Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Wednesday, February 29, 2012

CheDet: Kita tukar ja depa...

1. Isnin lalu warga Paneh Miang berkesempatan hadir di Persidangan Tertutup Meja Bulat bertajuk Tamadun Melayu Pasca Modenisasi di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya yang dipengerusikan sendiri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

2. Ramai panel yang hadir terdiri daripada wakil akhbar, universiti, NGOs, cendiakawan, persatuan, etc.

3. Kami tidak berhasrat untuk mengulas apa yang telah dibincangkan secara panjang lebar dalam persidangan tertutup ini, tapi berdasarkan tajuk, rasanya ramai yang maklum persidangan ini adalah berkenaan AGENDA MELAYU!

4. Jika diperhatikan, akhir-akhir ini begitu banyak persidangan seumpamanya, iaitu perbincangan mengenai nasib dan agenda Melayu telah dianjurkan oleh pelbagai pihak. Malah kewujudan NGOs serta Kumpulan yang memperjuang/menyuarakan/meneriak berkenaan nasib dan agenda Melayu semakin berkembang biak kebelakangan ini.

5. Apakah makna di sebalik semua situasi ini? Adakah majoriti bangsa Melayu di negara ini melihat UMNO sudah tidak lagi relevan untuk memperjuangkan nasib Melayu; malah bangsa Melayu kini melihat UMNO seakan terhakis jatidiri Melayu-nya?!

6. Rentetan daripada takut, risau, bimbang, melihat pimpinan UMNO yang seolah semakin melupakan agenda Melayu dan kelihatan lebih mementingkan kaum lain melalui gagasan 1Malaysia-nya, maka wujudlah pelbagai kumpulan Melayu yang menganjurkan persidangan, mesyuarat, perbincangan etc. semata-mata untuk melahirkan rasa tidak puas hati mereka berkenaan nasib bangsa Melayu yang tampak dipinggir oleh pemimpin Melayu di Tanah Melayu ini.

7. Siapa lagi pemimpin Melayu yang boleh diharapkan di negara ini? Nak harapkan Pas, bukan saja jadi budak suruhan DAP & PkR, malah untuk menguasai parlimen bagi membentuk kerajaan pun, Pas tidak pernah bertanding cukup kerusi majoriti mudah sejak 1955. Makin berkurang lagi ada calon Pas yang bertanding di peringkat parlimen, semata-mata untuk memberi laluan kepada DAP menambah bilangan kerusi. Dulu kata kena tipu dengan UMNO, tapi sekarang lagi teruk Pas kena kencing dengan DAP & PkR.

8. Tun Dol dipaksa turun dengan harapan penggantinya dapat membetulkan segala kesilapan dan kerosakan yang telah dilakukannya. Namun setelah hampir 3 tahun berlalu, tidak kelihatan perubahan signifikan yang dilakukan penggantinya, terutama yang melibatkan nasib dan agenda Melayu di negara ini; kecuali keglamoran Rosmah dan gagasan 1Malaysia yang itupun mendapat interpretasi berbeza mengikut kaum. Bangsa Melayu/Pribumi faham lain, Cina faham lain, India faham lain. 1Malaysia jadi caca-marba dibuatnya.

9. Kini tiba masanya segala persidangan, mesyuarat, perbincangan etc. berkenaan nasib dan agenda Melayu wajar dihentikan. Sudah terlalu banyak bangsa Melayu bercakap, sudah terlalu banyak resolusi dibuat, sudah terlalu banyak memorandum dihantar, tapi pemimpin Melayu Malaysia ni tetap buat bodoh sombong pekak badak mak pak dia.

10. Enough of this talk, let's see some action. Apa guna Melayu pegang kuasa, tapi tidak mampu martabat agenda bangsa & agama?!

11. Atau perlu kita ikut saranan Tun Dr Mahathir, "Jika pemimpin Melayu masih tak berubah...kita tukar (kalahkan) ja depa!"

12. Kuasa undi ditangan kita...

Mano satu deh Paneh Miang?

Tuesday, February 28, 2012

Misteri Wati

Borak-borak di sebuah kedai kopi, terdengar bual bicara seorang Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan, khabarnya begitu bongkak bila diberi ehsan talian hayat oleh khalayaknya dalam pemilihan Mesyuarat Agung MBNNS.

Dalam sibuk memomok dan mencantik cerita bicaranya, terjeremuslah perihal sebuah organisasi Negara iaitu BTN. Apa yang dikesali, insan yang baru menang dengan pelbagai kemelut dan polemik housekeeping ini, beriya-iya benar meletus satira baru dalam kerjayanya sebagai Presiden Majlis dengan menuduh BTN sebagai dalang bercita-cita menjatuhkannya dan menggagalkan usaha merebut "Presidenship" Majlis.

Keceluparan Kak Cik mengadu-domba BTN dalam sketsa dan wayang Majlis Belia Negeri hingga menyebabkan konon saudari MENANG tak besar, hakikatnya berpunca daripada sandiwara Kak Cik sendiri. Kalau BTN benar-benar berhasrat menyibuk dengan Majlis, pasti lama dah lumpuh kuasa sementara Presiden Misteri Wati ini.

Dalam dunia Majlis kecil di Negeri Sembilan, rupanya Wan Salwati binti Abdullah bin Awang Embun masih belum pasti kedudukan Majlis kepadanya. Wan Salwati telah kecewa dengan sambutan Karnival Belia di bawah payungnya, Wan Salwati terkecewa kerana regu kumpulan kerjanya yang begitu pra-matang dalam Dunia 668. Wan Salwati dalam dilema kerana keputusan pemilihan menggambarkan Kapal Majlis akan dilambung OMBAK MAHAWANGSA di Lautan Api Negeri Sembilan.

Gamaknya temberang dan karikatur Presiden Majlis bernama Wan Salwati merupakan dakwat hitam yang tidak boleh diterima oleh pengurus kewangan dan pengajur berkepentingan awam...kesian...kesian...kesian.

Makin peninglah YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, YB Exco Belia "Samad Ibrahim" yang banyak Paneh Miang tahu 'rahsianya' dan Pengarah Belia dan Sukan Negeri. Namun yang paling terhantuk ialah YB Menteri Belia dan Sukan Malaysia, kosan ehhh.

Monday, February 27, 2012

Perbaiki kemiskinan di Malaysia

SUATU perkara paling ketara dalam perancangan pembangunan Malaysia ialah ketiadaan perbincangan yang realistik untuk memperbaiki masalah kemiskinan melampau extreme poverty bagi setiap warganegara yang hidup di bawah paras kemiskinan sebagaimana yang digariskan oleh Kerajaan.

Tanpa terjunam di dalam perangkap perbahasan remeh-temeh mengenai paras kemiskinan, adalah jelas bahawa sejak setengah abad lalu ketidakseimbangan dalam pembahagian pendapatan atau kekayaan semakin meluas. Dengan lain perkataan, golongan kaya bertambah kaya manakala yang miskin bertambah miskin. Mengikut bahasa statistik, ketidakseimbangan ini semakin berpintal (skewed).

Majoriti golongan miskin melampau adalah kaum Bumiputera. Mereka termasuk yang tinggal di desa dan di kota dan kini semakin meningkat bilangannya. Mereka yang ditakrif sebagai Orang Asli dan penduduk asal Sarawak dan Sabah (natives) juga tergolong dalam kumpulan ini.

Di samping itu sejumlah besar kaum India, terutamanya mereka yang tersingkir dari kawasan bekas ladang getah juga merupakan golongan miskin melampau.

Bagi kaum Cina pula, terdapat sejumlah warga tua yang tercicir daripada jaringan keselamatan tradisional. Golongan terbiar warga tua ini yang pada kebiasaanya dijaga oleh pertubuhan-pertubuhan kemasyarakatan mengikut dialek masing-masing.

Di sini saya tidak akan menyentuh tentang golongan pengemis dan anak-anak yatim.

Golongan miskin melampau dianggarkan berjumlah lebih daripada satu juta individu atau 300,000 hingga 400,000 keluarga.

Sekiranya keadaan ini terus diabaikan ia akan menjejaskan kestabilan politik, terutamanya dalam rancangan pembangunan. Saya belum nampak sebarang rancangan berkesan atau kenyataan-kenyataan khusus yang dibuat untuk menangani masalah kemiskinan melampau.

Rakyat Malaysia harus sedar bahawa terdapat jurang perbezaan antara niat dan perilaku. Perbezaan ini dipengaruhi oleh sikap kita terhadap peredaran waktu. Menurut pesanan Keynes, in the long run we are all dead! (dalam jangka panjang, kita semua akan menemui ajal!) Justeru, berapa lama lagi kita harus menunggu?

Kononnya ada pelbagai teori berbeza yang direka untuk mengurangkan, membasmi atau menangani apa yang disebut sebagai ‘kemiskinan tegar’ atau hardcore poverty. Usaha yang tidak praktikal ini sebenarnya bermula dengan niat murni, sungguhpun tidak ada satu pun yang meninggalkan hasil berkesan dan berkekalan.

Istilah hardcore membawa maksud kesukaran yang berpunca dari akar umbi. Kata sifat hard bermaksud sukar diatasi. Para perancang putar belit politik Malaysia mahu kita percaya bahawa jika core atau punca akar umbi itu boleh dihapuskan, maka keseluruhan masalah itu akan lenyap dalam sekelip mata.

Sebenarnya ini bukanlah isu semantik. Ia telah mempengaruhi ramai pencipta akronim, kata singkatan dan slogan. Kita perlu ingat kata mutiara Marshall McLuhan: The medium is the message yang bermaksud perantaraan ialah mesejnya.

Kumpulan Miskin Melampau

Saya mencadangkan satu penyelesaian holistik yang berkekalan terhadap masalah yang berbangkit ekoran pengabaian ini. Bagi mengelakkan salah faham, saya akan menggunakan istilah baharu iaitu Kumpulan Miskin Melampau (KMM) atau Extreme Poverty Group.

Di sini, untuk memudahkan perbincangan saya cadangkan satu penyampaian dalam bentuk kewangan supaya ia mudah difaham oleh pembaca biasa.

Dengan mengambil kira semua isi rumah warganegara Malaysia yang tinggal di negara ini pada 1 Januari 2012 saya cadangkan setiap keluarga lima orang ahli (contohnya, suami, isteri dan tiga anak) hidup di bawah paras kemiskinan jika pendapatan kasar mereka kurang daripada RM800 sebulan.

Tanpa mengambil kira tentang perbezaan keperluan keluarga di kota atau desa dan perbandingan jangka hayat kanak-kanak di bawah umur lima tahun, data ini membayangkan bahawa jika anda tergolong dalam kumpulan miskin melampau, anda mungkin lebih pendek umur atau lebih cepat sampai ajal berbanding orang lain.

Aspek paling penting keadaan ini ialah kekurangan pertumbuhan jasad dan otak, atau keadaan “terbantut”, (stunted) mengikut istilah Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia. Ini bermakna walaupun keluarga KMM mungkin melahirkan lebih ramai anak, bilangan yang mencapai usia remaja atau pertengahan umur semakin berkurangan sebagaimana yang tercatat pada carta jangka hayat semasa.

Sebenarnya golongan KMM ini perlukan bekalan keperluan asas seperti makanan yang selamat, pakaian dan tempat berteduh.

Mereka tidak perlukan bantuan atau sumbangan bermusim seperti pada waktu pilihan raya, perayaan atau pada bila-bila waktu pemimpin tertentu itu berasa perlukan sokongan besar-besaran penduduk tempatan.

Acara tanggungjawab sosial korporat yang dianjurkan dari masa ke semasa untuk melepaskan batuk di tepi tangga juga tidak memadai untuk membantu mereka.

Cadangan baru demi memperbaiki kumpulan kemiskinan melampau

Usaha memperbaiki kemiskinan bermula hanya apabila warganegara paling miskin mampu memberi makan dan pakaian kepada keluarganya mengikut ukuran penjagaan asas (basic standards of care).

Satu rangka prasarana perkhidmatan diperlukan. Cadangan saya mengandungi empat bahagian: sebuah Agensi Kerajaan untuk Menangani Kemiskinan Melampau (AMKM) atau Agency for the Mitigation of Extreme Poverty, Ketua keluarga (Kk), Mentor dan Peruncit berdaftar (Pb).

Pada peringkat awal di bawah rancangan ini kerajaan akan menubuhkan sebuah agensi - AMKM - yang ditugaskan secara khusus untuk menangani kemiskinan melampau di Malaysia. Peranan utamanya adalah untuk menetapkan dan mengurus ganjaran bulanan (stipend) yang layak diterima oleh Kk dan memastikan ganjaran ini digunakan dengan betul.

Jumlah ganjaran adalah sama bagi semua keluarga, tanpa mengira bilangan ahli keluarga atau kedudukan mereka. Ia akan disalurkan melalui MyKad yang diperbaharui dalam bentuk debit pratambah nilai yang hanya boleh digunakan di kedai Pb.

Ganjaran ini bertujuan membantu KMM mendapatkan keperluan asas mereka untuk setiap bulan. Jumlahnya perlu dibincangkan lebih lanjut.

Saya amat menitikberatkan penubuhan satu sistem yang telus, bertanggungjawab dan berkesan bagi menyalurkan ganjaran secara langsung kepada mereka yang paling memerlukannya. Adalah penting cadangan ini mampu mendidik KMM secara holistik.

AMKM diketuai oleh seorang Ketua Pengarah yang akan menyusun dasar dan peraturan supaya Agensi ini dapat melaksanakan tugas dengan cekap. Ketua Pengarah akan dibantu oleh barisan Mentor dan Penyelia Mentor Kanan yang tugasnya akan saya huraikan seterusnya.

AMKM tertakluk di bawah peraturan dan amalan perkhidmatan awam akan mengenalpasti kelompok isi rumah KMM yang akan diselia oleh seorang Mentor di bawah Kawasan Perkhidmatan Ditetapkan (Designated Service Area).

Pada peringkat awal, seorang Mentor ditugaskan menyelia lima orang Kk sehari. Sekali gus ia berkhidmat untuk 80 orang Kk dalam tempoh sebulan bekerja. Setelah mendapat pengalaman, Mentor itu mampu menyelia bilangan Kk yang lebih besar lagi.

Ciri-ciri Mykad hendaklah dipertingkatkan bagi meliputi kad debit khas untuk KMM. Mykad berciri baru ini akan hanya dikeluarkan kepada mereka yang layak ditakrif sebagai KMM sahaja.

Keseluruhan operasi ini perlu kerap diperiksa oleh Jabatan Audit Negara. Pihak media serta Ahli Parlimen juga perlu terlibat sama dalam pengawasan ini.

Sebagai bahagian kedua cadangan ini, KK akan diberikan MyKad berciri baru dan telefon bimbit terhad bagi membolehkan mereka berhubung dengan Mentor. Dengan alat ini Kk boleh pergi ke mana-mana kedai Pb di Kawasan Perkhidmatan Ditetapkan dan mendapatkan bekalan barangan pengguna mengikut jumlah ganjaran bulanan yang dibenarkan.

Pb tidak dibenar menukarkan baki ganjaran dalam bentuk tunai dengan Kk. Jika ada baki yang tidak dibelanjakan, ia akan dipulangkan kembali kepada Agensi pada akhir bulan.
MyKad berciri baru dan telefon bimbit terhad itu hendaklah disimpan dalam sarung plastik yang boleh digantung pada leher Kk.

Mentor memainkan peranan penting dalam bahagian ketiga cadangan ini. Dia adalah pembimbing, guru dan penasihat kepada setiap Kk dan keluarga KMM. Mentor boleh bertindak sebagai penghubung di antara Kk dan semua pihak lain termasuk agensi, Pb dan lain-lain Kk di Kawasan Perkhidmatan Ditetapkan.

Tugas utama Mentor adalah mendidik KMM supaya mereka lebih proaktif dalam menggalakkan ketelusan sebagai sebahagian daripada tanggungjawab mereka selaku penerima bantuan kebajikan. Mentor juga akan mendidik keluarga itu semasa berkunjung ke rumah tersebut dan mengajar mereka tentang kecekapan membeli, cara untuk membuat pembelian yang tepat dan bagaimana untuk memaksimumkan penggunaan ganjaran.

Setiap Mentor hendaklah tinggal di Kawasan Perkhidmatan Ditetapkan yang mereka selia dan kegiatan serta kuasa mereka adalah terbatas pada kawasan itu. Adalah lebih baik jika mereka mempunyai latar belakang kebudayaan yang sama dengan keluarga di bawah seliaan mereka. Mereka juga hendaklah mempunyai kenderaan sendiri seperti motosikal atau basikal.

Di satu sudut lain pula, Mentor juga dikehendaki menyiasat jika wujud amalan monopoli oleh pembekal atau penipuan oleh Pb. Semua aktiviti dan pemerhatian mereka dicatatkan dalam laporan bulanan kepada AMKM.

Mentor juga hendaklah melaporkan kepada AMKM jika terdapat perubahan dalam profil kewangan KMM. Contohnya, jika pendapatan kasar keluarga KMM itu melebihi garis kemiskinan ini bermakna mereka tidak layak mendapat ganjaran bulanan itu.

Sebaliknya jika keluarga Kk itu menghadapi sesuatu masalah seperti ditimpa penyakit teruk yang memerlukan rawatan perubatan yang mahal, Mentor hendaklah menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapat bantuan.

Mentor hendaklah berumur sekurang-kurangnya 25 tahun dan memiliki kelayakan minimum SPM, mempunyai pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat dan cekap mengurus wang, mengira dan mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik.

Mereka hendaklah memiliki sikap positif, jujur, prihatin dan berdaya usaha.

Pada umumnya, pesara-pesara perkhidmatan awam merupakan calon yang sesuai memandangkan mereka mempunyai pengalaman berurusan dengan orang awam. Peluang juga hendaklah dibuka kepada siswazah menganggur yang ada pengalaman. Mereka hendaklah peka terhadap perbezaan gender, etnik dan bahasa.

Jelas sekali Mentor merupakan penghubung paling penting dalam rangkaian sistem ini. Justeru pengambilan dan latihan mereka hendaklah dirancang dan diurus dengan teliti. Latihan yang diberi hendaklah sentiasa berkesinambungan. Mentor hendaklah memahami sepenuhnya tanggungjawab mereka sebelum bersedia mendidik KMM.

Tugas Mentor boleh diperkukuh jika mereka dibekalkan dengan komputer riba yang lengkap dengan broadband supaya mereka boleh memperoleh maklumat semasa melalui Internet. Ini sangat penting bagi kawasan desa. Untuk mengetahui perkembangan semasa, Mentor hendaklah kerap mengadakan rundingan yang diketuai oleh Penyelia Mentor Kanan di Kawasan Perkhidmatan Ditetapkan.

Untuk pelantikan perkhidmatan awam, tempoh perkhidmatan Mentor hendaklah digariskan dengan jelas. Gaji pokok mereka mungkin bermula daripada RM1,500 sebulan dengan elaun sara hidup dan lain-lain faedah biasa untuk kakitangan.

Mentor yang didapati melakukan penipuan boleh didakwa atas kesalahan jenayah dan salahguna kuasa boleh menyebabkan dibuang kerja.

Peranan Peruncit Berdaftar

Dalam bahagian keempat cadangan ini, Pb dilantik oleh AMKM daripada kalangan peruncit sedia ada. Mereka dibekalkan dengan alat pengimbas kad pintar untuk mengimbas ibu jari dan MyKad Kk.

Jumlah pembelian yang dibuat oleh Kk dalam setiap urusniaga akan dicatat pada resit seperti amalan biasa. Salinan resit akan diberikan kepada Kk. Semua urusniaga disalurkan secara elektronik kepada AMKM untuk pembayaran balik kepada Pb.

Pb dikehendaki menyimpan stok barangan yang biasa dibeli oleh Kk di Kawasan Perkhidmatan Ditetapkan. Beberapa barangan keperluan asas sememangnya termasuk dalam senarai barang kawalan harga. Mentor juga perlu berwaspada memastikan tiada sebarang kegiatan monopsoni dan penipuan atau penganiayaan oleh Pb.

Di kawasan pedalaman yang terpencil, AMKM boleh melantik Peruncit Bergerak yang berniaga dengan menaiki van atau bot. Secara tidak langsung ganjaran KMM itu akan mewujudkan satu pasaran yang belum pernah wujud sebelumnya. Bila pasaran baru muncul, para usahawan akan mengekori seterusnya tidak kira sejauh mana terpencilnya kawasan itu.

Pb tidak dibenar mengeluarkan wang tunai kepada Kk sebagai pertukaran debit pada MyKad. Semua urusniaga akan dicatatkan oleh Agensi untuk penilaian, ketelusan dan perancangan masa depan.

Memodenkan KMM

Sungguhpun tujuan utama cadangan ini adalah untuk mengatasi kesan kemiskinan melampau, matlamat jangka panjang sebenarnya ialah untuk memodenkan KMM dengan membantu golongan itu melompat keluar dari belenggu buta huruf dan menjadi pengguna bijak. Bila kerap berurusan dengan Mentor dan Pb, KMM mula belajar berfikir dengan lebih berkesan untuk mendapatkan maklumat yang mereka perlukan. KMM juga akan lebih peka terhadap kepentingan menyimpan rekod. Sifat bertanggungjawab ialah manfaat sebenar cadangan ini.

Anggaran kos cadangan

Anggaran untuk kos melaksanakan cadangan ini memerlukan kajian teliti terhadap data yang tersimpan dalam beberapa bank data tetapi mungkin tidak pernah dikaji.
Masalah ini menjadi lebih rumit memandangkan paras pendapatan yang menentukan seseorang warganegara Malaysia hidup di bawah paras kemiskinan masih belum ditetapkan secara rasmi.

Kos sampingan untuk melaksanakan seluruh cadangan ini memerlukan peruntukan tahunan dan jumlah kakitangan AMKM yang ditetapkan mengikut sempadan Kawasan Perkhidmatan ditetapkan.

Pada peringkat permulaan kita hendaklah mempunyai anggaran kos yang berkesan untuk melaksanakan cadangan ini secara berperingkat dengan memberi keutamaan kepada kumpulan masyarakat yang paling miskin.

Cadangan ini hendaklah didahului dengan kajian perintis (pilot surveys) di beberapa kawasan perwakilan. Nisbah bilangan Kk yang diselia oleh setiap Mentor merupakan penentu penting untuk memastikan keberkesanan seluruh cadangan.

Secara keseluruhan, cadangan ini mengandungi empat unsur: pertama, kita perlu memastikan kefahaman dan penerimaan konsep asasi ini. Seterusnya kita hendaklah memastikan ia mencakupi semua KMM. Ketiga, cadangan ini hendaklah dilaksanakan dengan berkekalan. Akhir sekali, kita perlu menerima hakikat bahawa kejayaan sepenuhnya akan hanya boleh dicapai dengan berkesan, secara berperingkat-peringkat dalam tempoh beberapa tahun.

Pembaca perlu terima kenyataan bahawa penyampaian rangka cadangan ini berlakarkan suasana yang benar, tidak berat sebelah dan berasaskan uji kaji atau timbangan empirisis. Penyampaian itu harus tertumpu atau terfokus kepada matlamat asasinya.

Hasil kajiannya hendaklah dilapor kepada satu pasukan khusus yang berkekalan. Yang demikian, cadangan ini wajib dibaca sebagai satu saranan yang berdiri di atas empat pangsi.

Saya perlu tekankan bahawa cadangan ini bukan satu muslihat untuk memperkenalkan negara kebajikan (welfare state) atau seumpamanya. Ia semata-mata untuk memperbaiki masalah kemiskinan dalam satu sektor penting di negara Malaysia.

Akhir sekali, pihak di peringkat tertinggi kerajaan hendaklah mencari keseimbangan berperikemanusiaan di antara jumlah kos pelaksanaan cadangan ini dan kos sebahagian daripada projek prasarana atau alat bekalan tertentu yang mungkin boleh dianggap keutamaannya tidak begitu mustahak.

Secara ringkasnya, cadangan memperbaiki taraf KMM mempunyai tujuh manfaat:

1. Ia mencakupi semua warganegara yang mempunyai MyKad-KMM khusus.

2. Faedah kewangan dan lain-lain kemudahan akan dibahagikan sama rata dan secara langsung.

3. Cadangan ini akan mengubah tanggapan seluruh keluarga, mengurangkan sikap tidak ambil peduli atau apathy dan mencetuskan minda positif, proaktif di antara KMM.

4. Ia memberi fokus terhadap manfaat pemakanan dan kesihatan di kalangan kanak-kanak KMM yang sangat memerlukannya.

5. Tidak ada percanggahan di antara penyebab bantuan bukan kewangan dengan amalan perniagaan di Malaysia.

6. Ia membuka jalan bagi pembangunan ekonomi dan masyarakat yang tidak bergantung sangat kepada pihak lain.

7. Ia mampu memenuhi matlamat yang terabai sekian lama, iaitu membantu Bumiputera khususnya dan KMM secara amnya, supaya mereka boleh hidup berdikari.

Usaha merungkai masalah yang paling rumit boleh mencetuskan sinar baru terhadap penyebab kemiskinan yang wujud di negara kita.

Ada pula beberapa saranan yang kurang kukuh yang sukar diterima oleh pembaca umum seperti: kemiskinan itu harus wujud disebabkan suratan takdir, atau cadangan niat baik yang tinggal khayalan harapan kosong sahaja. Atau ajuan politik depostisme di mana segala kuasa pemerintah tertumpu kepada seorang pemimpin yang ganas. Atau rancangan berdikit-dikit demi pencapaian reformasi yang lengkap.

Setakat ini, belum pernah ada cadangan seperti ini dihasilkan di Malaysia. Ia merupakan cadangan yang julung kali serba lengkap dan selari dengan satu model inovatif yang telah dicadangkan oleh penulis dengan berskala agak kecil sedikit, iaitu Agensi Tabung Haji yang ditubuhkan pada 1960.

Maka cadangan saya di bahagian permulaan adalah rumusan penulis veteran pada usia 90 tahun.

~ Penulis ialah Prof. Diraja Ungku A. Aziz ~

Saturday, February 25, 2012

Rakyat masih KELIRU 1Malaysia

Anonymous said...

Betul ke BTN agensi yg jujur nak jayakan 1Malaysia? Saya telah 3 kali pergi kursus transformasi 1malaysia BTN. Kursus sbg mahasiswa, balik rumah wakil ayah ke kursus Barisan Nasional dan terakhir baru ni kursus transformasi. Kesimpulan yg boleh saya buat BTN satu agensi hipokrit dan cakap tak serupa bikin. Apa bukti BTN jujur nak jayakan 1Malaysia? 1. Semua penceramah dan fasililitatornya adalah Melayu sahaje, mana penceramah dan fasililator bukan Melayu? Semua pegawai BTN termasuk yg buat latihan fizikal pun Melayu. Knp tidak ada yg bukan Melayu? 2. Semua olahan ceramah dan bengkel, mengajak bukan Melayu menyokong Melayu dlm politik. 3. Sesi kuliah agama hanya utk agama Islam shj, tidak ada kuliah utk lain2 agama. 4. Secara tersembunyi sebenarnya gerakan BTN tetap rasist spt dulu. Jadi kepimpinan negara jgn tertipu dgn selogan transformasi 1Malaysia BTN.


Pak Sedaro suka benar kepada komentar yang diluahkan ini. Ternyata manusia yang mengaku terlibat sebanyak 3 kali atau 30 kali dalam urusan program-program BTN, masih tidak jelas berterusan berfikiran jumud dan leweh.

Faham insan komentar menjelaskan bahawa:

1. Insan ini tergolong dalam sebahagian besar Rakyat Malaysia yang masih belum masak dan khatam tentang makna tersirat 1Malaysia yang dicanang, didendang dan dinobatkan oleh pimpinan perdana negara.

2. Insan ini masih dalam statistik Rakyat KELIRU mengenai asal-usul Malaysia. Jelas menampakkan bahawa dia masih tidak faham asal keturunan Melayu dan institusi Melayu dalam sebuah Negara Tanah Melayu. Kendatipun asal-usul kaum-kaum lain seperti Cina, Keling, Sikh, dan Eurasian.

3. Jemputlah bertandang ke BTN sekali lagi, jumpa dengan pasukan pemikir dan pencetus mauduk fikir lebih muktabar dan berat dalam kultus Melayu, Islam dan Tanah Melayu. Pasukan ini berpencak di Negeri Sembilan.

Friday, February 24, 2012

Masak la orang Selangor...

1. Selangor bakal menghadapi krisis paling buruk dalam sejarah negeri itu. Sebuah negeri termaju dan terkaya di Malaysia akan menghadapi kemelut bekalan air tahap kritikal menjelang 2014 yang mampu mengganggu-gugat kerukunan rumahtangga rakyat Selangor.

2. Krisis ini telah memaksa Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) meningkatkan pengeluaran air pada tahap maksimum iaitu 466 juta liter air sehari di Loji Sungai Langat dan 688 juta liter lagi di Loji Sungai Semenyih. Itupun bekalan air untuk isi rumah di Selangor masih tidak mencukupi dan bekalan air di sesetengah kawasan di negeri itu terpaksa dicatu.

3. Justeru, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah memohon kepada kerajaan Negeri Sembilan untuk mempertimbangkan penjualan air terawat kepada Selangor ekoran kekurangan bekalan air terawat di beberapa kawasan Selangor yang bersempadan dengan Negeri Sembilan. Sebelum ini kerajaan Negeri Sembilan telahpun menyalurkan bekalan air terawat ke kawasan berhampiran seperti Broga dan Semenyih.

4. Terdapat beberapa daerah di Selangor yang kini berhadapan bekalan air tidak menentu, termasuk tekanan air rendah iaitu di Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Petaling.

5. Negeri Sembilan kini tidak lagi berhadapan dengan masalah bekalan air disebabkan persediaan awal kerajaan negeri yang telah membina beberapa loji rawatan baru. Loji Ngoi-Ngoi di Negeri Sembilan mampu memproses air terawat sebanyak 135 juta liter sehari dan akan menjadi ejen pembekal air kepada kawasan yang terjejas di negeri Selangor.

6. Kerajaan Negeri Sembilan kini telah bersetuju untuk menyalurkan bekalan air sebanyak 45 juta hingga 70 juta liter sehari kepada Selangor dengan harga komersil RM1.50 seliter.

7. Inilah penangan Punaisihat Ekonomi Selangor yang dibayar RM1 dan hasilnya ialah kos air bernilai RM1.50 seliter.

8. Agaknya, berapa juta RM sehari kerajaan Selangor perlu bayar kepada kerajaan Negeri Sembilan bagi menampung kos pembelian air terawat untuk rakyat Selangor?

9. Rupanya projek korek pasir PKR-DAP lebih masyuk daripada bina loji air demi kesejahteraan rakyat Selangor. Bolehlah Khalid Gagap guna duit untung korek pasir tu nanti untuk bayar harga air kepada kerajaan Negeri Sembilan.

Wednesday, February 22, 2012

Bai'ah PRU

PAS makin galak dalam menyebar faham Syiah dan Wahabi mereka di kalangan bakal calon wakil rakyat PAS. Sesiapa kalangan calon wakil rakyat PAS yang ingkar bai'ah PAS, maka, Celaka DUNIA AKHIRAT! Inilah penangan Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.

Ternyata PAS makin diresapi epidemic purba zaman Firaun. PAS lebih membusung sifat nafsu retorik berpolitik dalam kancah KUASA POLITIK MELAYU di ALAM MELAYU.

Tanah Melayu ini sudah hilang sebuah parti yang diasas secara murni penuh misteri oleh Haji Ahmad Fuad. Dulunya, 100% Ahli Sunnah Wal- Jamaah dalam PAS, kini selepas 1974, setelah kembalinya Nik Aziz, Hadi Awang yang menjadi kepala keretapi PAS, fenomena menSYIAHkan P.A.S. makin memuncak.

Klimaksnya bilamana, Anwar Ibrahim dikhabar telah diampunkan kesilapannya dek mulut parti binasa, kerana bersekongkol dengan Yahudi Zionis, melalui sokongan terbuka kepada Israel dengan syarat-syarat. Mana ada orang apik pun, jika Anwar dah bertaklik sokong penuh Israel bersyarat mahu pun pura-pura disyaratkan, nahu bahasa yang PASTI ialah ANWAR proksi Israel.

ANWAR dilabel dalam Harakah sebagai Field Marshall Israel di Alam Melayu...

Moga Bai'ah PRU-13 memihak kepada Melayu dan Islam jua.

Monday, February 20, 2012

Kisah Benar Luar Negara

1. Dalam keghairahan ramai bercerita mengenai Hasan Ali, berkenaan Anwar yang secara terang mengiktiraf Israel & 'the two state solution', propa Pok Nik yang nyanyuk tak habis-habis, debat Soi Porno & Lim Tetek etc; tanpa kita sedari keadaan ekonomi dunia masih dalam kemelut yang berpanjangan. Obama kini ghairah mencetak matawang dollar serta berhutang USD150 juta hampir setiap jam; dan mana-mana negara yang mempunyai hubungan dagang dengan Amerika Syarikat sedikit sebanyak pasti terjejas, tidak terkecuali Malaysia.

2. Data sebenar berkaitan krisis ekonomi dunia terutama yang melibatkan barat, kebiasaannya cuba disorok serta kurang mendapat liputan media antarabangsa (atas faktor tertentu), kecuali ditulis atau dilaporkan segelintir wartawan seperti New York Times, CNBC, The Guardian dan Bloomberg.

3. Terbaru, tiada negara mahupun badan kewangan antarabangsa yang sanggup beri pinjaman kepada Greece. German yang pada mulanya menawarkan diri untuk membantu Greece, kini mengambil sikap tunggu dan lihat. Sistem perbankan di Greece semakin tenat, nisbah 1 daripada 4 perniagaan ditutup setiap bulan dan kini sudah masuk tahun ke-5 Greece menghadapi kemelesetan ekonomi.

4. Setiap tahun dalam tempoh 5 tahun ini, Greece mencatatkan penurunan KDNK negatif 7 peratus bagi suku ke-4 tahun 2011. Sehingga kini direkodkan 1/4 jumlah syarikat tempatan di Greece telah ditutup akibat muflis sejak 2009, hanya disebabkan tidak mampu membayar gaji pekerja.

5. Seramai 48% daripada keseluruhan golongan muda bawah 25 tahun, yakni hampir separuh golongan belia di negara itu menganggur; dan peratusan pengangguran di Greece kini telah mencecah lebih 20 peratus sehingga bulan Januari 2012.

6. Rompakan, rusuhan, demonstrasi, pembakaran bangunan etc. kini menjadi satu fenomena biasa di Greece sebagai letusan ekspresi rakyat yang tidak berpuas hati dengan kemelut ekonomi yang melanda negara itu sejak sekian lama. Sehingga kini direkodkan sebanyak 45 perniagaan telah musnah hanya disebabkan kegiatan rusuhan, rompakan, demonstrasi, pembakaran etc. yang dilakukan oleh rakyat Greece.

7. Kes bunuh diri di negara itu dilaporkan meningkat hampir 40% disebabkan tekanan kos sara hidup yang semakin mendesak. Harga barang keperluan di negara itu meningkat berkali ganda seperti harga bagi 400 gram roti telah mencecah $1.25 Euro, 1 liter susu berharga $1.50 Euro dan petrol kini berharga $2.21 Euro seliter etc.

8. Greece kini mengalami kelumpuhan ekonomi paling buruk dalam sejarah sehingga rakyatnya seolah tidak lagi mampu melihat sinar lilin Nizar sambil memukul gendang di hujung terowong Thaipusam. Hehehe...merapu skit. Kata mudahnya, rakyat Greek sudah mula putus harap.

9. Greece seolah didesak untuk mengurangkan perbelanjaan pengurusannya, manakala perbelanjaan pembangunan terus dihentikan bagi mengurang defisit yang semakin teruk. Namun sebagaimana kita maklum, apabila kerajaan mengurangkan perbelanjaan, maka ia turut memberi kesan kepada aktiviti ekonomi dan sudah tentu pendapatan negara akan turut terjejas.

10. Khidmat nasihat daripada EU, ECB dan IMF pasti tidak mampu mengatasi krisis ekonomi yang melanda Greece. Bagi jangka pendek, mungkin, tapi tidak untuk jangka panjang. Antara saranan EU, ECB dan IMF kepada Greece:

i. Pemotongan serta merta 20% jumlah gaji penjawat awam.

ii. Mencadangkan jumlah gaji minima bagi penjawat awam dan swasta dikurangkan sebanyak 20%.

iii. Mengurangkan kelebihan-kelebihan atau faedah yang diberikan selama ini kepada golongan yang tidak bekerja, mahupun pekerja yang sudah bersara.

11. Jelas bahawa saranan yang dikemukakan EU, ECB & IMF itu berbeza dengan pendekatan yang diterjemahkan kini oleh kerajaan Malaysia. Penjawat awam di negara ini sedang diusahakan untuk ditambah pendapatan oleh kerajaan, cubaan menaikkan kadar gaji minima untuk sektor swasta, disamping pelbagai faedah yang diwartakan untuk golongan pesara.

12. Pemerhati dan penganalisis ekonomi dunia menjangkakan Italy, Spain, Portugal, Ireland dan Hungary bakal menghadapi kemelut sama yang sedang dilalui Greece, (The PIIGS = Portugal, Italy, Ireland, Greece, Spain) disebabkan gelembong hutang (debt bubble) yang besar ditanggung negara-negara terbabit; ditambah pula dengan kemerosotan nilai matawang Euro berbanding Ruben mahupun Yuen yang kelihatan lebih kukuh.

Pssttt...gambar ni sekadar hiasan. Takde kena mengena dengan artikel.

13. Persoalannya, adakah Malaysia berada di landasan yang betul bagi menghadapi krisis ekonomi dunia yang seolah tiada kesudahan ini? GET READY OR GET HUNGRY?

14. Dan agaknya, apakah cadangan Hadi & Pok Nik bagi menghadapi kemelut ekonomi dunia masa kini? Adakah sama sebagaimana cadangan mereka dalam mesyuarat para Menteri Besar pada 1999 iaitu, "Bagi menyelesaikan krisis ekonomi ini, kita kena kembali kepada Islam." Bila ditanya, kembali kepada Islam yang bagaimana dimaksudkan?...kedua Tok Gulu Yayah itu terus diam kelu seribu bahasa...

15. Teringat kata seorang rakan, "Aku lebih rela negara ini bankrap di bawah Mahathir daripada hancur di tangan Anwar dan Nik Aziz." Agaknya kawan tu terlupa yang kita sekarang di era Najib.

Friday, February 17, 2012

Anugerah Rosmah

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, malam tadi menerima Anugerah Wanita Peneraju Kebajikan Asia, sebagai tanda pengiktirafan terhadap dedikasi dan komitmen beliau dalam pelbagai kerja amal.

Rosmah menjadi penerima sulung anugerah tersebut yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif NASEBA, Sophie Le Ray, pada majlis jamuan malam gala sempena Forum Wanita Dalam Kepimpinan 2012 di Kuala Lumpur.

NASEBA merupakan sebuah syarikat maklumat perniagaan.

Pengacara majlis, Asha Gill, dalam ucapannya berkata anugerah itu adalah sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan Rosmah dalam program asuhan dan didikan awal kanak-kanak (PERMATA) dan kerja-kerja amal, antara lain, Majlis AIDS Malaysia dan Yayasan Institut Jantung.

Katanya pada masa depan, anugerah itu akan dinamakan atas nama Rosmah.

Sementara itu, Pengarah Urusan Monster.Com bagi India, Timur Tengah dan Asia Tenggara, Sanjay Modi berkata anugerah itu akan memberi tenaga kepada golongan wanita supaya aktif dalam kerja-kerja amal serta meningkatkan pencapaian dalam semua bidang.

"Saya percaya kaum wanita boleh berjaya dalam semua bidang termasuk perniagaan dan ini membuktikan wanita sentiasa mempunyai kapasiti yang tinggi," katanya dalam ucapan pada majlis itu.

Forum dua hari yang bermula hari ini dihadiri oleh peserta dari Australia, Bangladesh, Thailand, Filipina, Singapura, Vietnam dan Malaysia. - Bernama.

Wednesday, February 15, 2012

Apa cer bas ni Yeop?


Statistik 2011 mendapati Perak adalah negeri yang paling merbahaya bagi pengguna jalan raya di Malaysia apabila mencatatkan lokasi maut atau berisiko untuk berlaku kemalangan iaitu sebanyak 35 atau 37.6 peratus daripada 93 laluan yang dikenal pasti di seluruh negara. Diikuti dengan Negeri Sembilan 23 lokasi (24.7 peratus) Johor 15 lokasi (16.1 peratus) dan Kelantan 9 lokasi (9.7 peratus).

Sesuai dengan slogan "Tiada Tertinggal, Tiada Terpinggir" oleh Dr. Zambry Abdul Kadir, kerajaan negeri Perak perlu lebih peka terhadap sistem perkhidmatan awam negeri, khususnya yang melibatkan perkhidmatan bas henti-henti walaupun ianya beroperasi di kawasan pembangkang.


Justeru kami berharap kerajaan negeri Perak dapat memantau semua perkhidmatan bas berhenti-henti di negeri tersebut terutamanya bas milik Syarikat Hup Soon Omnibus Co Sdn Bhd. Berdasarkan pengamatan Paneh Miang, bas yang digunakan syarikat itu amat daif, senget (alignment lari) dan boleh mengancam keselamatan pengguna perkhidmatan bas tersebut khususnya di kawasan Bidor-Kampar-Teluk Intan.

Harapnya kerajaan negeri Perak beri perhatian terhadap isu ini. Janganlah setelah ada kematian yang melibatkan bas henti-henti ini, barulah tindakan hendak diambil kerana sesal dulu pendapatan, sesal kemudian...

Sunday, February 12, 2012

DAPigs

Apakah pendirian Aspan dan Dato arif Sakmongkol serta Zairil yang ngaku Melayu dalam hal DAP menimbulkan isu perkauman dari pertelingkahan antara pelanggan dan pekerja KFC di I City?

Isu ini adalah isu antara dua individu. Kononnya pelanggan menunggu lama dan apabila sampai ke kaunter ayam sudah habis.

Ini perkara biasa. Tetapi apa berlaku, pelanggan CIna ini mendesak-desak dan mungkin kata-kata kasar telah dikeluarkan dari mulut. Langsung pekerja KFC dikatakan pelanggan dalam sidang akhbar telah mengeluarkan kata kasar.

Ini pun perkara biasa dalam harian kita. Bukan saja orang CIna dimaki babi dan berlaku juga Melayu memaki Melayu menggunakan perkataan babi.

Malah kami tidak menafikan bahawa mutu servis dan budi bahasa dikalangan anak muda dalam servis perkhidmatan banyak menurun, tak kira apa bangsa sekali pun. Hanya menunjukkan kurang kepekaan anak muda sekarang dalam berkomunikasi.

Apa yang berlaku selanjutnya adalah pelanggan yang sudah meninggalkan KFCitu kembali meneruskan pertelingkahan dan membawa kamera untu mengumpulkan bukti.

Lanjutan dari itu, adalah video versi mereka disiarkan dengan bantuan DAP dan Malaysiakini untuk menunjukkan Melayu bersikap kasar terhadap Cina.

Apakah mesej itu bermaksud Melayu sentiasa bersikap kasar dan badap terhadap CIna saja? Tiada CIna bersikap kasar dan badap kepada Melayu? Malah pengalaman kami lebih merasakan kebiadapan pekedia dna peniaga CIna lebih biadap kepada pelanggan Melayu.

Yang menariknya, DAP yang kini cuba menonjolkan diri sebagai parti multiracial dan cuba menarik pengundi Melayu tetapi jelas sekali dengan segera dna pantas dengan bantuan Malaysiakini mahu menyalahkan segera KFC dan Melayu dalam peristiwa ini tanpa memeriksa dna menyiasat keadaan sebenar.

Ahli DAP Segambut Lim Lip Eng membenarkan pejabat DAP diguna untuk sidang kahbar pelanggan tersebut. Jauh sekali Shah Alam ke Segambut.

Nampak sangat DAP memihak kepada pelanggan CIna dan tidak berusaha mendengar pula rungutan dan cerita dari sebelah pihak pekerja KFC Melayu.

Terfikir lojikkah pekerja KFC dan rakan2nya boleh marah atas sebab pelanggan CIna menuntut maaf?

Adakah pelanggan CIna itu ada mengaku dia ada memarahi pekerja KFC? DIa hanya mengatakan dia tidak memaki dan mengeluarkan kata kesat.

Oleh kerana pihak KFC telah segera menahan sebarang komunikasi untuk menahan sebarang masaalah PR kepada syarikat, kita tidak akan tahu apa sebenarnya?

Baca liputan MIM dalam isu ini di sini, sini dan sini.

Sepatutnya sebagai sebuah parti politik yang bertanggungjawab, DAP tidak seharusnya memihak dengan mana-mana pihak tetapi berusaha mencari jalan damai dan mengurangkan kemarahan dari dua-dua pihak.

Kenapa jalan tegang yang diambil dan tiada usaha untuk mematikan isu ini dari merebak jadi isu perkauman?

Kami masih tidak lupa Ng Wei Aik exco DAP Penang menyuruh pekerja restoen India Muslim balik India.

Dari 1969 hingga ke sekarang, begitulah naluri DAP yang tidak ubah-ubah tapi sentiasa konsisten hanya membela kaum CIna dan memanipulasi isu untuk menyalahkan dan menghina Melayu.

Masihkah UMNO yang rasis wahai Melayu DAP?

Atau tidak mengapa tidak bela dan khianati bangsa kerana ini peluang baik untuk menang pilihanraya dengan undi dari Cina?

- Taken from The Unspinners

A very good article. Readers should digest what was said. By the way, we in paneh miang are totally different writers from The Unspinners as accused by a reader in our blog. Go figure!

Friday, February 10, 2012

Valentine vs Hari Suami Isteri

He he he he he...
Tu bunyi orang golak.

Ha ha ha ha ha...
Tu bunyi orang suko.

Uh uh uh uh uh...
Tu kono tafsir sendiri.

Pok Nik cadang nak tukar Hari Valentine kepado Hari Suami Isteri.

Ni Atok nak posan sikit kek MursyidulAmpas sorang ni. Atok raso banyak lagi pokaro yang lobih bosa dan ponting untuk dipikirkan dek sorang Montori Bosar. Pokaro yang dah sodio ado tu tak usah nak dipikir-pikir atau nak diubah-ubah.

1. Malam Sunat - Malam Jemaat.
2. Malam Pujuk - Malam Senin.
3. Malam Bodek - Malam Sabtu (ado pasar malam kek umah Atok ni).
4. Malam Pakso - Bilo Teragak.
5. Malam Suko Relo - Bebilo ajolah.
6. Tak kiro siang ko malam - Tanyo orang lopeh nikah? atau tanyo Che Din.

Jadi eh Pok Nik, ingatkan yolah bebudak ni, kok tak elok tu, larang yolah.

Hu hu hu hu hu...

Ingatan Sebelum Membeli

Pulau Mutiara yang didominasi oleh pasukan Politiking Neo-Mao Tze Tung melalui DAP boleh dijadikan sebagai contoh ideal kepada rakyat, khasnya pengundi NSDK. Beberapa ingatan sebelum pengundi membeli undi DAP ialah:-

1. DAP boleh jual produk "pampers terpakai penuh najis" sebagai produk baru. Maka dijenamakan semula sebagai "Gerakan Orientasi Baru Rakyat". Ini sedang menular di Pulau Pinang dan dijangka dibiak ke NSDK melalui Aspan Alias & Co.

2. DAP sedang mempopularkan gerakan politiking Umar Abdul Aziz resepi Komunis DAP. Buku Manifesto dummy DAP sedang bertebaran di Pulau Pinang. 2 bulan lagi akan memasuki pasaran NSDK melalui media karikatur dan animasi; yang bertopengkan kesopanan dan kesusilaan citra DAP.

3. DAP sudah berjaya merombosi hati pengundi Melayu yang buta ilmu Negara Bangsa. Mengikut risikan dari Pulau Pinang, DAP NSDK, DAP Selangor dan DAP Melaka akan melancarkan Minggu Fahaman Demokrasi Mutlak Rakyat Malaysia secara serentak di 3 negeri tersebut pada 1 Mac 2012.

4. DAP sudah ditelah sebagai wadah yang berkiblatkan DAS CAPITAL. YAB Dato' Seri Ahmad Said nampaknya menyokong tagline PAS sebagai Parti Ajaran Sesat. PKR sudah berada dalam Periuk Api Freemasonary. Sudah terang lagi bersuluh...

Perhatikanlah, menjelang 1 Mac 2012 akan wujud lebih banyak NGO keturunan Cina dan Kalinga di negara Melayu ini. Penubuhan penuh keraguan kerana diasas pada paksi penuh racist dan sikap prejudis kepada kuasa TUAN MELAYU.

Sama-sama kita saksikan...

Thursday, February 9, 2012

BILO MAT JENIN JADI PAK KADOK

KERUSI DI DEWAN RAKYAT

JUMLAH KERUSI DI PARLIMEN = 222
MAJORITI MUDAH = 112
MAJORIT 2/3 = 148

PRU KE-11 Pas bertanding di 85 kawasan Parlimen dan menang 6. Mako kotiko itu dicanangnyo ke seluruh dunio mereko akan mendirikan Negara Islam.

PRU KE-12, Pas bertanding di 66 kawasan Parlimen dan monang 23. Mako kotiko itu pulak dio berangan nak jadikan negaro ni negaro kebajikan. Mako besorak-sorailah mereko dengan kemonangan yang tak seberapo tuh.

UMNO monang 78 kerusi di PRU-12.
Pas + DAP + PkR = 75 kerusi di PRU-12.

Kepado pembaco yang bijak pandai, takyahlah Atok nak buek analisis sentipik ko, matometik ko. Rumusan Atok sonang yo. Memulo tu berangan jadi MAT JENIN...pehtu dapek pulak jadi PAK KADOK.

Sabung ayam monang...tapi kampong togadai!

Friday, February 3, 2012

Who is Khoo Kay Kim?

Again, Professor Emiritus Tan Sri Khoo Kay Kim made a mockery of Kesultanan Melayu Melaka. He said in an interview in The New Sunday Times dated 29th January 2012 that Hang Tuah is just a myth. Well, I do not know his malicious intent. He used to work in Malaya University and was even promoted as an Emiritus Professor. He even got his Tan Sriship from the Yang Dipertuan Agung. Later, when his contract was not renewed, he went to work in Singapore. Now, as a Dean in a private instituition in Selangor, he is making this new allegation that Hang Tuah does not exist.

Before this, Hang Tuah and the other Malay warriors namely Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir and Hang Lekiu were allegedly being accused as not being Malays but Chinese. They were actually 'Ang U Ah, Ang Yee Bat, Ang As Tu Li, Ang Lee Kee and Ang Lee Que. What a stupid statement! Are these statement made in order to downgrade the Malays? The Malays were once master of the sea and even the Malaccan Sultanate Empire was well known all over the world. Tom Peres, a historian even said that whoever controls Malacca controls Venice. Even 183 languages were used during the Dynasty of Malaccan Sultanate.

The existence of Hang Tuah were documented in some European scholar documents. In one of the documents, Sultan Mahmud Syah was mentioned saying to his Bendahara, Tun Mutahir; 'How I wish Hang Tuah is still around' when Malacca was to succumb to Portugese in 1511. Do I need to say more? Go figure!

Bila Kak Pidah sound Kak Ijat...

"If you are a problem to the party and government, please move out!"

"That’s it (for) everyone, whether it’s got to do with cows or anything (else). That’s the most matured way of dealing with your problems," said Rafidah.

"Why are you so hung up about the three-week decision (to take a break)? You’re missing the point!"

"The point is: damn it, decide, don’t leave it (the decision to go) to the Prime Minister (Datuk Seri Najib Abdul Razak). Don’t leave the onus on the Prime Minister to decide for you." - Continue reading Malay Mail.

*********

This is the dilemma she is wrestling with. Would resigning as minister be seen as the right thing to do under the circumstances or would it cast aspersions on her claim that she is not in the wrong?

The pressure is building. Shortly before she went on leave, a minister had asked her to her face when she was quitting. When she replied that the Prime Minister had not said anything, the minister told her there was no need to wait till the Prime Minister tells her to go. - Continue reading The Star.

p/s: No comment.

Thursday, February 2, 2012

Syarikat Rakyat VS Syarikat Bapa, Kroni & Anak-Anak

1. Kisah benar yang baru berlaku di sebuah jabatan kerajaan yang ada kena mengena dengan pertanian, kedengaran seorang Pakcik merungut di hadapan seorang pegawai;

"Rakyat bawah macam kita ni bila mintak bantuan hanya dapat benih yang dah kecut, anak-anak ikan, baja, dedak pun sekarang dah kena beli sendiri, diberi sangkar dan dawai, suruh pegi kursus berbulan-bulan, suruh amik sijil tu sijil ni, tak bantu promosi bla...bla...bla...Orang atas pulak senang-senang je dibaginya duit. 250 juta pulak tu..."

2. Saja kami nak kongsi rungutan orang bawah, bagaimana diskriminasi berlaku dalam jabatan kerajaan yang berbeza mengikut status quo seseorang.

3. Jika disemak syarikat yang banyak didaftarkan sebagai syarikat pembekal atau agen FAMA, kita akan dapati kebanyakannya adalah syarikat proksi kepada pegawai-pegawai FAMA sendiri, yang telah 'membunuh' ramai petani moden Melayu. Beli daripada petani penternak dengan harga murah, supply kepada agensi lain dengan harga mahal. Itulah contoh modus operandi agensi kerajaan yang naaakkk tooolonggg sangat Melayu.

4. Kami timbulkan perkara ini berdasarkan pengalaman. Kita boleh lihat bagaimana pengusaha-pengusaha Melayu terutamanya di tendang macam bola ke sana ke mari, tak kiralah agensi kerajaan ke, mahupun pihak bank yang kononnya jadi panel yang mengeluarkan geran atau pinjaman.

5. Nak mohon geran atau pinjaman punyalah susah. Macam-macam requirement mereka mintak. Pengalaman ditagih dan kononnya digalakkan buat dulu, baru diberi geran atau pinjaman. Tapi yang hairannya, ada pulak syarikat Bapa, Kroni & Anak-Anak yang tanpa sebarang pengalaman pun senang-senang je diberi pinjaman mudah. Heh...

6. Berapa ramai pengusaha Melayu yang mohon bantuan kerajaan melalui bermacam skim seperti Skim Pembangunan Ekonomi Desa, Skim Amalan Ladang Baik Malaysia, Skim Organik Malaysia, Skim Bantuan Khas Untuk Usahawan Wanita, Skim Pembiayaan Mekanisasi & Automasi Pertanian Bank Pertanian, skim itu, skim ini, yang telah benar-benar berjaya? Wujudkah pengusaha Melayu yang boleh dikategorikan sebagai Warlord dalam industri pertanian? Adakah lebih 10 orang di setiap negeri?

7. Atau hanya mereka yang ada kabel bawah laut macam Salleh, yang dapat surat sokongan Paklah atau Menteri Pertanian saja yang boleh berjaya?

8. Di bawah Muhyiddin dulu, berapa ramai Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani melahirkan usahawan tani yang bergelar jutawan? Di bawah Noh Omar sekarang, berapa ramai pulak? Ada benchmark atau target untuk dicapai?

9. Maka akan selamanyalah bekalan makanan dalam negara dikuasai oleh kartel Naga pemakan babi.


10. Di Sungai Lui, Jempol NSDK ada potential usahawan tani Melayu terpaksa terkontang-kanting mengurus kolam ternakan dalam sangkarnya. Tiada siapa pun yang nak peduli. Tiada siapa pun nak bantu promosi. Tiada siapa nak bagi bantuan RM250 juta. Mohon pinjaman RM250 ribu pun ditendang ke sana sini. Kawasan kolamnya pun pernah nak diambil oleh MBNS sebelum ini melalui syarikat proksi kononnya nak melombong emas yang tiada emas.

11. Hanya kerana orang rumahnya bukan Ketua Wanita yang ada syarikat Bapa, Kroni & Anak-Anak.

12. Itulah nasib kebanyakan pengusaha Melayu di negara Melayu ini. Ditolongnya tidak, nak dibunuhnya ada lagi!

Wednesday, February 1, 2012

Keajaiban Anwar

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah memang kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagi Tuhan tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa, "Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin."

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika kerana kacang tu masih tetap kacang soya.

Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin." Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!!

Dia pun terkejut seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus harap kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Allah tidak adil. Allah tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita."Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya "Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula. Amin."

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah.Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?"

Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap. Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Allah dengan ajaib sekali tanpa disangka-sangka.

*********

Anologi di atas adalah bagi menjawab pelbagai pertanyaan rakan-rakan yang majoritinya mengharapkan Bapak Anwar Bin Ibrahim ke penjara dan di dapati bersalah di mahkamah. Para penyokong LGBT juga jelas memainkan isu ini dengan menyatakan Anwar tidak bersalah dan tuduhan meliwat Saiful kononnya hanyalah satu konspirasi. Pada pencacai LGBT, Anwar adalah manusia ajaib, malah tidak hairanlah ada yang menggelarkannya Imam Mahdi. Malah ada yang berjenaka mengatakan Anwar memiliki 9 nyawa. Bahkan mereka yang taksub menyatakan kalau Anwar merogol dan meliwat depan orang ramai kat stadium Bukit Jalil sekalipun, parasit Pas, PkR dan DAP tetap tidak akan percaya dan masih akan menyokong beliau. Begitulah ajaibnya manusia bernama Bapak Anwar Bin Ibrahim ini.

Terbaru manusia ajaib ini juga terang-terangan memuji dan menyokong Zionis Israel. Katanya, "Saya menyokong usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel", dalam wawancara bersama Wall Street Journal. Ramai maklum WSJ adalah proksi Yahudi.

Zionis Israel mempunyai penduduk kurang 6 juta orang, tetapi memiliki tidak kurang 200 bom nuklear, beratus-ratus kapal terbang pembawa bom seperti F4 Phantom, A4 Skyhawks, F16, Strike Eagle, peluru berpandu jarak jauh Jericho I & II dan kapal selam berpeluru Kruise; masih ingin dilindungi oleh manusia ajaib bernama Bapak Anwar Bin Ibrahim berbanding Palestin yang dijarah dan diseksa sejak sekian lama di mana rakyat Palastine dibunuh sesuka hati hampir setiap hari oleh Rejim Zionis sepertimana yang berlaku di Gaza dan Tebing Barat.

Mesejnya mudah saja;

1. Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Allah sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Allah lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri, masyarakat dan negara ini.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah: 216)

Terlepasnya Anwar Ibrahim daripada hukuman Mahkamah Tinggi bukanlah bermakna dia telah terlepas dari hukuman dosa-dosa yang telah dilakukan pada rakyat dan negara Malaysia selama ini. Allah lebih mengetahui keputusan yang lebih sesuai untuk penderhaka negara ini. Biar penyokong LGBT gembira buat seketika.

2. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus harap terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Allah akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancangan-Nya yang mungkin di luar jangkaan kita.

3. Tiada yang mustahil bagi Allah bagi melakukan perkara-perkara yang lebih ajaib daripada itu.

"Hanya urusan-Nya (Allah), bila Dia menghendaki (mengadakan ) sesuatu, ia berkata kepadanya: Jadilah engkau! Lalu jadilah ia." (Surah Yasin : 82)

Justeru, janganlah kita bersangka buruk dengan Allah dan teruskanlah berdoa agar Allah sentiasa memberikan petunjuk ajaib yang jelas kepada seluruh rakyat Malaysia; sama ada mengundi parti yang menjadi proksi dan menyokong Regim Zionis, atau mengundi BN yang tidak putus-putus membantu rakyat Palestin. Keputusan di tangan siapa?

Blog Archive