Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Friday, April 2, 2010

Apa sudah jadi MBI?



Penduduk di Pasir Panjang, Port Dickson mengeluh dengan apa yang berlaku di kawasan mereka. Sejak jalan raya dilebarkan menjadi lebuhraya di kawasan tersebut, kerapkali berlaku kemalangan. Rumah penduduk amat berdekatan dengan lebuh raya ini iaitu 4 hingga 6 kaki dari pintu rumah ke jalan raya. Tidak disediakan railing di bahu jalan dan ini membahayakan nyawa penduduk yang mendiami rumah di kawasan tersebut. Salah seorang penduduk yang ditemui menyatakan bahawa penghuni rumah rakyat ini bergeran tetapi pampasan yang diberikan oleh Menteri Besar Incorporation tidak setimpal.

Persoalannya mengapa lebuhraya ini tidak dibesarkan di kawasan yang melibatkan pekan yang didiami kaum Cina? Ini menjadikan lebuhraya ini yang luas dari Batu 14 tiba-tiba mengecil seperti bottleneck di pekan Pasir Panjang. Ketika hujan lebat pula, penduduk mengeluh kerana paras air yang naik sehingga melimpah ke rumah mereka akibat dari projek pembesaran jalanraya ini. Penduduk ini juga menyatakan sudah berpuluh-puluh surat bantahan dihantar ke MBI tetapi tidak diendahkan.

Adakah MBI menutup sebelah mata dengan rintihan penduduk kampung di Pasir Panjang? Senario ini seolah-olah seperti penduduk kampung di anaktirikan. Adakah Mohamad Hasan hendak menunggu sehingga penduduk setempat membuat aduan kepada Perdana Menteri barulah sesuatu tindakan hendak dilakukan? Ketika PM melaungkan slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan', keadaan sebaliknya pula berlaku di sini. Pihak berwajib mestilah melakukan sesuatu demi memenuhi tuntutan penduduk.

7 comments:

  1. Ado RM10 jutak
    Kalo tak
    tunggu duit Coca Colak

    ReplyDelete
  2. apo lah MB ko jang tak menureh.Bgi kek Mat Isa lah somonggah sikit

    ReplyDelete
  3. celakao mat asan. itu hari beria ia nak jadi mb. berebut rebut suruh keri'apco'jamban lobi untuk dia kojo ni.

    so keri'apco'jamban apo kamu nak buek?

    bilo penduduk kena nayo, celako dia buat dono.

    sialan .sialan. sialan

    dia dah tahu dia punya kerjaya politik dah over sejak
    dia kirim rm 10 juta ke luar nogori tanpa permit

    oi kaki busuk punyo mb , chow lah tak payak tunggu
    lagi . pegilah balik kampoang tanam ubi. selekeh
    butui kamu.

    peranan pegawai lembaga lebuh raya
    ----------------------------------

    yang gomen bagi gaji bosar pada injineur kat
    kementrian tua , apa mereka buek. tido aje ke.
    pemalas betui injineur dan pegawai teknikal mereka.

    kojo dari rumah
    ------------------
    lagi ada fesyen baru . bolih kojo dari rumah. ini lah
    bangang punyo kementrian keja rayo. bodoh punyo
    kementrian. pegawai tak payah kojo lah. dulu bagi kat
    koliang melayu kono tipu. ini gomen dah bagi kat
    bodoh punya mentri melayu sama sama tak guno.
    tak kan nak buat dono aje. kalau koliang samay mungkin
    dia tau malu gak. si melayu ni lagi cincai. malas
    dan celako makan gaji buto

    sialan sialan sialan celako punyo mentri




    khong khek khuat

    ReplyDelete
  4. Salam Paneh,

    Suruh mereka hubungi TV 3 dengan segera. Telefon sahaja bilik berita, mereka akan datang ke PP.

    Atau rakyat ramai-ramai ke pejabat MB di Seremban atau PM di Putrajaya.

    Tak perlulah maki hamun sesiapa. Maki hamun tidak dapat menyelesaikan apa apa melainkan tukang hamun nak turun padang tolong penduduk dengan apa cara sekali pun.

    InsyaAllah jika MB/PM terutamanya sentiasa mahu tahu ini semua dan akan cuba membantu.

    Kita tolak emosi dan cari sahaja jalan yang boleh membantu mereka, InsyaAllah.

    ReplyDelete
  5. apo den tau
    jalan kocik ko bosar
    den kojo kek rhumah
    jua pasir
    montori suroh.

    ReplyDelete
  6. pok den pok den
    pok kao pok kao
    den bolo cino
    den bolo jombalang
    silap-silap palo hilang

    ReplyDelete
  7. terimakasih pada yang perihatin membaca masaalah kami disini.apa yang dipaparkan bukanlah perkara baru yang kami ketengahkan.dah dekat satu rim kertas bantahan yang kami hantar kesemua agensi agensi yang terbabit dengan pembinaan jalan ini.jawapan dan tindakan amatlah mengecewakan sangat.jesteru itu,perkara terbaru yang berlaku dikawasan kami adalah kerana banjir lumpur.pada 02/04/10.kami dah hilang sabar sebenarnya.jadi pada 10/04/10 ini penduduk dah berpakat akan mengadakan satu perhimpunan di kawasan ini,bagi membantah secara serius kerja kerja bodoh lagi kuat maentedarah rasuah agaknya oleh pegawai pegawai yang terlibat supaya diketahui oleh pm.Haraplah.Jadi kami berharap pihak media dapat membantu kami untuk membuat sedikit publisiti pada hari itu.Yang nampak wat kerja untuk pulihkan imej kerajaan hanyalah pm dan tpm,yang lain itu,baik mb ke wakil rakyat ke macam haprak.kesian pemimpin atasan kita.slogan juara rakyat yang dibawakan oleh mereke telah disalah taksirkan pemimpin pemimpin haprak kepada menjadi juara rasuah.tunggulah ,pada hari itu ada gimik menarik...dengar khabarnya budak yang terlibat dengan kes pala lembu tu akan mengetuai bantahan.Yelah umah arwah mak dia yang terlibat,tak kanlah dia tak nak bantu jiran jiran dia semasa dia kecil disitu.mai joint ye.

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive