Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Thursday, January 31, 2013

Berani ke Najib pecat Hisham Awww...

Dapat melalui email. Baca dan nilaikanlah sendiri...

*********

Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak
Ibu Pejabat UMNO Malaysia Tingkat 38,
Menara Dato’ Onn
Jalan Tun Ismail
50480 Kuala Lumpur

29hb Januari 2013

Menemui Datuk Seri Presiden merangkap Perdana Menteri Malaysia.

Pertama sekali kami berdoa semoga Datuk Seri dan keluarga sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa berada dalam lindungan Allah.

Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri kerana mengambil langkah yang cukup berani melawat Gaza minggu lepas. Kami amat berbangga dengan keberanian Datuk Seri.

Kami meminta maaf jika kedatangan surat ini sedikit sebanyak mengganggu Datuk Seri dan merencat perencanaan kerja untuk pilihan raya 13.

Kami tidak berniat untuk mengganggu tugas Datuk Seri atau cubaan untuk mensabotaj parti. Matlamat kami untuk memastikan parti dapat menghadapi pilihan raya dalam keadaan tidak ada musuh dalam selimut atau gunting dalam lipatan.

Kami sebenarnya sudah beberapa kali cuba untuk berjumpa Datuk Seri bagi menjelaskan perkara ini tetapi penjaga-penjaga pagar Datuk Seri sering menjadi penghalang utama.

Kami tiada pilihan lain melainkan dengan cara ini sahaja yang boleh kami lakukan agar mesej yang kami hendak sampaikan sampai ke telinga Datuk Seri.

Datuk Seri, sewaktu Tun Dr Mahathir menjadi Presiden UMNO dan PM manakala Anwar Ibrahim selaku Timbalan Presiden dan TPM, Tun banyak memberi kepercayaan kepada Anwar untuk menguruskan pelbagai hal ehwal negara dan parti.

Kepercayaan yang diberikan oleh Tun telah disalah guna oleh si rakus Anwar. Beliau menggunakan kepercayaan Tun untuk membina empayarnya baik dalam parti dan kerajaan.

Jika hendak diperkatakan tentang Tun dan Anwar kisahnya sangat panjang dan semua orang mengetahuinya bagaimana rakus nya Anwar mempergunakan kepercayaan Tun M untuk dia berada di tempat tertinggi termasuklah memangku jawatan Perdana Menteri.

Kisah berkenaan kini hanya tinggal dalam lipatan sejarah setelah ia hampir memusnahkan UMNO pada tahun 1998 hasil tajamnya pandangan Tun pada kelibat Anwar Ibrahim.

Kini setelah lebih 15 tahun berlalu Anwar Ibrahim kedua dikesan wujud kembali di dalam UMNO di bawah pentadbiran Najib dengan modul dan sukatan pelajaran politik yang sama dilakukan Anwar dalam UMNO satu ketika dulu.

Datuk Seri mungkin terlepas pandang gerakan demi gerakan yang sedang berlaku ketika ini. Dalam masa Datuk Seri sedang berusaha untuk menang 2/3 majoriti dalam PRU13,ada pula pihak sedang mengambil kesempatan untuk menyusun gerakan bagi memperkukuhkan kedudukan dalam politik terutama sekali pada pemilihan parti yang akan berlangsung nanti.

Datuk Seri sedang dikelilingi oleh parasit-parasit parti.Datuk Seri sedang dibuai dengan nyanyian yang enak di telinga Datuk Seri oleh pencacai-pencacai terutama sekali sepupu Datuk Seri,Hishamuddin yang sedang memasang badan untuk ke peringkat tertinggi dalam parti dan sepupu Datuk Seri ini menjadi semakin angkuh kerana sepupunya adalah Perdana Menteri.

Sedar atau tidak oleh Datuk Seri sekarang bahawa sepupu Datuk Seri sedang membina empayarnya di dalam UMNO untuk kepentingan politik dirinya? Kepura-puraan beliau di depan Datuk Seri hanyalah umpan untuk menyedapkan mata dan telinga Datuk Seri. Datuk Seri ada pengalaman mengenal budaya ampu dan bodek ini tatkala Datuk Seri hampir-hampir tewas di Pekan,Pahang pada PRU11 lalu.

Sebagai mahu memenuhi tembolok politik peribadinya,Hishamuddin sanggup melakukan apa sahaja termasuklah menabur fitnah terhadap saingannya,menghantar SMS kepada seluruh rangkaiannya menggunakan KDN untuk menutup segala kebejatan moralnya dan apa yang didedahkan oleh mantan Ketua Polis Negara, Musa Hassan sampai sekarang tidak disanggah dengan bukti dan beliau hanya menafikannya semata-mata. Ini jugalah stail Anwar masa dalam kerajaan satu ketika dulu.

Hishamuddin umpama biawak hidup yang terpaksa Datuk Seri usung dan pikul. Beliau terlalu banyak mengguna serta memperalatkan nama Datuk Seri terutama sekali dalam soal pemilihan calon bagi mengisi kerusi Parlimen dan DUN untuk PRU13, kononnya Dato Seri memberikan beliau mandat untuk menapis serta mengenal pasti calon-calon dan Hishamuddin terlalu banyak berjanji dengan setiap pemimpin UMNO atau ahli UMNO yang beliau temui.

Sikap hipokrit Hishamuddin ini cukup tebal Datuk Seri, di depan Datuk Seri lain cakapnya dan di belakang Datuk Seri lain pula tindakannya dan senario ini sama beliau lakukan di depan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain.

Datuk Seri, beliau juga sedang ligat memasang orang-orang tertentu untuk bertanding dalam pemilihan parti dengan alasan kononnya Datuk Seri yang minta mereka ini menentang calon sedia ada. Begitu jugalah dengan menawarkan orang-orang tertentu untuk menjadi calon kerana Datuk Seri yang minta.

Tidak cukup beliau mengatur pertandingan UMNO di peringkat Bahagian, sepupu Dato Seri ini juga sudah pun menyusun orang-orang tertentu di dalam sayap-sayap parti untuk bertanding merebut jawatan sehingga diberitahu apa sahaja keputusan mesyuarat sayap-sayap parti perlu disampaikan kepadanya.

Kesan daripada menggunakan nama Datuk Seri ini, kita yakin dan amat percaya kalau gerakan sepupu Datuk Seri ini tidak dibendung ataupun diambil tindakan oleh Datuk Seri boleh mewujudkan budaya sabotaj ataupun lompat parti.

Surat ini untuk peringkat ini tidak mahu menyebut atau mendedahkan lagi bagaimana sepupu Datuk Seri ini mengumpul kekayaan terutama sekali di negeri Johor hingga mampu membeli sebuah rumah mewah di kawasan elit di Kota London baru-baru ini, tetapi surat ini lebih kepada mahu memberitahu sikap sebenar Hishamuddin yang selama ini setiap saat dan ketika memperdagangkan nama Datuk Seri.

Datuk Seri sedar atau tidak,helikopter dan kenderaan siapa yang digunakan oleh sepupu Datuk Seri untuk sebarang program parti ataupun peribadi beliau? Datuk Seri sedar atau tidak bagaimana akrabnya sepupu Datuk Seri ini dengan tokoh korporat Cina di Johor bernama Lim Kang Hoo itu? Pernah Datuk Seri tanya sepupu Datuk Seri hubungan sebenar mereka berdua hingga Lim Kang Hoo begitu bermaharajalela di Johor?

Kenapa begitu hina sekali anak seorang pejuang UMNO sanggup bersekongkol dengan seorang tauke cina untuk meranapkan harta-harta anak bangsa sendiri di bumi Johor?

Datuk Seri kami sedar apa yang kami lakukan ini ibarat menepuk air di dulang terpercik muka sendiri. Namun apakan daya kami kerana kami tiada jalan lain untuk menyampaikan mesej kepada Datuk Seri.

Sedar atau tidak oleh Datuk Seri sekarang ketika kita sedang sibuk untuk memantapkan jentera parti bagi menghadapi pilihan raya, Hishamuddin pula sibuk memantapkan rangkaiannya untuk menghadapi pemilihan UMNO?

Beliau sedang sibuk mencatur orang sana-sini untuk berlawan orang itu ini kononnya itu permintaan Datuk Seri. Dalam masa yang sama juga sibuk mencaturkan orang untuk dilantik sebagai menteri, timbalan menteri dan menteri besar.

Ini adalah permulaan Surat Terbuka kepada Datuk Seri berkaitan dengan gelojohnya nafsu politik sepupu Datuk Seri ini dan akan menyusul lagi pendedahan tentang apa yang sepupu Datuk Seri lakukan ini boleh memecahbelahkan UMNO, boleh menggugat kedudukan Datuk Seri sebagai Perdana Menteri Malaysia dan mungkin juga menghalang transformasi politik yang Datuk Seri laung-laungkan selama ini.

Surat ini dibuat kerana ucapan Datuk Seri masa Perhimpunan UMNO lalu yang bertajuk Ubah Atau Rebah dan sekiranya Datuk Seri masih gagal merubah sepupu Datuk Seri ini, yakin dan percayalah Datuk Seri akan rebah bersama-sama sepupu Datuk Seri yang sedang bernafsu besar dalam politik negara ini.

Sekian dulu untuk yang pertama ini dan akan menyusul nanti beberapa pendedahan yang mengejutkan Datuk Seri tentang sepupu Datuk Seri ini.

Sekian.

Warga-warga Johor.

*********

p/s: UMNO Sembrong betul-betul ada eggs between two legs ke?

Wednesday, January 30, 2013

Teluk Kemang dah macam VEGAS


1. Semua maklum Parlimen Telok Kemang sejak 2008 di bawah penguasaan Komplot Pembangkang iaitu Pkr. 

2. Pasti ramai juga yang maklum bahawa selain parlimen, 3 daripada 5 DUN di bawah Parlimen Telok Kemang juga adalah milik Komplot Pembangkang iaitu DUN Chuah, Lukut dan PD Bandar.

3. Dan semua pun tahu Ahli Parlimen Telok Kemang hari ini ialah Kamarul Baharin Abbas aka sahabat baik Ketua Umum Pkr, merangkap Pengerusi Pkr Negeri Sembilan.

4. Juga ramai yang tahu bahawa Kamarul Baharin Abbas merupakan salah seorang Ahli Lembaga Pengarah (Board of Directors) Kumpulan Terangsang...eh...Kumpulan Perangsang Selangor Berhad di bawah Kumpulan Darul Ehsan Berhad. Apa la yang nak diPERANGSANGkan agaknya...

5.  Namun kami pasti ramai yang tak tahu sejak PRU-12, Telok Kemang di bawah teraju Pkr dan DAP kini sudah bertukar wajah menjadi pusat sosial setaraf Vegas.

6. Kami di Paneh Miang menerima banyak aduan gejala sosial di Parlimen Telok Kemang yang tidak pun berlaku sebelum PRU-12.

7. Antara petikan aduan yang kami terima;

"Lambakan pusat judi/rolex masih beroperasi di sekitar kawasan Port Dickson dikuatiri akan merosakkan akhlak generasi muda kini dan meruntuhkan institusi kekeluargaan."

"Kita ingin mempersoalkan tanggungjawab Ahli Parlimen Telok Kemang menangangi masalah ini kerana banyak premis judi haram beroperasi walaupun hanya beberapa meter dari balai polis. Hari ini polis buat operasi, esok pusat judi rolex akan dibuka semula."

"Mesin judi rolex yang berleluasa di daerah PD bagaikan cendawan tumbuh."

"Pusat perjudian di kawasan Port Dickson walaupun telah dibanteras tetapi masih wujud."

"Terdapat pusat-pusat perjudian (mesin rolex) yang terdiri daripada pengunjung Melayu dan Cina."



8. Selain itu kami juga menerima aduan berkenaan perkara lain. Antaranya;

"Terdapat warung makanan yang beroperasi hingga lewat malam yang turut menyediakan pentas untuk menari joget dangdut di bawah Parlimen Telok Kemang dan kebanyakan yang hadir adalah golongan veteran. Ini akan merosakkan institusi kekeluargaan."

"Kini banyak sungguh pusat hiburan di sekitar Port Dickson dan AP Telok Kemang dan ADUN DAP tak buat apa-apa pun."

"Tiada pungutan sampah berjadual di sekitar taman-taman di Port Dickson. Dulu tak macam ni."

"Tempat pembuangan sampah semakin berbau di PD dan banyak sampah bertaburan atas jalan."

"Apahal makin banyak pulak kuil di bina di kawasan PD macam cendawan tumbuh? Dah hampir sama banyak pulak dengan pusat judi!!"

"Masalah sosial makin berleluasa terutama di tempat gelap di sekitar Telok Kemang."

"Semakin banyak parti sosial berunsur negatif di PD 3-4 tahun kebelakangan ni."

"Ramai belia mabuk lepak tepi pantai PD. Apa kes???"

"Masalah sosial dari golongan dewasa, remaja dan khususnya pelajar sekolah seperti seksual yang mana pernah terjadi pada cuti umum termasuk bulan Ramadan."

"Mat-mat rempit menyebabkan banyak kes samseng jalanan di Batu 4 Port Dickson."

"Pusat Pub dan Karaoke dah macam cendawan tumbuh lepas hujan sekitar PD. Jual arak pulak tu."


9. Hakikatnya, JUDI, ARAK dan MAKSIAT sangat sinonim dengan Pkr/DAP. Buatlah dalih atau diversion macamana sekalipun, realitinya Pkr dan DAP tidak mampu mengikis imej PARTI GEJALA SOSIAL.

10. Amatlah malang apabila Pas yang mengwar-warkan kononnya mereka parti Islam, tapi sanggup pula bersekongkol serta menghalalkan perbuatan JUDI, ARAK dan MAKSIAT tajaan Pkr/DAP.

11. Mengundi Pkr dan DAP bermakna anda turut bersekongkol merosakkan masa depan anak bangsa.

12. Ingat Pkr/DAP...ingat GEJALA SOSIAL!

Tuesday, January 29, 2013

Azhar Idrus Mesti Bersumpah


Assalamualaikum Azhar Idrus.

Saya terpanggil untuk memohon agar Azhar Idrus segera bermubahalah untuk menafikan tuduhan yang dibuat Selangor Daily.

Sekian terima kasih.

*********

Ketaksuban pengikut Pas terhadap Azhar Idrus adalah berlandaskan kepada ilmu yang cetek dan lawak jenaka ala-ala maharaja lawak. Jalan mudah yang mereka pilih adalah kerana pegangan yang rapuh dan akidah yang terpesong akibat dari fitnah dan ajaran songsang oleh para pemimpin Pas. Umum telah ketahui bahawa AMANAT HADI AWANG telah membawa kehancuran terhadap akidah dan perpaduan umat Islam Di Malaysia.

Peristiwa MEMALI adalah bukti nyata akibat dari amanat Hadi Awang maka wujudlah kaum pelampau yang telah bertindak ganas KONONNYA atas nama jihad sedangkan pegangan itu adalah sesat akidahnya. Kematian mereka yang sia-sia telah diburukkan lagi dengan mayat-mayat tersebut tidak diuruskan secara Islam apabila tidah dimandikan dan di sembahyangkan dan kubur mereka di siram dengan minyak Attar untuk memesongkan akidah umat Islam atas dasar kononnya Syahid.  Siapakah yang wajib jawab diakhirat kelak di atas kesesatan yang ditabur pada umat Islam ini.  Haji Hadi, para pemimpin Pas dan mereka yang bersubahat wajib menanggung segala kesesatan ini.

Makanya Pas membawa satu lagi ikon yang menyesatkan umat Islam iaitu Azhar Bin Idrus yang amat cetek dan rendah ilmu Islamnya namun diangkat dan dijulang oleh penganut Pas. Mereka meletakkan Islam sebagai hiburan lawak jenaka yang amat melalaikan dengan secara halus ajaran Islam cuba disesatkan lagi oleh parti Pas ini.

Kata Ustaz Azhar Idrus...


Ustaz Azhar Idrus kata Kristian bertuhankan Allah. Siapa tok guru kepada Azhar Idrus ni? Selanjutnya sini.

Sunday, January 27, 2013

Assalamualaikum


Salam Maulidur Rasul buat sahabat dan pembaca Paneh Miang. Allah berfirman maksudnya, "Dan sesungguhnya KAMI telah mengutus di kalangan tiap-tiap umat seorang rasul (agar menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah ALLAH." (al-Nahl: 36). 

 Allah berfirman maksudnya, "Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu terdapat contoh ikutan yang baik bagi kamu, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) ALLAH dan (balasan baik) hari akhirat serta dia pula menyebut dan mengingati ALLAH banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)." (al-Ahzab: 21). 

 Nabi bersabda maksudnya, "Tidaklah dianggap beriman di kalangan kamu sehingga aku lebih dicintainya daripada ibubapanya, anaknya dan manusia seluruhnya." - Sahih al-Bukhari.

Loke Yang BiaDAP

Terbukti Loke amat biaDAP. Pengakuan Tunku Aziz, mantan Naib Presiden DAP berkenaan usaha berterusan DAP NSDK untuk mendapat kerusi dan kuasai kedudukan nombor satu di NSDK. Loke memaksa Tunku Aziz untuk memujuk salah seorang anakanda DYMM Tuanku Muhriz menjadi calon PRU-13 atas tiket DAP.

Ini satu tindakan paling biaDAP, begitu sekali kemaruk kuasa, maka, agenda Komunis sanggup dan berazam untuk menghancur institusi keRAJAan dan peRAJAan daripada darah daging pemerintahan tertinggi NSDK sendiri.

Alhamdulillah, Allah kurnia rahmah dan tahap ilmu mantiq dan pertimbangan yang baik kepada zuriat keturunan Almarhum Tuanku Munawir ini, untuk MENOLAK pelawaan DAP durjana ini.

Ternyata usaha menghalalkan kebiaDAPan DAP sudah menjalar-jalar. Mana, orang Melayu! Mana, pemimpin Melayu? Mana, pejuang Melayu?

DAP sudah langgar batas-batas susila dan ADAB, kesantunan ADAT PERPATIH sedang dirodok, dirobek dengan rakus dan ghairah oleh DAP. Rupanya rencana DAP ialah memusatkan kepentingan Melayu untuk menjahamankan sebuah Tanah Melayu.

Moga Allah pelihara dan kurniai hikmah kepada pemerintahan DYMM Tuanku Muhriz, dan Allah pelihara nikmat ilmu dan membuat keputusan bil-hikmah kepada YAM Tunku Ali, YAM Tunku Zain A'abidin. Moga Allah lindungi kuasa pemerintahan Negeri Sembilan daripada bala-bencana dan kemungkaran tipu daya iblis dan syaitan laknatullah baik yang nampak mahu pun tidak nampak, sesungguhnya Allah jualah Tuhan Maha Mengetahui, Maha Pelindung lagi Maha Pemerintah Kerajaan Di Langit dan Di Bumi.

Saturday, January 26, 2013

On Your Mark: Teluk Kemang!

Mano Teluk Kemang ni? Cukup-cukuplah PkR sabotaj Teluk Kemang untuk 5 tahun. Tak joran lagi ko? Ahli Parlimen PkR tak bawa apo-apo pun untuk Parlimen Teluk Kemang..!

Balapan PRU-13 dah siap ko? Nak pukul biar pukul dan simpul mati, Teluk Kemang ialah pusat militer paling strategik sebelah Selat Melaka. Andai masih terpedaya, terkesima dan termakan dakyah penyamun dan pengkhianat nombor wahid negara daripada PkR, PAS dan DAP...

Maka, selamat tinggal bangsaku...siapkan batu nesan untuk menguburi diri sendiri tanpa dikafan dan ditalkinkan.

Mula kerja dari semalam lagi, untuk membina masa depan. Bak bidalan kontemporari "Change your words, you will Change your world!"

Wednesday, January 23, 2013

Rasuah Nik Aziz

7 janji Najib jika BN menang PRU13 di Kelatan telah mencetus pelbagai reaksi daripada kepimpinan Pas.

Ada yang sebut janji Najib tu menghina rakyat Kelantan, ada yang kata janji itu umpama "nyanyi lagu lama" (lagu Menaruh Harapan ke?) dan ada juga pemimpin Pas yang kata itu semua janji kosong.

Kemuncak kepada segala komen pemimpin Pas apabila Nik Aziz selaku Menteri Besar Kelantan membidas 7 janji Najib itu umpama rasuah bagi memancing undi!!

Oklah..oklah...rasuah pun rasuah lah! Jadi untuk memudahkan cerita, apa kata kita ikut saja perspektif Nik Aziz bahawa JANJI itu sama dengan RASUAH.

Kami nak mengimbau kenangan apabila Pas membentangkan RASUAH yang bertemakan "Membangun Bersama Islam, Menerajui Perubahan dan Mencapai Keberkatan" pada 2008 sempena PRU-12 di negeri Kelantan. RASUAH itu telah dilancarkan sendiri oleh Nik Aziz selaku Menteri Besar Kelantan dengan mengemukakan 9 bukti  perubahan yang dibawa parti itu dalam tempoh 18 tahun menerajui kerajaan negeri Kelantan (9 perubahan saja dalam tempoh 18 tahun?? 'Hebat' sungguh la Pas!)

9 bukti  perubahan itu ialah pentadbiran dan perbandaran berteraskan syariah (tidak dapat dibuktikan secara zahiriah), memajukan pendidikan Islam (pun tidak dapat dibuktikan secara material/nyata),  menaikkan taraf peranan masjid (masih lagi kotor kebanyakan masjid), memberi hak untuk semua kaum (hak apa pun tak tau), memartabatkan wanita (ramai wanita dah jadi calon Pas kot!), pembangunan insan bersepadu (pun tidak dapat dibuktikan apa benda yang bersepadu...kecuali kalau ramai orang Kelantan kahwin memang ramai la yang beradu), perumahan Islam (macamana bentuk perumahan Islam di Kelantan tu? ada nampak?), sistem kewangan Islam (yang dibuat oleh bank-bank komersil sendiri) dan sistem  perundangan syariah (hudud ke???).

Selain itu dalam halaman setebal 28 muka surat, Pas turut menyenaraikan beberapa RASUAH bagi memancing undi rakyat Kelantan sempena PRU-12 pada 2008. Antaranya;

1. Kolej Pendidikan Tinggi Wanita Kelantan - (Dah google, dah interview ramai orang Kelantan...tapi semua kata tak wujud pun).

2. Pusat Pendidikan Pondok Antarabangsa Kelantan - (Pun dah puas google dan tanya orang Kelantan...tak juga wujud. Dah 5 tahun dah poik!)

3. Menawarkan skim takaful kelompok guru, kakitangan dan pelajar Yayasan Islam Kelantan secara percuma. - (Bab ni kami tak pasti. Ada ke dapat skim takaful percuma? Ada guru atau staf/pelajar Yayasan Islam Kelantan boleh bagi komen?)

4. Kompleks Sukan Wanita yang dilengkapi stadium khas dan masjid. - (Tang ni memang kami tau tak di bina pun. Kalau dah bina mesti heboh keluar Haprakdaily).

5. Melaksanakan rancangan untuk membimbing, membantu dan melatih wanita ke arah wanita berdikari dan mencapai kemajuan sosio-ekonomi. - (Dari dulu pun orang luar negeri Kelantan tahu yang wanita Kelantan memang jenis rajin, berdikari dan pandai berniaga berbanding lelaki).

6. Menyediakan Tabung Niaga Wanita Kelantan. - (Ada ke tabung? Ke dah kena songlap macam tabung Memali dan tabung-tabung derma ceramah Pas?)

7. Program pemberian skim pemilikan tanah lot kediaman untuk rakyat Kelantan. - (Mana? Mana? Mana?)

8. Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan. - (Semua orang pun tahu menipu je semua ni. Kalau tak percaya cuba bukak laman web (klik) satu hapah pun takde).

9. Untuk belia Kelantan, PAS berjanji melaksanakan rancangan kesihatan awam, rancangan kesejahteraan awam dan rancangan digital awam dengan memperkasakan peranan pusat ICT Desa. - (Pernah tengok ke rangka pelan rancangan kesihatan awam Kelantan? Apa maksud rancangan kesejahteraan awam Kelantan? ICT Desa??? Hahaha...kabel telefon di kampung-kampung pun selalu kena curi penagih dadah belia Kelantan!!)

10. Melaksanakan pembangunan ladang komersial ala Kelantan dengan memperuntukkan tanah untuk diberi milik (sebagai saham) kepada rakyat miskin dan membuka peluang kepada golongan yang mampu untuk melabur. - (Apo bondo yang Pas merepek ni? Wujud ke projek ni? Berapa ramai rakyat miskin Kelantan yang dapat? Ada ke? Puas dah kami google, satu maklumat pun tak dapat pasal RASUAH ni. Ada sesiapa cai Pas yang boleh jelaskan?)

Jadi sampai bila rakyat Kelantan nak termakan RASUAH pancing undi Nik Aziz ni!! Kalau RASUAH tu ditunaikan dalam tempoh sepenggal memerintah dari 2008 hingga kini oklah jugak. Tapi dah hampir 23 tahun Pas menerajui Kelantan, hanya 9 perubahan saja yang terlaksana? Itupun perubahan yang dikhabarkan tak dapat dibuktikan secara material/nyata. Yang nampak hasil kerajaan Pas Kelantan buat selama 23 tahun ni...tebang balak...tebang balak...tebang balak!!!

Wahai rakyat Kelantan, cukup-cukup sudahlah kena hina dengan RASUAH Pas di Kelantan. 23 tahun tu terlalu lama untuk rakyat Kelantan kena tipu dengan Pas. Buek malu yor...

Tuesday, January 22, 2013

Tidak Jah...TIDAKKK!!!

Nuar (bukan nama sebenar) berada di sisi ketika Jijah (juga bukan nama sebenar) isterinya sedang nazak. Sebelum meninggal, sempat Jijah berpesan kepada suaminya...

Jijah: Abang! Sebelum saya mati, saya nak abang berjanji sesuatu pada saya.

Nuar: Jah, jangan banyak bercakap...nanti Dr Karpal dan Dr Guan marah.

Jijah: Abang janji dulu...cepat janji!!

Nuar: Yelah..yelah..abang janji. Tapi apa yang Jah mau abang janjikan sebenarnya?

Jijah: Saya nak abang janji lepas saya mati, saya nak abang kahwin dengan Sidar.

Nuar: (Pura-pura terkejut) Isk Jah ni…kan Sidar tu musuh ketat you selama ni? Apa Jah rela abang memperisterikan dia?

Jijah: Saya rela bang...saya rela!! Sebab saya nak dia menderita macam saya 33 tahun hidup bersama abang!

Monday, January 21, 2013

Demi MARUAH Pas maka Pakatan mesti diKALAHkan!

1. Sejak PRU-12 pada 2008, Pas sebenarnya sudah hilang maruah dan kehormatan. Ahli Pas sendiri pun dah lama sedar akan hakikat ini.

2. Sebab tu Himpunan Kiblat Rawak 112 (HKR112) hanya dapat mengumpul crowd kurang 60 ribu kerana penganjur gagal meyakinkan seramai mungkin ahli Pas di seluruh negara yang berjumlah lebih 2 juta untuk hadir sama memeriahkan perhimpunan.

3. Hakikatnya sejak 2008, Pas hanyalah berstatus balaci dan pencacai kepada Pkr dan DAP, dan bukannya rakan kongsi, apatah lagi dominan dalam Pakatan. Sejak 2008 juga, belum ada isu yang membabitkan Islam yang mampu dipertahankan Pas, walaupun serangan terhadap Islam itu datangnya dari rakan sekomplot Pas sendiri. Pas hanya akur dan tunduk tanpa berani membantah Pkr mahupun DAP.

4. Banyak bukti semasa yang boleh menyokong kenyataan di atas. Antaranya;

- Tentu masih ingat manifesto (Khalid MB Selangor cakap manifesto bukan janji...paloi!) Pas di Selangor semasa PRU 2008 apabila Pas menjanjikan, "Jika hari ini Pas memerintah Selangor, esok kilang arak akan ditutup!" Tak payah cerita pasal kilang laa, baru DAP angkat kening, habis semua arak yang dirampas dipulangkan semula ke 7E. Contoh klasik Pas selaku balaci.

- Pas Kedah nak tutup pusat hiburan bulan Ramadan, DAP renung tajam, terus arahan pada PBT suruh buat-buat buta tak nampak pusat hiburan terbuka. DAP beyond the law, Pas underfoot DAP.

- Walaupun sekian lama memperjuangkan negara Islam sejak penubuhannya, namun sejak 2011 Pas terpaksa menggadaikan prinsip dan maruah dengan menukar slogan kepada negara berkebajikan demi menjaga hati serta arahan rakan sekomplot Pkr dan DAP. Satu lagi contoh klasik Pas adalah pencacai.

- Jika dulu apabila UMNO menegur Pas, dengan rakusnya Pas membalas kononnya UMNO menentang Islam dengan alasan Pas memperjuangkan Islam, dan menentang Pas bermakna menentang Islam. Tapi hari ini jika Pkr atau DAP yang menegur, dengan segera Pas akan menarik balik atau menukar kenyataan tanpa membalas apa-apa kepada Pkr atau DAP. Jelas apabila bersama Pkr dan DAP, Pas boleh diibaratkan seperti anjing yang hanya mengikut arahan tuannya. Lagi contoh klasik Pas macam cencorot.

- Ketika UMNO minta Pas mengkaji semula draf Hudud yang dibentangkan di Kelantan dan Terengganu, habis Pas mencanang ke seluruh pelusuk negara konon UMNO menentang Hudud, UMNO kafir, UMNO junjung perlembagaan penjajah, bla..bla..bla..! Tapi bila Mursyidul Am Pakatan aka Karpal dan Khalifah Guan Eng terbatuk sikit, hampir kesemua pemimpan Pas tarik balik kenyataan, konon Hudud bukan keutamaan la, Hudud 0.0001 peratus dalam Quran la, Hudud hanya akan dilaksanakan pada masa sesuai la...bala..bala..bala. Takde pulak pemimpin Pas nak hentam balik Karpal atau Guan Eng. Malah Muryidul Ampas pulak dengan kondifen sebut konon DAP dah faham Islam. Lagi-lagi contoh klasik Pas hanyalah kuda tunggangan seperti yang pernah diakui Presiden-nya sendiri.

- Sama ada perasan atau tidak, setiap kali UMNO/BN menghentam Pas, tiada bantuan atau sokongan daripada pemimpin Pkr mahupun DAP untuk menjawab bagi pihak Pas. Terkujat-kujat la pemimpin Pas menjawab untuk membela diri sendiri. Tapi bila tiba giliran UMNO/BN hentam Pkr atau DAP...kita dapat saksikan bagaimana Pas akan cuba menjadi juara dengan menjawab bagi pihak Pkr dan DAP. Bersungguh-sungguh pulak Pas membela dan mempertahankan rakan sekomplot, sampai sanggup mencaci nista saudara seagama sendiri. Walhal bila time Pas yang kena, DAP dan Pkr buat derk jer. Contoh klasik purba Pas sebenarnya hanya balaci tahap cipan.

- Bila Pkr buat perhimpunan atau ceramah, ahli Pas yang akan ramai hadir. Bila DAP buat program, pun ahli Pas jadi tukang meramaikan majlis. Tapi bila Pas yang buat program, boleh kira berapa ramai ahli Pkr dan DAP yang datang. Malah masa PRK yang kerap berlangsung tidak lama dulu, jentera Pas jugak yang bersungguh jadi balaci walaupun calon Pkr dan DAP yang bertanding. Semua orang pun tahu Pkr mana ada jentera. Pas jugak yang diperkudabelangkan.

- Semu tahu kisah pemecatan Hasan Ali. Tanpa desakan dan arahan daripada Pkr dan DAP, termasuk segelintir puak Erdogan dalam Pas, tak mungkin Hasan Ali akan dipecat. Pas sanggup buang ahli dan pemimpin sendiri semata-mata untuk menggembirakan bosnya iaitu Pkr dan DAP. Jadi nak disamakan dengan apa lagi Pas ni? Hamba abdi Pakatan?!

- Dulu bukan main pencacai Pas menuduh kononnya UMNO mempertahankan perlembagaan penjajah, perlembagaan yahudi Lord Reid, siap buat amanat Hadi lagi, sampai habis umat Islam negara ni berpecah belah sampai ada yang mati di Memali. Tapi alih-alih Presiden Pas bersama saf kepimpinan Pas masa kini berikrar akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan sekiranya memerintah. Apa kes? Dulu tuduh macam-macam, sekarang dah tak dengar pun pencacai Pas sebut pasal Lord Reid atau perlembagaan yahudi. Nampak sangat apa yang dimiliki Pas hari ini adalah hasil 'brainwash' Pkr dan DAP. Pas mendakwa kononnya mereka telah berjaya mentarbiah Pkr dan DAP...tapi sebaliknya?

- Kes salun rambut Kelantan yang kononnya Pas telah dikuatkuasakan selama 10 tahun di negeri itu, tapi tahun ke-11, DAP bising, terus Pas batal peraturan. Apo punyo macai la...

- Isu paneh tanah 4,259.9 hektar di Kelantan yang diberi kepada pemimpin DAP, orang luar Kelantan pulak tu, semata-mata kerana nafsu besar pemimpin Pas nak jadi MB Perak, sehingga kini masih belum dijawab Menteri Besar Kelantan. Apa sudah jadi dengan Akta Tanah Rizab Melayu Kelantan yang menjadi rujukan negeri-negeri lain? Walhal kerajaan negeri Kelantan pimpinan Pas sendiri pun sudah mencabul Akta tersebut dengan memberikan tanah rizab kepada bukan Melayu!

- Isu kalimah Allah lagi pening. Presiden kata boleh, Mursyidul Am pulak ayat berpusing-pusing..kejap kata tak betul, mengarut, salah, BOLEH...penggunaan salah, makna tak betul...BOLEH! Sorang ke hulu, sorang ke hilir. Mana satu nak pakai? Hanya sebab Khalifah Guan Eng buat tuntutan pasal Al-Kitab, terus pemimpin Pas kelam kabut menjawab. Apahal tak balun saja Guan Eng? Oh, lupa...khalifah pakatan mana boleh tegur. Terbaru Timbalan Presiden Pkr pula kata Majlis Syura Ulama' Pas bukan suara Pakatan. Karpal Singh pun suruh Hadi ikut apa yang telah dipersetujui geng Pakatan. Abih camno Pas nak jawab? Bersetuju untuk tidak bersetuju? Contoh klasik Pas sebagai badut sekiranya memerintah.

- Kemuncak kepada segala injakan maruah Pas apabila Presiden Pas sendiri mengaku tidak berminat menjadi Perdana Menteri. Setelah habis segala amanat mengkafir orang sana sini, bercerai berai laki bini, solat 2 imam dalam mukim sama, nikah 2 kali sebab kadi kononnya tak Islam, tak makan sembelihan saudara seagama, bangga diri konon lebih Islam berbanding orang lain, konon nak ganti undang-undang penjajah, nak tubuh negara Islam, nak buat hudud, bla..bla..bla...alih-alih tak nak jadi Perdana Menteri. Apa punya turrr? Nampak sangat selama berpuluh tahun ni ahli Pas diperbodohkan Presiden mereka sendiri. Sanggup angkat Raja LGBT jadi PM berbanding Presiden parti Islam. Apa punya balaci tahap gaban la Pas!

- Banyak lagilah bukti...tak tergamak nak taip panjang-panjang.

Kesimpulan...

5. Hakikatnya Pas dulu lain...sekarang lain. Pas lebih bermaruah dan hebat andai tidak bersama Komplot Pkr dan DAP.

6. Ahli Pas perlu memastikan Pas kembali kepada landasan memperjuangkan Islam kerana 5 tahun kebelakangan ini prinsip dan dasar perjuangan Pas telah diinjak-injak oleh rakan sekomplotnya. Solat tepi longkang, tepi semak, dalam stadium dengan kiblat tak tentu arah tu bukan memperjuangkan Islam namanya ok!!

7. Demi mengembalikan maruah serta kehormatan Pas yang telah tercemar dek dicop sebagai kaldai Pkr dan DAP selama 5 tahun ini, maka Pakatan wajib ditolak, Pakatan tidak perlu diundi.

8. Kini menjadi tanggungjawab orang Melayu Malaysia untuk memastikan Pas kembali garang, Pas kembali mantap memperjuangkan Islam, Pas boleh berdiri sendiri tanpa Pkr dan DAP.

9. Mengundi Pakatan bermakna bersetuju Pas menjadi HAMBA ABDI seumur hidup Pkr dan DAP.

10. Kembalikan maruah Pas...tolak Pakatan Rakyat!

Sunday, January 20, 2013

To all christians...

Komen ini kami jadikan posting sebagai renungan bersama terutama kepada penganut Kristian di Malaysia.

*********

To Jo n Jo [di nutgraph].

There is a saying - 'don't trouble trouble until trouble troubles you'.

And the Roman Catholic Church [RCC] had just done that-'jolok the sarang tebuan'

Even if true, what has hundred of years, Allah had been used elsewhere' got to do with what the gomen here decide ?

Why the obsession with the use of Allah?

'Roh'

There are phrases which are translated out of context like holy ghost - which erroneously translated as 'roh'. 

Roh is 'life' given to man so that when he dies the 'roh' leaves the body of the man. And it has been shown by French scientists that 'roh' has a mass and by an application of Einstein's Theory, it can be transformed as 'energy'!

Why does an omniprescient, all powerful god requires an attribute [roh] of a man? Fuck@ng stupid.

And the translation of 'holy ghost' as a 'roh kudus'?

Look at the story of how the 'ghost' first appeared in the christian story board. Paul [or Saul ashe was known earlier] said he saw Jesus as a ghost [bm-pontianak] after he was crucified [died]. So why the 'roh kudus' is a translation for holy ghost?

Should not a correct Bahasa Melayu translation for holy ghost be 'pontianak bersih'?

The RCC willy nilly translate the bible in any nice sounding language to attract the melayus rather than accurately translate what the entity truly is. 

Applying Shakepeares 'a rose by any other name..' in this situation, a holy ghost is translated as 'pontianak bersih'. And that is a downgrade of of what the RCC [Indonesia Branch] had given the 'holy ghost'?

And if some of you like to maintain the catholic god is one, why not delete the 'holy ghost' and the 'son' bit in the Melayu bible and no one would object the RCC St John branch to use Allah. I for one would support you.

After all the RCC had been challenged by the likes of greats - Galileo, and Martin Luther King. Now would Pakiam and Andrew Lawrence going to be an Asian great making history like MLK to drop the doctrine of holy ghost and the son of god thingy?

This would entail giving a finger to the vatican's Holy See - up yours!

After all christians in America and Europe have emerged adopting doctrine of one god-junking the holy ghost and son bit and adopting Jesus Al Masih as prophet of Allah.

They are the unitarians!!!

Sumber KKK.

Saturday, January 19, 2013

Character Assassination BTN

Alangkah molek jika bahan berita pembunuhan karektor yang ditayangkan oleh kumpulan Anwarinas dijawab satu persatu:

1. BTN kembali dijadikan MODAL membunuh karektor. Mereka sedang membina imej bahawa BTN ini ialah fakulti dakyah. Sedarlah umat Melayu, bahawa BTN ialah institusi DAKWAH yang amat ditakuti oleh Freemason dan Israel, melalui JW Marriot merancang untuk membeli institusi ini seterusnya MEMBUBARKAN nama, imej dan identitinya serta institusi yang bersekutu dengannya.

2. IKIM akan dijadikan MODAL polemik seterusnya, kerana mereka sedang memasuki idealisme moderate bersifat liberal dan super demokrasi. Moga IKIM sentiasa berwaspada Agenda ini.

3. JUSA-JUSA tertentu seperti yang telah diberitakan dalam blog ini sebagai pesanan kepada KSN Malabar yang beru, bahawa masih ramai Pegawai Tinggi Kanan simpati kepada Anwar. Anwar menanam modal fikir kepada mereka sejak 20 tahun lalu. Kini, JUSA-JUSA ini sedang meranap dan menhancurkan institusi Negara. Banyak projek penting dan Dasar dilengah-lengahkan, banyak usaha-usaha penting Kerajaan Persekutuan dianggap tidak penting oleh mereka. Tujuan mereka ialah supaya apabila Perdana Putra diduduki oleh Anwar, Lim Kit Siang dan Hadi Awang, maka, era pentadbiran Freemason, Komunis dan Syiah yang dipanggil atas tagline "Pentadbiran Rakyat" boleh menjalankan segala kerja durjana mereka. Tahniah kepada JUSA-JUSA ini...

4. Pegawai-pegawai Tinggi dan Kanan Kerajaan Persekutuan yang pencen dan dipercayai kecewa, tak cukup duit sebab berbini ramai, joli katak sebagainya...sanggup berpoligami dengan Anwar Ibrahim. Demi duit...duit...duit, akhirnya kumpulan pegawai muda Bebalisme dan rakyat Bebalisme anggap bahawa Anwar Perdana Menteri. Tahniah Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Penjara Dunia.

Beginilah pembunuhan karektor yang sedang dilakukan oleh Petaling Jaya, Bangsar, Jalan Bukit, Ipoh Timur dan Taman Melewar serta PUTIK. Nampaknya.....

Friday, January 18, 2013

HIMPUN PEGUAM RAKYAT RAJA

Memperingati peristiwa 30 Mac 1946, diteraju oleh seorang pentadbir berlatar belakang undang-undang bernama Onn Jaafar, anak kelahiran Batu Pahat, Johor. Peristiwa 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka, laungan 7x merdeka di nakhoda oleh seorang pentadbir berkelulusan undang-undang, berdarah keturunan Raja Kedah, atas nama Tunku Abdul Rahman. Mahkota pemerintahan berpayung emas kuning turut ditatang oleh insan yang Allah pilih khas bernama Tuanku Abdul Rahman, anak raja Perpatih, Negeri Sembilan Darul Khusus, juga pengamal dan berilmu pengetahuan undang-undang.

Apa maknanya ini!

Hari ini, buat beberapa waktu lalu Majlis Peguam Malaysia pernah dikepalai oleh seorang Keling (7% populasi rakyat Tanah Melayu) dan masa kini, seorang Thiong Hua 21% populasi rakyat Tanah Melayu. Kekuatan fizikal berdaftar Peguam Malaysia dianggar seramai 14,000 orang. 2/3 daripada populasi ini ialah Peguam Melayu aliran Eropah dan aliran Malaysia.

Persoalan-persoalan Pak Sedaro kepada peguam sawo mateng a.k.a. rakyat Raja ialah:

1. Apo bangang bonar yang borikan kerusi Presiden Bar Council dan 80% ahli Bar Council didukung oleh Cino dan Koling?

2. Apo lopong bonar ko, Peguam-peguam Melayu?

3. Apo bahalol bonar ko, pendidikan ahli guaman Melayu Islam, sampai begitu bacul dalam jurusan-jurusan memastikan Perkara 3, Perkara 11(4), Perkara 152, Perkara 153, Perkara 160(2), Perkara 181, Perkara 121, Perkara 149...ikut soko hati mak ayah Majlis Peguam Malaysia maso kini...cabar-mencabar!!!

Ayuh HIMPUN Peguam-Peguam Rakyat Raya yang berfahaman Ahlul Sunnah Wal-Jamaah mazhab Syafie, Islam Agamamu, Melayu Bangsamu, Tanah Melayu Bumimu....Bangun dari LENAMU yang PANJANG, dari DENGKURANMU yang MENJENGKELKAN...

Bersihkan, Sucikan, Bleachkan, Majlis Peguam Malaysia masa kini yang begitu bersifat parasit kepada Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimana sebuah Majlis Peguam Malaysia tidak menjalankan amanah besar sebagai pelaku undang-undang neutral, tidak partisan kepada pertubuhan siasah...Majlis Peguam Malaysia GAGAL menjalankan amanah mulia sebagai Majlis, Majlis Peguam Malaysia GAGAL menunaikan hak-hak ahli guaman berwibawa dan berkarektor mulia kerana berselindung dengan usaha-usaha subversif.

Apakah ini, reformasi pilihan rakyat? Rakyat yang ditelanjangkan dalam teori dan praktis goblok pengkhianat Perlembagaan?

Hasutan demi hasutan, rayuan demi rayuan, pujukan demi pujukan...akhirnya menjurus kepada penafian Perkara 149. Wahai Menteri cucunda Onn Jaafar, gunakan hikmah dan akal budi yang paling tinggi supaya Perkara 149 dihalalkan untuk diguna pakai.

Sudah terang lagi bersuluh. Negara sedang disamun otak rakyatnya oleh Syiah, Komunis dan Freemason. Tapi pemimpin-pemimpin besar masih DAYUS DAN SANGGUP MELIHAT ROBEKAN KAPITALISME MELAMPAU hingga menjejaskan makna "Malay+sia"

Moga Allah ampunkan dosa-dosa kalian. Amin.

Thursday, January 17, 2013

Betul la haiwan pun ada masalah...

Ada seekor siput yang selalu memandang sinis terhadap katak. Suatu hari, katak yang hilang sabar akhirnya berkata kepada siput, "Siput, apakah aku telah lakukan kesalahan hingga kamu begitu benci dan selalu memandang sinis kepada ku?"

Siput menjawab, "Kamu dalam kalangan katak mempunyai empat kaki dan boleh melompat ke sana ke mari, tetapi aku hanya boleh mengheret cangkerang yang berat ini...merangkak di tanah. Jadi aku berasa sangat sedih."

Katak menjawab, "Setiap makhluk mempunyai kelebihan dan kekurangan dalam kehidupan masing-masing. Kamu cuma melihat kelebihan aku, tetapi kamu tidak melihat kesusahan hidup kami sebagai katak."

Sekonyong-konyong, seekor helang terbang ke arah mereka. Siput segera memasukkan badannya ke dalam cangkerang, sedangkan katak menjadi mangsa sang helang.

Justeru, ambillah ikhtibar kisah katak dan siput ini. Nikmatilah kehidupan anda dengan redha akan apa yang ada pada diri anda berlandaskan hukum hakam agama. Tidak perlulah kita membanding-bandingkan diri dengan orang lain. Perasaan iri hati kita terhadap orang lain akan membawa lebih banyak penderitaan jiwa.

Lebih baik fokuskan kepada apa yang kita miliki dan berusaha untuk mengubahnya jika itulah impian kita. Pasti ia akan memberikan kita lebih rasa syukur dan kebahagiaan kepada diri sendiri.

Wow...rupanya binatang pun banyak masalah...

Klik sini.

Wednesday, January 16, 2013

"Anything But Pas" kata penyokong Pakatan!

Apabila Majlis Syura Ulama' Pas mengisytiharkan (setelah sekian lama) akan pendirian mereka yang melarang agama selain Islam menggunakan kalimah "Allah" (Nik Aziz kata "tak betul, salah, mengarut...tapi boleh guna?"), sudah ada suara-suara sumbang dikalangan pencacai Pkr dan DAP yang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Pas.

Semuanya diluahkan melalui portal Malaysiakini yang semua maklum adalah portal pro pembangkang. Kelihatan Malaysiakini sengaja menyiarkan perdebatan para pencacai pembangkang di portal mereka dan membiarkan polemik berkenaan isu kalimah ini berlanjutan.

Kini sudah ada kempen dikalangan pencacai pembangkang sendiri untuk menolak Pas - ABP (Anything But Pas).


Juga ada yang begitu bodoh mempertikai Akta mana yang digunakan untuk menghalang bukan Islam menggunakan kalimah "Allah".


Malah ada dikalangan pencacai pembangkang yang meramalkan Pakatan akan tewas disebabkan tiada persefahaman antara 3 parti yang sedang berkomplot itu.


Dan dikalangan pencacai Pakatan turut meramalkan Pas akan hilang undi hanya disebabkan pendirian Majlis Syura Ulama' Pas berkenaan isu kalimah.




Pas harus bertegas dalam isu ini. Jika tidak boleh, katakan saja TIDAK dan bukannya kejap kata 'tidak'..kejap kata 'boleh guna'. Kredibiliti Pas sedang dipertikaikan tetapi pemimpin Pas dan Majlis Syura Ulama' masih ingin bermain tarik tali.

Isu kalimah "Allah" tidak wajar dipolitikkan oleh Pas. Seharusnya Pas mengambil peluang dalam isu ini untuk bersatu dengan UMNO demi menjaga kedaulatan Islam di Malaysia.

Kini orang bukan Melayu sudah mula mempertikaikan Pas. Adakah Pas sanggup menggadaikan maruah dan prinsipnya semata-mata kerana mengemis undi kafirun yang sedang menunjukkan agenda sebenar mereka mempersendakan Islam di negara ini?

Adakah Islam Pas begitu miskin sekali?

Tuesday, January 15, 2013

Malaysia's Youngest Blogger

Bernama in July 2009 reported about an 11 years old as the country's youngest blogger. We wonder how and why would Bernama reported Gloson as one when there are other bloggers who are much younger than him.

Ahmad Ali Karim was only 5 years old when he started blogging in August 2008 and now he's 9 years old.

This mama’s boy who likes playing Lego blocks, reading, writing stories, and travelling is determined to become a politician one day. He also masters various computer skills especially Microsoft Power Point.

He's probably the youngest blogger in Malaysia, maybe in the world too!

We from Paneh Miang are amazed to see a blogger as young as 5 years old, and we feel really proud of this young man. His writing is simple yet thought provoking. Reading his blog gives us new experience and refreshing perspectives on the current socio-political issues. We appreciate everything that this young man has to offer in his blogsphere and we hope he will achieve his dream to become a great politician one day!

To Ahmad Ali, may Allah bless you and keep up the awesome job!

Feel free to visit his blog at ahmadalikarim.wordpress.com.

Boyo @ Kopilah


Lembaga Muzium Negeri Sembilan dan Jabatan Muzium akan mengadakan Pameran Buaya di Muzium DiRaja Istana Lama Seri Menanti di Kuala Pilah selama seminggu mulai semalam.

Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan Drs Shamsuddin Ahmad berkata  pameran diadakan dari 9 pagi hingga 10 malam dan masuk adalah percuma.

"Pameran ini diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Keputeraan ke-65 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir," katanya kepada Bernama di Seremban, hari ini.

Katanya antara jenis buaya dipamerkan ialah buaya tembaga, buaya Siam (putih), tengkorak buaya, buaya Puchong, anak buaya, replika telur 22 biji telur buaya dan biawak air.

"Paling menarik lagi orang ramai berpeluang melihat replika buaya milik Tuanku Muhriz di mana ia telah dipulihara oleh Jabatan Muzium. Buaya ini adalah spesimen yang pernah menghuni sungai di Seri Menanti pada suatu ketika dahulu," katanya.

Sempena pameran itu, turut diadakan jualan buku terbitan Lembaga Muzium Negeri Sembilan, pertandingan kuiz dan ceramah mengenai buaya. - Bernama.

Monday, January 14, 2013

Nak menipu pun agak-agak la...

Himpunan Kebangkitan Rakyat yang  berlangsung di Kuala Lumpur telah berjaya menghimpunkan seramai antara 45,000 orang  (anggaran Polis) dan 100,000 orang (anggaran Malaysiakini). Sesungguhnya gambar-gambar dalam Stadium menunjukkan ia telah dibanjiri penuh oleh peserta.

Tetapi, dua anggaran di atas amat jauh perbezaannya, jadi saya buat sedikit kajian untuk mendapat anggaran yang lebih tepat. Pertama, saya semak kapasiti Stadium Merdeka di laman web yang menyatakan kapasiti di tempat penonton sebagai 25,000 orang dan di gelanggang sukan 20,000 orang. Dengan maklumat ini, dengan mudah kita dapat data tepat yang  berada di Stadium semalam adalah kira kira 45,000 orang. Jika termasuk kira kira 10,000 orang di luar stadium, maka keseluruhan peserta Himpunan semalam hanya mencecah 55,000 orang sahaja, iaitu hanya sedikit melebihi anggaran dari pihak polis.

Penyertaan seramai 55,000 orang boleh dianggap hambar memandangkan penganjur Himpunan mensasarkan 1 juta peserta. Ini pula ia diadakan di kawasan parti pembangkang, iaitu Kawasan Lembah Kelang yang mempunyai seramai 7 juta penduduk. Dari segi peratusan yang hadir, tak sampai 1% daripada penduduk Lembah Kelang.

Mengikut anggaran, seramai 90% peserta terdiri daripada kaum Melayu, kebanyakan mereka ahli atau penyokong Pas, selain Pkr. Selainya adalah dari kaum Cina dari DAP. Penyertaan dari kaum India pula dianggar tidak signifikan.

Mengapakah sambutan begitu hambar? Saya nampak beberapa sebabnya: Pertama, para penyokong Pakatan mulai jemu menyertai demonstrasi demi demonstrasi; Kedua, Ketiadaan isu besar yang mampu menaikkan kemarahan rakyat; dan ketiga, populariti Perdana Menteri Najib telah meningkat amat tinggi.

Secara kebetulan Tinjauan Pendapat Umum yang terkini  oleh Merdeka Center pada bulan Disember 2012, menunjukkan populari Perdana Menteri Najib amat tinggi diparas 77% dikalangan kaum Melayu, 76% di kalangan kaum India dan 34% dari kaum Cina. Keadaan kini adalah jauh lebih baik daripada aras sokongan pada bulan Mac 2008, menjelang Pilihan raya Umum ke 12 dahulu.

Persepsi ke atas Barisan Nasional pula menunjukkan, 63% Melayu gembira dengan BN berbanding hanya 22% untuk Pakatan,  kaum India 45% untuk BN dan 22% untuk Pakatan, sementara kaum Cina 16% untuk BN dan 47% untuk Pakatan.

Walaupun angka di atas menunjukkan kaum Melayu dan India kini lebih memihak kepada BN, tetapi kebencian kaum Cina kepada BN masih berlarutan hingga kini. Nampaknya kaum Cina  kekal bertekad  hendak  menjatuhkan kerajaan  BN yang bertunggakkan kuasa Melayu dan Islam. - Dah Ikhwan.


Nak photoshop pun agak-agak laa...


Lagi foto KL112 untuk pencari kebenaran.

Saturday, January 12, 2013

Dalam banyak gambar KL112, ini paling kelakar...HAHAHA!


Satu kumpulan sembahyang tala ke gereja belakang stadium sebab Presiden Pas kata mereka sama 'Allah'...

Satu kumpulan lagi sembahyang berkiblatkan Anwar Ibrahim...

Satu kumpulan lain sembahyang mengadap bini Azmin Aiskelim...

Satu kumpulan sembahyang mengadap DAP...itu God Pakatan punya...

Kompom sok Pas keluar fatwa baru...boleh kiblat sesuka hati hatta sembahyang di gereja sekalipun sebab 'Tuhan' pun sama...

Antara sepanduk Demonstrasi KL112








Friday, January 11, 2013

Mano kejantanan kau BAPUK?

Posan kepada Hishamuddin anak Hussein anak Onn anak Jaafar:

1. Kau ni buto!? Pekak? Tuli? Bisu? atau Bangang Bonar?

2. Osah memalukan Nenda Onn bin Jaafar?

Sebab;

1. Biarkan...tengok aja...buatlah...suka hati mak ayah kau...Himpun...Bersih...sebagainya.

2. Lantaklah....kan Polis ada!

3. Dan Peguam Negara makan gaji buta?!

Inilah kesan dan akibat paling dahsyat dalam sejarah Malaysia selepas 16 September 2011. Selepas tanggal 16 September 2011, DAP, Pkr, Pas dan Majlis Peguam makin bermaharajalela melakukan apa saja, asalkan boleh merosak Negara dan Bangsa.

Isu kalimah Allah sampai saat artikel ini di tulis masih tidak selesai dan mungkin tak akan langsung selesai kerana Dasar BACUL dan DAYUS digunakan sebagai pendekatan diplomasi. Apakah Melayu sudah memasuki era diplomasi kufur nikmat dan ilmu!?

Isu seleweng perundangan Islam, menafikan hak-hak Islam atas Negaranya dan Bangsanya terus menjadi tiupan nafiri Freemason, Komunis, dan Syiah termasuk Majlis Peguam?

Apakah Hishamuddin sudah dimakan sumpah "Keris Ganja Seiras Melelar" yang telah dikucup dan dihunus depan seluruh ummah Melayu, kemudian minta maaf kepada kaum pendatang Cina?!

Apakah Hishamuddin sudah lupa perjanjian tua antara almarhum Ayahandanya bersama Ayahanda sepupunya (Tun Hussein bersama Tun Razak)? Atau memang Hisham memang tak tau sebab BENGAP?

Apakah Hishamuddin membela Hantu Raya dan Jembalang Tanah yang mengkaburi segala keputusan berasaskan hak-hak Bangsa Teras ke atas Agamanya dan Tanahairnya?

Setiap malam di setiap Daerah Undi, Pas dan Pkr termasuk anjing belaan mereka DAP akan menyalak, melalak dan memekak demi memecah keheningan malam. Berbalas-balas pantun dan maklumat, biar pun palsu dengan fakta reka cipta Komunis dan Freemason. Namun rakyat dan pengundi mendengar dan melihat benar lagi membenarkan. Sebabnya...

Barisan Nasional - UMNO khasnya tidak menjalankan tarbiyah dan usrah sebagai gerakan dakwah. Dakyah makin berleluasa dan menjadi sumber kekayaan fikiran rakyat Malaysia.

Ingatlah pesanan Sultan Muhammad Al-Fateh kepada armada perangnya..."Andai kita tewas bukan kerana takdir Allah, tetapi kerana kita tidak bersungguh-sungguh mempersiapkan ihsan, roh, jasad, senjata, iman dan takwa kita kepada Allah, kita meletak kudrat dan iradat pada kedudukan paling tinggi hanya kerana Allah, maka InsyaAllah Allah jua memenangkan kita, andai kita menang. Marilah sahabatku sekalian, kita bermunajat dan bertawassul kepada Allah moga, hari ini kita diberikan ilham menempa kemenangan. Kita sudah persiapkan seluruhnya, hanya Allah Kuasa Mutlak menentukanNya."

Soalnya...Komunis, Syiah dan Freemason dah tahap GABAN ni...tak kan Hisham masih mahu MEMONDANKAN diri selamanya?!

Thursday, January 10, 2013

Satu soalan kepada Parti Islam SeMalaysia

Adrian Brockett di dalam 'Approaches to the History of the Interpretation of the Quran' pada halaman 44 telah berkata: "Al-Quran hanya mempunyai satu teks sahaja dan isinya tidak pernah diubah sejak dari zaman pemerintahan khalifah Islam dahulu. Al-Quran berkembang secara statik (kerana isinya tidak berubah)."

Arthur J, Arberry di dalam Pendahuluan Terjemahan Al-Qurannya telah berkata: "Selain daripada tanda-tanda bacaan yang dimasukkan kemudian ke dalam Al-Quran untuk memudahkan bacaan, Al-Quran yang diterbitkan pada abad ke-20 adalah sama seperti yang diterbitkan oleh Khalifah Uthman 1300 tahun dahulu."

Harry Gaylord Dorman di dalam 'Towards Understanding Islam' pada halaman 3 telah berkata: "Kemukjizatan Al-Quran terletak pada stailnya yang begitu sempurna lagi unggul sehingga tidak ada sesiapapun yang mampu menirunya. Isi ajaran, maklumat dan pernyataannya berhubung masa depan amat tepat lagi menakjubkan dan semua ini tidak mungkin dapat dilakukan oleh Muhammad yang tidak tahu membaca dan menulis."

Sebaliknya Bible yang ada pada hari ini secara umumnya adalah hasil kerja manusia mengikut olahan dan kehendak manusia.

Terry Watkins dari Dial-The-Truth Ministries telah mendakwa 64,576 kalimat-kalimat Bible telah dibuang dari New International Version berbanding dengan Bible yang sebelumnya!

Salah satu organisasi Kristian terkemuka, International Bible Society (IBS) yang beribu pejabat di Amerika dan mempunyai pejabat di 100 negara di dunia, ketika menjawab persoalan berhubung pengarang kitab Bible telah berkata: "Ramai orang telah menyumbang di dalam penulisan Bible. Sebenarnya Bible ialah himpunan karangan/tulisan dari lebih kurang 40 orang penyumbang, 30 bagi kitab Perjanjian Lama dan 10 bagi kitab Perjanjian baru."

Perlu diingatkan bahawa pengarang-pengarang ini dikenali sebagai 'authors.' 'Author' mengikut 'The Oxford Dictionary of Current English' bermaksud: "writer of book, article etc; originator of idea, etc." Maksudnya, mereka tidak hanya menulis, mereka juga menentukan isi, stail dan olahan serta mengedit di mana perlu.

Isu berhubung penulis-penulis Bible sebenarnya tidak hanya ditimbulkan oleh orang-orang Islam malah juga oleh tokoh-tokoh Kristian. Salah seorang daripada mereka ialah Paderi (Father) John Breck yang pernah menimbulkan isu ini di dalam sebuah laman web berautoriti, Christianity.com. Beliau adalah seorang Profesor di dalam bidang 'Biblical Interpretation and Ethics' di St. Sergius Theological Institute di Paris, Perancis.

Seorang tokoh Kristian, Bruce M. Metzger mengesahkan: "(Penulis-Penulis Bible) tidak menukilkan segala sumber yang mereka temui dengan tepat sebaliknya mereka menulis tentang kefahaman mereka berhubung dengan sumber-sumber itu. Tujuan mereka ialah untuk membetulkan kesilapan penulis-penulis lain, tetapi apa yang berlaku ialah mereka telah mendedahkan kesilapan mereka sendiri." - (Bruce Metzger 'The Text Of The N. Testament: Its Transmission, Corruption & Restoration,' Oxford Univ. Press; hal. 195).

Maka, satu soalan saja aku nak tanya pemimpin dan pencacai Parti Islam SeMalaysia (Pas)...yang korang setuju sangat kalimah Allah diguna dalam Bible...ayat dalam Bible tu firman Allah ke?


Sumber.

Wednesday, January 9, 2013

Apa kes BTN lagi ni, Ahmad Maslan?

Kisah 1

Perbelanjaan Biro yang begitu mewah tetapi buat program kedekut? Katanya Timbalan KP Training dan Ahmad Fairus pergi ke Scotland dan Paris untuk jumpa beberapa kerat pelajar?

Katanya ABIM sudah menerap masuk dalam Biro hingga projek, kontrak, gaji bulanan diberi kepada orang2 ABIM dan pejabat Biro jadi pusat ABIM?

Biar betul...ABIM sekarang pro Anwar dan Pakatan hingga Dr Md Nor Manuty dah jadi guru sesat yang kerja cari fatwa halalkan yang salah.

Orang bekas Anwarista ni tak boleh buang rasa hutang budi kepada Anwar sampai katanya Dato Ahmad Saad sabotaj Perkasa Pulau Pinag dari dalam dengan meperlecehkan Perkasa. Selanjutnya sini.



Kisah 2

The controvesial Biro Tata Negara (Bureau for Nation Building) comes under Ahmad Maslan's jurisdiction as Deputy Minister under the Prime Minister’s Department.

Though Ahmad Maslan was heard to be the person that recommended to PM to appoint the current Director General, Raja Dato Arif bin Raja Ali, apparently the DG does not give him due respect as the Minister.

It is believed Raja Arif does see the need to do so over such frivolous reasons of the Deputy Minister being his junior in New Zealand and in BTN.

What is happenning now is that the BTN DG is acting without giving due reference to Ahmad Maslan, as the Deputy Minister responsible for the agency.

Much of the tactical plan was to help the government deal with mis- and dis-information on government operations and especially to deal with slander and untrue allegations made relating with upcoming 13th General Elections.

The Bureau seem to be concerned and interested only with it's own agenda.

Among the agenda is to ensure that the DG get selected as BN candidate to contest the Kuala Nerus Parliament.

The reason for such speculation is that words from the ground is saying that BTN is making it their target to get close and secure support from certain division groups.

BTN was said to have sponsored air tickets for the Division’s Puteri UMNO wing was given sponsored air tickets, Umno Kuala Nerus Committee trip to visit Sabah and UMNO Youth wing all expernses trip to Thailand.

It seemed strange for the focused allocation to the leadership of Kuala Nerus when other more effective program are slashed the budget to deem it as ineffective.

It is double standard when considering that his Deputy claimed BTN should not be involved in GE work.

Raja Arif is seen more doing self promotion and bodek-ing in his Dale Carnegie styled public speeches than actually infusing nation building value and ideological content.

In a Perkasa retreat, he was in his elements to praise Dato Ibrahim Ali and subtly doing a personal bashing of a Perkasa member for his effective work.

Raja Arif is in a hustle and bustle with personal politics that he gave the opportunity to Dr Haji Hanafi, Deputy Director General (Training) and Haji Mokhtar, Deputy Director General (Administration) to channel funds to the opposition backing ABIM network.

In fact, it was heard that Hanafi "Abu Nawas" Harun, BTN Deputy Director for Training and co-coordinator for assembling ABIM people in BTN discouraged officers eager to help the government in the 13th general election.

To quote his words, "We BTN do not have to be involved in the general election."

What is the meaning of all of this?

In the meanwhile Abu Nawas is revamping the BTN as though it will be a future ‘lead agency’ and usrah body for ABIM, particularly ABIM members in the civils service.

What is the signal to the government emanating from BTN?

During a recent winter holiday at around 18 to 20 December 2012, Haji Mokhtar bin Sulaiman took the opportunity to meet Malaysian students studying in Paris, Edinburgh and Glasgow, Scotland. Most of them particpated in BTN’s  Transformation Program for overseas-bound University students.

He met 15 students for a casual chat at a Malaysia Restaurant, Paris while in Scotland, a total of 80 from the malaysian students community at Edinburgh and Glasgow attended with their families on the pretext of fostering closer relationships and networking with young Malaysians abroad.

The question is the trip to Europe cost hundreds of thousands and it was merely to  meet with 15 people in Paris and likely to come from all over outside Paris?

Why then, Ahmad Fairus, a character said to be previously linked with a RM1 million allocation for a cycling race program brought together in the trip? Why not other state BTN Directors?

Why must Haji Mokhtar exploit the 15 students when all along the trip was a personal visit to Ahmad Fairuz’s place of study?

Perhaps that is why Haji Hanafi could bravely make a statement in front of the bureau officials that the bureau does not have to be involved in as the 13th General Elections. BTN can not contribute anything but they will reap lots of things. Selanjutnya sini.

Kisah 3

Manakala Raja Arif pula sedang bergerak khusus di Terengganu menyusun calon-calon  khususnya kawan beliau daripada Angkatan Belia Islam (ABIM) dan ibu pejabat BTN dijadikan pusat himpunan anggota ABIM biarpun mereka tetap menyokong pembangkang namun atas nama ABIM, mereka ini boleh duduk bersama dan dibayar secara bulanan seperti Dr Wan Mohd Nor. Persoalannya atas geran manakah mereka ini dibayar gaji ataupun elaun?

Kumpulan ABIM yang sedang berdepan dengan masalah kewangan seperti Ustaz Zahidin Mahmud, Rosli Abdullah diberikan juga bayaran bulanan apabila mereka ini berhubung dengan Haji Hanafi, Timbalan Ketua Pengarah (Latihan).

Najib  harus tahu bahawa Timbalan Menteri iaitu Ahmad Maslan yang bertanggungjawab menguruskan BTN telah gagal. Ketika seluruh pemimpin sedang fokus berfikir mencari kemenangan 2\3 untuk kerajaan dalam PRU13, Ketua Pengarah dan pengurusan BTN  mengambil sikap sebaliknya.

BTN cuba mengasingkan diri malah dilihat anti 'lead agency'. Meeting penting 'lead agency' BTN hanya menghantar wakil pegawai gred 41 malah lebih malang Abu Nawas BTN iaitu Timbalan Ketua Pengarah Latihan yang menjadi co-ordinator Himpunan ABIM dalam BTN telah merendahkan pegawai-pegawai yang bersemangat untuk membantu PRU13 mengeluarkan kenyataan, "Kita BTN tak perlu terbabit dalam PRU!"

Apa makna semua ini sedangkan dalam masa yang sama Abu Nawas ini sedang memperkukuhkan BTN seakan-akan selepas ini BTN akan menjadi 'lead agency' sebagai badan usrah kepada ABIM khususnya anggota-anggota ABIM dalam perkhidmatan awam.

Apa signal kepada kerajaan akan perkara yang sedang berlaku dalam BTN hari ini? Selanjutnya sini.

p/s: Baik selosai an copek cagho elok yor...

Tuesday, January 8, 2013

Janji masyukkk...

Seorang pemuda masuk ke sebuah kedai makan berhampiran rumahnya dan memesan makanan. Tidak beberapa lama kemudian, pesanannya tiba. Saat pemuda itu nak menikmati makanannya, datanglah seorang anak kecil lelaki menjajakan kuih padanya, "Mahu beli kuih, bang?" Dengan ramah pemuda yang sedang makan itu menjawab, "Takpe, abang sedang makan." 

Anak kecil tersebut tidak putus asa dengan cubaan pertama. Dia menunggu sampai pemuda itu selesai makan, lalu dia tawarkan lagi kuih jualannya, "Mahu beli kuih, bang?" Pemuda tersebut menjawab, "Takpe dik, abang dah kenyang." 

Lalu pemuda itu bangun menuju ke kaunter untuk membayar dan terus berlalu pergi. Si anak kecil penjaja kuih masih berterusan mengekori pemuda tersebut hinggalah pemuda itu masuk ke rumahnya. Walaupun sudah hampir seharian si anak kecil cuba menjual kuih buatan ibunya, tetapi masih tidak laku-laku. Namun dia tidak mahu menyerah pada takdir dan masih meneruskan usahanya. Si anak kecil itu berfikir, "Cuba aku tawarkan lagi kuih ini pada abang tadi. Mana tau dia nak beli kuih ni sebagai ole-ole untuk orang di rumahnya."

Tidak berapa lama kemudian, pemuda itu keluar rumah semula dan si anak kecil penjaja kuih kembali menghampiri pemuda tersebut untuk menawarkan kuih jualannya bagi kali ketiga. "Bang, mahu beli kuih?" 

Kali ini pemuda itu merasa ralat untuk menolak. Dia mengeluarkan wang RM10 dari dompetnya dan diberikan pada anak kecil itu. Katanya, "Adik ambil duit ni. Abang tak nak beli kuih adik sebab abang masih kenyang. Anggap saja duit ni derma daripada abang buat adik." 

Anak kecil itu menerima wang pemberian si pemuda lalu menghampiri seorang pengemis yang kebetulan berada berhampiran, lantas mendermakan semula wang RM10 itu kepada pengemis tersebut. Betapa terkejutnya si pemuda lantas bertanya, "Kenapa adik beri wang tu pada pengemis? Mengapa tidak adik ambil saja?" 

Anak kecil penjaja kuih itu tersenyum lalu menjawab, "Saya sudah berjanji dengan ibu di rumah untuk menjual kuih yang dibuatnya, bukan untuk jadi pengemis. Dan saya pasti bangga pulang ke rumah bertemu ibu andai wang yang saya perolehi adalah disebabkan hasil jualan kuih ibu dan bukannya disebabkan derma daripada abang. Wang yang akan saya serahkan kepada ibu nanti adalah hasil usaha saya sendiri kerana ibu tidak suka saya meminta-minta.

Pemuda itu kagum dengan kata yang diucapkan oleh seorang anak yang masih kecil yang hanya menjaja kuih tetapi memiliki prinsip dan etika kerja yang hebat. Impian anak kecil itu ialah setiap kali pulang ke rumah, dia dapat melihat senyuman ibu yang menyambut kepulangannya disebabkan dia mampu menjual kuih buatan ibunya serta memperolehi wang hasil jualan tersebut, dan bukannya dengan cara meminta derma. 

Akhirnya pemuda itu memborong kesemua kuih yang dijajakan si anak kecil. Bukan kerana kasihan, bukan kerana lapar, tetapi kerana prinsip yang dimiliki si anak kecil bahawa "Usaha Tangga Kejayaan" dan dia pasti akan memperolehi ganjaran yang setimpal seandainya dia menyudahkan kerjanya dengan baik. 

Semoga kisah di atas mampu menyedarkan kita akan peri pentingnya usaha, dan bukannya dengan cara meminta-minta mengutip derma. Janganlah sampai mata kita jadi 'hijau' hanya disebabkan nafsu kepada wang ringgit. Wallahua'lam.





Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."
Blog Widget by LinkWithin

Blog Archive