Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Tuesday, May 31, 2011

Komunis Melayu

Pak Sedaro nak kobar dengan sekeras-kerasnya akan keBAHALULan, keTONGONGan, keBIADABan dan keKELDAIan kepada sebilangan kecil makhluk yang dinamakan sebagai Melayu di Puchong Jaya.

1. Pengerusi DAP Puchong Jaya Harun Abdul Wahab, telah taubat dan masuk UMNO?

2. Bersamanya 64 orang rakyat Raja yang telah dilacur mindanya oleh Komunis Puchong Jaya. Apo ko punyo bangang ibni bahalul ibni tolol selamo ini sojak 2009, kau orang ikut DAP=Komunis!

3. Presiden Transperancy International, Tengku Aziz yang kini Senator juga dikeldaikan oleh DAP! Apokah begitu ragamnya, seorang Melayu mendukung isme-isme Komunis Jahanam!

4. Mengikut maklumat terkini, 5,000 Melayu (Rakyat Raja & Orang Asli) merupakan Ahli Berdaftar DAP seluruh Malaysia. Apakah ini senjata pemikiran Kertas JingGAY, DAP! Bumi Melayu tidak boleh lagi mengizinkan lahirnya kelompok seperti Pengerusi Parti Komunis Malaya iaitu Musa Ahmad, rakan juang Komunis Melayu seperti Mat Indra, Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh, ramai lagi (rujuk buku Pengkisahan Kumpulan Komunis Melayu Pasukan ke-10).

5. Bumi Melayu ini tidak boleh lagi dibahasi dengan titisan air mata darah seperti Trajedi Masjid Geylang 1964 dan Peristiwa Berdarah 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur.

Komunis sudah tidak beranak daripada Partai Komunis Malaya, hari ini Komunis berakar di pintu DAP dan Hindraf.

Cibai punya PEMANDU!

1. Sudah lama orang merungut pasal PEMANDU ni. Tapi nampaknya rungutan banyak pihak tidak dipedulikan langsung oleh JPM.

2. Semenjak Idris Jala selaku Ketua Eksekutif, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) umumkan kononnya Malaysia bakal bankrap menjelang 2019 jika trend subsidi tidak berubah sepertimana kemelut yang dihadapi Greece; ramai yang was-was dengan kenyataan tersebut. Yolah, kenyataan daripada mantan CEO yang menyelesaikan masalah kewangan MAS dengan cara membuang pekerja. Setakat nak selesai masalah dengan membuang pekerja, tak payah jadi CEO, pramugari pun boleh fikir.

3. Hari ini PEMANDU yang dipengerusikan Koh Tsu Koon bersama CEO, Idris Jala, dilihat SANGAT BERKUASA menentukan hala tuju ekonomi negara. Mereka tidak peduli dengan kos hidup tinggi yang ditanggung rakyat. Mereka tidak mahu dengar sebarang rungutan dan masalah yang dihadapi oleh rakyat. Makmal Rasionalisasi Subsidi di bawah PEMANDU enggan mempertimbangkan kesan buruk daripada keputusan yang mereka ambil terhadap mileage politik BN selaku pentadbir kerajaan.

4. Siapa yang membolehkan dua orang mangkuk hayun dalam PEMANDU ini menjadi begitu berkuasa dan angkuh jika tidak Perdana Menteri sendiri yang memberikan mandat kepada mereka?!

5. Tatacara rasionalisasi subsidi yang disarankan PEMANDU selama ini jelas hanya menguntungkan sebelah pihak kerana hanya menjaga kantung kerajaan tanpa memikirkan kerugian di pihak rakyat. Sangat jelas PEMANDU hanya tertumpu pada isu quantum dengan tujuan mengurangkan jumlah subsidi yang terpaksa ditanggung kerajaan, tanpa menyedari bahawa keputusan bodoh PEMANDU sebenarnya telah menjejaskan kehidupan sosial rakyat keseluruhannya.

6. Penyudahnya BN yang menjadi mangsa hentaman rakyat setiap kali PEMANDU membuat keputusan membentangkan rasionalisasinya. Contoh terbaru ialah spekulasi kenaikan harga RON95 dan tarif elektrik baru-baru ini. Walaupun harga RON95 dikekalkan, namun bermula 1 Jun ini rakyat terpaksa membayar kadar tarif elektrik baru berjumlah 33.54sen/kwj berbanding 31.31sen/kwj yang dinikmati sebelum ini.

7. Natijahnya, wakil rakyat BN terpaksa bekerja keras untuk memberikan penjelasan di atas ketidakpuasan hati rakyat, walhal keputusan pemotongan subsidi disebabkan PEMANDU yang punya angkara. Cuma wakil rakyat pembangkang saja yang seronok kerana mereka dapat peluru untuk tembak kerajaan serta memanipulasi sepenuhnya keberangan rakyat atas keputusan bodoh PEMANDU.

8. Kebanyakan para pegawai yang 'duduk' dalam PEMANDU membuat dasar dan keputusan hanya berasaskan teori. Keputusan mengurangkan subsidi dibuat berdasarkan defisit fiskal semasa. Adakah para pegawai di PEMANDU begitu bodoh hingga tidak terfikir bahawa struktur ekonomi dan sosial negara masih memerlukan subsidi untuk berubah dan berkembang? Adakah para pegawai ini fikir dengan pemansuhan subsidi maka ekonomi Malaysia akan lebih berdaya saing? Wahai pegawai PEMANDU, negara-negara maju di seluruh dunia pun masih mengekalkan pemberian subsidi dalam sektor tertentu terutamanya makanan, bahan api dan tenaga. Pi google la cari.

9. Sebahagian besar cadangan PEMANDU lebih tertumpu kepada langkah mengembalikan harga yang kini disubsidikan, kepada harga yang berlandaskan kuasa pasaran. Kalau boleh harga barang keperluan asas terutamanya makanan, bahan api dan tenaga hendak disamakan dengan harga pasaran semasa oleh PEMANDU. Namun persoalannya, adakah asas analisis yang kukuh dan tepat serta kerangka yang jelas serta komprehensif telah dilakukan oleh PEMANDU?

10. Dalam seminar yang kami hadiri bersama wakil BNM dan KPDNKK baru-baru ini, telah mengesahkan bahawa PEMANDU tidak pernah menjalinkan kerjasama antara agensi dan jabatan lain bagi mendapatkan sumber serta data sokongan. Jadi bagaimana PEMANDU melakukan analisis selama ini jika tiada perbandingan maklumat dibuat bersama agensi-agensi berkaitan?

11. Agak memeranjatkan apabila analis data daripada sektor sosial meliputi pendidikan, kesihatan, bahan api dan tenaga, infrastuktur pembangunan, subsidi makanan etc. adalah berbeza antara BNM dan KPDNKK. Malah harga semasa pasaran dan harga pasaran selepas disubsidi seperti tepung, gula, subsidi pendidikan dan kesihatan juga tidak sama data yang dibentangkan oleh kedua agensi.

12. Bagaimana perkara sebegini boleh berlaku? Adakah kini tidak lagi wujud jaringan komunikasi antara agensi-agensi pelaksana dasar yang mewakili kerajaan? Lebih menghairankan apabila BNM mendakwa kerajaan memiliki rizab yang tinggi melalui Real GDP Growth, External Reserves, Current Account Balance dan FDI Inward; tetapi pada masa sama segala peruntukan agensi-agensi kerajaan dan jumlah subsidi cuba dikurangkan.

13. Justeru tidak hairanlah apabila PEMANDU mengatakan subsidi RON95 perlu dikurangkan, tetapi sebaliknya Gabenor BNM mengatakan perkembangan ekonomi semasa negara membolehkan kerajaan menyerap sebarang kenaikan harga bahan api dan tidak perlu menaikkan harga RON95. Seterusnya, wakil BNM turut menjelaskan bahawa PEMANDU tidak pernah mendapatkan data sebenar daripada pihak mereka, dan ini jelas menunjukkan keangkuhan PEMANDU dalam membuat keputusan.

14. Makmal Rasionalisasi Subsidi di bawah PEMANDU kelihatan tidak membantu membina imej yang baik kepada BN di hati rakyat. Langkah rasionalisasi yang dicadangkan lebih tertumpu pada elemen harga barangan tetapi tidak jelas dalam konteks pembangunan pasaran yang lebih adil. Keputusan dan dasar yang dibuat PEMANDU lebih banyak menyusahkan rakyat yang sedang bergelut dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, tetapi tidak selari dengan pendapatan yang diperolehi. Senang cerita, harga barang naik, tapi gaji tetap sama.

15. Rakyat bertambah jelak apabila KPDNKK membuat perbandingan harga dalam negara berbanding negara-negara jiran, sedangkan elemen-elemen lain dalam sektor sosial tidak pula dijadikan perbandingan. Contohnya, walaupun harga gula dan minyak di Indonesia serta Thailand tinggi berbanding kita; TETAPI harga beras, ikan, sayur etc. di kedua negara itu jauh lebih murah daripada kita. Dan rakyat bertambah meluat apabila setiap kali kerajaan membuat keputusan mengurangkan jumlah subsidi, maka akan kedengaranlah kempen 'gaya hidup sihat' dan 'rakyat diminta berkorban'. Namun, wajarkah rakyat sahaja yang dituntut berkorban sedangkan poket pegawai PEMANDU yang membuat keputusan menyusahkan rakyat, tidak pula terkorban sama?

16. Najib perlu menilai semula peranan PEMANDU dalam mengendalikan Makmal Rasionalisasi Subsidi. Dua ekor mangkuk bernama Tsu Koon dan Jala pernah menyusahkan BN dalam menangani isu Al-Kitab sebelum ini. Kini mereka berdua juga bakal menyebabkan BN dibenci rakyat melalui keputusan-keputusan paloi PEMANDU.

17. Dalam sistem demokrasi, "kerajaan dipilih dikalangan rakyat, oleh rakyat, untuk rakyat." Jadi cakap siapa sebenarnya yang patut didengar?

Monday, May 30, 2011

Parlimen BELIA hak BELIA MALAYSIA

Apokoh bangang dan bahalulnya seorang Ahli Parlimen yang dikatakan daripada Sarawak takut dengan isu KOS Parlimen Belia? Difahamkan juga Pemuda Barisan Nasional turut terancam kepada wujudnya Parlimen Belia. Diberitakan bahawa Pemuda PERKASA juga merasa tercabar dengan wujudnya Parlimen Belia.

Sebagai Modal Ilmu kepada 12.5 juta, rakyat Malaysia yang berada dalam kohort umur 15-40 tahun, selaras dengan Seksyen 2, Akta 668 berkenaan Definisi Belia.Makanya, Pak Sedaro nak lah, kongsi pengalaman kerdil dan ilmu perjuangan belia ini, setelah diberikan ruang merantau 60 buah negara dunia dalam dayungan MAUT Belia.

Parlimen Belia merupakan sebuah badan autoriti yang mempunyai bidang perbahasan khusus jika dirujuk kewujudannya seperti di Australia, New Zealand, Canada, Sweden dan Great Britain. Lingkungan perbahasan Parlimen Belia, sebahagiannya merupakan "kertas fikir" kepada Dasar-dasar Pembangunan Orang Muda negara-negara berkenaan, manakala, sebahagian lagi ialah "Pewartaan Dasar-dasar yang telah diputuskan oleh Parlimen Negara masing-masing".

Apakah jenis-jenis kos yang terlibat? Antara yang bakal wujud ialah Kos 5T "Token hadir Sidang Parlimen, Tips tanggungan ke atas research yang dijalankan oleh mana-mana ahli Parlimen Belia, Ta-paw semua hidangan yang dijamu kepada ahli Parlimen Belia/Pegawai Khas Ahli Parlimen Belia/Tetamu-tetamu tertentu semasa Sidang Parlimen Belia berlangsung, Tanggungan ke atas penginapan kepada Ahli Parlimen Belia/Pegawai Khas Ahli Parlimen Belia, Take-away dana-dana kerja kepada Program dan Projek Terancang Tahunan Ahli Parlimen Belia"

Siapa yang mungkin Ahli Parlimen Belia? Yang wajar ialah EXCO MBM, DT MBM, Ahli Lantikan Menteri MPBN, Presiden MBD seluruh Malaysia. Cukuplah mereka ini, kerana Presiden Majlis Belia Daerah ialah Pengerusi Majlis Perundingan Belia Daerah. Maknanya, Sidang Parlimen Belia tidak boleh berlaku di Dewan Parlimen, Jalan Parlimen, Bukit Duta. Parlimen Belia mesti melakukan Sidang mereka di PICC, Putrajaya.

Apakah relevannya Parlimen Belia? 75% urusan pembangunan belia khusus dalam Agenda Gagasan 1 Malaysia boleh menerima terapi ilmu yang berkesan. Urusan mengangkat kembali martabat, seperti kedudukan Program Antarabangsa tertentu misalnya Program Kapal Belia Asia Tenggara/Jepun, Program Pertukaran Budaya Negara Komenwel, Program Transformasi Belia Asia Pasifik, Program Jambatan Budaya Eropah dan Asia Barat, Program Transformasi 1 Belia 1 Malaysia boleh dibahaskan. Juga kedudukan tertentu pemimpin-pemimpin belia yang kaya bil-hikmah dalam Jawatankuasa-jawatankuasa PBT, Masjid/Rumah Ibadat, Agensi-agensi tertentu, sebagainya.

Secara relatifnya, setiap kali persidangan Parlimen Belia, Kerajaan Malaysia Barisan Nasional mesti menyediakan peruntukan khas sebanyak RM 10 juta setahun untuk diadakan persidangan sebanyak 2 penggal dalam setahun. 6 hari Persidangan Penuh, dengan Ucapan Rasmi daripada YAB Perdana Menteri Malaysia, atau pun Titah Di Raja daripada DYMM Timbalan Yang Di Pertuan Agong sebagai tanda Parlimen Belia merupakan RESTU DI RAJA penzahirannya.

Pak Sedaro melihat, Parlimen Belia boleh menjadi penggerak utama kepada banyak inisiatif Kerajaan Malaysia yang terbeku dan tersesat jalan. Bacalah hansard Parlimen sejak 1969, maka, terbongkarlah banyak inisiatif yang belum dilaksanakan. Masa dulu mungkin tak relevan, tapi hari ini subjek tersebut amat-amat cocok.

Pak Sedaro berdoa jika adolah pembaca budiman yang hari ini YAB Perdana Menteri, YAB Timbalan Perdana Menteri, YB Menteri Belia dan Sukan, KSU Belia dan Sukan, KP Jabatan Belia dan Sukan Negara, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri, yang membaca hujah-hujah kerdil ini, supaya "segerakanlah" mintalah dipinda dengan tambahan ke atas Akta 668, dengan memasukkan seksyen Parlimen Belia secara khusus. Jika MPBN boleh disilang ganti, maka, jadikan ia REALITI.

3 T

Pak Sedaro nampak fenomena Trio begitu hebat, beberapa bulan ini.

Trio Eskay, Rahim, Shuib: sudah membuahkan hasil "lambang seks Anwar Al-Juburi, mengikut kata Mat Sabu yang sibuk melobi Timbalan Presiden PAS"

Pendekatan 3 T "Ta'dib, Ta'lim, Tarbiyyah" diberitakan sebagai AGENDA WARASAH dan TASAWWUR ILMU Biro Tatanegara Malaysia. Nampaknya BTN, JPM sudah makin membuka nur da'i kepada begitu ramai insan Malaysia. Hikmah nyawa dan nilai intelektual yang Allah kurniakan kepada Naquib Ali Al-Attas sedang dicerna nampaknya. Inilah kebesaran Allah, bila memberi peluang kepada YM Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib bin Ali Al-Attas, Pemegang Kursi Seumur Hidup Imam Al-Ghazalli, yang diangkat sebagai Tokoh Melayu Terbilang UMNO.

Kepentingan 3 T "Token, Topi, T-shirt" nampaknya bukan lagi resepi utama kepada Belia Malaysia. Jika benarlah, 1 juta makhluk haiwani berfikir telah menjarah Putrajaya dari 27-29 Mei 2011, maka, kurang lebih 5 tahun lagi, terpinggirlah faham-faham sempit "Token, Topi, T-Shirt" kepada belia Malaysia. Namun mungkin, akan hadir pula gelombang baru kepada belia iaitu "Take-away, Tips, Tee-off". Siapkan makanan kerana pengusaha karnival jual makanan MAHAL GILA BABI, berikan upah kecil yang sesuai dengan kerja buat mereka, perkemaskan hasil kerja dulu sebelum meninggalkan kedudukan. Pergilah ke Putrajaya, berapa banyak sampah daa....

Sampah banyak beri peluang kerja kepada kontraktor, tapi kontraktor tidak dibayar ON TIME dan IN TIME oleh pemegang konsesi Alam Flora. Apakah konsep Alam Flora "belasah dulu" kontraktor dengan duit yang diperoleh daripada Perbadanan Putrajaya?

Pendekatan 3 T "Tulus, Telus, Tangkas" apakah boleh dijadikan konsep dan pilihan kerja seorang Ahli Politik?

Pendekatan 3 T "Turun, Tolak, Terajang" menjadi pilihan mauduk seorang ahli politik UMNO atau Barisan Nasional?

T ialah Transformasi, Pak Sedaro fikir eloklah Ahmad Maslan re-engineer Transformational Leader memberi makna 3 elemen teras iaitu Visionary+Action Oriented+Precise (barulah Tsunami Transformasi Tanahair boleh dilaksanakan). Masih 3 T iaitu "Tsunami Transformasi Tanahair"

Untuk UMNO 3 T pilihan kalian ialah TULUS, TELUS, TANGKAS bukan lagi "TEMBERANG, TEMPANG, TUNGGANG-LANGGANG". seterusnya Angkat GAGASAN 1 MALAYSIA sebagai Tsunami Transformasi Tanahair. Insyaallah, Kaum-kaum Lain akan bersetuju dan menyokong Barisan Nasional. PASTI, PAS akan berpayung di bawah UMNO. PASTI, PKR terkubur dan DAP terkujur beku.

Untuk Presiden UMNO dan Timbalan Presiden UMNO, Pak Sedaro yakin jika diberikan OBOR dan COKMAR Gagasan 1 Malaysia kepada pencinta Dale Carnegie, ESQ, NLP, dan ILMU PENYULUH ZAMAN Al-Ghazalli, makanya PRU-13 ialah KEMENANGAN kepada sebuah Pokok Tsunami Transformasi Tanahair.

Jadilah Makalah Massa sebagai Supremacy Mind Power.

Allah Hu Akbar.

Sunday, May 29, 2011

Sejarah di hujung minggu

First emperor of China, Shih, Huang-ti (c.259-c.210 BC)

Shih Huang-ti or the monarch known now as Qin Shi Huang was heir to the throne of Chin, a powerful feudal state in northwest China. On his accession he set about uniting China, annexing the other feudal states with ruthless efficiency, aided by espionage, bribery, and war. He proclaimed himself emperor in 221 BC, founding the Chin dynasty from which China derives its name.

During his reign, Shih Huang-ti destroyed the existing feudal structure and divided the empire into 36 provinces under a centralized administration. Networks of roads and canals were engineered, and the major part of the Great Wall was built. Weights, measures, coins, and written characters were standardized in a quest for cultural uniformity. Yet this also led to the burning of all books that diverged from official Chin philosophy and history.

On his death Shih Huang-ti was buried in great splendor - entombed among 6,000 terra-cotta soldiers for him to summon in the afterlife. His autocratic rule and belief in magic had caused such resentment that the Chin dynasty collapsed four years later, even though it formed the model for all later dynasties.

Interesting Facts

~ Acupuncture was first used as a medical treatment in 2700 BC by Chinese emperor Shen-Nung.

~ The 1st recorded use of marijuana as a medicinal drug occurred in 2737 B.C. by Chinese emperor Shen Nung.

~ Chinese Buddhist priest Hwui Shan reports of trip to Fusang (America) in 458 A.D. to Chinese Emperor Wu Ti.

Saturday, May 28, 2011

Jadi apa bezanya?

Ditanya mengenai keresahan rakyat berhubung kajian rasionalisasi subsidi yang akan dilaksanakan kerajaan, Najib berkata, "Sebenarnya banyak orang tak berapa faham bahawa ini bukan mengurangkan subsidi tapi sebenarnya mengurangkan kenaikan subsidi. Sebab subsidi bukan sahaja diberikan tapi bertambah iaitu daripada RM11 bilion naik kepada RM20 bilion. Jadi maknanya kita terpaksa cari lebih kurang RM8 bilion lagi tambahan...bukan jumlah yang kecil," katanya.

Jadi apa bezanya maksud ayat "mengurangkan subsidi" berbanding "mengurangkan kenaikan subsidi?"

Adakah ayat "mengurangkan subsidi" bermaksud "Kajian Rasionalisasi Subsidi akan potong jumlah subsidi"?

Adakah juga kerajaan maksudkan dengan ayat "mengurangkan kenaikan subsidi" ialah, Kajian Rasionalisasi Subsidi akan mencari pendapatan tambahan negara bagi menampung jumlah subsidi yang semakin meningkat? Atau Kajian Rasionalisasi Subsidi akan tetap potong subsidi bagi mengurangkan kenaikan subsidi? Atau juga Kajian Rasionalisasi Subsidi 'terpaksa' buat adjustment mengurangkan subsidi di sektor-sektor tertentu bagi mengelakkan jumlah subsidi terus meningkat? Tapi bukan ke ia tetap sama maksudnya dengan "Kajian Rasionalisasi Subsidi akan potong jumlah subsidi"?

Ahhh...poning palo den. Susah na nak cari bezo maksud ayat "mengurangkan subsidi" berbanding "mengurangkan kenaikan subsidi". Ni ayat aktif ko...ayat pasif? Atau ado double meaning?

Ado tak agak eh pensyarah atau guru Bahasa Melayu yang boleh jelaskan perbezaan dua ayat ni?

Friday, May 27, 2011

Ahmad Shabeery Chik Jawab!

Falsafah dan pendekatan program Anugerah Belia Negara yang diasaskan pada 1988 memberi penarafan AAAAA kepada penggerak, aktivis dan pemimpin belia Malaysia. Oleh yang demikian, beberapa segmen kategori penganugerahan diadakan.

Melihat kepada perkembangan mutakhir ini, sejak Ahmad Shabeery diseronok dengan program Ahli MPBN Lantikan Menteri yang dilihat tidak berkesan kepada MBM dan DT MBM, Ahmad Shabeery Chik mengolah kaedah Anugerah Belia Negara 2011.

Difahamkan daripada media massa, Anugerah Perdana Belia Negara (Lelaki) dan (Perempuan) diadakan, dan Pertubuhan Belia. Anugerah Perdana Belia Negara L&P menggondol cepumas RM 20,000, trofi dan sijil. Melihat kepada pendekatan luar biasa ini, apakah yang hendak ditonjolkan oleh Ahmad Shabeery Chik?

Atau ini merupakan "teori konspirasi" membunuh Kementerian Belia dan Sukan secara senyap sunyi? Pak Sedaro ucapkan tahniah kepada pemenang Anugerah Perdana ini kerana kedua-duanya Ahli Totok Gerakan Belia 4B Malaysia. Yang lelaki budak Rembau, bersemando di Johor. Yang perempuan, anak Perlis. Nak dikisahkan baru bonar lagi, mereka ini dalam Gerakan Belia 4B Malaysia, kurang dari 15 tahun. Sobab maso, Pak Sedaro gilo dalam HANRUH BELIA, pada 1996 di MPAT MBM di Kangar, Perlis tak do lagi muko-muko ini di persada kebangsaan.

Namun yang jelas, KBS dilihat cuba berfikir jauh di luar kotak! Namun daripada segi falsafah Anugerah Belia Negara, KBS telah mengorbankan kurang lebih 10 orang Calon Layak dalam 5 Kategori yang lazim di pentaskan!

Apakah Kuasa KP JBSN dianak tirikan? Atau Panel Penilai ABN 2011 terdiri daripada kelompok "dengkel Akta 668", "bukan Transformer BELIA", "ahli prejudis kepada kelompok lain"? Atau apa sebenarnya AGENDA Hari Belia Negara 2011, kali ini?

Belia Pemangkin Transformasi bukan demikian sifir dan congaknya, Ahmad Shabeery oiii.

Hari ini, Melaka dikatakan sebagai Negeri Belia. Negeri Sembilan menggelar diri sebagai Negeri Kerja Belia. Hanya Negeri Sembilan dipercayai memiliki Kitab Rancangan 5 tahun Pembangunan Belia Negeri (RPB 1), dan diberitakan sedang menilai semula serta membentang RPB 2 (2011-2015) dalam jangka terdekat.

Pak Sedaro fikir, Program Transformasi Belia mesti gerakkan oleh MBM secara sistematik dan berfasa. MBM untuk tempoh 5 tahun akan datang, mesti bertindak sebagai "TERAJU DAN PEMANDU" samalah sifatnya seperti teraju.gov.my dan pemandu.gov.my

Himpunan 1 Juta Belia mungkin manifestasi anak muda Abad ke-21 Masehi, tapi bukan untuk anak merdeka 1432H!

Najib perlu umum kabinet bayangan BN sebelum PRU-13

1. Di zaman Paklah sebagai Perdana Menteri, setiap level pasukan Paklah akan bersuara dalam hampir ke semua isu-isu utama negara. Tak kiralah menteri ke, timbalan menteri ke, setiausaha parlimen ke, jusa ke, ketua pengarah ke, pengarah ke, etc. akan beri ulasan atas apa jua isu, dan komen mereka itu turut mendapat liputan meluas media.

2. Selepas 7 hari, barulah Paklah akan buat rumusan (macam fasilitator). Itupun apabila isu tersebut sudah tidak relevan dan basi. Itulah model kebebasan bersuara yang menjadi teras pentadbiran Paklah suatu ketika dulu. Musibahnya dipikul oleh kita semua hari ini terutamanya bangsa Melayu yang menjadi sasaran serangan dari segenap penjuru.

3. Kini di zaman Najib, trend yang sama masih lagi berlaku. Cuma bezanya hanya diperingkat menteri sahaja yang dibenarkan bersuara.

4. Namun malang pula apabila menteri yang bersuara itu agak paloi dan bingai. Mungkin ada yang akan mempertikaikan kami kerana menggunaan perkataan paloi atau bingai bagi menggambarkan tahap kecerdikan menteri warisan Paklah dalam kabinet Najib hari ini. Tapi nak buat macamana, dah ramai rakyat yang jauh lebih bijak daripada sang menteri.

5. Sebagai contoh kita ambil Ismail Sabri sebagai rujukan kes. Ismail Sabri sebelum ini telah mewar-warkan kononnya harga minyak akan dinaikkan. Kemudian rakyat jadi resah. Pelbagai spekulasi dimainkan rakyat dan sudah tentulah kerajaan BN yang menjadi mangsa serangan. Ditambah lagi perasa kononnya minyak akan naik sebanyak 20sen. Tetapi apabila terlalu banyak bantahan dikemukakan, tiba-tiba Ismail Sabri mengumumkan harga minyak kekal, dan kononnya keputusan itu bukan untuk mileage politik, tetapi kerana kerajaan faham kehendak rakyat. Bukankah ini strategi yang paloi dan bingai seorang menteri?

6. Mengapa isu subsidi dan kenaikan harga minyak ini tidak diselesaikan di peringkat kabinet saja. Apa perlunya bola tanggung diberikan kepada pembangkang dengan pengumuman awal kononnya harga minyak akan dinaikkkan? Adakah sang menteri sengaja nak test market untuk melihat reaksi rakyat, tetapi bila tengok rakyat marah, maka cepat-cepat ditarik balik keputusan untuk tidak menaikkan harga minyak?

7. Inilah yang dikatakan 'Raja Kelakar'. Konon nak cari publisiti murahan melalui spekulasi kenaikan harga minyak dan kemudian sendiri pula umumkan harga minyak kekal. Nampak na paloi. Disebabkan keputusan bingai sang menteri, kerajaan dihujani peluru tidak henti-henti. Naikkan harga kena lepuk, kekalkan harga pun kena sepak. Hari ini pun masih lagi sang menteri nak berspekulasi berkenaan tarif elektrik. Kemon la brader...kemon!

8. Disebabkan ramai sangat menteri belawok dalam kabinet Najib hari ini, maka kami menyarankan agar BN menyenarai pendek setiap bulan, mana-mana menteri yang sering buat statement kelakar kepada rakyat di mana statement itu akhirnya menyusahkan kembali kerajaan.

9. Kami sudah ada senarai beberapa calon menteri, timbalan menteri serta ahli parlimen yang bakal ke peringkat akhir pertandingan 'Menteri Maharaja Kelakar' iaitu Hishammudin Hussein, Nazri Aziz, Ismail Sabri, Saifuddin Abdullah, Khairy Jamaluddin, Idris Jala, Koh Tsu Koon, Wee Ka Siong etc.

10. Mungkin juga BN boleh beri anugerah khas kepada para menteri ini dengan gelaran 'Menteri Kelakar of the Month' dengan pelbagai pakej hadiah sampingan seperti 'Percutian di Rumah Buat Selama-Lamanya'.

11. Jika seseorang menteri itu telah beberapa kali menerima anugerah 'Menteri Kelakar of the Month', barulah beliau layak dinobatkan sebagai 'Menteri Maharaja Kelakar' beserta pakej hadiah 'Ditanam Hidup-Hidup di Jirat Cina'.

12. Dan mana-mana menteri atau ahli parlimen Melayu yang setiap bulan berhempas pulas menjawab dan mempertahankan bangsa Melayu daripada serangan bertali arus pembangkang termasuk dari dalam parti komponen BN sendiri, maka mereka juga wajar diberi pengiktirafan serta penghargaan tertinggi sebagai "Adiwira Melayu", sekaligus layak dipertimbangkan sebagai calon baru Perdana Menteri Malaysia.

13. Najib perlu menjadi trend setter dengan mengumumkan barisan kabinetnya sebelum PRU-13 bagi meraih semula kepercayaan rakyat terhadap kredibiliti menteri dan timbalan menteri BN yang kelihatannya sering tidak senada sebagai satu pasukan. Lagipun rakyat terutamanya Melayu, sangat meluat dengan barisan kabinet Najib dengan pelbagai sikap lembik, bacul, lemah, paloi, bungko, bangang, bingai, kurang ajar, racist etc. sepertimana yang dipamerkan selama ini.

14. Kembalikan semula penghormatan dan kepercayaan rakyat melalui pengumuman kabinet bayangan BN sebelum PRU-13 agar rakyat lebih yakin untuk menterjemahkan keputusan mereka memilih BN melalui kertas undi.

15. Ada bran ka Najib?

Thursday, May 26, 2011

Lawak Guan Eng pulak...

1. Bila Guan Eng kata negeri yang ditadbir pembangkang jangan bubar DUN jika PRU diadakan pada tahun ini, Zambry Abdul Kadir memberi reaksi segera mengatakan puak pembangkang tiada keyakinan menghadapi PRU-13.

2. Saranan Guan Eng ini sudah kedengaran beberapa kali daripada pemimpin pembangkang lain sebelum ini. Malah Pas juga pernah menyuarakan hasrat yang sama dulu. Ini reaksi biasa bagi orang yang sedang seronok di tampuk kuasa. Spesis pemimpin sebegini selagi boleh mahu pegang kuasa selama mungkin. Lagipun belum sempat songlap semua lagi maa...

3. Namun jika negeri yang ditadbir komplot pembangkang masih enggan membubarkan DUN walaupun kerajaan persekutuan sudah membubarkan parlimen, diikuti dewan undangan negeri BN; maka masih terdapat beberapa kaedah yang boleh diguna bagi memastikan negeri komplot pembangkang turut membubarkan DUN.

4. Mungkin Guan Eng terlupa dia mentadbir negeri yang bidang kuasanya adalah di bawah YDP Agong melalui wakilnya Yang Dipertua Negeri. Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada YDP Agong untuk memberhenti atau membubarkan parlimen mengikut budi bicaranya. Maka, YDP Agong juga berkuasa untuk mengarahkan Yang Dipertua Negeri yang mewakilinya di negeri tidak beraja seperti Pulau Pinang untuk membubarkan DUN.

5. Kebanyakan Undang-Undang Tubuh Negeri turut memberi kuasa kepada Raja-Raja Melayu dalam perihal 'mempersetujui atau tidak mempersetujui permintaan membubar Dewan Undangan Negeri' yang perlu setara dengan Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan.

6. Walaupun tindakan Raja Melayu tertakluk atas nasihat, namun kuasa membubarkan Parlimen mahupun DUN masih lagi di bawah budi bicara Raja-Raja Melayu.

7. Akan tetapi, jika negeri yang ditadbir komplot pembangkang masih berkeras tidak mahu membubarkan DUN, maka satu lagi kaedah boleh digunakan iaitu dengan mengisytiharkan darurat (Perkara 150) di negeri yang enggan membubarkan DUN.

8. Apabila darurat dikuatkuasakan di sesebuah negeri, maka pentadbiran negeri tersebut akan tertakluk di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan, dan kerajaan pusat berhak untuk membubarkan DUN atas budi bicaranya. Namun, jika kaedah ini diguna pakai, pasti ia akan menyebabkan populariti kerajaan persekutuan merudum, selain menimbulkan kemarahan komplot pembangkang. Jadi agak mustahil Najib akan mengisytiharkan darurat kerana tindakan itu berbeza dengan karektor lembut hatinya.


9. Walaubagaimanapun, Pok Nik kelihatannya lebih rasional berbanding Guan Eng melalui kenyataan bahawa beliau belum bersedia menerima cadangan DAP supaya semua negeri pimpinan komplot pembangkang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing jika pilihan raya diadakan pada tahun ini.

10. Ini mungkin disebabkan Pok Nik telah mendapat pengajaran sebelum ini apabila beliau juga pernah menyatakan hasrat kepada SPR untuk tidak membubarkan DUN. SPR ketika itu telah membenarkan kerajaan Kelantan untuk tidak membubarkan DUN, tetapi dengan amaran seandainya kerajaan Kelantan masih enggan mengadakan pilihanraya DUN serentak seluruh negara, maka segala perbelanjaan dan kos pilihanraya DUN Kelantan selepas itu perlu ditanggung sendiri oleh kerajaan negeri dan bukan lagi menggunakan peruntukan persekutuan melalui SPR. Rentetan itulah Pok Nik 'terpaksa' membatalkan hasratnya.

11. Kepada Guan Eng, belajarlah dengan Menteri Besar yang lebih senior seperti Pok Nik yang banyak pengalaman dalam selok belok pilihanraya.

12. Setelah segala macam fitnah, tuduhan, cacian, celaan, maki hamun etc. dihambur komplot pembangkang kepada BN selama ini, tiba-tiba takut pulak nak bubar DUN untuk bertempur di PRU-13?

13. Kemon la brader...kemon! Takkan nak ubah nama "Pakatan Chicken" kot!

Wednesday, May 25, 2011

Lawak Chua Soi Lek

1. Kami asalnya nak tulis artikel perihal ekonomi, tapi bila terbaca kenyataan lawak Chua Porno Lek, kami merasakan patut ada yang mengulas berkenaan isu yang diutarakan.

2. Chua dengan nada tegas meminta (atau sebenarnya mengugut?) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menganugerahkan biasiswa ke luar negara kepada 300 pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tanpa perlu melalui proses temuduga sepertimana yang diamalkan sekarang. Seterusnya, Chua menegaskan pemberian biasiswa itu haruslah berasaskan merit.

3. Apa cerita disebalik ketegasan Chua yang mahukan pemberian biasiswa berasaskan merit? Jawapannya, sebab Chua tahu jika pemberian biasiswa diberi berasaskan merit, maka sudah tentulah ramai kaum Cina yang akan dapat biasiswa kerajaan.

4. Pencapaian pelajar pribumi berbanding pelajar Cina terutamanya, tidak akan memungkinkan anak-anak pribumi ini layak memperolehi biasiswa seandainya meritokasi dijadikan sandaran. Sudah menjadi rahsia umum ramai pelajar Cina yang memperolehi markah 100% dalam hampir ke semua kertas peperiksaan utama negara, sama ada PMR, SPM, mahupun STPM.

5. Cuma statistik pencapaian akademik sebenar ini tidak didedahkan kepada umum kerana mungkin kerajaan nak bagi peluang kepada anak-anak Melayu 'perasan pandai' dan merasakan bahawa mereka selama ini sememangnya layak masuk universiti walaupun realitinya pencapaian mereka terkebelakang berbanding anak-anak Cina. Itupun masih ramai anak Melayu yang 'gembira' menentang kerajaan semenjak masih menuntut sehinggalah sesudah berkerjaya. Spesis anak-anak Melayu tak kenang budi.

6. Maaflah, menyimpang sikit.

7. Apa yang kami cuba nak sampaikan di sini, jika meritokrasi dijadikan ukuran sepenuhnya dalam pemberian biasiswa kerajaan, realitinya ramai anak Melayu tidak akan berpeluang memperolehinya, jauh sekali impian bergelar mahasiswa.

8. Jadi Chua sepatutnya tidak meminta yang bukan-bukan. Pribumi ini dijamin haknya dalam perlembagaan, Perkara 153 dan Perkara 161(A).

9. Jika dibandingkan kekuatan ekonomi yang dimiliki kaum Cina, ramai yang mampu menghantar anak mereka belajar ke luar negara tanpa memerlukan biasiswa kerajaan pun, berbanding anak Melayu yang masih ramai tidak berkemampuan.

10. Sudahlah ekonomi mereka 'sapu', biasiswa kerajaan yang sedikit untuk Pribumi itu pun masih Cina nak sakau? Berpada-padalah sikit.

11. Umum mengetahui bagaimana over protectivenya kaum Cina dalam sektor yang dikuasai mereka. Dalam dunia perniagaan, jangan haraplah Cina ni nak benarkan bangsa Melayu menguasai sektor yang telah mereka dominasi sekian lama. Syarikat-syarikat Cina masih lagi menyekat bangsa selain mereka untuk naik. Walau berdasarkan merit sekalipun, bangsa Melayu bijak yang bekerja di syarikat Cina, pasti tidak berpeluang untuk naik keperingkat yang lebih tinggi. Malah pekerja Melayu yang berijazah boleh saja diletakkan di bawah ketua Cina yang hanya memiliki diploma. Perkara sebegini masih banyak berlaku di syarikat-syarikat milik Cina. Itu belum masuk bab struktur gaji yang berbeza antara bangsa Melayu dengan kaum Cina walaupun jawatan keduanya setara. Inilah yang dinamakan diskriminasi terpimpin dalam syarikat milik Cina.

12. Itu baru cecite..cecite perihal syarikat, belum lagi masuk bab diskriminasi dalam persatuan yang dikuasai kaum Cina. Kami bagi contoh, Persatuan Renang Negeri Sembilan yang dikuasai kaum Cina. Ramai anak gadis Melayu yang berpotensi dalam sukan renang di negeri ini disekat potensi mereka hanya disebabkan pakaian. Anak gadis Melayu ini dihalang berenang menggunakan swimming suit muslimah, tetapi diarahkan berbikini jika mahu menyertai pertandingan renang. Penyudahnya, anak gadis Melayu yang berpontensi dalam sukan renang hanya mampu beraksi di peringkat kelab di sekolah, kerana hanya diperingkat itulah mereka berpeluang berenang menggunakan swimming suit muslimah. Nak pergi ke peringkat daerah atau negeri, puak-puak ultra kiasu akan menghalang dengan menggunakan alasan pakaian. Sedangkan pakaian renang muslimah ini sudah diiktiraf di peringkat antarabangsa.

13. Perhatikanlah sekeliling anda bagaimana diskriminasi Cina menyekat peluang Melayu dalam apa jua bidang. Tetapi kadangkala pelik juga memikirkan dalam kerajaan yang dikuasai oleh bangsa Melayu sendiri pun, masih ramai orang kita yang suka beri peluang kepada kaum lain untuk naik. Penyudahnya kita pulak yang diperintah oleh kaum dia.
.
14. Tak payahlah Wee Ka Siong nak keluar kenyataan konon MCA memperjuangkan nasib para pelajar cemerlang berasaskan merit dan bukannya kaum. Buat orang gelak saja. Umum pun tahu kenyataan itu hanyalah retorika dan hipokrit semata-mata.

15. JPA perlu tegas dalam hal ini. Kepada para pegawai kerajaan dan swasta bangsa Melayu, simpanlah sedikit perasaan sayang kamu itu kepada bangsa sendiri. Takkanlah itu pun nak kena bagitau kot!

Tuesday, May 24, 2011

Khir Toyo bidas Kerajaan

1. Seperti yang dijangkakan Bank Negara Malaysia mengumumkan kenaikan Overnight Policy Rate (OPR). Kenaikan ini sekaligus menaikan kadar pinjaman asas. Ia kemudiannya meningkatkan beban hutang sebahagian besar rakyat yang membeli rumah dengan cara pinjaman.

2. Beberapa hari kemudian Gabenor Bank Negara menyatakan kenaikan inflasi adalah akibat kenaikan harga kos pembuatan terutamanya kenaikan harga minyak. Jadi ramai rakyat biasa di bawah jadi pening lalat mengapa Bank Negara perlu naikkan OPR dan BLR jika inflasi berlaku bukan disebabkan lebihan permintaan dan lebihan wang dalam pasaran. Rakyat biasa yang bukan pakar ekonomi tertanya-tanya bagaimana kenaikan OPR dan BLR boleh membantu mengurangkan kos pembuatan terutamanya kos bahan api atau kos tenaga sekaligus mengurangkan inflasi.

3. KDNK Malaysia suku tahun pertama yang diumumkan hanya berkembang pada kadar 4.6 peratus. Ini di bawah sasaran tahun ini pada sekitar 5.5 - 6 peratus. Maknanya inflasi bukan disebabkan pertumbuhan ekonomi yang terlalu cepat. Malangnya, Bank Negara masih menggunakan cara lama untuk mengawal inflasi. Mungkin ada sebab Bank Negara naikkan kadar faedah, tapi majoriti rakyat tidak faham. Yang saya khuatir tindakan Bank Negara berterusan menaikkan kadar faedah bukan sahaja akan gagal mengawal inflasi malah mungkin akan menyebabkan kemelesetan pertumbuhan ekonomi.

4. Kalau baca akhbar The Star beberapa minggu lalu banyak kritikan terhadap tindakan Bank Negara ini dan hampir kesemuanya bersetuju tindakan Bank Negara menaikkan OPR dan BLR adalah tindakan tidak masuk akal. Mungkin semua yang menentang salah kerana kami tidak pandai ekonomi macam Gabenor Bank Negara. Kalau ada penjelasan logik cubalah berikan kepada rakyat, janganlah buat bodoh sahaja.

5. Rentetan masalah inflasi ini juga, beberapa Menteri mengakui inflasi di Malaysia agak serius. Mereka juga mengakui inflasi sekarang ini disebabkan kenaikan harga minyak dunia. Yang anehnya mereka juga menyatakan kerajaan mungkin akan menaikkan harga petrol RON 95 bagi mengurangi subsidi kerajaan.

6. Jadi kita yang dibawah ini bertambah keliru. Kerajaan kata inflasi berlaku akibat kenaikan harga minyak dunia. Kerajaan kata mahu kawal inflasi. Tapi dalam mahu kawal inflasi kerajaan mahu kurangkan subsidi petrol. Kalau ikut logiknya, pengurangan subsidi petrol ini akan tingkatkan harga petrol dan barangan sekaligus tingkatkan inflasi.

7. Baru-baru ini juga Makmal Rasionalisasi Subsidi umumkan pengurangan subsidi gula. Harga gula pun naik. Kalau sudah harga gula naik, susah juga nak halang pengusaha jangan naikkan harga minuman mereka. Kerajaan kata pengusaha jangan cari untung lebih dengan naikkan harga minuman.

8. Kita pun setujulah dengan pandangan kerajaan kalau kenaikan tersebut kecil. Namun jika telah dua kali harga gula naik (sebanyak 40 sen secara keseluruhannya) kerajaan masih tidak benarkan pengusaha naikan harga minuman susah juga. Kalau pengusaha kedai minuman mungkin boleh lagi, tapi kalau pengusaha Industri kecil dan sederhana (IKS) dan industri besar susahlah mereka. Kenaikan sedikit sahaja sudah boleh mencecah ratusan ribu atau jutaan ringgit kenaikan kos gula mereka.

9. Pengusaha pun rakyat juga. Mereka pun pening juga. Kerajaan tidak benarkan mereka naikkan harga tapi kerajaan sendiri tak mahu rugi, sebab itu kurangkan subsidi. Jadi pengusaha jangan buat untung, kerajaan pula yang hendak buat untung?

10. Dulu saya cadangkan supaya ditutup sahaja Makmal Rasionalisasi Subsidi kerana yang dibuat bukannya rasional sangat kepada rakyat. Makmal ini harus melihat isu subsidi secara keseluruhan bukannya secara berasingan.

11. Misalnya kita kata petrol dan gula kita murah berbanding negara jiran. Tapi di negara jiran kita pula harga beras, ikan dan sayur-sayuran jauh lebih murah dari negara ini. Kalau kerajaan nak hapuskan subsidi kenalah juga hapuskan dasar mengawal harga untuk barangan lain yang boleh didapati murah dari negara jiran.

12. Tidak bolehlah satu keadaan kita hendak kurangkan subsidi hingga menyebabkan barangan jadi mahal, tapi ada barangan kita boleh dapat dengan murah dari luar, kerajaan pula kawal. Memang benar kerajaan perlu lindungi industri tempatan. Rakyat boleh faham jika hak mereka juga dilindungi melalui skim subsidi sedia ada. Yang rakyat tidak faham ialah kerajaan tidak mahu beri subsidi untuk barang mahal tapi kawal barang murah sehingga jadi mahal.

13. Sepatutnya makmal rasionalisasi subsidi buat polisi mengurangkan subsidi yang rasional kepada rakyat. Tapi yang terjadi hari ini ialah makmal ini buat pengurangan subsidi ikut rasional mereka sahaja.

14. Namun yang paling tidak rasional ialah apabila kerajaan cakap nak turunkan inflasi tapi tindakan kerajaan hanya meningkatkan inflasi sahaja. Ini yang benar-benar buat rakyat pening lalat.

Sumber: Dr Mohamad Khir Toyo

Monday, May 23, 2011

Apo lekeh bonar UMNO?

Apakah Presiden UMNO dan Timbalan Presiden UMNO sedar jiwa dan hati nurani, bahawa, pasukan PAS+DAP+PKR+KITA+PSM sedang melekeh dan menjahanamkan Negara ini melalui:

1. Blog-blog mereka
2. Twitter penyamun tarbus mereka
3. Facebook pelacur karya mereka
4. Akhbar tabloid yang bersepah di pasaran
5. Media tidak berlesen yang dikepalai oleh mangkuk-mangkuk ayun mereka

Semasa Pak Sedaro menukil mesej Revolusi 13 yang diberitakan oleh Haprak Daily, gamaknya tiada gerakan Transformasi 13 dilaksana secara tekun oleh UMNO. UMNO masih GAGAL menjawab:

1. Isu-isu tempatan yang sifatnya amat dekat dengan rakyat dan pengundi.
2. Isu-isu setempat yang lebih sentimental dan emosi sifatnya dengan pengundi UTAMA.
3. Maklum balas secara pidato terbuka di pentas-pentas politik untuk memberi kenyataan balas secara langsung kepada pengundi.
4. Menjalin hubungan dengan 1000 bloggers Pejuang Rakyat Barisan Nasional UMNO yang saban hari menjadi "paria" di Bumi Sendiri?

Apakah UMNO khasnya Setiausaha Kerja, Abdol Raouf masih sibuk menebeng muka belakang Presiden UMNO, Setiausaha Agung Adnan Mansor, Ketua Penerangan Ahmad Maslan, tidak bijaksana mengurus perihal ini.

Blog dan Laman sesawang politikus UMNO hanya bahan berita kerana melapor aktiviti masing-masing, mempopularkan diri sendiri, atau kerana sibuk KPI dan meritokrasi UMNO mungkin. Lagi buruk apabila laman sesawang pemimpin UMNO terus bersawang kerana tidak pernah update! Dalam bab penguasaan politik Negara Bangsa, tiada KPi atau NKRA atau Benchmarking sebagai Hall Marking politik!

Yang ada ialah gerakan Min Chong Yuen Thong partai-partai politik. Buletin Warkah Bumi Melayu mesti digerak semula. 1 Bumi 1 Melayu ialah slogan mentakrif 1 Malaysia secara ilmiah. 1 Bumi Melayu bermakna Bangsa Teras dan Kaum-kaum lain bersama.

Jika UMNO tidak berlari, maka Tsunami Transformasi 13 mungkin menjadi milik Peliwat Buku Jinggay. Marilah kita BERSATU kerana SETIA BERGANDING BAHU ialah asas Negara ini MERDEKA.

Ahmad Maslan usah dok melopong laei...Doreh Jang.

Sunday, May 22, 2011

POLI NAN DAIF

Rupo-rupo ehh, begitu rendah kedudukan kultus fikrah para pendidik Politeknik. Pak Sedaro ambik kajian kes, pensyarah Politeknik yang dikobar sedang dilamun jendela Nasionalisme dan Patriotisme dek kerana dipaksa ikuti siasah oleh Pengarah Politeknik.

Nampak bonar baning mereka ini. Pak Sedaro dimaklumkan bahawo andai mauduk fikir dan keletah pensyarah-pensyarah ini masih demikian lakunya, maka amat rendahlah martabat ilmu mereka. Baik yang tuo mahu pon yang mudo, memanglah ramai mudo yang nyombong "ibarat kato pepatah, berajo di mato, bersultan di hati".

Bilomano pensyarah ini berhujah, tidak langsung memberi perspektif sebagai seorang ahli ilmu. Yang nampak ialah teknik berfikir anak-anak merdeka yang baru sudah Master, yang baru sibuk menjolok PhD, penuh retorika dan falasi dalam perbahasan. Tidak boleh memberi rasional dan ta'akulan kritikal dalam banyak perkara. Apalagi bila disabit soal isu-isu semasa yang melibatkan perkara pokok dan genting kepada Negara Bangsa. Apakah amalan mengambil sikap pesimis, bongkak, "beta" pada perkara furuq dan ranting, serta sanggup menjadi "kaldai adu domba", merupakan kualiti pensyarah Politeknik di Malaysia?

Patutlah rata-rata golongan pensyarah mudah saja diperdaya pembangkang. Fikiran hanya sehala. IQ saja tinggi, tapi EQ di bawah par.

Apakah juga ini merupakan protes senyap yang membunuh kualiti para akademia, dek kerana sikap berat sebelah dan ketidakadilan dalam perjawatan di Politeknik telah menjadi santapan bengis mereka? Difahamkan ada pensyarah yang sudah berkhidmat begitu lama, hingga tinggal 2 tahun untuk pencen tetapi masih ditakuk DS41? Kasihan-kasihan.

Apakah Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran BUTA MATA, BUTA HATI, BUTA AKAL dalam bab ini? Pemisahan Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi tidak memberi makna kepada pensyarah Politeknik? Satu subjek yang mesti diselesai segera oleh YAB Menteri Pelajaran dalam isu ini.

Sedarkah kalian bahawa Politeknik ialah wawasan Dasar Pandang Ke Timur. Semasa Tun Dr. Mahathir menjadi Pengerusi Majlis Pengajian Tinggi di tahun 1971, antara legasi ilmu yang ditinggalkan ialah MRSM, Sekolah Menengah Sains, Sekolah Teknik, Sekolah Vokasional dan Politeknik. Sebab itulah, bila mana Dr. Mahathir menang 1974, maka beliau diminta menduduki kerusi Menteri Pelajaran, yang akhirnya mengupas kembali Penyata Rahman Talib dan Penyata Razak.

Apakah pensyarah Politeknik seluruh Malaysia "sedar" sejarah Penyata-Penyata ini? Apakah kelangsungan yang diangkat oleh Tun Dr. Mahathir? Pada tahun 1974 juga, program The Ship Of South East Asian Youth Program dimulakan oleh Cabinet Office of Japan dengan kapal MV Nippon Maru. Inilah kesan Dasar Pandang Ke Timur yang disahut oleh Jepun secara terbalik. Kumpulan pelajar yang pertama (rasmi) melanjut pelajaran ke Jepun, ke Politeknik termasyhur di sana antaranya hari ini YB Timbalan Menteri MITI, Mukhriz Mahathir. Kemudian dipanjangkan ke Korea Selatan. Apakah pensyarah Politeknik terkesan?

Inilah taraf ilmu pensyarah Politeknik. Sebelum nasi jadi bubur, ada baiknya Pengarah Politeknik, KP Jabatan Politeknik dan Kolej Komuniti ambil perhatian serius, serta YAB Menteri juga perlu ambil perhatian dalam bab SPP ini...

Kita tidak mahu dilihat, "habis madu, sepah dibuang."

Adun Palong Yang Paloi

Alhamdulillah, selesai sudah Umno Bahagian Jempol bersidang. Pemilihan G7 pun ceria dan harmoni. Walaupun perut masing-masing dah kebulur, tapi para sahabat perwakilan cawangan ke bahagian begitu sabar menunggu hingga persidangan disempurnakan.

Terima kasih kepada YB Datuk Ahmad Maslan kerana sudi hadir merasmikan persidangan Umno Bahagian Jempol.

Namun begitu, ese cukup serabut melihat dan menengok gelagat para perwakilan tertentu yang tak buat cukup 'homework' sebelum bercakap di dalam persidangan sama ada menyokong usul mahupun mencadangkan usul.

Secara seriusnya, kedapatan perwakilan yang berucap macam budak sekolah rendah & insult my inteligence bagi yang mendengarnya. Sangat merimaskan dan meloyakan.

Pakcik-pakcik...ese tau pakcik-pakcik kurang pendidikan. Tapi kena ingat, masa ni la, kita nak buat usul atau tambah usul yang baik dan bernas untuk kejayaan parti dalam PRU 13 yang akan datang. Bukan nak bermadah pujangga dan sebagainya. Tolong ye pakcik-pakcik yang menyangka dirinya hebat. Nak berucap tak salah, tapi buat homework dulu. Buat nota. Buat kajian. Jangan ambil masa orang lain nak berucap.

Tadi Dato' Lilah, Ketua Bahagian Jempol berucap sebelum persidangan tamat. Ese macam biasa, mendengar dengan teliti. Mencari isi yang boleh difikirkan. Handal orang tua ni berucap. Sepatah-sepatah. Dalam dan penuh makna sepertimana biasa. Diceritakan juga hubungannya dengan YAB Dato' Menteri Besar. Bagi ese yang mendengar, ada nilai ucapan. Maknanya, ahli mesyuarat kerajaan Negeri Sembilan mesti jadi orang tengah memperbaiki hubungan di antara keduanya.

Tapi bangkit pula YB Adun Palong yang paloi, terus mencabar dan mengganggu semasa Dato' Lilah berucap. Apalah punya paloi YB Palong nih. Sebelum tu masa dia berucap, Dato' Lilah tak ganggu dia pun. YB Palong ni masa berucap pulak asyik merapu tak tentu arah. Seriously, he is the biggest 'thing' on the earth that insult my intelligence. Langsung takde isi ucapan. Langsung tak buat homework. Totally, what a failure to Dun Palong at all.

Ese tak peduli pun kot ya YB Palong ni pengampu nombor 2 kepada YAB Dato' MB selepas Ketua Bahagian Rasah. Tapi bila twitter pun disebutnya twister, nampak sangat gila kepalang bodohnya.

Yang ese amik pusing, masa diberikan peluang berucap, berucaplah dengan bijaksana bukan dengan kebodohan melulu yang teramat. Bukan buat ucapan melalui cerita-cerita bingai YB Palong tuh. Tolonglah ya.

Harapnya, Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Sembilan notice berkaitan perkara ini. Buat apa 'simpan' pengampu yang bingai. Lebih baik 'kutip' spesis yang bijaksana dalam tindakan.

Harapnya Adun Palong Paloi lagi bingai ni tak terpilih lagi dalam PRU Ke-13 akan datang. Kalau tak nanti, ado pulak simpanan tetap Parlimen Jempol terlepas ke tangan Pandy Kutty Romen(PKR la...siapa lagi).

Satu hal lagi, Pengerusi Tetap tampak macam tak tetap pendirian. Ontah apo ko namo eh duk atas pentas tapi takleh nak control mesyuarat. Bagi ese, seseorang pengerusi tetap yang menyelia perjalanan mesyuarat, harus paham dan jelas peraturan dan tertib mesyuarat. Bukan terpinga-pinga tak tentu arah.

Semoga segala yang berlaku ini jadi iktibar. Sebagai orang mudo, ese memang marah bona atas perilaku Adun Palong yang paloi, tapi marah lagi ese pado peliwat tegar negara yang tak habis-habis dengan skandal. Muak dan bosan terlampau dengan 'Makhluk Anugerah Tuhan untuk Jijah' tu.

Bak kata Bung Nuar, "Yang blakang nan sompit tuh la sodap", tapi nak cover line punya hal, dio pusing cakap, "Tapi sodap laie China Doll."

Ingatan Rakyat kepada Pemimpin

Abu Nu'am mengeluarkan daripada Muhammad bin Suqah, berkata,

"Aku menemui Nu'aim bin Abu Hindun, yang kemudian dia mengeluarkan selembar kertas, yang di atasnya tertulis;

"Dari Abu Ubaidah bin Al-Jarrah dan Mu'adz bin Jabal, kepada Umar bin Al-Khaththab. Kesejahteraan semoga dilimpahkan kepadamu. Amma ba'd."

"Kami nasihatkan kepadamu, sehubungan dengan tugasmu yang amat penting ini. Kini engkau sudah menjadi pemimpin umat ini, apa pun warna kulitnya. Di hadapanmu akan duduk orang yang mulia dan yang hina, musuh dan teman. Masing-masing harus engkau perlakukan secara adil. Maka pikirkan kedudukanmu dalam hal ini wahai Umar."

"Kami ingin mengingatkan kepadamu tentang suatu hari yang pada saat itu wajah-wajah manusia akan mengisut, wajah mengering dan hujah-hujah akan terputus kerana ada hujah Sang Penguasa yang memaksa mereka dengan kekuasaan-Nya. Semua makhluk akan dihimpun di hadapan-Nya, mengharapkan rahmat-Nya dan takut akan siksa-Nya."

"Kami juga ingin memberitahukan bahwa keadaan umat ini akan muncul kembali pada akhir zaman, yang boleh jadi mereka akan menjadi saudara di luarnya saja, padahal mereka adalah musuh dalam selimut. Kami berlindung kepada Allah agar surat kami ini tiba di tanganmu bukan di suatu tempat seperti yang turun pada hati kami. Kami perlu menulis surat ini sekadar untuk memberikan nasihat kepadamu."

"Wassalamu alaika."

-Al-Kanzu, 8:209, Ath-Thabrany seperti di dalam Al-Majma', 5:214

Thursday, May 19, 2011

DAP: Dulu kasihan kini sayang...

1. Dahulu DAP selalu kalah dalam pilihanraya.

2. Disebabkan DAP sering saja kalah, maka komuniti Cina yang menyokong MCA dan GERAKAN menjadi kasihan.

3. Kerana kasihan, setiap kali DAP anjurkan majlis makan malam, majlis keagamaan, majlis berkaitan pendidikan anak-anak Cina etc. maka komuniti Cina yang kuat menyokong kerajaan akan menghulurkan bantuan, memberi derma dan sebagainya kepada DAP.

4. Puluhan tahun berlalu. Anak-anak Cina DAP yang dahulunya diberi bantuan dan sokongan oleh komuniti Cina penyokong kerajaan, kini telah membesar di hadapan mata mereka.

5. Perasaan kasihan dahulunya kini telah berubah menjadi sayang. Kasih sayang terhadap DAP menjadi semakin kuat dan utuh dengan peredaran masa. Keteguhan kasih sayang antara komuniti Cina kepada DAP semakin sukar dilerai dan dipecahkan.

6. Ditambah pula dengan sikap pemimpin MCA dan GERAKAN yang berubah menjadi elitis serta sukar didekati, telah menyebabkan komuniti Cina semakin jauh daripada kerajaan dan semakin dekat dengan DAP.

7. Komuniti Cina beranggapan wakil rakyat perlu menjadi hamba kepada rakyat. Sebaliknya pimpinan MCA dan GERAKAN mahukan komuniti Cina melayan mereka sepertimana ahli UMNO melayan pemimpin UMNO.

8. Inilah permasalahan yang membelenggu MCA dan GERAKAN akhir-akhir ini. Mereka enggan menjadi 'hamba' kepada komuniti Cina.

9. Rentetan itulah komuniti Cina beralih sokongan kepada DAP. Sokongan itu dipadukan lagi dengan kasih sayang yang telah dipupuk dan dibajai sekian lama antara warga tua komuniti Cina dengan golongan muda DAP. Lihat sahaja bagaimana DAP memanfaatkan calon muda yang disayangi komuniti Cina ini dalam pilihanraya.

10. Barisan Nasional terutamanya MCA dan GERAKAN perlu mencari formula segera untuk memecahkan bonding antara komuniti Cina dan DAP sebelum PRU-13. Komuniti Cina perlu dikejutkan daripada 'mimpi indah' dan disedarkan kepada hakikat akan bahayanya andai mereka tiada wakil dalam kerajaan selepas PRU-13.

11. Kaum Cina masih kuat dengan tradisi menghormati serta mendengar kata orang yang lebih tua dalam keluarga. Jika MCA dan GERAKAN perlu kembali menjadi 'hamba' serta sanggup berbincang empat mata dengan golongan tua dalam komuniti Cina, make that happen as soon as possible.

12. Kerana perang juga boleh dimenangi melalui rundingan...

Wednesday, May 18, 2011

Pelik ke Anwar BISEXUAL?

Pernah dengar Ustaz raba murid?

Pernah dengar Ustaz cabul pelajar lelaki?

Pernah dengar Ustazah main dengan laki orang?

Pernah dengar Ustaz dera murid sampai mati?

Pernah dengar kes Ustaz tutuh bini orang di Puduraya?

Pernah dengar kes skandal Ustaz dalam koc keretapi?

Pernah dengar bekas Naib Presiden Pas kena tangkap khalwat?

Pernah tengok klip Mursyidul Hampas bagi rasuah pada orang asli?

Pernah dengar Mursyidul ditaja untuk buat haji oleh syarikat yang dapat kontrak kerajaan negeri?

Pernah dengar Mertua Menteri Besar bagi jawatan tinggi kepada menantu dalam syarikat milik kerajaan negeri?

Sey tanya tu bukan apa...jika anda semua pernah dengar kes-kes di atas, maka tiada yang peliknya di akhir zaman ini. Mereka dalam persoalan di atas dikategorikan sebagai 'orang alim', 'ulama' etc. Tapi kebanyakan pentaksub mereka terlupa bahawa mereka juga waris Adam dan Hawa yang punya nafsu serta tidak terkecuali daripada godaan syaitan.

Jadi apa yang peliknya dengan tuduhan video seks dan liwat terhadap Anwar? Adakah disebabkan Anwar itu nampak alim walhal dia berlakon je lebih? Adakah Anwar itu begitu maksum serta tiada nafsu? Adakah Anwar bebas dari godaan syaitan? Adakah tidak wujud sebarang kes di dunia ini penjenayah mempunyai split personality atau bisexual?

Jika anda beranggapan tidak wujud penjenayah sedemikian, langganlah Astro dan tontonlah CSI Channel (promosi percuma).

Bapak Anwar Bin Ibrahim hanya manusia biasa macam kita yang tidak pun dijamin syurga, termasuklah Nik Aziz juga tidak dijamin syurga. Jadi apalah faedahnya orang nak pedajal 24/7 untuk menjatuhkan Anwar seolah dia diutuskan Tuhan untuk jadi PM Malaysia? Otak Anwar ni genius sangat ke? Maqam dia tinggi sangat ke? Dia boleh buat 27 juta rakyat Malaysia hidup senang lenang jika dia jadi PM ke? Dia boleh hapuskan semua jenayah dan dosa di negara ini jika dia jadi PM ke? Tentulah tak boleh bukan? Kerana apa? Kerana dia hanya manusia biasa dengan hobi "depan belakang tutuh saja" dan tentulah hobinya itu berbeza dengan minat kita.

Ketahuilah bahawa Anwar Ibrahim hanya lulus Ijazah Am (CGPA bawah 2) dalam Pengajian Bahasa Melayu di Universiti Malaya, itupun selepas 5 tahun belajar (nampak na bangang).

Ternyata kita lebih bijak dan cerdik daripada Bapak Anwar Bin Ibrahim. Jadi mengapa orang bijak dan cerdik macam kita nak ikut orang bodoh macam dia?

Anwar telah diberi peluang untuk membela diri di mahkamah bermula 6 Jun hingga 30 Jun 2011 ini. Jika dia benar yakin diri tidak bersalah, maka ambillah kesempatan itu untuk membersihkan nama. Bukannya memohon penangguhan sehingga tersenarai sebagai kes penangguhan tertinggi dalam Malaysia Book of Record.

Justice delayed is justice denied. Fikir sejenak...

Tuesday, May 17, 2011

Apa kena mengena dengan KITA pulak Anwar oii...

Kata Anwar kepada wartawan setelah diperintah membela diri...

"Oleh demikian..err..kita harus siap..untuk membela diri..mempertahankan kebenaran kita..dan mendedahkan..maka keputusan kita akan memanggil semua saksi..selain daripada keterangan-keterangan yang perlu untuk mendedahkan bagaimana seluruh sistem..ya..polis pendakwa diperalatkan."

Sejak bila KITA kena bersiap sedia untuk membela diri?

Kenapa pula KITA yang nak dilibatkan untuk pertahankan kebenaran?

Siapakah saksi yang KITA nak panggil?...Dan berapa KITA nak bayar saksi tu semua?

ENGKAU yang dituduh meliwat...mengapa KITA pulak kau nak babitkan sama? Ke kau maksudkan Zaid Ibrahim, presiden parti KITA?

Sendiri meliwat sendiri tanggung la pandikutty.

Psstt...dengarnya ada peguambela kau nak tarik diri? Yalah, peguam mana yang tak cuak nak bela kau ya tak. Bukti di mahkamah kata kau meliwat, tapi bini kau kata kau mesyuarat...anak kau pulak terang-terang menipu cakap kau bersama keluarga masa kejadian liwat tu. Keluarga caca marba, tunggang terbalik...69!

Omega mano poik...OMEGA?



Kenapa Ehsan tak pernah mengiringi kau ke mahkamah selama ni Anwar?

BN Transformer

Siapakah dalam kotak fikir BN bertugas sebagai Transformer? Amati perjalanan sepanjang Januari hingga 17 Mei 2011, bibit @ benih Transformasi disemai dalam kamar-kamar:-

1. Transformasi Jaringan Maklumat Kerajaan.

2. Transformasi Sistem Penyampaian Kerajaan.

3. Transformasi Agenda Ekonomi Negara.

4. Transformasi Pembangunan Belia Malaysia.

5. Transformasi Agenda Pergurusan dan Pendidikan Malaysia.

6. Transformasi Sistem Pengangkutan Darat Negara (BELUM NAMPAK LAIE).

7. Transformasi Sistem Kesihatan dan Pengurusan Kesihatan Negara (BELUM NAMPAK LAIE).

8. Transformasi Belanjawan dan Gunasama Perbelanjaan Isirumah (NAMPAK EHH, hampeh...harapkan pagar, pagar makan padi).

9. Transformasi Sistem Pengangkutan SMART (LRT/MRT/ERL/Monorel/KTM-Jauh Panggang dari Api Laei).

10. Transformasi Pengurusan Politik UMNO (Heboh dek temberang Ketua Bahagian Ajo).

11. Transformasi Politik BARISAN NASIONAL (Selagi masih ado GUNTING DALAM LIPATAN, jalan belakang mati pun dikiro SODAP).

12. Transformasi Pengurusan Kewangan Negara (masih dok paria lagu tu lah, yang mentekedarah RASUAH makin melambak, ramai yang pakai Bently dan Hummer, lebih ramai yang papa nampaknya).

13. Transformasi Kedaulatan Agama (bila terpalit Kristian Agama Rasmi?, maknanya rakyat biadab dan barua yang sifatnya khadam Freemasonry dan musuh Islam, sedang berMAHARAJALELA dan bergentayangan di Bumi Melayu.)

14. Transformasi Keselamatan Negara (tiada yang tersembunyi, hanya Dzat Allah sahaja yang masih kekal persembunyiannya).

15. Transformasi Pendidikan Tinggi Negara (selagi Malaysia rakyatnya hanya 27 juta, dicampur warganegara asing 3 juta, Universiti Awam 17 buah, Universiti Swasta 40 buah, Kolej Swasta 215 buah, dengan kedudukan kapasiti pelajar kurang daripada 1 juta setahun, Bumi Melayu masih jauh). Jepun punya 15000 IPTA+IPTS+Kolej Swasta dengan penduduk 123 juta. Thailand punya 40 IPTA, 100 IPTS dan 500 Kolej Swasta dengan penduduk 32 juta. Di mana kita, agaknya?

Rakyat bertindak sebagai transformer! Atau BN menjadi catalyst kepada DANA-DANA Transformasi. Jika BN berani mengadakan PRU-13 sebelum Ramadhan 1432H, maka BN mesti berdepan dengan polemik Transformasi Lintang Pukang yang sedang direka cipta oleh UMNO sendiri melalui musuh-musuh dalam selimut yang hari ini menongkat PKR, KITA, PAS. DAP ialah MUSUH Azali Umat Melayu Islam di Bumi Melayu sejak 1927 lagi.

Monday, May 16, 2011

Najib's Do or Die

1. Artikel ini sepatutnya keluar minggu lepas. Tapi disebabkan blogspot domam, mako terpaksolah dikeluarkan hari ini. Kok raso topik ni dah basi, nasib kau la yeh.

2. Baru-baru ini Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) atau lebih dikenali sebagai UMNO telah menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-65.

3. Ada juga yang pertikai UMNO sekarang hanya berusia 23 tahun kerana UMNO pernah diharamkan pada 1988 dan didaftarkan semula dengan nama UMNO Baru. Orang yang mempertikaikan ini tampak seperti ingin mencari publisiti murah, seolah hanya mereka saja yang tahu sejarah.

4. Pada kami, polemik UMNO lama dan UMNO baru ini tidak menguntungkan agama, bangsa dan negara pun. Lebih kelihatan seperti budak tadika yang bergaduh tentang permainan baru dan permainan lama dengan kawan-kawan.

5. Kami telah mendengar daripada kedua-dua pihak berkenaan versi pengharaman UMNO pada 1988, sama ada daripada Che Det mahupun Ku Li. Biasalah, masing-masing mesti nak membenarkan pihak sendiri.

6. Kami buat kesimpulan begini sajalah, pihak yang kalah biasanya akan kecewa, dan orang kecewa pasti senang digoda syaitan. Faktor kekalahan dan kekecewaan pasti menyebabkan seseorang itu kurang berfikir secara waras serta tidak bijak dalam tindakan. Justeru bagaimana nak melampiaskan kemarahan akibat kekecewaan? Sabotaj parti? Akhirnya UMNO diharamkan oleh mahkamah pada 4 Februari 1988.

7. Mustahillah pihak yang menang nak sabotaj parti sendiri sehingga diharamkan, ya tak? Hehehe. Orang Ku Li mesti 'angin' dengan kenyataan ni.

8. Baru-baru ni seorang jawatankuasa UMNO Bahagian Jelebu (Ketuanya Rais Yatim) mengatakan "UMNO masih kuat" dan menambah, "Yang tak kuat ialah Melayu sebab berpecah belah." Ada juga dikalangan ahli UMNO Jelebu mengatakan, "Kami tidak pernah kalah di Jelebu. Tak macam kawasan UMNO lain seperti Selangor."

9. Dato' Seri Presiden UMNO, kalau nak tahu, masih ramai ahli UMNO terutamanya Ketua dan Jawatankuasa Bahagian di Negeri Sembilan ini yang perasan diri mereka kuat dan banyak sokongan. Dan bertambah lawak lagi, mereka tidak peduli pun jika kawasan UMNO lain kalah, asalkan kawasan mereka sendiri menang. Mungkin mereka fikir walaupun hanya dengan kemenangan kawasan mereka sahaja, UMNO masih tetap berupaya membentuk kerajaan?!

10. Inilah realiti kebanyakan Bahagian UMNO yang jobor dan syok sendiri. Belum lagi masuk bab pecah belah dalam parti.

11. Walaupun dalam siri PRK dan PRN Sarawak baru-baru ini menunjukkan trend sokongan Melayu telah kembali kepada UMNO, tapi wajarkah pemimpin UMNO di peringkat bahagian begitu angkuh dan ego?...Sedangkan kawasan mereka sendiri pun belum benar-benar teruji?

12. Di Jempol, sudah ada usaha untuk menjatuhkan Ketua Bahagian oleh Timbalan dan Naib Ketuanya. Di Rasah, sayap Wanita, Pemuda & Puteri UMNO tidak sebulu dengan Ketua Bahagian mereka sendiri. Di Kuala Pilah, regu Ketua Bahagian berbalah dengan regu Timbalan Ketua Bahagian. Ahli Parlimen Kuala Pilah juga tidak sebulu dengan ADUN kawasan Kuala Pilah. Seremban tak payah ceritalah...selagi Tok Sahak jadi ketua, selagi itulah UMNO Bahagian Seremban berbalah tak sudah-sudah. Yang nampak stabil sikit ialah UMNO Bahagian Teluk Kemang, Tampin dan Rembau.

13. Kajian sikap menunjukkan rakyat terutamanya Melayu berada dalam keadaan berbelah bahagi. Rakyat jelas tidak sukakan Komplot Pembangkang, tetapi pada masa yang sama rakyat turut meluat dengan sikap sebahagian besar pemimpin UMNO yang tak sedar diri.

14. Rakyat kini mengambil sikap tunggu dan lihat. Jika calon UMNO/BN di PRU akan datang tidak menepati kriteria yang disukai mereka, pilihannya sama ada mereka tidak akan keluar mengundi, atau membuat undi rosak. Namun mengundi Komplot Pembangkang tidak sesekali. Inilah pendirian kebanyakan akar umbi UMNO termasuk pengundi atas pagar.

15. Sempena ulang tahun UMNO ke-65 ini, Najib mulai sekarang wajib meneropong secara serius 'winnable candidate' di setiap kawasan yang bakal ditandingi BN, khususnya UMNO. Pemimpin-pemimpin lama yang bermasalah perlu diketepikan. Calon baru yang disukai penduduk setempat, walaupun tiada jawatan dalam parti, perlu diketengahkan dan diberi peluang seluas-luasnya.

16. Jangan terpedaya dengan kepuraan luar biasa yang ditunjukkan sebahagian besar wakil rakyat termasuk pimpinan UMNO sedia ada menjelang PRU-13 ini. Pedulikan dengan para pembodek serta ugutan sabotaj etc. Juga diharapkan Najib tidak terlalu percaya 100% dengan maklumat daripada punahsihat yang ramai disekeliling anda.

17. Najib dituntut pamer keberanian melakukan anjakan besar-besaran terhadap calon BN di PRU-13 sepertimana yang didambakan kebanyakan pengundi hari ini.

18. Memetik ucapan Dato' Onn Jaafar dalam Mesyuarat Agung UMNO di Kelab Seremban, Negeri Sembilan pada 1 Mac 1947, "Darah berteriak kepada Darah dan Bangsa kepada Bangsa"; It's do or die for Najib.

Sunday, May 15, 2011

Parlimen BELIA

Sudahkah Belia Malaysia hadapi fenomena Tsunami Transformasi Belia Malaysia? Sama ada diukur dengan apa jua kaedah, bersedia atau tidak kepemimpinan Belia Malaysia mesti hadapi juga transformasi besar. Ibarat kandungan karya "Swimming with The Shark without Being Eaten."

Hari ini, Parlimen Belia akan dimulakan. Dewan Undangan Negeri Belia juga dilapor akan dilaksana. Bagus dan baik sekali. Apakah belanjawan Negara tahun 2012 akan mempunyai akses khas kepada Peruntukan Pembangunan Belia Malaysia? Tidak cukup hanya RM 100 juta untuk semua mak nenek kepada KBS. Misi Parlimen Belia dan DUN Belia, juga, mengerjakan resolusi Makmal Pembangunan Belia, RM 5 billion baru cukup untuk 5 tahun.

Persoalannya dipulang kembali kepada YAB PM dan YAB TPM, bersiap siagakah Kerajaan BN memberi token RM 5 billion ini kepada MBM dan MBN, juga, Badan-badan Gabungan Kebangsaan?

Benarkan sahutan Belia Di Dengari, Belia Di Bimbing, Belia Di Senangi! Atau retorika Belia Dengar Masuk Kanan Keluar Kiri, Belia Bimbing Cakap Depan-Belakang Lantak Kau lah, Belia Senang Biarlah Kau Orang Mampus!

Pak Sedaro fikir MPBN pada 9-10 Mei, baru-baru ini, dapat membuka pintu kepada pelbagai proses transformasi. Diberitakan, Alumni Kapal Belia Asia Tenggara/Jepun Malaysia juga menjadi sebahagian isu besar yang dibahaskan. Ternyata, KBS masih membuta mata, memekak telinga, membisu mulut dalam menyelesaikan menggunakan KUASA PREROGATIF YB MENTERI kepada KABESA.

GLC, PLC punya banyak. Tapi tak seekor pun sambut Think Youth!, Andai GLC & PLC sanggup derma CSR sebanyak RM 1 juta setahun kepada Tabung CSR Belia Malaysia di bawah MBM atau MBN, maka, hebatlah Dunia Parlimen Belia Malaysia.

Saturday, May 14, 2011

Dengar cakap Ibu (Sempena Hari Ibu)

Zainal Hus (bukan nama sebenar) baru sahaja pulang ke rumah, bersendirian di biliknya untuk melepas lelah sambil menatap langit yang membiru. Kesibukan menyelenggara masjid betul-betul meletihkan. Suasana hening dan damai di flat kediamannya disebabkan ramai penghuni masih belum pulang dari kerja. Di sebalik dinding, sayup-sayup kedengaran perbualan jirannya, seorang ibu tua dengan anaknya;

Anak: Ibu..

Ibu: Hmmm?

Anak: BU!

Ibu: APA?

Anak: Mmm, anu...tadi saya ke masjid dengar ceramah..ibu dengarlah ni!

Ibu: Iya! Ibu dengar. Cakap sajalah. Kan ibu tengah sibuk memasukkan benang ke jarum ni. Susah pulak rasanya. Agaknya mata ibu sudah rabun...

Anak: Bu!

Ibu: Apa dia? Cakap ajelah sayang...

Anak: Tadi di masjid seorang ustaz bercerita soal bertudung. Katanya pakai tudung itu wajib. Ibu, mulai sekarang saya mau pakai tudung. Boleh tak bu..?

Ibu: Jangan...

Zainal Hus di sebalik dinding semakin menajamkan pendengarannya.

Anak: Tapi ibu, itu perintah Allah. Kalau tidak patuh kita berdosa bu. Boleh ya, saya mau pakai tudung?

Ibu: Kan ibu kata JANGAN...

Anak: Tapi bu...bukan ke lebih baik saya memakai tudung kerana kita orang Islam wajib melabuhkan tudung hingga ke dada dan sudah tentu dapat menjaga maruah dan harga diri saya. Betul tak bu...? Bolehlah bu..

Ibu: TIDAK! Ibu kata JANGAN!

Anak: Jadi ibu mahu melarang saya? Bu, mau tak mau saya tetap akan pakai tudung. Terpulanglah ibu nak kata apa. Tak perlu taat pada orang tua kalau orang tua itu menyuruh maksiat pada perintah Allah.

Ibu: Kamu tak faham-faham lagi ke? Ibu kata jangan...jangan...JANGAN!!!

Anak: Walau apa pun yang terjadi saya tetap akan pakai tudung. MUKTAMAD!

Ibu: Jangan pakai...faham tak?

Anak: Nak pakai juga!

Ibu: JANGAN!

Anak: Pakai juga!!

Ibu: J A N G A N !!!

Anak: Nak pakai juga !!!

Zainal Hus sudah tidak dapat menahan keinginannya. Dia terus keluar rumah untuk bertemu ibu dan anak itu bagi membela si anak; agar si ibu bersetuju dengan kemahuan si anak. Tangannya sudah terangkat untuk mengetuk pintu...namun terdengar lagi kata-kata si ibu...

Ibu: Kamu ni KAMARUL, ibu kata JANGAN...JANGANLAH! KAMU KAN LELAKI!

Zainal Hus yang mendengar terus hilang semangat, melangkah longlai sambil menepuk dahi..

HBN 2011

Pak Sedaro ambil kesempatan mengucapkan Salam 1 Belia 1 Malaysia kepada semua anak Malaysia yang ditakrif sebagai belia mengikut Seksyen 2 Akta 668, Tafsiran Belia ialah mana-mana individu berumur antara 15 tahun hingga 40 tahun ialah belia.

Hari Belia Negara 2011 peringkat Kebangsaan dan Negeri akan dirayakan pada 15 Mei setiap tahun. Iaitu 2 hari selepas 13 Mei, diikuti dengan 16 Mei, Hari Guru.

Tahun ini Hari Belia Negara 2011 peringkat Negeri Sembilan Darul Khusus akan berlangsung di KOMBES, Paroi. Model KOMBES sebagai ikon transformasi nasional dapat memberi teladan kepada seberapa ramai anak belia Negeri Sembilan untuk berhimpun, pada pagi bersejarah 15 Mei 2011.

Tahniah "in advance" kepada para belia yang akan menerima Anugerah Belia Negara 2011 seterusnya menempat diri dalam kalangan 14 anak belia Malaysia yang dicalonkan ke peringkat Kebangsaan dalam kategori masing-masing. Syabas BELIA MALAYSIA.

Syabas Negeri Sembilan Darul Khusus.

Thursday, May 12, 2011

Syabas NAJIB

Alhamdulillah, Presiden UMNO YAB Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak ikuti juga gesaan Majlis Perundingan Melayu, Paneh Miang, Pasukan Pemikir Board of The Eldest UMNO yang buat pertama kali dalam SEJARAH selama 65 tahun:

1. Iktiraf Tokoh Melayu TERBILANG kepada insan bernama Syed Muhammad Naquib Ali Al-Attas. Insan berketurunan Hadaramaut, lahir di Bogor, seorang Melayu yang taat dan setia kepada bumi Malaysia ini.

2. Iktiraf Mazlan Othman, anak perpatih totok yang taat setia kepada tanahairnya.

NAJIB telah "mula" gerakan intelektualnya. Pewaris UMNO kena dalami dan hadam ilmu Naquib Al-Attas, kerana inilah pemula panji-panji UMNO, PDRM dan ATM. Beliau jugalah peletus mauduk fikir "MELAYU ISLAM" yang memberi tafsiran mengapa umat Melayu mesti pertahan Perkara 3, Perkara 32, Perkara 38, Perkara 152, Perkara 153, Perkara 160(2) tafsiran tentang Melayu.

Mazlan ialah anak perpatih kaum Hawa yang penuh ilmu astrofizik. Kini menabur ilmu di Vienna. Allah Hu Akbar.

Wednesday, May 11, 2011

Kristian Agama Rasmi? Tak mungkinlah...


1. Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan mewartakan "Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan, tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan."

2. Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan mewartakan, "Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan ugamanya."

3. Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan pula mewartakan, "Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam."

4. Untuk menggubal Perlembagaan Persekutuan di Malaysia, sesebuah parti/pihak itu perlu memiliki majoriti lebih 2/3 kerusi parlimen di Dewan Rakyat. Dengan kata mudahnya, parti/pihak itu wajib ada sekurang-kurangnya 148 daripada 222 jumlah keseluruhan kerusi parlimen.

5. BN kini memerintah persekutuan dengan majoriti mudah (1/2) iaitu 139 kerusi parlimen, manakala komplot pembangkang memiliki 78 kerusi dan bebas 5 kerusi parlimen. Justeru, mana-mana parti/pihak di Dewan Rakyat hari ini hakikatnya tidak berkuasa untuk menggubal atau meminda Perlembagaan Persekutuan, KECUALI usul mereka turut mendapat sokongan lebih 2/3 daripada Ahli Parlimen pihak lawan masing-masing.

6. Jumlah Ahli Parlimen (AP) Melayu di Dewan Rakyat hari ini seramai 136 orang dengan pecahan UMNO 79, PAS 23, PKR 20 dan PBB 14; sekaligus menjadikan Ahli Parlimen Melayu adalah bangsa majoriti yang menguasai Dewan Rakyat, berbanding bukan Melayu seramai 86 AP.

7. Jadi agak mustahillah jika dikatakan puak Kristian mampu menggubal Perlembagaan Persekutuan bagi menukar status Islam Agama Persekutuan kepada status Kristian Agama Rasmi, melainkan puak Kristian mendapat sokongan majoriti lebih 2/3 di Dewan Rakyat.

8. Namun harus diingat, Perkara 43 (2) (a) mewartakan "Yang Dipertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mengetuai Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada pendapatnya akan mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli-ahli Dewan itu."

9. Ini bermakna, sesiapa sahaja Ahli Parlimen yang mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat, boleh dilantik sebagai Perdana Menteri, tidak kira apa bangsa dan agamanya sekalipun. Jadi tidak mustahil andai Malaysia suatu ketika nanti bakal mempunyai seorang Perdana Menteri bukan Melayu yang beragama Kristian, Buddha mahupun Hindu kerana ianya tidak bercanggah dengan peruntukan Perkara 8 dan Perkara 43 (2) (a) Perlembagaan Persekutuan.

10. Justeru rakyat Malaysia, terutamanya bangsa Melayu kini sudah jatuh hukum WAJIB bagi memastikan Ahli Parlimen Melayu kekal sebagai bangsa majoriti menguasai Dewan Rakyat di setiap pilihanraya umum akan datang demi kelangsungan KUASA MELAYU & ISLAM terjamin selamanya di negara tercinta ini.

11. Akan tetapi, pengundi dikalangan bangsa Melayu juga perlu BERHATI-HATI terhadap Ahli Parlimen Melayu Pembangkang terutamanya dikalangan PKR yang kelihatan sanggup menjual maruah bangsa dan agama semata-mata ingin memperoleh penghormatan rakan syaitan mereka iaitu DAP. Maka tidak mustahillah jika dikatakan ada dikalangan Ahli Parlimen PKR mahupun PAS yang mungkin BELOT serta menyokong perjuangan Kristian DAP semata-mata memenuhi kerakusan nafsu untuk menguasai Putrajaya.

12. Ketahuilah bahawa agenda utama Vatican (La Oscura Historia del Vaticano) ialah menjadikan Kristian sebagai AGAMA TUNGGAL DUNIA. Agenda ini telah bermula sejak beratus tahun lalu, yakni sebelum kita semua wujud; dan gerak kerja Vatican masih berterusan sehinggalah misi mereka tercapai. Merujuk fakta ini, Malaysia juga tidak terkecuali menjadi sasaran Vatican.

13. Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah. - Surah Al-Baqarah, 120.

Tuesday, May 10, 2011

Bila UMNO Sembrong nak SINGKIR Hisham?!

1. Memula hunus keris, pastu sarung semula sambil minta maaf.

2. Pastu nangis depan polis dan banduan.

3. Lepas nangis bagi amaran pulak sambil sengih dan goyang kaki.

4. Ingatkan lulusan undang-undang hebatlah pegang KDN, tapi rupa-rupanya...Gallus gallus domesticus!

5. Meh kita recall apa kes yang menyebabkan umat Melayu di Malaysia ni meluat sangat dengan Hisham.

i. Ong Tee Keat (mantan Presiden MCA) & Yong Khoon Seng (Naib Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang pernah menuntut agar biasiswa JPA diberikan berdasarkan merit dan bukannya berdasarkan kuota Bumiputra yang sedia termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. - TIADA TINDAKAN.

ii. Namawee yang jelas mengutuk wanita Islam bertudung, menghina azan, menghina Raja-Raja Melayu, menghalau Melayu balik ke hutan dan hidup macam sakai. - TIADA TINDAKAN.

iii. Surind Thambi yang pernah menghina Islam dalam blognya. - TIADA TINDAKAN.

iv. Wee Ka Siong yang mempersoalkan kontrak sosial dalam Perlembagaan Persekutuan. - TIADA TINDAKAN.

v. Chua Soi Lek Kong Kek Khuat yang menuntut kuota perniagaan Melayu dikurangkan serta menghina Islam secara tersirat dalam kenyataannya sebelum ini. - TIADA TINDAKAN.

vi- Majlis Peguam Malaysia yang jelas menghina Islam sebagai Agama Persekutuan dengan menganjurkan Forum Memeluk Islam serta memperlekehkan peranan Mahkamah Syariah di Malaysia. - TIADA TINDAKAN.

vii. Teresa Kok yang meminta Azan diperlahankan, serta menggantikan tulisan Jawi kepada tulisan berbahasa Cina. - TIADA TINDAKAN.

viii. Lau Bee Lan dan Pakiam terhadap percubaan mempersenda umat Islam serta Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan dalam kes tuntutan penggunaan kalimah "Allah" dalam Injil. - BACUL TINDAKAN.

viiii. DAP Komunis yang jelas memperlekehkan Islam, Melayu & Raja Melayu di negara ini. - TIADA TINDAKAN.

x. Akhbar-akhbar berbahasa Cina yang sering menerbitkan kenyataan berbau perkauman yang paling dahsyat dalam sejarah Ketamadunan Malaysia. - TIADA TINDAKAN.

xi. Masjid di Temiang, Seremban di simbah cat, surau diletakkan kepala babi, tapi pembakar gereja jugak yang ditangkap. - DAYUS TINDAKAN.

xii. Dua orang guru Melayu di Penang dan Johor dikenakan tindakan tatatertib oleh Kementerian Pelajaran, kononnya mengeluarkan kata-kata berunsur hasutan. Tapi Cinapex DAP, MCA, GERAKAN serta Pariah Majlis Peguam boleh bebas bercakap sesuka hati menghina Melayu dan Islam. - BACUL TINDAKAN.

xiii. Bible dalam bahasa Melayu menggunakan perkataan "Allah" yang jelas bertentangan dengan Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1998, telah dilepaskan KDN kepada awam. - DAYUS TINDAKAN.

xiv. Terbaru, tuntutan Kristian sebagai agama rasmi Malaysia? Bab ni kami akan ulas lanjut di artikel akan datang.

6. Hisham...kau tak rasa ke yang kau telah memalukan keturunan Onn? UMNO Sri Tambak, Sembrong memang sayang sangat ke dengan Hisham? UMNO Sembrong ni paloi ke apa?

7. Eloklah Najib pertimbangkan dengan serius...se..serius..seriusnya menukar portfolio sepupu kesayangan tu ke kementerian baru iaitu Kementerian Permata bagi menjaga kepentingan sepupu ipar dia, Rosmah.

8. Yolah, sementelah si Hisham ni kuat nangis dan cembeng, dok Kementerian Permata tu eloklah sangat.

9. Tarikh 13 Mei 2011 dah makin hampir ni Hisham. Kau nak biar sejarah berulang ke?

10. Siapa yang untung kalau 13 Mei berulang kembali? Bukan Bro Anwarkutti dan sekutu yahudi dia ke?

11. Kalau tak nak Malaysia jadi macam Iraq, cegahlah sebelum parah!

Dari Teoh Beng Hock ke Allahyarham Ahmad Sarbini

Banyak perkara yang akhir-akhir ini agak menarik perhatianku. Bermula dari kes Beng Hock ke kes Allahyarham Ahmad Sarbini, sehinggalah ke hal penjualan nasi lemak di sekolah-sekolah.

Kita cerita pasal nasi lemak dulu. Tak pasal-pasal dikaitkan dengan obesiti. Brader, orang-orang kampung dulu yang macam aku ni makan jugak nasi lemak, kadang-kadang tu menjadi sajian setiap hari. Tak nasi lemak, pulut....tak pulut, nasi lemak......takde pun timbul masalah obesiti? Sebenarnya anak-anak yang obes sekarang ni kebanyakannya salah ibu bapa itu sendiri, kononnya masa kecik-kecik dulu kalau gemuk tu comel laa...kiut la, bla bla bla. Pemakanan yang seimbang langsung tak diambil kira. Kalau boleh, KFC, tak pun McD dan pelbagai jadah fast food yang dilantak setiap hari. Jadi...mengapa nasi lemak yang menjadi mangsa?

Agaknya mungkin kerana nasi lemak itu adalah makanan tradisional orang Melayu yang boleh juga dikaitkan dengan nasib Allahyarham Ahmad Sarbini (seorang Melayu yang beragama Islam) yang diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut. Mana perginya pemimpin-pemimpin politik Melayu?...baik Umno mahupun Pas? Tak payahlah ambik kira PKR tu...semua kecut telur ke? Si Cina Beng Hock dibela bermati-matian oleh DAP. Sampai Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat kematiannya. Tapi bila bab Melayu, semua pemimpin Melayu menikus.

Wahai pemimpin-pemimpin Umno mahupun Pas, ingatlah kemenangan anda terletak pada undi orang-orang Melayu. Jangan menganggap orang Melayu yang berdiam diri bersetuju dengan sifat pengecut engkau. Jangan cuba-cuba menafikan hak orang Melayu tanpa pembelaan, kelak akan binasa impian untuk berkuasa lebih lama. Bagi pihak orang Melayu yang lain pula bagaimana? Apakah masih lagi mahu memberikan undi kepada pemimpin-pemimpin bacul yang hanya mementingkan tembolok sendiri sahaja?

Ikut logik, sebagai seorang Melayu beragama Islam, susahlah macam manapun....namun bunuh diri takkan menjadi pilihan. Inikan pula bagi batang tubuh Allahyarham Ahmad Sarbani yang merupakan imam di kuarters Kastam. Takkanlah nak biarkan kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut? Takde ke Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat kes ini secara terperinci? Apa yang istimewa sangat pada SPRM yang telah mengorbankan dua nyawa? Habis semua jabatan kerajaan dipantaunya, siapa pulak yang nak memantau SPRM ni? Apa salahnya semua wakil jabatan kerajaan menubuhkan suruhanjaya bagi memantau SPRM pula...barulah adil. Takdelah SPRM ni angkuh sangat. Kalau kes kematian dalam tahanan polis boleh pulak heboh satu negara. takkanlah kematian Allahyarham Ahmad Sarbini tiada pembelaan yang sewajarnya?

Sudah sampai masanya dimana orang-orang Melayu harus mengubah trend bagi memilih pemimpin mereka. Pemimpin yang dipilih seharusnya berani memperjuangkan hak, nasib dan agamanya sepertimana yang terkandung dalam perlembagaan.

Aku juga agak tertarik dengan pandangan Tun Mahathir (Utusan Malaysia 24/4/11) tentang kecenderungan pengundi cina menyokong DAP. Bagi aku bukan cina je, malahan india pun sama. Cuba tunjukkan kawasan mana yang majoriti kaum cina atau india dimenangi oleh MIC mahupun MCA? Kebanyakan kerusi yang dimenangi mereka dikawasan majoriti MELAYU. Apa bangang sangat nak melebih-lebihkan mereka ni sedangkan yang menentukan kemenangan engkau di dalam pilihan raya ialah Melayu yang kurang terbela nasibnya?

Ingatlah...

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Lu Pikirlah Sendiri...

Khalas BJ

Pak Sedaro berikan penarafan AAA kepada Pengarah JBS NSDK, kerana iltizam untuk menjamak takhir, hampir 70% barisan kepemimpinan otai-otai Belia NSDK dapat dilangsung pada 09 Mei 2011, beberapa hari sebelum 15 Mei 2011.

Panorama KOMBES atau dulunya Tapian Gelanggang yang telah dinaik taraf dan dikosmetik dengan baik, memberi implikasi menawan hati rakan-rakan belia untuk memenuhi kawasan dan ruang di Kompleks Belia dan Sukan Paroi.

Inilah antara makna transformasi iaitu menghimpun tidak kurang 1000 insan bekas-bekas pemimpin belia, bekas-bekas pemimpin jabatan belia dan sukan negeri sembilan, pemimpin belia semasa yang ada kaitan dengan tampuk kepemimpinan MBN NSDK, juga bekas penerima Anugerah Belia Negara sejak mula diperkenal sekitar tahun 1974.
Nampaknya YAB MB sudah nampak kekuatan 300 ribu warga belia dalam Negeri Sembilan, yang mana 50% iaitu 150 ribu ialah pengundi berpotensi dan berdaftar.

Apa yang perlu diterjemah dengan baik, oleh BJ di NSDK ialah:

1. Mencadang DANA PEMIMPIN MUDA 1 MALAYSIA khusus untuk kepemimpinan belia NSDK, boleh ditaja di bawah MBN atau pun sebuah Sekretariat Tetap Pembangunan Belia di bawah Pejabat YAB MB, seperti yang pernah dicadang semasa Kerajaan Tok Isa, yang mana PakYa EXCO Belia dan Sukan Negeri.

2. Menerus proses INTERVENSI dalam gerak kerja belia, melalui pengwujudan PUSAT PENGKADERAN BELIA dengan meletak amanah kepada Gerakan Belia 4B Malaysia, MAYC dan GPMS.

3. Mendedah kepada awam apa itu Pelan Pembangunan Belia NSDK Fasa 1 dan Fasa 2. Pelan Fasa 2, boleh memberi kesan ekonomi berganda kepada ahli belia dan pemimpin belia yang berwibawa dan mempunyai visi 30 tahun akan datang.

Inilah antara bahan letusan yang cantik untuk misi-misi pengkayaan pembangunan belia NSDK. Kelihatan YAB Tok Mat, riang dengan kecapaian JBS, sesuai dengan matlamat untuk "empower, enrich, enforce", mungkin perlu wujud Alumni MBN NSDK atau Alumni Penerima ABN NSDK.

Siapa pun yang masih bungkur, tidak berfikir kematangan tranformasi politiking belia, seperti Persatuan Belia Dinamik Barat misalnya, yang dikhabar masih tidak beres, urusan fikiran serabut, Pak Sedaro menjemput kalian "muhasabah" dan "bacalah talkin" supaya, teropong minda lebih ramai insan yang ingin ke hadapan TIDAK TERCEMAR.

Tahniah Baharudin Jali, Tahniah Borhan Dollah, Tahniah Mohid, Tahniah Mohamad Hasan. Dongar juo, tompikan Paneh Miang ini, supaya veteran Belia dilupa jangan.

Saturday, May 7, 2011

Rebankan PADERI tanpa bicara

Kes perkumpulan paderi kristian di Pulau Pinang, bukan sahaja memecah keheningan mauduk AMAN dan DAMAI, malah, sudah halal mereka ini disumbat ke Universiti Kemunting. Mereka wajib dihukum berasas Ordinan Darurat 1948 dengan kuatkuasa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Hishammudin seorang Menteri KDN paling dayus, bacul dan penakut bila sekali lagi beri amaran keras, sambil berkerut kening dan senyum sinis. Adakan OPS GEREJA, kerana bilangan mereka yang berselindung di balik tabir biara-biara Kristian di anggar seramai 112 orang.

Tulisan oleh bigdog ada kewajaran dan faktanya jelas. Apakah tindakan NGO-NGO Islam, NGO-NGO Melayu? Bagaimana pula Pertubuhan Belia Melayu Islam, responds dalam soal ini? Jika benar gerakan Kristian yang berkiblat Freemasonry mahu melancarkan PERANG SALIB, khabarkan. Sudah lama benar, parang terbang tidak mengetuk bidai pintu kamar kalian.

Wahai saudara Gunung Semanggol, Wahai saudara Batu Pahat, Wahai saudara Kota Bahru, Wahai saudara Pasir Salak, Wahai saudara ikhwanul muslimin, apakah Paderi Kristian ini sedang menyimbah petrol kelas 1 ke muka rakyat Raja?

Nyatakan pendirian kalian, semua yang beriman dan bertakwa. Apakah paderi ini satu lagi modal pusing ganti Anwar Ibrahim.

Thursday, May 5, 2011

Hujan sekarang tak bermusim

Beringatlah kita...

Nursyaza Alisa (kanan), Norshaza Azera (kiri) dan Nur Sakinah (tengah) tidur bersama sebelum tragedi Ulu Bendul




Monday, May 2, 2011

Quiz Hari Pekerja

Soalan quiz minggu ini:-

Lelaki Y pernah ke German untuk melakukan pembedahan sebaik dibebaskan dari penjara pada 2004. Apakah jenis pembedahan yang dibuat oleh Lelaki Y ketika itu?

a. Pembedahan tulang belakang

b. Pembedahan pinggang

c. Pembedahan tengkuk

d. Pembedahan membesarkan belalai

*********

Hadiah Tempat Pertama:

Sekilo Karipap Daging + Jam Omega Hilang


Hadiah Tempat Kedua

Sekilo Karipap Sardin + Jam Omega Dalam Simpanan Isteri


Hadiah Tempat Ketiga

Sekilo Karipap Kentang + Jam Omega Dalam Simpanan Polis


10 Hadiah Saguhati

KY Jelly + Kopi O

*********

Hantarkan segera borang penyertaan sebelum 16 September ke alamat berikut:-

No 16, Jalan Omega 16,
Taman Papa Hebat,
Bandar Male Y, Poskod 1616,
China Doll, USA.

Keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan oleh Nik Aziz.

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."
Blog Widget by LinkWithin

Blog Archive