Tuesday, April 22, 2008

ARE MALAYSIANS RACIST???

Assalamualaikum...Bertemu kita sekali lagi...Untuk edisi kali ini, tulisan saya ini adalah berdasarkan sebuah artikel yg ditulis oleh salah seorang adik saya kepada pelajar2 sekolah menengah Malaysia...ader yang saya 'cut and paste' dari situ dan digabungkan dengan pandangan peribadi saya...
Saya nak tanya, setuju atau tidak dgn pernyataan ini: "the problem with racism is not that we are different, but because we think we are different"


Kita selalu dengar orang mengaitkan sesuatu atau menyalahkan sesuatu dan disandarkan kepada perkauman.Kononnya sesuatu perkara atau masalah berlaku disebabkan masalah perkauman walaupun adakalanya isu itu tidak langsung relevan dengan perkauman.

Sedar atau pun tidak, semua kita di dunia ini sebenarnya ada bersifat racist, sedikit ataupun banyak. At the risk of sounding racist myself, i do think that every race has its own outlook on how others are, and those outlooks determine how we judge the character of people. All of us do a little stereotyping ourselves from time to time. but it's fine though, because after all we are infallible.

"These prototypes of what a certain race should look like are acceptable so long as it remains as a simple blue print rather than an actual plan. Like it or not, while we were growing up, we have acquired certain impressions of other races, how they should look like or behave, due to our upbringing, exposure and personal conclusions"

"The more we think about it, the more we realize that birds of the same feathers tend to fly together:it's not entirely a bad thing.So long as we allow other birds to also fly in their flock. Loyalty towards your own race is only bad when we hate others for being loyal to theirs...."

Persoalannya sekarang ialah, adakah kerajaan Malaysia atau rakyat Malaysia secara keseluruhannya bersifat RACIST hanya kerana;

Pertama: Wujudnya hak2 keistimewaan orang Melayu yang diperuntukkan kepada golongan Bumiputera bagi mengiktiraf kedudukan Melayu sebagai penduduk asal Bumi Malaysia ini? Perlu di ingat negara ini pada zaman kegemilangannya di kenali sebagai Tanah
Melayu...Maknanya tanah ini, asalnya milik orang MELAYU....Namun demi membebaskan diri dari belenggu penjajahan dan mempertahankan hak, kita sanggup berkongsi...Salahkah kami sebagai pemilik untuk mendapat "share" yang lebih??? Logiknya, dlam sesebuah syarikat, pemilik pastinya memiliki ekuiti terbesar, melebihi pemegang2 'share' yang lain...

Kedua: Parti2 yang membentuk kerajaan memerintah di tubuhkan mengikut bangsa...UMNO kehliannya Melayu, MCA-Cina dan MIC-India...begitulah juga seterusnya parti2 di Sabah dan Sarawak...Harus ditelusuri dengan baik sejarah mengapa ia berlaku sedemikian dan memahami sejarah, pada pendapat saya adalah antara cabaran yang harus di sahut oleh golongan muda belia pada hari ini...Jangan kita jadi pak turut, di suruh angguk- kita angguk, disuruh geleng kita geleng...(ambil iktibar dari lagu nyanyian Ahli Fikir)

Suka atau tidak, masyarakat Malaysia mesti menerima hakikat bahawa KITA mungkin tidak akan merdeka dan mengecap nikmat sabagaimana hari ini jika bukan kerana semangat toleransi yang tinggi yg ditunjukkan oleh pemimpin kita terdahulu...Syarat yang BRITISH KEPARAT letakkan ialah ketiga2 kaum ini MESTI sepakat dan setuju duduk semeja jika mahu MERDEKA...Jika ketika itu Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock danTun Sambathan mampu bertoleransi dan menanam semangat itu dengan baik sehingga memaksa British bersetuju untuk memeterai perjanjian London dan akhirnya membebaskan bumi bertuah ini dari cengkaman PENJAJAH DURJANA, mengapa kita hari ini tidak boleh melakukan perkara yang sama?

Apakah tidak cukup pelajaran yg kita terima selama ini untuk mendidik jiwa kita sebagai rakyat Malaysia, sebuah negara berbilang kaum, adat dan budaya yang sewajarnya hidup bersama,hormat menghormati dan saling memahami hak masing2...? Tidak cukup kah segala nikmat yang telah diberikan kepada semua?? Atau ada pihak yang sengaja menggunakan isu ini untuk kepentingan sendiri, mahu membina empayar peribadi dengan menggadaikan maruah bangsa dan agama? Atau mereka sebenarnya telah menjadi tali barut musuh yang sekian lama mengintai peluang untuk sekali lagi menjajah bumi bertuah ini?

Sama2lah kita fikirkan...

P/S: Sesungguhnya manusia itu dicipta berbilang2 bangsa dan kaum agar kita dapat sama2 mengenali antara satu sama lain...Dan sesungguhnya kita manusia adalah sama di sisi Allah melainkan mereka yang BERTAKWA.......

5 comments:

  1. kalau kito tgk dalam kamus DBP maksud kaum adolah kumpulan jadi perkauman bermaksud perkumpulanan sesuatu yang berkumpul sudah tentu akan menjadi kuat... minyak dengan air tak buleh bercampur bukan, kenapa?? tp minyak berguno air pun beguno kan... Allah jua yang mengetahui ...

    p/s
    Setiap kejadian ada hikmahnya.. Allah maha bijaksana..

    duduk kl tp masih jiwo negori..

    ReplyDelete
  2. Setahu saya tidak ada satu negara (multi racial country) pun di dunia ini yang tidak memperuntukkan hak yang lebih kepada rakyat asal negaranya...Hatta Amerika yang kononnya pengamal demokrasi teragung (yang mana 'equality' atau hak samarata adalah antara tunjang sistem ini) pun tidak memberi layanan yang sewajarnya kepada kaum kulit hitam yang merupakan asalnya pendatang ke negara tersebut...

    ReplyDelete
  3. mungkin pihak BTN perlu mengkaji semula modul2 latihan mereka demi meningkatkan semangat patriotik di kalangan rakyat Malaysia dan agar generasi muda tahu menghargai dan menghayati sejarah dan menghormati pembentukan negara bangsa yang tersohor

    ReplyDelete
  4. Fakta berkenaan ekuiti syarikat tu menarik.

    ReplyDelete
  5. buek abafahim...ko takdo bondo laie ko nak sobut. balik2 menarik... menarik...menarik. ko poie baco kamus dewan la cari perkataan laen.
    pasal btn tuh den ngaso la kan, takleh la harap btn yo...mampuih la smuo nak harap btn. semuo kono main peranan. ibu bapo, guru, persatuan belio, ngo, kerajaan...hatta pembangkang skalipun. patriotisme bukanlah suatu kerja yg sonang nak diterapkan dalam masa setahun duo. Amerika sendiri pun mengambil masa berpuluh tahun untuk menguatkan jatidiri dan semangat patriotik rakyatnya. sesamolah kito berusaho.

    ReplyDelete