Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Thursday, December 5, 2013

TOK MAD: Korporat @ Keparat?

Dalam mesyuarat UMNO Perhubungan Negeri baru-baru ini, YAB Dato' Seri Mohamad Hasan selaku Pengerusi mengumumkan bahawa suatu badan yang beroperasi secara korporat  akan diwujudkan untuk menguruskan urusan UMNO Perhubungan Negeri Sembilan.

Dalam pengumuman itu beliau menyatakan pada masa kini pentadbiran UMNO tidak lagi di uruskan dengan asas kesukarelawan semata-mata tetapi perlu diuruskan secara serius oleh pekerja –pekerja yang bekerja sepenuh masa dan dibayar gaji.

Menurut beliau lagi, kewujudan badan korporat ini tidak akan bercanggah dengan struktur Badan Perhubungan seperti yang sedia ada, malah akan beroperasi selari dengan Badan Perhubungan Negeri dengan menguruskan beberapa fungsi biro Badan Perhubungan seperti latihan kepada ahli, pengurusan media baru dan pendaftaran pengundi baru.

Inilah kali pertama aku mendengar sebuah badan di bawah struktur parti sahsiah hendak dikorporatkan operasinya. Tiada negeri lain yang pernah mencadangkan atau melaksanakannya. Malah Majlis Tertinggi UMNO yang mentadbir urus perjalanan badan-badan perhubungan, bahagian-bahagian, mahupun cawangan-cawangan UMNO seluruh negara pun tidak pernah mengkorporatkan operasinya.

Mungkinkah ini dinamakan transformasi, tetapi jika jawapannya "Ya" mengapa Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan sahaja? Kenapa tidak Majlis Tertinggi UMNO dahulu yang mengambil inisiatif serupa kerana melalui Fasal 12.1 Perlembagaan UMNO, Majlis Tertinggi yang menubuhkan badan-badan Perhubungan Negeri. Memandangkan UMNO ini adalah sebuah parti siasah yang ditubuhkan dan dikelolakan berpandukan perlembagaan, maka perkara ini perlu dirujuk Perlembagaan UMNO. Persoalannya adakah dibawah Perlembagaan UMNO, operasi Badan Perhubungan UMNO boleh di korporatkan?

Melihat kepada Fasal 12.13 tentang tanggungan kuasa dan kewajiban Badan Perhubungan Negeri, segala tanggungan dan kewajiban tersebut boleh dijalankan dengan cara lazimnya dan tidak memerlukan operasi Badan Perhubungan dikorporatkan. Ia boleh diuruskan oleh seorang Setiausaha Perhubungan yang bijak dan dibantu pula oleh Setiausaha Kerja yang cekap, serta anggota-anggota Badan Perhubungan yang digajikan. Oleh itu kenapa perlu nak dikorporatkan?

Pada pandangan aku, Badan Perhubungan ini dapat  berfungsi dengan baik sekiranya mendapat persetujuan dan keredhaan Ketua-Ketua Bahagian UMNO dibawahnya atau jika tidak semua pun daripada majoriti mereka. Dengan persetujuan dan keredhaan mereka ini, biro-biro boleh dibentuk dan seterusnya fungsi biro digerakkan termasuklah latihan, media baru, mahupun pendaftaran ahli baru. Dalam situasi Negeri Sembilan mungkin dahulu sedikit sukar, tetapi setelah pemilihan UMNO baru-baru ini, perkara sebegini bukan lagi mustahil atau menyulitkan. Jika asas dan fungsi ini dikorporatkan, apa guna atau apa maknanya lagi pandangan dan persetujuan dari bahagian-bahagian? Satu lagi persoalan timbul, jika badan operasi ini tidak ada dalam perlembagaan, bolehkah badan operasi ini memberi apa-apa arahan kepada bahagian-bahagian untuk menjayakan fungsi-fungsi yang disebut tadi? Mungkin selepas ini akan banyak pertanyaan yang sama berulang kali di dengar, "Siapa kau?"

Dengar gembar-gembur pula, abang kepada Dato Mohamad Hasan (iaitu Azman Hasan) yang akan menjadi ketua badan operasi korporat. Bukankah ini bakal menyulitkan keadaan dan hubungan dengan bahagian-bahagian? Bak kata salah seorang anggota yang bertugas di Badan UMNO Perhubungan, "Entahlah, esok nak dengar cakap Dato' Hashim Rusdi ke atau Dato' Azman?"

Persoalan yang bermain dalam kepala aku, adakah dengan kewujudan penerima-penerima gaji sepenuh masa maka UMNO ini akan lebih efisien? Bolehkah Badan Perhubungan mengambil ketetapan yang tidak ada dalam perlembagaan? Walaupun Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan mahu mendabik dada sebagai Badan Perhubungan pertama di Malaysia yang beroperasi secara korporat, tetapi adakah ia dibolehkan dalam perlembagaan atau wujud kah keperluan sedemikian atau saja nak POYO....?

4 comments:

  1. Tok Mat sudah nak mula gonggam kuat-kuat UMNO Negeri Sembilan. Nampaknya orang-orang lama seperti Rais Yatim, orang kuat seperti Shaziman Mansor, Isa Samad FELDA yg dah kalah tak di lantik dlm MKT. Yang tinggal jadi Ketua Bahagian semua dah bleh di kontrol oleh Mat Hassan - Jolobu (Jalaludin Alias.. di bawah dagu Mat Hassan.. walau pun Jalal ini dah bercito-cito dah nak jadi MB, menurut orang2 dio.. kalau Mat Hassan jatuh & tak jadi MB di pertengahan penggal... atau pun next term, bilo Mat Hassan dah nak pergi ke Parliamen.. Jalal lah jadi MB ni..; KPilah pula EXCO dio.. Hasan Malek Ayam... dah tak berani nak bertanding di Pilah... tentu kalah; Rembau, Rasah, semua dlm tangan Mat Hassan; Soromban pulak, Sahak dah jalan pun bukan 4 silinder lagi, tapi dah 3 silinder sahaja...

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. ket ghombau ni Datuk Rais Zainuddin jo yg berani ngadap Mat Hassan, kato beliau, caw.kg air itam dianggap songsang... apo ko bongap kato mcm tu, klu bonarla dikato songsang, maso PRU13 xbukak bilik gerakan do... baik tutup sokong PAS, tapi mongonangkan perjuangan parti tetap beroperasi seperti biaso... dlm UMNO pun dah berpocah bolah, mcm mano melayu nak bersatu.... "Dongar Sini, Walaupun President lotak jawatan sekalipun, UMNO tetap maju dan jalan seperti Biaso"... UMNO bukan milik individu kaut untung semato2, tapi perjuangkan Nasib Melayu di tanah sendiri...

    ReplyDelete
  4. datuk rais zainuddin? sapo tu? kaki koncing orang ko? broker jual ayam ko?

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."
Blog Widget by LinkWithin

Blog Archive