Tuesday, May 6, 2008

Biadap

Aku merasa sangat sakit hati melihatkan kebiadapan Karpal Singh yang terus mempertikaikan tindakan Sultan Perak menitahkan Menteri Besar menarik balik arahan pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury. Sepatutnya Karpal Singh perlu memahami bahawa perbuatan Mohammad Nizar menukar Jamry sebagai membelakangkan kedudukan Sultan Perak sebagai Ketua Agama Islam dan Raja Muda Perak selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak (MAIAMP).

Jangan la cuba nak melaga-lagakan istana dengan kerajaan negeri pulak apabila Mohammad Nizar sendiri amat menghormati dan dengan rendah diri akan sentiasa patuh dengan apa juga keputusan yang dibuat oleh baginda Sultan Perak. Perbuatan biadap seperti ini amatlah tidak wajar kerana keturunan sepoi British ni seolah-olah tidak memahami makna Rukunegara iaitu Kesetiaan Kepada Raja dan Negara. Sepatutnya rakan-rakannya dalam pakatan rakyat seharusnya menasihati tindakannya ini apabila ia melibatkan sultan kerana Sultan Perak merupakan Ketua Agama Islam dan berkuasa untuk menentukan apa-apa sahaja di dalam bidang kuasa baginda. Lebih-lebih lagi semua pelantikan Pengarah JAIP sebelum ini dibuat dengan perkenan Sultan Perak.

Mungkin dia rasa 6 orang exco kerajaan Negeri Perak adalah daripada DAP dan bukannya dari parti Keadilan mahupun PAS maka dia wajar memperlekehkan dan mempertikaikan titah Sultan Perak kot???? Mungkin jugak dia fikir yang Mohammad Nizar ni tidak patut jadi MB Perak kerana yang menang besar di negeri Perak adalah DAP. Kesian pada pakatan rakyat yang terpaksa mendengar nasihat yang diberikan oleh keturunan sepoi British ni. Nak buat macam mana, kalau tak dengar nanti dia ugut keluar pakatan rakyat maka kempunan pulak nak pegang Negeri Perak. Maklumlah hati masih bengkak sebab orang DAP tak dapat jadi MB kot????......Lu Fikirlah sendiri.

13 comments:

  1. KUALA LUMPUR, 6 Mei: Percaya atau tidak, penyanyi rock terkenal Amy Search, akan membuka sebuah maahad tahfiz bernilai RM3 juta di Johor tidak lama lagi?

    Tetapi itulah yang sedang dirancangkan oleh Amy sekarang.

    Bagi mempastikan ia menjadi kenyataan, Amy telah memberikan penerangan secara sepintas lalu kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berkunjung ke kedai makannya, Restoran makanan Cina Islam Cheng Ho di Wangsa Maju baru-baru ini.

    Amy menunjukkan kepada Nik Aziz model pelan pusat tahfiz yang beliau rancangkan itu.
    "Mana masjidnya?" tanya Tok Guru Nik Aziz.

    "Ini dia pelannya tok guru," kata Amy memberikan penerangan tentang reka bentuk pusat tahfiz yang bakal dibina melalui yayasan yang beliau tubuhkan itu.

    Selepas melihatnya, Nik Aziz membacakan doa, moga-moga cita-cita penghijrahan Amy berjaya.
    Amy mula berubah selepas menunaikan umrah tahun lalu. Beliau ke sana selepas berjaya dalam samannya terhadap sebuah syarikat rakaman.

    Selepas itu, perlahan-lahan Amy dilihat berubah dan pembukaan kedai makanan Cina Islam Cheng Ho antara titik penting perubahan Amy.

    Sebelum ini, Amy berduet dengan kumpulan Rabbani merakamkan lagu ketuhanan.

    Kini, perubahan lebih besar sedang dirancang Amy bersama isterinya yang merasakan cinta mereka berdua semakin mantap sepanjang di tanah suci walaupun sudah beranak dua ketika itu.
    Posted by Siasah at 2:27 AM 7 comments

    ReplyDelete
  2. org UMNO sila komen:p

    ReplyDelete
  3. Akum,

    saya nak beri pandangan tentang posting Puaka Desa dan tak mahu komen pasal cerita Amy Search dan Tok Guru Nik Aziz walaupun saya tahu Tok guru Nik Aziz amat mengemari lagu PELESIT KOTA nyanyian Amy dan Kumpulan Search .

    Cerita pasal Raja Nazrin dan negeri Perak ni adalah contoh klasik peranan Sultan dan Raja yang dimaktubkan dalam Perlembagaan.Selama ini sebilangan kita hanya menganggap di Malaysia ini Raja dan Sultan hanya simbol kedaulatan tetapi tidak memainkan apa-apa peranan. Sekarang jelas kepada kita peranan yang dimainkan oleh Raja yang dengan tegas menjaga urusan agama Islam tatkala
    ketua eksekutif yang sepatut menasihatinya mempunyai pengaruh dan penguasaan yang terbatas akibat dikelilingi oleh pengaruh dari orang bukan Islam.

    Dalam perlembagaan negeri Raja adalah Ketua Agama Islam dan boleh mengambil tindakan dalam urusan agama Islam termasuklah perkara penjawatan walaupn sepatutnya dia dinasihati oleh ketua eksekutifnya. Tetapi dalamkes ini ketua eksekutif bertindak tanpa memaklumkannya terlebih dahulu dan akibatya Raja bangkit memainkan peranannya.

    Karpal Singh tahu mengenai perkara ini tetapi beliau memikirkan kalau beliau tidak bersuara maka secara politik pengaruh DAP dalam kerajaaan Negeri Perak tidak dapat di mainkan dengan berkesan. Justeru itu dia bersuara mempertikaikan tindakan Raja dan ini adalah tindakan paling biadap kepada Raja oleh orang bukan Melayu

    Teringat kata Annuar Musa yang mengatakan orang Melayu ini amat sensitif kepada agamanya,Rajanya,bangsanya ,bahasanya dan tanahnya dan perbuatan ini adalah amat sensitif kepada orang Melayu.

    PS: Sesuailah jolokan Big Monkey yang diberikan YB Kinabatangan kepada Karpal Singh

    ReplyDelete
  4. Mmmmmm....aku rasa keturunan sepoi British ni berani buat mcm ni sbb dia tahu orang-orang lain dalam parti pakatan rakyat tak berani buat apa-apa kat DAP kot.....
    Ye lah...DAP yang menang besar tetiba plak Mb dari orang keadilan mana x bengkak dengan Sultan Perak beb....
    Mana ada orang Melayu dalam pakatan rakyat yang berani nak tegur keturunan sepoi British ni....lu pikirlah sendiri....

    P/S : Nasib baiklah Umno yang mengetuai BN,kesian kat pakatan rakyat yang nampaknya diketuai oleh DAP ni....lu pikirlah sendiri???

    ReplyDelete
  5. AKU MUSYKIL BETOL DENGAN ANONYMOUS(ASSUMING THIS IS D SAME ANONYMOUS YANG SAYANG SUNGGUH DENGAN DAP DAN SEKUTUNYA)...BAGUS KALAU DIA NI DIRUJUKKAN KEPADA PAKAR PSYCHIATRIST YANG NAK BUAT KAJIAN...

    ANYWAY PUAKA DESA, jangan risau, Sultan Perak tu adalah Sultan yang paling bijak ader kat Malaysia ni...Bekas Hakim pun...si sepoi British ni nak main ngan api, biar lah...kita tengok setakat mana PANEH nye bahang yang mampu dia keluarkan...Agak2 boleh lawan KEPANEHAN blog kita tak?

    p/s: bAGI ANONYMOUS, ini ke PAKATAN RAKYAT YG KONON BOLEH BELA MELAYU???MANA SUARA PEMIMPIN PKR DAN PAS EK? LUPA PLAK< MEREKA KAN LAGI SAYANG KARPAL DARI BANGSA DAN KEDAULATAN AGAMA SENDIRI...TAK GITU???

    ReplyDelete
  6. salam..

    satu fahaman yang aya pegang sejak lahir ialah..

    1) tolong jangan hina agama saya iaitu islam... jikalau berani cubalah...

    2) tolong jangan hina bangsa saya iaitu melayu... jika ada bangsa melayu yang menghina bangsanya sendiri.. nyah kau keluar dari bangsa melayu..

    3) tolong jangan hina negara saya.. jika ada warganegara malaysia yang menghina negara saya.. tolong keluar dari malaysia... anda tidak diperlukan di sini...

    buat En kapal sing... awak tidak seagama dan sebangsa dengan saya.. tapi kita satu negara... tolong hormat negara saya... kalau taknak hormat...
    KELUAR KAU DARI MALAYSIA INI... DEN TAKNAK TENGOK MUKO KAU DALAM MELAYSIA NI...

    untuk budak ano...

    saya rasa terpanggil nak beri komen.. sebab dia mintak budak UMNO bagi komen...

    Alhamdulillah amy nak bukak tahfiz... penghijrahan yang baik kita kena sokong...

    melalui penceritaan saudara... Tok Guru datang ke restoren Amy.. tak salah la kalau Amy mintak pendapat Tok guru... Apa masalah saudara mintak pendapat orang UMNO??? mungkin tok guru ke sana sebab nak carik glamor...mana tahu kalau melodi tengah buat liputan.. dapat la tok guru masuk tv...

    saudara sendiri tak bagi komen.. kenapa terus nak mintak komen orang UMNO..

    p/s
    macam2 kita boleh tafsir tentang sesuatu perkara itu... yang tahu Allah dan tuan yang empunya diri..
    tepuk dada tanyalah akal...

    duduk kl tp masih jiwo negori..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah kalau Amy Search dah berubah..

    Pengajarannya disitu jangan kita memandang rendah dan hina pada orang lain yang seagama dengan kita walaupun tak sealiran fahaman politik atau melihat kita lebih Islam dari orang Islam yang lain. Maka boleh jatuh riak dan takbur, maka amalan jadi sia2.

    Mana tahu orang-orang yang kita pandang rendah dan hina, rupa2nya orang2 itu lah yang sebenarnya mendapat hidayah dan keredhaan Allah.

    Tahniah Amy! peewwittt!

    ReplyDelete
  8. Salam buat rakan-rakan.. Satu percambahan minda yang menarik dalam blog ni.. Komen pasal amy ni.. ialah kalu dah hati dia terbuka.. Alhamdulillah.. dapatkan pandangan Tok Guru pun sebab dia tak nampak orang lain kot yang boleh dirujuk.. Noh Gadut pun adakan..

    Tak kisahlah.. tapi bab Karpal Singh ni memang melampau.. Aku tak tahu apa sebenarya yang dia nak.. Anwar pun diam je.. Aku ingatkan kalu Parti Pakatan ini menjadi pemerintah atau kerajaan, boleh jadi insttusi raja-raja pun boleh mansuh.. Kalu tak silap aku lah, Malaysia ini bakal jadi negara Republik, sama macam Indonesia. Presiden Anwar Ibrahim, Tim Presiden Lim Kit Siang, Karpal Singh, Pemeriksa kira-kira.

    Tapi terfikir gak aku, masa tu, Anwar akan pertahankan ke orang Melayu. Kalau perlembagaan pun dah dimansuhkan, Perkara 3, Agama Islam agam Rasmi, Perkara 32 dengan 38 yang berhubung dengan Raja-raja Melayu pun dimansuhkan, Perkara 152, Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan, Perkara 153 hak orang Melayu.. Macamana tu.. Mampu ke...

    ReplyDelete
  9. bukan melayu di malaysia ni duduk sini dah lama. bukan sahaja kurang ajar dengan sultan, cakap bahasa kebangsaan pun masih tunggang terbalik. tak kiralah karpal ke, kit siang ke, samy ke...hancuq. bole kita terima ke lagi jadi warganegara kalo mcm ni?

    p/s: kami rasa nik aziz ada simpan koleksi album belengu irama dan jerangkung dlm almari. dia dtg restoran tu igtkan awie punya...skali tgk amy search. tersilap la gamaknya.

    ReplyDelete
  10. Hahahaha...mencengkam betul lawak pasal lagu jerangkung dalam almari, pelesit kota dan melodi tu....awas,cacing merah,generasi baru dan firdaus abbas....mungkin kalau orang Pas baca ni boleh keluar fatwa di halalkan menghapuskan kau orang ni....hohohoh...

    ReplyDelete
  11. salam...

    mu takkan nak bunuh ambo.. darah ambo tak halal weh...

    kalau kapal sing ngan limkit siang tu.. Lu pikir la sendiri...

    p/s
    darah manih maso kawen hari tu...

    duduk kl tp masih jiwo negori..

    ReplyDelete
  12. mana pegi anonymous yang cerita pasal nik aziz dgn amy search atas skali tu? suruh orang umno komen tapi diri sendiri tak nak komen ke?

    ReplyDelete
  13. 1. Tentang Karpal Singh - bagi tengkolok tu kat dia sebab dah lama dia nak raja . Sekarang ni masa paling sesuai sebab dah ada melayu yang nak jadikan dia raja. Sarban benggali pula bagi kat Melayu-Melayu yang sekongkol dengan dia. After all sarban benggali dengan sarban Melayu pun bukan jauh sangat bezanya.

    2. Tentang Amy nak buka maahad tahfiz tu aku sangat alu-alukan. Aku ahli UMNO dan kalau banyak duit macam Amy aku akan buat lebih dari itu. Ahli UMNO pun kuat pegangan agamanya, cuma takut nak hukum kafir orang lain sebab itu bukan kerja kami.

    3. Si Anwar ni pulak, kalau dia tak dilahirkan dulu lagi baik, hidup menyusahkan orang je, buat pe, ada peluang bantu Melayu dan bangunkan Islam tak nak buat betul-betul, dapat kuasa dan nampak duit dah mula lupa diri, dah tersepit baru sebok nak perjuangkan macam-macam , bersekongkol dengan kafir laknat pun sanggup asal agenda tercapai, tapi bukan salah ibu mengandung.

    4. Pak Lah pun sama aje. Dapat kuasa , nampak duit mula nak bolot sorang. Sebab itu habis anak beranak dan kroni bertungkus lumus rompak harta rakyat. Sebab tu aku dah tak yakin dengan orang yang bampak alim ni. Baik aku dengar lagu Isabela nyanyian si rambut panjang dah jadi botak. Boleh insaf dan kalau ada duit nak bina surau atau mesjid biar kekal jariah kita.

    5. Yang dah tua-tua ni biarlah cepat mati supaya tak tambah dosa. Hidup asyik tengok orang -orang muda kurang ajar pun tak guna. Biarlah KJ hidup terus bolot harta negara agar dia boleh jadi PRESIDEN Malaysia.

    ReplyDelete