1. Di atas adalah petikan komentar dari sebuah blog di
sini yang membicarakan (menghentam sebenarnya) Paneh Miang. Terima kasih kepada "bongek boy" kerana cuba mempertahankan kami, sementelah "bongek boy" juga adalah antara pemberi komen tegar di blog Paneh Miang selama ini.
2. Sedar tak sedar sudah hampir 5 tahun Paneh Miang belayar di alam maya, khususnya dalam lingkungan blog sosio politik; dan dalam tempoh itu, tidak pernah sekalipun Paneh Miang mengkritik, apatah lagi menghentam mana-mana blog pro UMNO/BN kerana menghormati pendirian dan pendapat masing-masing.
3. Kami sangat memahami etika dan falsafah perjuangan, dan tidak akan sesekali terpengaruh dengan provokasi hingga tergamak menikam sesama sendiri; apatah lagi rakan seperjuangan dalam dunia maya ini.
4. Tetapi jika melibatkan pemimpin, parti politik, organisasi, badan kerajaan, NGO's etc. kami akan tetap memainkan peranan untuk mengkritik dan menyampaikan apa yang terbuku di hati kami dan rakyat umumnya. Senang cerita, "Call A Spade A Spade".
5. Adakah pemimpin di Malaysia ini begitu maksum sehingga tidak boleh dikritik mahupun kebal teguran? Bukankah Umar Al-Khatab yang dijamin syurga pun rela dirinya ditegur dengan pedang?
6. Blog yang menghentam Paneh Miang sebenarnya marah apabila kami secara konsistennya sering '
mengusik' 2 pemimpin kesayangan (penaja) mereka iaitu Mohamad Hasan dan Khairy Jamaluddin.
7. Siapa yang tak kenal dengan Mohamad Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan. Kami pernah menyatakan sebelum ini bahawa dari segi pentadbiran kerajaan, kami sebenarnya hormat kepada Mohamad Hasan. Tapi dari segi politik & pengurusan manusia, ternyata Mohamad Hasan bolehlah diibaratkan umpama langit dan bumi jika hendak dibandingkan dengan Ali Rustam; jiran sejawatannya di Melaka.
8. Politik itu adalah seni, dan pengurusan manusia juga boleh ditakrifkan sebagai satu seni sosial yang perlu selaras dengan perkembangan manusia dan komuniti sekelilingnya. Sememangnya Mohamad Hasan tiada ilmu itu. Dahlah kurang ilmu, jobor pulak tak nak berguru.
9. Sebab itulah segalanya yang berlaku di Negeri Sembilan, WAJIB tidak melangkaui 'dictatorship' Mohamad Hasan. Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), ADUN BN, Parti Komponen, Agensi Kerajaan, PBT, bla..bla..bla..disempitkan ruang untuk buat keputusan sendiri. Everything must go through him hingga mewujudkan ramai pak angguk berbanding competent person.
10. Segala macam program serta aktiviti di Negeri Sembilan mestilah melibatkan Mohamad Hasan, dan apa saja berita yang melibatkan negeri mestilah dipaparkan muka Mohamad Hasan dan isteri sehingga meminggirkan Exco, ADUN, mahupun pemimpin komponen BN yang lain.
11. Segala aktiviti Mohamad Hasan, isteri, Rantau dan Rembau diberi publisiti meluas sama ada di media cetak, mahupun di alam maya yang menyebabkan ramai berkecil hati hingga timbul jenaka "Mohamad Hasan Kini", "Laki Bini Kini", "Rantau Kini" & "Rembau Kini".
12. Gambaran yang diberikan seolah-olah, "Pergi mampus la sama kawasan lain, yang ponting kawasan den monang". Adakah jika hanya Rembau atau Rantau sahaja yang menang, maka BN akan berjaya memerintah Negeri Sembilan selepas PRU-13?
13. Itu belum masuk bab layanan Mohamad Hasan terhadap sebarang cadangan atau proposal yang diajukan kepadanya oleh individu atau pihak yang tidak berada dalam 'circle'-nya; mahupun yang tidak memberi keuntungan kepada diri atau keluarganya. Sama ada cadangan itu akan dibakul-sampahkan, ataupun dibiarkan di pondok jaga untuk bacaan sampingan pengawal pejabatnya.
14. Belum lagi cerita perihal 'gangster-ism' adik-beradiknya dahulu hingga tergamak mengugut, mencekak baju, apatah lagi ke tahap memukul.
15. Belum lagi sentuh berkenaan dasar serta polisi Mohamad Hasan berkaitan perancangan ekonomi negeri yang tampak hanya menguntungkan kantung MBI dan kerajaan negeri sebelah pihak, tanpa menjana kemakmuran yang sebenar-benarnya untuk rakyat Negeri Sembilan.
16. Bina jalanraya, jambatan Bukit Putus kedua tertinggi di Malaysia, flyover, kawasan perumahan, stesen komuter di Seremban Selatan, empangan, ladang feedlot, lapangan terbang, hospital etc. hanya memberi keselesaan kepada rakyat, dan bukannya rizqan halalan, thayyiban, mubarakan, wasi'an.
17. Adakah sebahagian besar rakyat Negeri Sembilan kini hidup makmur dengan limpahan rezeki yang banyak? Atau purata pendapatan masih di takuk lama? Kecuali peneroka Felda Sendayan yang kini hidup agak mewah, adakah sejak menjadi Menteri Besar, Mohamad Hasan pernah menyasar untuk melahirkan sekurang-kurangnya 100 orang anak negori sebagai usahawan baru Melayu yang bergelar jutawan?...atau hanya kroni dan keluarganya saja yang semakin kaya selama 2 penggal memerintah Negeri Sembilan?
18. Macamana nak lahirkan usahawan jutawan...kalau di DUN Rantau sendiri masih ada golongan belia 21 tahun yang pekerjaan tetapnya ialah "bermain bola sepak untuk taman perumahan", dan masih wujud belia yang bersusah payah hanya sekadar untuk berniaga buah-buahan tanpa sebarang sokongan, apatah lagi bantuan daripada ADUN kawasan sendiri. Apabila ditanya tidak pernahkah mohon bantuan untuk tambah modal? Jawabnya, "Lobih baik sey minjam along dari mintak kat Tok Mad". Yolah...semua orang pun tahu betapa susahnya nak dapat 'sesuatu' daripada Mohamad Hasan. Itu di kawasan Menteri Besar sendiri masih ada anak muda Melayu yang terpinggir, apatah lagi di kawasan lain di Negeri Sembilan.
19. Jika nak didebatkan berkenaan dasar dan polisi Mohamad Hasan di Negeri Sembilan, 10 posting pun belum tentu habis. Andai kami benar-benar berhajat membongkarkan satu-persatu...nasib kau la yeh!
20. PRU-13 semakin hampir, namun tiada tindakan drastik yang dilakukan Mohamad Hasan selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri aka Pengerusi BN Negeri Sembilan. Segalanya seakan hambar, seolah seperti tiada gerak kerja yang dilakukan UMNO Negeri. Persiapan jentera hanya dilakukan mengikut Bahagian UMNO dan Parti Komponen masing-masing. Kalau Ketua Bahagian/Komponen bergerak, maka bergeraklah mereka. Kalau Ketua Bahagian/Komponen tidur, maka semuanya pun pakat-pakat tidur. Sayap Wanita, Pemuda & Puteri pun seakan hilang arah. Buat kerja pun pandai-pandai sendiri.
21. Tiada langsung inisiatif Pengerusi Perhubungan untuk menggerak serta membuat jaringan kerjasama antara jentera-jentera bahagian dan komponen dalam Negeri Sembilan. Semuanya buat hal masing-masing. Seolah UMNO dan BN Negeri Sembilan lebih rela memberi kemenangan percuma kepada DAP di PRU-13.
22. Tiada langsung program besar-besaran yang bertujuan mempamerkan PERPADUAN, KESATUAN, KEKUATAN, KEHEBATAN UMNO mahupun BARISAN NASIONAL di Negeri Sembilan yang digerakkan sendiri oleh Mohamad Hasan. Semuanya nak tunggu Najib dan Muhyiddin turun padang dulu, barulah masing-masing nak tunjuk staring (maksudnya hero oleh orang Sabah). Kebanyakan program Pengerusi Perhubungan hanya tertumpu di Rantau dan Rembau. Bolehlah diibaratkan program-program 'SS' (Syok Sendiri).
23. Rentetan itulah Mohamad Hasan tidak mendapat sokongan Bahagian-Bahagian UMNO dalam Negeri Sembilan, termasuklah sebahagian besar ahli-ahli parti komponen BN peringkat negeri. Sudah terlalu lama UMNO/BN lesu di bawah Mohamad Hasan, dan ini adalah hakikat pahit yang perlu ditelan.
24. Nak cerita jugak ke pasal Khairy Jamaluddin aka KJ? Tak payahlah. Dah tak relevan. Semua orang termasuk Najib sendiri tahu perilaku KJ semasa Pak Mertuanya berkuasa dulu. Itu baru mertua yang berkuasa, dia dah naik tocang. Kalau diri sendiri yang berkuasa, silap-silap boleh punah negara. Tapi kok KJ dah bertaubat, tak tahulah. Elok jugalah Najib lantik KJ sebagai Pengerusi PUNB. Jawatan memujuk sebelum dia dinyahkan daripada senarai calon BN di PRU-13.
25. Dipendekkan ceghito, ramai dah yang TAK NAK Mohamad Hasan jadi Menteri Besar termasuklah MENOLAK KJ sebagai wakil rakyat di Negeri Sembilan. Selain akar umbi UMNO, parti komponen BN di peringkat bawahan, termasuk sebahagian besar NGO's serta rakyat di Negeri Sembilan, secara total MENOLAK kedua pemimpin tersebut. Ini maklumat sulit yang benar kami perolehi. Tak dapat kami dedahkan secara terperinci di sini. Cukuplah Najib dan Muhyiddin tahu jika Mohamad Hasan masil kekal sebagai Menteri Besar untuk PRU-13, maka sayonaralah BN Negeri Sembilan.
26. Tapi kok ditanyo circle Mohamad Hasan, jawapan standard darjah 6 yang akan kedengaran ialah "Beres Bos", "Bagus Bos", "Terkawal Bos", "Kompom Monang Bosar Bos"..."Bla..bla..bla..la copek Bos"!
27. Andai Mohamad Hasan totap bega mahu kekal di DUN Rantau, eloklah Najib biarkan dio bertanding di situ (itupun kok dio bulih monang PRU-13). Biar dio jadi ADUN Rantau, tapi jawatan MBNS beri pulak pado orang lain. Kito nengok nanti sapo yang akan mati berangan perlahan-lahan.
28. Cuma yang menjadi persoalan, adakah Najib benar-benar rela hilang kawan sepertimana yang pernah diwar-warkannya demi memenuhi kehendak pengundi di Negeri Sembilan?

Pembangkang masih belum lupa kes RM10 juta!