Wednesday, April 30, 2008

Sempena Hari Pekerja Malaysia


Rujukan Shamsuddin Abdul Kadir


Tenaga buruh memainkan peranan penting dalam menentukan harga sesuatu produk dan perkhidmatan. Semakin tinggi bayaran buruh, maka semakin tinggilah kos bagi menghasilkan sesuatu produk atau perkhidmatan itu. Ini secara tidak langsung akan membebankan pengeluar kerana terdapat produk dan perkhidmatan yang harganya jauh lebih murah.

Kos menggajikan seorang pekerja di Malaysia menyamai jumlah gaji bagi tiga orang pekerja di China. Jika gaji pokok seorang operator di Malaysia ialah RM600, maka gaji bagi setiap operator di China ialah RM200. Jadi bagaimana pelabur ingin memilih Malaysia jika pelaburan bagi setiap RM600 mereka dapat mengupah tiga kali ganda bilangan pekerja di China?

Cuba kita lihat analogi ketika peperangan Yarmuk, tentera Islam berjumlah 39,000 orang, manakala tentera Rom berjumlah 240,000 orang. Setiap seorang tentera Islam berjaya mengalahkan sekurang-kurangnya enam tentera Rom. Jika dinilai situasi kini, bayangkan jika gaji seorang operator tempatan dapat menggajikan tiga orang pekerja di China, tetapi mampu menghasilkan kualiti dan jumlah produksi yang menyamai dengan kerja yang dibuat oleh enam orang pekerja di China. Ini sudah tentu menjadikan kualiti setiap pekerja di Malaysia mampu menjadi berkali ganda hebatnya berbanding pekerja di China. Keadaan ini sudah pasti membebankan pelabur di China kerana terpaksa membayar sebanyak RM1,200 (RM200 x 6 pekerja) jika ingin mendapatkan kualiti dan jumlah produksi yang sama untuk hanya seorang pekerja di Malaysia. Sedangkan pelabur hanya perlu membayar RM600 di Malaysia bagi mendapatkan seorang pekerja yang menyamai dengan kerja yang dibuat oleh enam orang di China.

Hal ini tidak mustahil untuk dilakukan. Jika konsep ini dipraktikkan, maka sudah tentu tiada masalah untuk majikan memberikan kenaikan gaji yang lumayan kepada pekerja di Malaysia sama ada di pihak swasta mahupun kerajaan.

Singapura boleh dijadikan contoh terbaik walaupun saiznya lebih kecil dari Perlis, iaitu negeri terkecil di Malaysia dengan keluasan 0.2 peratus iaitu 475 kali ganda lebih kecil dari Malaysia, tetapi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Singapura 45 peratus lebih tinggi berbanding Malaysia. Ini disebabkan faktor pekerja di Singapura yang sarat dengan kualiti yang menjadi kekuatan mereka bagi menangkis faktor peningkatan kuantiti tenaga pekerja. Kajian beberapa tahun lalu menunjukkan gaji seorang pekerja di Singapura menyamai 3 orang pekerja di Malaysia, 5 orang pekerja di Thailand dan 9 orang pekerja di India. Walaupun jumlah gaji yang dibayar agak tinggi, tetapi dengan kualiti kerja dan jumlah produksi seorang pekerja di Singapura menyamai kualiiti dan jumlah produksi untuk 3 orang pekerja di Malaysia, 5 orang di Thailand dan 9 orang di India; pelabur tiada masalah untuk terus membuat pelaburan di Singapura.

Rakyat Malaysia perlu segera mengubah minda supaya kualiti kerja kita setanding dengan kualiti pekerja di Eropah dan Jepun. Kualiti tiada tarikh tamat dan tiada hadnya dan ini bertepatan dengan maksud hadis “Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam”. Hadis itu sudah tentu memberi maksud bahawa kita tidak boleh puas dengan apa yang kita ada hari ini dan pastikan kita sentiasa ada peningkatan dari semasa ke semasa. Tidak semestinya kita tidak mampu menjadi kuasa ekonomi dunia walaupun saiz negara kita kecil. Israel walaupun merupakan sebuah negara kecil, tetapi dapat menguasai ekonomi dan menentukan hala tuju Presiden Amerika kerana saiz negara tidak memainkan peranan utama dalam era globalisasi ini.

Hanya bangsa yang bijaksana akan menguasai dunia.

6 comments:

  1. salam..

    satu perangai orang melayu ialah... semua orang nak jadi bos... layak tak layak nak jadi bos jugak...

    sebab apa... nanti balik kampung nak menjawab dengan orang kampung... "eden kek kl jadi meneje"... tertanam di dalam minda bejar sampai degree esok jadi manager.. kerja kuli ni hina...

    apa kesudahanya..
    1) mungkin satu malaysia akan jadi manager...
    2) belajar untuk kerja berjawatan.. bukan untuk berilmu...
    3) malas bekerja dengan rajin.. bodek lagi cepat naik...
    4) masa dihabiskan untuk cantas-mencantas..
    5) kerja tak baca bismillah... itu yang buat hilang pedoman tu...

    jangan salahkan orang lain... cermin diri sendiri... bekerja dengan ikhlas...

    p/s
    jadilah yang terbaik dalam apa yang kita lakukan..

    duduk kl tp masih jiwo negori..

    ReplyDelete
  2. saya sokong tu. cara kerja macam tu la yang buat kualiti para pekerja di Malaysia ni masih di takuk lama. statik dan tak berkembang. macam kat ofis saya ni berlambak kaki kipas dari kaki rajin. tapi gaji nak tinggi. produktiviti hampas.

    ReplyDelete
  3. Oo camtu ghupo eh.., selamo ni den dongar pasal modal insan dgn nilai tambah. Den ingat an selamo ni P.Lah cito pasal matematik.

    ReplyDelete
  4. ni la baru dikatokan modal insan. tambah ilmu dan produktiviti kerja disamping mentunaskan idea-idea baru. paklah sebut nilai tambah tak jelas. terpaksalah rakyat pikir sendiri. nasib baik rakyat malaysia bijak dari nazri aziz. kalo tak entah apa la nasib.

    ReplyDelete
  5. Bukan ko modal insan tu makno eh menggunakan insan sebagai modal berniago untuk dapekkan untung bosa!!! Sobab ado kengkawan den kato oghang miskin bangun pagi tanyo diri sendiri mano nak cari makanan hari ini. Oghang biaso bangun pagi akan tanyo apo nak makan haghi ini. Oghang kayo sikit akan tanyo kek mano kito nak makan haghi ini. Oghang yang lobih kayo akan tanyo dongan sapo den nak makan haghi ini. Tapi yang terlampau kayo akan tanyo sapo pulak nak den makan haghi ni??????

    ReplyDelete
  6. den ngaso anwar dan kj mesti tanyo solan sapo den nak mentedaghah hari ni.

    ReplyDelete