Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Saturday, March 13, 2010

Akan berakhirkah penguasaan Azman Hasan di N9?

Ketua Umno Bahagian Rasah Datuk Hasim Rusdi dilantik sebagai Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan yang baru.

Hasim, 52, adalah Pengerusi Jawatankuasan Bertindak Pembangunan Luar Bandar, Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam negeri serta Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labu.

Menteri Besar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan Datuk Mohamad Hasan berkata Hasim menggantikan Datuk Azman Hasan ekoran peletakan jawatan Azman kerana masalah kesihatan.

"Memang saya dah lantik Datuk Hasim bagi menggantikan Datuk Azman. Perlantikan Datuk Hasim dah lama dah tapi saya tak umumkan," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau ditemui selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA) Negeri Sembilan kali ke-17 di sini. Mohamad juga berkata beliau turut melantik ADUN Bagan Pinang yang juga bekas Menteri Besar Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai Ketua Penerangan Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan yang baru.

Katanya Mohd Isa menggantikan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim yang meletak jawatan kerana kesibukan tugas di kementeriannya.

Sementara itu, Hasim yang dihubungi berkata beliau menerima surat perlantikan itu Khamis lepas.

"Saya mengucapkan terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan dan akan menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab demi kepentingan parti dan rakyat," katanya. - BERNAMA.


Note: Dulu orang kato Negeri 9 ni ado 2 Menteri Bosar. Walaupun ado 2 Menteri Bosar, tapi perletakan Ahli Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri iaitu 9 orang Melayu (termasuk MB), seorang Cina dan seorang India, adalah mengikut cerminan jumlah penduduk Malaysia. Kabinet dan kerajaan negeri lain termasuk pembangkang pun, tak dapat nak ikut macam yang Mad Hasan buat. Biasanya Cina dan India mesti ramai dalam barisan Exco Negeri walaupun mereka hanya menang sedikit jumlah kerusi DUN/Parlimen.

Persoalan utama kini, adakah perlantikan Hasim Rusdi sebagai S/U Perhubungan Umno yang baru, memberi maksud bahawa sebarang keputusan Perhubungan Umno Negeri 9 selepas ini tidak akan lagi dibayangi oleh kelibat Azman Hasan? Sapo nak jawab ni ha???

6 comments:

  1. hasim rusdi ni boneka jo. takleh pakai bonar. maso kempen pru12 kek labu dulu poi pusing kg mano2 camtulah ayat eh. samo yo. takdo pembaharuan. bulih ko dio nak satukan bahagian2 umno negori ni? buang maso yo.

    ReplyDelete
  2. yg ni den sokong bonar anon diatas, n9 ni kocik jo...org konal ko sapo sim...

    ReplyDelete
  3. setuju jo dgn anon n jmazli..

    camni punyo cerito.. baik tak payah d cerito kan la wahai mb n9 yg merangkap pengerusi umno/bn n9.. buat lotih orang yg menyokong jo. kok pusing mano pun camtu la cerito ehh..

    tak pornah nak buek kojo keluar dari kotak pemikiran logik.. cerito yg d terimo minda..

    aduuiiihh N9!!!!

    ReplyDelete
  4. baik sapo pun montori bosar ko,setiousaho ko semuo eh samo yo yang jago N 9,dapek harto buek bagi kayo kaum kerabat yo,harto berpusing kek kelompok diorang yo. kito rakyat ni melopong manang yo diut digasak dek orghang politik ni,sapo pun srupo yo kiro porut dio yo.apo kau dapek jang kalau membuto tuli sokong dio orang yang dah kayo2 belako.kito motong yo kojo kito.

    ReplyDelete
  5. Seremban Bandar 'BUNTING'(iklan yg banyak digantung kek tiang2 lampu asal ado perayaan), ado la bondo ni merato2 kek Seromban..

    sapo la yg buek duit sgt ni.. kek Putrajaya pun tak semeriah macam Seromban.. cukup2 la tuuu..

    ReplyDelete
  6. Dasar pembangkang haram jadah.. den aman idup sekarang..jgn kacau !!!!

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive