Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Sunday, March 31, 2013

Bukan Nik Aziz sorang tahu duduk bersila

Makan laksa bersila pun boleh jadi head-news Haprakah. Ish..ish..ish..


Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan pun humble yor. Tak kecoh pun!

Daulat Tuanku!


Eh..eh..Najib pun bersila juga?! Tapi bersila dengar bacaan kitab Hayatus Sahabah di Perjumpaan Ulama' Tabligh Malaysia rupanya. Alhamdulillah.

Friday, March 29, 2013

Kau tu yang sebenarnya pengecut...

"Negeri Sembilan Catat Sejarah."

Mano-mano poie sekarang ni, ramai sobut bondo yang samo - Negeri Sembilan catat sejarah negeri pertama di Malaysia yang terbubar secara automatik yang tidak pernah berlaku dalam 12 PRU sebelumnya.

Tetibo den banggo jadi anak Negori yang mencatatkan satu lagi sejarah baru Malaysia. Hehehe...

Ado sorang kawan den maso samo belajar dulu, cakap Najib pengocut sobab tak berani bubar parlimen. Ironinyo kawan den yang becakap tu, dulu 'sangat berani' orangnya. Tackle jinggey orang, pehtu bilo balak jinggey tu carik dio, terus nyorok dalam rumah tak keluar 3 hari. Nak makan pun suruh member tapaukan. Tapi hari ni macam baguih bonar lak nak ngoba an orang lain pengocut. Hahaha. Spesis pencacai Pkr.

Taufek, Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan merangkap ADUN Paroi pun samo meroyan. Sibuk bonar nak suruh Najib bubar parlimen copek. Konon bimbang kerajaan sementara akan salah guno kuaso. Abih tu kerajaan Pas Kelantan yang bukan kerajaan sementara bagi beribu ekar tanah kek pemimpin DAPig Perak tak salah guno kuaso pulak? Hilangkan berjuta duit pelabur Kohilal tak salah guno kuaso pulak? Rembat balak untuk kroni Pas tak salah guno kuaso pulak? Hehehe...

Orang dah kobar yang kerajaan sementara tak boleh dah buek apo-apo keputusan, atau luluskan projek baru, atau buek dasar baru etc., hanyo boleh mentadbir dan meneruskan kerja sedio ado sajo...itupun nak bising lagi ko? Nak salah guno kuaso apo? Kakitangan awam yang sokong Komplot Pembangkang kan ado dalam kerajaan sebagai spy. Kok betul kerajaan sementaro salah guno kuaso...mesti akan ado nanti yang pocah lobang, macam sebolum-sebolum ni bilo pencacai pembangkang dalam kerajaan pocah rahsio negaro. So buek apo nak meroyan bonar?

Kan memasing dah faham yang mandat baru perlu diisi semula dalam tempoh 60 hari. Jadi tunggu yolah paling lewat sobolum 26 Mei 2013 pasti akan ado pilihanrayo. Dalam tempoh tu nanti dah tentu semuo akan dapek peluang mengundi. Jadi buek apo nak heboh?

Yang poliknyo Komplot Pembangkang yang nak copek bonar buek pilihanrayo ni kenapo? Nak kato dah tak sabar nak mengundi, sebelum ni boleh pulak bersabar 5 tahun menunggu PRU? Ni 60 hari pun macam dah tak menyompek-nyompek bonar plak. Ko pemimpin pembangkang ado agenda tersirat? Atau takut tembolang makin banyak pocah?

So tak payah la nak kobar an orang pengocut la, macam Malayan Union la, salah guno kuaso la etc. Bilo dah sampai masonyo sok, poie yolah mengundi. Rakyat majoriti yang layak mengundi pun tak kecoh...pencacai pembangkang lak yang kalut.

Kok Komplot Pembangkang berani sangat, bubarlah DUN di negeri memasing sekarang. Buek apo nak tunggu Najib? Kok berani sangat la...padahal sumo pun tau Komplot Pembangkang sebona eh kecut yor.

Apabila tiba masanya kelak, kita semua akan bersama keluar mengundi. Dan bilo dah keluar keputusan PRU-13 nanti, barulah kito akan sodar tinggi rondahnyo langit. Chill bro...

Thursday, March 28, 2013

Artikel Calon Neraka dan BIADAB


KEMATIAN  mengejut Felo Amat Utama Akademik ISTAC, Universiti Islam Antarabangsa, Dr Muhammad Uthman El-Muhammady malam tadi, sebetulnya  merupakan satu rahmat yang tidak dijangka untuk Pakatan Rakyat.

Di samping kurang lagi satu suara yang sering mengkritik pendekatan Pakatan Rakyat terutama dalam soal-soal berkaitan Islam, UMNO sudah pasti meratapi pemergian ini kerana sudah sah hilang satu undi pasti daripada arwah.

Sebetulnya, bukan sahaja PAS, PKR juga tidak terlepas dari menjadi bahan kecaman Uthman semasa hidupnya, terutama dalam isu berkaitan pluralisme agama yang diperjuangkan parti tersebut.

Walaupun tidak bergiat cergas mahupun memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik, pandangan dan penulisan Uthman sudah diketahui umum sering mengkritik dasar Pakatan Rakyat, terutama PAS dan terlalu condong kepada perjuangan UMNO. 

Laman ini tidak langsung mempertikaikan ilmu dan pengetahuan Uthman, deretan ijazah, sarjana dan doktor falsafah yang dimiliki mendiang sudah tentu mempunyai nilai tersendiri. Cuma yang dikesalkan semasa hidupnya, ilmu dan pengetahuan ini digunakan ke arah yang salah serta berlawanan dengan arus semasa.  

Mana tidaknya, dikala lebih ramai alim ulama terkenal negara mula mengadaptasi perkembangan semasa dalam beragama, Uthman dan segelintir orang seumpamanya, masih dengan cara lama yang ketinggalan zaman, lebih teruk dari itu, berkiblatkan UMNO pula.

Dalam banyak-banyak kenyataan dan analisa yang dibuat Uthman, yang paling menyakitkan hati kami di suarapakatanrakyat.com ialah kelantangan Uthman mengkritik ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertajuk “Religion and Pluralism in a Divided World” di London School of Economic (LSE) pada 18 Mac 2010.

Selain memberikan secara terperinci dalil-dalil kenapa amalan pluralisme yang dianjurkan Anwar dalam ucapan tersebut perlu ditolak, Uthman pergi dengan lebih jauh lagi apabila melabelkan bakal Perdana Menteri Malaysia tersebut sebagai seorang pemimpin tidak ada akidah!!

Benar-benar melampau.


Apa pun, kami tidak ingin mengupas dengan lebih lanjut mengenai perkara tersebut kerana amalan pluralisme agama yang dianjurkan Anwar ini telah diperakukan oleh lebih ramai para alim ulama dalam PAS.  Pandangan Uthman yang menyanggah amalan tersebut adalah merupakan satu pandangan ‘janggal’ di kalangan majoriti cendiakawan Islam.

Dan sekarang, setelah mati, pandangan dan pendapat mendiang yang sering bercanggah dengan logik dan perkembangan dunia semasa itu, berkubur bersamanya, 6 kaki di bawah tanah. Rest in peace (hopefully).

*********

Pada pandangan Pak Sedaro, penulis Suara Pakatan Rakyat merupakan calon jaminan Neraka Jahanam warganegara Malaysia. Begitu sekali songsang dan iblisnya pemikiran Freemason mereka, sehingga menobatkan kultus fikir CELAKA yang diCELAKAi sekalian ummat.

Andai manusia penulis ini kalangan provokator, Pak Sedaro nasihatkan "kok ilmu tak menuras, jangan kau tobek jerangau buayo"...muak kau ditolan dan diratah hidup-hidup jang...Nampak bonar BANGANG perawi Freemason-Komunis-Syiah ini. 

Tuesday, March 26, 2013

PR nak tawan N9? Toksah dok berangan la...

1. Esok adalah hari terakhir Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang akan terbubar pada tepat jam 12:01am, 28 Mac 2012 (Khamis) selepas tempoh penggal lima tahunnya berakhir, menjadikan Negeri Sembilan adalah negeri pertama di negara ini yang mungkin terbubar secara automatik selepas pilihan raya umum 2008; itupun jika Najib tidak mengumumkan pembubaran parlimen lebih awal pada atau sebelum Khamis ini.

2. Pembubaran DUN Negeri Sembilan adalah bertepatan dengan Akta Interpretasi 1948 dan 1967 iaitu tempoh bermulanya DUN dikira selepas majlis angkat sumpah. 

3. Bila DUN terbubar, elaun semua anggota DUN akan tamat serta-merta, tetapi tugas Speaker, Menteri Besar dan Exco masih berjalan seperti biasa di bawah kategori kerajaan sementara (Caretaker Government).

4. Rakyat Negeri Sembilan tidak perlu ragu perjalanan negeri akan terbantut, kerana kerajaan sementara akan menjalankan pentadbiran negeri seperti biasa, cuma ADUN tidak boleh membuat apa-apa keputusan atau mewujudkan apa jua dasar baru.

5. Di pihak BN begitu banyak spekulasi berkenaan calon dan siapa bakal Menteri Besar baru Negeri Sembilan. Ni lah masalahnyo bilo terlampau ramai yang berhajat nak jadi Yang Berkhidmat. Kadangkala akal dan fizikal tak mampu, tapi nafsu mencanak-canak. Contoh terbaik ialah mamat tua berumur 82 tahun di Pantai Timur sana nun. Kubur dah seru pun masih nak menongkat langit.

6. Spekulasi calon BN Negeri Sembilan ni memang hangat diperkatakan terutama oleh orang UMNO. Tapi kami nak kobar an satu yo, tak ramai calon yang disebut tu lopeh tapisan SPRM. Kok ikut trend Najib sekarang ni, ramai yang tak lopeh tapisan tu akan digugurkan. Bak kato Najib, "Its time to end this ones and for all!" Jadi kok ado yang berhajat nak jadi calon tu toksah la nak perasan bonar. Sok kok mati berangan.

7. Negeri Sembilan adalah antara negeri tumpuan Komplot Pembangkang yang menyasarkan untuk menjajah  secara total pentadbiran kerajaan negeri dalam PRU-13 melalui calon DAP, Pkr dan Pas. Kenapa nama Pas belakang sekali, sebab Pas hanyalah parti balaci kepada DAP dan Pkr.

8. Difahamkan Pas akan memberi laluan kepada calon DAP dan Pkr di beberapa kawasan di Negeri Sembilan yang sebelum ini secara tradisi ditandingi oleh calon Pas dalam PRU sebelumnya. Dah faham macamana Pas akan dibalacikan di negeri beradat ini sekiranya Komplot Pembangkang menang? Walau PRU-13 belum bermula, Pas sudah pun kehilangan beberapa kerusi kerana tunduk dengan perintah rakan sekomplot sendiri.

9. DAP sudah belajar di Perak, dan kali ini mereka akan meletakkan calon Melayu di PRU-13 demi memastikan jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan menjadi milik mutlak DAP. Kenal siapa antara calon tunggangan DAP tu? Alahhh...orang Pilah tu la...balaci Ku Li dulu tu...

10. Ke mana sahaja di Negeri Sembilan ketika ini akan kedengaran begitu banyak rungutan ahli Pas yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan parti sendiri. Wala' pucuk pimpinan Pas bersama DAP dan Pkr begitu dibenci oleh akar umbi Pas kerana ia menyebabkan Pas hilang intergriti, hilang prinsip, hilang Islam, hilang maruah dan hilang segalanya demi memenuhi serakah nafsu politik peribadi sebahagian besar pemimpinnya.

11. Belum pernah dalam sejarah penubuhan Pas, parti itu kini bukan saja ditentang oleh pihak lawan, tetapi oleh akar umbi dan saf kepimpinan Pas sendiri. Serangan dan sabotaj dalaman parti bakal menghancurkan Pas di PRU-13.

12. Walaupun dimaklumkan ahli Pas tidak akan mengundi BN, tapi mereka juga tidak akan keluar mengundi Pas. Agak-agak apa nasib Pas di PRU-13 nanti? Ahli Pkr pun ramai yang dah malu nak sokong parti Papa Homo tu. Dan ini adalah petanda permulaan kepada pengakhiran Pas dan Pkr di Negeri Sembilan.

13. UMNO/BN Negeri Sembilan kini lebih bersedia menghadapi PRU-13. Malah jentera UMNO/BN Negeri Sembilan jauh lebih mantap berbanding PRU-11 dan 12.

14. Walau apa jua cabaran, fitnah, serangan, tohmahan mahupun tipu daya yang akan dimainkan DAP, Pkr, Pas di Negeri Sembilan, UMNO/BN akan menyahut dengan penuh rasa rendah diri, penuh rasa syukur, penuh waspada dan penuh bergaya bagi memastikan Negeri Sembilan kembali menjadi kubu kuat Barisan Nasional seperti mana sebelumnya.

15. Kepada semua balaci, pencacai, puak LGBT dan kuda tunggangan Komplot Pembangkang - "JUST BRING IT BEBEH!"

Friday, March 22, 2013

Respect sama Papa Gomo

Tak pasal-pasal Papa Gomo kena hentak. Di khabarkan beliau kini berada di hospital setelah dibelasah di Segambut. 

Secara peribadi, saya tabik pada Papa Gomo kerana berani mendedahkan video mengenai Anwar Ibrahim. Yang peliknya, apabila video percakapan Anwar yang sedang memujuk seorang siswa di sebuah bilik hotel disiarkan di blog Papa Gomo, komentar-komentar dari penyokong tegar Anwar memarahi dan menempelak Papa Gomo. Mereka langsung tidak cuba mempertahankan ketua mereka, Anwar Ibrahim. 

Saya tidak tahu apa lagi alasan yang akan diberikan oleh penyokong-penyokong tegar Anwar Ibrahim. Rafizi Ramli pula cuba untuk melakukan 'character assasination' terhadap Papa Gomo dengan menyatakan bahawa beliau adalah seorang pengundi hantu. Rafizi nampaknya tidak cuba untuk mempertahankan bos beliau. 

Kalau sebelum ini pihak Anwar kononnya hendak mencari orang yang menyerupai beliau untuk dijadikan kambing hitam, tetapi setelah keluar video Anwar cuba mengayat mahasiswa di sebuah bilik hotel, penyokong-penyokong tegar Anwar seolah tergamam dan cuba untuk menyerang Papa Gomo pula.

Walaubagaimanapun, kami tetap menyokong perjuangan Papa Gomo. Teruskan brader, berani kerana benar!

Wasiat B.A.B.I.

Kabinet selepas PRU13 seperti yang diwasiatkan oleh Anwar Ibrahim, selepas kalah perang pilihanraya;

Perdana Menteri Malaysia - Najib Tun Razak
Timbalan Perdana Menteri Malaysia - Muhyiddin Yassin
Menteri Dalam Negeri - Zahid Hamidi
Menteri Keselamatan Dalam Negeri - Musa Hassan (Kementerian wujud semula)
Menteri Pertahanan - Dr. Latif (kini Timbalan Menteri)
Menteri Kewangan- Najib Tun Razak
Menteri Pelajaran - Muhyiddin Yassin
Menteri Pertanian-Mukhriz Mahathir
Menteri Pembangunan Luar Bandar - Shafie Afdal
Menteri Penerangan dan Komunikasi - Zambry Kadir
Menteri Belia dan Sukan - Razali Ibrahim
Menteri Hal Ehwal Wanita - Rosnah Sirlin
Menteri Kerja Raya - Shaziman Abu Mansor
Menteri Pengajian Tinggi - Hassan Malek
Menteri Sumber Manusia - Subramaniam
Menteri Kesihatan-Ong Tee Kiat
Menteri Jabatan Perdana Menteri - Senator Othman Desa, Ahmad Maslan, Senator Omar Osman, Jamil Khir Baharom
Menteri Pembangunan Usahawan - Idris Jusoh
Menteri Hal Ehwal Pengguna - Raja Nong Chik
Menteri Perdagangan dan Industri - Mustapa Mohamad
Menteri Undang-undang - Senator Tun Azmi
Menteri Luar Negara - Noh Omar
Menteri Keseniaan dan Pelancongan - Senator Jins Shamsuddin

Majlis Pemikir Tamadun Bangsa Malaysia: Dr.Mahathir, Abdullah Ahmad Badawi, Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib bin Ali Al-Attas, Mantan Ketua Hakim Negara, Mantan Peguam Negara, Mantan Ketua Polis Negara, Mantan Panglima Angkatan Tentera, Mantan Ketua Hakim Syarie, Mantan Mufti Kerajaan Negeri, 5 orang pemikir Agung Dunia fahaman Ahlul Sunnah Wal-Jamaah, dan 3 orang wakil Majlis Raja-Raja Melayu. (Jemaah Penasihat Kerajaan Malaysia Regim Najib Razak).

Saturday, March 16, 2013

Anwar ke ni?! Ish..ish..ish..

Ketibaan Sang Hero..... RAJA GOYANG

Hi!!! Sayang kat ABANG


Pelukan MESRA dua KEKASIH INTIM

errmmmmm..... RAJA GOYANG sedang GONCANG

KUCUPAN INTIM asmaradana dua KEKASIH







Si RAJA GOYANG tinggalkan pentas AKSI......

3... 2... 1..... Action!!! (PART 1).

Blog Archive