Sunday, September 24, 2023

Perubahan apa Bang Non?

Bulan lepas China tutup lgbt centre yang terakhir di negara itu yang selama ini menjadi rumah selamat untuk geng pelangi..dan perkahwinan sesama jenis telah diharamkan di seluruh China di bawah pentadbiran Xi-Jinping..geng lgbt tidak lagi dilindungi..

3 hari selepas tindakan China..Putin pula meluluskan rang undang² mengharamkan sebarang penukaran jantina di Russia dan menetapkan transgender yang sudah sedia bermastautin di Russia tidak boleh mengambil anak angkat atau terlibat dalam sebarang aktiviti membabitkan kanak²..

Semua maklum kedua negara itu adalah bekas komunis..

Sementara tu bang non koba di CNN  kelmarin walaupun Malaysia tidak mengiktiraf lgbt..tapi kumpulan itu tidak patut diganggu selagi movement depa tidak dilakukan secara terbuka..pehtu dio koba yang dio berharap akan berlaku perubahan..

Apa yang dimaksudkan dengan perubahan?..untuk lihat lgbt bulih diterima rakyat secara terbuka ko guano?

Lgbt ditolak dinegara ni bukan sebab consensus rakyatnya..tapi sebab Islam agama Persekutuan dan Persekutuan itu adalah Malaysia..ringkasnya Islam secara terang dan jelas menolak sebarang aktiviti serupa lgbt..so consensus ikut colah mano?

Dan adokah bang non nak koba geng lgbt ni kok buek suruk² takpo..kok buek terbuka itu yang salah?..tak malu ko dengan negaro kapir cam China dan Russia kok camtu..

Ke mano direction madanon nak bawak Malaysia ni sebona eh..