Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Saturday, June 30, 2012

Tiada yang hormatkan MBM

Resepi utama Hari Belia Negara ialah fiesta, festival, karnival, lompat-lompat akhirnya 17 orang cedera dek dilanggar Drag Racing di Putrajaya. AAM tak dirunding kobar ehhh. Benar, hujah Ezaruddin di akhbar bahawa HBN ialah medan tunjuk kehebatan pegawai-pegawai KBS. Begitu rendah sekali taraf, pegawai awam di KBS kerana terpaksa bersingsing lengan, mandi peluh dan berhempas pulas memastikan impian politik YBM Ahmad Shabeery Cheek tercapai.

2010 hanya 100 ribu orang, 2011=1 juta, 2012=2.12 juta (apakah ini KPi atau KKRA menteri?) Mudah nak melapor pada YAB PM dan YAB TPM?

Akta 668 telah direndah martabatnya oleh YB Menteri sendiri. Ini menandakan Ahmad Shabery tidak layak menjadi Menteri Belia dan Sukan. Baik sahaja Akta 668 dibubarkan. Perihal Parlimen Belia yang telah bersidang, tak seorang pun bijak bistari mengupas bagaimana memakmur dan memulian Akta 668 atau kesannya kepada warga belia.

Beginilah rupanya apabila kaduk naik junjung. Beginilah kesannya, apabila ada CEO HBN! Beginilah implikasi fiskal kepada warga belia, yang tidak kelihatan pemimpin tetapi hanya terubat dek rentak-rentak K-PoP yang diterbangkan jauh dari Seoul.

Ke mana haluan belia Malaysia ini? MBM tidak dihormati lagi, malah menjadi kuda belaan sejati sang Menteri! MBM tidak dianggap sebagai satu pasukan bermakna kepada warga belia yang faham kesatuan...kesian.

Friday, June 29, 2012

Apa bezanya?

Apakah beza solat dua makhluk Allah di bawah ini?




Jika tiada beza, apa maknanya?

Thursday, June 28, 2012

RUU Senjata Biologi

Malaysia telah menandatangi Konvensyen Senjata Biologi dan Toksin di Geneva pada 1972. Konvensyen Senjata Biologi dan Toksin dimeterai oleh kuasa-kuasa besar pada tahun 1925. Hipotesis yang menarik, kerana ketika itu 13 Mei 1969 baru selesai urusan "makna Negara Bangsa Teras".

Dalam jangkaan ke depan, Malaysia akan mewartakan Rang Undang-undang Konvensyen Senjata Biologi dan Toksin, yang secara relatifnya telah mula dibahas dan dikemaskini oleh STRIDE sejak 2008 lagi. Syabas Kerajaan Barisan Nasional.

Kita sudah ada RUU Senjata Kimia dan RUU Nuklear. Dengan adanya RUU KSBT kelak, maka Malaysia berada dalam gelanggang seimbang dengan negara-negara maju. Penting benar subjek ini kerana syarikat berkepentingan swasta dan awam yang galak dalam industri Bioteknologi berpotensi membawa masuk, mencipta atau mengembang secara komersil Agen Biologi. Agen biologi amat penting untuk urusan ummah secara baik dan berkesan. 

Namun, jika salah tangan menguruskannya, lebih tepat jika di atas tangan-tangan Komunis, Freemason dan Syiah yang begitu bersungguh-sungguh berazam "menjahanamkan" Malaysia, maka RUU KSBT ialah solusinya. Penalti ke atasnya difahamkan begitu tinggi, sesuailah dengan pemikiran bahawa Malaysia memandang serius tahap gaban subjek ini. Tingginya mencecah RM100 juta untuk syarikat korporat yang melanggar etika/integriti KSBT.

Siapa yang wajar menjadi jaguh RUU KSBT? Pak Sedaro melihat isu ini bukan isu politik. Malah jika YAB PM atau YAB TPM menyatakan kesanggupan, maka merekalah yang lebih afdhal menjadi "champion" mengurus wacana dan pemikiran negara dalam RUU KSBT. Boleh juga diinfaq penugasan kepada seorang YB Menteri/Timbalan Menteri yang boleh memberi perhatian khusus kepada beberapa RUU lain dalam rangkaian kepentingan utamanya:

1. RUU KSBT (sedang dalam pembikinan)
2. RUU Senjata Kimia
3. RUU Nukleur dan Atom
4. RUU Teknologi dan Pembangunan Angkasa Lepas Malaysia (jika belum wujud)
5. RUU Pertahanan Siber Negara (jika perlu wujud)

Mungkin semua ini ada hikmahnya.

Pas permainkan HUDUD

Selama ini juak Pas menuduh UMNO konon tidak mahu Hudud, tapi persoalan ramai ialah mengapa negeri so-called Serambi Mekah aka Kelantan sendiri tak laksanakan hukum Hudud?

Ramai yang tidak tahu terutama generasi muda yang mudah ditipu Pas bahawa Draf Hudud Pas pernah dihantar oleh juak Pas semasa zaman pentadbiran Dr. Mahathir untuk diteliti oleh para ulama' dan Majlis Fatwa, tetapi hakikatnya draf Pas itu banyak yang tidak betul dari sudut Hukum Hudud itu sendiri. Antaranya ialah;

1. Pertikaian yang melibatkan soal hakim iaitu dalam Enakmen 68 Kelantan dan Enakmen 70 Terengganu menggariskan bahawa Hakim Mahkamah Tinggi Borneo Malaya boleh menjadi Hakim Mahkamah Hudud. Ia nyata bertentangan dengan Islam kerana hakim Mahkamah Tinggi Borneo ada yang terdiri daripada hakim wanita dan bukan Islam. Rasional Pas ketika itu mudah saja iaitu kerana mengikut keadaan semasa. Boleh ka macam tu? Jelas bahawa Pas sebenarnya cuba meminda Hukum Allah.

2. Seterusnya berkenaan Enakmen 52 Perkara 1 dan Perkara 2 iaitu dalam Perkara 1, hanya Orang Islam sahaja yang dikenakan Hudud, tetapi dalam Perkara 2, orang bukan Islam bebas memilih sama ada nak ikut Hudud atau tidak. Ternyata ini amat bertentangan dengan hukum Hudud sebenar yang menegaskan Hudud perlu dikenakan ke atas semua umat manusia. Pas sanggup lakukan ini semata-mata untuk menjaga hati orang bukan Islam demi undi dan kuasa.

3. Berkenaan isu Mukallaf, tafsiran Pas dalam Draf Hudud menyebut bahawa mereka yang berumur 18 tahun dan sempurna akal boleh dikenakan Hudud, walhal dalam Sirah Nabi, Rasulullah SAW ada menyebut bahawa seseorang itu Mukallaf jika umurnya sudah mencapai 15 tahun dan telah bermimpi. Jelas draf ini bertentangan dengan penjelasan Nabi dalam tafsiran dan nas yang Nabi sebut sendiri.

Sebenarnya banyak lagi kesilapan yang Pas sengaja lakukan dalam Draf Hudud ciptaan mereka. Antaranya pernah dibangkit dan disebut oleh Zulkifli Nordin dalam sidang Dewan Rakyat sebelum ini sebagaimana yang diketahui umum.

Hakikatnya, Draf Hudud Pas yang dipohon kepada Kerajaan Persekutuan sebenarnya Bukan Untuk Diterima, tetapi Pas dengan SENGAJA MEMBUAT KESALAHAN dan KESILAPAN dalam draf tersebut kerana sudah tentu Kerajaan Persekutuan akan menolak draf yang jelas bercanggah dengan hukum syarak tersebut.

Dan apabila ditolak, maka senanglah juak Pas menuduh kononnya UMNO menolak Hudud, UMNO kafirlah, Mahathir kafirlah etc. semata-mata kerana ingin menjadikan isu Hudud ini sebagai modal politik kotor mereka.

Maka berterusanlah umat Islam di Malaysia berpecah-belah akibat manipulasi hukum Hudud tajaan Pas.

Jelas selama ini Pas sebenarnya hanya berniat mempermainkan Hukum Allah dan harus dipertanggungjawabkan atas perpecahan sekian lama umat Islam di negara ini!

Wednesday, June 27, 2012

Zuhudnya dia...

Dalam posting bertajuk Hati kecil ini terdetik..., terdapat beberapa komen menarik yang ingin kami kongsikan. Antara komennya;

Anonymous said...

Hanya Allah yang maha mengetahui. Tetapi selalunya, kalau kita tahu seorang itu memang alim seperti tok iman, secara automtik kita tak mudah untuk mencebik mahupun menghina. Apatah lagi kalau kita tahu dia memang warak dan hidup bersederhana, tanpa perlu ada rumah dan kenderaan mewah. Masalahnya kalau orang itu banyak skandal dan terlibat dengan rasuah, maka jika kita lihat photo berkenaan, hati kita akan berkata hanya lakonan bagi meraih undi. 

June 25, 2012 2:12 PM 

Anonymous said...  

Org yg warak dan sederhana dlm hidup lbh diyakini...lbh dipercayai  

manakala bapak segala perasuah, bapak segala penyelewengan hanya sbg sandiwara....apa yg dia buat hanya melaun saja percaya...MELAUN dlm parti dia...  

June 25, 2012 3:12 PM  

Cucu Tok Perba said...  

Secara peribadi, saya lebih mengkagumi pemimpin yang hidupnya benar-benar menjadikan prinsip kehidupan Nabi Muhammad sebagai model ikutan.  

Manusia dilahirkan kedunia dengan dua fungsi: 1) Sebagai hamba Allah dan 2) Sebagai khalifah di muka bumi. Pemimpin terbaik adalah yang mampu memimpin rakyatnya untuk memenuhi kedua-dua fungsi ini.  

Model kehidupan pemimpin terbaik adalah cara hidup Nabi Muhammad. Hidupnya amat sederhana, tidak jauh berbeza dengan kehidupan rakyatnya. Hadis Nabi: Pemimpin itu adalah khadam kepada rakyatnya.  

Semasa wafat,Baginda meninggalkan dua perkara: Al Quran dan Sunnah; sebagai warisan dan ikutan umat hingga ke akhir zaman. Baginda tidak meninggal kebendaan lahiriah atau binaan hebat dsb spt mana ditinggalkan oleh firaun dan sewaktu dengannya.  

Mana yang terbaik? Detik hati boleh menelahnya. Apapun, tidak boleh juga terlalu mengikut kata hati. Hati kita inipun boleh dipengaruhi oleh dua perkara: Iman atau syaitan.  


June 26, 2012 10:21 AM 

*********
Ramai yang bercakap berkenaan pemimpin zuhud, sederhana, bla..bla. Tapi mana yang lebih baik? Pura-pura zuhud tapi pada masa yang sama hidup dalam kemunafikan dengan bermewah? Atau hidup dalam keadaan mewah saja tanpa perlu berpura-pura kerana ajal dan rezeki seseorang itu adalah ketentuan Allah SWT.

Adakah Islam mengharamkan kekayaan dan kemewahan? Bukankah semakin kaya seseorang umat Islam itu, maka semakin banyak zakat yang mampu dia keluarkan? Golongan mana yang akan peroleh manfaat daripada zakat kumpulan kaya?

Usaha macamana susah sekalipun, jika Allah takdirkan itu bukan rezeki kita, maka ia tetap bukan rezeki kita. Tapi jika usaha mudah sekalipun, jika Allah takdirkan itu hak kita, maka ia tetap akan jadi hak kita. Adakah kita ingin menjadi manusia yang menafikan Qada' dan Qadar Allah?

Kita saksikan bagaimana 'zuhud'nya manusia di bawah ini di mata penyokongnya. Sisi lain yang berbeza...dan jangan pula ada yang kata ini superimpose. Credit to Minaq Jinggo and Haji Arshad.










Tuesday, June 26, 2012

Presiden Mesir pun sokong BN...

Ir Dr Muhammad Mursi dan partinya pun guna "LOGO DACING" masa kempen pilihanraya Presiden Mesir yang lalu. Tak faham lagi mesejnya?




Monday, June 25, 2012

Hati kecil ini terdetik...

Yang mana lebih diangkat darjatnya oleh Allah SWT. 

Insan yang ini?



Ataupun insan di bawah ini?


Sapo bulih jawab?!

Saturday, June 23, 2012

Suku mu...bukan suku ku!

Bulat anak buah menjadikan Buapak
Bulat Buapak menjadikan Lembaga
Bulat Lembaga menjadikan Penghulu
Bulat Penghulu menjadi Raja.

Raja beralam
Penghulu berluak
Lembaga berlingkungan
Buapak beranak buah
Anak buah duduk bersuku-suku
Berapa sukunya?
Dua Belas!

Suku Biduanda (dondo)
Batu Hampar (Tompar)
Paya Kumbuh (Payo Kumboh)
Mungkal
Tiga Nenek
Seri Melenggang (Somolenggang)
Seri Lemak (Solomak)
Batu Belang
Tanah Datar
Anak Acheh
Anak Melaka
Tiga Batu

Biar mati anak jangan mati adat
Tak lekang dek panas
Tak lapok dek hujan
Dianjak layu dicabut mati.

5 prinsip utama Adat Pepatih yang perlu diketahui

1. Keturunan dituruti melalui nasab ibunya. Maka generasi yang lahir akan mengikut suku ibu masing-masing, yakni pembawaan suku ibunya.

2. Kediaman adalah dikawasan ibu isterinya. Apabila seorang lelaki menikahi seorang perempuan, maka ia akan tinggal di kawasan ibu isterinya dan lelaki itu dikenali sebagai 'semenda'. Biasanya, si lelaki ini akan mengusahakan tanah si isteri untuk keperluan hidup keluarganya.

3. Perempuan mewarisi pusaka dan saka disandang lelaki yang membawa maksud, orang perempuan akan mewarisi segala harta pusaka, contohnya tanah adat. Harta pusaka dan beberapa harta yang telah dipersetujui akan diwariskan kepada kaum perempuan, manakala  kaum lelaki akan menyandang saka iaitu menyandang jawatan-jawatan tertentu dalam adat.

4. Sesuatu perkahwinan harus berbeza Perut atau Suku kerana perkahwinan sesama Perut atau Suku adalah dilarang. Jika masih diteruskan perkahwinan sesama Perut atau Suku, maka hak untuk mewarisi pusaka daripada ibu akan hilang bagi perempuan, dan kaum lelaki pula akan hilang hak dalam menyandang jawatan adat.

5. Orang luar daripada Adat Pepatih boleh menjadi ahli dalam sesuatu suku. Kebiasaannya, waris yang mewarisi boleh memberi kebenaran kepada orang luar untuk menjadi ahli sesuatu suku dengan syarat, perlu melalui satu upacara yang dinamakan berkedim. Kaedahnya ialah, seseorang itu perlu bersumpah taat setia dan bersaudara dengan ahli-ahli suku yang akan disertainya.

Thursday, June 21, 2012

Seronok melihat Najib...TAPI...

1. Data terbaru Bank Dunia meletakkan Malaysia di tangga ke-18 daripada 135 di tahap kebersaingan perniagaan ekonomi dunia. Botul ko ayat den nih? Hehehe...

2. Secara tak langsung, transformasi ekonomi di bawah Model Ekonomi Baru (NEM) yang diperkenalkan Najib pada 2010 mula menampakkan hasilnya dalam tempoh 2 tahun. Mungkin ia boleh diwar-warkan sebagai satu kejayaan peribadi buat Najib.

3. Sembang rakyat kelas bawahan dan pertengahan, rata-ratanya seronok melihat cara bekerja Najib. Beliau seakan tidak peduli apa saja isu atau serangan fitnah yang dilakukan pembangkang terhadap dirinya; sebaliknya Najib berterusan memperkenal serta melaksanakan agenda yang dirancangnya satu persatu. Sehinggakan ramai beranggapan Najib cuba mengatasi rekod bapanya yang pernah terbukti berjaya melakukan perubahan dalam tempoh yang singkat.

4. Paneh Miang agak sukar memuji Najib kerana ingin mengambil pendekatan tunggu dan lihat, sama seperti pendirian kami semasa Tun Mahathir mula mentadbir dulu. Namun, jika Najib benar ikhlas sama seperti almarhum ayahandanya, kami pasti akan menyokong agenda transformasi beliau andai ia mampu menguntungkan rakyat dari segenap ruang kehidupan mereka.

5. Sokong...sokong jugak...tapi kritik tetap kritik...heh!

6. Cakap-cakap orang politik, terutama akar umbi UMNO, walaupun memuji program transformasi ekonomi dan sosial yang cuba dilakukan Najib (kecuali transformasi pendidikan kerana dasar pendidikan kerajaan hari ini semakin mengundur ke belakang), namun masih ramai yang menanti Najib melakukan satu lagi transformasi, iaitu transformasi politik.

7. Majoriti rakyat sudah muak dengan berita dan isu Bro Anwar Bin Ibrahim, muak dengan Azmin Aiskrim, muak dengan Hadi, Pok Nik, Mahfuz Bean, Pas, Karpal Siang Guan, DAP etc. kerana semuanya tahu pemimpin pembangkang di Malaysia hari ini tidak matang berpolitik; senang cerita langsung tak boleh pakai.

8. Apa yang rakyat ingin lihat ialah sama ada Najib berani atau tidak mengotakan janjinya melakukan transformasi politik melalui senarai calon BN yang bakal bertanding di PRU-13.

9. Sama ada Najib cukup jantan untuk menyenaraikan lebih 70% muka baru sebagai calon BN di PRU-13, atau Najib akan tunduk pada wakil rakyat sedia ada yang 90% daripadanya termasuk dikalangan yang menjadi kebencian rakyat.

10. Mungkin juga dilema pemilihan calon BN untuk PRU-13 ini telah menyebabkan Najib terpaksa melengahkan pembubaran parlimen untuk memberinya lebih ruang dan masa bagi menyakinkan diri akan keputusan yang bakal diambilnya.

11. Pemimpin boleh datang dan pergi, tetapi UMNO/BN akan kekal di situ. Muka-muka lama yang menjadi kemeluatan rakyat eloklah dinyahkan segera, sama ada dia memegang jawatan tertinggi dalam UMNO, atau sepupu kepada Perdana Menteri sendiri. Kalau rakyat dah menyampah, buat apa dikekalkan, atau sengaja ingin menguji kesabaran rakyat? Tidak mahu belajar dari kesilapan PRU-12?!

12. Majoriti rakyat hari ini akan mengundi berdasarkan calon dan bukan lagi parti. Walaupun kita bersusah payah berkempen kononnya siapa calon tidak penting tetapi parti yang diwakilinya lebih penting, namun siapa yang berani menjamin pola undian dan pemikiran rakyat terutamanya generasi muda? Jika calon yang diletakkan itu tidak berkenan di hati, pasti bungkuslah jawabnya.

13. Penyokong BN atas pagar sebenarnya ramai yang rasional dan tidak taksub membabi buta terhadap pemimpin. Ia berbeza dengan mentaliti penyokong pembangkang yang akan menyokong apa saja cakap serta tindakan pemimpin mereka walaupun sangat jelas dan nyata pemimpin mereka berbuat salah.

14. Walaupun penyokong BN rasional, but let's not take for granted that victory is in our hands. Ramai yang sedang mengambil pendekatan tunggu dan lihat sama ada Najib punya tahap keberanian luar biasa untuk melakukan transformasi politik besar-besaran; membuang warlord lama dalam UMNO/BN, dan menggantikannya dengan panglima baru.

15. Jika lebih 70% calon BN di PRU-13 adalah muka baru, maka sokongan rakyat seperti PRU-11 pasti akan berulang. Jika sebaliknya...ado ahli UMNO nak jawab?

16. Either "party candidate" or "rakyat candidate"...the choice is yours.

Wednesday, June 20, 2012

Dilema pengundi Melayu atas pagar...

Salah seorang sahabat Facebook Paneh Miang, Akimaru Rendum, telah memberi komen dalam status fb kami yang hakikatnya merupakan dilema kebanyakan pengundi Melayu atas pagar.

Ayat beliau ialah, "nak sokong BN diorang pulun duit cukai den...nak sokong Pas...agamo den digadai eh..."


Pado pendapat sey, kok sekarang maso kurang kuaso pun Pas bulih gadai agamo, permainkan namo Allah & nabi...apo sangatlah dengan duit cukai rakyat...harta negara...dan kedaulatan negara akan datang. Pasti sumo pun akan ranap di bawah Pas.

Ulama' yang memandang dunia kini bersepah dikalangan pemimpin Pas. Segala umpat, keji, hinaan, tuduhan, fitnah dan sebagainya yang pernah Pas lemparkan terhadap UMNO dulu, kini sudah berbalik kepada Pas.

Dilema sama ada mahu pilih UMNO atau Pas sebenarnya bukan satu dilema lagi bagi pengundi Melayu...kerana Pas sudahpun memecahkan tembelangnya yang sebenar.

Cuma terpulang pada kita terbuka fikiran untuk menafsir...

Malaysiakini Israel


Monday, June 18, 2012

Pas sampai bila-bila pun takkan jadi dominan...

Berikut adalah fakta mengenai Pas yang disorok pemimpin mereka daripada pengetahuan ahlinya sendiri, apatah lagi rakyat Malaysia sejak sekian lama;

1. Sejak PRU Pertama 1955, Pas tidak pernah bertanding kerusi parlimen lebih daripada majoriti mudah. Dan semua harus maklum, untuk sesebuah parti memerintah negara ini, mereka perlu memenangi lebih separuh daripada jumlah kerusi parlimen yang dipertandingkan.

2. Sejak PRU-4 pada 1969 hinggalah PRU-12 pada 2008, jumlah kerusi parlimen yang ditandingi oleh Pas secara puratanya ialah 60+ kerusi.

3. Paling tinggi Pas pernah bertanding kerusi parlimen ialah pada PRU-11 tahun 2004 iaitu sebanyak 85 kerusi, tetapi Pas kembali mengurangkan kerusi yang ditandinginya pada PRU-12 yang lalu dengan hanya 66 kerusi parlimen, semata-mata kerana ingin memberi laluan kepada PkR untuk menambah bilangan kerusi.

4. Khabarnya pada PRU-13 akan datang, Pas sekali lagi akan mengurangkan jumlah kerusi parlimen yang ditandinginya kepada 63 kerusi kerana ingin memberi laluan pula kepada calon Melayu parti DAP.

5. Sejak PRU-4 pada 1969 hinggalah yang terbaru PRU-12, DAP sentiasa menambah bilangan kerusi parlimen yang mereka tandingi.

6. Persoalan ramai ialah, jika Pas tidak pernah sekalipun bertanding kerusi parlimen melebihi majoriti mudah, jadi bagaimana Pas boleh menipu kononnya akan  melaksanakan dasar-dasar Islam ala Pas di negara ini?

7. Dan persoalan utama, bagaimana Pas boleh menjadi parti dominan dikalangan Komplot Pembangkang sedangkan kerusi yang PkR tandingi lebih banyak daripada Pas.

8. Di PRU-12, PkR bertanding 97 kerusi parlimen yang menjadikan PkR lebih dominan berbanding Pas walaupun ahli PkR sendiri lebih ramai bukan Islam berbanding Islam. Adakah Pas lebih yakin pada PkR untuk laksanakan dasar-dasar Islam?

9. UMNO pula sejak PRU-4 sentiasa memastikan parti mereka dominan dalam Barisan Nasional dengan bertanding kerusi parlimen lebih daripada majoiti mudah berbanding parti-parti komponen dalam BN.

Adakah Pas selama ini memang berniat menipu rakyat yang kononnya akan laksana dasar Islam jika berjaya memerintah Malaysia; sedangkan Pas tidak pernah pun bertanding kerusi parlimen lebih darpada majoriti mudah yang membolehkannya membentuk kerajaan persekutuan, apatah lagi untuk jadi parti dominan dalam Komplot Pembangkang?

Selamanyalah Pas kekal sebagai BALACI DAP dan PkR.

Saturday, June 16, 2012

Kok takdo plan haghi ni...

Oghang Nismilan kok takdo plan nak buek haghi ni, jom la bawak kuargo jenjalan ko Karnival 1 Desa 2012 kek Padang SK Chuah, Pediksen. Acagho mulo jam 8.30 pagi sampai 4.30 potang. Memacam ado woghieh. Meh la meghiah an suasano.




Friday, June 15, 2012

Apa kes tanah RELA ni Tok Mad?!


Tanah lapang sebagaimana yang ditakrif oleh Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 1995, Akta (A933) dalam Seksyen 2(f) adalah sebagai "mana-mana tanah sama ada yang dikepong atau tidak yang dikhaskan atau dirizabkan untuk dikhaskan keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai taman awam, padang sukan dan rekreasi awam, tempat makan angin, tempat jalan kaki awam atau sebagai suatu tempat awam". 

 Entah macam mana tanah lapang seluas satu lot rumah di Kampung Sentosa Paroi telah diberikan kepada Pasukan RELA. Dengan pemberian tanah ini kepada pasukan RELA, kononnya dapatlah mereka mengawal jenayah di kampung tersebut dengan lebih berkesan. 

TETAPI hakikatnya setelah puluhan tahun berlalu, tanah ini hanya terbiar tanpa sebarang aktiviti RELA. Belia Kampung Sentosa telah dilarang menggunakan tanah tersebut kononnya ia tanah hak milik RELA, walhal RELA sendiri pun tak manfaatkan sepenuhnya tanah ini.


Pengerusi RELA Kampung Sentosa yang jelas adalah ahli berdaftar sebuah parti pembangkang, telah menjadikan tanah lapang ini untuk kegunaan peribadinya. Sebuah bangunan dibina ditepi tanah lapang tersebut untuk diletakkan barang perniagaan serta pinggan mangkuk beliau. Siap buat parking lot lagi tu. Malah, kontena yang sepatutnya menjadi pejabat RELA di situ, telah disalahguna pula sebagai Bilik Gerakan Parti Pembangkang semasa PRU-12 dulu.


Bila JKK Kampung Sentosa bercadang hendak mengambil alih tanah ini bagi kegunaan belia, dikatakan pula UMNO yang zalim, kononnya nak rampas tanah RELA. Apa barang...

Sempena program 'Pemimpin Bersama Rakyat' pada 16 Jun 2012 di Kampung Sentosa, Tok Mad mosti solosaikan masalah ni yang dah berlarutan sokian lamo demi kopentingan belio dan penduduk Kampung Sentosa. Itupun kok Tok Mad handa la...

Thursday, June 14, 2012

Rukun Islam ke-6 PAS

Nampaknya selepas pelbagai keraguan munasabah akan kesesatan Partai Ajaran Sesat dipimpin Abdul Hadi Awang dengan de-facto leadernya Nik Aziz Nik Mat, makin galak memesong fikiran Ahlul Sunnah Wal-Jamaah. Kenyataan tanpa mempedulikan implikasi 19.8 juta manusia Islam di Malaysia oleh Tuan Nik Ibrahim amat memalukan ummah Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang taat mengikuti susur galur pimpinan ilmuan Imam As-Shafie di Malaysia.

Pengikut Pas tangguh kerja HAJI? Apakah Pas mula mencabar "panggilan Allah" dengan menambah Rukun Islam ke-6 iaitu, undi pilihanraya itu wajib? 

Setiap insan yang naik namanya dalam senarai pergerakan jemaah Haji ialah insan yang ditakdirkan haqnya untuk tahun hijriah demikian. Apakah telah sampai sejauh ini, Syiah memesong faham ahli Pas? Syiah Ismailiah Batiniyah! Wahabi dan Khawarij yang makin membarah dalam Pas?

Masih ramai ahli Pas yang percaya dek kerananya hinggalah kubur Ibrahim Libya di Memali diiktiraf sebagai syuhada' oleh Pas kerana bau kuburnya yang harum kasturi. Masakan tidak, mereka setiap sebelum subuh, ada kutu buat tugasan khas untuk siram dengan minyak wangi.

Kini Pas sudah berdalil baru, fatwa khas bahawa kerja haji boleh buat macam sembahyang. Maknanya perihal sembahyang pun boleh ditunda/tangguh. Andai perkara RUKUN pun Pas masih keliru, apalagi urusan membina Negara, mahupun mentadbir PUTRAJAYA?

Ternyata Pas sebuah parti paling berjaya MEMBONGAK rakyat jelata. Akhbar Harakah makin menjadi akhbar hiburan dan pelacur minda wasatiyyah. Negara ini akan terus dilema dek kerana Pas hancur dan terkubur.

UMNO makin relevan, tetapi kebanyakan Pemimpin UMNO semasa makin tidak relevan. Orang UMNO tinggal tak berapa kerat untuk menakhoda zaman. UMNO Negeri Sembilan masih samdol dan lopong untuk urusan tamadun Bangsa Melayu di Bumi Perpatih. Ketua-ketua Bahagian UMNO ada telinga pekak dan tuli, mata buto dan tokak, mulut bisu dan buruk kerana masih terkesima dek "pengampu, penyapu buruk, penyamun tarbus" keliling pinggang mereka.

Apakah akan berlaku satu lagi peperangan Muk'tah di Bumi Melayu? Selamat tinggal Syiah, Khawarij dan Wahabi. Selamat Tinggal Freemason dan Komunis. Kuburmu sedang digali, bila lagi nak didiami...

Tuesday, June 12, 2012

Katakanlah Komplot Pembangkang menang PRU-13...

1. Isunya di sini ialah siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri dari pihak Komplot Pembangkang. Penting woo...jadi Perdana Menteri Malaysia. Orang paling berkuasa di Malaysia beb. Siapa yang tak nak kuasa?! Dapat jadi ketua darjah pun boleh kembang lubang jub... inikan pula jawatan Perdana Menteri Malaysia.

2. Rakyat tak penting...yang penting ialah jawatan Perdana Menteri. Visi, misi, wawasan, perancangan etc. semua tu tak perlu...yang utama bagi mereka ialah dapat Putrajaya dulu, apa nak buat belakang kira. Janji boleh macam-macam, tapi bagaimana nak laksanakan, itu kemudian cerita. Tengok hal beku PTPTN di Unisel pun dah cukup untuk dijadikan contoh. Harap cakap je bedegar nak hapus PTPTN...baru dibekukan pun dah panik...lagi mau cakap lebey...

3. Karpal menegaskan, "Selagi saya hidup, saya akan berjuang untuk melihat seorang bukan Melayu menjadi Perdana Menteri." Dan tambahnya lagi, "Saya akui tersasul menyebut menamakan Lim Guan Eng sebagai Perdana Menteri tetapi buat masa ini, kita (komplot pembangkang) sepakat untuk pilih Anwar jika menang pilihan raya nanti."

4. Kebiasaannya apabila seseorang itu tersasul menyebut sesuatu, sebenarnya dia menyebut apa yang telah lama bermain difikirannya, atau sudah sering dibincang serta disebut dalam hati.

5. Justeru apabila Karpal 'tersasul' menyebut nama Lim Guan Eng sebagai Perdana Menteri, bermakna Karpal bukan cakap kosong, atau konon tidak sengaja menyebutnya. Pasti perkara itu sudah lama bermain dimindanya, dengan beberapa pertimbangan, serta strategi yang memungkinkan apa yang disebutkannya itu sebenarnya BOLEH MENJADI KENYATAAN iaitu PERDANA MENTERI BUKAN MELAYU PERTAMA DI MALAYSIA.

6. Ok...katakanlah Komplot Pembangkang menang di PRU-13 (selisih malaikat 44), mereka kononnya sepakat memilih Bro Anwar Bin Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Persoalannya, berapa lama agaknya Bro Anwar Bin Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri? Baca semula kata-kata Karpal yang di warnakan merah di atas, "buat masa ini" pilih Anwar. Maksudnya, akan datang belum tentu...

7. Kita mengandaikan pula apabila Bro Anwar Bin Ibrahim menjadi PM, sudah tentu dia akan melantik 2 orang timbalannya di kalangan pemimpin Pas dan DAP bagi menjaga hati kedua parti sekomplot-nya. Sementelah sehingga kini, geng Komplot Pembangkang masih belum menyenaraikan kabinet bayangan seandainya mereka menang di PRU-13. Bermakna andaian bahawa Malaysia mungkin mempunyai 2 orang Timbalan Perdana Menteri daripada kalangan Komplot Pembangkang, tidaklah boleh diketepikan begitu saja, kerana andaian ini ada pemberatnya.

8. Kita andaikan pula, Timbalan Perdana Menteri 1 ialah LGE daripada DAP dan Timbalan Perdana Menteri 2 ialah Husam Musa daripada Pas. Jangan haraplah Anwar nak lantik Hadi sebagai TPM 2...apa klass beb.

9. Mengapa Timbalan Perdana Menteri 1 mesti dari kalangan DAP dan bukannya Pas? Kerana DAP tahu banyak rahsia Anwar. Siapa yang jadi peguambela Anwar untuk kes liwat II? Agaknya mengapa peguam-peguam DAP ini begitu sukarela membela Anwar?

10. Ditambah pula dengan segala maklumat sulit berkenaan Anwar yang bakal disalurkan rakan DAP dari Singapura, akan menyebabkan kerandut Bro Anwar Bin Ibrahim sentiasa senak dalam genggaman DAP.

11. Sedikit maklumat, LKY pada 1998 pernah menulis surat kepada Tun Mahathir, mempersenda pihak risikan Malaysia yang lambat tahu mengenai Anwar. Singapura tahu siapa sebenarnya Anwar Ibrahim sejak 1991, ketika Anwar memegang jawatan Menteri Kewangan. Singapura dah lama intip Anwar dan berniat menggunakan maklumat tersebut untuk mengugut Anwar dan Malaysia seandainya Anwar dilantik Perdana Menteri Malaysia.

12. Berbalik kepada persoalan, andai Anwar sah dilantik Perdana Menteri dikalangan Komplot Pembangkang, agak-agak berapa lama dia akan bertahan dalam jawatan? Sebulan? Setahun? 2 tahun? DAP pasti menggunakan segala sumber yang dimiliki mereka untuk mendesak Anwar memenuhi semua tuntutan mereka, termasuklah menuntut jawatan Perdana Menteri dikalangan bukan Melayu.

13. Jika itu berlaku, adakah Anwar akan menurut kehendak DAP, atau dia akan berdemo...ops...melawan? Tapi berdasarkan situasi yang berlaku dalam Komplot Pembangkang hari ini, jelas bukan Pas sahaja yang telah menjadi balaci DAP, malah PkR pun sama menjadi pak turut DAP. Maka andaian bahawa Anwar akan melawan segala tuntutan DAP pada masa hadapan, bolehlah diibaratkan umpama mimpi dalam mimpi.

14. Bro Anwar Bin Ibrahim pasti diberi kata dua, sama ada letak jawatan dan diberi taraf negarawan dengan gelaran Tun, atau rahsianya dibocorkan besar-besaran, yang bukan sahaja bakal menjahanamkan imej Anwar di seluruh dunia, tetapi turut memalukan seisi keturunannya hingga mungkin memaksa mereka lari berhijrah ke Zimbabwe. Mengapa Zimbabwe? Heh...

15. Hakikatnya, khayalan Karpal yang kononnya tersasul menyebut LGE sebagai PM bukanlah sesuatu yang tidak disengajakan. Sudah ada perkiraan dan strategi yang sememangnya dirancang sekian lama untuk memungkinkan ianya berlaku.

16. Tapi masih ada juga cara lain yang memungkinkan bukan Melayu menerajui negara Persekutuan Tanah Melayu, iaitu dengan menukarkan status dan sistem Malaysia kepada negara Republik. Azmin Ali pernah dijanjikan jawatan Perdana Menteri oleh Anwar yang berhasrat menukar negara ini kepada negara Republik, dan kononnya Bro Anwar Bin Ibrahim sendiri akan dilantik sebagai Presiden pertama. Sebab itulah Azmin sanggup buat serta merelakan apa saja untuk Anwar, semata-mata kerana kuasa dan mengidamkan jawatan Perdana Menteri Malaysia. Mungkinkah? Mampukah? Only time will tell...

17. Walaubagaimanapun, cara kedua ini agak sukar dilakukan (walaupun tidak mustahil) kerana mereka perlu menghapuskan kuasa Raja-Raja Melayu di negara ini yang pastinya tidak semudah sepertimana yang pernah berlaku di Indonesia. Justeru, strategi pertama iaitu merealisasikan impian Perdana Menteri bukan Melayu pertama di Malaysia oleh DAP, sebenarnya agak praktikal untuk dilaksanakan.

18. Akan ada yang mengatakan, "argh...tak mungkinlah", "mengarutlah kau ni", "ini semuanya hampeh"...bla...bla...bla...

19. Harus diingat bahawa Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan membenarkan sesiapa saja dilantik sebagai Perdana Menteri asalkan mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat. 'Tragedi' ini boleh berlaku sekiranya AP Pas berpakat membenarkan usul Perdana Menteri dilantik dikalangan bukan Melayu. Lagipun Pok Nik sendiri pernah bagi green light akan hal ini. AP Melayu DAP dan PkR dah tentulah akan sokong apa saja usul asalkan mereka berkuasa.

20. Ia bukan perkara mustahil lagi seandainya Melayu yang menyokong Komplot Pembangkang hari ini sama bingainya dengan Melayu Singapura masa zaman Lee Kuan Yew pakai songkok dan kepit akhbar Utusan Melayu Jawi ke hulu ke hilir menipu orang Melayu. Lagipun zaman ini dah ada jelmaan "Umar Abdul Aziz" di kalangan DAP yang disanjung dan dipuja oleh Pas. Siap bagi cina DAP masuk surau dan masjid, ceramah, baca tafsir Quran depan Melayu dan disambut pula dengan takbir.

21. Dulu di depan Melayu, LKY janji akan kekalkan Hak Istimewa Melayu (Perkara 152 Perlembagaan Singapura) dan mengekalkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Singapura. Tapi hari ini realiti Melayu di Singapura? Anda sendiri tahu bagaimana...

22. Depan Cina pula, LKY gelar Melayu sebagai "anjing-anjing Tunku". Hari ini, orang Melayu sendiri yang gelar sesama Melayu sebagai "anjing" terutamanya terhadap polis Melayu dan Melayu yang menyokong kerajaan.

23. Sejarah pasti akan berulang, kerana itu janji dan ingatan Allah kepada manusia yang sering alpa akan hakikat penghapusan kaum-kaum yang banyak dikisahkan dalam Al-Quran Nul Karim.

24. Mungkinkah Melayu yang asalnya melarat, sesudah berjaya, akan kembali merempat? Wallahualam.

Sunday, June 10, 2012

Seram Kaki Pancing



Jauhar (bukan nama sebenar) memang kaki pancing. Sebut mana saja lubuk atau sungai semua dia pergi. Kalau ada yang cakap kat sungai tu ada ikan, Jauhar mesti pi mancing kat situ.

Suatu hari masa minum kat kedai kopi Pak Daud, Jauhar terdengar rakan sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yang banyak ikan kat sungai di kampung seberang. Lubuk tu agak jauh di pedalaman, lebih kurang 55 km dari kampungnya, tepi pinggir hutan.

Tengahari tu, Jauhar dah bersiap nak pergi memancing di lubuk yang diceritakan, siap pakai helmet, Jauhar masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dalam raga motor. Sepanjang perjalanan Jauhar menyanyi riang, walaupun agak jauh perjalanan ke kampung seberang tu. Dah hampir masuk waktu Asar, baru Jauhar sampai. Teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi; dia terfikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak nak solat Asar.

Tak berapa jauh di situ, Jauhar nampak sebuah surau yang agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tersebut. Keliling surau pula ditumbuhi pokok yang berambu-ramba dan agak menyeramkan. Disebabkan belum lagi solat, Jauhar bergegas berhenti, dilihatnya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu.

Disebabkan waktu Zohor hampir tamat, tergesa-gesa Jauhar naik ke surau untuk bersolat. Ketika di rakaat kedua, Jauhar tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tak semena-mena meremang. "Hish, sapa pulak yg gelak tu?", kata hati Jauhar. Bulu tengkoknya bertambah meremang bila terdengar pula suara perempuan ketawa seakan mengilai. Dahlah setiap kali sujud Jauhar terasa kepala dan tengkuknya berat daripada biasa. Jauhar mula rasa tak sedap hati. "Ni surau berhantu ke apa ni? Dahlah uzur surau ni, alahai, sapa pulak yang duduk kat tengkuk aku ni sampai berat semacam", bisik hati Jauhar.

Sedaya-upaya Jauhar tenangkan hati. Dia sebolehnya ingin segera sudahkan solat dan keluar dari surau tu secepat mungkin. Bulu romanya semakin meremang kerana suara orang ketawa semakin ramai, sampai ada yang terbatuk-batuk.

Syukur, dia dah di tahiyat akhir. Selesai memberi salam, dia segera meraup mukanya dengan tangan dari atas ubun-ubun kepala sampai ke dagu, dan sekonyong-konyongnya, Jauhar terperasankan sesuatu.

Hehehe....... rupa-rupanya Jauhar terlupa nak tanggalkan helmet masa nak solat tadi sebab terlampau nak cepat. Bila Jauhar toleh ke belakang, berderau darahnya. Patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang-orang kampung yang datang nak solat Asar duk gelakkan dia sebab solat pakai helmet. Patut ler kepala rasa berat semacam.

Apa lagi, terus Jauhar cepat-cepat blah. Malunya mak aii....rasa nak sagat je muka kat dinding. Hajat nak memancing pun terbantut dan terus Jauhar pulang ke rumah dengan seribu kemaluan. Hehehe...

WA'AD

Dipetik dari Hikayat Melayu/Salala'tus Salatin: PERJANJIAN RAJA MELAYU DAN RAKYATNYA

Jikalau ada salahnya sekalipun atau sebab zalimnya atau jahatnya dan jangan sekali hamba melayu menitik akan darah ke bumi. Jikalau sangat benci hendaklah undur dari negeri itu hingga dalam takluk negerinya jua. Maka sembah Demang Lebar Daun, "Baiklah duli Tuanku, tetapi jikalau anak cucu Tuanku dahalu mengubah janji, Patik pun berubah juga." Maka titah Baginda, "Baiklah pohon kabullah hamba." lalu bersumpah setia Demang Lebar Daun. Maka titah baginda," Barangsiapa hamba Melayu derhaka mengubah janjinya dengan rajanya dibalikkan Allah Ta'ala bumbung rumahnya ke bawah kaki tiang ke atas." Maka sembah Demang Lebar Daun,"Jikalau Raja Melayu mengubah janjinya dengan hamba Melayu dibinasakan Allah Ta'ala negeri dan takhta kerajaan."

Saturday, June 9, 2012

Tali lobih MAHAL dari Kobau

Inilah Perang Psikologi paling hebat abad ini.



Daulat Tuanku!

PAKATAN KANTOI BODOH?! Kah Kah Kah!

Kah..kah..kah..

Memula janji mahu hapus PTPTN kalau dapat Putrajaya.

Konon nak buat free education. Habis semua dizikirkan nama-nama negara di dunia yang aplikasi free education, sambil sorok fakta jumlah cukai yang terpaksa dibayar rakyat negara yang dijadikan contoh tu.

Lepas tu si Big Bos Gay Tua Pakatan pulak arahkan hasut mahasiswa supaya jangan bayar hutang PTPTN.

Orang PTPTN fedup, terus kasi beku PTPTN pada bebudak universiti negeri pakatan. Logik la tindakan tu. Buat apa nak bagi pinjaman pada mereka yang tak hargai sumbangan orang lain? Dalam bahasa kasarnya, apa kejadahnya nak bagi hutang pada orang yang tak nak bayar hutang?

Tup..tup lepas beku, terus semuanya meroyan. Mereka yang sebelum ni konon berjanji nak bagi pendidikan percumalah..hasut jangan bayar hutanglah...terus keluar statement macam-macam.

Seperti biasa semuanya menyalahkan UMNO/BN. Kemudian buat ayat, "Ketepikan semangat Federalisme" lah, "mengecewakan ibu bapa Melayu" lah, "mahu jaminan menteri agar pembekuan pinjaman tidak berulang" lah, "politik dendam UMNO amat memualkan" lah..itulah..inilah..aiskrim lah, c doll lah, derhaka lah, pukul 3 pagi lah..bla..bla..boleh blah!

Siapa yang mulakan hal ni semua? Siapa yang mula hasut mahasiswa ponteng kuliah untuk berdemo hapus PTPTN serta melawan pihak berkuasa di Dataran Merdeka? Siapa yang mula bawa idea akan hapuskan PTPTN jika dapat Putrajaya dan konon akan beri pendidikan percuma kepada rakyat? Siapa yang mula arah mahasiswa supaya jangan bayar hutang PTPTN?

Siapa? Siapa? Siapa?

Baru umum beku...dah gila meroyan tahap cipan...belum PTPTN hapus lagi.

Kepada pemimpin dan pencacai atau pencinta Komplot Pembangkang...kasi WALK THE TALK la brader. Buat dulu free education di Kedah, Kelantan, Penang dan Selangor, baru rakyat boleh percaya. Paling tidak pun, segala kos di Taska Pasti yang anak bongsu Cicit Kamat sedang belajar sekarang ni pun kasi hapus dululah, baru orang boleh yakin.

Kah..kah..kah..

Kes beku PTPTN di Unisel ni jelas membuktikan Komplot Pembangkang tajaan Bro Anwar Bin Ibrahim, Hadi/Ajis, dan Lim Siang Eng Singh TERPERANGKAP DENGAN GAME SENDIRI DAN KANTOI TAHAP PALOI NAK MAMPOS!

KAH KAH KAH...KAH KAH KAH...KAH KAH KAH...! Sakit perut den golak...

Gambar ni lagi kelakar...KAH..KAH..KAH..

Friday, June 8, 2012

HAKIM MARZUKI vs ZABIDIN MOHD DIAH


Sangat mengharukan apabila seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu. 

Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. 

Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain. 

Hakim menghela nafas dan berkata sambil memandang nenek itu, "Maafkan saya, bu! Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang. Undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar, maka anda harus masuk penjara 2 setengah tahun, seperti tuntutan undang-undang."

Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim membuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil dan memasukkan wang Rp1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah, "Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya. Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh.

Sebelum tukul diketuk, nenek itu telah mendapat sumbangan wang sebanyak Rp3.5 juta dan sebahagiannya diberi kepada mahkamah untuk membayar dendanya. Setelah itu, nenek tersebut pulang dengan wajah gembira dan terharu disebabkan masih punya baki wang, termasuklah wang Rp50 ribu yang turut dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya.

*********

Persoalannya, bagaimana pula dengan hati nurani dan integriti hakim-hakim di Mahkamah Malaysia? Adakah dapat mencontohi apa yang berlaku dalam kes 'Pengurus Ladang Ubi vs Nenek Tua' ini? Adakah hakim-hakim kita mempunyai hati nurani seperti Hakim Marzuki? Adakah hakim-hakim kita benar-benar bebas daripada dipengaruhi serta bersungguh-sungguh dalam setiap penghakimannya? 

Ambil contoh penghakiman yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Dato' Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam Kes Liwat II yang membuat keputusan bahawa mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus ketulenan sampel DNA yang dikemukakan sebagai bukti itu tidak terusik. Keputusan melepas dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat semata-mata kerana mahkamah keberatan untuk menyabitkan tertuduh hanya berdasarkan keterangan mangsa, Mohd Saiful Bukhari Azlan. 

Saya tidak berhasrat mempertikaikan keputusan mahkamah, mahupun menghina mahkamah atas keputusan yang telah diberikan hakim tersebut, namun hanya ingin memberi pandangan mengenai perbicaraan yang seolah wujud beberapa unsur luar biasa yang berbeza berbanding pengendalian kes yang sama dibuat oleh hakim-hakim lain. 

Sepanjang perbicaraan kes liwat II yang bermula pada 7 Ogos 2008, sehinggalah ke 9 Januari 2012 yang mana mengambil masa 3 tahun 6 bulan; Bro Anwar Bin Ibrahim selaku tertuduh, berjaya menangguhkan kes sebanyak 69 kali termasuk 38 kali rayuan, merupakan rekod dalam sejarah sistem kehakiman Malaysia dan mungkin juga dunia.

Penangguhan serta rayuan yang dibuat kebanyakannya atas alasan yang tidak munasabah, seperti penangguhan untuk menukar peguam bela daripada Sulaiman Abdullah kepada Karpal Singh. Cuti sakit ketua peguambela pun boleh menyebabkan penangguhan, walhal tertuduh mempunyai barisan peguam yang ramai. Rayuan pula ada bermacam jenis seperti rayuan menukar hakim, rayuan tolak bukti DNA, rayuan gugur kes, rayuan bukti bla...bla...bla. 

Lazimnya, seorang tertuduh yang menghadapi kes mahkamah perlu membayar wang jaminan kepada pihak Mahkamah supaya tertuduh menghadirkan diri. Namun dalam kes liwat Bro Anwar Bin Ibrahim, tertuduh tidak perlu membayar sesen pun wang jaminan dan hanya dibebaskan dengan bon peribadi semata yang jelas merupakan satu bentuk diskriminasi berbanding tertuduh lain seumpamanya. 

Dan sepanjang berlangsungnya perbicaraan, Bro Anwar Bin Ibrahim berkali kali pula 'diizinkan' untuk menghina Mahkamah apabila membicarakan fakta kes sewenang-wenangnya di hadapan para penyokong Komplot Pembangkang di pentas-pentas ceramah. Malah, Mahkamah sedikit pun tidak memberi amaran, jauh sekali untuk mengambil tindakan atas perbuatan Bro Anwar Bin Ibrahim yang jelas terang-terangan menghina mahkamah apabila bertindak membicarakan kes liwatnya dalam siri jelajah ceramah ajuran Komplot Pembangkang. 

Penyudahnya, Anwar dibebaskan. Bebas dah satu hal...Jabatan Peguam Negara nak failkan rayuan pun puas didesak, barulah nak bertindak, itupun di hari terakhir tempoh rayuan. 

Persoalan yang bermain di minda ramai rakyat marhaen di bawah ni, mengapa kerenah Anwar dilayan oleh Mahkamah? Kenapa Anwar bebas menghina dan mempersendakan Mahkamah? Kenapa Jabatan Peguam Negara mengambil masa lama untuk kemukakan rayuan? 

Namun, kemunculan bekas Peguamcara Negara II, Dato' Mohd Yusof Zainal Abiden sebagai peguambela Anwar dalam kes rusuhan bersih di Mahkamah Sesyen KL, telah menjawab banyak persoalan di minda rakyat akan 'permainan' sebenar dalam kes Anwar vs Saiful Bukhari. Selamanyalah rakyat menjadi mentimun dipermainkan geng kolar putih, sama ada dalam sistem kehakiman sendiri, mahupun jerung gay macam Bro Anwar Bin Ibrahim.

Jauh lagilah nampaknya para hakim dan peguam di Malaysia ni nak mencapai taraf maqam Hakim Marzuki!

Thursday, June 7, 2012

Lebuhraya ke SYURGA...

Assalamualaikum.

Jom kita pakat derma ramai-ramai... dapat pahala boleh ke SYURGA...

Sekian Terima Kasih.

Wednesday, June 6, 2012

BN miskin Rakyat papa

BN akan menjadi terus miskin kerana terpaksa kikis dan hakis semua harta kekayaan negara untuk rakyat yang papa. Apakah peranan rakyat kepada Barisan Nasional?

BN akan terus berjanji dan tepati. BN akan terus membayar dan membeli demi rakyat yang dikasihi. Namun, rakyat makin papa dan tidak dewasa dalam menilai peranan rakyat jelata?

Rakyat sudah menjadi kematu dan mangli dengan kemiskinan perangai dan asohan Pas, DAP dan PkR yang berazam takluki Putrajaya. Kumpulan "pelampau politik berpaksikan SYIAH, WAHABI, KOMUNIS, FREEMASON" ini semakin membuat rakyat dan pengundi berdaftar PAPA dan PARIA di negara sendiri.

BN menjadi miskin dek kerana sikap kemiskinan hayat dan roh rakyat yang nampaknya semakin tamak, bongkak dan riak dengan ketaksuban berpolitik, sedangkan secara purata 85% rakyat masih miskin dan melarat.

Rakyat papa kerana:

1. Bekerja dan dibayar gaji/upah/ganjaran/saraan/elaun yang kurang daripada kadar relevan kos kehidupan semasa. Dulu RM1,000, kini masih ada yang dibayar RM1,000 pada perbuatan kerja yang sama. Sedangkan kos belian bahan makanan meningkat 200%.

2. Rumah paling murah berharga RM45,000 (PPRT). Mampu dibayar dan dimiliki oleh seorang pekerja Alam Flora yang bergaji RM1,000 (termasuk gaji+elaun khidmat kotor, busuk, penat, penyakit), yang punya anak 1 orang. Bersyarat pekerja ini seorang penganut agama yang baik. Tak berjudi, minum arak dan kaki betina, maka cukuplah makan-pakai mereka sahaja.

3. Ramai di luar sana, kos tanggungan isi rumah sebanyak RM3,000 tidak mampu memiliki rumah mampu milik. Rumah paling murah kos rendah sekitar RM150,000 di KL dan Selangor. Di Seremban, masih rendah khabarnya. Namun jika berpeluang had gaji wajar isi rumah eksekutif di Malaysia ialah RM6,000.

BN akan terus miskin kerana skim gaji sektor awam dan swasta di Malaysia masih ditakuk lama. 30 tahun dulu, gaji seorang Pengarah Kewangan Tabung Haji pada tahun 1972 ialah RM1,800. Hari ini Pengarah Kewangan di mana-mana GLC atau mungkin CEO mencecah RM120,000 sebulan. Namun, para pekerja bawahan yang berhempas pulas memastikan tak terlingkupnya organisasi, hanya dibayar "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, kais semalam langsung tak berbaki".

Alangkah baiknya jika seorang pekerja buruh dapat gaji RM1,800, maka bolehlah dia bernafas menyara survival di KL dan Selangor atau mana-mana ceruk Tanah Melayu. Kantung CEO dan sewaktunya masih besar, sedangkan yang kerja bagai nak mati, dikuli batakkan adalah pekerja bawahan, pegawai bawahan, pegawai pertengahan.

Ini tugas besar Barisan NASIONAL!

Tuesday, June 5, 2012

YB-YB di Malaysia Kurang Intergriti

28 bulan lalu, Pak Sedaro pernah menulis Diari Ideal Aku "Ahli Yang Berhormat". Ramai yang baco golak-golak hingga berguling mencium tanah. Lucu dan terlalu idealistik kobar eh. Namun apabila di rujuk dalam tulisan Bimbingan Muslimin yang dinukil oleh Imam Abdul Hamid Al-Ghazalli, dan diambil kisah kehebatan Sultan Turki Ottomaniah, Sultan Muhamad Al-Fateh, ianya masih tepat dan wajar.

Muhamad Al-Fateh sebagai contoh memberi cerminan integriti pemimpin yang paling hebat. Kemampuan beliau sebagai panglima perang, pakar strategi pengurusan negara, ahli agama yang taat dan kuat sehingga mampu menjadi imam Solat Jumaat dan sebagainya; sentiasa tidak lekang dengan zikir dan tasbih sebelum bertempur dan berhujah, mampu berkomunikasi dalam 7 bahasa dunia, ahli ekonomi dan tamadun sosial, begitu taat dengan masa orang lain...adalah antara ciri dan sifat semulajadi yang wajar diikuti oleh pemimpin Melayu.

Pemimpin politik yang sihat akal, waras daya dan bijak fizikal perlu berintegriti. Antara langkah pertama yang perlu diuruskan ialah;

1. Berkata benar walaupun amat pahit, walau terpaksa ditempelak oleh YAB PM sekali pun. Namun derhaka kepada Agama, Bangsa dan Negara tiada kompromi.

2. "Buat baik ayuhai rakan, ke dalam laut engkau campakkan, walau tidak dikenal ikan, Tuhanmu tahu iyakah bukan."

3. Kaya Wang Ringgit, Kaya Perangai, Kaya Asuhan, Kaya Hayat dan Roh.

4. Taat kepada Agama, Taat kepada Raja, Taat kepada Tanahair, Taat kepada Ilmu yang Berguna.

5. Siddiq, Tabligh, Amanah dan Fatanah.

Jika integriti pemimpin masih boleh dipersenda oleh pengundi, maka jauh lagilah kita untuk matang seperti negara-negara penjajah. 

Sedarlah bahawa kesan penjajahan di kalangan kita masih baru lagi. Kita ada 150 tahun lagi untuk menjadi matang dalam TAMADUN BANGSA TANAH MELAYU MERDEKA DAN BERDAULAT.

Hidup Melayu, Hidup UMNO, Undilah Barisan Nasional!

Sunday, June 3, 2012

MBNS lagi?!

Menteri Besar Negeri Sembilan??? Bukan jang. Yang sebonar eh nak cerito hangit dan topat pasal tok pekong-tok pekong yang baru bermastautin dalam Majlis Belia Negeri Sembilan. Dah galak bonar kito nyalang isu-isu sensasi, hangat dan paneh punggung MBNS ini. Namun ternyata petua pekak badak dan bodoh sombong MBNS patut dipuji.

Pak Sedaro suko sarankan Sekretariat Belia YNS yang kobar eh dah keluar baris Parman, dan diganti dengan Zamri, mako YAB MB ambillah masa dan ruang untuk memberi fokus kepada peranan dan perancangan strategik RPBNS2 untuk dijayakan secara saksama dan berterusan.

Kok takyo cayo dengan Zamri, Pengarah Sekretariat Belia YNS yang baru tu campaklah ketopi dan bubarkan Sekretariat Belia YNS yang terlalu lamo lopong. Dah nak basi cerita dan berita RPBNS2 dengan perayaan Sambutan Belia peringkat Negeri pun tidak dikordinasi ikhlas oleh ketumbukan utama belia dalam Negeri Sembilan.

Penatlah Pengarah JBS, Baharuddin Md Jali berhempas pulas. Lotihlah juo melihat budak hingusan yang bolun tentu arah lagi dah dihadiahkan Tokoh Belia Wanita NSDK...apo kojo ni? Menjerat lubang-menggali lubang?

Apakah dokumen RPBNS2 hanyalah karangan berkajang-kajang demi membuktikan bahawa TONG SAMPAH LEBIH MULIA DARIPADA RPBNS2? Jika demikian tingkah gerak silat pihak-pihak bertangungjawab, khasnya YB Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, YB Setiausaha Kerajaan Negeri yang tak sudah-sudah berperanan "Little Napoleon", YB-YB yang ramai temberang di Dewan Undangan Negeri, ditambah dengan "ilmu tai chi" pegawai-pegawai kanan Kerajaan Negeri yang penakut kepada YAB MB, maka hancurlah sebuah pentadbiran eksekutif BN.

Negeri Kerja Belia hanya retorika daif dan paria sekumpulan pemikir belia. Negeri Kerja Belia hanya fatamorgana yang dicetuskan untuk menelanjangkan kerendahan ilmu sekumpulan pemikir belia. Benarlah pesanan Za'aba dalam Makalah Al-Ikhwan bertarikh 16 Mac 1927, bahawa Melayu masih Miskin iaitu;

1. Miskin Wang Ringgit
2. Miskin Perangai
3. Miskin Asuhan
4. Miskin Hayat dan Roh

Saturday, June 2, 2012

KENYATAAN AKHBAR KBS


"1 BELIA 1 MALAYSIA"
HIMPUNAN JUTAAN BELIA-PUTRAJAYA MEI 2012


KBS TIDAK BAYAR K-POP GUNA WANG KERAJAAN

PUTRAJAYA, 1 JUN 2012-- Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, tidak menggunakan sebarang wang kerajaan untuk membayar persembahan K-Pop daripada Korea untuk persembahan mereka di Himpunan Jutaan Belia dari 23 hingga 27 Mei 2012.

Ini kerana kos untuk membawa tiga kumpulan tersebut ke Malaysia oleh Stadium First bernilai RM900,000 (USD300,000) akan dibuat melalui wang tajaan yang diterima oleh KBS daripada penaja-penaja.

Bagaimanapun sehingga hari ini, KBS masih belum membuat sebarang pembayaran kepada Stadium First kerana ianya masih dalam proses perincian.

Kos RM900,000 ini telah ditanggung oleh Stadium First selaku pembekal program kepada KBS dan kita akan menggunakan wang daripada tajaan pihak swasta untuk menyelesaikannya.

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia menerima tajaan daripada pelbagai syarikat swasta bernilai RM28juta dalam bentuk wang tunai, barangan dan juga pelaksanaan program. 

KBS ingin menjelaskan bahawa invois bernilai RM2.4juta yang telah diedarkan di dalam blog-blog itu adalah invois awal yang dibuat berdasarkan perkiraan awal yang dikenakan oleh agen kepada Stadium First.

Bagaimanapun menerusi perbincangan dengan agen tersebut akhirnya pihak Stadium First telah berjaya mendapatkan pengurangan dengan kos akhir membawa kumpulan K-pop tersebut hanya RM900,000.

Tiga kumpulan K-Pop dari Korea yang membuat persembahan di Himpunan Jutaan Belia adalah U KISS, TEEN TOP dan DAL SHABET.

Persembahan K-pop ini adalah salah satu daripada lebih 500 aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tempoh 5 hari Himpunan Jutaan Belia 2012.

DATO' MOHID MOHAMED
KETUA SETIAUSAHA
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA
1 JUN 2012

Untuk maklumat tambahan, sila berhubung
PUAN AZIAH AHMAD
Ketua Komunikasi Korporat, KBS
019-3315577

Friday, June 1, 2012

Cerai Talak Satu Rosmah


Nelson Mandela dek kerana tekanan rakyat dan tekanan dalaman, terpaksa menceraikan isterinya yang begitu galak melangsaikan wang ringgit hingga juling matanya apabila shopping tak ingat dunia. Gelagat jelek ini nampaknya diwarisi oleh beberapa orang isteri Presiden dan Perdana Menteri negara-negara tertentu.


Wahai Ah Jib Gor, kok dogil bonar Rosmah Mansor yang tak apik cakap orang, angkuh dan tak taat dengan teguran Nenda Hajah Rahah, mako ado baiklah ditalak satukan. Mungkin monang bosar BN dalam PRU-13 nie.

Nak nentukan tarikh PRU-13, tak payah menurun lamo bonar. Kok dah baco 28 September bontang Bajet 2013, Pak Sedaro cadangkan waktu yang sesuai ialah sebelum masuk tahun baru 2013.

Peminat Rosmah pasti melonting dongan cadangan Pak Sedaro ni, Tapi dalam hati ramai orang yang diam, agak eh setuju yor...

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang mukmin mengambil orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barang siapa berbuat demikian, niscaya lepaslah ia dari pertolongan (daripada apa-apa hubungan dengan) Allah."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."
Blog Widget by LinkWithin

Blog Archive