Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Monday, August 31, 2009

Dah penuhkan tangki ke belum?

Dah seminggu Unser dengan Waja aku pakai RON95 ok je. Naik 5 sen je apa ada hal. Harga minyak naik pun, yang kaya sah-sah la negara Islam jugak macam Arab Saudi. Kan kita import minyak tambahan dari situ. Bantu membantu sesama negara Islam la katakan. Nak harap Arab Saudi ke, Iraq ke, Iran ke, yang nak bantu 27 negara Islam yang masih miskin...pakat-pakat mimpi jelah. Korang dah pergi penuhkan tangki kereta ke belum? Ada 49 minit je lagi ni.


KUALA LUMPUR: Minyak petrol RON95 yang menggantikan RON92 dijual pada harga RM1.80 seliter manakala RON97 pada RM2.05 seliter mulai esok.

Minyak RON95 kini lima sen mahal berbanding paras sebelum ini iaitu RM1.75.

Dalam pada itu, RON97 pula dijadikan produk premium dan harganya RM2.05 seliter berbanding RM1.80 sebelum ini.

Ketika mengumumkan keputusan itu petang tadi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kadar baru ini ditentukan berdasarkan Mekanisme Harga Automatik (APM).

"Walaupun harga sekarang lima sen lebih tinggi, kerajaan masih memberi subsidi 33.81 sen bagi setiap liter (produk RON95) yang bersamaan dengan RM304 juta sebulan," kata beliau selepas melancarkan produk Primax 95 keluaran Petronas di sini.

Kini kerajaan menyediakan subsidi 42.72 sen seliter bagi minyak RON97.

Kos bagi RON95 naik 102 peratus daripada AS$40.75 setong kepada AS$82.30 setong pada Disember 2008 dan bulan ini.

Kata beliau, jika terdapat sebarang perubahan harga pasaran global, kerajaan akan mengkaji semula dengan sewajarnya.

"Ia akan ditentukan oleh Majlis Ekonomi," katanya.

RON95 juga selaras dengan spesifikasi EURO2M di mana ia boleh mengurangkan pencemaran, kata beliau sambil menambah, pengguna akan memperoleh produk berkualiti pada harga yang disubsidi.

Katanya, dengan penetapan harga baru, RON92 akan dihentikan jualan.

Penggunaan RON92 hanya melibatkan lima peratus jualan di negara ini. - Mstar.

MERDEKA: Kini Tanggungjawab Kami

Pada tengah malam kira-kira 67 tahun yang lalu, Leftenan Adnan Saidi telah diperintahkan oleh Kapten H.R. Rix untuk berpindah ke sebuah tapak pertahanan yang baru. Mereka bertahan di sebuah kilang memproses candu kepunyaan British di kaki sebuah bukit di Pasir Panjang. Seramai 42 orang anggota Batalion Pertama dan Kedua, Rejimen Askar Melayu telah bertahan di situ tanpa bekalan air, makanan serta senjata tambahan. Dalam keadaan terdesak, Leftenan Adnan telah memerintahkan anak-anak buahnya untuk mengukuhkan benteng pertahanan dengan beg pasir. Leftenan Adnan sedar bahawa jumlah tentera Jepun yang akan datang menyerang terlalu ramai jika dibandingkan dengan jumlah tentera dalam pasukannya.

Tengahari keesokannya iaitu pada 14 Februari 1942, tentera Jepun akhirnya bertindak menyerang Rejimen Askar Melayu yang sedang bertahan di Bukit Candu. Sekumpulan tentera Jepun yang menyamar sebagai anggota tentera Punjabi telah datang menghampiri mereka. Sebelum sempat mereka mendekati kawasan yang dipertahankan oleh 'C' Coy, Leftenan Adnan yang ditugaskan untuk mempertahankan bahagian utara kawasan tanah tinggi tersebut telah berjaya menghidu helah yang dilakukan oleh tentera Jepun. Tentera Punjabi itu dilihatnya sedang mara bergerak dalam kumpulan berempat dan bukannya bertiga sepertimana biasa. Leftenan Adnan pada ketika itu sangat yakin bahawa apa yang dilihatnya itu adalah helah yang telah dirancang oleh tentera Jepun. Lagipun, pasukan tentera di bawah pimpinan British tidak mungkin akan melakukan kesilapan besar seperti yang dilihatnya pada ketika itu. Lantas Leftenan Adnan mengarahkan agar tembakan dilepaskan bertubi-tubi ke arah tentera Jepun yang sedang menyamar itu.

Seramai 20 orang tentera Jepun mati serta cedera dalam serangan tersebut. Peristiwa itu telah menyebabkan tentera Jepun mengamuk. Dua jam kemudiannya, sekumpulan besar tentera Jepun telah menghampiri kawasan Bukit Candu dan bertindak menyerang Leftenan Adnan dan pasukannya dengan tembakan bertali arus. Rejimen Askar Melayu ketika itu telah berjuang dengan berani sehingga ke titisan darah terakhir, walaupun mereka terpaksa berperang dengan jumlah anggota dan peluru yang sedikit berbanding pihak musuh.

Koperal Yaakob, seorang anggota platun Leftenan Adnan yang terselamat serta pernah menerima Pingat Keberanian Medal of Gallant, telah mengisahkan suasana peperangan ketika itu. Dalam suasana kacau-bilau, beliau telah terjatuh di atas tubuh seorang rakannya yang telah mati ditembak dibahagian leher. Koperal Yaakob dapat mencium bau hanyir darah yang masih mengalir hangat dari leher rakannya itu. Akibat kehabisan peluru, Koperal Yaakob terpaksa berpura-pura mati disamping mayat rakannya. Sebelum rebah, Koperal Yaakob sempat melihat Kapten Rix terbunuh bersama 12 orang tentera Melayu lain yang telah berjuang bermati-matian bersamanya.


Dalam remang senja, Koperal Yaakob dapat melihat keadaan Leftenan Adnan yang cedera parah telah diheret dan disepak terajang oleh tentera Jepun yang kelihatan sedang marah menggila. Tentera Jepun seperti ingin membalas dendam di atas kematian rakan-rakan mereka yang telah mati ditembak oleh pasukan Leftenan Adnan. Enam anggota tentera Melayu yang berjaya ditawan, telah diikat, lalu ditikam dengan bayonet oleh tentera Jepun sehingga mati. Suara anggota tentera Melayu yang mengerang kesakitan di penghujung nyawa berterusan berdengung dalam kepala Koperal Yaakob. Sambil menahan pilu, Koperal Yaakob tidak mampu melakukan apa-apa kecuali berterusan mendiamkan diri.

Tubuh Leftenan Adnan yang lemah kemudiannya diserkup dengan guni. Kakinya di gantung ke atas dan kepala ke bawah di sebuah pokok ceri berdekatan sebuah rumah banglo di Pepys Road. Tanpa sebarang belas kasihan, setiap anggota tentera Jepun yang lalu disebelah Leftenan Adnan telah bertindak menikam tubuhnya dengan bayonet berulang kali. Namun, apa yang paling menyayat hati Koperal Yaakob ialah, tidak kedengaran sepatah kata pun yang keluar daripada mulut Leftenan Adnan ketika beliau ditikam, waima perkataan "ADUH" sekalipun. Malahan Koperal Yaakob menyaksikan Leftenan Adnan merenung tajam setiap mata tentera Jepun yang menikamnya sehinggalah beliau terdiam kaku.

Darah yang banyak telah membasahi kain guni yang membaluti tubuh Leftenan Adnan. Seorang pegawai tentera Jepun kemudiannya telah menanggalkan kain guni tersebut, lantas mengeluarkan pisau dan mengelar leher Leftenan Adnan sehingga memancut darahnya ke tanah. Kemudian, pegawai tersebut telah memerintahkan anak-anak buahnya supaya memberikan amaran kepada penduduk tempatan, seandainya sesiapa cuba menyentuh mayat Leftenan Adnan atau mayat askar-askar Melayu lain untuk dikebumikan, maka mereka juga akan dibunuh.

Keberanian Leftenan Adnan Saidi bersama 42 orang anggota Batalion Pertama dan Kedua Regimen Melayu yang telah bertempur bermati-matian untuk mempertahankan tanahair tercinta ini merupakan satu episod yang kekal dalam lipatan sejarah. Pertempuran sengit itu telah disebut khusus dalam perutusan Lt. General A.E. Percival berkenaan Pemerintahan Operasi Malaya dari tarikh Disember 1941 sehingga 15 Februari 1942. Keberanian serta kepahlawanan Leftenan Adnan diakui sendiri oleh Empayar British dan juga Empayar Jepun, sehinggakan General Yamashita yang dikenali sebagai Harimau Malaya mengatakan, "Jika terdapat 10 orang Leftenan Adnan, belum pasti Malaya jatuh ke tangan Jepun."

Apakah yang Leftenan Adnan dapat daripada perjuangannya? Adakah Allahyarham mati sia-sia? Malahan Allahyarham meninggal dunia dalam usia semuda 27 tahun tanpa sempat melihat wajah anak keduanya, demi untuk mempertahankan tanahairnya. Seandainya Leftenan Adnan melihat Malaysia hari ini yang telah dipertahankan dengan nyawanya sendiri, pasti Allahyarham tidak akan menyesal.

Terima kasih kepada para pahlawan dahulu yang telah berjuang bermati-matian untuk mempertahankan negara ini. Sama ada nama mereka tercatat atau tidak dalam lipatan sejarah, jasa-jasa mereka pasti tidak akan kami persiakan. Sesukar manapun pengorbanan mencapai kemerdekaan, lebih sukar lagi tanggungjawab untuk mempertahankan sebuah negara yang merdeka. Terima kasih kerana memungkinkan kami mengecapi apa yang telah kami nikmati hari ini dan kini menjadi tanggungjawab kami untuk mewariskan generasi selepas kami akan peluang kenikmatan serta keamanan yang lebih bermakna.

Syukur alhamdulillah atas rahmat Allah di bumi Malaysia selama ini, dan sekalung doa untuk insan-insan yang selama ini berjuang bagi memastikan Malaysia bebas Merdeka dalam ertikata yang sebenar-benarnya MERDEKA. Al-Fatihah.

Saturday, August 29, 2009

Are You Smarter Than A Standard 6?


USA Primary Schools Subjects


1. Mathematics
Numbers & Operations / Place Value / Adding and Subtracting Whole Numbers and Decimals / Data and Graphs / Multiplication: Whole Numbers / Division: Whole Numbers / Understanding Fractions / Addition and Subtraction Fractions and Mixed Numbers / Measurement / Perimeter, Area and Volume / Geometry / Ratio and Percent / Probability.

2. Social Studies

Regions of the US / Native Americans / Exploration of the New World / Colonization of America / Revolutionary Period / Constitution / Westward Expansion / Civil War and Underground Railroad / World History / World Geography.

3. Life Science

Meteorology / Our Changing Earth / Environment.

4. Physical Science
- Basics of Machines.

5. Reading/Language Arts

Grammar / In and Out of School / American Portraits / Personal Journeys / Planet of Life / Roads to the West.

6. Health

Respiratory System / DARE / Wellness (Quest).

7. Art

Music - Band and Choir Programme.

8. Physical Education
- Sexual and Health Education.

..................................................

England National Curriculum (from 5 to 16 years old)

1. English
2. Mathematics
3. Science
4. Art & Design
5. Citizenship
6. Design & Technology
7. Geography
8. History
9. Information & Communication Technology
10. Modern Foreign Languages
11. Music
12. Physical Education

..................................................

Subjek yang dipelajari oleh anak-anak kita di SRK Malaysia:

Mata Pelajaran Teras:

1. Bahasa Melayu
2. English Language
3. Bahasa Cina (SJKC)
4. Bahasa Tamil (SJKT)
5. Mathematics
6. Science
7. Kajian Tempatan
8. Pendidikan Islam
9. Pendidikan Moral
10. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Mata Pelajaran Wajib:

1. Pendidikan Jasmani
2. Pendidikan Kesihatan
3. JQAF
4. Kemahiran Hidup
5. Pendidikan Seni Visual
6. Pendidikan Muzik

Mata Pelajaran Tambahan:

1. Bahasa Cina Komunikasi
2. Bahasa Tamil Komunikasi
3. Bahasa Arab Komunikasi
4. Bahasa Iban
5. Bahasa Kadazandusun
6. Bahasa Semai

..................................................

Kita bukan sahaja bersaing sesama kita di negara ini, tetapi juga bersaing dengan bangsa lain yang datang dari negara yang jauh lebih maju daripada kita. Jika dibandingkan kandungan silibus yang dipelajari oleh kanak-kanak bawah 12 tahun di USA dan England, ternyata sangat jelas perbezaannya berbanding sistem pendidikan Malaysia kerana kebanyakan kandungan silibus berkenaan hanya dipelajari oleh anak-anak kita apabila mereka masuk ke sekolah menengah.

Ketika kita masih lagi memperdebatkan isu PPSMI, isu rotan Kartika, isu Altantuya, isu PRK, mahupun isu sama ada Malaysia ini negara Islam atau tidak; hakikatnya negara lain sudah jauh meninggalkan kita dari segi penghayatan ilmu. Sedangkan Islamlah satu-satunya agama yang menyeru umatnya memperkasakan ilmu melalui wahyu pertama. Adakah kita benar-benar menghayati saranan wahyu Al-Quran itu?

Malaysia sebelum ini pernah menjadi benchmark sebagai negara Islam termaju di dunia, tetapi kini ketinggalan 5 tahun dibelakang UAE dari segi pembangunan dan teknologi. Maka, masih mampukah generasi masa hadapan kita bersaing dengan insan seusia mereka dari seluruh pelusuk dunia, jika silibus sekolah rendah dijadikan perbandingannya?

Friday, August 28, 2009

Pembangkang = 7 vs BN = 0?

Seperti yang kita sedia maklum, dalam beberapa PRK yang lalu seperti Bukit Selambau, Bukit Gantang, Batang Ai, Kuala Terengganu, Permatang Pasir, Permatang Pauh serta Manik Urai; jelas bahawa BN cuma menang di Batang Ai saja, manakala kawasan lain pembangkang telah mencatat kemenangan. Kemenangan itu juga telah menyebabkan kalangan penyokong pembangkang dengan bangganya mendabik dada dengan mengatakan kononnya: BN = 0 dan Pembangkang = 7.

Namun apa yang penyokong pembangkang terlepas pandang ialah, kebanyakan kawasan berlangsungnya PRK, kecuali Kuala Terengganu dan Batang Ai; semua kawasan terbabit asalnya diwakili oleh Adun pembangkang yang menang dalam PRU-12. Dalam bahasa mudahnya, pihak pembangkang hanya berjaya mempertahankan kerusi yang telahpun mereka menangi sebelum ini.

Logiknya di sini, selain disebabkan oleh kematian wakil rakyat mereka, pihak pembangkang kelihatan seolah-olah cuba mengaburi mata rakyat dengan kemenangan mereka di lubuk mereka sendiri yang mana Adun mereka mengosongkan kerusi dengan beberapa alasan 'kelakar' seperti - sambung belajar (Fairuz), sayang suami (Wan Azizah yang memberikan laluan kepada Anwar) dan pelbagai alasan lain megikut selera mereka.

Mungkin parti pembangkang menyangkakan bahawa rakyat kebanyakannya bangang dan bodoh sepertimana penyokong mereka, sehinggakan tidak mengetahui realiti sebenar kedudukan kerusi di Dewan Rakyat. Kedudukan kerusi parlimen di Dewan Rakyat selepas PRU-12 ialah:

Jumlah kerusi parlimen PRU-12 = 222

BN: Menang 139 kerusi parlimen

Pembangkang: Hanya menang 83 kerusi parlimen

Realitinya, BN masih memiliki majoriti 56 kerusi parlimen berbanding parti pembangkang, walaupun sekian banyak PRK berlangsung. Selepas PRU-12, BN hanya tewas kerusi parlimen Kuala Terengganu sahaja, manakala yang lainnya tetap tidak berubah.

Seandainya kita menganalisis keputusan-keputusan PRK sebelum ini, maka pasti kita tahu bahawa peratusan undi kepada BN sama ada meningkat atau tidak berubah (kecuali PRK KT) berbanding kemerosotan undi yang diberikan kepada parti pembangkang. Adakah ini yang diwar-warkan oleh pembangkang bahawa kerajaan Barisan Nasional semakin ditolak oleh rakyat?

Bagi aku, kalau penyokong pembangkang nak jadi bodoh, dungu, bangang, selenga, sengal, tapir, lipan, nangoi, khinzir, babi, cipan dan sebagainya; maka janganlah mengajak orang lain turut serta. Lu fikirlah sendiri.

P/S: Aku draf artikel ni sebelum masuk waktu imsak. Jadi aku tak memaki hamun selepas waktu imsak ye brader. Tapi apa ada hal. Kempen pembangkang pun boleh maki hamun serta memburuk-burukkan peribadi orang di bulan Ramadhan yang penuh rahmat ni. Apa? Mereka ingat mereka sahaja yang layak masuk syurga?

Thursday, August 27, 2009

Berita Untuk Tok Sahak

Sinar Harian 26 Ogos 2009, LENGGENG - Walaupun negara sudah mengecap pelbagai kemajuan sejak mencapai kemerdekaan namun masih terdapat rumah di Kampung Tengah Lenggeng tidak mempunyai kemudahan bekalan air dan elektrik.

Kini, sudah masuk lima tahun seorang ibu tunggal, Nordiana Bahar, 33, bersama anaknya Najmi Amri Shah, 13, terpaksa bergelap setiap kali tibanya waktu berbuka dan bersahur disebabkan tidak mempunyai bekalan elektrik.

Rumah yang dibina bekas suaminya ini sememangnya tidak disediakan dengan kemudahan tersebut, namun wanita ini tetap tabah meneruskan hidup serta menjalani ibadah puasa seperti masyarakat Islam lain.

Nordiana berkata, sejak dahulu dia dan anak terpaksa berbuka serta bersahur dalam keadaan gelap sambil bertemankan cahaya lilin.

"Syukurlah setakat ini tiada apa yang berlaku biarpun rumah saya sering kali dimasuki binatang berbisa," katanya.

Menurutnya, hati siapa yang tidak sedih melihat rumah lain diterangi cahaya elektrik sedangkan dia hanya mampu menggunakan cahaya lilin, namun itulah situasi yang perlu dihadapi.

"Mujurlah adik yang tinggal di rumah bersebelahan sudi berkongsi bekalan air dengan membenarkan saya menyambung saluran paip dari rumahnya.

"Nasib baik kami ada punca air untuk menjalani kehidupan seharian seperti membasuh dan memasak. Jika tidak lagi sukarlah kehidupan saya," katanya.

p/s: Sebelum ni penyokong Tok Sahak pernah bagi komen dalam blog ni yang Tok Sahak suka mengambil berat akan ibu tunggal. Apo cerito ni Tok? Dah 5 tahun ibu tunggal ni menderito kek kawasan yang dulunya Tok Sahak ponah jadi Adun. Ketua Umno Bahagian Seremban dengan YB Mus Lenggeng nak dok diam sajo ko?

Apabila Islam Dipolitikkan

Fakta 1

Pada tahun 1962, PAS telah mengeluarkan fatwa mengkafirkan UMNO. UMNO dikatakan kafir kerana menubuhkan PERIKATAN dengan MCA dan MIC. Fatwa dikeluarkan oleh 3 ulama' Pas iaitu Haji Mat Nor Teliar (Setiausaha Dewan Ulama Pas), Haji Mat Nor Selising (Penolong Setiausaha Dewan Ulama Pas) dan Haji Umar Daud. Kesemuanya diberikan jolokan "TOK GURU". Akibat dari "Fatwa" ini, maka berlaku perpecahan antara orang Melayu. Perkara ini terhenti apabila Majlis Raja-Raja kemudiannya telah mengharamkan pengkafiran UMNO oleh parti Pas.

Fakta 2

Abdul Hadi Awang dalam ceramah politik beliau di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981 telah mengeluarkan satu amanat yang berbunyi seperti berikut:-

"Saudara-saudara sekelian, percayalah kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO, kita menentang BN bukan kerana nama dia BN, kita menentang dia kerana dia mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah, oleh kerana itu kita menentang mereka, oleh kerana itu kita berjuang melawan mereka.

Percayalah, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kerana kita berjuang dengan puak-puak ini, kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah syahid, mati kita adalah Islam.

Kita tak payah masuk Yahudi, kita tak payah masuk Kristian, kita tak payah masuk Hindu, kita tak payah masuk Buddha, tetapi kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku, agama suku…."

Kata-kata ini dikenali sebagai amanat Hadi. Kesan dari amanat ini adalah seperti berikut:-

1. Sembahyang dua imam di masjid yang sama di Kampung Gong Pasir, Terengganu (Jun-Julai 1982) atas alasan sembahyang yang diimamkan oleh Imam yang dilantik oleh Kerajaan BN adalah tidak sah.

2. Mencetuskan perpecahan antara umat Islam sehinggakan ada yang berkata bersalam dengan orang UMNO perlu disamak dan jika orang UMNO masuk ke rumah, rumah juga perlu di samak. Peristiwa sebegini paling banyak berlaku di Kelantan.

3. Kes penceraian meningkat mendadak di Terengganu dan Kelantan atas alasan nikah yang dilaksanakan oleh Kadhi/Imam tidak sah kerana Kadhi/Imam digajikan oleh Kerajaan BN.

4. Peristiwa berdarah Memali, Baling Kedah pada 19 November 1985 menyaksikan seramai 18 orang telah terkorban berdasarkan sangkaan bahawa mereka syahid menentang Kerajaan BN.

Amanat Hadi mengatakan bahawa UMNO layak ditentang kerana kononnya mengekalkan perlembagaan penjajah (termasuklah Perkara 3 dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyebut 'Islam Agama Persekutuan'), serta dikatakan kafir kerana bersekongkol dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional.

Tapi apabila PAS bersekongkol dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat, adakah mereka juga turut kafir? Atau adakah tangan mereka yang bersalaman dengan pemimpin DAP dan Keling PKR perlu juga di samak?

Tidakkah ahli Pas sedar bahawa niat tersirat British meluluskan penubuhan serta pendaftaran parti Pas pada 23 Ogos 1951 di Kelab Sultan Sulaiman adalah semata-mata kerana ingin melihat umat Melayu dan orang Islam di negara ini berpecah-belah sehingga kini? - Kerismuda.

Wednesday, August 26, 2009

Siapo kato Umno rasuah?

Mad Nor Awang telah dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan rasuah oleh mahkmah. Ahli-ahli Umno Bahagian Seremban pasti bolum lupo cerito asal yang menyobabkan Mad Nor ni terbabit tuduhan rasuah. Apo-apo pun, kami di Paneh Miang ucap tahniah la kek Mad Nor sobab mahkamah kato takdo prima facie. Kalo nak tau lobih lanjut ulasan hakim berkenaan kes ni, bulih la baco kek sinun.

Cumo satu yor yang den nak mintak kek Mad Nor ni, kok bulih kau tolong tukarkan pekojo dan tukang masak syarikat kau kek Ulu Sepri nun. Dah bertahun masak tak sodap, pekojo maleh, display hancus. Ko ingat tu Mad Nor...ramai yang dah menyumpah kau pasal dewan makan hampeh tu. Buek la apo yang patut yor.

Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Seremban, Mohd Nor Awang dijulang penyokongnya sebaik keluar dari Mahkamah Sesyen selepas mahkamah membebaskannya daripada dua tuduhan memberi rasuah untuk tujuan politik. - Foto Bernama

Monday, August 24, 2009

PAS is fooling its supporters

As this is the Ramadhan month, I would like to start with the wish that all my brothers and sisters of Islam fulfill the obligations in this fasting month. As for my beloved brother Khairul Azam who wanted to join PAS as the party propogates that by joining them, they would enter Paradise, this is my answer, bullshit. Pardon for my bad language but that is how I felt when PAS tries to use the Islamic image. Nik Aziz said it was okay for DAP to insult Islam but at the same time accuses UMNO supporters as those who would be thrown into Hell. This is my 2 pence opinion.

Sunday, August 23, 2009

Wujudnya Persekutuan Tanah Melayu

Menyedari bahawa ancaman ke atas rancangan Malayan Union yang dihadapi oleh Inggeris tidak akan dapat diatasi tanpa bantuan dan kerjasama Rakyat RAJA (orang Melayu), maka British bersetuju mengenepikan dasar Imperialismenya dengan memansuhkan Malayan Union. Pada bulan Jun 1946, (tiga bulan setelah Malayan Union ditubuhkan) Kerajaan British bersetuju meminda:

1. Kedudukan (status) Negeri-negeri Melayu dari taraf `Tanah Jajahan Takluk' kepada Wilayah di bawah `Naungan' Kerajaan British;

2. Perlembagaan Tanah Melayu akan mempunyai sifat Persekutuan dengan perundangan dan pentabiran pusat yang KUAT untuk BERTANGGUNGJAWAB dalam urusan umum;

3. Kuasa Negeri-Negeri Melayu akan dipulihkan kepada Raja masing-masing. Ini akan dinyatakan dengan JELAS didalam Perlembagaan Persekutuan;

4. Malayan Union akan dihapuskan dan digantikan dengan PERSEKUTUAN TANAH MELAYU.

5. Jawatan Gabenor Malayan Union akan diganti dengan Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu;

6. Bahasa Melayu akan menjadi bahasa rasmi Persekutuan Tanah Melayu;

7. Agama Islam akan menjadi Agama Utama Persekutuan Tanah Melayu;

8. Hak-hak keistimewaan orang Melayu akan dipulihkan seperti sediakala.

Seterusnya, British bersetuju mewujudkan suatu "Jawatankuasa Kerja" untuk menggubal dan merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan Perjanjian Negeri-negeri. Keahlian Jawatankuasa Kerja itu terbahagi kepada tiga kumpulan, mewakili:

1. Kerajaan British, perwakilan terdiri daripada:

a. A.T. Newboult (Ketua Setiausaha Malayan Union)
b. K.K. O'Connors (Peguam Negara Malayan Union)
c. W.D. Godsall (Setiausaha Kewangan)
d. Dr. W. Linehan (Perkhidmatan Awam Malayan Union)
e. A. William (Perkhidmatan Awam Malayan Union)

2. Mewakili Raja-Raja Melayu, pula:

a. Raja Kamarulzaman (Perak)
b. Dato' Hamzah bin Abdullah (Selangor)
c. Dato' Mohamed Shariff (Kedah)
d. Dato' Nik Ahmad Kamil (Kelantan)

3. Mewakili Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), terdiri daripada:

a. Dato' Onn Ja'afar
b. Dato' Abdul Rahman bin Mohd Yassin
c. Tuan Haji Megat Yunus (Setiausaha)

Pegawai-pegawai lain yang turut hadir di mesyuarat, adalah:

1. Sir Theodore Adams, penasihat Raja-Raja Melayu;

2. Sir Roland Bradel, Penasihat Undang-undang UMNO;

3. Mr. Ralph Hone, pemerhati mewakili Gabenor-Jeneral British untuk Asia Tenggara, Sir Malcom MacDonald.

4. Mr. D.C. Watherson, Setiausaha kepada Jawatankuasa.

5. Encik (Dato') Abdullah bin Mohamed, menjadi pengganti apabila Dato' Onn meninggalkan mesyuarat kerana bertelingkah dengan Wakil Kerajaan Inggeris atas perkara dasar dan pokok yang tidak dapat diterima oleh UMNO. Supaya mesyuarat tidak tergendala sangat, maka Encik (Dato') Abdullah ditugaskan untuk meneruskan mesyuarat, tetapi terhad kepada perkara-perkara berkaitan dengan kaedah dan peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu yang akan ditubuhkan kelak.

Dato' Abdullah bin MOhamed merupakan seorang Pegawai Kerajaan Negeri Johor yang berkelulusan Undang-undang dari Universiti Oxford.

Apabila dilihat dari segi keanggotaan Jawatankuasa Kerja Perlembagaan itu, ternyata, bahawa ianya adalah rundingan antara ORANG MELAYU dengan BRITISH sahaja. Walaupun wakil bangsa bukan-Melayu telah tidak dilantik untuk menyertai perbincangan jawatankuasa itu, namun kepentingan mereka (kaum-kaum bukan Melayu) diawasi oleh wakil-wakil Kerajaan British.

Jawatankuasa Kerja Perlembagaan telah mengambil masa lebih kurang lima (5) bulan untuk menyelesaikan kerja-kerja menggubal dan merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Pada 20 November 1946, rangka Perlembagaan `Persekutuan' dan Perjanjian untuk Negeri-Negeri Melayu, telah dibentang di Persidangan Pleno, dihadiri oleh Raja-Raja Melayu, wakil-wakil Kerajaan Malayan Union dan wakil-wakil UMNO. Rangka Perlembagaan itu telah diluluskan oleh Persidangan Pleno dan dimajukan kepada "Jemaah Menteri-Menteri" Kerajaan British di London.

Pada 5 Disember 1946, "Jemaah Menteri-Menteri" Kerajaan British menerima dan mengesahkan Perjanjian (Perlembagaan) Persekutuan Tanah Melayu serta dengan Perjanjian-Perjanjian Negeri Melayu. Setahun kemudian, Malayan Union dibubarkan dan PERSEKUTUAN TANAH MELAYU ditubuhkan pada 1 FEBRUARI 1948.

Saturday, August 22, 2009

Kenapa Orang Melayu Menentang MALAYAN UNION?

Beberapa pemimpin Melayu semasa, seperti Dato' Onn Ja'afar, Dato' Abdul Wahab (Dato' Panglima Bukit Gantang), Dato' Nik Ahmad Kamil (Kelantan), Dato' Hamzah Abdullah dan Zainal Abidin bin Ahmad (Pendeta Za'ba) dari Selangor dan lain-lain, telah terlebih dahulu mendengar berita berkenaan penyerahan negeri oleh Raja-Raja kepada Kuasa Inggeris. Berita itu disampaikan oleh pembesar-pembesar Melayu yang telah menjadi saksi di upacara tandatangan 'Kertas Penyerahan Kuasa' di antara Raja mereka dan Sir Harold MacMicheal.

'Kertas Putih' yang dibentangkan di Dewan Parlimen British pada 22 januari 1946, telah menggariskan rang undang-undang Perlembagaan Malayan Union, yang akan dikuatkuasa kelak. Untuk pengetahuan rakyat umum, 'Kertas Putih' itu telah kemudiannya disiarkan oleh Pentadbiran Tentera British (BMA) di Tanah Melayu. Apabila orang Melayu menyedari tentang rancangan Inggeris itu, maka mereka merasa marah dan kecewa terhadap Inggeris yang dianggap sebagai sahabat dan "penyokong pagar" menjaga dan memelihara kepentingan orang Melayu.

Sebaliknya, "Sokong membawa rebah". Bagi mereka, Inggeris telah mengkhianati kepercayaan orang Melayu. Rakyat juga berasa kecewa dengan sikap kejujuran dan keikhlasan Raja-Raja Melayu, yang dianggap sebagai 'Payung Ketuanan Bangsa'; di bawah mereka, rakyat tumpang bernaung. Sebaliknya, Raja-Raja dengan mudahnya telah diperdaya oleh Inggeris.

Rancangan British yang diumumkan melalui 'Kertas Putih' telah juga menggariskan rangka Perlembagaan Malayan Union yang akan dikuatkuasakan kelak. Justeru itu, kuasa Raja-Raja Melayu akan dilucutkan, termasuk sebagai `Penaung Agama Islam dan Ketua Adat Resam Melayu'. Tamadun Melayu, yang telah dibina sebegitu lama dengan corak pemerintahan beraja, serta kedudukan Bahasa Melayu akan tergugat. Gabenor Malayan Union akan diberi kuasa mutlak untuk memerintah dan mentadbir Tanah Melayu, termasuk mempengerusikan "Jawatankuasa Islam dan Adat Resam Melayu", yang akan diwujudkan oleh Kerajaan Malayan Union nanti.

Di bawah pemerintahan Malayan Union kelak, hak-hak keistimewaan orang Melayu, seperti peruntukan tanah simpanan Melayu (Malay Reserve Land) dan jawatan-jawatan penting dalam pentadbiran kerajaan, yang biasanya disandang oleh orang Melayu, akan dihakis. Orang melayu akan dipaksa bertanding sama rata dengan bangsa-bangsa pendatang untuk merebut segala kemudahan dan peluang dalam semua bidang perusahaan, perniagaan dan pekerjaan.

Orang Melayu sewajarnya membantah dan menentang dengan sekeras-kerasnya rancangan yang membelakangkan kepenetingan mereka itu. Mereka menganggap rancangan Inggeris itu adalah cabaran yang menyinggung maruah, martabat dan kedaulatan Bangsa dan Negeri Melayu. Orang Melayu berazam akan menentang berhabis-habisan, sehingga rancangan Inggeris itu dimusnahkan.

Maka kedengaranlah seruan supaya orang Melayu bersatu padu untuk bertindak. Pemimpin-pemimpin Melayu di seluruh Semenanjung telah menghimpunkan beribu-ribu rakyat dan menubuhkan bermacam jenis dan bentuk pertubuhan, pergerakan, kesatuan, persatuan, perikatan, persekutuan; kesemuanya dengan tujuan menyatupadukan umat bangsa untuk bertindak.

Pemimpin-pemimpin Melayu sedar akan kelemahan Bangsanya. Di bawah Kerajaan Malayan Union nanti, kedudukan orang Melayu akan menjadi lebih buruk lagi jika dipaksa bertanding sama rata dengan bangsa-bangsa pendatang. Pemimpin-pemimpin Melayu sedar bahawa orang Melayu telah jauh ketinggalan dalam semua bidang perusahaan dan pelajaran. OranG melayu akan pupus dan akan ditenggelamkan oleh kaum-kaum pendatang, seperti apa yang terjadi kepada kaum 'Red Indian' di Amerika Syarikat.

Friday, August 21, 2009

Somebody is leaving...Ramadhan is coming

Firman Allah Ta'ala:



Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa."
(Surah Al-Baqarah Ayat 183)

Pengertian Puasa

Ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

Hukum–Hukum Puasa

1. Wajib
2. Sunat
3. Makruh
4. Haram

Puasa wajib:

Puasa yang dilakukan dalam bulan Ramadhan, qada' puasa Ramadhan, puasa kifarah & puasa nazar.

Puasa Sunat:

1. Puasa dalam bulan Sya’ban
2. Puasa 6 hari dalam bulan Syawal
3. Puasa Arafah pada 9 Zulhijjah
4. Puasa hari Tasu’a dan 'Asyura pada 9 dan 10 Muharram
5. Puasa pada hari Isnin dan Khamis
6. Puasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan pada 13, 14 dan 15
7. Puasa satu hari berbuka satu hari
8. Puasa lapan hari daripada bulan Zulhijjah sebelum hari Arafah bagi orang yang sedang mengerjakan haji atau tidak
9. Puasa dalam bulan–bulan haram iaitu bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab

Puasa Makruh:

1. Menentukan hari untuk berpuasa seperti Jumaat sahaja, Sabtu & Ahad sahaja
2. Berpuasa sepanjang tahun

Puasa Haram:

1. Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya
2. Puasa pada hari syak iaitu pada hari 30 Sya'ban
3. Puasa pada hari raya aidilfitri, hari raya aidiladha dan hari-hari Tasyrik
4. Puasa perempuan haid & nifas
5. Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudharat ke atas dirinya kerana berpuasa

Syarat-syarat Puasa terbahagi kepada 2:

1. Syarat-syarat wajib
2. Syarat-syarat sah

Syarat wajib

1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Berupaya (sihat)
5. Bermukim

Syarat Sah

1. Islam
2. Berakal
3. Bersih daripada haid & nifas sepanjang hari
4. Niat

Rukun Puasa

1. Niat
Menahan diri dari makan & minum serta perkara-perkara yang membatalkannya

2. Masa Puasa
Puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari

Faedah Puasa

1. Melahirkan perasaan belas kasihan terhadap golongan miskin
2. Mendidik nafsu & jiwa ke arah kebaikan
3. Dapat merasai apa yang ditanggung oleh golongan miskin
4. Puasa merupakan perbuatan taat kepada Allah
5. Mendidik budi pekerti untuk memiliki sifat-sifat terpuji
6. Puasa mengajar seseorang supaya beramanah terhadap diri sendiri
7. Puasa mengajar kesabaran dan berperaturan
8. Puasa menyebarkan perasaan kasih sayang dan persaudaraan dalam jiwa manusia

Sunat-sunat puasa

1. Makan sahur serta melambatkannya
2. Menyegerakan berbuka puasa & sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis
3. Menjamu orang-orang yang berbuka puasa
4. Mandi junub, haid dan nifas sebelum fajar
5. Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan
6. Membaca Al-Quran
7. Beriktikaf terutama 10 hari terakhir bulan Ramadhan

Perkara makruh ketika berpuasa

1. Berbekam
2. Mengeluarkan darah
3. Berkucup
4. Merasa makanan
5. Bersugi selepas gelincir matahari
6. Mencium wangian

Perkara yang membatalkan puasa

1. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja kecuali terlupa
2. Makan dan minum sepanjang hari
3. Muntah dengan sengaja
4. Bersetubuh atau keluar mani dengan sengaja
5. Keluar darah haid dan nifas
6. Gila
7. Pitam atau mabuk sepanjang hari
8. Murtad

Keuzuran yang mengharuskan berbuka puasa

1. Musafir
2. Sakit
3. Mengandung dan ibu yang menyusukan anak
4. Tua

Keistimewaan Bulan Ramadhan

1. Bulan yang mulia, berkat dan setiap doa akan dimakbulkan
2. Al-Quran diturunkan dalam bulan ini
3. Iblis dipenjarakan
4. Terdapat malam yang mulia iaitu malam Lailatul Qadar
5. Solat tarawikh dan zakat fitrah dilaksanakan

Menghormati Bulan Ramadhan

1. Kita hendaklah mengelakkan diri daripada kebiasaan yang boleh merugikan diri kita seperti berbelanja dengan boros, suka berhibur, membuang masa dan bersembang tentang perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah, sebaliknya hendaklah kita menyambut Ramadhan dengan azam yang tinggi untuk memperbanyakkan ibadat bagi menyucikan jiwa.

2. Kita hendaklah berusaha menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amal yang kita tanam di bulan Ramadhan kerana seseorang yang menanam benih jika tidak membaja, menyiram serta memelihara, pasti tidak akan mengeluarkan hasil yang baik di masa hadapan.

Niat Puasa dan Qadha' Puasa Ramadhan

1. Lafaz niat puasa fardhu Ramadhan:

Ertinya: Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

2. Lafaz niat puasa Qhada' Ramadhan:

Ertinya: Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala.


Doa Ketika Berbuka Puasa


Ertinya: Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani.

Qada’ Puasa Ramadhan

Ialah menggantikan puasa yang terbatal pada bulan Ramadhan di atas sebab-sebab yang diharuskan berbuka oleh syara'

Hukum Qada’ Puasa Ramadhan

Wajib menggantikan puasa Ramadhan bagi yang membatalkan puasa Ramadhannya sama ada kerana keuzuran ataupun tanpa sebarang keuzuran

Firman Allah Ta'ala:


Maksudnya: "(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa diantara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang di tentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui."
(Surah Al-Baqarah Ayat 184)

Waktu Qada’ Puasa Ramadhan

1. Waktunya selepas bulan Ramadhan sehingga ke bulan Ramadhan yang berikutnya walau bagaimanapun qada' puasa yang dilakukan dalam masa dilarang berpuasa adalah tidak sah contohnya seperti di hari raya.

2. Adapun bagi orang yang mengakhirkan qada' Ramadhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi maka ia wajib qada' dan membayar fidyah.

Kifarah Puasa

Ialah seseorang yang merosakkan puasanya dalam bulan Ramadhan dengan jalan melakukan jima' maka ia wajib membayar kifarah (denda) iaitu si suami wajib mengeluarkan kifarah & qada' puasa yang terbatal kerana jima' walaubagaimanapun si isteri tidak wajib mengeluarkan kifarah tetapi wajib qada' puasa yang terbatal.

Kifarah bagi puasa yang batal atau rosak ialah:

1. Membebaskan seorang hamba yang beriman
2. Jika tiada hamba untuk dibebaskan, wajib ke atasnya berpuasa 2 bulan berturut-turut
3. Jika tidak mampu berpuasa, wajib dia memberikan makan 60 orang fakir miskin setiap seorang mendapat secupak makanan asasi negeri itu.

Fidyah

Ialah bayaran denda dengan memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) dengan sebab-sebab tertentu atau mengakhirkan qada' Ramadhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi. Satu cupak bersamaan dengan 620 gram.

Hukum Fidyah

Wajib di keluarkan berdasarkan Firman Allah Ta'ala:

Maksudnya: "(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa diantara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang di tentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui."
(Surah Al-Baqarah Ayat 184)

Sebab-sebab wajib Fidyah

1. Tidak mampu melakukan ibadah puasa
2. Sakit yang tidak mampu untuk sembuh
3. Perempuan hamil atau menyusukan anak iaitu jika berpuasa mendatangkan mudharat kepada anak yang dikandung dan boleh mengurangkan air susu
4. Mengakhirkan qada' Ramadhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi.

Warga Paneh Miang mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua pengunjung blog ini. Bayangkanlah jika Ramadhan kali ini adalah yang terakhir dalam hidup kita. Semoga kita tergolong dikalangan hamba Allah s.w.t. yang dikurniakan nikmat dan rahmat-Nya. Maaf zahir dan batin.

Sumber: Islamgrid.

Tindakan Orang Melayu Membanteras Penubuhan Malayan Union

Sepanjang bulan Januari hingga Mac tahun 1946, terdengar seruan supaya umat Melayu bersatu padu untuk menghadapi bencana dari rancangan Inggeris itu. Seruan itu kedengaran bergema di seluruh Semenanjung, dari Perlis hingga ke Singapura. Akhbar-akhbar Melayu seperti Utusan Melayu, Majlis dan lain-lain, turut mengecam Kerajaan Inggeris dan menyeru umat Melayu supaya bersatu padu.

Dato' Onn, pada ketika itu berada di Batu Pahat sebagai Pegawai Daerah, telah mendapat berita tentang penyerahan Negeri Johor kepada Kerajaan Inggeris. Dengan bantuan, sokongan dan kerjasama pegawai-pegawai Kerajaan Melayu, penghulu-penghulu, ketua-ketua kampung, guru-guru, imam dan alim-ulama serta rakyat Melayu seluruh Daerah Batu Pahat, Dato' Onn telah menubuhkan 'Pergerakan Melayu Semenanjung Johor' (PMSJ) pada 3 Januari 1946, dengan tujuan untuk:

1. Menyatupadukan orang Melayu untuk menghadapi segala dan apa jua kemungkinan dari rancangan Inggeris menubuhkan Malayan Union;

2. Bergerak dengan sebulat suara dan satu tekad untuk menentang dan menghapuskan rancangan Inggeris menjadikan Tanah Melayu jajahan takluknya.

Di samping itu, Dato' Onn menyambut seruan umum, supaya orang Melayu bersatu. Beliau mengirim sepucuk surat kepada Utusan Malaysia bertarikh 23 Januari 1946, memohon disiarkan, mengajak pemimpin-pemimpin Melayu di seluruh negara berhimpun mengadakan suatu Kongres untuk membincangkan perkara penubuhan Malayan Union serta memimirkan tindakan dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk membanteras rancangan kerajaan Inggeris itu.

Dato' Onn mengesyorkan penubuhan satu 'Pertubuhan Kebangsaan' yang dinamakan 'Pertubuhan Melayu Bersatu' atau United Malays Organisation (UMO) kemudian dinamakan UMNO/Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu [perkataan Kebangsaan dicadang tokok oleh Pendeta Za'ba), untuk menjadi pertubuhan induk mewakili keseluruhan umat Melayu. Beliau mengajak semua persatuan, pergerakan dan kesatuan Melayu di Semenanjung dan Singapura menghantar wakil-wakil mereka ke Kongres itu.

Mulanya, Dato' nn mencadangkan Kongres diadakan di Melaka, mengambil sempena semangat 'Hulubalang Melayu, Tun Tuah' dengan tujuan membangkitkan semangat juang orang Melayu. Tetapi cadangan Dato' Onn itu terpaksa dipinda oleh kerana pertubuhan dan Persatuan Melayu Negeri Melaka tidak mempunyai kemudahan untuk menjadi tuan rumah. Dengan kerjsama Persatuan Melayu Selangor yang dipimpin oleh Encik Zainal Abidin bin Ahmad (Za'ba) dan Pergerakan Kebangsaan Melayu Selangor yang diketuai oleh Dato' Hamzah bin Abdullah, serta dengan bantuan kewangan dikurniakan oleh DYMM Sultan Sir Hishamudin Alam Shah, Selangor, maka persidangan Kongres diputuskan untuk dilangsungkan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur, dari 1 hingga 4 Mac 1946.

Thursday, August 20, 2009

When will they let the cat out of the bag - Part II

All the Lords of the Swine Kingdom are in turmoil as the Knights from England are investigating their wrongdoings. Lord Theresa is still adamant that nothing will go wrong. "This Kingdom will evetually be ours", she said to her able maid, Miss Ellie. Meanwhile, Ronnie Burkshire is contemplating the idea of running away from the Kingdom as he is afraid that everything will be let out of the bag. "Where shall I run, maybe I will migrate to the Kingdom of Phee Nun as my comrade Lord Gun is the king there", he thought to himself.

TO BE CONTINUED

N11 PP: BN Pasti Kalah!

Ramai yang menjangkakan kekalahan BN di PRK Permatang Pasir akan disebabkan oleh 'dosa lampau' Rohaizat yang mewakili Barisan Nasional. Namun kami punya alasan tersendiri akan punca sebenar yang mampu merealitikan kekalahan BN di PRK Permatang Pasir. Antaranya:-

1. Pemimpin-pemimpin peringkat cawangan dan bahagian Umno hanya akan 'mengipas' serta mengekori ke mana sahaja Najib, Muhyiddin atau pemimpin peringkat pusat pergi, tanpa mahu melakukan sebarang kerja kempen.

2. Pimpinan serta ahli MCA dan MIC di Permatang Pasir hanya akan membiarkan Umno melakukan hampir kesemua kerja tanpa mengambil bahagian dalam kempen secara proaktif.

3. Siri ceramah dan kempen dari rumah ke rumah yang dilakukan BN tidak diatur dengan sempurna.

4. BN kekurangan barisan penceramah berkemahiran yang dilengkapi fakta.

5. Tiada yang mahu atau tahu buat follow up terhadap senarai pengundi berdaftar di Dun Permatang Pasir yang terbahagi kepada penyokong hitam, kelabu atau putih.

6. Pengundi tegar BN kurang diberi perhatian, sebaliknya hanya menumpukan kepada pengundi atas pagar yang akan menyebabkan ramai yang berkecil hati.

7. Lawatan serta bantuan ke rumah orang mati, sakit, susah serta orang-orang tua hanya dilakukan dalam tempoh berkempen dan tidak dilakukan sebelum atau selepas pilihanraya.

8. Terlalu banyak program nasihat kesihatan, gotong-royong, mengecat atau membaiki rumah, nasihat guaman, pengedaran hamper, majlis makan malam, lawatan perasmian, nasihat kecantikan, program keluarga angkat dan bla...bla...bla...yang kesemuanya 'percuma' di sepanjang tempoh PRK.

9. Sebab KJ dan gengnya hadir sama berkempen.

10. Pekida akan turun umpama gangster atau menahan sebarang kenderaan di atas jalanraya bagi memberi laluan kepada kenderaan KJ dan gengnya.

11. Kumpulan Putera dan Pemuda yang membawa bendera BN dan Umno kebiasaannya akan merempit ke sana-sini dalam kawasan berlangsungnya PRK.

12. Kumpulan Puteri yang memakai vest atau t-shirt merah jambu akan tergedik-gedik mengibarkan bendera BN sambil disiul oleh geng Pemuda.

13. Pemimpin BN hanya membuat janji pembangunan tanpa berjanji untuk mempercepatkan perbicaraan kes.

14. Pengundi tidak maklum kisah di sebalik tabir serta jumlah wang dalam akaun simpanan untuk membiayai PRK, yang turut diragui asal penajanya.

15. Niz Aziz kata Umno masuk neraka yang menyebabkan pengundi takut nak undi BN?

Alasan selebihnya.....fikirlah sendiri!

Wednesday, August 19, 2009

HINANYA MANUSIA

Dalam kerisauan dan kebimbangan akibat selemo babi yang menyorang negaro, kerajaan bukan hanyo sibuk menambah peruntukan untuk kementerian kesihatan serta membokukan cuti kakitangan sepital sajo. Tapi ari ni kerajaan topakso memutuihkan untuk meletakkan harga siling topeng muko. Apolah begitu hino manusio-manusio yang menjual topeng tu? Apokah mereko tu manusio yang sentiaso betopeng setan? Sinun sini orang kosusahan, anak domam, bini domam, laki domam...tapi manusio hino ni dengan tosonyum lebar menaikkan hargo topeng.

Jadi kopado Najib, Atok cadangkan sumo tokeh farmasi tu dihantar ko wad kuarantin selemo babi solamo 96 jam sebagai sukarelawan mencuci najis pesakit-pesakit selemo b.a.b.i. ni, tomasuklah Gobalakrisnan tu yang konon eh nak bona menjadi pejuang.

KUASA BRITISH MENUBUHKAN MALAYAN UNION?

Apakah Kuasa British Untuk Menubuh Malayan Union? Selain dari kuasa `penakluk' (conqueror), iaitu sebagai kuasa yang menang dalam peperangan, Kerajaan British sebenarnya tidak berhak atau mempunyai kuasa di sisi undang-undang antarabangsa untuk menjadikan Negeri-negeri Melayu Jajahan Takluknya tanpa izin dan persetujuan Raja-Raja Melayu yang memerintah. Ini kerana telah wujud beberapa perjanjian yang dimeterai antara Raja-Raja Melayu dan Raja Inggeris (Kerajaan Inggeris) dalam Abad ke-19 dan 20 Masihi, di mana perjanjian-perjanjian itu meletakkan Negeri-negeri Melayu yang merdeka dan berdaulat di bawah naungan Kerajaan Inggeris. Kerajaan Inggeris masih terikat dengan 'perjanjian-perjanjian' itu.

Namun, jika Negeri-negeri Melayu dijadikan Jajahan Takluk (Koloni) Great Britain tanpa dengan izin dan persetujuan Raja negeri berkenaan, maka perbuatan itu dianggap sebagai rampasan kuasa dan penaklukan. Perbuatan sebegitu adalah bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan melanggar hasrat dan tujuan Piagam Atlantik (Atlantic Charter) 1944.

Tuesday, August 18, 2009

Padang SERAI

Terpanggil juga Pak Sedaro nak BUBUH si MP Padang Serai yang LOPONG dan LOHONG ini.

Penyakit KURAP dan SAWAN B.A.B.I. merupakan pendemik kepada Ahli Parlimen Padang Serai, Gobalakrishan ini. Orang macam gini pun disokong oleh pemilih PADANG SERAI. Atau orang PADANG SERAI dah dijampi atau divoodoo oleh PKR yang makin di LAKNAT umat.

Bagus juga jika lebih RAMAI Ahli Parlimen punya sifat semulajadi macam Padang Serai. Jadi senang kita tonton perilaku "Kerajaan KABINET PKR-DAP-PAS" yang hendak bentuk negara dalam PRU-13 kelak.

Wahai rakyat Malaysia yang kongsi Kad Pengenalan Biru, macam Pak Sedaro, macam Dato' Seri Najib, macam Pak Nik Aziz....sedarlah bahawa kalian telah diSAMBAL PETAIkan oleh Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya. Ramai lagi di luar sana macam Gobalakrishan ini...Malaysia tidak PERLU orang sebegini dalam tanahair ini.

Ini semua akal orang yang BENCI KEDAULATAN DAN PERPADUAN NASIONAL. Orang SAKIT seperti Gobal ini, yang ada penyokong ala ANON-ANON yang rajin TERSAMPUK & TERSAWAN, harus kaji balik dalam diri, sama ada layak TERUS sebagai anak Malaysia atau ANAK DERHAKA tanahair ini. Jangan sibuk dalam dunia fatamorgana politik Pak Pandir PKR-DAP-PAS, jika MASIH berperilaku sesumpah & babi laut. Pergilah menduga ALAM untuk ketahui tingginya awan, dalamnya lautan, panasnya larva berapi, gersangnya Gurun Kalahari, tempikan si Purba Singa dan teriakan Yeti di Hutan Besar Negara China.

Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Akta Hasutan serta Akta Polis boleh terpakai dan dikuatkuasa bagi HUKUMAN kepada individu seperti Yang Bodoh Gobalakrishan dan kawan-kawan sewaktu tabiat dengannya.

PAS dan UMNO mesti ke MEJA PERUNDINGAN WAHDATUL-FIKR.

Apa Itu MALAYAN UNION?

Pada tahun 1943, Jabatan Negara bagi Tanah dan Jajahan Takluk Britain merancang hendak menjadikan Negeri-negeri Melayu sebagai "Jajahan Takluk (Koloni) Britain", apabila sahaja Jepun dikalahkan dalam peperangan (Perang Dunia Kedua). Britain bercadang hendak menggabungkan `Negeri-negeri Melayu Bersekutu' iaitu Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan; dengan `Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu' iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis; dan tiga Negeri-negeri Selat iaitu Pulau Pinang, Province Wellesly dan Melaka menjadikannya Negara Malaya Bersatu atau MALAYAN UNION, di bawah satu pentadbiran pusat, diperintah oleh seorang Gabenor Inggeris. Malayan Union akan menggantikan pemerintahan beraja di Negeri-negeri Melayu, dengan cara:

1. Memansuhkan kedudukan Negeri-negeri Melayu yang berdaulat dari berada di bawah `naungan' Kerajaan british, kepada Jajahan Takluk (Koloni) yang dikuasai penuh oleh British;

2. Mengawal dan mengurangkan kuasa politik orang Melayu;

3. Menghapuskan kuasa Raja-raja Melayu, termasuk sebagai Penaung Agama Islam dan Ketua Adat Resam Melayu. Sebuah `Majlis Penasihat Islam dan Adat Resam Melayu' akan ditubuhkan oleh Kerajaan MALAYAN UNION kelak. Majlis itu akan dipengerusikan oleh Gabenor Inggeris, dengan Raja-raja Melayu menjadi ahli-ahlinya. "Majlis Penasihat" itu akan berperanan sebagai kuasa penimbal untuk memutuskan fatwa-fatwa berkaitan dengan agama Islam dan perkara-perkara berkenaan adat resam orang Melayu;

4. Mewujudkan hak kerakyatan sama taraf (Common Citizenship), dengan syarat kelayakan yang longgar, bagi semua penduduk Malaya, tanpa mengambil kira bangsa atau keturunan;

5. Memastikan sumbangan kaum-kaum pendatang sebagai pelabur dan sumber tenaga kerja dipelihara dan diutamakan, untuk memajukan ekonomi MALAYAN UNION;

6. Menghapuskan hak-hak istimewa untuk orang Melayu, termasuk peruntukan tanah simpanan Melayu (Malay Reserve Land) dan jawatan-jawatan penting dalam pentadbiran kerajaan.

Sunday, August 16, 2009

TELATAH KELAS 3

Pak Sedaro dah lamo nak ulas kisah TELATAH KELAS 3. Membina mercu tanda, premis bangunan tersergam indah, penuh warna dan ketebalan konkrit yang punya marmar dan kosmetik buatan tempatan, atau mungkin asing.

Apakah yang boleh kita ertikan dengan TELATAH KELAS 3? KLIA? KLCC? Putrajaya? Cyberjaya? Pelabuhan Kelang? Iskandar Malaysia? Petronas sebagai Aset membina Tamadun Bangsa?

Apakah semua ini NILAI yang dibawa oleh sebuah kumpulan pembina MENARA BANGSA? Apakah rakyat Malaysia sudah LUPA akan sikap penuh berhemah hingga LALAI dalam kerenah gelanggangan KELAS 3?

Punya sistem Transit Aliran Ringan? Punya sistem Express Rail Link? Namun yang paling mendukacitakan ialah sikap merempat beberapa peratus warga MALAYSIA yang lemah dalam erti cinta akan NEGARA a.k.a. TANAHAIR!

Jamban [bahasa persukuan batak] atau TANDAS begitu daif atau fakir sifat sempurnanya? Kebersihan tempat letak kereta atau Taman Riadah atau Wisata atau Pariwisata juga amat rendah martabatnya? Sikap yang dinamakan "hospitable host" atau "Layanan Mesra Tuan Rumah" kepada pelanggan, tetamu mahu pun pelawat asing cukup miskin sifatnya...

Pembaco budiman, kurang daripada 11 hari lagi, ummah Malaysia akan menyambut 53 tahun kemerdekaan bumi Malaysia. Dimanakah daulat? Apakah negara ini masih punya daulat? Apakah caragaya rakyat memberi nilai dan justifikasi nikmat KEDAULATAN? Takdir Allah, tahun ini Ramadhan disambut dalam hari Merdeka 31 Ogos. Jika diukur erti Ramadhan, maka pengertian sebenar MERDEKA harus terus memberi Zuk' dan Roh kepada rakyat.

Baik yang namanya Rakyat Raja mahu pun warga Negara, Nilai MERDEKA bukan hanya terpacak dan terpasang pada semangat dan teriakan atau slogan dan naungan sembrono.

Sambutlah RAMADHAN dan HARI MERDEKA 2009 dengan telatah KELAS SATU, PREMIS KELAS SATU bersama MERDEKA KELAS SATU.

Saturday, August 15, 2009

Hakim Wanita Pertama

Dato' Siti Norma Bt. Yaakob merupakan hakim wanita yang pertama di negara kita. Beliau dilahirkan di Seremban, Negeri Sembilan pada 6 Julai 1940. Beliau memulakan kerjanya pada Jun 1963 apabila dilantik sebagai Penolong Pendaftar Kanan di Makamah Persekutuan. Pada Januari 1967 beliau telah dilantik pula sebagai Presiden Wanita Mahkamah Seksyen yang pertama. Pada tahun 1988, Dato' Siti Norma telah dinaikkan pangkat menjadi Hakim Wanita di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, sekali gus menjadi wanita pertama yang menyandang jawatan tersebut. Sebagai tanda pengiktirafan beliau telah dianugerahkan Darjah Dato' Setia Negeri Sembilan pada Julai 1987. Beliau telah mendapat "Barrister of Law" di Gray's Inn, London. Beliau pernah menjadi Ahli Konsul Eksekutif, Eisenhower Fellows Association Malaysia semenjak 1992 dan kemudiannya dilantik sebagai hakim di Mahkamah Rayuan pada 17 September 1994.

Sumber: PNM

Friday, August 14, 2009

Bermula dengan FITNAH

Sultan Mahmud Shah telah mengamalkan dasar ‘pilih kasih’ terhadap pegawai-pegawai dan pembesar-pembesarnya. Akibatnya berlakulah fitnah memfitnah dikalangan pegawai-pegawai dan pembesar-pembesar untuk menawan hati Sultan.

Kebajikan tanah-tanah jajahan Melaka banyak diabaikan oleh Sultan Mahmud Shah serta pegawai-pegawai Baginda. Semasa Melaka diserang oleh Portugis pada tahun 1511, tanah-tanah jajahan Melaka langsung tidak membantu Melaka untuk menentang Portugis kerana dendam mereka kepada Sultan Melaka.

Sebelum itu banyak tanah-tanah jajahan Melaka cuba melepaskan diri dari Melaka. Pembesar-pembesar negeri pada masa itu juga berbalah sesama sendiri, iaitu perbalahan diantara pembesar-pembesar keturunan Melayu Islam dan India Islam. Keadaan telah menjadi bertambah buruk apabila di saat akhir ketika Portugis menyerang Melaka, Sultan Mahmud membunuh Bendahara Tun Mutahir di atas fitnah Raja Mendaliar yang menuduh Tun Mutahir hendak menjadi raja.

Dikatakan juga Sultan Mahmud adalah merupakan seorang pemerintah yang lemah dan tidak menghiraukan kepentingan agama dan kebajikan rakyat jelata. Baginda tidak mampu menguasai pembesar-pembesarnya sendiri. Menurut R.O.Winsteadt, baginda hanya berperanan sebagai Ketua Negara tanpa sebarang kuasa.

Seperkara lagi, dari segi kekuatan tentera, di zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah tidak terdapat lagi pahlawan-pahlawan gagah berani saperti sebelum pemerintahan Baginda. Pahlawan-pahlawan adalah terdiri daripada rakyat jelata biasa yang berlatarbelangkan petani dan tidak ada latihan tentera. Kehadiran mereka sebagai tentera adalah berdasarkan kepada ‘taat pada Sultan’ sahaja. Akhirnya kedudukan pertahanan Melaka telah menjadi lumpuh dan lemah serta senang diserangi oleh pihak Portugis. Bercakap berkenaan kekuatan Portugis pada masa itu, ianya merupakan sebuah kuasa baru di Eropah yang telah berjaya menakluki pengaruh Arab di Eropah dan Afrika.

Kehebatan ahli-ahli pelayaran saperti Batholomew Diaz dan Vasco da Gama mempelopori jalan perdagangan baru di sebelah timur dan mengawasi pedagang-pedagang Arab telah menaikkan semangat mereka untuk menjadikan Portugis sebagai kuasa baru yang ditakuti.

Matlamat pihak Portugis adalah untuk menghapuskan orang-orang Arab dan agama Islam di mana-mana sahaja, kerana mereka sudah lama bermusuh dengan orang-orang Arab sejak penaklukan beberapa buah Negara di Eropah.


Pada tahun 1509 pihak Portugis telah menghantar Diego Lopez de Squiera ke Melaka sebagai pedagang sambil membuat risikan dan melihat perkembangan yang berlaku di Melaka. Oleh kerana melakukan kesilapan, de Squeira dan orang-orangnya telah ditawan dan dipenjarakan oleh Sultan Mahmud Shah. Setelah menawan Goa pada 25 November 1510, Alfonso de Albuquerque telah membuat rancangan untuk menyerang Melaka, iaitu sebuah negeri Islam di sebelah timur yang masyhur dengan perkembangan agama Islam.

Alfonso de Albuquerque telah memulakan pelayarannya dari Goa pada 20 Mei 1511 dengan sebuah angkatan laut yang mengandungi 12 buah kapal beserta 800 orang tentera Portugis dan 600 orang tentera upahan dari Pegu ( Burma ) dan India. Angkatan ini telah dikepalai oleh sebuah kapal yang diberi nama ‘Flor de La Mar’ yang bermaksud ‘Bunga Samudera’ ( Flower of The Sea ).

Di dalam pelayaran tersebut Alfonso de Albuquerque telah menahan sebuah kapal dagang dari Gujerat dan memaksanya menunjuk arah ke Pedir dan Pasai. Dari situlah beliau telah membuat strategi untuk menyerang Melaka. Alfonso telah mengambil kesempatan dari penahanan Ruy de Aranjo dan Diego Lopez de Squeira oleh Sultan Mahmud Shah untuk membuat serangan terhadap Melaka.

Semasa Alfonso de Albuquerque dan tentera-tenteranya berada di perairan Melaka, keadaan Melaka begitu tegang sekali. Ianya berpunca dari hukuman mati yang telah dikenakan oleh Sultan Mahmud terhadap Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir tanpa usul periksa dan tanpa diadili dan juga perbalahan dikalangan pelbesar-pembesar negeri berkenaan dengan penahanan dua orang Portugis.

Keadaan telah bertambah buruk apabila terdapat beberapa orang talibarut Portugis yang terdiri daripada pedagang-pedagang Cina dan India yang membocorkan segala rahsia berkenaan dengan apa yang sedang berlaku di istana Sultan Melaka. Keadaan sebegini tentu mengembirakan Alfonso de Albuquerque dan membuka jalan baginya untuk menyerang Melaka.

Walau pun Sultan Mahmud telah membebaskan dua tahanan Portugis, tetapi Alfonso tetap dengan pendiriannya untuk menyerang Melaka kerana beliau telah merasa yakin akan kemenangan yang akan tercapai setelah beberapa orang talibarut Portugis telah membocorkan segala rahsia akan kelemahan yang dialami oleh pihak istana Melaka.

Rahsia-rahsia termasuklah kedudukan meriam-meriam yang ada di kota pertahanan Melaka serta sejumlah dua puluh ribu orang tentera yang terdiri dari orang-orang Jawa, Pasai, dan Melayu Melaka disamping dua puluh ekor gajah penyerang.

Setelah hampir sebulan pihak Portugis menyerang Melaka, pada waktu subuh, 10 Ogos 1511, Alfonso de Albuquerque telah mendaratkan tentera-tenteranya di kaki Bukit Melaka di sebelah utara jambatan dengan lima buah tongkang Cina. Di dalam serangan waktu subuh itu pihak Portugis telah mengarahkan bedilan meriam mereka ke arah masjid dari kapal perang Portugis yang berlabuh di perairan pantai Melaka.

Ini diikuti dengan pendaratan beramai-ramai tentera-tentera Portugis. Pahlawan-pahlawan Melayu Melaka telah cuba dipulihkan semangat mereka dengan membaca hikayat-hikayat pahlawan-pahlawan Islam, misalnya, Hikayat Amir Hamzah, dan Hikayat Mohamad Ali Hanafiah di dalam istana Sultan, tetapi akhirnya dapat ditewaskan juga oleh pihak Portugis.

Pada 24 Ogos 1511 tentera-tentera Portugis di bawah pimpinan Alfonso de Albuquerque telah dapat menumpaskan pahlawan-pahlawan Melaka di dalam satu peperangan yang memakan masa lebih kurang satu bulan. Dengan kekalahan pahlawan-pahlawan Melaka di tangan Portugis, maka lenyaplah keagungan pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka yang telah diasaskan oleh Parameswara pada tahun 1400.

Sumber: Melaka Hari Ini.

Sensitive Matters Amendment

One of the most controversial amendments in Malaysia’s Constitution is the Constitution (Amendment) Act, 1971, which came in the wake of the May 13, 1969 racial riots.

Known as the “Sensitive Matters Amendment,” it revised Article 10 – which safeguards freedom of speech – to empower Parliament to pass laws to restrict public discussion on four “sensitive” issues: citizenship; the national language and the languages of other communities; the special position and privileges of the Malays and natives of the Borneo states, and the legitimate interests of other communities; and the rulers’ sovereignty.

Before the Act, the Conference of Rulers’ consent was required only for amendments to provisions related to the rulers, and the special rights and privileges of the Malays and the legitimate interests of other communities.

As a result of the Act, consent was also required for other provisions, such as Article 10 (freedom of speech), Article 63 (privileges of Parliament), Article 72(privileges of the state legislative assembly) and Article 152 (national language).

Article 153 originally provided for the Yang di-Pertuan Agong to be the guardian of the special position of the Malays and the legitimate interests of other communities. It also empowered him to ensure that a reasonable proportion of opportunities was reserved for the Malays in public service, education, and for permits and licences.

The 1971 amendment allowed the natives of the Borneo states to have the same status as the Malays.

It also empowered the Agong to direct any institution of higher learning to reserve a reasonable proportion of places for the Malays and natives, should the number of places be less than the number of qualified candidates.

Source: Malaysia's Constitution Journal / The Sun.

Wednesday, August 12, 2009

Permata Jelebu

Warga Paneh Miang mengucapkan Takziah kepada keluarga Allahyarham Abdul Muluk Daud atau lebih dikenali sebagai seniman Dharmala NS. Allahyarham juga merupakan seorang blogger Pustaka Adimul yang turut tersenarai dalam bloglist Paneh Miang. Kali terakhir artikel Allahyarham ditulis di blog berkenaan adalah pada 2 Ogos 2009 yang lalu. Kalangan kami sering membaca karya-karya beliau dan jasa beliau pasti akan dikenangi. Kami memanjatkan doa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan dikalangan insan-insan solehin. Al-Fatihah.

Virus Seremban Menular ke Rembau: Wachaa...

1. Terbongkarlah rahsia kekecohan yang berlaku dalam mesyuarat Umno Bahagian Rembau, di Pusat Dakwah Islam, Paroi baru-baru ini.

2. Ketua Bahagian Rembau dalam ucapan perasmiannya telah memberi ingatan, "Sekarang ni dah ado orang luar datang berkubang kek Rembau ni. Tak payahlah. Jagolah kawasan memasing."

3. Tak lain tak bukan berkenaan isu KTM dan pemilik tanah adat di Rembau.

4. Tengah baik punya cilok ketua bahagian berucap, tetiba disampuk pulak oleh sorang pemerhati dari Cawangan Umno Perigi Jernih, Kota.

5. Maka keluarlah ayat, "Kok pimpinan bahagian sendiri pun tak nak turun, tu sobab la orang lain turun".

6. Apo laie, ketua bahagian pun bersungguh la torangkan apo yang kerajaan negeri dah buat serta tindakan yang telah, dan yang akan dilakukan bersama Ahli Parlimen Rembau untuk menyelesaikan masalah pemilik tanah adat yang terjejas akibat projek KTM.

7. Selosai ketua bahagian berucap, maka pengerusi mesyuarat pun bagilah peluang perwakilan berehat 15 minit sebelum mesyuarat disambung semula.

8. Mako berduyunlah memasing keluar dewan untuk memberi makan kepada jin.

9. Maso tongah baik punya layan syahdu menyuap jin, pemerhati dari cawangan Perigi Jernih yang menyampuk tu telah dihampiri oleh seseorang.

10. Mamat ni pun togur la si pemerhati ni yang antara lain ayatnya, "Tak patut kau buek pemimpin macam tu. Kok yo pun tunggulah dio solosai bercakap dulu, kok iyo nak tanyo apo-apo" (lobih kurang gitulah ayat eh).

11. Si pemerhati ni pulak memulo macam akur dan diam dengan teguran tu. Tapi tetibo dio golak-golak pulak yang bunyinya seolah menyindir sambil berjalan keluar.

12. Apo laie, mengamuk la naib ketua pemuda bahagian Rembau...terus di flying kick si pemerhati ni.

13. Peh tu, masuk pulak 6-7 orang lagi dok balun pemerhati tu beramai-ramai.

14. Nasib baik ado 'hero' dari Sendayan yang berjaya meloraikan pergaduhan tu. Cayalah SendayanMan.

15. Mesyuarat kemudiannya disambung semula.

16. Khabarnya insan yang dipukul tu sudah buat report polis.

17. Beberapa orang telah dipanggil ke balai untuk pengecaman.

18. Agak-agaknyo kes ni akan setel dalam atau setel luar?

19. Maklumlah...yang terlibat pun ialah anak kepado individu yang berpengaruh bosar di Negeri Sembilan.

20. Korang sendiri agak la apa yang akan berlaku nanti.

21. Cumo den nak tanyo...MT dan Lembaga Disiplin Umno tau ka perihal yang berlaku dalam Mesyuarat Bahagian Rembau ni?

22. Kok MT pun buek-buek tak tau...nasib kau la yeh!

23. Wachaaa....

Monday, August 10, 2009

Tony Pua, Ronnie Liu, Loke Siew Fook & Jeff Ooi: Antara celaka-celaka, penderhaka, pelacur agama dan ISA!

The DAP appeared today to put the blame for its dispute with PAS in Selangor on Datuk Hassan Ali by suggesting its Pakatan Rakyat (PR) partner's state chief had acted recklessly in the interest of Umno and Barisan Nasional (BN).

"State government leaders who openly defy party and coalition discipline and work in the interest of Umno and Barisan National must be harshly reprimanded, with stern action taken to not only ensure the continued viability of the Pakatan Rakyat coalition but also to restore public confidence in Pakatan Rakyat,” said DAP publicity secretary Tony Pua today.

Pua's outburst today came after Hassan had sent the PR government into a tailspin this week by openly calling for his colleague Ronnie Liu from the DAP to be stripped of his local government portfolio.

Liu, who is already under pressure over accusations from Umno that he was allegedly involved with criminal activities, had recently ordered Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) officers to return beer unlawfully seized from a convenience outlet.

Despite the fact that the Shah Alam mayor had acknowledged the seizures were unlawful, Hassan had used the seizures to call for Liu's removal and start a campaign urging the state government to ban all open sales of alcoholic beverages in "Muslim-majority" areas.

“Dr Hassan’s reckless actions, which were taken without any consultation with either the state executive council or the state Pakatan Rakyat leadership, firmly begs the question of his hidden agenda,” Pua said today.

Siew Fook perlu minta maaf

KUALA LUMPUR 9 Ogos - Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin kesal dan mengutuk kenyataan Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Loke Siew Fook yang menyerang peribadi pendakwah Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah secara keterlaluan, biadab dan boleh mencetuskan ketegangan agama.

Sehubungan itu, beliau mendesak Siew Fook meminta maaf kepada Mohd. Ridhuan Tee yang juga Pengerusi Persatuan Cina Muslim Malaysia dan umat Islam secara umum ekoran kenyataan tersebut.

Selain itu, Zulkifli mahukan penulisan menggunakan bahasa kesat itu ditarik balik serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) membatalkan laman web www.sjsandteam.wordpress.com yang menyiarkan kenyataan tersebut.

''Penyiaran yang dibuat menyerang peribadi seorang pendakwah Cina beragama Islam yang sangat dihormati iaitu Dr. Mohd. Ridhuan Tee, ibu bapa, keluarga dan anak- anak beliau dengan bahasa kesat, lucah, biadab dan melampau.

''Kenyataannya juga menghina agama Islam kerana menyifatkan mereka yang memeluk Islam seperti anak haram yang tidak mengenal salasilah keturunan keluarganya. Polis hendaklah menyiasat kenyataan tersebut menurut Akta Hasutan dan Seksyen 298 A Kanun Keseksaan,'' katanya dalam laman blognya zul4kulim.blogspot.com baru-baru ini.

Tambah Zulkifli, apa yang dikesalkan adalah laman web tersebut menyiarkan komen yang menggunakan bahasa kesat, cabul, mencarut dan biadab terhadap Mohd. Ridhuan Tee.

''Antara contoh bahasa yang digunakan adalah 'Siapa anak haram Mohd. Ridhuan ini', 'Ibu bapa awak (Mohd. Ridhuan Tee) akan lebih gembira kini jika mereka mengepam awak ke dalam lubang tandas semasa dilahirkan' dan 'Kalau awak (Mohd. Ridhuan Tee) boleh menjadi Presiden Persatuan Cina Muslim saya tidak tahu apa jenis Cina Muslim yang ada... pencuri, perompak, penjenayah atau penyangak,'' jelas beliau.

Loke Siew Fook mesti dicaj sekeras-kerasnya di bawah Akta Hasutan!

Pengerusi DAPSY Kebangsaan Loke Siew Fook telah menjawab titah Raja Muda Perak, YM Raja Nazrin Sultan Azlan Shah tempuh hari yang menegur amalan demokrasi tanpa peraturan dengan biadap sekali dalam blognya yang bernama The Pen is Might di url http://sjsandteam.wordpress.com/.

Di penghujung tulisannya, Loke telah menghina YM Raja Nazrin dengan kata-kata kesat yang ditulis dengan terang dalam bahasa merah untuk menunjukkan konon-konon kemarahannya. Langsung tidak dipeduli initipati dan nasihat yang ingin disampaikan oleh YM Raja Nazrin.

Nazrin the son of the senile ruler of Perak, take note that democracy is a principle whereby the control of authority comes from the public, and ruler and non-ruler are the same. Even though there is no specific, universally accepted definition of democracy, there are two principles that any definition of democracy includes. The first principle is that all citizens, not invested with the power to govern, have equal access to power and the second that all citizens enjoy legitimized freedoms and liberties.

When these basic freedoms and liberties are robbed of the people, then the only civilized course of action by any responsible citizen who cares about his nation, is to ensure that his voice is heard loud and clear! Get this straight into your ever conniving brain! When injustice becomes law,
rebellion becomes duty! If rebellions become the order of the day, the nation is simply ruled by the criminals and the corrupt. Ask yourself whether you and your family members including your ‘guardian angel’, the Agong Najib, have plundered the nation’s wealth and robbed the poor of a bare minimum standard of living!

It is a pity that only in Malaysia, even the right to a peaceful demonstration is robbed of the people! What’s worst, the peaceful demonstrations are converted into lawless mobs by ‘peacekeepers’ who are supposed to protect the peace of this nation.
Nazrin the illegal seller of Perak: Saintly words should never be uttered by a person who has lost all sanity! If you still insist in building an impossible bridge between two mountains, just for that clap of your ‘creativity’, then let us warn you that our actions too will have far reaching consequences; we will destroy those mountains to mere ashes, and stuff your filthy mouth with the last peck of that dust and prepare you for your last journey to the gates of the condemned hell!

Jeff Ooi berkeras

Oleh ROKIAH ABDULLAH
rokiah.abdullah@utusan.com.my.

PULAU PINANG 9 Ogos – Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi tidak akan meminta maaf berhubung kenyataannya yang mengaitkan syariah Islam dan Jamaah Islah Malaysia (JIM) sebagai ekstremis sebaliknya hanya mahu menarik balik kenyataan tersebut.

Menurut Ooi, tindakan menarik balik kenyataannya itu dibuat atas nasihat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mahu beliau berbuat demikian.

Justeru katanya yang juga Ketua Staf Pejabat Guan Eng, sebagai seorang yang bekerja sepertinya dan mempunyai ketua, dia perlu mengikut nasihat dan arahan yang diberikan ketua walaupun mempunyai pandangan lain.

‘‘Sebagai sebuah pertubuhan yang berdaftar dan entiti awam, JIM juga seharusnya tidak mudah terasa hati dengan kenyataan peribadi yang dikeluarkan oleh orang ramai berkaitan misi dan aktivitinya.

‘‘JIM patut menerima segala kenyataan yang dikeluarkan tidak kira dalam bentuk yang bagaimana kerana semua orang berhak mengeluarkan pandangan peribadi masing-masing,’’ katanya pada sidang akhbar di Pusat Khidmat DAP Parlimen Jelutong di Jalan Perak di sini hari ini.

Telah jelas tanpa perlu bersuluh. Peringatan sangat keras untuk orang-orang Islam dalam PAS, PKR dan sudah pastinya UMNO.

1. DAP tidak boleh menerima perbezaan pendapat apatah lagi kalau sekiranya menyerang kepentingan mereka. Langsung tiada kompromi. Sedangkan orang Islam di Malaysia wajib berkompromi ke atas mereka.

2. Kenyataan-kenyataan penderhaka ini juga menghina Islam kerana menyifatkan mereka yang memeluk Islam seperti anak haram yang tidak mengenal salasilah keturunan keluarganya. Bukankah telah jelas ianya di bawah Akta Hasutan dan Seksyen 298 A Kanun Keseksaan?

3. Jeff Ooi tidak akan meminta maaf berhubung kenyataannya yang mengaitkan syariah Islam dan Jemaah Islah Malaysia (JIM) sebagai ekstremis, sebaliknya hanya mahu menarik balik kenyataan tersebut. Maknanya beliau tetap dengan pendirian yang mengaitkan Islam dengan ekstremis?

4. Di manakah rasionalnya kenyataan mereka ini? Lantaran itu buat kali ketiga, saya menggesa dengan amat keras supaya pihak kerajaan yang memerintah melaksanakan ISA terhadap celaka-celaka, penderhaka-penderhaka dan pelacur agama dari DAP ini.

5. Mengapa pula masih ada orang-orang Islam yang masih bertoleransi, bekerjasama dengan DAP yang memang telah jelas cauvenis, biadap dan sangat kurang ajar ini?

6. Adakah orang Islam yang ada dalam PKR dan PAS mahu terus bernaung di bawah ketiak DAP ini?

7. Seandainya ISA tidak dilaksanakan, adakah perlu darah-darah mereka dihalalkan sebagai peringatan di kemudian hari atas kebiadapan tak terbilang DAP ini?

8. Kami orang Islam di Malaysia telah mula hilang sabar!

Apa bezanya?


Anda mungkin berminat dengan artikel ini.

Sunday, August 9, 2009

Bahaya matlamat menghalalkan cara

Sekali lagi artikel saya dalam Mingguan Malaysia mendapat perhatian yang serius daripada akhbar-akhbar Cina seperti China Press, Sin Chew, Nanyang Siang Pau dan beberapa laman web pembangkang. Kali ini mereka mengambil beberapa bahagian tertentu dengan ada tujuan yang tersembunyi dengan menyiarkannya di muka hadapan sebagai berita utama (Nanyang Siang Pau). Beberapa isu dimanipulasi untuk menagih simpati. Terima kasih saya ucapkan. Nasib baik saya tidak melayan panggilan demi panggilan yang ajukan itu. Jika tidak, saya tidak tahu, apa lagi kenyataan saya yang akan diputarbelitkan.

Mereka turut bertanya, adakah saya dipaksa atau diupah oleh Utusan Melayu atau UMNO untuk menulis artikel ini. Saya jawab tidak. Saya sudahpun jawab dalam artikel minggu lepas. Saya tidak pasti mereka faham atau tidak tulisan saya dalam bahasa Melayu. Tulisan dan idea ini datang dari hati naluri seorang rakyat berbangsa Cina kerdil, yang amat ingin melihat umat Islam sedar, di manakah kedudukan kita sebenarnya. Malangnya, hanya kerana artikel saya diterbitkan dalam Mingguan Malaysia, marahnya begitu meluap-luap sehingga emosi menguasai diri. Saya dituduh tali barut UMNO. Inilah mentaliti kelas ketiga yang sukar diubah akibat ketaksuban. Komen-komen ini langsung tidak menunjukkan kematangan dan hanya mempamerkan kebodohan diri sendiri. Inilah golongan tidak bersyukur dan ultra kiasu yang masih tidak sedar diri.

Mereka bertanya lagi, adakah saya perlu meminta maaf kepada keluarga mendiang, saya kata tidak perlu, sama sekali tidak. Jika mereka faham betul-betul bahasa Melayu, saya tidak nampak satu pun para artikel saya berniat jahat kepada keluarga mendiang, kecuali niat jahat sebenar akhbar Cina, DAP dan laman web tersebut yang sengaja memutar-belitkan isu ini menjadi perkauman untuk mencari simpati dan publisiti murahan. Siapakah yang sepatutnya meminta maaf, saya atau akhbar dan laman web rasis ini?

Saya dituduh tidak pandai menulis artikel oleh akhbar Nanyang Siang Pau. Justeru, saya pohon kepada editor Nanyang Siang Pau, sila beri tunjuk ajar. Saya juga mahu tahu betapa pandai akhbar-akhbar Cina ini menulis berita dan artikel dalam menjaga kepentingan semua kaum.

Alhamdulillah, dengan peristiwa dan artikel ini, saya lebih mengenali sifat ultra kiasu bangsa saya sendiri yang selama ini saya kaji. Saya baru sedar betapa hipokritnya segelintir bangsa saya. Mereka tidak pernah bersyukur tetapi teramat takut kalah dan mahu sentiasa menang (kiasu). Fakta dan kebenaran dikelirukan bagi menagih simpati dan agenda politik tersembunyi.

Ini budaya yang telah melingkungi pemikiran mereka walaupun kita sudah merdeka 52 tahun. Pemikiran mereka masih tidak merdeka, masih dikongkong oleh ketaksuban terhadap bangsa. Mereka menuduh UMNO rasis, mereka apa kurangnya. Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

Mereka begitu pandai berpolitik. Mengambil kesempatan di atas kelemahan dan perpecahan Melayu. Jika Melayu Islam bersatu, saya tidak yakin, mereka seberani ini. Keberanian mereka disebabkan ada segelintir orang Melayu bersama mereka. Ini yang menjadikan mereka semakin besar kepala seperti kaduk naik junjung.

Saya rela menjadi tidak popular di kalangan masyarakat saya sendiri, tetapi bangunlah wahai umatku, jangan lagi kita dipermainkan oleh mereka yang licik ini. Lain di luar, lain di dalam. Saya kena bercakap kerana orang Melayu/Islam tidak berani bercakap kerana takut kehilangan kuasa politik. Saya rela dikutuk dicerca dan dihina oleh bangsa sendiri, tetapi saya tidak sanggup melihat Islam merempat di bumi sendiri. Perjuangan kita tidak pernah selesai selagi hayat dikandung badan.

Kepada para pembaca, nilaikanlah idea yang dilontarkan. Jangan hanya kerana artikel ini disiarkan dalam Mingguan Malaysia, kita sudah tidak nampak yang benar, yang mana salah. Saya bukan penulis upahan UMNO atau Mingguan Malaysia. Saya hanya mengatakan yang benar dan tidak ada niat langsung untuk melukakan mana-mana pihak yang hidup mahupun yang telah pergi. Saya bertanggungjawab sepenuhnya apa yang ditulis.

Saya cuma mengingatkan kita agar jangan menjadi seperti kaduk naik junjung. Jagalah hati lain sama terutama hati orang Islam (Melayu) yang banyak bertolak ansur dengan kita. Mereka juga ramai yang menghadapi masalah yang sama seperti apa yang berlaku. Adakah kita mahukan kes ini menjadi precedent, yang akan menghalalkan segala perlakuan sumbang selepas ini?

Sedarkah kita beramai anak luar nikah yang telah lahir daripada hubungan yang tidak sah ini? Apakah kita mahukan ia menjadi budaya hidup kita. Apakah tujuan perkahwinan sebenarnya? Apa tujuan ada akta dan undang-undang undang-undang keluarga, perkahwinan, nikah cerai dan sebagainya diwujudkan? Jika perbuatan sumbang ini hendak dihalalkan maka tidak perlulah ada semua undang-undang dan akta ini? Apakah ini bukan rule of law?

Saya dituduh kerana cuba memasuki unsur-unsur agama dalam isu ini. Tidakkah unsur-unsur agama ini menjadi sebahagian daripada rule of law? Mereka mengatakan bahawa negara ini harus ditadbirkan rule of law. Persoalan saya, adakah undang-undang dan akta ini bukan rule of law. Apa guna kewujudan Jabatan Pendaftaran Negara jika hidup berkeluarga tidak perlu disahkan. Sila rujuk undang-undang Jabatan Pendaftaran Negara, bahagian keluarga, perkahwinan, nikah dan cerai. Sila baca akta nikah dan cerai 1976 dan akta kelahiran dan kematian 1975.

Untuk mengetahui lebih lanjut isu yang dikatakan sensitif ini dan juga rule of law, sila rujuk http://www.malaysianbar.org.my/marriage.html. Bagi mendapatkan makna anak sah taraf dan anak tidak sah taraf, rujuk Undang-undang negara dalam Akta 60, Legitimacy Act 1961, juga akta Jabatan Pendaftaran Negara, http://www.jpn.gov.my/BI/4_2_kelahiran.php.

Lihat juga, http://www.thefreedictionary.com/illegitimate+child. Baca juga Non-Muslim Family Law dalam, http://www.reunite.org/edit/files/Islamic%20Resource/Malaysia%20text.pdf.

Manakala dari segi hak-hak penjagaan anak-anak tidak sah taraf ini pula, sila rujuk http://www.johorebar.org.my/CustodyGuardianship.html. Adakah ini bukan rule of Law. Saya hanya memberikan beberapa pandangan agama yang menjadi rule of law, maka saya akan dituduh kolot dan ekstremis.

Memperjuangkan

Kes yang sama berlaku di Pulau Pinang dan Shah Alam, Selangor baru-baru ini, apabila mereka yang memperjuangkan undang-undang syariah di negeri sendiri, dituduh oleh DAP sebagai pelampau atau ekstremis. Jemaah Islam Malaysia (JIM), sebuah pertubuhan moderat Islam, dituduhkan oleh ahli Parlimen Jelutung DAP, Jeff Ooi sebagai ekstremis atau pelampau. Manakala tindakan penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang merampas arak yang dijual di salah sebuah premis perniagaan di Shah Alam, yakni kawasan majoriti umat Islam, dihalang oleh Ronnie Liu, Exco Kerajaan Tempatan Selangor.

Saya masih ingat amanat Tunku Abdul Rahman mengenai pandangannya terhadap Bandaraya Shah Alam. Tunku pernah berpesan agar Shah Alam mesti bebas daripada arak dan kelab malam. Jika orang lain mahu melakukan perbuatan haram ini, mereka boleh pergi ke Kuala Lumpur, minumlah arak dan kunjungilah kelab malam sehingga tidak sedar diri kerana mungkin agama mereka membenarkan. Jika ditakdirkan Buddha dan Nabi Isa hidup hingga ke hari ini, rasa fikir tindakan manusia pelampau DAP sebegini akan dicela dan dikutuk.

Sejak memenangi banyak kerusi dalam PRU 12, DAP ternyata semakin biadab dan kurang ajar kerana turut campurtangan dalam hal-ehwal agama Islam yang menjadi agama persekutuan. Apakah hak parti politik ekstremis ini untuk campur tangan dalam undang-undang syariah negeri dan hal-ehwal Islam? Tidakkah mereka sedar bahawa Malaysia telah diisytihar sebagai sebuah Negara Islam walaupun ditentang hebat oleh mereka sebelum ini?

Tindakan DAP ini teramat-amat menghiris perasaan umat Islam. Saya juga mahu melihat apakah akhbar-akhbar Cina akan memaparkan berita ini di muka hadapan dan mendesak DAP meminta maaf kepada seluruh umat Islam seperti yang dilakukan terhadap artikel yang saya tulis? Kalau artikel yang saya ditulis diapi-apikan setiap hari, perkara yang sama hendaklah dilakukan oleh akhbar ultra kiasu ini, kerana tindakan DAP ini sudah mencabar kesucian dan kedaulatan kedudukan agama Islam yang termaktub dalam perlembagaan. Tindakan DAP ini bukan sahaja tidak sensitif, malahan dilihat cuba menghina dan merendah-rendah martabat agama Islam.

Persoalannya, adakah mereka akan meminta maaf? Apakah Pemuda DAP atau DAPSY akan mengeluarkan kenyataan yang sama seperti mana mereka memaksa saya meminta maaf? Ini yang selalu saya katakan, bila saya menulis perkara menyebelahi Islam Melayu, saya dituduh tidak sensitif dan dipaksa meminta maaf. Adakah DAP begitu sensitif? Inilah yang saya katakan nasib Melayu di bumi Melayu. Bila isu berkaitan bangsa Cina, akhbar-akhbar Cina mensensasikan isu tersebut, bila berkaitan dengan Islam, senyap sepi dan dianggap tidak penting.

Justeru, saya minta parti-parti politik Cina dan akhbar-akhbar Cina mesti memaksa Jeff Ooi dan Ronnie Liu minta maaf secara terbuka kepada umat Islam. Perkara berkaitan dengan Islam tidak boleh dipermain-mainkan. Apatah lagi jika matlamat hendak menghalalkan cara. ISA amat relevan untuk orang seperti ini.

DAP cuba menarik perhatian orang Cina untuk menghalalkan arak yang secara terangan diharamkan oleh Buddha, yang kini telah menjadi budaya hidup mereka, sama seperti hubungan seks luar nikah. Manakala PAS tetap dengan pendirian mengharamkan arak sebagaimana yang disebut dalam al-Quran. PKR belum lagi membuat keputusan kerana cuba memenangi hati kedua belah pihak untuk mengekalkan kedudukan.

Saya ingin mengingatkan PAS supaya berhati-hati dengan DAP dan parti yang sekutu dengannya. Parti DAP sudah terkenal dengan sikap ultra kiasu sejak penubuhannya lagi selepas PAP. Mereka mahu menjadi negara ini negara sekular, tanpa identiti Islam mahupun Melayu. Sebarang percubaan untuk mengislamkan atau memelayukan identiti negara ini akan ditentang habis-habis malah Karpal pernah berkata langkah mayat beliau dulu jika PAS berniat untuk menegakkan Negara Islam.

Saya amat berharap PAS mengkaji balik pakatan mereka dengan puak ekstrem ini. Lebih baik berkawan dan berdakwah dengan UMNO bagi membincangkan agenda memperkasakan Islam dan umat Islam. Biarkan DAP berkawan dengan mereka yang ingin menghalalkan cara. Saya ucapkan tahniah kepada PAS kerana berani bersuara dan mempertahankan yang hak. Ingatlah, selama-lamanya DAP tidak pernah bersetuju dengan Islam.

Sekarang terbukti, kerjasama seperti tidur sebantal, mimpi lain-lain. Lebih malang lagi, mimpi mereka saling bercakaran dan berprasangka. Saya ingin bertanya sekali lagi kepada DAP dan orang Cina keseluruhannya, agama apa yang menghalalkan arak? Apa yang saya belajar daripada tidak Islam dahulunya, sampai memeluk agama Islam, tidak ada satu agamapun yang mengatakan arak itu dibenarkan. Bagaimana matlamat boleh menghalalkan.

DAP perlu diingatkan bahawa mereka tidak akan menang banyak kerusi dalam PRU 12 baru-baru ini, tanpa sokongan orang Melayu. Justeru, jangan seperti kaduk naik junjung. Pernahkah sekali kita mendengar DAP meminta maaf apabila mereka menyinggung perasaan orang lain disebabkan oleh keceluparan dan kebiadaban mereka? Sudah tentu tidak. Tetapi apabila tiba giliran orang lain seperti saya, maka melalaklah mereka meminta kita umat Islam meminta maaf. Begitu juga pendirian parti politik Cina yang lain seperti MCA dan Gerakan.

DAP dan orang Cina perlu ingat, Melayu tidak dapat dipisahkan dengan Islam. Agama Islam dan Melayu ibarat darah dengan daging. Pendek kata, setiap manusia memerlukan agama, sebab agama itu datang daripada Tuhan. Suka atau tidak kita dengan agama, diakhirkan nanti kita tetap kembali kepada agama. Jika tidak, maka tidak perlulah dilakukan upacara kematian mengikut agama.

Tambahan pula, kematian manusia tidak mengenal usia. Kematian boleh datang secara tiba-tiba, bila-bila masa, tidak kira tua atau muda. Cuma kita diminta bersedia untuk mati. Tujuannya, tidak lain agar bila kita pergi nanti, kita telah membuat segala persediaan secukup, termasuk terhadap mereka yang kita tinggalkan agar tidak menderita. Justeru, kita perlu melakukan yang terbaik sepanjang waktu dan ketika.

Kita selalu berhujah untuk mempertahankan keburukan yang telah dilakukan. Misalnya, apa salahnya jika bersekedudukan sebelum nikah, asalkan kita bertanggungjawab selepas itu. Persoalan saya, bagaimana jika selepas itu, si polan mengambil keputusan tidak mahu mengambil tanggungjawab tersebut atau meninggal teman wanitanya secara tiba-tiba? Ada yang hanya sempat berkahwin 10 hari, kemudian bercerai. Siapakah yang akan menjadi mangsa? Sudah tentu wanita. Justeru, bila ada rule of law, nasib wanita akan sentiasa terbela.

Saya mempunyai beberapa kenalan Cina dan Melayu yang telah terlanjur melakukan seks bebas, kemudian ditinggalkan oleh teman lelakinya. Apa akan terjadi dengan anak luar nikah yang dikandung?

Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah ialah Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

Merujuk artikel Kebiadapan berterusan DAP: ISA kan sahaja!, sekali lagi ese menggesa pihak kerajaan untuk mempraktikkan ISA ke atas pelacur-pelacur agama daripada DAP ini.

1. Apakah benar pihak PAS akan terus mampu menekan DAP dalam hal sebegini sedangkan dalam pembangkang itu majoritinya adalah PKR dengan 31 kerusi parlimen, DAP dengan 28 buah kerusi parlimen dan PAS hanya dengan 23 buah kerusi parlimen?

2. Apakah benar seandainya Yang Berbahagia Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah menulis dalam Harakah atau mana-mana akhbar pro pembangkang sepertimana artikel-artikel beliau ini, akan berkecamuklah tuduh menuduh dalam pembangkang @ artikel-artikel beliau disunting dengan ketat malah tidak diterbitkan?

3. Apakah benar Bro Anuwar Bin Ibrahim akan terus memperjuangkan Malaysian Malaysia @ memperjuangkan nasib orang-orang Islam apabila berkuasa sedangkan perkara sebegini Bro Anuwar Bin Ibrahim hanya mengambil langkah berdiam diri @ melarikan diri?

4. Apakah benar sikap pembangkang apabila sesuatu isu itu kena atas batang hidung sendiri, mereka mengambil sikap untuk terus menyalahkan BN khususnya Umno sepertimana Khalid Ibrahim menyalahkan penduduk Melayu Shah Alam yang membuat laporan arak?

5. Di mana menghilangnya kesemua pesuruhjaya PAS negeri dan Mursyidul Am serta YB Tuan Presiden PAS dalam hal ini? Apakah perlu menjadi kera di hutan disusukan , anak di riba mati kelaparan @ Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata langsung tak terlihat?

6. ISA kan sahaja pelacur-pelacur agama daripada DAP ini.

7. Ese menyokong Operasi Lalang 2009 dilaksanakan.

P/S:

1. Memetik kata-kata Yang Berbahagia Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, "Mereka menuduh UMNO rasis, mereka apa kurangnya. Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih."

2. Tahniah kepada orang-orang Melayu daripada ahli-ahli PAS, Adil dan Umno yang sepakat berjuang atas prinsip agama yang 1 dengan mengenepikan sentimen politik sempit. Salam perjuangan untuk agama, bangsa dan negara.

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."
Blog Widget by LinkWithin

Blog Archive