Titah DYMM Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong dalam Mesyuarat Pertama bertarikh 25 Jun 2013 Parlimen Ke-13, amat jelas membuktikan bahawa DYMM Tuanku amat menitik beratkan soal kefahaman Syiar Islam yang tinggi kepada 222 Ahli Parlimen Malaysia.
Baginda secara terbuka memberi petanda kepada pemuka-pemuka politik supaya tidak bermain api dengan perkara pokok dan tunjang iaitu Agama Islam.
Lewat minggu lalu, 3 orang Hakim Mahkamah Rayuan telah melepaskan tengkuk seorang anak Keling beragama Kristian yang menuntut hak sebagai pengamal Peguam Syarie. Sesuatu yang amat pelik, janggal dan terlalu luar daripada kebijaksanaan. Andai Almarhum Tan Sri Ahmad Ibrahim masih bernyawa, nescaya beliaulah insan Melayu pertama akan memastikan keputusan 3 Hakim Rayuan ini dianalisa, dikaji dan diputuskan semula. Sudah tentu, beliau sanggup mengambil baton bertindak sebagai Pembela Umat Islam dalam kes "Maha Pelik" ini.
Apakah semboyan dan virus HIV Freemason sudah meresapi pemikiran Institusi Kehakiman, hingga tidak cukup "akal" berfikir atas kalam-kalam Al-Hikmah, Al-Iffah, As-Sajaah dan Al-Adl. Apakah asas tanahair ini, seperti yang dibuktikan dalam kes Ramon lawan Laton, hingga peristilahan "Lex Loci of the Land", sedang dinafikan daripada selimut Sawo Mateng...?
Andai ini semua sintom-sintom "plural dan liberal" makin membarah dan melacuri gelanggang Institusi Penting Negara, maka, bersiaplah wahai Bani Malayuwiyah bahawa "jahillyah moden" sedang merasuk Bumi Melayu.
"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia Kali Ke-92 yang bersidang pada 15-17 Disember 2010 telah
membincangkan Hukum Melantik Orang Bukan Islam Sebagai Peguam Syarie.
Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan,
Muzakarah berpandangan bahawa untuk menjadi seorang peguam syarie,
seseorang itu perlu mampu menguasai ilmu al-Quran dan al-hadith, bahasa
Arab, Ilmu Usul Fiqh dan Fiqh secara keseluruhannya dan ia perlu
didasari dengan keimanan kepada Allah s.w.t. agar tanggungjawab yang
dipikul disandarkan hanya kepada Allah s.w.t. dan demi kemaslahatan umat
Islam dan keadilan menurut perspektif Islam.
Oleh yang demikian, demi menjaga kesucian dan kehormatan agama dan umat
Islam, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa orang bukan Islam adalah
tidak dibenarkan dilantik sebagai Peguam Syarie berpandukan kepada
kaedah-kaedah fiqhiyyah dan peruntukan undang-undang berikut:
a. سَدُّ الذَّرِيعَةِ : Kaedah
ini merujuk kepada perlunya menutup pintu-pintu yang boleh membawa
kemudharatan. Sekiranya orang bukan Islam dibenarkan untuk dilantik
sebagai peguam syarie, ia memberi ruang kepada orang bukan Islam untuk
menguruskan hal ehwal orang Islam terutama sekali isu-isu syarak.
Keadaan ini boleh menimbulkan kecelaruan di kalangan umat Islam.
b. إِذَا تَعَارَضَ الْمَانِعُ وَالْمُقْتَضَى قُدِّمَ الْمَانِعُ
: Apabila bertentangan antara dalil-dalil yang menegah dengan
dalil-dalil yang menghendaki, hendaklah diutamakan perkara yang menegah.
Larangan melantik orang bukan Islam sebagai peguam syarie perlu
diutamakan, walaupun kemungkinan ia mempunyai kebaikan dari suatu segi,
tetapi keburukannya perlu diambil kira dan diberi perhatian.
c. المَصْلَحَةُ الْعَامَّةُ تُقَدِّمُ عَلَى الْمَصْلَحَةِ الْخَاصَةِ:
Kaedah ini bermaksud maslahah (kebaikan) am perlu didahulukan daripada
maslahah khas. Maslahah am atau umum merujuk kepada maslahah umat Islam
di Malaysia secara keseluruhannya. Manakala maslahah khas merujuk kepada
kebaikan yang mungkin diperolehi oleh orang tertentu. Dalam situasi
hari ini, maslahah orang awam (umat Islam) perlu diutamakan.
d. تَصَرَّفُ الإمَامِ عَلَى الرَّعِيَّةِ مَنُوْطٌ بِالْمَصْلَحَةِ
: Kaedah ini bermaksud tindakan yang dijalankan oleh pemerintah
terhadap rakyat bergantung kepada maslahah. Dalam konteks ini,
pemerintah berhak membuat keputusan berpandukan kepada kemaslahatan
rakyat dengan berlandaskan kepada syariat Islam.
e. Berdasarkan peruntukan undang-undang yang sedang berkuatkuasa,
sekiranya seorang bukan Islam dibenarkan untuk beramal sebagai peguam
Syarie dan didapati tidak mematuhi etika sebagai Peguam Syarie atau
apa-apa prosedur yang berkaitan dengan Mahkamah Syariah, tiada tindakan
yang boleh diambil kerana beliau tidak tertakluk kepada bidang kuasa
Mahkamah Syariah. Oleh yang demikian, tiada tindakan yang boleh diambil
ke atas beliau kerana Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa ke
atas orang bukan Islam. - Sumber KLIK DISINI
Dengan penjelasan dari Majlis Fatwa Kebangsaan diatas maka jelaslah
bahawa keputusan ketiga tiga Hakim Mahkamah Rayuan boleh dibakul
sampahkan kerana keputusan yang dilakukan mereka tidak berlandaskan
Prinsip Kehakiman yang sebenar sebaliknya hanya berlandaskan nafsu
semata mata.
Penghujahan Hakim yang mempertikai Majlis Agama Islam Wilayah
Persekutuan (MAIWP) adalah jelas bercanggah dengan majlis Fatwa
Kebangsaan yang dengan jelas melarang individu bukan Islam untuk menjadi
peguam Syarie. Ditambah lagi dengan amalan yang bakal dilakukan oleh
Peguam Kristian tersebut didalam kamar Mahkamah Syariah menjadikan
Institusi Mahkamah Syariah sudah tidak lagi Eksklusif kepada Islam
sebaliknya dibolehkan kepada Kristian dan tidak mustahil selepas ini
Hindu dan Budha pula akan melakukan pekara yang sama.