Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, April 30, 2013

Calon PR dah KALAH!

Pengerusi BN N9 sudah mengeluarkan perintah strategik kepada semua calon BN N9;

1. Khas kepada calon BN Islam, mesti hadir zahir dan batin di madrasah, musolla, surau, masjid pada setiap waktu solat. Berkomunikasi dengan jemaah dan ahli kariah.

2. Khas untuk calon BN Belum Islam, mesti hadirkan setiap pagi jam 0700 di warung dan gerai pengunjung teramai untuk memberi SENYUMAN dan SAPAAN awal pagi kepada rakyat.

3. Calon BN, kini berada dalam perbatasan terakhir sebelum 4 Mei 2013 jam 1200 tengah malam. Maka, langkah-langkah berikut mesti dilakukan:

3.1. Counter strike semua soalan-soalan mengarut pembangkang yang didendang kepada pengundi.

3.2. Jumpa kali kedua kepada 85% pengundi setempat.

3.3. Laksanakan pertempuran HANRUH melalui sistem elektronik dan inovasi.

3.4. Giat menjalankan aktiviti lobi dan kempen oleh Pengurus-pengurus kempen yang berwibawa, dengan sentuhan tradisional.

3.5. Calon BN yang kayo-rayo, sudah boleh mulakan Program Makan BERSELO setiap hari hingga 4 Mei 2013.

3.6. Calon BN yang mewah dan hartawan, sudah boleh mulakan Program Sentuhan Qalbu kepada pengundi muda, pengundi kali pertama dan penyokong tegar BN.

3.7.Calon BN mesti terus semat dalam kepala, bahawa BN WAJIB MENANG DEMI KELANGSUNGAN AMANAH AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR.

3.8. Rakyat dan Pengundi tiada pilihan kerana pasukan fahaman KOMUNIS, FREEMASON, SYIAH, KHAWARIJ WAJIB TEWAS KERANA KUMPULAN MEREKA HANYA MAHU KUASA.

13 Rancangan JAHAT Anwar hingga 5 Mei

1. Anwar “Look-A Like” akan muncul untuk mengaku bahawa dialah yang berlakon dalam video skandal seks China Doll bukan Anwar Ibrahim. Seolah-olah bukan Anwar dalam video tersebut tetapi orang yang akan dimunculkan nanti sebenarnya yang ada di dalam video tersebut. Ini untuk menunjukkan bahawa bukan Anwar tetapi orang lain yang seperti Anwar yang melakukan adegan seks tersebut.

2. Anwar akan menggunakan keluarga Saiful Bukhari untuk menentang Saiful Bukhari, kini mereka telah menggunakan bapa Saiful.

3. Anwar akan merancang pelbagai bencana yang kononnya menimpa beliau termasuklah agenda menembak beliau seolah-olah ada komplot dari BN untuk membunuh beliau demi meraih simpati rakyat dan pengundi.

4. Anwar akan menghasut serta menyogok pegawai-pegawai kanan kehakiman untuk mengelarkan kenyataan bahawa kes Sodomy 1 dan Sodomy 2 itu adalah palsu.

5. Anwar akan bersumpah dengan tidak menepati kehendak syarie.

6. Anwar akan menunjukkan jam Omega tiruan disaat-saat akhir sebelum hari mengundi untuk menunjukkan bahawa jam tangan Omega tersebut ada ditangan beliau bukannya seperti yang diwar-warkan.

7. Anwar akan memujuk ADUN dan Ahli Parlimen PKR yang keluar parti supaya kembali semula ke dalam PKR & membuat kenyataan bahawa mereka keluar dahulu kerana telah disogok dengan wang ringgit.

8. Azmin Ali akan mengeluarkan video lakonan yang dia telah berbaik dengan ibunya.

9. Peguam dan anggota polis yang terlibat dalam kes Altantuya dipujuk oleh Anwar supaya mengaku bahawa Najib terlibat dalam kes tersebut.

10. Meraka akan menghina dan memfitnah Datin Seri Rosmah Mansur sebagai terlibat dengan skandal Altantuya, barangan kemas dan juga kemewahan yang diperolehi.

11. Setiap ahli PAS diminta bersumpah untuk mengundi pakatan dalam PRU 13 nanti seperti yang telah didedahkan oleh Zulkifli Nordin tentang sumpah ahli PAS yang akan bertanding dalam pilihanraya dengan jatuh talak 3 jika keluar dari jemaah PAS.

12. Anwar akan menunjukkan surat palsu kononnya dari Syeikh Yusof Al-Qardawi yeng mengatakan bahawa Anwar layak dan akan menjadi Perdana Menteri Malaysia.

13. Pakatan akan mengumumkan pengharaman UMNO/BN supaya rakyat dan pengundi takut untuk mengundi UMNO/BN.

Hanya Mereka dan Keluarga Mereka


Sunday, April 28, 2013

Bilik Gerakan Pkr Tutup


Sumber mendedahkan Pkr Ampangan semakin tenat apabila 3 bilik gerakan Pkr telah ditutup. Salah satunya ialah bilik gerakan Pkr Gedong Lalang yang sebelum ini merupakan antara bilik gerakan Pkr yang paling aktif di Seremban.

Khabar terbaru Pkr terpaksa import jentera Teluk Kemang (orang Kamarul Baharin sendiri) untuk buka semula bilik gerakan Pkr Ampangan yang di tutup.

Antara faktor bilik gerakan Pkr Ampangan di tutup kerana jentera Pkr sendiri menyokong Haji Abu yang menjadi calon Barisan Nasional untuk DUN Ampangan. Malah kebanyakan ahli Pas di Ampangan juga semakin beralih arah kepada Haji Abu kerana peribadi Haji Abu itu sendiri amat disenangi semua pihak.

Faktor lain juga menyebut akar umbi Pkr terlalu sukar untuk menerima calon Pkr iaitu Kamarul Baharin yang merupakan salah seorang calon bidan terjun.

Pas pula dilihat semakin sukar memberikan kerjasama untuk memenangkan calon Pkr Ampangan kerana semakin hari semakin banyak bendera Pas versi hitam yang membawa maksud protes berkibaran di sekitar Ampangan.

Selanjutnya sini.

Pengerusi BN N9 Apo lopong bonar!

Keliling bercerito pasal kebijaksanaan Pengerusi BN N9 ini?

Dek kerana tak percayo dengan kekuatan pasukan N9, maka BN hampir karam menjelang PRU-13;

1. Ada ke pulak teori supaya biarkan BN menang tipis? Apo bangang sangat BN ni? Atau orang UMNO kaki sabotaj yang lopong? Teori BN menang tipis tiada dalam PRU-13 ini. Kok, kalah lagi kerusi semasa dari Pilah, Lenggeng, Juasseh, Seri Menanti, Linggi misalnya...maka TERUS KE LIANG LAHAT BN N9 Jang!!

2. Kerusi-kerusi kritikal mesti dipastikan kemenangan 110%. Penglibatan sepenuh hati, jiwa dan raga oleh Ketua-ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian, Naib-Naib Ketua Bahagian, Ketua Pemuda Bahagian dan Ketua Puteri Bahagian serta barisan juak dan jurai mesti MULA semalam. Kalau merajuk lagi, sakit hati, meluat, memang bongih bonar...maka yang PASTI JAHANAM ialah Barisan Nasional. Kalah Barisan Nasional N9 bermakna tamatlah riwayat 2013-2018, yang ternyata akan memberi highway kepada kewujudan KERAJAAN SYIAH-KHAWARIJ + FREEMASON + KOMUNIS.

3. Apa dah jadi dengan Pengerusi BN N9? Tak insaf-insaf lagi ke untuk pandai serta berani mengurus keletah Ketua-Ketua Bahagian UMNO dan Pengerusi komponen BN?! Malulah sikit...kok tak malu dengan UMNO dan BN, malulah dengan DYMM Yang Di Pertuan Besar dan 4 Dato' Undang Luak.

Semua ini memberi kesan kepada keputusan Pilihanraya 5 Mei 2013. Senjata ajaib pembangkang boleh dijawab dan dipatah dengan BAIK oleh BN. Namun, senjata "kebijaksanaan" BN N9 hanya boleh diurus dengan cekap dan berkesan dengan adanya "wahdatul-fikr" dan "wahdatul-amal" yang sentiasa tersusun dan diperkaya dengan penuh hikmah.

Kita sambung lagi...BERITA PANAS BN N9.

Wahai saudara-saudari Pejuang UMNO. Bangun dan tegur sahabat kepemimpinan kita dengan TEGAS DAN TANGKAS. Pukul dan rotan mereka dengan ILMU dan KEKUATAN PASUKAN UMNO yang digagaskan oleh kumpulan Onn Jaafar dan Baba Ludek bersama sahabat-sahabat.

Saturday, April 27, 2013

N09 LENGGENG - BEBAS ke KEBAS?!

Apo bangang bonar BEBAS N.09, salah rujukan kau tu jang sobab panehmiang.blogspot.com tak wujud.

Osah handa' psywar calon Bebas N.09, Zulkifli Abdullah, Ketua Penerangan UMNO Cawangan di Dun Lenggeng yang kini sodang bersilat hebat dengan Tok Sahak (BN).

Paneh Miang tidak langsung kaitan mahu pun bersekongkol apalagi sudi bersenggama dengan mana-mana parti politik, khasnya BEBAS yang gomar KEBAS.

Signal ini dilambangkan pada sepanduk calon BEBAS N.09 yang kini ditayang secara terbuka di Lenggeng. Ini bermakna paneh.blogspot.com ialah blog pilihan pemuka dan political animal daripada pelbagai kumpulan siasah.

Ini bermakna input dan hebahan paneh.blogspot.com sebagai peneraju gagasan pemikiran virtual di Negeri Sembilan, sehingga ramai calon BEBAS terpaksa mengeksploitasi blog Paneh Miang sebagai "keldai dan anjing salakan mereka."

Cukup-cukup sudah, cukup sampai di sini saja...kepado calon-calon BEBAS, jangan suko hati "mak ayah" dan "datuk nenek" saudara-saudari cuba jadikan blog ini sebagai MODAL POLITIK.

Apakah tanda-tanda ini, masih tidak memberi kesan kepada BN-UMNO dalam N9?

Apakah usik-usik dan gurau senda calon BEBAS serta parti pembangkang pilihan masih dianggap "enteng dan kocik" oleh Pengerusi BN N9?

Pas TIPU You All

Komunis BerMaharajalela


Timbalan Pengarah Kastam maut ditembak

PUTRAJAYA 26 April - Timbalan Pengarah Kastam Perkastaman/Cukai Dalam Negeri, Datuk Saharuddin Ibrahim maut selepas ditembak dari jarak dekat oleh penunggang motosikal di sini pagi ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi di persimpangan lampu isyarat Lebuh Wawasan dari arah Dengkil bersebelahan IPD Putrajaya.

Mangsa yang ketika itu dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja bersama pemandunya telah dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospiral Putrajaya sebelum disahkan meninggal dunia.

Allahyarham berasal dari Negeri Sembilan dikenali sebagai seorang yang tegas dan berani bersuara. - UTUSAN ONLINE.

Ingatan khas daripada Pak Sedaro....

Nampaknya pelbagai insiden sedang ditunjuk kepada rakyat Malaysia dalam kesibukan PRU-13.

Kejadian letupan BOM di Nibong Tebal, Jelapang, Sungai Besar merupakan bibit-bibit seperti pada tarikh 8 Mei 1969.

Kejadian "short and cold blooded" di Bukit Emas, diikuti oleh Allahyarham Saharuddin di atas di Putrajaya ialah takdir Allah kepada ummat Malaysia. Benar ini semua Qada dan Qadar Allah jua. Namun, masih juga benar, apabila swadaya Komunis diberikan kepada pemuka-pemuka tertentu.

Kegiatan kongsi gelap yang makin berMAHARAJALELA, ialah petanda Komunis sedang hidup subur. Bersama Komunis ialah golongan Freemason.

Dalam PRU-13 ini juga, ada 10 orang calon yang telah disahkan bahawa dia seorang Biseksual.

Moga Allah terus pelihara dan rahmati perpaduan, kesatuan, keamanan dan keharmonian Malaysia.

Friday, April 26, 2013

Nasib Wira Kastam...

 

Semakin banyak pula kes tembak-menembak sejak akhir-akhir ini. Dengan kes ragutnya, rompakannya sehinggalah membawa kepada pembunuhan. Berita terkini yang baru sahaja Berita Semasa terima, Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Dato’ Hj. Shaharudin telah pun meninggal dunia. Sebabnya?

Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Dato’ Hj. Shaharudin Ibrahim telah ditembak tiga das tembakan yang mana salah satu darinya terkena di kepala. Sebelum ini keadaannya cukup kritikal dan akhirnya Dato’ Hj. Shaharudin Ibrahim telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi berdasarkan maklumat yang Berita Semasa terima dari pihak HQ.

Kejadian ketika Dato’ Hj. Shaharudin Ibrahim dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya, 8 pagi ini kena tembak di lampu isyarat Presint 8. Penembak menaiki kereta. Tiga das tembakan dilepaskan terkena di bahagian leher dan juga dikepala di dalam kereta Dato’ Hj. Shaharudin Ibrahim. Dato’ Hj. Shaharudin Ibrahim dikejarkan Unit Kecemasan Hospiral Putrajaya. Sekarang ini post mortem sedang dilakukan di Hospital Putrajaya. Besar kemungkinan selepas ini jenazah akan dibawa balik ke Negeri Sembilan.

Dato’ Shaharuddin Bin Haji Ibrahim (Timbalan Pengarah Kastam Bahagian Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) cukup terdedah dengan risiko besar dan menggalas tugas yang cukup mencabar. Arwah menjaga cdn import eksport pertek.

Apa bidang tugas bahagian cukai dalam negeri dan perkastaman buat?

Pertama mana-mana perniagaan yang layak dilesenkan dan dikenakan cukai dibawah akta cukai perkhidmatan, cukai jualan. (cukai dalam negeri).

Keduanya, pengawalan barang-barang bercukai keluar/ masuk ke negara kita. Pelabuhan-pelabuhan dan juga mana lapangan terbang yang mempunyai kargo udara (perkastaman) termasuk barang-barang yang dibawa masuk melalui pejabat pos.

Jadi…lubuk besar mana yang terancam jika cara kerja arwah ini betul-betul dilaksanakan mengikut lunas undang-undang?

Ada kaitannya?


Kastam rampas dadah RM14 juta2013/03/18 – 19:19:37 PM Nilai: Kastam Diraja Malaysia merampas 73 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM14 juta yang cuba diseludup ke negara ini melalui kargo udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari India. Pihak kastam menyerbu sebuah premis kediaman di Taman Sri Merdeka, Ampang pada Jumaat lalu dan menemui dadah itu disembunyikan dalam 17 kotak daripada 50 kotak yang diikrarkan sebagai 'Fresh Cut Roses'. - Sinar Harian. 

Sebelum solat Jumaat tadi aku sempat bercakap dengan member yang bertugas sebagai seorang pegawai Kanan Kastam berkaitan dengan berita pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia Dato’ Hj. Shaharudin Ibrahim.

Sebagai seorang anak jati Negeri Sembilan, aku juga turut merasa terkejut dan sedih di atas pemergian Allahyarham yang juga merupakan salah seorang anak jati Negeri Sembilan yang telah mencurahkan baktinya dengan penuh integriti dan tanggungjawab sehinggakan nyawa beliau sendiri sebagai galang gantinya.

Menurut member aku, kes ini mungkin ada kaitannya dengan operasi-operasi memerangi penyeludupan yang diselia arah oleh Allahyarham sendiri hingga menyebabkan beliau tidak disenangi oleh sindiket-sindiket penyeludupan yang cuba menyelewengkan jutaan hasil pendapatan negara.

Persoalannya di sini; apakah tindak balas kerajaan mengenai kes ini? Apakah kakitangan Kastam Di Raja Malaysia tidak layak untuk dinaikkan gaji dan elaunnya sama seperti yang dinikmati oleh askar dan polis? Apakah begitu murah harga nyawa kakitangan Kastam yang selalu menghadapi ugutan, ancaman, tekanan malahan pembunuhan oleh penyeludup-penyeludup laknat? Apakah kerja dan tugas sebagai seorang Kastam tidak begitu mencabar walaupun ramai anggotanya telah terkorban apabila berdepan dengan penyeludup-penyeludup yang berhati binatang ini? 

Cubalah pihak yang bertanggungjawab terutama kerajaan dan perbendaharaan, serta Jabatan Perkhidmatan Awam khususnya menilaikannya sendiri. Tepuklah dada tanyalah selera. Janganlah sampai darah dan keringat perwira-perwira kastam yang terkorban selama ini dipandang sepi begitu saja.

Ada lagi bendera hitam Pas ni...

Ado rakan FB Paneh Miang hantar gambar di inbox sobab ternampak bendero hitam Pas dopan Giant Senawang.



Kami pun poie la usya potang semalam nak nengok, tapi dah takdo pulak bendero tu. Copek botul puak Pas cabut bendero tu. Takut orang tau la tu yang Pas dah mulo beceramok sesamo sendiri.

Menurut rakan FB kami, kawasan yang terlihat kelibat bendera hitam Pas itu adalah dalam DUN Paroi, kawasan Mohamad Taufek Abd Ghani aka Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan bertanding PRU-13.

Nampaknya Taufek dah tak boleh bendung rasa tak puas hati ahli Pas. 

Kalau bendera hitam Pas tu betul kononnya ikut Fasal 74 Lambang Pas, mengapo copek-copek puak Pas pi cabut bendero tu? Dah mulo takut orang tau yang Pas ado krisis dalaman ko?

Jelaslah yang ahli Pas pun boikot calon mereka sendiri. Jadi buat apa kita nak sokong Pas lagi...

Auta je lebih...

Buruk tul perangai puak PR ni...



Lokasi Selaru DUN JOHOL.
BN vs Pas (parti islam la sangat).
PAS JOHOL NAPE SUKE BUAT FITNAH?

Laporan polis telah dibuat, SPR sila ambil perhatian.
Pengundi Pas fikir-fikirkan..kenapa perlu anda UNDI BN.


UPDATE 1.33AM


Lokasi: Tampin.

Sumber.

Thursday, April 25, 2013

Malai Si

Kertas Putih Laporan MAGERAN merekodkan kronologi peristiwa 13 Mei yang membawa kepada perisytiharan darurat disebabkan kebebasan bersuara tanpa batasan.
 
Tindakan racist melampau Cina DAP adalah antara tindakan yang didalangi oleh Lim Kit Siang sendiri. Generasi muda yang lahir selepas 13 Mei 1969 seharusnya sedar akan perkara yang pernah diucapkan DAP pada tahun 1969 yang membawa kepada krisis terburuk dalam sejarah negara iaitu peristiwa 13 Mei.
 
Antara slogan yang dilaungkan DAP ketika itu ialah "Malai Si" yang bermaksud "Mati Melayu", disusuli dengan demonstrasi dan perarakan yang dianjurkan DAP.
 
Antara kenyataan DAP pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, "Apa polis boleh buat? Kita Raja! Buang sama polis Melayu!" dan "Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan."
 
Pada 11 Mei di Jalan Changkat Dollah, "KL sekarang Cina punya!"
 
Pada 12 Mei di Jalan Ipoh dan Jalan Tunku Abdul Rahman, "Melayu balik kampung! Melayu sekarang tiada kuasa! Sekarang kita Cina sudah control."
 
Di Jalan Khir Kampung Baru dan betul-betul di hadapan orang Melayu, Lim Kit Siang berkata, "Melayu keluar! Apa lagi duduk sini, kita hentam lu..sekarang kita sudah ada kuasa!"
 
Pada 12 Mei depan Balai Polis Jalan Pudu, "Semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis."
 
Pada 12 Mei juga, keluar ayat DAP, "Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeri bukan Melayu punya, mata-mata lancau!"
 
Pada 12 Mei di Jalan Canvel, "Butuh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu!"
 
Pada 12 Mei di Jalan Bukit Bintang, "Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu."
 
Masih tergamakkah kita untuk jadi barua DAP yang bercita-cita menjadikan Malaysia seperti Singapura yang dikuasai Cina hingga meminggirkan Melayu?
 
Sanggupkah kita lupakan saja segala cemuhan dan hinaan DAP kepada bangsa Melayu pada 1969? Adakah kita tergamak menelan segala cacian DAP terhadap ibu bapa dan datuk nenek kita suatu masa dulu?
 
Kini Pas dan Pkr sanggup pula bersekongkol dengan DAP. Untuk apa?..demi nafsu kuasa atau memang berpakat nak bunuh Melayu?!

Pluralisme Pas

 

Wednesday, April 24, 2013

EKSKLUSIF: Bendera 'Hitam' Pas

Warga Paneh Miang menemui beberapa bendera pelik yang seakan bendera Pas tetapi bukannya bewarna hijau seperti kebiasaannya, sebaliknya bendera ini berwarna hitam dengan bulatan putih ditengahnya. Lokasi bendera ini ditemui di sekitar Seremban, Rembau, Jelebu dan Jempol. Kelibat bendera 'Pas" ini kelihatan sebaik selesai sesi penamaan calon PRU-13 pada Sabtu lalu, 20 April 2013.










Mungkinkah ini petanda atau mesej daripada ahli-ahli Pas sendiri yang menolak kepimpinan atau calon Pas PRU-13 di Negeri Sembilan?

Atau mungkinkah ada krisis dalaman Pas Negeri Sembilan yang semakin sukar dibendung; dan ahli Pas telah bangkit menunjukkan protes serta ketidakpuasan hati terhadap kepimpinan Pas sendiri?

Apa cer penganut Pas?

Bila Melayu Hilang Kuasa

Tuesday, April 23, 2013

Gambar sekitar ribut di Ampangan











P/S: Calon UMNO dan Pkr apa lagi...inilah peluang UNDI di Ampangan!

Jangan lupo malam ni...



NAMA ZAINON ISMAIL tidak begitu dikenali ramai kerana figura bertubuh kecil tetapi berhati waja ini lebih dikenali dengan nama C.N. Al-Afghani. Nama itu sebenarnya merujuk kepada Cikgu Non.

Manakala Al-Afghani itu pula kerana beliau pernah berjuang bersama Mujahiddin di bumi Afghanistan demi mencari syahid ekoran pegangan beliau selepas taksub dengan amanat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Akibat amanat Abdul Hadi yang mengkafirkan UMNO pada tahun 1981, perjalanan hidup C.N Afghani berubah secara drastik. Dek kerana ketaksuban terhadap amanat tersebut beliau tidak lagi mampu berfikir dengan kewarasan akal apabila sanggup mengkafirkan abang dan ayah sendiri.

Beliau juga terlibat dalam cubaan untuk menyerang bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau juga pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama enam tahun kerana dakwaan terlibat mengetuai Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM). 

C.N. Afghani kini tampil untuk berkongsi dengan warga Negeri Sembilan akan kepincangan politik Pas, pada malam ini, 23 April 2013, jam 8.30 malam di Dataran Senawang, Seremban, NSDK.

Orang ramai dijemput memeriahkan majlis.

Pengemis 222

Anwar Ibrahim sudah membuka pintu mengemisnya kembali.

Teknik simpati tahap ejen CIA paling mujarab yang diamalkan sejak 1972 lagi. Namun, kali ini Anwar Ibrahim menerusi Pkr membuka Projek 222.

Projek 222 ialah Mengemis Simpati rakyat untuk derma RM 222 kepada Pkr. Sasarannya kepada 100,000 pengundi yang banyak duit, sanggup melabur untuk mengembangkan Agenda Freemason melalui Pkr.

Projek 222 disama ertikan dengan perjuangan dan pengorbanan Kerusi Parlimen 222 dalam peperangan PRU-13.

Tahniah dan Syabas. Semoga 100,000 kalangan penderma dan pengembang Agenda Freemason-Zionis ini diampuni Allah jua.

Monday, April 22, 2013

Kabinet Pembangkang NSDK

Mengikut perkiraan fakta boleh percaya, pengundi NSDK berhasrat untuk membatalkan makna Aman dan Damai. Jika benar ini berlaku selepas 5 Mei 2013, berikut dimaklumkan Kerajaan Ciptaan Rakyat yang dikepalai oleh DAP:

Menteri Besar (yang dilantik kerana terpaksa patuh Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan) ialah Mohamad Taufek Abd. Ghani-Pas Paroi

Menteri Besar (sebenar yang mengurus tadbir Negeri Melayu Adat Perpatih) ialah Loke Siew Fook -DAP Chennah dan J. Arul Kumar - DAP Nilai

Speaker DUN ialah Marry Josephine Prittam Singh - DAP Rahang

Urusan harta dan komersil Negeri Sembilan (Jawatan Exco Kanan Pembangunan) disandang oleh Chew Seh Yong - DAP Bahau

Exco Pelajaran Belia dan Sukan Negeri disandang oleh Ng Chin Tsai - DAP Temiang dikatakan 'King of Rice' (teknik mempengaruhi pendungi dengan acara sedekah beras), difaham kalangan puak yang dulunya totok UMNO khasnya daripada persatuan-persatuan belia sanggup TUKAR parti menjadi ahli Pas sebab Ng Chin Tsai-DAP Temiang ini heboh dengan King of Rice.

Cukup lah...tu, habis telanjangkan keputusan perundingan sulit DAP-Pas-Pkr (dah takdo suprise pulak kepada pengundi NSDK).

Mungkin pengundi dan rakyat NSDK berhajat untuk DERITA DAN TERUS MEMAKI HAMUN Kerajaan pilihan mereka, apabila DAP-Pas-Pkr berkuasa kelak. Syabas dan Tahniah.

Manifesto bukan Janji untuk di tepati (Munafiq sungguh Pas-Pkr).

Akujanji Barisan NASIONAL ialah Rakyat Di Dahulukan, Janji Di Tepati.

Pemimpin Idaman Kita

Bandingkan kebetulannya...

Sunday, April 21, 2013

Senjata Sulit Pembangkang NSDK

Pelobi parti khasnya pasukan Pas, Pkr dan DAP sedang menyelinap ke setiap isirumah di semua kawasan Parlimen di N9. Tahniah kerana anda "hebat mengelentong".

Pelobi parti BN khasnya UMNO, masih "syok sendiri". Tiada program khas, mungkin Mad Hassan punya khasaf untuk menang (menang DUN Rantau ajo), Dun lain lantak lah...

Pelobi parti MCA dan MIC masih tercangak-cangak untuk laksana misi mengetuk hati dan minda sedar kumpulan kaum Cina dan Keling.

Apakah senjata sulit pembangkang? Pembangkang sedang menelanjang kepentingan dan janji fatamorgana kepada pengundi di N9.

Usaha yang hendak dilaksana oleh pembangkang yang diketuai oleh Pas dan Pkr ialah agenda-agenda temberang, yang dikepalai oleh DAP. Sebab itu, DAP tidak pasang bendera-bendera parti mereka di lokasi panas, kecuali di Pekan Tampin, kawasan Kampung Baru Repah.

Strategi 198 usaha demokrasi sosialis yang menjadi anutan politik Pas-Pkr-DAP merupakan senjata sulit pembangkang.

Mungkin Mad Hassan tak siap lagi sifir politik dan kerajaan selepas PRU-13. "Itupun kok monang."

Perangai DAP


Lagi mau purak-purak nangis ka apek?

Hobin BN Hobin

Bermulalah perlawanan politik sehingga 5 Mei 2013. Selepas 10 pagi semalam, 20 April 2013, kelihatan BN giat memulun semua sudut dan saraf pengundi. Eloklah supaya tiada seorang pun tertinggal dan kecewa menonggeng-nonggeng.

Dun-Dun kritikal mesti dipastikan menang. Dun-Dun pasti menang MESTI dinyatakan bahawa kemenangan BN ialah kemenangan kuasa rakyat. Kuasa rakyat yang percaya kepada perpaduan dan keamanan. Kuasa rakyat yang yakin kepada faham Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Kuasa rakyat yang taat kepada konsep "sikit samo sikit, banyak samo banyak"...

Pak Sedaro mengajak semua calon Islam untuk ziarah semua surau dan masjid dalam kawasan DUN yang ditandingi. Bawa buku nota kecil untuk catat semua kehendak dan keperluan pengundi. Bawa buah tangan sebagai tanda kasih sayang calon BN kepada pengundi.

Calon BN tiada pilihan. Menang mesti Menang. Undi BN!!

Saturday, April 20, 2013

6 DUN 1 PARLIMEN - Pas VS Pkr

N34 PANTI (JOHOR) M:87.33% C:8.44% I:4.21%

1. Datuk Baderi Dasuki (BN)
2. Azlisham Azahar (Pas)
3. Mohd Annuar Mohd Salleh (Pkr)

N2 KOTA PUTERA (TERENGGANU) M:98.4% C:0.79% I:0.17% L:0.57%

1. Mohd Mahdi Musa (BN)
2. Adam Mat Said (Pas)
3. Mohamed Abdul Ghani Ibrahim (Pkr)

N11 SEBERANG TAKIR (TERENGGANU) M:99.06% C:0.23% I:0.17% L:%

1. Zakaria Dagang (Pas)
2. Datuk Ahmad Razif Abd Rahman (BN)
3. Ahmad Nazri Mohd Yusof (Pkr)

N25 BUKIT BESI (TERENGGANU) M:99.3% C:0.36% I:0.17% L:0.06%

1. Roslan Ismail (Pas)
2. Roslee Daud (BN)
3. Mohd Shamsul Mat Amin (Pkr)

N21 SUNGAI ACHEH (PULAU PINANG) M:68.73% C:23.74% I:7.31% L:0.22%

1. Badrul Hisham Shaharin (Pkr)
2. Datuk Mahmud Zakaria (BN)
3. Mohd Yusni Mat Piah (Pas)

N39 KOTA DAMANSARA (SELANGOR)

1. Halimaton Saadiah (BN)
2. Ridzuan Ismail (Pas)
3. Dr Nasir Hashim (Pkr)
4. Termasuk 3 calon bebas.

P166 LABUAN  M:37% C:25.20% I:2.20% L:35.60%

1. Rosman Isli (BN)
2. Tan Sri Ibrahim Menudin (Pkr)
3. Hadnan Mohamad (Pas)

Berpakat konon. Piirrraaaahhhhh!!!

Pesanan Umat Melayu

Wasiat Almarhum Syeikh Abdullah Al-Fahim (Kepala Batas, Pulau Pinang);

"Sekarang sudah ada timbul di Malaya MAzhab Khawarij yakni mazhab yang keluar dari mazhab 4 mazhab Ahli Sunna Wal Jamaah. Maksud mereka itu hendak mengelirukan faham awam yang sebati dan hendak merobohkan pakatan bangsa Melayu yang jati. Dan menyalahkan kebanyakan bangsa Melayu.

Hukum-hukum mereka itu diambil daripada kitab Hadyur-Rasul yang mukhtasar (ringkasan) daripada kitab Hadyul ' Ibad dikarang akan dia oleh Ibnul Qayyim al-Khariji, maka Ibnul Qayyim dan segala kitabnya ditolak oleh Ulama Ahli Sunna Wal Jama'ah.

Tuan-tuan bangsa Melayu jangan tertipu daya hasutan mereka itu dikeluarkan hukum-hukum yang tiada terpakai dalam mazhab Syafie, dan fatwa mereka itu akan masalah yang buruk-buruk, sudah terdengar kepada awam, harapan bangsa Melayu jangan berpecah belah sesama bangsa sendiri.

Siapa yang datang kepada kamu menyuruh kamu semua supaya taat kepada seorang lelaki tertentu tujuannya untuk memecahkan persatuan kamu dan menghancurkan kesatuan kamu maka bunuhlah akan dia."

Dipetik dari Kitab Senjata Syariat.

Penganut Pas tegak-tegak kena kencing...

Tahniah Lim Guan Eng kerana berjaya dalam pentas penipuan politik saudara. Seorang Setiausaha Agung DAP yang mengikuti sanad Komunisme dalam agenda parti pencetus 13 Mei 1969.

Usaha CEC berjaya kerana memang niat DAP untuk mencari jalan bagaimana boleh diHALALkan:

1. Halal guna sepanduk Pas dan Pkr dalam PRU-13 sehingga 5 Mei 2013.

2. Halal guna pentas "JANJI MANISMU" yang diselia oleh Pas dan Pkr.

3. Halal guna pakai jentera Pas dan Pkr yang majoriti Melayu. Nampaknya Melayu Pas berjaya disihir oleh Lim Kit Siang.

4. Halal guna semua media perang politik PRU-13, di lokasi Melayu khasnya DAP menyelinap dan terus-terusan menipu dan menggoblok pengundi Melayu tegar Pas & Pkr, pengundi Melayu atas pagar dan pengundi Melayu-Cina-India yang tak tentu tujuan lagi...

Syabas Pas dan Pkr kerana menjual maruah panji-panji saudara kepada sebuah parti anutan Komunis. DAP sedang buka gerbang kehancuran perpaduan Melayu. DAP sedang menawarkan kemasukan PAP secara terbuka dan besar-besaran. DAP sedang membuktikan bahawa DAPlah kepala pasukan pembangkang sebenar. DAP sebenarnya Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri-pasukan pembangkang.

Tahniah kepada warga pengundi khasnya umat Melayu yang buta-pekak-bisu-tuli.

Purak-purak nangis konon...

Jaminan SPR DAP boleh guna lambang parti

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan kepada DAP layak menggunakan lambangnya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) walaupun tidak dikeluarkan keputusan secara bertulis, kata Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Menurutnya, kenyataan yang dikeluarkan oleh pengerusi dan penjawat tertinggi SPR adalah rasmi dan boleh diterima pakai.

Beliau berkata, SPR tidak pernah mengamalkan untuk mengeluarkan surat  mengesahkan mana-mana parti atau calon khususnya DAP layak menggunakan lambang parti seperti pilihan raya sebelum ini.

"Mereka nak apa lagi, kita sudah kata mereka boleh guna lambang mereka. Ini adalah jaminan kita.

"Esok mereka datang awal, serah borang penamaan calon dan bawa sekali surat kebenaran daripada pemimpin tertinggi mereka untuk guna lambang DAP.

"Kita benarkan, kita akan proses, kita juga telah cakap perkara berkaitan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) itu perkara lain, kita bagi jaminan mereka boleh guna lambang mereka," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

RoS tidak mengiktiraf ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang dilantik dalam pemilihan pada 15 Disember lalu ekoran pertikaian yang berlaku selagi siasatan masih berjalan.

Semalam, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menyatakan DAP layak menggunakan lambangnya pada pilihan raya umum kali ini.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad juga berkata, pemimpin setiap parti politik perlu menaruh keyakinan dan kepercayaan ke atas SPR.

Katanya, SPR tidak akan melakukan sesuatu yang bukan menjadi amalan dan bukan diperuntukkan oleh undang-undang.

"Kita tak akan buat benda yang tak pernah dibuat, tak ada kehendak dalam undang-undang. Mereka (pemimimpin parti politik) kena percaya dan yakin pada kita," katanya lagi.

Blog Archive