tag:blogger.com,1999:blog-1079682445850057248.post2911568239395073657..comments2024-03-21T01:11:33.049+08:00Comments on PANEH MIANG©: Shahrizat Jalil Tersepit...panehhttp://www.blogger.com/profile/01029572628876400651noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-1079682445850057248.post-91805045686692894322008-11-22T17:27:00.000+08:002008-11-22T17:27:00.000+08:00Hari ini terjawablah sudah apa yang tersirat seben...Hari ini terjawablah sudah apa yang tersirat sebenarnya disebalik kata-kata kehendak akar umbi umno.Bagus inilah yang dikatakan demokrasi sebenar, supaya para pemimpin wanita umno yang tua-tua dan berselindung disebalik kemahuan akar umbi umno .Didalam pemilihan perengkat bahagian akan datang bolih ditentang dan disuruh pula berhenti atas alasan kehendak akar umbi.Jangan jadi Sharizat,kalau awal-awal tak setuju dengan peralihan kuasa yang dijanjikan pada bulan june 2009. Dan bersedia untuk bertanding jawatan ketua wanita lagi baik.Kerana dengan berbuat demikian akan lebeh ramai lagi calon-calon yang berkeliber yang akan turut bertanding.Sekarang ini bukan Rafidah Aziz yang menyekat peluang calon calon lain untuk bertanding tetapi adalah sebab Sharizat Jalil yang tak memberi peluang.Betullah kata Rafidah Aziz tu,dia sanggup beri peluang kepada sesiapa saja untuk bertanding jawatan ketua dan naib ketua.Sekiranya Sharizat memberi kata putus untuk bertanding jawatan ketua.Mungkin bukan Sharizat Jalili saja yang akan bertanding untuk jawatan ketua wanita tetapi mungkin akan lebeh ramai lagi calon-calon yang muda dan layak menawar diri untuk bertanding.Bukan untuk ketua saja malahan untuk jawatan jawatan tertinggi yang lain juga.Jadi disini para pemimpin wanita yang hipokrit ini janganlah kehendak akar umbi dijadikan alasan.Apa pula alasan bagi orang yang mendapat banyak pencalonan .Apakah mereka ini bukan kehendak akar umbi.Sedangkan ahli-ahli perengkat cawangan dan bahagian telah memberi mandat kepada ketua wanita dan perwakilan bahagian kemesyuarat agong umno akan datang saperti yang diterjemah melalui pencalonan dari bahagian-bahagian yang telah menjalankan mesyuarat mereka.Yang sebenarnya para pemimpin atasan umno pada hari ini tidak perlu berselindung atas kehendak akar umbi lagi.Sebaliknya para pemimpin harus balik semula kepada asas demokrasi sebenar,dengan mengadakan atau lebeh tepat membiarkan semua jawatan dari peringkat cawangan hinggalah keperingkat MKT dan jawatan-jawatan penting saperti presiden dan naib2 presiden serta lain-lain jawatan tertinggi dpertandingkan tanpa sekatan dan alasan-alasan yang sengaja diadakan.Sekarang Pak lah haruslah mempercepatkan mesyuarat Agong Umno bukan menunggu hingga keMach 2009,tetapi mesti diadakan pada akhir tahun ini.Ini baru betul bagi mengelakan dari berlakunya perpecahan yang lebeh teruk tanpa ada lagi sebarang alasan.Siapa yang hendak bertanding biarkan bertanding,tapi jangan pula nanti ada politik wang.Tentang Sharizat dan sesiapa saja yang menyokong beliau tak payahlah berselindung kononnya atas kehendak akar umbi.Kalau macam tu sesiapa saja bolih berkata yang mereka juga bertanding atas kehendak akar umbi sebab ada pencalonan.Bawa-bawalah berdiri atas kenyataan berpijak diatas bumi nyata. Ahli UMNO dan RAAYAT tak bodoh.Dan sebagai raayat saya rasa kalau pun bukan semua,tapi majoriti memang telah bosan melihat tindak tandok pemimpin umno akhir-akhir ini,walau pun telah hampir hampir nak hilang kuasa tapi masih tak serik-serik dan sedar-sedar lagi.Lepas ni pula raayat akan disogokan pula dengan berita berita rasuah politik untuk merebut jawatan jawatan penting peringkat pusat pula.UMNO,UMNO,betullah kata Mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahadhir(BH 20.Nov.2008).Kalau semuanya ini gagal dibendung olih Umno kali ini ,memanglah Umno tu nak lingkup dan inilah kali terakhir Umno mungkin mengetuai parti yang memerintah negara ini.Harus diingat tolak pengundi muda yang memang dah berpendidikan dan tahu menilai pemimpin,pengundi yang tua pula rata rata adalah yang lahir awal tahun 50an keatas.Gulongan ini rata rata telah mendapat pendidikan asas tahu membaca dan menulis dan setengahnya adalah berpendidikan Inggris dan berpendidikan tinggi.Mereka mereka ini yang menjadi ayah dan datuk sekarang.Dalam erti kata lain ekses mereka kepada dunia dan berita luar bukan saperti ayah dan datuk kita dahulu.Inilah gulungan pengundi yang ada pada hari ini.Awas dan dan hati hatilah para ahli politik,bukan dari Umno saja,malahan dari parti parti lain juga.Anonymousnoreply@blogger.com