Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Thursday, May 6, 2010

Md Hasan & Sahak: "Jangan sampai diSUMPAH Orang ASLI"

Orang Asli diberikan kedudukan khas dalam Perlembagaan Persekutuan. Perkara 160 secara jelas memberi tafsiran Orang Asli dan kepentingan Orang Asli terkandung bersekali dalam Perkara 153. Sultan Perak yang bertitah semalam di Kuala Kangsar secara tepat dan benar memberi PERINGATAN bahawa salah satu aspek ukuran menjadi Negeri Maju dan Negara Maju ialah pembangunan mapan suku-suku keturunan Orang Asli.


Titah DYMM Sultan Perak bukan sahaja mengena pada Negeri Darul Ridzuan, tetapi juga negeri Adat Pepatih yang khusus merujuk kepada kedaulatan kuasa-kuasa Undang Luak Yang Empat dan DYMM Yam Tuan Besar. Barang harus diingat, kepado MB Mat Hasan, bahawa Negeri Sembilan ini akan makmur, aman dan damai andai segala pertimbangan pembangunan diambil fikir dan dilaksana ke kawasan penempatan Orang Asli yang dianggar hampir 100 buah kampung dalam Negeri Sembilan.

Kepado JHEOA, jangan pulak tidor dan pokak telingo. Esok kok "busung". Ingatlah bahawa pemasyhuran Kerajaan Perpatih amat intim dan karib dengan komuniti Orang Asli. Hari ini, UMNO Bahagian Seremban misalnya, punya banyak kawasan perkampungan asli. Yang pado amatan Pak Sedaro, si Ishak Ismail Ketua Bahagian ini, tak jojak pun kampung-kampung tu. Kok selalu dio membising, bahawa dio ni darah keturunan Orang Asli yo...tapi tak dibela pun suku keturunannya...Cakap ajo banyak, hancik lah...

Montori Bosar laie banyak kampung Orang Asli dalam wilayah Rombau. Jangan dok heboh layan perasaan Abang kau, yo...Azman tu. Orang di baruh dah menyalak, nang di hulu dah poning, nang di hilir dah hilang punco...Kok leko yo laie, macam di Jando Baik tu...alamat MAKAN NASI TAK BERKANJILAH UMNO!

2 comments:

  1. Assalamualaikum... Pelik dgn blog ini ya, nampak cantik tetapi isi lebih pd mengutuk musuh dlm parti politik sendiri... jangan terlalu penting diri.. Contohnya byk sekadar mengkritik Dato Ishak Ismail..

    ReplyDelete
  2. Waalaikummussalam saudara Anonymous. Minta maaf ya, kami tidak memihak. Kami bukan setakat kritik Dato Sahak, malah MBNS atau siapa saja yang cuba merosakkan nama baik UMNO dan BN akan kami hayun. Tak kiralah anggota kerajaan sendiri, apatah lagi pembangkang. Jika anda orang Tok Sahak dan terasa, maka bagi kami, siapa makan cili diolah yang ngaso podeh.

    Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Paneh Miang.

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive