Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, December 31, 2009

Raja-Raja Melayu Perlu Bertindak

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PERKARA 3 (1) Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PERKARA 11 (4) Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam.

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PERKARA 38 (2) Majlis Raja-Raja hendaklah menjalankan tugas-tugasnya bagi - (b) Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara ugama meliputi seluruh Persekutuan.

1. Kami pernah mempertikaikan kredibiliti Lau Bee Lan sebelum ini dalam artikel LAU BEE LAN: Antara Herald dan MB Perak, tapi nampaknya tiada siapa yang mengendahkannya.

2. Hari ini Lau Bee Lan menegaskan Kementerian Dalam Negeri telah bertindak secara salah ketika mengenakan larangan penggunaan perkataan "Allah" dalam penerbitan mingguan Herald dan telah membuat keputusan untuk memihak kepada tuntutan gereja.

3. Sudah sampai masanya Raja-Raja Melayu campur tangan dalam hal ini.

4. Sudah tiba ketikanya Perkara 11 (4) dikuatkuasakan habis-habisan.

5. Sudah tiba saatnya kuasa yang terkandung dalam Perkara 38 (2) (b) dititahkan oleh Raja-Raja Melayu.

6. Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

7. Jangan kita terikut jejak Indonesia yang caca marba anutan agamanya.

PANEH 2009: Nizar, B.A.B.I., PR, HINDRAF, Altantuya, Hadi, Isa

Tahun 2009 menyaksikan pelbagai peristiwa menarik berlaku di dalam dan luar negara. Sudah tentulah peristiwa dalam negara yang mendapat liputan hangat sepanjang 2009 menyentuh perihal politik Malaysia. Kami di Paneh Miang berusaha untuk menyajikan yang terbaik buat para pembaca kami yang tidak putus-putus memberikan sokongan kepada blog ini, walaupun kami hanyalah insan biasa menulis artikel yang tidaklah sehebat pemilik blog yang punyai nama dan rangkaian besar dalam arena politik tanahair.

Suara kecil kami berpegang kepada prinsip Ketuanan Melayu Kedaulatan Islam yang berpaksi kepada Al-Quran serta Keluhuran Perlembagaan. Walaupun mungkin ada yang keliru dengan misi kami yang kadangkala dilihat seperti menyokong kerajaan persekutuan dan adakalanya kelihatan menjadi pengkritik kerajaan yang lantang. Bab pembangkang tak payah ceritalah...memang mereka sering menjadi sasaran kritikan kami. Namun kami sentiasa mengamalkan "Call A Spade A Spade" dan terpulanglah kepada anda bagaimana untuk menilai kami.

Bagi pihak warga Paneh Miang, sekalung penghargaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Followers kami yang kian bertambah, rakan-rakan blogger yang banyak menyokong dan membantu kami, Suara Blog Utusan Malaysia dan Sinar Harian yang memberikan publisiti kepada kami, para pengunjung setia serta pembaca yang sering meninggalkan komentar dalam setiap artikel kami di sepanjang tahun 2009.

Walaupun kami sering mendambakan komentar bersifat ilmiah serta tidak lari daripada tajuk perbincangan, namun kami tetap husnulzan bahawa suatu masa nanti rakyat Malaysia akan lebih matang dan terbuka dalam memperdebatkan sesuatu isu yang diutarakan. Kami tidak akan menyekat apa saja komen yang ingin diluahkan KECUALI komen yang menyentuh secara keterlaluan sensitiviti agama Islam serta komen yang menggunakan nick orang lain. Lagipun kami tak buat Comment Moderation kerana menyahut seruan pembangkang yang kononnya memperjuangkan "Freedom of Expression"...huh...cakap je lebey puak pembangkang ni. Blog depa sendiri pun bacul sekat komen pelawat. Kritik sikit je terus nak saman orang. Itulah spesis spastik puak pembangkang di Malaysia.

Di bawah ini antara senarai artikel Paneh Miang yang paling banyak dibaca serta mendapat hit tertinggi melebihi 1500 Unique Visitors dan Page Hit melebihi 2000 pelawat per day di sepanjang tahun 2009. Special thanks to my lovely bro Paneh and Pencak_Silat for their great contribution. Semoga tahun 2010 akan menjadi medan yang lebih hebat untuk kita mencari kebenaran hakiki. Sayonara 2009.

Gadis Peluk Isa Samad - September 30, 2009 (31 Comments)

Amaran Hadi - June 11, 2009 (43 Comments)

Altantuya: PM jawab FITNAH - May 19, 2009 (50 Comments)

Breaking News - May 18, 2009 (34 Comments)

If PR governs this country... - May 17, 2009 (36 Comments)

B.A.B.I. - May 13, 2009 (46 Comments)

Nizar sah MB, Anwar pula yang sedih... - May 11, 2009 (36 Comments)

Wednesday, December 30, 2009

Kan dah kantoi..


1. Ketika mula-mula kisah kehilangan enjin F5-E heboh dilaporkan media utama negara serta menjadi perdebatan dikalangan blogger, kami mengambil pendekatan berdiam diri.

2. Ini kerana kami cuba memahami perkara tersirat yang mungkin cuba disembunyikan disebalik 'kekecohan' kehilangan enjin jet tersebut.

3. Namun apabila Che Det menulis mengenai MiG-29 di blog popularnya, maka kami dapat mengagak apa sebenarnya yang sedang berlaku.

4. Kami sedia maklum akan kehilangan enjin F5-E sejak tahun lepas kerana sahabat kami yang merupakan salah seorang pegawai penyiasat kes kehilangan enjin tersebut telah terlepas cakap semasa berborak sambil pekena teh tarik di sebuah restoran di Senawang.

5. Bagaimanapun kisah kehilangan enjin jet itu tidak lagi dibincangkan kerana ia melibatkan keselamatan negara dan sementelah kes tersebut masih dalam siasatan.

6. Kes kecurian sebegini bukanlah sesuatu yang pelik kerana hanya sedikit peranan yang dimainkan pegawai tentera yang korup, ditambah pula dengan dokumen dan pemalsuan tandatangan, enjin jet seperti itu boleh diseludup keluar tanpa pengetahuan sesiapa.

7. Si pencuri pasti tidak bodoh untuk membawa seketul besar enjin F5-E keluar tanpa menceraikan komponennya terlebih dahulu agar ianya lebih mudah diangkut.

8. Lagipun, kebanyakan alat ganti pertahanan kebiasaannya 'dikerjakan' oleh kontraktor luar yang dilantik.

9. Kami pernah menulis mengenai proses tender pembekalan alat ganti TLDM dalam artikel "Kalau nak projek kau jolok la sikit" dan tidak mustahil perkara yang sama turut berlaku dalam pasukan TUDM.

10. Berbalik kepada kisah asal, apabila Che Det mula mempertikaikan hasrat Kementerian Pertahanan melupuskan MiG-29, bermakna agenda sulit korupsi mula terbongkar.

11. Secara peribadi kami tidak pernah percayakan Zahid Hamidi dan sentiasa menganggap Zahid sebagai 'Anwar Boy'.

12. Hakikat persahabatan Zahid dan Anwar bukan lagi rahsia sejak dulu, sehinggakan Zahid sanggup ditahan ISA atas kesetiaannya yang begitu tinggi terhadap Anwar.

13. Kami juga beranggapan kedudukan Zahid sebagai Naib Presiden 1 Umno amatlah berbahaya dan dia sepatutnya tidak diberikan kedudukan setinggi itu.

14. Walaupun Zahid pernah menjadi setiausaha kepada Najib, tapi Najib sepatutnya sedar bahawa Anwarlah yang merancang perletakan Zahid sebagai setiausaha ketika itu bagi memudahkannya memantau segala pergerakan Najib.

15. Semata-mata kerana Anwar pernah menganggap Najib sebagai ancaman ketika Anwar masih sebagai Timbalan Presiden Umno serta Timbalan Perdana Menteri.

16. Access yang dimiliki Zahid hari ini memungkinkan segala maklumat rahsia parti dan kerajaan terlepas ke tangan pembangkang sementelah Anwar sendiri pernah mengakui yang dia masih mempunyai ramai sahabat baik dalam Umno.

17. Siapa lagi sahabat Anwar dalam Umno?

18. Berdasarkan telahan kami, kes kecurian enjin F5-E diperbesarkan adalah untuk cover kisah pelupusan MiG-29 bagi mengelakkan ia menjadi tumpuan umum.

19. Apabila ramai yang terlepas pandang akan hasrat Kementerian Pertahanan melupuskan MiG-29, maka senanglah keputusan itu diluluskan dan semakin mudahlah perantara (0rang tengah) menjalankan kerja kotor mereka.

20. Seperti kata Che Det, "Penjualan dan pembelian pesawat oleh Kerajaan mampu memberi keuntungan besar (berjuta-juta) kepada orang tengah. Apakah ada kepentingan orang tengah yang mempengaruhi keputusan kondem MiG-29 untuk beli yang baru?"

21. Siapakah orang tengah tersebut?

22. Che Det tidak mengulas mengenai kehilangan enjin F5-E sebelum ini, sebaliknya memilih untuk berbicara mengenai MiG-29.

23. Nampaknya ada orang sudah tersalah tafsir keupayaan Che Det mengesan krisis.

24. 2010 pasti merupakan tahun yang mencabar buat Najib.

25. Pesanan kepada Najib, berwaspadalah dengan mereka disekeliling anda.

26. Kerana jerat tidak akan sesekali melupakan pelanduk.

Tuesday, December 29, 2009

Please take note Muhyiddin

Inilah antaro sobab mengapo Sejarah perlu menjadi subjek WAJIB LULUS dalam semua peperiksaan utama peringkat sekolah. Cubo tengok contoh jawapan peperiksaan pelajar bernama Thye Dot Dot Dot dari St. Francis Institution, Melaka kat bawah ni. Namo pelajar ni terpakso dipadam separuh, kok tak malu lak budak ni dan keturunan dio. Bulih klik pado gambar untuk bosarkan. Tapi den dah salin dan taip tanpa mengubah walau sehuruf pun jawapan budak Cino ni kok sesapo tak dapek nak baco tulisan dalam gambar tu. Kementerian Pelajaran di bawah Muhyiddin tolong la buek apo yang patut yor.

Sejarah
Bahagian A

Agama Islam memberikan banyak pengaruh terhadap masyarakat Melayu tradisional pada abad ke-19. Pada abad tersebut, masyarakat Melayu hidup dalam kegelapan. Kebanyakan masyarakat mengamalkan jual riba dan melakukan banyak kesalahan seperti mencuri, merogol dan sebagainya. Kaum wanita pula dipandang hina dan mereka tidak dapat mewarisi kebijaksanaan moyang mereka.

Setelah agama Islam dipupuk. Penganut agama Islam mengenal sistem tenaga nasional. Iaitu sebuah penjana kuasa elektrik yang memberikan masyarakat Melayu lampu. Dengan adanya cahaya dari lampu, masyarakat Melayu tidak akan hidup dalam kegelapan. Perlakuan seperti zina, riba, judi dan sebagainya tidak dilakukan lagi kerana mereka malu adanya tiang lampu di merata-rata yang menyuluh tingkah laku mereka. "In English, they are too shy to do tat stuff in the light. Scared people see ma. Stupid."

Mereka akhirnya dapat belajar kerana mempunyai lampu meja dan ini menjadikan mereka bijak. Mula-mula mereka mengambil UPSR, kemudian PMR, SPM dan akhirnya STPM. Banyak yang telah pergi ke Universiti Cahaya Langit kerana di sana terdapat cahaya lampu untuk pelajaran mereka.

Perempuan tidak lagi dipandang hina kerana setelah ada...


cahaya, "Men felt shy because their body part are different. 1 bolt 1 nat. Really tin la." Adanya elektrik, mereka tengok filem crita pokemon dan digimon.

Akhirnya mereka berjaya membina bulih ampangan yg Sabah itu dengan jentera yg berkuasa tinggi.

Sejarah
Bahagian B

Pada masa kegemilangan China dan Jepun, penduduk mereka mengamalkan kepentingan fahaman Confucius di China dan agama Shinto di Jepun.

Agama Confusius ini memang "confusing" entah bila masa mahu makan dan entah bila mahu bertapa. Let me explain k!? Sebelum adanya ajaran confucius, dunia di China adalah huru hara kerana raja syaitan dunia akan dilahirkan dan memusnahkan dunia. dengan itu, Dewa mengarahkan Senza untuk mendapatkan kitab suci confucius untuk mengalahkan raja syaitan. Tetapi penjelmaannya susah sehingga banyak awek iblis yang cantik menggodanya. Dia terpaksa mencari pengikut untuk membantunya. Iaitu cerehan monyet, babi, kuola dan hantu air. Selepas mendapatkan kitab suci, Raja Syaitan dikalahkan. Dan semua orang memahami ajaran confucius walaupun sangat "confusing" kalau tidak raja syaitan akan muncul semula.

Ajaran Shinto pula datang dari Tom Cruise. Dia ni sorang askar generallah dungu mat pangkatlah H get liau. Dia mahu kill all the stupid Japanese because they samurai all so lazy steal stuff. Tetapi kena tangkap dan diberi fahaman samurai. Selepas dilepaskan dia tak mahu balik pula kerana ada awek cantik ma. Lepas itu dia feng hust chai lo. His people want to kill him pun tak jadi. Ini telah tersebarnya shinto.


Secara kesimpulan, shinto dan confucius dilahirkan kerana awek cantik yang terlalu menggoda.

Di sini saya bersertakan satu pantun.

Berjalan-jalan di tepi muara,
Hendak mencari anak dara,
Kalau nak cari mak dara,
Pi tepi muaralah.

p/s: Den dongar cerito mulai tahun dopan 2010, Skim Baucer Tuisyen [SBT] untuk murid-murid miskin Tahun 4-6 akan dimansuhkan. Bantuan Pakaian Pasukan Seragam Kokurikulum untuk murid-murid daripado keluargo berpendapatan rendah pun dongar eh nak mansuh gak. Mak bapak pun khabar eh kono bayar balik yuran tahunan sekolah untuk setiap murid. Iyo ko Muhyiddin? Kementerian Pelajaran bulih kasi clear ka isu ni?

Monday, December 28, 2009

Lama punya cerita..

Rujukan: ccg.org/indonesian
Penggunaan lilin bagi tujuan pemujaan mula diamalkan oleh penganut agama Aryan kuno yang menggunakannya dalam upacara Yule bagi menghindari dewa-dewa guruh, ribut dan taufan. Dalam upacara tersebut, lilin dinyalakan dan kemudiannya diikat pada pokok oak yang dianggap keramat.

Pada Zaman Gelap Eropah, beberapa kawasan seperti Ruthenia dan Eropah amnya, lilin telah digunakan oleh pencuri dan perompak sebagai peransang untuk tidur. Lilin pada zaman itu diperbuat daripada anatomi lemak manusia. Kaedah pembuatannya adalah dengan menggunakan tulang-tulang manusia yang diisikan dengan lemak badan orang yang telah digantung mati. Kebanyakan lilin pada ketika itu diperbuat daripada tulang jari anak yang baru lahir; dan dikhabarkan lilin berkualiti tinggi menggunakan tulang jari anak yang belum lahir sebagai bahan. Pada penghujung abad ke-17 di Eropah, para perompak dan pencuri lazimnya akan membunuh wanita-wanita mengandung bagi mendapatkan tulang jari anak dalam rahim mereka untuk dibuat lilin.

Amalan Aryan kuno yang diserap ke dalam agama Katolik dan Ortodoks kini dikenali sebagai lilin Easter. Kebanyakan masyarakat Jerman akan menyalakan unggun api besar sewaktu Easter serta menghantar kayu-kayu api ke setiap rumah untuk dinyalakan unggun api bagi menghindari dewa-dewa guruh, ribut dan taufan. Lilin pula dibakar untuk melindungi diri daripada kumpulan ahli sihir. Lilin tunggal raksasa dinyalakan sebelum Easter Hari Minggu dan kemudiannya kesemua lilin gereja dinyalakan daripada lilin tunggal tersebut. Amalan ini kebiasaannya berterusan selama setahun sehinggalah tiba hari Easter berikutnya.

Sesetengah masyarakat turut menganggap lilin sebagai simbolik kepada cara pemikiran 'Doktrin Jiwa'. Dalam sistem Asyur-Babilon, lilin dipercayai sebagai 'simbol terang' individu yang berkaitan dengan riwayat hidup dalam kehidupan alam semesta dan universal. Amalan menyalakan lilin di hadapan mezbah-mezbah kafir yang kemudiannya menjadi amalan agama Kristian adalah bersandarkan pada premis yang terkandung dalam doktrin kafir yang berkehendakkan 'Keabadian Jiwa'.

Pelbagai jenis pemujaan melalui penggunaan lilin pernah dilakukan masyarakat kuno bagi mengasingkan 'kesucian' seseorang individu melalui kuasa roh bagi menyenangkan entiti yang dipuja. Lebih banyak entiti yang mahu disenangkan, maka lebih banyak lilin yang perlu dinyalakan. Seperti di bawah?

Sunday, December 27, 2009

Anwar setaraf...



Tak sangko lak den yang nilai penasihat ekonomi Selangor setaraf ngan tikus kat Shah Alam. Kok dah dibayar singgit, dapek barang pun nilai singgit gak la!

Friday, December 25, 2009

Dewa Matahari, Pokok Krismas & Santa Claus

Rujukan Sumber: ccg.org/indonesian

25 Disember juga dikaitkan dengan Mithras yang merupakan dewa Matahari. Ahli liturgi Katolik iaitu Mario Righetti (selain daripada Duchesne dan juga Cullman) berpendapat bahawa:

Selepas pendamaian Jemaat Rom, untuk memudahkan penerimaan iman ini oleh masyarakat pagan, ia mendapati sesuai untuk menjadikan 25 Disember sebagai perayaan kelahiran duniawi Kristus, bagi mengalihkan perhatian mereka daripada perayaan yang dirayakan pada hari yang sama sebagai penghormatan kepada "Matahari Tidak Terkalah" Mithras, penakluk kegelapan (nota kaki 74, II,mukasurat 67; petikan juga di dalam karya Bacchiocchi, From Sabbath to Sunday, Pontifical Gregorian University Press, Rome, 1977, mukasurat.260).

Maka itu, Mithras merupakan dewa perayaan solstis pada 25 Disember yang tiba sejurus selepas Saturnalia. Merujuk kepada dewa ini, maka kita dapat melihat bagaimana ibadat hari Minggu bermula di Rom.

Ucapan-ucapan kepada Mithra adalah sebagai Soli Invicto Mithrae atau Matahari Tidak Terkalah – Matahari Tidak Tertakhluk sebagaimana yang digelarkan oleh Frazer. Ia juga disebut sebagai Sol Invictus Elagabal dalam bentuk umum agama tersebut.

Gelaran Father (Bapa) merupakan pangkat yang dipegang oleh para paderi Mithra. Istilah ini dilarang untuk orang Kristian (Matius 23:9). Penggunaan nama Father diserap ke dalam agama Kristian melalui kultus-kultus Misteri.

Kalendar asal sistem Rom memulakan minggu pada hari Sabtu dan sudahpun digunakan pada tahun-tahun awal era Augustan (27 SM hingga 14 TM) berikutan penemuan kalendar Nola. Struktur ini nampaknya berkaitan dengan sistem Mithras (Celcus Epicurea (sekitar 140-180 TM) di mana Matahari menduduki tempat tertinggi pada tangga kenaikan melalui tujuh pintu gerbang tangga Mithraic iaitu dari Saturn hingga Matahari. Ini merupakan Shamanisme klasik dan diamalkan oleh agama bersifat animistik di seluruh dunia. Di dalam karya Origen Contra Celsum, 6,21-22, Celsus menyenaraikan planet-planet mengikut urutan terbalik demi membolehkan Matahari menduduki posisi ketujuh yang penting.

Sistem ini kemudiannya muncul sebagai simbolisme hari kelapan di dalam sistem Rom bagi minggu yang bermula pada hari Saturn atau Sabtu dan berakhir dengan hari Matahari atau hari Minggu yang sentiasa merupakan hari cuti. Minggu planetari juga tidak mengikut aturan sebenar planet dan orang ramai jarang dapat menentukan perbezaannya.

Perbezaan juga boleh dilihat melalui perbandingan dengan Ziggurat daripada sistem Babilon dalam tujuh tahap kenaikan kepada dewa Bulan (rujuk karya Anak Lembu Emas [222]. Tertullian dalam buku Ad Nationes, 1, 13, ANF, III, mukasurat 123, telah cuba untuk menafikan tuduhan penyembahan Matahari. Tertullian menegaskan pada masa itu orang Kristian telah mula berdoa ke arah timur dan menjadikan hari Minggu sebagai hari berpesta. Dia secara langsung menyalahkan kultus-kultus penyembah Matahari ke atas pertukaran ibadah hari Sabat kepada hari Minggu dengan hujah bahawa mereka mengutamakan hari itu daripada hari sebelumnya (iaitu Sabat atau Sabtu). Namun ketika itu mereka sudahpun beribadat pada hari tersebut selain hari Sabat Kristian.

Pokok Krismas

Pokok pain berhias berasal secara langsung daripada kultus-kultus Misteri dan penyembahan dewa Attis. Ia dipercayai berasal daripada seorang lelaki yang menjelma menjadi pokok dan merupakan penjelmaan semangat-pokok kuno yang kerap ditemui dalam mitologi India atau Indus kuno seawal zaman Harappa dan Mohenjo Daro. Lelaki itu dikisahkan kononnya merupakan dewa kesuburan jagung dan memakai topi Phrygia seperti Mithras (daripada suatu ukiran patung di dalam Lateran; Frazer, v, mukasurat 279).

Pokok pain yang dihiasi bunga kembang pagi (ungu) dan lingkaran bulu biri-biri adalah seperti pembawaan masuk pokok-Mei (pokok-Musim Panas) dalam adat penduduk moden. Patung yang dipasangkan pada pokok tersebut merupakan satu salinan mewakili dewa Attis. Ia secara tradisi akan disimpan sehingga ke tahun seterusnya sebelum dibakar (Firmicus Maternus De errore profanarum religionum; rujuk Frazer, v, mukasurat 277 dan nota 2).

Tujuan asal adat ini adalah untuk mengekalkan semangat tumbuhan di sepanjang tahun berikutnya. Orang-orang Phrygia menyembah pokok pain lebih daripada penganut lain dan dipercayai di kawasan inilah terbitnya misteri-misteri dalam sistem Mithras. Resin pokok pain seterusnya dibakar sewaktu perayaan-perayaan solstis walaupun asal-usulnya tidak lagi wujud sejak sistem Asyur-Babilon diperkenalkan.

Gambaran dewa Attis ditukar kepada simbol Matahari sebagai bingkai pemegang pada sebelah atas pokok pain dan kemudian diletakkan hiasan-hiasan berbentuk angels, matahari, bulan serta bintang-bintang sistem Triune sebagaimana kepercayaan masyarakat Babilon seperti Sin Ishtar serta bintang kepercayaan masyarakat Mesir seperti Shamash atau Isis, Osirus dan Horus (karya Anak Lembu Emas [222]).

Buah-buah pain juga digunakan untuk menghasilkan sejenis wain dalam upacara-upacara liar Cybele, yang pada dasarnya sama dengan pesta-pesta liar Dionysius dan Strabo. Pada pesta Thesmophoria, buah ini dibuang bersama babi serta lain-lain lambang kesuburan ke dalam kubah keramat Demeter bagi tujuan menambahkan kesuburan tanah dan golongan perempuan.

Santo Nicholas kepada Santa Claus

Santa Claus merupakan satu ciptaan produk komersial Amerika yang terkemudian. Ianya bermula daripada cerita rakyat Jerman dan Belanda. Asal-usulnya adalah daripada entiti yang digelar sebagai Santo Nicholas.

Santo Nicholas asalnya adalah Nicholas dari Myra di Lycia. Dia telah meninggal dunia pada 6 Disember 345 atau 352 (Catholic Encyclopedia, Vol. XI, mukasurat 63). Nicholas terkenal dalam jemaat Yunani dan Latin, namun tiada siapa yang dapat memastikan salasilahnya dengan tepat kecuali khabar umum mengatakan bahawa dia merupakan biskop Myra pada abad ke-4 (ibid., mukasurat 64). Nicholas dilaporkan lahir di Parara, Lycia di Asia Minor. Sewaktu zaman mudanya, Nicholas telah melawat Mesir dan Palestin. Sejak kepulangannya, beliau telah diangkat menjadi biskop Myra serta pernah dipenjarakan sewaktu tempoh penganiayaan Diocletian. Nicholas kemudiannya dibebaskan apabila Constantine menaiki takhta. Para penganut Katolik menyatakan bahawa Nicholas pernah datang ke Nicaea namun setelah disemak, namanya tidak wujud dalam mana-mana rekod kawasan itu.

Pada tahun 1087, para pedagang Itali telah mencuri mayat Nicholas di Myra dan seterusnya membawa mayatnya ke Bari. Kultus Nicholas kemudiannya telah bermula di Itali sejak itu. Konon dikhabarkan Nicholas telah melakukan pelbagai keajaiban, hasil daripada cerita tradisi yang diperkatakan turun-temurun. Namun kebanyakan kisah yang diceritakan mengenai Nicholas tiada kena-mengena langsung dengan orangnya.

Kultus Nicholas seperti yang dikisahkan dalam jemaat Yunani sudah wujud sejak sekian lama dan keajaibannya terus diperkatakan dalam jemaat Rusia walaupun ia hanya bermula selepas kematian Nicholas (sekitar 1000M). Maharaja Justinian I telah membina sebuah gereja khas untuk menghormati Nicholas di Constantinople dan namanya muncul di dalam liturgi yang ditulis John Chrysostom (ibid).

Kultus Nicholas di Eropah bermula sejak zaman Otto II yang mana isterinya Theophano merupakan seorang berbangsa Yunani. Biskop Reginald dari Eichstadt turut menulis suatu metrik berjudul Vita S. Nicholai. Nama Nicholas amat dihormati sebagai santo penaung di Greece, Rusia, Naples, Sicily, Lorraine, kawasan Diocese bagi Liege serta banyak bandar di Itali, Jerman, Austria dan Belgium, Campen di Netherlands, Corfu di Greece, Frieburg di Switzerland dan Moscow di Rusia (ibid). Nicholas juga dianggap sebagai penaung bagi pelaut, pedagang, pengurus bank dan kanak-kanak.

Relik-reliknya masih dipelihara di gereja S. Nicola di Bari. Sejenis bahan berminyak yang dikenali sebagai Manna di S. Nicola dikatakan mengalir keluar daripada relik-reliknya itu. Ia kononnya dihargai kerana mempunyai ciri-ciri penyembuhan.

Satu dongeng yang dikaitkan dengan Nicholas ialah mengenai pembentukan tiga bola emas, di mana setiap satunya diperbuat daripada syiling emas yang merupakan upah pekerjaannya selama setahun. Satu daripada bola emas itu kemudiannya digolekkan melalui jendela kepada sebuah keluarga baik yang memerlukan. Bola emas pertama dikatakan jatuh ke dalam sarung kaki (kini sarung kaki Krismas). Ia kononnya membolehkan penerima bola emas itu berkemampuan untuk mengahwinkan anak-anak perempuan mereka. Dua bola emas yang lain seterusnya menjadi milik pemajak gadai serta menjadi simbol naungannya ke atas para pedagang.

Tradisi-tradisi seperti ini dikaitkan dengan kemurahan hati Nicholas yang membawa kepada amalan para biarawati Norman Perancis yang akan menderma kepada orang miskin pada hari Santo Nicholas, yang kemudiannya dikenali sebagai Boxing Day sempena kotak (box) derma gereja. Ia kekal menjadi tradisi di sebalik Boxing Day pada 26 Disember setiap tahun. Di Jerman, Christ Bundles (bungkusan Kristus) juga diberikan kepada golongan miskin dan perarakan-perarakan tahunannya turut membawa masuk tanda-tanda dewi Ibu Surgawi milik Misteri-Misteri itu.

Amalan di mana kanak-kanak turut menyimpan sepanjang tahun untuk babi tahunan sewaktu Krismas di Holland telah membawa kepada pengenalan bank berbentuk babi (piggy bank).

Manakala kewujudan elemen lain dalam perayaan Krismas seperti jubah-jubah Roma palsu golongan paderi yang dipakai sewaktu Perayaan Orang-orang Bodoh, kisah-kisah mengenai tunggangan liar Odin serta janggut-janggut golongan Majus dengan makhluk-makhluk Elf dalam pesta-pesta Yule, telah tercipta lebih kemudian daripada pokok krismas.

Perayaan Krismas nampaknya turut mengalami nasib yang sama seperti kisah-kisah dongeng yang pernah wujud dalam mitos lain.

Thursday, December 24, 2009

Cayalah Hadi...

1. Bila Hadi mengatakan parti-parti dalam pakatan pembangkang tidak mahu tergesa-gesa mendaftar sebagai sebuah parti politik, maka timbul polemik berdasarkan kenyataannya itu.

2. Namun kami tidak salahkan Hadi yang mungkin masih was-was dengan agenda peribadi 'sahabat sebantal tapi mimpi lain-lainnya' iaitu DAP dan PKR.

3. Hadi pasti tidak ingin melihat Malaysia berubah menjadi 2nd Lion iaitu Singapura sekiranya tampuk kuasa negara ini kelak dikuasai oleh DAP dan PKR.

4. Singapura keluar dari Gagasan Malaysia pada 9 Ogos 1965.

5. Melalui Akta Nombor 9, 1965 atau dikenali sebagai Akta Kemerdekaan Republik Singapura telah memaktubkan bahawa Perlembagaan Singapura asalnya adalah pemakaian Perlembagaan Malaysia yang tertakluk kepada perubahan dan pindaan yang sewajarnya.

6. Kerana itulah Perkara 152 Perlembagaan Republik Singapura turut memberi jaminan mengenai kedudukan istimewa orang-orang Melayu.

7. Namun realitinya, adakah orang Melayu Singapura diberikan keistimewaan seperti yang dikecapi orang Melayu di Malaysia selepas PAP iaitu abang angkat DAP memegang tampuk kuasa?

8. Kami sering mendengar banyak kenyataan seperti ini:-
"Pulau Pinang adalah sebahagian dari Malaysia dan menurut Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, keistimewaan untuk orang Melayu harus diberikan. Kerajaan DAP Pulau Pinang mesti memberikan keistimewaan kepada orang Melayu yang mana jika tidak, Kerajaan DAP Pulau Pinang telah melanggar Perlembagaan."

9. Walaupun kenyataan di atas mungkin ada benarnya, tapi kami cenderung dengan pandangan berbeza.

10. Kami yakin dan percaya bahawa kemahuan politik dan kuasa (political will and force) adalah penting untuk mematuhi perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

11. Sekiranya kuasa memerintah enggan mematuhi perkara yang termaktub dalam perlembagaan, maka keadaan pasti akan berubah walaupun secara prinsipnya keengganan tersebut bertentangan dengan semangat yang telah sedia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

12. Walaupun pemerintah Singapura tidak meminda perkara yang telah sedia termaktub dalam Perlembagaan Republik Singapura selepas negara itu keluar daripada Malaysia, namun mereka telah MENAMBAH beberapa perkara dalam perlembagaan bagi memastikan kelebihan berpihak kepada kaum mereka.

13. Rentetan itulah maka peristiwa-peristiwa berikut berlaku di Singapura. Antaranya;

a. Empat orang pelajar perempuan dibuang sekolah kerana berkeras hendak memakai tudung ke sekolah. Alasan pembuangan kerana melanggar peraturan uniform sekolah di Singapura. Tiada pertimbangan daripada pihak kerajaan Singapura akan kepercayaan pelajar tersebut kepada agama Islam yang mewajibkan wanita menutup aurat.

b. Corong atau pembesar suara di setiap masjid mesti dihalakan ke dalam dan tidak boleh diletakkan ke arah luar masjid. Ia dilakukan atas alasan menjaga sensitiviti penganut agama lain dan bagi menjaga suasana harmoni beragama di Singapura. Maka suara azan tidak lagi kedengaran berkumandang jelas di luar masjid.

c. Pengambilan tanah Istana Kampung Gelam milik keturunan Sultan Hussain (keturunan Diraja Johor) oleh kerajaan Singapura telah menyebabkan keturunan beliau diusir dari istana dan tempat tersebut dijadikan Bangunan Warisan untuk tujuan pelancongan.

d. Polisi pembinaan dan bangunan tempat tinggal wajib diperuntukkan kepada kaum Cina 75%, Melayu 13%, India 8% dan lain-lain kaum sebanyak 4% yang menyebabkan orang Melayu berpecah-belah walaupun kawasan yang dibangunkan asalnya diduduki oleh majoriti orang Melayu.

e. Pencapaian pendidikan serta ekonomi orang Melayu jauh ketinggalan disebabkan gagal bersaing dalam sistem meritokrasi serta budaya kiasu yang diamalkan pemerintah Singapura.

14. Semua perkara yang dinyatakan di atas berlaku disebabkan polisi pentadbiran yang diperkenalkan kerajaan Singapura yang dikuasai pemimpin PAP (DAP Big Brother), walaupun Perlembagaan Republik Singapura menjamin kedudukan serta hak istimewa orang Melayu.

15. Maka bumiputera di negara ini perlu sedar akan hakikat hidup orang Melayu Singapura yang tidaklah seindah berbanding saudara sebangsa mereka di Malaysia.

16. Justeru, DAP dan PKR yang mempunyai keahlian bukan Melayu yang ramai, tidak perlu untuk meminda Perlembagaan Persekutuan sekiranya mereka berniat untuk meminggirkan orang Melayu serta kepentingan mereka.

17. Hanya cukup sekadar DAP dan PKR diberi peluang memerintah dan selebihnya pasti mereka akan melaksanakan dasar meritokrasi di setiap sektor.

18. Mungkin Hadi menyedari tidak berapa lama lagi Bro Anwar Bin Ibrahim akan kembali menjadi penghuni tetap Sungai Buloh disebabkan hobinya selaku back stabber yang masih sukar dibendung.

19. Atau kata-kata Lim Guan Eng, "Tolak DEB dan kami akan gantikan dengan meritokrasi" masih lagi terngiang-ngiang di telinga Hadi.

20. Bukankah itu mirip dasar yang dilaksanakan pemerintah Singapura?

21. DAP dan PKR harus berhati-hati dengan Hadi.

22. Kerana Hadi hari ini adalah individu berbeza berbanding ketika melaungkan Amanat Hadi lebih 20 tahun dahulu.

23. Umat Islam adalah bersaudara, maka damaikanlah saudaramu yang bertelingkah itu.

Wednesday, December 23, 2009

Pedra Branca - Yang TERGADAI


Inilah Surat Pembunuh yang menggadai sebuah kepentingan berasaskan ekonomi dan Raja Melayu. Sudah pasti anak, cucu dan cicit insan yang dinamakan M.Seth bin Said ini masih hidup. Apakah keputusan yang ditulis ini datang daripada tindakan BIJAKSANA atau keputusan yang telah dibeli oleh Inggeris 4 tahun sebelum MERDEKA.

Berapa ramaikah Rakyat Raja yang hari ini mempunyai modus fikrah seperti insan ini? Apakah 50 tahun mendatang, satu lagi hak sebenar Rakyat Raja akan tergadai?

Tuesday, December 22, 2009

Hati-hati bercakap tu Najib!

1. Kami cuba untuk memahami mesej tersirat yang cuba disampaikan Najib apabila beliau menyeru rakyat Malaysia terutamanya Melayu untuk mempelajari bahasa Mandarin.

2. Dua alasan yang diberikan Najib supaya mempelajari Mandarin disebabkan China telah muncul sebagai salah satu kuasa besar dalam ekonomi dunia dan agar bangsa Melayu dapat memahami kaum Cina dengan lebih baik.

3. Namun, alasan kedua yang diberikan Najib agak meragukan kami.

4. Dewasa ini, walaupun kebanyakan kaum bukan Melayu memahami serta mampu bertutur dalam bahasa Melayu (walaupun masih ramai yang pelat), namun mereka kelihatan gagal memahami sensitiviti bangsa Melayu.

5. Buktinya, ramai kaum bukan Melayu yang sering mempertikai, memperkecil, malah memperlekehkan Raja-Raja Melayu, Islam sebagai agama Persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta hak-hak istimewa Melayu yang sedia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

6. Kami belum lupa bagaimana menteri-menteri bukan Melayu pernah menghantar memorandum mempertikaikan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

7. Masih jelas dalam ingatan kami akan niat Karpal yang ingin menyaman Sultan Perak.

8. Masih terbuku dihati kami apabila Teresa Kok memadam tulisan jawi di papan tanda jalan serta mengarahkan agar laungan Azan diperlahankan.

9. Masih terpendam kemarahan kami dengan klip video Wee Meng Chee, blogger mempertikaikan Islam, sokongan terbuka terhadap komunis serta forum kontroversi yang dianjurkan Majlis Peguam; dan sehingga kini masih tiada ketegasan sewajarnya daripada Kementerian Dalam Negeri dalam menangani isu tersebut.

10. Itu hanya sebahagian kecil peristiwa yang berlaku dalam negara.

11. Masih banyak lagi yang boleh disenarai akan 'keikhlasan' kaum bukan Melayu yang 'tersangatlah memahami' sensitiviti bangsa Melayu; walaupun kaum bukan Melayu kononnya faham serta mampu bertutur dalam bahasa Melayu.

12. Akta Pendidikan 1996 digubal semasa Najib menjadi Menteri Pendidikan.

13. Kesan daripada akta tersebut, maka sekolah vernikular kini mendapat keistimewaan bantuan daripada kerajaan.

14. Harus diingat semasa Akta Pendidikan 1996 digubal, kerajaan mahupun Najib ketika itu tidak pun menerima sebarang tekanan daripada kaum bukan Melayu.

15. Rentetan itulah maka kami pernah menyuarakan ketidakpuasan hati berkenaan akta ini dalam artikel Dua Orang Sepupu Yang Kurang Cerdik serta Dasar Pemimpin Yang Menyalahi Perlembagaan.

16. Bagi kami, mengutamakan bahasa Mandarin atau bahasa Tamil adalah bertentangan dengan hak kesamarataan dan hak pendidikan di Malaysia.

17. Ketika kesedaran semakin berkembang di kalangan rakyat akan peri pentingnya Sistem Satu Sekolah dilaksanakan bagi menjamin perpaduan dan keamanan berterusan, Najib pula mengusulkan agar rakyat mempelajari bahasa Mandarin.

18. Kenyataan Najib agar bangsa Melayu mempelajari Mandarin seolah cubaan untuk menyamaratakan bahasa tersebut dengan bahasa Melayu.

19. Secara tidak langsung Najib turut mengiktiraf SJKC dan sekaligus 'membunuh' aspirasi sebahagian besar rakyat yang ingin merealisasikan penyatuan kaum melalui bahasa kebangsaan.

20. Tidaklah salah jika Najib menggalakkan rakyat menguasai bahasa asing demi pemerkasaan ilmu dan ekonomi, tetapi ia menjadi KESALAHAN BESAR apabila beliau menyebut secara spesifik agar mempelajari bahasa Mandarin.

21. Pengiktirafan yang diberikan Najib kepada bahasa Mandarin kelak akan menyukarkan usaha ke arah penyatuan penduduk berbilang kaum di Malaysia.

22. Masalah akan timbul akibat terlalu ingin menjaga perasaan kaum lain sehingga kelihatan seperti meminggirkan kepentingan bangsa sendiri.

23. Hati-hati bila berkata wahai Najib.

24. Bercakap sebagai menteri berbanding bercakap selaku Perdana Menteri adalah sangat besar beza serta banyak jurang kuasanya.

25. Takut nanti kata-kata tersebut dijadikan peluru oleh musuh untuk 'menembak' kembali kerajaan.

26. Jangan sok kok menyosa...

Monday, December 21, 2009

Ketuanan Pas Ketuanan Buddha

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PERKARA 3 (1) Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan (MALAYSIA); tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

Takrifan AMAN = Pembinaan tempat ibadat agama lain perlu mematuhi undang-undang sedia ada.

Takrifan DAMAI = Tempat ibadat agama lain bukan untuk diperagakan atau ditunjuk pada orang awam.


Ini adalah Standing Buddha Kampung Tawang



Ini pula Masjid Kampung Tawang



Bandingkan perbezaan ketinggian antara Standing Buddha dengan Masjid di Kampung Tawang


Di manakah letaknya Kampung Tawang? Adakah kedua senibina ini didirikan di negeri yang ditadbir oleh parti yang kononnya memperjuangkan Islam? Wajarkan rumah ibadat agama lain dibina lebih tinggi daripada Masjid di negara yang mengiktiraf Islam sebagai agama Persekutuan? Siapa yang nak kena fikir ni...takkan si Nabil kot?

Sunday, December 20, 2009

PEKUNG YANG TERDEDAH

"KAMI BERIKRAR AKAN TERUS MENGHASUT RAKYAT UNTUK MEMBENCI KERAJAAN PUSAT"

"TINDAKAN POLIS MENAHAN DUA PEMIMPIN AMK KERANA MENGEDAR RISALAH BERUNSUR HASUTAN DI PERKARANGAN MASJID SULTAN SALAHUDIN ABDUL AZIZ SHAH SELARAS PERUNTUKAN SEKSYEN 4 AKTA HASUTAN. KAMI AKAN MENERUSKAN TINDAKAN INI"

SYAMSUL ISKANDAR MD AKIN
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK) PKR
(BERITA HARIAN 20 DIS 2009)

Ni Atok nak tanyo kek Md Akin, apokah ekau banggo ngan anak kau ni? Kocik-kocik dulu di didik dengan ponoh kasih sayang, dianta ke sekolah, diajar mengucap, diajar sembahyang, diajar menghormati orang lain, diajar pelajaran tata rakyat, diajar dengan tata adap ketimuran serta adap sopan. Atok tak kona mo kau doh, tapi Atok pocayo tulah yang diajar dek orang Melayu pado anak eh yang lahir dan dibosarkan di Tanah Melayu ni.

Tapi ari ni dio diselimuti dengan sifat mazmumah, menghasut orang lain untuk membenci. Inikah nilai-nilai yang ditanamkan kopada cucu cicit kau tu, Md Akin? Apokah berkemungkinan satu ari nanti musibah akan melando, cucu kau tu akan menghasut sepupu sepapat eh memboncikan kau. Sok nanti kluar lak ayat cucu kau camni, "Ni atok kito punyo pasallah kito dapek celako. Atok kito memang bangang lagi tuli. Tak diajar eh abah den tu botul-botul. Sobab dek atok kito tulah kito jadi susah camni."

Mungkin panjang lagi maki hamun yang dihamburkan. Berbagai lagi hasutan lagi akan dilontarkan. Yolah, macam anak kau cakap tu, selagi tak dapek Putrajaya, dio akan terus menghasut supayo orang akan terus membenci kerajaan pusat sekarang ni. Den tak kiro, apo nak jadi, jadilah. Janji cito-cito den tocapai. Yolah, macam orang cakap-cakap tu, matlamat menghalalkan cara.

Atok tak nak cakap bebanyak. Semuo eh dah sekolah, dah ado pelajaran tinggi, nilailah sendiri. Orang tetuo pun dah cakap, meludah ke langit tu, kok betempek kahak hijau ke koning sendiri.

Friday, December 18, 2009

Kau baca ni Najib!

"Mahathir learns a lot, he reasons a lot. He even changes his position. I don’t see how much more democratic one can be. But he has to be firm. He is tough, I agree, but we require firm and tough leaders".

1. Ayat di atas dituturkan oleh Bro Anwar Bin Ibrahim dalam temuramahnya dengan BBC ketika masih memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

2. Tidak tahulah sama ada kata-kata itu ikhlas atau hanya membodek semata-mata.

3. Tapi dalam situasi sekarang, berdasarkan kecaman demi kecaman yang dihamburkan Bro Anwar Bin Ibrahim kepada Che Det, jelas bahawa ayat yang keluar dari mulutnya ketika itu membuktikan Anwar hanyalah seorang MUNAFIK.

4. Kenapa sejak dulu Barat sangat tidak senang dengan Malaysia?

5. Alasannya mudah, hanya kerana kita sering menentang polisi Barat yang jelas menindas negara Islam serta negara-negara dunia ke-3.

6. Barat marah kerana Malaysia ketika itu memiliki seorang pemimpin seperti Che Det yang lantang mendedahkan agenda sulit mereka iaitu memastikan negara membangun sentiasa akur dengan telunjuk mereka.

7. Rentetan itu juga, tokoh-tokoh Amerika seperti Albright, Clinton, Wolfenson, Camdessus dan Cohen telah menunjukkan reaksi luar biasa apabila 'budak suruhan' mereka iaitu Bro Anwar Bin Ibrahim gagal menggantikan Che Det sebagai Perdana Menteri.

8. Tidakkah kita merasa hairan apabila media asing seperti Reuters, Times, CNN dan BBC pada 1998 dahulu begitu bersungguh menghasut rakyat Malaysia agar bangkit memberontak?

9. Tidakkah kita musykil dengan sepanduk "Clinton tangkap Mahathir", "Clinton selamatkan Malaysia", "Kami menyokong perjuangan Al-Gore", "APEC tolong kami" yang bergentayangan di Kampung Baru pada 14 November 1998?

10. Atas niat apa Al-Gore dan Clinton datang ke Malaysia pada 17 November 1998 hanya semata-mata ingin mempertahankan Bro Anwar Bin Ibrahim dan sanggup pula mengeluarkan kenyataan menyokong reformasi?

11. Dan atas kebaculan apa TukarTiub pada 1998 lari meninggalkan negara ini ibarat drama "Dari Jemapoh ke Mancheste" tetapi kini berlagak pula menghentam kerajaan umpama ayam jantan banyak bini?

12. Ops...terlebih sudah. Sila abaikan perkara 11. Lari tajuk pulak.

13. Apa yang ingin kami tekankan di sini, rakyat Malaysia dahulunya bersatu di belakang Che Det kerana beliau dengan lantang sering membidas segala bentuk penindasan yang dilakukan Barat terhadap negara Islam dan negara membangun.

14. Rentetan itulah maka pelbagai kaedah telah dan masih dilakukan Barat bagi menjatuhkan kredibiliti serta reputasi Che Det selaku individu yang masih kekal berpengaruh.

15. Barat sedar sejak dulu majoriti rakyat Malaysia khasnya dan dunia Islam umumnya masih memberi sokongan kepada Che Det yang gah seantero dunia, yang bukan sahaja dikagumi kawan, malah sangat dihormati lawan.

16. Namun sejak Paklah mengambil alih teraju pentadbiran negara, peranan Malaysia semakin diperkecilkan.

17. Kita bukan saja kehilangan sokongan kawan daripada negara-negara Islam dan membangun, bahkan kita turut diperlekehkan pihak lawan.

18. Ketegasan dan keberanian yang kita tonjolkan selama ini mula dipersoalkan.

19. Ditambah pula dengan peristiwa terkini apabila Wakil Tetap Malaysia Di Vienna Dipanggil Pulang berhubung pengundian terhadap resolusi berkaitan isu nuklear Iran.

20. Pertikaian Che Det ada asasnya.

21. Kini terpulang kepada Najib untuk merealisasikannya.

22. Ketegasan Najib kian dituntut.

23. Kerana ramai yang semakin fedup menunggu Najib menyelesaikan segala kemelut.

24. Merendah bukan menyembah, meninggi bukan melonjak.

Next Gold in 2029?

Salam Maal Hijrah 1431

"Segala Puji Hanya Bagi Allah, Tuhan Yang Memelihara dan Mentadbir Sekalian Alam. Selawat Dan Salam Ke Atas Junjungan Kami Nabi Muhammad SAW Serta Keluarga Baginda Dan Para Sahabatnya.

Ya Allah! Engkaulah Yang Kekal Abadi Untuk Selama-Lamanya. Demi Kelebihan-Mu Yang Maha Agung Dan Kemurahan-Mu Yang Melimpah, Sesungguhnya Pada Tahun Baru Ini Aku Memohon Kepada Engkau Perlindungan Daripada Syaitan Yang Direjam. Dari Sekalian Konconya, Tenteranya Dan Penolongnya.

Aku Juga Memohon Perlindungan Daripada Nafsu Amarah Yang Sentiasa Mendorong Ke Arah Kejahatan Dan Melalaikan Dengan Perkara Yang Tidak Berfaedah Daripada Mendekatkan Diriku Kepada-Mu.

Selawat Serta Salam Ke Atas Junjungan Kami Nabi Muhammad SAW, Dan Ke Atas Keluarga Baginda Dan Para Sahabatnya. Segala Puji Hanya Bagi Allah, Tuhan Yang Memelihara Dan Mentadbir Sekalian Alam."

AMIN...

Tahniah juga kepada Pasukan Bolasepak Malaysia kerana berjaya merangkul pingat emas di temasya Sukan SEA Ke-25 yang berlangsung kelmarin. Jangan pula lepas ni kena tunggu lagi 20 tahun untuk dikalungkan pingat yang sama.

Thursday, December 17, 2009

P.181 Perlembagaan Persekutuan

Kisah yang dipaparkan di dada akhbar perdana Utusan Malaysia dan Berita Harian, berkenaan Pemangku Sultan Kelantan iaitu Putera Sulung Al-Sultan Kelantan yang menyingkir Adinda Ketiganya dalam Majlis Perajaan Kelantan, tidak WAJAR menjadi bahan berita dan gelak ketawa rakyat.

Pak Sedaro nasihatkan kepada Peguam Cara Persekutuan untuk mohon mengadap Lembaga Penasihat Raja dan Istana Kelantan atau pun Kerabat paling Tua dalam Majlis Raja-Raja Melayu. Perkara 181 Perlembagaan Persekutuan terpakai dalam konteks ini. Percanggahan ini memerlukan diadakan sebuah Sidang Mahkamah Khas.

Sudahlah Ayahanda Sultan Kelantan gering. Pak Sedaro sebagai Rakyat Raja mohon mengadap penuh ADAB kepada Tengku Putera berdua agar selesaikan kisah ini dalam Kelambu Serambi Mekah. Perkayakan Perkara 181 sewajarnya untuk kepentingan Negeri dan Kerajaan Beraja Kelantan Darul Naim.

Moga Allah beri hidayah dan petunjuk.

Wednesday, December 16, 2009

Rasis

Adakah perjuangan orang Melayu mempertahankan hak-hak Melayu, boleh kita gelar orang itu rasis? Adakah orang Melayu tidak boleh mempertahankan hak mereka di tanah air mereka sendiri? Jikalau ada orang Melayu yang mempertahankan hak mereka sendiri di tanah air mereka, maka adakah mereka ini wajib digelarkan rasis? Kenapa pula orang Melayu nak mempertahankan hak mereka? Patutkah orang Melayu kongsikan semua hak meraka bersama kaum-kaum lain?

Persoalan-persoalan ini semua tidak boleh dijawab, kerana jika saya menjawabnya saya pula akan digelarkan rasis. Jelas, orang Melayu telah mengorbankan hak kewarganegaraan untuk dikongsi dengan semua kaum di Malaysia adalah satu sifat toleransi yang tiada tolok bandingnya.

Perlembagaan Persekutuan jelas termaktub perkara-perkara berkenaan hak Melayu. Janganlah disentuh hak-hak ini. Kerana ini HAK ORANG MELAYU. Sekali lagi saya ulang INI HAK ORANG MELAYU. Janganlah kaum lain buat-buat tidak faham.

Habis tu, kita memang kena rasis? Ya, kita semua kaum dalam Malaysia mesti bersifat rasis. Tapi rasis yang baik. Jika kaum bukan Melayu pertahankan hak mereka, orang Melayu seorang pun tidak boleh mempersoalkannya dan hak orang Melayu pula janganlah ada kaum bukan bumiputera yang persoalkan. Itu sahaja. Mudah bukan?

Hidup harmoni pelbagai kaum dapat dicapai jika semua orang faham akan hak masing-masing. dan di situlah sebenarnya kunci perpaduan.

MP BN Mulut Penuh Langau!

Ahli Parlimen Barisan Nasional yang tidak hadir malam tadi untuk menyambut UNDI atas Pembentangan Bajet 2010 amat menyedihkan Pak Sedaro. Beza undi ialah 66 menyokong dan 63 membangkang? Ke mana perginya 70 lagi manusia berbaju dan bertopi Ahli Parlimen BN?

Tidak habis lagi mencatur bidak-bidak di kampung? Atau semai tuba kepada orang lain? Inilah yang Pak Sedaro panggil Ahli Parlimen BN Mulut Penuh Langau... Bila sampai tahap paling mustahak dan strategik, ramai yang HILANG entah ko mano? Apakah ini yang diminta oleh Rakyat? Rakyat tidak mahu MP BN sebagai Ahli Parlimen Longkang, apalagi Kaki Temberang.

Pemilih dan pengundi PRU13 akan menjadikan ini sebagai MODAL Pilihanraya. Kalian Ahli Parlimen yang gagal tanpa sebab PALING MUNASABAH, PALING MUSTAHAK dan PALING AFDHAL sudah tergolong dalam kelompok PENIPU Rakyat.

Para pengundi PRU13 tidak mahu Ahli Parlimen yang BODOH, BANGANG, BAHALOL, BIADAP, BAGHAL, BAGERO dan BARUA kepada perkara-perkara furuq. Kerana bila mana keperluan mendesak amat strategik, nescaya BN akan terjun di Parlimen. Insiden menang Undi 3 sahaja di Parlimen merupakan rekod paling tidak BOLEH DIMAAFKAN. Maknanya, Ahli Parlimen BN yang ada masih BUTA, PEKAK, BISU, TULI, KUDUNG sifatnya.

Inilah bahana apabila Mulut Busuk dan Buruk, dipenuhi Langau. Apabila perut dan tembolok dipenuhi dengan kejahilan Dunia, apabila nawaitu menjadi Ahli Parlimen hanya kerana KUASA, KEDUDUKAN, HARTA, PANGKAT, GELARAN dan SAMBUTAN, maka, PRU 13....bukan milik Barisan Nasional. Juga bukan milik Pembangkang. PRU 13 menjadi sandaran kepada milikan Komunis, Yahudi, Nasrani dan Majusi.

Pak Sedaro harap Pejabat Perdana Menteri, khasnya barisan Setiausaha Sulit dan Setiausaha Politik, menasihat dan berpesan agar AMBIL memo dan perhatian kepada telatah dan gelagat Ahli Parlimen BN ini. Pastikan adanya Fail Merah Berpalang Peribadi semua Ahli Parlimen BN dan Bukan BN. Juga memulakan dari sekarang Carian Ahli Parlimen Berkaliber untuk Rakyat Malaysia. Ramai anak Malaysia yang berkaliber, jujur, ikhlas dan berhati mulia untuk menjadi Ahli Parlimen.

Jangan cari Mulut Penuh Langau. Bergaya laksana Bangau, Berhujah macam Kobau.

Tuesday, December 15, 2009

Urban Communist

Baru-baru ini semasa berada di utara semenanjung atas urusan kerja, kami berkesempatan melawat bekas tapak latihan komunis yang dibina berdekatan Gua Kelam, Kaki Bukit Perlis.

Bekas tapak latihan yang dibina komunis sekitar 1970an itu terletak sejauh 4 kilometer ke dalam hutan dari jalan besar Kaki Bukit berhampiran Wang Kelian.

Agak kagum apabila memikirkan bagaimana komunis berjaya meratakan kawasan hutan tersebut dan membina sebuah pusat latihan seluas kiri-kira 10 ekar tanpa menggunakan sebarang jentera berat, jauh di tengah hutan dengan dikelilingi bukit bukau.

Tapak latihan komunis itu pula hanya dipisahkan oleh 2 buah bukit dengan sempadan Thailand dan laluan untuk ke sana perlu melalui jambatan dalam Gua Kelam yang asalnya juga dibina oleh komunis.

Namun sejak perjanjian damai dengan PKM pada 2 Disember 1989, tapak latihan itu telah diambil alih oleh kerajaan Malaysia.

Semasa berbual dengan beberapa orang veteran tentera di kawasan tersebut, kami dimaklumkan berkenaan operasi yang pernah dijalankan oleh pihak tentera di sekitar Kaki Bukit bagi memburu komunis pada tahun 70an dan 80an dahulu.

Kami juga dimaklumkan akan kematian berpuluh anggota tentera yang diserang hendap oleh pihak komunis yang berkawal di sekeliling bukit ke kawasan tapak latihan.

Salah seorang veteran tentera turut mengisahkan detik-detik cemas serangan komunis dan bagaimana sahabat-sahabat yang pernah bersama menyertai pasukan tentera telah terbunuh di hadapan matanya sendiri.

Perasaan benci dan dendam veteran tentera ketika mengisahkan mengenai kekejaman komunis, jelas kelihatan dari sorotan mata serta raut wajah mereka.

Sehinggakan mereka berazam sekiranya kerajaan Malaysia membenarkan Chin Peng pulang, sebaik melangkah masuk ke sempadan negara, maka pada ketika itu juga nyawa Chin Peng akan melayang.

Malah ramai veteran tentera terutamanya bekas-bekas komando yang berkeliaran di sempadan Wang Kelian/Satun serta Padang Besar/Hadyai bagi memastikan Chin Peng tidak menyusup masuk melalui sempadan.

Semasa ditanyakan berkenaan sokongan Bro Anwar Bin Ibrahim, DAP serta segelintir generasi muda hari ini agar Chin Peng dibenarkan pulang atas nama kebebasan asasi dan kemanusiaan kononnya, jelas veteran-veteran ini kelihatan marah.

Mereka mengatakan bahawa DAP sememangnya mendokong ideologi komunis melalui slogan sama ratanya dan individu seperti Bro Anwar Bin Ibrahim tidak pernah faham erti sengsara peperangan.

Segelintir generasi muda yang menyokong kepulangan Chin Peng juga dibidas kerana tidak mahu ambil tahu akan sejarah kekejaman komunis, malahan jika ditanya, pasti mereka tidak pernah menjejaki muzium tentera bagi mendalami sejarah perajurit tanahair.

Ada beberapa perkara yang turut dikongsikan bersama kami berkenaan teknologi silam yang dibina komunis dan masih lagi berfungsi hingga ke hari ini serta kaedah penyebaran ideologi komunis di kalangan generasi muda terutamanya di kawasan luar bandar.

Jika berkesempatan, akan kami kongsikan maklumat ini pada masa hadapan.

Apa yang pasti, ideologi komunis pasti berleluasa di kalangan generasi urban selagi DAP yang mendokong perjuangan komunis diberi peluang untuk berkuasa di negara ini.

Kepada para veteran tentera yang pernah berjuang menentang komunis dan lebih 200 ribu keluarga bekas tentera yang terbunuh akibat kekejaman komunis, ingin kami tegaskan, KAMI TIDAK AKAN LUPA SEGALA PENGORBANAN KALIAN.

Selagi hayat dikandung badan, komunis serta sekutu dan se-spesis dengannya seperti DAP dan Bro Anwar Bin Ibrahim pasti akan kami sanggah habis-habisan.

Sudahkah anda melawat Muzium Angkatan Tentera di Jalan Padang Tembak KL atau Muzium Tentera Darat di Port Dickson?

Monday, December 14, 2009

biaDAP!

Pak Sedaro melihat DAP makin menjadi-jadi biaDAPnya. Cuba main api seperti 8 Mei 1969. Mula memetik dan memukul Perkara 3, kemudian Perkara 153, diikuti dengan Perkara 152, dilempar taik kena kepada Perkara 32 yang sebenarnya MENCEMAR Perkara 4, Perlembagaan Persekutuan.

Wayang dimulakan oleh Nizar yang di BAHALOLkan oleh Ngeh dan Ngor. Disambut pula oleh Karpal Singh dan Ngor semula. Memacam ragam biaDAP yang cuba didendang ke telinga Rakyat yang simpati kepada angkatan DAP+PKR+PAS.

Minggu lepas, diungkit Perkara 12(2). Hari ini, Bahasa Inggeris pula untuk pindaan dalam Perlembagaan. Benarlah, bahawa Rakyat Raja makin dilaknat Allah, mungkin. Kuncu-kuncu Nasrani, Yahudi dan Majusi ini, makin lunak bernyanyi. Apakah agenda melacuri Perkara 152, dianggap sepi. Terbayangkah kalian episod Keranda 152?

Kepada Pembaca yang ramai melayari medan ini. Pak Sedaro lihat gejolak permainan politik rasis yang dinafiri oleh pasukan angkatan biaDAP, amat mencemaskan. Jika pasukan berwajib tidak BIJAKSANA dalam langkah-langkah pencegahan dan pembendungan, nescaya 13 Mei 69 mungkin akan berulang, tetapi bukan dalam skema TUMPAH DARAH. Tapi SERANGAN ANGIN MERAH (AHMAR) secara besar-besaran kepada Rakyat Raja, Orang Asli, Pribumi Sarawak dan Sabah dan Kaum-kaum Lain yang CINTA akan AMAN & DAMAI.

Parlimen boleh mengenakan writ khas kepada Ahli Parlimen yang menjaja Perkara 3, Perkara 4, Perkara 10, Perkara 11, Perkara 12, Perkara 32, Perkara 152, Perkara 153, Perkara 160 dan Perkara 181 secara memB.A.B.I. buta...

Moga ALLAH pelihara kedamaian dan berikan hidayah kepada pemimpin Mukmin.

Thursday, December 10, 2009

Mengupas Tabir GB4B

Pak Sedaro terpanggil untuk menulis dan mengupas beberapa isu sensasi atau yang disensasikan oleh khalayak tentang pimpinan belia dan pola kepemimpinan belia. Dalam hal ini, Pak Sedaro lebih cenderung memberi pandangan kepada tabir Gerakan Belia 4B Malaysia. Khabarnya, Gerakan Belia 4B Malaysia peringkat Kebangsaan akan menjalankan Mesyuarat Agung Tahunan di Puteri Resort, Melaka pada 20 Disember 2009 hingga 22 Disember 2009.

Khabarnya juga, semua barisan pimpinan semasa yang diteraju oleh YAB DS Ali Rustam akan melepaskan jawatan masing-masing. Maknanya tiada lagi Presiden 4B Malaysia yang menjawat jawatan Ketua Menteri Melaka, Timbalan Presiden 4B Malaysia menjawat Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Wakil-wakil Rakyat, Dato'-Dato' dan sebagainya. Gamaknya pelapis yang mungkin hadir ialah keturunan pewaris dan orang luar. Nama seperti Muamar Gadaffi Jamaluddin (anak Drs. Jamaluddin Rahim "Uncle"), Mohd Nizam Omar, Hasan Ayub (anak Datuk Ayub Yahya), Mohd Fuad, Daniar, Wan Salwati Abdullah, Rafiq, Zamsari, Hamizi sebagainya akan mewarnai jatuh-bangun GB4B selepas 23 Disember 2009.

Apakah yang menjadi ukuran pimpinan masa depan? Apakah cukup dengan aktiviti dan program-program bercorak one-off, berkala, musiman, tahunan? Apakah sebenarnya yang perlu dicari pengikat kepada wadah Belia Melayu seramai 500 ribu ahli GB4B ini?

Tabir GB4B Malaysia di peringkat Negeri memperlihat pelbagai ragam dan pendekatan yang kadang-kala mencemarkan institusi perlembagaan pertubuhannya. Misalnya, dalam kisah yang diperdengarkan kepada Pak Sedaro, ada pulak Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri, yang terlebih cerdik jadi MC untuk jemput ahli dalam Mesyuarat untuk berucap. Secara spesifik kisah ini berlaku di Sidang Mesyuarat Agung 4B Negeri Sembilan. Pengarah JBS, Baharuddin Jali jemput Wan Salwati (Ketua Cawangan 4B Rumah Rakyat Kg. Bahagia, yang kaedah pendaftarannya masih diragui secara perlembagaan 4B Malaysia) untuk buat pengumuman. Apakah dengan jawatan Wan Salwati ini sebagai Pegawai Khas Menteri Belia dan Sukan, membolehkan dia sesuka hati tanpa menghormati Pengerusi Tetap dan Kaedah Perjalanan dan Peraturan Mesyuarat 4B mengikut Perlembagaan boleh melangkaui segalanya? Lagi ganas, Wan Salwati umumkan beri peruntukan Jersi Bolasepak kepada semua kawasan 4B dalam Negeri Sembilan menggunakan Peruntuka Pejabat Menteri? Siapa sebenarnya Menteri? Apakah ini Integriti seorang yang dijemput sebagai Pegawai Awam atau Ahli mematuhi korum permesyuaratan? Apakah tugasan seorang Pengarah JBS sebagai pengampu dan pembodek kelas atasan? Apakah ini nilai akauntabiliti dan integriti seorang yang diberikan gred S48 atau S54 di sesebuah Negeri?

Perenggan di atas merupakan antara asam garam, pemikiran dan pendekatan politiking belia yang MENJAHANAM dan MEMPARIA budaya ilmu kepemimpinan tuntas yang ingin dihayati oleh ramai belia muda. Apabila Perlembagaan Pertubuhan boleh dilanggar, barang pasti banyak perkara di sebalik kelambu HITAM...yang belum terbongkar!

Kembali kepada perkara Tabir GB4B. Melihat kepada fenomena alam belia yang semakin mencabar dalam dunia fiksyen dan komunikasi termaju. Gerakan Belia 4B Malaysia sudah menjengah sebuah alam kepemimpinan yang memerlukan daya fikir dan daya tindak secara bijaksana dan berkesan.

Melihat kepada bangunan GB4B di belakang Balai Polis Jalan Travers memberi gambaran bahawa GB4B ialah organisasi ketinggalan zaman. Bunyi macam besar, tapi seperti siput babi. Kenapa perkara ini berlaku? Apakah kekayaan GB4B hanya bersangkut dalam perut-perut suku-sakat berhadap Firaun dan Namrud? Apakah resepi TAMAK HALOBA menjadi hidangan kepemimpinan GB4B sejak 30 tahun lalu? Apakah resepi LANTAK KAULAH menjadi rempah ratus kepada peralihan kuasa dan pergolekan zaman GB4B sejak 30 tahun lalu?

GB4B khabarnya dipenuhi oleh manusia-manusia yang hebat, berkedudukan, berjawatan tinggi, berharta, kaya-raya. Tetapi malangnya, perjalanan dan survival persatuan ini ibarat melukut di tepi gantang, ibarat retak menanti belah, ibarat telur hujung tanduk.

GB4B khabarnya akan diwarisi oleh kepimpinan yang baik dan berkesan. Tetapi malangnya, sehingga hari ini, rakyat melihat sandiwara pimpinan Penaja yang dimainkan oleh sikap TAMAK KUASA dan GILA HARTA merupakan instrumen yang didendangkan. Banyak program terdahulu pun, masih belum dilunaskan hutang-piutang. Buat acara nak besar, nak "grand". Tapi bila selesai dan dah jadi taik. Kepala taik pun GB4B tak boleh lunaskan. Berjanji ibarat tempayan emas, penghujungnya penyapu buruk pun tak nampak.

Gerakan Belia 4B Malaysia bukan sebuah oraganisasi yang boleh dijadikan KAMBING HITAM dan bahan lelucon rakyat. Inilah antara pertubuhan yang menjadi kaki dan tangan kepada empayar pergerakan belia Nasional. Namun, drama dan pelbagai peristiwa dalaman GB4B memberi cerminan bahawa Rakyat Raja yang sudah tinggi menggunung, harta menjengah awam, pangkat dan gelaran menjadi dodoian Iblis semakin melupakan tanggungjawab sebenar GB4B tertubuh dan akar usulnya.

Apakah bentuk perubahan yang WAJIB dilaksana oleh barisan Kerajaan 4B Malaysia yang baru nanti? Sebagai membuka minda pergerakan yang lebih mapan dan ampuh, Pak Sedaro mencadang 7 Bidang Keberhasilan Utama yang wajar:-

1. Memperkasa budaya ICT secara tepat, benar dan berkesan. Semua 4B Kawasan dan 4B Negeri mesti mempunyai Blog khas dan boleh mengadakan program interaksi serta antara-muka dengan pengguna, juga server utama di Ibu Pejabat 4B Malaysia.

2. Semua 4B Negeri mesti memperoleh DANA sekurangnya RM 2 juta setiap tahun, dari 4B Malaysia untuk pengurusan program dan operasi. 4B Malaysia mempunyai pelbagai mekanisme semasa dalam memperoleh hasil pergerakan. Misalnya, kutipan parkir di Pasar Melaka Sentral sebagainya, sewaan tanah dan banyak lagi.

3. Semua Pejabat 4B Malaysia Negeri, mesti mempunyai Sekretariat Tetap yang beroperasi seperti Pejabat biasa. Dengan mengadakan oraganisasi kerja yang berkesan, maka, 4B Malaysia boleh menjadi "champion" Rakyat Raja.

4. Mendesak Kementerian Belia dan Sukan Malaysia memberi peruntukan khas dalam sektoral seperti Penganjuran PJKN, mendesak Kementerian Pertahanan memberi peruntukan khas dalam sektoral Program Khidmat Negara, mendesak Kementerian Pertanian memberi peruntukan khas dalam bidang Bio-Aqua dan Bio-Tani, mendesak setiap Negeri agar memberi tanah seluas 100 ekar untuk dibangunkan projek keusahawaan belia.

5. GB4B menjadi pemain utama dalam urusan "BersamaMu 4B Malaysia" menyelesai masalah rakyat dan penghubung kepada jaringan kuasa pentadbiran dan Kerajaan Persekutuan.

6. GB4B berfikir dan bertindak untuk membina sebuah Wisma 4B Malaysia setinggi 20 tingkat dengan kompleks membeli-belah, Hotel 5 bintang, ruang rekreasi dalaman bertaraf dunia dan Pusat kepentingan penganjuran program Belia Dunia.

7. Memastikan 500 ribu ahli belia Melayu yang berpayung di bawah 4B Malaysia memperoleh manfaat. Misalnya dengan mengadakan kerjasama Kontrak untuk memberi insurans kepada semua ahli belia.

Sebetulnya, banyak lagi inisiatif yang lateral yang boleh dilaksana oleh 4B Malaysia. Mengupas tabir 4B sebagai batu loncatan kepada lebih banyak perkara besar dan mega. Soalnya apakah pimpinan baru nanti mempunyai kaca mata dan sudut pandang yang jauh serta mencapah atau sekadar "membesarkan punggung" dan mematahkan kerusi buruk sahaja.!

Wednesday, December 9, 2009

Nik Aziz...TOLONG!!!!!!!


Saya terpanggil hari ini untuk meminta jasa baik Tuan Guru Nik Aziz BERDOA... maklumlah doa Tuan Guru ditakuti dan disanjungi..

Tolonglah Doakan..

1) Doakan musibah kepada YB Nga Kor Ming... Ahli Parlimen DAP ni. KERANA YB ni dah terlalu kurang ajar, sampai sanggup mempersoalkan perbelanjaan kerajaan bagi membina 611 buah masjid. Tolonglah Nik Aziz...

2) Doakan Musibah kepada M.Kulasegaran... Berani dia mempersoalkan negara milik kita ni Tuan Guru Nik Aziz.. Tolonglah Nik Aziz...

Al maklumlah doa Tuan Guru mustajab... Kalu boleh Ambo nok dengar Tok Guru doa.....

Cari Pasal...NAK MAMPUS?

1. Kami sebenarnya malas nak ulas tentang betapa dungunya si Nazri Botak.

2. Kerana jika ikuti sejarah mat botak ni sepanjang bersama Umno, ramai yang fahim akan istilah problem maker yang terpalit pada beliau.

3. Entah bagaimanalah dia dapat kedudukan sepertimana yang dikecapinya sekarang.

4. Mungkin juga ada kebaikan yang pernah dilakukannya sehingga Allah mengangkat darjatnya menjadi pemimpin (menteri).

5. Husnulzan sajalah.

6. Lagipun bukan Nazri seorang saja yang suka hentam Che Det, Shabery Chek pun selalu hentam Che Det, cuma bezanya Shabery suka cakap belakang dalam ceramah tertutup ibarat orang mengumpat.

7. Sebenarnya kami nak berkongsi dapatan kajian tidak rasmi yang dilakukan baru-baru ini atas inisiatif beberapa sahabat kami.

8. Kajian tersebut dilakukan untuk mengukur tahap populariti yang masih dimiliki Che Det dikalangan rakyat yang difokuskan kepada bakal pengundi dan pengundi muda.

9. Kajian tidak rasmi ini dilakukan sekitar Negeri Sembilan, Selangor, Melaka, Johor dan Pahang.

10. Jumlah responden melebihi 2 ribu orang yang melibatkan kesemua kaum utama di Malaysia dalam lingkungan umur antara 20 hingga 35 tahun.

11. Kesimpulan kajian menunjukkan nisbah 4:1 yakni daripada 5 responden yang terlibat, 4 daripadanya sangat menyukai dan menyanjungi Che Det.

12. Malah populariti Che Det dalam kajian tersebut turut mengatasi Bro Anwar Bin Ibrahim dan Pok Nik dengan nisbah 3:1:1 yang membuktikan populariti Che Det melebihi 3 kali ganda berbanding Bro Anwar Bin Ibrahim serta Pok Nik.

13. Walaupun kajian ini dilakukan secara suka-suka dan bukan pun kajian ilmiah oleh sahabat kami, namun hasil daripadanya perlu dipertimbangkan secara serius oleh barisan pemimpin khususnya BN.

14. Hakikatnya masih ramai golongan muda berbilang kaum di luar sana yang membesar semasa era Che Det, masih menyanjungi dan meletakkan beliau sebagai bench mark kepada barisan kepimpinan negara hari ini.

15. Nasihat kami kepada barisan pemimpin semasa, elakkanlah daripada mencari pasal dengan Che Det sebagaimana yang dilakukan oleh Nazri Botak atau yang sespesis dengannya.

16. Jika kamu berhasrat untuk menang pilihanraya dan berterusan mentadbir negara, jagalah hati berjuta pengundi berbilang kaum di luar sana yang masih hormat dan sayangkan Che Det.

17. Jangan ulangi kesilapan yang sama dilakukan Pak Lah sekutu anak omak.

18. Dengar dan pertimbangkanlah pandangan orang berpengalaman dan berjasa besar seperti Che Det, kerana kebiasaannya naluri orang tua seperti ibu dan ayah kita, sangat jarang tersasar.

19. Kalau masih berdegil juga, maka bersedialah untuk mendapat ketulahan, dan mungkin juga bala daripada Tuhan.

BTN Bahan Jajaan Jalanan Politikus Malaysia?!

Pak Sedaro terpanggil untuk menulis beberapa perenggan sebagai wacana KRITIKAL kepada pengkisahan mulut-mulut biaDAP, yang takPAS, yang Pikir Korup Rakyat, juga elemen BODOH mulut budak hinggusan Padang Rengas, Nazri Aziz.... Apakah BTN ini menganjurkan program indoktrinasi rasis "perkauman"? Indoktrinasi "TataUMNO" merujuk kepada tulisan-tulisan bercambah biak dalam tabloid Harakah? Hari ini pula, 8 Disember 2009, Khalid Ibrahim seperti menyesal, nak rujuk pula BTN dengan adakan Kaukus Kajian Modul BTN yang baru, belakang akan ikuti dan patuh??? Apa tak ada RM nak bikin SPIES ke? Atau SPIES akan ke mahkamah kerana mungkin di saman oleh ESQ 165, kerana SPIES meniru hak cipta dan model ESQ 165?

Para pembaca budiman, BTN di hujung tahun 2009, gamaknya hinggap di kotak fikiran politikus sebagai bahan jajaan jalanan yang murah dan fakir sekali. Sekaligus, menggambarkan bahawa ahli politik Malaysia khasnya Halimah Ali, Hassan Ali, Khalid Ibrahim sebagainya amat DAYUS dan FAKIR dalam menyelesaikan masalah Rakyat dan keperluan kehendak Rakyat, dalam gelanggang kuasa pentadbiran mereka.

Oleh kerana BODOHnya seorang menteri, Nazri Aziz yang hari ini mengatakan pula Dr.Mahathir sebagai Rasis. Inilah manusia UMNO yang dipungut dan dikutip daripada sampah dan tepi longkang picisan UMNO 1987. Orang seperti Nazri Aziz begitu ramai dalam UMNO dan BN, baik dalam MCA, MIC, GERAKAN, PPP, sewaktu dengannya. Juga tidak kurang ramainya dalam PAS, PKR, DAP, PRM yang memiliki teori berfikir sama darjah BODOHnya seperti Nazri Aziz.

Pak Sedaro mulakan pukulan cemeti ini dengan mengimbau apakah yang berlaku pada 9-11 Mei 1969. Kemudian pada 12 Mei - 16 Mei 1969.

Semua tragedi dan insiden sejarah 9 Mei-16 Mei 1969 bermula dengan asakan oleh pengaruh Komunis yang melampau dalam kefahaman politik Malaysia. Bermula selepas pilihanraya 69. Dalam tahun ini, Komando VAT 69, PDRM tertubuh untuk membantu usaha pengurusan darurat dan subversif. Disember 1969 hingga Jun 1970, difikirkan bagaimana untuk bantu rakyat Malaysia faham apakah erti Merdeka dan Cinta akan Tanahair daripada hasutan Komunis, maka, termaktublah Piagam yang diwarta sebagai Rukunegara. Seraya, terwujudlah juga Unit Penyelidikan Belia di Kementerian Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan Malaysia yang dinaik taraf sebagai sebuah Jabatan yang dinamakan Biro Tatanegara.

Secara kolektifnya Parlimen Malaysia mengetahui kewujudan BTN sejak 1970, falsafah dan pedagogi ilmunya. Ini merupakan institusi yang diperteguh menurut Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan. Kerana Umat Melayu masih tidak kuat fikrah kemajuan mengenal apa itu Negara, apa itu Bangsa, apa itu Negara Bangsa, apa itu Sendi dan Tulang Belakang Malaysia? Siapakah, Apakah, Bagaimanakah dan Mengapakah Malaysia ini wajar MERDEKA dan DIMERDEKA secara yang difitrahkan dalam Sejarah? Apakah perhalusan setiap inci peristiwa atau mungkin setiap zarah perkara yang WAJIB diketahui oleh Rakyat Malaysia khasnya Rakyat Raja, Orang Asli, Pribumi Sarawak dan Pribumi Sabah serta Kaum-Kaum Lain?

Dalam beberapa minggu ini, Pak Sedaro amat sedih kerana telahan Pak Sedaro bahawa racun dan virus H1N1 Komunis sudah mula melekat dalam otak ahli Politik Melayu yang mendukung liberalisasi kebangsaan atau National Liberalisme, atau juga kerangka pimpinan Demokrasi Komunis dan Yahudi. Tidak kiralah daripada UMNO, PAS, PKR, DAP sebahagiannya....

Kenapa BTN dijadikan Kuda Tunggangan untuk diPARIAkan? PAS sudah ada PUTIK di Kelantan, yang perjalanan survival programnya sepadan dengan BTN. Namun oleh kerana sikap prakmatis Rakyat Raja dan Kerajaan serta kerukunan Istana Kelantan, PUTIK masih terus memutik dan berbuah.

Anwar Ibrahim merupakan BARUA Yahudi yang berjaya di Malaysia. Namun, dia kini dalam Laknat Rakyat Raja yang menjunjung diskripsi Perkara 160 (2). Anwar Ibrahim dan kadernya, seperti Rosli Abdullah dan barisan insan yang hidup sewaktunya, sudah kembali menjadi PELACUR ATASAN yang memperdagang JATIDIRI BTN kepada Yahudi dan Nasrani.

Begitu ramai yang melihat dan membaca tulisan, pandangan oleh bekas-bekas Penceramah, Peserta, pegawai BTN yang mungkin kecewa atau diterajang daripada Arus Perdana. Hinggakan Dr. Mahathir seorang yang Allah telah takdirkan selama 22 tahun memacu Malaysia sebagai Rakyat Raja Nombor 1 turut ditampar dan dilempar taik dengan Cop "Rasis". Sesungguhnya semua ini, mencermin dan melambang kepada Rakyat Malaysia teramai, bahawa Alam Politik Melayu semakin dilaknat Khaliq.

Ada manusia namanya Nik Aziz, boleh "confine" dengan Doa Minta Allah Turunkan Bala kepada Pemimpin Nombor Satu Malaysia? Ada manusia namanya Anwar, boleh Jual Negara dan Jual Jubur? Ada manusia namanya Lim Kit Siang, dan ramai sekutunya yang mempopular Komunis Abad Millineum? Ada manusia seperti Nazri Aziz, Hassan Ali, Zaid Ibrahim, dan seangkatan fikiran bersama mereka, yang MENJAHANAMkan Rakyat Raja tanpa sedar?

Wahai pembaca budiman, bumi Malaysia ini mempunyai jasad, roh dan zuk yang unik dan antik. Allah memelihara kita dengan adanya 9 buah Negeri Melayu Beraja. Malaysia merupakan satu-satunya Negara Bumi yang mempunyai Kesultanan dan Raja paling ramai. Apakah rasional di sebalik mewujudan kerajaan beraja ini?

Malaysia terjajah oleh 4 Kuasa Asing yang amat digeruni selama 550 tahun. Tanah Semenanjung Emas ini mewarisi sejarah Empayar Purba yang lama hampir 1000 tahun sebelum Parameswara hijrah ke Temasik dan akhirnya Melaka dimasyhurkan selama 105 tahun sahaja. Orang Melayu yang ditakrif sebagai Rakyat Raja mula digeruni dan disegani selama 55 tahun sebelum 1511. Kemudian 550 tahun, Rakyat Raja menjadi FAKIR, PARIA dan BARUA orang.

Apakah hari ini, Rakyat Raja, Orang Asli, Pribumi Sarawak dan Pribumi Sabah serta Kaum-kaum Lain merasa tersisih dalam kemajuan kosmopolitan dan metropolitan? Apakah hari ini, Warganegara Malaysia sedar apakah sebenarnya Rakyat? Yang membising beriya-iya benar ini merupakan manusia-manusia yang menerima kesan dan implikasi selepas 1969. Mereka ini, lahir dalam gelanggang kemewahan dan kemerdekaan material yang membukit dan menggunung.

Binalah Negara ini dengan IMAN, AMAL dan TAKWA. BTN terasas daripada IMAN, AMAL dan TAKWA yang membutuhkan kesentosaan Agama, Bangsa dan Tanahair. Negara ini diasaskan oleh Sejarah Anak Watan yang panjang sejak 1403 masehi lagi. Negara ini tidak didaulat berpaksi kepada imigrasi seperti Kerajaan United States of America, Australia, Canada, New Zealand. Negara ini dibina kekuatan kesan Imprealisme seperti di Great Britain dan Jepun. Malaysia dipusakai oleh kerja tangan manusia yang PERCAYA kepada TUHAN dan amat WAJIB diwarisi oleh insan yang PERCAYA kepada TUHAN jua.

Kepada Pembaca yang totok dan ortodok kepada skandal pemikiran Luar Nikah yang dilemparkan kepada BTN, Pak Sedaro berposan "Iqra"....lakukan pencarian anda dalam Surah As-Syams yang dinamakan surah Makkiyah.

Tuesday, December 8, 2009

Nazri is too much

Minister in the Prime Minister's Department, Dato' Seri Nazri has made a remark that Tun Dr. Mahathir is a racist. For me, Dato' Seri Nazri has made a blunder by making that remark. Tun Mahathir is correct in saying that National Civic Bureau (BTN)is a government agency that promotes national unity and the module should not be revamp. In the past, Nazri has made a lot of statements that contradict the government stands in many issues. I think he is trying to be popular by making all these statements as he himself is not popular especially in his party, UMNO. Grow up Dato' Seri Nazri!

Melayu Ghairah

1. Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan, bangsa Melayu berjumlah 14.1 juta daripada keseluruhan 27.7 juta penduduk Malaysia.

2. Statistik yang sama juga mencatatkan etnik Pribumi berjumlah 3.1 juta, kaum Cina berjumlah 6.4 juta, kaum India berjumlah 1.9 juta dan selebihnya kaum-kaum lain seramai 2.31 juta.

3. Walaupun Melayu masih memegang status penduduk majoriti negara ini, namun hakikatnya Melayu kini telah berpecah kepada 4 iaitu Melayu menyokong UMNO, Melayu menyokong PAS, Melayu menyokong PKR dan Melayu Atas Pagar.

4. Sekiranya dibahagikan 14.1 juta orang Melayu kepada 4, secara puratanya setiap pecahan berjumlah kira-kira 3.5 juta.

5. Realiti ini menjadikan Melayu bukan lagi bangsa dominan serta tiada kuasa lagi untuk menentukan hala tuju sendiri.

6. Sebaliknya kaum lain pula yang akan menentukan survival bangsa Melayu di tanah asal Melayu.

7. Perpecahan sesama Melayu merupakan perpecahan hakikat, sedangkan perpecahan kaum bukan Melayu hanyalah perpecahan strategik.

8. Dalam diam, kaum bukan Melayu berkongsi persefahaman terutama dalam isu yang melibatkan kepentingan kaum mereka seperti SJK dan memperjuangkan hak sama rata.

9. Malah secara tersirat juga mereka sebenarnya bersatu menolak Islam.

10. Melayu hari ini turut berhadapan dengan kumpulan "Melayu Liberal" yang terlalu taksub dengan hak kebebasan asasi & demokrasi tanpa kawalan sehingga sanggup menggadaikan maruah dan martabat bangsa.

11. Kelompok Melayu Liberal ini berperanan memudahkan 'tugas' kaum bukan Melayu akibat ghairah untuk menjadi JAGUH dalam memperjuangkan pelbagai isu bagi pihak bukan Melayu.

12. Tanpa menyedari, hak bangsa sendiri semakin lama kian terhakis.

13. Maka apa yang akan tinggal untuk diwarisi oleh generasi masa hadapan?

14. Tahniahlah kepada mereka yang turut menyumbang kepada faktor kemusnahan Melayu dan umat Islam di negara ini.

15. Jangan sok kubur kok kono gali dan diludah dek keturunan sendiri...sudahlah!

Blog Archive