Saturday, May 24, 2014
MAFIA! PENYAMUN! CARTEL!
Thursday, May 22, 2014
Luka lama Berdarah kembali
Monday, May 19, 2014
Dyana Sofya: Simbol KEGAGALAN UMNO
Sunday, May 18, 2014
MEDIA SOSIAL: SATU AGENDA DAJJAL?
Wednesday, May 14, 2014
Apa pentingnya BRICS?
BRICS adalah gagasan ekonomi 5 negara iaitu Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan. Antara asas dan objektif utama penubuhan BRICS ialah untuk tidak lagi mengunakan matawang dollar Amerika dalam perdagangan sesama negara tersebut.
Dan gagasan tersebut sejak di tubuhkan pada tahun 2009 merupakan suatu ancaman langsung kepada hagemoni matawang dollar dan ekonomi Amerika Syarikat.
Bayangkan apa akan terjadi kepada ekonomi Amerika jika kesemua negara tersebut mula melepaskan pegangan mereka ke atas dollar Amerika di dalam simpanan mereka? China sahaja dipercayai memiliki hampir USD4 trillion di dalam simpanan mereka sebagai rezab matawang asing.
Berkemungkinan juga penubuhan gagasan BRICS juga bertitik tolak dari SERUAN BERANI Tun Mahathir suatu ketika dahulu yang pernah MENCABAR masyarakat dunia supaya tidak terlalu bergantung kepada Dollar Amerika sebagai matawang utama perdagangan dunia. Rasanya semua maklum Tun Mahathir pernah mencadangkan penggunaan dinar emas atas ciri yang sama dilakukan gagasan BRICS hari ini.
Dollar Amerika pada asasnya tidak mempunyai sebarang nilai kerana tidak disokong oleh asas ekonomi yang kukuh selain Amerika juga merupakan negara yang paling BANYAK BERHUTANG di dunia.
Jika bukan kerana dollar Amerika merupakan matawang 'de facto' perdagangan dunia, nilai matawang tersebut secara perbandingan sebenarnya tidak lebih dari nilai sehelai kertas tandas yang tertera di atasnya perkataan In God We Trust.
Dan kita juga tahu penubuhan ΤΡΡΑ adalah semata-mata alat bagi Amerika untuk melemahkan ekonomi China dan gagasan BRICS. Sebelum tahun 2009 Amerika tidak menunjukkan sebarang minat dengan idea penubuhan TPPA yang ketika itu hanya melibat kan 4 negara iaitu Singapura, Brunei, Chile dan New Zealand. Tetapi apabila BRICS secara rasmi di tubuhkan pada bulan April 2009, inisiatif penubuhan TPPA di 'hijack' oleh Amerika pada tahun yang sama dengan melibatkan 8 lagi negara termasuk Malaysia.
Sebagai negara yang sumber pendapatannya banyak bergantung kepada eksport komoditi, sebenarnya adalah lebih bijak dan lebih menguntungkan jika Malaysia menyertai gagasan BRICS yang menyediakan akses kepada pasaran yang begitu luas dengan lebih 45% penduduk dunia.
Namun dibawah pentadbiran hari ini, negara kita mengambil jalan songsang dengan memilih untuk menjadi BIDAK dan CATUR Amerika apabila menyertai perbincangan menubuhkan TPPA yang tidak memberi sebarang kelebihan kepada kita.
Pelik juga apabila media arus perdana Malaysia langsung tidak memberi sebarang liputan mengenai BRICS. Malah cadangan Tun Mahathir agar kerajaan mempertimbangkan BRICS juga turut dipandang sepi. Adakah cengkaman APCO terhadap kerajaan terlalu kuat?