Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Thursday, May 9, 2013

Cer tukar..cer tukar MB N9

Menteri Besar Negeri Sembilan belum dilihat mengangkat sumpah jawatan di hadapan DYMM Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus.

Kita mengharapkan agar Negeri Sembilan mendapat Menteri Besar yang baru di atas beberapa faktor yang dikira sangat signifikan.

Beberapa perkara yang sangat penting harus dipertimbangkan sebelum melantik seorang Menteri Besar yang paling sesuai dan layak untuk diamanah dan dipertanggungjawabkan jawatan ini. Diharapkan agar beberapa pertimbangan penting yang dimaksudkan ini akan tercapai melalui keupayaan dan peranan yang bakal dimainkan oleh Menteri Besar baru yang bakal dilantik.

Antara pertimbangan-pertimbangan penting yang tidak harus diketepikan begitu saja dalam usaha mencari penjawat yang sesuai mengisi jawatan Menteri Besar adalah seperti berikut;

1. Menteri Besar yang dilantik haruslah seorang yang boleh diterima dan tahu meletakkan kedaulatan dan bidang kuasa institusi Raja Berperlembagaan yang unik yang dianggotai oleh Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan dan Dato-Dato Undang yang Empat berserta dengan Tunku Besar Tampin.

Kedudukan institusi ini sering "dipandang mudah" seolah-olah institusi ini hanya berperanan dalam hal-ehwal agama dan adat istiadat melayu semata-mata.

Kesan yang berlaku apabila Institusi Raja dan Undang yang Empat ini tidak diletakkan dialurnya yang patut atau di kedudukannya yang hak sebagai Ketua Negeri ialah kedaulatan, penghormatan dan kredibiliti institusi ini sebagai payung negeri disisi pandangan rakyat jelata sudah dilihat longgar dan disalah-ertikan.

Menteri Besar selaku Ketua Eksekutif yang diamanahkan menjalankan kuasa terbitan yang dizahirkan melalui kuasa dan kedaulatan insitusi Raja dan Undang Yang Empat disisi perlembagaan harus tahu di mana letak duduknya peranan beliau sebagai Ketua Eksekutif yang diwatikahkan dan berkewajiban untuk tahu di mana letak duduknya ketinggian kuasa dan kedaulatan Institusi Raja dan Undang Yang Empat.

2. Menteri Besar yang bakal dipertanggungjawabkan mestilah seorang yang boleh diterima oleh sekurang-kurangnya majoriti ketua-ketua Bahagian UMNO di Negeri Sembilan.

Faktor ini sangat penting kerana kestabilan politik Negeri Sembilan di masa hadapan semakin mencabar disebabkan kerajaan BN masih gagal mengembalikan mandat 2/3 di Dewan Undangan Negeri.

Jika seorang Menteri Besar gagal mendapat kerjasama dan gagal menjalankan peranan untuk mempertautkan perpaduan di kalangan pemimpin-pemimpin bahagian di seluruh Negeri Sembilan, maka dikhuatiri "politiking" yang keterlaluan yang wujud akan mengganggu kelancaran pentadbiran sesebuah kerajaan.

Masalah politik di Negeri Sembilan yang sentiasa bersuhu panas adalah manifestasi dari kegagalan kepimpinan Dato Seri Utama Mohamad Hasan selaku Ketua Eksekutif kerajaan dan selaku Ketua Perhubungan UMNO Negeri Sembilan.

3. Seorang Menteri Besar yang dilantik mestilah mempunyai personaliti dan kepimpinan yang sederhana, tidak "arrogant" dan "tidak pula terlalu lemah". Personaliti sebegini adalah merupakan antara kaedah rawatan terpenting bagi mengurangkan kepanasan suhu politik dan politiking yang berpanjangan di Negeri Sembilan yang tidak pernah surut disebabkan pendekatan kepimpinan yang dibawa oleh Dato Seri Utama Mohamad Hasan selaku Menteri Besar.

Pendekatan kepimpinan "kasih bertompok-tompok dan benci melata-lata" yang diamalkan oleh Dato Seri Utama Mohamad Hasan sepanjang memimpin Negeri Sembilan telah menjadi penyumbang utama kepada suasana politik yang tidak sehat dan merugikan UMNO dan Barisan Nasional, Umat Melayu Islam dan rakyat jelata seluruhnya.

Kerajaan Barisan Nasional yang bertulangbelakangkan UMNO sebagai teras wajib diperkukuhkan kembali sebagai jalan keluar untuk memastikan agama Islam dan umat melayu terus terjaga dan terpelihara.

Di atas maksud inilah, maka bermula dari Pasca PRU13 ini, Negeri Sembilan harus mengorak langkah menamatkan segala budaya kepimpinan tidak sehat yang bakal menghakis kekuatan Kerajaan BN/UMNO secara jangka panjang.

Kami sebagai rakyat jelata yang bertanggungjawab, taat setia bernaung di bawah Payung Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan berserta Undang Yang Empat merayu dan merafak sembah agar permuafakatan ke Bawah Duli Tuanku berserta Undang Yang Empat dapat dicapai dalam menurunkan amanah, kuasa dan hak-hak yang diperuntukan oleh Perlembagaan kepada seorang yang difikirkan layak dan sesuai untuk menggalas tugas sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang baru bersandatkan kepada fakta dan senario yang telah diperjelaskan seperti di atas.

Hamba dan sekelian rakyat menjunjung dan mentaati apa sahaja titah ke Bawah Duli Tuanku serta sabda Dato Undang Yang Empat. Kami hamba rakyat berkeyakinan penuh, ilham dan petunjuk dari Allah swt akan terus bersama baginda selaku Khalifah dan Ketua Agama.

Sekian, wassalam.

Sumber: KNKB.

12 comments:

  1. Dato' Ishak Ismail for MB!! Wooohoooo!!

    ReplyDelete
  2. mohamad hassan bagus lg. aku tau ko nak KJ jadi MB. tak dapek nak nolong dah

    ReplyDelete
  3. Ribut berlalu, kiambang bertaut. Kuatkan semula ekonomi MELAYU dan BUMIPUTRA. Put MALAY and BUMIPUTRA product FIRST. Kita dah tahu siapa gunting dalam lipatan kita sekarang ini. Sedar lah bangsa MELAYU DAN BUMIPUTRA semua. AYOH KITA BERSATU DAN MENJADI TERAS UNTUK MALAYSIA TERCINTA!!!!!!

    ReplyDelete
  4. Tak ado sapo yang botul2 layak yg sebonar eh tu,,,semuo perasuah tegar,pengkhianat rakyat,,mano nak layak.
    Itulah yang di katokan Monang Sorak MARUAH Tergadai.
    Lobi jangan tak lobi Jang,sok kok melopeh,,,kah!!!kah!!!kah!!!

    ReplyDelete
  5. Tolong bagi tahu sumber artikel kau ni sikit,nak buat penulisan jangan ikut suko hati taip gelaran orang yo,,,
    YAM TUAN BESAR itu yg BETUL,,bukannya YANG DI PERTUAN BESAR,,,itu SALAH,jangan memandai2 tukar pulak,,,Den piuh telingo,luku kepalo dio nt.

    ReplyDelete
  6. Datuk Ishak Ismail. MB NS yang baru.

    ReplyDelete
  7. Dah confirm pertemuaan DS Najib dengan Tuanku pagi ini, DSU Mohamad Hasan Menteri Besar N.Sembilan.

    Dah joki dio, semuga Allah beri hidayah kepada nya menjadi pemimpin terbaik, Adil dan Amanah kepada rakyat N9.

    ReplyDelete
  8. Orang dan balaci Sahak mmg nk Sahak jd MB. Bglh cermin pd Sahak biar dia tngk elok2.

    ReplyDelete
  9. yebedabdooooo .. siaplah mano2 yg tak buek kojo kono balun ngan tok mat .. siapkan resume ..

    ReplyDelete
  10. yebedabdooooo .. siaplah mano2 yg tak buek kojo kono balun ngan tok mat .. siapkan resume ..

    ReplyDelete
  11. Cer baca ni.
    http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130509/dn_27/Pembangkang-hentikan-segera-gerakan-hancurkan-negara---Mohamad-Hasan
    Satu jer MB lam Malaysia berani bersuara. Amad fighter sikit. Ini macam punya org Umno kene ada ramai. Aku yg tak Umno pun support.
    ni 2013 rise of footsoldier.

    ReplyDelete
  12. Sahak??wahhahaha...jago car wash pandai la dio..jln pun mcm dah nk mampuih..mati lg elok...ehak ehak..g cuci kote ko tu dulu..

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."
Blog Widget by LinkWithin

Blog Archive