Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Friday, April 13, 2012

Mohamad Hasan dah tak relevan sebagai Menteri Besar N9

dari segi intelek, analisis, ketajaman fikiran, rasanya blog paneh miang jauh lebih baik daripada blog2 yang ditaja mb dan kj yang kojo asik kipeh dan jilat. ekau tau kenapo ghamai follower paneh miang terdiri drpd golongan profesional dan vvip? sobab paneh miang kritikal dan tahu apo masalah umno/bn perlu perbaiki. itulah yang rakyat mahukan agar kerajaan perbaiki kesilapan. kito pun tau tak sumo org perfect. tapi dengan ado eh teguran, kurang2 kerajaan boleh perbaiki apo yang patut. den ngan kengkawan lobih suko dongan paneh miang daripado blog ekau, politik n9 temasuk jugak topak besulam yang tak habih2 membodek. muak oghang tau tak.


1. Di atas adalah petikan komentar dari sebuah blog di sini yang membicarakan (menghentam sebenarnya) Paneh Miang. Terima kasih kepada "bongek boy" kerana cuba mempertahankan kami, sementelah "bongek boy" juga adalah antara pemberi komen tegar di blog Paneh Miang selama ini.

2. Sedar tak sedar sudah hampir 5 tahun Paneh Miang belayar di alam maya, khususnya dalam lingkungan blog sosio politik; dan dalam tempoh itu, tidak pernah sekalipun Paneh Miang mengkritik, apatah lagi menghentam mana-mana blog pro UMNO/BN kerana menghormati pendirian dan pendapat masing-masing.

3. Kami sangat memahami etika dan falsafah perjuangan, dan tidak akan sesekali terpengaruh dengan provokasi hingga tergamak menikam sesama sendiri; apatah lagi rakan seperjuangan dalam dunia maya ini.

4. Tetapi jika melibatkan pemimpin, parti politik, organisasi, badan kerajaan, NGO's etc. kami akan tetap memainkan peranan untuk mengkritik dan menyampaikan apa yang terbuku di hati kami dan rakyat umumnya. Senang cerita, "Call A Spade A Spade".

5. Adakah pemimpin di Malaysia ini begitu maksum sehingga tidak boleh dikritik mahupun kebal teguran? Bukankah Umar Al-Khatab yang dijamin syurga pun rela dirinya ditegur dengan pedang?

6. Blog yang menghentam Paneh Miang sebenarnya marah apabila kami secara konsistennya sering 'mengusik' 2 pemimpin kesayangan (penaja) mereka iaitu Mohamad Hasan dan Khairy Jamaluddin.

7. Siapa yang tak kenal dengan Mohamad Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan. Kami pernah menyatakan sebelum ini bahawa dari segi pentadbiran kerajaan, kami sebenarnya hormat kepada Mohamad Hasan. Tapi dari segi politik & pengurusan manusia, ternyata Mohamad Hasan bolehlah diibaratkan umpama langit dan bumi jika hendak dibandingkan dengan Ali Rustam; jiran sejawatannya di Melaka.

8. Politik itu adalah seni, dan pengurusan manusia juga boleh ditakrifkan sebagai satu seni sosial yang perlu selaras dengan perkembangan manusia dan komuniti sekelilingnya. Sememangnya Mohamad Hasan tiada ilmu itu. Dahlah kurang ilmu, jobor pulak tak nak berguru.

9. Sebab itulah segalanya yang berlaku di Negeri Sembilan, WAJIB tidak melangkaui 'dictatorship' Mohamad Hasan. Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), ADUN BN, Parti Komponen, Agensi Kerajaan, PBT, bla..bla..bla..disempitkan ruang untuk buat keputusan sendiri. Everything must go through him hingga mewujudkan ramai pak angguk berbanding competent person.

10. Segala macam program serta aktiviti di Negeri Sembilan mestilah melibatkan Mohamad Hasan, dan apa saja berita yang melibatkan negeri mestilah dipaparkan muka Mohamad Hasan dan isteri sehingga meminggirkan Exco, ADUN, mahupun pemimpin komponen BN yang lain.

11. Segala aktiviti Mohamad Hasan, isteri, Rantau dan Rembau diberi publisiti meluas sama ada di media cetak, mahupun di alam maya yang menyebabkan ramai berkecil hati hingga timbul jenaka "Mohamad Hasan Kini", "Laki Bini Kini", "Rantau Kini" & "Rembau Kini".

12. Gambaran yang diberikan seolah-olah, "Pergi mampus la sama kawasan lain, yang ponting kawasan den monang". Adakah jika hanya Rembau atau Rantau sahaja yang menang, maka BN akan berjaya memerintah Negeri Sembilan selepas PRU-13?

13. Itu belum masuk bab layanan Mohamad Hasan terhadap sebarang cadangan atau proposal yang diajukan kepadanya oleh individu atau pihak yang tidak berada dalam 'circle'-nya; mahupun yang tidak memberi keuntungan kepada diri atau keluarganya. Sama ada cadangan itu akan dibakul-sampahkan, ataupun dibiarkan di pondok jaga untuk bacaan sampingan pengawal pejabatnya.

14. Belum lagi cerita perihal 'gangster-ism' adik-beradiknya dahulu hingga tergamak mengugut, mencekak baju, apatah lagi ke tahap memukul.

15. Belum lagi sentuh berkenaan dasar serta polisi Mohamad Hasan berkaitan perancangan ekonomi negeri yang tampak hanya menguntungkan kantung MBI dan kerajaan negeri sebelah pihak, tanpa menjana kemakmuran yang sebenar-benarnya untuk rakyat Negeri Sembilan.

16. Bina jalanraya, jambatan Bukit Putus kedua tertinggi di Malaysia, flyover, kawasan perumahan, stesen komuter di Seremban Selatan, empangan, ladang feedlot, lapangan terbang, hospital etc. hanya memberi keselesaan kepada rakyat, dan bukannya rizqan halalan, thayyiban, mubarakan, wasi'an.

17. Adakah sebahagian besar rakyat Negeri Sembilan kini hidup makmur dengan limpahan rezeki yang banyak? Atau purata pendapatan masih di takuk lama? Kecuali peneroka Felda Sendayan yang kini hidup agak mewah, adakah sejak menjadi Menteri Besar, Mohamad Hasan pernah menyasar untuk melahirkan sekurang-kurangnya 100 orang anak negori sebagai usahawan baru Melayu yang bergelar jutawan?...atau hanya kroni dan keluarganya saja yang semakin kaya selama 2 penggal memerintah Negeri Sembilan?

18. Macamana nak lahirkan usahawan jutawan...kalau di DUN Rantau sendiri masih ada golongan belia 21 tahun yang pekerjaan tetapnya ialah "bermain bola sepak untuk taman perumahan", dan masih wujud belia yang bersusah payah hanya sekadar untuk berniaga buah-buahan tanpa sebarang sokongan, apatah lagi bantuan daripada ADUN kawasan sendiri. Apabila ditanya tidak pernahkah mohon bantuan untuk tambah modal? Jawabnya, "Lobih baik sey minjam along dari mintak kat Tok Mad". Yolah...semua orang pun tahu betapa susahnya nak dapat 'sesuatu' daripada Mohamad Hasan. Itu di kawasan Menteri Besar sendiri masih ada anak muda Melayu yang terpinggir, apatah lagi di kawasan lain di Negeri Sembilan.

19. Jika nak didebatkan berkenaan dasar dan polisi Mohamad Hasan di Negeri Sembilan, 10 posting pun belum tentu habis. Andai kami benar-benar berhajat membongkarkan satu-persatu...nasib kau la yeh!

20. PRU-13 semakin hampir, namun tiada tindakan drastik yang dilakukan Mohamad Hasan selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri aka Pengerusi BN Negeri Sembilan. Segalanya seakan hambar, seolah seperti tiada gerak kerja yang dilakukan UMNO Negeri. Persiapan jentera hanya dilakukan mengikut Bahagian UMNO dan Parti Komponen masing-masing. Kalau Ketua Bahagian/Komponen bergerak, maka bergeraklah mereka. Kalau Ketua Bahagian/Komponen tidur, maka semuanya pun pakat-pakat tidur. Sayap Wanita, Pemuda & Puteri pun seakan hilang arah. Buat kerja pun pandai-pandai sendiri.

21. Tiada langsung inisiatif Pengerusi Perhubungan untuk menggerak serta membuat jaringan kerjasama antara jentera-jentera bahagian dan komponen dalam Negeri Sembilan. Semuanya buat hal masing-masing. Seolah UMNO dan BN Negeri Sembilan lebih rela memberi kemenangan percuma kepada DAP di PRU-13.

22. Tiada langsung program besar-besaran yang bertujuan mempamerkan PERPADUAN, KESATUAN, KEKUATAN, KEHEBATAN UMNO mahupun BARISAN NASIONAL di Negeri Sembilan yang digerakkan sendiri oleh Mohamad Hasan. Semuanya nak tunggu Najib dan Muhyiddin turun padang dulu, barulah masing-masing nak tunjuk staring (maksudnya hero oleh orang Sabah). Kebanyakan program Pengerusi Perhubungan hanya tertumpu di Rantau dan Rembau. Bolehlah diibaratkan program-program 'SS' (Syok Sendiri).

23. Rentetan itulah Mohamad Hasan tidak mendapat sokongan Bahagian-Bahagian UMNO dalam Negeri Sembilan, termasuklah sebahagian besar ahli-ahli parti komponen BN peringkat negeri. Sudah terlalu lama UMNO/BN lesu di bawah Mohamad Hasan, dan ini adalah hakikat pahit yang perlu ditelan.

24. Nak cerita jugak ke pasal Khairy Jamaluddin aka KJ? Tak payahlah. Dah tak relevan. Semua orang termasuk Najib sendiri tahu perilaku KJ semasa Pak Mertuanya berkuasa dulu. Itu baru mertua yang berkuasa, dia dah naik tocang. Kalau diri sendiri yang berkuasa, silap-silap boleh punah negara. Tapi kok KJ dah bertaubat, tak tahulah. Elok jugalah Najib lantik KJ sebagai Pengerusi PUNB. Jawatan memujuk sebelum dia dinyahkan daripada senarai calon BN di PRU-13.

25. Dipendekkan ceghito, ramai dah yang TAK NAK Mohamad Hasan jadi Menteri Besar termasuklah MENOLAK KJ sebagai wakil rakyat di Negeri Sembilan. Selain akar umbi UMNO, parti komponen BN di peringkat bawahan, termasuk sebahagian besar NGO's serta rakyat di Negeri Sembilan, secara total MENOLAK kedua pemimpin tersebut. Ini maklumat sulit yang benar kami perolehi. Tak dapat kami dedahkan secara terperinci di sini. Cukuplah Najib dan Muhyiddin tahu jika Mohamad Hasan masil kekal sebagai Menteri Besar untuk PRU-13, maka sayonaralah BN Negeri Sembilan.

26. Tapi kok ditanyo circle Mohamad Hasan, jawapan standard darjah 6 yang akan kedengaran ialah "Beres Bos", "Bagus Bos", "Terkawal Bos", "Kompom Monang Bosar Bos"..."Bla..bla..bla..la copek Bos"!

27. Andai Mohamad Hasan totap bega mahu kekal di DUN Rantau, eloklah Najib biarkan dio bertanding di situ (itupun kok dio bulih monang PRU-13). Biar dio jadi ADUN Rantau, tapi jawatan MBNS beri pulak pado orang lain. Kito nengok nanti sapo yang akan mati berangan perlahan-lahan.

28. Cuma yang menjadi persoalan, adakah Najib benar-benar rela hilang kawan sepertimana yang pernah diwar-warkannya demi memenuhi kehendak pengundi di Negeri Sembilan?

Pembangkang masih belum lupa kes RM10 juta!

30 comments:

  1. glamer den hari ni. hehehe. timo kasih paneh. den cakap yg bonar yo. mmg ramai yg meluat ngan bdk2 mat hasan dan kj tu. kipeh melampau bonar. pdahal banyak yo silap mat hasan ngan kj tu. tp nak yo didewakan lobih2. teruskan perjuangan utk bercakap yang bonar bro. den ngan kengkawan sokong 222%.

    ReplyDelete
  2. Dogil boto Najib ngn Muhyiddin ni, buek lah sesuatu copek, tunjukkanlah sedikit 'sign' petunjuk yg MB akan dtg slps PRU-13 ni bukan Tok Mad lagi, jentera PRU kek N9 dah boku nampak eh, semangat dah pudar... petanda nak bungkuih agak eh ni..

    ReplyDelete
  3. Pembangkang sukolah apo yg kau tulih ni paneh. Mudah an kojo dorg. Tapi kok tak di koba an, takut org ateh ingat sumo eh ok. Umno pusat pun pecayo umno n9 takdo masalah. Padahal akar umbi kat bawah ni dok nyobut bondo yg samo berulang2 betapo toruk eh mat hasan. Boto kato ateh ni. Akar umbi (kecuali rombau) mmg dah ilang semangat ngan mat hasan ni. Losu jadi eh. Elok la tukar. Banyak org lain lagi yg handa cumo takpek peluang. Recycle dan has been adun takyah la diangkek semulo. Yg dah lamo bonar jd yb tu elok la digugurkan bosar-bosaran. Sobab oghang dah mulo fedup dan muak. Den tak nak doh n9 ni dap pogang, wlpn mb eh melayu. Najib dan muhyiddin elok la nengok2 masalah n9 ni. Kok sok nyosa.

    ReplyDelete
  4. eden sayang MB kito sobab dio naik sokojap jo ada highway dah..isa tu berpuluh tahun babi yo banyak...

    tapi nak buek apo..politik eh bongap...dio ni businessman...

    politik malaysia ni lain bonar caro eh...itulah kolomahan manusia..so sobab tu kito togur...

    kalau raso tak leh togur...tok sah lah jadi MB....nanti kono TB...pastu sakit keluar TV kan susah tu...

    ReplyDelete
  5. Den sayang gak mbns. Tapi den lobih sayang UMNO. Kok sobab nak nyelamatkan UMNO dio kono berambus, elok la berambus copek. Bawak skali kj bodohwi tu berambus samo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Den Sokong. I love my kampong Nogori 9.

      Delete
  6. sapo yg layak eh jadi mb ni?
    dari zaman maghin sey dgr org ini itu.
    org itu ini. mano satu yg elok jadi mb ni? publish an sikit namo eh.
    sonang nak undi sok.

    ReplyDelete
  7. Biarlah Mad Hassan jadi Ketua Pembangkang dalam DUN N9 pulak esok,,,apo macam ado sokong???

    ReplyDelete
  8. jadi ketuo pembangkang aponyo. silap2 dio lompek parti sobab nak jadi mb. bukan leh cayo mat ni. ari tu pun ado ura-ura dongar dio dah nak lompek lopeh pru12 maghin.

    ReplyDelete
  9. bokeh ahli umno kampung limsunApril 13, 2012 at 7:55 PM

    boto apo yang bongek boy ngoba an...paneh miang terbaek semuo di hontam termasuk la den sekali...kok n9kini abis semuo di jilat eh buntut mb tu...sampai bosan den baco n9kini tu...apo apo pun paneh miang korang memang best

    ReplyDelete
  10. Analisis yang tepat lagi menyeluruh. Ini fakta serius yang benar lagi tepat. harapan sey agar Najib dan Muhyiddin baco baik-baik sobolum terlambek BN pulak jadi pembangkang.

    ReplyDelete
  11. Nak tau pasal kes RM10juta camno boleh setel? Pi tanyo rumah no 10, Lorong Damai. Mad Hasan kantoi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dato RK tu dah pecah rahsia lah tu

      Delete
  12. kek rantau tu biar azman md shah jo yg bertanding. bagi muko baru lak...

    ReplyDelete
  13. Apo pun, den tak nak BN kalah...Bilo DAP dapat payah nanti. Top Mat kono terima togoran dan pandangan. Orang bisnes ini lain macam pulah caro eh... Kita kono cari jalan selosai eh.

    ReplyDelete
  14. Saya menetap dan beli rumah di Seremban dah 18 tahun, saya bukan anak N9,saya cuma bergaul je dengan gerombolan UMNO, Gerombolan MBNS Skrg dan puak KJ memang parah dari puak Isa[puak Isa ada ampun sikit], memang dalam firasat saya UMNO NS9 dah tak relevan lagi, tggu saat untuk REDUM JE

    ReplyDelete
  15. susah2 suh dato' ali rostam jd MBN9.. den suke die tuh!!tgk la mlk skrg die pegang... dio tu bagus amik th maslh rakyt die.. mcm sape yg xdo kojo totap tuh jumpo la dio..trus dpt kojo..dio xpilih bulu....

    ReplyDelete
  16. mohon warga paneh miang tgok tontang isu laptop 1 malaysia yang boghi kek budak2 sekolah... pakai 2 minggu dah jahanam. wek report kek sekolah, sampai la ni x do jawapan eee lai....
    kalau takat laptop cokia baik toksah boghi.. bukn x bersyukur ... kalau nk boghi , boghi la yg elok sikit... ni ntah apo ghoman eeeeee

    ReplyDelete
  17. Apo kato orang Rantau tentang mesej ini......?

    ReplyDelete
  18. Sapo yang layak nak menggantikan Tok Mad nie....Cuba cito sikit.

    ReplyDelete
  19. ese x kisah kalau MB nismilan sesapo asal buek kojo elok .. x buek jahat kek org islam .. x jatuhan org islam .. x tipu rakyat .. umno ko pr den sokong .. tapi yolah kok xdo amik la mano nak ko islam kan .. den pon ghoma kek mb skang dari isa samad sombong pendek tu tipu macam2 xdo hasil kek nismilan .. tapi lau camni kono la ubah ..

    ReplyDelete
  20. Mad Hasan, tak leh sumo bondo settle dengan "Apo kobar" je do! Jgn lupo Mad Hasan maso bincang dengan Arwah Tan Sri Basir dan Tun Daim kek rumah di Kolumpo dulu. Diorang suruh kau jadi EXCO dulu bila dapat jadi wakil rakyat tapi kau bongkak kau nak terus jadi MB. Kau cakap kalau kau bertanding dan menang kau nak jadi MB and nothing less than that. Kau Ingat tak kau cakap tu?Bilo dah dapat jadi MB tah apo-apo kau buek. BN dari kuat jadi lomah!Kau ingat orang mcm den yang bagi kau air suam maso kau bincang dengan perasaan bongkak kau tu pokak ko! Jadi berundur lah! Kau bukan MB yang baik pun.

    ReplyDelete
  21. den teringat apo kato mad hasan maso memulo jadi mb, "kalo boleh sey tak nak ada program hari sabtu ahad. sabtu ahad tu saya nak spend masa dengan family." kepalo hotak ko. ingat jadi mb ni boleh cuti sabtu ahad ko? sabtu ahad la program banyak bersama rakyat. jadi mb ni sepanjang maso bekojo. bukan ikut opis hour. dulu kalau ko turun padang asik jumpo orang samo yo. baru akhir-akhir ni la nak insaf duduk bersamo rakyat. kok tak asik sibuk isap curut mahal kau tu yo. berapo hargo sebatang curut kau hisap tu mat oii? ado samo tak ngan gaji sebulan budak kojo kilang kek senawang. harap najib copek canteh orang macam mat hasan ni. buek rosak parti dan negori yo.

    ReplyDelete
  22. Mad Hasan ada Aslah. Dio punya Penasihat Ekonomi tak rasmi. berselindung di sebalik MBI. MBI x di odit oleh Akauntan Negara pun.

    1. Rangkaian Minang Sdn Bhd- adik dio Ghani ado dalam tu-monopoli tower telekomunikasi.

    2. Bandar Sri Sendayan Sdn Bhd- proxy dio dgn Cino matrix Concept. Berapa banyak dio dapek x tau tapi directornya dapek la pakai BMW baru. Sobab tu orang nak bukak kilang ko/ airport ko sumo dihalakan ke Sendayan. Company ni dapek duit jual tanah.

    3. Dapek duit dari Kerajaan Pusat untuk selesaikan isu Felda Sendayan dia simpan kat Maybank (pakai Repo/ FD)Dapek interest.Bukan Kerajaan Negeri dapek.

    4. Dalam PD Water Front project, Aslah dah manuver dan secure kepentingan untuk mAD Hasan dah

    5 Project Hibiscus di PD Aslah dah buat kerja untuk Prinsipalnya iaitu Mad Hasan

    6. GULF PETROLEUM (M) SDN BHD Projek di Pasir Panjang dia tak dapat pau, sebab orang Arab ni x mau bersekongkol dengan cara Mad Hasan dan Aslah. Jadi dia tangguh-tangguhkanwalaupun UPEN dah kata ok. tapi sebab Mad Hasan nak tunjuk kuasa sebab Pak Arab tak nak tunduk dgn cara dia, jadi Projek ni dah tertangguh. Ini DS Najib dah tau, Tok Pa Menteri MITI dah tau.

    7. Projek Fakulti UM di Gemas barulah nak bergerak setelah DILAMBATKAN perlaksanaannya oleh Tok Mad sebab UM tak nak buek di Sendayan. Surprisingly, projek ini digerakkan semula selepas ada anonymous comment hentam dia dalam Blog Paneh Miang

    Jadi ..persoalannya apakah manfaat kepada rakyat dari tindak tanduk Mad Hasan dan proxynya Aslah? Makmur ke rakyat jelata dengan tindak tanduk ini? To me rakyat x manfaat apa-apa pun tapi manfaat lebih kepada dio, adik dio dan proxy dio.

    Satu lagi nak kongsi, dio buek Infobelia-Infobelia ni gomar buek sms blasting ucap selamat harijadi kepada individu yang berdaftar. Beberapa hari dulu hari jadi Datok Azman (Abg Mad Hasan).Computer sms blasting Infobelia hantarla ucapan harijadi pada Dato Azman. Tersilap sikit kerana ucapan tu tulih Selamat Hari Jadi "SDR AZMAN". Dato' Azman mengadu kat Mad Hasan sebab Infobelia x panggil dia Dato'. Mad Hasan terus berang x bersebab kat Farman pasal benda kecik tu. Adakah pangkat Dato' ni berharga sangat dan buleh bawa ke liang lahad? Kesilapan sikit pun nak berang!

    Tukarlah MB ni. Dah x releven lagi!

    ReplyDelete
  23. Sebagai pengundi atas pagar dan rakyat jati NS, saya sangat tak rela negeri tanah beradat yang saya sayangi ini jatuh kepada pembangkang, khasnya DAP dan PKR.

    Tapi sebagai rakyat yang sering dipinggirkan sebab saya bukan kroni UMNO, dan sebab UMNO asyik berebut projek dan kuasa, mungkin ada baiknya jika NS tiba-tiba jatuh ke tangan pembangkang, untuk tempoh 5 tahun sahaja, dengan syarat ketuanan Melayu tidak tergadai.

    Walau saya amat yakin akibatnya kelak - penyakit UMNO akan diulangi pembangkang - sama saja sikap mereka bila berkuasa! Mungkin juga akibatnya habis tergadai negeri. Mungkin tanah adat hanya tinggal sejarah. Mungkin merempat di tanah tumpah sendiri. Itu amat menakutkan saya.

    Tapi mungkinkah dengan cara itu sahaja rakyat NS dapat perhatian sepenuhnya dari kerajaan pusat kelak, sebagaimana perhatian kepada Kelantan sekarang?

    Itulah yang sedang dikira-kirakan, kecuali kalau kerajaan pusat bagi perhatian kepada rakyat kebanyakan NS yang tak puas hati di merata negeri ini. Jangan asyik dengar cakap kroni UMNO sahaja. Banyak masalah rakyat biasa yang tak diselesaikan begitu lama, termasuk masalah yang paling simple seperti masalah lembu dan tahi lembu di Seri Menanti!

    Kalau MB tak boleh selesaikan, PM dan TPM kena selesaikan - sebelum terlambat. YAB PM dan YAB TPM - tolonglah buat sesuatu.

    ReplyDelete
  24. brapo bnyak isa pendek byar admin?

    ReplyDelete
  25. mleleh poloh den baco cito nih tekau..miang lak aiii..mcm miang buluh botong

    ReplyDelete
  26. den dah lamo mendidih dah, tapi cakap-cakap yang boto memang tak digombei ea doh. samo yo dioghang ni, Cumo Mata San elok sikit yo daghi Mati Sa. Mata San kekah tanah Sendayan, Mati Sa jual lonchong Labu Jayo. Duit tu yang dibuek modal betanding UMNO. Kalau dipilih yo Mati sa jadi Naib Presiden ganti kan si Isam, memang bungkor lah sumo ea. Maleh lah den nak meleter laie, politik NS bapak kan lain..

    ReplyDelete
  27. smakin ekau bonci..mat asan da jd ahli mt dh..

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."
Blog Widget by LinkWithin

Blog Archive