Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Saturday, April 30, 2011

Transformasi POLITIK

Perlukah ummah Melayu mengadakan Pelan Transformasi POLITIK? Atau lebih tepat TRANSFORMASI UMAT MELAYU ISLAM?

Perbincangan mendalam Pak Sedaro bersama guru-guru Majlis Perundingan Melayu mencetuskan beberapa subjek besar yang perlu dibahaskan melalui blog Paneh Miang ini, antaranya:

1. Model Transformasi Ekonomi Umat Melayu ISLAM?

2. Model Transformasi Politik Umat Melayu ISLAM?

3. Model Transformasi Negara Umat Melayu ISLAM?

4. Model Transformasi Sosial Umat Melayu ISLAM?

5. Model Transformasi Belia Melayu ISLAM?

Bila mana dibahas secara lebih terperinci, perkara 2 merupakan induk kepada keadaan geo-politik Umat Melayu. Sudah dikenalpasti bahawa umat Melayu berpecah kepada 5 kumpulan faham siasah. UMNO, PAS, PKR, KITA, BEBAS. UMNO dan PAS boleh dikelas sebagai Melayu ISLAM, PKR dikelas sebagai MELAYU PLURAL, KITA sebagai MELAYU ELITIS LIBERAL dan BEBAS sebagai MELAYU ALAM SENDIRIAN BERHAD. Selebihnya sebagai Oh...I...C & No...Action...Talk...Only...

Acapkali dilihat bahawa UMNO amat tertinggal daripada perspektif transformasi politik, kerana hebahan Haprak Daily lebih mulia dan mendewa-dewa kehebatan PAS ciptaan manusia kultus Syiah, Qadariah, Jabariah dan Muktazilah. Tahniah UMNO kerana sudah tertinggal 100 tiang di belakang PAS, PKR, KITA dan BEBAS.

Acapkali diperhati bahawa perang siber UMNO tidak kena sasaran di hadapan. Apakah guru politik UMNO tidak mengajar kaedah menenang tepat ke sasaran untuk mendapat skor bull-eye?

Meneropong kelompongan dan kelopongan perang suci Umat Melayu Islam di Bumi Melayu, Pak Sedaro fikir beberapa tindakan bil-hikmah WAJIB dimulakan sejak semalam:

1. Iktiraf semua kelompok Ilmuan Islam daripada Bangsa Teras dan Kaum-kaum Lain, yang menerbitkan semua madrasah di seluruh Negara.

2. Iktiraf semua bekas pejuang Malayan Union, Pasukan 136, Pasukan MPAJA yang telah taubat nasuha dan kini menjadi rakyat SEJATI, TAAT dan SETIA kepada kedaulatan Melayu, semua bekas perajurit pangkat rendah dan pegawai, semua bekas Polis sesuai dengan usia pasukan 210 tahun.

3. Iktiraf semua anak keturunan pahlawan Melayu seperti Megat Terawis, Dol Said, Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbong, Mat Kilau, Tok Gajah, Tok Bahaman, Maharajalela, Laksamana Bentan, Tun Tuah, Tun Jebat, Tun Kasturi, Tun Lekiu, Tun Lekir, Rentap, Mat Salleh Pahlawan Sabah, Dato' Siamang Gagap, dan sebagainya.

4. Semua Veteran Melayu yang masih hidup dan mengetahui asal-usul perjalanan perjuangan umat Melayu sejak 1940 dihimpun semula di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru dan diadakan pengkisahan semula di PICC, Putrajaya kepada anak-anak muda Melayu dan rakyat Malaysia.

5. UMNO dan PAS khususnya kena jemput pelukis bendera PEKEMBAR, pembina jata negara, penulis perlembagaan UMNO dan PAS (kerana ia adalah insan yang sama), perintis jalan-jalan perjuangan umat Melayu sejak 1 April 1946.

6. Tahniah balai PAS kerana semua makmal perang politik PAS sudah ada WiFi. UMNO masih syok di kedai kopi main dam haji.

7. Tahniah balai PAS kerana sudah memiliki Data Maklumat Pengundi berasaskan DUN dan PARLIMEN. UMNO masih dok mencari di pokok getah dan perigi buta.

8. Tahniah balai PAS kerana sudah menjalan Program Transformasi Organisasi meniru bahan rujukan UMNO yang dicuri sejak 1955. Bahan Transformasi Organisasi PAS kita lebih canggih daripada UMNO, kerana pemberi maklumat mereka di bawah kesenangan Resolusi 13. UMNO masih dimurung oleh Tsunami 12, tak kebah-kebah.

9. Tahniah PAS kerana sudah SEDAR bahawa PKR ialah Freemason memperjuang Pluralisme dan Liberalisme. Sedar bahawa DAP ialah Komunis yang dibutakan oleh Nizar Jamaluddin di Perak (selama 10 bulan). Akui bahawa PAS punya perlembagaan yang disunting daripada Perlembagaan Ibu dan Bapanya iaitu PEKEMBAR 1 April 1946. Tahniah dan Syabas PAS.

Perlukah Model Transformasi Politik UMNO+PAS menjadi bahan Sejarah PRU-13? Atau Kerajaan UMNO yang diiktiraf dengan kehadiran Sheikh Dr. Abdul Rahman ibni Abdul Aziz As-Sudaisi, Imam Besar Masjidil Haram, cukup memberi gambaran bahawa Bumi Melayu ini dimuliakan oleh pemimpin-pemimpin Melayu Islam yang diangkat Allah jua.

"Sesungguhnya Allah tidak akan merubah keadaan sesuatu kaum, sehinggalah mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri." - Ar-Ra'd 13:11.

Tranformasi perlu dalam ILMU, SIKAP, ADAB & AKHLAK, DISIPLIN dan ILTIZAM.

Friday, April 29, 2011

Manjadda Wajada

Andai anda usahakan, usaha itulah yang kita dapat. Dah naik muak dan jelak, bila mana menulis tentang Musuh Nombor Wahid Politik Bumi Melayu iaitu DAP dan Anwar daripada keturunan Jin Kafir Al-Anwar.

Akhbar Utusan Malaysia 29 April 2011 melapor bahawa Anwar anak Ibrahim sudah membuat pengakuan spontan, bahawa Orang Yang Berzina dan Minum Arak hilang kelayakan untuk membuat Sumpah Laknat, maka, yang demikian sebabnya, dia tidak buat Sumpah Laknat.

Dalam buku The doctor in the house, Tun Dr. Mahathir menemuduga 4 orang pelacur kelas atasan yang pernah dilanggani oleh Anwar anak kepada Ibrahim ini, ke semua 4 orang pelacur ini mengakui bahawa Anwar pernah bersetubuh dengan mereka.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Bekas Setiausaha Politik Anwar, Bekas Pegawai-pegawai Khas Anwar son of Ibrahim juga memperaku bahawa Anwar suka jubur dan peliwat tegar.

Anwar berbapa Ibrahim ini, juga pelobi Paderi untuk diangkat sebagai Ketua Menteri Sarawak. Kemudian apabila kalah teruk daripada 43 kerusi cuma menang 3, dia pun cabut lari ke London, mencari Omega yang hilang dan mengurus kehendak naluri yang tak tahan nak memuncak di London, khabarnya di Stadium bolasepak perlawanan Arsenal melawan Liverpool.

Lelaki Y yang diuji DNA sahih kepunyaan Anwar Ibrahim anak Ceruk To'Kun, Bukit Mertajam. Lelaki dalam video seks yang tersebar melata di Bumi Melayu, hari ini, juga disahkan pelakon utamanya Anwar Ibrahim anak kepada ibubapa keturunan Keling.

Apakah ini semua akan DINAFIKAN oleh Partai Kencing Rakyat bersama sekutunya DAP=Komunis dan Partai Ajaran Sesat?

Program Buku Jingga ialah warna asal Partai Koumintang Malaya, yang diperkenalkan oleh Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang.

Mustafa Ali, SuA PAS sudah boleh berjumpa SuA UMNO untuk memulakan "RUNDINGAN PEKAN PERTAMA" dan kemudian boleh memulakan RUNDINGAN PAGOH, dituruti dengan PERJANJIAN ONN mengambil sempena kekuatan Onn Jaafar sebagai Pejuang Awal Keturunan Rakyat RAJA memulakan perikatan perpaduan dan kesatuan Melayu Islam.

Menteri lantik anak sendiri jadi duta?!

1. Dalam keghairahan bercuti hujung minggu, banyak masa yang terluang dihabiskan dengan membaca artikel-artikel lama akhbar hinggalah ke akhbar terkini. Tak kiralah Utusan, Berita Harian, Sinar, Harakah, Suara Keadilan dan tabloid, sentiasa mencari 'point' penting untuk penulisan.

2. Asyik-asyik cerita Liwat, China Doll, Liwat, China Doll, Pas Kalah, DAP Menang, Undi Cina Tidak Memihak BN etc. Bosan juga bila Bro Anwar Bin Ibrahim asyik meliwat orang, mengchina doll bla bla bla. Ntah bila Papa Izzah nih nak insaf tak tau la.

3. Justeru, rakyat perlu di sulam dengan cerita lain supaya blog sosio-politik ada kesegaran sikit. Kali ni skop penulisan berkenaan ekonomi yang mungkin menarik perhatian & agak paneh.

4. Membaca pelbagai rintihan masyarakat marhain berkaitan kenaikan harga barang kebelakangan ini, orang atas sana tampak macam tak peduli pun. Orang di bawah kelaparan ke, tak cukup makan ke, tak cukup duit beli susu anak ke, makan maggi tengah bulan ke etc.

5. Maka aku menelusuri pak menteri manakah yang menjaga portfolio ini. Bila terjumpa kementeriannya, hati kecilku berkata,"Patutlah, dah memang menterinya 3 suku." Membaca dan terus membaca, di tambah dengan info terkini daripada para sahabat, aku melihat betapa bebal dan 3 sukunya menteri yang seorang ini.

6. Berikut adalah statement si Pak Menteri yang menarik perhatian aku:

"Bank Rakyat harus berterima kasih kepada kerajaan kerana kerajaan telah menyuntik dana ketika mana Bank Rakyat hampir bankrap dulu..." - kata Menteri Otak 3 Suku dalam penjelasan pembukaan semula saham Bank Rakyat.

Kataku pula:
Apa bincek eh yang menteri ni cakap? Apakah menteri ini tidak sedar bahawa hampir bankrapnya Bank Rakyat suatu ketika dulu disebabkan seorang pemimpin Umno yang gilakan 'Boxing'? Kalau disuntik semula pun modalnya oleh kerajaan, hakikat sebenarnya dana itu dipulangkan semula oleh kerajaan disebabkan pemimpin tolol Umno itu. Jadi apo bondo ko cakap ni menteri? Kan lebih baik diam dari bercakap, apatah lagi bila bercakap menampakkan paloi dan otak 3 suku.
7. Sebut pasal Bank Rakyat, sekalung tahniah atas kepimpinan Bank Rakyat hari ini. Tahniah juga kerana membuka semula peluang pemilikan saham bank kepada bumiputera dan orang Melayu khususnya.

8. Kepada yang belum memilikinya, dipersilakan beli. Cukuplah sekadar permulaan RM500 untuk yang baru mahupun penambahan unit saham, kerana bermula dengan sedikit itu adalah lebih baik daripada tidak memulakannya langsung.

9. Tak kisahlah penyokong liwat tegar ke, penyokong China Doll ke, penyokong BN ke, pembangkang ke, yang penting Melayu & Bumiputera mesti ambil kesempatan ini.

10. Terbaca artikel Metro yang terbaru berkenaan anak lelaki (artis) pak menteri yang bingai tadi, akalku terdetik;

"Si artis aka anak lelaki menteri dilantik sebagai duta Bank Rakyat di bawah kementerian bapanya. (Sila lihat pengakuan mamat jambu yang boleh menjadi kegilaan Bro Anu itu di sini."

"Sebagai duta bank, sudah tentu anak si menteri akan terlibat dengan segala macam promosi bank. Adakah free? Tak mungkin. Sebab sekarang masuk tandas awam pun kena bayar. Siapa yang bayar? Ayahnya kah atau bank? Bukan ke bank datangnya dari duit rakyat?"

"Adakah unsur-unsur salah guna kuasa mula ditunjukkan oleh sang Menteri 3 Suku ini?"

"Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang di mana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak tersebut. Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama:

i. Meminta/Menerima Rasuah
ii. Menawar/Memberi Rasuah
iii. Membuat Tuntutan Palsu
iv. Menyalahguna Jawatan/Kedudukan untuk kepentingan diri sendiri

Apakah pak menteri dan juak-juaknya tidak menyedari perkara ini?"

"Jika anak pak menteri tu sekadar anak Abu atau anak Hazli atau anak Nini, adakah dia akan ditawarkan sebagaii duta bank berkenaan sedangkan pencapaianya dalam muzik apalah sangat? Ada menang award ke?"

"Apakah kerana dia anak menteri, maka dia akan jadi duta serta mendapat manfaat daripada kementerian bapanya itu? Itu baru bab duta, belum lagi cerita bab pemilikan saham bank tersebut sejak bapaknya pegang kementerian tu. Ada bisik-bisik cakap,"Wow, not bad!!"

11. DS Najib kena melihat dengan serius perihal Menteri 3 Suku ini. Kita tidak mahu ada lagi orang berpangkat yang menggunakan Umno untuk tali perut diri & keluarganya sahaja.

12. SPRM juga harus melihat betapa seriusnya perangai Menteri 3 Suku ini. Atau mungkinkah SPRM berterusan kaku dan bisu selepas kes kematian 2 individu sebelum ini di lubuk SPRM sendiri.

13. Tak lama lagi nak PRU ke 13, janganlah kerana hal sebegini, kita kehilangan satu kerusi parlimen menteri terbabit kepada pembangkang.

14. Nampaknya legasi Bro Anuwar Bin Ibrahim masih ada dalam Umno. Harapnya, janganlah pula ada yang meliwat apatah lagi yang suka bersenggama dengan China Doll pula selepas ini.

15. Kepada pencacai parti penjilat dubur khususnya Parti kencing Rakyat, Dapig & PAS, aku bukanlah nak bagi peluru untuk kalian tembak kerajaan, tapi sebuah pembuktian bahawa 'kullil haqqa walau kana murra - berkata benarlah walaupun pahit' Jangan kerana nak sangat jadi PM, yang meliwat dikatanya sedap, yang mengchina doll dikatanya jam omega.

Berjuang untuk agama, bangsa & negara
Berjuang untuk parti & bukan untuk pemimpin.
Dan jangan sesekali berjuang untuk lubang anus si polan itu.

Thursday, April 28, 2011

Apahal baca doa bising sangat ni?

1. Tanggal 22 April 2011 (Jumaat) yang lalu merupakan sambutan Good Friday bagi orang Kristian. Selalunya kami tak peduli pun dengan sambutan Good Friday ni. Kecuali semasa di Sabah dulu, Good Friday diberi perhatian kerana ia dijadualkan sebagai hari cuti umum. Siapa yang tak suka cuti ya tak?

2. Namun sambutan Good Friday di salah sebuah gereja di Seremban baru-baru ini telah menyentak hati kami.

3. Pagi Jumaat, 22 April 2011, lebih kurang jam 9 pagi, terdengar suara seolah bacaan doa dalam bahasa Inggeris yang terlalu bising hingga kedengaran sampai ke padang Majlis Perbandaran Seremban yang lebih kurang 500 ke 600 meter jaraknya. Seolah speaker itu sengaja dihalakan ke tempat awam untuk semua orang mendengarnya. Bunyi doa itu jauh lebih kuat jika hendak dibandingkan dengan suara khutbah setiap Jumaat di Masjid Negeri.

4. Sekitar padang Majlis Perbandaran Seremban, terdapat 2 buah gereja iaitu Wesley Methodist Church dan Church of The Visitation Seremban.

Klik imej untuk paparan lebih jelas

5. Setelah disiasat, Wesley Methodist Church dijadualkan membuat sambutan Good Friday pada jam 6 petang pada 22 April itu, dan hanya Church of The Visitation Seremban saja yang meraikan Good Friday pada jam 9 pagi hari yang sama. Maka sudah tentulah Church of The Visitation yang membaca doa Good Friday mereka dengan kuat dan speaker pula seolah sengaja dihalakan ke tempat awam. Apa motif?

6. Kami dah lama memerhatikan Church of The Visitation Seremban. Kebanyakan pengikut mereka terdiri daripada kaum India yang sering dilihat berkumpul pada hari Ahad. Kawasan sekitar gereja itupun kini dah jadi macam Little India.

7. Walaupun kami pernah memandu melalui gereja itu beberapa kali ketika pengikut mereka berhimpun, tapi tidak pula kedengaran sebelum ini ceramah atau doa mereka dibaca dengan kuat hingga terdengar beratus meter jaraknya. Paling tidak pun bunyi speaker gereja itu hanya kedengaran hingga ke seberang jalan yang bertentangan dengan gereja. Jadi mengapa doa Good Friday kali ini dibaca dengan kuat? Sekali lagi mau tanya macha...apa motif?

8. Church of The Visitation Seremban kebiasaanya mengadakan perhimpunan (mass) mereka dalam bahasa Inggeris, Tamil dan Mandarin. Tetapi pada hari Ahad jam 9 pagi, mass mereka disampaikan dalam 2 versi iaitu Inggeris dan Melayu. Malah pada hari Ahad minggu ke-5 setiap bulan jam 12 tengahari, mass gereja ini disampaikan sepenuhnya dalam bahasa Melayu. Wow...sekali lagi tanya boleh ka macha...APA MOTIF?

9. Adakah Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan, Menteri Besar, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Mufti Negeri Sembilan, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan NGO Islam di Negeri Sembilan tahu akan perkara ini?

10. Untuk apa mass mereka disampaikan dalam bahasa Melayu? Mungkinkah kerana penganut mereka ramai dikalangan Melayu? Adakah Church of The Visitation satu-satunya gereja di negara ini yang mengadakan mass dalam bahasa Melayu?

11. Bacaan doa yang kuat oleh pihak Church of The Visitation Seremban ketika Good Friday 22 April 2011 yang lalu mungkin adalah petunjuk yang ingin disampaikan Allah SWT kepada kita.

12. Justeru, apa tindakan kita? Masih mahu tunduk dengan provokasi gereja? Apa gunanya Perkara 3 dan Perkara 11 dalam Perlembagaan Persekutuan? Apa relevannya kewujudan Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 yang termaktub dalam Undang-Undang Tubuh di setiap negeri BERAJA?

13. Bible dalam bahasa Melayu. Mass gereja pun dalam bahasa Melayu. Terima kasih 1Malaysia!

Wednesday, April 27, 2011

APABILA MUSANG DIANGGAP KUCING

Begitu ramai pembaca Paneh Miang, namun masih ramai yang tidak rasional dalam hujah menyokong atau membangkang. Apabila musang dikenal dan disayang laksana kucing, Pak Sedaro fikir ada komentar yang cuba menjolok Paneh Miang rupanya.

Apabila jolokan saudara-saudari tidak disambut dengan emas permata, maka saudara-saudari dilihat seperti layang-layang putus tali. Siapakah sebenarnya yang buta, tukang-tukang komen yang tidak mendalami penulisan atau wacana yang dimajukan? Atau saudara-saudari diupah oleh pasukan kamekaze PKR+DAP+PAS+UMNO+MCA+MIC+GERAKAN+PPP untuk memancing Paneh Miang?

Saudara yang komen berseteru dengan UMNO dilihat cuba memulakan perang reversed-psyco dan crude-thinking, supaya pembaca UMNO boleh capzised.

Saudara yang berkawan dengan PKR+PAS+DAP dilihat cuba membakar obor "people power & people struggle" supaya pembaca UMNO boleh terjebak dan terperangkap.

Inilah peranan MUSANG, dan spesis MUSANG yang boleh makan siang dan malam. Sebab itulah ada cerita P.Ramlee Musang Berjanggut, ada pepatah MUSANG Berbulu Ayam, ada bidalan Musang Tua Lagi Miang. Bahananya, apabila ramai kalangan umat Malaysia menjadi Musang yang dibelai umpama KUCING.

Pak Sedaro fikir sudah sampai masanya di kalangan ilmuan rakyat Raja membina pasukan yang dikenali sebagai "Thinking Leader". A thinking leader leads and executes. Inilah agenda besar Majlis Perundingan Melayu; Go Beyond Politics, Go Beyond Boundaries, Go Beyond Government, Go Beyond Perkara 153. Seorang pemimpin perkasa minda perlu dilahirkan dari setiap isirumah keturunan rakyat Raja beragama Islam.

Kita tidak mahu seorang wakil rakyat yang korup minda umpama Rashid Latiff, kerana mencipta rekod dalam sejarah persidangan Dewan Undangan Negeri sejak 1955 bertanyakan soalan rukun IMAN tentang Percaya kepada perkara-perkara samiyyat (ghaib) secara "pengertian terbalik", kerana kaedah inilah yang sedang diintai oleh Freemason untuk MENYESATKAN umat ISLAM (rujuk protokol 15-protokol 17 Zionis daripada persidangan pertama 1891).

Tuesday, April 26, 2011

Cawat Jubah Hadi Awang

1. Kami sebenarnya simpati apabila Pas tak menang sebarang kerusi pun dalam PRN Sarawak Ke-10 baru-baru ini. Yolah...walaupun kami tidak menyukai Pas, tetapi kami prihatin juga akan perkara yang berlaku dalam parti serpihan UMNO itu. Lagipun kami masih menganggap Pas sebuah parti Melayu yang seagama dengan kami. Jadi sudah tentulah kami perlu ambil tahu sebarang perkara yang berlaku dalam parti sesama saudara seIslam itu.

2. Agaknya mengapa Pas terlalu sukar diterima oleh penduduk Timur Malaysia ataupun Borneo selama ini. Pernahkah Pas terfikir mengenainya?

3. Ingin dikongsikan di sini pengalaman kami dahulu semasa terlibat dalam beberapa misi dakwah kepada penduduk terutama di kawasan pendalaman borneo. Ketika ahlul Pas leka berpolitik hampir saban hari, kerajaan di bawah teraju BN (tanpa heboh) tetap melaksanakan program-program dakwah. Moganya pengalaman kami ini boleh dijadikan ikhtibar atau idea kepada ahlul Pas dalam menjayakan misi mereka pula.

4. Antara syarat pertama yang perlu kami patuhi sebelum masuk berdakwah ke kawasan pedalaman ialah etika berpakaian. Kaum lelaki tidak dibenarkan berjubah, berkopiah, mahupun berserban. Kaum wanita pula tidak digalakkan bertudung labuh, berjubah, apatah lagi berhijab. Cukuplah sekadar lelaki berpakaian biasa seperti berseluar jeans, atau bareback, t-shirt etc.; manakala kaum wanita pula hanya perlu berpakaian sopan, t-shirt lengan panjang, berseluar dan kalau boleh kepala hanya ditutup dengan scarf saja, kecuali ketika solat.

5. Rasionalnya? Kerana penduduk pendalaman ini tidak selesa bergaul serta enggan mendekati kami jika kami berpakaian sama seperti Hadi Awang, Nik Aziz, mahupun Wan Azizah. Jika mereka sendiri tidak selesa dan enggan mendekati, jadi bagaimana kami dapat meneruskan usaha dakwah? Lagipun untuk sampai di sesetengah kawasan pendalaman borneo, jarak perjalanannya terpaksa memakan masa sehingga berhari-hari dengan menaiki kereta, bot, rakit dan berjalan kaki meredah hutan.

6. Justeru kami 'terpaksa' mengikut kehendak mereka, demi niat untuk mengajar penduduk ini tentang Islam. Jalinan hubungan antara pihak kami dan penduduk pendalaman akan bertambah baik seandainya kami berpakaian lebih kurang sama saja seperti mereka di sepanjang misi dakwah.

7. Apabila jurang berpakaian dapat diatasi dan penduduk dapat menerima kehadiran kami dengan baik, maka bermulalah proses yang lebih sukar iaitu tinggal bersama dengan mereka untuk suatu tempoh yang agak lama.

8. Seperti semua sedia maklum, kebanyakan penduduk pendalaman di borneo bukanlah orang Islam. Rata-ratanya tiada agama, penyembah alam dan beragama kristian. Sudah tentulah mereka tidak kenal halal haram dalam Islam. Ramai dikalangan mereka yang menternak babi, anjing dan makan makanan yang tidak disembelih etc.

9. Inilah antara cabaran terbesar kami. Hampir setiap masa kami terpaksa bersamak sebelum mengerjakan solat. Apabila melawat ke rumah (atau pondok) mereka, adakalanya anjing atau babi peliharaan mereka akan datang menjilat atau menggesel di tubuh kami. Memang pada mulanya akan rasa jijik dan geli, tetapi kami terpaksa sorok perasaan itu supaya tidak mengecilkan hati tuan rumah. Kami terpaksa berlagak seperti biasa dan perlahan-lahan menerangkan kepada mereka tentang Islam.

10. Kami juga mengikut mereka memburu, membantu bercucuk tanam, membaiki rumah yang rosak, melepak bersama golongan tua dan muda, memasak bersama, makan cara mereka (kecuali haiwan yang disediakan mereka), bergurau senda, berkongsi rasa etc.

11. Setiap kali berjumpa kanak-kanak, kami akan mengucapkan "Assalamualaikum" dan mengajar mereka bagaimana menjawab salam kerana kami menganggap kanak-kanak yang belum baligh sebagai Islam yang masih boleh dibentuk dan didakwahkan. Apabila kita sudah mula rapat dengan keluarga mereka, ibu bapa anak-anak ini akan menjadi tidak kisah seandainya anak mereka ingin belajar berkenaan Islam dengan kami.

12. Sampai suatu tahap, apabila mereka perlahan-lahan sudah mula menerima dakwah, mereka pula yang sibuk membina musolla untuk kegunaan kami. Pernah suatu ketika, mereka pula yang mengingatkan kami apabila masuk waktu solat kerana mereka telah menghafal masa solat fardhu 5 waktu. Walaupun proses dakwah ini sangat perlahan, tetapi dengan berkat usaha dan kesabaran, berdasarkan skala, misi dakwah itu boleh kami anggap berjaya.

13. Banyak lagi pengalaman yang boleh kami coretkan semasa menjalankan misi dakwah di borneo, tapi cukuplah setakat ini dulu kerana jika hendak diceritakan semuanya, berjela pulak jadinya. Mungkin di lain ketika boleh disambung lagi kisah ini.

Klik gambar untuk paparan lebih jelas

14. Mengapa kami kongsikan pengalaman ini, kerana kami melihat selama ini Pas hanya cenderung berdakwah kepada orang Islam sahaja. Ahlul Pas dilihat selesa berdakwah dikalangan Melayu yang boleh menerima cara mereka berpakaian sepertimana cara berpakaian Bob Lokman. Bagi ahlul Pas, berjubah, berserban dan berkopiah itu adalah lambang Islam dan mereka hanya berfikir dengan cara itu boleh menarik orang Melayu kepada Islam kononnya. Sedangkan orang bukan Islam tetap merasa tidak selesa dengan pendekatan yang dibawa oleh Pas. Kalau ada pun dikalangan bukan Islam yang sanggup duduk bersekongkol, hatta sanggup memeluk ahlul Pas, ialah pemimpin DAP. Itupun atas kepentingan politik dan bukannya sebab mereka tertarik dengan Isle tajaan Pas.

15. Berapa ramaikah orang bukan Islam yang telah berjaya diIslamkan oleh Pas sejak 1951...sedangkan ahlul Pas masih kelihatan selesa menggunakan kaedah lama bagi menarik orang bukan Islam kepada Islam? Maka sahlah pendekatan yang diguna pakai Pas selama ini ternyata gagal.

16. Sejarah membuktikan pakaian jubah panjang dan berserban yang menjadi tradisi Arab ketika berdakwah kepada penduduk Melaka sekitar kurun ke-15, tidak diterapkan ke dalam tradisi pakaian Kesultanan Melayu Melaka; tetapi Baju Melayu berseluar, bersampin dan bertengkolok menjadi pakaian rasmi Melayu Islam ketika itu kerana ia sesuai dengan realiti Alam Melayu yang berbukit, berbelukar, berpaya dan bersungai yang menyukarkan si pemakai jubah untuk berjalan.

17. Adakah kerana keadaan muka bumi di borneo tidak sesuai dengan fesyen pakaian tradisi Pas, menyebabkan ahlul Pas enggan masuk ke kawasan pendalaman bagi menjalankan misi dakwah kepada penduduk bukan Islam? Adakah ahlul Pas bersikap selektif dalam memilih kelompok untuk didakwahkan dan hanya memilih kaedah dakwah yang bersesuaian dengan hasrat Pas untuk berkuasa sahaja?

18. Pandangan ikhlas kami, Pas wajib merubah pendekatan mereka selama ini jika masih berhasrat untuk memenangi hati rakyat Timur Malaysia. Sedarlah akan hakikat bahawa fesyen pakaian tidak akan membawa ahlul Pas ke syurga tetapi keikhlasan dan takwa saja yang dapat membawa Pas ke syurga.

19. Ingatlah bahawa kebanyakan orang bukan Islam di negara ini masih menganggap Pas sebuah parti extremist agama dan persepsi itu tidak banyak membantu ahlul Pas untuk berdakwah kepada bukan Islam.

20. InsyaAllah, jika Pas mengambil pendekatan kesederhanaan, pasti persepsi rakyat Malaysia akan berubah terhadap Pas. Wallahualam.

Monday, April 25, 2011

Adun PKR Ampangan kaki ekor?!

Rashid Latiff atau glamour dipanggil Cikgu Rashid Pendek ialah wakil rakyat yang dipilih oleh pengundi di Ampangan pada PRU-12 bertanding lawan Mohd Nor Gagap. Eloklah sorang pendek@katek dan sorang lagi gagap. Berita paneh bila mana Rashid mahu tunjuk handal berhujah soal pembacaan talkin di Sidang Dewan Undangan Negeri, telah membawa padah dan tembelang yang cukup busuk dan sudah pasti tidak dapat lagi menyakinkan pengundi di Ampangan.

Syabas Rashid Latiff kerana memberi lebuhraya mudah kepada calon BN/UMNO untuk PRU-13. Hari ini di kedai kopi, di markas PAS, di biara PKR serta di makam DAP, rakyat khususnya di mukim Ampangan sedang menilai Rashid Latiff. Kenyataan di DUN Negeri Sembilan bahawa "Jangan asyik membeli nombor ekor" akan menjadi bukti warta dalam hansard.

Tahniah PKR. Lelaki Y itu Anwar Ibrahim, sadis sekali kerana nama Anwar ialah daripada keturunan Jin Kafir, iaitu Al-Anwar. Ampangan sudah milik UMNO, kerana pengundi Melayu Islam sedang mula mencari siapa sebenarnya Rashid Pendek ini. Kaki Nombor? Satu yang MELETUP.

Apabila seorang ADUN Melayu, Islam agamanya berpaksi Perkara 160(2) tafsiran Melayu, telah mempersoalkan talkin dengan kenyataan yang daif berkenaan badan, kulit dimamah cacing dan ulat di alam kubur (tanah kubur tiada cacing?), maka INILAH BENCANA DAN TSUNAMI POLITIK BARU ciptaan FREEMASON melalui PKR. Taubatlah dan kembalilah ke Awal Lorong Kehidupan. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat.

video

Saturday, April 23, 2011

Kenapa agaknya Cina marah BN...

Overnight Policy Rate (OPR) is the interest rate at which a depository institution lends immediately available funds (balances within the central bank) to another depository institution overnight. This is an efficient method for banks around the world to practice 'Accessing short-term financing' from the central bank depositories. The interest rate of the OPR is influenced by the central bank, where it is a good predictor for the movement of short-term interest rates.

In Malaysia, changes in the OPR trigger a chain of events that affect Base Lending Rate (BLR), short-term interest rates, fixed deposit rate, foreign exchange rates, long-term interest rates, the amount of money and credit, and, ultimately, a range of economic variables, including employment, output, and prices of goods and services which is the micro and macro factors on the economic. The BLR is usually adjusted at the time in correlation to the adjustments of the OPR which is determine by Bank Negara Malaysia (BNM) during Monetary Policy Meeting.

Last Reported OPR : 2.75% (Effective Since 8 July 2010)

*********

Base Lending Rate (BLR) is a minimum interest rate calculated by financial institutions based on a formula which takes into account the institutions cost of funds and other administrative costs. The BLR is almost always the same amongst major banks. Adjustments to the BLR are made by banks at the almost same time; although, the BLR does not adjust on any regular basis. The BLR is usually adjusted at the time in correlation to the adjustments of the Overnight Policy Rate (OPR) which is determine by Bank Negara Malaysia (BNM) during Monetary Policy Meeting. Banks in some countries use the name "Prime Rate" or "Prime Lending Rate" to refer to their Base Lending Rate. On 1 November 1995, Bank Negara Malaysia (”BNM”) imposed a ceiling on the BLRs quoted by banking institutions. The ceiling rate would be determined by a formula. This framework was further revised on 1 September 1998 to enhance the speed of transmission of changes in BNM’s monetary policy (via revisions to intervention rate and SSR) to changes in the economy’s interest rate levels.

In general, the formula for the ceiling BLR is calculated as follows:

Ceiling BLR = Adjusted BNM Intervention Rate + Fixed administrative charge

The ceiling BLRs for commercial banks and finance companies are fundamentally different due to the way the Adjusted BNM Intervention Rate is interpreted:

- For commercial banks, the Adjusted BNM Intervention Rate = BNM Intervention Rate x 80% / (1-SRR%)

- For finance companies, the Adjusted BNM Intervention Rate = BNM Intervention Rate/(1-SRR%)

Commercial banks have a lower Adjusted BNM Intervention Rate (compared to finance companies) resulting in lower ceiling BLR as commercial banks have a relatively lower cost of funds. This is due to the presence of zero-interest current account balances.

In practice, the BNM Intervention Rate is taken as the prevailing BNM 3-month intervention rate (the previous month’s average KLIBOR was formerly used). BNM set the fixed administrative charge at 2.50% initially, but on 1 September 2008 lowered it to 2.25% in order to promote greater operational efficiency among banking institutions. Whenever BNM changes the intervention rate or the SRR, banking institutions are given 1 week to adjust their BLR to comply with the new ceiling.

At the global money market down turn, BLR will get lower and if the money market on uptrend, it will correlation upward. It is wisely and timely to consider take up mortgage loan and start to own your property at the lower BLR as current.

From the record, it shows that the highest BLR Malaysia ever has is 12.27% in year 1998 and the lowest BLR is 5.55% in year 2009. The average is 8.1%. Probably you can use this to justify whether it is better to take the fixed rate loan or floating mortgage loan (BLR +/- x% ). Below table shows the Malaysia Base Lending Rate (BLR) record from year 1989 to year 2010.

Last Reported BLR : 6.30% (Effective Since 13 July 2010)



Apa kena mengena OPR & BLR dengan penawaran dan permintaan? Kenapa Cina marah sangat dengan perubahan OPR & BLR yang tidak memberi kesan pun kepada kenaikan harga syiling barangan keperluan? Apakah inflasi puncanya mengapa Cina sukar untuk beri undi pada BN? Adakah Najib masih tidak endah dengan amaran Jangan Serang Poket Rakyat?

Persoalan utamanya, SIAPA SEBENARNYA PUNAHSIHAT PERDANA MENTERI MALAYSIA?

Friday, April 22, 2011

Chee Chong Fun HARAM


Apabila diharamkan Chee Chong Fun iaitu sejenis masakan dan makanan kegemaran mudah kaum Cina warganegara Malaysia, sudah pasti Liong Tiong Lai akan kalah pilihanraya mendatang. Pasti MCA gulung tikar dan tukar kiblat politiknya.

Inilah kesan yang terkenan kepada 100,000 ribu pengusaha makanan NASI LEMAK yang 100% terdiri dari umat Melayu di Malaysia. Yang lain kita tak sembang sebab ada juga pengusaha makanan Nasi Lemak kaum Cina dan kaum India warganegara Malaysia.

Apakah bukti empirikal yang boleh dibentang dan dihujah oleh Menteri Kesihatan ini? Apakah bahan yang merosak dan melemahkan seorang murid sekolah dalam masakan Nasi Lemak?

Sedarkah Tiong Lai bahawa 90% Profesor, cendiakawan, baik Melayu, Cina dan India yang ada dan masih hidup hari ini pernah makan Nasi Lemak di sekolah juga.

Apakah sebenarnya mesej atau agenda tersirat yang cuba didendang oleh Tiong Lai ini? Apakah ini teknik untuk menelanjang kelemahan parti MCA secara halus dan sulit, berselindung dalam kelambu Nasi Lemak? Operator makanan di Parlimen juga hari-hari tawarkan NASI LEMAK?

Jika berhasrat untuk mengekang obesiti di kalangan pelajar sekolah, kaedah pertama ialah hari-hari dedahkan tentang bahaya obesiti kepada pelajar, bukan bab makanan atau masakan. Ilmu bahaya obesiti tidak diindoktrin kepada pelajar mahupun ibu bapa.

Ini penyakit orang senang dan lupa diri. Lihatlah Jepun, mereka melatih menu makanan di rumah. Nasi Lemak andai ditelan dengan cara buruk lantak setiap kali celik mata, maka mudaratlah ia. Makan apa pun, jika buruk lantak, tetap obesiti jua.

Pak Sedaro raso, ado orang yang tak UNTUNG dek kerano anak Melayu dijamu dengan Nasi Lemak Kopi O.

Masjid Lebih Mulia

Pak Sedaro ingin benar berkongsi pengetahuan kecil semasa berpeluang ziarah Almarhum Sheikh Ahmad Deedat pada tahun 1995, semasa rombongan kami melawat Afrika Selatan. Juga berkunjung ke Kota Purba Andalusia dan perkarangan Masjid yang kini "transform" sebagai sebuah Gereja Baptis di Peranchis dan Jerman.

Antara perkara Mulia sebuah masjid pada zaman kehebatan dan keagungan Ilmu ISLAM ialah:

1. Wujud asrama dalam kawasan awam masjid untuk kegunaan musafir, mu'alaf, perawi hadis, fakir miskin yang berkhidmat kepada rakyat.

2. Wujud hospital untuk merawat pesakit serta-merta. Manakala, di sebahagian lokasi di Andalusia, Masjid menawarkan perkhidmatan perubatan dan klinikal.

3. Khutub Khanah masjid merupakan pilihan orang ramai untuk berhimpun dan menelaah ilmu baik dunia mahu pun akhirat.

4. Masjid menjadi Call Center kepada maklumat dan pengumuman awam.

5. Masjid menjadi laman musyawarah oleh pemimpin masyarakat sosial yang tidak berpaksi kepada parti siasah dan kepentingan politik.

6. Masjid menjadi pusat pengkaderan anak-anak kecil, dengan wujudnya maahad tahfiz, kursus dan latihan bersifat spiritual.

7. Masjid menjadi rumah perhimpunan rakyat Islam dan bukan Islam di samping pusat Terapi minda oleh pesakit-pesakit mental secara berkala, dengan latihan dan amalan yang dinamakan NLP Rawatan Islam.

Apa yang dibentang kepada pembaca ialah perolehan pengalaman yang hari ini dimanipulasi sepenuhnya oleh Gereja dan kalangan paderi-paderi di markas biara mereka. Hari ini, apa yang disantun oleh kalangan Kristian ialah "cetakan dan cedukan pendekatan sufi dan guru-guru sufi di zaman KEGEMILANGAN empayar Islam".

Apakah JAKIM sedar kesilapan dan kekurangan yang berlaku? Apakah para MUFTI peka, khilaf yang menjadi "kacang lupakan kulit"?

Paderi atau gereja hanyalah boneka dan permainan mata kasar. Rahsia di sebalik protokol Zionis ke 16 hingga 24 menjadi anutan dan resepi KEUNTUNGAN mereka. Ramai anak rakyat RAJA sudah alpa. Bacalah Mastika Mei 2011, Kelab GAY di Kuala Lumpur makin menjadi-jadi. Andai satu malam yang hening, secara tiba-tiba disambar halilintar, siapakah yang BAKAL disesali?

Ruangan Mastika Mei 2011 tentang nama-nama Jin, maka, jauhkan rupanya Al-Anwar ialah nama Jin yang begitu sekali sifatnya, samalah dengan pemakai nama tersebut. Taubatlah, tukarkanlah nama, kalau anak anda di namakan dengan Anwar. Anwar ialah nama JIN KAFIR yang perangai semulajadinya seperti Anwar Ibrahim. Bacalah Mastika Mei 2011.

Sebab itulah, nak namakan anak jadikanlah Masjid sebagai wahana pilihan dan pusat rujukan.

Allah Hu Akbar.

Thursday, April 21, 2011

Paderi sengaja cari pasal

Isu Herald Tribune telah mengundang reaksi pelbagai pihak sejak awal tahun ini. Setelah Kementerian Dalam Negeri memutuskan untuk melarang penggunaan nama Allah oleh surat khabar tersebut, Dewan Ulama Pas (Harakah, 1 Januari 2008) menyatakan Islam tidak melarang penganut agama lain menggunakan kalimat Allah bagi Tuhan mereka. Sebagai reaksi saya juga telah membahas isu ini dalam artikel yang diterbitkan dalam laman web khairaummah. com pada 20 Januari 2008 dengan harapan ia dapat membantu umat Islam di negara ini memahami persoalan yang sebenar.

Namun isu ini ternyata menjadi hangat kembali apabila Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin, menulis dalam Mingguan Malaysia pada 27 April 2008 bahawa Umat Islam tidak perlu berebut nama Allah dengan penganut Katolik. Mereka berhak menamakan Tuhan mereka dengan nama Allah kerana dalam al-Qur'an pun kaum Musyrikin menggunakan nama Allah. Mufti juga menegaskan bahawa yang menjadi permasalahan adalah bukan nama Tuhan tetapi kesyirikan penganutnya. Saya terpanggil untuk memberi tanggapan kerana hal ini akan mengundang kekeliruan jika tidak diperjelaskan dengan tuntas.

Yang paling penting kita perlu jelas bahawa nama Allah telah menjadi nama khas bagi Tuhan umat Islam. Perlu dibezakan antara kalimat Allah dari sudut bahasa yang telah wujud sejak zaman Jahiliyyah dengan kalimat Allah yang telah diIslamkan setelah menjadi istilah atau nama khas. Jika kita perhatikan kalimat tawhid: la ilaha illa Allah. Ia tidak bermakna tiada tuhan melainkan Tuhan, tetapi tiada tuhan melainkan Allah. Kerana jika ia bermakna tiada tuhan melainkan Tuhan maka tidak ada maknanya seseorang mengucapkan kalimat tawhid itu. Oleh kerana itu sarjana-sarjana Islam tidak bersetuju untuk menggantikan Allah dengan God dalam bahasa Inggeris.

Pengislaman nama Allah ini juga jelas apabila kita lihat surah al-Ikhlas, antara surah terpenting dalam al-Qur'an, yang menjelaskan siapakah Allah dan apakah sifat-sifatnya: "Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan, dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia"."(al-Ikhlas: 1-4). Berdasarkan Surah dia atas, sebagai orang Islam kita mesti yakin bahawa yang bernama Allah adalah yang mempunyai sifat-sifat tersebut. Dalam erti kata lain kita tidak mengakui bahawa yang tidak mempunyai sifat-sifat tersebut juga adalah Allah.

Seperti yang dinyatakan oleh Dr. Asri memang masyarakat Jahiliyyah menggunakan nama Allah, tetapi nama Allah di situ digunakan dari sudut bahasa sahaja dan sebelum perkataan itu diIslamisasikan. Ia kemudian menjadi nama khusus yang merujuk kepada sifat-sifat di atas. Kata-kata solat, contohnya, dari segi bahasa adalah doa dan telah digunakan oleh orang Arab sejak pra-Islam lagi, ia kemudian menjadi istilah yang merujuk khusus kepada apa yang dicontohkan oleh Rasulullah s.a.w. Oleh itu kita tidak boleh mengatakan orang Katolik juga melakukan solat hanya kerana mereka berdoa di gereja.

Umat Islam perlu melihat apa yang berlaku di sebalik persoalan nama Allah ini. Jika kita lihat dengan teliti isu ini dengan isu-isu yang sebelumnya kita akan dapat melihat hubungannya. Contohnya isu pluralisme agama yang giat dipromosikan oleh orang bukan Islam dan sebahagian orang Islam sendiri iaitu Islam Liberal. Para pendukung pluralisme agama ini berusaha untuk mendangkalkan makna-makna atau kata kunci dalam agama. Mereka mengatakan bahawa Tuhan dalam agama manapun pada peringkat tertinggi (transcendental) adalah sama. Bagi umat Islam, konsep Tuhan kita jauh berbeza dengan konsep Tuhan dalam agama mana pun.

Pendukung pluralisme agama juga menekankan wujudnya persamaan antara agama-agama dan perbezaan perlu diketepikan untuk kebaikan bersama. Padahal bagi kita perbezaan fundamental antara Islam dengan agama lain walaupun sedikit adalah sangat penting dan tidak boleh dipinggirkan. Sebahagian orang bukan Islam bahkan mengaku telah Islam tanpa perlu masuk Islam. Kerana mereka merasa telah 'berserah diri' kepada Tuhan. Di sini mereka merujuk perkataan Islam dari sudut bahasa ialah berserah diri. Jika Allah hanya bermakna Tuhan maka kini mereka akan mendakwa bahawa mereka juga telah beriman kepada Allah. Padahal mereka hanya percaya pada Tuhan.

Contohnya lagi kita tidak boleh menggunakan kata 'liberal' untuk makna terbuka kerana ia memberi konotasi yang dalam. Kita pun tidak akan mengatakan bahawa mereka telah memonopoli perkataan liberal. Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas adalah sarjana Islam yang paling tegas dalam hal pemberian nama atau istilah ini. Bagi beliau banyak kekeliruan berpunca daripada penamaan. Contohnya pelajaran berbeza dengan pendidikan dan ta'dib. Istilah moden dan klasik dalam pembahagian sejarah bagi beliau tidak relevan dengan sejarah Islam dan lain-lain lagi.

Sebenarnya tidak ada nas sorih dan qat'i dalam persoalan ini. Nas dan dalil yang dikemukakan oleh Dr. Asri hanya menunjukkan bahawa masyarakat Jahiliyyah telah menggunakan kalimat Allah untuk merujuk kepada Tuhan mereka. Kita perlu melihat ayat-ayat dan hadis-hadis seumpamanya dalam konteks penggunaannya dari sudut bahasa. Dari sudut bahasa Allah bermakna Tuhan.

Ayat-ayat tersebut turun ketika Islam mula diperkenalkan sebagai proses berdialog dengan kaum musyrikin. Setelah konsep-konsep penting dalam Islam jelas dan worldview Islam terbentuk maka di sini proses Islamisasi berlaku baik terhadap bahasa, budaya dan pemikiran masyarakat Arab.

Oleh kerana itu dengan mendangkalkan makna Allah maka kita telah menafikan proses Islamisasi tersebut dan kembali seolah-olah Islam belum bertapak. Memang kita boleh membuat kesimpulan tidak menjadi masalah orang bukan Islam menggunakan nama Allah kerana hal tersebut "tampak" secara literalnya wujud dalam al-Qur'an. Namun, dalam berijtihad seseorang ilmuwan tidak boleh hanya bersandarkan kepada makna literal teks atau nas tetapi perlu juga melihat kepada maqasid dan falsafah yang mendasarinya sebagaimana telah ditegaskan oleh al-Shatibi.

Persoalan nama Allah tidak boleh dilihat dari sudut fiqh sahaja khususnya kerana ia menyangkut aqidah. Ia mesti melibatkan kepakaran dalam bidang falsafah Islam, dan lebih spesifik metafizik Islam dan epistemologi Islam. Dalam perbualan peribadi dengan seorang tokoh pemikiran Islam, Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud, beliau memberitahu dan menyambung hujah Prof S.M.N al-Attas bahawa al-Qur'an telah merubah dan memperbaiki kekeliruan dan kerusakan yang telah terjadi kepada hakikat-hakikat penting yang berkisar di sekitar ketuhanan, kemanusiaan dan kejadian.

Dalam hal ini yang terjadi ialah proses Islamisasi terutama tentang hakikat ketuhanan yang merupakan tiang seri agama Islam. Menurut beliau lagi sekarang ini yang kelihatan sedang berlaku ialah proses deislamisasi dengan membawa makna-makna yang asing dan berlawanan dengan aqidah dan pandangan alam Islam, samada aliran-aliran sekular atau dari agama-agama lain. Prof Wan Mohd Nor juga berkata setiap istilah dalam semua bahasa mempunyai batas-batas makna yang sah yang mencerminkan pandangan alam tertentu, dan yang membezakan sesuatu istilah itu dengan yang lain.

Persamaan yang banyak pun masih memerlukan istilah atau nama yang berbeza jika terdapat hanya satu perbezaan yang penting. Sebab itulah semua bahasa-bahasa yang tinggi mempunyai kamus. Keldai, kuda, baghal banyak persamaan tetapi terdapat perbezaan; dua manusia kembar siam juga diberi nama yang berbeza. Orang bukan Islam boleh mempekayakan kamus peristilahan Bahasa Melayu dengan menggunakan nama lain bagi Tuhan mereka. Dalam konteks Kristian, mereka boleh gunakan Tuhan, Dewata, Deus, Theos, atau God. Selama ini gereja, kuil, sami, paderi, uskup dan lain telah memperkayakan Bahasa Melayu dan tidak menimbulkan kekeliruan dan kemarahan masyarakat yang beragama lain.

Di sini jelaslah bahawa seseorang yang bercakap tentang persoalan aqidah mesti faham kaitannya dengan worldview, tasawur dan pemikiran Islam. Dalam hal ini, aqidah tidak hanya bermakna kepercayaan dan keimanan dalam ertikata yang sempit seperti biasa difahami oleh masyarakat umum, namun ia adalah satu set keyakinan yang dapat memberi kesan kepada cara berfikir (worldview) dan cara hidup (way of life) seseorang Muslim.

Kita juga perlu berfikir mengapa kaum Katolik ingin menggunakan nama Allah? Kita tidak boleh tertipu dengan hujah persamaan nama yang bagi sesetengah orang hanya bersifat luaran. Kita tahu pada hakikatnya nama Tuhan mereka bukan Allah. Nama Allah mungkin relevan bagi penganut Kristian di negeri-negeri Arab tetapi tidak di selain negeri Arab. Oleh itu jelas terdapat agenda yang tersembunyi yang tidak boleh luput dari perhatian umat Islam. Isu ini juga dibangkitkan dengan memanfaatkan toleransi dan dialog antara agama yang semakin mendesak ketika ini.

Tindakan membiarkan pihak Kristian menggunakan kalimat Allah bukan satu toleransi tetapi satu penggadaian hak dan kedaulatan. Ia adalah satu kerugian yang besar dan kelemahan yang nyata apabila umat Islam membiarkan penganut agama lain mendangkalkan konsep dan istilah penting dalam Islam. Perkataan Allah, solat, tawhid, rasul, bahkan istilah Islam itu sendiri membawa makna yang tersendiri setelah diislamisasikan. Kalimat-kalimat ini telah menjadi bahagian penting daripada pandangan sarwa Islam (Islamic worldview). Jika ia dikaburkan maka sudah tentu akan memberi kesan kepada pemikiran dan aqidah umat Islam. Sesiapa pun yang ingin memahami persoalan ini perlu sedar bahawa beberapa istilah keagamaan tertentu telah menjadi 'milik' umat Islam.

Sebarang tindakan meng-'import'nya boleh dianggap sebagai penyalahgunaan dan pencabulan terhadap agama Islam. Istilah-istilah keagamaan mesti dihormati, dari agama manapun ia datang, oleh penganut agama lain. Toleransi mungkin berlaku jika wujud penghormatan terhadap agama lain. Nama dan istilah tertentu seperti Pope, Paderi (priest), Sami (Monk) dalam agama-agama tertentu tidak boleh digunakan sewenang-wenang oleh penganut agama lain. Ini bukan sahaja kerana ia telah sinonim dengan agama penggunanya tetapi juga kerana kalimat ini telah diwarnai atau mengandungi pandangan sarwa penggunanya.

Oleh itu tindakan Kementerian Dalam Negeri pada 31 Disember 2007 melarang penggunaan nama Allah dalam surat khabar Herald adalah tindakan tepat dan positif yang bermakna bagi umat Islam.

Ia perlu disokong dan orang-orang agama tidak sepatutnya mengeruhkan lagi keadaan. Umat Islam mesti mempertahankan nama Allah untuk tidak digunakan oleh orang bukan Islam selagi termampu. Masyarakat Islam di negeri-negeri Arab tidak mempunyai kemampuan untuk mempertahankan hal ini kerana ia berlaku secara halus dan di luar kawalan mereka. Kebelakangan ini tampaknya ketidaksepakatan orang Islam dalam hal ini telah membuka ruang kepada Herald Tribune untuk menggugat keputusan Kementerian tersebut.

Maka dapat disimpulkan bahawa jika dilihat dari sudut falsafah dan pemikiran, dan bukan hanya dari sudut fiqh, kita akan melihat bahawa nama memberikan seribu makna. Jauhnya perbezaan antara Allah dengan Tuhan ibarat langit dengan bumi. Jelaslah isu ini bukan isu perebutan nama tetapi isu yang menyangkut jantung aqidah.

Ia juga berkait rapat dengan pendangkalan makna Allah untuk menjustifikasikan pluralisme agama. Kita tidak boleh membiarkan pendangkalan makna tersebut berlaku tanpa penolakan umat Islam. Adalah menjadi tanggungjawab semua ilmuwan Islam untuk menentang segala usaha mendangkalkan makna dalam Islam.

-Khalif Muammar, Felo Penyelidik Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia-

Wednesday, April 20, 2011

Gereja ajak Melayu gaduh...

Kronologi ancaman Gereja untuk menghapuskan kedudukan istimewa Islam di Malaysia:-

1. Isu Artikel 121(1A) ekoran insiden kematian Muhammad Abdullah Moorthy dengan mengutarakan idea liberalisme bagi dijadikan kesempatan golongan bukan Islam untuk melemahkan kedudukan Islam dengan mencabar kuasa Mahkamah Syariah.

2. Penubuhan Inter Faith Council (IFC) yang dipelopori DAP dan PKR untuk menjejaskan kedaulatan Islam sebagai agama bagi Persekutuan (Perkara 3).

3. Isu murtad yang dimainkan golongan Muslim liberal melalui kerjasama NGO bukan Islam dengan menggunakan saluran undang-undang untuk memudahkan proses penukaran agama serta mencabar peruntukan undang-undang syarak dan sivil. Golongan ini disokong Majlis Peguam.

4. Penentangan terhadap konsep pelaksanaan syariat Islam dengan menolak pelaksanaan syariat Islam oleh parti DAP dan kebanyakan pemimpin dalam PKR.

5. Gerakan Feminisme Sisters In Islam dilihat menggunakan jaringan ahli politik, penggubal undang-undang dan media untuk menentang penggubalan Rang Undang-Undang Kekeluargaan (Wilayah Persekutuan, 2005)

6. Reformasi Kurikulum Institusi Pendidikan Islam mendakwa kononnya kurikulum pendidikan Islam yang ada sekarang kononnya bersifat jumud dan tidak relevan dengan zaman.

7. Isu Herald Tribune telah mengundang reaksi pelbagai pihak setelah Kementerian Dalam Negeri memutuskan untuk melarang penggunaan nama Allah oleh buletin tersebut, tetapi kini diberi lesen besar pula oleh Najib kepada puak kristian menggunakan nama Allah dalam bible bahasa Melayu.


Adakah pemimpin Melayu di Malaysia hari ini masih tidak sedar akan ANCAMAN fahaman pluralisme/liberalisme yang diperjuangkan gereja serta penganut kristian terhadap Aqidah dan kedudukan Islam di Malaysia?

Jelas wujud agenda terancang gereja dalam cubaan untuk menidakkan kedudukan istimewa Islam di negara ini.

Ada pepatah Melayu menyebut, "Mata lebih besar daripada Akal", TAPI "Semua pemimpin Melayu Malaysia ni buta ke apa?"

Tuesday, April 19, 2011

KOMUNIS Naik Nafsu Rakyat RAJA

Komentar dalam artikel Komunis kini KUASAI bandar & kota Malaysia oleh Anon pada 19 April 2011 0917hrs, dari 1 hingga 15 kecuali 12, Pak Sedaro nak bantu mauduk fikir insan-insan yang sekutu, seangkatan, satu sekolah/fikrah berfikir dan memberi ta'akul "school of thought", bermula dengan subjek komentar ke 12.

Pemimpin waktu itu bijaksana kerana tidak mahu terlibat dalam hukuman dan azab MAHA SEKSA dan PERIT di alam barzakh dan Padang Mahsyar. Semasa penghakiman di The Hague, hanya 2 daripada mereka bersetuju dan berpihak BAHAWA Batu Putih milik Negara Malaysia berasaskan fakta Ketuanan dan Kedaulatan kepada Sultan Johor. Yang lain sebab dah diberi makanan HARAM oleh Kerajaan Temasik Moden. Teknikal penghakiman pula tidak dirujuk secara bil-hikmah tanpa campurtangan ISTANA JOHOR. Batu Putih atau Pandra Blanca ialah tanah jajahan takluk Johor, rujuk artikel dalam Paneh Miang yang telah dibahas secara panjang lebar sebelum ini. Blog ini lebih terperinci perbahasan ilmiah dan pemikiran lateralnya berkenaan Pulau Batu Putih daripada hujah Anon. Kalau ketinggalan kapal terbang, beli tiket lain.

Perkara yang dihujah kononnya sebagai fakta oleh Anon merujuk komentar 1 hingga 11, disambung komentar 13 hingga 15 berkaitan dengan pembangunan ekonomi dan pembinaan kekayaan oleh kaum Cina keturunan Foo Chow dan Hakka; suka Pak Sedaro pesan bahawa saudara atau saudari Anon dan sesiapa jua yang terpercaya dengan komentar Anon itu, dijemput merujuk kepada beberapa dokumen yang digazet dalam hansard Parlimen bermula tahun 1980an lagi.

Semua yang diterbit oleh Anon ialah peristiwa yang menjadi bualan rakyat pada tahun 1981 hingga 2009. Pak Sedaro nak sambut gempita Anon dengan bertanya:

1. Setakat Anon makan nasi dan mencari peluang berniaga di tanahair ini, agak-agak siapa yang selesaikan masalah KONGSI KUASA, KONGSI KAYA, KONTRAK SOSIAL ini?

2. Agak-agak jika pemimpin UMNO dulu kaki pelingkup rakyat, kenapa mereka bersetuju untuk paksa Inggeris bubarkan Malayan Union pada 1 Julai 1946?

3. Agak-agak apa makna Perkara 153 kepada Anon jika Kerajaan Memerintah dan Mentadbir hari ini buat bill untuk "batalkan" Perkara 153?

4. Agak-agak jika tidak berlaku 13 Mei 1969, apakah Anon dan sekutunya boleh dan berani bercakap dan menulis seperti yang dibentangkan?

5. Agak-agak jika tiada manusia yang namanya Mahathir Mohamad, seorang doktor perubatan yang Allah takdirkan lahir dari keturunan Melayu bercampur Darah Keturunan Pakistan, yang ramai tidak suka dengan dia, apakah selama 22 tahun atau selama 53 tahun UMNO memerintah, Bumi Melayu akan ada anak rakyat RAJA menjadi pengemis jalanan? Kecualilah kalau itu pilihan sendiri, tidak mahu kerja, hisap dadah, hisap dada etc.

6. Agak-agak semasa proses yang berlaku dalam konteks Anon menulis, apakah Anon melihat daripada kaca mata seorang pejuang ekonomis atau anti-establishment seperti yang dipersembah oleh Saudara Anwar Ibrahim di Baling tahun 1974 bersamanya Ibrahim Ali dan ramai lagi.

7. Agak-agaknya, mengapa wacana Komunis kuasai Bandar & Kota ditulis selepas peristiwa 55 kerusi BN di Sarawak? Apakah begitu dangkal daya analisa saudara-saudari Anon bahawa saudara sendiri tidak menyaring maklumat sebagai fakta tulen atau pun fakta yang ditokok tambah bagi tujuan propaganda racist?

Pak Sedaro jemput saudara-saudari Anon ke Perpustakaan Parlimen kerana semua fakta yang Anon katakan dalam ruangan komentar itu digazet dalam hansard dan dibentangkan untuk diperbahaskan. Banyak campurtangan dan kesannya. Yang pasti, semua implikasi dan polemik ekonomi itu dek keputusan BODOH seorang Timbalan Presiden UMNO yang ketika itu menjawat Menteri Kewangan iaitu Anwar Ibrahim Al-Juburi yang sudah dirasuk dan diperkosa mindanya oleh Freemasonary.

Harus diingat bahawa saudara bercakap kepada seorang manusia opportunis yang hari ini menjadi pelarian hingga ke LONDON untuk bercakap di hadapan warga asing soal kenapa dia dihadap ke mahkamah. Fail cerita Anon, boleh lah akses secara perlahan-lahan dalam ruangan arkib blog ini kerana semuanya telah dibincang panjang lebar secara ilmiah dan berasas dalam blog permai Paneh Miang ini.

Tidak perlu YAB Perdana Menteri selaku Presiden UMNO jawab atau YAB Timbalan Perdana Menteri selaku Timbalan Presiden UMNO jawab. Insyaallah dengan kekuatan ilmu mantiq dan suluq warga Paneh Miang, apa-apa yang mengarut oleh kelompok Anon dan sekutu merepek DAP+PAS+PKR, kita akan bantu demi ketuanan Rakyat RAJA, demi Bumi Melayu, demi AGAMA ISLAM agama bagi Persekutuan Tanah/Wilayah/Bumi/Kedaulatan Melayu.

Allah hu akbar.

Adakah Presiden UMNO dan PAS terlalu bingai untuk faham?

Di sana-sini ramai bangsa Melayu bersuara. Pendekatan racist DAP jelas cuba memisahkan kaum Cina dengan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Kuasa ekonomi sudah milik mereka, kini kuasa politik pula sedang diburu kaum Cina. Sama ada mereka DAP, MCA, mahupun GERAKAN, impian mereka sama saja.

Adakah Melayu masih tidak nampak permainan mereka? Adakah masih buta dengan konspirasi politik tahap tertinggi kaum Cina ini.

Persoalan utamanya, adakah pemimpin utama UMNO dan PAS mahu berterusan ikut telunjuk kaum Cina?

Berikut merupakan sebahagian komentar pengunjung blog ini yang mungkin boleh kita ambil ikhtibar untuk difikirkan bersama.


*********

Anonymous Anonymous said...

Assalamualaikum,

UMNO main tolo ajo la... Ado kuaso tapi takdo suaro.. takut bona dengan UNDI cino + kapirr... pejuang sobona yang berani lawan kapir + cino awal-awal dah kono canteh... sudah-sudahlah kojar an harta, takhta dan wanita..
"please stop to please everybody"...

PAS pun samo... asalkan ado yang monontang UMNO pasal isu Islam dan Melayu kao topuk tangan samo-samo... akhir eh Islam & Melayu sogan nak idup kek malaysia ni.. nak bersuaro pun tak dongar.. Elok kao dakwah an kapir harbi DAP tu.. tapi lagi elok ko luruskan balik orang Islam kek Malaysia ni lagi sonang..

- parti jahat -


Anonymous Anonymous said...

Seburuk dan seteruk UMNO bolum sampai roboh kan kodai orang melayu..Sehodoh-hodoh UMNO bolun laei roboh kan kampung orang.

Opo jadi keminieh perintah, dulu dah ado cotoh dan sejarah....kono kola, lopeh tu dicurah asam limau kek kosan kolar tu...

Kalau itu yang ekau semuo hondak poie lah sokong cino keparat DAP tu.!!!

Satu laie tontang amat haji hasan ni...den sotuju dio ni perompak. Mulut manieh. Orang luar bukan main layan..Tapi orang DUN sendiri terbiar. Satu contoh nak Poie minta tolong...yo lah sebagai rakyat raja nak mintak tolonglah dongan pomimpin konon. Sampai dalam bilik dio, pandang muko kito pun tak nak. Bukan dapek ponolong dio tapi kono buek macam anjing kurap....cilako kau amat aji hasan...memang kaulah MB nogori sombilan yang paling cilako!!!!

Lopeih ni eden adik beradik akan rosakkan koteh undi kalau dio yo lagi jadi ADUN Rantau...memang cilako kau!!!!!

kito tengok, silap hari bulan Nogori Sombilan ni memang dapek kek DAP Keminih ni!!!Apo program yang Amat aji hasan buek nak menyodarkan pegundi....tak ado...goyang tolo dan palo butoh ado lah...Apo jadi dongan pasir yang dikorek kato nak lebarkan sungai simen. Masuk tak dalam kantung kerajaan nogori..Kalau tak masuk Suruh SPRM masuk siasat. Sapo dapek hasil ei!!!

Memang cilakolah MB nogori sombilan ni...Aden bukan nak jadi colek angek. Tapi somanjak duo monjak ni lai bona nampak gayo ei nogori sombilan ni...macam nak jatuh dokek pombangkang...Memang cilakolah MB nogori sombilan ni..

Silo sambung kalau ado cilako laie MB nogori sombilan ni....Ptuihhh

Orang Rantau tapi bukan orang MB!!!!

cilako punyo MB!!!!


Anonymous Anonymous said...

Isu merobohkan warung itu adalah tanggungjawab kerajaan untuk menggantikan dengan yang baik. Saya orang P Pinang, jadi saya tahu. Itu isu yang dicari-cari oleh orang UMNO saja.

Saya nak bagi tahu orang Nogori, di Pulau Pinang ni yang sibuk menyokong UMNO adalah mamak saja.Orang Melayu dah tak peduli lagi. Kami seronok dengan kerajaan DAP sekarang.

Tuan dari Nogori, mana tuan tahu apa yang berlaku di Pulau Pinang.

Yang menyokong UMNO tu hanyalah orang sama kulit dgn Rizal Merican sahaja.

Kita dah pernah dapat PM mamak ni. Cukuplah! Enough is enough bak kata orang putih.

Jangan terpengaruh dgn permainan media. Kami tahu. Kami orang Penang.

UMNO tak mungkin hidup lagi di sini. Tunggulah pilihanraya. Sdr nak sokong UMNO itu sdr punya hal. Ini demokrasi.

Org Melayu, penang rd.


Anonymous Anonymous said...

Huh!!!

Pantang buntot dan tolo den nak pangkah DAP... kontut den pun den tak bagi DAP bau do!!!

Surah Al-Baqarah, Ayat 120
"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah"

Agak-agak sikit..

Bukan takdo orang Islam yang Elok kat M'Sia ni.. cumo tak dibori peluang dan dicanteh oleh orang2 yang molatakkan politik sebagai tuhan mereka...

Warning to UMNO & PAS... just 3 word "do or die"...

- parti jahat -


Anonymous tok chik said...

Kata anon 727pm - Saya nak bagi tahu orang Nogori, di Pulau Pinang ni yang sibuk menyokong UMNO adalah mamak saja.Orang Melayu dah tak peduli lagi. Kami seronok dengan kerajaan DAP sekarang.

Kato den, kok tuan kaji sejarah bagaimana strategi Lee Kuan Yew untuk tawan hati Melayu di Singapire dulu, macam tulah yg Lim Guan Eng buat sekarang di Penang, sehingga terpacul di mulut Melayu ketika itu, sama seperti yg tuan cakap sekarang, "Kami seronok dengan kerajaan PAP sekarang."

Ayat yang sama, sebijik betul. Boleh rujuk dgn orang2 tua Melayu yang masih hidup sezaman dengan LKY.

Sejarah sudah berulang, tp orang Melayu terutama generasi muda di Penang sedang dibuai mimpi indah.

DAP sangat bahaya. Racistnya sangat teruk. Kempen pilihanrayanya dikalangan kaum Cina sangat racist. Andai orang Melayu faham apa yg mereka ucapkan, 13 Mei pasti sudah berulang.


Anonymous Anonymous said...

teruk btul melayu yang sokong DAP nih...statusnya bughah...sama status dengan set2 peliwat & penzina...DAP & PKR pg mampus...PAS boleh berkuasa sendiri terutamanya di Kelantan...

-Ahli PAS Seumur Hidup-


Anonymous Tom jones said...

Sikap perkauman adalah dari mereka yg tidak prihatin sejarah..
Mereka lupa bahawa Negara China melindungi Empayar Melaka siap kahwinkan Puteri Hang Li Poh dgn Sutan Mansur Syah utk mengeratkan hubungan kedua Empayar sehingga Siam pun x berani nk jentik Melaka..
Memang Melayu mudah lupa..
Kini org2 Melayu yg buta sejarah ni x ambil Port pun dgn Slogan 1 Malaysi,bersikap hipokrit membenci org2 Cina padahal beli topup pun kt kdai Cina,service kereta,beli jubin,simen,smpai renovation rumah pun guna khidmat org2 Cina..
sy x faham dgn sikap org2 Melayu..
Entah apa yg dirungutkan,sedangkan diri sendiri yg malas,duduk kedai smpai x igt nk solat,yg muda layan Karaoke dgn Amoi2 cun..
Melayu x sedar bahawa populasi org2 Islam di China lbh ramai dari rakyat Malaysia malah sejarah Islam di China lbh tua dari umur Islam di Malaysia..
Kadangkala sy jd lucu dgn sikap bangsa sy sendiri sehingga serba salah bila rakan2 cina sy persoal perkara ini kpd sy..
Pd sy kenyataan Utusan itu berbau politik,hanya utk kelangsungan Umno ttp Parti Melayu ini yg enggan berubah..
Maka jgn salahkan kaum lain krn kita sendiri yg x tau jaga dan urus negara sehingga menjejaskan kestabilan ekonomi,sosial,ketelusan dlm melaksanakan dasar,agihan perbelanjaan tidak sampai kpd golongan sasaran,semua ini rungutan2 yg bukan baru sehingga ke tahap meluat utk diulang2,dh smpai tahap mahu saja dipanggil x paham bahasa..
Ini penyakit org2 yg enggan menerima kenyataan bahawa semua org punya kebebasan memilih,maka jgn dipersoal pilihan mereka krn pilihan mereka itu tanda mereka telah melaksanakan tanggungjawab kpd demokrasi..
Suka atau tidak sepatutnya perkara ini dianalisis,dibuat kajian tindakan dan melaksanakan tidakan Strategis,utk memperbaiki kelemahan krn peralihan undi beerti ada yg tidak kena dgn pelaksanaan dasar2 kita,cara permainan politik kita,adakah ia mendidik rakyat menjadi cerdik atau melahirkan masyarakat yg sukakan provokasi dan melayan emosi yg nyata dimain2kan menjelang proses pilihanraya,kemudian semua media mengendurkan permainan Mind control mereka..
Rakyat kini sudah pandai membuat analisis,lbh kritikal dan tidak menelan bulat2 cerita Media krn mereka ada pilihan altenatif utk melahirkan pemikiran seimbang dari melayan cerita2 provokasi media arus perdana..
Ini yg Umno sendiri tidak sedar..
Sepatutnya apabila Tun Mahthir melancarkan kempen kesedaran IT,UMNO sudah ada method pemikiran global,strategis dan sihat utk Demokrasi yg lbh matang,krn bg sy apabila kg2 berubah menjadi bandar baru,bandar Satelit,Bandar Pendidikan maka pemikiran politik usang akan berlalu dan UMNO akan merasa kesan ini secara TOTAL jika mereka masih mahu bermain dgn Keris dan pantun..
Sedarlah bahawa UMNO mesti berubah utk kebaikan bukan menjadi landak yg akhirnya duri2nya akan dicabut apabila ia sudah ditembak pemburu krn masih mahu tinggal di dlm gua..
Inilah kenyataan yg akan menimpa UMNO..Ianya pasti,cuma masanya sahaja yg belum ditentukan..


Anonymous Anonymous said...

Kalau nak ikutkan DAP lagi jahat...jahat dalam diam. Jahat UMNO, Jahat Pas Kito nampak.

Ini jahat yang tak nampak ni cukup bahayo....

Wahai anon yang mengatakan isu roboh warung adalah tugas kerajaan negeri..baik dan halus serta lunak apa yang dibisikkan oleh DAP kepada saudara..kerana apa bila dah roboh, maka didirikan premis yang gah hebatnya. Tapi satu nak tanya adakah orang melayu mampu memiliki premis yang baru itu. Adakah kerajaan LiM biskut Kong Guan ni akan membela nasib bangsa Melayu dan India. Kampung Buah Pala apa jadi???

Inilah yang dikatakan mainan politik komunis....Melayu perlu sedar, Kita Harus sedar,

Negara Malaysia ni terdiri oleh toleransinya orang Melayu...Tapi bangsa Pendatang ibaratnya bagi betis nak peha!!!

Memang lancau bangsa pendatang ni...Sampai satu tahap isu sensitif seperti nama Allah yang nak disyirikkan dimainkan oleh puak-puak celaka ni!!!

Kaum Pendatang harus sedar mereka pendatang yang diberi layanan sama rata dengan kaum-kaum lain.

Dan mereka perlu sedar..sebelum kedatangan mereka bangsa melayu dah lama bertapak disini...sedar dan akur.

Jangan tuntut macam-macam...bila melayu islam samada UMNO atau Pas hilang sabar maka akibatnya mereka akan binasa!!!

Masih ramai lagi dalam UMNO dan Pas yang mahu berjuang demi agama. Kita tak mahu agama dan keistimewaan melayu diperkotak-katikkan.!!!

orang Melayu harus sedar udi DAP maka Perkara dibawah ini akan berlaku:

1. Rumah urut yang tumbuh macam cendawan lepas hujan.
2. Bangsa mereka akan membolot lagi segala macam ekonomi, sosial,politik. Da pada masa tu politik melayu dimana?
3. Monopoli perniagaan akan berlaku pada hanya bangsa mereka.
4. Mereka akan gantikan menteri, ketua2 jabatan dengan bangsa rasis mereka. tengok saja di Pulau Pinang.Jawatan nak mengabui mata Melayu memang diwujudkan!!!
5. Perjudian dan maksiat akan bertambah...
6. Jualan beer akan menjadi halal
7. Lihat sahaja singapore mensingapore kan melayu...mana melayu singaporeyang benar-benar dapat pegang kuasa...takdak!!!

so, Melayu harus bangkit dan sedar!!!

Orang Rantau Tapi Bukan Orang MB!!!

Monday, April 18, 2011

Komunis kini KUASAI bandar & kota Malaysia

Democratic Action Party atau Parti Tindakan Demokrasi yang mengangkat obor Deklarasi Setapak 1967 bercita-cita menguasai lokaliti perbandaran! DAP telah berjaya di 12 kerusi daripada 15 kerusi bandar/pekan yang mereka perjudikan calon mereka.

SYABAS DAP kerana BN tidak bekerja untuk teraju kerusi tersebut. Apakah benar stigma bahawa DAP kuat? Atau secara tersirat memberi petunjuk bahawa kaum Cina mencipta "tsunami baru di bandar dan kota"? Atau secara tersurat, sesungguhnya undi para pengundi warganegara keturunan Cina lebih suka menyokong DAP atas isu-isu nasional dan racist yang dijaja dan ditaja oleh DAP, MCA, dan sekutu-sekutu dalam kelambu anak Cina rakyat Malaysia?

Menjelajah kembali Deklarasi Setapak 1967, maka berbuahlah 13 Mei 1969. Bermula dari tahun 1927 sejak Partai Koumintang Malaya memasuki Tanah Melayu, Bumi Melayu sudah tidak tenang seperti tahun 1909 hingga 1920. Partai Komunis Malaya menjadi medium parasit kepada minda, sama rata, Malaysian Malaysia, 1 Komunis 1 Asia, kecuali The Kingdom of Thailand dan agenda meratah legasi Dunia Melayu Dunia Islam di Tanah Melayu. Tahun 1933 secara rasmi Partai Koumintang/Komunis Malaya diiktiraf oleh penjajah British. Tahun 1943 PKM sebagai pailang MPAJA yang mendapat latihan peperangan daripada SAS British.

Tahun 1943 jugalah rombongan Tan Cheng Lock dan Sambanthan secara berasingan merisik Istana Buckingham di London untuk tujuan merakyatkan pendatang Cina dan India sehingga mencetuskan gejolak pertama Malayan Union pada 1 April 1946.

Apabila Jepun meninggalkan Tanah Melayu pada 1945, PKM berkuasa selama 14 hari dengan memusnah segala mercu tanda Jepun. Maka digazetkan Darurat atau Peristiwa Berdarah 14 hari Bintang Tiga. Rentetan daripada tersebut, British masuk, diikuti dengan Bukit Kepong 1950, peristiwa pembakaran dan pembunuhan jemaah sedang solat subuh di Kuala Kangsar dan pelbagai peristiwa yang merobek jiwa dan perasaan umat Melayu khasnya dan kaum Cina yang tidak bersetuju dengan ideologi komunis.

Akhirnya Rancangan Briggs 1955 menghimpun kalangan kumpulan Min Yuen di 126 buah kampung baru seluruh Tanah Melayu. 126 kampung baru ini, dibina di semua lokasi dalam dan pinggir bandar di seluruh Bumi Melayu. Inilah pelan pemusnahan sempadan pilihanraya, paling baik yang direncana oleh Inggeris. Kesannya, hari ini semua lokasi Kampung Baru Cina berada di jantung ekonomi setiap bandar dan kota besar. Parti yang beroperasi sejak 1960 dalam kampung baru ialah DAP. Sebab itulah obor 1967 bercahaya di Setapak.

Inilah Urban Legend yang menjadi BOM JANGKA kepada BN! Najib dan Muhyiddin sudah tidak boleh lagi kompromi soal kerusi atau tidak. PRU-13 ialah signal bahawa teori dan amalan kompromi kerusi tidak boleh dijayakan. Semua kerusi di mana, majoriti pengundi Melayu mesti UMNO. MIC juga tiada tempat sebenarnya, apalagi PPP. Semua kerusi majoriti Cina, letak MCA yang sudah pasti lawannya DAP. Dan MCA akan tewas secara literalnya?

Kajian demi kajian boleh dibayar dan dilaksana, realiti jelas bahawa politiking BN dalam bandar dikuasai oleh Cina yang bersekongkol dengan DAP. Mereka hanya hendak harta, kemewahan dan kekayaan ekonomi daripada BN tetapi tetap undi DAP. Inilah analisa 12/15 di Sarawak.

Bagaimana nak selesaikan masalah ini? Ini biarlah Najib dan Muhyiddin dan juak-juaknya selesaikan. Pak Sedaro kalau beri roll-out plan dalam blog, habis si PAS+PKR+DAP sapu bersih, disebabkan BN buta, pekak, bisu, tuli. Ramai gurkha BN baco blog ini, tapi tak pernah ambil ikhtibar dan ingatan akan pesanan-pesanan blog Paneh Miang.

PRU-13, Pak Sedaro yakin DAP akan meletak semua calon di bandar/kota. Sebanyak 43 kerusi bandar dan kota ekonomi dalam bumi Melayu akan mereka judikan calon DAP. Jangkaan PRU-13, sebanyak 38 kerusi akan dimenangi oleh DAP dengan mudah.

Apakah kuasa Majoriti 2/3 di Parlimen menjadi sasaran MAUT DAP? Apa akan jadi bilamana DAP menjadi tauke dalam Parlimen Malaysia? Siapakah Perdana Menteri Malaysia bila DAP menguasai Majoriti 2/3? Sudah pasti bukan Anwar Ibrahim atau Hadi Awang atau Nik Aziz Nik Mat. Siapakah Speaker Dewan Rakyat? Siapakah Timbalan Perdana Menteri? Siapakah Ketua Polis Negara? Siapakah Panglima ATM? Siapakah Ketua Hakim Negara? Siapakah Ketua Hakim Syariah? Siapakah YDP Majlis Kerajaan Tempatan dan Pihak Berkuasa Tempatan? Siapakah Pegawai Daerah seluruh tanahair? Siapakah Pengarah Kesihatan Negeri? Siapakah Ketua Pengarah Pelajaran? Siapakah KSN dan KSU-KSU? Siapakah Gabenor BNM? Siapakah penasihat kepada Majlis Raja-Raja Melayu? Siapakah Pengerusi Kelab Setiausaha Politik Malaysia? Siapakah Ketua-ketua Pengarah Jabatan Persekutuan dan Negeri?

Inilah Urban Legend PRU-13. WASPADALAH.

PRU13 pastikan Melayu undi Melayu dan biarkan Cina undi Cina

1. PRN Sawarak membuktikan kaum Cina masih beranggapan bahawa mereka akan lebih beruntung dengan cara berkonfrontasi dengan BN. Ternyata mereka tidak hargai pun usaha BN mendekati dan berkompromi dengan masyarakat Cina selama ini.

2. Hanya bangsa Melayu saja yang selalu mengalah sebab nak jaga keharmonian dan perpaduan dengan kaum Cina, sedangkan Cina ni peduli pun tidak dengan bangsa Melayu.

3. Justeru sudah tiba masanya BN menguji kredibiliti calon MCA dan Gerakan dengan meletakkan mereka bertanding di kawasan majoriti Cina di PRU-13. Lagipun dah sekian lama calon daripada kedua parti itu diselamatkan di kawasan majoriti Melayu.

4. Ada 45 kawasan parlimen majoriti Cina di negara ini yang boleh dijadikan medan oleh pemimpin MCA dan Gerakan bagi membuktikan mereka bukanlah liabiliti kepada BN.

5. Biar MCA dan Gerakan tunjukkan kejaguhan mereka bertanding dengan DAP di kawasan majoriti kaum mereka sendiri. Lagi bagus letak Chua Soi Lek bertanding dengan Lim Kit Siang dan Koh Tsu Koon bertanding lawan Lim Guan Eng. Biar buku bertemu ruas.

6. Andai MCA atau Gerakan kalah di kawasan majoriti Cina, sudah tentu mereka tidak akan ada wakil dalam kerajaan.

7. Masa tu kita tengoklah nanti bagaimana kaum Cina ni menggelupur.

8. Kawasan majoriti Melayu yang selama ini diberikan UMNO kepada MCA dan Gerakan dalam pilihanraya, perlu diletakkan semula calon UMNO bagi memastikan majoriti di dewan rakyat kekal dikuasai oleh bangsa Melayu selepas PRU-13.

9. Lagipun trend sokongan Melayu dan India hari ini kelihatan telah kembali kepada UMNO dan BN.

10. PRU-13 WAJIB dijadikan battle of the races.

11. Melayu undi calon Melayu...Cina biar undi calon Cina.

12. Are you ready to fight for your kind?


Sunday, April 17, 2011

Ketua Puteri Seremban REPUT

Akta 668 begitu kasih dan sayang kepada generasi belia. Persatuan Belia Dinamik Barat dari Daerah Seremban telah berpaling tadah, seolah tidak yakin dan percaya kepada Akta 668. Amukan pengerusi persatuan belia yang baru berusia 4 tahun ini begitu REPUT sikapnya dan keputusan pengurusannya.

Siapakah Wan Salwati Abdullah di belakang permainan politiking belia Persatuan Belia Dinamik Barat? Setakat mana kuasa seorang Pegawai Khas kepada Menteri Belia dan Sukan boleh memberi kesan kepada persatuan belia?

Andai dinilai dari aspek Akta, maka kuasa eksekutif tiada pada seorang Pegawai Khas. Jawatan Pegawai Khas ialah lantikan Menteri dengan gred jawatan 41. Gaji permulaan seorang pegawai khas ialah RM3,000 dicampur dengan elaun sebagainya, bolehlah seorang Pegawai Khas berlagak sikit seperti seorang Pengurus Jualan dengan Gaji Bulanan saraan kerajaan sekitar kurang daripada RM5,000.

Kemelut dan berantakan Persatuan Belia Dinamik Barat merupakan sesuatu yang memalukan kerana langsung tidak profesional dalam menangani polemik biasa seorang pemimpin belia dengan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri. Apakah pula kedudukan eksekutif seorang Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri?

Harus diingat, seorang Pengarah Jabatan Persekutuan mempunyai preprogatif tertentu dalam menetap dan menilai kelangsungan persatuan dengan telus dan tulus. Seorang yang menjawat Pengarah JBS berskala 48 atau 54, merupakan rakan diskusi YAB Menteri Besar yang merupakan individu penting dalam haluan cara dan pemilihan persatuan belia atau mana-mana konteks pembangunan belia dan sukan Negeri. Untuk menjadi seorang pemimpin belia yang bijaksana, Dinamik Barat tidak boleh menjadi pasukan kerja REPUT yang akhirnya memusnah kedudukan strategik masa depan ahli-ahli yang 80% buta Akta 668.

Benar juga komentar Presiden Kelab Melayu Negeri Sembilan, dalam Sinar Harian, bahawa jika Persatuan Belia Dinamik Barat tidak puas hati, maka langsungkan semua bukti dan afidavit ke mahkamah. Gunakan Akta 668 sebaik-baiknya. Bukan "lontar batu sembunyi tangan" atau "ibarat anjing menyalak bukit".

Program Anugerah Belia Negara ialah acara tahunan sebagai mekanisme penghargaan kepada mana-mana persatuan belia, individu belia yang bekerja untuk kepentingan belia. Amatlah tidak bijak Persatuan Belia Dinamik Barat berkeputusan untuk memutus segala hubungan rasmi dengan Jabatan Belia dan Sukan Negeri kerana ia secara langsung mengambarkan "tidak matang" keputusan politiking belia PBDB.

Ingatlah, bahawa Akta 668 belum anda terjemah dan tafsir dengan baik. Mungkin mereka ini tidak layak sebagai Ahli Majlis Perundingan Belia Daerah Seremban. Mereka tidak berpeluang menganalisa dan mendalami ilmu 668 secara literal dan spesifik. Kuasa Menteri, Kuasa MPBN, Kuasa Pegawai-pegawai KBS, serta tindakan dan kesan sampingan.

Pak Sedaro suka pesan dengan mana-mana persatuan belia yang baru merangkak hidup selepas Akta 668 diperkenalkan dan dikuatkuasa, pergilah runding dan bincang dengan sifu-sifu belia seperti Dr. Jumali Selamat veteran 4B, atau Mohd Shahfudin Husin Pengerusi 4B Parlimen Seremban, atau Faizal Abbas MAYC di Kuala Pilah, atau Shahrudin veteran 4B Kuala Pilah, atau Zamros 4B Tampin, atau Dato' Zakaria Nordin GPMS di Seremban. Atau Abdul Halim Lokman MAYC Seremban. Berundinglah dengan Presiden MBN NSDK, Wan Fazamy atau Presiden MBD Seremban.

YAB Menteri Besar Dato' Haji Mohamad bin Haji Hassan kena ambil maklum isu yang disensasikan oleh media di Seremban hari ini. YB Samad Ibrahim kena ambil peduli kerana ekau jago eksekutif belia, sukan dan pelajaran Negeri. Senario kepimpinan belia merupakan subjek kritikal di Negeri Sembilan. Di fahamkan, Gerakan Belia 4B Negeri Sembilan masih gagal melaksana misi kunjung hormat kepada YAB Menteri Besar NSDK, mengapa ya?

YAB Menteri Besar, ambillah inisiatif untuk memberi Geran Galakan Persatuan Belia sebanyak RM10 ribu kepada persatuan belia yang aktif, seperti yang pernah dijanjikan tapi tak pernah terlunas.

Pak Sedaro fikir akan lebih banyak belia REPUT di Negeri Sembilan jika polemik kecil dan berantakan dalam sajian belia di Negeri Sembilan amat lemah untuk dibereskan. Jika tidak wibawa EXCO BELIA, SUKAN DAN PELAJARAN Negeri elok digugurkan sahaja. Jika tidak wibawa Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri, tukarkan sahaja. Jika tidak wibawa pendekatan 1Belia 1Malaysia 1Nogori, maka, bubarkan saja Barisan Nasional pimpinan Mohamad Hassan.

Saturday, April 16, 2011

Nak peluk jugak...

Daripada 62 kerusi Dewan Undangan Negeri yang dimenangi BN pada 2006, kini BN kehilangan 7 kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak pada 2011. Walaubagaimanapun, keputusan rasmi SPR menetapkan BN masih menang majoriti 2/3 dengan jumlah 55 kerusi Dewan Undangan Negeri sempena PRN Sarawak Ke-10.

Kajian terperinci kemerosotan jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri milik BN perlu ditangani segera terutamanya di kawasan calon SUPP yang turut menyaksikan kekalahan Presiden parti itu sendiri selepas 6 penggal.

Keputusan Rasmi

BARISAN NASIONAL = 55 Kerusi

DAP = 12 Kerusi

PKR = 3 Kerusi

BEBAS = 1 Kerusi

PAS = O.........MEGA

Apa-apa pun ALHAMDULILLAH dan tahniah kepada Barisan Nasional yang berjaya mengekalkan pentadbiran kerajaan negeri Sarawak; dan kepada pencacai pakatan pembangkang,

"MONANG TOTAP MONANG POIK. DOK ONTOK-ONTOK!"


Taib jugak yang untung malam ni...

DAP 12/15

Apakah petanda bilamana DAP menang 12 daripada 15 kerusi yang dipertanding? Siapa yang memberi undi kepada DAP ini? Ini petanda bahaya, bahawa rakyat dalam bandar menyahut panggilan KOMUNIS MODEN. DAP ialah anak didik PAP. Apakah kaum Cina Foo Chow di kota dan pekan serta bandar mendukung dan menyokong gerakan "Min Chong Yuen Thong" secara diam dan sulit? Jika PAS menang 5 kerusi daripada 5 yang dipertanding di Sarawak boleh diterima. Tetapi bila 12 daripada 15, ini signal MERAH kepada penyelesaian PALOI Najib. Siapa PALOI, NAJIB dan TAIB MAHMUD atau salah seorang daripada mereka berdua?

Promosi Percuma Omega

Anwar dikhabarkan telah berlepas ke London semalam. Rancangannya ke Amsterdam, Holland (sebuah negara yang mengiktiraf perkahwinan sejenis gay/lesbian) dan Osaka sebelum dijangka kembali ke mahkamah Malaysia bagi menghadapi perbicaraan kes liwat. Lagipun Lelaki Y belum bagi DNA.

Daripada 3 negara yang dikhabarkan menjadi destinasi Anwar, hanya Amsterdam sahaja yang tiada butik jam Omega. Di London terdapat 5 butik jam Omega, manakala di Osaka pula terdapat 4 butik jam Omega.

Antara personaliti dunia yang pernah menjadi duta Omega adalah George Clooney, Nicole Kidman, Cindy Crowford, Zhang Ziyi, Daniel Craig, Abhishek Bachchan, Michael Phelps, Greg Norman, Sergio Garcia, Michelle Wie, Ellen Macarthur dan yang terbaru berkemungkinan Anwar Ibrahim turut ditawarkan sebagai duta terbaru Omega. Poster pun dah siap...


Itulah sahaja promosi percuma Omega sementara bosan menunggu keputusan PRN Sarawak Ke-10 yang bakal diketahui rakyat Malaysia sebelum tengah malam ini.

Sesapo yang teringin bonar nak pakai jam Omega, boleh usha line kat sini. Tapi kok nak raso Keropok Lekor Omega 3 yang sodap dan baik untuk kesihatan, boleh la usha banner kat ateh blog ni yo.

Sik cayak kah...

Klik untuk paparan lebih jelas

Keputusan PALOI Najib

Pendekatan BODOH Najib ancaman kepada tanahair Bumi Melayu ialah:

1. Kompromi dengan SIB di Sarawak.

2. Halalkan sebaran Al-Kitab Injil Bahasa Melayu. Sedar atau tidak di Petaling Jaya setiap hari bermula daripada keputusan BODOH membenarkan sebaran Injil Bahasa Melayu, tidak kurang 25 orang insan Melayu dipesong akidah dan bertauhidkan faham trinity, iaitu Jesus "Nabi Isa anak Allah". Marilah umat Islam yang masih TAAT kepada iqtikad Ahlul Sunnah WalJamaah dan faham ilmu Agama Islam, berdoa agar kumpulan manusia murtad ini kembali taubat nasuha dan bertasyahud.

3. Tidak konsisten kepada keputusan Taib Mahmud untuk nasihatkan dia berhenti berpolitik dan undur diri semasa "peak" dalam keadaaan terhormat. Jangan nanti retak menanti belah.

4. Petugas politiking BN sudah makin mual di Sarawak kerana tidak cukup persediaan logistik dan mental fitness. Perbezaan "school of thought" ahli politik BN memberi kesan merencam kepada petugas politik. Apakah penasihat strategi perang saraf Najib tak beri nasihat yang tepat.

5. Sarawak mempunyai pengundi majoriti keturunan Cina seramai 303 ribu pengundi berdaftar. Siapa sebenarnya di bawah pemerintahan Taib Mahmud? Kalangan kaum Cina keturunan Foo Chow di Sarikei, Miri, Bintulu, Sibu merupakan proksi dan rakan karib Taib Mahmud. Apakah peranan kelompok Foo Chow di Satuk, Kapit, Bau, Betong, Lawas pula? Siapa BODOH akan siapa di Sarawak?

6. Pasukan penentang BN terdiri daripada PAS, DAP, PKR dan sekutunya akan menang kerana bantahan dan sabotaj pengundi BN sahaja. NAJIB pulang berkampung di Mines, Serdang untuk acara MIC yang diketuai oleh G.Palanivel jam 2030 malam. Apakah Najib yakin, Taib Mahmud dan isteri muda boleh senyum hari ini dan merayakan kemenangan tipis BN di Sarawak?

7. Tipis dalam ertikata bukan undi. Tetapi kepercayaan, keyakinan janji manis Taib Mahmud, pembangunan retorika politiking miskin calon-calon BN tertentu. Jika NAJIB masih tidak pintar, maka, ulangan keputusan BODOH dan ucapan BODOH akan terus berlaku tanpa ditegur oleh Veteran BN/UMNO. Ingatlah bukan Raja Petra yang sedang mencuci lantai-lantai politik BN tetapi rakyat kerana PRU-13 ialah petanda Tsunami Transformasi 13 Najib & Muhyiddin berjaya.

ANU di dahi

Tuai rumah panjang di Kapit seorang hero tak di dendang. Soalan MAUT dia kepada Anwar Ibrahim membuka pintu sakratulmaut politik PKR di Sarawak.

ANU di dahi Anwar merupakan tagline yang cantik di Sarawak. Soalan MAUT video seks Anwar Ibrahim ialah soalan cepumas. Ternyata ANWAR IBRAHIM bersalah dan didapati bersalah oleh Sarawakian. Mahkamah rakyat di Sawarak lebih radikal daripada mahkamah rakyat Semenanjung.

Syabas Tuai Edison Bungap. Anu dalam botol, Anu di dahi ialah sumpah buang sial Iban. Kalau anu dah gatal tak tahan nak memulun anak Iban, tak pasal-pasal anu di dahi, esok pagi. Anwar Ibrahim sudah diterajang daripada kamus dan direktori politik Iban, Melayu, Melanau dan Cina Foo Chow di Sarawak.

Friday, April 15, 2011

Polis dah jumpa pelacur Cina


Polis dah kenalpasti China Doll dalam bideo. Keterangan China Doll pun dah diambil. China Doll ni pun dah bagitau polis siapa sebenarnya yang 'balun' dia dalam bideo tu. Bapak Ayam yang hantar China Doll ni pun dah sahkan siapa pelanggan yang 'balun' anak ayam dia.

Polis kini hanya menunggu pengesahan pemilik jam melalui nombor siri daripada Omega Manufacturer bagi melengkapkan kertas siasatan sebelum dihantar ke pejabat Peguam Negara.

Siapakah pelakon bideo tersebut? Adakah solat hajat Pas di Stadium Malawati yang memohon Allah SWT memberi petunjuk dan kebenaran akan termakbul?

Kita tengok nanti siapa yang kena...

Senang je nak singkirkan Taib Mahmud

1. Kini ramai yang dok pertikai bila Abdul Taib Mahmud akan berundur dari jawatan Ketua Menteri Sarawak. Maklumlah, dulu pada 1995 Taib pernah kata nak berundur, 2006 pun cakap benda yang sama, sampai la ni 2011 pun skrip serupa jugak diulang-ulang.

2. Yang penat menjawabnya Najib sebab kena yakinkan semua orang yang kononnya Taib akan berundur selepas PRN Ke-10 Sarawak. Kalau Che Det pun susah nak suruh Taib berundur, inikan pulak nak diharapkan Bapa Vernakular & Bapa Al-Kitab Najib. Sendiri fikirlah.

3. Nasib baik Pok Nik baru 21 tahun jadi Menteri Besar Kelantan. Kalau tempoh pemerintahan Pok Nik sama macam Taib yang dah jadi Ketua Menteri selama 30 tahun, pasti Haprakdaily hari-hari keluar berita suruh Pok Nik berundur. Mungkinkah? Pun sendiri fikirlah.

4. Buat apalah susah-susah nak tekan Najib umumkan bila Taib akan berundur atau siapa bakal pengganti Ketua Menteri Sarawak yang baru. Walhal ada kaedah yang lebih berkesan untuk pastikan Taib bukan sahaja akan hilang jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak, malah boleh menentu sahkan supaya Taib berambus dengan cepat.

5. Congaknya mudah saja, BN hanya perlu sabotaj jentera serta kempen pilihanraya Taib dan pastikan majoriti pengundi di N.51 Balingian tidak mengundinya. Dengan kata mudah, pastikan Taib Mahmud kalah di kawasannya sendiri.

6. Bukan susah pun nak buat gerakan bawah tanah. Lagipun sejak dulu BN memang punyai kepakaran dalam mensabotaj jentera serta kempen pilihanraya calon dari parti sendiri. Kalau tak percaya, pergilah belajar dengan Tok Sahak, Ketua UMNO Bahagian Seremban.

7. Win-win situation. Everybody's happy. Najib tak perlu bersusah payah membodek bishop atau meyakinkan pengundi Sarawak kononnya Taib akan berundur; dan komplot pembangkang pun tak perlu pening kepala gunakan alasan pengunduran Taib sebagai modal kempen pilihanraya.

8. Bagi menjayakan 'Misi Sabotaj Taib Mahmud' di N.51 Balingian, BN dan komplot pembangkang digalakkan berpakat agar Taib Mahmud kalah di kubunya sendiri.

9. Terlewat sudah? Dalam tempoh kurang 24jam pun, masih sempat lagi ni...

Tata Negara

Pak Sedaro amat kecil hati dan duka nestapa, bila mana ada kalangan rakyat Raja yang buta akal dan faham halusnya Bahasa Melayu. Apabila tata disama erti dengan bye-bye, selamat tinggal dan perbuatan lambaian biasa secara lazim ta-ta, makanya begitu jahil dan jahiliyyah faham ilmu bahasa Melayu.

Insaflah saudara, bahawa bahasa Melayu ialah Bahasa Lingua-Franca pada abad ke-15, ditutur secara global selama lebih 150 tahun. Akhirnya dikubur selama 446 tahun 7 hari. Bahasa Melayu amat kaya, dalam persuratan tersirat penggunaan tata, antaranya:

1. Tatanegara
2. Tatabahasa
3. Tataurus
4. Tataletak
5. Tatarakyat
6. Tatahias
7. Tatatertib
8. Tatarujuk
9. Tatasolek
10. Tata ilmu dan banyak lagi.

Gabung perkataan tata bukan melambang perbuatan selamat tinggal. Ia lebih mengarah kepada protokol, prosedur, uslub dan mauduk yang lebih terapi dan berseni. Pak Sedaro hairan, bila mana ada kalangan "intelektual" cuba mencabul nikmat dan bil-hikmah tatanegara. Ingatlah bahawa 13 Mei 1969 merupakan mesej kepada kewujudan Rukunegara dan Tatanegara.

Pak Sedaro fikir kalau ado yang gelojoh bonar hendak memperjudikan negara dengan mula menafikan Perkara 153 secara halus, mengarang penulisan baru Perkara 3, Perkara 39 dan Perkara 40 secara senyap melalui Agenda Munafiq atau mendagangkan kefahaman dengkel 90% rakyat Malaysia mengenai Gagasan 1 Malaysia. Maka, terserahlah kepada Tuhan Maha Adil untuk memberi hadiah kepada kezaliman ANDA.

Gagasan 1Malaysia ialah rencana agung yang dibentangkan kepada umat Melayu pada 1 Mei 1946 dengan Gagasan PEKEMBAR di Kelab Sultan Sulaiman dan Istana Bukit Serene. Persidangan Majlis Raja-raja Melayu pertama yang disertai bersama oleh Undang Luak Johol, Sungai Ujung, Rembau dan Jelebu merupakan persetujuan Di Raja pertama, yang namanya "Ketuanan Melayu" atau "Kedaulatan Melayu".

Mengapa darah-darah keturunan dan nasab Tuk Janggut, Haji Abdul Rahman Limbong, Dato Maharajalela, Tok Bahaman, Mat Kilau, Dato Haji Wan Muhammad Saman, Dato Siamang Gagap, Yam Tuan Hitam, keturunan Undang-undang Luak Sungai Ujung, Rembau, Jelebu dan Johol yang terawal, Tun Teja, Leftenan Adnan Saidi, dan sepatriot dengan mereka tidak "AMUK" kepada Bumi Melayu ini? Di manakah resepi tersirat 1 Malaysia yang digerak jaya oleh mereka sehingga Bumi Melayu ini merdeka pada 31 Ogos 1957?

Ingatlah bahawa penjajahan 28 Ogos 1511 sempurna pada 31 Ogos 1511. Apakah rahsia yang cuba dinukilkan oleh Almarhum Sheikh Abdullah Fahim kepada umat Melayu pada tarikh tersebut? Semoga para pencungkil ilmu falaq yang berguru dengan Sheikh Abdullah Fahim dapat menyampaikan amanah rahsia ilmu kepada umat dan rakyat Malaysia. Demi Tata Negara Malaysia.

*********

PENGUMUMAN


Perhimpunan Aman Mempertahankan Kedaulatan Islam dan Membantah Bible Bahasa Melayu anjuran Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA).

Masa: Selepas Solat Jumaat 15 April 2011

Tempat: Perkarangan Masjid Negara

"Bersama Pertahankan Kedaulatan Islam–Perkasakan Suara Umat Islam"

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang mukmin mengambil orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barang siapa berbuat demikian, niscaya lepaslah ia dari pertolongan (daripada apa-apa hubungan dengan) Allah."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."
Blog Widget by LinkWithin

Blog Archive