tapi yang kemudi kapal Husam Musa. (Khabarnya Tok, Husam Musa ni pun kencang jugak ambil duit bawah meja). Kenapa tak kecoh pun? Sebab dia tak buat kenyataan nak bergabung dengan UMNO ke? Apa salahnya kalau PAS dan UMNO bergabung? Apa bezanya PAS dan UMNO? Ideologi? Rasanya UMNO dan PAS sama ideologi, menjaga kepentingan Melayu dan Islam. Kenapa Tok yang disanjung hebat kononnya ulama' agung masa kini lebih sanggup bersekongkol dengan Kafir Harbi berbanding kelompok seagama dan sebangsa?

Sewajarnya pengikut2 PAS menyambut baik cadangan Hadi Awang. Kerana masa depan PAS dalam Pakatan Rakyat kian kabur. Untuk berdiri sendiri, PAS tidak mungkin akan dapat menerajui tampuk pemerintahan negara...itu hakikat yang perlu Tok terima. Sesungguhnya kebenaran itu pahit. Dan sudah masanya orang2 PAS menolak ego ke tepi. Lagipun anda semua begitu bangga mendakwa anda pengikut sejati Islam, dan orang Islam tidak meletakkan ego lebih atas daripada kepentingan agama dan bangsa.

p/s:Mungkinkah ini tanda2 awal PAS akan mengulangi sejarah hitam kepimpinan Ulama' terdahulu dan akhirnya menyebabkan perpecahan semakin teruk di kalangan umat Islam di Malaysia?

Friday, March 20, 2009

LIM GUAN ENG DALAM BAHAYA?!

Seluruh dunia maklum bahawa 'Penang City' telah diberikan status tapak warisan dunia (world heritage). Kita semua berbangga dan pastinya orang2 Penang sangat gumbira.

Tapi sekarang ni Lim Guan Eng (LGE) dah pening kepala. Asian Global Business Sdn Bhd (AGB) sedang mempertimbang untuk menyaman kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran Pulau Penang (MPPP). Ape cer?

1. AGB telah diberi mandat untuk mebangunkan projek Pier Hub@Weld Quay yang bernilai multi-million yang merupakan satu daripada empat projek yang diluluskan oleh kerajaan negeri.

2. Antara lain projek (yang telah diluluskan pada 2007-sebelum pengiktirafan UNESCO diberikan) ini termasuklah pembinaan bangunan hotel 13 tingkat (51 meter), 100,000kp plaza komersial, 160,000 podium runcit, rumah kedai dan juga kondominium.

3. Mengikut undang2 UNESCO, bangunan yang bakal didirikan di kawasan tapak warisan dunia tidak boleh melebihi paras 18 meter.

4. Sehingga ke hari ini 'annual planning' yang diserahkan akhir 2008 utnuk pembaharuan masih belum diperbaharui walaupun pembayaran telah pun dibuat. Pihak AGB dah naik berang sebab mereka tak diberitahu oleh MPPP tentang had ketinggian tu. Dan yang lebih parah, mestilah sebab mereka akan mengalami kerugian berjuata-juta hengget.

LGE tengah penin la tu sebab AGB nak saman kerajaan negeri dan MPPP. Pelaburan pulak terjejas. Dah la kemelut politik Pakatan Rakyat tak habis2..tambah pulak isu timbalan ketua menteri..projek jambatan kedua kat Penang pun Pak Lah tangguh...janji pada rakyat masa PRU 12 belum tertunai. Ini sudah bahaya...silap haribulan, boleh kalah PRU 13. Apa celita ini macam woo?

Paklah Larang KJ Bertanding Ketua Pemuda

1. Itulah tindakan yang sewajarnya Paklah lakukan.

2. Kerana menurut laporan Bernama pada 4 Disember 2008, antara agenda terakhir Paklah sebelum melepaskan jawatan Perdana Menteri ialah "menyelesaikan isu mengenai rasuah."

3. Lagipun amatlah memalukan jika menantu kesayangan PM sendiri dibenarkan bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno walaupun telah disabitkan bersalah kerana terlibat dalam politik wang.

4. Jika Paklah masih merestui perlakuan menantunya itu, maka sejarah akan tercatat bahawa Paklah adalah PM 'hipokrit'.

5. Adakah Paklah mahu meninggalkan legasi Flip Flop?

6. Mungkin akan ada yang berkata, Paklah tidak boleh dipersalahkan atas kelakuan menantunya. Dosa sendiri-sendiri yang tanggung.

7. Kalau begitu, apa relevannya ikrar Paklah sebelum ini yang tampak bersungguh mahu memerangi rasuah semenjak mengambil alih jawatan PM pada 31 Oktober 2003, tetapi tidak pula sanggup untuk mengambil tindakan terhadap menantu sendiri?

8. Analisis perjuangan Paklah yang kononnya bersemangat untuk membenteras rasuah boleh dilihat di sini, sana, situ, sinia dan sinun.

8. Perlukah kami mengingatkan kembali akan prinsip Islam Hadhari yang Paklah sendiri perkenalkan?

9. Yang antara prinsipnya ialah "Kerajaan Adil dan Beramanah" serta "Keutuhan Budaya dan Moral".

10. Adakah menantu kesayangan Paklah yang disabitkan kesalahan politik wang itu mampu untuk menjadi insan yang adil dan amanah?

11. Adakah menantu kesayangan Paklah yang disabitkan kesalahan politik wang itu mampu untuk memberikan teladan yang baik demi keutuhan budaya atau perlakuannya tidak salah dari segi moral?

12. Mungkin mudah untuk sekadar berkata-kata, namun ia pasti sangat sukar apabila tiba masa untuk melaksanakannya.

13. Justeru kami ingin menyarankan, selagi kuasa masih bersisa, tolonglah pertahankan saki baki maruah Paklah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-5 agar tidak dipandang rendah oleh generasi akan datang.

14. Nasihatkanlah menantu kesayangan Paklah itu untuk menarik diri daripada bertanding, kerana bukan sahaja namanya sudah tercemar, tetapi secara tidak langsung dia turut memalitkan kebusukan itu kepada Paklah sekeluarga.

15. Buatlah keputusan yang bijak. Paklah mampu mengubahnya.

ISA SAMAD: TWO THUMBS UP FOR ALI

Terbaru Dato'Seri Ali Rustam menafikan wujudnya pakatan jahat untuk menjatuhkannya dalam UMNO. Beliau dengan bangga menyatakan bahawa UMNO parti yang bersih dan menyatakan kesetiaan beliau kepada parti dan hanya akan gunakan saluran parti. Inilah namanya pejuang Melayu yang tinggi integriti. Tidak mudah dimakan hasutan golongan2 picisan dan pengadu domba.

Tan Sri Isa Samad mesti gembira dengan perkembangan ini. Sekurang-kurangnya ada yang ikut jejak langkah beliau dan mengambil contoh yang baik yang beliau tampilkan tak lama dahulu. Kekal dan terus berjuang.


Tapi yang tak tahan ialah melihat penyokong2 DS Ali yang emosi tak tentu pasal. Lebih sudu daripada kuah...Kenapa? Takut kepentingan masing2 terjejas ya? Projek2 konpem banyak hilang pasni kan? Tu lah, Rasulullah dah pesan, dalam perniagaan mesti jujur dan amanah. Korang tak nak ikut...dok mengipas je tahu...sekarang baru nganga melopong semuanya. Cuma yang bagusnya untuk DS Ali, skang dia boleh tahu lah sapa yang setia dan sapa yang makan dalam...tak gitu DS Ali?


p/s: Agak2 DS Ali akan bertindak 'gentlemen' tak melepaskan jawatan MB?

Thursday, March 19, 2009

Angkara Lembaga Disiplin Umno, BN bakal menerima padah di DUN Bukit Selambau

Aku ingin mengulas mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato Seri Najib Tun Razak berkaitan dengan soalan wartawan mengenai Ali Rustam yang dikatakan menjadi kambing hitam dalam Buletin Utama jam 8 malam tadi.

Menurut beliau, Umno ingin membersihkan gejala politik wang di dalam parti itu maka sewajarnya keputusan yang dibuat oleh Lembaga Disiplin Umno harus dihormati. Tidak timbul persoalan samada Ali Rustam dijadikan kambing hitam mahupun tidak kerana ia hanyalah sebahagian daripada proses pembersihan tersebut.

Aku bersetuju dengan niat suci Umno untuk membersihkan gejala politik wang di dalam parti itu. Namun yang menjadi persoalan ramai terutama di kalangan ahli Umno dan mereka yang berada di luar Umno bukanlah soal Ali Rustam dijadikan kambing hitam ataupun kewibawaan Lembaga disiplin Umno di dalam menjatuhkan hukuman, tetapi ialah ketidakadilan berdasarkan hukuman berbeza yang dijatuhkan kepada Ali Rustam dan KJ.

Analogi yang ingin aku berikan ialah; mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, hanya ada satu sahaja hukuman iaitu hukuman mati. Tidak kiralah jika seseorang itu membawa 1000 gram dadah mahupun 1800 gram dadah, hukumannya tetap sama iaitu hukuman mati mandatori.

Perlu diingatkan bahawa ahli-ahli Umno hanyalah seramai 3-4 juta orang sahaja sedangkan berjuta-juta lagi pengundi adalah di kalangan mereka yang berada di atas pagar. Seandainya Datuk Seri Najib tetap ingin mempertahankan keputusan yang jelas tidak adil terhadap kes Ali Rustam dan KJ semata-mata kerana KJ itu menantu PM, maka tidak mustahil kedudukan BN di dalam pilihanraya-pilihanraya kecil yang akan datang (Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai) bakal terancam.

Mungkin ramai di kalangan ahli-ahli Umno berharap bahawa proses pembersihan Umno dari gejala politik wang seharusnya lebih telus dan adil kepada semua tidak kira siapa. Memang benar kita tidak mampu memuaskan hati semua pihak, namun seharusnya kita memberikan yang terbaik dan bukan hanya sekadar melepaskan batuk di tangga. Lu fikirlah sendiri.

GUNA JER TEKNOLOGI...

Teringat perbincangan para pemikir Melayu dari pelbagai latar belakang mengenai gejala rasuah. Banyak pendapat dikemukakan.

Yang menarik perhatian saya ialah cadangan daripada salah seorang wakil UMNO-Singapura apabila beliau menyatakan di Singapura kurangnya berlaku rasuah kerana sistem pelaksanaan undang-undang kebanyakannya menggunakan teknologi dan kurang penglibatan manusia. Contohnya penggunaan kamera.

Agaknya kalau di Malaysia ni dilaksanakan kaedah yang sama, boleh kurang ke rasuah? Kalau nak kawal pengambilan rasuah di kalangan polis/jpj dalam kes-kes berkaitan trafik boleh la kot. Tapi kalau nak kawal Khairy Jamaluddin, Dato Sahak, Anwar Ibrahim, Husam Musa dan lain2 tu camana pulak...berjuta kamera la kena pasang kat negara ni...

DUIT TARAK CAMANA NAK BELANJA?

Berikut adalah petikan akhbar berkenaan keadaan ekonomi kita sekarang...

KUALA LUMPUR 18 Mac - Ekonomi Malaysia berhadapan dengan kemelesetan teknikal pada pertengahan pertama tahun ini berikutan penyusutan ketara dalam eksport.

Kemelesetan teknikal berlaku apabila negara mencatatkan pertumbuhan negatif bagi dua suku berturut-turut.

Naib Presiden Kanan CIMB Research, Lee Heng Guie berkata, data-data terkini mendapati jumlah simpanan penduduk dunia kini semakin meningkat, sekali gus menjelaskan bahawa seluruh penduduk dunia semakin kurang berbelanja.

I'm not quite sure if this really happen...mungkin golongan yang sedia kaya banyak menyimpan. Tapi macam mana lak dengan yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang? Hatta yang makan gaji pun, cukup2 je untuk survive setiap bulan...

Lebih membimbangkan lagi apabila hampir semua negara menjalankan kempen membeli barangan buatan tempatan yang boleh memburukkan lagi prestasi eksport tahun ini.

''Pada masa sekarang, perbelanjaan pengguna perlu ditingkatkan untuk membantu menyeimbangkan semula kedudukan pertumbuhan ekonomi,'' katanya ketika ditemui di luar Persidangan Pelaburan Perbankan Persendirian CIMB di sini hari ini.

1. Kita semua rakyat Malaysia bila lagi nak mula sokong kempen belilah barangan tempatan? Dari tahun 1980-an lagi Tun Mahathir dah pesan tapi orang Malaysia degil...

2. Macam mana nak tingkatkan perbelanjaan pengguna kalau duit pun takde. Dah la barang keperluan mahal, beli yang tu saja pun dah habis duit...nak suh tambah lagi perbelanjaan? Ape cer?

Kalau ader yang hebat ekonomi kat luar sana tuh, tolong komen sket. Ader pembangkang yang konon hebat pun tak boleh harap. Masa kempen PRU 12 bukan main lagi citer pasal nak tingkatkan ekonomi negara. Sekarang yang mereka lakukan cuma buat kecoh tak tentu hala.. penipu betul. Jelas tak bertanggungjawab...tapi masih ramai jugak lagi yang percaya pada mereka. Akhirnya, kerajaan jugak yang bertungkus lumus untuk bantu rakyat...tapi masih juga dituduh dan dihina.

Wednesday, March 18, 2009

SALAH JAMPI PULOK DOH

Brader Anwar Bin Ibrahim di dewan rakyat hari ini mempersoalkan bagaimana kerja tahyul (dua kertas putih bersaiz kecil yang mengandungi tulisan jawi dan kayu kecil yang dibalut kertas putih diselit di bawah meja Paklah) boleh melepasi kawalan keselamatan ke pejabat Presiden Umno. Sambil menunjukkan keratan akhbar Sin Chew Jit Poh yang melaporkan perkara tersebut, Brader Anwar Bin Ibrahim turut berprasangka bahawa ada dikalangan para pemimpin Umno yang terlibat dalam kerja perbomohan tersebut.

Brader Anwar Bin Ibrahim juga mempertikaikan mengapa kertas jampi itu hanya terdapat di bawah meja Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, TETAPI tidak pula terdapat di bawah meja Timbalan Presiden Umno atau mana-mana pemimpin lain yang mempunyai pejabat di ibu pejabat Umno itu.

Awat la yang hang kalut sangat pi tuduh pemimpin Umno ni Brader Anwar Bin Ibrahim oii? Ke budak hang sendiri yang salah letak kertas jampi tu? Asalnya hang suruh letak bawah meja Najib, tapi budak suruhan hang tu tersalah pulak masuk bilik. Mesti budak tu ingat yang bilik Paklah tu dah jadi bilik Najib sebab tak lama lagi Najib akan jadi Presiden dan akan pindah masuk ke bilik rasmi Presiden tu. Haru biru sungguh la hang ni.

SON ABOVE LAW?

Pak Lah mahukan Ali, namun bila Ali dah nampak condong kepada Najib, KJ tidak berapa suka. Pada masa yang sama, dikerahkan bala tentera untuk menghentam Najib dari dalam dan luar (bala tentera PKR dan Jeneralnya Anwar turut diupah untuk menghentam Najib dan kini Pak Samad pulak join sekali jadi askar upahan KJ untuk hentam Hisham).

Anwar tiada pilihan, melainkan untuk mengikut segala kemahuan KJ, kerana TELOR Anwar memang digenggam erat oleh KJ. Suka tak suka, Anwar mesti juga hentam Najib dan sepupunya Hisham, dengan apa cara sekalipun, semua Anwar buat untuk Emperor KJ. Pendek kata PKR tu memang diPUNYAI KJ... At his disposal. Tapi yang sedihnya, penyokong totok PKR sumer tak tau benda ini, ataupun mereka tahu tapi sudah malu nak berpatah balik...

Sent to you by patriot via Google Reader:

via APANAMA by apanama on 3/17/09
MALACCA Chief Minister Datuk Seri Ali Rustam was FOUND GUILTY of breaching party rules (read money politics) and BARRED from contesting for the Deputy President's post by the Umno Disciplinary Board.


Umno Youth Chief hopeful Khairy Jamaluddin a.k.a KJ, was also FOUND GUILTY (shout money politics!!!!!) by the same Umno Disciplinary Board but was NOT BARRED from contesting in the party polls.

Ali Rustam and his confidantes should know what they did or have been doing … or failed to do.

Its time for Ali and his supporters to take a leaf from the Honourable Negeri Sembilan ex-Mentri Besar Tan Sri Isa Samad who, despite being fixed by his political enemies, accepted his fate and remains loyal to Umno till this day.

The Malacca Chief Minister's close aides are confident that he would accept the Disciplinary Board's decision on him but not the board's BLATANT DOUBLE-STANDARDS in its decision.

There are a few questions in the air –

1. WHY KHAIRY JAMALUDDIN WAS FOUND GUILTY BUT NOT GUILTY?

2. HOW COULD AN UMNO MEMBER WHO HAS BEEN FOUND GUILTY OF MONEY POLITICS BE ALLOWED TO CONTEST IN THE PARTY POLLS?

3. WAS KHAIRY NOT BARRED BECAUSE HE IS DATUK SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI'S FEARED SON-IN-LAW?

4. WHY … WHY SUCH DOUBLE STANDARDS AT A TIME WHEN THE WHOLE NATION IS WATCHING UMNO'S EVERY MOVE?

5. KHAIRY HAS A TAINTED IMAGE NOW, TO BE EXACT THE DISCIPLINARY BOARD HAS ENDORSED THAT HE IS CORRUPT AND HAD BREACHED PARTY RULES … WHAT ELSE DO WE NEED TO KEEP HIM OUT OF THE PARTY POLLS?

p/s Maybe Datuk Seri Ali Rustam should appeal the Umno Disciplinary Board's decision based on the board's verdict on KJ.

Also read the BERUK story, it reminds me of KJ's KURANG AJAR-ness!


Site Meter


Things you can do from here:

HADI SOKONG BN...TAPI NIK AZIZ TAK SUKA...

KOTA BAHARU 18 Mac - Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini membidas tindakan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang mencadangkan pembentukan kerajaan campuran PAS-Barisan Nasional (BN) baru-baru ini.

Nik Aziz melihat tindakan Abdul Hadi itu sebagai membelakangi keputusan Muktamar Tahunan parti itu di Ipoh Ogos lalu yang menolak usaha pembentukan kerajaan campuran dengan BN. Sambil menyifatkan kenyataan Abdul Hadi itu sebagai pandangan peribadi, Nik Aziz menegaskan satu mesyuarat khusus sepatutnya diadakan untuk membincangkan perkara itu.

“Itulah yang saya sebut, kalau nak bahas masalah kerajaan dengan Umno kena ada mesyuarat khusus. Jangan buat keputusan lain, cakap lain, itu saya tak setuju.

“Saya tetap dengan keputusan Muktamar (Tahunan PAS ke-54 yang lalu), barulah dikatakan kedudukan kita stabil dan kita dipanggil berdisiplin,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan pelabur dari Taiwan di pejabatnya di Kota Darulnaim, di sini. - Bernama

Nota:

1. Nampaknya Hadi dah hilang kepercayaan kepada pakatan PAS-PKR-DAP...Apa cer?

2. Tok Guru Nik Aziz plak lebih suka bersekongkol dgn penyondol bontot dan Cina DAP berbanding BN terutamanya UMNO yang ahlinya seagama dengan beliau...Apa cer?

3. Tok Guru ni tak setuju ngan Hadi semata2 nak jaga ego ker ape? Ke dia tak sensitif dengan perkembangan semasa terutamanya yang melanda orang2 Melayu yang semakin berpecah belah ni...Ape cer tok?

4. Bagus lah skang ni pelabur Taiwan lak berkunjung kat KB, tapi jgn sampai tanah2 kat Kelantan tu tergadai kat Cina Taiwan lak...skang ni pun dah banyak tanah kat Kelantan diguna oleh Cina, Melayu cuma tinggal tepi pantai...ada adik Madiha yang pandai pun kerajaan negeri buat tak peduli jer...itu yang sekolah kat Maahad Muhammadi (pusat pembangunan belia pembangkang)...kalau yg sekolah biasa kompem lagi tak diendahkan...ape cer ni???

Monash researchers help improve Malaysian badminton performance

Malaysian badminton is set to be taken to the next level thanks to a tool for improving players’ performance and avoiding injury jointly developed by Monash engineering researchers with the Malaysian National Sports Institute.

The Malaysian badminton team is now using the system at all international games, and the Institute has also hired Monash Mechatronics Engineering graduate, Mr. Kokum Gayanath Weeratunga, as a full time staff to optimise and develop its use.

Mr Weeratunga was part of the team comprising Monash academic staff Dr Arosha Senanayake and Mr Khoo Boon How and Dr. Barry D. Wilson from the Institute's Centre for Biomechanics, that developed the software-based analytical tool they've quite simply named the Badminton Tracking System (BaTS).

"Aside from allowing coaches to analyse the playing styles of their players and competition, it can also be useful in identifying moves by players that could potentially cause injuries," says Dr Senanayake.

"Another advantage is that coaches are able to get an immediate analysis (soft real time analysis) of the match."

"There are currently other options available, but these require someone to manually input the parameters needed to analyse the player's performance.

"This kind of analysis would also allow the player/coach to detect flaws that need to be improved on the player as well as the weaknesses of the opponent."

Dr Arosha says the system is easy to set up, requiring only a 2.33 megapixel camcorder and a computer to analyse the video data gathered.

"The position of the player in a recorded clip is obtained by means of image processing to gather the stepping pattern and other motion parameters.

Dr Senanayake says video analysis is a technology used extensively in sports, where the captured video of a player is observed and analyzed by individuals to understand and improve a player’s motion on the track, field or court. Massive amount of research has been done in the field of analyzing audio and video footage of sporting events.

As such, he says there are a number of commercial software available for this purpose, but these require other analysis tools and are expensive.

"Our aim was to develop a software tool for performance analysis specifically to serve the sport of badminton. By analysing this information provided by the software, the coach and the player can obtain immediate feedback after a training session or a match."

"The coach can analyse the stepping pattern of the player, the position on the court - which will indicate whether the player is able to take a particular shot or the best place to be positioned to play effectively. These frame intervals can then be played back and observed to identify weaknesses in friendly players and opponents."

Through analysis of the data, Dr Senanayake says the coach can also identify if the player is playing according to his or her normal style of play, or is being influenced by the opponent's style of play.

So far, says Dr Senanayake, the software has been very useful in providing quick analysis of games by the Malaysian badminton team.

Nota:
Dato'Lee Chong Wei dan regu lelaki dah menang Swiss Open.

Agaknya bila lagi KBS ni nak belanja duit yang besar untuk pembangunan Belia agar setanding dengan belia2 luar negara yang memacu perubahan dalam pelbagai bidang. Kenapa tidak dibelanjakan wang untuk peningkatan latihan dan pembangunan belia. Bukankah masa depan negara letaknya di tangan belia hari ini?

Memang sukan dapat menaikkan nma negara, namun untuk kepimpinan negara masa depan, cukupkah dengan adanya olahragawan dan olahragawati yang cemerlang? Bagaimana dengan kumpulan pemikir? Ahli perniagaan dan pakar ekonomi? Kenapa kedekut sangat nak belanja untuk membangunkan kelompok ini?

Hari ini, rata2 di universiti, mahasiswa dah banyak kena cekup dengan pembangkang...apa tindakan proaktif KBS untuk menjaga kelompok ini?

Najib "Jason King"

1. Gelaran yang diberikan pembangkang kepada Najib berdasarkan watak Hussein Abu Hassan dalam filem Laksamana Do Re Mi.

2. Sasaran asal mereka ialah untuk memastikan Najib tidak akan menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-6.

3. Namun sekarang misi pembangkang sudah berubah iaitu untuk memastikan pula Najib menjadi PM paling singkat dalam sejarah.

4. Mereka juga melancarkan kempen untuk menanam Umno hidup-hidup dalam PRU ke-13.

5. Itulah yang dilaungkan dengan semangat berkobar-kobar oleh barisan penceramah pembangkang di Ampangan malam tadi.

6. Satu perasaan benci yang meluap-luap dipamerkan terhadap Umno. Tahap benci yang digambarkan pembangkang seolah Umno itu merupakan sebuah parti yang tersangat buruk dan tidak pernah langsung berjasa kepada rakyat.

7. Tidak cukup dengan itu, para pemimpin pembangkang ini memanggil segala Koling dan Cino dari NGO dan Parti Sosialis untuk menghentam Umno yang sekaligus turut menghentam hampir 4 juta ahlinya yang keseluruhannya Melayu.

8. Koling dan Cino kini diberi kesempatan seluas-luasnya oleh pemimpin pembangkang untuk mengutuk orang Melayu secara terbuka. Satu keadaan yang sukar dilihat sebelum ini, namun kini ia menjadi kemestian dalam setiap ceramah pembangkang.

9. Yang sedihnya, rata-rata yang mendengar ceramah itu adalah orang Melayu yang turut kelihatan gembira mendengar bangsanya sendiri dicerca dan dihina oleh Koling dan Cino.

10. Tak kira siapa pun, den cukup pantang mendengar Koling dan Cino mengutuk, menghentam dan memperlekehkan orang Melayu sewenang-wenangnya. Den tak tahulah orang lain macam mana, tapi den cukup menyirap darah. Kutukan tu pulak dibuat di tempat terbuka yang hadirinnya adalah 99% Melayu.

11. Inilah yang diperjuangkan pembangkang hari ini. Kesamarataan dan kebebasan yang diberikan seluas-luasnya kepada Koling dan Cino seolah-olah cuba menidakkan hakikat bahawa ini adalah tanah orang Melayu yang telah bermurah hati memberikan taraf kerakyatan kepada orang bukan Melayu.

12. Secara halus konsep Malaysian Malaysia yang diperjuangkan Lee Kuan Yew dahulu, kini telah menjadi agenda pembangkang dan konsep ini turut diperakui secara terbuka oleh orang Melayu dalam Pas dan PKR.

13. Apa yang cuba dibuktikan oleh orang Melayu daripada parti pembangkang sebenarnya?

14. Mengapa dalam setiap siri ceramah pembangkang di Negeri Sembilan, mereka hanya menghentam Umno sahaja tanpa menyentuh 13 parti komponen lain dalam Barisan Nasional?

15. Tidakkah orang Melayu dalam parti pembangkang sedar akan agenda halus orang bukan Melayu yang cuba memporak-perandakan bangsa Melayu?

16. Tidakkah mereka perasan mengapa parti-parti komponen bukan Melayu dalam BN tidak dihentam sehebat Umno oleh pemimpin pembangkang bukan Melayu?

17. Jika Brader Anwar Bin Ibrahim menghentam, mengutuk dan memperlekehkan Najib, ia sudah boleh diduga kerana ramai yang tahu bahawa Brader Anwar Bin Ibrahim sangat takutkan Najib.

18. Lagipun hasrat Brader Anwar Bin Ibrahim untuk menyertai semula Umno masih belum kesampaian. Sebab itulah beliau ibarat cacing kepanasan. Nak jadi ahli PKR, ramai pulak koling. Nak join Pas, takut pulak kena hudud liwat. Nak masuk DAP, nanti Karpal paksa pulak dia bertaubat. Maka jadilah Brader Anwar Bin Ibrahim ibarat digantung tak bertali, bergantung harap pada orang yang tak sudi.

19. Semalam juga salah seorang penceramah yang pernah bertanding melawan KJ dalam PRU ke-12 di Parlimen Rembau telah memperlekehkan mubahalah yang dilakukan Najib dan menyamakan sumpah Najib itu seperti sumpah zaman kanak-kanak beliau dahulu.

20. Sumpah budak-budak yang belum akil baligh pun nak disamakan dengan mubahalah orang dewasa. Apa la punya singkat fikiran. Manusia macam ni pun orang percaya. Patutlah kau kalah dengan KJ.

21. Namun ceramah malam tadi berjayo jugak buek den tergolak. Perkaro ni belum pernah den nengok berlaku dalam siri ceramah pembangkang sobolum ni. Sebabnya, semasa penceramah terakhir iaitu AP Sungai Siput memulakan ceramah, kebanyakan yang hadir semua pakat-pakat blah. Hampir kosong jadinya kawasan ceramah tu.

22. He..he..he! Nampak sangat orang dah mula bosan dengar ceramah pembangkang.

Tuesday, March 17, 2009

MP Puchong Digantung Setahun...Syabas

Semalam heboh satu Malaya tentang penggantungan MP Puchong Gobind Singh daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama satu tahun dan juga tidak dibayar segala elaun atau kemudahan sebagai Ahli Parlimen. Peristiwa bersejarah ini belaku ekoran tindakan MP Barisan Nasional yang sebulat suara menyokong usul yang dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz. Inilah natijah keceluparan Gobind yang memfitnah TPM Dato' Seri Najib.

Benar ke Dato' Seri Najib terlibat dalam kes Altantuya? Mahkamah dan Razak Baginda sendiri telah membuat kenyataan bahawa Dato' Seri Najib tidak terlibat dalam kes tersebut. Jadi mengapa perkara ini masih dipolitikkan? Jika benarlah kes ini melibatkan Dato' Seri Najib, kenapa ianya tidak dibuktikan dengan fakta. Setakat dengan air liur sahaja tidak berguna.

Kepentingan politik pembangkang terserlah apabila perkara yang salah digambarkan seolah ianya benar-benar berlaku. Kes ini dicanang dan dipalu ke sana ke mari dan anda boleh mendengarnya dalam siri jelajah ceramah parti pembangkang di mana-mana sahaja. Tanpa rasa bersalah atau malu pada diri sendiri, pembangkang menfitnah perkara yang belum tentu kesahihah kebenarannya, terutama apabila mereka bercerita mengenai kes Altantuya. Pada pandangan pembangkang, kes Altantuya akan memberikan keuntungan politik kepada mereka.

Saya tidak langsung terkejut dengan kenyataan Bro Anwar Bin Ibrahim apabila beliau mengatakan bahawa penggantungan MP Puchong selama 1 tahun adalah rancangan jahat Barisan Nasional. Bro Anwar Bin Ibrahim memberi gambaran seolah-olah tidak salah untuk memfitnah asalkan mendatangkan keuntungan politik kepada beliau.

Sebenarnya keputusan menggantung Gobind di Dewan Rakyat tempoh hari masih mengikut peraturan yang ditetapkan kerana keputusan itu dibenar untuk dibahaskan serta penggantungan tersebut dilakukan di dalam dewan. Cuba kita bandingkan dengan perkara yang berlaku di Perak. Speaker Dewan Undangan Negeri Perak iaitu Sivakumar lagilah zalim apabila beliau membuat keputusan untuk menggantung ADUN di luar Dewan. Seolah Sivakumar dilihat menggunakan 'jungle rules' ketika membuat keputusan tersebut. Namun apabila keputusannya dipertikaikan, pandai pula mereka menyatakan ianya mengikut peraturan.

Apa yang berlaku di Dewan Rakyat hakikatnya adalah agenda politik pembangkang memandangkan mereka akan menghadapi pilihanraya kecil di tiga kawasan. Maka alasan sebegini pasti digunakan untuk mendapatkan simpati pengundi. Mereka akan menggambarkan diri mereka sebagai pejuang demokrasi sehingga sanggup digantung dalam Dewan Rakyat yang kononnya adalah demi rakyat. Maka saranan saya ialah, pengundi di tiga kawasan tersebut perlulah berfikir secara rasional sebelum membuat pilihan dan janganlah mudah tertipu dengan lakonan pembangkang yang sememangnya pakar menggunakan helah serta tipu daya untuk mencapai agenda peribadi mereka.

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."
Blog Widget by LinkWithin

Blog Archive