Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Wednesday, August 8, 2012

Ruginya Mad Hasan...

Mohamad Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan, anak kampung Rantau dah makin tuo. Pak Sedaro sobak bilo dongar makna pengorbanan yang diluahkan oleh Menteri Besar. Namun, sobab dio sorang sajo Pemimpin Nombor Wahid NSDK yang mengurus Kuasa Eksekutif Negeri, mako nak Pak Sedaro ingatkan "terang-tegak" supayo dio tak nyosa esok:

1. Berapa ramai orang Melayu dalam senarai pemilih di Rantau yang konal?
2. Berapa banyak Kawasan ADUN yang MB dah jelajah dan ziarah?
3. Berapa ramai Ketua Kampung, Ketua Cawangan UMNO, Pengurusan Masjid dan Surau dalam NSDK dah poei jumpo?
4. Berapa banyak NGO yang boleh diharap sebagai Agen BN?
5. Berapa banyak NPO yang boleh dipercayai sebagai Perisik Rakyat kepada Kerajaan BN?
6. Berapa banyak pertubuhan belia di bandar dan di desa yang telah dikenalpasti oleh MB sebagai pasukan Gerak Gempur paling ampuh?
7. Berapa banyak peruntukan kewangan yang telah disalurkan kepada pertubuhan belia, kariah masjid dan surau, Pertubuhan Awam, PIBG seluruh Negeri Sembilan sepanjang 2010-2012?

Apakah MB sedar bahawa dalam Sidang Dewan Undangan Negeri, ramai yang tidak berfikir secara kritikal dan analitikal? Apakah MB sedar bahawa pertubuhan belia utama di Negeri Sembilan misalnya Gerakan Belia 4B Malaysia Negeri Sembilan, MAYC Negeri Sembilan, GPMS Negeri Sembilan, ABIM Negeri Sembilan tidak dimanfaat sepenuhnya dan tidak diberi suntikan MODAL KERJA AKTIVITI yang wajar?

Alangkah ruginya MB kerana tidak mengembeling sepenuhnya pasukan muda dan peluang yang ada.

Apakah MB sedar bahawa para Nazir, Imam dan Lembaga Pengurusan Masjid dan Surau dalam Negeri Sembilan sedang menilai harga kuasa eksekutif MB melalui PRU-13 dan reputasi peribadi Mohamad Hasan sebagai insan politik?

Ketua-ketua Bahagian UMNO Negeri Sembilan sudah tiba masanya kalian berunding di kamar Istana, mengadap mohon pandangan Di Raja bagaimana kalian mengurus pentadbiran Negeri ini. DYMM Tuanku Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan dan 4 orang Dato Undang Luak ialah mereka yang mendahului kuasa-kuasa eksekutif. Bawalah ke meja perundingan seperti diamalkan pada tahun 1943-1950 oleh pengamanah kuasa eksekutif terdahulu. 8 beradik ini penting, kerana DOSA dan JULANGAN API NERAKA lebih menikam kalian daripada rakyat teramai. Kalian memenangi obor amanah, dan api obor amanah ini mempunyai kesan paling besar kepada rakyat.

Pak Sedaro percaya hikmah dan nikmat Negeri Perpatih masih berdaulat di Istana Seri Menanti. YAB Menteri Besar masih diukur sebagai seorang yang GAGAL melunaskan EQ rakyat dan pengundi. Jangan sibuk tak percaya kat orang! Karang bilo sibuk kempen, orang pun lempar "susah mencari, sonang hilang". Tak yakin dengan maqam dan maqasid hadarah Malaysia poei lah berguru NLP dan jumpo Bapa-Bapa Veteran UMNO khasnya Pelukis Bendera UMNO dan penulis Falsafah asal Keris Bersilang.

Nak buat korjo semalam bukan jap laei. Politik tak samo politik pejabat. Ngajak pandai, Tunai Ontah Bilo!!!

1 comment:

  1. Anak Rembau Di RantauAugust 9, 2012 at 4:55 AM

    Salam Persaudaraan,

    Mulanya, saya kurang minat nak komen. Nampaknya orang lainpun sama. Tapi, atas niat untuk kebaikan saya komen jugaklah.

    Sebagai rakyat biasa di NS, saya kagum dgn Mat Hassan ni. Dulu masa Isa Samad, selepas jadi MB 22 tahun, NS jadi antara termundur di Malaysia. Setahu saya, pelancong di NS paling borot di Semenanjung. Banyak tanah kerajaan digadai/dijualkan. Tanah2 ditepi laut di PD, diberi kpd gurka2 UMNO, digadaikan ke Cina Singapura. Akhirnya, lahirlah beberapa jutawan segera UMNO, kaya untuk sementara.Selepas itu papa semula (Masih ingatkah kisah beberapa pemandu Isa Samad, kaya sekelip mata. Ada yang menikah artis Kuza. Selepas itu bercerai. Kini kisahnya tenggelam entah kemana).

    Tanah NS paling banyak tergadai pada Dr Gan (bekas Exco MCA). Tanah estet di Nilai diambil dgn harga kerajaan, diberi pd Dr Gan, dijual semula dgn harga komersial). Maka, kaya rayalah Dr Gan sekelip mata. Terus menjadi rakan dan sponsor politik Isa Samad hingga kini. Difahamkan, wang Dr Gan yang sponsor Isa bertanding Naib Presiden UMNO dan didapati bersalah kerana politik wang.

    Berbeza dengan Mat Hassan. Seorang tokoh korporat. Sama macam Khalid Ibrahim di Selangor. Kurang pandai main politik, tapi pandai cekap tadbir ekonomi dan pembangunan Negeri.

    Di zaman Mat Hassan, NS jauh perubahannya. Banyak sudah highway dan flyover bersimpang siur di Seremban, Seremban-Kuala Pilah, Lekas Highway dll. Isu tanah felda Sendayan yang tersadai semasa zaman Isa dah diselesaikan sebaiknya oleh Mat Hassan. Sekarang, bandar Sendayan mencanak naiknya. Peneroka felda sendayan, semua menjadi jutawan dan senang lenang.

    Kelemahan Mat Hassan, kurang seni dan komunikasi politiknya. Kerana dia mementingkan kualiti dan kemampuan sebenar, maka kuranglah projek negeri diberikan pd pemimpin UMNO. Maka, ramailah pemimpin UMNO yang dulu mudah dapat makanan ditapak tangan Isa Samad, kininya kelaparan dan mengamuk sakan.

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."
Blog Widget by LinkWithin

Blog Archive