Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Friday, December 31, 2010

Mohamad Hasan Surrender

Gamaknya regu Mohamad Hasan dan Shaziman Abu Mansor bakal merobohkan paksi-paksi ketamakan, kerakusan dan kealpaan UMNO Negeri Sembilan. Regu ini kena bersama untuk bergusti dengan kedudukan BN di Negeri Sembilan hari ini. Tag-team ini kena kenalpasti siapa yang tidak relevan sebagai calon wakil rakyat PRU-13 nanti.

Apakah Mad Hasan akan surrender dengan himpitan dan kemutan begitu ramai "para sandiwara" pilihannya? Atau Mad Hasan akan surrender kepada Shaziman Abu Mansor untuk bersilat dengan semua Ketua Bahagian UMNO dalam Negeri Sembilan? Atau Mad Hasan akan surrender semua kes kronik UMNO kepada Lembaga Penasihat Politik Presiden UMNO?

Apakah Mad Hasan sudah siap siaga dengan pemerolehan pangkat Brig. Gen. [K] Askar Wataniah yang tidak menggambarkan bahawa Mad Hasan seorang kredibel? Apakah sindrom "tengok dulu", "kita runding dan kaji", "kau apa tau, aku lebih tahu" akan menjadi pilihan wahid Mad Hasan dan Shaziman?

Ternyata Shaziman masih mentah di peringkat perhubungan Negeri walaupun dia seorang Menteri berjawatan kanan di peringkat Persekutuan. Shaziman tiada langsung kader politik, hanya mengharapkan Nasaruddin sebagai Timbalan Ketua Bahagian yang dikenali kerana aktif dalam MAYC. Yang lain hanya menjadi nasi tambah sahaja. Mad Hasan dan Shaziman tidak ada usaha untuk projecting "UMNO hardcore second generation". Gamaknya Negeri Sembilan mungkin akan terjual kerana faktor pemimpin yang berbelasahan di peringkat dalaman yang perlu direndam dan pendam.

Namun demikian, andai Tan Sri Isa melakukan perubahan pragmatik dalam FELDA mulai 1 Januari 2011, maka UMNO mungkin dapat mengembalikan kegemilangan pengaruh mereka dan seterusnya memastikan NSDK terselamat daripada jatuh ke tangan pembangkang. Mad Hasan perlu berubah andai tidak mahu rebah. Shaziman juga wajib belajar merendah diri agar tidak diludah.

Hari ini ahli UMNO di Negeri Sembilan kurang daripada 100 ribu orang. Daripada 100 ribu orang ini, hanya 10 % pasukan pejuang dan benteng paling hadapan. 10 ribu ini sahaja yang bekerja bagai nak mati untuk parti. Sewajarnya semua Ketua Bahagian UMNO mula bertaubat serta memastikan panji-panji Keris Bersilang berlantaikan warna Merah dan Putih mengikut falsafah asal perjuangannya kembali termakbul.

Kita tidak mahu Mad Hasan surrender dek kerana bahana gay, lesbian, homoseksual, hetroseksual dan biseksual yang melanda bumi Melayu yang mungkin menjadikan kita diterbalik ibarat kaum Lut.

5 comments:

  1. UMNO NS..! Mat Asan dan Shaziman..! Dua-dua orang ni ego giler. Meka sj yg betul dlm semua hal. Ketua2 Bahagian Napoleon Kecil, YB2 plak mencintai projek2 dalam kawasan. EXCO2 gilakan projek dlm dan luar portfolio.Semua nak longgokkan harta. Semua nak bagi projek kat kroni dan dan ambik komisen. Hashim, Siew,Ismail, Jenab, Shamsul, Razi, ni semua penyangak besar. Nak guna SPRM, mereka ni sgt bijak lagi licik bro. Tapi rakyat dan pengundi tau. Selamat belansungkawa UMNO jika orang2 ni kekal.

    ReplyDelete
  2. Satu kupasan yang baik dan constructive.
    Teruskan perjuangan.

    ReplyDelete
  3. Berubahlah sebelum rebah. Bila nak mula kerja? PRU dah hampir tiba.

    ReplyDelete
  4. Wahai Y.B2 N9 & UMNO N9 & BN N9,,
    tanyalah pada diri kamu,
    1)UNTUK APA AKU DIJADIKAN???
    2)UNTUK SIAPA AKU DIAMANAHKAN???
    3)APA SUMBANGAN AKU PADA PENGUNDI2???

    kalau tak tau jawab, sudah2 lah jadi yb atau ahli politik yang 'berkokok untuk poket sendiri'..

    ReplyDelete
  5. aneh miang, walau mcm mano pon, den totap nak dato firdaus harun sbg calon dun paroi atau parlimen rembau, org kek paroi ni baru nak meraso dan balas budi dio langsung dah kono pancung kek mad hasan dgn khairy, dato firdaus disukai oleh rakyat setempat, kami mahukan beliau sbg calon, kalau x, kami undi yb taufek dari pas.

    p.s/ sumo pimpinan umno bhgian rembau elok lotak jawatan kalau dun paroi kalah kek pembangkang lagi..bangang

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive