Friday, April 18, 2008

ZOMBI KAMPUNG PISANG

ASSALAMUALAIKUM......
Akhirnya saya berkesempatan juga untuk menulis...walaupun ini adalah cubaan pertama untuk menulis blog...sebelum ni saya tak pernah hirau pun tentang blog2 ni....terima kasih kepada paneh atas jemputan menyertai geng penyumbang artikel....

Semalam Buletin Utama memaparkan berita tentang usaha kerajaan PAK LAH dan ZAID IBRAHIM untuk membuat perubahan terhadap sistem kehakiman negara. Hari ini di dada akhbar tersiar perkara yang sama. Memetik kata2 ZAID IBRAHIM.... "...cabaran TUNGGAL dan TERPENTING yang dihadapi kerajaan sekarang ialah untuk membawa lelaki dan wanita berkebolehan itu bersama2 dalam kerajaan..."

Beberapa pemerhatian boleh kita buat di sini...antara yang saya nak HIGHLIGHT:

1. Pada pengamatan saya ini hanyalah LAME ATTEMPT by PAK LAH dan sekutunya untuk mengalih perhatian rakyat daripada isu sebenar...saya tidak rasa ini adalah cabaran semasa yang perlu di tangani oleh kerajaan hari ini...Apakah ini isu yang rakyat suarakan atau ia sebenarnya isu yang asalnya digunakan oleh pembangkang terutama PKR demi membela maruah ANWAR IBRAHIM yang telah di ketahui umum seorang pemimpin yang berselindung di sebalik identiti islamicnya...yang kemudiannya digunakan pula oleh orang UMNO sendiri untuk menjatuhkan maruah TUN MAHATHIR yang lantang menyuarakan hakikat sebenar perasaan rakyat di akar umbi?....sungguh malang bagi PAK LAH kerana mempunyai penasihat yang SEPATUTNYA BIJAK namun hakikatnya bodoh dalam memahami isu2 rakyat....

2. Saya bukanlah pengamal undang2 mahupun orang yang arif tentang undang2...namun, saya tidak rasa rakyat kebanyakan mempersoalkan kredibiliti institusi kehakiman sebagai badan unggul dalam menegakkan keadilan...melainkan hakim2 yang di lantik, mereka sendiri yang PARANOID...itu saya tidak tahu...Pada hemat saya yang tiada pengalaman ini, isu kehakiman ini di bangkitkan semata2 untuk mengubat sengsara HAKIM2 yang terlibat dalam krisis 1988...kalaupun perlu ada reformasi yang perlu di lakukan bagi meningkatkan efficiency, tidak wajar rasanya to generalize things sehingga memberi refleksi yang institusi kehakiman kita seakan seluruhnya bermasalah...


3. Perlu di ingat, ZAID IBRAHIM menjadi menteri bukan kerana dipilih rakyat namun dilantik oleh PAK LAH...mungkin inilah masalahnya apabila menjadi pemimpin syok sendiri...konon bercerita tentang suara rakyat...

rasanya cukup buat setakat ni dulu...

P/S: jangan kita hilang fokus...utamakan apa yang perlu di utamakan.... belajarlah dari karya filem mamat khalid...zombi kampung pisang...karya nya mungkin tidak bertaraf box office...namun kandungannya cukup relevan dengan keadaan kita hari ini....

8 comments:

  1. Botul tu. Walaupun dalam ZKP cik Sofi ado SPM dan orang lain takdo bak kato awie, tak semetinyo kito takleh komen pasal law nih, eh tercakap bahaso penjajah lak.
    Isu hakim bukan isu sebona, yang ponting rakyat maleh dah nak nengok Paklah mentadbir. Jangan ilang fokus.

    ReplyDelete
  2. sey setuju bonar ngan abg neracakeadilan ni.. jangan la paklah cubo nak mengalihkan pandangan rakyat jelato ni... wujud isu yang tak relevan (ingat tak pekataan ni kluar zaman bilo)
    institusi kehakiman negara tak lah setoruk mano... jangan la... cukupla isu linggam yang serba tak kono tu...

    p/s
    ZKP tu jadi pasal takdo ketuo yg botul.. sumo orang menggelabah tak tontu arah... penyudah eh jahanam...

    duduk kl tp jiwo masih negori..

    ReplyDelete
  3. Apalak! penting apa kita kekalkan kebebasan kehakiman. Suma hakim-hakim tu jadi mangsa sebab mereka pegang pada prinsip. Prinsip kenegaraan - Tak leh lah eksekutif campur tangan dalam hal kehakiman. 1988 jadi sejarah hitam sebab eksekutif sewenang2nya campurtangan dan letakkan kehakiman bawah wimp & fancy of the executives. Ex gratia yang Pak Lah beri tu tak dapat nak padam sejarah pahit 1988.Tapi sekurang2nya gov acknowledge that in the future there shall be no attemp to subject judiciary under the iron arms of the executives.

    ReplyDelete
  4. betol la pasal hakim tu. tapi den ngaso apo yg dimaksudkan oleh neracakeadilan iolah jgn cubo alihkan fokus rakyat pado institusi hakim sedangkan isu utama skrg, org tak suko paklah. kono lotak jawatan. jgn cubo alihkan perhatian rakyat dan ahli UMNO untuk menunjukkan kesilapan pemimpin dulu. byk laie isu bosar kono selesaikan. manisfesto tak setel laie.

    ReplyDelete
  5. susah bercakap dengan orang yang tak reti2 bahasa ni...inilah masalahnya bila tak tahu nak kenalpasti isu..biar saya cerita sikit isi penting ZKP tu...sebuah kg diserang zombi yang mengancam keselamatan dan keamanan disebabkan krisis kepimpinan.Dalam kekalutan itu ade la plak sorang mamat ni yg konon berpelajaran tinggi (masa tu SPM) cuba untuk selesaikan masalah...Tp isu yg dibawa oleh beliau ialah subsudi baja dan segal yg lain..langsung tidak ada kaitan dengan masalah besar yg dihadapi iaitu nak menghapuskan zombi2 tuh...sedangkan seorang lagi mamt ni(lakonan awie yg xde pelajaran) cuba sedaya upaya untuk melawan zombi2 tuh....

    P/S:untuk kesimpulannya....LU PK LA SENDIRI....dan lainkali,jgn tahu tgk cerita hollywood je atau kalau yg tempatan evolusi KL Drift....cari cerita2 yang membuka minda sikit....baru lah otak tu berkembang

    ReplyDelete
  6. neracakeadilan,ko jangan risau, isu yang ko kemukakan tu memang betol...dan kepada pembaca2 blog ni, saya seru anda,janganlah hilang fokus...jgn jadi orang yg berpelajaran tapi pekak telinga, buta hati dalam menilai sesuatu....

    ReplyDelete
  7. Pemecatan hakim berlaku selepas krisis pengharaman UMNO dan ianya dilakukan oleh tribunal.Pada ketika itu keadaan amat genting melayu telah hilang kuasa buat sementara waktu mujurlah atas kebijaksanaan Tun Mahathir dapat pantas menubuhkan UMNO baru dan memerintah negara ini semula.Pada pandangan saya wajarlah tribunal bertindak demikian.Dalam mempertahankan ketuanan melayu dari digugat tindakan drastik harus diambil pada ketika itu.Ketuanan melayu dan islam harus di pertahankan walaupun nyawa galang gantinya itulah perjuangan namanya,setakat kena pecat tu apalah sangat, patut pun.Rakyat tak peduli pun hal ni yang lebih sudu pada kuah Zahid Ibrahim n bapak lah kita je.Apa yang penting bagi rakyat keselesaan hidup .Hari ini rakyat mengeluh pasal kos hidup yang semakin meningkat hari demi hari bukannya masaalah kehakiman ini.Apa untungnya kepada rakyat masalah ini kononnya telah diselesaikan oleh bapak lah dan zahid yang pernah di gantung keahlian UMNO nya kerana politik wang.Syabas kepda pembesar UMNO kerana intigriti anda di tahap yang anda fikikan tinggi sangat......wassalam
    kekasih UMNO....muuuaaaahhhhh

    ReplyDelete
  8. FOKUS.... apo maksud eh... kito mintak paklah lobih fokus.. kalau nak merintah malaysia ni laie fokus lah paklah... tapi raso eh paklah dah hilang fokus.. apo tunggu laie lotak lah jawatan.. bagi kek orang yang masih fokus...
    4 tahun merintah malaysia berapo kali rogo minyak naik. banyak lak tuh... Ayahanda Tun M 22 tahun merintah malaysia 2 kali yo naik rogo minyak..

    p/s
    kekadang tu raso nak naik basikal yo kan .. tapi lutut dah makin lomah la..

    duduk kl tp masih jiwo negori..

    ReplyDelete