Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Thursday, October 31, 2013

Bodoh mu betingkek-tingkek!!

Pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau 4 November ini mungkin menyaksikan peralihan undi masyarakat Cina kepada Barisan Nasional (BN).
   
Walaupun pengundi Cina hanya berjumlah 1,842 daripada keseluruhan 27,222 pengundi, tetapi ia amat penting dalam menentukan kemenangan calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim di kawasan yang menjadi kubu kuat Pas dalam lima pilihan raya sejak 1995. (Kejap..kejap...1,842 pengundi cina je? Heh! Baca lagi...)

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menegaskan segala bentuk peruntukan yang diberikan kerajaan Barisan Nasional (BN) bukanlah untuk membeli sokongan rakyat, khususnya menjelang PRK Dun Sungai Limau pada 4 November ini. (Opsss...kalau bukan beli undi atau sokongan, peruntukan tu untuk beli apa? Beli spenda stopa? Heh! Baca lagi...)

"Bukan beli undi, kebetulan ini masa pilihan raya kecil kita turun, jadi mudah untuk (rakyat) dapat bantuan," katanya pada pemberita selepas menghadiri jamuan tengah hari bersama masyarakat Cina di Sungai Limau Dalam dekat sini.

Menyentuh PRK Dun Sungai Limau, Muhyiddin berkata pemerhatian beliau sendiri dan maklum balas MCA serta Gerakan menunjukkan perubahan sikap masyarakat Cina di kawasan itu untuk lebih terbuka menerima BN.

"Kali ini adalah waktu terbaik untuk mengukur perubahan masyarakat Cina," katanya. (Eh..eh..orang cina dah berubah ke? Atau masa PRK je orang cina undi BN sebab nak pancing bantuan-bantuan seterusnya akan datang? Tapi bila tiba PRU..orang cina swing undi pada pembangkang. Masih tak serik-serik lagi ke walau BN dah kena kencing berkali-kali? Heh! Baca lagi...)

Pada majlis itu, Muhyiddin turut mengumumkan peruntukan RM2 juta bagi menambah baik tiga buah SJKC dan menubuhkan tabung pendidikan SJKC bagi Dun Sungai Limau.

Peruntukan itu, katanya, termasuk RM1 juta bagi SJKC Aik Min, RM750,000 bagi SJKC Yuk Meng dan RM50,000 bagi SJKC Pei Hwa, selain RM200,000 sebagai dana permulaan bagi tabung pendidikan SJKC itu. (Hahaha...Muhyiddin dah pedajal Mukhriz. Sebelum ni Mukhriz cakap tak akan layan sekolah cina sampai Ah Kok naik minyak. Tapi kini Muhyiddin sudah kasi tikam Mukhriz dari belakang. Muahahahaha!) 

Sekali lagi BN bazirkan RM2 juta hanya untuk 1,842 pengundi cina daripada keseluruhan 27,222 pengundi Sungai Limau. RM2 juta untuk nisbah hanya 6.8 peratus pengundi. Tahniah BN atas pembaziran ini. Menteri Kewangan merangkap PM yang suruh bagi bantuan kat sekolah cina tu ke? Sahlah bodoh BN betingkek-tingkek!!

Percayalah, selagi ada bulan dan bintang, kerajaan BN takkan hapuskan sekolah cina dan tamil. 

Sumber berita sini dan sinun.


Penipuan terunggul adalah apabila kita mampu menipu diri kita sendiri.

Wednesday, October 30, 2013

Breast Cancer Awareness Month


October is Breast Cancer Awareness Month, which is an annual campaign to increase awareness of the disease. While most people are aware of breast cancer, many forget to take the steps to have a plan to detect the disease in its early stages and encourage others to do the same. They have made a lot of progress but still have a long way to go and need your help!

The National Breast Cancer Awareness Month (NBCAM) is a collaboration of national public service organizations, professional medical associations, and government agencies working together to promote breast cancer awareness, share information on the disease, and provide greater access to services.

Since its inception more than 25 years ago, NBCAM has been at the forefront of promoting awareness of breast cancer issues and has evolved along with the national dialogue on breast cancer. NBCAM recognizes that, although many great strides have been made in breast cancer awareness and treatment, there remains much to be accomplished. Today, we remain dedicated to educating and empowering women to take charge of their own breast health.

Although October is designated as National Breast Cancer Awareness Month, NBCAM is dedicated to raising awareness and educating individuals about breast cancer throughout the year. We encourage you to regularly visit these sites to learn more about breast cancer, breast health, and the latest research developments. Click on the websites below for more information.

National Breast Cancer Awareness Month.

Tuesday, October 29, 2013

Kehidupan seks terjejas...

Suatu hari Hasan nak beli gula di kedai rakyat 1Malaysia. Bertanyalah Hasan pada tokey kedai bernama Ah Jib...

Hasan: Ah Jib, ada gula tak? Kak Ros kau suh aku belikan sekampit.

Ah Jib: Ada sana tu hah! Ko amik sendirilah (sambil menunding ke arah tempat gula).

Hasan: Takde pun Ah Jib? Yang ada cuma garam dengan belacan je ni.

Ah Jib: Adalah..aku sendiri yang letak situ semalam (sambil mengambil bungkusan dari rak yang bertulis "Garam").

Hasan: Wey Ah Jib...aku nak gula, bukannya garam!

Ah Jib: Ni gula la ni...(sambil berbisik) aku sengaja tulis garam besar-besar supaya semut ingat dalam bungkusan ni garam. Ko taulah semut ni pantang jumpa gula. Dah amik gula ni cepat. Jangan cakap kuat-kuat, nanti kalau semut dengar kantoi pulak taktik aku ni.

Hasan: ?!?!?!?!?!?!?!

Ah Jib: Lagi satu, ko makan gula jangan banyak sangat San. Harga gula pun dah naik. Zaman sekarang ni makan gula banyak boleh jadi obes dan tak bagus untuk kehidupan seks.

Hasan terus pengsan...

Gambar sekadar hiasan.

Monday, October 28, 2013

Kamalanathan LAGI POWER daripada Muhyiddin


Mari kita hangatkan lagi isu Lembu Korban. Walaupun Idris Jusoh dah kata korban boleh dilakukan di sekolah, tapi kita tak nak isu ini berbangkit lagi akan datang dan jadi seperti api dalam sekam. Lebih baik kita cakap terus terang daripada sekarang. Sampai bila kita nak biarkan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan diperlekehkan orang bukan Islam yang semakin menjadi-jadi sejak beberapa tahun ini?!

Kita perlu akur dan bersetuju dengan pandangan bekas mufti Perlis Prof Madya Datuk Mohd Asri Zainul Abidin.

Beliau mengulas kontroversi isu sembelihan korban di Sekolah Kebangsaan Puchong Jaya yang kononnya mendapat tentangan masyarakat Hindu/bukan Islam. Asas bantahan seorang individu bernama "Saravanan" bahawa sekolah bukan tempat sesuai untuk ibadat korban kerana anak-anak murid didedahkan kepada penyembelihan haiwan.

Berfikiran "out of the box" (tidak seperti beberapa pemimpin politik yang cepat melatah – pragmatik ikut suasana) MAZA dipetik sebagai menyatakan (dalam facebooknya):

"Pada asasnya sekolah bukan tempat untuk sembelihan dan mungkin kurang sesuai untuk sesetengah murid, namun dalam negara ini banyak lagi perkara yang tidak sesuai dan penyalahgunaan tempat. Antaranya jalanraya bukan tempat perarakan agama seperti mengangkut berhala atau menghempas kelapa sehingga mengganggu penggunakan pengguna yang lain atau mengotorkan tempat awam seperti yang dilakukan oleh sesetengah penganut agama tertentu. Jika hendak diselaraskan, selaraskan semuanya sekali."

Jadi sekarang bagaimana?

Malahan ada perarakan agama yang mendedahkan anak-anak dan orang dewasa kepada 'ritual' yang lebih menakutkan serta menyeramkan termasuklah menusuk dan mencucuk tubuh badan. Kalau mengambil kira pandangan MAZA adakah kita perlu larang juga? Kerana menusuk dan menyucuk tubuh badan pasti seperti amalan agama mereka pastinya menakutkan anak-anak kecil bangsa lainnya.

Sesungguhnya masyarakat Malaysia telah sedia terbuka dan secara umumnya menerima dan memahami perbezaan ibadat dan 'ritual' antara berbeza agama dan fahaman dalam negara. Berdekad-dekad lamanya tiada yang membantah atau cuba membakar suasana, tiba-tiba hari ini kita dibawa untuk bersengketa dan bertekak dalam bab ini.

Ibadat korban untuk orang Islam, ada yang berlaku masyarakat bukan Islam menghadiahkan binatang sembelihan untuk menjamu petugas ibadat korban, saya sendiri menjadi saksi di Masjid USJ1 Subang Jaya beberapa tahun lalu.

Upacara Thaipusam contohnya sudah diterima sebagai suatu acara tarikan pelancong, diterima secara toleran oleh masyarakat Islam walaupun ada perarakan dari kuil ke kuil di kawasan luar bandar yang terpaksa merentas dan melalui kampung-kampung Melayu. Kita terima dan hormati, tiada bantahan.

Begitu juga upacara-upacara 'ritual' masyarakat Buddha dan bukan Islam di kalangan orang-orang Tionghua umpamanya 'Hungry Ghost Festival', acara yang beberapa tahun lalu serentak dengan bulan Ramadhan. Tapak-tapak letak kereta dan tanah kosong digunakan untuk membakar colok-colok besar, menghidang khinzir siap dengan program hiburan di pentas. Ada yang berlaku di kawasan perumahan berdekatan dengan surau dan masjid, orang Islam yang sibuk menghidupkan malam Ramadhan, menerimanya kerana sudah faham akan 'ritual' berkenaan. Tiada pula bantahan yang di dengar.

Malah masyarakat bukan Islam yang tinggal berhampiran masjid dan surau-surau di seluruh Negara juga boleh menerima laungan azan 5 kali sehari, kerana ia sebahagian dari amalan masyarakat Islam. Tidak ada lagi kita dengar bantahan dan protes.

Lantas dalam bab ini sekali lagi saya meneliti pandangan MAZA dan bersetuju kalau kita sudah tidak lagi boleh hidup secara toleransi, asyik nak bertekak dan bersengketa termasuklah dalam bab-bab yang telah diterima dan difahami masyarakat maka ayuh kita perluaskan larangannya, kita selaraskan semua sekali.

Biar sembelihan korban terhad di masjid dan surau-surau sahaja, biar Thaipusam di kuil-kuil sahaja, perayaan agama Kristian di setengah-setengah tempat yang turut mengarak salib dan patung 'Christ' dihadkan di gereja sahaja, 'Hungry Ghost Festival' pula dipremis tokong sahaja, bagaimana?

Tentu cadangan ini lebih mengundang kontroversi. Mengapa harus kita ganggu status quo amalan pelbagai agama dalam negara kita. Belajarlah bertolak ansur, bertoleransi, membina negara yang bersatu padu, aman dan muhibbah, bukankah baik begitu?

Dan Kamalanathan kena ingat bangsa mana pengundi majoriti di Parlimen Hulu Selangor dan bangsa mana yang memenangkan dia dalam pilihanraya. Sedar-sedarlah diri tu sikit!!

Nukilan seorang sahabat.

Travelog Menteri Keling Paria

Kamal, Timbalan Menteri Pelajaran sudah semakin menjelaskan siapa dianya yang sebenar! Ahli Parlimen Hulu Selangor ini sudah hilang kredibiliti sebagai anggota pentadbiran. Dengan teknik yang tidak mesra media dan tidak cerdik media, dia begitu mudah "mendakwa" bahawa ruang bilik persalinan sebuah sekolah yang menjadikan ia ruang makan-minum sementara sebagai tidak sesuai, tanpa mengetahui bahawa semuanya ialah persetujuan khas PIBG sekolah, dan telah dikaji oleh PPD dan Pengarah Negeri.

Keling ini nak nyatakan bahawa Pegawai Melayu Jabatan Pelajaran, bangang. Apokah misi Timbalan keling paria ini?

Kemudian, masih panas ialah peristiwa "penyembelihan dan praktikal ibadah korban dalam kawasan sekolah", yang dimaklumkan si Kamal ini kepada media sebagai tidak cocok dengan persekitaran sekolah! Apolah yang kau bangang bonar, Kamalanathan...ini negara Islam agama bagi persekutuan...Pekeliling menyatakan gerak kerja Agama Islam masih terpakai baik secara jasad, roh atau zuknya...di mana-mana tanahair dalam Bumi Melayu ini. Kok, ado yang lagi gilo nak buat sembelihan korban sebelah pagar Kuil Hindu, atau tokong Buddha, atau Gereja Kristian pun...tak dapat kau nak bongeish...tapi kito orang Islam masih hormat dan taat kepada pedoman hidup kami...

Ekau ini, Menteri lantikan Najib ko, atau proksi Keling Paria Hindraf yang bertopeng dalam MIC....

Buang ajolah, anggota pentadbiran yang bahalol gini, TS Muhyiddin...menyomak fail dan kerusi MP ajoooo...

Kekawan dio di Moorthy, juga Timbalan Menteri di JPM yang suka menumpang tuiii...dulu suka hati kau kobar PDRM sengaja tembak dan salah prosedur dalam kes 5 penjenayah di tembak di Penang...dio pun buat press statement...Belakang Koling paria ini kena "warning keras dan final" kalau tak setuju "letak jawatan" atau "jawatan kau dilucut"...nampak sonyap, ontah iyo ontah tidak...

ontah...ontah...dio pakat dengan Kamal ini, untuk UJI Najib dan Muhyiddin...Pak Sedaro fikir, eloklah DIHALAU DAN DILUCUT mereka ini daripada kerusi anggota pentadbiran.

Mereka telah DAHAGI kedudukan dan kuasa politik mereka, dengan menyatakan bahawa "Agama Islam bukan Agama Persekutuan" dan "aku Keling boleh juga buat suka hati mak ayah aku!!"

Friday, October 25, 2013

GST: Harga barang & perkhidmatan boleh lebih murah?

Rakyat Malaysia boleh menikmati barangan dan perkhidmatan yang lebih murah bagi banyak keperluan asas sekiranya kerajaan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sedia ada.

Cukai itu, yang dijangka dilaksanakan pada 2015, akan menyaksikan cadangan kadar empat peratus bagi menggantikan kadar 10 peratus bagi cukai jualan dan lima peratus cukai perkhidmatan yang diguna pakai sekarang.

GST akan dikenakan ke atas penggunaan barangan dan perkhidmatan di semua tahap rantaian bekalan.

Sekiranya dilaksanakan, 40 keperluan makanan asas, termasuk beras, gula, susu tepung dan tepung akan disenaraikan sebagai barangan sifar cukai, manakala perkhidmatan asas seperti penjagaan kesihatan, mungkin diklasifikasikan sebagai dikecualikan cukai.

Kebanyakan barangan ketika ini dikenakan cukai di bawah SST dan peralihan kepada GST akan meringankan beban golongan miskin, Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, dipetik sebagai berkata.

GST akan memastikan harga barangan tidak akan meningkat.

Selain itu, tidak semua produk akan dikenakan cukai penuh di bawah cadangan GST kerana produk tertentu akan dikenakan hanya separuh daripada kadar GST.

"GST suatu yang perlu, ia bukan satu pilihan," kata Mohd Irwan Serigar sambil menambah sekiranya rejim cukai baharu itu dilaksanakan, kerajaan yakin dapat mengurangkan defisit fiskal keluaran dalam negara kasar pada 2015 dan mencapai lebihan menjelang 2020. 

Sementara itu, Naib Presiden Kanan/Ketua Penyelidikan MIDF Amanah Investment Bank Bhd, Zulkifli Hamzah berkata walaupun pelaksanaan GST mengakibatkan inflasi, ia hanya bagi tempoh jangka pendek kerana corak penggunaan dapat disesuaikan dari masa ke semasa. 

"Kami menjangka GST akan membawa kesan inflasi sementara ke atas harga, sama dengan bukti yang ditemui di banyak negara yang telah memperkenalkan cukai itu.

"Kesan inflasi GST akan bergantung kepada kadar yang akan diputuskan, pengecualian dan langkah-langkah selari bagi mengurangkan kenaikan harga," katanya kepada Bernama.

Jabatan Kastam Malaysia berpendapat kesan inflasi GST adalah minimum kerana barang makanan asas dan keperluan tidak akan dikenakan cukai manakala kemudahan awam akan dikecualikan.

Faktor lain ialah kos pengeluaran rendah kerana GST dibayar bagi input boleh dituntut oleh perniagaan, manakala penjimatan daripada kredit cukai input boleh disalurkan kepada pengguna dalam bentuk harga rendah.

GST, cukai penggunaan secara meluas, atau cukai tokokan nilai, kali pertama dibentangkan di Dewan Rakyat pada 16 Disember, 2009, untuk menggantikan SST sekarang, tetapi telah ditarik balik tahun lepas untuk pindaan.

Peralihan itu akan menjadi sebahagian daripada pembaharuan fiskal yang dilaksanakan kerajaan bagi mengurangkan defisit fiskal dan mencapai bajet seimbang neutral pada 2020, membantu negara mencapai ekonomi berpendapatan tinggi serta status negara maju.

Pakar ekonomi berpendapat sekarang adalah masa yang sesuai untuk melaksanakan GST sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan hasil kerajaan.

Apabila dilaksanakan pada kadar hasil-neutral empat peratus, cukai baharu itu dianggarkan meraih hasil RM18 bilion, yang hampir sama dengan hasil RM16 bilion hingga RM17 bilion daripada cukai jualan dan perkhidmatan sekarang pada kadar purata tujuh peratus.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengumumkan GST dalam Belanjawan 2014 pada 25 Oktober 2013 (Jumaat) ini.

GST akan mengambil masa 14 bulan untuk dilaksanakan selepas ia diumumkan. - Bernama.


Wednesday, October 23, 2013

Antara 4 berita...





Note: Merujuk Lembaga Perlembagaan Negara Brunei Darussalam, Brunei adalah sebuah negara Islam dengan jumlah penduduk yang kecil, iaitu anggaran 395,000 orang di mana 75% penduduk tinggal di kawasan bandar (urban) dan 97% daripada jumlah penduduknya tinggal di bahagian barat yang lebih besar dengan hanya kira-kira 10,000 (3%) orang tinggal di daerah Temburong iaitu di bahagian timur. Daripada bilangan ini, lebih kurang 46,000 orang tinggal di ibu negara Bandar Seri Begawan. 

Demografi Brunei terbahagi kepada Melayu (67%), Cina (15%), Pribumi Bukan Melayu (6%) and lain-lain (12%).

Jumlah stateless people 21,000 orang (5.4%) dan kebanyakan mereka adalah Cina. Stateless people tidak dibenarkan untuk memiliki tanah di Brunei. Mereka juga tidak diberikan rawatan kesihatan percuma serta tidak layak mendapat pendidikan percuma hingga tahap pengajian tinggi yang dibiayai penuh oleh kerajaan Brunei.

Tuesday, October 22, 2013

Tok Sahak sayu? Heh!!


"Saya rasa sayu apabila mendapat tahu ada pihak menggunakan cara tertentu supaya tidak undi saya dalam pemilihan Ketua UMNO Bahagian Seremban." 

 "Transformasi boleh berlaku jika tidak ada soal pembelian. Sejak dulu lagi saya menentang politik wang dalam pemilihan." 

 "Melihat kepada barisan baharu selepas pemilihan peringkat bahagian, 16 daripada ahli jawatankuasa itu adalah pengikut saya." 

 "Ini jelas nampak ada unsur-unsur untuk mengenepikan saya supaya suara saya tidak lagi didengar." - Ishak Ismail.

Monday, October 21, 2013

Orang UMNO khianat TRANSFORMASI sendiri!!

1. Andai dilihat senarai Naib Presiden dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang baru dipilih oleh perwakilan untuk penggal 2013/16, tiadalah transformasi sangat sepertimana yang dicanangkan Najib.


2. Jika bersandarkan agenda konon untuk 'meremajakan' UMNO, siapalah dikalangan MKT di atas yang 'remaja' sangat tu? Tapi kalau masing-masing bernafsu remaja...den pecayo!

3. Apa pun tahniah but no tahniah (macam thanks but no thanks...boleh ka?) kepada muka lama yang berjaya mengekalkan jawatan serta muka baru yang tersenarai. Kepada yang kalah, kami percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

4. Rasa tak sabar pula nak tengok agenda 'transformasi' dan 'peremajaan' yang bakal dilaksanakan oleh ramai muka lama dan sedikit muka baru dalam UMNO selepas ini. Pasti akan wujud lebih banyak idea liberal atau sekurangnya tindakan progresif berani mati sebelum PRU-14. Yang pasti mulai sekarang suara agenda Melayu dan Islam pasti tidak akan lekang dari bibir pemimpin-pemimpin UMNO yang telah menang. Jadi orang Melayu tak perlu la risau sangat. Heh! Tunggguuuu...

5. Tapi rasanya ramai percaya kedudukan Hisham daripada No 2 ke No 3 Naib Presiden UMNO dalam Pemilihan UMNO kali ini merupakan undi protes perwakilan terhadap prestasi lembiknya selama 5 tahun ini. Hisham hanya terselamat sebab UMNO Johor dan Pahang tidak berkongsi sentimen sama dengan UMNO negeri lain. Jelas UMNO Johor dan UMNO Pahang telah mengkhianati makna sebenar transformasi yang menjadi slogan Presiden mereka sendiri.

6. Kami nak sentuh satu perkara berkenaan Pemilihan UMNO yang baru selesai yang mungkin boleh difikirkan bersama terutama oleh pengamal media maya yang betitik tolak daripada kekalahan Tun Faisal aka Ketua UMB untuk jawatan MKT.

7. Ramai maklum bahawa Tun Faisal agak popular di alam maya, tetapi kurang popular dikalangan perwakilan UMNO. Kenapa? Adakah kemungkinan kebanyakan ahli UMNO tidak pun membaca isu yang diperdebatkan di media maya? Andai begitu halnya, calonlah nama-nama besar di alam maya seperti Dr. Novandri, Dinturtle, OutSyedTheBox, The Unspinner, Papagomo, Parpukari etc. belum tentu mereka boleh menang dalam Pemilihan UMNO.

8. Jika dibuat analisis berdasarkan kemenangan besar KJ mempertahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO, membuktikan bahawa isu yang dimainkan pengamal media maya sebenarnya tidak pun memberi impak fikir kepada orang UMNO. Malah tidak mustahil kebanyakan isu yang dibincangkan di media maya tidak sampai pun kepada mereka.

9. Pelbagai isu yang dibincangkan dalam blog, facebook mahupun youtube kebanyakannya dibaca oleh saluran 3, 4 dan 5, yakni golongan muda yang layak mengundi di PRU tetapi majoritinya bukan pun ahli UMNO. Rentetan sering terdedah kepada pelbagai maklumat, menyebabkan majoriti saluran 3, 4 dan 5 tidak mengundi BN di PRU-13 kerana mereka maklum akan segala isu yang sedang melanda parti itu.

10. Berbeza dengan kebanyakan orang UMNO yang masih terbelenggu dengan kaedah konvensional untuk mendapatkan maklumat iaitu melalui visual dan pembacaan media massa arus perdana serta maklumat langsung daripada Ketua Bahagian, Ketua Cawangan, Ketua Wanita, Ketua Pemuda etc. kursus serta seminar anjuran parti masing-masing. Dan kita maklum sudah tentu maklumat yang disampaikan oleh pemimpin serta media arus perdana pastilah khabar yang baik-baik belaka, tanpa sebarang cacat celanya UMNO dan pemimpin mereka itu. Jika ada hal buruk mengenai pemimpin dan parti pun, pasti tidak akan dikongsi dengan ahli akar umbi.

11. Jadi tidak keterlaluan jika dikatakan kebanyakan orang UMNO tidak tahu pun isu yang hangat diperdebatkan di media maya terutamanya komen-komen berkenaan permasalahan Islam dan Melayu yang membabitkan pemimpin serta parti mereka dan disebabkan itulah kadangkala orang UMNO menjadi ego dan syok sendiri.

12. Berdasarkan pengalaman bergaul dengan orang UMNO sekian lama, rata-rata mereka masih tidak sedar yang hari ini betapa meluatnya rakyat yang bukan ahli UMNO terhadap gelagat dan kelaku pemimpin semasa mereka. Berdasarkan pengalaman juga kebanyakan ahli UMNO masih tidak menyedari agenda transformasi liberal yang digagaskan oleh pemimpin nombor satu mereka telah ditolak oleh majoriti rakyat bukan ahli UMNO yang telahpun diterjemahkan dalam bentuk undi di PRU-13 lalu.

13. Orang Melayu yang bukan ahli UMNO terpaksa mengundi UMNO di PRU-13 hanya disebabkan mereka tiada alternatif yang lebih baik, bukan sebab mereka yakin dengan agenda transformasi liberal yang dibawa oleh UMNO.

14. Mungkin sudah sampai masanya segala isu serta komen daripada orang Melayu yang bukan ahli UMNO mengenai UMNO dan pemimpinnya sepertimana yang selalu dibincangkan di media maya, tidak hanya terbuku dalam media maya samata.

15. Mungkin sudah tiba ketikanya untuk segala isu yang dibincangkan di media maya dicetak dalam bentuk hard copy serta diedarkan setiap bulan sebagai bahan bacaan intelek orang UMNO berkenaan segala isu serta masalah yang membelenggu pemimpin serta parti mereka. Orang UMNO akar umbi seWAJIBnya disedarkan dengan sentimen sebenar Orang Melayu yang bukan ahli UMNO terhadap parti mereka sendiri.

16. Mungkin makalah berbentuk buletin maya atau 'Buletin Blog' perlu dicetak sebagai sumber maklumat alternatif kepada orang UMNO agar mereka tidak ketinggalan info terkini berbanding maklumat yang dicerna oleh penyokong pembangkang. Bukan sekadar dicetak apabila sudah hampir PRU saja kerana kebanyakan maklumat dalam media maya yang dicetak semasa PRU lebih tertumpu kepada isu pembangkang dan bukannya isu dalaman yang melanda UMNO.

17. Yang menjadi masalah mungkin adalah dana untuk menjadikan 'Buletin Blog' satu realiti. Pasti tiada siapa dikalangan pemimpin UMNO dengan sengaja sanggup untuk menaja buletin yang bakal mendedahkan pekong mereka sendiri.

18. Namun jika ianya berjaya direalisasikan, pasti UMNO akan benar-benar ditransformasikan mengikut acuan intelek ahli akar umbi dan bukan hanya mengikut telunjuk transformasi liberal Presiden, Naib Presiden 3, Ketua Bahagian mahupun Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

19. Dan mungkin juga selepas itu tiada lagi alasan Pemilihan UMNO 2016 terpaksa ditangguhkan dengan hujah dangkal konon ingin mengekalkan perpaduan dalam parti demi menghadapi PRU-14. Alasan setiap kali nak dekat PRU oleh pemimpin UMNO yang sering menjadi bahan jenaka rakyat. Hanya pemimpin UMNO yang takut hilang jawatan saja akan mencipta alasan sedemikian. Ada sebab orang dulu menggubal Pemilihan UMNO supaya diadakan setiap 3 tahun dan bukannya 5 tahun. Hanya pemimpin UMNO bingai saja yang tidak faham makna tersirat perlembagaan UMNO digubal sebegitu sejak dulu.

20. Sifirnya mudah saja, berani berubah atau kalah PRU-14. Pilihlah yang mana suka.

Saturday, October 19, 2013

Tok Sahak KALAH!! KJ 'tipu' Hisham!!

Berikut beberapa perkara menarik yang berlaku dalam Pemilihan UMNO Negeri Sembilan;

1. DiSAHkan bahawa Haji Abu Ubaidah akhirnya telah menewaskan Ishak Ismail aka Tok Sahak dalam pertandingan jawatan Ketua Bahagian UMNO Seremban.

2. Tiga Bahagian UMNO di Negeri Sembilan mendapat Ketua Bahagian baru iaitu Bahagian Seremban (Haji Abu), Bahagian Jelebu (Jalal) dan Bahagian Jempol (Haji Salim).

3. Perwakilan UMNO Bahagian Rembau telah memilih Zahid Hamidi, Shafie Afdal dan Mukhriz Mahathir sebagai Naib Presiden UMNO; walaupun Timbalan Ketua Bahagian UMNO Rembau yang baru iaitu Khairy Jamaluddin secara terbuka menyokong Hishamuddin serta menyeru semua perwakilan Pemuda mengundi Hisham.

4. Berikut adalah senarai Naib Presiden UMNO yang mendapat undi majoriti perwakilan di 8 bahagian UMNO Negeri Sembilan;

Jelebu: Zahid, Shafie dan Mukriz

Jempol: Shafie, Hishamuddin dan Isa Samad

Kuala Pilah: Zahid, Shafie dan Isa Samad

Seremban: Zahid, Shafie dan Mukhriz

Rembau: Zahid, Shafie dan Mukhriz

Tampin: Zahid, Shafie dan Isa Samad

Teluk Kemang: Isa Samad, Mukhriz dan Zahid

Rasah: Isa Samad, Zahid dan Shafie

5. Hanya satu bahagian saja di Negeri Sembilan yang memilih Hishamuddin sebagai Naib Presiden iaitu UMNO Bahagian Jempol kerana Ketua Bahagian-nya yang baru menang, Haji Salim adalah orang kuat Hishamuddin CKMM.

6. Dua wakil Negeri Sembilan yang bertanding ke MKT UMNO iaitu Mohamad Hasan dan Hasan Malek masih belum diketahui nasib mereka kerana setakat jam 9pm pengiraan masih belum selesai.

Friday, October 18, 2013

VP & MT UMNO: Geng Najib VS Geng Mahathir


Siapa yang akan jadi pilihan perwakilan? Sama ada perwakilan akan mengekalkan status quo Najib dan sepupunya? Atau mengangkat calon baru bagi mewujudkan sistem checks and balances supaya UMNO tidak lari daripada perjuangan asal Melayu-nya.

Apa-apa pun pertarungan sebenar untuk jawatan Naib Presiden adalah antara Sembrong dan Kubang Pasu. Sama ada keduanya akan dapat tempat daripada 3 kerusi Naib Presiden, atau salah seorang akan 'terkorban'. 

Jika Mukhriz kalah, pasti Ketua Pemuda Progresif Liberal akan ketawa berdekah-dekah kerana rival-nya dalam UMNO bungkus dan sekaligus mencerahkan impian si Anak Omak untuk menjadi PM termuda Malaysia.

Adakah hampir 150 ribu perwakilan yang bakal mengundi VP dan MT nanti 'tidak buta' berbanding perwakilan sayap UMNO yang telah pun mengundi Sabtu lepas? Sama-sama kita tunggu...

Patutlah KJ boleh menang...


UMNO Bahagian lain ada masalah yang sama tak agaknya?

Thursday, October 17, 2013

Apa Hisham nak cakap sebenarnya?

Komen sey dalam tulisan merah berdasarkan laporan berita berikut;

14 Okt: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan bahawa kemenangan dua pemimpin sayap parti Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, bukan penentu kemenangannya. (Apasal plak ekau nak kaitkan kemenangan KJ dan Kak Ijat dengan jawatan yang kau tanding pulak? Melainkan ekau memang sengajo nak bagi hint kat perwakilan?)

Katanya, kemenangannya bergantung di tangan 150,000 perwakilan dan apa yang dimainkan dalam blog atau forum mengenai dirinya bukanlah pandangan benar. (Memanglah, sobab perwakilan UMNO tak baco blog dan fesbuk. Yang rajin baco blog ialah rakyat marhaen yang bukan pun ahli UMNO, tetapi sangat prihatin dengan nasib bangsanya. Perwakilan UMNO apa peduli media maya ni semua, yang penting masyuk...dapek main golf kat Mines...calon MT belanjo. Jadi apo ado hal.)

"Saya ingin tegaskan kemenangan saya bukan kerana sayap tetapi kerana tuan, ia bersandarkan kepada isu, kepimpinan, ujian dan pengalaman," katanya kepada pemberita selepas perjumpaan dengan pemimpin Umno negeri Pulau Pinang di sini hari ini. (Ekau ni den tau memang penyayang orangnya Hisham. Jadi sobab tu kau tak sesuai dok di KDN dan Kementerian Pertahanan. Patutnya menteri yang duduk di duo kementerian tu kono hati kering, jiwa kental, berani buek keputusan dalam keadaan tekanan, tenang menghadapi krisis, berfikiran pantas dan luas. Jadi kalo kau nak koba yang ekau punya pengalaman, rasonyo pengalaman ekau tu sesuai untuk ekau pegang jawatan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Atau ekau jago Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air sobab kau suko pakai nick H20, itupun belum tontu kau competent. Kementerian lain sumo kau memang tak layak.)

"Ini kerana pada pemilihan Umno 2008, seramai lapan orang bertanding dimana mereka (blogger) kata saya tiada peluang dan kalah pada kedudukan nombor lapan tetapi saya dapat nombor dua," katanya. (Kok spesis tabur duit, nombor satu pun kau boleh dapat Hisham oii. Tapi kau kena ingat Hisham, maso 2008 tu lebih ramai blogger pro pembangkang berbanding pro BN. Sekarang blogger pro BN sudah setara dengan blogger pembangkang. Dan yang buek ramalan hari ini adalah blogger pro BN sendiri dan bukan blogger pembangkang macam dulu. Tapi kau jangan risau la Hisham sobab den dah koba yang perwakilan UMNO mano baco blog. Twitter ngan fesbuk dorang pun pakai balaci untuk update. So tak payah la kau nak meraban bonar doh.)

Ditanya keyakinannya untuk mempertahankan jawatannya, Hishammuddin berkata beliau mahu perwakilan membuat keputusan bersandarkan kebenaran dan keadilan ke atas dirinya. (Kebenaran dan keadilan yang dilihat oleh rakyat marhaen yang bukan ahli UMNO ialah, ekau memang spesis pengecut, terlalu berhati-hati dalam tindakan demi menyelamatkan tengkuk sendiri dan teragak-agak dalam membuat keputusan hingga pembangkang amik kesempatan, Islam dipermainkan, Melayu serta Raja dihina sesuka hati dan kemuncaknya anggota keselamatan kita dibunuh pengganas dengan kejam masa kau jadi teraju KDN. Itu indikator yang digunakan rakyat untuk menilai yang kau memang tak layak langsung diangkat sebagai pemimpin.)


Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan itu berkata anggota Umno perlu memilih barisan kepimpinan parti berdasarkan kewibawaan, pengalaman serta kepimpinan pemimpin yang sudah teruji. (Apalah kepimpinan kau yang teruji bonar tu agaknya. Adakah kepimpinan kau teruji masa kau pangku jawatan Ketua Pemuda dalam krisis 1998/99? Atau pengalaman kau teruji maso kau kato tentera Sulu yang menceroboh Sabah tu bukan pengganas? Atau kewibawaan kau terserlah maso pembangkang buat siri besar-besaran demo Bersih hingga merosakkan banyak harta benda awam termasuk mencederakan anggota polis? Atau kau nak cakap pengalaman kau yang banyak guna teropong sambil melihat krisis berbanding kau sendiri bertindak di barisan hadapan? Hisham...hisham...kau ingat rakyat semua buta macam UMNO Sembrong ke?)

"Pemilihan dalam Umno amat penting. Pemilihan dalam kita menentukan anggota majlis tertinggi, barisan naib presiden mestilah selari dengan kehendak mereka yang sudah lalui pahit getir kepimpinan Umno dan negara," katanya. (Selari dengan kehendak siapa? Kehendak sepupu kau Presiden UMNO tu ke? Atau kehendak kau sendiri? Atau UMNO Sembrong? Atau istana Pahang? Mano satu ni Hisham? Jangan cakap belit-belit.)

Beliau turut mengingatkan para perwakilan agar mengetepikan soal emosi ketika mengundi. (Tiada siapa guna emosi ketika mengundi. Perwakilan UMNO akan gunakan akal yang waras dan rasional bersandarkan penilaian selamo 5 tahun sejak 2009 ekau duduk di kerusi Naib Presiden UMNO dan pegang jawatan menteri kanan dalam kabinet sepupu sendiri. Perwakilan UMNO pun tak semuanya pendek akal kot!)

"Saya berharap para perwakilan akan mengundi pemimpin yang boleh bekerjasama dengan pucuk kepimpinan untuk memastikan parti akan kekal relevan," katanya. (Apa yang kau nak cakap sebenarnya Hisham? Adakah kau nak cakap yang Mukhriz, Ali dan Isa tak boleh nak bekerjasama dengan pucuk pimpinan UMNO? Sebab mereka bukan sepupu Presiden macam kau makanya mereka tak layak? Tak boleh jadi team player? Huh...tahap fikir sepupu Presiden UMNO lagu ni ka?) – Bernama.

p/s: Adokah Najib suruh KJ bantu Hisham? Dan KJ pulak suruh mak dio bocakap di NST melalui 'Regina The Beloved Press Sec' untuk hantam Mukhriz supayo Hisham kokal jawatan Naib Presiden? Ketua Pemuda UMNO dah gileberal ko sampai bawak omak sendiri pegi kempen? Tun Dol dah bangun tido blum? Kalo belum boleh la KJ kejut Pak Mertua dia sekali untuk kempen sokong Hisham. Apo nak jadi la dengan UMNO sekarang ni? Dah sampai tahap bebalisme ke sumo orang UMNO? Tak paham tul den!!

Wednesday, October 16, 2013

Apa beza Anwar dan KJ?!


1. Kami baca semua ucapan Ketua-Ketua Pemuda UMNO Malaysia apabila mereka menang dalam pertandingan merebut jawatan sayap parti keramat MELAYU itu. Parti keramat MELAYU ok...bukan parti keramat 1Malaysia!!

2. Ucapan sulong KJ selaku Ketua Pemuda UMNO pada 2009 taklah menarik sangat, cuma minta "berani berubah" dan "pemuda berani" bersama membantu geng "setiakawan". Seingat kami ketika itu, KJ turut meminta untuk ditegur sekiranya dia lari daripada landasan perjuangan Alif, Ba, Ta.

3. Tapi yang menghairankan setiap kali KJ ditegur oleh geng media maya, pasti akan ada balacinya yang melenting mempertahankan KJ. Ketua suruh tegur...dah tu yang si balaci marah mengkhinzir buta tu kenapa?! Tak paham den.

4. Namun ucapan sulong KJ seusai mempertahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO bagi penggal kedua 2013 agak menarik untuk direnungi. Dalam Laman Rasmi Pemuda UMNO Malaysia melaporkan; 
"Khairy Jamaluddin yang berjaya mempertahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO berkata, agenda progresif dan liberal yang dibawakan oleh beliau disokong di peringkat akar umbi. Beliau berkata, jika di peringkat akar umbi tidak menerima agenda yang dibawakannya, ia sudah tentu bertentangan dengan keputusan, dan menunjukkan bahawa pihak lawannya menggunakan agenda yang regresif. "Jika saya mahu menang dengan selesa, saya boleh menggunakan formula sayap kanan. Saya mahu menunjukkan bahawa anda boleh menjadi progresif dan menang dalam UMNO," katanya pada sidang media di PWTC."
5. Meraban ahli pemuda UMNO cari makna progresif dan liberal untuk terjemahkan apa yang ketua mereka cakap. Kami banyak bercampur dengan Pemuda UMNO dan kami amat fahim sejauh mana taraf pemikiran rata-rata ahli Pemuda UMNO Malaysia. Tak tercapai dek akal diorang doh! Nak bicara soal 1Malaysia dan Wawasan 2020 pun masih ramai yang tergagap, apatah lagi nak kaji hal besar seperti agenda asing progresif dan liberal. Tahap mentaliti rendah kebanyakkan orang muda dalam UMNO adalah realiti pahit yang perlu diberi pertimbangan serius demi masa depan UMNO itu sendiri.

6. Maka disarankan carilah kamus Ospot...sebab KJ kan belajar di Ospot...barulah boleh faham makna 'agenda progresif dan liberal'. Maka akan terjumpalah makna progressive, 1.(of a group, person, or idea) favoring or implementing social reform or new, liberal ideas: 2.a person advocating or implementing social reform or new, liberal ideas.

7. Saja bagi makna dulu sebab takut nanti ada orang KJ pertikai, "Hoi, KJ tak cakap pasal liberal la...KJ cakap pasal progresif...kan lain bunyinya tu!" Heh...mauduk fikir balaci KJ la katakan.

8. Apabila KJ mengatakan, "Saya mahu menunjukkan bahawa anda boleh menjadi progresif dan menang dalam UMNO", hakikatnya KJ bukan orang progresif pertama yang menang dalam UMNO. Ada makhluk yang 20 tahun lebih awal menggunakan agenda progresif dan liberal untuk menang jawatan yang sama KJ sandang hari ini walaupun makhluk itu hanya menang dengan 10 undi saja ketika itu.

9. Dalam ucapan sulongnya selepas menang jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia pada 18 Ogos 1983, makhluk yang bernama Anwar Ibrahim itu menegaskan bahawa kekuatan Pemuda diukur melalui kebijaksanaan bertindak, melaksanakan dengan berkesan. Beliau menyeru agar Pemuda mengambil peluang ke atas suasana politik yang liberal dan terbuka seta kebebasan bersuara untuk meninggikan moral rakyat.....

10. Err..ada sesiapa pemuda UMNO yang nak cari makna liberal dalam kamus Ospot? Heh!!

11. Jadi apa bezanya agenda 'liberal dan terbuka' Anwar Ibrahim pada 1983 berbanding agenda 'progresif dan liberal' KJ hari ini? Ada beza? Tarak? Takde beza? Tak jugak? Sama?! Heh!

12. TIADA dalam sejarah Ketua Pemuda UMNO Malaysia sedari awal penubuhannya pada 1 Mac 1947 dengan nama asal Jabatan Pemuda UMNO yang diketuai oleh Kapten Hussein, hinggalah ke era Pemuda UMNO Malaysia hari ini yang pernah mengungkap perkataan 'liberal' KECUALI Anwar Ibrahim dan Khairy Jamaluddin.

13. Satu lagi persamaan antara Anwar dan KJ ialah keduanya dilanda sindrom 'setan bisu' sebaik menjawat jawatan Ketua Pemuda UMNO. Sebelum jadi Ketua Pemuda UMNO, Anwar pernah mengetuai demostrasi di Kuala Lumpur pada 1970an, menentang penggunaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin di papan-papan iklan, bercakap pasal kemiskinan Melayu, pasal Islam..bla..bla..bla! Tetapi sebaik saja dilantik ke jawatan Ketua Pemuda pada September 1982 dan seterusnya menjadi Timbalan Menteri pada 1983, Anwar lupa semua itu dan membisu dalam banyak isu Melayu dan Islam!

14. Jadi apa bezanya Anwar ketika itu dan KJ kini yang membisu mengenai perjuangan Melayu, malu nak mengambil bahagian dalam mempertahankan kalimah "Allah", malu nak ambil setiausaha akhbar Melayu, menganggap pendekatan regresif "Hidup Melayu" adalah ketinggalan zaman, mengangkat idealisme liberal yang lebih kurang sama maknanya dengan kesamarataan yang diperjuangkan DAP etc. Malah label Pemuda UMNO lembik dan pondan hanya bergema semasa KJ menjadi teraju. Mengapa agaknya?!

15. Bila kami kata KJ adalah Anwar Ibrahim II in the making, ramai yang perlekeh. Tapi sukalah kami nak peringat, sejarah tak pernah menipu!!

Pikiaq la skit...

Tuesday, October 15, 2013

TRAGIS: Imam arah bunuh 2 peragut

Seremban 15 Okt, PDRM melaporkan pembongkaran kes tragis seorang imam menyembelih dua peragut dan tanam beberapa anggotanya di sebuah taman di Senawang yang baru berlaku. 

Begitulah nasib malang yang menimpa dua peragut yang berjaya ditangkap oleh penduduk tempatan di Senawang. 

Menurut saksi, Ridzuan 39, salah seorang penduduk tempatan yang berang dengan kedua-dua peragut telah membawa keluar parang tajam untuk menetak leher peragut, tetapi sempat dihalang oleh jirannya. 

Namun ketika peragut itu ditangkap, pihak saksi mengatakan tiada apa-apa barang berharga yang ditemui pada peragut tersebut. Salah seorang penduduk tempatan yang juga imam dan pengerusi taman di situ yang berang dengan peragut tersebut telah memerintah anak buahnya menyembelih kedua-dua peragut yang ditangkap. 

Kaki kedua peragut diikat...dengan takbir yang bergema...mereka menyembelih peragut tanpa rasa belas. Walaupun darah menyembur keluar, namun penduduk sekitar tidak berani menghalang perbuatan imam tersebut, kerana yang disembelih ialah seekor lembu dan seekor kambing yang meragut rumput sempena Hari Raya Korban. 

Selamat Hari Raya Aidiladha, maaf zahir dan batin.

Gambar sekadar hiasan.

Monday, October 14, 2013

Bila Mahathir sindir Hisham letak jawatan..



"Di Jepun apabila kapal terbang terhempas, Menteri Pengangkutan terpaksa meletakkan jawatan. Tetapi di Malaysia, menteri akan berkata bukan masalah saya."


"Saya mahu lihat lebih ramai letak jawatan. Saya letak jawatan sebab saya gagal", sindir Tun Dr Mahathir.

Bahasa mudahnya, TDM minta menteri-menteri yang kena "smash" dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 supaya BERANI BERTANGGUNGJAWAB!!

Tapi ada ka yang berani? Maleh nak cakap banyak, baco yolah sini.

Sunday, October 13, 2013

Sia-sia Setia Pada UMNO? UMNO sayang Dubuk yang makan Tuannya!!

Sebagai "orang setia UMNO", saya amat setia pada UMNO khususnya masa kepimpinan Tun Dr Mahathir. Bagai anjing yang setia pada Tuannya saya akan mempertahankan kepentingan Tuan saya tanpa disuruh, tanpa diketahuinya walau dari jauh.

Sebagai anak KL, saya terlibat langsung dengan reformasi. Tapi bukan anti Mahathir, Cuma anti reformasi. Bila jalan ditutup dengan Trak FRU, saya akan mencari jalan untuk pergi lebih dekat dengan gerombolan itu untuk marah mereka disitu. Iyelah, darah muda, berani mati, umur baru 18 tahun, gelojak darah membuak-buak "berani (tidak bertempat)", sikit pun tak gentar sepertimana saya pergi ke Jalan Klang Lama semasa kekecohan kaum.

Malahan, saya dan rakan yang sebulu menaikkan sepanduk, memakai baju Mahathir (T-Shirt Putih kualiti rendah dengan gambar Mahathir dan BN tulisan berwarna biru) semasa reformasi diadakan.

Di kedai mamak dengan 100 reformis saya dan rakan tidak gentar untuk berbual mengutuk Anwar dan reformis, sekuat suara dan berjam mepertahankan UMNO dan Mahathir.

Tibalah masanya PRU 10 pada tahun 1999, umur saya baru 19 tahun, saya sudah terlibat dalam semua proses pilihanraya. Semua tiang dalam kampung, semua simpang dalam KL, semua saya sudah panjat untuk pasang bendera BN. Dikejar reformis, diejek, dihina demi UMNO perkara biasa. Di Pondok Panas yang panas dan bahaya pada 1999, saya seorang sahaja yang sanggup tidur di pondok panas ditemani VCD Cetak Rompak dan Komputer gedabak yang dibawa dari rumah. Pada masa itu, ia amat panas kerana keADILan sedang hangat menjadi pengADIL, justeru mereka amat agresif terhadap apa sahaja yang berlogo UMNO dan BN.

Allah Maha Besar. Segala penat lelah saya siang dan malam hingga ke pagi buta, 24 jam sehari, dibayar RM50 untuk 2 minggu. Tidak apa, demi Mahathir dan UMNO. Malangnya, bila saya mendapat tahu rakan rapat yang tidak panjat tiang tapi hanya mengipas Ketua Cawangan mendapat RM 200 ke RM 500, Ketua Cawangan pula menambah koleksi kereta dan rumah, maka saya tidak lagi bodoh menjadi pengikut kepada ketua cawangan yang bodoh.

Selepas hampir 15 tahun episod reformasi berlalu, kini ramai "musuh-musuh" yang membenci kami ahli UMNO anti reformasi kerana mahu mempertahankan UMNO, malahan ada yang meludah dan mungkin mahu membunuh kami. Kini ramai mereka sudah pulang ke pangkal jalan, sekurangya itu konotasi simpati yang sering kita dengar.

Semalam, saya mendapat berita dari isteri bahawa rakan sekolahnya, Mohd Fairus Khairudin yang juga bekas reformis, bekas PKR, bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang kini bergelar Dato Seri Dr Mohd Fairus, seorang ahli UMNO yang kerap ke luar Negara dan juga penasihat politik kepada pemimpin UMNO. Terperanjat???

Bukan BR. Fairuz sahaja, BR. Ezam M.Nor menang tanpa bertanding jawatan Ketua Bahagian juga merupakan Senator dan beliau pernah mengeji Tuan kami Tun Dr Mahathir dengan segala gelaran. Mungkin, Tun Mahathir berjiwa besar memaafkan mereka tetapi tidak kami sebagai pengikut setia (setia seperti anjing) kepada Tun M.

Terbaru, Dato Seri Zahrain pula dilantik sebagai Duta ke Indonesia. Zulkifli Nordin pula, calon import untuk kerusi Parlimen Shah Alam seolah tiada “anjing setia” UMNO di Shah Alam. Ramai lagi nama seperti Ruslan Kassim yang masih saya ingat sebagai reformis dan yang lain.

Bila saya menyamakan kesetiaan saya pada Tun M dan UMNO seperti anjing mungkin buruk pada kalian kerana persepsi "blok minda" muslim, tetapi, ALLAH mencipta anjing dengan sifat mulia anjing iaitu kesetiaan paling tinggi terhadap Tuannya.

Justeru, saya tidak marah, cuma saya hairan dan tertanya-tanya, apakah sia-sia menjadi setia pada UMNO? Tulisan ini pasti melonjak perasaan ahli PAS, PKR dan DAP, dan suka saya matikan dengan kenyataan cermin-cermin parti anda, anda juga mempunyai Pengkhianat yang diangkat Pejuang dan terbaru adalah Muhammad Taib. Malahan, Ketua Pembangkang sendiri pernah menghina Nik Aziz dengan selipar najis (terompah).

Saya bukan aktif politik, tapi melihat pada pejuang UMNO yang aktif politik tetapi diketepikan menjadi alasan saya untuk tidak berpuas hati dengan kaedah politik UMNO sebagai parti pemerintah.

Mungkin benar sia-sia setia pada UMNO sebagaimana Arwah Kamsan Bin Asop, Parit Yaani, Arwah Mohd Zaman Abdul Karim, Kg Nakhoda dan ramai lagi. Jika mereka tidak sempat dibalas jasanya oleh UMNO, saya berharap UMNO belajar untuk membalas jasa ramai lagi ahli UMNO yang setia seperti anjing. Anjing walaupun jijik untuk anda lebih mulia dari berjasa kepada golongan dubuk yang akan meninggalkan Tuan yang lemah malah akan makan Tuannya sendiri bila lapar.

Jika UMNO tidak berminat dengan tulisan rintihan ini apatah lagi untuk berubah, saya ucapkan tahniah dan teruskan. Kami tetap setia pada UMNO tetapi anak-anak kami akan membenci UMNO yang melayan sikap setia seperti anjing dengan menganjingkan kami sebagai anjing kurap yang hanya diberi bantuan sisa-sisa lapahan dubuk dan juga Tuan-Tuan kami.

Hari tidak selamanya cerah bagi dubuk, juga tidak selamanya mendung bagi kami. Jika ditakdirkan PRU-14 UMNO tewas, yang tinggal mempertahankan UMNO adalah ahli-ahli setia UMNO yang mempunyai kualiti kesetiaan seperti anjing.

Demi Agama, Bangsa dan Negara, mungkin kami tidak kisah terus diketepikan. Mungkin. Sebagai umat Islam yang diajar kebertanggungjawaban dan nilai suci, adalah paling penting bagi kami berprinsip dan berpegang pada prinsip kerana penting untuk kami mempunyai jawapan untuk dijawab pada Allah kelak.


Thursday, October 10, 2013

Hisham sindir Mukhriz?

Saya dengar Hisham menyindir Mukhriz, supaya lebih utamakan kempen PRK S.Limau, daripada jawatan Naib Presiden.


Kepada penyokong BN (terutamanya UMNO) yang sekian lama 'patah-hati' melihat tiada perubahan dalam kabinet, menang atau kalah di Sg. Limau, tak membawa sebarang erti.

Amatlah jelas, hampir kesemua Menteri kabinet adalah 'fossil' tinggalan Pak Lah dan mereka amat kaya-raya. Mereka hanya mahu kerja senang, tidak mahu bersusah-payah berfikir sendiri dan memerlukan CON-sultant yang dibayar beratus juta untuk melakukan kerja mereka. Selepas mengurangkan subsidi petrol, atas cadangan Con-sultant dan orang yang di percayainya,

Najib membazir wang rakyat, menyewa pejabat di San Francisco, yang ber'scenic view'kan Golden Bridge yang indah. Kalau betul mahu berjimat WANG Rakyat dengan mengurangkan subsidi, mengapa tidak di bubarkan saja, PEMANDU dan berhentikan khidmat CON-sultant atau lain2 penasihat, terutama warga asing, yang ramai di GLC dan MAS. Barulah rakyat tak marah sangat kenaikian harga petrol ataupun harga rokok.

Balik pada PRK Sg. Limau, apa pun keputusannya, Kedah akan tetap di miliki BN. Kewibawaan Mukhriz tidak akan terjejas. Lagi pun beliau sendiri pernah melontar idea untuk beri jawatan EXCO pada PAS. Oleh yang demikian, sebagai membukti persaudaraan sesama Islam, marilah kita memberi kemenangan kepada PAS. Asalkan PAS tidak beri laluan pada PKR atau DAP, biarkan PAS menang tanpa bertanding. Tiada ceramah/kempen, caci mencaci, mengadu-domba dan fitnah yang akan lebih merengang & memecah-belah sesama Melayu Islam.

Lagi pun kerajaan boleh berjimat WANG & masa rakyat, memasang poster dan memacak bendera dan buang masa untuk pergi mengundi. (SPR budget = RM1.3 Juta). Jika kerajaan pusat mahu letak calon juga, saya gesa semua pengundi di Sg. Limau, memangkah PAS, sebagai protes dan memberi isyarat kepada Najib supaya menukar anggota kabinetnya yang ramai melakukan pembaziran.

Jika orang Cina dalam MCA, Gerakan dan DAP boleh bersatu untuk menjaga kepentingan mereka, mengapa Melayu tidak boleh? Jika pengundi Melayu di Sg.Limau bersatu 100% menyokong PAS, ia akan memberi keyakinan kepada PAS untuk keluar PR dan bersatu dengan UMNO untuk menghadapi PRU14. Jika kita tidak percaya sesama bangsa dan agama, siapa lagi yang kita boleh percaya? Mat Saleh?

(Berbanding Tun Dr.M, Najib amat percayakan dan suka Omputih. Dia minat EPL. Sampai tengah malam, sanggup lepak dan buang masa dengan rakyat. Sokong MU ke Liverpool, saya tak pasti. Pegang dua jawatan kabinet pulak. Mana ada masa nak pantau lain2 Menteri. Pasal tu ramai penasihat dan mudah terpedaya & terpikat dengan pembodek).

Jika BN menang di Sg. Limau, ego beliau akan melonjak lagi. Sudah tentu Najib atau sepupunya akan mendabik dada mengatakan kepercayaan rakyat telah kembali kepada BN. Maka dasar-dasar sekarang akan berterusan.

RD.

Wednesday, October 9, 2013

Teori Sanggah Tok Janggut

Nampaknya belanga BTN ibarat "retak menanti belah". Blog Sanggah Tok Janggut masih keributan dengan kisah "3 sekawan". Untuk perincian berita, pergilah ke blog Sanggah Tok Janggut ini. Betul atau Tidak, satu hipotesis berbeza.

Bak bidalan Melayu purba "Masakan tiada angin, pokok akan bergoyang"..."Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai"...

Razali Ibrahim ialah anggota pentadbiran yang Muda dalam konteks "mengurus" gelagat veteran-veteran BTN ini. Kelihatan, ada "game" dalam perjalanan sementara menunggu "masa matang" mereka-mereka ini.

Apakah semuanya berubah selepas 19 Oktober 2013, atau apakah ini semua ada kaitan dengan Perhimpunan Agung UMNO 2013 yang menyaksikan pertandingan sengit bermula Naib Presiden dan MKT?

Apakah ini semua "bahana" kerana kedudukan PRU-13 kelihatan masih tidak memberi "kekuatan sebenar dan segar kepada BN"?

Pak Sedaro melihat beberapa perkara perlu dipulangkan ke kedudukan asal:

1. Logo BTN perlu kembali asal.

2. Falsafah dan pedagogi latihan BTN "wajib" mengikut hukum aqliah manusia Malayuwiyah yang mana diperturunkan seni latihannya secara berperingkat oleh Almarhum Pak Omh, Almarhum Pak Khir, Almarhum Haji Taijadin Saberan, Almarhum-almarhum Veteran BTN sejak 1974.

3. Saka Harimau BTN wajar berada pada pundak "kegemilangan".

4. Ketua Setiausaha Negara perlu SEGERA memberi keputusan mandatori kedudukan-kedudukan "sofistikated" Ketua Pengarah BTN, TKP-TKP BTN, dan Pengarah-Pengarah BTN supaya "mekar dan segar bugar" dalam pemikiran wasatiyyah.

Namun, ini masih kiriman bloggers. Yang penting ialah bagaimana memastikan Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri "sentiasa" relevan dengan inspirasi dan aspirasi Perdana Menteri Malaysia.

Tuesday, October 8, 2013

1Malaysia purak-purak terkejut!!

1. Setiap tahun apabila Laporan Ketua Audit Negara dibentangkan...rakyat akan terkejut atau buat-buat terlopong...WOW!! Banyaknya TIRIS?!

2. Rakyat juga bertambah tipilanjat atau terus purak-purak pengsan kerana hampir setiap tahun selepas Laporan Audit Negara dibentangkan...pelaku yang menyebabkan ketirisan masih kekal dalam jawatan tanpa sebarang tindakan!!

3. Akhirnya barulah rakyat tersedar yang hakikatnya budaya hara-kiri bukan budaya masyarakat Malaysia.

4. Laporan Audit Negara 2013, daripada pengauditan 21 program/aktiviti/projek dibawah 15 Kementerian/Jabatan Persekutuan dan Pengurusan 4 syarikat Kerajaan, terdapat kelemahan seperti improver payment, kerja/bekalan tidak mengikut spesifikasi/tidak berkualiti/tidak sesuai, kelewatan tidak munasabah, pembaziran, kelemahan pengurusan hasil dan kelemahan pengurusan aset kerajaan.

5. Kelemahan tersebut adalah disebabkan oleh kecuaian dalam mematuhi peraturan/prosuder yang ditetapkan oleh kerajaan, kurang teliti semasa merancang program/aktiviti/projek dan menetapkan skop serta spesifikasi tender, tidak memantau dengan kerap dan teliti kerja kontraktor /vendor/perunding, kurang kemahiran dalam pengurusan projek, lewat membuat keputusan mengenai perolehan, sistem maklumat Kementerian/Jabatan/Agensi yang tidak lengkap dan tidak kemas kini, kurang memberi perhatian terhadap keberhasilan/impak sesuatu program/aktiviti/projek, kekurangan peruntukan untuk penyenggaraan aset dan kekurangan pegawai untuk mengutip hasil.

6. Tetiba terngiang-ngiang suara Najib sebut setiap tahun kononnya ekonomi Malaysia bertambah kukuh, KDNK meningkat, rizab bertambah, bursa saham melonjak bla..bla..bla. Agaknya sebab kewangan Malaysia kukuhlah maka ketirisan masih dibenarkan berlaku.

7. Mungkin disebabkan sering berlaku ketirisan dalam Laporan Audit Negara setiap tahun, maka Najib terpaksa mengurangkan subsidi minyak (walhal Malaysia adalah negara kelima terbesar mempunyai simpanan hasil minyak [oil reserves] di Asia Pasifik) , memperkenalkan GST, menaikkan cukai barangan, menaikkan tarif elektrik (walaupun Malaysia adalah pengeksport kedua terbesar gas asli di dunia selepas Qatar); dan sekaligus menyebabkan rakyat sengsara dengan kenaikan harga barang. Sebab kalau rakyat tak dibebankan dengan pelbagai jenis cukai, bagaimana kerajaan nak tampung ketirisan dan kehilangan berbillion ringgit setiap tahun. Dok gitu?!

8. Mungkin jika kerajaan tidak menghabiskan berbilion ringgit untuk membayar segala macam jenis KonSultans dan gaji berjuta para pegawai PEMANDU, serta tidak berlaku ketirisan dalam perbelanjaan kerajaan setiap tahun; maka subsidi minyak tidak perlu dikurangkan, sekaligus harga barangan kekal rendah dan rakyat dapat hidup dengan aman bahagia.

9. Tapi harapan rakyat  mungkin hanya tinggal impian sajalah...

10. Kalau kerajaan nak rakyat berjimat, kerajaan sendiri pun kena ubah budaya perbelanjaan untuk mengimbangi ekonomi negara hari ini; kerana yang menjadi persoalan rakyat setiap tahun sampai poning palo mikir ialah kenapa pembaziran dan perbelanjaan tidak berhemah masih berlaku setiap tahun dalam kerajaan? Apa sebenarnya yang kerajaan buat?

11. Rakyat hari ini jauh lebih bijak daripada zaman Bro Anwar Bin Ibrahim jadi Menteri Kewangan. Malah rakyat hari ini lebih peka terhadap setiap sen yang mereka terpaksa belanjakan. Kalau kerajaan masih menganggap rakyat masih senang digulakan, maka sedarlah bahawa kerajaan sedang menuju fasa terakhir kehancuran.

12. Semua rakyat Malaysia kini adalah pembayar cukai. Beli bawang pun ada cukai, minum air masak pun ada cukai, apatah lagi pembayar cukai melalui sistem Potongan Cukai Bulanan (PCB), gaji belum sentuh, cukai pendapatan dah pun dipotong.

13. Mungkin semua orang sayangkan negara, tetapi bukan semua orang akan membenarkan penyelewengan berlaku depan mata.



Monday, October 7, 2013

UMNO N9 TOLAK HISHAM...CONFIRM!!

1. Hampir 11,000 perwakilan UMNO Negeri Sembilan bakal mengundi pada 12 dan 19 Oktober depan dalam menentukan pimpinan parti.

2. Sudah tentu jawatan yang bakal menjadi tumpuan ialah sayap Pemuda, Wanita, MT dan Naib Presiden UMNO.

3. Walaupun calon yang bertanding untuk sesuatu jawatan kebanyakannya merungut disebabkan 'padang permainan' tak sama rata, tapi apa boleh buat...dah takdir kata Najib.

4. Calon tidak dibenarkan berkempen secara bersendirian dan hanya dibenarkan kempen melalui Perhubungan UMNO Negeri. Tetapi calon yang ada jawatan kerajaan terutama Menteri dan Timbalan Menteri begitu bebas bersendirian ke sana ke mari menggunakan aset dan dana kementerian masing-masing untuk berkempen merebut jawatan. Jelas kod etika pemilihan UMNO hanya menguntungkan pemegang jawatan kerajaan. Baguih dok ada...kata Che Det.

5. Sedar atau tidak UMNO hari ini sudah wujud 3 team atau puak.

6. Kumpulan pertama ialah puak menyokong Najib dan kroninya membabi buta. Kumpulan kedua adalah puak yang menentang Najib dan kroninya. Manakala kumpulan ketiga adalah geng Che Det. Namun harus diingat, kumpulan yang menentang Najib tidak semestinya termasuk dalam geng Che Det.

7. Kumpulan mana yang berjaya boleh dinilai berdasarkan senarai siapa yang akan menang untuk setiap jawatan yang dipertandingkan dalam pemilihan UMNO kali ini terutamanya jawatan Naib Presiden, MT, Ketua Bahagian, sayap Pemuda dan Wanita.

8. Selepas PAU 2013 akan dapat disaksikan sama ada Najib makin kuat pengaruhnya, atau akan terbuang perlahan-lahan.

9. Dan bukti terbesar penolakan akar umbi terhadap pengaruh Najib ialah apabila Hishammudin bakal disingkirkan daripada jawatan Naib Presiden UMNO.

10. Walaupun Hisham kelihatan panik dan gelabah apabila menggunakan dana Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pengangkutan dengan melakukan road tour "Taklimat Keselamatan" kononnya, walhal secara jelas ianya tidak lain hanyalah pentas untuk Hisham berkempen politik mempertahankan jawatan Naib Presiden. Sekurang-kurangnya itu yang berlaku di Negeri Sembilan baru-baru ini.

11. Hisham kelihatan semakin terdesak apabila turut hadir di beberapa program Wanita dan hampir setiap hari wajahnya muncul di Prime News Media Prima untuk berbicara mengenai pemilihan UMNO. Berapa Media Prima untung agaknya?!

12. Tak cukup dengan itu Hisham turut berjumpa bloggers yang selepas itu mula menulis di blog masing-masing mem'backing' Hisham kononnya Hisham selama ini banyak rahsia la, berhati-hati ada sebab la, bukan penakut la..bla..bla..bla! Kesian sungguh la blogger kena tipu. Kalau kenal Hisham sejak dia jadi setiausaha parlimen...anda pasti sedar yang anda dah kena 'kanciang'.

13. Hisham dalam kenyataannya dua hari lepas menyeru supaya calon yang berkempen agar membuang budaya yang merosakkan parti, tetapi adakah cara Hisham sendiri berkempen menggunakan aset dan dana kerajaan itu adalah budaya yang mengelokkan parti? Heh!

14. Khabaran yang kami terima, mungkin hanya 1 sahaja daripada 8 Bahagian UMNO di Negeri Sembilan yang akan memberi undi kepada Hisham untuk jawatan Naib Presiden, manakala 7 yang lain menolak. Sama ada trend penolakan UMNO N9 terhadap Hisham ini seiring sentimen UMNO negeri lain, mungkin jawapannya...YES..YES..YES!!

15. Adakah dalam masa kurang 2 minggu ini Najib mampu melakukan $e$uatu untuk menyelamatkan sepupunya, sekaligus memastikan pengaruh Najib selaku Presiden kekal utuh?!

16. Atau kita akan dapat menyaksikan permulaan kepada pengakhiran Najib sebelum PRU-14?

17. Mungkin hanya Cawangan UMNO Sri Lambak saja yang akan beri undi pada Hisham dalam pemilihan kali ini.

Spesis Charles Robert Darwin ketawa...

Wednesday, October 2, 2013

CALON MT UMNO: 'Bersih'kah mereka?

Siapakah antara calon Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang tersenarai di bawah ini yang benar-benar 'bersih' dan tidak pernah terpalit dengan skandal? Sila beri sekurang-kurangnya SATU NAMA! 

SHAHIDAN BIN KASSIM - 1

SHAMSUL ANUAR BIN NASARAH - 2

AZIZ JAMALUDIN BIN HJ MHD TAHIR - 3

ISMAIL SABRI BIN YAAKOB - 4

RAJA NONG CHIK BIN RAJA ZAINAL ABIDIN – 5

ANNUAR BIN HAJI MUSA - 6

ZAHIDI BIN ZAINUL ABIDIN - 7

TAWFIQ BIN ABU BAKAR TITINGAN – 8

MISRI BIN BARHAM - 9

ROSNAH BTE HJ ABD RASHID SHIRLIN -10

MUSA BIN HAJI SHEIKH FADZIR – 12

AHMAD SHABERY BIN CHEEK – 13

AB AZIZ BIN KAPRAWI – 14

ABDUL AZEEZ BIN ABDUL RAHIM - 15

MUSTAPA BIN MOHAMED - 16

SOHAIMI BIN SHAHADAN - 17

IDRIS BIN HJ JUSOH - 18

MAHDZIR BIN KHALID - 19

RAZALI BIN IBRAHIM - 20

MOHD PUAD BIN ZARKASHI - 21

HALIMAH BINTI MOHAMED SADIQUE - 22

YUSOFF BIN ISHAK – 23

MOHD ARIFF BIN ABDUL AZIZ - 24

JAMALUDIN BIN DATO MOHD JARJIS - 25

MOKTAR BIN RADIN – 26

AB WAHAB BIN IBRAHIM – 27

ZAWAWI BIN OTHMAN - 28

RAJA ROPIAAH BINTI RAJA ABDULLAH - 29

ROSNI BINTI ZAHARI - 30

JAMIL KHIR BIN BAHAROM - 31

ABD RAHMAN BIN DAHLAN - 32

ABD. LATIFF BIN AHMAD - 33

RAZALI BIN HUSAIN – 34

NORRAESAH BINTI MOHAMAD - 35

AZALINA BINTI OTHMAN - 36

SITI ZAHARAH BINTI SULAIMAN - 37

MD ALWI BIN CHE AHMAD - 38

AZMAN SHAH BIN OMAR SHAH - 39

MOHAMAD BIN HJ HASAN – 40

TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN - 41

MAZNAH BINTI ABD HAMID - 42

HAMIDAH BINTI OSMAN - 43

HASAN BIN MALEK – 44

MOHD SAZILI BIN SHAHIBI – 45

ABD ZARIN BIN MOHD YASIN - 46

MOHAMAD SATIM BIN DIMAN - 47

AHMAD KAMAL ARIFFIN BIN MOHAMED - 48

IDRIS BIN HARON - 49

MOHD ZAIN BIN HJ ISMAIL - 50

WAN MOHAMMAD KHAIR-IL ANUAR BIN WAN AHMAD - 51

NUR JAZLAN BIN MOHAMED – 52

NASIR BIN SAFAR - 53

AZLAN BIN MAN - 54

ZUBIR BIN HARUN – 55

AHMAD TAJUDDIN BIN SULAIMAN – 56

MOHSIN BIN YUSOFF - 57

SAIFUDDIN BIN ABDULLAH - 58

ISHAK BIN ISMAIL – 59

A RAHIM BIN TAMBY CHIK - 61

AHMAD BIN JAAFAR – 62

REEZAL MERICAN BIN NAINA MERICAN – 63

SAPIN @ SAIRIN BIN KARANO @ KARNO -64

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive