Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Thursday, December 18, 2014

Sandiwara Mohamad Hasan

1. Dah lama kami tak 'usik' Mohamad Hasan..sampai ada yang sangka Paneh Miang pun dah 'dibeli' Menteri Besar Negeri Sembilan tu..heh!

2. Masa PAU 2014, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said, Ketua UMNO Permatang Pauh telah berjaya curi tumpuan perwakilan apabila menegur pemimpin UMNO yang cakap tak serupa bikin. Beliau gunakan istilah pemimpin UMNO 'authentic' iaitu cakap lain tapi buat lain. Mohd Zaidi turut menjadikan Jokowi (Joko Widodo), Presiden Indonesia sebagai contoh pemimpin yang beperwatakan asli dan 'authentic' hingga mendapat kepercayaan rakyat Indonesia bagi memimpin negara tersebut.

3. Sebelum berlangsungnya PAU 2014, Utusan Malaysia melaporkan Mad Hasan nak rombak Dasar Perumahan Negeri Sembilan. Dilaporkan juga Mad Hasan dah bagi arahan pada PBT untuk tangguhkan permohonan mana2 pemaju untuk sebarang projek pembinaan baru di Negeri Sembilan hingga dasar baru perumahan dilaksanakan tahun depan. Juga disebut di bawah dasar baru itu mengenai ketetapan kuota Bumiputera sebanyak 50% untuk pembinaan rumah lingkungan harga RM75,000 ke bawah, RM150,000 ke bawah dan RM250,000 ke bawah agar orang ramai mampu miliki rumah.


4. Tatkala rakyat rata2nya mengeluh tentang harga rumah yang kian mencanak serta keperluan untuk lebih banyak rumah mampu milik dibina, polisi sebegini sememangnya sesuatu yang dinantikan oleh rakyat. 

5. TAPI..bak sindiran P. Ramlee dalam filem 3 Abdul, "Ini undang2 sangat bagusss.."?!

6. Bagi mereka yang mengenali Mad Hasan secara umum, mungkin akan terpesona bila membaca laporan akhbar tersebut. Namun bagi yang betul2 kenal, pasti akan menggeleng dan terfikir..Mad Hasan dah mula nak bersandiwara!!

7. Sebuah projek perumahan kini sedang dibangunkan di kawasan Kelab Golf Antarabangsa Seremban (SIGC) bersebelahan Taman Palma Jaya Perdana (PJ Perdana) berdekatan Paroi Jaya Seremban. Di situ sedang giat dibangunkan rumah2 banglo mewah oleh sebuah syarikat pemaju yang berkonsepkan matrix di atas TANAH KERAJAAN seluas 42 ekar yang berstatus Tanah Rezab Melayu. Kebanyakan harga rumah mewah di SIGC itu berharga lebih RM900,000 dan ada juga yang telah pun menjangkau lebih RM1 juta. 

Jalan masuk ke tapak projek..

8. Pada mulanya, pembodek Mad Hasan mengkhabarkan projek perumahan itu dibuat khas untuk menarik orang2 kaya Melayu yang bekerja di Kuala Lumpur untuk beli rumah di situ; dan sebab itulah projek tersebut dibina atas Tanah Kerajaan berstatus Rezab Melayu. 

9. Tapi akhir2 ni dah terbalik pulak..lebih 50% rumah dalam projek tersebut telah pun terjual kepada pembeli Cina. Rupa2nya tanah yang berstatus Rezab Melayu itu telah pun ditukar statusnya kepada pegangan bebas. What the heck?! Entah tanah corok mana la yang nak dijadikan tanah ganti bagi Tanah Rizab Melayu yang dah jadi pegangan bebas tu. Entah2 tak berganti langsung!! 

10. Khabarnya semua ini berpunca daripada seorang punahsihat Mad Hasan yang ada bunyi "Lah" di penghujung nama, sebagai penyebab Tanah Rezab Melayu itu terhapus. SIGC bakal dapat untung daripada Cina2 yang beli rumah di situ melalui kutipan yuran bulanan kerana pembeli2 rumah turut diberikan keahlian SIGC secara percuma. "Easily RM30,000 a month", kata punahsihat Mad Hasan.

11. Pemaju dapat untung! Punahsihat dapat untung! SIGC dapat untung! Pembeli Cina untung dapat sakau Tanah Rezab Melayu..TAPI orang Melayu untung apa? Apa pulak keuntungan untuk anak muda yang struggling nak beli rumah? Apa untung yang orang Melayu Negeri Sembilan dapat? Orang Melayu Negeri Sembilan dengan mudahnya hilang hak apabila tanah Rezab Melayu tergadai kepada Cina dek Mad Hasan?!

12. Kenapa Mad Hasan tak bina saja rumah mampu milik di SIGC tu? Kenapa mesti tanah kat corok Jelebu nak dicarikan untuk bina rumah mampu milik, padahal tanah berharga (prime land) di kawasan bandar dijual pada orang kaya dan orang Cina? Rakyat kebanyakan dan orang Melayu hanya mampu tengok saja tanah yang dipijak jadi milik orang..sedangkan Mad Hasan dan kuncu2nya bergelak ketawa sambil hisap curut Habana di coffee house!

13. Orang UMNO di Seremban harus sedar yang projek itu dibina dalam DUN Sikamat. Di PRU-13, UMNO/BN kalah di DUN Sikamat dengan majoriti lebih 500 undi. Kini dengan pembelian rumah secara beramai2 kaum Cina dalam projek tersebut, dijangka akan berlaku pertambahan lebih 200 pengundi Cina yang akan bermastautin di sana. Mengikut trend, orang Cina akan mengundi di kawasan mana yang mereka tinggal. Berdasarkan hakikat itu, bolehkah UMNO/BN menang semula kerusi DUN Sikamat di PRU-14 nanti? 

14. Apa dasar perumahan negeri yang dirancang Mad Hasan sebenarnya? Sedangkan projek perumahan sedia ada depan mata pun tak mampu dilaksanakan kuota 50% untuk Bumiputera, apatah lagi nak buat rumah mampu milik!!

15. Syarikat pemaju yang berkonsepkan matrix itu juga kononnya telah 'memajukan' Bandar Baru Sendayan. Tapi wujud ke rumah mampu milik yang ditawarkan di Sendayan? Setahu kami tawaran untuk buat malam Holloween..adalah di Sendayan. Ada ke Mad Hasan terfikir nak letakkan syarat untuk syarikat berkonsep matrix itu bagi kuota 50% untuk orang Melayu? 'Authentic' ka pemimpin macam Mad Hasan yang cakap lain buat lain?!

16. PERKASA dah berikrar nak pertahankan Tanah Rezab Melayu di negara ini. Pengerusi PERKASA di Seremban pula ialah Mohd Nor Awang. Adakah PERKASA Seremban boleh diharapkan untuk menyanggah Mad Hasan dalam kes ini? Adakah UMNO Bahagian Seremban yang diketuai Haji Abu Ubaidah hanya akan berdiam diri dalam isu ini?

17. Baru2 ini Lilah Yassin, ADUN Palong dari UMNO telah dihalau keluar Dewan Undangan Negeri kerana mengatakan Mohamad Hasan menipu. Adakah benar Mohamad Hasan selama ini seorang penipu?

14 comments:

  1. Tak abih lagi ko nak mentekedarah ghoto negori ni mat? Cukup la tu. Bantu la melayu lain jadi kayo mat, bukan asik ponoh tembolok kogo sendighi ngan pembodek ko tu. GHoto ni tak bulih bawak mati mat. Nak bantu oghang melayu bukan cagho naik an elaun jkm ngan bagi lobih duit baitulmal doh. Banyak iks melayu ko patut bantu bukan kayo an laie kawan cino matrix konsep ekau tu.

    ReplyDelete
  2. Agak ey sobab tu la tok azman kek fb ey buek status nampak na cam merayu bona doa supaya adik ey koka jadi mb nisimilan. Yalah..sok kok adik ey takde power dah..sapa nak peduli an kogo dia kan? Masa ado power ni sumo bondo nak dighembat ey.

    ReplyDelete
  3. den sokong tokmat. tokmat mb yang bagus. dalam n9 tokmat sorang je handa loghat n9. idup tokmat. mampuih paneh miang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ekau ni edy sokong ko nyindir mat asan tu? Haha..lawak la ekau ni.

      Delete
  4. Merungut lagi ,apo kejadahnyo,den ni pun tak lah berapo suko kek Tok Mat ni,tapi kalau boto dio buek salah reportlah pado Polis atau MACC.Orang macam dio ni,panjang akal dio untuk melopehkan tongkonnyo sobab dio dah buek kajian yang teliti.Tak payahlah kito nak menyalak,menghabehkan boreh jo,macam cerito lamo,lohe GE dio jadi Montori Bosar gak,kito macam biaso jo,merunggut,komplen macam langau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. abih tu ekau nak suruh sonyap kan ajo ko? bia pemimpin buek sesuko ati? dah ko koba buek repot pun dio panjang akal..baik buek kecoh macam blogger ni.

      Delete
  5. Nak dgar comment dari sebelah pehak pula. Benar dakwaan tersebut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam betul aje? Org tok mat tolong jwb....

      Delete
  6. Camno ni En md nk n.s jatuh ke tangan pembangkang gak ke, tolong check org2 tok mat hal ni, penat den pangkah kerajaan yo kalo asyik kaya kn poket sendiri , n.s kasi up sikit , buat zoo ke , tmpt2 menarik di ns cantikkn jgn nk naikkn harga Umah yo pas tu kaya kn kroni sendiri.

    ReplyDelete
  7. DUIT! DUIT! BRO! BILA HABUAN DAH DEPAN MATA PASTI TERLENTOK PUNYA.SEGALA JANJI DAN PENDIRIAN TOLAK KETEPI.BILA PERKASA DAN ISMA BISING DEMA DOK KUTUK KATA EKSTRIMIS.TAPI DEMA SENDIRI DOK RANCAK JUAL HAK MELAYI.PAS RANCAK JUAL AGAMA,IUMNO RANCAK JUAL TANAH REZAB MELAYIU

    ReplyDelete
  8. Apo lai jang repotlah.jgn tak repot.Boleh repot polis MACC.sapo lagi bomba pun buleh.Kato jgn ontokx ajo.

    ReplyDelete
  9. ...


    Peremajaan Najib - Pemimpin BN Sindir Anak Muda Pahang TerLAJAK BODOH!

    Kenapa?

    Anak Muda Pahang Kecik Hati dan Merajuk..

    Kerana UMNO - Setiap Anak Pahang tanggung HUTANG!


    * Kelantan habis bayar hutang BN, Pahang negeri BN menimbunkan hutang.

    Saya Ulang..

    Kelantan habis bayar hutang BN, Pahang negeri BN menimbunkan hutang.

    Sumber Berita

    >> Sumber 1 <<

    >> Sumber 2 <<






    ...


    Anak Muda Johor Terguris - Inilah UMNO... Jahat dan tiada hati perut langsung!!... Kesian Betul!!
    ( Lihat Bukti Di Youtube )

    https://www.youtube.com/watch?v=5WEaBZcx-WE

    https://www.youtube.com/watch?v=vw2B1XMax04

    https://www.youtube.com/watch?v=0tRzqwkqrC0

    https://www.youtube.com/watch?v=0NuxFlS80bg

    https://www.youtube.com/watch?v=SviwJnhNA-Q

    https://www.youtube.com/watch?v=RowxovebgI4



    Sumber Berita

    >> Klik Di Sini <<









    MAKIN PARAH - UTUSAN MALAYSIA Kata Pemuda UMNO 'TERLAJAK BODOH'

    MAKIN PARAH - UTUSAN MALAYSIA Kata Pemuda UMNO 'TERLAJAK BODOH'



    Perjuangan Puteri UMNO BUSUK HINGGA KE USUS - DR.M

    Perjuangan Puteri UMNO BUSUK HINGGA KE USUS - DR.M

    ReplyDelete
  10. La dah timbul budak biol ni.balik.

    ReplyDelete
  11. Mad hasan memang nak jadi Melayu ni macam ayam,bagi makan catuk atas tapak tangan. Langsung x de nak bangunkan orang Melayu. Dia ghoma jadikan Melayu jadi bangsa meminta-minta.Tapi dengan Cina boleh jadikan partner pulak.Wakil rakyat BN sendiri pun peruntukan dikawal dan dicatu.Janganle wakil rakyat tu ngada-ngada nak janji bg duit nak repair surau ke balai raya ke atau nak sumbang kepada persatuan yang sokong BN. Silap haribulan x diluluskan! Dendan wakil rakyat sendiri pun dia x percaya. Di Jelebu YB Jalal dgn YB Razi meraung peruntukan kene control. YB Hj Jai pulak steady sebab dia dapat direct peruntukan Parlimen. Md Hasan ni is a controL freak!

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."
Blog Widget by LinkWithin

Blog Archive