Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Tuesday, September 11, 2012

MBNS: Abu Zahar ganti Mohamad Hasan?

Khabar angin bertiup kencang di tanah mengandung Kuala Pilah mengatakan Speakar Dewan Negara, Abu Zahar Ujang diura-urakan akan bertanding semula sebagai calon BN di Dewan Undangan Negeri Pilah.

Jika perkara ini benar-benar menjadi kenyataan, ia menguatkan lagi khabar angin, beliau akan dilantik sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang baru selepas PRU13 akan datang.

Nama beliau muncul berikutan ura-ura menyebut Mohamad Hasan akan berpindah ke pusat dan pada masa sama, isu berbangkit yang hangat diperkatakan ialah mengenai ketiadaan calon pengganti yang sesuai.

Abu Zahar mungkin dibawa pulang untuk memimpin Negeri Sembilan, dan pemerhati politik melihat beliau berkemampuan untuk meredakan krisis politik dalaman yang berpanjangan di Negeri Sembilan sejak negeri itu dipimpin oleh Mohamad Hasan.

Akhir-akhir ini Abu Zahar juga dilihat semakin kerap turun ke Kuala Pilah. Beliau diberitakan menganjurkan program berbuka puasa di beberapa cawangan di sekitar Parlimen tersebut. Beliau juga diberitakan sedang giat menganjurkan majlis ramah mesra dan rumah terbuka yang diadakan di setiap Dun di dalam Parlimen Kuala Pilah.

Beliau juga dilihat bergerak secara berpasukan dan kembali bergabung  dengan seteru politiknya iaitu Ismail Lasim yang sebelum ini pernah menewaskan beliau sebagai Ketua Bahagian Kuala Pilah.

Adnan selak ADUN Pilah juga dilihat begitu intim dengan Abu Zahar. Abu Zahar dikatakan berusaha keras dan sedang menggunakan hubungan intimnya dengan PM dan TPM untuk memastikan Ismail dan Adnan terus kekal sebagai calon pada PRU akan datang.

Hubungan yang dilihat seperti three stoges ini sedang menjadi buah mulut para pemerhati dan aktivis parti di Kuala Pilah. Perkembangan ini dilihat telah menimbulkan rasa tidak senang di kalangan YB-YB yang lain, khususnya Hasan Malek selaku Ahli Parlimen dan Timbalan Menteri KKLW.

Kepimpinan UMNO Kuala Pilah selama ini berpecah dua. Sebahagian AJK bersama dengan Ismail Lasim dan sebahagian lagi adalah orang Hassan Malek.

Pemerhati politik berpendapat kemelut perpecahan di kalangan pimpinan parti di Kuala Pilah dilihat akan lebih meruncing dengan kemunculan semula Abu Zahar.

Seorang bekas pemimpin bahagian berkata, sepatutnya krisis politik ini boleh dibendung dengan peranan yang boleh dimainkan oleh Abu Zahar, tetapi Abu Zahar telah membuat kesilapan awal dengan mengambil tindakan berpihak dan cenderung untuk menyebelahi kem Ismail Lasim dalam rencana terbaru politiknya di Kuala Pilah.

Bekas pemimpin itu menambah, "Situasi yang berlaku ini boleh menjadi barah jika tidak dibendung terutamanya di saat PRU yang semakin hampir. Imej selaku Speaker Dewan Negara haruslah dilihat sebagai pihak yang berkecuali dan bertindak menjadi pengaman jika berlaku ketegangan antara dua pihak."

Kemunculan semula Abu Zahar secara berpihak dilihat telah mengecewakan banyak pihak terutamanya kepada loyalist parti yang ingin melihat Umno Kuala Pilah kembali kuat dan bersatu.  

Ada juga ura-ura yang menyebut beliau akan bertanding untuk mewakili Parlimen Kuala Pilah bagi membolehkan beliau dilantik sebagai menteri di peringkat pusat. Sumber yang rapat dengan beliau turut mengesahkan bahawa PM lebih memerlukan khidmat beliau di peringkat pusat.

Sumber itu menyebut, hubungan peribadi beliau yang amat rapat dengan PM dan TPM akan memudahkan laluan beliau untuk membuat "come back".

Beliau digugurkan sebagai calon pada pilihanraya umum 1999 setelah menjadi ADUN Pilah selama 2 penggal dan sebagai Ahli Parlimen selama sepenggal. Ketika itu beliau merupakan penyokong kuat dan diketahui umum sebagai think tank Anwar Ibrahim. Beliau dilihat turut berada di rumah Anwar pada malam beliau dipecat sebagai TPM.

Jika beliau berjaya membuat "come back" kali ini, bermakna beliau akan menjadi orang ke-2 selepas Rais Yatim yang kembali menjadi calon Parlimen Jelebu dan seterusnya dilantik semula menjadi Menteri pusat sehingga kini selepas meninggalkan Parti Semangat 46.

9 comments:

  1. takdo laie yg buleh diharap ko? Lotak yg laie tuo lah.....

    ReplyDelete
  2. ha ha ha... itulah dio yang dikatokan dasar politik syaitan yang dikenali...

    Nang mudo2 tu, jangan haraplah nak jadi MP.. Sebab anda adolah malaikat yang tak dikenali..

    UMNO HEBAT!!!!!!!!!!

    SYAITAN YANG DIKENALI....

    KAH KAH KAH..

    ReplyDelete
  3. Politik UMNO Nismilan sekarang ni umpamo pokok yang ...
    'dibiarkan layu'
    'dialihkan mati'

    ReplyDelete
  4. UMNO bukanlah pilihan mutlak untuk orang Melayu. Orang Melayu sekarang ada banyak pilihan. Tidak ada UMNO, orang Melayu dan Malaysia tetap akan membangun dan maju. Tidak ada UMNO, kepentingan orang Melayu tetap dijaga.

    Perkara ini tidak dapat dielakkan kerana majority penduduk negara ini adalah Melayu. Dari 18 juta orang Melayu, ahli UMNO hanya 3 juta. Dari 6 orang Melayu, hanya seorang ahli UMNO. Jika seorang ahli UMNO mati, ada 5 lagi orang Melayu. Jika 3 juta ahli UMNO tidak ada, ada 15 juta lagi orang Melayu. Jadi tidaklah benar, jika UMNO tidak ada, maka orang Melayu akan terbiar.

    ReplyDelete
  5. Hahahaha... Ambik kao orang negeri, calon tuo jadi MB. Dah tak cukup calon lagi ko kat nogori tu... Tando-tando Umno/BEnd jadi pembangkang gamak nyo

    ReplyDelete
  6. Salah baco tu bro ...kek kopilah ni ado 3 kumpulan dan bukannyo duo ..satu group Hj Mail sebagai ketua bahagian dan satu group Hassan Malek sebagai pengerusi BN ..yang satu ni pulak group berkecuali dah tak berpihak kek mano2 ...jangan lak org underestimate group ni ...dio orang ni lagi rasional ....

    ReplyDelete
  7. Sesiapa yang ada keinginan nak jadi MB atau kekal jadi MB ...kau orang semua sudah salah baca game ...hehehe ...abu zahar ni bekas polis dan pandai gunakan kedudukan untuk dapat apa yang dia nak ...kau orang tengoklah gambar kat surat kabar ...ada mahathir ada abu zahar ...ada muhyiddin ada abu zahar ...ada najib ada abu zahar ...kalau tak bendung gerakan dia ...kompem dia buat comeback ...daripada gaduh sesama sendiri ...baik gabung dan lawan abu zahar ni ...

    ReplyDelete
  8. woi abu zahar ..
    Sudah-sudahlah main politik baling batu sorok tangan ni.Kau ni bacul,nak berkuaso tapi nak ikut pintu belakang.Kalau berani bertandinglah kat bahagian. Lunyai kita semua kerjakan kau nanti. Kalau anak jantan, tawarlah diri kat Kuala Pilah

    ORANG MELANG

    ReplyDelete
  9. Yang benar terjadi di bahagian K.Pilah ialah semua wakil rakyat dari seremban kecuali Samat...yang lain semua dari somban, contoh Hasan malek duk disomban, Mail lasim duk somban,Adnan duk somban, razi duk somban...sok klu jadi Abu zahar jadi MB duk klumpo..laei jauh... YAB PM tolong lah beri hak wakil rakyat ni kepada penduduk tetap N9...sonang bokiro, jadikan salah satu syarat untuk bertanding dalam PRU13..

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."
Blog Widget by LinkWithin

Blog Archive