Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Thursday, April 5, 2012

Najib & Muhyiddin sila pantau Menteri Besar Negeri Sembilan

Paneh Miang terpancut untuk berkongsi pandangan komentar di bawah ini berkenaan Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri yang dimaklumkan masih dalam kemelut berpanjangan/bermusuhan dengan Ketua-Ketua Bahagian UMNO Negeri yang tiada kesudahan sejak 2004 hingga kini. Adakah Najib & Muhyiddin menyedari hal ini? Atau saja nak lihat sejauh mana permainan Mohamad Hasan? Teruskan membaca...

*********

"Anonymous said...

Salam

Terbaca dalam Mingguan Malaysia baru-baru ini dimana MB Negeri Sembilan membuat kenyataan kononnya hanya nama dia saja dicalonkan di DUN Rantau.

Kononnya juga pengundi di Negeri Sembilan dah kembali menyokong BN.

Sapa kata? Mat Hasan?

Kalau PM hendak Negeri Sembilan jatuh ke tangan Pakatan, letaklah Mat Hasan untuk terus jadi MB.

Perangai Mat Hasan tak berubah. Pendendam. Busuk hati. Bongkak.

2008 BN kalah banyak kerusi. Kenapa? Kerana Umno berpecah. Apa tidaknya. Semua Ketua Bahagian, Mat Hasan letakkan orang (dia) lawan untuk jatuhkan Ketua Bahagian.

Mat Hasan ini tinggalan Pak Lah. Legasi Pak Lah.. sombong macam menantu Pak Lah, KJ.

Boleh menangkah BN kalau Mat Hasan terus jadi MB?

Hampeh, kalau menang. Macam mana nak menang, kalau tiga suku ketua bahagian tak sokong Mat Hasan.

Najib patut check kehadiran mesyuarat Perhubungan (UMNO) Negeri Sembilan. Semak kehadiran 10 mesyuarat perhubungan (UMNO) terakhir Negeri Sembilan. Siapa yang hadir? Tak lebih daripada 3 orang saja hadir. Yang hadir hanya Hashim Rushdi (Ketua Bahagian Rasah) dan Ismail Lasim (Ketua Bahagian Kuala Pilah). Berapa kali Isa Samad, Rais Yatim, Shaziman, Lilah hadir Mesyuarat Perhubungan (UMNO N9)?

Kalau dalam perhubungan pun Mat Hasan tak dapat sokongan majoriti, macam mana BN nak dapat sokongan majoriti (2/3) di Negeri Sembilan?

Sokongan pada Mat Hasan dah lama hilang. Umno Negeri Sembilan dalam keadaan paling teruk dalam sejarah kali ini.

Semasa Isa Samad jadi MB, Isa dikutuk macam-macam. (Contohnya) isu berbangkit masa era Isa. Isa digelar Isa Pendek. Isu babi Bukit Pelanduk. Isu Kubur Cina di Nilai.

Tapi sokongan pada Isa dari ketua-ketua bahagian kuat. Tak pernah semasa Isa menjadi Ketua Perhubungan, hanya 3 orang (sahaja) ketua bahagian (yang) hadiri mesyuarat perhubungan. Tak ada seorang pun ketua bahagian zaman Isa yang tak hadir mesyuarat perhubungan.

Hari ni, Ketua Pemuda (UMNO Negeri), Helmi pun tak hadir mesyuarat perhubungan. Ketua Puteri (UMNO) Negeri Sembilan merata mengadu cara Mat Hasan melayan (ahli) Puteri. Ketua Wanita tak kering gusi mencurah isi hati kekecewaan dgn Mat Hasan.

Busuk betul hati Mat Hasan. Taukeh Restoran Nelayan dihalau Mat Hasan semata-mata kerana tak se-geng dengannya. Sampai merana taukeh Restoran Nelayan.

Lilah, Ketua Bahagian (Jempol) nak dicincangnya (oleh) Mat Hasan. Mat Hasan sanggup pengaruh semua AJK (UMNO) Bahagian Jempol sehingga tinggal Lilah terkontang-kanting keseorangan.

Begitulah perangai buruk Mat Hasan.

PRU-13 nanti, pasti isu RM10 juta duit yang Mat Hasan hantar ke London akan hidup kembali. (Nasib baik sebelum ni ada orang Rembau tolong selesaikan masalah tu cepat).

Mahukah (Perdana Menteri) buang masa pertahan(kan) isu ini dalam kempen akan datang?

Baru-baru ni, apabila TS Muhyiddin dibawa melawat 'War Room' di Seremban, tidak seorang pun ketua bahagian (yang) dijemput (sama).

Kenapa? Sebab Mat Hasan nak nama. Nak claim kredit.

Yang buat kajian (kononnya untuk UMNO adalah) konsultan yang di bayar Mat Hassan. Konsultan mana (yang) nak bagi gambaran negative (pada orang yang membayarnya)? Tak kan nak gigit (kembali) tangan (mereka) yang (telah) membayar (ratusan) ribuan ringgit.

Dengar kata, Mat Hasan nak buat lawatan sekali lagi ke 'War Room'. Kali ni (kononnya dia) nak jemput semua ketua bahagian. Kita tengok siapa yang akan hadir.

Kalau BN nak menang di Negeri Sembilan, Najib kena singkir Mat Hasan. Jika tidak, kita boleh ucap selamat memerintah kepada Pakatan Rakyat. Baru padan muka Najib!!!"

Disunting dari sini.

30 comments:

  1. Tulang besi urat dawaiApril 5, 2012 at 12:13 PM

    Bro, memang Mat Hasan tu palingtidak berguna. Itu sebabnya apabila pilih dia dulu, pilihan dia tu memang salah.
    Sekarang bro, siapa nak gantikan Mat Hasan. Tak kan Liliah! Nak bagi Ismail Lasim, NS akan bungkus sekelip mata. Nak bagi pada Saka Gila? Tak kan gitu pulak.

    Isa pun lanun jugak. NS dah hancur bro. Ramai ahli-ahli Umno uang baik sudah tidak aktif atau meninggalkan parti. Isa dulu juga menyebabkan orang yang aktif terbunuh politiknya. Dia ambik guru-guru sekolah aje jadi exco.

    Semua yang bai dalam bahgian semuanya sudah pencen dan tidak bersama Umno lagi bro.

    Umno NS sudah lumat bro. Buang Mat Hasan yg gantinya pun akan sama juga...me;anun tak berhenti.

    Elok Najib concentrate kat Negeri lain aje. NS sudah lebur bro. Percayalah!!!

    ReplyDelete
  2. Ini komen atas ni mcm komen penyokong pembangkang je. Saja nak speculate situasi ke?

    Bagi aku cari je org yang totally baru jadi MBNS. Ramai calon yang berkelayakan terdiri daripada Ketua Cawangan UMNO yang muda2 dan mempunyai latar belakang pendidikan yang baik. Terutama calon yang aktif NGO dan punya hubungan baik dan imej yg bagus dgn masyarakat. Aku boleh bagi beberapa nama, tapi takut lak kono pancung awal2. Yolah, dalam UMNO ni kalo orang baik2 susah nak naik.

    ReplyDelete
  3. ada yang baik-baik tu...carilah yang tak sombong atau bongkak...berlambak eh. Negeri dah lah sembilan berpecah lagi jadi berapa pula? Sayang parti.

    ReplyDelete
  4. Tulang besi urat dawaiApril 5, 2012 at 1:03 PM

    Umno is serious denial syndrome. I bet u, BN is losing the state. U can deny as u like. BN is going to be history in NS.

    ReplyDelete
  5. Tulang besi urat dawai,pandangan saudara banyak benarnya. Who else ini NS.
    BN has been taking charge in the state, why is that they still in search of a new leader which until 2day can't be found.
    That is clear indicator of disaster isn't it?
    why is this so?? It a state of sorrow bro Paneh....serious, UMNO is falling apart in our state.
    Don't deny this fact everyone.

    ReplyDelete
  6. Catastrophe! Catastrophe in Negri.

    Samual, you are deadly correct! Mad Hasan is the leader of all the blinds including those in the UMNO branches.

    ReplyDelete
  7. Mengatakan Umno itu berpecah di NS itu tidak benar.
    Beberapa bulan dahulu saya tengok semua ketua bahagian berbaris sambil menyanyi lagu Umno.

    Kalau dah menyanyi...bersatu kita bersatu..dengan setia berganding bahu...

    Kan dah bersatu mereka tu?

    ReplyDelete
  8. Sey sebagai rakan masjid tengok Dato Seri Mohammed hassan ok yo, sobab calon UMNO kecundang bukan sobab Dato Seri Mohamad Hassan tapi sey nak ngoba an banyak sobab kekalahan dek calon tu sendiri kito kono tengok dongan biji mato bukan dongan mato cangko/rembeh, Kok kito niat nak dapek projek merembat apo yang ado untuk kito yo mako camnilah jadiah waima apo pun Dato Seri Mohammad Hassan totap sebagai Ketua Kerajaan dan peminpin politik yang terbaik sey tengok dan dio lobih arif hala tuju perjuangan untuk agama,bangsa dan negerinya.

    ReplyDelete
  9. Mat Hasan masih calon terbaik utk menjadi MB NS, cuba bagi beliau peluang utk mencatur politik di NS dgn beliau sendiri memilih calon2 muda dan berkaliber utk PRU 13 ni tanpa campurtangan drpd Ketua2 Bhgn yg ado, lg pun ketua2 bhgn yg ado pun semuo dah expired..hihihi. kito kan nak transformasi politik!

    ReplyDelete
  10. umno kalah di sikamat, ampangan dan paroi sobolun ni sobab calon mat hasan la yang lotak. nak sangat org bodoh jadi calon supayo dio sonang nak kontrol. sekali amek kau. lopeh 2/3 majoriti. masih lae nak pecayo judgement mat hasan ni melotak calon?!

    ReplyDelete
  11. tok mat ni kok jumpo oghang yang dio tak kona, ayat eh "apo kobar". itu yolah modal eh.

    ReplyDelete
  12. Betul tu paneh dan pembaca sekelian, Mad Hasan kalau teraju lagi NS memang lingkuplah UMNO/BN. Carilah orang lain yang baru untuk teraju NS. Yang lain pun dalam barisan sekarang sey tak nampak boleh ganti. Sey pun ado beberapo namo dari UMNO cawangan dan NGO yang betul-betul bekerja kuek untuk memenangkan UMNO/BN di Nismilan ni.

    ReplyDelete
  13. ayoo... sei donga . Mat Asan ada blogger paneh punya, dapek tanah lumbung kek kosawah samo pojek kontrek, mano mat Asan ado yo bloggers tu.. den donga kok nak buek pojek IT jumpo si Rommi ko Yus ko , x maha 5 ribu yo , solasailah..kawan den kato mintak lah apo pun kek diorang ni.

    ReplyDelete
  14. Dulu mat hasan di kontrol oleh abg eh azman,yg pilih calon2 tahun 2008 dulu abg eh azman, tu sobab kalah di ampangan, paroi dan sikamat, mat hasan org melayu yg pandai, dio dulu CEO Asia Pasifik C&C jual mercedes, patut kito sokong dio,cubo bg dio peluang kali ni bia dio pilih calon2 baru,mudo2, yg bagus2 dan berkaliber utk bertanding di NS..ketua2 bhgn ikut dan sokonglah..demi kejayaan BN di NS.. berkorbanlah sikit bg peluang kek tok mad!

    ReplyDelete
  15. den cabar tok mat caghik sapo paneh ni..bagi dio jadi calon..pehtu lotak dio jadi mbns. nengok lak camno dio buek..lamo dah den nengok dio nulih memacam..nak nengok pulak bulih tak dio buktikan apo yang dio cakap.

    ReplyDelete
  16. kalaulah dongan rm100,000 sobulan sebagai CEO listed co dia sanggup boronti nak jadi MB dongan gaji rm20,000 sobulan sudah jelas dio bangang dan ramai orang UMNO puji dio dan itu pun termasuklah kumpulan bangang.Tapi bilo dio hantar keLondon rm10 juta baru orang UMNO bukak mato kerano mat hasan bukan nak rm20,000 tetapi jutaan.NS tak ketandusan orang berkelulusan dan berkaliber bandingkan dongan mat hasan ijazah pengajian melayu diuniversiti malaya apo yang dio tahu pasal berniago dan pentadbiran.Dio tahu dio takkan lamo diCC kerana CC bukan syarikat dio ,dio makan gaji sajo dan dio dilotakkan diCC mewakili J.CORP .Dio bukan dipilih dari melalui tomu duga dan kalau bukan tomu dugo kita bolih agaklah apo kebolihannya.Namo mat hasan tak ado dalam senarai CEO kereta kerano dio tu macam tok pekong duduk yo diCC. Kalau sayangkan BN ,mat hasan wajib disingkirkan tapi kalau nak yo mat hasan bertanding ,memanglah BN nak cari naas.NS tak ado komajuan yang nampak ialah kereta2 mewah seperti porshe,jaguar,mercedes belegar kulu kilir olih proxi mat hasan yang orang tahu sekolah KGV sampai tingkatan limo sajo.Sodarlah mat ,eloklah kau boronti korano den cukup malu bilo cakap politik negara semuo tahu yang NS ni berterusan diperlekeh dan dihina kerano MB tak boguno.

    ReplyDelete
  17. Memang patut pun DS Najib dan TS Muhydin pantau Mat Hasan ni.Sobab asyik mikirkan pasal komisen dan nak buek duit di belakang rakyat, dia sanggup x rekomen projek loji pemprosesan petroleum di Pasir Panjang,PD yang boleh bawa pelaburan RM15billion ke NSDK. Sedangkan dia tahu pelaburan ni boleh bangunkan dan cetuskan perkembangan sosio ekonomi secara pesat di NSDK untuk masa 20-30 tahun. Mat Hasan takkan nak pau sampai 25%? Kerajaan Persekutuan pun tak buat macam tu!Akhirnya pelabur tu dah beralih ke Perak sebab Zambri siap offer good deal kepada pelabur tu. Terlopeh orang nogori manfaat pelaburan 15 juta. Datuk Shahlan SETPOL DS Najib tahu pasal ni dan dia ada kata takkan orang korporat tak reti pasal manfaat pelaburan ni. Tapi dek nafsu tamak gamak dia biarkan nogori terlopeh pelaburan RM 15b. DS Najib tukar je Mat Hasan ni! Mikir tempolok dio aje!

    ReplyDelete
  18. Kok boto anon di atas ni cakap- Memang bangang la Mat hasan ni. Ini gamaknya sebab projek tu nak buek kek PD kot. Dia tak nak Tan Sri isa dapek nama. Satu laie--kok buleh dio nak bawak ko Sendayan. Bilo bawak ke situ dapek la proxy dio duit. Kilang Coca cola kok buleh dia nak bawak ke Sendayan. Tapi sebab GM coca Cola dah jumpa Najib mintak tanah kek Enstek.Sobab tu kilang coca cola tu dapek di buek di enstek. kalu tak kono boli kek Sendayan jo!Apo tompek lain selain Sendayan, tak buleh ko MAt hasan? Airport TUDM pun nak buek kek Sendayan. Tu belum projek fakulti UM di gemas hingga kini x dapek jalan. Sobab ee macam2 syarat di bori oleh Mat hasan. Boto cakap anon kek atas. Mikirkan tempolok dio ajo!

    ReplyDelete
  19. Ese ni dari dulu penyokong BN krn yakin BN lah yg dapek mentadbir dgn baik. Topik yg di komen kek ateh ni pasal loji petroleum dan kampus UM kek gomeh ado sey dongar2. Kok iyo la projek tu tosangkut2 sobab dek MB..mako MB tu bukan saja bangang malah bloody ompong kato org rombau. Projek tu banyak manafaat pd rakyat secara langsung dan tak langsung. Bondo baik patut eh di segerakan. Mmg patutlah DS Najib pantau Tok MB N9 ni. Sey sayang BN dan sey sayang N9. Kok dek kerano Tok Mad ni BN tergugat di N9..biarlah Tok Mad yg geduhum..BN mesti dipertahankan di N9.

    ReplyDelete
  20. Jadikan Mat Hasan ni ahli MUBARAK je!Kok dio masih gilo kuasa gak jadikan dia Pengerusi MUBARAK!

    ReplyDelete
  21. Salam,
    mmg susah bro utk menegur pemimpin, kadang2 bkn kerana pemimpin itu sendiri tp kerana pencacai sekelilingnya. Apapun kita harus teruskan ~ bh

    ReplyDelete
  22. bl ak blk rembau xdo yg berubah...yg berubah bekas dun chombong nyo ghumah dh bosar ui banglo...khairy,x wek apo pon...den tengok cm2 yo ado la ckit...kg den ghamai org susah..takdo nk poei tgk..xghombau pon kj x selalu turun

    ReplyDelete
  23. Klu x slh MOU projek Gulf Petroleum di Port Dickson disaksikan sendiri oleh Tok Mad awal 2010. Difahamkan pelaburan USD5 bilion (RM17 bilion ini telah mendapat kelulusan dari EIA, MITI dsb. Seharusnya pelaburan spt ini harus dipercepatkan demi kepentingan negeri.Sebagai tokoh korporat x kn Tok Mad x dpt menilai faedah pelaburan sebesar ini. Begitu juga permohonan utk kampus Universiti Malaya di Gemas yg dengarnya dah berlarutan sampai 4 tahun. Alangkah ruginya N.Sembilan dgn kelemahan Tok Mad dlm pentadbiran negeri. Itu hanya 2 contoh, bagaimana dgn banyak hal lain lagi. Maka tidak hairanlah klu response on the street tentang Tok Mad sgt negatif. DS Najib harus pertimbangkan sebaik-baiknya jika ingin N.Sembilan kekal dlm genggaman BN. MB mcm Tok Mad yg kata org NS cerdik x boleh di ikut dan bodoh x boleh di ajar ni x boleh di kekalkan. Tukar saja dgn MB yg baru jika sayangkan N.Sembilan.

    ReplyDelete
  24. Kepentingan memilih Menteri Besar kamu sudah salah fokus. Kepentingannya bukan ke atas personaliti MB atau populariti Barisan, tapi patutnya ke atas tahap "effective" MB tersebut. Sila nilaikan hasil perubahan yang dibawa MB Negeri, baru kita boleh decide. Ini semua tiada bukti yang konkrit, gossip itu gossip ini tapi tiada bukti sebenar. Patutnya fokus pada kemajuan Negeri yang dibawa MH - bukan personaliti MH.

    ReplyDelete
  25. Banyak ko Isa bayar lu bro... kungsi la ckit... org Bongek x do buek kojo cam ni bro... Malu Kamarudin Kachar... Mat Asan ni nanggung doso Isa yo nih... Capo kau haghap Saziman, Asan Malik, Rahmat ko Sahak...? Sumo sipar tu Bro... Bangang na Najid & Muhyidin nonga cito kau nih... Saziman tu elok tukar... Ganti ngan Cikgu Pie Lopot... ok tue...

    ReplyDelete
  26. tepak bersulam atau zack byk merencanakan isu-isu pembangkang di Negeri Sembilan,blog dan page yg dicipta plak tak hot mcm paneh miang... padahal dulu beliau di buang masa bekerja dengan azalina..baik lantil paneh miang jadi blogger Mb Negeri Sembilan..comfirm hot..

    ReplyDelete
  27. Sekurang kurang eh projek bnyak lopeh kek melayu..kek selango n kolumpo jgn arap la nak negok kontraktor melayu buek sub projek bosa.. jd bos mang la cmtu
    .kono bonci kek anak buah..apo disuruh manjang salah je kek mato pekojo.. pengaruh isa makin kuek plak yo dlm diam2 ni...aiii ko cito pengruh parti jo..tu org/rkyat kek n9 ni bnyak dapek benefit ,ko tamo ckp.. jgn pandang dr institusi individual jo . Cubo iklas an diri n nak bebakti kek orang nismilan ni kek wan atuk kek kg nuah.. ni projek tu xdapek nak melonting.. tp salah yo, genrasi mudo yg bepelajaran patut diutamo an.. ni org yg kuek mengiak mcm kobau di utamokan..kojo?yilekk!!

    ReplyDelete
  28. Hahahahaha artikel tahun 2012 ni ternyato meleset.
    Aku nak donga 2016 ni kau nak cakap tok mat apo pulak.

    "Sokongan pada Mat Hasan dah lama hilang. Umno Negeri Sembilan dalam keadaan paling teruk dalam sejarah kali ini."<--- statement lawak sekarang.

    Kau delete je la post ni. Takpasal kono ghembat orang kampung kalau kono viral hahahahaha

    ReplyDelete
  29. tok mat dah bnyk majukan N9 tu pun korang x sodar laie koh? maso isa samad maghin apo yg ado? kandang babi?

    ReplyDelete
  30. yang ahli umno n9 x bekonan mo tok mad ni sobab eh dio bkn org politik, tetibo plak dio dari bidang koprat toruih ko bidang politik, kiro eh dio sailang la org2 lamo umno n9 ni nak naik, itu yg ketuo2 umno bahagian x semuo eh suko mo tok mat...tok mat tadbir n9 ni mcm tadbir syarikat sobab eh dio org koprat... dio luruih x pandai nak kona2 dor.

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."
Blog Widget by LinkWithin

Blog Archive