Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Monday, September 30, 2013

Kau buat lawak ke bhai?

Sey ado terbaco suratkhabar, ado sorang mamat ni ontah sapo tah sey tak konal, keluar statement kat bawah ni...


Huh...mamat ni buek lawak ke apa? Ada ke dia suruh cari CEO GLC yang berjiwa UMNO?

Mamat ni masih tak sodar lagi ke yang UMNO sekarang dah LIBERAL?!

Buek apo nak lotak spesis CEO GLC yang pukul gondang iklan rayo cino,

Buek apo nak lotak spesis CEO GLC yang pujuk rayu Dong Zong dan orang Kristian sampai orang Melayu sendiri raso nak muntah.

Buek apo nak lotak spesis CEO GLC yang tabur berjuta ringgit untuk sekolah cino dan banggo lak tu anak eh pandai cakap cino.

Buek apo nak lotak spesis CEO GLC yang nak pertahankan kalimah "ALLAH" pun terpaksa guna mahkamah?!

Buek apo nak lotak spesis CEO GLC yang hanya ikut bulat-bulat cakap punahsihat dan konSULTANs?!

Buek apo nak lotak spesis CEO GLC yang amik maso 5 tahun baru tepikir untuk perkasakan ekonomi bumiputera? Maso memulo naik dulu tak pikir ke? Atau maso tu sibuk sangat nak mengampu cino? Kalo setakat nak pikir agenda ekonomi bumiputera pun amik maso 5 tahun untuk lancarkan, agak-agaknya amik maso berapo tahun pulak baru segala agenda bumiputera dapat dilaksanakan?

Yang lantik CEO-CEO GLC sekarang ialah orang UMNO dan disebabkan CEO liberal lantikan UMNO-lah, habis terjual dan tergadai maruah serta harta kekayaan orang Melayu.

Orang Melayu tak perlukan CEO GLC berjiwa UMNO.

Yang Orang Melayu perlukan ialah CEO GLC yang ULTRA MELAYU!!

Yang Orang Melayu perlukan ialah CEO GLC yang punya perasaan kasih akan bangsa sendiri serta semangat mahu memperjuangkan survival bangsanya dan mempertahankan maruah bangsa Melayu!

Kalo setakat CEO GLC se-spesis Najib, Hishamudin, KJ, Saifuddin Abdullah, Idris Jala, Omar Ong, Nur Jazlan...lebih baik lantik terus cina lagi senang! Kurang-kurang dah tau yang cina memang sahlah tak akan tolong Melayu. Tak la sakit hati bonar doh!

Daripado lantik CEO GLC yang harap rupa paras saja macam Melayu...tapi jiwa dan otak memasing lobih liberal daripada cina...baik bunuh yor torus Melayu...habih citor!

Friday, September 27, 2013

JOM SERBU SATAY FREE DI PAKAR!!


1. Den nak tolong promosi gerai satay member yang akan mulo operasi di Pasar Komuniti dan Karavan (PAKAR) atau dulunya dikenali sebagai Tapak Pasar Tani FAMA di Paroi, Seremban. Kalau tak pasti mano lokasi PAKAR, ado disertakan map google kek bawah ni;


2. Member den ni jual satay dah lamo, perniagaan dan resepi turun temurun keluarga. Jika di Johor dikenali sebagai Satay Wak Sahalan Seri Medan. Nak dijadikan cerito, Satay Wak Sahalan ni punyolah sodap sampaikan jadi satay favourite Sultan Johor.



3. Jadi kepada pembaco Paneh Miang dijemput datang beramai-ramai bermula jam 6 petang Sabtu ini bersamaan 28 September 2013 ke PAKAR Paroi untuk menikmati Satay Sahalan PERCUMA!!

4. Rugi tak datang beb...makan satay free tuuu...!! Lambek-lambek kang kok kempunan sok.

5. Err...Cip...den promote free ni, boleh tolong buek special delivery satay kambing ke rumah den ko? Hehe...

Sunday, September 22, 2013

Bangkit - Bani Malayuwiyyah


Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula
Bangkit

Dengan nama yang Maha Esa
Maafkan aku aku terlena
Mata buka tapi aku leka
Sekarang kita sedia pasang deria kita lebih peka

Siap gerak gempur
Siap rentak tempur
Redah onak lumpur
Maju tiada undur
Tak kenal uzur hingga jasad kita terkubur
Kalau kurang kaki tangan lutut dan siku dihulur

Ini malam kita pakai tanjak songsang
Askar jati gerak senyap yang lain berkompang
Berani segorombolan tak takut bila seorang
Kuatkan benteng jangan ada yang berlobang

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila dijajah boleh tawanlah semula
Bangkit ingat ketua dulu supaya jalan lurus
Kalau tidak ditepi bendung ku tak berakar

Sabit kau umpama cahaya
Yang menyinari bumi
Kau umpama Hang Jebat
Yang melindungi hak dirinya
Kau umpama senjata
Yang melindungi tanah
Sememangnya pendekar yang gagah perkasa

Mana Tun Fatimah
Mana semangat Tun Teja Datuk Maharajalela
Mana cucu Datuk Merah
Keberanian Sarjan Hassan dan Leftenan Adnan
Mari memartabatkan perjuangan Datuk Bahaman

Keris dulu dalam tangan sekarang dalam otak
Paling tajam tak perlu hunus keluar tengkorak
Catur congak cukup sebelum langakah diorak
Tanpa rancangan rapi dah tentu kemenangan rosak

Rapat-rapatkan saf dan buka kuda-kuda
Bila bersatu tunggu lihat siapa berani cuba
Yang akan datang menaruh pada yang semasa
Bangkitlah nusantara

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila dijajah boleh tawanlah semula
Bangkit ingat ketua dulu supaya jalan lurus
Kalau tidak ditepi bendung ku tak berakar

Jadi bangkit berkumpul di bawah panji berbulan sabit
Tak sujud pada sesiapa di bawah langit
Tak mengalah walaupun betapa sakit
Sebelum layar bahtera mari kita

Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu bersenang senang kemudian
Kemudian

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula

Bangkit.. bangunlah semula
Bangkit.. tawanlah semula
Bangkit.. umpama cahaya

Friday, September 20, 2013

Bila Mufti Bersuara

Dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh 20 September 2013, sudah terjejak hampir ke semua para Mufti setiap Negeri dalam Malaysia, bersuara dan membentang pandangan secara analitikal dan kritis berkenaan "campurtangan orang luar dan pihak asing" tentang keutuhan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

Ini petanda suasana ketenangan, aman dan damai sudah tercemar dan dicemari oleh tangan-tangan jahat baik warganegara mahu pun bukan warganegara.

Pendirian para mufti "sudah terang lagi bersuluh"...kini tibalah kuatkuasa undang-undang dan tindakan kepolisan mandatori dijalankan, ke atas insan yang sedang melaknati negara ini.

Sudah masanya, ahli politik Melayu dan Islam bersekutu dan bersama untuk "perang dan penjarakan" secara total semua penjenayah akidah, tauhid dan kerja tangan asing yang makin "gamat" membusuk dan membusung fikiran rakyat Malaysia.

Thursday, September 19, 2013

Jom Bubar UMNO

Apakah ini signal Najib menjemput pembubaran UMNO?

Sudah miskin sangatkah orang UMNO yang begitu ramai untuk memberi khidmat lebih cekap kepada Kerajaan Persekutuan Malaysia:

1. Melantik Ezam Md Nor, jadi Senator. Kini tahun kedua akan bermula.

2. Melantik Moorthy, Keling Hindraf sebagai Timbalan Menteri.

3. Melantik Zahrin, Balik Pulau sebagai Duta ke Indonesia.

Punya ramai manusia yang lebih baik, misalnya:

Lantik TS Nordin Kardi sebagai Duta Malaysia ke Indonesia, lebih baik.

Lantik TS Musa Hasan sebagai Senator, jadi Timbalan Menteri di JPM lagi berkesan.

Lantik Othman Desa sebagai Senator, dudukan sebagai Timbalan Menteri jaga kerja buat khas politik PM lagi berbaloi.

Lantik Prof. Wan Mohd Nor sebagai Senator, dudukan sebagai Penasihat Khas kepada YAB PM lagi berkesan.

Lantik TS Sulaiman Mahbob sebagai Senator, dudukan sebagai Penasihat bertaraf Menteri kepada YAB PM untuk pelaburan Arab dan Asia Pasifik lebih berkesan.

Lantik Prof. Mustafa Ishak, kini Naib Canselor UUM sebagai Ketua Pengarah, Biro Tatanegara, JPM.

Lantik Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib bin Ali Al-Attas sebagai Senator bertaraf Menteri, dudukan sebagai Ketua Penasihat Pasa Sarjana Islam Dunia untuk YAB PM, dan bina Institusi Al-Ghazalli di Putrajaya.

Lantik Tuan Anis Yusal di KITA, UKM sebagai Setiausaha Politik kepada YAB PM.

Lantik Tuan Mohd Nizam Ali di IIM, JPM sebagai Setiausaha Politik kepada YAB PM.

Wednesday, September 18, 2013

Saya lapar tuan...

"Saya orang miskin. Terlalu lapar, bantulah saya," rayu seorang wanita yang nampak begitu daif kepada seorang pegawai perbendaharaan negara.

Pegawai yang menjaga perbendaharaan negara merenung wanita itu dari atas ke bawah. "Betulkah awak orang miskin?" tanyanya.

"Betul tuan. Lihat saja tubuh kurus ini. Cuba lihat pula pakaian saya yang buruk ini," balas wanita itu dengan hiba.

"Tapi sekarang ramai penipu, entah-entah awak salah seorang."

"Tidak tuan, tolonglah saya lapar."

Pegawai tersebut mencatat sesuatu di atas kertas. "Baiklah pada dasarnya saya terima aduan awak. Tapi saya akan hantar pegawai khusus untuk menyiasat latar belakang awak."

"Latar belakang saya?" soal wanita itu kehairanan.

"Ya. Awak tahu menulis?"

Wanita itu bertambah hairan. Kemudian dia mengangguk-angguk. "Bolehlah sikit-sikit," balasnya.

"Kalau begitu isi borang ni cepat," suruh pegawai tersebut.

"Tapi saya lapar tuan..."

"Sebab saya nak bantulah awak kena isi borang ni terlebih dulu," balas si pegawai.

Setelah borang diisi dengan keadaan terketar-ketar kelaparan, wanita itu merayu lagi, "Bolehkah berikan saya sedikit makanan?"

"Oh, belum boleh lagi. Kelulusan hanya diberikan apabila pegawai penyiasat selesai membuat laporan yang awak benar-benar miskin. Kemudian laporan itu perlu disahkan oleh ketua perbendaharaan."

"Berapa lama semuanya akan selesai tuan?"

"Terpulang pada keadaan. Jika pegawai penyiasat cepat menyerahkan laporan dan kalau ketua kami cepat membuat keputusan, bantuan akan segera diberikan."

"Bantuan dalam bentuk apa tuan?"

"Itu pihak kewangan pula akan memutuskan. Sama ada diberi dalam bentuk wang atau barang-barang keperluan. Selalunya pihak kewangan akan merujuk pula kepada operasi."

"Operasi?"

"Ya, kami takut bantuan kewangan nanti akan disalahguna. Jadi hal itu memerlukan kepastian yang lebih terperinci."

"Bila agaknya saya boleh dapat makan tuan? Saya sudah tiga hari tak makan apa-apa."

"Ya, saya faham tetapi kita perlu mematuhi kaedah pengurusan."

"Berapa lama lagi tu tuan?"

"Paling cepat seminggu, tetapi semuanya bergantung kepada keadaan..."

Wanita itu terus berlalu dengan perasaan kecewa dan hampa dengan bermacam persoalan bermain di kepala. Adakah ketika segala urusan bantuan selesai, wanita itu masih hidup untuk memperolehinya?

*********

Bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Datuk Suhaimi Ibrahim yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam tadi dibebaskan dengan ikat jamin pagi ini.

Menurut laporan portal MalaysiaGazette, Suhaimi didakwa terlibat dalam penyelewengan program 1Azam yang dikhaskan untuk membantu golongan berpendapatan rendah.

Suhaimi yang juga merupakan bekas Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benta, Pahang dibawa dari bangunan SPRM dengan tangan bergari ke kompleks mahkamah di Putrajaya.

Turut ditahan SPRM  adalah 10 buah kereta mewah milik Suhaimi.

Tuesday, September 17, 2013

Keldai pakai serban

Seorang ahli hikmah masuk ke sebuah kampong dengan mengenderai seekor keldai. Beliau yang memakai serban besar kelihatan begitu letih dan ingin beristirihat di kampong itu sebelum meneruskan pengembaraannya.

Melihat ahli hikmah itu datang, orang kampong itu pun segera menyambutnya.

"Assalamualaikum orang alim," sapa seorang lelaki.

"Selamat datang tuan," sapa seorang yang lain pula.

Tidak lama kemudian, hebohlah seluruh isi kampong. Hampir semua penduduk kampong keluar menyambut ahli hikmah itu.

"Tolong ajarkan kami..." pinta orang-orang kampong.

"Jadilah guru kepada kami semua."

"Syukur tuan datang. Jika tidak jahillah kami."

Ahli hikmah turun dari keldainya dan bertanya, "Bagaimana kamu semua tahu yang aku ini orang alim?"

Orang kampong menjawab hampir serentak, "Kerana kami melihat tuan memakai serban besar. Jika serban yang tuan pakai besar, tentulah ilmu tuan banyak. Jadi tolonglah ajarkan kami."

Sambil tersenyum ahli hikmah itu membuka serbannya dan terus menyarungkan serban tersebut di atas kepala keldainya.

"Haaa...sekarang keldaiku telah memakai serban yang besar! Sila kamu semua belajar daripadanya."

Orang kampong tercengang kerana tidak menyangka telah mendapat pengajaran pertama daripada ahli hikmah itu dengan cara yang paling sinis.

********* 

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju dikaji kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat, tetapi kaji hanya untuk penambahaikan, bukan kaji untuk mengundur ke belakang.

"Kaji untuk berundur ke belakang hanyalah memberikan pelampung kepada Umno yang sedang kelemasan," katanya.Beliau dipercayai mengulas resolusi Multaqa Ulama Semalaysia yang dianjurkan Dewan Ulama PAS semalam.

Bagi Nik Aziz, kerjasama politik PAS  dalam Pakatan Rakyat bukannya diputuskan oleh beberapa individu malah ia merupakan keputusan kolektif pimpinan PAS dan diperkuatkan melalui Muktamar Tahunan PAS yang berlangsung selepas pilihan raya umum (PRU) 2008.

Menurut beliau, PAS tidak merasa kesal apabila menyertai Pakatan Rakyat dan keputusan parti tersebut untuk bergabung merupakan satu tindakan tepat."Saya melihat keputusan ini tidak sekali-kali silap bahkan ia lebih membawa PAS ke hadapan pentas politik di Malaysia. 

Lebih bermakna daripada itu, PAS berjaya mempersembahkan Islam kepada bukan Islam dengan cara yang tidak pernah dilakukan oleh Umno kerana parti itu bukan setakat menjauhkan bukan Islam daripada Islam bahkan menjauhkan orang Islam sendiri dari memahami agama mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah  beliau, pendekatan Islam yang dibawa oleh PAS  selama ini tidak pernah ditentang (DAP) malah pemimpin-pemimpin DAP khususnya  sentiasa berbincang tentang nilai-nilai Islam. - TMI.

Friday, September 13, 2013

Apa kes Razi Kail?

Ahli Dewan Undangan Negeri Juasseh, YB Dato Mohammad Razi Kail telah dipilih semula secara sebulat suara sebagai Ketua Cawangan KG Sg Jelutong.

Apabila ditanya kepada Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah, YB Dato Hj.Ismail Lasim berkenaan dengan persidangan UMNO Cawangan Sg Jelutong, beliau menjawab melalui SMS yang berbunyi; 

"Salam, Saya benar-benar tidak tau yg sg jelutong telah mengadakan mesyuaratnya. Cuba tanya kepada pemantau. Tks"

Kemudiannya, SU Bahagian memberi respon kepada saya melalui sms yang berbunyi;

"Salam, sahabat mungkin dah dapat salinan surat jawapan dr UMNO Msia berhubong protes persidangan cwg sg jelutong yg lalu. Di mana cwg sungai jelutong di arahkan mengadakan persidangan semula sebelum 15 september 2013. Lapuran dr sahabat akan d ambil perhatian & tindakan segera. Tks."

1. YB Mohammad Razi Kail telah bertindak diluar jangkaan dengan mengadakan "mesyuarat kilat" dengan hanya memaklumkan kepada penyokongnya untuk hadir mesyuarat pada 12 Sept 2013(semalam).

2. Ramai ahli terutama yang bermastautin di kampong tertanya-tanya kerana mereka tidak dimaklumkan tentang persidangan tersebut samada melalui notis mesyuarat, sms atau pun mulut. 

3. Ahli yang tinggal di luar pula, hanya mereka yang menyokong atau mungkin boleh menyokong YB Razi sahaja yang dijemput.

4. Yang jelas, Ketua Bahagian sendiri tidak tahu-menahu wujudnya persidangan cawangan sg jelutong. Bermakna tiada notis persidangan dikeluarkan untuk memaklumkan kepada pihak bahagian mahupun kepada ahli tentang persidangan tersebut.

5. Saksi-saksi yang ada di dewan mesyuarat memaklumkan kehadiran tidak sampai pun 40 orang, apatah lagi unyuk mencapai syarat korum 56 orang. Tetapi catatan kehadiran menunjukkan kehadiran seramai 58 orang. Saksi juga memaklumkan sekurang-kurangnya 3 orang ahli hantu hadir di dalam dewan dan dikira sebagai korum, termasuk Zarina binti Kail, iaitu adik kepada YB Razi sendiri.

6. Wakil bahagian yang dikatakan hadir, bernama cikgu Sharom dan Zaid, manakala wakil pemantau pula orang yang dipanggil gelar tok batin Baha.

7. Persidangan dilangsungkan sepantas kilat, dan tidak sampai 40 minit keseluruhan masa termasuk ucapan ketua cawangan. Pukul 3 petang kesampaian YB Razi ke balairaya Sg Jelutong. Jam 4.10 minit, saksi telah melihat konvoi YB Razi dan para penyokongnya sampai ke pejabat Dun di Taman Putra Batu Kikir.

Demikianlah "al kisah" sebahagian dari senario yang berlaku hasil dari kepimpinan dan kerja-tangan seorang yang bertaraf Ahli Yang Berhormat di zaman UMNO dikatakan sedang menjalankan proses transformasi politik bagi menarik kembali minat dan sokongan kalangan generasi muda melayu yang semakin jauh dari UMNO.

1. Seorang pemimpin bertaraf YB dan bendahari UMNO bahagian yang diharapkan menyumbang kepada perpaduan ahli dan masyarakat kampong telah bertindak menjadi penyumbang terbesar kepada perpecahan yang semakin melebar.

2. Seorang pemimpin bertaraf YB yang juga pemimpin bahagian yang seharusnya menjadi pelopor kepada pengukuhan sokongan terhadap UMNO, sebaliknya telah melakukan suatu perbuatan yang boleh melemahkan UMNO dan boleh menyebabkan UMNO akan terus dibenci oleh ahli dan juga masyarakat.

3. UMNO yang sangat berjasa dan begitu besar peranannya untuk bangsa melayu, tetapi berpotensi besar untuk dijauhi dan dibenci oleh orang-orang melayu hanya disebabkan tindakan dan perlakuan kotor dan jijik seorang yang telah diberi amanah oleh pucuk pimpinan untuk berkhidmat membantu rakyat, ahli parti dan seterusnya memastikan UMNO terus disokong dan diperkuatkan demi masa depan agama, bangsa dan tanah air.

4. Seorang ahli Yang berhormat yang begitu takut kepada bayang sendiri dan begitu fobia kehilangan jawatan yang hanya bertaraf "Ketua Cawangan", tetapi demi mengekalkan jawatan, ahli Yang Berhormat ini sanggup meleraikan perpaduan, menggadai keharmonian dan menghilangkan perasaan "aman" di setiap jiwa penduduk kampong. 

5. Hari ini, hasil dari tindakan primitif seorang ahli Yang Berhormat, semua nikmat ini segalanya sudah lenyap dari kehidupan masyarakat di Kg Sg Jelutong.

Sumber: KNKB.

p/s: Spesis gila kuasa beginilah yang kini bersepah dalam UMNO. Daripado Presiden membawak ke Ketua Cawangan...semuo eh samo yo!!

Thursday, September 12, 2013

Tergamak ke Najib ikut nasihat sendiri?


Walaupun nasihat Najib di atas dilafaz ketika nak umum calon BN PRU-13, TETAPI kata-kata itu rasanya kini amat relevan untuk dijadikan panduan Orang UMNO sempena pemilihan Jawatan Kuasa UMNO Pusat tahun ini.

Persoalannya adakah Najib tergamak mengguna pakai nasihatnya sendiri dan sanggup berundur demi kepentingan parti serta menyokong calon baru Presiden UMNO?

Beruk pun gelak tak percaya Najib sanggup undur...

Mana-mana pemimpin yang tawarkan diri jika benar inginkan perubahan yang berkesan atau supaya UMNO kembali semula kepada perjuangan asal, hendaklah bertanding jawatan Presiden. 

Jika sekadar mahu bertanding Timbalan, Naib atau Majlis Tertinggi tetapi cakap nak buat perubahan bagai nak rak, itu hanyalah sekadar manis bicara. Penyudahnya tetap kekal jadi tukang angguk walaupun menang. 

Mana mungkin Naib Presiden boleh menggugat hala tuju yang di bawa oleh Presiden.

Atau Orang UMNO masih nak biarkan Presiden mereka dikuasai PEMANDU?!

Tuesday, September 10, 2013

Pro SYIAH di Jabatan Perdana Menteri

Tuduhan atau tempelak?! Hakikatnya Institut Integriti Malaysia (IIM) sebuah agensi baru dalam Jabatan Perdana Menteri sudah diresapi "semangat" kumpulan Syiah.

Baru-baru ini diberitakan IIM telah memberi ruang kepada Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS aka pendukung Tegar Syiah untuk memberi pandangan mengenai INTEGRITI dalam ucapan perasmian penutup forum Pengukuhan Integriti anjuran Institut Integriti Malaysia (IIM) di Universiti Taylor di Subang.

Apakah Presiden IIM dan Timbalan Presiden IIM sudah dicabut hikmah kebijaksanaan hingga terlepas pandang penglibatan manusia-manusia "culprit" seperti Mohamad Sabu? 

IIM lebih wajar pelawa Nasaruddin Md Esa daripada Mohamad Sabu. Nasaruddin lebih berilmu dan sebagai Pengerusi Yayasan Kesederhanaan Islam. Integriti ialah Subjek Teras Nasaruddin sebagai bekas penuntut kumpulan pertama pelajar Malaysia ke Jordan lagi.

Memberi ruang selama masa 2 jam kepada pendukung totok Syiah seperti Mat Sabu dalam aktiviti Jabatan Perdana Menteri yang ditadbir oleh BN; ditambah pula Ketua Setiausaha Negara sendiri merupakan Pengerusi IIM merupakan  suatu agenda yang PELIK dan amat meragukan.

Siapa yang bebal dalam hal ini? Perdana Menteri? KSN? Presiden IIM? Atau kalangan pegawai-pegawai IIM yang hilang pertimbangan bahawa asas Integriti tanahair ini ialah Ahlul Sunnah Wal Jamaah menurut mazhab Imam Shafie?

Mengapa Timbalan Presiden Pas yang turut diragui integritinya terutama dalam kes bilik hotel 121 dan isu amalan pro Syiah serta menyokong komunis sebagai pejuang; dijemput untuk bercakap soal Integriti?...dalam suasana bulan Merdeka pula tu!! Mana letaknya akal otak pegawai-pegawai IIM?

Apolah lopong bonar IIM ni...!!

Monday, September 9, 2013

Wasiat Kak Ros

Kurang daripada 100 hari daripada tarikh menaikkan batu nesan untuk beberapa manusia politikus UMNO, Kak Ros sudah memaklumi wasiatnya kepada Abang Jib.

Kandungan wasiat sulit ini antaranya:

Wahai sayangku, sesungguhnya kapal besar yang berdagang ini atas nama UMNO sudah terlalu membelah lautan rakus penuh ranjau dan onar.

Wahai sayangku, sesungguhnya nakhoda yang bijaksana ialah Nakhoda Merentas Zaman yang punya iltizam untuk menjengah awan.

Kita bukan warga di Belitung, bukan juga haiwan berakal bersepah di Madagascar, bukan pelarian tanpa sempadan dan kedaulatan di Somalia.

Wahai sayangku, amanah UMNO berumur cukup matang ini, MESTI ditaksir dan diterjemah perjalanannya dengan baik dan berkesan, kiranya tiada upaya lagi, maka, sayangku UNDURLAH diri. Ianya baik untukmu dan diriku jua.

Wahai sayangku, UMNO sudah setua besan-besan kita. Maka, amat wajarlah, pemuka-pemuka lebih muda, lebih bertenaga, lebih kuat pancutannya berada di perbatasan peperangan minda ini.

Wahai sayangku, tenaga di ranjang pemikiran songsang amat memerlukan pasukan kerja yang punya kuasa ledakan, kuasa pancutan dan kuasa tusukan JAUH lebih menjarah. Maka, kiranya, dikau sudah tiada upaya, jangan tunggu lagi.

Cukuplah penipuan minda antara Ketua-ketua yang sering menipu diri sendiri, kalian, semuanya sudah tua bangka "Kubur kata mari, dunia kata pergi".

Kini, tibalah masa untuk pasukan gergasi perang baru penuh bertenaga, penuh kuasa ledakan, kuasa pancutan untuk meletus kembali UMNO seperti kali pertama dipersembahkan kepada Istana Raja Melayu pada tanggal 11 Mei 1946.

Namun, barang tidak dilupa jangan, bukan semua pemuka baru yang gampang untuk aturan memakmuri tanahair ini, sayangku. Manusia yang bawa parah dan padah, mesti DIGUGURKAN secara terbuka dan terhormat. Manusia yang mendukung kultus Freemason, Syiah, Khawarij, Wahabi, Komunis, Kapitalis, Pluralis, Liberalis dan pengamal gaya hidup Lesbian, Gay, Biseksual, Transeksual juga AMAT-AMAT TIDAK LAYAK memimpin UMNO.

Wahai sayangku, fikirlah dalam-dalam, supaya wasiat ini tidak MAKAN TUANNYA kembali.

Saturday, September 7, 2013

KENAPA AKU BISING

Kita bising minyak naik bukan kerana kita benci Malaysia.
Kita bising minyak naik bukan kerana kita tak mampu bayar.

Tapi...Kita bising sebab janji tak serupa bikin. Kita bising sebab kesiankan rakyat marhaen.

Memang kita berduit. Memang kita berharta.

Namun, jauh di pelusuk sana, ada yang menghitung syiling.
Ada yang bekerja teruk terkontang kanting. Mereka tak ada slip gaji.
Jauh sekali socso mahupun kwsp.
Kerjanya keluar pagi balik dinihari.

Dan kalian pula berbicara indah persis pujangga metropolis?
Hanya 20 sen?
Itu pun nak bising?
Kerja lah lebih kuat lagi?
Buatlah part time?
Beribadatlah lebih lagi?
Untuk dimurahkan rezeki?

Ya...Sembang kalian sembang mereka yang berharta.
Sembang kalian sembang orang yang penuh wibawa.

Sedangkan ada mereka yang facebook pun tiada.
Motor buruk hanya tunggu masa.
Kerja lebih kuat dari si sarjana muda.
Kerja lebih ikhlas dari si phd mahupun master. Hanya untuk mulut mereka sekeluarga.

Ya..Mereka tak berharta.
Salah mereka kerana tidak berusaha di zaman muda.

Tapi adakah kita berilmu untuk menjadi penindas mereka?

Kalau itu sistem kehidupan.
Aku rela jadi bodoh dari kalian.
Kerana aku tak nak hilang perikemanusiaan....

p/s: Dipetik atas ehsan kebenaran kekanda sifu-ku yang jauh di mata. Bekas Graduan Sarjana Matematik dan pakar NLP di Baling. 

Friday, September 6, 2013

Pentingnya ISA yang AhJibGor NESANKAN

Penolong Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam), Zamihan Mat Zin berkata, pihak kedutaan itu melantik golongan yang arif tentang agama dalam usaha menyebar fahaman tersebut melalui penganjuran seminar, ceramah, forum dan diskusi di seluruh negara. Tambahnya, golongan itu turut mendapat elaun khas dan bertindak berani memaklumkan kepada masyarakat mempunyai hubungan kukuh dengan kedutaan terbabit malah dilayan seperti orang kenamaan jika hadir ke kedutaan dalam usaha menarik perhatian orang ramai.

"Pada dasarnya, kita enggan masuk campur dalam urusan kenegaraan, walau bagaimanapun jika mengundang rasa tidak aman masyarakat di negara ini, kita harus lakukan sesuatu dan peranan kerajaan amat penting dalam mendapatkan bukti dan maklumat tentang perkara ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah bertajuk Ancaman Gerakan Syiah dalam program Bicara Eksekutif anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zamihan berkata, pendedahan tersebut hasil soal selidik dan penyamaran pihaknya sebelum ini.

Menurutnya, walaupun mempunyai bukti berhubung usaha penyebaran fahaman itu di kedutaan namun ketiadaan undang-undang yang kuat dan mampu mencabar tindakan tersebut menyukarkan mereka membawa perkara itu ke muka pengadilan.

Tambah beliau, negara mempunyai undang-undang berkaitan gerakan itu namun penguatkuasaan yang tidak tegas selain pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menyebabkan gerakan Syiah sukar dilumpuhkan.

"Saya tidak kritik kerajaan tetapi saya harap pendedahan ini dapat membuka mata ramai pihak dan saya mahu mereka sedar ramai ahli politik, ahli perniagaan, pelajar dan golongan akademik yang terlibat dalam fahaman ini," katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan segera menyiasat perkara tersebut dan mengambil tindakan tegas bagi mengelak fahaman berkenaan menular dengan lebih meluas. - Utusan

Pak Sedaro merakam syabas dan tahniah kepada KDN kerana mempunyai aset insan seperti Tuan Zamihan ini. Inilah contoh fundamentalis Islam yang sihat, sedar dan sanggup mengorbankan diri sebagai da'i untuk KDN. Syiah bukan lagi ancaman kecil. Syiah sudah menjadi "outbreak" WABAK akidah yang boleh memusnahkan faham Ahlul Sunnah Wal Jamaah dan ketinggian syiar Islam di Bumi Fundamentalis Islam Melayu ini. 

Bersyukur bonar Pak Sedaro ke hadrat Allah, atas rahmah kasih sayangNya sentiasa mengingatkan Pak Sedaro untuk berperang habis-habisan dalam peperangan minda Komunis-Freemason-Syiah yang makin hari makin melampau di Bumi Melayu ini.

Thursday, September 5, 2013

Najib BANYAK HUTANG rupanya

Cer dengar dengan teliti komen Che Det mengenai isu kenaikan harga petrol dalam klip di bawah. Jika kurang jelas, ada "word for word" verbatim;


"Yaa..sepertimana yang kita tau, kita sekarang dah ada defisit dan kita punya rating dah jatuh pasai kita borrow too much money, jadi kalau kita tak borrow money..better lah. Tapi kalau kita boleh kurangkan perbelanjaan kerajaan, kita punya subsidi is very high. Negara-negara yang keluar minyak pun harganya lebih. Macam di England, dia satu liter is more than 1 pound…almost 7 ringgit. Kita di sini 1 liter berapa ringgit?…Singgit berapa aja. Jadi naik pun 20sen aja (sambil gosok hidung - siapa selalu elert dengan bahasa badan Tun mesti tau yang Tun sinikal jika pegang hidung). Aaaa…mula dia berasa pedih sikitlah…tapi buat adjustment la sikit."

Selama ini Najib bagi BR1M, BL1M, Bantuan Khas Awal Persekolahan, SARA1, Klinik 1Malaysia, BB1M, TR1MA, PR1MA, KR1M, 1AZAM, COOP1M, 1PAKEJ KOMUNIKASI BELIA, 1NETBOOK dan yang terbaru SPP1M yang kononnya 'hadiah' kepada rakyat, rupanya dibiayai dengan cara BERHUTANG AKA MEMINJAM oleh Najib; seterusnya menyebabkan defisit dalam belanjawan negara, sekaligus menjatuhkan rating Malaysia dikalangan pelabur dan ekonomi dunia.

Nak jadi populis punya pasal, kerajaan terpaksa meminjam semata-mata nak memenuhi nafsu serakah Najib dan KonSULTAN-nya.

Bila kantung kerajaan semakin kritikal, rakyat jugaklah yang terpaksa menanggungnya. Segala 'gula-gula' yang di'hadiah'kan kepada rakyat sebelum ini telah diRAMPAS semula dengan cara paling dramatik + flip-flop iaitu...NAIKKAN HARGA MINYAK!

Harga minyak naik, kos rantaian dagangan pun naik, harga barang naik, pendapatan peniaga bertambah; dan akhirnya kantung kerajaan berisi semula melalui pengutan cukai.

Bijakkan Najib? Dia yang meminjam sana-sini, penyudahnya rakyat yang terpaksa tanggung hutang kerajaan. Maka selesailah kejap masalah budak-budak PEMANDU.

Macamanalah nak kurangkan perbelanjaan kerajaan kalau duit rakyat pun PEMANDU dan KonSULTAN Najib hari-hari dok kebas berjuta ringgit.

'Hebat'nya Orang UMNO sebab masih nak simpan spesis Presiden macam ni!

Wednesday, September 4, 2013

Mekanisma Penetapan Harga Runcit Petrol Dan Diesel Secara Terkawal Di Malaysia


Harga runcit produk petroleum di Malaysia ditentukan melalui kaedah Automatic Pricing Mechanism (APM) sejak tahun 1983.

Melalui APM, Kerajaan akan menetapkan harga runcit pada satu paras tertentu di mana perubahan kos produk tidak akan mengubah harga runcit. Perbezaan antara harga runcit dengan harga sebenar akan ditampung oleh subsidi dan pengecualian cukai jualan.

Komponen-komponen yang terdapat didalam Automatic Pricing Mechanism (APM) adalah seperti berikut:

1. Kos produk (MOPS)
Malaysia menggunakan harga purata harian "Mean of Platts Singapore (MOPS)" di pasaran Platts sebagai asas untuk menentukan kos poduk bagi RON97, RON95 dan Diesel. Platts merupakan pasaran harian produk petroleum yang diterbitkan oleh McGraw Hill Companies Limited di Singapura. Kebanyakan negara di rantau ini juga menggunakan MOPS sebagai rujukan kos produk petroleum mereka.

2. Alpha
Perbezaan harga yang dipaparkan di pasaran Platts dengan harga belian sebenar oleh syarikat minyak. Kerajaan telah menetapkan Alpha pada kadar 5 sen seliter untuk petrol dan 4 sen seliter bagi diesel.

3. Kos operasi
Terdiri daripada kos pengangkutan dan kos pemasaran. Pada masa ini, Kerajaan menetapkan kos operasi pada kadar 9.54 sen seliter.

4. Margin syarikat minyak
Ditetapkan pada 5 sen seliter bagi petrol dan 2.25 sen bagi diesel.

5. Margin pengusaha stesen
Ditetapkan pada 12.19 sen seliter bagi petrol dan 7 sen seliter bagi diesel.

6. Cukai jualan
Diwartakan dibawah Akta Cukai Jualan 1972 dengan kadar 58.62 sen seliter bagi petrol dan Cukai jualan bagi diesel telah dinaikkan daripada 19.64 sen seliter kepada 40 sen seliter berkuatkuasa mulai 1 Februari 2009.

7. Subsidi
Subsidi diberikan apabila harga sebenar lebih tinggi daripada harga runcit yang ditetapkan setelah mengambilkira pengecualian cukai jualan.

*Harga komersial adalah berbeza antara syarikat minyak disamping faktor jumlah/volum penghantaran dan masa.

Mengambil kira faktor kos produk, kos operasi, margin syarikat minyak, margin pengusaha stesen serta cukai jualan yang ditetapkan (termasuk ehsan subsidi yang diberikan); adalah bergantung kepada kerajaan sesebuah negara, menyebabkan harga runcit minyak menjadi berbeza antara negara. Contohnya harga runcit untuk RON95 dan Diesel di rantau Asia Tenggara adalah seperti berikut:-

Thailand = RON95 (RM4.74), Diesel (RM3.06)

Singapura = RON95 (RM5.56), Diesel (RM4.32)

Indonesia = RON95 (RM3.05), Diesel (RM3.43)

Malaysia = RON95 (RM2.10), Diesel (RM2.00)

Filipina = RON93 (RM5.44), Diesel (RM4.32)

Boleh baca kaedah Automatic Pricing Mechanism (APM) yang digunakan kerajaan Malaysia di sini dan sana. Baca juga A CITIZENS' GUIDE TO ENERGY SUBSIDIES IN MALAYSIA di sinun.


Tuesday, September 3, 2013

Pelik sungguh la KENAPA Orang UMNO masih nak pertahankan Najib!!

Suatu ketika dulu, sebelum wujudnya 1Malaysia, sebelum wujudnya Ah Jib Gor, sebelum muncul gelaran Mat Liberal dan Bapa Vernakular, sebelum lahirnya PEMANDU yang anggotanya lebih ramai Cina berbanding Melayu, sebelum wujudnya ConSultans serta PunahSihat....telah terngiang-ngiang satu suara...

Najib berkata disebabkan kenaikan harga minyak, kerajaan berharap rakyat berjimat, dan ini harus dilihat secara positif dan bukannya secara emosi. "Anjuran supaya kita berbelanja secara berhemat, bermakna berbelanjalah secara berhati-hati. Berjimat cermat bukan maknanya lokek dan kedekut, pemurah bukan maknanya boros tetapi berbelanjalah pada yang perlu. Alhamdulillah hari ini kita telah dengar rakyat mula merancang perbelanjaan harian berjimat menggunakan tenaga elektrik, tinggalkan gaya hidup mewah dan membazir serta banyak lagi yang betul," katanya. - (4 Mac 2006).

Soalan rakyat ialah...

Buat semua ni habis berapa juta RM?

Cetak banner 'I love PM' habis berapa juta RM pulak?

Set bekal sekolah yang ada muka laki bini ni berapa juta RM lagi habis?

Angpau raya cina dan 'hadiah' untuk sekolah vernakular kompom la beratus juta RM lingkup...

Mercun Merdeka ni tak membazir ke?! Heh...

Rakyat kena tinggalkan gaya hidup mewah...tapi pemimpin boleh excuse!


Suruh rakyat berjimat...pastu duit rakyat PEMANDU sebat. Kalau Najib nak ajar rakyat berjimat, kerajaan juga kena berjimat, jangan belanja yang bukan-bukan! Sekarang belanja operasi kerajaan lagi tinggi dari belanja pembangunan.

Apa yang gagal difahami Najib dan PEMANDUnya dengan kenaikan harga minyak ialah...there will always be a chain reaction! BR1M pun tak dapat cover kenaikan harga barang bro!

Simple math...

Najib janji untuk naikkan BR1M - katakanlah naik RM200 (minimum) menjadikan jumlahnya RM700.

Maka jangkaan kos bagi BR1M untuk 6.8 juta isi rumah = RM4.76 billion setahun.

Penjimatan kerajaan berdasarkan rasionalisasi subsidi minyak 20sen = RM3.3 billion setahun.

Maknanya lebih jimat jika kerajaan tak bagi BR1M berbanding naikkan harga minyak.

Rasanya rakyat lebih rela tak dapat BR1M daripada terpaksa tanggung kesan kenaikan harga barang rentetan kenaikan harga minyak. Mana lebih baik...bagi pancing ke..ikan?

Tukang bagi nasihat BODOH...yang ikut nasihat pulak BINGAI MELANTUN-LANTUN!!

Realitinya kantung kerajaan sebenarnya dah susut...cuma Najib segan nak mengaku!

Monday, September 2, 2013

Edge Billion Ringgit Club

Malam ini 2 September 2013, jam 2030 di Hotel Hilton, Kuala Lumpur, Malam Gala Edge Billion Ringgit Club.

Biasalah, mesti YAB Presiden UMNO juga Perdana Menteri Malaysia dijemput sebagai Insan Paling Utama dan Mulia malam ini. Tahniah dan Syabas.

Apakah kehadiran DS Najib akan berfungsi hanya "melukut di tepi gantang", atau bidalan "rezeki secupak, tak mungkin jadi segantang", atau "melepas anjing tersepit"?

Atau secara realitinya, batang tubuh DS Najib hadir boleh menjadi "biduk berlalu kiambang bertaut", "kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan", atau juga "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang"?

Korum Edge Billion Ringgit Club sudah pastinya 90% kaum-kaum lain. Khasnya rangkaian sahabat Thiong Hua yang baik, juga lebih ramai daripada mereka "tidak baik daripada segi politik"!

Apakah perkumpulan malam ini, di Hotel Hilton memberi petanda baru kepada pola perkembangan ekonomi tanahair? Apakah sanggup kumpulan Billionaire, Multi Billioanaires ini memberi sedekah korporat kepada DS Najib sebanyak RM 500 juta setiap orang. 

Mengikut kiraan kehadiran yang pasti Malaysia sudah ada 100 orang Billionaires, daripada 100 ini ada 20 orang Multi Billionaires. Sanggupkah 80 daripada mereka menyumbang hangus sebanyak RM100 juta seorang kepada Tabung Ekonomi Melayu? Sanggupkah 20 daripada mereka menyumbang hangus sebanyak RM 500 juta seorang kepada Tabung Pendidikan Tinggi Melayu?

Sanggupkah pula, 100 orang billionaires ini berbai'ah dengan DS Najib untuk menyumbang secara WAKAF KORPORAT, sebanyak RM 20 juta setahun kepada Tabung Khas Perdana Menteri?

Semua ini kiraan masa depan yang panjang. Soalnya APA LU ADA BERAN ka Edge Billion Ringgit Club???

Sunday, September 1, 2013

Chu Chi


Chu Chi Tunnel ini me­ngalami proses sejarah yang panjang. Sistem pertahanan yang unik di dunia ini dibina selama 30 tahun.

Ada dakwaan terowong itu sepanjang 250 kilometer (km), tetapi musnah akibat dibom dan runtuh secara semula jadi.

Chu Chi Tunnel dibina sekitar 1940 ketika Perancis menjajah Vietnam. Selepas itu pembinaannya dipergiat­kan ketika era pendudukan Amerika Syarikat pada 1959 hingga 1975.

Strategi unik ini me­nyumbang kepada kekalahan tentera bersekutu. Terowong ini menjadi tempat tinggal di antara 7,000 hingga 8,000 tentera Viet Cong dan keluarga mereka.

Kubu bawah tanah ini dilengkapi bilik rawatan, mesyuarat, tempat memasak serta berek tentera.

Lebih mengerikan, kawasan sekitar dipenuhi jerangkap samar.

Chu Chi Tunnel bertambah misteri kerana sehingga kini, sejarah belum menemukan siapa perancang utama pembinaannya.

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive