Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Tuesday, October 9, 2012

Bilo Mad Hasan pun nak belajar menumbuk...

1. Selama ni kami agak kagum jugaklah dengan Mohamad Hasan aka MBN9. Walaupun dihentam kiri kanan depan belakang oleh ahli parti sendiri, dikritik ahli komponen BN, termasuk 'serangan' bertali arus pembangkang, namun Mad Hasan tetap nampak cool…tak mudah melatah. Sekali imbas…ado tokohlah sebagai pemimpin.

2. Akan tetapi peristiwa yang baru berlaku Sabtu lalu, 6 Oktober 2012, sedikit mencalar kewibawaan Mad Hasan pada pandangan kami. Hilang terus macho. Rupo eh tak bulih pakai jugak mamat ni.

3. Sabtu lepas, Mad Hasan turun meninjau Projek Penaiktarafan di Jalan Loop (Jalan Tok Ungku), Seremban. Projek inilah sebelumnya heboh Mad Hasan dah anugerahkan pada Shahrul Ehsan aka Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seremban, yang juga dikenali umum sebagai salah seorang balaci belaan MBN9. Kok ado yang masih bolun tau namo syarikat yang Shahrul guno untuk sakau projek tersebut ialah Kenali Dedikasi Sdn Bhd. Dedikasi sangatlah konon eh tu…

4. Nak dijadikan cerita, telah berlakulah satu insiden yang agak kelakar masa lawatan Mad Hasan tu. Tetapi apa yang ingin kami fokuskan melalui insiden tersebut ialah bagaimana Mad Hasan sebagai pemimpin nombor wahid di N9, melayan serta bereaksi secara langsung terhadap karenah rakyat.

5. Dalam sesi lawatan tersebut, banyak jugaklah perihal yang ditinjau oleh Mad Hasan. Longkang dio pi skodeng, tepi jalan dio pi skodeng, kodai tepi jalan pun dio pi skodeng; dan semestinyolah dalam aktiviti skodeng mengodeng tu, ramai pembodek yang turut samo mengekor Mad Hasan di sepanjang sesi lawatan. Al-maklumlah…pemimpin tertinggi negeri turun padang la katokan.

6. Tongah dok syok rombongan lawatan tu menyambey-nyambey, tak semena-mena datang seorang Benggali terus menegur Mad Hasan. Bila diteliti biji butir cakap Benggali tu, seolah dio cubo nak 'sekolahkan' Mad Hasan. Panjang berjelo Benggali tu membebel tentang bagaimana Projek Penaiktarafan di jalan tu harus dilakukan kerajaan negeri.

7. Ramai yang ada di situ, termasuk Ismail Lasim aka Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah, dok tersenyum sebab menyedari yang Benggali tu sebenarnya tongah mabuk. Maso Benggali tu bercakap, boleh dikesan bau alkohol yang sangat kuat terhambur dari mulutnya.

Si Benggali (berbaju biru) kanan sedang berleter pado MBN9. Peratikan muko kelat Mad Hasan...


8. Ramai yang menjangkakan ketika itu Mad Hasan akan bertindak bijaksana dengan berdiam diri, senyum dan teruskan lawatan macam biasa, sebab mustahil la Mad Hasan tak perasan yang Benggali tu tongah mabuk. 

9. Tetapi sebaliknya berlaku, Mad Hasan naik hantu dan terus membalas bebelan Benggali tu dalam bahaso omputih, "Shut up or I’ll take a swing on you!" Kok diterjemah dalam bahaso Rantau mako bunyi eh, "Diam…aku tumbuk kau kang!"

10. Ramai ketika itu terkejut dengan reaksi spontan Mad Hasan. Masing-masing seolah tak percaya yang pemimpin nombor 1 Negeri Sembilan boleh melatah sedemikian rupa pada seorang rakyat yang hakikatnya tongah mabuk! Sobab takut Mad Hasan akan bertindak lebih agresif, terpaksolah beberapo orang mato-mato (SB) masuk campur dan menarik Benggali tu ke tepi.

11. Adakah Benggali tu salah? Memang sahlah Benggali tu mabuk, dio nak tonggang ka, dio nak tonggeng ka, selagi tak melakukan jenayah, dia punya sukalah! Di bawah undang-undang, mungkin Benggali tu boleh dimaafkan bersandar pada kelakuan tak beradabnya membebel terhadap Ketua Kerajaan Negeri Sembilan di khalayak umum. Lagipun Benggali tu bertindak dibawah pengaruh alkohol. Malah, si Benggali tak buat sebarang tindakan agresif pun selain membebel panjang berjela! Jadi yang peliknya, macam mana orang yang tak mabuk pulak boleh terprovok jadi agresif…apa cer?

12. Ingatkan waghih dio ajo yang ghoma bad temper suko molompang oghang, rupo eh Mad Hasan pun samo yo spesis! Sebagai pemimpin tertinggi BN Negeri Sembilan yang kononnya sedang berjuang untuk menang PRU-13, adakah ini sikap pemimpin yang ingin ditunjukkan pada rakyat? 

13. Stress bonar ko Mad? Kok nak diikutkan, Najib sepatutnya lagilah stress, tapi takdo pulak dio ugut nak numbuk oghang! 

13 comments:

  1. Somuonyo mabuk kek situ. Soghang tu dah tontulah mabuk arak. Yang lain lak mabuk koso ado, mabuk publisiti ado, mabuk nak jadi calon pun ado, mabuk nak dapek projek lai pun ado, pendek kato somuonyo ADO!!!! he...he...he.. tak dapek nak se nolong eh doh. Kok dek kau lah jang. Tunggu jolah PRU nanti sapo yang MABUK nak mintak undi. Tapi undi den rahsio.

    ReplyDelete
  2. Mat maso tu samo ado baru lopeh kono sound dongan najib...atau baru lopeh kono leter ngan bini, ataupun sakit hati ngan paneh miang kot. Hehehe. Tu pasal meroyan tu. Ngan orang mabuk pun copek paneh hati. Chill la mat. Ekau tu mb. Patutnyo ekau cool jo. Jangan jadi macam nuar juburi ngan pok nik yang copek marah2 bilo press tanyo. 2 ekor malaun pembangkang tu kalo kena provok terus berubah jadi cipan sembur api. Hahaha.

    ReplyDelete
  3. najib xtumbuk org tp dia "haramjadah"kan org

    haha

    sib baik x kena fcuk mcm adnan yakob buat

    hehe

    klau mad hassan tu org pas, cuma kasi ingatan xbuat pun

    kah kah kah

    ReplyDelete
  4. Ha ha ha kono sekolahkan dgn Benggali mabuk!Ni mato-mato tak buek kojo ni sampai benggali tu leh sekolahkan menteri Besar. Banyak sabar Tok Mad tingkah laku kono jaga bila berdepan dgan rakyat. Jangan lak lopeh ni menembak pulak!Ramai tau kau ada bwk pistol kulu kilir. Hari tu kat Klana dah menggelongsor pistol jatuh dari seluar. Chill,Chill!

    ReplyDelete
  5. Den Raso Eloklah tukar MB Ni!...Tapi Kau ni Salah Channel ni jang. Den Takut Kok Bakar Kelambu Kang Langsung Hangus sebuah rumah. Mail Lasim tu pun humbankanlah.Den Sokong UMNO.

    ReplyDelete
  6. aku memang suka perangai penjilat2 UMNO ni gaduh sesama sendiri..Rakyat semua tahu kat N9 ni ada banyak team..Setiap team akan cuba memburukkan team yang lain sedangkan mereka semua dibawah satu payung..Ayuh ADMIN dedahkan lai pasal keburukan UMNO ni..Lai senang kami rakyat ni akan pangkah parti lain selain Parti OKU ni ( Orang Kuat Umno )

    ReplyDelete
  7. Anon, setau den la sojak baco paneh miang ni..dio akan dodahkan sapo sajo perangai pemimpin yg buruk tal kirolah di pihak kerajaan ko pembangkang. Itulah namo ee adil. Tak memihak. Itulah contoh penyokong dan rakyat yg bagus. Biar rakyat pikir dan buek keputusan yg mano paling kurang mudarat. Bukan macam cai pembangkang yg akan sokong apo sajo pemimpin ee buek tak kiro la salah ko, melanggar undang2 ko, hatta mempermainkan agamo nan suci..sumo sokong membuto tuli. Elok la pakat2 boli tiket copek kek malaikat malik ngan zabaniyah kok camtu ghoman cai pembangkang.

    ReplyDelete
  8. ELOK BONA TU TOK, ESEY AMAT SETUJU TINDAKAN DATO,PADA BENGGALI MABUK YANG CUBO NAK MENYEKOLAHKAN DATO SEBAGAI KETUA KERAJAAN N.9 MEMANG KONO AJAR YANG TORANG TORANG TUNJUK KURANGAJAR. KEK SINI ESE NAK CERITO BENGGALI LURUS BONDOR. BENGALI NI BARU NIKAH TERGAMANG LUBANG ACI EH ADO TIGO. DIA BAWAK PERGI JUMPA KEK DOKTOR BENGGALI GAK. APA SAKIT BAI JAWAB EH SAYA PUNYA ISTERI ADA TIGA LUBANG. SEKARANG KASI JAHIT SATU LUBANG.DOKTOR KATA BAI TUNGGU KAT LUAR. 1 JAM LEPAS, KO SUDAH JAHIT. JAWAB DOKTOR DAH, SUAMI MENYERANAH DOKTOR YANG MENJAHIT LUBANG TADI DENGAN KATA-KATA BABI PUNYA BINTANG SAYA SURUH JAHIT LU GAM TAROOOK.....SAPO YANG UNTUNG

    ReplyDelete
  9. Wse fikir Tindakan Tiok Mat tu boto. Ese sokong 100%. Itulah Cagho eh nak ajar orang jenis tu. Tak do cagho lain. Baghu dio oghang respect. Baghu dio orang tau Tok Mat orang eh camano. Cool eh bertompek, maghah pun bertompek. Kalau tak camtu dio anggap dio bosar. Apo laei Kadok naik junjung la.

    ReplyDelete
  10. Mono poie budak2 tigo eko yg pagar Mat Hasan sampai tok King pun remeh nenguk , yg ghambut sampai ko mato tuh yang ketot yang buncit ngan yang itam. Pojek dapek dah.

    ReplyDelete
  11. Ketua Belia MCA Gombak YIP JIUN HANN,
    Berkenaan bapa U (YIP KUM FOOK, MCA GOMBAK) bertiga, Empat Isteri dan kaya, itu hal U sendiri,
    Mengapa U cuba Menbangkitkan Nama NABI MUHAMMAD S.A.W. bagi menburukkan nama kebaikannya. U cuba ingat memalukan Muslim?
    Yip Jiun Hann, U bukan Muslim kami harap jangan menyetul hal Agama Muslim dan kebaikan NABI MUHAMMAD S.A.W.
    Kalau tidak kami akan ajar U seperti perkara yang terjadi di U.S.A

    Kami Yang Benar,
    RAKYAT GOMBAK

    MCA Youth chief Gombak YIP JIUN HANN,
    Concerned father U (YIP KUM FOOK, Gombak MCA) three, four wives and rich, the case U itself,
    Yip Jiun Hann, U are not Muslims we please don’t touch of Muslim’s religion and the good thing Prophet MUHAMMAD S.A.W.
    Why U try generate name of PROPHET MUHAMMAD S.A.W. for bad name of benefits. U try to remember the shameful of Muslim?
    If not, we'll teach U such things happen in the USA

    Our sincerely,
    PEOPLE GOMBAK

    ReplyDelete
  12. Org luar yg tak tau cito jgn masuk campur

    ReplyDelete
  13. Yip kalau sudah tau u tu cina jangan campur urusan orang Islam. u jangan uji kesabaran orang Islam tau.

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."
Blog Widget by LinkWithin

Blog Archive