Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Thursday, February 23, 2012

Menteri Besar Baru Negeri Sembilan

1. Spekulasi dari pejabat Presiden UMNO mensahihkan Negeri Sembilan bakal mendapat Menteri Besar baru selepas PRU-13. Jika Penipu Rakyat menang, maka sahihlah Menteri Besar baru, tapi jika BN tetap menguasai Negeri Sembilan selepas PRU-13, maka hai-hai bye-bye lah buat Mohamad Hasan.

2. Maka akan meratap hibalah segala kroni dan penepuk tangan tegar Mohamad Hasan; dan bersedialah mereka mencari dahan baru untuk bersengayut.

3. Tiupan angin sepoi-sepoi bahasa membawa bisikan 5 calon ahli UMNO yang bakal menduduki kerusi panas Menteri Besar Negeri Sembilan yang sangat didambakan oleh Aspan Alias. Khabarnya Aspan sudah awal-awal berpesan pada pemandu Mohamad Hasan untuk menjaga kereta rasmi Menteri Besar yang konon bakal menjadi miliknya pula selepas PRU-13. Macam confirm menang je Aspan? Kalau bertanding atas tiket Pas mungkinlah, tapi kalau atas tiket DAP dan berhajat pula untuk menang di kawasan Melayu, sendiri mau ingatlah bro...

4. Antara nama calon yang sedang hangat dibicarakan di peringkat pusat kepimpinan UMNO sebagai MBNS ialah Hassan Malek, Zakaria Nordin, Shaziman Mansor, Ismail Lasim & Lilah.

5. Najib dikatakan mahu menukar hampir kesemua Menteri Besar & Ketua Menteri di setiap negeri dengan orang baru yang lebih muda selepas PRU-13, tetapi Negeri Sembilan special case, masih memerlukan orang lama untuk menerajui negeri bagi tujuan menyatukan semula kepimpinan UMNO yang telah berpecah belah sekian lama di bawah Mohamad Hasan.

6. Jangan tak tahu bahawa Negeri Sembilan ini terlalu ramai WARLORD UMNO yang bega dan adakalanya bingai hingga terlalu susah untuk disatukan demi survival Melayu dan Islam. Masing-masing merasakan diri sendiri yang betul, macamlah handa bonar nak menungkat langit.

7. Pemilihan Hassan Malek sebagai calon utama MBNS yang baru kerana dikhabarkan mampu menyatukan UMNO Negeri Sembilan yang bergolak sejak sekian lama. Zakaria Nordin pula adalah protégé Isa Samad yang diwar-warkan akan jadi MBNS sejak 2004 lagi, tetapi kalah dalam melobi Endon dan KJ. Shaziman Mansor yang kini Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, telah menyatakan keengganannya untuk menerajui NSDK sebagai Menteri Besar, tetapi mendapat sokongan WARLORD bahagian Seremban yang akrab dengan Najib. Bab Ismail Lasim & Lilah ni ontah macamano bulih tersenarai sebagai calon pun tak tau apo sobab eh. Yang calonkan mereko ni buto ko apo...

8. Walaubagaimanapun, calon-calon yang disebut di atas bakal menjadi Menteri Besar hanya untuk sepenggal saja. Selepas PRU-14 (kalo monang la BN), Najib tetap mahukan orang baru yang muda & banyak idea untuk menerajui NSDK. Justeru salah seorang daripada 5 calon di atas akan ditugaskan untuk mencari dan melatih bakal pengganti mereka dalam tempoh sepenggal memegang jawatan Menteri Besar.

9. Sama ada Mohamad Hasan akan ke federal atau bungkus terus selepas PRU-13, tidak dapat dipastikan. Tapi Mohamad Hasan ni bab idea dan kerja bagus, cuma bab politik agak hampeh sikit, ditambah pulak dengan ego yang terlalu melangit, suko pandang rendah pado orang dan jonih tak nak dongar pendapat & idea orang lain. Sumo nak kono dongar konon cakap dio sajo yang botul. Ado story lain nak kobar pasal Mad Hasan ni, tapi lenkalilah, kok rajin den tulih la nanti.

10. Walau siapapun bakal Menteri Besar Negeri Sembilan, biarlah dia seorang yang mempunyai semangat Melayu yang kental demi menjamin survival anak-anak Melayu Negeri Sembilan, sepertimana yang sepatutnya menjadi tangungjawab sebuah Parti Melayu, mahupun Kelab Melayu.

11. Yang pasti, Khairy Jamaluddin tidak akan jadi Menteri Besar selagi Najib Presiden UMNO.

36 comments:

  1. Aspan tu kenkandang dio lupo yang dio tuu dah DAP, tapi dalam fikiran dio, dio masih berfikiran macam orang UMNO lagi..... Hajat dio nak jadi MB NS ajo..; caro DAP pun tak apo.... botooo otak eeaa masih otak UMNO laie... bukan DAP...

    ReplyDelete
  2. carik oghang baghu la. limo namo tu pun tak bolih haghap. nak sughuh jadi mbns caghik la oghang mudo yang boto2 bulih buek kojo. banyak lagi yang bulih dihaghap an dr limo namo nih. pi teghok pesatuan ko, kolab ko. banyak yo calon bekaliber. aspan alias tu tak yah citor la. hutang oghang pun tak bebayar. kok dio jadi mb makin banyak lak hutang negori. sok yang makin kayo dap. melayu ns kayap.

    ReplyDelete
  3. Kery Jamban nak jd MB N9?? Mimpi laaa...
    Ramai yang nak duduk atas kerusi MB N9 ni tak reti ukur baju badan sendiri... Harap populariti jer lebih... bab kerja ZERO...

    ReplyDelete
  4. confirm dah ke tok mat tak kan jadi mbns lepas ni bro?

    ReplyDelete
  5. Kalau dah kampong sondighi (Kampong Sungai Jelutung), dah reject dio kek mano lai nak botanding?. Insaflah..., orang sanggup moncoma duli untuk datang ke rumah dengan kereta peribadi, tapi siap posan lak kek dreba suruh jago kereta tu, konon eh lopeh ni keto tu dio yang punyo. Gilo ko apo???

    ReplyDelete
  6. Kalau REZEKI Khairy, jadilah dia MB..

    ReplyDelete
  7. ekau memang bagi bahan den ngan kenkawan burak maso lunch tadi la paneh. botul la macam polak den cakap tu. cari la orang lain selain namo 5 orang tu. banyak lagi yang bulih sebonarnyo. kalau bulih carik carik calun baru yang langsung takdo kroni, tak terikat dongan cino dan kuek jatidiri melayu eh. den ngan kengkawan ado namo yang bemain di kepalo. tapi osah la den sobut kat sini. kang kok kono canteh. pemimpin umno ni bab mencanteh no wahid. tak cayo tanyo tok sahak. kang sesio yo sumo orang yang bepotensi.

    ReplyDelete
  8. Dah semuanya tak layak, agaknya Paneh Miang sajalah yang layak.

    Kalau dia tak ada hajat masakan dia sanggup buat-buat cerita pasal orang lain nak jadi MB dan dsgnya.

    Cukuplah Paneh, jagalah maruah penulisan dan pemikiran sikit. Saya tahu awak dari kampong dan telah dibawa keluar, iaitu kebandar. Tetapi hendak keluarkan kampong dari Paneh tu tidak berjaya.

    ReplyDelete
  9. asan malik....otak sejongka nak nyadi MB????????????hahahahaha...kok macam sarkas N9 sok

    ReplyDelete
  10. suara en. f***** adalah suara hassan malek...

    ReplyDelete
  11. apo lak salah ehh orang muda jadi MB N9...yg den nampak calun orang muda adalah K.J. dan ADUN dari rombau sorang...ramai lagi orang muda boleh jadi MB N9, pilih yg elok elok ..yg dah lamo tu apo tunggu laei...berundur dan bagi laluan pada yg baru dan muda..transformasi kan politik N9 ni..

    ReplyDelete
  12. Mana boleh?Aku dah lama lobi sayangku dengan memberikan bontotku padanya.Sepatutnya aku yang jadi MB Negeri Sembilan.

    ReplyDelete
  13. Ado sorang calon mudo dari combong, namo eh YB Zaiful baru awal 40 an.

    ReplyDelete
  14. politik is game of impossible jadi semua layak jadi yab kalau cukup kriteria.Dulu pernah orang arqam kata abu ya ashaari akan jadi PM tapi semua tak percaya kerana dia tanpa parti tapi kalau Allah berkehendakan tentu jadi .Bagi den sumuo layak aspan ko , hasan malek ko ,pak ya ko .Mandela ,ronald reagan ,presiden indonesia yang buto tu somuo tu tak dijangka kan jadi kono belajar dan kono duduk luar kotak bukan bawah tompurung.umno di ns ni tinggal nyawo2 ikan bukan sajo berasak samo sendiri tapi tombolang umno dah roboh .Felda kalau harapkan isa sajo hancurlah jawabnya BN .Isa mano fgaham soal penyenaraian syarikat melalui berbagai dan berlapis corporate restructuring .Ygapo Bakke Salleh dan Samad Alias sebagai pengarah felda yang mempunyai kepakaran tak berani bercakap untuk tolong tok Isa. .Yang mudo dah lari yang tuo2 tak ramai dan ramai jugo dah lari yang tak lari yang terlalu tuo pada yang tuo itu pun tak ramai ,apo nak dikato semuonyo salah kito yang mengundi dan berhijrahlah kalau sayangkan negara.umno dah tuo banyak penyakit rehatkan untuk berubat dan bilo sehat bolihlah aktif semulo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi3....wahai melayu, prjuangan kalian pd hr ini adalah utk generasi ank2 melayu di masa akan datang.....jgn sok ank cucu cicit kito merempat di bumi tanah melayu...bertuankn org bukn melayu...dinafikn segala2nyo.... Ingat!

      Delete
  15. politik is game of impossible? politic is a game of numbers la brader. calculate your chances + sedikit tuah, baru dapat apa yang diidamkan. tapi kalau tengok chances nama2 yang disebut sebagai menteri besar ni bungkus la sumo termasuk aspan yang perasan cerdik tapi tak berani publish comment yang bertentangan dgn idea dia. orang macam ni yang takut kepada kritikan layak jadi mb ka? silap2 habis semua orang disenyapkan kalau dia jadi mb. carik orang lain dah la. bersepah ngos dan ketua cawangan umno yang berkaliber dan muda pulak lagi.

    ReplyDelete
  16. "saya akan buat jambatan melintasi padang pasir ini dan semua yang mendengar percaya dan yakin atas ucapan itu " difinasi politik dari sebuah buku politik amerika .Ini adalah tambahan kepada the game of impossible .Ini bermakna yang cakap tu gila dan yang mendengar itu ramai tapi bersetuju jadi apakah mereka itu tak gila jadi inilah dia politik jadi jangan nak mandai2 itulah dan inilah jadi eloklah serahkan kepada tuan punya alam ini.Jadi semuanya layak jadi MB asalkan menang DUN dan kumpulannya menjadi majoriti dalam dewan undangan negeri jadi saya harap semua faham jangan jadi pendengar dan pengikut yang tak bolih fikir seperti definasi yang dipetik dari sebuah buku politik amerika itu.Den baco buku tu 40 tahun dulu dan ianya tepat dan betul dan nampaknya ramai kitoni tak bulih pikir ikut semuo apo yang pemimpin kato.Najib kato kelantan negeri termiskin topi kalau poi koto baru musim cuti tanpa book hotel pakaikan tidur mesjidlah kerana hotel ponoh.Olih korano kau ikut definasi amerika tentu sekali sokong najib sungguhpun KU LI membantah kerana Najib menghina dan buko pokung didado.Den tak tau najib sokolah mano topi KU LI memang berkelulusan.Den borani kato Aspan berpotensi jadi YAB samo jugo dengan yang lain2 .Paham tak dan bolih torimo tak kalau tak bolih berjayolah propoganda UMNO yang kato den sajo yang bulih perentah,den sajo bulih jadi mb dan sajo yang pandai .Orang melayuni masih mentabatkan katak bawah tempurung dan ada prisip hijrah ,takkan yuran rm2 sotahun mongikat somuo tindak tanduk ,akidah ,pendirian ,keyakinan ,kesungguhan dll.MCA kato dia bantah Pas topi DAP kato dia tah bantah islam kerana islam tak kacau ugamo dia dan kito tahu Islam diturunkan untuk sekalian manusia dan jin jadi ini adalah bukti yang kuat untuk tumbangkan umno.Kalau kau tak nampak somuo ni masih lagi sokong UMNO eloklah sembahyang ishtiharah untuk mohon petunjuk Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi3.....ekau termakan dek omongan DAP dah ni bai.....sodar lah copek sobolun terlmbat

      Delete
  17. dap tak bantah islam? hahaha. memang tak belajar dari sejarah tul la ekau bang. dah study strategi kuan yew bodohkan melayu singapore sobolum cino bekuaso? sapa yg kato langkah mayat dio dulu sobolum tubuh negara islam. siapo yang kato setuju untuk tidak bersetuju melaksanakan hudud. setakat bagi elaun tahfiz dan imam kat penang tu, umno dah bepuloh tahun buat la. itu pun temakan gak strategi penipu dap bg duit ontok2. sonang yo orang melayu kono tipu.
    aspan memang bulih jadi mb tapi dalam sistem demokrasi, politic is a game of numbers la. kalo setakat dap menang semua kawasan cina di n9 tapi kalah sumo kawasan melayu pado umno di negeri ni kau ingat dio boleh jadi mb ka? hahaha. bukan kuli saja yang berkelulusan kat malaysia ni brader.

    ReplyDelete
  18. Buto ko apo artikel ko nie..MB skrg nie punyalah baguih, buek apo nak tukar..setakat gaduh ngan datuk sahak tue ko kato pecah belahkan melayu..sahak tue yang dulu zaman isa pendek suko nak pecah belah org melayu maki hamun penjawat awam,Mat Hassan banyak dah bangunkan ns nie skrg nie tergolong dalam the greatest klang valley..ado dah ketapi letrik sampai gomas..sukan lak ko nengok sojak dio jd mb macam pialo dah kito monang..hassan malek..haram jadah apo yang dio boleh buek.. apo la x beretika langsung artikel ko nie..klu mat hasan x naik jadi MB, pru akan dtg den pangkah jor pembangkang..bungko bonar perasit2 UMNO nie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi3....ikut hati, mati. Ikut rasa, binasa.
      Bro...lu sokong MELAYU @ Individu?

      Delete
  19. nak oghang mudo ko? hah lantik yo si KJ hahaha

    ReplyDelete
  20. Ekau jo lah jadi MB...

    ReplyDelete
  21. Politik NS ni dah rusak, macam ponyakit kanser tahap ompek, payah nak diubekkan. Carilah bomoh mano sekalipun, tak kan baik laie doh. MB patut e menyatukan yang dah bopocah, bukan meronggangkan laie keadaan. MB tu kan untuk semuo rakyat NS. Rakyat ni ada yang sokong UMNO, PAS, DAP, PKR dll. Kalau dio selaku MB pandai ambik hati semuo orang-orang ni, walau pun berbezo dari sogi aliran pemikiran, insya allah, mereka semua akan sokong. Ni tak, bila dah naik jadi MB, dio jadi EGO. Kan Allah Taala tu marah orang yang ego. Kalau Allah dah marah, kok di tarik e balik kuaso yang dah dibori tu, ha kok molopong. Ramai kawan den jumpo, semuo e sangat positif, tak do nak tentang Kerajaan doh, tapi kan, bila porangai MB dah macam tu, laie lah dio orang lawan dan api-apikan lagi kawan-kawan yang lain. Hai ontahlah... Nanti kok orang Melayu tu hilang torus kuaso e. Baru padan muko.... Maso ado kuaso tak digunakan elok-elok ke jalan yang boto, bila dah kono tarik balik kuaso tu, ha baru tau kek mano Melayu tu nanti.

    ReplyDelete
  22. Eden tak kiro capo jadi MB tu, pokok e kriteria yang paling ponting calon nak jadi MB tu mestilah orang e ada kelayakan akademik, sekurang-kurang e ado ijazah, ado personaliti bagus, ado ketokohan, bijak memimpin, pandai ambik hati rakyat, pegawai kerajaan dan swasta,. Boleh menyatupadukan rakyat yang macam-macam aliran pemikiran sekarang ni.... Yang jadi huruhara sekarang ni, bukan disobabkan oleh rakyat tapi punco e adalah pomimpin tu sendiri yang dah terlalu banyak hal dibuek e. Rasuah lah, ado kronilah, berpuak-puak lah, tukar kan pegawai kerajaan lah, borobut-robut nak jadi ADUN lah,. Kalau hal ini berterusan, rakyat keliru dan cuba cari parti alternatif untuk disokong dan untuk meluahkan raso tak pueh hati yang ditanggung solamo ini. Maka disokong e lah parti-parti lain yang belum tahu lagi prestasi e jika diberi peluang untuk memerintah. Yang rugi ialah rakyat yang majoritinya Melayu. Cubo tengok ADUN yang ado sekarang ni, huhhh.. bukan main bolagak laie... bila rakyat cakap lobih sikit yo, dah mulo anggap rakyat tu menentang.... sedangkan rakyat tu cakap bondo yang botul. Kalau langsung tak buleh cakap, tak payahlah cakap fasal demokrasi yoo.. Cubo nilai orang politik yang tak dapaek jadi ADUN,,, laie handal, semuo orang tak botul... dio yo yang botul.. lagi hampeh nyiur koring......

    ReplyDelete
  23. salam,kalau bang hasan den raso tak layak, kerana dio dah tua.kita nak orang mudo boto tak? Bak kato orang pilah bro 5

    ReplyDelete
  24. macam mano aspan masuk DAP sedangkan adik dio umno ada jawatan dalam kementerian pulak ini macam sudah ada duri dalam daging

    ReplyDelete
  25. ekau tungu jo lah pru 13 nanti, acik jual apam balek pun boleh jd MB...
    apo yg ko polak akan

    ReplyDelete
  26. hari ahad kalau nak balik sbn mesti sosak dengan keto, tak ado caro nak nak selosai masallah ini. kalau bro 5 dapat selosai masallah ini dio boleh jadi mb itu pun kalau umur panjang

    ReplyDelete
  27. Orang politik atau ADUN yang dah pencen tu, duduklah diam-diam, jangan nak memokak yo, dulu maso ado jawatan, bukan main eksyen laie kau yo, sekrang ni bilo dah tak pogang apo-apo jawatan, duduk lah rumah. Tak payahlah nak membebel laie. Zaman ekau dah berlalu.. botol tak tu... Allah Taala tu dah tarik balik kuaso kau... fahamlah sikit.Bueklah kojo-kojo kobajikan yang ekau tak sompek buek dulu.

    ReplyDelete
  28. MB ni pun satu hal, ado orang yang bagus-bagus kojo, dibuang tanpo usul pekso. Yang tinggal sekrang kek wisma negeri tu, semuo jenis yang angguk kopalo, macam belatuk. Borilah idea-idea yang bagus kit.

    ReplyDelete
  29. Mat Hassan ni elok kojo ea... banyak perubahan kek nogori 9. Ketuo2 bahagian banyak yang ghaso dio laie handa tapi tak monugheh. Yang dah lamo bona jadi wakil rakyat tu borontilah.. spt Isa Samad, Rais Yatim, Lilah dll. Bori org mudo pulak. tigo2 ni dah boaka umbi jadi wakil rakyat & kotuo bahgian.

    ReplyDelete
  30. Bersiap sedia orang orang N9,Negeri kalian akan ditadbirkan olek parti baru bukan BN.. BN mungkin akan diketuai Rais Yatim,Isa Samad atau hasan malek sebagai ketua pembangkang dlm DUNNS, skrg ni orang dah meluat n benci sangat kat BN, tak kesah siap MB pun perangai hodoh UMNO/BN tetap bawa bila memerintah..

    ReplyDelete
  31. KJ???? tdak bl ak blk rembau xdo yg berubah...yg berubah bekas dun chombong nyo ghumah dh bosar ui banglo...khairy,x wek apo pon...den tengok cm2 yo ado la ckit...kg den ghamai org susah..takdo nk poei tgk..xghombau pon kj x selalu turun

    ReplyDelete
  32. sahak camno nk jadi MB..hutang dio koliling pinggang..silap harbulan kono cokak leher eh tu dopan orang ghamai maso program..hasan malek dgn cawangan kek pilah pun tak bersatu camno nk menyatukan orang lain dlm umno..shaziman..kek tampin dah byk org bonci kek dio..tak ponah turun padang..yg lain tu apo kojo pun tak buek..hahaha lagi mau lawan mad hasan..dio bijak bai..bkn bodoh mcm isa samad..

    ReplyDelete
  33. sapo koba tok sahak hutang keliling pinggang?...cerito mcm ekau pogang buku akaun eh.

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang mukmin mengambil orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barang siapa berbuat demikian, niscaya lepaslah ia dari pertolongan (daripada apa-apa hubungan dengan) Allah."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."
Blog Widget by LinkWithin

Blog Archive