Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Saturday, September 29, 2012

Sobab Mad Hasan punyo bingai, Najib yang dapek tempias...

1. Penduduk Ampangan ratanya gembira apabila Perdana Menteri Malaysia aka Bro Najib, turun berkunjung ke Seremban pada 29 September 2012, hari ini, iaitu sehari selepas Belanjawan 2013 dibentangkan. Banyak kain rentang dan bendera BN di pasang semata untuk menyambut kedatangan pemimpin Perdana ini ke Ampangan. Selamat datang diucapkan kepada DS Najib ke Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan.

2. Beberapa bulan sebelum ini, Muhyiddin Yassin telah berkunjung ke Ampangan. Sambutan yang diberikan atas kedatangan Muhyiddin ke Ampangan sebelumnya tak kurang hebat. Ketika lawatan ke Ampangan dulu, Muhyiddin ada mengumumkan peruntukan jutaan ringgit daripada Kerajaan BN akan dianugerahkan kepada kawasan Ampangan.

3. Antara lain janji Muhyiddin adalah membina serta menggantikan Pusat Penjaja Ampangan dengan sebuah Kompleks Bazaar Ampangan serba moden yang bakal memberi keselesaan kepada peniaga dan pengunjung ke bazaar tersebut.

4. Maka sesuai dengan slogan popular BN iaitu "Janji Ditepati", kedatangan Najib ke Ampangan kali ini antara lain adalah untuk merasmikan program pecah tanah bagi projek Kompleks Bazaar Ampangan; atau dalam bahasa mudahnya ialah menunaikan janji yang dibuat Muhyiddin beberapa bulan dulu.

5. Justeru sebuah syarikat kontraktor, Wangsa Bina Dinamik Sdn Bhd yang beralamat di Bandar Baru Ampangan telah dilantik pihak Majlis Perbandaran Seremban untuk membina Kompleks tersebut secara kontrak dengan nombor rujukan MPS/104/T/(6) 2012/ Bgn (4).

6. Namun yang terlepas pandang oleh MPS dan Kerajaan N9 yang diterajui Mohamad Hasan ialah,  syarikat kontraktor Wangsa Bina Dinamik Sdn Bhd yang dianugerahkan projek pembinaan Kompleks Bazaar Ampangan adalah milik penyokong tegar Pkr! Boleh dikatakan semua anak jati Ampangan tahu siapa pemilik Wangsa Bina Dinamik Sdn Bhd yang salah seorang pengarahnya adalah Amir Faruk yang begitu tegar mengibarkan bendera Pkr di Ampangan di PRU-12 lalu.

7. Peruntukan jutaan ringgit diberikan oleh Kerajaan BN, pecah tanahnya dirasmikan oleh Pengerusi BN selaku Perdana Menteri, tapi yang sakau kontrak dan untung juta-juta adalah orang Pkr?! Anak jati Ampangan yang selama ini menyokong kuat UMNO/BN ada yang dah mula naik berang!

8. Seorang ahli UMNO di Ampangan jelas menunjukkan rasa sakit hatinya berhubung hal ini. Menurutnya, "Dah takde lagi ke kontraktor BN sampai nak bagi projek pada orang Pkr. Peruntukan dari BN, tapi yang dapat laba...pembangkang! Apa jadah bagi 'pisau' kat pembangkang yang akhirnya UMNO/BN jugak yang kono tusuk? Aku rasa macam dikhianat pemimpin sendiri!"

9. Kemarahan makin meluap apabila mengetahui bahawa syarikat penyokong tegar Pkr ini berjaya mendapat kontrak ini melalui "recommendation" seorang individu bernama Cikgu Salleh, yang berjumpa Menteri Besar N9 untuk melobi agar syarikat Wangsa Bina Dinamik dianugerahkan projek tersebut. Cikgu Salleh ni mengajar di Kolej Tunku Kurshiah (TKC) yang berkawan baik dengan Mohamad Hasan sejak belajar lagi.

10. Ramai maklum bahawa di Seremban, YDP MPS Dato Halim tidak akan berani beri kontrak sembarangan, apatah lagi jika peruntukan sesuatu projek itu datangnya dari Kerajaan BN; KECUALI dengan restu Mohamad Hasan.

11. Persoalannya, adakah Mad Hasan ini betul-betul tak tahu, atau pura-pura tak tahu, atau sememangnya bingai untuk menyiasat 'alignment' pemilik syarikat Wangsa Bina Dinamik Sdn Bhd?!

12. Pasti pencacai Pkr kini sedang bertepuk riang dengan kelicikan ahlinya memperbodohkan pemimpin BN yang menerajui kerajaan N9.

13. Disebabkan kegelojohan seorang cikgu aka sahabat baik Mohamad Hasan selaku broker yang kemaruk nak sakau komisen, ditambah dengan kebingaian Mohamad Hasan yang buat keputusan tanpa menyiasat latar belakang syarikat Wangsa Bina Dinamik; tak pasal-pasal Najib selaku pemimpin wahid UMNO/BN tampak dungu di mata para penyokong BN di Ampangan dan N9 umumnya.

14. Mad Hasan...Mad Hasan...sampai bila nak bunuh UMNO dari dalam?!

33 comments:

  1. Timo kasih la Mad sobab bagi dana kek PKR. Ponuh la kantung skit nak tawan N9 PRU13. Tapi kau totap akan jadi MBN9 Mad. Asalkan ka sanggup lompek. PKR terimo ekau ngan tangan tebuko. Bia lantak mampuih UMNO tu sok.

    ReplyDelete
  2. Nie bukan tahap bingai laie dah.....dah tak do perkataan yang sosuai buek mat hassan.....

    ado laie ..donga cito projek landskap Kompleks Pendidikan kek Labu (IAB dll) tu Ketua Cabang PKR Rasah...camtu....paghah weei.....

    boghi projek nak momusnah an kito..baik tak yah.....

    ReplyDelete
  3. tulah pasal, kalau koja eh nak membunuh pesaing politik dalam jo, tak soda musuh politik di luar yg untung & kenyang....

    ReplyDelete
  4. Ni namo eh sabotaj UMNO dari dalam. Banyak na api dalam sekam kek dalam kerajaan hari ni. Buek kojo cam hampeh. Yang busuk namo UMNO. Mat Hasan ni salah sorang yang suko bunoh UMNO pelahan2 sojak jadi mbn9. Tak cayo? Tanyo komponen.

    ReplyDelete
  5. MB NS ni siapa ya penasihat beliau, sampai begitu bodoh sekali tindakan beliau... Dgn ketua2 bhg yg cerdik2 sikit nak dibunuhnya karier politik mereka. Kalau takat dengar pandangan tok usuf misai & beberapa kerat lagi tu memang Tok Mat saja nak bunuh UMNO/NS di NS ni. Tok usup misai kucing tu apa dia tahu... kalau bijak sgt tak kan lah kalah waktu PRU 12 dulu... dah lah kalah asyik menyalahkan org pulak, diri sendiri tak pernah nak muhasabah.

    ReplyDelete
  6. kah kah kah. bangang nyo pemimpin umno. padan muko. pkr gak kayo.

    ReplyDelete
  7. nak komen pd satu komen yg usik wanita... rasanya yg menulis ni lelaki bacul... menulis tentang Dato Samsiah, ketua Wanita UMNO Bhg Sbn... bukan nak membela Dato samsiah pun, tapi geram pd penulis bacul yg mencela dato samsiah..(Kalau hadapan Dato Samsiah siap cium lagi tangan beliau. & waktu beliau masih Senator, ramai kaum lelaki bacul yg tanpa rasa malu siap minta duit nak beli rokok lagi.. tanpa kepimpinan beliau dah lama dah UMNO Sbn tu hancur.. nak harap lelaki tak abis2 nak cari makan dgn UMNO ni saja kerja mereka. Dato Samsiah tu pun dah penat dah, tapi dek sayangkan UMNO, beliau bertahan jugak...

    ReplyDelete
  8. kompom la kau last term mat. abang kau yang ghoma lompang oghang tu temasuk anak e yang caj paneh baghan konon e tu..siap sedio yolah. oghang sumo nunggu maso yo.

    ReplyDelete
  9. ado makno semuo tu warikh,,tk terpikir ko? mungkin strategi serampang 3 mato,,,???
    kiri sapu,kanan songlap,, janji masyukkkk.kalau BN tumpang,,apo lagi,,lompat katak la.kalau monang,,Sayo lah yg bagus,,adil untuk semuao,projek di bg asalkan cukup syarat(kunun2@wayang kulit) tk kira sapo,,janji di tepati(nak simpati sebonar eh). makno eh,,kroni jugak la kayo tu,,,serampang 3 mato(mato syaitan yg di kenali) Tk mcm tu ko warikh??? dah penyamun tu penyamun la jugak,,,dah lamo dh.

    ReplyDelete
  10. Dah sampai maso ekau kono guno Paneh Miang ni Mat. Daripado ekau dok bolo budak2 it bangang kau tu yang takdo pengaruh. Buek abih bogheh. Syok sendiri. Merosak imej ekau sendiri. Yang ado pengaruh macam Paneh Miang ni ekau tak apik an. Guno segalo sources yang ado Mat. Ekau nak BN monang pru13 kek negori ni tak?

    Buek Paneh Miang, cukup2 la bagi peluru kek pembangkang. Den ghoma stail ekau ni dari dulu lae, tapi ni dah dokek pru13. Bantu la BN ngan UMNO apo yang patut yo.

    ReplyDelete
  11. Pak sedaro, raso sey kok Amir Faruk dah lamo berhijrah dlm umno bersamo samo Roslan Kasim zaman Isa Pendek lagi. Kok iyopun tok mat muko tu jangan mencuko biasolah bilo tak dapat projek menyalak sampai terdongar ko gunung angsi dan telapak burok, jang bawak2lah ponohkan mosojid laie elok.....

    ReplyDelete
  12. Biar jelah pkr dapat kontrak tu. Kata pemimpin untuk semua. Nnt bila pkr pulak perintah, bagi pulak kontrak pada orang umno. Hahaha. Kalo dapat la.

    ReplyDelete
  13. orang umno ni tak habih2 projek...projek...projek. tengok dap dan pkr kat penang ngan selangor relek je bagi2 projek sesama kroni. tak payah nak kecoh2 pun. makan senyap2 ma...takut orang pas tau.

    ReplyDelete
  14. buang la budak IT bingai n9kini mo tepak bersulam tu...ngabeh an boreh yo... guno duit tu bayar http://paneh.blogspot.com/ dan http://facebookaans.blogspot.com/ sobab sei nengok duo blog ni paling berpengaruh... tok mad baya la diorang sikit... nak dokek pilihanraya ni... guno an segalo sumber yang ado...

    ReplyDelete
  15. Ingatkan exco-exco sahaja yang bingai. Rupanya MB pun bingai sekali!

    ReplyDelete
  16. dari sudut positif baguslah kerajaan bn telus. tak memihak. tak pilih bulu dan sesuai untuk semua. patut kekalkan bn memerintah n9.

    ReplyDelete
  17. MB n9 DH tau.kalu bg kat umno habis dijual projek tu.kalu buat pun ,pasti akan runtuh lepas setahun..dr dia menyusahkan rakyat dgn runtuhan baik dia bg pd yg layak...bagi pd umno alamatnya tinggal tiang je la..

    ReplyDelete
  18. Apo la fikiran sompit bona. Nampak la Mad ni tolus, jujur.kontraktor yg diberi benar2 layak. den tak paham la, kito patut berasa bersyukur yang dapek tu orang islam, dan orang melayu. jgn la berpocah bolah umno-pas-pkr, india dan cino golak kan jo.

    ReplyDelete
  19. Betul tu. Bagus mad ni telus bg penyokong pkr projek juta2. Dapeklah pkr buat persediaan lawan balik bn di negeri sembilan. Dah la us ngan israel sponsor dana. Tambah plak umno tambah lagi dana melalui projek juta2. Sonang la pkr nak tawan n9 sok. Patut la fliers pembangkang kat n9 ni guno kertas mahal, siap warna warni. Umno pakai fotostat hitam putih je. Ruponyo sobab pkr guna duit kerajaan utk lawan semula kerajaan. Tahniah Mad Hasan!

    ReplyDelete
  20. kalau buat bazar tu duit dari kocek bn sendiri boleh lah bagi pada orang bn saja tapi kalau duit rakyaat kontraktor dari parti apapun apa masaalahnya asalkan projek disiapkan dengan sempurna, orang bukan bn pun rakyaat malaysia juga yang mempunyai tanggungan untuk menyara kehidupan

    ReplyDelete
  21. masalahnya albert magic, pembangkang selalu tuduh bn bagi projek kat kroni selama ni. walhal ramai je totok pembangkang yang dapat projek kerajaan selama ni, tapi makan senyap2. apasal tak declare je wlpn penyokong pembangkang tetap dapat projek dari bn gov. kenapa masih nak tipu rakyat konon bn hanya bg projek pada kroni. see d intent? nampak sangat pembangkang hanya kumpulan yg suka buat fitnah.

    ReplyDelete
  22. dgn pendedahan sebegini,maka terbukti benarlah cakap2 org bhw kontrak2 pembangunan hanya utk kontraktor umno/BN shj.itu sebabnya kontraktor umno kaya2 belaka kenyang dgn duit2 rasuah dan komisyen.kualiti kerja boleh dipertikaikan mutunya..

    ReplyDelete
  23. Kontrak tu bukan duit Umno. Itu duit rakyat. Duit hengget kita orang rakyat biasa ni. Dasar Umno suka menyalak bila tak dapat kontrak konon. Mana keikhlasan dalam perjuangan? Kalau u all masuk Umno sebab kontrak itulah akibatnya. Ha. PKR pun sama je. Sebab tu nanti akhirnya negeri tergadai kita orang jugak yang susah. Dasar Melayu tamak dan gila kuasa!

    ReplyDelete
  24. ramai kata dalam kem najib pun ramai pro pkr..PAS so aa nak heran..BN di bunuh dari dalam..oleh org sendiri dalam jabatan kerajaan termasuk polis, cikgu dan tentera pun sama, yg sokong pakatan selalu nya naik pangkat yg pro BN sangkt katbtakuk lama, BN masih syok sendiri, harap BN memang supaya virus dalam BN era paklah di hapuskan terus..insya allah aminnnnn ooop menteri kdn pindahkan ke kementrian wanita atau oku , pak najid jgn lupa kat sepupunya itu

    ReplyDelete
  25. Ada aku kisah sapa menang pilihanraya nanti? Aku cuma tak nak negeri aku tergadai. Aku tak nak diperintah orang asing di negeri sendiri. Ada faham? Tak kisahkah sapa pun kamu - boleh tak berhenti seketika daripada berfikir sebagai cap keris ke, bulan ke, tapi cubalah berfikir sebagai seorang anak bangsa yang beriman pada hidup selepas mati! Cuba berfikir macam mana nak pertahankan hak bangsa sendiri - bukan setakat nak pastikan suku sakat sendiri kenyang perut!

    ReplyDelete
  26. Dah la,ese pon xpaham lagi dengan apo yg penulis nak..tak kan la tok mad tu xbuleh pikir nk bagi kek sapo projek kek ampangan tue..xkan sobap sorang cekgu yo..kalau dio bori kek orang pkr pon xpo..ramai orang pkr skarang pon org umno dulu..setidak-tidak eh,terubek yo luko lamo sobap dapek projek kek ampangan tue

    ReplyDelete
  27. dah namo eh 1malaysia biarkan lah kek sapo dio nak bagi asal projek eh jalan yg nak kutuk2 mb tu nak buek apo...dah tontu dio lobi projek tu dongan hargo paling murah kenapo ko tak lobi projek tu dongan hargo lagi murah kiro2 x untung janji untuk rakyat...kiro sedokah yo boleh...??

    ReplyDelete
  28. ini lah kebingaian md hasan selaku @ tak selaku MB N9...macam pembangunan kawasan GADUNG dan sekitarnya ...sobab nak bona MBI untung bosa sanggup bokukan pambanguan di kawasan tu untuk beri laluan pembangunan BANDAR SERI SENDAYAN ....ini nama nyo melayu bunuh melayu...sobab tanah rizab melayu tak do peluang untuk di majukan....yg kayo taikon LEE matrixs...sobab dio kontrol...

    ReplyDelete
  29. Den bukan orang Umno. Den pedulik apo orang Umno dongki bono pado MB tu. Somo tak kono. Den bukan orang PKR. Pas pun bukan. Den tak pedulik apo yang dipolitikkan . Bagi den, MB ni ok yo. Jalan Bukit Putus pun dan elok apo. Walaupun den frust jugak sobab tak buat 4 lane. Ini tak, 3 lane yo. Tak berpandangan jauh boto orang keliling yang jadi penasihat MB tu. Kan sampai jadi sosak bilo ramai balik kampung. Eh eko somo baik-baik. Oghang macam eden yang tak do parti ni yang boleh tontukan keputusan pilihanraya tu nanti..

    ReplyDelete
  30. Orang lain pun nak idup jugak.. yg dongki sangat tu apo hal..? Joki ni ketentuan tuhan.. pado sapo yg nak di bagi eh tu dah di tentukan Allah.. orang lain pun berusaho jugak.. sekurang kurang tok mat ado strategi memujuk.. mungkin yg dapek projek tu boleh beraleh arah bilo joki eh dgn BN... dulu orang marah kek isa samad asik bagi kek kroni jo sampai dia orang membangkang kerajaan... ini kiro tok mad bagus la tak pilih kasih... kok berubah hati orang tu kan bagus... kato nak rampas Ampangan balik... pandai lah tok mat tu buek kiro kiro... orang melayu ni tak habis2 dgn sikap PHD eh... bertobat lah aii...!!

    ReplyDelete
  31. dengarnya kp pemuda bahgian sbn marah tak dapat projek ni,

    ReplyDelete
  32. Apalah u all orang Umno ni, tak habis-habis bergaduh pasal projek. Cuba bawak-bawak ingatkan mati. Tu yang dekat stadium paroi, di situlah persinggahan terakhir kita..:-)

    ReplyDelete
  33. Apalah bangang bonar...hei Paneh Miang..apo dongki bonar tu, beto kan hati busuk tu..kan yang buat keputusan memilih tender tu Jawatankuasa Tender...apo pulak dikait-kaitkan Tok Mad buat keputusan tender tu bagi kat orang PKR!!...dapeh percuma jo dio pahalo... buat doso kering jo kau...Tak biaso dengan peraturan nak dapek tender kerajaan jangan lah lancap sangat mulut tu...macam mulut bontot ayam...cubola pikir...beragak laa kalau nak cakap...besok kok mulut berong...dapat balo...berisytifar lah banyak-banyak ...moga-moga Allah ampun doso tu !!....

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."
Blog Widget by LinkWithin

Blog Archive