Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Tuesday, April 2, 2013

2 soalan untuk Mohamad Hasan

Senarai calon Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan untuk pilihan raya umum ke-13 (PRU13) sedang disaring oleh agensi seperti Jabatan Insolvensi dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk mengenal pasti calon yang benar-benar layak dan bersih bertanding.

"Jadi belum ada yang muktamad ataupun disenarai pendekkan. Senarai calon ini ramai, ada nama baharu, ada nama lama....termasuk penyandang," kata Pengerusi BN negeri Datuk Seri Mohamad Hasan di sini hari ini.

Mohamad berkata apabila siap melalui saringan itu, senarai calon akan dihantar kepada pimpinan pusat parti yang seterusnya akan menentukan calon boleh menang.

Mohamad juga menegaskan bahawa pemilihan calon bagi PRU13 ini berbeza kerana senarai pendek calon yang bertanding akan  diputuskan pemimpin tertinggi parti, bukannya Badan Perhubungan Negeri, seperti sebelum ini.

"Dulu kami guna satu saluran iaitu semua pimpinan di peringkat bahagian hantar kepada Badan Perhubungan Negeri dan badan perhubungan akan buat senarai pendek dan menghantar nama. Tapi sekarang ini proses menyenarai pendek dibuat di peringkat pusat. Jadi tidak timbul lagi badan perhubungan yang membuang nama dan sebagainya," katanya.

Justeru, Mohamad yang juga Menteri Besar berkata semua pihak perlu akur dengan senarai calon yang akan diputuskan kelak oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, selaku pengerusi BN. Selanjutnya Sinar.

Soalan Pertama

Nama Mohamad Hasan dan Khairy Jamaluddin lepas tak saringan Jabatan Insolvensi dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia? Kes 10 juta dan MBI camno? Klik.

Soalan Kedua

Beberapa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan yang kahwin dua lepas jadi Exco tu boleh masuk senarai Winnable Candidate lagi ke?

10 comments:

  1. 10 golongan yang di usir di Padang Mahsyar

    1. Mereka diusir berupa kera. Mereka adalah manusia yang suka mengadudomba.

    2. Mereka diusir berupa babi. Mereka adalah manusia yang suka memakan barang yang haram.

    3. Mereka dihalau dalam keadaan terbalik kaki di atas dan kepala di bawah. Mereka adalah dari golongan yang suka berdusta.

    4. Mereka dihalau dalam keadaan bisu dan pekak serta tidak berakal. Mereka adalah dari golongan yang riak bangga diri dan sombong.

    5. Mereka dihalau dalam keadaan mengunyah lidah sendiri sedang lidahnya itu menjulur ke bawah sampai ke dadanya dan dari mulutnya keluar nanah yang menjijikkan. Mereka adalah ahli pidato yang ucapannya berlainan dengan perilakunya.

    6. Mereka dihalau dalam keadaan tersalib di pohon kurma dari neraka. Mereka adalah manusia yang berusaha mengajak orang ramai untuk menyokong pemimpin yang tidak jujur.

    7. Mereka dihalau dalam keadaan terpotong tangan dan kakinya. Mereka adalah orang-orang yang mengganggu jiran-jiran.

    8. Mereka dihalau dalam keadaan buta. Mereka adalah dari golongan yang curang dalam menetapkan hukum

    9. Mereka dihalau dalam keadaan busuknya lebih busuk daripada bau bangkai. Mereka adalah orang yang gemar melepaskan nafsu syahwat dan menolak perkara wajib seperti zakat, puasa, solat, ... tidak menjalankan kerja dakwah dan sebagainya.

    10. Mereka dikumpulkan dalam keadaan memakai pakaian besi yang panas. Mereka ini adalah manusia yg syirik kepada Allah swt.

    ReplyDelete
  2. Bilo mad hasan kobar senarai pendek calon n9 ditontukan oleh pusat maknonyo najib tak pecayo dio lagi dah. Sobab najib dah tekono 2008 dulu bilo senarai yg pusat setuju tak samo dgn watikah yg mad hasan bg kat calon n9. Sumo mad hasan lotak org dio sajo sobab dio bukan target nak monang pru tapi nak monang pemilihan umno. Ketidakpercayaan najib pado mad hasan ni menunjukkan bye bye yolah karier politik mad hasan dan kroni2nyo.

    ReplyDelete
  3. bro, tok mat ni jonih tak pecayo orang. bilo orang UMNO bagi pendapat dio buek pokak macam dio handa bonar menungkat langit. yg dio dongar cakap ptd. macam la dio pogang jawatan mb tu melalui ptd padahal dio dapek jadi mb atas kapasiti UMNO, bukannyo ptd. PTD malaysia ni pulak jonih perasan bagus macam tau sumo bondo. buek kojo pun ramai yg lombab. kaki kipas ajo yang banyak.

    ReplyDelete
  4. Sapo exco yg kawin duo tu paneh? Samad samo radzi mengail ko?

    ReplyDelete
  5. NS dah berkecai gara2 sikap dan tingkah laku pemimpin umno sendiri.Orang muda dah putuskan yang hatinya tak bersamo umno .70 tahun keatas tak lari kerana inilah kumpulan yang buta ilmu,buta hati dan seperti katak bawah tempurung tetapi mereka ini dipengaruhi olih anak cucu mereka yang rata2 dah menyampah kek umno.50-60an adalah kumpulan yang banyak dikecewakan olih umno yang tak mungkin menyokong umno lagi .Jika andaian ini diterjemahkan kepada undi saya yakin umno nak menang bukan perkara mudah.Rata2 orang pokan dan kampung dah menyampah dengan wakil rakyat mereka kerana lagak dan sikap mereka seolah2 pandai semuanya.Yang dah bertanding nak semula jadi apo jadi yang dah tunggu lamo.Parlimen jolobu misalnya mano ada pengganti sungguhpun ramai bijak padai NS datang dari jolobu .Ini sumo korja rais anak yatim.Kito kena ajar pemimpin politik dengan kekalahan supaya mereka lebih matang dan masa yang sama pengundi setiap masa penting dan dihormati.Negaro lain dah biasa tukar kerajaan kerana kebaikan adalah kepada rakyat dan pada masa yang sama pemimpin tak bolih lagi kelentong pengundi....

    ReplyDelete
  6. Anon 3.44
    Kesemua 10 kategori tu di ungguli oleh Anu war Al Juburi.

    ReplyDelete
  7. anon 950pm itu andaian ekau ajo. orang kampung den sumo ke umno. kek pejabat den sumonyo nak umno monang sobab tau pkr ngan pas tak bulih harap. setakat jadi balaci dap bole la. kurangnyo umno dominan dalam bn. tak macam parti jual agamo dan sokong lgbt tu.

    negaro lain penduduknyo satu kaum majoriti lobih 90$. so tak kisah parti mano monang totap gak kaum majoriti yang perintah. tapi malaysia ni bebilang kaum. kono paham skit kok nak buek comparison tu. kau nak mano? umno yg ditunjang melayu islam yang dominan kuasai 14 parti lain atau pas yang jadi balaci utk 2 parti sajo. setakat geng 3 parti pun masih tak boleh pas dominan. osah bangang amek.

    ReplyDelete
  8. Janganlah risau bonar ..PM dah tau kalau budak Amat tu kokal ..akan punahlah NS. Kepado pecacai Amat ..mintak tolonglah sampaikan kek boss kau tu. Posan kek dio suruh komeh baju pasal nak hantar sumo kek umah taman tun dio tu. Mungkin jugak dio adik beradik nak duduk kek umah dio kek negaro arab tu. Bukan apo ..takut kono cokup kek sprm sok kalau berlegar yo kek rantau.

    ReplyDelete
  9. Paneh..
    Komen skit apo hal kek tampin..dun ropah..donga cito shaziman restu calon bebas brtnding..toke keto tu dh siap buka bilik gerakan...kah kah kah..beghamuk yolH kojo korang..eh lupo plk klu x beghamuk bukan la Bn..yo tak...kah kah kah

    ReplyDelete
  10. Saziman?.... contoh ahli politi bebal yang tak pernah pedulikan parlimennya. Angkuh, sombong... heran bagaimana dia boleh terpilih jadi wakil BN ... agankya masa tu dio pencacai Khairy,,

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."
Blog Widget by LinkWithin

Blog Archive