Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, October 30, 2014

KeBAHALOLan Ketua Pemuda BN

Minggu memangkah dan memilih calon Ahli Parlimen Belia idaman Kj. 

Kj sibuk menonjolkan diri dengan kerja kuat sambil tercangkung di semak belukar dengan Rejimen AW 508. Sementara ado yang sibuk menjadi Ahli Parlimen Belia. Elok budak Ahli Parlimen Belia tidak tauliah ini, ditanyo perihal Akta 668 kaitannya dengan Akta 335, Akta 82, Akta 88, Akta 15 dan Perlembagaan Persekutuan 1957.

Sementara ada satu kelompok lagi ialah Felo Perdana (Apperantis sebagai Pegawai Khas kepada Anggota Pentadbiran di Pejabat YB Menteri di semua Kementerian). Sementara ada satu kelompok promo Fit Malaysia, sementara ada satu kelompok kempen jaga tembolok Kj.

Kini Kj kelihatan agak dominan berdasarkan pandangan umum, pengikut diari para Menteri. Namun banyak langkah "durjana" menjadi pilihan dan amalan Kj dalam Kerajaan Persekutuan:

1. Kenyataan "...tak apa, jika pegawai menteri itu tidak menyokong BN atau bukan orang BN. Yang penting dia profesional dalam tugasannya..."

2. Kenyataan "...kita bantah dan mengecam gerakan menjadikan kampus UM sebagai alat politik peribadi..." (Sepatutnya Kj cakaplah lebih GAMPANG seperti "Kita akan cari jalan supaya penganjur ditahan dan ditangkap mengikut peruntukan terkandung dalam Akta Hasutan dan perihal Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan ... dan kita nampak betapa daifnya politiking Saudara Anwar Ibrahim ...")

Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan Ketua Pemuda BN paling "tak bertolo" dan "Bangang" sebab tidak memberi penumbuk sulung kepada Gerakan dan kelompok politik Kiasu dan Kalinga yang dilihat BIADAB. Sama ada kelompok dalam BN mahupun DAP.

Makin lama Pemuda UMNO dibawa ke arus Liberalisme dan Pluralisme, kerana aktiviti seperti:

1. Oktober Fest yang telah dibantutkan oleh Azmin Ali, "tak dipancut" oleh Pemuda.

2. 'I want to touch a dog' berlaku nyata di Shah Alam, "bacul bonar" Pemuda.

3. Gerakan berkampung LGBT yang khabarnya dirancang pada 28 dan 29 Oktober 2014 di Putrajaya, "tak dibahalol" oleh Pemuda.

4. Sukaneka Bogel Pantai di Teluk Bahang, beberapa bulan lalu juga "bolayan" oleh Pemuda.

Ini mungkin bala dan bahana Allah kepada Ketua Pemuda UMNO Malaysia paling BODOH dalam Sejarah Politik Melayu:

1. Hadir merasmi dan melancar buku tulisan Dr, Jeya di DUMC, PJ. (Dewan yang mana menjadi saksi proses pemurtadan Melayu kepada Kristian).

2. Model kulit depan makalah metroseksual sekitar tahun 2009 lalu.

Kelak dijangkakan banyak insiden dan program Liberal dan Plural (yang bakal diPEKAK dan diBUTA) oleh PEMUDA. Antara yang mungkin berlaku;

1. Kempen bogel beramai-ramai di Dataran Merdeka.

2. Kempen nikmati Bak Kut Teh sempena Krismas di Datara Merdeka.

3. Perarakan Ratu Cantik Babi Dunia di KL.

4. Kelab Seks 6 bintang merayakan Jubli Perak.

5. Siaran Azan dikompromi daripada diperdengarkan dalam Bandaraya Kuala Lumpur.

6. Wujud Daratan LGBT di Changkat Pavilion, KL.

7. Promo besar-besaran Bubar 88 dan 82.

8. Promo besar-besaran Hari Arak Sedunia atas tiket Hak Asasi Manusia, bawah Prinsip Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

9. Kongres Kaji Semula Perkara 153 dan Perkara 152.

10. Simposium relevankah Perkara 3 dan Perkara 32 dalam sebuah makna Demokrasi Dunia hari ini?

11. Bertebaran maklumat palsu melalui android, telefon pintar sebagainya yang mengundang kepada provokasi melampau, kesan daripada pembatalan Akta 15. Implikasi kecerdikan kontemporari!

Moga Allah ampunkan rakyat Bumi Melayu.

Friday, October 24, 2014

Antara Rosmah & UAI





Agaknya siapa yang benar dan siapa yang difitnah? Serta yang mana pula cermin kepada perangai sebenar di belakang masyarakat?

Monday, October 20, 2014

Ceritera Bekal

Di sebuah bangunan di Putrajaya, ketika waktu makan tengahari, 3 orang sahabat (semuanya bukan nama sebenar) sedang mengomel tentang bekal makanan masing-masing.

Asan: Alaaa..cendol lagi!! Mentang-mentang la cendol sekarang ni dah turun harga 20sen. Kalau esok aku bawak lagi bekal cendol, aku akan bunuh diri dengan terjun dari atas bumbung bangunan ni.. 

Airy: Ayam percik..ayam percik..ayam percik!! Boleh jadi gila aku makan ayam percik ni. Kalau besok aku bawak bekal ayam percik, aku juga akan bunuh diri dengan melompat dari bumbung bangunan ni..

Ajib: Huh..tak habis2 bekal kangkung goreng belacan. Tiap hari pun aku bawak kangkung goreng belacan. Kalau esok aku bawak kangkung goreng belacan lagi, aku pun akan ikut terjun macam korang berdua.

Keesokannya, ketiga mereka terjun dari bumbung bangunan sebab Asan masih bawa bekal cendol, Airy dengan ayam percik-nya dan Ajib masih bawa bekal kangkung goreng belacan.

Seterusnya wartawan menemubual isteri ketiga-tiga mangsa.

Isteri Asan: Kalaulah saya tahu dia dah tak nak makan cendol lagi, dah tentu saya akan masak ayam..

Isteri Airy: Kalau la dia cakap dengan saya yang dia dah bosan makan ayam percik, dah tentu saya jugak akan masak menu lain ikut seleranya..

Kak Mah: Saya masih bingung lagi ni, kenapa suami saya bunuh diri padahal dia sendiri yang masak bekal kangkung goreng belacan tu setiap hari!!

Saturday, October 18, 2014

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA di LANCAUkan?!

Kesian….makin sehari Negara ini didominasi oleh pemikiran proksi LIBERALIS DAN PLURALIS daripada dalam institusi. Mungkin sedap bunyinya jika Institut Tabiran Awam Negara ditukar kepada Universiti Tadbiran Awam Negara, namun implikasi fizik dan metafiziknya bakal merubah kerangka dan haluan cara Negara Melayu.

Inggeris meninggalkan beberapa buah dokumen pengurusan negara kepada beberapa Institusi Pengurusan Strategik Kerajaan, namun bukan akhirnya ditukar mengikut kehendak membina sebuah legasi atas makna perseorangan.

Rasional demi rasional merubah wajah dan bentuk daripada sebuah institusi bertaraf “sekolah pengkaderan Pegawai Tadbir Diplomatik dan Tadbir Awam” Kerajaan Melayu kepada “Pusat Pengajian Tinggi” apabila dinamakan sebagai Universiti Tadbiran Awam Negara! Yang akhirnya terbias secara semulajadi kepada Universiti Tadbiran Awam Malaysia, yang hilang rahsia tersirat pengasasan sebuah institusi acuan Model Negara Melayu Islam yang dirancang sejak 1946, selepas terbatalnya Penubuhan Malayan Union pada 1 Julai 1946.

Apakah ini Transformasi Kerajaan Najib? Atau ini Transformasi Kerajaan Liberalis yang menjadi pengkhianat dari dalam?

Implikasi reformasi ke sebuah institusi yang menjerat di bawah AUKU 1996, AMAT TIDAK cocok dengan corak kefahaman Kerajaan Demokrasi BerParlimen Raja BerPerlembagaan. UNTAN atau mungkin UNTAM terpaksa membuka pintu kepada Lembaga Penguasa (Board of Governers) yang sifatnya akan “lari” daripada establishment INTAN.

Pastinya, pengajian ini menjurus untuk memberi akreditasi ketinggan ilmu, antaranya menawarkan Pengajian bertaraf Sijil dan Diploma Tinggi, Sarjana Muda Pengurusan Tadbir Awam (mungkin), Sarjana Pengurusan Tinggi Tadbir Awam (mungkin), dan Doktor Falsafah Sains Pengurusan Negara (mungkin) atau Doktor Falsafah Persuratan Tadbir Awam (mungkin). Juga kemungkinan dimahsyurkan UNTAN@UNTAM sebagai Universiti Kecemerlangan Tadbiran Awam Asia-Pasific sebagainya atau juga Pusat Rujukan Dunia dalam konteks Pengurusan Negara!

Persoalannya… struktur dan organisasi tubuh INTAN akan berubah kerangkanya, secara kolektif dan dominan. Namun tidak cukupkah dengan banyak bak cendawan, pusat-pusat kecemerlangan di UM, UKM, UUM, USM, UPM, UTM, UiTM, termasuk yang bukan di bawah AUKU antaranya IDPA (MOFA), ISIS, ASLI, IKIM, Yayasan Kepimpinan Perdana (perpustakaan khazanah dan arkib Perdana Menteri), ISTAC, banyak lagi jika disebutkan.

Nampak gayanya, pemikiran yang digagas oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) yang terlintas untuk mengUNIVERSITI akan INTAN disambut baik oleh graduan baru PTD? Apakah dikaji implikasi jangka panjang reformasi INTAN ini? Apakah diadakan Business Model Canvas dan Business Model Auditing ke atas pemikiran “luar biasa” dan “out of the box” ini? Apakah diadakan Scenario Planning perihal “beyond conventional”  bersama mantan-mantan KPPA dan KSN-KSN serta KSU-KSU juga, Perdana Menteri ke-4 dan ke-5, yang terpacak tegak berdiri dan masih sihat kewarasan mereka?

Lantunan idea ini, kelihatan nampak baik. Namun sedarlah bahawa INTAN bukan “open university”. INTAN ialah “Institusi Pengkaderan Pegawai Awam Kerajaan Persekutuan Malaysia”, seperti di UK, Peranchis, Jerman, Italy, Sepanyol, Portugal dan USA yang masih mengamalkan Dasar Eksklusif kepada proses pemantapan ILMU kepada pegawai awam mereka. Bukan semua fasiliti boleh diplural dan diliberal. Bukan semua institusi boleh di sama rata, ditukar Melayu dan diubah Islam dalam rangka fikirnya.

Penubuhan INTAN sejak dipaksa wujud oleh Tun Abdul Razak semasa beliau bertugas sebagai YAB Timbalan Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu perlu dianalisa dengan tekun dan objektif. Insan pemikir seperti Prof. Di Raja Ungku Aziz bin Ungku Hamid, Prof. Tan Sri Dr. Syed Muhammad Naquib bin Ali Alttas, Dr. Syed Hussin (perintis penubuhan UKM), Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tun Musa Hitam, Tun Abdul Hamid (bekas Ketua Hakim Negara), Tun Abdulllah bin Ahmad dan 30 orang lagi perlu dikonsultasi kerana pandangan untuk merubah INTAN KEPADA UNTAN/UNTAM bakal mengundang “new business entry” kepada “new players” yang kini menguasai sempadan tanahair selepas tragedi MH 370.

Teringat sekilas seperti yang pernah disyarah oleh Tun Hanif Omar, bekas IGP paling lama dan pegawai graduan UM yang pertama orang Malaysia menyertai PDRM, bahawa seawal INTAN tertubuh, salah satu penilaian wajib sebelum layak seorang bakal PTD diterima ke dalam Program Pengkaderan PTD ialah Ujian Kefahaman dan Tulisan Melayu-Jawi. Kini, sudah tiada! Sedih kerana inilah asas yang dibahas panjang oleh Almarhum Zainal Abidin Ahmad (Pendeta Za’aba) seorang tokoh pemikir yang disegani dan digeruni oleh lawan dan kawan, khasnya R.O.Winsted.

Apakah ini tempiasan Government Transformation Programme?

 Atau ini kesan daripada pengaruh Wahabi dalam institusi?

Atau ini kesan daripada proksi-proksi dan pendukung simpati Freemason dalam saraf institusi?

Atau ini kesan dan akibat dek dayungan pelupusan Akta 82, menempias kepada rancangan bubar Akta 15 sebagainya?

Atau ini implikasi kepada berjayanya “Anwarisme” dalam plot-plot Perdana Menteri 1 minit, karangan Anwar Ibrahim manusia yang dikutip oleh Tun Dr. Mahathir untuk dibentuk sebagai manusia, yang akhirnya “makan Tuan”.

Maka, mungkin benar ingatan Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman bin Arshad, bahawa kita sedang dibasahi dengan “air mata darah, bercampur keringat”……..


Thursday, October 16, 2014

Najib KAYAkan Pemaju

1. Bajet 2015..bajet 'pro rakyat' kononnya. Rakyat pun tak pasti sama ada nak gelak atau menangis bila gaji Ahli Parlimen dinaikkan dengan alasan gaji sikit sampai terpaksa ikat perut. Rasanya bajet akan datang elok diperuntukkan juga BR1M untuk wakil rakyat yang 'lebih miskin' daripada rakyat marhaen.

2. Bajet 2015 takde beza pun dengan bajet Najib sebelum ni. Perbelanjaan pembangunan masih kurang berbanding perbelanjaan mengurus, malah bajet Najib semakin meningkat setiap tahun!! Apekehey bajet JPM sampai RM19 bilion? PERMATA pun dapat bajet tambahan RM30 juta? Sewajarnya perbelanjaan pembangunan lebih besar daripada perbelanjaan mengurus untuk menggalakkan ekonomi mikro..ini dah terbalik!!

3. Wang negara sepatutnya dibelanjakan ikut keperluan semasa rakyat, tapi Najib gunakan bajet untuk kukuhkan kedudukan politik melalui BR1M yang kononnya sebagai bantuan terus kepada kumpulan sasar. Adakah BR1M benar-benar sampai kepada kumpulan sasar? Sebab kami pernah nampak yang datang amik BR1M memandu Alphard, Wish, Civic etc. Sebab tu TDM tak berapa berkenan dengan BR1M ni. Banyak hanky panky..sumbat ikan dalam perut berbanding bagi pancing. Bagi BR1M pun, natijahnya undi popular BN tetap merosot PRU-13. Masih lagi Najib tak nak belajar..

4. Kerajaan menggalakkan sikap meminta-minta rakyat melalui BR1M yang secara tak langsung telah mengikis perasaan malu dan kehormatan diri individu tersebut. Bagi manusia, kehormatan diri adalah salah satu keutamaan kerana ia membezakan kita sebagai makhluk yang bertamadun dan berakal berbanding makhluk ciptaan Allah yang lain. Ada hadis riwayat Al-Bukhari, Nabi SAW bersabda yang bermaksud, "Salah seorang daripada kalian yang mengambil tali lalu tali itu digunakan untuk mengikat kayu bakar di atas punggungnya lalu dia menjualnya, maka dia menutup wajahnya (menjaga kehormatannya dengan bekerja) lebih baik daripada dia meminta daripada manusia, yang ada kalanya memberi atau tidak memberi".

5. Kehidupan rakyat makin parah. Bajet 2015 tak dapat mengurangkan kenaikan kos sara hidup rakyat. Walaupun RON95 dan Diesel tak dikenakan GST, tapi subsidi minyak dijangka akan dikurangkan beransur-ansur dan ini dah tentunya akan wujud kesan domino kepada kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Ditambah pulak dengan GST yang akan mula pada bulan April 2015, rata-rata golongan pertengahan dan bawahan akan rasa impak yang sangat besar. BR1M takkan dapat tampung kenaikan kos sara hidup. Bertambah tenat apabila rakyat telahpun memiliki pinjaman tinggi yang perlu dilangsaikan setiap bulan.

6. Setiap tahun dalam bajet Najib akan diumumkan tambahan peruntukan untuk rumah PR1MA, tapi umum tahu, sebuah rumah PR1MA pun masih belum siap dibina sejak diumumkan 2011. Peruntukan ditambah setiap tahun..siapnya belum tau bila. Macam-macam rumah diumum akan dibina..bawah PPR la..bawah RMR la..Rumah Aspirasi Rakyat la..Skim Rumah Pertamaku la..Skim Perumahan Belia la..TAPI kaedah Najib mengatasi masalah kesukaran rakyat membeli rumah kerana harga yang mahal adalah dengan cara menambah unit rumah dan jumlah pinjaman perumahan kepada bakal pembeli?!

7. Andai kelayakan minimum untuk pinjaman perumahan dinaikkan hingga RM600 ribu sekalipun, rakyat biasa ni mampu ke beli rumah harga sebegitu? Ini bukan caranya kerajaan nak menggalakkan rakyat beli rumah, TAPI nak menggalakkan rakyat menambah hutang. Malah kerajaan bagi lesen besar pulak untuk pemaju perumahan kaut untung berganda melalui harga syiling rumah apabila kadar pinjaman perumahan dinaikkan TAPI pada masa sama merendahkan pulak kelayakan pinjaman. Pemaju dikayakan lagi dengan bantuan kerajaan..dan agaknya kebanyakan pemaju perumahan ni kaum mana?!

8. Rakyat kebanyakannya hanya mampu beli rumah sekitar RM150-RM300 ribu. Harga rumah teres saja sekarang ni dah melebihi RM200 ribu di kawasan bandar. Untuk beli rumah berharga RM200 ribu dengan pinjaman kerajaan, jumlah bayaran balik selama 25-30 tahun adalah hampir RM400 ribu dengan bayaran bulanan lebih kurang seribu lebih sebulan. Kalau gaji individu bawah RM3 ribu dengan isteri tidak bekerja, jangan mimpi la dapat miliki rumah sendiri tanpa ikat perut macam Ahli Parlimen. 

9. Apa yang dibisingkan rakyat ialah pendapatan kecil tetapi harga rumah terlalu tinggi. Cara Najib memudahkan pinjaman tidak menyelesaikan masalah rakyat yang tidak mampu menanggung kos sara hidup dan pada masa sama terpaksa bayar pinjaman perumahan yang tinggi. Paling bungko apabila Najib menaikkan pinjaman perumahan dari RM500 ribu ke RM600 ribu. Rakyat marhaen ni jarang nak beli rumah harga RM300 ribu ke atas kecuali dia memang berduit atau bingai tak ukur baju badan sendiri. Jika rumah berharga RM500 ribu, bermaksud bayaran balik pinjaman hampir RM700 ribu. Itu kalau pinjaman kerajaan..kalau pinjaman bank mesti akan lebih lagi. Persoalannya, mampu ke rakyat bawahan yang berpendapatan di bawah RM3,000 nak membayar pinjaman perumahan berharga lebih RM200 ribu, tidak termasuk tanggungan kos kehidupan lainnya? 

10. Memang kerajaan sesebuah negeri ada meletakkan syarat kepada pemaju swasta untuk mendirikan rumah kos rendah bagi rakyat sesebuah negeri. Rumah kos rendah ini ditetapkan harga antara RM35 ke RM45 ribu. Tapi tengoklah bagaimana keadaan rumah kos rendah tu? Sesuai ke dengan sebuah keluarga - suami isteri dengan anak seramai 4-5 orang? Sebab tu gejala sosial semakin sukar dibendung sebab anak-anak lebih senang berpeleseran di luar berbanding duduk di rumah yang tak selesa. 

11. Di Negeri Sembilan, Mohamad Hasan pulak kempen "Duduk di Negeri Sembilan, kerja di KL" yang menyebabkan harga rumah di negeri ni pun jadi tak masuk akal. Bagi orang KL, harga rumah teres RM200 ribu di anggap murah, tapi TIDAK bagi orang Negeri Sembilan yang berpendapatan rendah. Orang KL ramai datang beli rumah di Negeri Sembilan memang la bagus, tapi mereka secara tak langsung telah menyebabkan harga rumah di negeri ini naik mendadak hingga tak mampu nak digapai oleh orang Negeri Sembilan sendiri. Harga rumah tak setara pendapatan rakyat Negeri Sembilan - pendapatan rakyat tak setara kemajuan. Malah harga rumah di kawasan Mohamad Hasan dan KJ di Rembau pun dah cecah RM350 ribu ke atas. Agak eh ramai ko orang kampong kek Rembau tu yang mampu boli?

12. Masalah di Malaysia ni, kawal selia industri perumahan sangat longgar. Pemaju kebiasaannya akan tawar rumah pada staf sendiri, bankers, peguam etc. dengan harga kompetitif, dan kemudian jual di pasaran terbuka. Kat situ dah wujud manipulasi harga. Belum termasuk harga tanah, hubungan kerajaan negeri/persekutuan dengan pemaju (lobbyist) yang menyebabkan harga rumah jadi semakin tak terkawal. Sebab tu rumah PPR yang sepatutnya cuma berharga sekitar RM50 ribu boleh meningkat kepada RM120 ribu di kawasan bandar. 

13. Ketidaksamaan pendapatan (income inequality) semakin melebar. Rakyat terutama Bangsa Melayu semakin sengsara dengan kos kehidupan yang semakin meningkat tetapi pada masa sama pendapatan boleh guna mereka menyusut. Sebab tu rakyat marah bila Ahli Parlimen yang kebanyakannya hidup mewah, dimewahkan lagi dengan kenaikan gaji.

14. Adakah ini strategi kerajaan dan pemaju untuk menghalau  Bangsa Melayu dari kawasan bandar dengan cara menaikkan harga rumah disebabkan ketidakmampuan Melayu itu sendiri?

15. Sebab itulah walau setiap tahun pun Najib bentang bajet, kehidupan rakyat tetap di takuk sama. Rakyat tak minta banyak pun, cuma cukuplah untuk mereka hidup selesa, dapat bergembira sekali sekala tanpa serangan kerajaan pada poket mereka. 

16. Hakikatnya Najib muflis idea..dan kalau macam ni la pe'el Najib mengurus tadbir negara hingga PRU-14, tak mustahil BN akan jadi pembangkang buat kali pertamanya di Persekutuan Malaysia.

Friday, October 10, 2014

Apa pun kita tunggu bajet..

Latiff Ahmad, Timbalan Menteri Pertahanan dan juga MT UMNO kata 40% rakyat Malaysia berpendapatan RM3,000 sebulan yang dikategorikannya sebagai golongan berpendapatan rendah. 

Wahid Omar, Menteri di JPM pulak cakap 71.3 peratus di negara ini berpendapatan atas paras RM3,000 sebulan. Maknanya kalau ikut statistik Wahid, sepatutnya hanya 28.7% saja rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah, bukannya 40% macam yang Latiff cakap.

Entah mana satu yang betul pun tak tau. Zaman Najib ni memang ramai menteri yang suka bagi kenyataan bercanggah. Tu belum KJ atau Nazri atau Ahmad Maslan atau Hasan Malek yang bercakap..kalau tak lagi haru..

Apa-apa pun kita tunggu Bajet 2015 petang ni. Ramai pemuja Najib bagi alasan tunggu Bajet 2015 untuk berhujah mempertahankan tindakan kerajaan naikkan harga minyak 20sen minggu lepas yang menyebabkan harga barang turut sama naik. The damage has been done, baru nak fikir alasan bersandarkan Bajet 2015..adakah sudah terlambat? 

Monday, October 6, 2014

Percayalah cakap saya..

Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata langkah kerajaan mengurangkan subsidi minyak adalah untuk menjaga kepentingan rakyat dan negara bagi tempoh jangka masa panjang. Cuma beliau terlupa sebut selain menjaga kepentingan rakyat dan negara, kepentingan para menteri, staf di PEMANDU dan para konsultan juga perlu diberi keutamaan sebab belanja nak bayar gaji dan elaun mereka itu mencecah jutaan ringgit sebulan.

Perdana Menteri berkata walaupun tindakan itu tidak popular, ia harus dilakukan memandangkan subsidi bahan api yang ditanggung kerajaan setiap tahun sangat tinggi. Lagipun tindakan tidak popular hanya sesuai jika ia melibatkan wang saku rakyat, tetapi tidak mengapa jika Perdana Menteri sendiri menghabiskan berbilion ringgit untuk mempopularkan diri seperti menjalankan siri kempen 1 Malaysia, merasuah melalui BR1M, membanyakkan sepanduk "I Love PM" serta membayar pelobi Amerika dan media barat untuk memuji dirinya sebagai Perdana Menteri.

Malah, katanya, jika langkah itu tidak diambil, ia bakal meninggalkan kesan kepada ekonomi negara berikutan kekurangan hasil untuk perbelanjaan negara; walaupun hakikatnya kekurangan hasil itu disebabkan kerajaan tidak pandai mencari wang melalui pelaburan serta boros berbilion ringgit setiap tahun, maka kepada rakyatlah perlu dibebankan.

"Tahun lepas subsidi bahan api petrol, LPG dan diesel berjumlah RM24 bilion dan ia bukan jumlah yang kecil. Itu belum lagi dikira gaji, elaun, belanja travelling para menteri, penasihat saya dan PTD yang perlu ditanggung setiap bulan," tambah beliau.

"Jika jumlah itu kita tidak kurangkan boleh menyebabkan kita tak cukup hasil untuk menampung perbelanjaan kerajaan. Jadi lebih mudah untuk saya tarik subsidi rakyat berbanding saya potong perbelanjaan Rosmah..eh..tersasul plak..daripada saya potong perbelanjaan kerajaan yang boros setiap tahun," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian watikah dan wakalah lembu korban untuk kawasan Parlimen Pekan sempena Hari Raya Aidiladha, Ahad ini.

Pada majlis itu yang turut dihadiri Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, Najib yang juga anggota Parlimen Pekan menyampaikan 505 ekor lembu untuk seluruh kawasan parlimen itu. Sungguhpun begitu, 505 ekor lembu itu tidak dapat dipastikan sama ada ianya dibeli menggunakan wang kerajaan atau wang persendirian untuk 'memancing' hati penduduk Pekan.

Dalam masa sama, katanya, kerajaan akan mengumumkan pelbagai langkah membantu rakyat menghadapi masalah pengurangan subsidi minyak dalam pembentangan Belanjawan 10 Oktober ini. Cuma mungkin pengumuman langkah-langkah itu akan tenggelam dek kemarahan rakyat yang belum reda disebabkan kenaikan harga minyak 20sen.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata langkah itu termasuk pemberian subsidi bersasar terus kepada rakyat seperti bantuan persekolahan, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan bantuan lain yang akan diumum kelak. Cuma langkah yang tidak akan diumumkan kerajaan ialah bagaimana nak kurangkan perbelanjaan mewah kerajaan berbilion ringgit seperti yang dilaporkan Ketua Audit Negara setiap tahun.

"Dalam bajet akan datang sudah tentu kita akan fikir bagaimana nak bantu rakyat supaya bantuan terus sampai kepada mereka dan kurangkan ketirisan supaya ekonomi lebih kukuh, pertumbuhan ekonomi meningkat dan lebih banyak (hasil) yang boleh kita bagi kepada rakyat. Tapi saya rasa rakyat tahu bila saya sebut 'kita fikir' tu bermakna penasihat dan konsultan saya yang fikir..bukannya saya..sebab saya memang tak mampu nak fikir..saya tau bercuti keluar negara je bila ada masalah," katanya.

Najib berkata kerajaan juga akan mengkaji semula pemberian subsidi pukal bahan api berikutan berlaku kes ketirisan terhadap pengagihan bahan api berkenaan kepada rakyat di negara ini. "Ini kerana subsidi bahan api ketika ini turut dinikmati oleh orang yang lebih kaya, pelancong, pekerja asing dan pekerja asing tanpa izin. Walaupun jumlah mereka tak seramai rakyat majoriti yang susah, tapi kena sekat juga mereka daripada menikmati subsidi. Bagi kerajaan lebih baik korbankan kepentingan majoriti daripada kita bagi peluang yang minoriti tu dapat subsidi."

"Malah baru-baru ini ketika Pilihan Raya Kecil Pengkalan Kubor, saya dapati minyak diesel kita banyak diseludup keluar dari Rantau Panjang untuk dijual di seberang sana (Thailand), walaupun sepanjang PRK tu saya ada di Amerika dan melancong ke luar negara, tapi saya boleh nampak orang seludup tawww," katanya.

Najib dalam pada itu turut mengingatkan rakyat, agar menjadikan elemen pengorbanan, asas dalam mencapai kejayaan. "Kalau kita sanggup berkorban dengan ikhlas hati tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran, Insya-Allah kita akan mendapat ganjaran yang setimpal. Tapi hanya rakyat saja yang perlu berkorban, kami para menteri, konsultan, penasihat, PEMANDU dan PTD susah sikit nak berkorban sebab kami tak berapa nak ikhlas, maklumlah tuan-tuan, bila lagi masanya kami nak bermewah macam ni," katanya. – Agensi Paneh Miang.

Thursday, October 2, 2014

Najib bijaklaksana..

Hujung minggu ni Hari Raya Haji/Korban. Esok mesti ramai yang nak balik kampong..

Balik kampong mesti nak kena isi minyak..bukan boleh isi pakai 'kencing' menteri..

Harga barang persiapan Raya Korban kompom akan naik sedikit sebanyak..harga tiket bas balik kampong pun dah naik..lori yang hantar ternakan untuk dikorban ke rumah-rumah pun mesti akan naikkan caj..alasan harga diesel naik..teori domino..

Bila dah balik raya di kampong, mesti akan kumpul ramai-ramai...jumpa sedara-mara...jumpa member...jumpa orang kampong...berewang sesambil sembelih korban..

Bila dah kumpul ramai2 tu..tentu semua akan borak pasal harga minyak naik..akan kutuk2 kerajaan..kutuk Najib..pertikai belanja Rosmah shopping..kutuk Ahmad Maslan yang asik bagi alasan harga minyak kita lagi rendah dari negara lain..kutuk KPDNKK sebab harga barang tak pernah turun..kutuk UMNO..kutuk BN..

Natijahnya ibadah korban yang sepatutnya diberi ganjaran pahala akan bertukar menjadi dosa sebab rakyat dah naik minyak..

'Hebat' sungguh TIMING kerajaan naikkan harga minyak ni..kan?

Yang hairannya masa raya Melayu pula dinaikkan harga minyak..masa raya Cina tak pulak naik..

Mungkin kerajaan akan bankrap kot kalo naikkan harga minyak lepas Raya Haji..

Mungkin juga kerajaan nak tunjuk masa bentang Bajet 2015 nanti yang kononnya kerajaan masih ada duit..kononnya kerajaan prihatin dengan masalah rakyat..dan disebabkan itu kerajaan akan naikkan BR1M..bantuan sekolah..insentif cukai..bla..bla..bla..

September 2013, Najib pernah cakap yang kerajaan dapat jimat RM1.1 bilion dengan pengurangan 20sen subsidi minyak - TAPI kantung kerajaan pula susut lebih RM4 bilion disebabkan pemberian BR1M. Jadi kalo ikut sifir mudah..bukan ke lagi jimat kalo tak payah bagi BR1M? Jumlah rakyat Malaysia lebih 30 juta dan penerima BR1M hanya melibatkan 7 juta orang yakni mewakili kira-kira 23% penduduk ..so nampak tak 'kebijaksanaan' Najib di sini?!

Agaknya mana rakyat lebih suka - harga barang kekal rendah dengan kuasa beli tinggi..ATAU dapat BR1M?

Apa guna kerajaan kononnya dapat jimatkan berbilion ringgit dengan pengurangan subsidi kalau duit yang dijimatkan tu habis berbilion untuk bayar KONSETAN dan berbilion lebur dek 1MDB..

Kalo berterusan macam ni, apa bezanya sokong Najib berbanding sokong Anwar sebab dua2 pun sama saja nak menghancurkan negara ni..dua2 pun sama saja gilakan pujian Amerika..dua2 pun sama paloi..

Yang kaya kekal kaya..yang miskin bertambah miskin..

Ketika harga komoditi minyak dunia dalam trend menurun..kerajaan Malaysia pula buat keputusan naikkan harga runcit minyak domestik..bukankah pelik?!

Salam Eid-al-Adha buat semua..

Bodoh punya statement..

Blog Archive