Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Monday, August 8, 2011

Apa cerita Mohamad Hasan?

SEREMBAN: Seorang lagi mangsa mendedahkan bagaimana dia di pujuk secara berterusan untuk mendekati gereja walaupun selepas membuat keputusan untuk tidak lagi menerima bantuan kewangan yang dihulurkan gereja terbabit di Rahang, dekat sini sejak Disember lalu.

Wanita yang ingin dikenali sebagai Nur, 40, berkata pada mulanya dia sanggup menerima bantuan yang dihulurkan gereja terbabit bagi memastikan empat anak perempuannya berusia lima hingga 12 tahun meneruskan kehidupan, selepas gagal mendapat bantuan berterusan daripada Baitulmal. Katanya, pada mulanya dia berat hati tetapi selepas memikirkan nasib anak-anak yang masih bersekolah, dia menerima bantuan dihulurkan dalam bentuk makanan keperluan harian setiap bulan sejak April tahun lalu. - Berita Harian.

*********

Zaman Khalifah Umar Abdul Aziz dulu, sibuk cari mana orang Islam yang layak terima zakat, sampai tak jumpa. Zaman Menteri Besar As Sheikh Mohamad Ibn Hasan Al Haj, umat Islam di'zakat'kan oleh Gereja. Takanlah pengampu-pengampu Tok Mat yang hebat-hebat itu terlepas pandang? Inilah yang dinamakan pengampu membawa malang.

Ini satu hal yang tidak boleh dipandang sebelah mata. Apo kojo Majlis Agama Islam dan Pusat Zakat Negeri Sembilan? Apo kojo Baitul Mal Negeri Sembilan? Sumo eh ponuh dengan karenah birokrasi yang tak putus-putus. Apo makno eh sumo ni? Apokah keuntungan untuk memonuhkan poket sendiri yang lebih diutamakan? Apakah agenda korek lombong tinggal yang kompom takdo omeh di Serting Ulu hinggo bolih menutup periuk nasi orang lain, adalah lobih ponting pado Menteri Besar Negeri Sembilan?

Peringatan untuk diri saya, diri Tok Mat dan penyokong kerajaan mahupun pembangkang akan beberapa petikan firman Allah S.W.T. dan hadis Nabi S.A.W. berkaitan perkara ini. Antaranya:

"Sesungguhnya orang-orang yang makan harta-harta anak yatim dengan cara penganiayaan, maka yang mereka makan dalam perut mereka itu adalah api neraka dan mereka akan masuk dalam neraka Sa'ir." (An-Nisa': 10).

Dari Abu Syuraih, iaitu Khuwailid bin 'Amr al-Khuza'i r.a., katanya: "Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya saya sangat memberatkan dosa - kesalahan orang yang sia-siakan hak dua golongan yang lemah, yaitu anak yatim dan orang perempuan."

Dari Sahl bin Sa'ad r.a. katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda, "Saya dan orang yang memelihara anak yatim itu dalam syurga seperti ini." Beliau mengisyaratkan dengan jari telunjuk dan jari tengahnya dan merenggangkan antara keduanya itu." (Riwayat Bukhari).

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda, "Pemelihara anak yatim, baik miliknya sendiri atau milik lainnya, saya - Nabi s.a.w. - dan ia adalah seperti kedua jari ini di dalam syurga." Yang merawikan Hadis ini iaitu Malik bin Anas mengisyaratkan dengan menggunakan jari telunjuk serta jari tengahnya. (Riwayat Muslim).

Transformasi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan wajib digerakkan segera. Lagipun dongar khabar sahih lagi topat, lobih separuh yang duduk dalam Majlis Agama Islam Negeri Sembilan adalah penyokong Pas dan Pakatan Pembangkang. Kononnya orang yang cerdik pandai duduk dalam Majlis Agama tapi sebonar eh ponuh dengan birokrasi. Nak kena isi borang itulah, borang inilah. Ghonti an lah atau dalam kato mudahnya LEBIH BAIK BERHENTI DARIPADA MEMALUKAN ISLAM!!!

Sok kok Tok Mat bakal menyaksikan kekalahan teruk BN di Negeri Sembilan disobabkan doa orang-orang yang teraniaya. Apabila rahmat dan nikmat Allah beri diculaskan, Tok Mat dan para pengampunya tunggulah nasib kau yeh!! PRU KE-12 sebelum ini, hampir-hampir Negeri Sembilan dirampas oleh geng dubur, geng China Doll dan geng penyokong gereja disebabkan sikap bodoh sombong keluarga Mohamad Hasan. Ingat Tok Mat...ekau jadi Menteri Besar sekadar majoriti mudah sajo di Negeri Sembilan.

1Malaysia...1Malaysia juga, TETAPI 1Melayu dan 1Akidah adalah lebih utama. Jangan sampai kita termasuk sekali dalam golongan bangsa peliwat, penzina China Doll dan penyokong tegar gereja macam Khalid Gagap dan Khalid Samad.

Dan mereka sama menanyakan tentang anak-anak yatim. Katakanlah, "Berbuat baik kepada mereka itu adalah yang terbaik dan jikalau engkau semua bergaul baik-baik dengan mereka, maka mereka itupun saudara-saudaramu dan Allah mengetahui siapa orang yang membuat kerosakan dari orang yang berbuat kebaikan." (Surah Al-Baqarah, ayat 220).

12 comments:

  1. Tidak ada kedaifan di negara ini sepatutnya kerana Islam ada zakat fitrah dan zakat harta sekiranya dibahagi kapada pihak yang berhak dengan sebaiknya.

    Dimana perginya gunung zakat yang dikumpulkan semenjak sultan Melaka?

    Biasa kita dengar negeri itu-ini mengumpul zakat jutaan tetapi jarang dengar berapa dan kapada siapa diagihkan.

    Maklumat pengagihan penting untuk menggalakkan lagi azam rakyat untuk berzakat kerana tahu pihak sasaran akan bermanafaat.

    1Malaysia megah dengan pengeluaran minyak sawit yang kaya dengan khasiat Vitamin E dll. Adakah kita dengar rahmat Allah ini untuk meredakan kebuluran di Afrika?

    Bila barat menghulur bantuan kita kata mereka ada agenda. Apa agenda kita?

    ReplyDelete
  2. Bukan NS saja yg lemah dlm mengurus wang zakat, malah semua negeri di M'sia... dan benarlah kata tuan, majoriti kalau tak semua ustaz2 dlm majlis agama tu penyokong PAS. Tak kisahlah tu, tapi yg nyata depa ni bukan tau buat kerja, dok dengaq ceramah maki hamun banyak sangat kot, sampai kerja pun tak tau apa. Tak takut langsung api neraka yg dok lambai depa kerana tak urus amanah anak yatim / orang miskin dgn baik.

    ReplyDelete
  3. Masaalah ea org2 kek bawah. Misal ea bilo ado bantuan untuk ibu2 tunggal, bogheh gulo teh milo ea dapek tp duit bantuan drpd RM200... sampai kek yg berhak cumo RM100. mano poi seratuih laie? Bilo org pegawai2 dan AJK tak amanah macam ni la jadi ea. Masuk tembolok org yg menguruskan dulu. Kdg tu langsung tak sampai sobab dah singgah kek suku-sakat yg menguruskan bantuan.Org yg berhak cumo geget jari ajo la.

    ReplyDelete
  4. Laaaaa.....puak bn yang dah lama memerintah berpuluh tahun sampai amanah rakyat pun dah jadi macam harta mak bapak dia pun bila zakat, nak tuduh PAS la pulak..mmmmmmmm

    ReplyDelete
  5. Kita harus berbalik kepada asal, kerana ia melibatkan seluruh masyarakat Islam di kawasan tempat penerima bantuan ini tinggal. Apa usaha mereka untuk membantu. Adakah jiran sebelah rumah (berhampiran)mengambil berat. Bagaimana dengan adik beradik, saudara mara rakan taulan. Guru-guru di sekolah, Iman dan jawatankuasa masjid atau surau. Pengerusi Taman / KRT atau Ketua Kampung/Penghulu. Ketua-ketua cawangan UMNO atau PAS. Mahasiswa yang bijak pandai dan ramai lagi. Kalau semua orang Islam dikawasan tersebut memainkan perana perkara seperti ini tidak akan berlaku.

    Tok Mat jangan buat-buat terkejut. JELAS juak-juak sekeliling kamu tidak amanah, kaki bodek dan penjilat....
    Sindrom 'semua OK' masih belum berubah.....
    Kerah kan pegawai MAINS, JHEAINS, Baitulmal, Pusat Zakat, JKM, Pusat Kidmat BN buat kerja. Jaring kamu bocor, banyak ikan terlepas.
    DUN Ampangan akan terus kekal dimiliki oleh Pembangkang walaupun ADUN nya kaki nombor ekor.

    ReplyDelete
  6. Roslan Alias....

    Sobonar ea porkaro ini berlaku disemua tompek khususnyo dalam N9 korano kolomahan dipihak pentadbiran nogori sondiri. Inilah masaalah ea bilo somuo porkaro diamanahkan kopado org politik UNO/BN yang mano kito somo ea sodio maklum memang terdiri dari ponyamun.
    Kalau tak ado umpok dio rontianlah nak diluluskan.


    Sobab tu lah untuk PRU13 akan datang jgan ai di bori poluang kek lanun-lanun ni lai.

    Jangan nak lotakan kosalahan dibahu pogawai2 sobab mereka pon punyo kuaso terhad, mandai2 nanti kok kono buang kojo ko, kono pindahan ko dll.

    JKK yang dilantik jugo dikalangan orang politik yang berfikiran sompit yang merasokan UMNO tulah ugamo ea sehinggo sanggup mengenopian arahan syarak demi memuaskan hati pemimpin.

    Untuk kobaikan somuo, kembalikan urusan2 ni kopado mereka yang ahli. Apbila sesuatu urusan itu dibuek olih orang yg bukan ahlinyo, maktunggulah kemusnahannyo.

    ReplyDelete
  7. den stuju memano yang ada nilai tambah utk pengurusan zakat berkesan.den ado yo tgk jiran den yang poie mintak zakat kat mains,tapi balik umah jumpo den muko kolat...den tanya apesal,makcik jando anak tigo tuh ckp,pandang muko makcik pun diorg tak...bz benar buek kojo apo tah...pastuh,suruh isi borang pun kasar...umang aiiii,ingat duit zakat tuh duit abah ko ke Tok Mat?binceklah...


    -\-

    ReplyDelete
  8. macam2 karenah yg ado kat MAINS ko,kat BAITULMAL ko,jawatan kuasa masjid kariah, samo jer ragam diorang ni,ado bantuan jer suku sakat dulu lah utamo..makin hari makin teruk ragam diorang ni..pada hal berjuta duit zakat ,abis hutan balak di tebang atas nama MAINS,duitnya entah kat mano entah,sedekah dan buat kojo amal sikit terbentang laporan media MB ,MAINS dan lain lain agensi ISLAM bagus..rupo nyo kito sodap dan seleso kat rumah ,ado yg sengsaro dopan mato..gereja yg datang bantu...sian uamat melayu ISLAM kan..OOOO TOK MAT bukak mato dan minda..jangan cakap jer tak minat bekerjo berenti jadi MB..SUK NS,PENGARAH MAINS,PEGAWAI BAITULMAL,DO DO...kalau bercakap dalam meeting cukup hebat ,tak minat bekerjo berenti jer..pemimpin UMNO dan BN pun serupo tak minat buat kojo berenti jadi pemimpin..sian sian..sampai bilo agak nyoo..

    ReplyDelete
  9. Dalam bulan Ramadhan ni marilah kita berbaik sangka jgn lah sebabkan nila setitik ni rosaknya susu sebalango ,tuan tuan yg ada kita tidak boleh menyalahkan sesiapa ,apa apa pun kejadian itu Maha kuasa lah yg mengetahui ,apa yg difahami setelah berjumpa dgn wanita tersebut,beliau sebenarnya telah pun mendapat bantuan JKM sebanyak 400rm ,masa sekolah diACS dulu beliau mempunyai seorg sahabat cina yg baik ,ikut cerita dia dlm keadaan terdesak beliau telah pergi ke Baitulmal ketika itu untuk memohon duit sebnyk 100rm ,Biasalah org yg berada di kaunter hadapan yg menyambut insan yg didlm kesusahan ini sepatutnya lebih memahami org susah lagi terdesak yg menanggung anak 4 org nak mintak tolong mcm mcm lah birokrasi suruh isi boranglah,sepetutnya baitulmal letaklah seorg pegawai yg boleh membuat keputusan secepat mungkin disitu bagi membantu wanita tersebut.Susulan dari itulah beliau telah berjumpa kwn sekolah lamanya dan kwnnya telah membantunya hasil dari duit gereja.Itulah sedikit cerita sebenar yg dpt saya bg tau.Jgnlah menyalahkan Baitulmal atau pun Kerajaan BN kerana Baitulmal dan kerajaan BN senantiasa membantu rakyat tetapi nak buat mcm mana kdg kdg terkeluceh jugak.So setiap kenyataan biarlah dgn Fakta jgn dibuat tuduhan melulu.Lebih lebih lagi dibulan ramadhan ini.

    ReplyDelete
  10. mangkuk atas ni satu lagi makhluk pencacai hina pengangkut najis pembodek Mat Hassan...jgnla gunakan Ramadhan sebagai helah utk melepaskan diri yg gagal menguruskan hak rakyat

    ReplyDelete
  11. anon 12.14am betullah kamu ni lebih teruk ,bila berkata benar kamu kata pengampu ,kamulah sebenarnya banggang sekali,betul apa yg dikatakan selama ini Baitulmal dan kerajaan BN telah melaksanakan tugasnya dgn baik..

    ReplyDelete
  12. Sedaro..kito jgn pandai nuduh yo..selidik dulu..kdg2 org yg mintak zakat tu bukan asnaf pun..dio yo raso diri eh susah,tapi sebona eh pemaleh ya amek!!..dah tu memokak lak tu menyalah an org..yg boto2 susah ni beso eh akan menahan diri dari memintak2 ni..org mcm ni yg patut ditolong..ini harap an keloper yo godang longan..tapi pelaso..

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive