Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!!

MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!!

Wednesday, June 30, 2010

Warisan Darah Perwira

Moto bertakhta di perisai Very Able Troopers 69 "Warisan Darah Perwira" ialah Wasiat Keramat kepada Bumi Melayu ini. Pada mulanya pasukan ini digelar sebagai Charlie Platoon yang mendapat latihan khas daripada British Special Air Service iaitulah Commando British. VAT 69 dilahirkan pada 23 Oktober 1969 atas gesaan Tun Dr. Ismail [almarhum] yang ketika itu menjadi "hard-core" pemikir dan pemegang kunci di Kementerian Dalam Negeri. Inilah orang kuat yang "menyinga" ilmu dakwah Islamiah dan keMelayuannya, inilah Panglima yang dipanggil Khalid Al-Walid oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra [PM-1] dan Almarhum Tun Haji Abdul Razak Hussein.

Banyak peristiwa tersurat dan tersirat berlaku sepanjang musim Darurat Kedua bermula 1969 hingga 1989 [sebelum Perjanjian Perletakan Senjata oleh Parti Komunis Malaya dengan Kerajaan Malaysia].

Apo yang hondak disungkit dalam pengkisan Warisan Darah Perwira ialah melihat darah kesediaan anak-anak Muda Malaysia khasnya rakyat Raja, Orang Asli, Pribumi Sarawak dan Sabah serta Kaum-kaum lain dalam bab Pengurusan Tamadun sebuah Negara Bangsa.

Hari ini, Program Latihan Khidmat Negara selama 3 bulan yang diperkenal pada tahun 2003 semakin suram khabar berita. Dikhabarkan tenaga pengajar dan jurulatih yang bermatian dalam proses pelaksanaan PLKN tidak menikmati ganjaran-ganjaran yang setimpal dan berbaloi.

Hari ini, Program Pemimpin Belia Berkaliber selama 4 hari 3 malam diperkenal sebagai kalender ad-hoc untuk sejumlah 5580 insan yang dikelas sebagai belia, sesuai dengan tafsiran belia dalam Seksyen 2, Akta 668. Dikhabarkan program ini sebagai projek melepas anjing tersepit dan melepas batuk di tangga. Khabarnya ganjaran kepada tenaga pengajar yang bermatian dalam proses pelaksanaan PPBB ini, tidak menikmati ganjaran yang setimpal dan profesional sifatnya.

Hari ini, Program yang dianjur oleh Agensi-agensi yang pelbagai daripada 12 lagi Kementerian, turut tidak menggambarkan penghayatan kepada titisan "Warisan Darah Perwira"...

Pak Sedaro fikir sudah tibo maso, untuk kita uji pemimpin Muda yang berada di kedudukan semasa tentang, apo makno Perlembagaan Persekutuan 1957? Apo makno Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007? Apo makno Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960? Apo makno Akta Rahsia Rasmi? Apo makno Akta Pertubuhan 1966?

Ini semua memberi makna besar kepada keSETIANEGARAAN, khasnya kelompok warganegara Muda di Malaysia...

Hari 95% Rakyat Malaysia hanya tahu berhujah di benteng dan kedai kopi. Kedai kopi di tepi jalan, ceruk kampung, tengah bandar mahu pun hotel-hotel terkemuka. Hari ini 10% Rakyat Malaysia ialah pekerja-pekerja yang mendapat GAJI daripada Kerajaan Malaysia baik di peringkat Kerajaan Negeri mahu pun Persekutuan. Hanya 2.56 juta, rakyat ialah anggota kerja yang makan nasi daripada Hasil Kerajaan Malaysia.

Masih ramai yang tidak menikmati hasil langsung daripada duit gaji Kerajaan. 10% Rakyat Malaysia hari ini, menikmati faedah kepada kemerdekaan negara dengan menjadi Ahli dan Peneroka Felda, Felcra, Risda, program-program bantuan kehidupan "survival" semasa Negara.

Baik yang namanya Nelayan, Petani, Pekebun Kecil, Peladang, Penternak, Peminta Sedekah, Asnaf-asnaf, pelajar di IPTA, pelajar yang melanjut pelajaran ke Luar Negara, semua anak-anak Malaysia yang bersekolah megikuti pengajian di Sekolah Kerajaan Malaysia, sebagainya...menikmati faedah Negara ini MERDEKA...

Namun yang menjadi persoalan PALING UTAMA... Di mana proses menyemai Warisan Darah Perwira ini, wajar bermula?...Kursus dan latihan selepas umur 17 tahun? Kursus dan latihan di peringkat 6 hingga 13 tahun? Penghapusan skema peperiksaan UPSR dan PMR boleh menyemai "pembinaan dan pembentukan Tamadun Negara Bangsa"? Atau sehingga "retak menanti belah"? Atau bila mana "yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang"?

Pembaco di kalangan Istana yang menduduki 9 buah Negeri Melayu Beraja, sedang mula diteropong kekuatan dan ketempangan tertentu. Insiden-insiden yang menjadi buah mulut rakyat BUKAN sirna juga cakna kepada HARAPAN PERJANJIAN Bumi Melayu sejak 1262 Masehi.

Pembaco di kalangan Pemimpin Politik, Pengurus dan Pentadbir Negeri, Pengurus dan Pentadbir Korporat, sedang mula dibelek oleh Rakyat yang dipanggil sebagai Pengundi. Kerajaan Najib Tun Razak, masih goyang dan tidak bersendi. Bak kato pepatih "Kok bongkar, bulus. Kok tempek, buruk ngoman. Kok togak, tak menureh. Kok duduk, tak jojak."...

Pembaco di kalangan rakyat marhaen, madani dan jembel sedang mula berfikir dan berkira-kira, apakah untung nasib boleh membina tamadun? Apakah keturunan yang ada hari ini, boleh terus menghirup oksigen MERDEKA DAN DAULAT Rakyat Raja? DAULAT DAN KARAMAH, Islam itu agama bagi Pesekutuan? DAULAT DAN TAAT SETIA bahawa Perkara 153 terus ditentukan Hak dan Kelebihannya?

Warisan Darah Perwira ialah nostalgia pelbagai peristiwa. Mereka yang melahir Rejimen Ke-10, Parti Komunis Malaya tentu banyak cerita sejarah dan penting yang hendak dikongsikan. Siapakah mereka? Inilah perspektif yang mesti Rakyat tahu untuk menghayati pengorbanan Warisan Darah Perwira....Ini bukan personafikasi sebagai aksesori MERDEKA. Ini bukan retorika dan fatamorgana survival di hujung tanjung harapan. Ini bukan kisah pelengkap kepada sejarah 1511. Ini lah penerus perjuangan Haji Mohamad Hassan yang terkulai di gigi Sungai Kelantan. Ini lah pewaris darah keturunan rakyat Raja yang MESTI warganegara ambil tahu.

Tuesday, June 29, 2010

WC2010: Siapa KAYA?

World Cup 2010 di Afrika Selatan, siapa yang KAYA di Malaysia?

1. Kedai Maydeen, Malberi, 786, 486 yang berlayar sebesar 10x10 sibuk buat duit.

2. Kedai Ah Chong Kopitiam and The Geng. Kedai Ramachandran and Crony.

3. Bistro-Bistro Hollywood Bangsar Kuala Lumpur, Penang, JB, Ipoh, Damansara sebagainya.

Siapa tauke kodai?...Koling dan Cino. Kok ado yang Melayu pun, ciput. Di Felda-Felda, kodai Pattani "Siam".

4. Siapa lagi yang buat duit? Kaki dan Taik Judi. Ado juo kalangan Melayu paria yang berjudi. Sanggup jadi Anjing dan Banjingan Judi Bola...sebab Kerajaan BN dah haramkan dan tidak beri lesen pada Vincent Tan melalui Ascot Lottery Sdn Bhd.

5. Orang Melayu ramai yang masih terkangkang kiap bilo World Cup 2010 berakhir pada 11 Julai 2010.

6. Tak nampak gerakan massa dalam pasaran mata wang dan perniagaan harian. Tender terbuka, Runding Terus keluar masuk. Ado yang kobar tengah menangis depan Rosmah untuk dapat projek. Ado yang dilihat menjadi Hulubalang Tak Di Undang di Pejabat Perdana Menteri serta Kediaman Rasmi Perdana Menteri. Ada yang difahamkan daripada sindiket minta DUIT HARAM, menjadi PAK PACAK di Rumah Peribadi Najib di Jalan Duta belakang High Commissioner of India.

7. Kedudukan harga barangan suka hati "mak ayah" naik. Cili merah hari ini RM17 sekilo. Cili Hijau sekilo RM6. Gula pasir kasar dah makin susah nak nampak di Gedung dan Pasar. Harga Bawang Merah sekampit RM6.50.

8. Ahli Parlimen dan Menteri sibuk bersembang dalam Parlimen hingga 13 Julai 2010. Rakyat di bawah sedang merana dan papa kedana. Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Setiausaha Kementerian tak raso susah sobab gaji bosar, elaun macam-macam, makan ke kadang ado BARUA DAN PARIA yang suapkan dapur mereka.

9. Setakat Pegawai Kerajaan gred jawatan 54 ke atas, tak susah hidup. Jiko anak setakat 3-4 orang, mewah diorang nie. Kono plak laki-bini korjo. Paling bangsat, duit bawa pulang lepas tolak segala sampah sarap sekitar RM3 ribu - RM4 ribu. Ado lagi yang lobih tinggi.

10. Rakyat yang meluat ialah kalangan pekerja sektor swasta yang di kekang mata pencarian, yang punyai kewangan terhad. Kok dapat duit terpijak RM100 ribu pun, dalam masa 10 jam boleh hangus.

11. Hari ini, peniaga kecil, usahawan tani, dan peruncit sedang menangis di atas batu-batu nisan yang dicipta oleh PENGKHIANAT BANGSA. Kewangan negara tidak bergerak. Ramai pelabur makin keluar daripada Malaysia kerana sikap yang dilahir dan dilakukan oleh isteri-isteri kepada Ahli Parlimen yang rakus dan tamak haloba, oleh Pegawai-pegawai Kerajaan dan Anggota Pentadbiran di peringkat Persekutuan dan Negeri yang makin tidak bil-hikmah mengurus kemakmuran pelabur dan nilai kewangan yang dilabur oleh PELABUR.

12. Apakah projek Super Mega yang hari ini boleh diberita kepada Rakyat untuk beri pulangan kepada rakyat? Apakah projek World Cup 2010 boleh menjadi bahan kajian kekayaan?

13. Sekiranya Kerajaan BN bistari dalam merangka jadual kekayaan, mulalah fikir untuk melobi Kejohanan Sukan Asia, Penganjuran World Cup 2022, Pembangunan Usahawan Melayu Raya, membuat unjuran pencapaian setiap isirumah Melayu sebanyak RM48 ribu setahun pada tahun 2012, membuka ladang-ladang baru kepada Konsortium Usahawan berteras pertubuhan sosial sebagainya, memberi sokongan dan memastikan sumber kewangan kepada usahawan dalam bentuk pinjaman sebagainya dijaya secara HALALAN TOIYIBAN, menambah pelaburan jangka panjang kepada pembangunan sumber manusia dengan elaun anak ke-5 sebanyak RM2,400 setahun untuk setiap isirumah.

14. Bancian penduduk 2010 mesti boleh memberi tafsiran SIAPA KAYA dan SIAPA KAYAP? SIAPA PAPA DAN SIAPA PARIA? SIAPA PUNYA DAN SIAPA SAYA?

15. World Cup 2010 sehingga hari ini telah mengalir nilai kewangan berjumlah USD3.25 billion dalam pasaran Afrika Selatan. Maknanya tidak kurang 2 juta rakyat Afrika Selatan yang merempat, miskin dan daif dapat habuan. Sasaran Afrika Selatan ialah USD10 billion dalam masa 30 hari berlangsungnya WC 2010. Inilah fokus sebuah Negara Bangsa.

16. Sukan Commonwealth 1998, Malaysia tidak wajar RUGI. Tapi kerana benggong dan banggang dalam tamaknya urus TUNAI, maka rugi habis. Sukan Commonwealth 1998 sewajarnya Malaysia dapat aliran tunai sebanyak RM5 billion dalam masa 25 hari. Maknanya, jika Malaysia ada fikir untuk dapat USD20 billion dalam masa 30 hari, kenalah buat sukan antarabangsa secara Super Mega. Kemudian kita TANYA....SIAPA KAYA???

Sunday, June 27, 2010

Apa kena mengena?

SELEPAS aktres Maya Karin dan suaminya, Steven David Shorthose atau nama Islamnya Muhammad Ali enggan memberikan sebarang komen kehadiran mereka ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur kelmarin, ramai yang mula membuat spekulasi bahawa pasangan itu akan bercerai.

Malah, dalam sebuah portal berita berbahasa Inggeris, The Malaysian Insider semalam mendakwa suami Maya mengaku dia dan isterinya akan bercerai tidak lama lagi.

Dalam pada itu, Maya ketika dihubungi mStar Online menegaskan yang dia tidak akan memberikan sebarang komen berhubung perkara itu.

“Saya ada membaca kenyataan suami saya di portal itu tetapi walau apa pun, saya hanya boleh cakap tiada komen.

“Sebelum ini, saya dan suami sudah membuat perjanjian untuk tidak memberikan apa-apa komen. Jadi, saya tetap dengan pendirian tiada komen,” ujarnya dalam nada tenang. Selanjutnya...

_______________________________


Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Khairy Jamaludin berkata kenyataan Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong berhubung isu biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak berunusr perkauman sebaliknya bertujuan mempertahankan pemberian biasiswa itu.

Beliau berkata dakwaan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali kononnya Wee mempersoalkan kontrak sosial dan tidak menghormati perlembagaan persekutuan adalah tidak berasas.

Khairy, yang juga Ketua Pemuda Umno berkata, beliau mempertahankan kenyataan Wee kerana telah mendengar sendiri rakaman asal kenyataan itu dan daripada penjelasan yang diberikan juga beliau mendapati tiadanya unsur perkauman dalam kenyataan itu.

"Apabila saya mendengar kenyataan asal yang direkodkan dan daripada penjelasan Wee, saya rasa tak ada ruang nak buat tafsiran bahawa kenyataan itu adalah kenyataan perkauman yang tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan, hak serta kedudukan bumiputera.

"Wee buat contoh, biasiswa JPA ini adalah satu-satunya peluang untuk pelajar-pelajar bukan bumiputera dapat biasiswa dari kerajaan. Jadi dia kata, apakah perasaan masyarakat bumiputera sekiranya biasiswa dan pinjaman Mara itu ditarik balik," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen yang turut dihadiri Wee. Selanjutnya...

Saturday, June 26, 2010

Boycott BTN!

Apa makna sebuah negara yang tiada Agensi Latihan Negara? Sedarkah bahawa negara Uncle SAM memiliki 2,500 agensi dan jabatan persekutuan dan negeri untuk LATIHAN GERAK SARAF negara Amerika. Manakala ISRAEL memiliki 5 buah agensi "BRAIN WASHER" warganegara dan pengikut Zionis. United Kingdom memiliki 145 agensi psy-war, manakala IRAN punyai 1 agensi gerak saraf mirip BTN di Malaysia, yang dikenali sebagai President Commandment Agency.

Negara India dan China juga memiliki ribuan Agensi Latihan Negara yang dikenali dengan pelbagai ganti Nama Khas. Karektor utama semua Agensi Latihan Negara ini bersifat setianegara yang merangkum perihal patriotisme, idealisme, nasionalisme, solidaritisme, pluralisme, jihadisme dan indoktrinisme.

Pak Sedaro melihat laman facebook Boycott BTN sebagai sebuah medan memesong akidah kewarganegaraan Rakyat Malaysia. YB Johari Abdul yang kini PKR boleh ditafsir sebagai Chin Peng Melayu, kerana sifatnya yang "meludah ke langit". Apalagi bila ramai kalangan "profesional rakyat Raja" yang berhimpun semakin bersetuju dengan pemboikotan atau pengharaman BTN. Mereka mewujud SPIES yang diterapi oleh YB Hasan Ali, tetapi menggunakan Modul BTN secara terbalik. Ini semua manipulasi PKR+DAP ke atas Rakyat Malaysia. Hari ini, mereka memberi terjemahan dan tafsiran songsang kepada Perkara 14 dan Perkara 15. Mereka merubah semangat Perkara 5, Perkara 6 hingga Perkara 11 dalam Perlembagaan Persekutuan 1957.

Hari ini, mereka melacur Perkara 153 dengan tindakan durjana dan paria mereka. Apa makna negara ini jika Bro Anwar Bin Ibrahim berjaya memenangi kes mahkamah menjubur Saiful Bukhari Azlan? Apa makna negara ini bila mana DAP dalam Parlimen boleh memperkecil dan mempersundal Perkara 12(1) dan Perkara 4? Hari ini Parlimen yang sedang bersidang menjadi Medan Pelacuran ILMU dek dengkelnya kefahaman Perlembagaan Persektuan oleh Ahli Parlimen DAP.

Biro Tatanegara amat relevan sifatnya. Biro Tatanegara mesti di BAI'AH semula dengan perkumpulan yang lebih besar. Hari ini BTN sudah tumpul mata penanya dan sumbing GIGI TARINGnya. Esok BTN mesti di asah kerana belakang parang andai di asah lagikan tajam. Esok BTN mesti dimasinkan semula, kerana yang masin itu penawar dan yang manis itu RACUN. Esok BTN mesti dimantapkan dengan SAF BERANI dan PERSAUDARAANNYA.

Sudah-sudahlah menyanyi dan berkaraoke. Kita sudah tiada MASA, Majulah dengan Gagah Perkasa, Janganlah Terlalai, Teruskan Usaha, Melayu kan GAGAH di pelusuk DUNIA.

Allah Hu Akbar, Rakyat Raja milik siapa?

Friday, June 25, 2010

Judi BOLA ...

MIC memang sejak azali SETUJU Kerajaan Islam Bumi Melayu ini mengHALALkan Judi. Sebab inilah pegangan neo-Komunisme yang kini menjadi kiblat beberapa kerat daripada mereka, baik yang mananya imigran tegar. Negara INDIA di beberapa buah negeri dalamnya tidak mengHALALkan Judi. Bumi dinama mengalirnya Sungai Ganges yang dikenali sebagai Sungai Suci Penganut Hindu tidak mengHALALkan Judi dan sebarang bentuk perjudian.

MIC sudah mula menjirus Round-Dup ke atas istilah perkongsian KUASA dan Kontrak Sosial. Dulu HINDRAF menjadi boneka kumpulan terpencil kalangan warga bangsa Tamil dan Nalayalam. Kini secara lebih terbuka dan bersahaja, MCA sedang melihat teknik terbaru untuk melolosi halangan ghaib Barisan Nasional tentang Judi. DAP sedang main boneka murahan di Pulau Mutiara, Pulau Pinang. PAS dan UMNO bersetuju dalam isu HARAMKAN Judi Bola.

Pak Sedaro fikir Majlis Belia Malaysia, Majlis Belia Daerah di semua daerah di Malaysia, Persatuan-persatuan belia seluruh tanahair MESTI punyai Kesatuan Hati, Kesatuan Fikiran dan Kesatuan Tindakan untuk HARAMKAN JUDI BOLA.

Pak Sedaro fikir semua Alumni Sekolah, Alumni Sekolah Berasrama Penuh, Alumni MRSM, Persatuan Penduduk serta Khairat Masyarakat mesti setuju dengan HARAMKAN JUDI BOLA.

Pak Sedaro fikir Parlimen mesti memutuskan dengan undi consensus untuk HARAMKAN JUDI BOLA. Semua Ahli Parlimen Islam dan Ahli Dewan Negara Islam mesti SETUJU HARAMKAN JUDI BOLA. Full-stop.

Inilah sandiwara Freemason dan Komunisme yang sedang bernanah dan berkanser dalam 28.76 juta rakyat Malaysia.

Felda oh Felda

Felda amat agung namanya. Inilah kesan daripada trajedi penjarahan berdarah selama 14 hari oleh Komunis, dihimpun strategi oleh Sir Harold Briggs. Rancangan Briggs mengadakan Kampung-kampung Baru untuk mengekang kebergantungan gerila komunis di hutan. Maka, dilonggok ketumbukan kampung yang bertindak sebagai pembekal kepada Komunis, atau nama glamournya Min Yuen. Inilah gerakan bawah tanah dan saraf komunis. Hari ini, kekuatan mereka masih belum diketahui dan dianalisa? Apakah lesen senjata api yang dipohon melalui Jabatan Ikatan Relawan Malaysia mengHALALkan proses pemilikan senjata api di Kampung-kampung Baru?

FELDA merupakan rentetan kepada pengalaman Almarhum Tun Razak kepada Briggs Plan. Model yang sama, cumanya kepentingannya berbeza. Selepas trajedi 13 Mei 1969, maka, Dasar Ekonomi Baru dibentang pada 1972. Semasa inilah FELDA tertua di tanahair iaitu Lembah Bilut dilahirkan. Banyak tragedi hitam putih dialami oleh peneroka generasi pertama. Kisah diserang komunis, dibaham harimau, dipatuk ular, diserang gajah liar, lawatan babi hutan, beruang khatulistiwa, jumpa mawas gergasi, jumpa bigfoot dan memacam lagi, pelbagai kisah yang boleh di sejarah oleh peneroka-peneroka Generasi Pertama yang merintis Rancangan-rancangan FELDA.

Hari ini setelah lebih 40 tahun, FELDA dikelas sebagai Aset Negara paling berjaya dalam industri pertanian dan komoditi. FELDA dipercayai memiliki aset bernilai RM 16 billion, yang secara amnya milik Negara. Harta aset cair milik peneroka mungkin sekitar 10%, manakala untuk kemudahan pengurusan FELDA dan anak-anak syarikatnya sekitar 1%.

FELDA sedang dilanggar badai oleh orientalis yang cuba memesong jatidiri dan iltizam FELDA. Pak Sedaro fikir ado eloknya, FELDA diteropong secara kritikal dan negatif, kerana lewat hari ini, pengurusan atasan FELDA seperti "kacang lupakan kulit", "harapkan pagar, pagar makan pagi", "lembu punya susu, sapi dapat nama". Mereka bongkak dan bakhil dengan harta milik negara. Mereka menuntut pelbagai, sehingga ada urusan yang merugikan FELDA dibuat pelbagai "cover-up".

Hari ini,ramai Pegawai Serata FELDA yang dipantau dari Putrajaya oleh Ahmad Maslan dan Ketua Urusetia Hasanuddin, tidak melaksana tugas dengan berintegriti. Mereka amalkan dasar pecah perintah, diskriminasi berasaskan pilihan tekak sendiri, nepotisme dalam tugasan hakiki, mencetuskan perbalahan antara pergerakan belia FELDA dengan generasi veteran FELDA, menjadi "da'i" fitnah yang akhirnya mencetus permusuhan tidak berbaloi. Ini antara kebejatan sosial yang boleh dikategori sebagai FELDA BANKRAP. Felda hari ini bankrap daripada segi integriti kepegawaian, nilai Aspirasi 1 Malaysia ibarat menanam tebu di bibir, peneroka FELDA tidak dipantau dengan bil-hikmah, pelbagai program sosial dan nilai tambah dilaksana "melepas batuk di tangga", "melepas anjing tersepit", akhirnya "ibarat anjing menyalak bukit".

Di tambah dengan kisah program di MRSM Trolak, CSR Rebung 2010. FELDA langsung tidak mahu membantu agensi paling bungsu Jabatan Perdana Menteri, iaitu Institut Integriti Malaysia. FELDA pandang sebelah mata pun tidak. Sedarkah kalian di FELDA bahawa CSR Rebung 2010 ialah program MRSM Se Malaysia. Yang hadir ialah anak-anak keturunan Rakyat Raja, Orang Asli, Pribumi Sarawak dan Pribumi Sabah. Mereka ini dahaga akan kasih sayang, diangkat MRSM Felda Trolak sebagai venue, kerana kedudukan dan fasiliti yang dicop hebat. Tapi tiada langsung nilai pengorbanan material yang disambut oleh FELDA. MRSM Felda Trolak diziarah oleh 13 perwira negara yang berjuang bermatian darah dan hilang anggota kerana komunisme daripada Pegawai dan Anggota Veteran Komando VAT 69, PDRM. Tapi FELDA melihat CSR Rebung 2010 sebagai program picisan, tidak penting dan tidak glamour sifatnya. FELDA kini sedang dilanda bala yang diminta oleh mereka sendiri, mereka mencipta bala yang dipacu dan diacuan oleh mereka sendiri.

FELDA kena jelas dalam mengurus kemelut dan polemik. Jika harta mereka bernilai RM 1 trillion sekalipun, kiaranya mereka mengabaikan kesetianegaraan dan nilai bil-hikmah, maka, FELDA akan jahanam. Hari ini, banyak perkara yang dirundung oleh FELDA sejak 20 tahun lalu makin menjadi-jadi.

Buatlah "head count", berapa ramai kalangan pegawai FELDA yang mentekedarah duit FELDA untuk perut, anak, bini dan keturunan yang hilang sifat syukurnya dan membalas budi kepada FELDA dan Kerajaan Malaysia? berapa ramai kalangan anak-anak peneroka FELDA yang memberi jiwa, jasad dan roh kekayaan mereka kepada FELDA dan membina beberapa intrumen kepentingan bersama FELDA? Misalnya YAYASAN BAKTI FELDA "khas untuk tabung pengajian tinggi", DANA USAHAWAN BARU FELDA "khas untuk lipat ganda keusahawanan Felda", KAMPUNG FELDA TRADISIONAL "sebagai projek inap desa - homestay", MUZIUM FELDA MALAYSIA, SEKOLAH BERASRAMA PENUH KHAS atas nama MAKTAB TUN DR. MAHATHIR [mengadakan pengajian dengan elemen ATM, Sains, Tahfiz], YAYASAN CSR FELDA "khas untuk program kebajikan dan sosial serta latihan pengkayaan modal insan" dan sebagainya.

Inilah yang wajar dilihat sebagai Modeling Ekonomi Baru FELDA menjengah alaf. FELDA mesti ada kompetensi New Economic Model sendiri, Pengurusan FELDA yang makan harta kekayaan atas nama politik dan retorik, BOLEH KELUAR BARIS dan TIDAK PERLU LEBIH LAMA MENJAHANAM FELDA.

Felda ialah urat nadi rakyat Raja, Felda ialah denyut jantung bangsa Malaysia, Felda ialah helang yang wajib terbang tinggi dan bisa menyambar mangsa.

Felda bukan milik Najib Tun Razak, bukan milik Ahmad Maslan, bukan milik Yusuf Noor. Felda ialah hak negara, hak rakyat Raja, hak penerus dan pewaris tanahair ini.

Felda tidak boleh kecundang, kerana negara baru merdeka 53 tahun. Felda tidak boleh dijahanam oleh tembolok, tekak, perut yang membusung dek rakus dan haloba duniawi. Felda ialah Mercu Bangsa Malaysia.

Pak Sedaro berdoa agar FELDA menjadi sejarah Bangsa Merdeka dan Berdaulat. Bumi di pijak, milik KITO.

Thursday, June 24, 2010

KLIA = Kalau Liwat Ingat Anwar

1. Semasa menyertai siri program dakwah di beberapa kawasan pendalaman anjuran Majlis Agama Islam suatu ketika dulu, kami memperolehi beberapa pengajaran yang amat berharga. Antaranya:-

i) Penduduk pendalaman (atau sebahagian kita menggelar "Orang Ulu") ini tidak akan melayan serta menghalau kami apabila kami datang dengan berkupiah, berserban, berjubah, berbaju Melayu/kurung, bertudung, apatah lagi menyimpan janggut. Mereka tidak suka dengan penampilan kami yang berwajah 'Islamik'. Justeru, bagi memastikan kami dapat mendekati mereka, kami terpaksa mengubah penampilan; jika tidak pun berpakaian seperti mereka, kami perlu dressing se'simple' yang boleh seperti mengenakan seluar jeans, t-shirt, bercukur, dan kaum hawa hanya menutup kepala dengan keys atau skaf sahaja.

ii) Kami secara bergiliran bermalam di setiap rumah penduduk pendalaman ini yang ada diantaranya membela anjing di dalam rumah atau membela babi di bawah/belakang rumah. Adakalanya, semasa senggang berbual dengan tuan rumah, anjing belaan mereka akan bergolek bergelentangan dipangkuan kami. Sudah tentunya kami perlu samak anggota tubuh hampir setiap hari.

iii) Apabila kami sudah rapat dengan penduduk setempat, mereka sanggup pula membina pondok untuk kami bersolat dan mereka juga yang rajin mengingatkan kami untuk bersolat setiap kali masuk waktu. Malah mereka tidak lokek berkongsi pelbagai ilmu survival di dalam hutan, cara mentafsir bintang di langit serta ilmu tradisional yang menjadi amalan mereka turun temurun yang sudah pastinya tiada dalam subjek yang ditawarkan di IPT.

iv) Penduduk pendalaman ini tidak kisah jika kita mengucap salam kepada anak-anak mereka yang belum akil baligh, tetapi kurang menggemari apabila kita mengucap salam kepada golongan dewasa.

v) Mereka juga membaca talkin apabila berlaku kematian, cuma bezanya dengan kita, mereka membaca talkin sebelum mayat dikambus dengan tanah. Ini menunjukkan hidayah pernah sampai kepada mereka, tetapi disebabkan tiada yang buat follow up, mereka kembali menjadi sesat.

2. Itulah antara pengorbanan yang perlu kami lakukan untuk misi dakwah.

3. Kenapa kami ceritakan semua ini? Kerana kami terbaca salah satu komentar dalam blog ini yang kelihatan begitu mendewakan Nik Aziz. Kagum dengan rumah Pok Nik yang tidak berpagar. Sanjung kerana Pok Nik menghidangkan sendiri air kepada tetamunya. Bangga kerana Pok Nik hanya mengambil sedikit gaji yang sepatut diperolehinya. Teruja dengan kereta lama yang masih digunakan Pok Nik. Malah ada yang tergamak mengatakan bahawa Allah akan bayar 'cash' kepada kami yang mempersoal 'ulama politik' seperti Pok Nik.

4. Namun yang menjadi persoalan, berapa ramaikah orang bukan Islam yang telah berjaya diIslamkan Nik Aziz selama hayatnya yang zuhud itu?

5. Realiti masyarakat dunia hari ini akan melihat kepada "apa yang kau ada"...barulah mereka akan akur dan hormat. Andainya Nik Aziz hari ini bukanlah Menteri Besar Kelantan, adakah orang bukan Islam akan akur dan hormat kepada beliau? Orang Cina misalannya, tidak akan menghormati anda sekiranya anda tidak memiliki sebarang kelebihan berbanding mereka. Jika tak percaya, cubalah bekerja bersama dalam syarikat yang dikuasai mereka. Orang Cina ini hanya akur dan hormat kepada kita disebabkan kuasa itu masih milik kita, sebagaimana Nik Aziz yang kononnya diterima kaum bukan Melayu hari ini adalah semata-mata kerana masih memiliki kuasa itu.

6. Islam tidak pernah menghalang umatnya untuk mengumpul harta, malahan menggalakkan umatnya menuju kejayaan di dunia & akhirat, sepertimana seruan yang kita dengar 5 kali setiap hari.

7. Masyarakat dunia seperti di Albania, Myanmar, Bangladesh, Sri Lanka, negara-negara di benua Afrika, mahupun 41 negara miskin dunia ke-3 etc. tidak akan tertarik dengan Islam serta gagasan yang dibawa oleh Malaysia sekiranya rakyat Malaysia termasuk pemimpinnya tinggal di rumah kayu yang tidak berpagar, hanya pakai kereta yang berusia lebih 10 tahun dan ketinggalan daripada arus pembangunan. Masyarakat dunia hanya akur dan hormat kepada kita kerana kita mempunyai kelebihan berbanding mereka. Dan itulah kaedah dakwah masa kini dan seharusnya dilakukan bagi menarik orang bukan Islam kepada keindahan Islam.

8. Sekian lama Pas hanya berdakwah kepada orang Melayu. Sejak sekian lama juga kaedah yang digunapakai oleh Pas untuk berdakwah masih tidak dapat diterima oleh kebanyakan orang bukan Islam, apatah lagi orang Islam sendiri.

9. Islam sebagai cara hidup adalah relevan sepanjang zaman. Namun adakah dengan hanya memakai kupiah serta jubah, duduk di rumah usang, pakai kereta lama, ditaja untuk ke Mekah tanpa berusaha mengumpul wang sendiri, adalah cara hidup yang benar-benar dianjurkan Islam?

10. Perubahan perlu dilakukan. Kaedah dakwah perlu berubah mengikut arus peredaran semasa agar Islam itu tampak relevan sepanjang zaman. Kita perlu mengikut rentak mereka terlebih dahulu, sebelum perlahan-lahan menarik mereka untuk menjadikan Islam sebagai cara hidup. Dan itulah yang dilakukan kerajaan Malaysia sejak sekian lama sehingga berjaya menarik berjuta masyarakat dari negara membangun serta negara dunia ke-3 untuk datang belajar di Malaysia dan sekaligus membuatkan mereka lebih tertarik untuk mendalami Islam.

11. Semasa Pas masih lagi menghukum saudara seIslam sebagai kafir, tidak masuk syurga, memperjuangkan hudud yang hanya sebahagian kecil daripada Syari'ah Islamiyyah etc., Kerajaan Malaysia yang ditunjangi Umno telah melakukan gerakan dakwah ke seluruh dunia dan berjaya membuka mata ramai masyarakat dunia terhadap keindahan Islam melalui gagasan serta dasar yang dibawanya. Mungkin kerana itulah Allah masih lagi redha dengan kerajaan persekutuan hari ini untuk berterusan menerajui Malaysia.

12. Sesetengah orang berpendapat tidak perlu mengkritik pihak lain dan hanya perlu fokus untuk mengkritik pihak sendiri, kerana beranggapan bahawa kita akan 'jatuh' hanya disebabkan diri sendiri dan bukannya disebabkan oleh orang lain.

13. Namun kami berpendirian jika kita benar-benar ikhlas dalam perjuangan, perlu untuk mengkritik kedua-dua belah pihak dan tidak membiarkan kemungkaran berlaku biarpun ia dari pihak mana sekalipun, kerana akhirnya biarlah rakyat yang menilai siapa yang lebih berat timbangan amalnya; seterusnya membuat pilihan pihak mana yang benar-benar layak menerajui negara ini. Apalah gunanya jika kita sendiri pun mengkritik secara berpilih dan menyorok fakta ketika mengemukakan hujah.

14. Oh ya, tajuk artikel ini tiada kena mengena dengan bahan yang ditulis. Hanya sekadar mengusik komentar di sini akan akronim/abbreviation KLIA.

15. Yang bijaksana tidak keliru, yang berakhlak tidak gundah gulana, yang berani tidak gentar.

Akta 668

Melihat kepada kebejatan pimpinan belia yang kebanyakan kelabu asap tentang Akta 668, Pak Sedaro ambil bahagian ini untuk bantu mengupas perkara-perkara yang dierti sebagai WAJIB TAHU dalam Akta 668 oleh barisan pemimpin pertubuhan belia di peringkat Kebangsaan, Negeri, Kawasan@Daerah mahu pun Cawangan.

Jika dilonggok 100 orang yang diberi taraf pemimpin persatuan belia, maka, 90% merupakan pemimpin buta Akta dan pekak Akta. Ada dalam kalangan mereka tidak langsung kenal Perlembagaan pertubuhan belia atau persatuan belia masing-masing, apalagi kenal apa itu Akta 668 atau Akta 335 atau Perlembagaan Persekutuan 1957.

Sama ada mereka tidak ambil peduli atau terlebih tahu, sehingga apabila perwakilan dan ahli belia biasa, mula mempertikai kedudukan mereka dan hak-hak keahlian, maka, lintang-pukang membaca dan analisa perlembagaan.

Akta 668 mula dibahas di Parlimen pada Jun 2006, kemudian dibentang kali kedua pada Mei 2007. Akta ini telah menerima persetujuan Di Raja pada 18 Julai 2007 dan diwarta pada 26 Julai 2007. Seksyen 1 memberi tafsiran Akta 668 ialah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007. Akta ini mula dibayangkan pengwujudannya pada tahun 1996 lagi, sebab itulah pada tahun 1997, Gerakan Belia 4B Malaysia telah meminda Perlembagaan 4B dengan memasuk klausa@fasal Naib Pengerusi Remaja di peringkat Kebangsaan, Negeri, Kawasan dan Cawangan. Gerakan Belia 4B Malaysia ialah pertubuhan belia pertama yang kordinasi bayangan tersebut.

Akta 668 di dalam Seksyen 2 memberi tafsiran penuh tentang aktiviti belia. Antara lain membina peribadi belia; meningkat kesetianegaraan di kalangan belia; menyebar prinsip-prinsip Rukunegara hingga (h). Belia dierti sebagai seseorang yang berumur tidak kurang daripada 15 tahun dan tidak lebih daripada 40 tahun. Pertubuhan belia dierti (a) mempunyai nama yang mengandungi perkataan "belia", (b) keanggotaannya memenuhi piawai tafsiran definisi belia dan (c) menjalan objektif aktiviti belia.

Kewujudan Akta 668 bukan sahaja dimula sejak 10 tahun lalu, malah sejak Presiden MBM Saifudin Abdullah beberapa gerakan telah dimulakan. Berbekal mandat dan semangat Perkara 10 (1) (a), (b) dan (c) dalam Perlembagaan Persekutuan iaitulah Hak Berhimpun, Hak Mengeluar Pendapat dan Hak Menubuh Persatuan, maka, terzahirlah Akta 668. Di tambah dengan keperluan bahawa Akta 335 iaitu Akta Pertubuhan 1966 begitu longgar sifatnya. Semua jenis NGO baik parti siasah, Alumni Sekolah, Kebajikan, Pertubuhan Sukarela, Interest Group sebagainya didaftar dengan peruntukan Akta 335. Ini tidak memberi hak eksklusiviti kepada pergerakan belia Malaysia.

Kewujudan Akta 668 secara langsung memberi petanda bahawa pergerakan belia merupakan elemen terpenting kepada kemodenan dan pertumbuhan sosial dan ekonomi Negara. Akta 668 mencerminkan bahawa belia mempunyai kelas tertentu dalam masyarakat. Akta 668 secara langsung menafikan pandangan meleset masyarakat yang menghukum belia sebagai warga kelas KETIGA.

Akta 668 mempunyai resepi yang diangkat khas oleh Kerajaan Malaysia. Oleh yang demikian, Subseksyen 7 (1), (2) a. b., (3) dan (4) amat terkesan kepada sistem pendaftarannya. Persekutuan Pengakap Malaysia, Pandu Puteri, St. John Ambulance, Bulan Sabit Merah Malaysia, terkeluar daripada Akta 668, kerana mereka tertubuh berasas Akta Parlimen dan mempunyai Badan Peringkat Antarabangsa.

Seksyen 12 secara jelas memberi ingatan kepada pemimpin belia yang tamak dan gila kuasa. Seorang ketua pertubuhan belia hanya boleh memegang jawatan tidak melebihi 6 tahun berterusan. Seksyen 18 melarang tindakan sesuka hati pemimpin belia mewujudkan cawangan. Tidak seperti dulu, ramai pemimpin belia "ikut suka aku" buat persatuan, ibarat cendawan tumbuh, apalagi bila musim pemilihan tahun tersebut. Sanggup pemimpin dulu, melacur soal integriti dan perjuangan mulia belia, hanya untuk memastikan dia masih berkuasa dan mampu meratah segala kekayaan daripada persatuan belia.

Seksyen 31 merupakan perkara paling penting dalam semua rangkaian WAJIB TAHU. Inilah subjek yang diangkat daripada Subseksyen 2a dalam Akta 335. Subsekyen 31 (a) hingga (e) merupakan implikasi langsung kepada Perlembagaan Persekutuan. Kiranya disumbang seleweng oleh pimpinan belia, maka mereka telah mencabar Perlembagaan Persekutuan, mengikut Perkara 32, Perkara 38, Perkara 3, Perkara 152, Perkara 153, Perkara 160 (2). Pemimpin belia WAJIB TAHU nilai dan erti Perkara 14 dan Perkara 15 kiranya, masih wujud sikap bobrok kaum-kaum lain. Implikasi menafikan Seksyen 31 ini amat pedih dan dalam. Sehingga Perkara 4, 5 hingga 13 turut terlacur dek kekufuran pemimpin BELIA yang leka, leweh, lalai dan lengai.

Sedarlah bahawa Akta 668 ialah penebat terbaik kepada perundangan pergerakan belia Malaysia. Akta 668 memberi justifikasi dan petunjuk yang cukup JELAS tentang haluan dan survival belia. Akta 668 harus boleh dijadikan ASET kepada pemimpin belia yang fikir tentang perjuangan dan perjalanan belia moden serta sofistikated.

Kerangka Akta 668 memberi jawapan kepada kemelut dan polemik kepemimpinan. Namun kiranya Akta 668 hanya terdampar sepi tanpa kupasan ilmu kepemimpinan belia yang betul dan tepat, ia hanya sebuah novel perundangan di kamar Undang-undang sahaja. Hanya laku di meja Mesyuarat Agung Tahunan dan bilik-bilik peguam tertentu.

Akta 668 mesti dikupas secara bersama dengan Perlembagaan Persekutuan, sejarah kepimpinan belia dan semangat yang ada dalam Akta ini. 668 ialah angka yang boleh dimungkiri oleh pemimpin belia bersikap komunis. 668 juga ialah angka yang boleh menjanji kepesatan dan kemakmuran oleh pemimpin belia bersikap nasionalis, patriotik dan reformis dalam DEMOKRASI BELIA MALAYSIA.

Kepada pemimpin belia yang masih BEBAL, BINGAI, BEGA DAN DUNGU, carilah guru mengaji Akta 668, Akta 335, Perlembagaan Persekutuan 1957 dan perlembagaan persatuan sendiri.

Wednesday, June 23, 2010

Mansuh UPSR & PMR Amat Relevan

Pak Sedaro angkat jutaan kesyukuran kerana hari ini Kementerian Pelajaran Malaysia sudah punya lampu slite "sudah terang lagi bersuluh"...Kita sudah ketinggalan 20 tahun, sehingga hari ini terlalu banyak robot berkepala hitam dalam sistem survival Bangsa Malaysia.

Rakyat Raja teramai dalam statistik penyu, kucing, anjing, tikus dan platipus yang menjurus kepada sistem rekaan Bro Anwar Bin Ibrahim semasa Menteri Pendidikan iaitu UPSR dan PMR. Hari ini Bro Anwar Bin Ibrahim berjaya mewarnai keriangan dirinya dalam alam impiannya sendiri.

Hari ini 11.67 juta rakyat sudah dirobot oleh sistem lampau. UPSR dan PMR amat sesuai dimansuh. Pak Sedaro sudah lama memulun dan memukul institusi tertentu agar sistem robotik ini dihapus sama sekali.

Kita gagal mengurus manusia Malaysia dalam rangka EQ, IQ, SQ dan PQ "emotional, intelligent, spritiual and physical quientient". Hari ini, kita sudah sampai satu persimpangan yang JELAS.

Korea Selatan dan Korea Utara sudah 15 tahun meninggalkan kita daripada sistem pembangunan MOdal Insan melalui proses pengajian rasmi. Jepun sudah 25 tahun daripada kita. Singapura sudah 7 tahun lebih awal.

Insan Malaysia perlu didisiplin wacana akademia dengan mengurus persekolahan bukan secara peperiksaan awam yang memaksa itu dan ini. Kecualilah ingin melahir 20 juta lagi ROBOT Malaysia.

Gunakan kaedah Kerja Kursus, Ujian Kompetensi secara berkala melalui proses "Expriential learning and adventurous leaning mobility", "Physical competency and endurance fitness" dan "skills and high-tech advancement scheme". Maka kita andaikan pada usia rakyat berumur 15 tahun, kita sudah ada rangkaian kekuatan yang terarah dalam bidang automatif, kejuruteraan enjin, aeroangkasa, bio-diversity cultures, sumber hutan dan keaslian semulajadi, sistem kerangka rangkaian sumber robotik berasas sains dan teknologi.

Masa depan Institut Aminuddin Baki boleh fokus kepada latihan Program Kepimpinan Akademik Bistari, Program melahirkan Pemimpin Massa melalui penglibatan Sekolah Berasrama Penuh seperti MCKK, TKC, MRSM, MTD dan sebagainya. Program indoktrinasi Integriti seperti CSR Rebung yang dimaju oleh Institut Integriti Malaysia, program indoktrinasi belia kaliber seperti Pemimpin Belia Kaliber yang dimaju oleh Cawangan Kepimpinan dan Pembangunan Sahsiah, KBS, Program Indoktrinasi Patriotisme seperti Program Cinta Negara yang boleh dimaju oleh Biro Tatanegara.

Semua negeri sudah ada Pusat Ko-kurikulum yang dipantau oleh Jabatan Pelajaran Negeri. Para guru hari ini, 75% punyai mauduk siasah haluan kiri dan tidak condong BN. Para penjawat awam, hampir 57% punyai mauduk siasah haluan kiri dan tidak condong BN. Para peniaga khasnya kaum-kaum lain, tidak ambil peduli langsung BN. Hanya peniaga Rakyat Raja yang 67% menyokong BN.

Hari ini jika Kementerian Pelajaran Malaysia berhasrat mansuh UPSR dan PMR, ia amat baik dan mesti diteruskan. Makanya jika diangkat beberapa subjek bertaraf dunia dalam bahasa tertentu, maka ia akan bertambah relevan. Penguasaan rakyat dalam 3 bahasa dunia amat penting. Murid Rakyat Raja dan Islam mesti khatam paling rendah 10 juzuk Al-Quran iaitu 1/3 daripada 30 juzuk. Ini memberi peluang kepada ketinggian tamadun ILMU dan kealiman para pelajar Malaysia.

Mansuhkan UPSR dan PMR, maka kaedah kemasukan untuk sekolah elit kelas pertama seperti SBP, SBPA dan MRSM, juga Yayasan tertentu mesti melalui proses pemilihan eksklusif, seperti perlunya physical fitness test, IQ, SQ, EQ. Maka, bolehlah kita lahirkan 100 ribu Kelas Menengah Malaysia berteraskan Negara Malaysia, Islam adalah Agama bagi Persekutuan, bahawa Melayu ialah keturunan dan bangsa teras kepada tamadun Malaysia.

Sedarlah Muhyiddin Yassin, bahawa kita mesti boleh melahir dan membina bangsa dan tamadun Bangsa Malaysia pada tahun 2020. Maknanya menjelang 2020 kita sudah berada pada tahap tahun 2030. Barulah kita setanding dan separas dengan Singapura, Jepun, Korea Selatan, German, USA, UK, Perancis, Canada, Sweden, tamadun ilmu Samarkhan, Bukhara, Mesir, Gibraltar dan Yunani Purba.

Kita mahu 31.2 juta Rakyat Malaysia menjelang tahun 2020 ialah Manusia yang berfikir, manusia yang hormat dan cinta akan Tanahair, manusia yang beragama dan manusia yang berjuang untuk Agama, Bangsa dan Tanahair.

Monday, June 21, 2010

TOLONG HENTIKAN AMPU Dr.M

UMNO Bahagian Cheras telah mengusulkan cadangan supaya nama Jalan Ampang menjadi Jalan Tun Dr Mahathir dan Kuala Lumpur International Airport menjadi Mahathir Hasmah International Airport bagi mengiktiraf jasa Tun Mahathir yang membangunkan Malaysia selama 22 tahun yang banyak membawa manfaat kepada negara ... kawan kawan dan sahabat sahabat boleh memberi sokongan dengan menyertai wall facebook ini.

Pak Sedaro agak heran dengan perangai pemimpin UMNO Cheras, yang hari ini diketuai oleh seorang mamak berdarah arab khabarnya. Apokah dengan memahat ukiran nama Dr. Mahathir boleh mempertingkat merit UMNO?

Kuala Lumpur International Airport "KLIA" sudah antarabangsa sifatnya. Pelik dan janggal bonar bilo dinukil ganti nama khas kepada yang disyor oleh UMNO Cheras. Pak Sedaro nak posan, tak usah membodek dan mengampu Dr.Mahathir. Dio tak hadap pun, dan tak jolap macam kau orang dalam UMNO hari ini, yang memalukan roh dan semangat survival UMNO.

Apokah UMNO sudah pokak dan bisu atau sudah mulo memusatkan strategi "MEMBODOHKAN" diri dan "MELACUR MARUAH"? Pak Sedaro fikir kalau bersungguh bonar nak beri dan ganti NAMA Khas Tun Dr. Mahathir, mako gantikan ia pado Menara Kuala Lumpur kepada Menara Mahathir. Jalan Ampang itu amat sesuai sebagai Jalan Dr. Mahathir. Bangunan Dayabumi sebagai Yayasan Tun Mahathir.

Bukan KLIA kerana ini memberi persepsi dan terjemahan, amat tidak relevan. UMNO Cheras memang terkenal dengan memberi dan mengadakan konsep, NAMUN, buatlah dengan lebih kritikal dan bil-hikmah. Tidak perlu berpolemik dan kontroversi.

Laman Tun Abdullah boleh diwujudkan di Taman Tasik Perdana. Galeria Tun Mahathir Mohamad boleh diadakan di Bangunan Dayabumi. Syed Al-Habshee cukup-cukuplah mengampu Najib Tun Razak. Sekarang Senator, nak dapat kerusi Mentori kot!

Hina daripada anjing...

1. Baru-baru ini kami terbaca satu komentar dalam salah sebuah artikel di blog yang tersenarai dalam rangkaian blog kami.

2. Komentar itu menyebut bahawa KPLI dan JQAF adalah projek membazir kerana kerajaan terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk membayar gaji guru KPLI dan JQAF setiap tahun, sedangkan tugas itu sepatutnya digalas graduan pendidikan sedia ada yang begitu ramai di IPTA serta Istitusi Perguruan.

3. Turut dinyatakan dalam komentar tersebut kononnya KPLI dan JQAF dilaksanakan kerana kerajaan ingin mengambil hati ramai para graduan yang mengangggur.

4. Komentar berkenaan jelas menunjukkan penulisnya adalah penyokong pembangkang yang skeptikal, kononnya tiada langsung kebaikan yang telah dibuat oleh kerajaan walaupun kebaikan itu jelas telah 'menyelamatkan' para penyokong parti pembangkang itu sendiri.

5. Kami sering berpeluang berpengalaman dengan para guru lepasan KPLI dan JQAF. Latarbelakang, corak berfikir, kaedah bertindak serta membuat keputusan guru-guru ini tertakluk dalam skop kajian dan pemerhatian kami. Dan rumusan yang kami perolehi, mereka ini rata-ratanya adalah penyokong parti pembangkang.

6. Berdasarkan pengamatan, graduan lepasan KPLI kebanyakannya memilih kerjaya perguruan disebabkan "itu sajalah harapan terakhir untuk kerja kerajaan" memandangkan mereka sukar memperolehi pekerjaan lain di sektor swasta yang bersesuaian dengan kemahiran ijazah yang dimiliki.

7. Kebanyakan graduan KPLI agak cemerlang di IPTA, namun tidak berkemahiran dalam komunikasi terutama dalam penguasaan bahasa Inggeris. Inilah antara masalah utama graduan Melayu, tapi masih tidak mahu menerima hakikat untuk memajukan diri menguasai kemahiran komunikasi. Tidak keterlaluan jika dikatakan, rata-rata (tidak semua) graduan KPLI inilah sebenarnya yang telah menggagalkan projek PPSMI. Kelemahan mereka dalam komunikasi hingga 'memaksa' mereka memilih bidang perguruan yang sebenarnya bukan pun kerjaya pilihan mereka, secara tidak langsung turut mengheret sama rakyat dalam kemelut PPSMI. Disebabkan mereka sendiri tidak kreatif dan lemah dalam bahasa Inggeris, maka diciptakan pula alasan yang murid kononnya tidak mampu menguasai Matematik/Sains dalam bahasa Inggeris dan sekaligus memperlekeh tahap kemampuan bangsa sendiri.

8. Datuk nenek moyang kita semasa zaman pra merdeka dahulu tiada kuasa untuk menentukan sekolah pilihan mereka dan terpaksa belajar bahasa Inggeris demi menimba ilmu, namun mereka tetap berupaya menjadi insan hebat tanpa meminggirkan jatidiri serta akar budaya bangsa. Jadi mengapa pelajar hari ini diperlekehkan pula kemampuan mereka sedangkan taraf pendidikan kita sudah semakin maju berbanding dulu?

9. Saban tahun kerajaan melalui GLCs, Yayasan, Majlis Agama, Baitulmal etc. telah menghantar ramai rakyat Malaysia untuk belajar di Timur Tengah. Destinasi pilihan pelajar kebiasaannya ialah Al-Azhar selaku universiti tertua di dunia, tetapi masih tidak mampu melahirkan graduan yang benar-benar hebat serta mampu bersaing dengan bangsa-bangsa lain di seluruh dunia. Fikiran sempit bahawa Islam itu hanya beribadah serta beramal semata-mata dan bukannya suatu cara hidup bagi memastikan orang bukan Islam gerun serta hormat dengan kehebatan umat Islam, adalah skema yang sekian lama diterapkan dalam pendidikan di Al-Azhar khasnya dan Timur Tengah umumnya.


10. Perkara ini sejajar dengan dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan Murabitun (bertekun di dalam rubah) yang dipimpin oleh Yusof Tafsiyin di Andalusia yang menggalakkan umat Islam belajar agama sahaja kerana berpendapat ilmu selain daripada ilmu agama akan melekakan umat Islam. Rentetan dasar itulah maka umat Islam sehingga kini menjadi lemah dan Eropah pula telah berjaya keluar dari kemelut "Dark Ages". Sehingga kini, tiada lagi negara Islam yang benar-benar kuat untuk menandingi kehebatan negara-negara bukan Islam terutamanya berkaitan teknologi dan pertahanan.

11. Kalangan kami pernah menyertai lawatan bagi menyelami kehidupan para pelajar Malaysia di Timur Tengah. Ada dikalangan pelajar kita yang lebih berminat mencari wang berbanding menimba ilmu di sana. Pelbagai pekerjaan yang dilakukan mereka dan antara yang popular ialah sebagai pemandu pelancong dan penjual minyak dhab. Ada juga dikalangan mereka yang berkahwin sesama mereka sehingga beranak pinak (yang sudah tentu membelakangi restu ibu bapa) atas alasan bagi mengelakkan maksiat dan dosa. Tanggung jawab serta tujuan sebenar untuk menimba ilmu sebagai pelajar telah diketepikan demi tuntutan survival kononnya.

12. Spesis seperti inilah yang apabila pulang ke Malaysia telah digelar 'ustaz' atau 'ulama' oleh kita. Mereka pulang ke negara ini tanpa kemahiran khusus yang menjadi tuntutan pekerjaan di Malaysia dan akhirnya menjadi 'penanam anggur berjaya' apabila tidak berkeupayaan memperoleh pekerjaan yang setara dengan tahap pendidikan. Beban semakin bertambah apabila mereka turut membawa pulang isteri yang dinikahi di sana bersama 'luggage' yang semakin sarat (anak-anak).

13. Apabila peluang pekerjaan semakin sukar diperolehi, maka 'ustaz/ustazah' ini sanggup melakukan pelbagai kerja, hatta menjadi buruh sekalipun dengan tangga gaji hanya antara RM500 ke RM800 sebulan.

14. Namun disebabkan kerajaan Malaysia yang ditunjangi BN hari ini sangat 'zalim & kejam', maka graduan IPTA dan Timur Tengah ini telah diberikan peluang menyertai sektor awam melalui KPLI walaupun dengan kemahiran serta kelulusan yang terhad. Dan kerana kerajaan BN hari ini sangat 'kejam & zalim' jugalah, maka graduan-graduan lepasan KPLI & JQAF ini mampu memenuhi tuntutan keperluan asas keluarga mereka.

15. Maka amat malanglah apabila ada dikalangan guru-guru KPLI & JQAF yang telah 'diselamatkan' kerajaan, bertindak pula menghasut anak didik mereka membenci kerajaan Persekutuan di sekolah-sekolah awam milik kerajaan.

16. Merujuk kembali komentar sebelum ini yang menyatakan projek KPLI & JQAF adalah projek membazir kerajaan, kenyataan tersebut mungkin ada kebenarannya; kerana kerajaan sewajarnya memberi peluang kepada ramai insan di luar sana yang benar-benar yakin dengan dasar serta polisi yang diperkenalkan kerajaan untuk diambil bekerja sebagai pelaksana; dan bukannya 'membantu' kalangan mereka yang langsung tidak mahu mengenang budi umpama gunting dalam lipatan.

17. Walau sehebat manapun sesuatu dasar itu dicipta, ia pasti tidak akan beroleh kejayaan sekiranya orang yang dipertanggungjawabkan tidak melaksanakannya dengan sepenuh hati.

18. Anjing yang diberi makan melalui tangan tuannya tidak akan sesekali menggigit tangan tuannya itu.

19. Maka, apakah taraf kakitangan awam yang secara senyap menentang serta memburukkan kerajaan persekutuan, adalah lebih hina daripada anjing?

Thursday, June 17, 2010

ANWAR IBRAHIM TAK BERSALAH

Kebelakangan ini banyak drama-drama swasta Melayu yang mengisahkan kehidupan sutun @ nox @ nyah. Betapa mereka tidak diminta untuk dilahirkan sebagai 'nox' dan masyarakat kononnya bersalah kerana memulaukan mereka. Lantaran pemulauan ini, mereka terpaksa memilih jalan sesat demi tuntutan 'survival'. Menjadi penari di kelab-kelab dangdut atau pelacur yang menjual b****t untuk hidangan nafsu lelaki-lelaki rakus, dilihat sebagai pilihan terbaik untuk kelangsungan hidup kononnya.

Senario ini tidak seharusnya dipandang enteng oleh ahli masyarakat. Juga tidak sewajarnya dilihat sebagai fenomena yang tidak dapat dielakkan berlaku kerana kita kini berada di akhir zaman. Ia merupakan masalah sosial yang memerlukan perhatian serius ramai pihak, daripada rakyat biasa sehinggalah ke peringkat pemimpin kerana permasalahan ini jika dibiarkan merebak, implikasinya cukup bahaya.

Masalah gay, sutun, nox atau nyah ini pasti merugikan keupayaan modal insan kaum lelaki yang berhati waja, gagah serta berkarisma. Malah ia akan memberi kesan terhadap peningkatan jumlah populasi, keseimbangan komuniti sosial keluarga, penurunan jumlah tenaga buruh kasar, serta kesan yang lebih tragis jika gejala ini tidak dibenteras secara besar-besaran ialah, ia mungkin menggembirakan Bro Anwar Bin Ibrahim kerana kita telah memberinya banyak 'pilihan', walhal dialah satu-satunya harapan para penyokong PKR, Pakatan Pembangkang & Nik Ajiz untuk jadi Perdana Menteri. Sudah pasti perkara ini turut menyesakkan fikiran penyokong fanatik PAS yang sangat Islamik dan tidak mungkin akan berkompromi dengan spesis kaum nabi Luth yang dilaknat.

Buat Nik Ajiz yang benar-benar percaya bahawa Bro Anwar Bin Ibrahim adalah insan yang bermoral, berilah panduan kepada beliau untuk bermubahalah dengan cara yang difikirkan betul oleh ulama' politik Pas. Jangan berterusan membiarkan pemuja Anwar tertanya-tanya dan hidup dalam ketidakpastian terhadap Anwar selagi dia tidak bermubahalah menafikan dia meliwat. Hapuskanlah keraguan di hati fanatik Bro Anwar Bin Ibrahim wahai Pok Nik. Jika Pok Nik tidak mampu memaksa Bro Anwar Bin Ibrahim bermubahalah, sekurang-kurangnya ulama' politik Pas jadilah ma'mum dalam solat yang diimamkan oleh Anwar sendiri. Ada bran ulama' politik Pas untuk ambil risiko bersolat berimamkan orang yang tak sah mandi junub?

Wednesday, June 16, 2010

Dewa Nik Aziz

Al-Amen dan Haji Jaafar (keduanya bukan nama sebenar) sedang berbual sambil berjalan keluar dari surau selepas menunaikan solat fardhu.

Al-Amen: Jep, den sian la kek bilal surau kito ni.

Haji Jaafar: Eh, kenapo lak Min?

Al-Amen: Yolah, dio solat berjemaah tak ponah tinggal. Lopeh solat dio ngaji pulak. Pehtu awal pagi dah ko surau untuk buek qiamullail sobolum solat subuh. Tak ponah ngumpat, rajin besedokah, ringan tulang. Pendek kato serba serbi baiklah. Tapi...

Haji Jaafar: Tapi kenapo Min? Dio sakit tenat ko?

Al-Amen: Tapi malang eh, bilal tu sok mati tak masuk syurgo.

Haji Jaafar:
Ish, mano lak kau tau dio tak masuk syurgo ni Min? Kau ni Tuhan ko?

Al-Amen: Laaa...ekau tak tau laie ko? Bilal tu kan ahli UMNO. Nik Aziz cakap ahli Umno semuo eh masuk nerako.

Haji Jaafar: ?????

Tuesday, June 15, 2010

NIK AZIZ & TUAK

Tahaluf Siyasi atau kerjasama politik antara Islam dengan bukan Islam sudah wujud sejak zaman Rasulullah saw lagi. "Tolong bagitahu kawan kita, nabi dulu sampai sanggup berkawan rapat dengan orang bukan Islam demi menyebarkan dakwah Islam. Nabi sampai tahap mahu padam perkataan Rasulullah pada surat-surat yang dihantar kepada orang bukan Islam agar tidak menyekat mesej dakwah sampai kepada mereka", Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ucapan penangguhan Muktamar Tahunan PAS ke-56, Pusat Tarbiah Islam Kelantan (PUTIK), 13 Jun 2010, Sumber: Harakahdaily.net.

Note: Dulu kutuk Umno bekerjasama dengan orang bukan Islam. Lepas tu hentam Umno yang keluarkan lesen judi untuk cukai. Sekarang Pok Nik bukan saja kata hasil cukai arak dibolehkan dalam Islam, malah disebabkan Pok Nik pun minum tuak, maka di kebanyakan tempat di Kelantan kini seperti Tanah Merah, Rantau Panjang, Pasir Mas, Kuala Krai serta KB, akan dapat disaksikan penjualan tuak di setiap 2-5km ditepi-tepi jalan. Tuak dibuat waktu pagi, orang Kelantan pula minum waktu petang bila tuak dah jadi masam. Mabuk & pening la jawabnya Pok Nik oiii...Hukum gapo nok di pakay pulok deh?

Who will win the World Cup

Whether it is Spain, Argentina or Brazil (not forgotten German who showed their mettle by thrashing Australia) World Cup is so special. It is held every 4 years. On the other hand, the General Election is held every 5 years in Malaysia. The concluded Pas' muktamar decided that if Pakatan Rakyat rule Malaysia after the next general election, C.I.F.U.T. Brother Anwar Bin Ibrahim will be appointed as the next Prime Minister. This is a wishful thinking. Firstly, Hadi will definitely grab the chance to become the Prime Minister if Pakatan Rakyat wins the 13th general election. Secondly, Brother Anwar Bin Ibrahim might as well not contest the election because he would eventually be charge with the sodomy case. So, it is only a wishful thinking by Pas and the Pakatan Rakyat as a whole.

Tuesday, June 8, 2010

Soalan bocor SPM 2010

Soalan Objektif

1) Siapakah Perdana Menteri Malaysia ke-7?

a) Lim Guan Eng
b) Hadi Awang
c) Bro Anwar Bin Ibrahim
d) Khairy Jamaluddin


2) Bilakah Bro Anwar Bin Ibrahim akan dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia?

a) 16 September 2008
b) 16 September 2010
c) 16 September 2020
d) Sebelum kiamat


3) Pada 16 September 2008, Bro Anwar Bin Ibrahim telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 di hadapan...

a) Potret Yang Dipertuan Agong
b) Karpal Singh is King
c) Raja Thailand
d) Maharaja Jepun


4) Parlimen Malaysia pada 16 September 2008 telah menyaksikan peralihan kuasa setelah Ketua Pembangkang mendapat bilangan kerusi yang mencukupi daripada...

a) Ahli Parlimen Barisan Nasional
b) Ikea
c) Kedai Perabot Lim Kit Siang & Sons
d) Rumah Khalid Gagap


5) Pada 12 September 2008, Tian Chua telah ke Taiwan bersama beberapa ahli parti pembangkang kerana...

a) Menyertai kursus penanaman Dragon Fruit
b) Melobi penajaan daripada tokey judi haram
c) 'Memburu' ahli parlimen BN
d) Memujuk geng Erdogan Pas melompat parti


6) Gerakan aktivis kaum India yang memberi kesan kepada keputusan PRU-12 dikenali sebagai...

a) Makkal Sakhti
b) Makkal Ossai
c) Muthel (Telur) Tosai
d) Rawa Tosai


7) Siapakah di antara berikut merupakan pemimpin kanan gerakan Hindraf?

a) P. Poco Poco
b) P. Uthayakumar
c) P. Ramlee
d) Sivaji The Boss


8) Dewan Undangan Negeri Perak mencatat sejarah pada tahun 2009 apabila mengadakan persidangan di....

a) Bawah Pokok
b) Tepi Longkang
c) Gerai Cendol bawah pokok dekat roundabout depan Super Kinta
d) Kedai Mamak


9) Pakatan Pembangkang telah memulakan gerakan mengembalikan imuniti serta undang-undang memperkasa Institusi Diraja di Malaysia, tetapi ianya terpaksa dihentikan kerana...

a) Nizar mohon derhaka
b) Zaid Ibrahim lawan sultan
c) Kerana baru tersedar bahawa raja mereka yang sebenar adalah Karpal Singh is King
d) Karpal Singh suruh Bro Anwar Bin Ibrahim bertaubat


10) Siapakah yang digelar sebagai Khalifah Umar Abdul Aziz oleh Naib Presiden PAS, Husam Musa?

a) Nik Aziz
b) Abdul Hadi Awang
c) Khairy Jamaluddin
d) Lim Guan Eng


11) "Khalifah Umar Abdul Aziz aka LGE" telah menentang perlaksanaan undang-undang apa?

a) Pemakaian tali keledar belakang
b) Had laju lebuhraya persekutuan
c) Undang-undang tubuh negeri Perak
d) Hudud dan penubuhan negara Islam


12) Perdana Menteri Malaysia ke-5 telah diberi gelaran sebagai...

a) Bapa Pemodenan
b) Bapa Demokrasi
c) Bapa Mertua Khairy Jamaluddin
d) Bapa banyak mau tidur daa?


13) Kegagalan Bro Anwar Bin Ibrahim menjadi Perdana Menteri ke-7 Malaysia pada 16 September 2008 adalah kerana...

a) Parlimen tidak bersidang pada tarikh berkenaan
b) YDPA tidak memperkenankan perlantikan beliau
c) Kerusi yang beliau dapat hanya dibeli dari Ikea
d) Anwar menunggu Pak Lah membalas suratnya kerana pada akhir surat tersebut Anwar menulis "Pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas"


14) Siapakah sekutu Bro Anwar Bin Ibrahim yang setiap tahun menyumbang dana ke dalam tabung PKR?

a) Israel & Amerika Syarikat
b) Yahudi & Nasrani
c) Mossad & CIA
d) Semua jawapan di atas


15) Siapakah di antara pelaku berikut yang wajib mandi junub?

a) Peliwat
b) Mangsa liwat
c) Mokhtar CIFUT
d) Pemakan karipap sambil bertanya, "Are you ok?"


16) Manakah di antara perkara berikut yang masih berleluasa di Kelantan walaupun Pas sudah memerintah negeri tersebut selama 20 tahun?

a) Kegiatan perjudian
b) Kegiatan pelacuran
c) Penjualan arak secara terbuka
d) Pembalakan secara haram
e) Sampah, kekotoran dan bau busuk di serata negeri
f) Ramai gadis tidak menutup aurat serta seksi
g) Perpecahan sesama umat Islam
h) Semua jawapan di atas


17) Dari sumber manakah DAP menjana kewangannya?

a) Judi haram & pelacuran
b) Kumpulan kongsi gelap
d) SPA Qistina
e) Bro Anwar Bin Ibrahim kasi duit


18) Pihak manakah yang sering menggerakkan bantuan kemanusiaan ke Gaza serta lantang membela rakyat Palestin sejak dulu hingga kini?

a) Tun Dr. Mahathir Mohamad
b) Kerajaan Malaysia @ BN
c) Perdana Global Peace Organisation
d) Kecuali PKR, PAS & DAP



Soalan Subjektif


Soalan 1

Terangkan mengapa Bro Anwar Bin Ibrahim pada asalnya hendak membuat usul undi tidak percaya terhadap Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri Malaysia, tetapi beliau kemudiannya mengubah fikiran untuk mengusulkan 'undi percaya' kepada diri sendiri untuk jawatan Perdana Menteri?


Soalan 2

Apakah perbezaan antara gerakan melompat parti 16 september BERBANDING gerakan Adun BN Perak melompat parti ke PKR, dan kemudiannya melompat kembali kepada BN bersama beberapa adun PKR serta DAP?


Soalan 3

Kejadian apakah yang menyebabkan penyokong PAS berbaring beramai-ramai di atas jalanraya Ipoh dan berikan kesan tindakan berbaring mereka itu?


Soalan 4

Mengapakah Yang Dipertuan Agong dikatakan 'BERHAK' melantik Bro Anwar Bin Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia, TETAPI Sultan Perak pula dikatakan 'TIDAK BERHAK' melantik Zambry Kadir sebagai Menteri Besar Perak?


Ubahsuai dan tokok tambah dari lawakjenaka.com

Monday, June 7, 2010

Zionis Israel !

Hari ini, parlimen bersidang dan membentang usul khas tentang kekejaman zionis Israel. Pak Sedaro mohon Allah swt menerima doa-doa insan yang dizalimi di Palestine. Juga doa manusia dunia daripada pelbagai faham agama khasnya umat Islam.

Moga Imam Besar di Masjidil Haram, di Masjid Nabawi, di Masjid Kuba, Masjid-masjid tua di seluruh dunia dan masjid-masjid serta surau-surau yang diimarah oleh umat Islam memanjat doa dan bertawassul AGAR rejim zionis Israel ini dihancurkan dan memberi laluan penyelesaian kepada kedaulatan bangsa Arab Palestine.

Hari ini, tiada kuasa manusia yang boleh menyelesai kisah derita dan seksa ummah di Palestine. Moga Allah menerima biar setitis zarah kebaikan yang disumbang oleh setiap batang tubuh manusia yang cinta dan kasih kepada keamanan dan kedamaian.

Sudah masanya mungkin, berasaskan Surah Al-Fil, maka Masjid Al-Aqsa di kembali kepada umat Islam. Inilah usaha akhir kita, umat Muhammad s.a.w. tiada lagi langkah yang lebih berkesan selain kita bermunajat terus kepada Allah Tuhan Maha Besar dan Mengurus Sekalian Alam.

Semua negara berdaulat di bumi yang Allah namakan Planet Bumi ini, sedang berdoa agar Rejim Zionis Israel menerima laknat dan habuan daripada Yang Maha Esa. Allah hu Akbar, Allah hu Akbar, Allah hu Akbar.

Where are the rest?

What happened last week saddened all of us. PERKASA, UMNO and PAS organised rallies to protest the action of Israel. Surprisingly, Gerakan, DAP and MCA did not even mince a word or protest what the Israel government did. Are they supporting Israel like the Singaporean government? Only Koh Tsu Koon, Lim Kit Siang and Chua Soi Lek knew the answer. It is a fact that Lee Kwan Yew as the Mentor Minister of the Republic of Singapore has a very close relationship with the Israel regime. Go ponder.

Friday, June 4, 2010

Program Pemimpin Belia Berkaliber

Apokah ini satu lagi projek "melepas tengkuk" dan "melopeh taik di mato" oleh Ahmad Shabery Cheek? Apokah ini projek yang boleh mengikat kembali "talian dan rantai hayat" saf persaudaraan kepemimpinan belia Malaysia yang telah lama menjadi anak tiri dan dinafikan kedudukan mereka? Apokah inisiatif ini bakal memberi imej dan pola fikir baru kepada jentera aktivis belia tanahair ini?

Pak Sedaro menilai model latihan ini amat berkesan jika objektifnya mengINDOKTRINASI faham Akta 668. Yang dinamakan sebagai Akta Pembangunan Belia dan Pertubuhan Belia 2007, satu akta yang ditauliah persetujuan Di Raja pada 18 Julai 2007 dan diterbit dalam Warta pada 26 julai 2007.

Program Pemimpin Belia Berkaliber wajib disertai oleh pemegang kerusi panas persatuan, khasnya Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan Ahli JAwatankuasa Kanan dalam mana-mana persatuan belia yanh disahkan pendaftaran oleh Pendaftar Pertubuhan berasaskan Seksyen 7 hingga Seksyen 10 dalam Akta 668 ini.

Pak Sedaro melihat barisan lampau hanya meninggal sisa dan taik kepada sebahagian besar pimpinan di bawah 40 tahun hari ini. Persatuan belia sudah mengemis dan dijadikan kambing hitam pihak-pihak tertentu.

Pak Sedaro fikir sudah tibo maso untuk generasi tuo yang meninggal bangku dan kusyen empuk persatuan memberi nilai dan bantu secara ekonomi persatuan belia ini, khasnya persatuan belia Melayu, yang tumbuh bak cendawan selepas hujan, tetapi malang ibarat "layang-layang putus tali".

Kepado Ahmad Shabery Cheek, 5580 sebagai kuota penglibatan belia yang tidak mencermin kedudukan sebenar. Kehadiran pemimpin belia dalam banyak sesi dilihat begitu miskin dan daif, kerana bukan sasaran sebenar. Yang datang hanyalah ahli biasa dan tidak berkapasiti untuk memberi impak terbaik. Kita tidak mahu belanja RM 2 juta hingga RM 3 juta ini, hanyut di alor longkang sahaja, yang akhirnya memberi nyawa kepada wujudnya tilapia longkang, tilapia kolam najis sebagainya.

Pemimpin Peringkat Akar UMBI, awas-awasan lah.

Tuesday, June 1, 2010

Liberalis Islam Makin Menjadi-Jadi

Saya bukan ratu agama AS: Rima Fakih
2010/06/01

WASHINGTON: Rima Fakih, warga Amerika keturunan Lubnan yang juga Miss USA 2010 dari Michigan yang berfahaman liberal Islam, mendedahkan bahawa beliau sama seperti kebanyakan gadis 24 tahun seusianya jika ditanya berkenaan isu sensitif itu.

Beliau seorang yang terbuka dan berbangga dengannya: "Saya adalah Ratu AS bukan Ratu Agama AS."

Penemuramah, David Charles dari Patheos menulis dalam sesi pembukaan tulisan bersama Rima bahawa jelitawan muda itu turut membalas kecaman berhubung isu agama dan dirinya yang dijadikan contoh.

Katanya: "Kalangan profesional yang menimbulkan pertikaian tertanya-tanya sama ada anda seorang perisik untuk kumpulan pelampau Islam radikal Hizbullah, atau sama ada kejayaan anda berikutan tindakan pengesahan yang dimainkan dalam satu pertandingan ratu cantik."

Jawapan Rima ialah beliau dan keluarganya menghormati semua agama namun tidak dibatasi oleh mana-mana ajaran.

"Ya, kami sebuah keluarga Islam, namun kami cuba menyesuaikan diri dengan budaya dan mempunyai campuran pelbagai agama berbeza."

"Sebagai contoh, abang ipar saya penganut agama Katolik dan kakak saya sudah menukar agama selain anak saudara lelaki saya di Baptis," katanya. – Agensi

________________________________

Apa yang menarik perhatian ilmu Pak Sedaro ialah kenyataan terakhir. Sudahlah meyakini faham ISLAM LIBERAL!? Kemudian dengan riak memberi pengakuan bahawa kakak sudah murtad dan anak buah di Baptiskan.

Inilah modus penganut Islam Lebonan di AS, yang semakin menular fahaman extreme liberalis Islam, yang boleh melakukan apa sahaja tanpa perlu merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Ramai juga kalangan pelajar Malaysia yang kian terpedaya dengan misi-misi Freemasonary di AS. Hari ini, semakin menular di Malaysia. Pak Sedaro baru pulang dari Bandaraya Kuantan. Sodih, bilo melihat anak-anak muda lelaki Rakyat Raja yang sudah bangga bertindik telinga sebelah kiri seperti lembu-lembu @ sapi KOLING.

Kalau ditindik sobolah kanan, ini melambangkan gagasan GAY sedang berkembang biak. Di Kuala Lumpur, sudah ramai. Ada 27 pusat perkumpulan homoseksual, yang disamarkan sebagai Pusat Rekreasi Ringan dan Disco-Tech.

Masjid di Malaysia sudah menjadi sarang persinggahan pelakon-pelakon dunia yang munafiq, musyrik dan fasiq. Moga Allah beri dan turunkan rahmah kepada golongan insaf untuk memberi pukulan kesedaran dan kembali ke pangkal jalan kepada mereka yang SESAT lagi MENYESATKAN.

Ulama' UMNO dan PAS kena berperanan dalam hal ini. Allah Hu Akbar.

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."
Blog Widget by LinkWithin

Blog Archive