Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Tuesday, June 30, 2015

PENIPU: Ku Nan atau Mad Hasan?

1. Sebelum ni Ku Nan koba Pemilihan UMNO ditangguhkan 18 bulan sobab kononnya ia adalah hasrat akar umbi..takdo kono mengono ngan idea MT..

2. Walaupun hampir 22 ribu cawangan UMNO dah bermesyuarat sejak beberapa bulan lepas..tapi takde pulak kedengaran sebarang usul daripado akar umbi untuk menangguhkan Pemilihan UMNO tahun depan. Adakah Ku Nan menipu dan cuba pulak menjadikan akar umbi UMNO sebagai scapegoat?

3. Semalam MBNS aka Mohamad Hasan pulak mengaku dialah yang bawak usul tangguhkan pemilihan UMNO dengan alasan kononnya tidak mahu UMNO berpecah. Ikut celah mana pemilihan akan menyebabkan UMNO berpecah pun tak taulah!! Lagipun Muhyiddin ponah kato dalam PAU lopeh "Saya percaya UMNO tidak akan berpecah sekiranya pemilihan diadakan. Pemimpin UMNO tentunya cukup matang untuk menghadapinya. Pemimpin UMNO mesti meletakkan kepentingan parti melebihi kepentingan diri sendiri dan sekiranya ada yang jadi batu penghalang kepada peremajaan parti, mereka mesti berundur secara terhormat."

4. Namun yang joleh amek ialah Ku Nan sebenarnya MENIPU jika kenyataan Mohamad Hasan semalam diambil kira iaitu usul tangguh pemilihan sebona eh adalah idea anggota MT sendiri dan bukannya hasrat akar umbi sebagaimana yang di dakwa Ku Nan.

5. Najib pulak masa mengumumkan penangguhan..beri alasan sobab nak utamakan rakyat..keperluan rakyat..dasar dan akar umbi serta pengukuhan parti supaya UMNO lebih mantap bagi menghadapi PRU akan datang. Abih tu selama ni UMNO tak utamakan keperluan rakyat ka?..selama ni buat apa?..shopping?..main golf?..kahwin anak?..songlap bebeliyon 1MDB?

6. Agaknya bagi Najib jika berlaku pemilihan sekarang..barisan kepimpinan baru UMNO tidak akan mampu mengutamakan keperluan rakyat dan tak berkebolehan untuk mengukuhkan parti bagi menghadapi PRU14. Kepimpinan UMNO hari ini lemah serba serbi..hanya Najib saja yang hebat..berdarah pahlawan yang mampu kemudi UMNO..orang lain tak mampu..mungkin itu yang dimaksudkan Najib.

7. Apa pun alasan yang diberi untuk meng'halal'kan jangka hayat jawatan dunia memasing..realiti di bawah hari ini, akar umbi dan rakyat marhaen hanya ketawa sinis..senyum dalam diam..gelak belakang2..sebab rupanya 'pendekar Bugis berdarah pahlawan yang kononnya sangup menempuh gelora badai bla..bla..bla..' hakikatnya seorang penakut..chicken..

8. Najib yang sebelumnya begitu jobor (bolagak dalam bahaso n9) mengatakan yang dia kononnya elected democratically sebagai Presiden dan PM..tapi hakikatnya terpaksa tangguh pemilihan sobab takut dicabar dan hilang jawatan.

9. Mungkin Najib dan punahsihatnya masih tak sedar yang budak sekolah sekarang pun dah buat bidalan "penakut macam Najib". Belum pernah dalam sejarah Perdana Menteri Malaysia dan bininya jadi bahan lawak rakyat secara terbuka dan berleluasa. Maka tahniahlah Najib sobab dah jadi trend setter..

33 comments:

  1. nak diherankan apa kalau tangguh pun?selama ini sejak zaman mahathir lagi dah ditangguhkan.kenapa sekarang di pertikaikan?sebab itu kita lihat pemilihan umno selalu di buat selepas pilihan raya.bermakna hampir lima tahun baru buat pemilihan.sampaikan TS Anuar Musa pernah mencadangkan agar pemilihan umno diubah kepada lima tahun sekali,bukan lagi tiga tahun sekali.bila hati dah benci dan menyampah buat apalah saja mesti ada yang mempertikaikan! berfikiranlah secara dewasa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello mat tongong (Kutukan Hapraq) - betul apa yang mamat hapraq ni kata kenapa dulu tidak dipertikaikan ? Untuk matluman mat tongong aka Kutukan Hapraq pasai dulu tak dak skandal 1MDB yang hutang berbillion sehinggakan sesetengah wang tu pergi entah kemana yang siNajib bacul serta anjing anjing nya pun tidak dapat memberikan jawapan sampailah kehari ini.

      Delete
    2. Ada sebab orang dolu2 gubal perlembagaan umno utk jawatan dipilih 3 tahun sekali wahai sedara dewata. Bukan suka2 undang2 tu dibuat. Taakulan kena lebih.

      Delete
    3. Presiden sblm2 ni x penah mengaku diri pahlawan so x kisah la kalo dorg tangguh pun...lgpn dorg tangguh.sbb pru dah dekat...tapi najib dah la mengaku ada darah pahlawan la..bugis la..tempoh badai la...tapi tangguh bertanding....apa barang..roti canai najib roti kosong...dan pru lambat lagi...apa puny tur mau tangguh2..

      Sudah la najib takut muhyiddin cabar dia..itu je..bacul main taktik kotor..

      Delete
    4. dolu2 tiap2 kali PRU menang 2/3..dolu2 tiap2 kali PRU undi majoriti pun menang..nak tangguh smpi 20 tahun pun xpa..sebab rakyat sokong kuat..pemimpin BACUL mmg suka heret masalah sendiri dengan parti mcm peliwat

      Delete
    5. Ramai juga pewaris2 khoja hassan dan raja mendaliar kat sini. Jap lagi mesti diaorg berpakat dengan jawa minang nak jatuhkan umno.....semuanya sebab dengki khianat dan fitnah.

      Delete
    6. Takyah pakai jawaminang de bhai, pakai puteri minang no2 tercantik asia pun dah cukup nak jatuhkan pemimpin umno bugis bangang kau tu.

      Delete
    7. Saya sangat bersyukur atas rahmat yg diberikan kepada saya dibulan ini karna alhamdulillah melalui MBAH RAWAIRE saya sekaran sudah bisa sukses atas nomor yg diberikan kepada saya dan saya yg dulunya cuma seorang TKW dari singapur yg gajinya tidak pernah mencukupi kebutuhan keluarga saya dikampun dan alhamdulillah berkat bantuan MBAH RAWAIRE kini saya sudah bisa pulang kampun,saya bersama keluarga dikampun sudah punya usaha sendiri dan saya tidak pernah menyanka kalau saya bisah seperti ini,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH RAWAIRE di nomor 085-316-106-111...karna alhamdulillah saya menan nomor togel dari MBAH dan kalau uang indonesia 750 juta,,ini bukan rekayasa dari saya dari IBU RISKA.untuk lebih lenkapnya silahkan buka SITUS MBAH RAWAIRE












      Saya sangat bersyukur atas rahmat yg diberikan kepada saya dibulan ini karna alhamdulillah melalui MBAH RAWAIRE saya sekaran sudah bisa sukses atas nomor yg diberikan kepada saya dan saya yg dulunya cuma seorang TKW dari singapur yg gajinya tidak pernah mencukupi kebutuhan keluarga saya dikampun dan alhamdulillah berkat bantuan MBAH RAWAIRE kini saya sudah bisa pulang kampun,saya bersama keluarga dikampun sudah punya usaha sendiri dan saya tidak pernah menyanka kalau saya bisah seperti ini,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH RAWAIRE di nomor 085-316-106-111...karna alhamdulillah saya menan nomor togel dari MBAH dan kalau uang indonesia 750 juta,,ini bukan rekayasa dari saya dari IBU RISKA.untuk lebih lenkapnya silahkan buka SITUS MBAH RAWAIRE


      Delete
    8. Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan MBAH RAWA GUMPALA yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti,MBAH RAWA GUMPALA juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penarik silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di 085316106111 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya. BUKA BLOG MBAH RAWA GUMPALA

      Delete
  2. Betul jugak apa dewa ni cakap. Lagipun MB dah cakap dia taknak UMNO berpecah 1234 ABCD. Dah tu selama ni UMNO berjaya sgt ke satukan melayu? Dalam parti sendiri pun bertelagah nak setelkan hutang bos. Pijaklah bumi nyata, jgn ter awang di angkasa. Niat biar jelas.
    Kita hidup dunia zaman keyboard ni, kene terimalah info senang dapat. Kalau dinding SIGC tu boleh cakap, silap2 dia boleh ceritakan MB negeri mana duk main lendir kat dalam tu. Apapahal pun menteri keybod semua jgn serang peribadi ok. Itu rules dari menteri suci.
    Tapi jelaslah bagi teman penangguhan tu menampakkan yg keybod warrior berani sikitlah dari wannabe bugis warrior. Shame on u. Cakap tak serupa bikin.

    ReplyDelete
  3. Melayu kearah menjadi abu dan arang kat negara sendiri....

    ReplyDelete
  4. Penangguhan itu banyak hikmah di sebalik kurang senang sesetengah pihak.

    Biarlah pihak yang bertanggungjawab sekarang menghadapi apa yang akan berlaku di masa hadapan. PRU - kita nak lihat akar umbi mana yang akan setia pertahankan parti. Tidak perl;u dihujani dengan batu atau kayu, just tanya saolan???

    Aku tak umum keluar parti atau tak sokong parti sebab aku masih nak duduk di dalam nak tengok monyet beruk berloncatan sakan dan apabila sampai masa, aku nak tengok perangai bangkai ini semua.

    Ketua Bahagian dan calon akan turun bersalaman sampai ke jamban depa sanggup tunggu.

    ReplyDelete
  5. Para pemimpin UMNO sekarang memang dah sedia terlatih bab menipu.

    President ,menipu > MT , MT menipu > bahgian , Bahgian menipu > cawangan , Cawangan menipu > ahli -ahli .

    Kok bodayo begitu !.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umno monipu. Pkr tak monipu? Dap tak monipu? Pas tak monipu? Bapak segala ponipu dah masuk penjara. Padan muko.

      Si mamak tak monipu? Berbelit si mamak nak menolak tuduhan2. Puihhhh...

      Delete
    2. Bukan main bersungguh keris mangkok berayon a.k.a. mat rempit pertahan najib penakut tu..si keris ni pantang najib di kritik terus di label rba..mat rempit poyoo..!!

      Delete
  6. Sokongan pd najib tu palsu, berkepntgn, tp sokongan pd Tun demi survival UMNO.
    Tunggu ajeler result PRU14 kot dipnjgkan umur.

    ReplyDelete
  7. Sebaiknya tukar saja perlembagaan parti...buat pemilihan 20 tahun sekali kan senang

    ReplyDelete
  8. Paneh Miang maaf lari tajuk sikit ja sebenarnya Ah jib gor lagi PENIPU dari Tunai ke Unit. Menipu dalam Parlimen pulak tu.

    ReplyDelete
  9. Tangguh untuk memudahkan Presiden UMNO meletak jawatan sebab BN akan kalah dalam PRU14!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah berak merata-rata baru nak suruh orang cuci, memang tak guna betul Najib ni!

      Kepada Keris Berayon, Ted Manoff, Nek Tempoyak, sokonglah membawa rebah, dah tau Najib tak bermasalah pun nak disokong juga, inilah mentaliti orang berotak udang, tak tau menilai.

      Delete
  10. C. Padan kata nama khas dengan gambar ya..... hiks! goli ati den.

    ReplyDelete
  11. Warigh,
    Den raso la yang momokak ke atas ni ahli UMNO pun tidak......macam jugo la yang kuek sokong TDM,kalau tengok gambarx sumo muko dah tak laku....macam muko Tamrin Ghaffar.Biaso la tu....ho ha sano sini tapi tak ado perubahan pun.Dah dokek 5 bln kempen supayo Najib ditondang,tapi ,den tengok dio OK jo buek kojo dio.....agaknyo la yang menyalak tu bukan ahli UMNO,

    ReplyDelete
  12. Memang Malaysia utk ahli Umno yo ko? Kalau diorang buat salah takleh togur lak. 
    Apa yg dibuek dek MT Umno ni lah yg dipanggil sihir, PENIPU. Kau ponah tgk tak film Now You See Me? Apo yg jadi hari ni lah yg ditulis 1400 tahun dulu firaun dan ahlinya sdg menabur sihir. Jadi warih pandanglah dulu diorang main sihir ni sampai habih. Sok2 dah sampai azab yg dijanjikan kito bagilah dio balik. Kalau dio lopeh tu mmg lucklah. 

    ReplyDelete
  13. Hari ni keadaan orang melayu dlm zaman yg sgt genting, kuasa di hujung tanduk, perpecahan makin buruk. Pemimpin lemah, lembik, pengecut, takda agenda utk umat melayu jadi gemilang. Malang umat melayu berganda ganda bila pemimpin melayu yg diberi kuasa lebih mengutamakan nasib cina, bantuan kpd cina setiap masa kerana nak undi cina walaupun cina mampuih tak nak bagi undi lg pd orang UMNO.
    Serangan saraf dari parti cuna dan orang cina lambat dan sgt sedikit yg dilakukan.
    Orang melayu makin celaru tak tahu mana satu kebenaran dan pembohonhan lahi.

    Yg palsu dan yg benar satu satu berita pun dahbtak dpt dibezakan. Melayu kalau terus diperangkap tipu daya dunia akan lenyaplah satu satunya negara melayu dimuka bumi ini.

    ReplyDelete
  14. Bila masyarakat tegur dilabel eh fitnah dek MT Agama Umno. Tak sampai brp hari Allah tunjukkan sendiri kek kau dlm Tv brp ramai pemintak sedekah dan orang yg memerlukan bantuan yg sepatut diorang terima dari zakat yg kau kutip. 
    Yg dikata anak yatim ni org2 yg perlukan pembelaan, fakir miskin pulak org2 yg tak berkemampuan tu lah insan yg patut kau bantu. Bukan 1mdb.
    Zaman nabi dia hanya baca hukum zakat shj. Mana2 sahabat yg kaya mcm saidina Abu Bakar akan pegi carik sendiri asnaf tu bg zakat by hand. Tak pernah tertubuh Pusat Zakat atau org tengah utk menguruskan zakat zaman nabi dulu. Jadi jgnlah buat fitnah ke Nabi bila cerita bab zakat. 
    Yg dimaksud dlm Quran org2 munafik yg marah bila zakat tak di agih pada mereka adalah golongan para amil zakat tu sendiri. Cubo jangan bagi duit kutipan tu kat baitulmal dan org kojo zakat, tak melompat deh kang tak bayar gaji. Nak bayar duit umah ngan keto pakai apo?

    ReplyDelete
  15. Dalam ugama Allah tak pandang baik yg dibuat. Pasal Dia tak pandang amal yg byk, Allah memandang benar.
    Dia tak heran brp byk jumlah kutipan zakat, besarkan masjid, jumlah gambar yg diupload menunjukkan zakat yg diagih dari Jolobu sampai Senaling, dari Johol sampai Tampin tu sumo tak ponting.
    Jadi amil zakat dikira 1/8 dari asnaf yg layak terima. Kalau amil, pegawai, kerani, staff ppz boleh dapat rm1k to 4k per month plus epf socso patut asnaf anak yatim, fakir miskin, musafir boleh la dpt jumlah yg sama monthly baru adil. Kalau fakir miskin rumah ada astro, keto takleh terima zakat lopeh ni amil zakat pun cabut skalilah astro kat umah dio baru betul. Nampaklah benar kiro2 eh. Ini time nak rayo bg sumbangan nak keluar TV masuk FB nak tunjuk buek kojo. Up sikit Rm300, nampak cenekel lah, ye tak. Pura pura. 
    Rumah anak yatim pulak ado yg simpan boreh mcm supermarket hasil derma org ramai. Kalau ada overstok jual balik kat kedai mamak utk cash. Duit zakat pun sapu jugak. Pun tak benar. Dah camano?
    Tujuan Allah ajar suruh bg direct asnaf tu supaya org pandang sendiri susah hidup org lain mudah2an dtg rasa syukur dan insaf bila tolong org lain. Mengerat hubungan tu hikmah dia. Kalau pakai peon kang byk tax dikebasnya. Yg bawak poie melabur takdo lak dio nak up lam FB. Lagi pun bg zakat atas ikhlas dan mampu bukan paksa mcm GST.
    Baco an kat ustaz zakat yg berceramah kan main semangat tu Allah memandang pekerjaan kamu Allah tau pelaburan kamu. Takyah mongaklah cakap nak tolong umat islam. Betul Tak Tuan Tuan!!??
    Syurga bukan makpak saya punya, tapi kalau tgk perangai awak tu mmg pastilah bakal jadi penunggu neraka.

    ReplyDelete
  16. Dah pandai pulak nak citer bab Quran Haji sorang tu. Kau Quran kene bakar kau buat pokak yo, ingat Allah nak cayo ko lakonan kau.
    Al Quran mana penah sebut pasal negara maju. Dia tak penah suruh pun kau majukan sistem haji, zakat, wakaf dan apa2 jua berkaitan wang. Dia suruh manusia berlaku adil, hidup aman makmur, jgn mendajjal org bawah, tolong menolong dan byk perkara baik2 yg penah dilakukan oleh nabi rasul dan org beriman yg terdahulu utk dicontohi itulah diajar Alquran. Mengamalkan hukum dgn adil pada diri sendiri dan umat manusia supaya kita tak buat perkara yg Allah murka dan benci. Negara maju tu kau yg tambah, kalau maju pegi sebat balik duit zakat dgn haji tu utk tujuan lain buat apa? Lagi menambah dosa adalah. Tu pasal Allah taala suruh pikir, jgn berdusta, berdengki khianat, fitnah, menyeleweng, mencuri, meniaya. Dia tak pernah suruh pun kau ubah hukum dgn mencetak Quran baru.
    Teruskanlah tipu muslihat tu sampai berjaya. Tanya pada penasihat kamu apa maksud perkataan "Sesungguhnya Ahli2 Sihir itu tidak akan berjaya walau di mana mereka berada"?

    ReplyDelete
  17. Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu Kitab Suci Al-Quran yang menyatakan segala kebenaran untuk menjadi PANDUAN HIDUP kepada umat manusia seluruhnya. Oleh itu sesiapa yang mendapat hidayah petunjuk beramal menurutnya maka faedahnya terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang sesat tidak berpandu kepadanya, maka bahaya kesesatannya itu tertimpa ke atas dirinya sendiri dan engkau hanyalah penyampai bukanlah menjadi wakil yang menguasai keadaan dan bawaan mereka.

    ReplyDelete
  18. Bila tegur bab agama kang adalah jawapan balas menuduh orang lain dan adat mereka ekstremis. Itulah adat firaun, awak keluar ular lidi kita pakai ular sakti. Mana nak sama. Ini sakti sekalian alam. Yang menguasai 7 petala langit dan bumi. Tak pernah kalah tiada tertanding. Awak memang ramai tapi awak lupa Allah Taala tu dulu hidup sebelum awak. Dia bijak pandai, namun Dia tak membodoh2kan manusia mcm awak. Dia tak merintah guna duit. 
    Dia tetap pegang benar Dia tetap pegang adil. Dia dah tengok ramai lagi ekstemis macam awak dari zaman Namrud lagi. Jangan poyolah. Biar masa dan ketika menentukan. Semoga takbir raya tahun ni lebih bermakna utk semua rakyat Malaysia dgn terkuburnya manusia spt anda. insyaAllah. 
    Qul Jaa Al Haqqu Wama Yubdiul Bathilu Wama Yu'id. Wayuhiqqullahu Haqqa Bikalimatihi Walau Karihal Mujrimun.

    ReplyDelete
  19. Ku Nan yg penipu ...Amat tak mungkin pasal dia datang dari keluarga baik2 ..tengoklah adik beradik dia tu ..King Azman ..Adul ..semua org handal tu ...

    ReplyDelete
  20. Yalah tu kalau Tok Mad nak tau apa punca masyarakat melayu hari ni banyak kabilah cuba fahami maksud ayat berikut

    Sesungguhnya Firaun telah berlaku zalim di bumi dengan melampaui batas, serta ia menjadikan penduduknya berpuak-puak. Ia menindas sepuak di antaranya dengan membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya adalah ia dari golongan yang membuat kerosakan.

    Ni lah punco eh kenapo org hari ni byk bepocah. Pasal kito ari ni hidup zaman firaun. Org yg ada kuasa menyalahguna kuasa yg diberi. Membuat kerosakan dgn mengubah hukum2 Quran tu sendiri utk tujuan peribadi. Org Malaysia ni mancung orang tak potong kepalo, dia memancung poket org ramai dgn tax2 yg bukan2. Secara tak langsung dia memancung kehidupan org lain secara halus tanpa disedari sedang dia dapat hidup seronok bermewah mewah.
    Nak kembali ke jalan Allah kene tanyo Dio lah. Pasal Dio yg bagi petunjuk. Kalau bersatu buat kerosakan dan penipuan tak nampaklah bona eh doh.

    ReplyDelete
  21. Mereka tidak mempunyai sebarang bukti bahkan mereka akan berkata dengan angkuhnya. Kami satu kaum yang bersatu, yang sudah tentu dapat membela diri!
    Kumpulan mereka yang bersatu itu tetap akan dikalahkan dan mereka pula akan berpaling lari.
    Mereka akan mengetahui kelak siapakah orangnya yang pendusta, lagi sombong angkuh itu.

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."
Blog Widget by LinkWithin

Blog Archive