tag:blogger.com,1999:blog-1079682445850057248.post8510904022921536734..comments2024-03-21T01:11:33.049+08:00Comments on PANEH MIANG©: Antara harapan masyarakat, 'kecerdikan' mahasiswa dan manipulasi politikpanehhttp://www.blogger.com/profile/01029572628876400651noreply@blogger.comBlogger2125tag:blogger.com,1999:blog-1079682445850057248.post-6341178589278926752011-11-10T03:43:39.364+08:002011-11-10T03:43:39.364+08:00Kerajaan Jangan Tak Buat Rayuan. Tunggu dulu, apa ...Kerajaan Jangan Tak Buat Rayuan. Tunggu dulu, apa pula kata Mahkamah Persekutuan bukan apa kata pelajar-pelajar tersebut seolahnya telah diguna pakai oleh golongan tertentu. Kenapa desak kerajaan tidak merayu kepada Mahkamah Persekutuan???

Apakah berpuak-puak dan berpecah belah dalam kampus kerana fahaman politik suatu yang dikehendaki dan baik di IPTA sebagai tempat pengajian? Apa relevannya parti politik dikampus dan apa hak mereka untuk mencampuri urusan dan dasar IPTA? Maka Mahkamah Rayuan perlu nampak dan jangan pura-pura tidak nampak bahawa kekangan pada auku adalah untuk menghilangkan benih yang akan menjejaskan kententeraman awam (pubic order) di sesebuah IPTA agar falsafahnya sebagai tempat pengajian dihormati. Pun begitu, politik (seperti sukan etc)sebagai sebuah kurikulum (matapelajaran) dengan buku dan artikel rujukan digalakkan.

Pendidikan haruslah bedasarkan pemikiran secara disiplin (seperti thesis) bukannya pemikiran yang tanpa disiplin dan haru biru. Mungkin pemikiran "haru biru dan kurang disiplin" adalah lumrah bagi orang politikus namun pendidikan dan dasar pengajian, pemikiran itu hendaklah berstruktur dan berdisiplin.

Kalau jaguh berfikiran, buatlah artikel dan thesis dengan metolodoginya dan sebagainya.

Tanggapan bahawa berpolitik boleh merangsangkan pemikiran berdisiplin itu suatu tanggapan yang terpesong. Pendidikan itu pemikiran berdisiplin harus difahami bukan pemikiran beremosi dan popular.

AUKU tidak sedikitpun menghalang sesiapa yang berkelayakan mengundi. Siapa yang tidak mahu kebebasan. Tetapi kebebasan tanpa peraturan akhirnya!!! perhimpunan seperti seksualiti Merdeka apakah itu kebebasan??

http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/sendiri-mau-ingat-bila-sultan-selangor-tak-berkenan-orang-politik-masuk-unisel.html

SELASA, 09 OGOS 2011 00:12
... Sultan Selangor bertitah lagi, kali ini mengingatkan pihak-pihak berkenaan supaya politik kepartian tidak dicampuradukkan dalam pengajaran di Universiti Selangor (UNISEL) demi masa depan pelajar institusi itu.

Para profesor dan pensyarah perlu menumpukan perhatian sepenuhnya kepada tugas-tugas mereka untuk mengajar dan berhenti daripada berpolitik di kampus kerana ia boleh menjejaskan masa depan pelajar, titah baginda ketika merasmikan Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya Kuala Selangor.

Menurut Baginda amat merugikan sekiranya seseorang pelajar itu membuang masa untuk berpolitik dan tidak menumpukan sepenuh perhatian terhadap akademik.

"Beta tidak berkenan orang-orang politik atau orang luar yang tidak ada kena mengena dengan universiti ini dijemput memberi ceramah politik atau syarahan politik di dalam kawasan Universiti Selangor.

"Universiti ini adalah tempat untuk belajar, berbincang, dan mengembangkan idea mengenai ilmu serta membuat penyelidikan dan eksperimen tentang sesuatu projek atau penemuan yang boleh menaikkan lagi taraf industri di negeri ini, titah Baginda.

Sultan Sharafuddin juga bertitah baginda telah menerima pengaduan daripada ibu bapa yang prihatin mengenai isu berpolitik di UNISEL dan jika ini berterusan, kemungkinan besar ada ibu bapa yang tidak akan menghantar anak-anak mereka untuk melanjutkan pelajaran mereka di universiti ini.Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1079682445850057248.post-65180905551633699452011-11-09T23:56:22.819+08:002011-11-09T23:56:22.819+08:00Cuba kita perhatikan pelajar sekolah Tingkatan 4,5...Cuba kita perhatikan pelajar sekolah Tingkatan 4,5 dan 6. Bayangkan 2 tahun lagi apabila berada di universiti tiba-tiba mereka ini boleh menjadi begitu matang hingga mampu mencaturkan politik negara. Wow.....
AUKU sangat relevan untuk mengekang pelajar baru 2 tahun keluar sekolah ini untuk menjadi perasan jadi hebat dan dah pandai nak mengajar Pak Menteri yang sama umur dengan datuk mereka, bagaimana nak mentadbir negara dengan betul.
Cukuplah tu, orang Melayu semua peringkat berpolitik 24 jam di sepanjang masa bersambung-sambung dari satu pilihanraya ke pilihanraya. Janganlah sampai anak-anak Melayu di universiti pun sama ragamnya akibat halangan sudah tiada lagi.
Percayalah,akibat ragam budak Melayu 4 orang yang tak puas hati ditangkap,abis budaya ke universiti untuk belajar jadi masuk universiti untuk jadi budak suruhan orang politik.Anonymousnoreply@blogger.com