Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Wednesday, June 29, 2011

BATAL Syarikat Konsesi ALAM FLORA

Pak Sedaro merasokan, Syarikat Alam Flora amat wajar dibatalkan kuasa konsesinya. Alam Flora didapati bersalah kerana cuai AMANAH dalam melunaskan ganjaran upah dan melaksana kerja mengikut etika pengurusan kerja yang BERSIH, CEKAP DAN AMANAH:

1. Dapat duit kerja daripada Perbadanan Putrajaya, tapi kemut, tidak dibayar kepada syarikat pelaksana mengikut jadual dan janji.

2. Kerja suruh buat dan siap oleh syarikat pelaksana, Alam Flora ambil masa 60 hari untuk keluarkan Surat Tawaran Kerja tersebut, apo ko gilo mereka ini.

3. Difahamkan kerja bulan Januari, masih ado yang tidak dilunas oleh Alam Flora. Februari, Mac dan April ditangguhkan pembayaran. Apo ko jadah Alam Flora ni, kau makan konyang, korjo orang lain dah solosai tapi tak dibayar. Alam Flora binatang ke manusio?

4. Alam Flora milik DRB-HICOM, satu lagi GLC. Alam Flora Sdn Bhd sudah lama dilihat tidak berkesan sebagai Syarikat Konsesi yang JUJUR DAN AMANAH. Ramai yang bekerja di Alam Flora, khasnya Bahagian Kewangan dipercayai KUAT DAN JOLAB MAKAN RASUAH. Mereka ini pengkhianat kepada Negara, Agama dan Bangsa.

5. Alam Flora yang difahamkan berpangkalan di Putrajaya, telah dapat duit tuntutan kerja secara advance daripada Perbadanan Putrajaya. Banyak syarikat beroperasi sebagai pelaksana kerja Alam Flora sedang "lapar dan dahaga DUIT TITIK PELUH MEREKA YANG HALAL LAGI SUCI BERSIH", namun kerja sejak Januari hingga Mei masih belum dilunas oleh Alam Flora Yang Khianat ini.

Apakah Pengerusi Perbadanan Putrajaya sedar kerja jahat dan biadab Alam Flora?

Apakah Pengerusi DRB-HICOM dan Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM tahu kerja PARIA DAN HARAM Alam Flora ini?

Apakah Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn Bhd yang namanya Haji Zainal Abidin juga sanggup menjadi Nakhoda sebuah Kumpulan Kerja HARAM dan Kayu Api NERAKA JAHANAM?

Gamaknya, Bahagian Pemantauan dan Kawalan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah Dato' Borhan (BOB), menerusi Khidmat Aduan Bayar Lewat dan Salah Guna Kedudukan dan Kuasa dalam Urusan Kewangan Wang Awam Negara kena ambil tindakan SEGERA, supaya institusi Kerajaan Pemerintah Barisan Nasional yang didukung oleh Presiden UMNO, tidak menjadi mangsa dek BIADAB DAN TIDAK INTEGRITI penjawat bahalol Alam Flora.

Alam Flora yang buat TAIK, tapi Kerajaan Barisan Nasional yang kena tanggung bala Keputusan Pilihanraya Ke-13.

Tuesday, June 28, 2011

Berita baik untuk PAS


PKR N9 akan menganjurkan GALA NITE yang bertempat di City Kingdom Ballroom, Seremban pada 19 Julai 2011 jam 8 malam.

Berbagai acara disediakan antaranya;

1. Persembahan Lawak Jenaka oleh bekas juri Raja Lawak iaitu Bob Lokman dan bekas peserta Raja Lawak bernama Leman. Confirm mereka berdua itu lebih lawak daripada Sepah. Juga penampilan khas kartunis Zunar yang akan membuat lawak bisu dengan menampalkan kartun-kartun ciptaannya di dinding ballroom. Baik punya...

2. Persembahan Muzik (bukan nasyid) dari China bersempena kecenderungan dan minat Ketua Umum PKR. Inilah masanya ahlul Pas nak ambil kesempatan mendengar muzik mala segar kerana di rumah masing-masing terpaksa berlakon layan nasyid kerana takut jika layan lagu genre lain nanti, jiran sebelah kata tak islamik pulak. Bila ada muzik, dah tentu ada tari menari. Inilah peluangnya ahlul Pas nak tunjuk bakat join Anwar yang sememangnya pakar menari, terutama menari atas katil hotel & spa.

3. Pertunjukan Fesyen (bukan muslimah) yang pasti akan membuatkan Pesuruhjaya Pas N9 yang baru iaitu YB Taufek (Paroi) meleleh air liur penuh nafsu kerana berpeluang melihat model-model wanita memperagakan pakaian mengikut alur tubuh. Pasti ahlul-ahlul Pas yang lain juga tidak sabar menyaksikan para model memperagakan pakaian sempena Gala Nite itu nanti. Tapi dinasihatkan kepada ahlul Pas yang akan hadir supaya jangan bawa isteri masing-masing ke majlis Gala Nite ni yo. Takut sok lopeh majlis kok kono leban kek bucu katil.

4. Cabutan Bertuah turut menyediakan pelbagai hadiah menarik iaitu CD percuma "Anwar vs China Doll", hamper berisi karipap dan kopi, seutas jam tangan berjenama Omega dalam simpanan Presiden PKR, set senaman bagi mengelakkan perut buncit, setiub KY Jelly, pakej bermalam di kedutaan Turki, sarung tangan Michael Jackson milik Presiden PKR; dan hadiah utama berupa seorang China Doll untuk dibawa pulang ke hotel beserta set kamera cctv.

Jadi kepada ahlul-ahlul Pas, jangan lupa dapatkan tiket Gala Nite daripada Skretariat PKR N9. Disebabkan tiada demonstrasi oleh ahlul Pas bagi membantah Gala Nite ini diadakan, maka bolehlah dikatakan Pas merestui hiburan ala PKR. Kalau UMNO atau BN yang anjurkan, dah tentu ahlul Pas akan turun berdemo tunjuk perasaan ya tak?

Oh lupo lak den, Pas sekarang kan dah buang perjuangan Islam dan sedang perjuangkan negara kebajikan. Jadi setakat Fesyen Show, Persembahan Lawak, Persembahan Muzik ni kocik punyo hal lah. Lagipun mesti Pok Nik akan keluar fatwa, PKR punya Gala Nite adalah halal bagi ahlul PAS melihat wanita memperagakan fesyen dan tubuh badan; serta tidak salah berhibur sekali-sekalo melayan muzik dan lawak. Arak pun mungkin akan disediakan penganjur untuk ahlul kafir harbi dari DAP dan PKR yang hadir pada malam gala tu nanti. So...apo ado hal.

Perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata? He..he..he..

Monday, June 27, 2011

Ambiga menang pun sebab undi pos la bahlul...

Antara tuntutan Bersih tajaan Ambiga dan Pakatan Pembangkang ialah:

i. Melaksanakan penggunaan dakwat kekal (indelible ink) untuk menghalang pengundian berganda;

ii. Memansuhkan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi yang berada di luar negara memandangkan pertanggungjawaban dan kerahsiaan amat terancam dalam amalan semasa.


Tapi yang menghairankan, setiap kali pemilihan jawatankuasa Majlis Peguam, kertas undi akan di pos kepada ahli-ahli Majlis Peguam dalam negara; dan ahli akan pos semula kertas undi ke pejabat Majlis Peguam selepas menanda @ mengundi senarai pilihan calon yang bertanding merebut jawatan.

Maknanya, Ambiga Sreevenasan yang menang jawatan Presiden Majlis Peguam dulu adalah kerana undi pos.

Maka jelaslah bahawa Majlis Peguam yang terdiri ramai dikalangan ahli Pakatan Pembangkang sememangnya mengiktiraf undi pos kerana kesemua jawatankuasa Majlis Peguam sejak dulu menang kerana undi pos.

Kalau jumpa antara ular atau Ambiga...agak-agak nak bunuh yang mana dulu? Soalan ni kira ugutan bunuh jugak ke?

Hahaha...sampai bila la ahlul Pas nak kena kencing?!

Saturday, June 25, 2011

Dr Wahbah az-Zuhaili pula diperdaya Anwar


Bekas peguambela Anwar Ibrahim, Datuk Zulkifli Noordin mengesahkan bahawa Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi sebenarnya diperdaya ketika ulama tersohor itu mengeluarkan fatwa menyokong ketua pembangkang dalam kes liwat. Beliau yang merupakan antara individu bertanggungjawab di sebalik muslihat itu mendedahkan, semua helah itu dirancang oleh Anwar bagi memastikan Dr. Yusuf percaya, bahawa pertuduhan liwat adalah fitnah dengan menyembunyikan fakta sebenar.

"Kita memang memperdaya Dr. Yusuf supaya mempercayai (bahawa) Anwar ini difitnah. Kita atur supaya keluar daripada mulut beliau pasal benda itu (untuk) dirakam. Kita nak (dengar) dari mulut Dr. Yusuf, ini fitnah, ini qazaf. Kita nak (yang) itu. Saya selaku peguam di arah mainkan peranan beri gambaran kepada Dr. Yusuf bahawa ini fitnah macam tahun 1998. Memanglah sebagai ulama yang diberi maklumat macam itu, pasti dia akan kata fitnah dan qazaf. Apa yang kita rancang itu menjadi."

"Kita tidak beri gambaran sebenar, iaitu Mohd. Mohd. Saiful Bukhari Azlan ini kakitangan dia, mengadu diliwat Anwar. Kita tidak beritahu ada DNA (asid deoksiribonukleik), kita tak pernah beritahu semua itu."

Katanya, pertuduhan liwat adalah fitnah dengan menyembunyikan fakta sebenar. Dipetik dari laman http://www.anwaraidc.com.

Ditanya kepada Datuk Zulkifli Nordin kenapa Anwar memerlukan fatwa Dr. Yusuf, Ketua Pembangkang itu berkata, ia kaedah paling mudah untuk menguasai mentaliti orang Melayu kerana orang Melayu mempercayai kata-kata ulama.

"Saya pernah sembang dengan Anwar. Dia kata orang Melayu ini, kalau hang (kamu) keluar televisyen, dia orang percayalah. Jadi Anwar faham. Kalau ulama macam Dr. Yusuf boleh keluar fatwa membela dia, ia merupakan satu pembelaan yang hebat. Dia gunalah." jelas Zulkifli Nordin. Dipetik dari laman aidc.

Note: Jika kita mengambil kira pandangan ini merupakan satu pengakuan daripada orang yang telah bertaubat, maka tidak hairanlah dalam isu video seksnya yang terkini Anwar menggunakan taktik yang sama. Pertemuan Dr. Wahbah az-Zuhaili dan Anwar telah dieksploitasi secara keterlaluan oleh media pembangkang seolah-olah Anwar itu telah disucikan.

Bezanya, jika dulu Anwar menggunakan Datuk Zulkifi Nordin dan barisan peguambelanya sebagai orang tengah bagi memperdayakan Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi; tetapi kali ini tugas memperdayakan Dr. Wahbah dilakukannya sendiri.

Friday, June 24, 2011

Tak bersih la pulak...


3 sahabat, Eli, Hannah dan Ambiga telah ke gereja untuk berjumpa Paderi Nik Sabu (kesemuanya bukan nama sebenar), bagi mengakui dosa yang telah mereka lakukan.

Paderi Nik Sabu: Apa dosa kamu?

Eli: Saya telah berzina.

Paderi Nik Sabu memaafkan Eli dan beri dia minum air suci.

Paderi Nik Sabu: Kamu pula, apa dosa kamu?

Hannah: Saya tak mahu anak saya dilabel sama dengan kasta suami. Jadi saya sudah derhaka pada suami.

Sekali lagi Paderi Nik Sabu memaafkan, dan beri Hannah minum air suci.

Paderi Nik Sabu: Hah...apa pula dosa kamu?

Ambiga: Err...err...!

Paderi Nik Sabu: Cakaplah cepat...apa yang kamu dah buat?

Ambiga: Err...minta maaf paderi. Saya dah terkencing kat dalam air suci tu tadi. Dah jadi tak BERSIH!

Paderi/Eli/Hannah: !@#$%^&*&^%$#@!

BTN yang serabut?!


1. Secara tidak sengaja, kami terbuka laman sesawang Biro Tata Negara (BTN), Jabatan Perdana Menteri. Itupun perkataan "laman sesawang" ditulis sebagai "laman web" oleh sebuah agensi yang memperjuangkan Perkara 152 - Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu.

2. Juga kelihatan di laman tersebut, BTN telah menukar logo dan moto rasminya.

3. Selain logo baru yang tampak seperti logo 'Kicap Cap Kipas', moto asal BTN, "Bersama Mencipta Kegemilangan" juga telah diubah kepada "Bersama Menjayakan Gagasan 1Malaysia."

4. Apa kewajaran logo dan moto rasmi BTN ditukar?

5. Malah kedengaran juga desas-desus BTN bakal mengubah nama agensinya kepada beberapa nama seperti "Biro Training Negara", "Biro Tarbiyyah Nasional", "Biro Transformasi Nasional" etc. Adakah nama BTN yang amat digeruni, kini telah menjadi bahan lelucon?

6. Hairan memikirkan sebuah organisasi hebat seperti BTN, yang berpuluh tahun mengundang kebimbangan musuh dan yahudi, kini telah mengubah logonya sendiri yang mempunyai 'Nilai Sejarah, 'Nilai Korporat', 'Nilai Kormersil', 'Nilai Sentimental' etc, sedangkan logo tersebut telah sekian lama menjadi simbol perpaduan serta kecemerlangan rakyat Malaysia berbilang kaum di negara ini.

7. Tidaklah salah jika BTN selaku agensi kerajaan ingin menunjukkan sokongan kepada kerajaan persekutuan melalui slogan 1Malaysia, tetapi wajarkah logo BTN diubah hanya kerana ingin kelihatan seiring dengan perkembangan semasa?

8. Adakah selepas ini jika dilantik Perdana Menteri Malaysia baru yang turut memperkenalkan slogan baru, maka BTN sekali lagi terpaksa mengubah logo dan motonya?

9. Adakah selepas ini UMNO selaku parti pemerintah persekutuan perlu juga mengubah logo dan moto jika setiap kali presidennya bertukar? Di mana nilai sejarahnya di situ?

10. Jelaslah bahawa penukaran logo dan moto BTN yang baru hanya bersifat kosmetik, sedangkan yang patut dititik beratkan adalah pengisian, pemantapan program serta kaedah sesuatu latihan yang dijalankan seiring dengan gagasan 1Malaysia.

11. Apalah salahnya jika logo BTN asal diletakkan bersebelahan logo 1Malaysia bagi menunjukkan sokongan BTN kepada kerajaan semasa, berbanding membuat keputusan menukar terus logo dan moto BTN itu sendiri.

12. Keputusan agensi seperti BTN menukar logo dan motonya mungkin akibat terlalu ghairah mahukan perubahan drastik, sedangkan hakikat dan sejarah sering membuktikan bahawa tidak semua perubahan itu mampu mendatangkan kebaikan.

13. Perubahan logo dan moto baru BTN, sudah pasti melibatkan kos yang tinggi kerana setiap logo dan moto yang terpamer di kem-kem latihan BTN sudah tentunya akan ditukar. Itu belum lagi dikira kos segala peralatan, termasuk bahan edaran latihan yang semestinya tercetak logo dan moto asal BTN, juga akan terpaksa diganti.

14. Ketika rakyat Malaysia yang kebanyakannya bergelut dengan kos sara hidup yang tinggi, maka wajarkah BTN membazirkan kantung kerajaan semata-mata demi sebuah logo dan moto baru?

15. Logo dan moto sesebuah agensi kerajaan pasti mempunyai nilai dari segi sejarah yang tidak boleh disamakan dengan keputusan re-branding yang sering dilakukan oleh syarikat korporat mahupun swasta.

16. Logo dan moto sesebuah agensi atau organisasi mestilah relevan sepanjang masa dan tidak perlu terlalu terikut dengan perkembangan semasa. Lagipun, bukan semua 'barang lama' itu tidak elok dan perlu digantikan. Ada juga 'barang lama' yang masih perlu dikekalkan sebagaimana relevennya setiap rakyat di negara ini dituntut agar sentiasa berusaha menuju kegemilangan.

17. Amatlah menyedihkan apabila dikhabarkan BTN selama ini telah menerapkan kepada para pesertanya agar sehabis daya mempertahankan bendera dan logo masing-masing kerana tindakan itu dianggap sebagai simbol mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara.

18. TETAPI akhirnya BTN pula dilihat gagal hanya untuk mempertahankan maruah logo dan moto nya sendiri.

Wednesday, June 22, 2011

Siapa perdaya Utusan?

Umum tahu bahawa suatu ketika dulu pengasas serta pendokong Utusan Melayu, yakni akhbar yang sangat berpengaruh kepada bangsa Melayu, pernah terpedaya dengan seorang Cina bernama Lee Kuan Yew (LKY).

LKY suatu masa dulu berlagak dan berpura-pura menjadi pejuang hak Melayu yang akhirnya kita boleh nilai sendiri nasib Melayu di Singapura dan bagaimana Singapura kini dianggap sebagai salah satu wilayah Cina selain daripada Hong Kong dan Taiwan.

Justeru, berbekalkan pengalaman sejarah, tindakan Utusan Malaysia untuk membela dan enggan berkompromi dengan isu pembelaan maruah dan nasib Melayu sepertimana yang diperjuangnya kini, adalah menjadi tanggungjawab wajib akhbar Utusan, biarpun diancam dengan tindakan oleh pelbagai pihak.

Ramai generasi Melayu Malaysia hari ini sudah termakan helah serta hasutan cerita dongeng sedih kaum Cina yang kononnya di diskriminasi, tertindas dan dinafikan hak sama rata yang berbeza daripada pribumi; walaupun hakikatnya kuasa ekonomi di negara ini dikuasai oleh kaum Cina sejak dulu.


Namun, ramai juga generasi Melayu hari ini yang tidak sedar bagaimana bangsa mereka sendiri sering didiskriminasi dalam sektor swasta milik Cina; dipandang rendah, tangga gaji rendah berbeza berbanding kaum Cina walaupun mempunyai pendidikan lebih tinggi, peluang kenaikan pangkat yang hampir mustahil, serta pelbagai lagi bentuk tekanan yang boleh disifatkan sebagai tidak adil.

Semoga Utusan Malaysia berterusan dikurniakan kekuatan untuk berjuang serta mempertahankan hak bangsa Melayu walaupun sering diancam, dikutuk, dihina dan diboikot oleh pembangkang. Maka akan tertebuslah kesilapan dan 'dosa' Utusan Melayu yang suatu ketika dulu amat mudah termakan harapan dan janji palsu seorang Cina bernama Lee Kuan Yew.

Dan strategi menabur harapan serta janji palsu yang sama masih dilakukan DAP yang kini telah menjadi idola ahlul Pas dan Harakah.

Sesebuah bangsa yang tidak tahu akan sejarah negaranya, pasti akan mengulangi sejarah terdahulu berulang kali.

Tuesday, June 21, 2011

KJ mudah lupa...

1. Kadangkala pelik juga mengenangkan ahli politik tak kiralah dari pihak mana sekalipun, sangat jarang bercakap serupa bikin. Kebanyakan mereka, semalam cakap lain, hari ni cakap lain, esok, lusa, tulat pun akan cakap lain. Mungkin juga ahli politik di Malaysia ni mudah sangat kena penyakit mental - hilang ingatan.

2. Tapi dalam ramai ahli politik di Malaysia, sudah tentulah Bapak Anwar Bin Ibrahim adalah peneraju atau trend setter politik yang paling banyak putar belit hingga satu apa pun kata-katanya tak boleh pakai dan sukar dipercayai. Jika 10 perkara yang dikata Anwar, 20 daripadanya adalah tipu belaka. Nombor 2 dalam senarai ahli politik auta di Malaysia ialah Lim Kit Siang dan diikuti oleh Pok Nik. Tak percaya?!


3. Mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Seremban baru-baru ini, Khairy Jamaluddin @ KJ telah dijemput meraikan majlis. Dalam mesyuarat tersebut, KJ telah berucap bahawa dia akan memperkenalkan Model Politik Baru.

4. Kononnya Model Politik Baru tajaan KJ ini bertujuan menjadikan Pemuda UMNO sebagai peneraju dalam penyelesaian masalah golongan muda di Malaysia. Jika ramai golongan muda yang menganggur, maka Pemuda UMNO akan mencari dan menyediakan peluang pekerjaan dengan kerjasama syarikat-syarikat swasta. Pemuda UMNO juga akan menjadi pemangkin bagi menyelesaikan masalah ekonomi golongan muda di Malaysia. Sebelum ini memang pernah diadakan job fair anjuran Pemuda UMNO. Tapi nak menyelesaikan masalah ekonomi golongan muda ni, banyak lagi sebenarnya yang perlu dilakukan. Tak cukup hanya setakat job fair saja.

5. KJ juga dalam ucapannya berkata bahawa Pemuda UMNO tidak akan terlibat dengan budaya lama seperti berdemonstrasi etc. dalam menyelesaikan masalah. Model Politik Baru yang digambarkan KJ dalam ucapan tersebut tampak idealistik hingga boleh membuatkan orang terpesona jika mendengarnya.

6. Tapi itu kisah mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Seremban bulan lepas. Bulan ini KJ kembali mencari limelight sebagai peneraju demonstrasi membantah Bersih 2.0 dan menghasut pula pemuda UMNO untuk turut sama berdemonstrasi dengannya.

7. Entahlah. Selama kami kenal KJ di Negeri Sembilan ni, cakapnya tak pernah serupa bikin. Bolehlah KJ ganti Al Sheikh Al Juburi suatu hari nanti.

8. Satu-satunya kebaikan KJ yang agak ramai orang bercakap di Negeri Sembilan ialah memberi peruntukan kewangan tahunan kepada cawangan-cawangan UMNO dalam Parlimen Rembau. Tapi lagi ramai orang persoalkan bagaimana pejabat Ahli Parlimen Rembau boleh bagi sumbangan pada rumah kebajikan dengan menggunakan duit Magnum dan betapa jarangnya KJ turun ke kawasan sendiri.

9. Tak perlulah KJ bawa Pemuda UMNO turun berdemonstrasi atas alasan apa sekalipun. Adalah lebih baik Pemuda UMNO memperjuangkan masalah PTPTN yang sekian lama membelengu golongan muda. Kalau kau selesaikan masalah PTPTN ni KJ, pasti sokongan generasi muda Malaysia akan kembali kepada BN. Tak perlu demonstrasi pun banyak masalah boleh selesai sebenarnya, jika kita 'cerdik'!

10. Let not a man guard his brain, but let his brain guard him.

Monday, June 20, 2011

Operasi BERSIH Lalang

1. Seorang Guru Besar Cina di salah sebuah SJKC di Tampin Negeri Sembilan apabila ditanya mengenai Bersih 2.0, telah memberi ulasan, "Mereka berhimpun ka, berdemo ka, merusuh ka, balik mereka kena kerja juga. Kena cari wang mau makan juga. Buang masa saja."

2. Inilah kaedah fikir kaum Cina sejak dulu. Very simple.

3. Dan realitinya, sentimen Guru Besar itu turut dikongsi oleh sebahagian besar kaum Cina di negara ini. Rata-rata kaum Cina tidak peduli pun dengan demonstrasi keranda 152 ka, PPSMI ka, ISA ka, Kugan ka, Bersih ka, etc.

4. Kita boleh nilai sendiri, selain pimpinan DAP yang hanya tunjuk muka sebentar di setiap demo anjuran pembangkang, hampir tiada kelihatan kaum Cina menyertai siri demonstrasi di negara ini.

5. Yang ramai hanya Melayu dan India sebab mereka ini senang ditipu dan diperkudakan.

6. Kaum Cina very smart dalam tuntutan mereka. Tidak perlu mereka berdemo, berarak menentang kerajaan etc. tetapi mereka akan selalu dapat apa yang mereka inginkan.


7. Perhimpunan anti Bersih yang bakal disertai Perkasa dan Pemuda UMNO serentak dengan demonstrasi Bersih 2.0 pada 9 Julai ini, boleh diberikan 2 tafsiran.

8. Pertamanya, demo Bersih 2.0 anjuran Ambiga & geng, asalnya tidak mendapat banyak sokongan, tetapi dengan penyertaan 'sukarela' Perkasa dan Pemuda UMNO, maka tidak mustahil demo itu akan mengumpul ramai orang. Akhirnya tajuk yang akan di'highlight'kan oleh Media Luar ialah demo Bersih 2.0 berjaya mengumpul ramai rakyat Malaysia menentang kerajaan. Penyudahnya yang dapat nama buruk ialah Malaysia. Macam tau je siapa pelopor strategi ni sejak 1998?

9. Percayalah, tidak akan ada Media Luar menyiarkan bantahan yang dibuat oleh Perkasa serta Pemuda UMNO. Yang pasti, peranan Ibrahim Ali & KJ akan dipencilkan, manakala demo Bersih 2.0 anjuran Ambiga akan diperbesarkan Media Luar.

10. Keduanya, dengan penyertaan Perkasa dan Pemuda UMNO untuk membantah demo Bersih 2.0 anjuran pembangkang pada 9 Julai ini, maka secara tidak langsung demo tersebut akan mengHALALkan tindakan Operasi Lalang II yang mungkin diputuskan kerajaan.

11. Jika operasi ini berlaku, akan ramailah yang bakal di'ISA'kan. Pembangkang ketika itu tidak boleh membantah kerana kerajaan akan memberikan alasan, polis bukan saja menangkap peserta demo Bersih 2.0 dari pihak pembangkang, tetapi turut juga menangkap perserta demo Perkasa dan Pemuda UMNO yang menyokong kerajaan.

12. Masih ingat lagi Operasi Lalang pertama yang hampir-hampir menyebabkan Najib selaku Ketua Pemuda UMNO ketika itu di'ISA'kan? Jadi, keputusan KJ selaku Ketua Pemuda UMNO hari ini menganjurkan perhimpunan anti Bersih 2.0, berkemungkinan bakal mengulangi sejarah?

13. Let the game begin.

Friday, June 17, 2011

Dilema PAS

PAS dalam dilema untuk bersatu dan berpadu fikrah Islam dengan UMNO kerana beberapa de facto:

1. Presiden PAS masih Abdul Hadi Awang. Ortodoks dan konservatif yang menafikan kelangsungan silaturrahim, bermula dengan Ikrar Hadi Awang di Rusila.

2. Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu yang dikenali sebagai pemidato ortodoks PAS yang dulunya menamakan Anwar Al-Juburi. Hari ini, Mat Sabu makan budi dan body.

3. Pasukan erdogan tak sempurna dalam teraju kepemimpinan PAS Pusat.

4. PAS tidak punya kuasa hijrah ke alam Melayu Islam yang mendukung tawassur Melayu Islam di Bumi Melayu. PAS masih menafikan kebenaran bersama yang dipersetujui oleh Haji Ahmad Fuad.

5. Pasukan beret merah PAS disogok dengan BUDAYA ILMU DIKTATORISME, supaya mudah diperbodoh dan dijadikan keldai totok untuk tujuan menghalalkan apa sahaja yang ditafsir HALAL oleh PAS untuk PAS dan bukannya untuk Negara, Bangsa dan Tanahair.

6. PAS sudah diambang untuk menandatangani persefahaman dan perjanjian bertulis dengan UMNO untuk tujuan Pilihanraya 13 dan 14 kerana sedar bahawa kuasa undi Umat Melayu ialah penentu kemerdekaan Negara ini daripada Assobiyah Freemasonry dan Komunis yang dipimpin oleh PKR dan DAP.

7. Fahaman Buku JingGAY (Orange Booklet) PKR ialah manifesto PRU-11 yang dibawa kerana kekalahan teruk, seterusnya sedikit menang dan akan berjaya dalam PRU-13 jika PAS tidak bersatu dan bersaudara dengan UMNO.

8. PAS selepas Muktamar Kebangsaan dan pasukan kuasa baru PAS dilihat amat LEMAH, LEWEH, BEWEH, LUWES kerana pasukan Majlis Syura PAS telah terbukti terbahagi kepada 3 kelompok. Sunni, Wahabi, Syiah.

9. PAS sudah dilihat tiada pilihan, selain mengadakan kuasa campuran. Nik Aziz sedar polemik PAS bertindak terlalu bodoh sombong dan menafikan bahawa Nik Aziz banyak terhutang budi dengan Tun Dr. Mahathir semasa Dr. Mahathir, Perdana Menteri Malaysia ke-4.

10. PAS sedang berfikir bagaimana untuk keluar daripada polemik politik BAHALUL DAN TOLOL, DAP+PKR. Alhamdulillah, andai PAS insaf dan taubat, kembalilah ke akar laluan seperti 11 Mei 1946. UMNO satu-satunya parti Islam di Bumi Melayu. UMNO ialah pimpinan menyelamat konflik Malayan Union. UMNO ialah pokok berpayungnya rakyat Malaysia.

Sudah pasti ramailah pendukung PAS, PKR dan DAP akan bersetuju dengan Negara Berkebajikan Barisan Nasional kerana Nik Aziz telah iktiraf usaha UMNO/BN selama ini.

Thursday, June 16, 2011

Siapa kata PAS lupa...

Kata Ambiga Sreenevasan,

"Perhimpunan BERSIH akan diteruskan tanpa mengambil kira apa kata sesetengah pihak ataupun laporan polis yang dibuat. Kami tidak akan berganjak dengan ugutan kerana kami memiliki pahlawan Melayu yang sedia bertempur."

Baiknya 'pahlawan Melayu' kerana mempertahankan Founder IFC aka Pejuang Murtad aka Pengerusi BERSIH. Pahlawan Cina dan India tak nak join sekali ka? Nak jadi tukang sorak saja ka sambil tengok pahlawan Melayu berdemonstrasi menentang kerajaan Melayu? Hehehe...(Gelak pahlawan Cina dan India kepada 'pahlawan Melayu')

Kata Zulkifli Nordin pulak,

"Saya ambil dari sudut tidak memahami mentaliti dan pemikiran khususnya ahli-ahli Pas, ulama-ulama dalam Pas.

Bagaimana mereka boleh memberi ataupun membenarkan seorang seperti Ambiga menjadi ketua mereka untuk “demo BERSIH”, sedangkan mereka tahu Ambiga ni bekas Pengerusi Majlis Peguam.

Semasa saya menjadi Exco Majlis Peguam, Ambiga ini Timbalan Pengerusi. Masa itu Datuk Yew Yang Pooh Pengerusi Majlis Peguam. Dan kita tahu aktiviti Majlis Peguam.

Jangan lupa, Ambiga dan Majlis Peguam ini antara tokoh yang menonjol dalam isu Interfaith Commission (IFC).

Isu IFC ini PAS tentang habis-habisan. Malahan saya ingat, saya bersama beberapa pemimpin PAS, termasuk Pemuda PAS berdemonstrasi menentang IFC.

Ada pemimpin-pemimpin PAS yang masuk penjara, dihukum mahkamah kerana menentang IFC. Ambiga terlibat secara langsung dengan IFC.

Hari ini, macam mana mereka (PAS) boleh bersengkokol dengan orang macam ini?

Kedua, Ambiga ini antara orang yang menyokong penuh kes murtad Lina Joy (Azlina Jailani). Orang PAS tak kan lupa ini.

Kita berhujan panas menentang kes murtadnya Lina Joy. Ada antara kita masuk lokap Ada kepimpinan PAS termasuk di peringkat Dewan Pemuda termasuk Ulama yang mengisytiharkan jihad.

Kafir harbi mereka isytiharkan orang yang menyokong kes murtad Lina Joy ini. Ambiga antara kepalanya.

Hari ini, saya hairan macam mana mereka boleh tidur sekongkol dan menjadikan dia ketua pula ?

Ketiga, Ambiga adalah antara mereka yang menonjol dalam membawa isu murtad. Dia orang yang menjadi dalang dalamForum Memeluk Islam. Pemimpin PAS takkan lupa. Benda tu baru berlaku 2008.

Mereka antara orang yang hadir dengan saya semasa kita membuat himpunan membantah isu memeluk Islam yang diketuai oleh Ambiga.

Jangan lupa takbir-takbir yang mereka laungkan, jihad-jihad yang mereka laungkan di depan bangunan Majlis Peguam menentang Ambiga.

Hari ini mereka boleh duduk sebantal dan boleh pula menjadikan yang paling teruk menjadikan Ambiga ketua.

Jadi, Ambiga ada niat nak memartabatkan Islam ke? Tak ada. Ada nak mempertahankan Islam? Tak ada.

Jadi, pada sayalah, kepada ahli-ahli akar umbi PAS, pemimpin mereka rosak, sedarlah. Kita ini dipergunakan sahaja." Selanjutnya di sini.


Den raso Tun M dah silap cakap la. Sepatutnya Tun M bukan sebut "Melayu mudah lupa", TAPI yang patut disebut "PAS MEMANG PELUPA"!

Rupanya PAS hanya setaraf ikan emas yang hilang ingatan selepas 3 bulan!

Wednesday, June 15, 2011

BERSIH 2.0: Warisan Yahudi bernama Abdullah Saba'

Demi melonjak momentum rakyat yang semakin menolak pakatan pembangkang, Harakah Edisi Isnin, Bil. 1648 bagai mengalun gendang perang untuk mengajak rakyat keluar beramai-ramai berdemonstrasi haram Bersih 2.0. Nik Ajis menyeru seluruh ahli PAS dan pakatan untuk menyokong demonstrasi haram tersebut. Kononnya alasan diberikan tidak ada pilihan raya yang 'bersih' dan 'tulen' di Malaysia sejak dulu, walhal Nik Aziz sendiri telah memerintah Kelantan lebih 20 tahun.

Kata Mat Sabu, demonstrasi haram Bersih 2.0 adalah sasaran awal PAS bagi memastikan kemenangan pakatan pembangkang dalam PRU-13. Menurut Ambiga Pengerusi Haram Bersih 2.0, demonstrasi diadakan bagi menuntut bersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, penggunaan dakwat kekal, akses media yang bebas, serta memanjangkan masa kempen pilihanraya hingga 21 hari.

Persoalannya, tiadakah saluran lain yang boleh digunakan? Adakah ahli parlimen pembangkang selama ini bisu untuk membahaskan isu berkenaan di Dewan Rakyat tanpa perlu berdemosntrasi? Adakah strategi pilihanraya yang diguna pakai pakatan pembangkang selama ini benar-benar bersih 100%? Tidakkah kemenangan 5 buah negeri yang dikuasai pembangkang telah membuktikan bahawa selama ini sistem pilihanraya di Malaysia adalah adil dan telus?

Kebebasan pemimpin pembangkang untuk berceramah tak kira siang dan malam di seluruh negara, pemberian permit media yang tak terkira banyaknya, penggunaan NGO sebagai pendesak, memfitnah melalui blog pembangkang 24/7 melalui media maya, sistem radio serta televisyen sendiri, termasuk kebebasan memanipulasi segala undang-undang serta sistem kehakiman sama ada sebelum, semasa atau selepas pilihanraya; tidak dianggap BERSIH dan TELUS oleh pakatan pembangkang selama ini? Adakah semua itu bukan satu indikator keadilan dalam sistem pilihanraya di Malaysia?

Persoalan kepada PAS yang kononnya berteraskan agama, adakah demonstrasi jalanan merupakan salah satu anjuran agama dalam menghadapi kekhilafan dan keterlanjuran pemerintah? Apakah hukum perlakuan demonstrasi di sisi Islam? Tiadakah cara lain atau kaedah syar’i dalam menegur dan memperbaiki keterlanjuran pemerintah?

Banyak kaedah-kaedah syar’i dalam bermuamalah terhadap pemerintah sama ada yang adil mahupun yang zalim, selagi mana mereka masih menzahirkan keIslaman dan syi’ar solat. Dalam masa yang sama, amalan syar’i ini menunjukkan betapa Islam itu adalah agama yang mengajak kepada perdamaian, membenci kekacauan, teratur, serta penuh ketenangan.

Kita sebagai rakyat boleh mempersoalkan apakah niat sebenar demontrasi haram Bersih 2.0 ini diadakan. Adakah mereka ingin jadikan tarikh 9 Julai ini sebagai "hari rusuhan dan kekacauan" sebagaimana berjayanya teori domino di Asia Barat? Amalan demonstrasi haram Bersih 2.0 sewajarnya ditolak dan wajib diboikot oleh seluruh rakyat, termasuk ahli PAS, andai ruh agama berjaya difahami dan dihayati sepenuhnya.

Amalan demonstrasi secara ganas merupakan satu amalan baru yang diada-adakan (bid’ah) dalam agama. Lebih teruk lagi, idea berdemonstrasi sebenarnya berasal daripada seorang yahudi bernama Abdullah bin Saba' yang berpura-pura masuk Islam. Dari itu, berhati-hatilah dengan setiap tindakan yang kita lakukan supaya tidak terjerumus ke dalam syi’ar kaum kuffar, kaum jahiliyyah, dan kelompok khawarij (pemberontak), kerana Nabi S.A.W. telah berpesan dengan sabdanya:

لَتَتْبَعُنَّ سَنَنَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ شِبْرًا شِبْرًا وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ حَتَّى لَوْ دَخَلُوا جُحْرَ ضَبٍّ تَبِعْتُمُوهُمْ قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى قَالَ فَمَنْ

"Sesungguhnya akan ada dari kalangan kamu (umat Muhammad) yang mengikuti jalan orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga sekiranya mereka masuk ke dalam lubang biawak pun kamu akan mengikutinya."

Kami (para sahabat) bertanya, "Wahai Rasulullah, adakah yang engkau maksudkan itu (jalan) Yahudi dan Nasara?"

Beliau menjawab, "Siapa lagi (sekiranya bukan mereka)?" (Hadis Riwayat al-Bukhari, 22/298, no. 6775)

Di hadis yang lain, Rasulullah S.A.W. mengingatkan dengan keras supaya taat kepada pemerintah dan tidak bertindak menzahirkan sikap membangkang secara terang-terangan dengan katanya:

من راى من اميره شيئا فكرهه فليصبر فانه ليس احد يفارق الجماعة شبرا فيموت الا مات ميتة جاهلية

"Sesiapa yang membenci sesuatu dari tindakan amirnya (pemerintah), maka hendaklah dia bersabar, kerana seseorang yang keluar dari ketaatan kepada pemimpin walaupun satu jengkal, sekiranya dia mati, maka matinya adalah seperti matinya kaum jahiliyyah." (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) menyebutkan:

فَإِنَّ أَهْلَ الْجَاهِلِيَّةِ لَمْ يَكُونُوا يَجْعَلُونَ عَلَيْهِمْ أَئِمَّةً؛ بَلْ كُلُّ طَائِفَةٍ تُغَالِبُ الْأُخْرَى

"Bahawasanya orang-orang jahiliyyah tidak memiliki pemimpin (yang disepakati) yang mentadbir urusan mereka, sebaliknya setiap kelompok saling bermusuhan (menjatuhkan) di antara satu sama lain." (Majmu’ al-Fatawa, 28/487 - Daar al-Wafaa’)

Bahkan Imam asy-Syaukani Rahimahullah (Wafat: 1250H) dengan lebih tegas menyatakan:

ويؤدب من يثبط عنه" فالواجب دفعه عن هذا التثبيط فإن كف وإلا كان مستحقا لتغليظ العقوبة والحيلولة بينه وبين من صار يسعى لديه بالتثبيط بحبس أو غيره لأنه مرتكب لمحرم عظيم وساع في إثارة فتنة تراق بسببها الدماء وتهتك عندها الحرم وفي هذا التثبيط نزع ليده من طاعة الإمام

"Orang yang melakukan provokasi dan kekacauan (membakar emosi rakyat) untuk membenci pemerintah, mereka wajib diberi hukuman, maka yang diwajibkan adalah menghentikan perbuatannya (agar tidak timbul kekacauan). Jika mereka tidak juga berhenti dari melakukan kekacauan (provokasi tersebut), maka mereka berhak mendapat hukuman yang berat dan dipisahkan daripada orang-orang yang mereka provokasikan, sama ada dengan cara dipenjara atau selainnya. Ini adalah kerana mereka telah melakukan suatu perkara yang sangat-sangat diharamkan dan dalam masa yang sama telah berusaha menyebar fitnah yang berpotensi mengakibatkan pertumpahan darah serta mencemarkan kehormatan yang menodai harga diri. Provokasi seperti inilah yang menyebabkan seseorang keluar dari ketaatan terhadap pemerintah." (asy-Syaukani, as-Sailul Jarrar, 1/942 – Maktabah Syamilah)


Di antara kesan-kesan buruk demonstrasi haram Bersih yang lalu ialah mengganggu keamanan dan ketenteraman masyarakat, merosakkan iklim perdagangan dan perniagaan khususnya tempat berlakunya perhimpunan, menjatuhkan imej negara, menjejaskan industri pelancongan, menjejaskan kredibiliti sesebuah pemerintahan sehingga mengakibatkan kestabilan politik terganggu, pergaduhan, kerosakan harta benda, kesesakan lalu-lintas dan pelbagai perkara buruk lagi.

Malaysia memerlukan lebih 6 bulan untuk pulih sepenuhnya akibat demonstrasi haram Bersih sebelum ini. Sedangkan telah jelas dalam al-Qur’an dan as-Sunnah, perkara-perkara seperti ini amat dibenci oleh agama.

Maka, wajarkah kita terlibat dalam demonstrasi haram Bersih 2.0 yang jelas bertentangan dengan Islam ini?

Rakyat wajib memboikot demontsrasi haram Bersih 2.0. Sebagai orang Islam, hendaklah kita kembali kepada Islam yang jelas sumber-sumber dalilnya daripada al-Qur’an dan as-Sunnah yang difahami melalui para ulama ahlus sunnah wal-jamaah. Jauhilah sikap serta tindakan yang dibina berteraskan emosi dan hawa nafsu semata-mata kerana terlalu dendam untuk menjatuhkan pemerintah yang tidak pernah pun memaksa umat Islam di negara ini untuk berlaku kufur dan menyekutukan Allah.

Kepada orang Melayu yang pastinya Islam, "Jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran."

Tuesday, June 14, 2011

Singgit jer...

1. Sebaik sesi persekolahan dibuka semula, maka kedengaranlah pelbagai rungutan ibu bapa. Belanja sekolah anak, yuran tuisyen, uniform kurikulum, yuran sekolah, bla..bla..bla..

2. Tak lama lagi IPTA dan IPTS pula akan dibanjiri penuntut-penuntut baru. Dan terdengarlah lagi rungutan, belanja anak di IPT, yuran IPT, PTPTN cekik darah, kerajaan zalim, harga barang naik, bil elektrik melambung, bla..bla..bla..

3. Yolah...boli rokok, langgan astro, pergi shopping, undi Maharaja Lawak, tengok wayang, buat wayang, boli make up, boli 5 pasang baju raya, lepak kodai tomyam, lepak kodai mamak, boli coklat kat Langkawi, boli seluar jeans kat Kelantan, bayar broadband, topup hp, join demo bersih, join demo liwat, makan sup kat ceramah pembangkang, bla..bla..bla..ado pulak duit yer?!

4. Kadang-kadang kita asyik tanya apa yang negara dah buat untuk kita...sehingga kita terlupa nak tanya diri, apa yang kita boleh buat untuk negara?

5. Cubo kita pakat-pakat peruntukkan tigo ringgit sebulan dalam bajet bulanan kita. Singgit (RM1) kita bagi kat sekolah rendah kita, lagi singgit kita bagi kat sekolah menengah kita dan singgit lagi kita bagi kat IPT yang pernah kita belajar. Kalau tak masuk IPT pun, kita peruntukkan duo ringgit (RM2); tapi kalau kita setakat sekolah rendah je, cukuplah dengan hanya singgit sebulan.

6. Cubo bayangkan jika setiap tahun sejak 1945, seramai 200 orang murid telah menamatkan pengajian darjah 6 di Sekolah Kebangsaan KGV Seremban; dan jika dihitung setakat tahun 2010, maka SKKGV telah melahirkan 13,000 orang murid.

7. Cubo bayangkan pula andai Sekolah Menengah KGV Seremban sejak tahun 1923, setiap tahun seramai 300 orang murid telah tamat pengajian tingkatan 5 dan tingkatan 6; maka keseluruhan pelajar yang berjaya menyelesaikan pengajian di SMKGV setakat tahun 2010 akan berjumlah 26,100 orang pelajar.

8. Cubo kito bayangkan lagi, setiap tahun sejak 1949, Universiti Malaya telah melahirkan kira-kira 2,000 graduan; maka jika dihitung sehingga tahun 2010, jumlah graduan yang telah berjaya dihasilkan UM berjumlah 122,000 orang.

9. Walaupun ini cumo congak kasar saja, tapi hakikatnya jiko kito peruntukkan hanya dengan singgit sebulan untuk setiap institusi pembelajaran kito sendiri sebagaimano contoh di atas, mako SKKGV akan dapat kira-kira RM13,000 sebulan (RM156,000 setahun), SMKGV akan dapat kira-kira RM26,100 sebulan (RM313,200 setahun) dan UM akan dapat kira-kira RM122,000 sebulan (RM1.4 juta setahun).

10. Mako banyak masalah akan selosai. Bil utiliti akan setel, program sekolah diberi percumo, uniform kurikulum tak payah boli, peralatan sukan dapek free, yuran tuisyen dapek ditanggung, pelajar-pelajar susah di sekolah dan IPT dapat dibantu etc. Pendek kato, sonang kojolah.

11. Alumni kami sudah lama lakukan ini. Program yang kami namakan "Singgit Jer" telah membantu ramai junior, terutama pelajar-pelajar susah, yang kurang duit belanja bulanan, serta tidak mampu membeli buku rujukan yang mahal. Cuma kami belum mampu memulakan program yang sama di sekolah lama kerana tiada pihak yang dapat menguruskannya, selain kurang mendapat sokongan ahli alumni sekolah sendiri.

12. Bayangkan pula jika semua ahli kelab, persatuan, NGOs, termasuk kariah surau dan masjid etc. pakat-pakat menyumbang singgit sebulan di setiap institusi yang mereka sertai, pasti banyak masalah akan selesai.

13. Sebenarnya pelbagai perkara mampu diatasi jika kita benar-benar ikhlas bersatu membangunkan negara ini. Kadangkala modal yang diperlukan tidaklah sebesar mana, tapi jika ada keinginan, segalanya berkemungkinan.

14. Ramai yang sering merungut serta menyalahkan pihak lain atas kelemahan serta ketidakmampuan diri. Tapi adakah inisiatif di pihak kita sendiri untuk mensejahterakan kehidupan?

15. Apo tunggu lagi...SINGGIT JER!

Monday, June 13, 2011

Dr HASSAN ALI DIGULING: DAPig menonggeng & PKR menjubor

Apabila diumumkan pesuruhjaya PAS yang baru bagi 5 buah negeri, memang dah jangka sangat Dr. Hassan Ali akan digulingkan.

Ini rentetan daripada pertelingkahan beliau dengan pucuk pimpinan DAPig dan PKR Selangor yang tidak berkesudahan.

Dengan isu arak, rumah urut, pelacuran, kelab malam dan kongsi gelap yang tumbuh bak cendawan menjadi agenda utama DAPig; ditambah pula perseteruan halus Hassan Ali dengan Khalid Gagap, menambahkan lagi runcing kedudukan beliau.

Apatah lagi diberitakan Hassan Ali amat tidak sehaluan dengan Khalid Gereja yang menimbulkan perpecahan dua puak di dalam PAS Selangor.

Manusia yang ditabalkan isterinya sebagai 'manusia ANUgerah Tuhan' telah mengarahkan boneka-bonekanya yang menang dalam Muktamar PAS baru-baru ini, menyerang bahkan menyisihkan terus pemimpin yang tidak sehaluan dengan ANUwar; malahan kalau ada yang setuju bahawa Bro ANUwar Bin Ibrahim adalah peliwat utama negara dan kaki China Doll seMalaysia, maka kerjaya politik mereka-mereka itu perlu dihapuskan.

Maka dilantiklah boneka bernama Abdul Rani Osman, yang tiada satu pun kejayaannya dapat dibanggakan di Meru selain menjadi YB kawasan tersebut.

Masih tidak terlewat untuk PAS menangani perkara ini dengan betul walaupun kurang bijaksana. Ingat, yang terlentang meniarap di atas jalan di Perak dahulu hanyalah orang-orang PAS tanpa ada seekor pun DAPig.

Sampai bila harus ditunggangi oleh DAPig? Sampai bila harus dibalun dubur oleh PKR?

Selepas ini siapa lagi yang akan dikorbankan? Dr. Harun Din? Ntahlah. Yang pasti DAPig dan PKR Selangor sedang bersorak kegirangan.

Yang penting bak kata Bro ANUwar Bin Ibrahim, "Yang belakang itu lebih misteri dan indah berbanding depan. Tapi nak buktikan straight, kena la belasah China Doll juga."

Program Transformasi Belia

Pak Sedaro difahamkan bahawa Modul Latihan Transformasi Pemimpin Perdana Majlis Belia Malaysia sedang rancak diselaraskan. Menurut berita yang dikhabarkan, tidak kurang 80 orang peserta telah ikuti Siri 1/2011 di Carol Bay Resort, Pulau Pangkor pada 10-12 Jun 2011. Mereka ini merupakan barisan pelapis kepemimpinan dari blok Zon Utara. Mungkin mereka ini, perwakilan daripada MBN Perlis, Pulau Pinang, Kedah dan Perak. Mungkin juga disertai oleh badan-badan gabungan lain.

Menurut maklumat perisikan, Pak Sedaro dimaklumkan bahawa 90% yang hadir ialah ahli biasa, yang langsung tiada kefahaman organisasi masing-masing secara khusus. Apalagi, bila mula disungkit dengan subjek paling berat dan jarang benar diteroka oleh pengamal undang-undang iaitu Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668), Akta Pendaftaran Pertubuhan (Akta 335) dan Perlembagaan Persekutuan 1957. Ramai yang hanya melopong dan menganga, kerana hujah dan perbahasan ilmu yang dimaksudkan kepada pemimpin yang sepatutnya, sedang diamati ibarat "proses mencandat sotong".

Difahamkan 4 kertas berfikir utama dibentangkan, iaitu SWAR DIRI "mekanisme transformasi pemimpin belia mengikut perspektif MBM", 1 Belia 1 Malaysia daripada tafsiran ilmu MBM, Akta 668 & Perlembagaan Persekutuan 1957, Perkongsian Agenda Transformasi GPMS sebagai "Best Practises".

Beberapa mauduk fikrah yang wajar disambut oleh peserta hatta pemimpin semasa Badan Gabungan MBM dan Majlis Belia Negeri-Negeri, ialah:

i. Penjawat nombor wahid hingga ke -15? Di mana mereka? Pemeriksa kira-kira MBN pun tidak komited kepada perspektif dan haluan fikir Transformasi MBM!

ii. Dalam konteks berkepemimpinan di Malaysia, apakah tindak balas menghantar ahli-ahli biasa ke program yang diangkat atas nama PEMIMPIN PERDANA atau niat mudahnya "PEMIMPIN TERTINGGI" yang dicetak MBM sebagai Badan Pertubuhan Kebangsaan Utama dianggap tidak mustahak, tidak wibawa dan tidak prestij!

iii. Apakah pemimpin nombor 1-15 dalam Oraganisasi Induk, mahir dan arif soal-soal Gagasan 1 Malaysia? Agenda Transformasi Kepemimpinan MBM? Makna dan maksud tersirat Akta 668 & Perlembagaan Persekutuan 1957? Berswadaya dan Siap siaga untuk begitu BERANI memukul gendang perang penuh bil-hikmah seperti Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung?

Daripada maklumat dipercayai, hujung minggu ini 17-19 Jun 2011 Siri 2/2011 Transformasi Pemimpin Perdana MBM akan berlaku di Port Dickson. Seterusnya Cherating, Melaka dan Sabah. Gamaknya, 80x5=400 orang akan terlibat dalam senario Modul Latihan Transformasi Pemimpin Perdana MBM.

Pak Sedaro fikir, alangkah molek jika penjawat utama dari pasukan kerja MBN atau Badan Gabungan terlibat, kerana inilah matlamat khusus MBM untuk Modul Latihan Transformasi Pemimpin Perdana MBM. Apakah sasaran akhir, MBM kepada penjawat utama:

i. Mungkin mereka sudah boleh mengatur objektif dan business plan organisasi selaras dengan NKRA dan NKEA Malaysia.

ii. Mungkin mereka sudah boleh memberes kemelut dan polemik berkepemimpinan, dan membina Key Result Area serta Operational Business Objectives untuk MBN dan Badan Gabungan, mengikut Tsunami Gagasan 1 Malaysia.

iii. Mungkin mereka sudah boleh membuka fikrah dan mematang ilmu dalam Akta 668 dan Perlembagaan Persekutuan 1957, yang mana, inilah senjata paling ampuh yang kini dimiliki, diwarisi dan dipusakai oleh kepemimpinan selepas 2007. Inilah bukti bahawa pemimpin belia sedang disinergi untuk bertindak dalam fenomena baru, ke arah Negara Maju.

iv. Mungkin inilah mauduk aspirasi membina halaqah dan harakah Gagasan 1 Malaysia dan kewujudan Parlimen Belia.

Semoga semua Presiden MBN dan Badan Gabungan MBM ambil perhatian isu ini. Anda sedang dinilai dan dipertimbangkan kedudukan saudara-saudari.

Sunday, June 12, 2011

Kabinet bincang isu IPP

Kabinet telah menubuhkan satu jawatankuasa bagi mengkaji pelbagai aspek termasuk isu pengeluar tenaga bebas (IPP) dan bekalan tenaga kepada negara pada masa depan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata jawatankuasa tersebut melibatkan tiga Menteri iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dan beliau sendiri.

"Jawatankuasa ini akan berbincang mengenai pelbagai aspek dan bukan masalah IPP semata-mata...antaranya ialah mengenai kos dan soal masa depan kerana terdapat di antara konsesi IPP akan tamat pada 2014 dan 2015.

Kita turut membincangkan bagaimana untuk berhadapan dengan masalah ini di masa depan," katanya kepada pemberita selepas merasmi Pusat Aktiviti Rukun Tetangga Kampung Tengku Hussin di sini Ahad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yang mencadangkan agar kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat konsesi IPP.

Syarikat-syarikat IPP dikatakan mengaut keuntungan berpuluh kali ganda daripada hasil pembekalan kuasa kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Ahmad Husni berkata jawatankuasa itu akan membentangkan laporan kepada kabinet sebaik sahaja disiapkan.

"Kami tidak diberikan sebarang tempoh untuk pembentangan itu tetapi apa yang ingin katakan di sini ia akan tetap mengambil kira keperluan rakyat dan ia akan diutamakan," jelasnya.

"Kajian itu kelak akan mengambil kira soal pembangunan dan subsidi yang kian meningkat, jadi, saya minta semua pihak menunggu pembentangan laporan itu kepada kabinet," tambahnya.

- Bernama

Saturday, June 11, 2011

Buku JingGAY

Secara jasad dan rohnya, Kumpulan Partai PKR+DAP+PAS+PRM tidak pernah bersetuju untuk terlibat sebagai sebuah Pasukan Pembangkang Kerajaan BN yang baik, apatah lagi bertindak sebagai Kerajaan Pembangkang di Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan 9 bulan di Perak yang baik. Tiada dalam mana-mana kamus parti PAS+DAP+PKR+PRM bahawa penyelesaian rakyat, perjuangan kemakmuran, keadilan sosial dan persaudaraan rakyat menjadi Pelan Manifesto mereka.

Sesuatu yang PASTI ialah perjuangan menghancur dan meranap Demokrasi Raja Berperlembagaan yang diamanahkan sejak terkuburnya Malayan Union 1 Julai 1946, kegilaan strategi Komunis mengikut kitab Koumintang tentang keadilan sosial iaitu 10 sen Bangsa Melayu=Kaum-kaum Lain, persaudaraan rakyat berkiblat Syiah, Qadariah, Muktazilah, Jabariah, Freemasonry dan Komunis. (inilah Resepi Buku Jingga yang Pak Sedaro re-named sebagai Kitab Kultus JingGAY)

Ada tujuh (7) isu yang diapikan oleh Kultus JingGAY:

1. Bebanan rakyat, kerana Gaji tak naik! Alhamdulillah mudah yo, jawabnya. Apakah Kultus JingGAY memerintah, mereka boleh jamin perihal Gaji naik atau tak naik, barang baik tak naik, barang tak baik naik! Sedarkah kalian bahawa Kerajaan bukanlah institusi berpaksi perniagaan dan mustahil boleh UNTUNG. Namun demikian, hasil cukailah yang memakmurkan sumber pendapatan negara. Bila mana Pakatan JingGAY buat perarakan besar-besaran, buat rusuhan memBABI buta, manipulasi rumah-rumah ibadat baik Masjid, Gereja, Kuil dan Tokong sejak 1998 tak kesudahannya! Maka segala hutang kerosakan dan binasa yang berjaya dilaksanakan oleh Kultus JingGAY, berjaya hari ini MEMBEBANKAN RAKYAT JELATA. Pelabur ramai keluar daripada masuk. Nilai pelaburan makin membesar tapi untung kepada Kerajaan makin mengecil. Bebanan rakyat ialah ciptaan Penasihat Ekonomi Selangor yang dibayar RM1.

2. Ekonomi terus jatuh ialah implikasi ekonomi dunia. Jika ekonomi dunia meningkat, khususnya sandaran matawang dunia iaitu USD, maka berbaliklah kesannya. Petronas merupakan penyumbang utama kepada sumber pendapatan negara, sejak mula wujud Petronas telah menyumbang sebanyak RM 1 ribu billion kepada Perbendaharaan. Hari ini, tindakan Anwar Ibrahim, apabila disabitkan dengan urusan mahkamah, dengan senang lenang, naik flight ke luar negara dan menempat diri sebagai Perdana Menteri Bayangan. Perdana Menteri bodoh yang digelar oleh CNN, BBC, ABS, Al-Jazeera kerana hujah ekonomi Anwar Ibrahim ialah hujah paling tolol yang didengari. Tiada logika ekonomi, kerana channel ini sedar bahawa Anwar Ibrahim ialah pendukung ortodok Pluralisme & Liberalisme. Kerja buat Anwar Ibrahim semakin "merudumkan" ekonomi makro Malaysia.

3. Kerosakan sistem pemerintah mengikut pandangan Barat ialah kerana Kerajaan UMNO/BN sering tidak setuju dengan pakatan IMF dan World Bank. Pendirian Negara dalam beberapa isu keselamatan antarabangsa, isu Palestine, isu pembekalan makanan kemanusiaan, isu Israel dan isu pembanguna tamadun yang tidak sepadan dengan "garis panduan" Zionis mengakibatan, Malaysia dilapor sebagai punya sistem pemerintahan yang rosak. "Kepala hotak kaulah Freemason".

4. Hak rakyat dinodai!? Satu falasi yang penuh ambiguiti. Dalam Bab 2 Perlembagaan mula Perkara 5 hingga Perkara 13, tidak satu pun dihujah dan dibahaskan oleh Pembangkang secara tertib dan berilmu. Diambilnya kes-kes terpencil seperti Teoh Beng Hock iaitu barua Ronnie Lieu yang sanggup "makan kencing tikus" pun namun memilih untuk terjun tingkap. Kisah Kugan dan remaja yang tertembak oleh polis. Bab tertembak pun di salah UMNO/BN. Di manakah kewarasan perundangan yang diangkat? Berapa ramai dalam pakatan DAP+PAS+PKR ahli sarjana undang-undang. Ramai gila, namun, mereka semua hanya tahu mengila duit-duit-duit bila berkuasa. Tidak waras membahas hujah perundangan. Kalau tak tahu menari, jangan tuduh lantai tidak rata.

5. Ketegangan hubungan kaum! Wah satu lagi, rembesan hingus JingGAY. Banyak dalam wacana Paneh menghuraikan fenomena dan senario ini, tak perlu diulas. Namun, suka Pak Sedaro pesan. Selagi mana DAP tidak mengakui bahawa hukum Negara ini berasaskan Perundangan yang berpaksi Perkara 3, dan kekuatan Perkara 121. Maka, Komunis terus subur dalam benak fikir mereka.

6. Rasuah bermaharajalela! Sejak Anwar Ibrahim menduduki kerusi Menteri Kewangan, bermulakan tragedi rasuah wang dan rasuah kedudukan politik. Anwar Ibrahim yang mahu bertanding Timbalan Presiden UMNO memulakan gerakan MAUT rasuah ini. Mengikut rekod Anwar Ibrahim telah leburkan RM 1 billion untuk tujuan rasuah. Dan hampir meranapkan negara pada 1997, jika tidak dikekang dengan had USD 1=RM 3.80 oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad. Subjek ini juga telah dibahas panjang menjela dalam Paneh.

7. Krisis Pendidikan!? Satu lagi elemen yang berkait rapat dengan Anwar Ibrahim. Semasa dia ambil kerusi Menteri Pendidikan, dia perkenal dan ubah macam-macam pendekatan, kononnya maju. Maju kepala hotak hangpa!, Anwar Ibrahim memperkenal teknik membodohkan umat. Itulah sebab yang menyokong Anwar Ibrahim di kalangan anak muda, ialah kelompok 3M iaitu Money, Main, Menipu. Anwar Ibrahim ialah Bapa Kerosakan Minda Rakyat Malaysia, satu gelaran transformasi Anwar Ibrahim.

Buku JingGAY ialah manifesto yang ditiru bulat-bulat daripada Gagasan 1Malaysia. Semua yang dibahas dalam buku JingGAY ialah usaha-usaha yang telah, sedang dan terus dimantapkan sehingga terbubar sebuah mukim yang namanya Malaysia. Tiada apa yang baru, yang baru hanyalah kupasan-kupasan bersifat "politik mustahil dalam polemik kemerosotan ekonomi dunia". 100 hari dah masuk 1000 hari. Buku JingGAY yang menjadi kitab cetakan dan rujukan kumpulan HARAM "Pakatan Rakyat" kerana tidak pernah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia mengikut Akta 335 (1966) sedang di lamun "politik fatamorgana" dan "anda sudah loose".

Kepada pengemis dan pencacai pakatan haram PKR+PAS+DAP, Pak Sedaro jemputlah makan kodok buatan tangan Tsunami Transformasi Tanahair.

Allah Hu Akbar.

Thursday, June 9, 2011

Pantau Maybank dan CIMB

NUBE mengeluarkan flyers yang menjelaskan kenapa Maybank begitu rakus dan sadis mengerjakan DUIT pendeposit dan sebagainya. Satu analisa yang perlu dikaji secara mendalam, penuh bil-hikmah oleh Khazanah Nasional dan Pasukan Pemikir Kewangan Negara di bawah selia YAB Menteri Kewangan.

Maybank mempunyai tenaga kerja paling ramai dalam sektor perbankan di Malaysia yakni sekitar lebih 10,200 orang pekerja. Hari ini Maybank memberi pulangan dalam bentuk Zakat dan Cukai kepada Negara sebanyak lebih RM12 bilion setahun. Mengapakah BNM tidak analisa sentimen yang meragam dan menghancurkan ini? NUBE pun bijak, tidak sewenangnya mengeluarkan notis secara nyata di Bandaraya Kuala Lumpur dalam 4 bahasa.

Akhirnya nak ditonjolkan ialah Saudara Abdul Wahid, seorang lagi anak periuk dan dapur MRSM menduduki kerusi CEO dan Pengarah Urusan Kumpulan Maybank yang menerima gaji/imbuhan/ganjaran setahun sebanyak RM4,679,000, yang jika dibahagi ikut kiraan hari akan berjumlah RM12,819.18 sehari. Banyak tu beb, untuk orang marhaen. Kat mana dibelanjakan duit sedemikian banyak?

Apakah iklan harimau banyak belanja? Maybank melebur duit untuk Malaysia Gold Open 2011 dalam bentuk hadiah tunai sebanyak RM7.5 juta dan sejak 2009 dan 2010, pelaburan masing-masing untuk kejohanan ini berjumlah RM6.4 juta! Isu yang besar, apakah ini sumbangan Maybank kepada Budaya Inovasi, Budaya Ilmu, Budaya Ketepatan dan Budaya Berprestasi Tinggi Gagasan 1Malaysia?

Laporan yang berkembang biak mengatakan banyak duit pencen kakitangan awam diurus oleh Maybank, sampai ada yang kena "makan" dek kaum dalam akaun. Yolah, bukan CEO, COO, CFO atau CMO yang belasah, tetapi pekerja Maybank yang sapu, dan dikhabarkan sistem firewall serta pengurusan keselamatan akaun pemilik Maybank tidak MANTAP!

Maybank dan CIMB ialah dua buah bank perdagangan tempatan yang kerap menjadi wahana scam oleh penjenayah siber dan penggelap duit. Ini terkesan kepada sistem makro ekonomi negara. Bahagian Perisikan Kewangan BNM kena melihat ini sebagai isu rakyat yang menjahanamkan Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional.

Hari ini, wang kertas pada nota cetakan RM1,000 dan RM500 masih ada di pasaran yang dibekukan. Pak Sedaro diberitakan dikalangan pasaran korporat, wang kertas tersebut berjumlah RM83 billion. Nota ini bermula dengan siri ZX.....! Bank Negara Malaysia kena bertindak balas segera, kerana nota ini dikhabarkan masih laku didagangkan jika pembekuan ke atas wang kertas RM1,000 dan RM500 itu ditarik semula. BNM tidak boleh cetak matawang melampau kerana akan jadi DUIT PISANG di zaman Jepun.

Hari ini, MSM yang memiliki ladang tebu ialah hak Felda yang sedang diapung di Bursa Malaysia. Jangan dipolitikkan isu ini kerana ini amalan korporat lazim. Namun, bagaimana natijah Perkara 153 memberi kesan kepada ekonomi bidangan dan mikro Umat Melayu yang tak sudah disogok dengan mauduk dengkel dan singkat?

Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) diunjurkan hanya untuk sasaran 8,000 orang sahaja, sedangkan hujung tahun akan bertambah lagi bilangan graduan. SL1M mesti mampu memberi impak kepada 200,000 graduan Malaysia setiap tahun, barulah Barisan Nasional PASTI MENANG PRU-13.

Wednesday, June 8, 2011

'Bagus' Lim Kit Siang ni...

1. DAP didaftarkan oleh Ahli Parlimen PAP Bangsar, Devan Nair yang tiada parti selepas PAP diarah bubar susulan perpisahan Singapura dari Malaysia.

2. Lim Kit Siang ketika itu adalah Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP merangkap Editor akhbar "The Rocket" sejak 1966-1969.

3. Kit Siang adalah satu-satunya ahli Parlimen yang bermula dari zaman Tunku Abdul Rahman sehinggalah ke zaman Perdana Menteri ke-6 iaitu Dato' Seri Najib Tun Razak.

4. Kit Siang kali pertama bertanding dalam pilihanraya umum ialah pada 1969 di Bandar Melaka dan menang.

5. Sejak itu Kit Siang akan melompat ke kerusi Parlimen yang sesuai serta mampu dimenangi DAP dengan mudah.

6. Bapak segala racist ini hidup berpindah randah dan sering bertukar kerusi Parlimen berdasarkan jumlah sokongan pengundi Cina terhadap DAP; dan bukannya kerana dia benar-benar ingin membangunkan kawasan atau memberi khidmat di kawasan yang dimenanginya dalam pilihanraya.

7. Sehingga kini beliau sudah bertukar sebanyak 6 kerusi parlimen. Bermula dari Bandar Melaka (1969-1974,) Kota Melaka (1974-1978), Petaling Jaya (1978-1982), balik ke Kota Melaka (1982-1986), pindah ke Tanjong (1986-1999) dan akhirnya kini di Ipoh Timur (sejak 2004).

8. Kit Siang juga adalah Ahli Dewan Undangan Negeri di Kubu, Melaka (1974-1982), Kampong Kolam, Penang (1986-1990), dan Padang Kota, Penang (1990-1995).

9. Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng pernah pulang ke kampung asal mereka di China pada bulan November 2008 iaitu selepas DAP menang besar di PRU-12 dan Guan Eng menjadi KM Pulau Pinang. Kit Siang dari susur galur keturunan orang asli Minnan di Zhang Zhou, Fujian, China dan sempat berjumpa abang ipar berusia 80an dalam lawatan ke kampung asalnya itu pada 2008.

10. Guang Eng kini mengikuti jejak langkah bapanya yang berpindah dari Melaka ke Pulau Pinang.

11. Ramai yang berharap selepas ini Kit Siang anak beranak akan berpindah terus ke parlimen baru iaitu "parlimen kubur"!

Idea asal sini.

Tuesday, June 7, 2011

PAS lebih berani berbanding UMNO

1. Ramai yang mengulas mengenai barisan baru kepimpinan Pas yang dipilih perwakilan semasa Muktamar Pas ke-57. Penulis kalangan kami di Paneh Miang juga tidak ketinggalan mengulas berkenaan isu pemilihan pucuk pimpinan Pas yang kelihatan 'luar biasa' berbanding Muktamar Pas sebelum ini.

2. Pada kami, masing-masing ada hak untuk bersuara serta mengkritik. Lagipun blog ini juga turut meraikan kepelbagaian pendapat dan perdebatan. Kerana itulah kami tidak set kan comment moderation kerana menjangkakan para pemberi komentar berkeupayaan berdebat atau berhujah secara ilmiah. Tapi kalau dah mereka lebih suka mencarut, nak buek camno. Dah itu saja tahap mentaliti tukang komen. Bak kata sahabat kami, "Mak bapak dia tak ajar..."

3. Walaupun mungkin ada yang tidak menyukai pilihan yang dibuat perwakilan Pas dalam menentukan barisan kepimpinan baru, namun secara peribadi, kami kagum dengan keberanian perwakilan Pas dalam menentukan hala tuju parti mereka. Sama ada Pas akan bergelut dengan masalah setelah mengangkat golongan pemimpin Erdogan selepas ini, itu kami tak nak campur. Kami cuma mahu ulas berkenaan sifat berani membuat perubahan dikalangan perwakilan Pas yang mana sifat sebegitu tiada pada perwakilan UMNO.

4. Sejak dulu, perwakilan UMNO lebih cenderung mengangkat pemimpin dari susur galur keturunan yang pernah berjasa pada UMNO. Bidalan, "Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa" telah menjadi prinsip tidak rasmi perwakilan UMNO sejak sekian lama. Kerana itu kita cenderung melihat individu seperti Hussein Onn, Abdullah Badawi, Najib Razak, Hishamuddin etc. diangkat sebagai pemimpin, sedangkan jika dinilai dari segi keupayaan kepimpinan, mereka ini tidak layak pun digelar pemimpin. Adakah selama ini ahli UMNO memilih pemimpin dengan andaian sekiranya si ayah itu hebat, maka si anak akan turut menjadi hebat? Jika begitulah kriteria pemilihannya, maka tidak hairanlah ramai pemimpin UMNO hari ini macam hampeh.

5. Banyak lagi nama pemimpin UMNO yang boleh disenaraikan sebagai individu yang tidak disukai rakyat, tetapi masih diangkat oleh perwakilan UMNO sebagai pemimpin. Nama-nama seperti Hishamuddin, Nazri Aziz, Zahid Hamidi, Ismail Sabri, Shabery Cheek, Khairy Jamaluddin, Rais Yatim, Khaled Nordin, Saifuddin Abdullah etc. adalah individu yang tiada political favor di kalangan rakyat, tapi masih lagi dijulang sebagai pemimpin dikalangan perwakilan UMNO, sama ada di peringkat bahagian, mahupun dalam pemilihan jawatankuasa pusat.

6. Mungkin perwakilan UMNO dah terlebih makan budi sehingga mengangkat individu yang tidak selayaknya menjadi pemimpin. Timbalan Ketua Bahagian UMNO Jelebu pasti tak setuju dengan kenyataan kami ini. Katanya, kami di Paneh Miang tidak berlaku adil dalam mengkritik sehingga mengguris hati UMNO di peringkat akar umbi. Habih nak buek camno bang, dah perwakilan UMNO songal bonar sampai tak buleh nak bezo yang mano intan, yang mano kaco. Sobab selalu bonar termakan budi, mako tergadailah kepentingan rakyat.

7. Terimalah hakikat, berbanding perwakilan Pas, perwakilan UMNO dilihat lebih bacul dan penakut untuk melakukan perubahan dan lonjakan. Perwakilan UMNO jelas tidak berani menolak pemimpin yang dah terang-terangan tidak disukai rakyat. Contoh terbaik ialah UMNO Bahagian Sembrong. Hampir setiap masa rakyat menghentam Ketua UMNO Bahagian Sembrong selaku Menteri KDN, tapi perwakilan cawangan ke bahagian UMNO Sembrong tetap juga pilih si bacul tu jadi ketua. Bukan ke paloi namanya tu.

8. Di Negeri Sembilan, antara pemimpin-pemimpin di peringkat Bahagian UMNO yang dah lamo dibonci rakyat, tetapi masih kokal di tampuk kuasa, antaranya Bahagian Seremban, Bahagian Jelebu, Bahagian Jempol, Bahagian Kuala Pilah dan Bahagian Rasah. Persoalan rakyat kat bawah ni, "Bilo mereko semuo tu nak berambus?" Tapi disebabkan perwakilan UMNO pun lahir daripada keturunan "Gallus gallus domesticus", maka kekalkan mereka-mereka itu di singgahsana kuasa.

9. Kami difahamkan, bagi memastikan Ketua UMNO Bahagian Seremban berundur dari arena politik, beberapa kompromi terpaksa dibuat. Antaranya, Ketua UMNO Bahagian Seremban telah dijanjikan jawatan senator, serta bakal dilantik sebagai timbalan menteri sekiranya beliau setuju untuk berundur. Sampai ke tahap itu kompromi yang terpaksa dilakukan semata-mata untuk memastikan Ketua Bahagian itu tidak memboikot parti, seandainya beliau tidak dicalonkan dalam pilihanraya akan datang. Walhal jika perwakilan UMNO berani sedikit, sudah tentu pemimpin sebegini mudah saja diketepikan tanpa perlu pun sebarang kompromi.

10. Sebab itulah sepatutnya pemilihan jawatankuasa UMNO seeloknya diadakan sebelum PRU-13 supaya senang rakyat menilai keikhlasan UMNO dalam agenda mengutamakan rakyat. Bukannya bagi alasan pemilihan jawatankuasa UMNO perlu ditunda kononnya kerana ingin mengekalkan perpaduan serta mengelak berlakunya perpecahan dalam parti. Nampak sangat alasan hipokrit! Sepatutnya, jika pemimpin UMNO benar-benar ikhlas memperjuangkan Alif Ba Ta selama ini, tanpa sebarang jawatan dalam parti pun boleh saja kalau hendak bersatu dan menyumbang.

11. Ahli dan perwakilan UMNO perlu berubah dan melakukan anjakan dalam pemikiran. Pemimpin has been dan tidak disukai rakyat wajib ditolak. Jika perwakilan Pas berani membuat perubahan dengan memperjudikan pemilihan pemimpin yang bakal menghancurkan parti sendiri, itu mereka punya pasal. Yang penting, ahli dan perwakilan UMNO sepatutnya lebih berani berbanding Pas dengan menolak pemimpin bingai dan sekaligus mengangkat pemimpin UMNO yang benar-benar ikhlas berjuang mendaulatkan aspirasi UMNO dan Melayu.

12. Arghh...cakap banyak pun tak guno. Bukannya ahli UMNO berani berubah pun...

Monday, June 6, 2011

KPKK membela hantu...

Sejak akhir-akhir ni, tanpa disedari negara kita menerima langsangan media secara keterlaluan oleh segerombolan hantu dan jin pelbagai spesies dari luar negara. "Serangan" ini berlaku secara nyata dan terancang melalui pelbagai medium sama ada media massa, elektronik ataupun media baru. Entah kenapa Lembaga Penapis Filem dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan boleh meluluskan filem dan drama sebegini.

Penerbit filem mahupun drama tempatan tidak terlepas dalam mempopularkan genre seram ini. Sama ada di pawagan seperti Jangan pandang Belakang Congkak, Toyol, Rasuk, Gentayangan, Syirik, Histeria, Khurafat, Mantra, Misteri Dendam Balan, Momok Jangan Panggil Aku, Seram Sejuk, Karak; malahan juga di kaca televisyen turut disediakan slot khas drama genre seram seperti Damping Malam, Durja Ningsun, Saka Jentayu, Puaka Niyang Rapik, Anak Betong, Bilik 13, Susuk, Kliwon dan Mantera Anjasmoro. Tidak cukup dengan itu, slot jom rileks TV3 jam 3 petang disogok lagi dengan cerita haprak dari seberang bagi tontonan anak-anak khususnya diwaktu musim cuti sekolah ini.

Seakan menjadi suatu trend para penggiat seni terutama pembikin filem dan drama, semakin berminat menggambarkan aksi-aksi seram dan mistik dalam hasil karya mereka. Fitrah naluri manusia yang cenderung kepada perkara baru telah mendorong ramai penggiat seni menjadikan jalan cerita sebegini sebagai modal mempromosikan karya mereka. Setiap filem atau drama yang disajikan didakwa membawa mesej kepada penonton. Alasan yang seringkali diutarakan oleh penerbit dan pengarah filem dan drama ialah, melalui naskah seni yang dipaparkan, konon dapat membuka mata masyarakat terhadap keburukkan berdamping dengan jin dan syaitan. Tetapi yang banyak terpapar dilayar filem dan drama seram mistik ini hanyalah elemen khurafat serta tahyul yang dibantu kesan solekan, penata rias, sinematografi dan sistem CGI yang canggih; sekaligus menenggelamkan elemen positif yang ingin di sua kepada penonton. Di sebalik alasan itu juga, tujuan utama filem dan drama dihidangkan ialah bagi menarik penonton ke pawagam atau terperap di hadapan TV, dengan cerita-cerita rekaan hantu dan dongengan menakutkan.

Unsur tahyul sebegini telah memberi satu signifikan yang besar kepada pemikiran masyarakat kita. Pemikiran tahyul secara halus telah kembali mengambil tempat dalam minda masyarakat, pada masa kita sedang menuju negara maju. Natijahnya umat Islam akan terpesong daripada akidah dan negara kita mungkin gagal mencapai standard kemajuan yang disasarkan. Justeru, adakah kita ingin kembali pada zaman di mana pemikiran animisme begitu kuat dalam masyarakat kita suatu ketika dahulu, ataupun kita ingin melihat masyarakat kita mempunyai pemikiran minda kelas pertama yang sering dislogankan oleh kerajaan?

Dengan lain perkataan, ke mana sebenarnya yang hendak dibawa aras pemikiran masyarakat khususnya kepada remaja dan kanak-kanak. sedangkan pada masa sama anak-anak kita dilambakkan dengan filem genre seram, mistik dan tahyul. Ia tidak langsung membantu menggerakkan masyarakat bekerja kuat, cekal dan tabah dalam meningkatkan produktiviti menuju negara maju 2020. Implikasinya dalam jangka panjang, masyarakat kita akan menjadi insan yang bersifat negatif, diselebungi ketakutan yang tidak menentu, pasif dan sentiasa dalam kebingungan.

Peter Gay menulis sebuah buku bertajuk "The Cultivation of Hatred", menyatakan bahawa dalam sesebuah komuniti lapisan sosial pada setiap abad, manusia akan mencipta satu budaya baru. Mengambil kata-kata Peter Gay, jika ia benar-benar berlaku, dapat kita lihat bahawa kita generasi hari ini sedang melakukan kesilapan apabila cuba menyemai satu budaya tidak sihat dikalangan generasi akan datang.

Cerita rekaan mengenai makhluk halus, khususnya hantu dengan pelbagai nama kini semakin berleluasa menghantui masyarakat Melayu. Jika kemunculan filem genre ini atas faktor mengaut untung semata-mata, maka disarankan kepada pihak yang berkenan agar kebenaran, lesen dan autoriti pembikin-pembikin filem dan drama ini dibeku serta diharamkan.


Makhluk halus seperti Jin dan Syaitan sememangnya wujud, hidup bersama manusia di atas muka bumi Allah. Di dalam al-Quran terdapat 40 ayat yang bercerita mengenai penciptaan, peranan dan kisah tentang kewujudan syaitan, jin atau makhluk halus ini. Dalil asas yang biasa kita ketahui membuktikan kewujudan mereka adalah dari sepotong ayat Al-Quran;

"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku." (Al-Dzariat:56)

Di riwayatkan juga satu sirah yang agak masyhur dicatatkan oleh Ibnu 'Abbas ketika mana Rasulullah s.a.w. sedang bersolat bersama para sahabatdi suatu tempat bernama Tihamah. Ketika itu telah melintas sekumpulan Jin yang kebetulan melalui kawasan tersebut. Maka didengari setiap bacaan ayat suci Al-Quran dengan begitu cermat, lalu mereka berkata;

"Demi Allah, inilah (dengan diutuskan Rasulullah) yang menghalangi kita dari mendengar berita-berita dari langit."

Kisah ini dirakamkan serta menjadi Asbab Nuzul kepada penurunan ayat pertama dari Surah Al-Jin (72:1).

Bagi masyarakat Melayu, kewujudan syaitan, jin atau makhluk halus ini lebih sinonim diistilahkan dengan nama HANTU. Hantu yang sering digambarkan mempunyai kuasa tertentu bagi mengganggu kehidupan manusia. Media pula seringkali mempertontonkan kepada masyarakat bahawa makhluk-makhluk ini mempunyai kuasa luar biasa yang tiada tolok bandingnya seolah-olah menidakkan kuasa yang Maha Besar; Allah Taala. Masyarakat terpimpin untuk pergi menemui kahin (dukun) apabila ditimpa satu musibah rentetan daripada kebolehan luar biasa jin ini. Inilah penyebab masyarakat lebih takutkan hantu berbanding takutkan Allah Taala.

Dari Abu Hurairah Radiallahu 'anhu, daripada Nabi Sallahu alaihi wasallam bersabda;

"Barangsiapa yang mendatangi kahin (dukun) dan membenarkan apa yang ia katakan, sesungguhnya ia telah kafir terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad Sallahu 'alaihi wasallam." (HR Abu Daud).

Berbalik pada topik perbincangan, kesan filem serta drama seram, mistik dan tahyul amat dasyat kepada pemikiran serta tindakan remaja atau kanak-kanak sebagai pewaris generasi masa hadapan. Kajian yang dibuat oleh ramai sarjana barat seperti Mallick (1996), Taylor, PePlau & Sears (1997), Pannel & Browne (1999) dan Anderson (2003), menyatakan bahawa menonton dan membaca kelansangan (seperti cerita mistik dan tahyul) dalam media telah menyebabkan pelajar menjadi agresif serta ganas dalam aspek fizikal, verbal, non verbal, anti sosial dan permusuhan.

Shamsudin (2001) menyatakan, masalah tingkahlaku agresif pelajar di Malaysia adalah kesan menonton kelangsangan dalam media. Kajian beliau mendapati, remaja paling banyak menggunakan media iaitu 21.3 jam hingga 22 jam seminggu. Di sinilah peranan penerbit filem dan pihak kerajaan yg selama ini telah membiarkan perkara 'tahyul dan khurafat' semakin berleluasa di media-media utama negara. Maka hilanglah peranan yang sepatutnya dimainkan oleh pihak bertanggungjawab.

Maka usahlah sibuk nak mengadakan pelbagai program bagi meningkatkan jati diri anak-anak muda, sedangkan apabila anak muda ini balik ke rumah, mereka dimomokkan pula hampir setiap masa dengan cerita tahyul dan kurafat. Jiwa anak muda ini akan berterusan kosong tanpa ilmu sebenar di dada disebabkan mindanya telah dilangsang dengan pelbagai unsur khurafat, maka hiduplah kita sepertimana zaman ketahyulan datuk nenek moyang kita dahulu kala.

Dapatlah dinyatakan di sini bahawa tindakan media mempopularkan cerita seram mistik dan tahyul dewasa ini telah melanggar batasan yang ditetapkan oleh syarak, serta menyalahi "Garis Panduan - Bahan Penerbitan Bercetak dan Audio Visual Berhubung dengan Unsur-Unsur yang Bercanggah dengan Akidah dan Amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah" yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM, serta berlawanan dengan semangat Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (pindaan 1987).

Perkara ini jelas memberi kesan negatif kepada masyarakat khususnya remaja dan kanak-kanak. Mahukah kita memperjudikan kematangan minda generasi akan datang demi keuntungan yang sedikit pada hari ini? Masyarakat muslim yang sepatutnya dididik dengan mengagungkan keesaan Allah s.w.t. kini telah bercabang pemusatan akidah mereka tanpa sedar. Pihak berkuasa seharusnya memandang serius fenomena ini dan mengambil tindakan secara drastik.

Akhir kato, sesamolah kito boikot cerito soram, mistik dan tahyul!

Sunday, June 5, 2011

PAS kini bertaraf Internasionale


Keterangan gambar dari kiri, "Bekas pembawa tangga flight (pakar ekonomi SRP)"; "Mantan penghuni bilik 121 Hotel Perdana, Kota Baru semasa ditangkap basah dengan isteri orang"; "Presiden Negara Berkebajikan dan bukannya negara Islam"; "Din Puduraya?"; "Money Player?".

Tahniah Hadi Awang. Mantap betul barisan kepimpinan Pas kali ni.

Hadi dalam ucapan dasar presiden berkata, ulama' UMNO tak sebaik ulama Pas. Konon ulama' UMNO lahir dari pendidikan yang rosak.

Agaknya sebab itulah kepimpinan ulama' Pas juga turut ditolak oleh perwakilan Pas kerana mereka pun agaknya sama je rosak macam ulama' UMNO. Lagu tu ka Hadi?

Dulu Bapak Anwar Bin Ibrahim adalah teraju utama rasuah dalam pemilihan UMNO.

Kini kuncu-kuncu Bapak Anwar Bin Ibrahim jugak yang menjadi founder rasuah dalam Pas.

Pas dah terbelit dengan Anwar. Mahu tak mahu, taik jubur Anwar yang kotor dan busuk kini turut terpalit pada Pas. Pas semakin busuk berulat hingga ke usus.

Rasuah tidak lagi salah pada perkiraan Pas kerana menganggap semua orang pun rasuah. Jadi kalau semua orang beranggapan rasuah itu tidak salah, maka bagaimana yang dikatakan salah? Itulah prinsip Pas hari ini! Asalkan menang yo tak? Hukum dan prinsip yang jadi pegangan selama ni boleh campak dalam longkang.

Perwakilan Pas dah bersuara, TETAPI akar umbi masih menyepi.

Pas kini mengalami perpecahan dalaman yang serius di peringkat akar umbi = ULAMA' vs ERDOGAN!

Den menjangkakan di PRU-13, Pas akan tumbang kerana ahli Pas akar umbi yang menyokong kepimpinan ulama' sedang kecewa tahap gaban sekarang. Pas bakal hilang sokongan ahli sendiri yang terburuk dalam sejarah!

Apo-apo pun, bravolah Hadi. Sekarang timbalan presiden ekau dah setaraf akhlaq Ketua Umum Pandi Kutty Rasuah dan Presiden Porno MCA. Pas dah jadi Internasionale...

Kah...kah...kah!

Rasukan Iblis Laknatullah: PAS Menuju Kejatuhannya

Sekalung tahniah atas kejayaan untuk percubaan kali kedua Mat Sabu yang akhirnya menobatkan gelar pangkat Timbalan Presiden PAS Malaysia dengan mengenepikan mantan Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa dan Tuan Ibrahim Tuan Man selaku tokoh-tokoh favourite ulama, adalah kejayaan terpenting beliau selaku ahli politik PAS.

Memetik kata-kata Mat Sabu tidak akan menyerang Bro Anuwar Bin Ibrahim, "...Bila beliau tidak lagi berada dan memegang jawatan dalam parti Umno, kenapa pula hendak menyerangnya?"; timbul di pemikiran kita, betapa mudah Al-Juburi itu dimaksumkan dan betapa mudah pula agenda perjuangan menuntut kebenaran disisihkan.

Adakah benar kepimpinan ulama dalam PAS tidak agresif seperti kata Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS dan ulama Pas dikatakan hanya semata-mata menjadi 'ular dalam semak'? Adakah kata-kata itu membenarkan sebelum ini, ada ulama PAS yang cuba dan berusaha untuk menyatukan PAS dengan Umno sehingga mengakibatkan runtuhnya pengaruh ulama di hati kalangan perwakilan PAS? Adakah benar, bagi mengekalkan pengaruh dalam PAS untuk terus menyokong kes Liwat & China Doll, maka Bro Anuwar Bin Ibrahim telah awal-awal menyusun orang-orangnya di dalam PAS dan berjaya dalam pemilihan kali ini? Adakah dengan menjadi Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu telah 'menyucikan dosa' khalwat tegar negara, sepertimana dia sendiri memberi gelar Anwar Al Jubr dalam ceramah di masa lalu?

Jika inilah yang terjadi, maka percayalah bahawa rasukan Iblis Laknatullah sedang bergentayangan dalam PAS dan parti itu sedang menuju kehancuran atas ciptaan mereka sendiri.

Namun, selepas dipikir-pikirkan semula, patutlah Mat Sabu boleh terima kes-kes liwat & China Doll, kerana Bro Anuwar juga, malahan semua penyokong fanatik PAS pun boleh 'mengampunkan' dosa Mat Sabu yang berkhalwat dengan bini orang di BILIK 121 itu. Bukankah Mat Sabu pun terlepas atas 'technical fault' sama macam kes makhluk anugerah tuhan dalam kes liwat 1999 dulu?

Yang buruk boleh jadi baik & mulia andai anda adalah penyokong Bro Anuwar Bin Ibrahim. Anda meliwat? Kaki China Doll? Silakan jika anda penyokong pembangkang atau pemimpin utama pembangkang kerana pasti, anda akan dimaksumkan. Malahan Chua Soi Lek pun boleh diampunkan dosanya sebagai kaki kongkek oleh PAS dan pembangkang andai dia masuk DAP.

Betapa mudah kebenaran disisihkan dan kebatilan diangkat menjadi pegangan.

Bak kata Bro Anuwar Bin Ibrahim, "Yang belakang tu sedap sebab sempit tapi kena gak rasa kelangkang China Doll".

Selamat Menjahanamkan PAS Wahai Peliwat Tegar Negara!

Saturday, June 4, 2011

Panglima Setia Mahkota

Berikut merupakan Penerima Pingat Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran "Tan Sri":

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah, Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Md Raus Sharif, Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdull Hamid Embong, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Datuk Mohd Radzi Abdul Rahman, Anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, Datuk Seri Ainum Mohamed Saaid, Profesor Universiti Putra Malaysia, Fakulti Pengajian Pendidikan, Datuk Seri Dr Mohd Nasir Mohd Ashraf, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail, Naib Canselor Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Ghauth Jasmon, Tunku Temenggong Negeri Kedah, Datuk Seri DiRaja Tunku Sallehhuddin Almarhum Sultan Badlishah, Penasihat Tijaz Corporation Sdn Bhd, Datuk Seri Tengku Azlan Almarhum Sultan Abu Bakar, Pengasas Merdeka Studios, Datuk Lakshmanan Krishnan, Pengerusi Yayasan Tun Jugah, Datuk Amar Leonard Linggi Jugah, Presiden Majlis AIDS Malaysia, Datuk Mohd Zaman Khan @ Hassan Rahim Khan, Mahaguru/Pengasas Persatuan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), Datuk Omar Din Mawaidin, bekas Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Datuk Phaik Gan Lim, Ketua Pegawai Eksekutif NAM Institute For The Empowerment Of Women (NIEW), Datuk Rafiah Salim, Tokoh Akademik dan Intelektual Islam (Pengasas The International Institute of Islamic Thought and Civilization, ISTAC), Prof Dr Syed Muhammad Naguib Al Attas, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad, Datuk Seri Dr Anthony Francis Fernandes, Naib Presiden Persatuan Bekas-Bekas Pegawai Polis, Datuk Seri Yuen Yuet Leng, Pengerusi South East Asia Welfare and Education Foundation (SEAWEED), Left Jen (B) Wan Abu Bakar Omar, Pengarah Urusan M. Zain Group Of Companies, Datuk Goh Teck Chai, Timbalan Pengerusi Eksekutif Salcon Berhad, Datuk Tee Tiam Lee, Pengerusi Lembaga Pengarah Cybersecurity Malaysia, Datuk Seri Panglima Jeneral (B) Mohd Azumi Mohamed, Pengerusi Eksekutif, Concord Alliance Sdn Bhd, Datuk Mohd Hussin Abd Hamid, Pengerusi STS Equestrian & Sports Centre, Datuk Cham Hak Lim, Consultant Cardiologist, Pusat Perubatan Pantai Kuala Lumpur, Datuk Dr Ridzwan Abu Bakar, Pengerusi, Syarikat Jendela Hikmat Sdn Bhd, Jen (B) Datuk Seri Che Md Noor Mat Arshad, Panglima Tentera Darat Jen Datuk Seri Zulkifeli Mohd Zin, Bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Hussin Ismail, Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Brig Jen (B) Datuk Seri Abdul Hamid Ngah @ Zainal Abidin, Presiden Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP), Datuk Sri William Mawan Ikom, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Sri Dr James Jemut Masing, Pengerusi Bank Pembangunan Malaysia Berhad, Datuk Dr Abdul Samad Haji Alias, Penasihat Malaysian Chinese Association (MCA) Pusat, Datuk Lim Yew Loong, Timbalan Pengerusi Knight Capital Sdn Bhd, Datuk Rashpal Singh Jesawant Singh dan Timbalan Pengerusi Eksekutif IJM Corporation Berhad, Datuk Tan Boon Seng @ Krishnan.

Ironi 4 insan yang dihighlightkan:

1. Mahaguru Silat Lincah, tahniah. Silat Lincah memiliki kekuatan pesilat lebih daripada 200 ribu orang seluruh Tanahair. Maka, Pak Sedaro cadangkan masa depan, UMNO cadangkan Nama Almarhum Mahaguru Meor Abdul Rahman untuk PSM. Perguruan Silat Gayung Malaysia memiliki kekuatan lebih daripada 1 juta pesilat seluruh Tanahair.

2. Pengasas ISTAC, namanya harum satu buana alam. Semalam diangkat Tokoh Melayu Terbilang, Hari ini UMNO dapat restu DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan dianugerahi PSM. Esok, UMNO kena bantu selesaikan polemik ISTAC atau langkah lebih afdhal ialah memberi mandat dan amanah kepada Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib bin Ali Al-Attas untuk mengasaskan World Institute of Islamic Thought and Civilisation dengan Dana RM 1billion. Pak Sedaro amat yakin Kerajaan Qatar, Arab Saudi, Libya, Brunei dan Jordan serta Kuwait akan memberi Dana Baitul-Mal masing-masing untuk kerja fisabilillah penubuhan WISTAC.

3. Air Asia terbina daripada tangan manusia ini. Kamaruddin Meranun seorang bekas pelajar MRSM Kuantan juga wajar dicalonkan tahun 2012 untuk PSM. Tony Fenandez lumpuh jika Kamaruddin Meranun tempang. Ini wawasan 1Malaysia nampaknya. Namun apakah pengorbanan ekonomi yang disumbang oleh Air Asia kepada pembangunan tamadun dan budaya Ilmu? Apakah Air Asia akan membina legasi sendiri dengan penubuhan sebuah Yayasan CSR Air Asia dan menjalan tugasan seperti The Apprentice karya Empayar Donald Trump? Atau apakah sumbangan Air Asia akan menyumbang kepada Sekolah Penerbangan Rantau Asia terbaik berpusat di Sendayan?

4. Dato' Seri Yuen Yuet Leng, ialah seorang Pegawai Cawangan Khas yang membawa kepada pengkisahan pembunuhan Komunis dan maklumat perisikan Komunis. Yuen merupakan seorang anak Kaum Cina dari suku Hakka yang paling lama bertugas sebagai undercover, sehingga nyawanya hampir terurai dari jasad. Yuen jugalah manusia yang masa mudanya merancang bagaimana menyelesaikan Perletakan Senjata Komunis di Thailand dengan Tun Haniff Omar bersama Almarhum Tan Sri Azizan Zainal Abidin yang ketika itu Ketua Setiausaha Sulit kepada YAB Perdana Menteri. Yuen banyak berbakti kepada Bumi Melayu ini. Inilah insan berjasa yang taat setia kepada Tanahair, Bangsa dan Agama. Amatlah afdhal, anak-anak Cina khususnya Chua Soi Lek dan Wee Ka Siong berguru daripada Dato' Seri Yuen Yuet Leng.

Daulat Tuanku, Sesungguhnya Perkara 32 dan 38 amat penting kesan dan akibatnya kepada tanahair ini. Ambillah pengajaran bermakna dan berikanlah sumpah taat setia ANDA kepada Bumi Melayu ini.

PAS TAKBUR!

Hadi Awang tidak akan berpakat dengan UMNO. Tidak akan menjalin persefahaman dan berbaik sangka serta bertanggungjawab demi Agama, Bangsa dan Tanahair. Hadi Awang juga mengesahkan bahawa kerjasama dengan UMNO sia-sia! Hadi Awang melabel ulama yang bersetuju dengan UMNO sebagai ulamak lemah! Ulamak yang tidak cukup ilmu!

Demikian hujah kepala hotak Hadi Awang yang sedikit hari akan isytihar dirinya sebagai Ayatollah Hadi Awang. Secara automatis Hadi Awang mengatakan Perkara 3 tidak wujud dalam Perlembagaan. Bahawa Perkara 121 juga tidak relevan dalam Perlembagaan. Bahawa Perkara 4 tidak secocok dengan pakatan PAS+PKR+DAP, yang dinamakan PAKATAN NERAKA JAHANAM DUNIA. PAS sedang takbur tahap Ultra kerana hari ini sedang isytihar partai mereka sebagai PARTI AJARAN SESAT, kerana bersetuju dengan Komunis dan Freemasonry.

Syabas Hadi Awang, kerana selamat melingkupkan ketuanan Melayu. Orang seperti ini, tidak layak sebagai pemimpin politik. Hadi Awang hanya layak menjadi pemimpin kepada pengemis dan peminta sedekah eksekutif. Bila tiada nyiru, tempayan bocor pun boleh sebagai pengganti idealisme politik kufur nikmat PAS.

Kumpulan ERDOGAN PAS sudah mula panas hati dengan kenyataan BIADAB, Hadi Awang. Dia sudah hilang kelayakan sebagai Patriot Melayu Islam. Dia hanyalah boneka KOMUNIS dan FREEMASONRY.

Semasa dia begitu hina sebagai Pengerusi ABIM Terengganu, sanggup dia melutut meminta diterima. Hari ini, dia sanggup meludah ke langit, insyaallah di satu hari yang terang dan cerah bulan purnama, HAdi Awang bakal menjilat ludah bernanahnya kembali.

UMNO mengajak dan membuka pintu kepada PAS kerana mahukan kekuatan yang namanya BEYOND GOVERNANCE. UMNO mengajak dan membuka tabir berpakat kepada PAS kerana sedih dengan penipuan-penipuan yang terpaksa dipersetujui oleh PAS kerana "batang telur" mereka telah diratah oleh KOMUNIS dan FREEMASONRY. UMNO jemput PAS bersama dalam kultus Melayu Islam Bumi Melayu kerana kasihan melihat 75% Ahlul Sunnah Wal Jaamah yang sedang dikunyah tanpa belas ehsan oleh faham-faham Plural, Liberal, Syiah, Muktazilah, Jabariah dan Qadariah dalam PAS.

PAS di ambang kehancuran kerana sikap takbur, riak dan bongkak manusia bernama Abdul Hadi Awang. Selamat berkubur Nasaruddin jika Hadi Awang kekal PRESIDEN Partai Ajaran Sesat.

Blog Archive