Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Friday, September 30, 2011

Aku suntut Kau...Kau suntut Aku...

Wartawan: Untuk penjelasan...adakah ini bermakna Pakatan tidak boleh meneruskan undang-undang hudud kerana DAP enggan menyokongnya?

Anwar: Pakatan menghormati inisiatif dan aspirasi PAS (berhubung hudud) tetapi Pakatan perlu mencapai konsensus untuk meminda perlembagaan persekutuan terlebih dahulu.

Wartawan: Hari ini tidak capai konsensus itu?

Anwar: Pendirian yang dicapai hari ini amat jelas...DAP tidak setuju (hudud) manakala Keadilan dan PAS menghormati keputusan tersebut.

Selanjutnya sini.


PkR & Pas menghormati keputusan DAP yang TIDAK SETUJU DENGAN HUDUD? Menghormati? Kenapa tak guna perkataan TUNDUK atau AKUR atau ayat paling manis...KAMI YANG MENURUT PERINTAH!

Kah kah kah...kah kah kah...kah kah kah...kah kah kah...kah kah kah...kah kah kah...kah kah kah...kah kah kah...kah kah kah...kah kah kah...kah kah kah...PkR & Pas BALACI DAP? Kah kah kah...kah kah kah...kah kah kah...kah kah kah...kah kah kah...kah kah kah...kah kah kah...kah kah kah...PkR & Pas HAMBA TEBUSAN DAP? Kah kah kah...kah kah kah...kah kah kah...kah kah kah...kah kah kah...kah kah kah...kah kah kah...kah kah kah...kah kah kah...kah kah kah...kah kah kah...kah kah kah...kah kah kah...kah kah kah...PkR & Pas takut ALLAH atau TAKUT DAP?...kah kah kah...kah kah kah...kah kah kah...kah kah kah...kah kah kah...kah kah kah...kah kah kah...kah kah kah...kah kah kah...kah kah kah...Pas Pejuang Islam? Kah kah kah...kah kah kah...kah kah kah...kah kah kah...kah kah kah...kah kah kah...kah kah kah...kah kah kah...kah kah kah...kah kah kah...kah kah kah...kah kah kah...huhuhu!

Wednesday, September 28, 2011

Bajet KEBAJIKAN Najib

3 Oktober 2011, Parlimen akan bersidang. Minggu pertama ini seperti lazimnya YAB Menteri Kewangan akan membentangkan Belanjawan Negara. Bajet 2012 dikobar sebagai Bajet pilihanraya (skrip Pas+PkR+DAP). Inilah perbendaharaan kata paling murah yang ada dalam minda pemimpin pembangkang.

Apa pun, Pak Sedaro difahamkan bahawa Bajet Kebajikan merupakan mauduk dan resepi utama Belanjawan 2012. Input Bajet Kebajikan antaranya:

1. Skim pencen ilat diberikan kepada semua pesara tentera, polis, anggota pakaian seragam/beruniform dan kakitangan awam tidak beruniform akan dikaji semula. Wang perbendaharaan simpanan di PERKESO akan diberi lebih kepada mereka.

2. Skim pencen ilat kepada pesara swasta yang menerima nasib yang daif dek kerana kecacatan kekal atau tidak kekal juga akan dikaji semula. Yang pasti mereka akan terima pampasan dan faedah lebih daripada simpanan atau pelaburan PERKESO.

3. Simpanan KWSP akan ditokok dividen kepada 10% daripada kedudukan biasa. Ini berdasarkan simpanan KWSP ialah tabung Ke-4 paling besar di dunia.

4. Semua pelabur simpanan yang masih memiliki simpanan pelaburan dalam mana-mana Dana ASN akan menerima bonus simpanan sebanyak 10% daripada nilai simpanan yang ada, dan boleh diwarta pemilikan pada 1 Januari 2012.

5. Semua pelabur dalam Simpanan Tabung Haji akan menerima "Top-Up" daripada Tabung Haji kerana kekayaan sektor pelaburan dalam TH Plantation Berhad dan perniagaan lain. Pelabur dan penyimpan akan menerima LABA Khas sebanyak RM 1000 hingga RM 5000 mengikut jumlah simpanan berkenaan.

6. Semua kampung Melayu seluruh negara yang dianggar sebanyak 16,500 buah akan menerima Wang Ehsan Kerajaan Malaysia sebanyak RM5,000 setiap kampung untuk tujuan pengindahan landskap dan keceriaan kariah kampung.

7. Semua imam Masjid, Surau seluruh Malaysia akan menerima ganjaran sara hidup bulanan ehsan selama 12 bulan sebanyak RM2,000 seorang. Semua jawatankuasa masjid dan surau seluruh Malaysia akan menerima elaun khas ehsan selama 12 bulan sebanyak RM250 seorang, kecuali Bilal dan Siak sebanyak RM500 seorang. Elaun Ehsan ini sebagai tambahan dan insentif menjalan usaha-usaha imarah Masjid dan Jemaah Kariah. Elaun untuk beli petrol motosikal dan motorkar, bukan buat tak tentu ARAH.

8. Semua petugas pilihanraya ke-13 akan menerima elaun khidmat khas yang ditambah sebanyak 20% daripada elaun semasa sejak PRU-1 hingga PRU-12 dulu. Ini akan memberi kesan kepada sumbangan dan pengiktirafan Kerajaan Malaysia kerana petugas berkorban tanpa mengira mereka penyokong parti mana.

9. Semua anak yang lahir pada 2008 hingga 2013 akan menerima bantuan buka akaun di BSN dan PTPTN sebanyak RM20 dan RM100 masing-masing. Sumbangan ini daripada Tabung Ikhlas GLC di bawah Khazanah Nasional. Semua anak Malaysia tanpa mengira kedudukan dan status ekonomi keluarga serta latar belakang politik akan dianugerahkan HADIAH SIMPANAN KHAS NEGARA.

Semua bentuk Kebajikan ini akan menelan belanja sebanyak RM15 billion. Semua rakyat memiliki bahagian tersendiri. Siapa yang beringat dan insaf akan bersyukur. Inilah lambang keamanan, perpaduan dan agenda besar Gagasan 1 Malaysia.

Tuesday, September 27, 2011

Ayat Power Anwar

10 ayat power Bapak Anwar Bin Ibrahim ketika masih berjawatan Timbalan Perdana Menteri:-

(i) Pas tidak menghormati peraturan dan prinsip moral Islam. (Berita Harian, 04/05/1991)

(ii) Pas has succeeded in poisoning the minds of its supporters by not allowing them to question the credibility of statements made by party leaders in Harakah. (New Straits Times, 17/04/1992)

(iii) Pas masih gagal melaksanakan program memaju dan membangunkan umat Islam sekalipun sudah menguasai satu negeri di negara ini. "Tiada gunanya asyik bercakap mengenai Islam sedangkan rancangan untuk mengangkat martabat umat Islam ke tahap tinggi tidak ada." (Berita Harian, 25/08/1993)

(iv) Anwar Ibrahim, membidas taktik kotor pemimpin Pas yang sanggup berbohong dan menipu rakyat menggunakan ayat al-Quran semata-mata untuk memenangi kerusi dalam pilihan raya. (Berita Harian, 24/01/1995)

(v) Pas hanya menyubur dan menonjolkan imej Islam palsu kerana dikalangan kepimpinannya penuh perbuatan menyeleweng, jahil atau menyembunyikan fakta sejarah dan kebenaran. Pemimpin Pas juga mempersendakan ayat Al-Quran dan hukum, suka memaki hamun tetapi tidak pernah mengemukakan cadangan bernas, tidak pernah serius memperjuangkan nasib rakyat, malah sebaliknya menindas serta memesongkan akidah mereka. (Berita Harian, 21/03/1995)

(vi) Pas rela menggadaikan masa depan umat Islam di negara ini apabila parti itu sanggup bekerjasama dengan DAP dan Parti Bersatu Sabah (PBS), kata Anwar Ibrahim. Menurut Timbalan Perdana Menteri, tindakan Pas meletakkan calonnya di kawasan majoriti bukan Islam di Pulau Pinang dan Sabah dalam pilihan raya sebelum ini sama dengan mengkhianati agama, maruah dan masa depan umat Islam di negara ini. (Berita Harian, 03/04/1995)

(vii) Rakyat diminta menolak Pas kerana bersandiwara kononnya memperjuangkan kepentingan umat dan syiar Islam sedangkan pada masa sama membantu DAP melenyapkan kepentingan serta masa depan orang Melayu di Pulau Pinang, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. (Berita Harian, 19/04/1995)

(viii) Pas khianati orang Melayu apabila menggunakan perantaraan Parti Melayu Semangat 46 untuk bekerjasama dengan DAP. (Berita Harian, 20/04/1995)

(ix) Pas cemar ukhuwah Islam. Pas perlu menjalankan tarbiyah terhadap pemimpin dan ahlinya yang semakin ramai terpesong daripada ukhuwah atau persaudaraan Islam yang sebenar. Beliau berkata kebelakangan ini ramai pemimpin Pas mendakwa menjalankan prinsip dan perjuangan Islam, tetapi hakikatnya ia jauh menyeleweng. (Berita Harian, 20/04/1995)

(x) Pemimpin PAS tiada akhlak apabila Pas memburuk-burukkan pemimpin Barisan Nasional (BN) dengan gelaran menghina, sebagai tidak berakhlak dan menunjukkan kelemahan parti itu yang mendakwa memperjuangkan Islam. (Harian Metro, 21/04/1995)

Monday, September 26, 2011

Afdlin & Adibah tolong kasi tau itu Cina haa...

Bila pulak Rais Yatim 'Old School' KPKK nak buat video kreatif macam ni
untuk tarik pengundi muda sokong BN?

Lu tau kenapa ramai Melayu sangat benci sama lu haa Namewee? Sebab haaa...lu lulu ala buat satu bideo kasi kutuk agama olang Melayu. Lu kutuk azan, lu kutuk tudung, lu kutuk raja. Apa hat haaa apek?

Lu tau ka olang Melayu manyak sensitip bab agama meleka. Lu talak belaja ka? Ketulunan lu talak kasi ingat ka? Lu sulah kutuk agama olang Melayu, tapi lu tamau mintak maap. Lu tau ka olang Melayu sangat generous punya maa...manyak pemaaf, budaya mudah lupa sangat sinonim dengan Melayu. Islam ajar Melayu sabar dan maap memaapi. Tapi kalu lu tamau mintak maap dan tobat tamau hina Islam lagi, so macamana lu mau halap Melayu bolih kasi maap sama lu la apek?

Lu bikin pilim lu ciakap itu pilim 1Malaysia. Lu ciakap mandalin lalam lu punya pilim dan bideo musik...sikit-sikit Melayu saja...and then lu klim itu suma 1Malaysia? Lu gila ka apa apek?

Lu tau ka why Melayu masih anggap olang macam lu pendatang? Lu kasi cirmin dili dulu la apek. Lu cakap Melayu pun pelat. Langsung talak fasih. Lu tau ka bahasa kebangsaan Malaysia apa? Lu ala baca itu pelembagaan ka? Artikel 152 ala ciakap..."Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan." Wa ciakap pasat "Bahasa Melayu" haa apek. Mukan bahasa Malaysia. Kalu lu ciakap bahasa Malaysia, itu talak betui. Yang tepat ialah "Bahasa Melayu = Bahasa Kebangsaan." Mana ala bahasa Malaysia lalam Perlembagaan Persekutuan lor. Kalu ala olang ciakap itu bahasa Malaysia, itu olang pun sama boloh macam lu.

Lu tau ka apek sulah belapa lama ketulunan lu luluk sini? Lu sadar ka talak sadar? Lu tau ka talak satu pun Melayu pernah jemput ketulunan lu latang mali sini Tanah Melayu. Lu latang sini sebab British angkut ketulunan lu lol. Lu ada pigi blaja sama Khoo Kay Kim ka? Lu ala tanya sama lia ka? Sulah luluk lama belatus taun sini pun masih talak fasih ciakap Melayu ka? Haiya...sohai babilo.

Sinang celita ini maciam la. Lu mau recognition kan? Lu mau Melayu telima lu kan? Lu mau Melayu kasi maap sama lu kan?

Pertama lu kasi mintak maap terbuka sama olang Melayu dulu maa. Mintak maap sama semua olang Islam di Malaysia pasat lu penah kutuk dan hina agama dan kepercayaan meleka. Don woly. Olang Melayu manyak pemulah dan pemaaf. Dey ken pogif n poget. Kalu olang Melayu talak baik hati, macamana ketulunan lu bulih luluk lama ini negala. Ala paham? So kasi mintak maap copek.

Kedua lu musti bikin pilim dan bideo musik kasi kempen tutup suma sikolah cina. Lu kasi kempen sama ketulunan lu untuk buat satu Sistem Sekolah Untuk Semua. Balulah olang bolih picaya yang lu ikhlas mahukan bangsa Malaysia dan 1 Malaysia. Lu kasi tunjuk lu ikhlas, maka lamai akan picaya lu.

Ketiga lu pigi masuk kelas Bahasa Melayu la apek. Lu ciakap Melayu pelat. Nanyi mandalin. Sklip mandalin. Macamana olang mau picaya sama lu punya kempen 1Malaysia kalu lu sendiri ciakap pun talak betui? Lu suluh Nazli botak sponsor lu bilaja kelas malam Bahasa Melayu. Dia gerenti bulih punya ma. Lia kan sulah macam pak tiri lu. Lu ingat mandarin bahasa kebangsaan ka? Lain negala bulih la.

Keempat lu bikin lagi pilim sama musik bideo suluh ketulunan lu kasi bukak peluang busat-busat pala olang Melayu lalam company Cina. Lu kutuk konon olang Melayu diskriminasi, tapi ketulunan lu diskriminasi lagi gila babi lalam company mak bapak lu. Business ketulunan lu punya jaringan, cartel tu smua sejak lulu sulah manyak kasi 'bunuh' usahawan Melayu. So lu apek elok bikin musik bideo or pilem kasi kempen "sama-sama cali makan, bukan makan solang-solang" pada ketulunan lu dulu. Mungkin lepas tu balu Melayu bulih telima lu. Ciakap skali sama ketulunan lu supaya jangan hanya pandai petikai hak bumiputra saja, walhat ketulunan lu lagi tuluk plotektif sama lu punya hak. Ingat tu apek.

Lu buat ampat pekala ni lulu. Lain hat kita celita kemulian. Kalu ini ampat benda pun lu can't make it happen, makna lu pun sama boloh macam tempat lu blaja sana Taiwan.

Wa singaja tulis pelat ini miacam sibab takut kalu wa guna bahasa Melayu standard lu talak paham. Lagipun silama ni apa yang lu butut-butut paham ha apek?

Kalu lu tak paham jugak, lu pigi tanya Melayu liberal itu Afdlin Shauki sama Adibah Noor. Meleka mungkin mulih kasi lu paham.

Please don't sue me, saya takde duit...

Sunday, September 25, 2011

KORBAN NAJIB

Laporan terkini daripada Pejabat Perdana Menteri ialah pengorbanan oleh pejuang tak di dendang. Pengorbanan dituntut oleh Negara kerana sengketa yang tidak padam oleh dendam kesumat dan sandiwara agung politikus jembel.

Siapakah korban ke-13? UMNO sudah lama berkorban! Kali ini UMNO menuntut MCA, GERAKAN, MIC dan PPP pula yang berkorban. Sanggupkah kalian korbankan identiti kalian agar tidak kelihatan kelibat dalam PRU-13?

Korban paling utama ialah korban pencalonan. UMNO kena korban calon-calon yang tidak disukai ramai. UMNO kena korbankan calon-calon bangang, sombong dan bodoh. UMNO kena korbankan calon yang kelihatan tidak bersih, tak pernah bersih dan sentiasa memberi masalah di peringkat akar umbi.

Kerusi Parlimen yang dominan pengundi Melayu, wajib dijadikan milik mutlak UMNO. Kerusi Parlimen yang dominasinya Cina dipertanggungjawabkan kepada MCA serta Gerakan; dan kawasan ramai India diberi peranan kepada MIC atau PPP. Suka atau tidak, andai tidak bersetuju, maka korban ke-13 pasti menimpa UMNO.

Apakah rakyat sudah bersedia wujudkan Kerajaan Campuran di peringkat Persekutuan? Atau Kerajaan Media Baru dengan pendekatan UMNO bergabung dengan PAS di peringkat Persekutuan?...kerana dijangka MCA, Gerakan, MIC dan PPP langsung corot tiada kerusi.

PkR tidak boleh bersatu kerana mereka pendukung fahaman plural dan liberal. DAP bukan pilihan Rakyat Raja kerana meroyan mahu bikin bendera, mahu bikin doktrin Komunis, mahu bikin bahasa Mandarin yang setara dengan Bahasa Melayu serta mahu bikin akta-akta baru antaranya Akta Patriot seperti Amerika yang lebih zalim dan tidak percaya kepada kuasa Pencipta.

Korban ke-13 bakal tercipta jika Najib dan Muhyiddin saling berbalah dan berbeza pandangan dalam perkara induk. Dua teraju BN ini bakal terkorban jika Najib dan Muhyiddin saling berprasangka ketika laksanakan urusan terutama dalam perkara ranting, jika Najib dan Muhyidin tidak cekap uruskan isteri serta rumahtangga, jika Najib dan Muhyiddin tidak beri amaran keras kepada barisan Kabinet dan Ketua Bahagian UMNO serta Sahabat BN yang menjadi "gunting dalam lipatan", "api dalam sekam", "musang berbulu ayam".

Korban ke-13 bukan milik rakyat jika rakyat benar-benar rasional ketika membuang undi. Andai korban-13 benar, maka, Kelantan masih Pas, Terengganu milik Pas, Kedah kekal Pas, Pulau Pinang (campuran), Perak (campuran), Negeri Sembilan (DAP), Melaka (DAP), Selangor (DAP) dan Pahang (campuran).

Berkemungkinan selepas PRU-13, Speaker Dewan Negara bakal seorang Keling DAP, Timbalan Speaker Cina (DAP) dan Timbalan Speaker 2 ialah Melayu (KITA). Ketua Kerajaan ialah Pas (Hassan Ali), Ketua Pembangkang ialah UMNO (Khairy Jamaluddin), Menteri JAKIM ialah MP PkR, manakala, Menteri MITI ialah DAP.

Di akhir episod Korban ke-13, apabila menjelangnya 2018, Kerajaan Malaysia bakal menjadi kerajaan paling bankrap di dunia.

Saturday, September 24, 2011

Horror 13

Armageddon ialah wayang gambar yang dicipta oleh kumpulan pendukung Yahudi yang berjaya mengutip jutaan ringgit daripada penonton panggung, pembeli DVD, pembeli CD dan pembeli 3D home movie collections.

Horror 13 ialah tajuk wayang agung rakyat Malaysia. Pelakon utama horror 13 terdiri daripada 222 orang dan pelakon pembantu utama 512 orang. Gila BEST punya cerita. Tarikh tayangan 13 Mac 2012.

Horror 13 memiliki pelakon sampingan paling ramai di dunia iaitu 13.56 juta orang. Horror 13 ialah penentu kepada tamadun Bangsa Malaysia dan penerusan tamadun Kerajaan Melayu Islam moden era Kebangkitan Ilmu, Teknologi dan Saintifik.

Horror 13 merupakan kesaksian bahawa pelakon utama boleh diterajang dan disepak maki oleh pelakon sampingan. Inilah filem paling kelakar kerana pelakon sampingan boleh membodohkan pelakon utama dan pelakon pembantu utama. Horror 13 boleh bertukar menjadi Victory 13 andai kerja buat diurus bermula 12 bulan lepas. Pepatah orientalis menyebut "better late than never", maka, kerja buat Victory 13 WAJIB bermula semalam lagi.

Namun, melihat kepada barisan hero dan heroin yang BANING lagi, maka bolehlah kita menetapkan pada 13 Mac 2012 akan ditayangkan filem bertajuk HORROR 13.

Friday, September 23, 2011

Kalau haiwan pun ada pesbox...

Kalaulah binatang pun ada Facebook, agak-agaknya apa status mereka?

NYAMUK: Baru habis ronda rumah Mat Sabun. Darah masih melekit di muka. Esok la basuh. Burrpp...kenyang!

CICAK: Alahai...biniku kena lastik.

KUMAN: Aku boleh tahan hidup 120 hari tau...bukan 113 jam macam dna dia tu.

KUCING BETINA: Anak I yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab sebab I sendiri pun lupa siapa bapaknya.

AYAM: Kawan2…kalu esok guwe tak update fb…bererti guwe udah di goreng. I luv u all…dan jangan lupe wat kenduri arwah untuk guwe yaa…

ANJING: Baru add awek sebelah rumah. Spesis china doll tuu...

PENGUIN: Rupanya ramai tak tau spesis wa pun ada jugak yang gay. Kui..kui..kui...

BABI: Bengang tul aku. Tiap kali orang pijak taik kucing, tetap nama aku jugak yang disebutnya. Wei bro! Len kali siasat la dulu sape yang berak kat depan umah kaw tu...

KUTU: Erkk...mah...tolong...bulu lekat di kerongkong.

Ismail Sabri Bapak Ayam Uzbekistan

Celah-celah pelbagai isu politik yang dibakar oleh Pas dan DAP sebagai Agenda Politik Persepsi rakyat, isu sensasi yang tidak selesai ialah ayam. Perlukah kita import ayam Uzbekistan? Ini AYAM KEPALA HITAM la lobai.

Pak Sedaro fikir amatlah elok Pak Sedaro ajar Montori-Montori bangang yang masih buto tak tahu "game" cartel-cartel Ayam yang gelangangnya milik Castelo Cina.

Pak Sedaro dah banyak bahaskan, namun penasihat dan pegawai khas ataupun Pegawai Kanan Tertinggi Kerajaan Malaysia ialah kalangan manusia yang makan gaji bulanan dan kenyang tembolok sahaja. Belajar daripada sejarah selama 30 tahun dalam industri ini dengan pergi ke ladang jadi pemborong ayam, pembekal ayam kepada Fima Rantei (restoran ini dah tutup, dulu sebelah Muzium Negara), peruncit di pasar basah, hinggalah menerima tawaran pasaran ke Jeddah untuk ayam daging seberat 2.5 kilo seekor sebanyak 2 tan setiap minggu penghantaran.

Siapakah yang kawal harga makanan ini? Perihal anak ayam, mula daripada telur ayam hingga penetasan, makanan ayam (jagung atau dedak atau fillet), bakul ayam, lori ayam, bahan mentah buat kilang ayam, hinggalah ke kilang proses atau sembelihan ayam, semuanya di kuasai secara mutlak oleh CINA.

Kalau terlebih bekalan dalam sebulan, atau dalam bahasa ekonominya berlaku lambakan ayam, maka bekalan di reban dan kandang akan dibakar mati. Kerana itulah harga ayam sentiasa kekal atau melambung tinggi. Bila bulan puasa, hari raya puasa, raya haji atau musim cuti sekolah, HARGA AYAM PASTI tinggi gila babi. Harga babi pun tak sesuka hati mak bapak dia nak NAIK mencanak-canak.

Sudah zaman berzaman dikenalpasti peratus yang makan ayam di Malaysia begitu tinggi, TAPI apa usaha FELDA? TH? KFC Holdings? Pusat Zakat? Khazanah Nasional? UDA?


FAMA tidak boleh kawal harga sebab agensi itu bukan pengeluar. Ayam ialah industri paling untung seandainya dilaksanakan secara tertib, hikmah dan ikhlas. Pak Sedaro sering menempelak isu ini, kerana Menteri atau pun pegawai Menteri bukannya rakyat yang faham maksud kais pagi makan pagi oleh peruncit Melayu penjual ayam. Hari ini di NSK Balakong misalnya, ayam sekilo RM8.20. Di Tesco seluruh Malaysia sekilo ayam ialah RM7.90, Pasar Borong Selayang, Seremban dan Seri Kembangan, sekilo ayam ialah RM8.50. Kedai bukan pasar borong atau peruncit kampung terpaksa jual RM9.00 sekilo.

Jika BN hendak menang pilihanraya, Ismail Sabri kena jadi bijak bistari, kerana hari ini Ismail Sabri sudah di COP BANGANG oleh rakyat. Harga ayam kena kawal sebaiknya dengan harga syiling RM7.00 sekilo. Langkah berterusan ialah membina pasukan peniaga Melayu yang mempunyai rangkaian cartel ayam bermula dari anak ayam hinggalah ke pemborong utama.

Pasaran ayam di Malaysia sudah sampai ke Jeddah. Kalau mahu masuk pasaran Jeddah tentukan berat ayam bersih 2.5 kilogram seekor. 5 tan seminggu tak lari pasaran di sana. Kalau kita eksport 5,000 kilo x RM6.00 = RM300,000 sekali penghantaran. Campur kos hantar, senang-senang RM350,000.00 sekali hayun.

Tentukan wujud penternak Melayu atas tanah seluas 1,000 ekar dengan kapasiti ayam sereban ialah 10,000 ekor setingkat. Reban ayam automatik dan hawa dingin setiap satu 3 tingkat. Siap dengan pusat sembelihan untuk kapasiti 1,000,000 ekor sehari sembelih. Barulah cartel Cina terpaksa tunduk kepada kuasa Melayu dengan harga ayam semasa antara RM4.50 hingga RM5.00 sekilo. Takdo lah rakyat susah dan menyampah dengan BN.

Kau paham tak Ismail Sabri?! Jangan sampai kau di BAHALOLkan Melayu tiap hari!

Thursday, September 22, 2011

Sanusi Junid vs Hamid Albar

MAYC Kebangsaan masih tidak bertuan. Akramsyah Sanusi proksi kepada Sanusi Junid, mantan Presiden MAYC. Mustafa Mat Arof proksi kepada Hamid Albar, mantan Presiden MAYC selepas Sanusi Junid. Harta tetap yang direbut ialah Bangunan Wisma Belia, Jalan Syed Putra sebelah MCOBA House. Ini harta paling berharga untuk MAYC.

Kedua-dua manusia yang bersengketa adalah sahabat yang akrab kepada Pak Sedaro. Pak Sedaro dah posan, kok bonar nak berebut MAYC Kebangsaan, salah satu pasukan bawa kes ini ke Mahkamah Persekutuan untuk dihakimi berasaskan perundangan mutlak mengikut Akta 668. Inilah jadahnya Akta 668 berkuasa dan berperanan penuh. Selagi berebut dan saling benci-membenci, yang musnah ialah legasi MAYC.

MAYC tertubuh lebih awal dari Gerakan Belia 4B Malaysia. Asal MAYC terbit hinggalah terdirinya Persekutuan Belia Malaysia yang hari ini dikenali sebagai Majlis Belia Malaysia. Insan bertanggungjawab tinggal seorang yang hidup iaitu Sultan Ahmad Shah. Pengasas lain ialah Almarhum Tuanku Jaafar dan Tunku Abdul Rahman.

Hari ini yang malu bukan sahaja pasukan yang berkecamuk, terpalit jugalah Alumni MAYC dan ribuan ahli MAYC sejak 1948 hingga 2011. Pak Sedaro cadangkan Akramsyah dan Mustafa, buatlah Perhimpunan Agung Luar Biasa khusus selesaikan urusan siapa mahu jadi Presiden MAYC ini. Mustafa Mat Arof hanya ada 1 penggal (ini penggal akhir untuknya), Akramsyah ada 2 penggal lagi. Jangan buat malu kaum la sedaro...Dok elok-elok, runding apa yang patut.

Bukan hak kau orang pun nak berebut macam "ungka dapat pisang". Kalau diisytihar MAYC sebagai pertubuhan HARAM oleh Pendaftar Pertubuhan Belia, sudah lebih memalukan. SELESAIKAN SEGERA.

MCA Anjing - DAP Musang

Kita sedar bahawa selama ini parti MCA dilabel dan dijenamakan sebagai anjing. Falsafah pekataan dan penjenamaan anjing dalam politik di tanah air kita jelas menunjukkan bahawa parti MCA merupakan parti yang biasanya akur kepada segala arahan dan pemintaan Tuan mereka iaitu UMNO. Begitulah bermulanya perjenaman anjing disebati dengan MCA.

Namun begitu, sekirannya kita memahami erti dan falsafah anjing dengan sebaik-baiknya maka kita akan mendapati bahawa anjing merupakan binatang yang paling setia. Ada juga yang mempercayai anjing merupakan kawan terbaik manusia (human best friend).

Oleh itu , sekirannya MCA merupakan anjing kepada UMNO maka keadaan ini juga menandakan MCA juga merupakan anjing kepada masyarakat Cina. Situasi ini menandakan MCA merupakan kawan baik dan setia kepada kaum dan masyarakat Cina. Apatah lagi parti ini merupakan satu-satunya parti Cina secara sah di negara kita.

Pakatan Rakyat suka melaung-laungkan jeritan Demokrasi. Apakah mereka benar-benar faham erti dan makna demokrasi? Dalam mana-mana sistem dan negara di dunia ini demokrasi sentiasa memberi kelebihan kepada mereka yang memiliki undi, pengaruh dan sokongan majoriti.

Dalam masa MCA tunduk kepada UMNO maka bukankah MCA merupakan parti yang memperjuangkan demokrasi yang sering dilaungkan oleh pihak Pakatan Rakyat ? Hal ini disebabkan kuasa dan pengaruh bukan sahaja di Malaysia tetapi juga dalam Barisan Nasional UMNO merupakan parti yang memiliki kuasa majoriti terbesar.

Budaya menghormati rakan seperjuangan tidak semestinya menandakan satu sifat yang boleh kita labelkan sebagai menunduk. Keadaan politik inilah adalah politik "give and take".

Berbanding pula dengan Pakatan Rakyat yang sentiasa berbalah antara satu sama lain dan tidak mengikut falsafah "In 1 Ship There Can Be Only 1 Captain" dan ikatan perkahwinan mereka seolah-olah menggambarkan kepada masyarakat bahawa mereka merupakan suami dan isteri yang sering bertikam lidah. In other words they are fighting like dog and cats all the time.

Bagaimana mereka hendak menjaga kestabilan dan keamanan negara sekirannya tanggungjawab negara diletak atas bahu mereka sekirannya dalam keluarga mereka sendiri tidak mengamalkan sistem toleransi antara satu sama lain? If you cant even take care of your own Family then how on earth is logic that the citizen should trust on you guys to take care of the society and the nation ?

Baiklah. Kalau mereka hendak terus juga kata MCA anjing maka kita restui sahaja penjenamaan mereka.

Persoalannya kini mereka juga perlu mengukur di badan mereka sendiri terlebih dahulu.

Jika MCA anjing maka bukankah mereka sebenarnya musang?


Mengapa mereka musang? Kita lihat perjuangan politik mereka yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman dan tuntutan semasa. Mereka terus memperbodohkan rakyat dengan janji dan gula-gula harapan mereka hanya semata-mata mereka hendak menawan Putrajaya.

Apakah perjuangan BERSIH itu benar-benar BERSIH? Tidak dapat dinafikan bahawa sistem piliharan raya di Malaysia sememangnya bermasalah namun apakah Pakatan Rakyat berani untuk mengistiharkan bahawa sistem pilihan raya dalam mereka benar-benar BERSIH? Ribuaan aduan dan skandal dalam pilihan raya dalam pemilihan parti PKR yang lepas. Cuma musang ini tidak mahu mengaku dan terus menunding jari terhadap segala Media dan Laporan yang dikatakan berpihak kepada BN.

If there is a few complaint perhaps it might be fake but it there more than hundreds of complaint then how fake cant it be?

Begitu juga dengan DAP apabila seorang demi seorang tampil ke hadapan menzahirkan rasa tidak puas hati mereka dengan pemilihan parti yang lepas.

Merekalah musang yang hanya suka menunding jari terhadap kesalahan orang lain namun pada masa yang sama mereka menghalalkan segala kesilapan mereka sendiri.

Anwar dahulunya seorang pejuang Melayu yang tulen dan sejati pula berubah kepada seorang pejuang kepada semua kaum Malaysia.

Ya benar bahawa Anwar boleh mengatakan Manusia boleh berubah. Jika begitu mengapa tidak MCA juga boleh berubah? Tidak dinafikan parti MCA memiliki banyak kelemahan yang mereka lakukan pada masa lampau namun keadaan ini tidak menandakan MCA tidak akan berubah untuk menjadi lebih baik. If Anwar can that why not MCA? Jika Anwar diberi kepercayaan untuk berubah maka MCA juga mesti diberi peluang untuk menunjukkan perubahan mereka.

DAP yang dahulunya terkenal dengan retorik dan penjenamaan pejuang Cina dan masyarakat bukan Melayu pula kini bermusang hendak berbaik-baik dengan PAS. Banyak juga dasar bagaimana Ketua Menteri Pulau Pinang memperjuangkan hak dan kebajikan masyarakat Melayu. Baik. Perubahan ini bukannya tidak baik.

Cuma perubahan ini hanya menunjukkan ke tidak konsistenan perjuangan DAP. Jika semalam begini , hari ini begitu maka esok pula bagaimana? Satu persoalan adalah apakah topeng musang DAP yang sebenar?

PAS pula muncul kumpulan Endorgan yang terbuka. Satu permulaan yang baik dan bukannya tidak baik. Cuma perbezaan dan polarisasi dalam PAS sendiri sudah menunjukkan satu keadaan yang tidak seiring dalam perjuangan parti mereka. Dalam keadaan ini rakyat mudah kabur dengan perjuangan PAS yang sebenar.

Kita lihat bagaimana musang-musang ini terus bertukar topeng dan wajah. Berbeza pula dengan anjing yang kita sudah tahu perjuangan dan suara mereka tidak pernah berubah.

Musang mudah mengkhianati dan sanggup melakukan apa-apa sahaja demi kemenangan.

Anjing pula setia dan sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk mempertahankan Tuan dan keluarga yang dijaga oleh mereka.

Masyarakat Malaysia yang bijaksana. Anda sendiri analisis artikel saya bahawa jika anda hendak mengahwini seseorang individu yang dicintai oleh anda maka anda akan memilih seekor Anjing atau pun Musang secara perlambangannya?

-Shen Yee Au-

Sumber sini.

Wednesday, September 21, 2011

Fuziah Reaktor GILA MEROYAN...

Keldaian Daily (20/9/2011): Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh mendesak siasatan dibuat terhadap pengakuan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wajed mengenai rakyatnya di Malaysia, mudah memperoleh status penduduk tetap (PR) dan layak mengundi.

"Kita desak tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kenyataan Perdana Menteri Bangladesh berkenaan perkara ini."

"Jika perkara ini berlaku, Najib perlu bertanggungjawab dan berani tampil memberikan penjelasan," katanya kepada Keldaian Daily, hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas pengakuan Sheikh Hasina yang dipetik dari www.ngoab.gov.bd - laman rasmi Hal Ehwal badan bukan kerajaan (NGO) Jabatan Perdana Menteri negara itu.

Mengikut laman itu, Sheikh Hasina berkata pekerja Bangladesh di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah.

Beliau juga mengesahkan sebilangan pekerja Bangladesh dalam beberapa sektor di Malaysia, diberi taraf kewarganegaraan sejak tahun lalu.

*********

Kasihan Fuziah Reaktor! Selepas dimalukan dengan isu kilang Nadir Bumi Lynas, Fuziah Reaktor meroyan lagi apabila memetik satu LAMAN WEB PALSU yang mendesak diadakan siasatan diraja dibuat terhadap pengakuan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wajed mengenai rakyatnya di Malaysia, kononnya mudah memperoleh status penduduk tetap (PR) dan layak mengundi asalkan mengundi Parti Pemerintah.

Tetapi hakikatnya, menurut Ketua Pendaftaran Negara, hanya 37 orang warga Bangladesh mendapat taraf kerakyatan Malaysia sejak 13 tahun yg lalu, daripada jumlah itu hanya 14 orang sahaja yang layak mengundi, itu pun jika mereka mendaftar sebagai pemilih.

Pemberian taraf kerakyatan yang ada adalah tertakluk kepada kepada Perlembagaan Persekutuan iaitu Perkara 15 (1), 15 (2) 15A, Perkara 16 dan Perkara 19. Majoriti kerakyatan Bangladesh di beri di negara ini tertakluk di bawah Perkara 15 A iaitu permohonan kewarganegaraan dalam keadaan khas bagi kanak-kanak bawah 21 tahun.

Sementara itu Suruhanjaya Tinggi Bangladesh dalam satu kenyataan menafikan laporan laman web tersebut dengan menyifatkannya sebagai tidak berasas dan direka.

Jelaslah Fuziah Reaktor sebenarnya berniat jahat dalam cubaan untuk mengeruhkan hubungan Malaysia-Bangladesh. Dulu buat isu kerajaan membiarkan pendatang tanpa izin dari Bangladesh tanpa kawalan. Tetapi bila kerajaan laksanakan pendaftaran PATI melalui program 6P, dituduh pula kerajaan nak beri taraf kerakyatan kepada warga Bangladesh untuk jadi pengundi hantu semasa PRU ke-13.

Persoalannya sekarang, siapa yang sebenar-benarnya HANTU dalam isu ni?

Mawar Berduri

Bunga mawar lebih harum daripada bunga raya. Namun demikian, bunga Raya ialah bunga kebangsaan. Bunga mawar batangnya berduri. Dikobarkan wujud kalangan penjawat tingkat kanan Kerajaan Malaysia yang berfikiran sekular ciptaan massa.

Seorang ketua pengarah dilapor mempunyai teknik fikir bahawa Islam hanya untuk orang Melayu @ Islam. Kuliah agama kalau nak diadakan hanya eksklusif untuk orang Islam. Nanti orang belum Islam akan rasa kecil hati. Apa punya biawak yang ada dalam kepala kau tu lobai?

Islam diperturunkan untuk kemakmuran alam semesta. Islam bersifat inklusif. Ketauhidan dan akidah penganut ialah hak eksklusif pengamal dan penganutnya. Jika boleh berkongsi pengalaman dan ilmu tentang Islam, kenapa tidak dilakukan? Amatlah malang jika ramai dikalangan penjawat kanan yang berjaya ditarbiyah oleh Freemasonary dan akhirnya mensekularkan diri sendiri.

Mawar berduri, bunganya harum. Cukuplah penyakit bengong dan biawak yang banyak meleleh di kalangan pendukung politik Melayu. Negara tidak memerlukan pegawai Melayu yang tidak menguasai isi makna Perkara 3, Agama Islam ialah agama bagi persekutuan.

Tuesday, September 20, 2011

Pembangkang bela Biawak Hidup

Hasrat menukar Jalur Gemilang kepada wajah lain oleh Keling DAP Manoharan ialah niat biawak hidup. Inilah manusia yang suka baham biawak, minum todi dan guna kitab Komunis dalam kepemimpinan.

Apakah rakyat boleh bertindak? Apakah wujud peruntukan undang-undang khas kepada perkara yang boleh mencetus pemikiran songsang dan mengancam perpaduan kebangsaan sebegini? Apakah wujud peruntukan perundangan yang boleh dicaj kepada mana-mana insan yang cuba menukar bendera Malaysia, jata persekutuan Malaysia, bunga kebangsaan, bahasa kebangsaan, perlambangan kebangsaan tertentu, lambang-lambang rasmi berkaitan Undang Luak, lambang berkaitan kuasa Raja-raja Melayu, istana Raja?

Apakah ini permulaan keceluparan melampau atau implikasi penjajahan mental komunis melalui proses mencabar kekebalan tertentu, dek kerana diumumkan pembubaran Akta 82?

Sukalah Pak Sedaro bertegas bahawa Parang Panjang milik perajurit Kiai Salleh dan Kiai Shamsudin masih dahaga akan darah-darah komunis dan penggerak konspirasi penjahanam Malaysia! Jangan depan pagar kau terganggu dek ketukan nasrul-haq wahai PARIA-PARIA Komunis.

Gossip Perdana Hot News

Dalam kesibukan beberapa kumpulan kerja "air hostess", dapat satu cerita panas maut. Kena cakap juga supaya manusia yang berperangai monyet ini disedarkan oleh rakyat, media dan suaminya yang penakut.

Perempuan ini tahap selebriti gila yang begitu bongkak, takbur dan riak. Boleh sengaja tak boleh tengok orang senang. Sengaja campak sampah, disuruh pramugari kutip. Kemudian campak semula, semata-mata suka lakukan peloncoan dan paksa pramugari ini melutut. Udahlah ruang sempit, jika pramugari terbagi bontot, alamat tahap gaban dimarahinya pramugari malang ini.

Apakah ini perangai manusia beriman? Atau perangai haiwan bertopeng manusia selebriti? Siapa dia ini?! Suspen sikitlah. Tak perlu umum sebab selebriti ini boleh cetus kontroversi yang melumpuhkan suami penakutnya.

Mari kita buat andaian-andaian menjelekkan:

1. Apa akan jadi kalau perempuan ini isteri pemimpin korporat? Apa kesannya kepada negara?

2. Apa akan jadi kalau perempuan ini isteri pemimpin sosial? Apa kesannya kepada negara?

3. Apa jadi kalau dia isteri pemimpin politik? Apa kesannya pada negara?

4. Apa jadi kalau dia isteri eksekutif politik, apakah kesannya pada negara?

Sukalah Pak Sedaro nasihat, tegur dan awaskan bahawa perempuan ini, isteri orang. Suami anda malu dengan perangai anda. Pramugari dan pilot adalah manusia yang punya harga diri serta akal budi. Orang ada mata, mulut, telinga. Moga Allah berikan hidayah kepada isteri orang ini. Kau ada anak, baru kahwin sorang. Sorang tengah bertunang. Sekarang senang-lenang, nanti nak mati terkangkang-kangkang...taubatlah.

Monday, September 19, 2011

Kepada Bapuk, Pondan & Gayboy

Surah Hud, Ayat 77-83

Dan apabila datang utusan-utusan Kami kepada Nabi Lut ia merasa dukacita dengan kedatangan mereka, dan merasa tidak terdaya untuk mengawal mereka (dari gangguan kaumnya), sambil berkata: "Ini adalah hari yang amat mencemaskan".

Dan kaumnya pun datang meluru kepadanya (dengan tujuan hendak mengganggu tetamunya), sedang mereka sebelum itu sudah biasa melakukan kejahatan. Nabi Lut berkata: "Wahai kaumku! Di sini ada anak-anak perempuanku mereka lebih suci bagi kamu (maka berkahwinlah dengan mereka). Oleh itu takutlah kamu kepada Allah, dan janganlah kamu memberi malu kepadaku mengenai tetamu-tetamuku. Tidakkah ada di antara kamu seorang lelaki yang bijak berakal (yang dapat memberi nasihat)?"

Mereka menjawab: "Sesungguhnya engkau telahpun mengetahui bahawa kami tidak ada sebarang hajat kepada anak-anak perempuanmu, dan sebenarnya engkau sedia mengetahui akan apa yang kami kehendaki."

Nabi Lut berkata: "Kalaulah aku ada kekuatan untuk menentang kamu, atau aku dapat bertumpu ke sesuatu tempat bertahan yang kuat (dari penyokong-penyokong, tentulah aku akan membinasakan kamu)".

Mendengarkan yang demikian tetamunya berkata: "Wahai Lut! Sesungguhnya kami (adalah malaikat) utusan Tuhanmu. Kaum engkau yang jahat itu tidak sekali-kali akan dapat melakukan kepadamu (sebarang bencana). Oleh itu, pergilah berundur dari sini bersama-sama dengan keluargamu pada tengah malam, dan janganlah seorangpun di antara kamu menoleh ke belakang. Kecuali isterimu, sesungguhnya ia akan ditimpa azab yang akan menimpa mereka (kerana ia memihak kepada mereka). Sesungguhnya masa yang dijanjikan untuk menimpakan azab kepada mereka ialah waktu subuh; bukankah waktu subuh itu sudah dekat?"

Maka apabila datang (masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu.

Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu (untuk membinasakan mereka), dan Ia pula tidaklah jauh dari orang-orang yang zalim itu.


Asy-Syu'araa', Ayat 160-173

(Demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan Rasul-Rasul (yang diutus kepada mereka).

Ketika saudara mereka - Nabi Lut, berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.

"Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.

"Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.

"Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.

"Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia,"

"Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (Kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyaKan haiwan)!"

Mereka menjawab: "Sesungguhnya jika engkau tidak berhenti wahai Lut (daripada mencaci dan menyalahkan kami), nescaya engkau akan diusir keluar!"

Nabi Lut berkata: "Sesungguhnya aku dari orang-orang yang bencikan perbuatan kamu yang keji itu".

(Nabi Lut berdoa): "Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dan keluarga serta pengikut-pengikutku dari apa yang dilakukan oleh golongan (yang jahat) itu."

Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya serta pengikut-pengikutnya - semuanya,

Kecuali seorang perempuan tua tertinggal dalam golongan yang kena azab itu.

Kemudian Kami hancurkan yang lain (yang menentang Nabi Lut).

Dan Kami hujani mereka dengan hujan (azab yang membinasakan); maka amatlah buruknya hujan azab yang menimpa kaum yang telah diberi amaran.


Surah Al-Anbiyaa', Ayat 74-77

Dan kepada Nabi Lut, Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu; dan Kami selamatkan dia dari bandar yang penduduknya selalu melakukan perkara-perkara yang keji; sesungguhnya mereka itu adalah kaum jahat, yang fasik, derhaka.

Dan Kami masukkan Nabi Lut dalam (kumpulan mereka yang dilimpahi) rahmat Kami; sesungguhnya dia dari orang-orang yang soleh.

Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Nuh, ketika ia menyeru (berdoa kepada Kami) sebelum (Nabi-nabi yang tersebut) itu, lalu Kami perkenankan doanya serta Kami selamatkan dia dan pengikut-pengikutnya dari kesusahan yang besar.

Dan Kami membelanya dari angkara kaum yang mendustakan ayat-ayat Kami; sesungguhnya adalah mereka kaum yang jahat; lalu Kami tenggelamkan mereka semuanya (sehingga mati lemas dengan taufan).


Surah Al-Qamar, Ayat 33-39

(Demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan oleh Rasulnya).

Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang menghujani mereka dengan batu, kecuali keluarga Nabi Lut, Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam.

Sebagai limpah kurnia dari Kami. Demikianlah kami membalas orang-orang yang bersyukur.

Dan demi sesungguhnya! Nabi Lut telah memberi amaran kepada mereka mengenai azab seksa Kami; dalam pada itu, mereka tetap mendustakan amaran-amaran itu.

Dan demi sesungguhnya! Mereka telah memujuk Nabi Lut mengenai tetamunya, lalu Kami hapuskan biji mata mereka, serta (dikatakan kepada mereka): Rasalah azabKu dan kesan amaran-amaranKu!

Dan demi sesungguhnya! Mereka telah ditimpa azab yang kekal pada pagi-pagi hari (esoknya).

Lalu (dikatakan kepada mereka): Rasalah azabKu dan kesan amaran-amaranKu!

Sunday, September 18, 2011

ISA+GST=PAS

Formula baru dalam kalkulus politik persepsi PAS. Selamat Jalan ISA+Selamat Datang GST. Nampaknya PAS sudah tandus, gersang dan daif pandangan alam politik Negara!

Tahniah PAS kerana mencetuskan MODAL LIBASA PARI kepada Pak Sedaro. Blog ini telah banyak kupas, hujah dan bahaskan perihal GST dan ISA (Akta 82) ini. Siapa pun pemerintah kuasa eksekutif Negara Merdeka dan Berdaulat, maka perkiraan cukai atau tarif ke atas barangan dan perkhidmatan terpaksa dilaksanakan. Apakah, selama ini Kerajaan BN memiskin dan memfakirkan rakyat Malaysia?

Apakah selama 54 tahun merdeka, Ahli Parlimen bukan BN dan Ahli Dewan Rakyat bukan BN menerima nasib seperti kuli batak dan hamba sahaya? Atau dunia kepemimpinan politikus PAS+PKR+DAP seperti PARIA dan KELDAI DAYUS laksana Negara Israel!

Dalam gelanggang ekonomi dunia kapitalis dan sistem kewangan liberal kapitalis, Malaysia tiada pilihan. OIC masih belum berjaya urusan memakmur sistem kewangan alternatif iaitu muamalat dan sukuq. Negara Islam ialah negara pengeluar sumber harta dan kewangan dunia, namun urusan sistem kewangan ditadbir oleh IMF dan World Bank. PEMANDU dan TERAJU kedua-dua institusi ini ialah kelompok Freemasonary Yahudi.

Apa yang PAS melalak tak tentu pasal? Jika benar Kelantan hendak ditinggalkan miskin atau kelihatan miskin, beritahu saja rakyat Kelantan secara jujur. Kejujuran ialah tuntutan mutlak untuk pemimpin mukmin. PAS sejak ditubuhkan pada 1951 yang didaftar oleh seorang Keling, TIDAK PERNAH BERLAKU ADIL DAN JUJUR dalam pentadbiran, pengurusan dan jaya diri pertubuhan politik Partai Islam Se-Malaysia.

Kesian, ramai benar Pak Pandir, Mak Andeh dan Si Luncai yang bersekutu tambah KUTU dalam PAS.

Melayu

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau
memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua’alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

~ Usman Awang ~

Pusako Kuaso

Ramai bonar penggemar dan pembaco blog dalam dunia siber dan maya yang MASIH kelabu asap dan buto pandangan alam hidup (world-view) politik dan pusako kuaso politik di Malaysia ini. Resepi yang telah diperwariskan sojak 1256 laie daripada Kerajaan Kedah Tua yang dinamakan Kerajaan Melayu Islam Istana Bukit Meriam.

Pusako Kuaso di Malaysia ialah Melayu selaku Bangsa Teras dan lambang kesantunan dan perpaduan Bangsa Malaysia yang berdaulat dan merdeka. Rakyat Raja ialah pembina dan pengasas kepada Tamadun Bangsa Malaysia sejak 1256, kemudian runtuh pada 24 Ogos 1511. Akhirnya kembali bernyawa secara kemerdekaan daripada kuasa penakluk Inggeris berkuatkuasa 31 Ogos 1957.

Peristiwa pusako kuaso bermula dengan Persidangan Rasmi Majlis Raja-Raja Melayu pertama pada 1891. Durbar ini berterusan hingga hari ini, sebab itulah jika diamati dilunaskan bahawa Persidangan Majlis Raja-Raja Melayu di tahun 2011 ialah kali ke 160 tahun. Siapa punyo pusako kuaso? Melayu tuan-tuan, puan-puan.

Inilah resepi perjuangan 1 Malaysia atau lebih tepat 1 Bumi Melayu (hujah yang panjang telah dibahaskan dalam blog ini). Inilah resepi penjenamaan semula yang diangkat oleh YAB Perdana Menteri Ke-6 (Melayu). Pesanan dan ingatan yang diperjelaskan oleh para pelawat sufi Islam, ilmuan dan cendiakawan Islam, ulamak besar Islam iktiraf Negara Malaysia sebagai sebuah Negara Islam Moden zaman ini, yang perlu dijadikan contoh.

Ini semua bukti pusako kuaso. Namun dalam kemiskinan dalil ilmu yang dipertahan oleh pendukung PAS, PKR, DAP, PRM, KITA, maka, analisa Pak Sedaro ialah anak-anak Melayu yang berikrar lahir di Bumi Melayu tidak mendalami kegiatan mengurus tamadun Negara Bangsa 1 Malaysia.

Isu rakyat bukan isu UMNO atau PAS. Isu bangsa bukan isu UMNO, PAS atau PKR. Isu rakyat dan bangsa ialah Jihad setiap insan yang ditafsir sebagai Melayu menurut perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan. Jihad Ilmu, Jihad Ekonomi, Jihad Sukan, Jihad Keselamatan, Jihad Sosial, Jihad Politik, Jihad Aqliah, Jihad Batiniah merupakan pusako kepada kuaso Melayu. Inilah adab yang WAJIB diurus dan dipimpin oleh rakyat Raja.

Namun andai masih ramai yang sanggup bercemolot dengan Komunis, Syiah, Khawarij, Freemasonary, Pluralis, Liberalis, Ekstremis, maka, ucapkan Marhaban Darurat 1 Malaysia. Amatlah malang, proklamasi darurat, artikel 150 dalam Perlembagaan Persekutuan dilupuskan.

Saturday, September 17, 2011

Apabila barua Pas berhujah...

Dalam sibuk ziarah raya, rupanya dialog Mat Sabu masih menjadi pilihan rakyat. Kebanyakan pendukung Pas masih bersetuju dengan hujah Mat Sabu, iaitu Mat Indera kononnya pejuang. Maka bertaburanlah ayat, "Mat Indera lawan British dan bukannya Kerajaan Melayu." "Mat Indera bukan ahli komunis, dia cuma terlibat untuk bela orang Melayu dan polis Melayu di Bukit Kepong." "Tunku Abdul Rahman bukan pejuang kemerdekaan kerana Tunku dapat kemerdekaan daripada buku dan kertas, hadiah Inggeris sahaja."

"Komunis Melayu iaitu Rejimen Ke-10 tak bunuh pun askar-askar Melayu di hutan", hujah yang dilemparkan pula oleh askar-askar RAMD yang kini menyokong membabi buta PAS.

Lantaran itu, Pak Sedaro balas hujah mereka secara terang-terang:

1. Bahawa Polis dianggap sebagai polis British, maka, Askar Melayu, guru, pemandu, penoreh getah, kerani, tukang sapu dan segala mak-nenek pekerja yang bekerja pada zaman itu juga adalah pekerja BRITISH? Tak pula barua Pas nak bangkang bab ini.

2. Kenapa Mat Indera tak tubuh gerakan lebih bijaksana, yang lebih berlandaskan Islam ketika itu? Kenapa Mat Indera pilih perang bersenjata dan menyertai kumpulan pengganas? Kenapa Rejimen Ke-10 Komunis tidak dibubar selepas 31 Ogos 1957? Mat Indera telah disahkan sebagai Panglima Memerintah Komunis Negeri Johor oleh Chin Peng, dalam seminar dan temubual eksklusif di Canberra, Australia pada 22 & 23 Februari 1999. Perkara ini dimaklumkan oleh mantan Pengarah Cawangan Khas PDRM, Datuk Zulkifli Abdul Rahman.

3. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dicop sebagai Perlembagaan Inggeris? Inilah bukti ceteknya ilmu menuras barua Pas dalam makna Perlembagaan Persekutuan. Sedarkah mereka, bahawa 2 daripada wakil penilai urusan Perlembagaan ini ialah Ahli Sunni dan Islam!? Selama ini barua Pas mudah dipesongkan kefahaman mereka disebabkan penilaian mereka yang cetek. Justeru, Barua Pas tidak mengkaji bahawa asas-asas Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dipetik daripada Perjanjian Hudaibiyah dan Piagam Madinah. Blog ini telah dengan panjang lebar membahas dan menghujahkan isu ini.

Yang lain, bacalah dengan fikiran yang matang, tenang dan berilmu. Blog Paneh Miang dah banyak menulis dan beri hujahan balas kepada gelombang SONGSANG Pas selama ini.

Yang sodih eh, Hishammudin masih kobarkan isu Mat Sabu Komunis ini hanyalah political issues. Bangang ko Hisham ni? Kau nak sampai, Kumpulan Parang Terbang basahkan darah di muka bumi Allah ini lagi ko, baru kau nak bertindak TEGAS dan TANGKAS? Kok Bangang dan DAYUS jangan duduk kerusi Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Menangis almarhum Dato Onn, datuk kesayangan kau tu.

Rupanya ramai cucu cicit Melayu yang masih buto hati dan akal dek Pas Pis Pus.

Friday, September 16, 2011

Har har har! Lawak Hari Malaysia...

Berlaku kejadian yang melucukan semasa jamuan Raya dan sambutan Hari Malaysia di padang Majlis Perbandaran Seremban sebentar tadi.

Ketika semua hadirin sedang menanti ketibaan Mohamad Hasan, lebih kurang sebelum jam 8.30pm, seorang lelaki India tiba-tiba naik ke pentas menuju ke arah microphone.

Lelaki India itu terus bercakap lebih kurang begini;

"Ini ada satu pengumuman. Najib Razak bersama isterinya Rosmah Mansor serta Hishamuddin Hussein kini sudah ditangkap polis kerana terlibat dalam pembunuhan Altantuya Mongolia."

Hadiran ketika itu semuanya tergamam. Sejurus kemudian kelihatan anggota polis bekejar naik ke pentas untuk menangkap lelaki India tersebut.

Itu baru Najib umum nak mansuh ISA, dah berlaku kes macam ni. Kalau betul-betul hapus ISA nanti macamana la agaknya. He he he...lawak di Hari Malaysia!

NAJIB Jatuh Sakit

Difahamkan daripada perisikan yang berwibawa, Najib sedang alami penyakit kronik. Sejenis penyakit yang menyebabkan Najib jatuh sakit dek kerana beberapa perkara yang melanda negara menjelang ilham perancangan perang PRU-13. Najib jatuh sakit kerana:

- Tun Dr. Mahathir beri signal bahawa kejatuhan Najib akan berpunca daripada tidak prihatin kepada keperluan dan kehendak umat Melayu. Dok lebihkan Cina apa hal?

- Tun Dr. Mahathir beri signal bahawa kejatuhan Najib akan berpunca daripada kedudukan media yang terlalu banyak buat news coverage tentang Rosmah Mansor. Apabila disensasi Rosmah Mansor, maka Najib bakal hilang Kuasa Eksekutif !

- Muhyiddin Yassin belum dapat bantu sampaikan ilham, bagaimana peperangan Khandaq boleh dilaksanakan antara pasukan-pasukan gurkha BN dalam BN sendiri. Nampaknya UMNO terpaksa berjuang habis-habisan bila mana menyentuh soal kebangsaan dan tanahair. UMNO terpaksa keseorangan bila mana berbahas dalam isu Komunis, Orientalis, Penjajahan, Freemasonary, Syiah dan Khawarij di Tanah Melayu dan Malaysia. Maka pengorbanan besar UMNO terkandung dalam 3/4 Ucapan Hari Malaysia 16 September 2011. Apakah Muhyiddin akan disabotaj dari dalam juga? Alamat Najib tersungkur sakit jika Muhyiddin sedang dirundung malang. Kerja sabotaj daripada siapa? Punahsihat Najib atau Master Plan Papan Catur musuh-musuh politik UMNO?

- Syarikat Telco tidak pandai membaca rentak dan fikiran rakyat jelata, bila mana sesuka hati dan penuh bongkak mahu kenakan tarif 6% cukai perkhidmatan ke atas pengguna talian prabayar.

- Syarikat bekalan air juga ingin naikkan tarif dalam tempoh 6 bulan dari sekarang.

- TNB selaku syarikat monopoli bekalan elektrik juga hendak naikkan tarif dalam tempoh 6 bulan lagi.

- 90% CEO syarikat-syarikat GLC syok sendiri dan bebal untuk mengembirakan rakyat bagi pihak kerajaan menjelang PRU-13.

- 86% Ketua-ketua Bahagian UMNO tidak mampu membalas hujah-hujah retorik dan simpati politik jembel Mat Sabu dan gagal menjawab rencana-rencana pujukan PAS dalam Harakah.

- 85% pegawai dan kakitangan kerajaan tidak jelas dalam polisi dan pelaksanaan program-program kerajaan. Difahamkan kerana KSU, TKSU, KP dan Setiausaha Politik serta SuB tidak dibawa bersama dalam Kuliah dan Agenda Kursus Transformasi Perdana Pegawai Tertinggi Kerajaan yang sepatutnya dijayakan oleh BTN.

- 90% pegawai dan kakitangan rendah di Kementerian Pelajaran merupakan pengundi simpati kepada pemimpin-pemimpin fahaman Khawarij dan Syiah. Simpati kepada Khalid Gagap, Nik Aziz, Abdul Hadi Awang, Wan Azizah Wan Ismail.

- PEMANDU dan TERAJU masih keliru dalam urusan memakmur MPPB dan Agenda DEB 153. Usahawan Melayu yang ditaja untuk tujuan groom big atau sebarang program tidak diselesaikan urusan-urusan asas perniagaan mereka. Banyak projek yang berdaya maju mengikut pengamatan pengusaha, dinilai TIDAK BERDAYA MAJU oleh Pemandu dan Teraju. Soalnya, siapa yang berniaga? PEMANDU atau TERAJU...atau Peniaga itu!?

- Bini Najib masih tak dapat mengawal nafsu beli-belah dan gila glamour. Kesian sungguh melihat telatah dan dunia amalan Kak Rosmah ini. Sedih benar melihat bila dalam Majlis Sambutan Aidil-Fitri pun tak sedar hati untuk tudungkan jambulnya. Kesian, Najib tanggung dosa hidup Rosmah Mansor. Bab jaga isteri, Muhyiddin Yassin CLASS AAA la.

- Kenyataan pelaburan FDI Najib, dilihat begitu keawang-awangan. 18 projek bernilai RM1.43 billion tidak dilihat oleh rakyat dalam dompet masing-masing. Difahamkan oleh MITI bahawa nilai FDI hingga Julai 2011 ialah RM76 billion, tapi apakah kesannya dapat dirasai oleh rakyat dalam masa 6 bulan dari sekarang? Siapa terima untung? Rakyat terbanyak atau minoriti manusia tamak haloba?

- Suratkhabar dan Media elektronik tidak bijak mengendali isu dan perihal topik panas Negara. Kisah Mat Sabu dijolok, terus tenggelam kisah Anwar. Jika dikaji mendalam, Timbalan Presiden PAS dan 10 orang MKT PAS Kebangsaan ialah puak Anwarisme yang simpati maut kepada Al-Juburi ini (dikutip daripada mulut Mat Sabu yang gelar Anwar Al-Juburi pada tahun 1998).

- Ada sepupu yang mengaku lahir daripada keturunan hebat, diberi mandat jaga KDN, tetapi begitu lesu, lemah, leweh, beweh dan tak laku. Tun Hanif sudah bongkar habis di Perak, dan benarlah bahawa AKTA ISA sepatutnya halal dikenakan kepada Mat Sabu. Banyak peristiwa yang boleh membawa kepada penahanan spesis pengkhianat ini. Namun, Hishammudin lah bakal penyebab Najib ke IJN semula. Akhirnya ISA 1960 mansuh. Perkara 150 Proklamasi Darurat juga mansuh. Ganjaran Politik yang mengundang "LUKA BERDARAH" andai rakyat tidak cekap baca POLITIK MATANG.

- Harga barangan makanan dan keperluan harian rakyat makin melambung. Harga ayam ada yang jangkau RM8.50 sekilo hari ini. Apa punya gila ini? Batang pinang kekal RM23 sekilo. Ikan-ikan di pasar menjejak lebih RM10 sekilo, kecuali Kembung Uji Rashid, harga siling RM10.00. Siapa yang tak bekerja? Kerajaan? Menteri atau Pegawai-Pegawai Menteri? Pegawai-pegawai kementerian atau pelaut, pemborong, peruncit? Siapa yang wajar jawab isu kartel harga ini? Najib menjadi bertambah sakit, sebab dia tak boleh nak jawab panjang lebar. Adakah Rosmah pergi ke pasar setiap hujung minggu untuk beli ration rumahnya? Begitu juga, KSU atau Pegawai Kanan lain, tauke kaya-raya, Tony Fenandez, atau Syed Mokhhar Bukhari pernah ke menjenguk pasar untuk mendalami isu harga barang keperluan rakyat? Sebab itulah selama ini isu harga barang hanya diselesai "ibarat melepaskan cipan di mata tangga"!

- Ramai Ahli Parlimen bukan BN yang Melayu tidak disepakati baik-baik oleh BN. Mereka ini ramai yang cerdik dan lebih bijaksana daripada Menteri-Menteri Kabinet sedia ada. Namun dek kerana mereka bukan BN, maka mereka tidak dirunding cara. Maka Najib dikelilingi oleh ramai manusia yang 'Beraja di Mata, Bersultan di Hati'. Para ilmuan besar tidak menjadi Think-Tank Najib. Kenapa tidak hari ini Najib yang cadangkan Prof. Al-Attas untuk anugerah Tan Sri? Kenapa tidak juga diberi kepada lebih ramai manusia berilmu tinggi seperti beliau, dan seterusnya mereka ini menjadi "Members of the Elders dalam Skim Pemikiran Politik Mahawangsa Negara"?

- Ada Menteri Cina masa mesyuarat rasmi sibuk cakap Cina. Semaklah dengan pegawai-pegawai kanan di Kementerian yang Menterinya Cina. Juga pakatan dengan pembina perumahan Cina yang tak jujur dalam industri. Lot Melayu pun diberikan kepada Cina, alasan penipunya, takde orang Melayu mampu beli lot tepi. Kementerian yang datangkan hasil kepada negara, diberi pula kepada Menteri Cina. Bertambah sakit le Pak Jib...

- Penulis ucapan Najib ternyata tidak konsisten dalam urusan penulisan skrip-skrip penting YAB PM. Agenda Melayu, Agenda Islam, Agenda Ilmu tidak menjadi ibu hujah dan bahas. Jangan ingat Orang Kampung tidak pandai twitter dan blog. Orang kampung pun udah ada IPod dan IPad4 lagi. Jangan dok mengampu dan buli pemikiran rakyat melalui Ucapan yang dibutakan nilai faktanya oleh penulis ucapan PM. Najib jatuh sakit berguling lagi le...

- Sidang 3 Penggal 4 Parlimen 2011 akan mula pada 3 Oktober hingga 7 Disember 2011. Andai ramai Ahli Parlimen seperti Kepala Batas dok tinggal kosong kerusi itu, pasukan BNBBC pun melopong takat 'booo' dan tepuk meja saja, pakat bangun maki hamun bersama pasukan sebelah kiri Dewan, maka Najib pasti akan berterusan sakit.

- PRU-13 amat genting, kerana isu perdana hari ini, bukanlah isu komersil. Tapi isu Pemimpin Politik PENIPU RAKYAT, PEMALAS, PERAGUT, PELAMPAU, PENGURUS WANG GELAP, KAKI TIDUR DAN BODOH SOMBONG.

Andai ada kegiatan sabotaj dari dalam melalui jentera kerajaan, pasukan IT, SUK, SPR atau apa juga mekanisme tertentu, maka percayalah bahawa rakyat terbanyak akan tahu juga. Buruk padahnya jika tembelang pecah. Ingatlah bahawa BN boleh menang dalam keadaan Najib berlaku JUJUR kepada dirinya, JUJUR kepada UMNO, JUJUR kepada Raja-Raja Melayu, JUJUR kepada ALLAH YANG MAHA ESA, kerana ALLAH jua penentu kemenangan BN dalam PRU-13.

Waspadalah bahawa Tentera-tentera Allah lebih kuat dan gagah yang diturunkan dari langit. Peristiwa tentera Abrahah yang cuba melanggar Kota Mekah ialah pesanan hidup yang akan kekal hingga nafiri Sangkakala pertama. Allah Hu Akbar!

Najib tanya..."Pakatan sanggup ke?"

"Sebagai yang ramai maklum bahawa, kecuali darurat akibat konfrontasi tahun 1964, yang telah dibatalkan secara tersirat, kesemua proklamasi darurat lain yang telah diisytiharkan sebelum ini, masih dianggap berkuatkuasa sehingga hari ini. Justeru, menginsafi bahawa realiti negara Malaysia telah berubah, merasai denyut nadi, resah gelisah dan aspirasi rakyat yang mahukan Malaysia menjadi lebih terbuka lagi dinamik demokrasinya, di mana, pendapat, idea dan kebimbangan massa lebih diberi perhatian, agar dapatlah kita berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan sistem demokrasi lain di dunia yang berasaskan falsafah universal dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat, maka, kerajaan kini, di bawah Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, akan membentangkan kepada kedua-dua Majlis Parlimen dengan usul agar ketiga-tiga proklamasi darurat yang telah diisytihar dulu, supaya ditamatkan kuatkuasanya.

Sepertimana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa mula-mula mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 3 April 2009, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dikaji secara komprehensif. Sehubungan dengan itu, suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dimansuhkan terus.

Untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah bagi memelihara ketenteraman dan keselamatan awam, dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan. Pokoknya, akta-akta ini nanti bermatlamat untuk memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Di sudut lain, kerajaan juga memberi komitmen bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik. Umumnya pula, kuasa untuk melanjutkan penahanan akan beralih daripada badan eksekutif kepada badan kehakiman kecualilah undang-undang berkaitan keganasan itu tadi.

Dalam konteks ini juga, selain memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa. Sehubungan dengan itu lagi, kita tidak akan teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan undang-undang yang tidak lagi relevan.

Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.

Kerajaan juga akan mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan. Namun, kebenaran berhimpun diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak disamping mengambilkira norma-norma di peringkat antarabangsa."

~Intipati perutusan khas sempena sambutan Hari Malaysia 16 September 2011 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 15 September 2011, jam 8.45 malam.~

Note: Untuk menggubal atau menghapus Perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, contohnya Perkara 10 atau Perkara 149, maka sesuatu usul itu mestilah mendapat sokongan atau undi majoriti 2/3 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat untuk dilulus serta diwartakan. Namun jika hanya untuk menggubal atau menghapus akta seperti Akta Dadah Merbahaya, Akta Keselamatan Dalam Negeri etc., maka hanya sokongan atau undi Majoriti Mudah sahaja diperlukan di Dewan Rakyat.

Walaubagaimanapun, Perkara 3, Perkara 32, Perkara 38, Perkara 152, Perkara 153, Perkara 161A dan Perkara 181 dalam Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dimansuh atau dihapuskan sama sekali dengan apa cara sekalipun di Dewan Rakyat, KECUALI negara ini berubah daripada SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN & RAJA BERPELEMBAGAAN kepada SISTEM REPUBLIK macam Singapura (negara Republik adalah IMPIAN DAP untuk hapuskan Institusi Diraja Melayu).

Persoalannya sekarang, SANGGUPKAH Pembangkang menyokong usul BN di Dewan Rakyat dan seterusnya memastikan majoriti lebih 2/3 diperolehi untuk menggubal Perlembagaan Persekutuan?

Thursday, September 15, 2011

SIHIR NAJIB

Rujuk kupasan Ucapan Misteri Najib yang Pak Sedaro tulis. Rakaman ganjaran politik ternyata BENAR LAGI SAHIH DAN TEPAT SEKALI.

Selamat Panjang Umur kepada pengamal liberal dan plural yang kini bergentayangan dalam dunia politik fatamorgana 1 Malaysia. Hapus Perkara 150 Pengisytiharan Darurat, dan hapus Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960. Akta Polis Seksyen 27 juga dikaji semula.

Sihir misteri ini akan terus bersemadi hinggalah 2 buah Akta memperkukuh elemen yang bersangkut dengan Perkara 149. Gerakan pengganas masih dikekang dengan Perkara 149.

Nampaknya Ucapan Misteri Najib sudah dijampi SIHIRNYA oleh Najib malam ini. Sepupu kandungnya senyum lebar hingga ke telinga. Namun di luar sana, 250 ribu bekas tentera, polis, waris dan keluarga kepada kesan kehancuran fahaman komunis, syiah, khawarij dan freemasonary, telah menjadi tawarikh hidup kepada 1Malaysia.

Sihir Misteri Najib ialah risiko yang telah diperhitung! Apakah Malaysia sudah matang dalam ganjaran politik ini? Apakah Malaysia sudah matang dalam ganjaran gerakan reformis sosial ini?

Kita saksikan PRU-13 kelak. 'Tahniah' Najib kerana 1/2 rakyat Malaysia yang tidak terlibat dalam politik masih terus derita, lapar, dahaga dan gering!

Mat Sabu DITELANJANGI

Mat Sabu berdasarkan sifir algebra bersamaan dengan Chin Peng, Setiausaha Agong Parti Komunis Malaya. Mat Sabu telah ditelanjangkan dengan fakta sejarah sebenar, MAT INDERA.

Chin Peng mengesah dan memperaku bahawa Serangan Rumah Pasung Bukit Kepong pada 23 Februari 1950, jam 0430 pagi dipimpin oleh Mat Indera iaitu Panglima Pemerintah Komunis Negeri Johor. Pengakuan ini dibentangkan dalam sebuah seminar eksklusif yang diadakan di Canberra, Australia pada 22 & 23 Februari 1999. (Perkara ini dimaklumkan oleh Pengarah Cawangan Khas dan Perisikan PDRM, Dato' Zulkifli Abdul Rahman (mantan).

Mat Sabu bawa aliran KOMUNIS dalam PAS. Hari ini PAS bukan sahaja "confirm bahaya kerana berfahaman Syiah dan Khawarij (seperti pengakuan Dr. Rahman dan Nashrul - pendokong totok PAS sejak 1996 sejak di Universiti Malaya), malah Timbalan Presiden sudah dirasuk isme-isme Komunis. Syabas dan Tahniah Ahli PAS kerana begitu bahalol, tolol dan bangsat gila memilih Timbalan Presiden bernama Mat Sabu, sentiasa keliru sama ada 121 atau 112 atau 211...ha..ha..ha...

Esok hantu menari pelbagai bahasa



Agaknya sambutan Hari Malaysia dan Kemerdekaan ke-54 kali ni akan ada tak lagi slot lagu-lagu yang dinyanyikan dalam 3-4 bahasa macam sebelum-sebelum ni? Kononnya nak nampak muhibah, tapi tersiratnya menidakkan Bahasa Kebangsaan 152 dalam sambutan kemerdekaan sendiri. Lepas tu menari sana sini bagai nak rak, konon nak tunjuk perpaduan 1Malaysia kepada dunia. Negara lain tunjuk kekuatan armada tentera dalam sambutan kemerdekaan negara mereka, tapi kita dok sibuk tunjuk menari. Perpaduan ditonjolkan melalui tarian? Suka hati kaulah labu...

Apa-apa pun 'tahniah'lah kepada Rais Yatim. Kalau boleh sambutan Hari Malaysia dan Kemerdekaan Ke-54 ni bawaklah sekali hantu-hantu yang KPKK banyak dok bela dalam televisyen dan panggung wayang tu semua. Meriah sikit sambutan merdeka dengan macam-macam jenis hantu...

Ingatan Mahathir kepada Najib

"Sekarang ini orang Melayu anggap kata layanan diberi kepada orang Cina dan mereka tak ada apa-apa. Saya harap Bajet akan datang ini, kerajaan imbangi layanan kepada orang Cina, layanan kepada orang Melayu."

"Dengan itu barulah akan hilang sedikit sebanyak perasaan marah mereka terhadap kerajaan kerana masing-masing anggap kerajaan berat sebelah."

"Salah tafsir terhadap konsep 1 Malaysia menyebabkan orang Melayu misalnya merasakan perlunya ada sekolah satu aliran manakala orang bukan Melayu mahu hak Bumiputera dihapuskan."

"Jadi dengan itu sukar bagi kita untuk memikir bahawa hanya dengan slogan itu saja maka akan berlakulah perpaduan."

"Saya harap Datuk Seri Najib sedar bahawa orang Melayu rasa terkilan, rasa mereka dianaktirikan dan dia perlu menentukan bahawa dia tidak menganaktirikan orang Melayu sementara dia juga menjaga kepentingan orang bukan Melayu."

Dr Mahathir berkata demikian dalam satu wawancara bersama Astro Awani, Selasa, 13 September 2011.

Wednesday, September 14, 2011

Ucapan Misteri NAJIB

Tanggal 16 September 2011 dalam sejarah moden dan kemerdekaan tanahair Malaysia, julung kalinya, sambutan Hari Merdeka 31 Ogos 1957 disambut pada Hari Malaysia 16 September 2011. Alhamdulillah, ini semua rahmat Allah kerana 31 Ogos 2011 jatuh pada 2 Syawal 1432H.

Nampaknya Syawal 1432H, Pak Jib bakal menyampaikan Ucapan Misteri Tahap Gaban. Misteri sungguh ucapannya, sehinggakan pada jam 0830 malam semua saluran siaran di kaca televisyen akan menayangkan Ucapan Perdana Menteri dari Angkasapuri. Harapan DS Rais ialah 24 juta, rakyat mampu ikuti siaran langsung Ucapan Misteri YAB Najib kali ini.

Spekulasi ibarat Ribut Pekan meramalkan bahawa, Ucapan Misteri akan menyentuh subjek berikut:

1. Ganjaran politik kepada Mat Sabu dan penyokong Komunis dalam PAS.

2. Ganjaran Kerja So-Sial kepada penyangak sosial seperti Naweemee, Ambiga dan beberapa yang lain.

3. Rakyat miskin akan mendapat Rumah Mesra Percuma BN Berkebajikan sejak 54 tahun merdeka.

4. Ahli Akademik yang tak bertauliah dalam bidang-bidang ilmu yang sering dan suka hati mak dia memberi rekfleks kepada implikasi Sejarah, Sosio Budaya, Politik Madani, Politik Borjuis dan Politik Jembel, bakal diberi Anugerah Nobel Kaki Lima dan Kedai Kopi 1 Malaysia (TUKAR).

Namun, dalam kecamuk politik yang merimaskan ekonomi Negara, yang lebih AFDHAL untuk YAB Najib umumkan ialah:

1. Belanjawan 2012 ialah Belanjawan Kebajikan 1 Malaysia.

2. Penghapusan cukai-cukai perkhidmatan secara total selama 5 tahun, berkuatkuasa serta-merta.

3. Wakil rakyat dan isteri wakil rakyat yang berbelanja besar dan boros termasuk dirinya akan dikenakan cukai berbelanja lebih, dan duit tersebut akan masuk dalam Tabung Kemanusiaan dan Bencana Perdana Menteri.

4. Semua pemodal asing, pengurus dana asing dan tuan punya duit yang berbillion, dibenarkan mencairkan nota-nota kewangan tidak lebih RM10 bilion setiap individu atau syarikat.

5. Semua pengundi berdaftar yang undi BN atau pun bukan BN, akan dapat hadiah Barisan Nasional sebanyak RM1,000 seorang untuk urusan pasport dan pembelian buku sebagai bahan bacaan.

6. Semua penceramah agama Islam diberikan ganjaran sebanyak RM2,000 seorang sebagai imbuhan khas dan hak istimewa kerana sanggup berkorban masa, tenaga, jiwa raga dalam urusan tarbiyah Perkara 3 dalam Perlembagaan Persekutuan.

7. Pengumuman bahawa semua bersabit Perkara 149 yang boleh meruntuhkan keamanan dan perpaduan, si pelaku yang bikin huru-hara dan kecoh akan dikenakan kurungan di Kemunting, atau diaktifkan kembali Pulau Jerjak.

Nah Najib Nah Sucks Banana



Apo masalah ekau ni Najib? Ekau memang tut...tut...tut. Ke ekau nak ikut jejak sepupu kau Hisham Bapuk yang asyik nangis sambil goyang kaki bagi amaran tu. Cib...la kau Najib. Memang dasar hampeh, cipan, suwey, derhaka, bac**, gam****tut...tut...tut. Camno la rakyat nak respek dengan kerajaan kok kau sanggup jumpa bangsat Namawee. Memang ekau ni chicken dance, suka tabur duit kat Cina, kecikkan hati orang Islam, tak sayang Melayu tapi sayang Rosmah, jendol, bibir merah, pm liberal dot...dot...dot...6%...bil letrik naik...astro mahal...MAS tergadai....ahli UMNO setia diabai...bekas musuh diangkat dijulang...media prima sayang Kak Ros...telur tak cukup masin...ETP...NKRA...PEMANDU/TERAJU BINGAI...RAJA****...AZAN SUBUH *****...CINA RACIST...SEKOLAH JENIS CINA BAHLOL...TOKONG BUSUK BAU COLOK...CINA TAK MANDI PAGI...BUDDHADADA...NEGARAKUKU BESI...SIAPA CAKAP SEMUA ORANG MESTI PUASA...PEREMPUAN MELAYU BERTUDUNG*****CINA TAK PATRIOTIK MAKAN BABI....Blah la Najib tut...tut...tut! (*#()&!#*()!Y&#*#)&#)*_#^)(%^&*()_!)(*&^%$%^&*()_)(*&#^%$@#$@%!^&!)(*&%^@&*()!!@#$%^&*())(*&^%$#@! Huhuuhuuu..!


Apo-apo pun, secaro terbuko SEY MINTAK MAAFLAH kepado Dato' Seri Najib sobab maki hamun tadi.

Errr...Dato' Seri...bulih sey gi jumpa Dato' Seri tak? Bukan apo...sey nak bagitau Dato' Seri yang sey dah melalui banyak kesilapan yang tidak sepatutnya...dan sey harap Dato' Seri akan terus menyokong blog ini dan juga blog-blog tempatan yang lain.

Takpe ke sey guna alasan Namawee bangsat ni Dato' Seri?

Kalo confirm Dato' Seri nak jumpa sey...jangan lupa suruh pegawai JPM contact sey untuk buek appoinment ya Dato' Seri.

Please don't sue me, saya takde duit...


Tuesday, September 13, 2011

Janji Muhyiddin hari ini...

"Kita sebagai kerajaan yang prihatin tidak mahu membebankan rakyat dengan apa-apa sahaja tindakan yang boleh menambahkan kos rakyat."

"Contohnya soal bayaran prabayar. Bila isu ini berbangkit, kita kena teliti di masa-masa akan datang supaya jangan ada pihak-pihak lain yang sewenang-wenangnya mengambil langkah yang boleh membebankan rakyat."

"Sebaiknya kita bincang dahulu walaupun mereka berkata ini sudahpun diputuskan (sebelum ini). Ini satu pengajaran bagi kita kerana sekarang ini apa sahaja fakta yang boleh meningkatkan kos beban hidup kita tak boleh ambil mudah."

"Kenaikan kos pengangkutan, harga barang dan semuanya perlu kita ambil kira. Jadi langkah yang dibuat oleh kerajaan untuk masuk campur dalam soalan sebegini (cukai prabayar) saya fikir baik untuk rakyat."

"Kita akan berbincang dalam mesyuarat kabinet beberapa hari akan datang untuk menilai segala aspek termasuk cara nak menguruskan hal rakyat supaya tak dibebankan dengan kos hidup yang bertambah."

"Kalau boleh kita (mahu) kurangkan (kos perbelanjaan), yang penting agar rakyat tak bayar lebih daripada apa yang ditetapkan."

Muhyiddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Bekalan dan Harga Barang berkata pada sidang media selepas menghadiri majlis anugerah dan tawaran baru kepada pengetua dan guru besar Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan 2010 di Bahagian Teknologi Pendidikan, Bukit Kiara di sini, Selasa. - mstar.

Daripada membazir ke PERMATA, lebih baik melabur pada IKSEP

Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme yang wujud di Melaka pada 1996, nampaknya GAGAL selesaikan isu-isu SEJARAH Bangsa Melayu, Tamadun Bangsa dan Ketuanan Islam di Bumi Melayu.

Apakah IKSEP bekerja atas maksud politik atau wujud untuk beri kerja kepada orang yang dah pencen, tak produktif serta tak cukup peluang kerjaya di Melaka? Jika masih wujud IKSEP, Pengerusinya ialah Jamil Mukmin yang dulunya Setiausaha Agung MBM dan orang kuat Gerakan Belia 4B Malaysia. Mula bertapak di Negeri Sembilan, dan pulang ke Melaka akhirnya.

Isu-isu komunis Melayu, IKSEP wajib jawab! Isu-isu Kesultanan Melayu dan salasilah keagungan empayar serta Kerajaan Melayu, IKSEP wajib jawab!

Andai tidak cukup bajet, minta peruntukan Persekutuan sebanyak RM1 billion untuk buat kerja-kerja KAJIAN Sejarah dan Patriotisme yang tulen. Takdelah duit kerajaan tu membazir ke Rosmah Permata. IKSEP tak boleh menyepi dan duduk di gigi kali. Pepatah Melayu pesan "Melukut di Tepi Gantang".

Adakah Ali Rustam yang tidak dibenarkan bertanding Timbalan Presiden UMNO "tidak ambil pusing" soal IKSEP? Jika kabinet kerja IKSEP tidak reaktif, produktif, partisipatif, agresif, dan segala mak-nenek sif, WUJUDKAN harakah dan halaqah IKSEP yang baru, muda, berwawasan dan tangkas.

Jangan heboh nak tambak laut sepanjang Pantai Puteri, Pantai Klebang hingga Pantai di Bandar Hilir sahaja. Jangan heboh nak indahkan Sungai Melaka dan lupa aliran asal Sungai Melaka ini. Buat Eskavasi Teroka A'Famosa semula dalam Bandar Melaka itu. Penjelajahan lautan Selat Melaka di mana di kenalpasti Pelabuhan asal atau tapak-tapak asal sumber kekayaan Melaka. Inilah tujuannya Peruntukan Negara sebanyak RM1 billion. Barulah namanya, Bandaraya Bersejarah Melaka dan Bandaraya Warisan Dunia, atau Warisan Penjajahan Portugis, Belanda, atau pembuktian kuasa-kuasa Kerajaan Melayu Melaka.

Den tahu bonar pasal IKSEP sobab pado Mac 1997, den dipanggil temuduga untuk jawatan Pengurus Projek. Banyak dicadangkan maso temuduga tu, tapi haram satu pun tak di apik. Hari ini, PADAN MUKO KAU. Maso tu den posan "Kocik jangan di sangka anak, godang jangan di sangko bapak".

Ketua Menteri Melaka, Kembalikanlah 'Kuasa' Taming Sari.

Monday, September 12, 2011

Soalan Bocor SPM 2011


Kredit tang sini. Klik gambar untuk besarkan.

Najib liabiliti BN?!

Rasanya ramai yang faham apa yang dimaksudkan dengan tajuk di atas.

Malaysia hari ini tampak seperti hilang kawalan oleh Perdana Menteri. Kerajaan Persekutuan yang diterajui Najib nampak sangat lemah.

Kami percaya majoriti rakyat tiada pilihan. Mereka akan tetap menyokong BN kerana tahu dan sedar Komplot Pembangkang memang tak boleh harap nak terajui negara ni. Tapi rakyat juga dalam dilema dengan penilaian 50-50 terhadap Najib.

Banyak perkara yang membuatkan rakyat resah. Moh kita senaraikan satu persatu.

1. Masalah ekonomi yang tidak stabil. Kerajaan umumkan berbillion revenue dalam ETP, projek itulah, pelaburan inilah, tapi hakikatnya rakyat tak nampak pun duit tu semua dalam poket mereka. Cukai yang dikenakan kerajaan berbanding pendapatan rakyat masih tak seimbang. Pendapatan boleh guna rakyat semakin berkurangan. Kadar faedah tinggi. Keputusan BNM menaikkan OPR dan BLR yang kononnya mampu menyelesaikan masalah inflasi, tampak semakin menghimpit rakyat. Kontraktor dan peniaga kecil takde job. Ekonomi domestik dan mikro semakin perlahan. Aliran tunai macam dah nak tepu. Bursa saham tak menentu. Dan seperti biasa tiada tindakan daripada Najib.

2. Harga barang keperluan, terutamanya makanan semakin melambung. Cili pun RM9-10 sekilo sekarang ni. Harga ayam, ikan, daging, sayur etc. tak payah ceritalah. Ikut sedap tekak peniaga je nak letak harga. Makan sorang di restoran tak akan cukup RM5 sekali makan. Dulu rakyat bawahan pergi pasar bawak RM100 boleh beli stok seminggu sekeluarga makan. Sekarang bawak RM100, 3 hari stok dah licin. Pernahkah para pegawai PEMANDU, MTEN & MOF yang bergaji berpuluh ribu, malah berjuta itu pergi sendiri ke pasar setiap minggu untuk beli barang? Pegawai KPDNHEP tetap jugak lolap sambil ternganga. Dan seperti biasa tiada tindakan daripada Najib.

3. CEO GLC dan Korporat mula cemas apabila tengok pendapatan mereka kurang RM1 juta saja daripada berjuta pendapatan tahunan yang mereka dapat setiap tahun. Penyelesaiannya, mereka letak beban itu pada rakyat untuk menyelesaikan masalah pendapatan mereka. Sedangkan mereka masih kaya dan untung beratus juta setahun. Contohnya, bil astro dan bil elektrik yang kecoh sebelum ini tetap juga dinaikkan. Akan datang bil Telco 6% tetap juga akan dinaikkan. Tak percaya? Dan seperti biasa tiada tindakan daripada Najib.

4. Kes gila glamer Kak Mah bukan lagi isu pembangkang, tetapi dah jadi isu nasional. Pelik juga apabila melihat ramai golongan yang tidak pernah berminat dengan politik sebelum ini pun sibuk berbicara (mengutuk sebenarnya) Rosmah Mansur. Jika Najib sendiri tampak hilang kawalan terhadap isteri sendiri, apatah lagi nak kawal negara ni? Dan seperti biasa tiada tindakan daripada Najib.

5. Beribu laporan polis dibuat terhadap perhimpunan haram Bersih, isu Namawee, isu kencing & simbah cat di surau, isu Al-Kitab, isu pembangkang membocorkan maklumat pertahanan negara, isu Murtad, isu Anwar Anak Beranak yang memburukkan Malaysia di luar negara, isu Mat Sabu Komunis, bla...bla...bla...tapi Jabatan Peguam Negara, KDN dan Polis tetap tidur celik tanpa buat apa-apa. Kes Anwar entah bila nak selesai. Badan kehakiman pun dah jadi macam sarkas dipermainkan Anwar. Tapi masih tiada tindakan tegas di pihak kerajaan. Tiap kali Hisham buat kenyataan di tv dan akhbar, pasti ramai yang tersenyum sinis. Hinggakan pernah kami terdengar sekumpulan anak muda yang sedang duduk minum di kedai, tiba-tiba menjerit, "Woi...Pondan tengah bercakap...", merujuk kepada Hisham yang sedang bicara di tv. Memang mudah untuk kita salahkan Hisham Bapuk, tapi kuasa sebenar di tangan Najib. Mengapa Najib lebih rela dilihat penakut? Apa yang menjadi kerisauan Najib sebenarnya? Apa RAHSIA yang cuba disembunyikan Najib hingga enggan bertindak? Adakah kerana ugutan; atau Najib sememangnya tiada sifat pahlawan dan suka memilih jalan selamat? Atau dalam badan Najib sudah terserap roh Paklah? Dan seperti biasa tiada tindakan daripada Najib.

6. Perlantikan 'GENG KEPARAT' dalam sektor korporat seperti PEMANDU, TERAJU, PETRONAS, TNB, UDA Holdings, Maybank, MAS, etc. telah menjadi perdebatan sekian lama oleh ramai pengguna Media Baru. Tapi Najib masih mengekalkan 'GENG KEPARAT' ini. Bertambah pelik apabila mereka yang dilantik Najib dikenalpasti adalah penyokong pembangkang selama ini. Apa, Najib nak bunuh BN yang ditubuhkan ayahandanya sendiri ke? Kami cuba memahami mungkin Najib ingin melantik orang yang loyal dengannya. Tapi masalahnya, orang yang loyal itu belum tentu bijak buat kerja! Kesetiaan boleh dibentuk, tetapi kreativiti, kebijaksanaan dan pengalaman itu yang lebih utama. Apa gunanya punahsihat yang loyal jika mereka sendiri BODOH untuk memahami denyut nadi rakyat hingga membuat keputusan yang sering menyusahkan rakyat. Akhirnya menjadi backfire kepada kerajaan Najib sendiri. Itu belum cerita bab perlantikan Senator sehingga membuatkan ramai ahli Parlimen berkecil hati. Sebab itulah sekian ramai Parliament Members BN jarang mempertahankan kabinet Najib jika kerajaan di'serang' pembangkang. Penyudahnya Najib yang terkapai-kapai keseorangan kerana tiada sokongan kuat daripada ahli parlimen BN sendiri. Dan seperti biasa tiada tindakan daripada Najib.

7. Wang rakyat sering dilambakkan kepada Cina terutama semasa PRK. Tapi undi tetap tak beri pada BN. Cina tak nak kerja gomen, kerajaan merayu. Cina tak fasih Bahasa Kebangsaan, takpe...biar Melayu yang belajar bahasa mandarin. Cina nak tambah sekolah, bagi. Cina nak kurangkan kuota bumiputra, tunaikan. Cina tak bagi Melayu masuk syarikat korporat Cina, senyum. Cina hentam Islam, diam. Pendek kata, apa yang Cina tak mintak pun, Najib boleh bagilah. Undi belakang kira, yang penting kasi happy ini Cina. Penyudahnya, kiri kanan Cina ambil kesempatan. Tak kiralah DAP ka, MCA ka, Gerakan ka, semua pakat kasi tipu Melayu. Ayat popular mereka. "Kita kan 1Malaysia maa..." Depan-depan Najib pun Cina boleh tipu. Dan seperti biasa tiada tindakan daripada Najib.

8. Najib seringkali dilihat tidak mampu membezakan antara ucapan sebagai Perdana Menteri Malaysia, dengan ucapan sebagai Presiden sebuah parti politik. Malah kadangkala ucapan Najib lebih banyak mengguris hati bangsa Melayu & Islam sendiri. Sebab itulah kita sering mendengar dalam pelbagai majlis di mana Najib akan menghentam pembangkang, sedangkan ketika itu dia bercakap atas kapasiti sebagai Perdana Menteri. Kekeliruan ini tampak jelas apabila ucapan-ucapan Najib dipaparkan di Media Massa. Adakah Najib sudah sampai ke suatu tahap letih akal dan minda? Kesilapan sebegini masih kerap dilakukan Najib sehingga kini. Dan seperti biasa tiada tindakan daripada Najib.

9. PRU-13 semakin hampir. Tapi gerak kerja persiapan pilihanraya daripada pihak BN, terutamanya di Negeri Sembilan semacam hambar. Kawasan Parlimen dan DUN yang kalah, tiada aktiviti. Masalah-masalah tempatan (local issues) tiada penyelesaian segera. Semua maklumat hanya bergantung daripada dapatan Ketua Bahagian dan bukannya daripada denyut nadi rakyat yang sebenar. Wakil Rakyat BN yang dah lama berkhidmat, rakyat dah benci. Jadi macamana BN nak dapat semula 2/3 majoriti? Dan seperti biasa tiada tindakan daripada Najib.

BN hilang banyak kerusi di PRU 1969, 1999 & 2008 adalah disebabkan faktor undi Melayu. Maka sewajarnyalah Najib menjadi lebih Melayu daripada Melayu untuk menang PRU-13. UMNO dan BN tidak boleh hanya bergantung pada kesilapan bodoh yang dibuat pemimpin pembangkang untuk menang pilihanraya. Masalah rakyat perlu diminimakan sebanyak mungkin bagi menjaga keluk kepuasan mereka sebelum PRU-13. Jika Najib kelihatan masih tidak mampu menyelesaikan semua masalah itu, maka UMNO dan BN sudah sewajarnya mempertimbangkan secara serius untuk 'sekolah'kan semula Najib.

Personaliti atau individu tidak penting, kerana UMNO & BN lah yang perlu diutamakan. Sejarah sekian kali membuktikan, bahawa pemimpin yang tergelincir daripada parti keramat UMNO akhirnya tidak akan kemana.

Siapalah Najib tanpa UMNO?!

Sunday, September 11, 2011

Belalai Mat Syabu

Mat Syabu yang berbadan gendut sedang dalam perjalanan menaiki keretapi. Keretapi pula pada malam itu sarat dengan penumpang, maka si gendut Mat Syabu terpaksa berdiri di sepanjang perjalanan. Namun tiba-tiba Mat Syabu berasa seperti ada sesuatu yang menyondol belakangnya, lalu dia berpaling. Kelihatan seorang ibu hamil sedang berdiri. Melihatkannya, Mat Syabu pun bertanya…

Mat Syabu: Akak ni bunting ya?

Ibu Hamil: Takdelah! (*Dalam hati..."Sudah tahu bertanya pula...")

Mat Syabu: Isi dalam perut tu orang ya kak?

Ibu Hamil: Iyolah...! (*Mula rasa jengkel dan membalas) Kenapa? Encik pun bunting juga ke? Dah berapa tahun bunting?

Mat Syabu: Hahaha!!! (Gelak paksa).

Ibu Bunting: Isinya anak gajah ke? Hehehe!!!

Mat Syabu: (Mula hangat hati) Habis tu, kalau anak gajah sekalipun, apahal plak akak nak gelak?

Ibu Bunting: Oh...betullah anak gajah! Patutlah belalainya terkeluar (sambil menunjuk seluar Mat Syabu yang lupa dikancing).

Serentak semua penumpang dalam gerabak keretapi ketawakan Mat Syabu.

Mat Syabu: Errr...Errr...Saya cakap apa tadi? Saya lupalah. Bilik 121 atau 211? Lepas kena langgar pajero hari tu, ingatan saya kejap ada, kejap tak ada la kak. Lutut saya lupa nak repair untuk letak otak saya semula. Akak cakap ni ada bukti ke? Tunjukkan bukti...(sambil perlahan naikkan zip seluar).

Ibu bunting: Padan muka kau. Asyik nak aibkan maruah orang je tau. Maruah sendiri tak reti nak jaga!

*********

Selepas perhimpunan haram BERSIH 2.0, peringkat awal Mat Sabu mendakwa Pajero Polis yang melanggarnya. Apabila Polis menunjukkan bukti kukuh, terus 'Pajero Mat Sabu' bertukar jadi kereta Wira.

Dalam Sinar Harian bertarikh 28 Ogos 2011, Mat Sabu dilaporkan berkata, tidak mengingati isi ceramah beliau yang mengatakan Kompeni ke-4 Komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 sebagai pejuang kemerdekaan. Malah Mat Sabu menegaskan pada wartawan bahawa beliau tidak ingat isi butir bicaranya sendiri kerana kononnya ceramah itu sudah lama berlalu (21 Ogos 2011).

Namun, apabila ditunjukkan bukti video ceramah beliau di Tasek Gelugor pada 21 Ogos 2011 sepertimana yang diterbitkan dalam Sinar Harian 29 Ogos 2011, Mat Sabu terus pusing cakap beberapa hari lalu dengan mendakwa kononnya Mat Indera dan komunis adalah hero sebenar Bukit Kepong kerana memperjuangkan kemerdekaan berdasarkan buku terbitan Yayasan Warisan Johor.

Kemudiannya, apabila beliau ditempelak Prof Datuk Abu Bakar Abdul Hamid, penyunting buku Pengukir Nama Johor (2004) yang mengatakan Mat Sabu bukanlah orang yang layak untuk menentukan kedudukan Mat Indera, maka PAS Pusat Melalui Setiausaha Agongnya Mustafa Ali pula terus membuat sidang media untuk mengakui bahawa UMNO adalah parti yang memperjuangkan kemerdekaan negara ini dan bukannya komunis. Apa lagi, teruslah Mat Sabu meraban sehingga kini macam orang hilang akal berikutan tindakan partinya sendiri.

Dulu Mat Sabu selalu laungkan, "Membangun Bersama Islam", tapi sekarang Mat Sabu melaungkan pula slogan "Membangun Bersama DAP dan Komunis"!

Pada 8/9/2011 di dewan Perhimpunan Cina Selangor, Mat Sabu sekali lagi mengesahkan bahawa beliau sememangnya 'babi tunggangan DAP' apabila membuat kenyataan bahawa Chin Peng adalah pejuang kemerdekaan!? Jelaslah melalui kenyataan tersebut, kita sudah tahu siapakah idola sebenar Mat Sabu selama ini ATAU kenyataan-kenyataan Mat Sabu mutakhir ini adalah sebagai kaedah bela diri pakatan pembangkang untuk mengalihkan tumpuan rakyat pada isu memurtadkan orang Melayu oleh gereja, kes liwat Bapak Anwar Bin Ibrahim, pembohongan perhimpunan haram Bersih; ATAUPUN Mat Sabu ni sememangnya sakit mental.

Tak tahulah apa lagi lawak jahanam yang bakal Mat Sabu tonjolkan pada rakyat Malaysia di masa akan datang...

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang mukmin mengambil orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barang siapa berbuat demikian, niscaya lepaslah ia dari pertolongan (daripada apa-apa hubungan dengan) Allah."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."
Blog Widget by LinkWithin

Blog Archive