Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Friday, November 29, 2013

Shabery K-POP

Dah lamo bona tak menaip. Memang semenjak berpindah tempat bertugas, teraso bonar tugas dan tanggungjawab yang bertambah. Mengetuai sesebuah unit bukan mudah. Tambah pulak nak menyerap dan mengasimilasikan diri di tempat baru.

Alhamdulillah hari ni cuti lagi. Cuti pakso 5 hari dalam setahun oleh majikan ayo. Lapang gak maso gi bercuti dengan "pamili" sempena cuti sekolah dan menyelesai beberapo pokaro. Jadi time cuti ni ado la tebaco Harian Metro. Jarang ayo baco Metro ni sobab banyak bona iklan lelaki dewasa yang tidak sesuai dijadikan bacaan anak di rumah. 

Tapi Harakah lagi hebat! Kok nak baco Harakah pun tepakso pinjam kawan sobab eh memang tak sesuai bawa balik umah...banyak na iklan ubek kuek seks. Hihihihi!! Cut the crap..sekadar mengusik kawan-kawan sepe'rakah'an. 

Ayo ado membaco petikan akhbar Metro yang buat ayo terpikir beberapo hal:-

Kato Ahmad Shabery, "Saya beritahu jawatankuasa supaya tidak melihat acara dari sisi konsert K-Pop sahaja, tetapi program nasional dengan tidak hanya artis luar negara itu, tetapi lebih 500 program itu."


Persoalan ayo:

1. Kenapa mesti K-Pop? Kenapa tidak melibatkan program yang lebih bercirikan Malaysia wahai Shabery Cheek? Kato 1Malaysia, tapi ini dah jadi 1Hampeh!! Apolak budayo luar diangkat untuk dijadikan ikutan belia? Apakah artis-artis Malaysia tiada yang boleh menandingi K-Pop dan dibayar sebanyak itu? Memang K-Pop itu kato eh jangan melihat dari sisinya, tapi itulah yang diwar-warkan untuk menarik minat dan kehadiran khususnya beliawanis, kan? Yolah, kok boliowanis ramai datang, baru la leh tarik boliowan tanpa dipaksa. Standard cliché. Sampai bilo la nak porapkan bolio ni ngan program berunsur 'totally damage entertainment' atau ringkasnyo TDE ini?

2. Walaupun ikut kepada keputusan jawatankuasa PAC, mereka dah berpuas hati dan takkan memanggil balik Menteri pado maso itu dan mereka yang terlibat di KBS, dan nampak eh Shabery Cheek 'macam puas hati jer...macam puas hati jer'. Tapi agak eh Shabery Cheek tak raso bosalah ko meng'khianati' konsep 1Malaysia Ah Jib Gor? 'Pengkhianatan' menonjolkan K-Pop dengan jumlah dana yang sangat besar secara tersiratnya telah membelakangkan prinsip 1Malaysia dengan menonjolkan 1Korea!!

Tapi apa ada hal...sedangkan Ah Jib Gor pun lebih suka guna 'punahsihat' dan konsetan asing daripada tempatan hingga sanggup bayar berbillion, jadi apalah sangat salah Shabery Cheek guna artis luar berbanding artis tempatan. Kan 1Malaysia tu beb. Konsepnya luas..tak gitu? Lagipun belia 1Malaysia memang suka 1Korea punya K-pop (poyolah…meloyo dibuek eh)!!

Pado akal ayo, gunolah artis tempatan daripado artis luar. Walaupun ayo setuju artis tempatan pun ramai yang perangai negatif mengalahkan artis luar, tapi sekurangnyo Malaysian product use by our own. Ado ko dongar artis kito macam Search ka..Wings ka..Spoon & Scoin (yang sangat diminati oleh Abuzar - bukan nama sebenar) di minta buat persembahan di Korea dan dibayar berjuta-juta? Ado? Kau ado?

Isu K-Pop ni di dasari oleh satu persetujuan yang ianya akan disponsor oleh pihak penaja tetapi akhirnya menarik diri dan terpaksa dibayar oleh KBS pada masa itu. Di jawab pula dengan penuh konfiden oleh Shabery Cheek yang 1.6 juta dibayar konon untuk dapatkan RM26 juta penajaan. Well, atas kertas kira oklah. Tapi kalau tak berjaya? Berapa banyak duit pembayar cukai yang telah dibazirkan? Come on la Shabery...be more accountable la!! Tak diberitahu pula siapa pihak penaja yang tarik diri sampai bebankan KBS tu? Kenapa tak dimaklumkan? Kronikah? Kroni siapa?

Itu baru kes K-Pop, kes budak yang codogho paghah time nengok keto drift tu camno pulak? Dah tobolo lom? Ko jadi kambing hitam yang teghuih diitamkan?

Harapnya Menteri KBS baru aka KJ mengotakan janjinya supaya tiada lagi K-Pop untuk program hari belia akan datang. Kalau boleh biar ponoh aktiviti bolio dongan pengisian ilmu yang berkaitan kesihatan, sejarah negaro bangso, pengetahuan teknologi, dan paling ponting ilmu KEAGAMAAN. Barulah Cicit Kamat tak menyeringai marah bilo pengisian untuk bolio tak betul. 

Memang akan ado bolio raso tak syiok kalo program TDE ditiadokan. Tapi sekurangnyo kito nanti raso syiok bilo ditanyo maso 'mengadap' Penguasa Hari Kemudian sok!!

~Pencolek Angek~

Thursday, November 28, 2013

Lu mau sembahyang, BERAMBUS ke syarikat Melayu!!

1. Asas Dunia Berhad adalah syarikat property developer yang turut tersenarai di papan utama Bursa Saham Malaysia. Syarikat yang beralamat di Lebuh Chulia, Penang ini dimiliki sepenuhnya oleh kaum Cina.

2. Khabarnya Asas Dunia Berhad merupakan syarikat proxy DAPig dan antara penyumbang dana terbesar DAPig dalam pilihanraya 2008 dan 2013.

3. Syarikat ini juga dikatakan sering mengALIBABAkan lesen Melayu untuk membida projek kerajaan negeri dan pusat. Tipikal.

4. Isunya bermula apabila tengahari semalam sekumpulan pekerja Melayu syarikat itu telah membuat laporan di Pejabat Buruh rentetan pihak pengurusan syarikat Asas Dunia Berhad MELARANG PEKERJA ISLAM MENUNAIKAN SOLAT.

5. Big Boss syarikat itu khabarnya telah mengeluarkan kata berbaur racist, "KALAU NAK SEMBAHYANG, PERGI BERAMBUS KE SYARIKAT MELAYU!!"

6. Pekerja-pekerja Melayu syarikat itu turut diugut akan diberhentikan serta tidak diberikan bonus sekiranya engkar dengan arahan larangan solat.

7. Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan menetapkan, "Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan."

8. Kebelakangan ini agama lain terlalu aman dan damai dalam negara KECUALI Islam yang sering diganggu-gugat walaupun diiktiraf perlembagaan sebagai agama Persekutuan Malaysia.

9. Pemimpin Melayu di Malaysia ni, baik UMNO, baik Pas, semuanya lemah dok sembah Cina. Agaknya nak tunggu panglima dan hulubalang Melayu mengAMUK, baru pemimpin Melayu nak bangkit dari tidur gamaknya.

10. Mungkin dah sampai masanya Penang diambil semula oleh Sultan Kedah. Setakat bayar pajakan RM10,000 mana cukup di zaman negara hampir 'bankrupt' bak kata Najib.

11. Kedaulatan Islam dan Ketuanan Melayu dicabar-dihina sejak 2008; agaknya sampai bila Bangsa Melayu di bawah ini mampu bersabar?!

Wednesday, November 27, 2013

Api-api 13 Mei dah menyala!!

Apakah ini tanda-tanda bakal tercetusnya 13 Mei 2018? Apakah tiada ada mereka yang telah bertaubat menasihat kelompok manusia "lupa daratan" ini? Apakah ini petanda Kerajaan Barisan Nasional yang memerintah "dilihat LEMAH" dan sedang diancam "MARUAH KEDAULATANNYA"?

Perlukah hak istimewa Raja-Raja Melayu dijemput kembali ke gagang asalnya iaitu Kuasa Penuh Majlis Raja-Raja Melayu? Apakah pemimpin Melayu di semua peringkat di semua parti politik tidak ambik peduli, dan mahu satu lagi TSUNAMI BEERDARAH membasahi Bumi Melayu ini? Kali ini 13 Mei bukan akan berlaku di Kuala Lumpur sahaja, tetapi di semua pusat bandar dan bandar besar dalam Tanah Melayu.

Apakah ini "pajak gadai" nasionalisme dan patriotisme?

PART A: Cina Johor langgar titah Sultan:

1. DAP Johor Dr Boo Cheng Hau hasil pilihan Melayu Skudai telah memberi arahan kepada Sultan Johor bahawa Sultan Johor perlu mengambil kira pandangan rakyat cina Johor di sektor swasta terlebih dahulu kerana katanya ia akan memberi kesan kepada orang cina dalam pelbagai aspek.

2. Menurutnya Dr Boo Cheng Hau hasil pilihan Melayu Skudai ini berkata penukaran cuti hujung minggu kepada Jumaat dan Sabtu dilihat akan memberi kesan kepada aspek ekonomi rakyat cina Johor.

3. "Pendirian DAP Johor adalah kami orang cina akan tunggu dan lihat kesan ke atas pertukaran hari cuti minggu atas ekonomi Johor kerana kita mahu Johor mengikut sistem dan cara Lim Guan Eng memerintah Pulau Pinang dan cara Lee Kuan Yew mengendalikan Singapura. Pandangan rakyat cina Johor di sektor swasta perlu diambil kira kami juga sudah membayar cukai. Jadi seharusnya pemerintah perlu mengikut suara kami yang tidak pernah lupa dalam pembayaran cukai" kata Dr Boo Cheng Hau hasil pilihan Melayu Skudai.

4. Disekitar laman sosial, beberapa pemerhatian terhadap pengguna cina menyatakan mereka tidak bersetuju terhadap titah Sultan Johor kerana mereka sudah membayar cukai tetapi Sultan Johor tidak mendengar kata orang cina.

PART B - Cina Selangor langgar titah Sultan:

1. Sultan Selangor, Sharafuddin Idris Shah, menitahkan kepada seluruh rakyat Selangor baik Islam dan juga bukan Islam bahawa perkataan 'Allah' adalah eksklusif kepada orang Islam dan bukan Islam harus mengelak daripada menggunakannya. Sultan Selangor berkata ini untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan Islam dan bukan Islam. Oleh itu, beliau menyeru rakyat Selangor untuk menghormati dan mematuhi keputusan Majlis Fatwa Selangor mengenai perkara itu.

2. Sejurus selepas Fatwa Selangor dan Titah Sultan dikeluarkan, Ketua Pemuda MCA Wee Ka Siong dengan tiba-tiba membantah titah Sultan Selangor dan menyatakan pendiriannya adalah sama seperti DAP iaitu seperti mana DAP mahu kalimah 'Allah' digunakan, seperti itu juga MCA mahu kalimah 'Allah' diguna oleh mereka dalam bible bahasa Melayu untuk digantikan dengan God. Mereka tidak mahu God digantikan dengan Tuhan, tetapi God perlu digantikan dengan Allah. MCA seperti memberi bayangan bahawa tidak mengapa jika parti cina iaitu MCA dan DAP adalah berlainan, tetapi dalam isu ini kami boleh besama bersatu dalam menentang Sultan Selangor.

3. Ketua Pemuda MCA Wee Ka Siong berkata: "Saya rasa ianya adalah okay. Sultan Selangor seharusnya perlu membenarkan orang-orang bukan Islam di Selangor untuk menggunakan perkataan itu. Mengapa tidak? Kerana kami telah memberi penjelasan sebanyak dua muka surat. Asalkan sudah ada penjelasan jadi terima sahajalah", katanya Ketua Pemuda MCA yang menyokong perjuangan DAP dalam isu kalimah Allah.

4. Naib Presiden MCA pula Gan Peng Sieu menyifatkan keputusan mahkamah itu sebagai "jahil tentang kepentingan negara".

5. Ahli jawatankuasa MCA Loh Seng Kok pula berkata: "Allah tidak "dimonopoli" oleh mana-mana kaum atau agama, kerana orang Kristian di Timur Tengah dan negara-negara Arab juga menggunakannya."

6. Barisan peguam DAP pula menambah: "Apabila anda bercakap tentang penggunaan perkataan 'Allah', ia adalah satu bentuk ungkapan. Jadi ia adalah satu sebab bahawa titah Sultan bukan diikat oleh perlembagaan atau undang-undang tetapi sebenarnya kuasa perlembagaan dan undang-undang adalah suatu kuasa yang dimiliki oleh Parlimen sahaja, jadi tidak ada masalah untuk melanggar titah Sultan."

7. Di sekitar laman sosial, beberapa pemerhatian terhadap pengguna cina menyatakan tidak ada masalah untuk menggunakan perkataan 'Allah' dalam bible Melayu, asalkan cukai sudah dibayar jadi ia tidak melanggar peraturan. Kerana ini adalah hak seseorang apabila sudah membayarnya.

Sumber: sini, sana dan sinun.

Tuesday, November 26, 2013

Malaysia memang pelik

Sekarang musim cuti sekolah. Hujung tahun macam ni memang ramai mak bapak bawa anak jalan makan angin.

Kalau kito pegi luar negaro, kito akan dapati di musim cuti ni hotel, resort, bilik penginapan etc. akan menawarkan pelbagai pakej menarik dan murah. Barang-barang pun biasonyo akan ado end year sales macam Singapore, Thailand dan Indonesia. Agak eh sobab tu la ramai rakyat Malaysia pi bercuti ke luar negaro setiap hujung tahun. Polisi dan dasar pelancongan luar negaro ialah mass sales atau go on volume bagi menarik pengunjung/pelancong ke tempat mereka. Maso bukan musim cuti hargo cam biaso, tapi bilo musim cuti segalanya jadi murah.

Berbezo dongan Malaysia, musim cuti nilah caj penginapan akan naik begando, kadar sewa parkir kenderaan mahal, tiket flight mahal, sewa kenderaan mahal, tambang teksi mahal, sewa bas rombongan naik, hargo makan jadi luar biaso, hargo barang tak payah citor lah...naik sesajo. Kok tak cayo cubolah pegi berjalan ke Penang, Langkawi, Cherating, Genting, Cameron, Kota Kinabalu, Labuan, Semporna, Kuching, Terengganu, Rantau Panjang, Pangkor, Melaka etc. maso musim cuti ni.

Negaro lain buek polisi pelancongan pakej murah di musim cuti, kito Malaysia ni buek pakej mahal di musim cuti. Pelik kan? Ontah apo jonih strategi perniagaan pun tak tau.

Apo lagi yang pelik? Oh ya...kalo anda tak bayar cukai, anda akan dilabel pengkhianat. Tapi kalau pemimpin membazir dan boros berbelanja guna duit cukai tu nak digelar apa pula? Penderhaka? Penjenayah?

Paling pelik ialah rakyat disuruh berjimat cermat sobab segalo macam subsidi dah kena tarik...tapi pemimpin membazir bayar konsetan RM7.2 billion tanpa apa-apa hasil yang ketara dinikmati rakyat macamana pulak?

Bertambah pelik apabila rakyat kini diugut sama ada terima GST atau negara bankrap. Bayar konsetan berbillion-billion, bini sesuka hati naik jet habis berjuta, lembu duduk dalam kondo, catering co sain kontrak 25 tahun yang tak pernah dibuat oleh syarikat penerbangan komersil lain di dunia kecuali MAS, 1MDB pinjam RM38 billion tapi tak tau apa hasil, bayar pampasan beratus juta pada company AES bla..bla..bla..dan tiba-tiba kerajaan nak ugut-ugut rakyat, apahat?

Masa berbelanja pada pandangan mata kasar rakyat seolah kerajaan macam banyak duit. Tapi tiba-tiba kerajaan mengaku akan bankrap pulak kalau tak implement GST.

Mana satu yang betul ni? Kerajaan banyak duit atau takde duit? Kenapa boleh tiba-tiba kata Malaysia akan bankrap? Adakah sebab kerajaan yang boros tak ingat mati? Atau konon sebab rakyat tak bayar cukai?

Pelik kan?

Kenapa tampak seolah kerajaan Najib begitu panik dan tertekan nak pau duit rakyat? Apa yang cuba disorok daripada pengetahuan kita?


Najib kata: It’s either GST or facing bankruptcy. 

Rakyat balas: It's either changing Najib or facing brankruptcy.

Monday, November 25, 2013

PU3 Seremban Tukang Cuci

Lagi paneh berapi...Ketua Puteri UMNO Seremban kini sedang mengalami trauma mengurus organisasi "sisa" Ketua Puteri Seremban yang lalu...

Khabarnya hutang bertingkek-tingkek...

Khabarnya daripado 33 cawangan Puteri Seremban, 13 sajo yang hadir mesyuarat. Ontah-ontah 13 sajo cawangan Puteri yang masih wujud.

Yang ni bukan khabar tapi cerito bonar iaitu saluran 4,5,6 dan 7 tak mengundi BN di DUN Sikamat PRU-13 lalu...sumo eh tu saluran belio. Apo Presiden MBNS yang jadi calon BN yang kalah di Sikamat tu dah buek? Kenapo saluran belia menolak calon BN yang berjawatan Presiden Belia? Tok Mad tak nampak lagi ko? Nak dibolo lagi spesis yang menyusahkan UMNO dan Belia ini?

Dan kini apakah tugas Ketua Puteri UMNO Seremban adalah sebagai TuKang Cuci Jamban bokeh Ketua Puteri aka Presiden MBNS? Tukang bayar hutang piutang kerakusan mereka yang lalu?


Apakah ini taraf pertubuhan politik tertua Melayu di Malaysia? Presiden UMNO dan Timbalan Presiden UMNO kena ambik hal perihal Negeri Sembilan ni...

Makin di diamkan, makin disembunyikan...ibarat TELUR TEMBELANG yang diperam lebih 6 tahun. Apo kojo Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sembilan ini...?

Unit Pemantau JKKK dah ado.

Unit Pengurusan Sekretariat Belia dah ado, penuh persoalan yang belum dijawab dengan JUJUR, IKHLAS DAN TAAT SETIA.

Unit Pemantau Penjawat Awam seramai 6000 orang dalam Negeri Sembilan.

Unit memacam lagi lah...

Sudah maso ehhh..wujudkan Jabatan Integriti Menteri Besar Negeri Sembilan...ada berani ke Mad Hasan? 

Friday, November 22, 2013

Kalo ADUN kacau bini orang camno pulak Tok Mad?


Baru den tau ghupo eh selamo ni ramai JKKK Negeri Sembilan suko kacau bini oghang.

Tapi Tok Mad kono la belaku adil jugak. Takkan la JKKK ajo yang kono bersyarat. ADUN dan Exco Kerajaan Negeri camno pulak?

Ado ADUN yang bukan takat kacau bini oghang, anak daro oghang pun ado. Siap ado yang terkawin staf sendiri. Kawin duo tu memang la dibulihkan dalam Islam. Tapi ini politik persepsi yang bulih menjunu-janahkan Negeri Sembilan. Oghang bocakap, asal sonang sikit, bekuaso sikit, mulolah perangai lobih boyo dari buaya!!

Perangai ADUN Negeri Sembilan ni dalam poket kami yor Tok Mad. Kok ado yang tebongkar, mau hulu-hala Negeri Sembilan ni sok.

Tapi alang-alang dah lotak syarat pado JKKK yang tak kacau bini oghang, eloklah Tok Mad lotakkan beberapo syarat tambahan dalam kriteria memilih JKKK. Antaro kriteria yang patut ado pado JKKK;

1. Sekughang eh memasing ado SPM, lagi baguih kok ado diploma. Takdo la JKKK ni dipandang lekeh dek masyarakat.

2. Pastikan JKKK ni tak buto IT. Mano tak eh ado JKKK yang tanyo kek mano nak boli pesbuk. Mau pengsan Mark Zuckerberg dongar.

3. Pastikan jugak JKKK ni sihat walafiat tubuh badan dan mental. Bukan takat jarang sakit, tapi cakap pun jangan merapu bonar doh. Mano tak poning rakyat kok caro pikir JKKK ketinggalan berbanding orang keliling. Zaman dah berubah, carilah oghang yang lobih advance.

4. Paling ponting pilih JKKK yang bukan kaki songlap, bukan kaki 'koncing', bukan kaki pocah amanah, bukan kaki rasuah etc.

5. Last sekali JKKK ni jangan la dipilih yang jobo bonar. Biarlah yang merendah diri, berakhlak, faham masalah rakyat, takdo skandal dan menepati janji sobab slogan BN kan janji ditopati. Ini kenkadang janji sekian-sekian tapi bueknyo tidak. Cam hampeh!!

Apo-apo pun Rosmah tetap gembira walaupun dikritik naik private jet. Eh..eh..apo kono mengono Rosmah dongan isu JKKK ni? Ala..buek-buek tanyo plak. Kan Rosmah pun bokeh bini oghang yang ponah kono kacau. Heh!!

HANTU YANG BEKELIARAN

SIAN KEK HANTU. INILAH RUPO EH ORANG MELAYU. P RAMLEE CAKAP LAGU DAN IRAMA BERPISAH TIDAK. DALAM KOPALO ORANG MELAYU SONANTIASO DIKOMBARKAN DENGAN HANTU. 

NAMPAK TUNGGO TOPI JALAN KOBAKAN HANTU. NAMPAK YO LAIN SIKIT KOBAKAN HANTU. ANAK DOMAM NAK TUMBOH GIGI, MENYOMBO AIR LIOR DEK NAWARKAN:- KONO KELINTASAN – ANTU. 

LAGI SOSEK DALAM BELUKAR;- BAWAK KEK RHEWE – ANTU. LAGI ADO YO RUMAH KOSONG, BANGLO KO, VILLA KO, PEHTU SOMAK SIKIT, ADO PONUNGGU ANTU LAGI. 

KETO EKSIDEN, LORI TOBABEH DAN ADO PLAK KEMATIAN, WOII AI, JANGAN NAK MAIN-MAINLAH KEK KONA TUH, KOGHEH TOMPEK TU – ANTU LAGI. 

LOPEH NI TUAN TUAN JANGAN BIMBANG, INI JANJI ESEY, ESEY AKAN JADI PODANO MONTORI, GUAN SAMO ADI TIMBALAN, MAT SABU KITO SURUH DIO PILIH MANO YANG DIO ONDAK. 

MAKO DITAKDIRKAN, KALI YANG KO TIGO BOLEH BN MONANG LAGI. AAAA... TU LA DEH, DEN DAH KOBA AN DULU, NAJIB MESTI BAWAK 40,000 ANTU DARI BANGLA, TU SOBAB EH DIO BULEH MONANG: ANTU LAGI! 

ATOK SIAN AMEK MO ANTU NI, ADO YO YANG TAK SIHAT, ADO YO YANG TA BOTO, ADO YO YANG SAMPAI KOHONDAK HATI, ADO YO EKSIDEN, ADO YO YANG SOSEK. POSMOTOM YANG PALING MUDAH, INI MESTI ADO HANTU YANG TOLIBAT!

Thursday, November 21, 2013

Punahsihat Mad Hasan

Mungkin wujud manusia yang sifatnya seperti binatang "sesumpah"...dan manusia berciri "musang berbulu ayam serama"...

Berita panas paling zalim menutupi diari 2013 ialah kelahiran "punahsihat terhormat" kepada Mad Hasan, MB NSDK. Khabarnya, pada surat bertarikh 18 November 2013...25 orang penjawat kontrak Penyelaras DUN Belia Negeri Sembilan telah diberi notis 1 bulan pemberhentian tugasan.


Keputusan kelihatan muktamad daripada seorang Ketua Eksekutif Negeri yang baru monang MKT UMNO. Namun, apakah ini langkah yang kaya hikmah daripada nasihat penasihat yang Baik, atau Punahsihat yang menjadi parasit kepada Kerajaan BN NSDK.

Kesan sampingan kepada kelompok ini ialah kekuatan 3000 penggerak akar umbi yang telah dipupuk sejak 2008 lagi oleh 25 orang penyelaras Dun Belia.

Kini, Sekretariat DUN Belia sedang menghadapi "konflik" pemikiran matang dan BETUL. Apakah semua ini disebabkan seorang Punahsihat yang dipercayai seorang perempuan, yang kalah di beberapa kedudukan tapi menang dalam Jawatankuasa UMNO Bahagian Seremban...?

Caucas, Dewan Undangan Belia yang disertai lebih daripada 60 orang ahli jemaah mesyuarat non-executive, yang sifatnya sebagai "groom big process" sebahagian daripada agenda pemerkasaan pemikiran politik belia matang, dilihat menjadi "polemik kampung" yang makin menyulitkan EXCO Belia, Sukan dan Modal Insan Negeri Sembilan sendiri...

Hairan bin Ajaib, bila semua ini dipusatkan kesalahan dan hukuman bersalah kepada YAB Mad Hasan, wah...sudah macam dewata pula Mad Hasan ini...

Mengikut sumber dan bahan berita, Pak Sedaro dimaklumkan bahawa "polong dan saka" yang menjadi punahsihat kepada YAB Mad Hasan ini ialah Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan...yang semakin lama, kelihatan tidak menghormati institusi-institusi "muluk" milik Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus...

Sejak mula diberi "muka" dan "simpati" Puteri UMNO sebagai Ketua Puteri Seremban, kemudian dengan segala kerja buat hingga "tercalon"sebagai Calon BN Sikamat, kemudian bertanding Wanita Seremban hingga masa ini, khabarnya Ahli Lembaga Yayasan Negeri Sembilan..."opera Cina" dan "tembok piatunya" berjaya memberi Nasihat-Nasihat "Bunuh Diri" kepada institusi YAB Menteri Besar Negeri Sembilan...

Nasihat Pak Sedaro kepada teraju Yayasan Negeri Sembilan, YAB MB dan ramai di luar sana..."kok ingat pesanan Almarhum Dato Abdul Rahman, Mahaguru Gayung...dalam silat ado silau, dalam silau ado silap...air di tempayan jangan dicurah dek guruh di awan".

Wednesday, November 20, 2013

Rosmah pun dah kurang makan gula tau!!

1. Ada seorang Menteri Besar sebuah negeri menjawab persoalan rakyat mengenai keputusan kerajaan menarik subsidi gula dan tepung adalah disebabkan pelabur asing (peniaga) di negara ini mengaut keuntungan menggunakan kedua bahan subsidi tersebut dalam produk keluaran mereka untuk dieksport ke luar negara.

2. Mudahnya kerajaan buat keputusan?! Disebabkan peniaga buat untung daripada produk bersubsidi, maka rakyat yang perlu tanggung beban kenaikan harga. Dan kononnya kerajaan dapat jimatkan RM1.3 billion setahun daripada pengurangan subsidi. Itupun lebih 1% bersamaan RM1.5 juta daripada penjimatan tu dah dihabiskan untuk tanggung rombongan Rosmah ke Qatar. Mana taknya...kos minyak jet peribadi Rosmah saja dah dekat RM500k. Itu baru satu trip. Dalam setahun berapa kali rombongan Rosmah ke luar negara? Silap-silap boleh habis penjimatan subsidi. Ini semua nasihat konsetan ke?

3. Semua pun maklum sejak sekian lama kumpulan peniaga yang mengaut keuntungan daripada subsidi barangan keperluan. Walau bagaimanapun keputusan kerajaan untuk membebankan rakyat instead of kumpulan peniaga adalah sesuatu yang boleh diperdebatkan.

4. Tanpa mengambil kira musim perayaan dan kenduri kendara, berapa banyak sangatlah isi rumah guna gula, tepung dan minyak masak dalam sehari atau seminggu? Habis 2 kilo?

5. Biasa kita lihat di mana-mana pasaraya akan ada label, "Pembelian tidak boleh lebih 2 kilo" untuk gula/tepung dan "Pembelian tidak melebihi 2 botol" untuk minyak masak etc. Tapi jika pemilik restoran hantar 5 orang pekerjanya beli gula/tepung atau minyak ke pasaraya dan membayar di kaunter yang berlainan, dan diandaikan pula setiap pekerja beli 2 kilo atau 2 botol, dah tentu restoran tersebut akan dapat 10kg gula/tepung serta 10 botol minyak masak. Itupun 10kg atau 10 botol itu hanya dapat bertahan sehari saja penggunaan, terutama di restoran mamak, dan esoknya akan diulang lagi taktik pembelian yang sama.

6. Itu untuk peniaga makanan kecil-kecilan atau restoran, bagaimana pula dengan pembelian untuk kilang produk berasaskan makanan? Bagaimana pula mereka beli gula, tepung dan minyak yang disubsidi dalam jumlah yang besar untuk bahan asas produk keluaran mereka? Adakah pengilang akan beli secara terus daripada pemborong/pengeluar, atau pekerja mereka juga beratur untuk beli di pasaraya?

7. Sebenarnya kerajaan boleh saja nak kekalkan subsidi untuk golongan sasar iaitu rakyat dan pada masa sama mengekang kumpulan peniaga berasaskan makanan supaya tidak mengambil kesempatan ke atas produk bersubsidi. Cuma nak dengan tak nak saja!!

8. Setiap kilang atau pengeluar gula, tepung atau minyak masak seharusnya disyaratkan untuk meletak label di setiap packaging yang mereka keluarkan. Contohnya di setiap paket gula, perlu ada label "UNTUK KEGUNAAN INDUSTRI" atau "UNTUK KEGUNAAN ISI RUMAH". Dan setiap paket dengan label serta warna berlainan perlu juga dipaparkan tanda harga berbeza iaitu tanda harga produk bersubsidi serta yang tidak disubsidi. Tetapkan terus peraturan kepada kumpulan peniaga hanya dibenarkan membeli/memiliki produk dengan label "UNTUK KEGUNAAN INDUSTRI" sahaja. Dengan cara ini subsidi yang ditanggung kerajaan akan terus kepada golongan sasar tanpa diambil kesempatan oleh kumpulan peniaga.

9. Mungkin melalui kaedah label dan warna ini juga akan memudahkan pemantauan dilakukan oleh Pengawal Bekalan KPDNKK atau Kastam. Cuma perlu kerap buat pemeriksaan di setiap stor simpanan makanan restoran, hotel, kilang etc. yang mengeluarkan produk makanan, sama ada mereka memiliki/membeli produk berlabel subsidi atau tidak; sekaligus tindakan boleh diambil sekiranya didapati berlaku pelanggaran peraturan yang ditetapkan. Tapi janganlah pula ada penguatkuasa yang bekerja sambil lewa atau termakan rasuah kerana Malaysia ini sudah lama dilabel dengan penguatkuasaan yang lemah.

10. Dasar subsidi oleh mana-mana negara pun di dunia hakikatnya mampu menambah pendapatan nyata atau pendapatan boleh guna rakyatnya. Kerajaan perlu sentiasa menetapkan Harga Dasar (Floor Price) adalah minimum bagi setiap barang keperluan asas bagi melindungi kepentingan rakyat terutama golongan pertengahan yang ramai Melayu/Pribumi; tambahan pula golongan inilah yang terbukti sering menyokong kerajaan.

11. Cadangan perbezaan label dan warna untuk setiap produk keluaran asas seperti di atas mungkin dianggap tidak praktikal untuk dilaksanakan, serta memerlukan penguatkuasaan tegas dan berterusan. 

12. Namun jika dibandingkan dengan cadangan konsetan yang ambil jalan mudah untuk tampung lompang pendapatan kerajaan ialah dengan menarik semula subsidi, rasanya tak perlulah Najib membazir sampai RM7.2 billion hanya untuk kayakan mereka.

Tuesday, November 19, 2013

Tackle Kelas Pertengahan dulu, baru laksana GST

GST (Goods and Services Tax) merupakan suatu langkah kerajaan untuk mewujudkan belanjawan berimbang yang dijangka mampu mengurangkan defisit negara ke arah mencapai taraf negara maju. Ini adalah takrifan yang digunakan oleh orang yang belajar ekonomi. 

Tapi untuk orang-orang kampung macam aku ni, GST adalah satu kaedah yang digunakan untuk menambahkan pendapatan negara secara langsung di samping ianya diharapkan dapat mengurangkan hutang negara yang semakin bertambah.

Adakah rakyat Malaysia keseluruhannya bersedia untuk menghadapi perubahan yang pastinya akan berlaku apabila GST dijalankan? Mampukah dengan kadar pendapatan serendah RM900 sebulan cukup untuk rakyat di negara ini mempunyai kuasa beli yang tinggi? Kalau kita perhatikan subsidi-subsidi yang telah dan akan ditarik balik, adakah ekonomi negara berada dalam keadaan yang stabil?

Aku menyarankan agar pihak kerajaan dan mereka yang bertanggungjawab dalam hal ini bukan hanya mengambil jalan mudah menarik subsidi-subsidi tertentu. Ini adalah kerana mereka yang dipilih sebagai pemimpin adalah untuk memikir dan menambah baik keharmonian dan kesejahteraan orang yang dipimpin bukannya mengurangkan subsidi yang sepatutnya menjadi salah satu tanggungjawab kerajaan kepada rakyat keseluruhannya. 

Kalau setakat idea menarik balik subsidi yang sedia ada ini, jaga pejabat aku pun boleh fikir.

Salah satu kekuatan Tun Dr. Mahathir adalah beliau mampu menarik sokongan rakyat kelas pertengahan untuk menyokongnya. Tun Dr.Mahathir tidak pernah pun menarik balik subsidi yang rakyat nikmati dan beliau tidak pernah melantik menteri yang mempunya kerja yang bertindan dengan kementerian lain seperti Hishamuddin Hussein dan Jamaluddin Jarjis. Apa salahnya berhentikan saja menteri-menteri yang tidak berfaedah ini dan gunakan peruntukan wang gaji mereka untuk memberi semula subsidi yang telah dan bakal ditarik nanti. Janganlah majoriti rakyat dikorbankan semata-mata hanya untuk membela tekak segelintir minoriti yang tamak dan tidak tahu masa untuk berundur.  

Adakah semasa GST dilaksanakan nanti rakyat kelas pertengahan mempunyai kekuatan dan keupayaan membeli seperti sekarang? 

Pada masa ini nilai ringgit adalah lemah di mana keupayaan kita untuk mengimport dagangan luar adalah kurang dan secara tidak langsung akan mengurangkan hasil cukai import yang boleh kita kutip.Banyak syarikat-syarikat kecil samada milik bumiputera mahupun bukan bumiputera bergelut dengan keadaan ekonomi pada hari ini apabila harga barangan import menjadi semakin mahal. Tidak mustahil syarikat-syarikat ini bakal ditutup ataupun melakukan penggabungan seandainya keadaan ekonomi tidak pulih seperti sediakala. Apabila penggabungan dilakukan, suka atau tidak, ramai yang akan diberikan pilihan untuk berhenti atau diberhentikan. Keadaan yang bakal berlaku ini memungkinkan kadar pengangguran meningkat dan secara tidak langsung akan mengakibatkan ketidakstabilan ekonomi negara.

Kita perlu ingat apabila keadaan ekonomi tidak stabil, maka secara tidak langsung akan menimbulkan keresahan dan ketidaktenteraman di kalangan rakyat. Janganlah sampai ada pihak (pembangkang) yang menangguk di air keruh nanti. Janganlah nanti dah terhantuk baru terngadah.

Sewajarnyalah sebelum GST dilaksanakan, keupayaan produk domestik yang setanding produk import ditingkatkan kualitinya agar aliran tunai kekal dalam negara dan ekonomi berimbang dapat diwujudkan bagi menjamin kesejahteraan rakyat. Bukan setakat memberi alasan menarik subsidi demi kesejahteraan rakyat macam Menteri ayam tukar ke daging tu cakap.

Janganlah hanya semata-mata mengharapkan untuk menempa nama sebagai salah satu negara maju di dunia maka keperitan rakyat marhain dipinggirkan. Tidak mustahil suatu masa nanti subsidi ubat-ubatan kerajaan juga akan ditarik balik.

Kita boleh cakap hari ini semua keperluan asas tidak akan dikenakan GST, tetapi bolehkah kita memberi jaminan harga barangan bagi semua keperluan asas tersebut tidak akan naik? Pihak manakah yang meraih keuntungan besar di atas kesukaran dan kesulitan rakyat nanti?

Lu pikirlah sendiri!!

Monday, November 18, 2013

Bilo penjawat awam dilabel tak beguno..


Najib bagi alasan dalam jawapan bertulis di parlimen mengapa kerajaan 'terpaksa' bazirkan RM7.2 billion untuk bayar kepada konsetan selama 5 tahun ini kerana "abilities of government researchers are limited in terms of expertise". Itu ayat berlapik guna bahasa Inggeris. Kalau ayat kasarnya dalam bahasa Melayu, PENJAWAT AWAM TAK BERGUNA!!

RM7.2 billion berhabis bayar konsetan tapi GDP (KDNK) growth sejak 2009 hanya dapat hit 4.3 - 5% sahaja. 

Berbanding zaman Tun Mahathir, GDP growth melebihi 8-9% setiap tahun tak payah pakai konsetan...semua guna kepakaran penjawat awam dan cerdik pandai dalam negara. Kepakaran penjawat awam yang sama jugalah yang menyelamatkan Malaysia daripada 2 kali krisis ekonomi tahun 80an dan 90an dulu. Tapi tiba-tiba di zaman millenium ni, penjawat awam terus dilabel kerajaan Najib sebagai tak berguna?! Boleh terima akai ka?

Sebab Perdana Menteri dan barisan kabinetnya tak berotak, apatah lagi berakal, jadi disalahkan pulak konon kakitangan awam memiliki kepakaran terhad. Sendiri malas nak fikir, jadi ambil jalan mudah bayar konsetan?!

Bayar konsetan hampir RM2 billion setahun kerajaan mampu pulak, tapi subsidi gula yang hanya RM0.5 billion setahun disuruh rakyat sendiri yang tanggung. Bijak tak Najib?

Memandangkan alang-alang PM Najib dah kurang akal dan terpaksa guna konsetan untuk fikir, apa kata rakyat lantik mana-mana consultant pulak untuk jadi Perdana Menteri Malaysia. Lepas tu rakyat pakat-pakat pulak lantik Najib sebagai consultant kepada consultant yang dilantik rakyat untuk jadi Perdana Menteri tu. Bila Najib dah jadi consultant kepada PM consultant, barulah rakyat tidak lagi pertikai Najib tak guna otak untuk buat kerja. Pening tak? Heh!

Sama ada Najib atau Hadi atau Anwar jadi Perdana Menteri Malaysia, rakyat dah mula merasakan yang kesemuanya sama saja tak berguna!!

Sunday, November 17, 2013

Tabung Khas Ekonomi Bumiputera bila lagi Tok Mat?

1. Baru-baru ini dilaporkan dalam akhbar arus perdana bahawa sebanyak RM20 juta daripada rizab Kerajaan Negeri Sembilan akan diperuntukkan untuk tabung khas dikenali sebagai Tabung Amanah Penyelesaian Masalah Rakyat (TAPMR) bertujuan untuk menyelesaikan pelbagai masalah rakyat seperti bencana alam dan kerosakan infrstruktur tanpa menunggu pembentangan dan kelulusan Belanjawan Negeri untuk menyelesaikan masalah rakyat.

2. Menurut Menteri Besar lagi RM20 juta ini akan diambil dari rizab Kerajaan yang terkumpul iaitu sebanyak RM438 juta dan wang ini boleh digunakan secara terus untuk menyelesaikan masalah rakyat.


3. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Menteri Besar dan pihak Kerajaan negeri yang dapat mengumpul rizab yang banyak dan dapat digunakan untuk manfaat rakyat. Berdasarkan fakta ini rasanya Kerajaan negeri tidak mempunyai masalah kewangan jika suatu Tabung untuk menyelesaikan permasalahan ekonomi Bumiputera/Melayu turut ditubuhkan di Negeri Sembilan.

4. Seharusnya juga penubuhan Tabung Ekonomi Bumiputera/Melayu tidak akan mengundang isu atau perbahasan yang panjang dalam Sidang DUN di NSDK. Ini kerana Agenda Memperkasakan Ekonomi Bumiputera telahpun dijadikan dasar negara oleh DS Najib melalui ucapan beliau semasa merasmikan Majlis Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera baru-baru ini. Jika mahu, Kerajaan negeri hanya mengambil serta menggunapakai (adopt)dasar ini dalam pentadbiran Kerajaan negeri. Lagipun untuk meluluskan dasar ini tidak memerlukan sokongan 2/3 majoriti dalam Dewan Undangan Negeri, hanya majoriti mudah , memadai.Persoalannya, wujudkah kehendak politik (political will) di pihak Kerajaan negeri untuk mengambilpakai serta melaksanakannya?

5. Mewujudkan tabung ekonomi Bumiputera/Melayu boleh dilihat sebagai salah satu tindakan afirmatif (affirmative action) dalam usaha ke arah memperkasakan ekonomi Bumiputera/Melayu.Ia bukanlah suatu yang rumit dan tak perlu sampai RM20 juta pun. Cukuplah RM 8 juta setahun! RM 1 juta untuk setiap kawasan Parlimen di Negeri Sembilan. Masalahnya, sepanjang Menteri Besar memegang tampuk pentadbiran negeri ini tidak pernah ada khabar tabung atau usaha sebegini ingin diwujudkan untuk manfaat orang Melayu!

6. Diandaikan RM1 juta diperuntukkan untuk dana bagi memperkasakan ekonomi Bumiputera/Melayu untuk setiap kawasan Parlimen dan jumlah tersebut dipecah bahagikan kepada pakej pinjaman mikro berjumlah RM20,000 maka seramai 50 orang usahawan kecil melayu di setiap kawasan parlimen boleh menerima manfaat untuk memulakan perniagaan mahupun untuk mengembang/memajukan perniagaan yang sedia ada.Jika dijamakkan dalam setahun, seramai 400 usahawan kecil bumiputera/Melayu dapat dibantu dan dalam tempoh 5 tahun dianggarkan seramai 2000 usahawan Bumiputra/Melayu dapat dibantu atau diberikan manfaat di Negeri Sembilan.

7. Dengan cara ini usahawan Melayu/Bumiputera di Negeri Sembilan ini dapat mempertingkatkan daya serta keupayaan untuk menjana serta mempertingkatkan aktiviti ekonomi di Negeri Sembilan. Ini juga adalah selaras dengan saranan Tun Dr Mahathir yang menyarankan agar ekonomi domestik diperkasakan demi untuk melonjakkan ekonomi negara dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi global.

8. Ini juga selaras dengan pandangan "memberi pancing/jala kepada orang agar dia boleh memancing atau menjala ikan dan menjual ikan untuk pendapatan". Itu adalah lebih baik dari memberi orang itu makan ikan setiap hari!

9. Sekarang ini apa sahaja perancangan serta tindakan akan disusuli dengan pertanyaan "Apakah K.P.I nya (Key Performance Index)?" Senang sahaja….jika usahawan yang dibantu itu dapat membelikan kereta "MINI COOPER" untuk anaknya kerana berjaya mendapat 5A dalam UPSR, maksudnya perancangan serta tindakan itu telah berjaya!

Friday, November 15, 2013

Ini semua POYO?!

1. Kecoh sekejap bila CT Nurhaliza 'sound' KJ di twitter pasal adab! KJ dah jawab belum? Kalau belum jawab...eloklah tak payah jawab. Kok dilayan karang bertambah panjang pulak.


2. Tapi tak boleh jugak salahkan CT sebab tegur KJ. Kan CT kahwin dengan orang tua. Jadi mestilah dia terasa bila KJ 'sound' orang tua. Heh! Apara lu KJ!!

3. Tapi kalau nak cerita bab sukan Malaysia ni memang buang masa. Cakaplah macamana pun, sukan Malaysia balik-balik dok takuk tu jugak. Duit berbillion habis, menteri sukan silih berganti, tapi wal hasil balik asal.

4. Sukan di Malaysia ni confirm sampai bila-bila pun tak akan maju selagi ianya dijadikan medan tempur orang politik dan kerabat. Senang cerita sukan di Malaysia too much politicking.

5. Dulu kami ada seorang kawan, tinggi lebih kurang 6 kaki, badan macam Usain Bolt, sezaman lari pecut bersama Watson Nyambek dan Azmi Ibrahim yang pendek keduanya di SUKMA. Kiranya mereka bertiga ni top three dalam acara pecut, tapi sebab kawan kami tu berlatih dengan Nurherman Majid, dan kebetulan Nurherman tak disukai oleh pegawai KOAM, maka melepaslah peluang sahabat kami tu nak diserap mewakili negara. Ini semua politik poyo!!

6. Pernah seorang pelajar Melayu di Seremban yang sangat berpotensi dalam sukan renang dan pernah jadi top three dalam pertandingan renang sekolah. Tapi sebab persatuan renang dikuasai cina, maka terlepaslah peluang anak Melayu tu. Ini semua politik racist!!

7. Ada pasangan bergu Melayu yang dapat naib johan pertandingan badminton antara sekolah peringkat negeri (tak perlu sebut negeri mana), tapi tak dapat peluang mewakili negeri tersebut kerana yang terpilih adalah pasangan bergu johan dan tempat ketiga yang kesemuanya cina. Konon alasan pasangan bergu Melayu tu tak terpilih sebab tak cukup tinggi. Pelik juga apabila 5 kaki 7 inci pun masih dikira tak cukup tinggi untuk seorang pemain badminton. Ini semua politik kroni!!

8. Kalau tengok perangai sekor-sekor pemain bolasepak kita lagi la sedey. Pernah depan mata kami pemain bolasepak kebangsaan masih lepak kedai mamak dengan girlfren jam 2 pagi, padahal esoknya ada game lawan Singapore. Itu tak termasuk lepak makan roti canai sebelum masuk padang waktu pagi. Dah la sampai lewat untuk training, boleh pulak huha..huha minum teh tarik. Tu belum kira lagi skandal dengan artis dan bukan artis, bini terlebih perasan daripada laki bla..bla..bla! Depan mata kami juga masa latihan sebuah pasukan negeri, ada orang dok perasap kemenyan depan pintu gol sebelum game sebelah malamnya. Jepun dan Korea punyalah berlatih siang malam, jaga pemakanan, asah skill...tapi pengurus bolasepak kita masih mengharapkan 'bantuan' jin untuk menang?! Ini semua politik hantu namanya!!

9. Atlet kita di Bukit Jalil yang terpilih mewakili negara dalam acara yang setaraf sukan SEA, Komanwel, Asia atau Olimpik sahaja yang akan diberi supplement dan vitamin berkualiti sebagai makanan tambahan. Mereka bukan diberi sejak kecil atau mula masuk sekolah Bukit Jalil. Yang junior-junior ni hanya dibekalkan makanan tambahan ala kadar saja. Full supplement dan vitamin diberi jika mereka terpilih mewakili negara. Tak terpilih kalu...ekau makan kacang botak sajalah!! Negara-negara maju lain yang hebat dalam sukan cukup menjaga pemakanan atlet mereka seawal umur mereka 5 tahun. Kita pulak dah wakili negara, baru nak bagi gizi makanan lengkap. Jadi macamana atlet kita nak jadi hebat?! Skill dah ada, potensi dan bakat juga terserlah, tapi sebab badan tak cukup vitamin, jadilah atlet kita setaraf jaguh kampong.

10. Kalaulah RM7.2 billion yang Najib bazirkan pada punahsehat dan konsetan sepanjang 2009-2013 itu diperuntukkan untuk supplement dan vitamin atlet kita di Bukit Jalil, pasti bukan setakat emas Olimpik...belt World Wrestling Entertainment pun orang Malaysia boleh menang agaknya.

11. Apa yang kami paparkan mungkin hanya sedutan kecil kisah diskriminasi dalam industri sukan tanahair. Namun jika dibongkar satu persatu, rasanya lebih banyak pekung akan terserlah.

12. Industri sukan di Malaysia ni sampai bila pun tak akan maju jika ianya berterusan menjadi mangsa permainan politik poyo para pegawai dan persatuannya. Sebabnya terlalu ramai orang politk dan kerabat duduk dalam persatuan sukan berbanding bekas ahli sukan yang berpengalaman. Kelakar pulak bila tengok kebanyakan presiden sesebuah persatuan sukan tak tahu pun main sukan yang persatuannya wakili. Macamana la nak faham apa keperluan atlet jika yang duduk dalam jawatankuasa persatuan sukan pun tak pernah bersukan?! Paloi sungguh la...

13. Entah bilalah nak dapat tengok pasukan Harimau Malaya beraksi di World Cup. Sempat tak agaknya kita tengok pasukan Malaysia masuk World Cup sebelum KJ meninggal?

Syiah...syuh...syuh!!

Warga Negeri Sembilan khususnya, dan negeri lain amnya di jemput hadir ke majlis "Seminar Ancaman Syiah Kepada Akidah, Akhlak, Syariat dan Negara" seperti butiran berikut:-

Tarikh: 15 November 2013 bersamaan Jumaat (hari ini)
Masa: 2.30 petang
Lokasi: Dewan FELCRA, Jalan Melang Kuala Pilah
Penceramah Khas: Ustaz Zamihan Mat Zin, Kementerian Dalam Negeri

Semoga kehadiran semua dirahmati Allah SWT demi majlis ilmu untuk kesejahteraan ummah!

Thursday, November 14, 2013

COMANGO Agenda Yahudi & Nasrani

COMANGO atau sebutan panjangnya "Coalition of Malaysian NGO" baru-baru ini telah menyediakan serta menyerahkan suatu laporan kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) bagi proses semakan berkala sejagat Majlis Hak Asasi Manusia (UNHRC - Universal Periodical Review). Laporan tersebut dimasukkan dalam Laporan Pemegang Kepentingan (Stakeholder’s Report) bersama dengan laporan dari NGO-NGO lain sama ada dari luar atau dalam Malaysia berkaitan pelbagai isu hak asasi manusia .

Tujuan laporan tersebut kononnya untuk memberi gambaran kepada UNHRC tentang isu-isu hak asasi manusia dan bagaimana isu-isu tersebut dikendalikan di Malaysia selaku negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN). Apabila Laporan tersebut sampai ke pengetahuan umum ia menjadi kontroversi dan dipertikaikan kerana beberapa sebab iaitu:-

1. COMANGO bukanlah wakil suara NGO-NGO di Malaysia kerana dalam 54 badan NGO yang kononnya bergabung di bawah COMANGO hanya 12 buah badan sahaja yang berdaftar manakala selebihnya tidak berdaftar dan badan-badan yang tidak berdaftar ini di dakwa terdiri dari pihak yang sama sahaja.

2. Isu yang disentuh dalam laporan COMANGO ada yang menyentuh sensitiviti agama dan bertentangan dengan nilai tatasusila rakyat Malaysia antaranya menggesa Malaysia untuk mengiktiraf hak-hak Sexual Orientation and Gender Identity (SOGI) seperti hak Lesbian Bisexual Gay dan Transgender (LBGT) agar amalan orientasi seksual songsang yang di amalkan golongan ini boleh diamalkan secara bebas di Malaysia.Ini termasuk gesaan untuk memansuhkan beberapa kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan undang-undang syariah yang memperuntukkan hukuman ke atas sodomi dan hubungan sesama jenis yang diamalkan atas dasar suka sama suka.

3. Disamping itu Malaysia turut digesa agar menandatangani dua treati hak asasi manusia. Pertama, International Covenant on Civil and Political Right (ICCPR) yang mana ada menyebut tentang kebebasan beragama, memilih agama dan menukar agama termasuk murtad. Kedua, International Covenant at Elimination of all forms of Racial Discrimination (ICERD) yang secara langsung mencabar keistimewaan orang Melayu dan semangat kontrak sosial yang menjadi dasar di Malaysia.

Persoalannya, apa kesan gesaan COMANGO kepada orang Melayu di Malaysia? Pandangan aku pada masa sekarang dan semasa mungkin tidak ada apa-apa tetapi pada masa akan datang iaitu zaman anak-anak kita, ia boleh memberikan kesan porak peranda. Walau apapun tidak dinafikan cetusan-cetusan serta bibit-bibit untuk memporak perandakan ini sudah dapat dilihat dan akan menjadi lebih teruk jika tidak dikekang.

Bagi aku apa yang digesa oleh COMANGO ini adalah nilai dunia barat yang korup dan budaya liberalisma dalam beragama yang disulam menjadi mauduk serta isu hak asasi manusia. Golongan ini mahu badan dunia seperti PBB untuk mendesak- paksa Malaysia selaku negara anggota PBB untuk menerimanya. Jangan suatu hari nanti ada pemimpin negara ini yang biol menerima gesaan ini maka akan bermulalah porak peranda di negara ini.

Tidak lama dahulu satu negara dikejutkan dengan berita serta gambar dalam anak muda lelaki Melayu yang siap bertanjak berkahwin dan bercium dengan pasangannya seorang lelaki barat di dalam sebuah Gereja diluar negara.Setelah sedikit gembar gembur, peristiwa tersebut terus senyap dan semakin hilang dalam ingatan kita semua. Tergamakkah kita lihat perkara yang sama berlaku di depan mata kita di negara kita sendiri? Ini boleh berlaku jika pengiktirafan yang diminta diberikan.

Melihat pula isu kebebasan beragama, kebebasan memilih agama dan kebebasan menukar agama seperti yang digesa oleh COMANGO aku teringat kembali ucapan serta ceramah "kawan aku" bekas ahli DAP yang menyatakan tentang perancangan rahsia DAP yang antaranya adalah kebebasan beragama, kebebasan memilih agama dan kebebasan menukar agama sama seperti yang digesa oleh COMANGO. Adakah ini kebetulan atau mereka ini adalah orang yang sama? Menurut "kawan aku" itu matlamat rahsia DAP adalah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian. Adakah ini juga matlamat COMANGO?

Melalui pembacaan serta penglibatan aku dalam mengikuti ucapan,ceramah serta seminar mengenai kenegaraan, nilai tatasusila dan agama yang menjadi dominan di sesebuah negara adalah nilai tatasusila yang diamalkan dan di anuti oleh majoriti rakyat di negara tersebut. Dalam konteks Malaysia majoritinya adalah Melayu dan seharusnya agama Islam dan nilai tatasusila serta akhlak Islam dan Melayu yang diamalkan. Ini juga di nyatakan dalam tafsiran Melayu dalam Perlembagaan dan periktirafan Perlembagaan bahawa Islam adalah agama negara ini. Adakah gesaan COMANGO atau perancangan rahsia DAP ini bermatlamat mahu menukarkan nilai tatasusila dan agama yang dominan di Malaysia ini?

Secara teorinya, jika majoriti rakyat atau orang Melayu menerima nilai tatasusila barat dan amalan liberalisma beragama ini, adalah tidak mustahil ini akan berlaku. Jika itu berlaku, apakah akan jadi kepada generasi kita orang Melayu? Adakah kita boleh diterima sebagai orang Barat kerana mengamalkan cara dan nilai mereka? Atau menjadi seperti negara Turki semasa pemerintahan Mustafa Kamal "Atta Turk" yang keterlaluan mahukan bangsa Turki diterima sebagai bangsa Eropah sehingga sanggup menggadaikan agama dan nilai mereka sendiri. Sehingga kini setelah berpuluh tahun mayat “Atta Turk” keras dalam simen dipamerkan kepada khalayak ramai di Turki, negara-negara Eropah masih tidak mengiktiraf Turki dan bangsanya sebagai negara dan bangsa Eropah. Adakah itu yang mahu kita lihat terjadi kepada orang Melayu di masa akan datang?

Sebelum tidur (hari ini) mari kita buka Al Quran dan lihat Surah Al Baqarah ayat 120 dan mari kita baca renung dan fahami. Orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu (Islam) sehingga kamu mengikuti cara mereka. Adakah COMANGO ini bentuk Yahudi dan Nasrani seperti yang dinyatakan dalam kalam Tuhan?

Wednesday, November 6, 2013

Najib & Sahak


Di sebalik kesibukan jadualnya, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor masih sempat menunaikan jemputan.

Sebentar tadi, Najib dan Rosmah dilihat menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Datuk Ishak Ismail.

Majlis persandingan Irna Izura Datuk Ishak dan pasangannya, Muhammad Hishamuddin yang diadakan di Dewan Komuniti Pantai, Seremban itu turut dihadiri Yang Dipertua Menteri Melaka, Tun Khalil Yaakob serta Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Haron dan isteri.

Turut hadir adalah Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Mubarak Dohak, serta pemimpin-pemimpin BN dan pembangkang negeri yang lain.

Perdana Menteri meluangkan masa hampir satu jam beramah mesra dengan pasangan mempelai dan ahli keluarganya sebelum berangkat meninggalkan majlis sekitar jam 3.30 petang.

Mynewshub mengucapkan selamat pengantin baru buat Irna Izura dan Muhammad Hishamuddin. Sudah pasti majlis ini akan dikenang mereka seumur hidup memandangkan ia dihadiri pemimpin tertinggi negara.



Read more: mynewshub.

p/s: Err...Tok Sahak tak jomput skali Montori Bosar N9 ko?

Friday, November 1, 2013

Jikalau anak buah Tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patik pun mengubahkanlah!!

Kitab Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin ada mencatatkan tentang Seri Teri Buana (Sang Sapurba), merupakan raja Palembang mengadakan perjanjian atau waad dengan Demang Lebar Daun. Perjanjian itu dibuat apabila Seri Teri Buana yang juga moyang Parameswara ingin memperisterikan anak perempuan Demang Lebar Daun, Wan Sendari yang cantik paras rupanya.

Perjanjian tersebut kemudian telah dianggap sebagai perjanjian taat setia tidak berbelah bahagi rakyat terhadap raja dan perlindungan raja terhadap rakyat jelata. Perjanjian tersebut berbunyi begini:

Sembah Demang Lebar Daun kepada Seri Teri Buana, "Jikalau anak patik Tuanku peristeri, nescaya kedal ia, tetapi jikalau Tuanku mau berwaadat (membuat perjanjian) dengan patik, maka patik persembahkan anak patik ke bawah Duli Yang Dipertuan".

Maka titah Seri Teri Buana, "Apa yang dikehendaki oleh bapaku itu?" Maka sembah Demang Lebar Daun, "Adapun Tuanku segala anak cucu patik sedia akan jadi hamba ke bawah Duli Yang Dipertuan, hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu duli Tuanku. Dan jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya pun, jangan difadhilatkan, dinista dengan kata-kata yang jahat, jikalau besar dosanya dibunuh, itupun jikalau berlaku pada hukum syarak".

Maka titah Seri Teri Buana, "Akan pinta bapa iu hamba kabulkanlah, tetapi hamba minta satu janji pada bapa hamba". Maka sembah Demang Lebar Daun, "Janji yang mana itu Tuanku?"

Maka titah Seri Teri Buana,"Hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba (rakyat) jangan durhaka (derhaka) pada anak cucu kita (raja), jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekalipun". Maka sembah Demang Lebar Daun, "Baiklah, Tuanku. Tetapi jikalau anak buah Tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patik pun mengubahkanlah".

Maka titah Seri Teri Buana, "Baiklah, kabullah hamba akan waad (perjanjian) itu".

Maka, sebab itu orang Melayu perlu menumpahkan kesetiaan kepada raja selagi baginda berlaku adil dan tidak zalim. Manakala, raja memiliki tanggungjawab untuk melindungi dan bersikap adil terhadap rakyat jelata. Raja Melayu adalah payung rakyat. Raja dan rakyat berpisah tiada.


Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive