Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Tuesday, March 2, 2010

Ubat DUNIA, Seksa Akhirat

SHAH ALAM 2 Mac - Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Komputer Nasional Bhd. (Nascom), Zulkifli Amin Mamat dijatuhi hukuman penjara empat tahun dengan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Inilah antara kisah suka duka insan Rakyat Raja yang mengelap amanah sebanyak RM1.61 juta, 8 tahun lalu. Masa buat korjo belasah duit, tak pikir soal UBAT DUNIA. Kini, Zulkifli Amin Mamat ialah penokok statistik bilangan insan yang makan rotan Penjara, yang bersaiz sekitar 1 inci, diameter dengan pukulan sebat menyeret 360 darjah. Tengoklah video, Tukang sebat PENJARA MALAYSIA sebat pesalah yang dihukum sebat. Belakang, punggung Zulkifli ini akan rabak dan tido menonggeng selama 3 bulan lah. Kalau tak tahan sakit, ada yang mati selepas kena sebat. Sobab tangkap urat. Nampak punggung cantik, bilo dah disosah, habish bai, macam roti benyek, ngoman ehh...

Zulkifli dah dapat ubat dunia, jika dia taubat Nasuha selamatlah dia seksa akhirat. Soalnya, dia ini yang tertangkap dan disabit bersalah, atas bukti dan nas-nas TULEN. Dia mungkin akan merayu, jiko tak sanggup kena sobat, nak barter trade dengan ditahan lama di Penjara, daripada 4 tahun, mungkin kepada 12 tahun.

Jiko, dionya bukan Zulkifli...misalnya Dato' Zulkifli Amin Mamat, apakah hukumannya sama? Apakah prosiding penghakiman ke atasnya sama? Dulu Kasitah Gadam juga dalam skema yang hampir sama, Norza Zakaria dilihat dalam kedudukan yang sama, terbaru Hasbie Satar? Tak kira siapa pun, ubat DUNIA terlepas, tapi apakah mereka yang buat kerja mentekedarah dan pecah amanah walau apa pun nilai , jika terlalu besar melebihi RM 1 juta, akan dihakimi secara yang sama?

Atau apakah Mahkamah Syariah boleh memulakan penghakiman dalam masa 20 tahun lagi, untuk selesai kes-kes Jenayah Kolar Putih seperti ini, dengan memberi penghakiman dan hukuman laksana Syariah Islamiah.

Zulkifli ialah bekas CEO NASCOM sebuah GLC yang diterbit oleh Kerajaan Malaysia seketika dulu. Eric Chia, mati atas katil di suite agungnya..., dia pun diberitakan hampir sabit kesalahan...
Ramai lagi yang duduk kerusi GLC, yang mungkin secara rahsia terSUBAHAT dalam agenda-agenda MEMBELASAH DUIT ini...misalnya menantu Nik Aziz, yang memaksa Nik Aziz pening kepala sebentar...Anwar Ibrahim pun tak kurang liciknya dalam industri PUTAR-BELIT...

Pak Sedaro terfikir, apakah Sarjan yang kantoi kes Enjin F5E akan menerima nasib yang sama? Sebab ini juga pecah amanah, lagilah besar melebihi RM50 juta?

9 comments:

  1. Untuk makluman NASCOM bukanlah GLC dan tidak ada kaitan dengan Kerajaan pun. Tetapi berjaya menipu Kerajaan dan juga pegawai-pegawai Kerajaan yang dijanjikan gaji lumayan untuk jadi balaci dia.

    Dulu CEO ini berlagak dengan 4 orang pengawal peribadi. Tak boleh ditegur/nasihat. Kalau ada yang cuba-cuba nak melawan pasti ada tukang pukul yang datang mengacah.

    Tetapi itu dahulu la. Tak lama pun dah terkena hukuman dunia. Saya nak ucapkan "padan muka" tetapi dalam masa yang sama harap dia bertaubat.

    ReplyDelete
  2. Dia klau x silap ada syarikat ZAMCORP BERHAD. dgr cerita pun byk kes. Hutang gaji staff berbulan2. Lepas tu buat x tahu je. ngan pejabat buruh pun diorg x takut.

    Dia pun kini dgr cerita 'pendokong kuat' YAKEB. Sila ke link ini
    http://www.pmo.gov.my/datinrosmah/attachmentdocument/Article/16_06_2009_NST.pdf

    CEO MTB One Express lah pulak. Byk tul syarikat dia ni. MTB One Express ni pun dgrnye dlm proses penggulungan. banyak hutang ngan pembekal seperti makcik n pakcik kampung yg membanting tulang kluarkan produk2 IKS. barang2 habis tapi payment x dpt.

    Ntahlah. MTB One Express ni pun x byr gaji staff2.

    Agak2 dato' ni terlepas ke gak nanti? biasalah, faham2lah ye klau VIP2 ni...

    Wallahualam...

    ReplyDelete
  3. Zukifli ni tak payah bertaubat. Apa gunanya bertaubat di Merkah, balik KL jadi syaitan pulak. Dia hutang sewa rumah saya 9 bulan tak bayar, bil elektrik berlabung lebih seribu....eh bertaubat. pordah!

    ReplyDelete
  4. Saya rasa yand dok tulis dan kutuk zulkifli tu apa kurang nya, lagi kuat putar belit dan meninpu, cuma belum kena tangkap kat polis, nanti dah kena tangkap baru hang rasa, pemilik blog ni pun mcm tak sedar diri juga, asyik dok kutuk org je, macam la hang tu malaikat, tunggu hang hang semua, sampail lah masa nanti kalau panjang umur, polis gi rumah hang pulak, hang hang semua pun ada banyak putar pelit dan putar alam, tungguuuuuuuuu........................nanti kena gari mcm tu baru hang tau sapa hang yang sebenarnya.

    ReplyDelete
  5. Jati diri,,hang kata padan muka, aku pun harap lepas ni, padan muka hang pulak, dgr cerita beberapa very senior lawyer yang telah dilantik olh keluarga zulkifli, untuk mengumpul maklumat penulis penulis kat bolg dan sebagainya, lebih 10 orang bekas bodyguard zulkifli dipanggil semula untuk membantu mendapatkan maklumat orang orang tertentu yang dok kutuk dan menfitnah kan zulkifli, saya dapat tau keluarganya akan buat beberapa lapuran polis,atas nasihat lawyer dia orang.tak lama lagi ramai la pulak yang dakwa dimahkamah atas pelbagai tuduhan, dgr cerita. Ada juga penulis penulis yang menfitnah zulkifli yang akan
    Ddipanggil untuk disiasat olh polis dan sprm, hang hang semua ni mcm tak da kerja dok fitnah org,jaga la diri dan keluarga sendiri dari dok sibuk dgn hal org yang tak beri apa apa untung dan faedah. Aku rasa lepas ini hang hang semua kena juga fikirkan diri sendiri pulak,apakah hang hang semua baik sgt ke, ambo dok fikir la ni, kesian kat penulis penulis blog yg dok kutuk zulkifli tu, sebab maklum lah, kot habis duit pulak pasang lawyer dan naik turun mahkamah, takda kerjo cari kerjo, tolong la selamat dan elakan diri dari pekara yang tak menguntungkan kita.

    ReplyDelete
  6. Hi manusia, jagalah diri dan keluarga sendiri, usah lah jadi penyibuk dgn msalah org.insaf dan sedar la, kita semua bukai malaikat. Hari ini hari org, entah hari kita lebih teruk lagi.bertaubat lah sebelum kita masuk keranda.jahat orang kita nampak, jahat kita orang nampak.selamatkan diri dari masalah yang kita cari.kasihan lah pada diri sendiri dan keluarga, jauhi lah diri kita semua dari hal hal orang lain.

    ReplyDelete
  7. eh! Sejak bila pulak ada org cover zulkifli amin mamat ni? mmg patut dia ni di 'padan muka' kan. patut terajang je muka dia. dari muda sampai la dah tua bangka ni, kerjanya asyik menipu. hidup hasil duit menipu. bukak syarikat, kemudian menipu, dah dpt tipu, tutup syarikat. itulah kerja dia. kalau dia depan aku dah lama aku terajang muka dia ke baling muka dia ngan taik!!!

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah akhirnya doa orang yang teraniaya termakbul jua..saya adalah antara seorang pekerja setia yang tidak dbayar gaji brbulan-bulan.saya terpaksa mengambil kputusan berhenti walau tanpa sesen gaji stelah brbulan kerja.akhirnya saya terpaksa memfailkan tuntutan dimahkamah pejabat buruh tetapi kes saya tertangguh selama 5kali dlm tmpoh 4thn dan shingga kini tiada jawapan..ALLAH MAHA KAYA DAN MAHA ADIL,AMIN....

    ReplyDelete
  9. ini baru balasan tuhan didunia..,akhirat belum lagi.....fuh tobat.....

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive